Rabu, 27 Julai 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Raddy akui dua gol belum selamat

Posted:

Raddy akui dua gol belum selamat

Raddy akui dua gol belum selamat

PETALING JAYA - Penuh teka teki! Sama ada bermain secara bertahan atau menyerang? Jurulatih Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic tidak mahu mendedahkannya.

Bagaikan bermain psikologi dengan pengendali negara, Datuk K. Rajagobal, jurulatih yang berasal Serbia itu tidak menyatakan secara terperinci bagaimana Singapura bakal beraksi pada malam ini ketika menghadapi Harimau Malaya.

''Setiap perlawanan adalah berbeza dan semua pemain telah bersedia menghadapi Malaysia.

''Tidak mustahil kami akan bermain secara bertahan pada perlawanan esok. Kita akan lihat, " katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Namun, dia mengakui kelebihan dua gol masih belum selamat buat Singapura dan peluang buat kedua-dua pasukan masih terbuka kepada kedua-dua pasukan.

Dalam masa sama, dia enggan mengatakan Singapura terlalu bergantung kepada Mustafic Fahrudin dan Hariss Harun, sebaliknya menganggap semua pemain memainkan peranan masing-masing dalam pasukan.

''Semua orang adalah sama penting, bukan terletak kepada satu atau dua pemain sahaja. Kami harus bekerja sebagai satu pasukan," ujarnya.

Selain itu, dia gembira dengan sambutan hangat daripada penyokong negara kerana itu menunjukkan satu pengiktirafan kepada bola sepak kedua-dua negara.

''Saya rasa tidak ada masalah dengan kebanjiran para penonton sehingga 85,000 orang, bagi saya itu adalah satu perkembangan baik kepada bola sepak di rantau ini," katanya.

Sementara itu, penyerang Singapura, Fazrul Nawaz berkata, beraksi di hadapan puluhan ribuan penyokong Malaysia bukan satu masalah buat dirinya.

''Kami pernah ada pengalaman bermain di hadapan lebih 85,000 penyokong dan kami masih mampu mengatasi lawan. Saya tidak fikir kami ada masalah besar menangani sorakan penyokong lawan.

''Kami mahu mendapatkan kembali keyakinan penyokong selepas gagal menyinar kejuaraan AFF dan mencapai sasaran kami serta melayakkan diri ke peringkat seterusnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PM bakar semangat pemain

Posted:

PM bakar semangat pemain

PM bakar semangat pemain

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa bertanya khabar kepada skuad Harimau Malaya, sekali gus memberi suntikan semangat menjelang perlawanan getir menentang Singapura hari ini.

Najib tidak bersemuka secara langsung dengan para pemain tetapi panggilan telefon yang dibuatnya kepada jurulatihnya, Datuk K. Rajagobal membuktikan betapa beliau mengambil berat perlawanan malam ini.

"Panggilan itu membuatkan saya terharu. Perdana Menteri memberitahu beliau dan seluruh rakyat Malaysia akan menyokong padu di belakang kami. Perdana Menteri juga memaklumkan beliau tidak berkesempatan datang ke stadium esok (hari ini) kerana akan berada di Kedah untuk program bersama rakyat, tetapi beliau berjanji akan menyaksikan perlawanan bersama 10,000 rakyat di situ.

"Saya menyampaikan pesanan beliau kepada pemain-pemain dan nyata semangat mereka kian membara selepas mengetahui panggilan Perdana Menteri itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pusat hiburan bertambah di Kedah

Posted:

Pusat hiburan bertambah di Kedah

Pusat hiburan bertambah di Kedah

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 27 Julai – Kewujudan pusat-pusat hiburan yang semakin bertambah di bandar raya ini serta Sungai Petani menimbulkan kehairanan memandangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau agak terkejut dengan perkembangan yang menunjukkan selain pusat hiburan, rumah urut juga semakin bertambah di negeri.

"Bila saya lalu kawasan Alor Setar dan Sungai Petani, saya nampak dua kawasan ini tidak ubah seperti di Puchong yang penuh dengan pusat hiburan dan rumah urut.

"Perkara seperti ini tidak berlaku semasa zaman Barisan Nasional (BN) memerintah kerana dulu tak banyak pusat hiburan yang wujud," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sepatutnya kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh pemimpin Pas perlu menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran mereka dengan mengawal pembukaan pusat-pusat hiburan baru.

"Dulu mereka (kerajaan Pas) kata nak tutup pusat hiburan sepanjang Ramadan, namun bila ada tekanan oleh DAP, mereka tarik balik pula arahan ini.

"Ini bukan kali pertama mereka buat demikian kerana sebelum ini apabila kerajaan negeri buat sesuatu keputusan bila terima tekanan, mereka akan tarik balik keputusan mereka," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam reaksinya hari ini menafikan pusat-pusat hiburan serta rumah urut semakin banyak dibuka di negeri ini.

"Ada masa pula Mukhriz datang tengok. Kita tak bagi lesen pun untuk buka pusat hiburan dan rumah urut ini.

"Jika ada pun, mungkin pusat hiburan dan rumah urut tersebut beroperasi secara haram," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelajar Malaysia maut terjatuh kondo sempat minta wang daripada bapa

Posted:

Pelajar Malaysia maut terjatuh kondo sempat minta wang daripada bapa

Pelajar Malaysia maut terjatuh kondo sempat minta wang daripada bapa

BATU PAHAT 27 Julai - "Arwah pernah meminta ayahnya memasukkan wang sebanyak RM10,000 ke dalam akaun untuk membayar yuran pengajian tetapi permintaannya itu tidak sempat ditunaikan".

Demikian kata seorang ahli keluarga kepada pelajar kejuruteraan mekanikal di Universiti Kyushu, Fukuoka, Jepun, Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Taman Perdana di sini yang ditemui mati di Pattaya, Thailand Sabtu lalu.

Menurut sebuah akhbar tempatan, empat hari sebelum penemuan mayat itu, keluarga arwah telah membuat laporan berhubung kehilangannya.

Ahli keluarga itu yang enggan dikenali berkata, bapa arwah mahu memasukkan wang yang diminta itu kelmarin, tetapi berita penemuan mayat arwah membatalkan hasrat tersebut.

Menurutnya, ibu arwah baru meninggal dua bulan lalu, manakala bapanya ialah seorang guru.

Katanya, arwah yang merupakan anak kedua daripada lima beradik merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bakal menamatkan pengajiannya pada April tahun depan.

Suasana sepi menyelubungi kediaman arwah di sini, namun hampir kesemua ahli keluarga terdekat yang hadir menanti jenazah dibawa pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) enggan ditemu bual pemberita.

Menurut ahli keluarga itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Banang di sini, malam ini.

Akhbar pattayaone.net menyatakan siasatan Polis Thailand mendapati, mangsa terjatuh dari tingkat 14, Kondominium Niran Grand di Soi Arunothai, Pattaya.

Turut dilaporkan, polis negara itu menemui pelbagai barangan peribadi milik mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di salah sebuah unit di aras sama.

Butiran yang tertera pada tiket itu menunjukkan mangsa sepatutnya pulang ke Malaysia sehari sebelum mayatnya ditemui.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Nik Aziz ubah pendirian mengenai biometrik

Posted:

Nik Aziz ubah pendirian mengenai biometrik

Nik Aziz ubah pendirian mengenai biometrik

KOTA BHARU 27 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengubah pendiriannya berhubung penggunaan kaedah biometrik dalam sistem pilihan raya.

Jika kelmarin beliau bersetuju dengan penggunaan kaedah itu tetapi hari Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, sistem berkenaan amat meragukan.

Katanya, sokongan beliau terhadap kaedah biometrik sebelum ini dibuat dengan 'bersyarat', bukannya sokongan secara langsung seperti dilaporkan akhbar.

Sejak dari awal, jelasnya, beliau menolak perkara meragukan dan berpendapat adalah lebih baik kaedah dakwat digunakan.

"Kebetulan semalam ada kenyataan keluar di Selangor tentang seramai 17,000 pengundi yang bertindih dan 500 daripada senarai nama itu sudah diserahkan kepada SPR.

"Ini membuktikan pendaftaran pemilih memang meragukan, bukan setakat meragukan bahkan salah, jadi kepada sesiapa yang tidak mahu kepada Bersih inilah dia, kotor," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Jawatankuasa Pas Pusat semalam yang menolak penggunaan kaedah biometrik dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan dalam sistem pilihan raya.

Sebelum ini, beberapa akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz bersetuju dengan cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik sekiranya ia membawa kebaikan.

Nik Abdul Aziz berkata, lebih baik kaedah dakwat kekal digunakan kerana ia boleh menyekat masalah pengundian bertindih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tangguh perbicaraan: Helah licik Anwar

Posted:

Tangguh perbicaraan: Helah licik Anwar

Tangguh perbicaraan: Helah licik Anwar

KUALA LUMPUR 27 Julai - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba menangguhkan perbicaraan kes liwatnya membuktikan helah licik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk mengelak daripada membela diri di mahkamah.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, helah itu termasuk mahu mengheret Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi yang sengaja dibuat untuk mengalih perhatian rakyat.

''Helah licik itu antara lain mahu menemu bual saksi sebelum beliau membela diri di mahkamah. Inilah tindakan Anwar untuk mengelak daripada membela diri.

''Beliau sengaja berbuat demikian untuk mengalih perhatian dengan cuba mengaitkan Perdana Menteri. Ia jelas membuktikan Anwar semakin tersepit dan cuba mencari jalan supaya perbicaraan ditangguhkan.

''Percubaan tersebut juga sebagai taktik Anwar untuk meraih simpati rakyat. Ini menunjukkan Penasihat PKR itu semakin takut menghadapi kenyataan,'' katanya.

Beliau berkata demikian menerusi blognya, http://www.umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

Syed Ali berkata, jika Anwar berani kerana benar, beliau tidak sepatutnya cemas untuk membela diri di mahkamah bersabit kes liwat yang dihadapinya.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan berpuluh nama pemilih telah didaftar dalam satu alamat yang sama.

''Kejadian seperti itu dikatakan telah berlaku di kawasan Parlimen Permatang Pauh, yang diwakili oleh Anwar.

''Bagaimanapun, apabila perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar, pembangkang menuduh UMNO yang melakukannya. Inilah muslihat jahat PKR dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya,'' tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


‘Habiskan! Habiskan!’

Posted:

'Habiskan! Habiskan!'

'Habiskan! Habiskan!'

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 27 Julai – Pada petang 29 Ogos tahun lalu, bekas peguam N. Pathmanabhan dikatakan telah membuat perancangan untuk membunuh seseorang dengan memberi arahan kepada pekerja-pekerja ladangnya untuk 'ajar' atau 'habiskan' dua orang yang akan datang ke Ladang Gadong keesokan harinya.

Kira-kira pukul 7 petang, 30 Ogos 2010, peguam terbabit dikatakan telah tiba di ladang terbabit dengan sebuah kereta BMW X5 yang turut dinaiki seorang wanita Melayu dan pemandunya yang juga seorang Melayu diikuti oleh dua lelaki Melayu menaiki BMW Salon.

Apabila semuanya turun dari kenderaan, Pathmanabhan dikatakan telah mengatakan 'habiskan' yang bermaksud ajar dan bunuh berulang kali dalam bahasa Tamil dan ekoran daripada 'arahan' tersebut, pekerja bekas peguam itu yang bernama Ravi telah memegang pemandu BMW X5, T. Thilaiyalagan memegang wanita tersebut manakala K. Sarawanan dan U. Suresh (gambar) memegang dua lagi lelaki.

Dan apabila wanita Melayu tersebut enggan menelefon keluarganya, tertuduh pertama itu dikatakan telah menyuruh Suresh dan rakan-rakannya untuk menakut-nakutkan wanita itu dengan memukul pemandu kereta mewah terbabit.

Melihat pemandu tersebut yang dikatakan telah dipukul dengan kayu di paha dan tangan, wanita itu dan dua lagi lelaki mula menelefon keluarga masing-masing akibat ketakutan.

'Insiden' ngeri tersebut merupakan antara cadangan-cadangan yang diberikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff dan Saiful Edris Zainuddin sewaktu menyoal balas saksi mereka sendiri, Suresh, 27.

Suresh yang kini sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka bagaimanapun menafikan kesemua perkara itu termasuk cadangan bahawa dia mengenali Pathmanabhan yang dikatakan majikannya.

Penafian demi penafian yang dibuat oleh saksi pendakwa ke-29 itu telah menyebabkan, Ishak mengemukakan permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan keterangan Suresh.

Sepanjang membuat penafian ini, lelaki itu tidak langsung mengangkat mukanya untuk melihat ke arah pendakwaan malah ketika diminta mengecam kayu kriket, Suresh hanya memandang bahan itu untuk seketika dan tidak langsung menyentuhnya walaupun telah diminta berbuat demikian oleh Ishak.

Dia bagaimanapun, dalam keadaan duduk dengan sebelah tangan diletakkan di atas penyandar belakang kerusi saksi dilihat sempat 'main mata' dan tersenyum ke arah rakan-rakannya terutama R. Matan yang berada di kandang tertuduh sewaktu mahkamah berhenti rehat seketika.

Suresh dipenjara selepas Mahkamah Tinggi di sini meminda hukuman tujuh tahun yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Telok Datuk dekat sini selepas mengaku bersalah membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47; dan tiga rakannya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir sebelum itu membenarkan Suresh disoal balas oleh pihak pendakwaan setelah berpendapat bahawa walaupun Suresh tidak boleh dianggap berpaling tadah tetapi dia tidak membantu pihak pendakwaan.

Dalam keterangannya, Suresh terus menafikan, tidak bersetuju atau tidak ingat terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Saiful Edris antaranya, telah diarahkan oleh Pathmanabhan agar meletakkan kenderaan BMW X5 di tempat jauh, buang kuncinya dan jangan tinggal sebarang cap jari.

Dia juga menafikan bahawa Thilaiyalagan dan Matan ada menyuruhnya menyerahkan baju yang dipakai pada malam kejadian sebelum membuang pakaian itu ke tempat pembakaran selepas pulang dari meninggalkan kereta mewah terbabit serta memintanya mandi air kunyit.

Bagi 'insiden' yang dikatakan berlaku pada pagi 31 Ogos 2010, Suresh tidak bersetuju ada melihat Thilaiyalagan dan Matan sedang mengutip abu dan memasukkan ke dalam satu tong berwarna biru sebelum menaikkan tong itu ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max.

Sebelum membuang abu tersebut ke dalam Sungai Panchau dekat sini, Thilaiyalagan dan Matan dikatakan ada memberitahu Suresh bahawa di dalam tong biru tersebut ada abu mayat seorang perempuan dan tiga lelaki yang mana cadangan ini juga turut dinafikan oleh saksi itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

23 percanggahan dalam keterangan Suresh

Posted:

23 percanggahan dalam keterangan Suresh

23 percanggahan dalam keterangan Suresh

SHAH ALAM 27 Julai - Pekerja ladang, U. Suresh yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi hari ini memberi 23 keterangan yang bercanggah di Mahkamah Tinggi di sini dengan kenyataan kepada pihak polis pada 26 Oktober tahun lalu.

Berikutan itu, Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd, Yusoff untuk mencabar kebolehpercayaan saksi pendakwaan ke-29 itu selepas mendapati percanggahan tersebut adalah penting serta material.

''Terdapat 23 percanggahan. Saya telah mendengar keterangan saksi dan melihat kenyataan saksi. Saya dapati 22 daripada percanggahan itu adalah material.

''Jadi permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi dibenarkan. Pihak pendakwaan boleh memulakan prosiding (mencabar kebolehpercayaan saksi),'' kata beliau.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Suresh semasa prosiding untuk mencabar kebolehpercayaan lelaki itu sebagai saksi pendakwaan, mengaku menurunkan tandatangan serta mengenal pasti rakaman percakapan yang diambil oleh Asisten Supritendan (ASP) Ong Seng Keong bertarikh 26 Oktober 2010.

Dia bagaimanapun tidak mengaku isi kandungan kenyataan tersebut diberikan olehnya dan mendakwa ia diambil secara paksa selain turut dipukul.

Berikutan penafian itu, Hakim Akhtar membenarkan pihak pendakwaan memulakan prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) bagi menentukan sama ada rakaman percakapan Suresh boleh diterima sebagai bahan bukti atau sebaliknya sebelum keputusan tentang kebolehpercayaan saksi dibuat.

Dalam prosiding TWT tersebut, Seng Keong sebagai pegawai penyiasat kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi memberitahu, rakaman video turut dibuat semasa kenyataan Suresh diambil bagi mengelakkan sebarang tohmahan.

Beliau yang merupakan saksi pertama TWT berkata, rakaman video itu dilakukan oleh Detektif Sarjan Abdul Hadi Ismail semasa kenyataan Suresh dirakam mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah di Penjara Sungai Udang, Melaka antara pukul 7 dan 11.30 malam, 26 Oktober 2010.

''Rakaman percakapan divideokan bagi mengelakkan sebarang tohmahan bahawa percakapan ini dibuat secara paksa.

''Selepas mengajukan soalan peribadi seperti tarikh lahir, alamat, saya terangkan kedudukan Seksyen 112 dan ia dijelaskan dalam bahasa Tamil yang mudah oleh jurubahasa, Detektif Koperal Kamarudin,'' jelasnya.

Dalam prosiding itu, Suresh yang memakai pakaian banduan dibenarkan berada di dalam mahkamah untuk mendengar keterangan saksi dengan ditemani seorang pegawai penjara.

Menurut Seng Keong, Suresh yang menganggukkan kepala dan memberitahu dia faham tentang amaran yang dibacakan telah menjawab setiap soalan yang ditanya manakala beliau menaip terus jawapan tersebut.

Beliau, Suresh dan jurubahasa kemudian menurunkan tandatangan masing-masing pada rakaman percakapan setebal 24 muka surat itu sebelum ia diserahkan kepada pengawai penyiasat, ASP Ishak Yaakob.

Semasa menjawab soalan peguam yang mewakili Suresh, A.S. Dhaliwal, Seng Keong memberitahu, dia tidak bertanya sama ada Suresh dipukul atau mengadu diancam sebelum rakaman percakapan dibuat.

Beliau juga tidak mengetahui tentang urusan keluar masuk serta rakaman percakapan daripada Suresh dengan pihak penjara kerana ia diuruskan oleh pegawai penyiasat kes.

Perbicaraan yang masuk hari ke-12 bersambung Jumaat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kerajaan negeri tidak membazir – MB

Posted:

Kerajaan negeri tidak membazir – MB

Kerajaan negeri tidak membazir – MB

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@Utusan.com.my

BENTONG 27 Julai – Kerajaan Pahang menafikan kononnya melakukan pembaziran terhadap projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, setiap peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat digunakan sebaik mungkin untuk projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri membazirkan wang tidak benar sama sekali kerana wang tersebut digunakan untuk meningkatkan kemudahan insfrastruktur dan keselesaan rakyat.

"Tiada istilah pembaziran sebagaimana dakwaan pembangkang, malah semua kerajaan negeri termasuk yang diperintah pembangkang turut dibantu oleh kerajaan Pusat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelangai dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan.

Adnan menegaskan, rakyat negeri ini tidak seharusnya terikut dengan rentak pembangkang yang melakukan provokasi terhadap kerajaan termasuk dengan mengadakan perhimpunan haram sebagaimana yang berlaku di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, tujuan kumpulan itu menganjurkan perhimpunan haram tersebut tidak ikhlas dan berniat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan.

Katanya, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat merampas kuasa dan mengguling kerajaan sedia ada.

"Mereka bukan sayangkan perpaduan dan keamanan negara tetapi kerana gila dan tamak kuasa, mereka sanggup lakukan apa sahaja, bagi mereka semuanya halal walaupun menyalahi undang undang negara," katanya.

Adnan berkata, rakyat perlu meningkatkan lagi perpaduan kaum kerana ia adalah senjata utama yang paling berkesan untuk membanteras niat jahat golongan yang mahu memporakperandakan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MPK larang wanita Islam jadi GRO

Posted:

MPK larang wanita Islam jadi GRO

MPK larang wanita Islam jadi GRO

KUANTAN 27 Julai - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan umat Islam di daerah ini bekerja di pusat hiburan sebagai pelayan atau gadis pelayan pelanggan (GRO).

Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, perkara itu telah mendapat persetujuan semua ahli majlis MPK dalam mesyuarat hari ini selepas menerima cadangan dan pandangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

"Kalau semuanya berjalan lancar, peraturan ini berkuat kuasa menjelang tahun depan dan menjadi dasar baru MPK.

"Kita akan mengeluarkan syarat tidak membenarkan orang Islam bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh MPK di sini, hari ini.

Zulkifli menegaskan, kerjaya GRO sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.

"Kajian mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu Islam. Secara tidak langsung, ia memberi kesan negatif kepada masyarakat mengenai kebebasan orang Islam mengangkat, menghidang dan meminum minuman keras," katanya.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan bersama JAIP, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), polis dan Jabatan Imigresen, mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat dalam minuman keras.

Katanya, kajian juga mendapati 70 peratus GRO Islam di sini bekerja sepenuh masa dengan pendapatan antara RM2,000 dan RM3,500 sebulan.

"Tempoh masa bekerja pula antara pukul 8.30 malam hingga 1.30 pagi dengan purata umur pekerja antara 21 dan 45 tahun," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Curi kabel: TM Pahang rugi RM4.3 juta

Posted:

Curi kabel: TM Pahang rugi RM4.3 juta

Curi kabel: TM Pahang rugi RM4.3 juta


MD. Rasidin Kadak (kiri) menyerahkan memorandum kepada Wan Abdul Wahid Wan Hassan selepas majlis menandatangani perjanjian antara MUIP dan TM Berhad di Kuantan, semalam.


KUANTAN 27 Julai - Syarikat pembekal telekomunikasi, Telekom Malaysia (TM) Berhad Pahang kerugian sebanyak RM4.3 juta akibat kecurian kabel dalam tempoh tiga tahun sejak 2009.

Pengurus Besar TM negeri, Md. Rasidin Kadak berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya mengesan sebanyak 819 kes kecurian kabel di seluruh negeri ini sehingga bulan lalu.

Katanya, jumlah tersebut termasuk 143 kes kecurian pada 2009, 343 kes pada tahun lalu dan dan 343 kes sejak Januari hingga Jun lalu.

"Kos kerugian yang kami tanggung semakin meningkat dari tahun ke tahun iaitu sebanyak RM830,911 pada 2009, RM2 juta pada tahun lalu dan RM1.4 juta pada enam bulan pertama tahun ini.

"Justeru, kami sedang mengambil langkah mengekang kecurian itu seperti memasang sistem penggera dan menanam kabel di bawah tanah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian perkhidmatan 'Rangkaian Persendirian Maya Internet' (IPVPN) dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, semalam.

Pada majlis perjanjian itu, TM Pahang diwakili Md. Rasidin manakala MUIP diwakili Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Mengulas perjanjian tersebut, Md. Rasidin memberitahu, IPVPN digunakan sebagai medium komunikasi antara ibu pejabat dengan cawangan bagi pertukaran data dan maklumat.

"Dengan sambungan dan perkhidmatan ini, MUIP mampu memantau dan mengurus rangkaian infrastruktur teknologi komunikasi maklumat (ICT) kerajaan negeri dengan lebih cekap, berpusat dan terjamin selamat," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tanah runtuh di Korea, 32 maut

Posted:

Tanah runtuh di Korea, 32 maut

Tanah runtuh di Korea, 32 maut


Pasukan menyelamat mengangkat satu mayat penduduk yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat di Seoul, semalam. - REUTERS


SEOUL 27 Julai - Seramai 32 maut, sementara 10 lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat di sebuah pusat peranginan di bandar Chuncheon, utara Korea Selatan, awal pagi ini.

Pegawai bomba, Byun In-soo berkata, 10 yang terbunuh merupakan pelajar kolej yang sedang mengikuti kerja-kerja sukarela.

Katanya, kesemua mangsa tertimbus ketika sedang tidur dalam sebuah kabin di Chuncheon, kira-kira 110 kilometer di timur laut Seoul.

Seramai 24 mangsa turut cedera dalam kejadian tanah runtuh itu yang menyaksikan beberapa buah bangunan serta premis musnah.

Kira-kira 500 pekerja penyelamat kini giat menjalankan operasi mencari 10 mangsa yang hilang, katanya.

Seorang lagi pegawai bomba, Lee Ju-hee berkata, antara yang maut ialah sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Pegawai kaji cuaca berkata, kira-kira 400 milimeter bacaan hujan direkod di Seoul dalam tempoh 17 jam sejak tengah hari semalam yang mengakibatkan beberapa bahagian bandar utama termasuk Seoul ditenggelami air.

Jalan-jalan raya di Seoul hari ini turut dilanda banjir lumpur sehingga memaksa orang ramai naik ke bumbung kereta masing-masing yang hampir ditenggelami air.

Banjir turut menenggelamkan stesen-stesen kereta api bawah tanah dan menyebabkan sisa kumbahan melimpah dari tangki pembetung.

Menurut pegawai bencana bandar, kira-kira 800 rumah ditenggelami air di Seoul, namun masih belum ada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan.

Agensi Polis Metropolitan Seoul mengeluarkan satu amaran lalu lintas serta mengerahkan lebih ramai anggota polis bagi mengawal keadaan akibat hujan lebat. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

China lumpuhkan sindiket terbesar seludup bayi

Posted:

China lumpuhkan sindiket terbesar seludup bayi

China lumpuhkan sindiket terbesar seludup bayi

BEIJING 27 Julai - Polis berjaya menyelamatkan 89 bayi yang diculik dan menahan 369 suspek dalam dua kes penyeludupan manusia terbesar di China pada bulan ini.

Dalam salah satu kes, polis Guangdong dengan kerjasama pihak berkuasa wilayah autonomi Guangxi Zhuang, berjaya melumpuhkan aktiviti menculik dan menjual kanak-kanak ke Vietnam.

Menurut seorang pegawai daripada jabatan keselamatan awam wilayah Guangdong, dengan penangkapan itu, polis berjaya melumpuhkan satu rangkaian terbesar penjenayah terlibat dalam menculik dan menjual kanak-kanak dari Vietnam ke China.

"Kebanyakan anggota kumpulan penjenayah itu adalah penduduk Vietnam, tambah pegawai tersebut.

Lapan bayi yang diculik itu berusia antara 10 hari hingga 7 bulan dan mereka telah diberi ubat pelali dan pil tidur dan ketika diselamatkan, mereka masih tidur.

Semua mangsa telah dibawa ke hospital dan pusat kesihatan tempatan untuk rawatan lanjut.

Lebih 300 anggota polis dari Guangdong dan Guangxi menyertai operasi itu yang dilancarkan pada 15 Julai lalu.

Dalam satu kes berasingan, polis dari 14 wilayah autonomi mengerahkan kira-kira 2,600 pegawai untuk melumpuhkan kumpulan penyeludupan kanak-kanak terbesar pada 20 Julai lalu. Kumpulan itu dianggotai 330 penjenayah.

Sebanyak 81 orang bayi berjaya diselamatkan, kebanyakan mereka kanak-kanak perempuan, berumur 10 hari hingga 4 bulan. - AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Keperibadian Nurul Syuhada memikat Amir

Posted:

Keperibadian Nurul Syuhada memikat Amir

Keperibadian Nurul Syuhada memikat Amir

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar HAFIZ JOHARI & NOOR ASREYKUZAIREY SALIM


PARIS menjadi pilihan pasangan mempelai ini untuk menikmati percutian bulan madu mereka Oktober ini.


SIAPA sangka hanya dengan pertemuan singkat semasa menghadiri majlis pertunangan rakan menjadi detik permulaan hubungan pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin dan suaminya Raja Amir Shah Raja Azwa.

Salam perkenalan yang dihulurkan tahun 2009 itu akhirnya mencambahkan benih-benih cinta dalam hati mereka sehingga membawa ke gerbang perkahwinan.

Lalu bertempat di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai lalu, Nurul Syuhada sah menjadi milik Raja Amir hanya dengan sekali lafaz.

Mengimbau kembali detik perkenalan itu, Nurul Syuhada mengakui, ruang masa yang dilalui sepanjang tempoh berkawan digunakan sebaiknya untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

"Kami berkenalan dua tahun lalu semasa menghadiri majlis pertunangan rakan di Subang. Bermula dari situ kami selalu berhubung sehinggalah menjadi semakin rapat.

"Sepanjang dua tahun itu juga, kami mengambil masa untuk mengenali diri masing-masing sebelum membuat keputusan untuk bersama membina mahligai cinta," ujar Nurul Syuhada yang ditemui selepas majlis resepsi yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah pengacara berusia 27 tahun itu lagi, sikap dan penampilan yang ditonjolkan Raja Amir telah berjaya mencairkan hati wanitanya.

Baginya, jejaka berusia 29 tahun itu pandai mengambil hati dan membuatkan dirinya sering diulit rasa selesa untuk terus berdampingan bersamanya.

"Cara Amir membuatkan saya rasa selesa kerana dia seorang yang sederhana dalam banyak perkara, baik dan prihatin.

"Dan yang paling penting, dia seorang yang amat memahami diri saya dan tugasan saya yang tidak menentu waktu," jelas Nurul Syuhada yang kelihatan anggun dengan busana pengantin rekaan Datuk Radzuan Radziwill.

Berkongsi detik indah ketika dilamar oleh Raja Amir, dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir Nurul Syuhada, matanya melirik memandang ke arah suaminya untuk mengingati semula, detik-detik manis itu.

Jelas Nurul Syuhada, tiada apa yang istimewa dilakukan oleh Raja Amir ketika menyatakan hasrat untuk memperisterikan dirinya.

"Macam mana ya dia lamar? Sebenarnya tiada yang istimewa pun cuma apa yang Amir lakukan, dia datang berjumpa ayah untuk berterus terang tentang niat di hatinya.

"Dalam pertemuan itulah dia memberitahu ayah bahawa dia berhasrat untuk menjadikan saya sebagai suri hidupnya.

"Permintaan Amir itu tidak mengejutkan saya kerana saya sedar, dalam usia kami berkawan, dia menunjukkan sikap keikhlasannya, bukan sekadar bercinta sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Raja Amir ketika ditanya, apakah yang membuatkan hatinya terpaut kepada Nurul Syuhada? Dengan pantas dia menjawab, kejelitaan wanita itu telah menawan hatinya.

"Raut wajah Nurul Syuhada yang lembut dan ayu menarik perhatian saya untuk terus mendekatinya.

"Tetapi saya bukannya memandang kepada kecantikan luaran semata-mata sebaliknya peribadi Nurul turut menambat hati saya.

"Dia yang saya kenali adalah seorang wanita yang merendah diri, baik hati dan memahami saya.

"Apa yang penting, Nurul adalah jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya untuk saya," tegas Raja Amir yang segak bertanjak, berbaju Melayu moden putih gading, warna sedondon dengan isterinya.

Dalam majlis yang mendapat sentuhan pereka pelamin Khalid Ahmad, majlis berkonsepkan moden-tradisional itu dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti pasangan Raja Sehari itu.

Antaranya, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri, pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Azizah Ariffin serta rakan-rakan personaliti TV3 yang lain iaitu Teh Syuhaida, Azliyanti Ibberahim, Azawate Zenol Abidin, Saiful Nizam Ismail dan Puteri Erin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kuasa luar biasa

Posted:

Kuasa luar biasa

Kuasa luar biasa

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan MTV ASIA


VOKALIS kumpulan Neon Trees, Tyler Glenn sewaktu muncul daripada celahan ribuan peminat bagi pembukaan persembahan mereka.


BARANGKALI peminat muzik di negara ini mempunyai alasan untuk berasa bangga apabila untuk tiga tahun berturut-turut, Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran MTV World Stage.

Uniknya konsert ini apabila ia membariskan artis-artis popular dan terbaik dari seluruh dunia yang dipilih berdasarkan populariti serta pencapaian dalam bidang muzik.

Jika tahun lalu, empat nama besar iaitu Katy Perry, Tokio Hotel serta dua kumpulan dari Asia iaitu Wonder Girls (Korea) dan Bunkface (Malaysia), tahun ini juga menyaksikan barisan artis yang tidak kurang hebatnya.

Mereka yang diberi penghormatan untuk membuat persembahan ialah kumpulan rap/rock terkenal iaitu Pop Shuvit yang mewakili Malaysia, Beast (Korea) serta dua kumpulan muzik ternama dari Amerika Syarikat (AS), Neon Trees dan Thirty Seconds To Mars.

Bertempat di i-City, Shah Alam, Selangor, tirai MTV World Stage Live In Malaysia dibuka dengan kata-kata aluan oleh dua pengacara MTV Asia iaitu VJ Utt dan VJ Holly sebelum memperkenalkan Pop Shuvit untuk membuat persembahan mereka.

Tidak menunggu lama, Pop Shuvit yang dianggotai oleh lima orang pemuzik iaitu Moots! (vokal), JD (gitar), AJ (bass), Rudy (dram) dan Uno (turntables) memilih lagu Ol Skool Rocka.

Dibantu dengan permainan visual menerusi lima skrin LED yang melatari pentas MTV World Stage itu dilihat melengkapkan lagi persembahan Pop Shuvit pada petang itu.

Seterusnya, Pop Shuvit menyampaikan pula salah sebuah lagu popular mereka berjudul Oh! Sizuka yang ternyata mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

Kelihatan ada sebahagian daripada mereka yang turut menyanyi bersama mengiringi Pop Shuvit menerusi lagu tersebut sekali gus membuktikan bahawa kumpulan ini sebenarnya ada kelompok peminat mereka sendiri.

Peluang beraksi di pentas MTV World Stage juga digunakan sepenuhnya oleh Pop Shuvit bagi mempromosikan lagu terbaru mereka, Running Away yang dipetik daripada album terbaru mereka, Cherry Blossom Love Affair.

Tidak disangka-sangka, kumpulan itu telah mengundang penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Kau Ilhamku iaitu Man Bai untuk berduet dengan mereka menerusi lagu Seperti Syurgamu.

Mengakhiri slot persembahan mereka dengan lagu yang dianggap sebagai mahakarya Pop Shuvit, Marabahaya yang mendapat tepukan gemuruh daripada peminat.

Lebih memantapkan lagi persembahan mereka untuk lagu itu, Pop Shuvit telah mengundang tiga rapper terkenal dari rantau Asia iaitu Daly (Singapura), Daniel Tanapon Supwattanaa (Thailand) dan Jamir (Filipina) yang sebelum ini pernah disatukan dalam projek khas, Project E.A.R. (East Asian Revolution) untuk menyanyi bersama Moots!.

Popular

Berehat seketika, i-City kembali 'ganas' dengan sorakan peminat yang sudah tidak sabar lagi untuk menyaksikan aksi kumpulan Beast di atas pentas yang telah berjaya menarik sebahagian besar peminat mereka di negara ini dan barangkali di negara serantau juga.

Sebaik sahaja kelibat mereka kelihatan di atas pentas dengan berpakaian serba putih, keadaan bagaikan tidak dapat dikawal lagi apabila kumpulan yang dianggotai enam orang anak muda itu menyampaikan set pertama mereka yang merangkumi tiga lagu iaitu Shock, Fiction dan When It Rains.

Bukan hanya mempertaruhkan wajah kacak mereka semata-mata, tetapi, Beast membuktikan mereka memiliki pakej yang lengkap untuk menjadi seorang penghibur di atas pentas.

Memang hebat untuk melihat tenaga luar biasa Beast yang mempamerkan persembahan mantap apabila mampu menari dan menyanyi dalam waktu yang sama.

Dengan mutu suara mereka yang langsung tidak terjejas dan tidak kedengaran tercuncap-cuncap itu nampaknya telah mengundang kata-kata nakal yang mengatakan Beast sebenarnya hanya menggerakkan bibir mengikut lagu atau miming.

Apakah ia benar? Hanya Yoon Doo Joon, Jang Hyun Seung, Yong Jun Hyung, Yang Yo Seob, Lee Gi Kwang dan Son Dong Woon yang tahu. Seandainya itu realitinya, maka, Beast secara terang-terangan sudah menipu peminat mereka.

Berehat seketika untuk menukar busana, peminat dihiburkan seketika dengan rakaman klip video sebelum Beast muncul dengan dua buah lagu, Special dan Breath.

Sebagai hadiah kepada peminat mereka, kumpulan yang mula ditubuhkan pada tahun 2009 itu menghadiahkan jambangan bunga kepada peminat wanita terpilih sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Beautiful.

Hebat

Walaupun jam sudah menginjak menghampiri 9 malam, peminat yang hadir seawal 3 petang nampaknya tidak mahu berganjak dan mahu terus berhibur.

Kumpulan Neon Trees mengambil alih pentas MTV World Stage dengan menyaksikan vokalisnya, Tyler Glenn muncul di celah 15,000 penonton yang membanjiri i-City sambil menyampaikan lagu popular mereka, Your Surrender.

Ternyata, persembahan mantap Tyler dan kumpulannya memberikan kepuasan kepada peminat sekali gus membuktikan pemilihan Neon Trees untuk konsert kali ini adalah bertepatan sekali.

Berkali-kali menyatakan kekagumannya terhadap Malaysia biarpun kali pertama menjejakkan kaki ke negara ini, Tyler sempat memberitahu dia dan kumpulannya mahu kembali di masa akan datang untuk sebuah konsert yang besar pula.

Neon Trees juga bijak memilih lagu-lagu wajib yang menjadi kegemaran peminat mereka seperti In The Next Room, 1983, Love and Affection dan Sins of My Youth yang menyaksikan peminat mereka turut menyanyi bersama-sama mereka.

Selain Tyler, kumpulan yang berasal dari Utah, AS itu turut dianggotai oleh Chris Allen (gitar dan vokal), Branden Campbell (gitar bass dan vokal) serta Elaine Bradley (drum, percussion dan vokal).

Melengkapkan lagi persembahan mereka, Neon Trees menyampaikan lagu Animal yang merupakan salah sebuah lagu popular di kalangan peminat mereka yang dipetik dari album sulung mereka, Habits.

Klimaks

Memang tidak dinafikan lagi, faktor utama peminat hadir terutama peminat muzik rock hadir untuk menonton MTV World Stage adalah kerana Thirty Seconds To Mars.

Peminat yang membanjiri i-City ternyata menanti dengan penuh sabar untuk melihat aksi kumpulan itu yang muncul di atas pentas tepat pukul 10.10 malam.

Sebaik sahaja kelibat penyanyi utamanya yang juga seorang pelakon popular, Jared Leto, keadaan seperti tidak dapat dikawal lagi apabila peminat bersorak dan menjerit bagaikan memberi tanda MTV World Stage sudah mencapai klimaksnya.

Memulakan persembahan dengan lagu Escape yang merupakan salah sebuah lagu popular dari album ketiga mereka, This Is War, peminat tidak menunggu lama untuk menyanyi bersama Jared.

Tampil dengan pakaian serba hitam termasuk kaca mata hitam cukup menyerlahkan ketampanan Jared yang pastinya membuatkan peminat khususnya wanita tidak mampu tidur lena.

Seterusnya, lagu-lagu yang menjadi pilihan kumpulan berasal dari Los Angeles, AS itu termasuklah A Beautiful Lie, Attack, Search and Destroy dan lagu nombor satu mereka, This Is War.

Persembahan mantap yang penuh bertenaga itu sekali gus membuktikan bahawa Thirty Seconds To Mars bukan sembarangan kumpulan yang sememangnya memiliki aura tersendiri.

Selain Jared, kumpulan itu turut dianggotai oleh abangnya, Shannon yang bertindak sebagai pemain drum dan percussion serta Tomo Milicevic (gitar utama, violin dan keyboard).

Menampilkan kelainan, Thirty Seconds To Mars kemudiannya mengalunkan Vox Populi yang merangkumi lagu-lagu popular mereka seperti The Kill, Hurricane dan Closer to the Edge yang dimainkan secara akustik.

Bagi memastikan peminat mereka pulang dengan kenangan terindah yang tidak mungkin dilupakan, Jared telah mengundang sekumpulan peminat bertuah untuk naik ke pentas menari mengiringi lagu Kings and Queens.

Buat peminat yang tidak berpeluang menonton MTV World Stage Live In Malaysia, usah bimbang kerana rakamannya akan disiarkan pada 8 Ogos ini menerusi MTV Asia (saluran 713, Astro) pukul 12 tengah malam.

Lebih menarik apabila konsert eksklusif yang akan disunting menjadi dua jam itu dirakamkan dalam bentuk tiga dimensi (3D) yang kali pertama diterbitkan seumpamanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Menilai keberanian Pas

Posted:

Menilai keberanian Pas

Menilai keberanian Pas

Oleh ZULKIFLEE BAKARpengarang@utusan.com.my

APAKAH sebenarnya yang Pas mahu? Apakah Pas benar-benar berani?

Itulah persoalan yang perlu dijawab oleh kepimpinan baru parti itu yang dilihat begitu teruja menjadi 'jaguh' kepada pakatan pembangkang apabila sejak kebelakangan ini begitu lantang bersuara.

Jika pada 9 Julai lalu, kepimpinan Pas telah menunjukkan keberaniannya dengan mengerahkan ahli-ahlinya turun ke jalanan menyertai perhimpunan haram Bersih, terbaru mereka menolak pula mentah-mentah cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.

Mungkin kerana keterujaan selepas mengubah dasar perjuangan daripada negara Islam kepada negara berkebajikan, istilah berunding dan berbincang seolah-olah tidak wujud lagi dalam kamus politik kepimpinan Pas, justeru mereka tidak mahu berbincang atau mendengar dahulu penjelasan SPR.

Corak berpolitik Pas sejak terbentuknya barisan harapan pilihan raya parti berkenaan selepas muktamar baru-baru ini, kini lebih menjurus kepada konfrantasi dan demonstrasi bukanlah lagi bertoleransi.

Oleh itu, ia menimbulkan kekeliruan dan persoalan apakah penolakan terhadap penggunaan sistem biometrik itu benar-benar dilakukan setelah membuat kajian atau ia lebih bermotif politik semata-mata.

Mungkin Pas ingin menunjukkan kepada sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka hebat berpolitik.

Namun persoalannya apakah Pas hanya berani berhadapan dengan SPR, berani bertelingkah dengan UMNO, berani menyerang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berani berbalah dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi apakah Pas akan benar-benar berani untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang?

Kalau kepimpinan baru Pas merasakan mereka sudah cukup hebat berpolitik maka mereka juga perlu menunjukkan 'kehebatan' itu apabila berunding dengan PKR dan DAP dalam pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketika ini sudah ada cabaran kepada Pas untuk bertanding antara 120 hingga 130 kerusi Parlimen bagi membolehkan parti tersebut menjadi peneraju utama dalam pakatan pembangkang.

Cabaran berkenaan bukan sahaja dilontarkan oleh Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Kota Setar, Datuk Yusof Ismail, malahan oleh blogger-blogger yang mungkin sudah muak dengan 'keberanian tidak bertempat' Pas.

Mereka melihat Pas begitu bercita-cita tinggi untuk menggantikan UMNO malahan di mana-mana pun pemimpin Pas 'menjaja' bahawa parti itu jauh lebih baik daripada UMNO.

Tetapi malangnya 'nafsu besar' itu tidak seiring dengan persoalan apakah Pas benar-benar berani hendak memberitahu PKR dan DAP bahawa Pas perlu dominan dalam pakatan pembangkang.

Setakat ini, pemimpin Pas meletakkan sasaran untuk bertanding 80 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum akan datang, lebih 14 kerusi daripada jumlah pada tahun 2008 iaitu 66 kerusi.

Maknanya, Pas mahu bertanding lebih kerusi daripada PKR dan DAP. Pada tahun 2008, PKR bertanding di 97 kerusi dan menang 31 kerusi manakala DAP bertanding 47 kerusi dan menang 28 kerusi.

Soalnya, daripada mana Pas akan mendapat 14 lagi kerusi Parlimen bagi meletakkan calon-calonnya? Apakah DAP akan memberi laluan? Atau apakah Pas hendak mengambil semula kerusi yang diberikan kepada PKR?

Beranikah Pas yang kini dilihat begitu ghairah untuk berkongsi kuasa dengan kedua-dua parti itu berkeras dan menunjukkan kejaguhan seperti mana mereka berhadapan dengan UMNO, BN, SPRM, SPR dan PDRM?

Penulis percaya hasrat untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen atau menjadi dominan dalam pakatan pembangkang hanyalah mimpi indah yang mengasyikkan bagi Pas.

Cita-cita itu tidak akan tercapai dan ia sekadar impian seperti mana mereka diperdayakan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam 'impian 16 September'.

'Keberanian' pemimpin-pemimpin Pas hanya terbatas di luar lingkungan pakatan pembangkang sahaja tetapi dalam kerjasama dengan PKR dan DAP, Pas sekadar menjadi 'pak turut'.

Jika berhadapan dengan UMNO, BN dan agensi kerajaan, Pas begitu bermati-matian melakukan serangan tetapi percayalah keberanian berkenaan tidak akan sampai ke mana apabila berhadapan dengan PKR dan DAP.

PKR sudah pasti tidak akan menyerahkan kembali kerusi Pas yang mereka tandingi pada tahun 2008 kerana ia melibatkan banyak kawasan selamat, begitu juga DAP yang tidak akan sesekali menyerahkan kerusi mereka kepada Pas.

Semangat setiakawan seperti mana ditunjukkan oleh UMNO yang bersedia menyerahkan kerusi kawasan selamat kepada MCA atau MIC sama sekali tidak akan berlaku dalam pakatan pembangkang.

Dalam pakatan berkenaan masing-masing ingin berkuasa apatah lagi PKR dan DAP amat memahami keghairahan Pas untuk berkongsi kuasa bersama mereka.

Kerana itulah Pas menjadi satu-satunya parti pembangkang dalam sejarah politik negara sanggup mengorbankan dasar perjuangannya - satu tindakan yang sama sekali tidak akan dilakukan oleh PKR apatah lagi DAP.

Oleh itu PKR dan DAP tidak akan melayan tuntutan Pas apabila tiba masa perundingan pembahagian kerusi dilakukan kerana percaya serta yakin bahawa keberanian Pas bertempat.

Pas hanya berani terpekik terlolong di jalanan, menunjuk hebat di hadapan rakyat dengan membuat pelbagai tohmahan kepada kerajaan BN tetapi pasti akan tunduk kepada kehendak PKR dan DAP.

Justeru adalah diharapkan kepimpinan baru Pas tidak terlalu ghairah hendak menjadi jaguh dalam berhadapan dengan UMNO, BN dan agensi kerajaan kerana kesudahannya bukan Pas yang akan meraih keuntungan sebaliknya PKR dan DAP.

Dan paling malang bagi Pas pula keberanian tidak bertempat parti itu hanya akan menyebabkan rakyat terutamanya orang Melayu menolak mereka dalam pilihan raya nanti.

Malahan orang Melayu juga tahu Pas tidaklah seberani mana apabila berhadapan dengan PKR dan DAP. Isu penjualan arak di Selangor dan larangan beroperasi kepada 13 pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadan sudah menjadi bukti sejauh mana keberanian Pas dalam berpolitik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Struktur memudakan UMNO

Posted:

Struktur memudakan UMNO

Struktur memudakan UMNO

TAN SRI DR. NORDIN KARDI, Penyandang Kursi Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sebagai sebuah organisasi UMNO tidak sakit, UMNO juga tidak lemah, UMNO bukan tidak cekap dan UMNO juga bukan tidak berwibawa. UMNO sebagai UMNO (tidak mengapalah jika ada ahli atau pemimpinnya yang tidak menepati ciri-ciri kekuatan UMNO) terus mempunyai kekuatannya tersendiri tanpa apa-apa kekurangan.

Namun demikian, UMNO sekarang dikelilingi oleh persekitaran yang berubah. Saya jangka jika ada yang ingin membuat kajian kes mengenai kekuatan UMNO hasilnya boleh ditamsilkan dengan dapatan kajian kes terhadap organisasi perniagaan dan perkhidmatan Pos di sebuah negara maju.

Kajian kes United States Postal Service (USPS) menarik jika dijadikan perbandingan dengan transformasi UMNO. USPS ialah organisasi awam kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS) dari segi bilangan pekerja seramai 671,687 orang dan operasinya sampai hampir ke setiap isi rumah.

Berkurun-kurun USPS menunjukkan organisasi itu sangat cekap pengurusannya, pekerjanya berdedikasi, visi dan misinya sangat jelas. Tiada apa salahnya dengan USPS sebagai sebuah organisasi perniagaan kerajaan. USPS kekal sebagai organisasi monopoli pengumpulan, pemprosesan dan penyampaian surat-menyurat dan dengan demikian misinya ialah mengekalkan penguasaan yang telah dinikmatinya selama 200 tahun itu. Sihat atau sakitnya USPS dianggap pertunjuk kepada sakit atau sihatnya kerajaan pusat AS.

Namun apabila teknologi berjaya mencipta mesin faks, tiba-tiba USPS seperti akan lumpuh kerana saingannya bukan ada kaitan dengan pengurusan, bukan juga dengan sumber manusianya dan bukan juga dengan visi atau misinya. Pukulan teknologi internet yang bertalu-talu menambahkan keganasan cabaran kepadanya.

USPS telah mengalami kemerosotan jumlah penghantaran surat secara berterusan daripada 212 bilion pada tahun 2007 kepada tinggal 167 bilion pada tahun lepas, iaitu kehilangan 45 bilion yang bukan sedikit. Mungkinkah organisasi yang berumur dua kurun itu akan terus menjadi tidak relevan lagi nanti?

Demikianlah saya melihat UMNO yang sekarang sedang menghadapi cabaran di luar jangkauan pemikiran orang terdahulu tentang kesan ciptaan teknologi terhadap organisasi. Meskipun banyak ahli UMNO atau orang Melayu yang nostalgia dengan perjuangan pemimpin yang terdahulu seperti Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan seterusnya tetapi jika mereka masih hidup yang duduk di kerusi Najib pada ketika ini, mereka pun belum tentu mampu menghadapi segala cabaran luar biasa yang dihadapi oleh Presiden UMNO sekarang.

Cabaran Presiden UMNO pada ketika ini adalah di luar tradisi cabaran terhadap organisasi itu. Cabaran ini memerlukan transformasi yang didefinisikan oleh Levy and Merry (1986) sebagai penyusunan semula setiap dimensi kewujudan organisasi yang meliputi misi, matlamat, struktur dan budayanya. Perubahan yang berlaku secara kebetulan atau melalui proses evolusi tidak layak dipanggil transformasi.

Di manakah UMNO hendak mencari idea luar biasa bagi melaksanakan transformasi untuk menjamin monopoli kuasa memimpin negara dari sebelum merdeka hingga sekarang? Idea itu boleh saja datang dari Timur, Barat atau Kutub Utara atau Kutub Selatan. Tetapi, jangan lupa kadang-kadang idea boleh juga diperoleh dari belakang ceruk dapur sendiri.

Meminjam kata-kata orang bijak terdahulu 'ke Yathrib dan Maghrib mencari penyelesaian akhirnya menemuinya dalam rumah sendiri'. Lihat bagaimana idea 'lif peluru' yang dibina di luar bangunan yang bukan berasal daripada arkitek atau jurureka profesional sebaliknya adalah idea tukang cuci bangunan.

Secara organisasi UMNO sekarang wujud dalam bentuk struktur berperingkat dari cawangan, bahagian, negeri hingga ke negara. Keahlian adalah melalui cawangan. Oleh sebab banyak cawangan di luar bandar atau kampung ada pemimpin tertinggi UMNO yang mengatakan UMNO adalah parti kampung.

Bagaimana pandai sekali pun seseorang itu jika dia berhajat hendak menjadi pemimpin tertinggi UMNO dia tiada pilihan kecuali pulang ke kampung mencari tapak. Ada juga beberapa contoh pemimpin korporat atau pemimpin awam yang merasa berkebolehan memberi sumbangan kepada UMNO di pusat, terpaksa pulang ke kampung mencari tapak itu, tetapi berkesudahan dengan kecundang dan kecewa.

Antara tokoh terkenal, pernah dilihat sangat berkebolehan dan pernah dikecewakan itu termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh organisasi kewangan Nawawi Mat Awin, tokoh pentadbiran awam Abdullah Ayub dan banyak lagi.

Jika AS pernah dan masih menghadapi krisis menggantikan generasi baby boomers yang memimpin segenap sektor di AS, Malaysia dan UMNO juga menghadapi krisis mencari pemimpin bagi menggantikan generasi merdeka, generasi 13 Mei dan generasi DEB sambil pada masa yang sama meneruskan kefahaman mendalam tentang tradisi perjuangan UMNO.

Generasi baru seperti mula menjauhkan diri daripada UMNO. Ada juga seorang dua pemimpin UMNO bertanya saya bagaimana mengajak mereka menyertai UMNO? Amat susah saya hendak menjawabnya secara spontan.

Apabila saya membelek semula sejarah UMNO saya dapati parti itu tertubuh bukan dari kumpulan yang sama seperti sifatnya UMNO sekarang. Perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 yang membawa kepada penubuhan UMNO didukung oleh 41 pertubuhan Melayu yang masing-masingnya berlainan dan berautonomi.

Saya terfikir, mungkin inilah antara jawapannya yang telah lama tersimpan di stor UMNO yang sudah berdebu? Secara struktur mungkin UMNO boleh mula berfikir untuk menjadikannya sebuah badan induk parti yang membenarkan adanya badan gabungan selain daripada meneruskan kewujudan cawangan, bahagian dan negeri. Namun, dalam perhimpunan UMNO, perwakilan tidak lagi terhad kepada wakil-wakil bahagian sebaliknya akan ada wakil-wakil dari badan-badan gabungan.

Tentang kuantum perwakilan badan gabungan dan bahagian tidaklah perlu diperincikan di sini sebaliknya boleh difikirkan dengan mendalam dan dimasukkan ke dalam perlembagaan UMNO nanti.

Dalam istilah perniagaan UMNO melaksanakan transformasi struktur dengan 'penggabungan dan pengambilalihan' badan-badan Melayu yang begitu banyak di Malaysia sekarang seperti memberi nyawa semula kepada tarikh 1 hingga 4 Mac 1946 itu.

Berbanding usaha UMNO mengadakan pelbagai projek mendekati mahasiswa, mendekati pelajar sekolah seperti kursus, projek khidmat masyarakat dan pelbagai lagi yang hasilnya agak lambat, dengan strategi yang dicadangkan UMNO akan tiba-tiba menjadi kaya dan muda semula.

Tidak mustahil melalui transformasi struktur seperti ini orang seperti Tan Sri Khalid akan meninggalkan PKR dan menyertai UMNO semula dengan memimpin sebuah badan gabungan lain yang berautonomi. Pilihan mencari pemimpin UMNO terbaik akan menjadi terbuka luas semula seluas lautan biru.

Melihat badan-badan Melayu berbondong-bondong menyertai UMNO dan dengan rasa tidak mahu ketinggalan gerabak, tidak mustahil Pas juga akan mencari jalan paling 'terhormat' untuk menyertai organisasi UMNO yang dipermudakan semula itu, seperti sifatnya pada 1973.

Apakah halangan utama kepada kemungkinan ini? Jawabnya tiada yang lain kecuali nostalgia, sentimen dan emosi. Tetapi, idea ini bukan hanya unik untuk UMNO kerana jika UMNO tidak berminat maka lawan UMNO akan melaksanakannya.

Hadi Awang telah mengorak langkah menemui NGO seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM,) Persatuan Guaman Syariah Malaysia (PGSM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Ilmuan, Jaringan Siswazah Malaysia, dan Persatuan Pelajar Islam Selangor menyampaikan mesej kesamaan matlamat.

Meski pun Pas tidak secomel UMNO tetapi jika badan-badan Melayu yang banyak itu dibiarkan kekal sebagai penyokong luaran yang berkesudahan seperti melukut di tepi gantang atau seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, tidak mustahil mereka akan beralih haluan mencari pilihan lain yang lebih mengalu-alukan mereka.

Dua ratus tahun USPS wujud dengan gagah tetapi tergugat oleh cabaran teknologi, terlalu muda untuk UMNO ditewaskan. UMNO mesti terus memudakan struktur binaannya bukan hanya pada solekan harian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved