Rabu, 30 November 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Operasi kilang DVD haram lumpuh

Posted:

Operasi kilang DVD haram lumpuh

Operasi kilang DVD haram lumpuh


ANGGOTA polis mengira DVD yang dirampas di kilang yang beroperasi secara haram di Ara Damansara, Petaling Jaya, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Sebuah premis dua tingkat yang diubah suai menjadi kilang mencetak cakera video digital (DVD) yang beroperasi secara haram di Ara Damansara dekat sini lumpuh selepas diserbu sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.40 petang itu, sebanyak 30 buah mesin pencetak DVD, 26,500 keping DVD filem pelbagai tajuk dan lucah yang kesemuanya bernilai RM350,000 dirampas.

Pegawai Penyiasat, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Supritendan Adam Eng Abdullah berkata, turut dirampas dalam serbuan itu, dua buah kereta jenis Proton Saga yang dipercayai digunakan untuk menghantar DVD kepada pelanggan.

"Serbuan ini dibuat hasil intipan yang dilakukan selama seminggu serta maklumat daripada orang awam yang mencurigai kegiatan mereka.

"Pihak polis mendapati, mereka memasang penggera pada setiap tingkat serta kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa," katanya di lokasi serbuan yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Adam Eng berkata, dalam serbuan tersebut, dua lelaki tempatan berusia 25 dan 31 tahun yang bekerja di premis tersebut turut ditahan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Program Chong Wei dirombak

Posted:

Program Chong Wei dirombak

Program Chong Wei dirombak

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my



KUALA LUMPUR - Demi memastikan prospek pingat emas Malaysia pada Sukan Olimpik 2012 tidak terjejas dan Datuk Lee Chong Wei dapat berada pada prestasi terbaik pada hari pertandingan, semua program yang melibatkan jaguh No. 1 dunia itu sepanjang tahun depan akan dikaji semula.

Pada usia yang bakal mencecah 30 tahun, Chong Wei tidak mampu lagi menerima lambakan kejohanan bagi membolehkan tenaganya berada pada tahap tertinggi apabila temasya London bermula dari 27 Julai hingga 12 Ogos.

Begitupun dalam masa yang sama, dia memerlukan kejohanan berkualiti dan mencukupi untuk memastikan kedudukannya sebagai pemain No. 1 dunia tidak terjejas, kerana jika dia mengalami kejatuhan ranking, ia berpotensi mengundang undian sukar.

Dalam kata lain, Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang bermesyuarat pada 14 Disember ini perlu bijak merangka program Chong Wei untuk melindungi prospek emas Malaysia itu, selain memikirkan cara bagaimana dia dapat menangani ancaman tiga jaguh China, Lin Dan, Chen Jin dan Chen Long.

Chong Wei mengharungi jadual pertandingan yang terlalu padat tahun ini hingga akhirnya memaksa dia menarik diri daripada kejohanan kegemarannya, Terbuka Macau yang bermula semalam pada saat akhir alasan keletihan.

Juara All England itu bertanding dalam dua kejohanan utama iaitu Siri Super Terbuka Hong Kong (15-20 November) dan Siri Super Premier Terbuka China (22-27 November) secara berturut-turut, di mana dia kalah kepada Lin Dan pada separuh akhir kedua-dua saingan.

Melihat kekalahan itu dan keadaan Chong Wei, mengundang resah peminat serta pemerhati badminton negara ketika Sukan Olimpik tinggal tujuh bulan.

Perkara yang menimbulkan persoalan, apakah dia mampu menangani Lin Dan yang semakin menunjukkan peningkatan, malah China juga memasang strategi dengan meletakkan Chen Long dan Chen Jin sebagai halangan.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid mengakui, pendekatan Chong Wei perlu dikaji semula kerana pemain itu tidak lagi semuda dulu, justeru apa juga program yang diatur perlu turut mengambil kira faktor usia.

"C&T akan melihat semula program Chong Wei dan memikirkan apa yang terbaik untuk pemain itu dalam masa mesyuarat terdekat. Pelbagai faktor akan diambil kira, terutama umur tetapi apa juga perancangan, keutamaan haruslah kepada Sukan Olimpik 2012,'' kata Al-Amin pada sidang akhbar pelancaran logo baru Kejohanan Badminton Maybank Terbuka Malaysia di Menara Maybank, di sini semalam.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai juga mengakui, CTC perlu teliti dan bijak merangka program pemain No. 1 dunia itu demi mengelak situasi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

"Sudah tentu Chong Wei perlu lebih kolektif memilih kejohanan tahun depan dengan hanya beraksi dalam kejohanan utama dan mengetepikan pertandingan yang tidak begitu penting, masalahnya ada sekurang-kurangnya beberapa kejohanan utama menuju ke tarikh akhir kelayakan Olimpik, jadi kita perlu teliti menentukan apakah kejohanan yang akan disertai.

"Perlu diingat, kita bukan saja melindungi prestasi pemain ini dan mengelakkannya daripada keletihan, tetapi kita juga kena memastikan Chong Wei dapat mengekalkan kedudukan No. 1 dunia sehingga tarikh undian. Hanya ranking yang baik menjamin undian yang baik,'' kata Chin Chai.

Dalam tempoh empat bulan sebelum tarikh tutup kelayakan, terdapat enam kejohanan utama berlangsung bermula dengan Terbuka Korea (3-8 Januari), Terbuka Malaysia (10-15 Januari), kelayakan Piala Thomas (14-19 Februari), All England (6-11 Mac), Kejohanan Asia (17-22 April) dan Terbuka India (24-29 April).

Kelayakan Sukan Olimpik London akan ditutup pada 29 April depan, manakala status pilihan dibuat berdasarkan ranking 3 Mei, 2012. Bermakna, Chong Wei perlu berada pada kedudukan No. 1 dunia apabila ranking 3 Mei diumumkan untuk membolehkannya menerima undian yang baik.

Full content generated by Get Full RSS.

Mat Yo Paling Bernilai

Posted:

Mat Yo Paling Bernilai

Mat Yo Paling Bernilai

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my



SHAH ALAM - Penyerang Kelantan dan kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha mempertahankan gelaran Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 yang dimenanginya tahun lalu, selain merangkul Anugerah Penyerang Terbaik.

Pemain berasal dari Besut itu mengejutkan calon pilihan Khairul Fahmi Che Mat dan arkitek tengah skuad kebangsaan, Safiq Rahim bagi anugerah yang lebih dikenali sebagai Anugerah Supermokh tahun ini.

Seperti tidak percaya mampu memenangi gelaran yang sama ekoran kurang banyak beraksi pada pentas antarabangsa kerana masalah kecederaan, Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo gembira di atas pemilihannya.

"Saya terkejut dengan kemenangan ini kerana saya rasa rakan sepasukan, Apek (Khairul Fahmi Che Mat) akan menang, kerana dia lebih banyak beraksi pada peringkat kebangsaan dan Kelantan.

"Namun, saya bersyukur kerana mampu mempertahankan kemenangan tahun lalu.

"Saya berazam untuk mengekalkan prestasi sama pada musim hadapan terutama bersama skuad kebangsaan bagi cuba mempertahankan kejuaraan Piala AFF dan Kelantan yang akan beraksi dalam Piala AFC , " katanya, yang turut menujukan kemenangan itu kepada isterinya.

Trofi kemenangan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa.

Turut hadir Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Panel pemilihan pemain terbaik bagi setiap kategori terdiri daripada 28 jurulatih Liga Malaysia yang membimbing pasukan Liga Super dan Liga Perdana manakala Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM menjadi penilai pemenang kategori Persatuan Bola Sepak dan Kelab Terbaik.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Warga Felda komited hadapi cabaran

Posted:

Warga Felda komited hadapi cabaran

Warga Felda komited hadapi cabaran

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com


WAN Salman Wan Ismail (kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas, Ahmad Abdullah (kiri) sempena program Iktiraf Felda Wilayah Jengka di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, baru-baru ini.


KUALA KRAU 30 Nov. - Warga Felda perlu komited dan bersedia menghadapi cabaran untuk mengangkat generasi baru pada kedudukan yang kukuh dari aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, bagi mengekalkan kedudukan sebagai komuniti contoh, mereka perlu menghadapi cabaran kerana ada yang bersikap seperti "enau melepaskan pucuk".

Tegasnya, mereka perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk menentang sebarang cubaan pihak luar yang mahu memecah-belahkan perpaduan dalam Felda.

"Program Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) diwujudkan untuk memacu usaha penyatuan hati dan kesepakatan tindakan kepada komuniti supaya tidak alpa dengan provokasi pembangkang," katanya ketika berucap merasmikan program Iktiraf anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di sini baru-baru ini.

Menurutnya, program itu memberi peluang kepada komuniti Felda menjalankan pelbagai aktiviti yang selaras dengan konsep 1Malaysia.

Kata beliau, program itu yang disertai oleh semua peringkat umur, diharap akan menjadi pemangkin perpaduan dan kesejahteraan masyarakat Felda dalam menangani cabaran global.

Wan Salman juga mahu warga Felda setia dan kekal bersama kerajaan kerana menjanjikan keuntungan dan kesejahteraan generasi seterusnya pada masa depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Sasaran sekolah bebas dadah

Posted:

Sasaran sekolah bebas dadah

Sasaran sekolah bebas dadah

KUANTAN 30 Nov. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu menjalinkan hubungan dengan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan tanggungjawab sosial untuk menjayakan matlamat "Sekolah Bebas Dadah" pada tahun depan.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad berkata, permuafakatan seperti itu merupakan satu usaha sepadu bagi memerangi gejala dadah dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, tanggungjawab sosial oleh badan terbabit akan dapat membantu menanganinya yang membuktikan kementerian tidak bersendirian dalam usaha membebaskan sekolah daripada dadah.

"Dalam hal ini, komitmen Petronas wajar dicontohi kerana syarikat itu proaktif menyahut seruan kerajaan untuk bersama berusaha memerangi gejala dadah.

"Program Sahabat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) anjuran bersama kementerian dan Petronas merupakan contoh terbaik untuk memastikan matlamat sekolah bebas dadah tercapai dalam tempoh tersebut," katanya pada majlis Anugerah Alumni Sahabat PPDa-Petronas peringkat kebangsaan di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abidin dan Pengurus Besar (Bahagian Korporat) Kumpulan Petronas, Haniff Hassan.

Mazlan berkata, program pemuafakatan itu membolehkan para guru dan murid menerima latihan, informasi dan input berkaitan pendidikan pencegahan dadah.

Tambahnya, segala maklumat berkaitan dadah patut diperluaskan kepada semua warga sekolah, keluarga dan anggota masyarakat.

Full content generated by Get Full RSS.

JKKK Kuala Mai juara perlumbaan mini bike

Posted:

JKKK Kuala Mai juara perlumbaan mini bike

JKKK Kuala Mai juara perlumbaan mini bike


MOHAMED Jaafar (belakang dua dari kiri) bersama para pemenang Perlumbaan Mini Bike 2011 DUN Jenderak di Kuala Krau, baru-baru ini.


KUALA KRAU 30 Nov. - Pasukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Mai muncul juara Perlumbaan Mini Bike 2011 yang diadakan di tapak pasar malam, di sini baru-baru ini.

Pasukan tersebut berjaya membawa pulang wang tunai RM300 beserta trofi setelah mengalahkan JKKK Kuala Krau dan JKKK Gong Halt pada perlumbaan yang diadakan sempena Karnival Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, perlumbaan tersebut melibatkan 150 peserta termasuk pasukan jemputan dalam kategori terbuka yang datang dari Kelantan dan Terengganu.

"Perlumbaan itu melibatkan peserta lelaki dan perempuan berumur 12 tahun ke bawah dan kategori terbuka dimenangi oleh pasukan dari Terengganu yang mengungguli tempat pertama dan ketiga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Mohamed berkata, acara tersebut diadakan buat kali pertama sempena Karnival DUN Jenderak dan akan menjadi acara tahunan selepas ini.

"Sambutan sangat menggalakkan dan kami akan meneruskan kerjasama dengan pihak S&R Motorsport untuk mengadakannya lagi pada masa akan datang," ujarnya.

Menurut Mohamed, perlumbaan tersebut bertujuan mencungkil bakat kanak-kanak dalam sukan lumba motosikal dan aktiviti lasak di samping mengisi masa lapang.

"Saya cukup kagum melihat kebolehan mereka mengendali motosikal mini ini biarpun usia baru mencecah lima tahun dan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi semangat serta sokongan kepada mereka untuk melibatkan diri dalam sukan permotoran ini," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Diplomat Britain tinggalkan Iran

Posted:

Diplomat Britain tinggalkan Iran

Diplomat Britain tinggalkan Iran

LONDON 30 Nov. - Britain hari ini mengarahkan semua kakitangan diplomatiknya keluar dari Iran selepas penunjuk perasaan tempatan menceroboh Kedutaan Britain di Teheran semalam, sementara Norway menutup kedutaannya di Iran hari ini berikutan insiden tersebut.

Seorang diplomat Eropah berkata, kumpulan pertama kakitangan Kedutaan Britain telah tiba di lapangan terbang dan akan diterbangkan ke Dubai.

Pemindahan itu dibuat selepas penunjuk perasaan Iran, sebahagiannya melaungkan 'kematian untuk Britain', menceroboh bangunan diplomatik tersebut selama beberapa jam semalam, menggeledah pejabat-pejabat, melontar bom petrol dan membakar bendera Union Jack.

Diplomat Britain malam tadi terpaksa berlindung di kedutaan-kedutaan Kesatuan Eropah (EU) lain termasuk Kedutaan Perancis.

Bantahan itu dibuat ketika hubungan tegang diplomatik antara Iran dengan negara Barat, yang mengenakan sekatan baru terhadap Teheran berhubung program nuklearnya yang dipercayai dijalankan untuk membangunkan bom atom.

Perdana Menteri Britain, David Cameron hari ini melabel kerajaan Iran sebagai 'memalukan' kerana gagal melindungi Kedutaan Britain dan kakitangannya di Teheran selepas penunjuk perasaan semalam menceroboh bangunan tersebut.

"Serangan itu sangat mengejutkan dan tidak boleh dimaafkan. Kegagalan kerajaan Iran melindungi kakitangan dan harta benda Britain merupakan satu perkara memalukan.

"Kerajaan Iran perlu segera memastikan keselamatan kakitangan Britain dan mengawal bangunan kedutaan itu," kata Brown.

Dalam kejadian semalam, penunjuk perasaan Iran turut menjadikan enam kakitangan kedutaan tersebut sebagai tebusan, bagaimanapun semua mereka telah dibebaskan hari ini.

Cameron dalam pada itu berkata, pihak bertanggungjawab dalam kejadian tersebut perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

"Iran juga perlu sedar tentang kesan serius kerana gagal melindungi kakitangan Britain. Kami akan menimbang langkah sewajarnya yang akan diambil beberapa hari lagi," katanya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Ikhwan Muslimin dahului undi di Mesir

Posted:

Ikhwan Muslimin dahului undi di Mesir

Ikhwan Muslimin dahului undi di Mesir

KAHERAH 30 Nov. - Pergerakan Ikhwan Muslimin Mesir mendahului pusingan pembukaan pilihan raya Parlimen pasca revolusi pertama negara ini.

Akhbar Al-Ahram melaporkan, parti Islam yang ditubuhkan pergerakan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) selain parti-parti pergerakan Salafi, mendahului kiraan undi di enam wilayah.

Menurut akhbar harian bebas Al-Shorouk, di Kaherah, FJP memperolehi 47 peratus undi.

Pilihan raya pada Isnin dan Selasa lalu di Kaherah, Iskandariah dan beberapa kawasan lain adalah peringkat pertama dalam pilihan raya untuk memilih anggota Dewan Rendah Parlimen.

Peringkat seterusnya akan dibuat pada bulan Disember ini dan Januari tahun depan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Panggilan 'Datuk Pathma 2' dalam telefon mangsa bunuh

Posted:

Panggilan 'Datuk Pathma 2' dalam telefon mangsa bunuh

Panggilan 'Datuk Pathma 2' dalam telefon mangsa bunuh

SHAH ALAM 30 Nov. - Seorang pegawai polis memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini, rekod panggilan salah sebuah telefon pintar iaitu jenis BlackBerry warna putih menunjukkan ada menerima dua panggilan daripada satu nombor yang disimpan atas nama 'Datuk Pathma 2'.

Panggilan pertama daripada 'Datuk Pathma 2' dari nombor 0162045518 merupakan panggilan tidak berjawab (missed call) diterima kira-kira pukul 4.22 petang manakala panggilan kedua yang dijawab daripada nombor yang sama diterima pada pukul 6 petang, 30 Ogos tahun lalu.

Pada prosiding sebelum ini, dua telefon bimbit BlackBerry telah dicam sebagai milik dua mangsa iaitu peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim (BlackBerry putih) dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad (BlackBerry hitam).

Selain panggilan 'Datuk Pathma 2', Asisten Supritendan (ASP) Mohd. Zulkifly Mohd. Isa, 31, turut menyatakan, rekod panggilan masuk turut mencatatkan telefon bimbit terbabit ada menerima panggilan daripada nombor 0127778017 yang disimpan atas nama 'Rita' kira-kira pukul 6.53 petang hari yang sama.

Saksi pendakwa ke-76 yang merupakan juruanalisis kanan Seksyen Jenayah Komputer, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata demikian ketika disoal pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimul Azami hari ini.

Bagaimanapun, ketika disoal balas oleh peguam bela, Amer Hamzah Arshad mengakui tidak mengetahui bila nama 'Datuk Pathma 2' dimasukkan atau mula disimpan di dalam senarai pemanggil (contact list) telefon terbabit.

Sementara itu, dua saksi pendakwa, M. Nalaraja, 56, dan Lim Chai Soon, 38, yang bekerja sebagai individu yang menguruskan pembakaran mayat bukan Islam, memberitahu mahkamah bahawa Sungai Panchau bukan tempat pembuangan abu-abu mayat.

Sebaliknya, ujar Nalaraja, abu mayat kebiasaannya di buang di sebuah tempat di hadapan Taman Panjau berhadapan Estet Klang yang turut mempunyai pondok untuk upacara sembahyang.

Sejurus tamat prosiding, ketika dibawa keluar menuju ke lif mahkamah, bekas peguam N. Pathmanabhan, 42, tiba-tiba memarahi jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Shaharani Saibi yang sedang mengambil gambar kesemua tertuduh.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit dengan kasar turut menyamakan tubuh badan jurugambar tersebut dengan seekor haiwan yang haram dimakan oleh umat Islam.

Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; Ahmad Kamil, 32; dan Noorhisham, 38.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Perbicaraan yang masuk hari ke-54 di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 9 Januari 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

Permohonan ketepi keputusan ROS, 15 Dis.

Posted:

Permohonan ketepi keputusan ROS, 15 Dis.

Permohonan ketepi keputusan ROS, 15 Dis.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Permohonan kerajaan negeri Selangor dan sembilan pihak lagi untuk mengetepikan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membatalkan serta membubarkan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) akan diputuskan pada 15 Disember ini.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini yang sepatutnya membuat keputusan itu hari ini menangguhkannya selepas Hakim Datuk Rohana Yusuf dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara baru menyerahkan hujahan bertulis.

Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam S. Selvarajah yang mewakili 10 pemohon tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Selvarajah, ketika prosiding di kamar hakim itu, semua pemohon diwakili oleh peguam R. Ramanathan sementara Peguam Persekutuan R. Kogilla mewakili ROS yang dinamakan sebagai responden.

Pada 31 Oktober lalu, permohonan semakan kehakiman tersebut telah didengar selepas mahkamah pada 11 September 2009 memberikan kebenaran kepada kesemua pemohon untuk mencabar keputusan ROS.

Selain kerajaan negeri Selangor, pemohon antaranya terdiri daripada isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut selaku Presiden Balkis; Permodalan Negeri Selangor Bhd.; Kumpulan Darul Ehsan Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Mereka memohon pengisytiharan bahawa keputusan ROS membubarkan Balkis adalah batal dan tidak sah serta perintah supaya badan itu dihidupkan semula.

Isu Balkis menjadi gempar ekoran dakwaan Abdul Khalid bahawa dana pertubuhan itu disalahgunakan oleh presiden terdahulu, Zaharah Kechik yang merupakan isteri bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo.

Pada 10 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan Peguam Negara merayu bagi mengetepikan kebenaran yang diperoleh 10 pihak tersebut setelah berpuas hati bahawa ia mempunyai hak dalam prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pas perlu terima hakikat

Posted:

Pas perlu terima hakikat

Pas perlu terima hakikat

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com


Ahli-ahli UMNO perlu memahami pesanan Muhyiddin Yassin bahawa apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah satu jihad untuk agama, bangsa dan negara serta jihad untuk mempertahankan hak.


KETIKA berlangsung muktamar tahunannya baru-baru ini, Pas dengan penuh bersemangat menguar-uarkan kepada ahli dan penyokong parti itu bahawa mereka sudah bersedia menggantikan UMNO.

Pas berhujah UMNO kini semakin lemah dan tidak lagi berupaya membela nasib orang Melayu, oleh itu tanggungjawab berkenaan akan terpikul di bahu Pas.

Itulah impian Pas dan itulah mimpi Pas, tetapi kelmarin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jawapan kepada angan-angan Pas itu.

Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, "apa yang berlaku hari ini bukan Pas Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. Pas takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti Pas.''

Seperti biasa sudah pasti Pas akan menganggap kenyataan Muhyiddin itu menunjukkan UMNO semakin takut dengan kekuatan Pas tetapi Pas tidak boleh menipu sendiri apatah lagi rakyat.

Semua orang tahu apa yang terjadi kepada Pas apabila mereka mengikat perjanjian politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Segala-galanya mereka gadai dan pertaruhkan demi memastikan mereka tidak ditinggalkan oleh kedua-dua parti itu dalam mengejar impian Putrajaya.

Oleh itu apa sahaja yang mereka lakukan, Pas tidak akan melihat ke hadapan, sebaliknya akan menoleh dahulu untuk melihat reaksi DAP dan PKR.

Ia kerana keyakinan diri Pas sudah semakin terhapus, Pas seolah-olah begitu lemah untuk berdiri sendiri dan semakin terpengaruh dengan janji-janji politik PKR dan DAP.

Atas sebab itulah demi kepentingan politik kekuasaan yang diburu, Pas sanggup mengorbankan perjuangan negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.

Pelbagai hujah dikeluarkan oleh parti itu bagi 'menghalalkan' tindakan mereka mengubah hala tuju perjuangan, mereka mendakwa kononnya apa yang dilakukan tidak lari daripada semangat Islam yang diperjuangkan.

Tetapi hakikatnya seperti mana kata Muhyiddin, Pas sudah tidak ada lagi keberanian untuk bersuara lantang memperjuangkan Islam, kesudahannya Pas dilihat hanyalah 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

Pas perlu menerima hakikat, parti yang paling dominan dalam pakatan pembangkang bukannya mereka sebaliknya DAP, manakala PKR pula tidak peduli apa, matlamat mereka hanya satu untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Justeru Pas tidak boleh mendabik dada apatah lagi menyimpan impian untuk menggantikan UMNO kerana Pas tidak ada keberanian untuk menyanggah DAP.

Sebab itulah DAP begitu berani menyentuh pelbagai isu sensitif melibatkan orang Melayu dan umat Islam kerana mereka tahu Pas tidak akan berani menegur mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor, apabila Pas tidak mampu bertindak apa-apa apabila kerajaan negeri pimpinan PKR dan didokong kuat oleh DAP menghalang hasrat Pas untuk mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaneka.

Pas hanya tunduk dan terpaksa akur dengan kehendak rakan sekutunya itu, malahan Pas juga diam membisu apabila DAP tanpa segan silu menyatakan bahawa apa pun berlaku, mereka mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kalau pembangkang memerintah.

DAP membuat kenyataan seumpama itu tanpa mempedulikan hati dan perasaan pemimpin-pemimpin Pas yang sepatutnya perlu diberi keutamaan kerana bukankah dari segala segi, pemimpin Pas lebih layak.

Pas ditubuhkan lebih awal daripada PKR, pemimpin Pas dilihat jauh lebih bermoral berbanding pemimpin PKR tetapi kenapa tidak ada sekelumit pun kenyataan daripada DAP untuk melantik pemimpin Pas sebagai Perdana Menteri?

DAP hakikatnya tidak pernah menghormati Pas sebaliknya hanya mahu menjadikan parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu sebagai 'kuda tunggangan' bagi mencapai cita-cita politiknya.

DAP tahu mereka tidak boleh bergantung kepada PKR kerana parti itu tidak ada kekuatan di kalangan orang Melayu tetapi Pas mempunyai keupayaan untuk 'mencairkan' orang Melayu dengan pendekatan agama yang dibawa.

Pas bukannya tidak sedar tentang niat serong DAP itu, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh Pas kerana Pas hanya mahu kuasa.

Sebab itulah DAP tidak pernah peduli apa pun yang Pas kata kerana mereka tahu Pas 'kemaruk kuasa', kalau Pas mahu menentang DAP maka DAP akan bertindak menyingkirkan mereka daripada pakatan pembangkang.

Pas sudah tentu tidak mahu keadaan itu berlaku, oleh itu apa yang boleh Pas lakukan hanya menurut sahaja.

Kalau benar Pas mahu menafikan kenyataan Muhyiddin atau tafsiran pelbagai pihak bahawa mereka hanya 'pak turut', Pas perlu membuktikan dalam pilihan raya umum akan datang mereka bertanding lebih banyak kerusi daripada DAP dan PKR.

Ia kerana hanya cara itu Pas akan dominan, tetapi kita percaya Pas tidak akan mempunyai keberanian sedemikian, justeru janganlah orang Melayu mengharapkan apa-apa kepada Pas.

Orang Melayu sebenarnya meletakkan masa depan mereka dalam bahaya jika mereka percaya jika kuasa pemerintahan diberikan kepada pakatan pembangkang, Pas akan mampu membela nasib mereka.

Percayalah Pas tidak ada kekuatan apatah lagi keberanian untuk menjadi wira dan pejuang kepada orang Melayu seperti mana apa yang dilakukan oleh UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Ini kerana parti komponen dalam BN mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada UMNO dan yakin bahawa apabila UMNO menjadi tonggak pemerintahan negara, semua kaum mendapat pembelaan, sejarah sudah pun membuktikan fakta ini.

Tetapi ini berbeza jika pakatan pembangkang memerintah, segalanya ditentukan oleh DAP manakala PKR dan Pas hanya mengikut sahaja. Melalui pendekatan pemerintahan seumpama itu mampukah seluruh rakyat mendapat pembelaan sewajarnya manakala nasib dan kepentingan orang Melayu akan terbela dan terpelihara?

Sudah pasti tidak! Atas sebab itulah ahli-ahli UMNO perlu memahami pesanan Muhyiddin bahawa mereka perlu yakin bahawa apa yang diperjuangkan adalah satu jihad untuk agama, bangsa dan negara, jihad untuk keadilan dan jihad untuk mempertahankan hak.

Bagaimanapun jihad tersebut tidak akan mampu dilaksanakan jika ahli-ahli UMNO tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya.

Justeru dengarlah nasihat Muhyiddin, bahawa pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati dan pilihan raya itu bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah parti.

Rakyat terutamanya orang Melayu perlu dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan politik kekuasaan pembangkang dan kononnya Pas mampu menggantikan UMNO.

Sebaliknya mereka perlu diyakinkan hanya UMNO sahaja mampu menjadi tonggak kekuatan politik orang Melayu, hanya UMNO sahaja mempunyai keberanian mempertahankan kepentingan umat Islam di negara ini dan hanya UMNO sahaja yang tidak akan menggadaikan segala-galanya demi meraih kuasa.

Full content generated by Get Full RSS.

Apabila Wanita UMNO sudah menyingsing lengan

Posted:

Apabila Wanita UMNO sudah menyingsing lengan

Apabila Wanita UMNO sudah menyingsing lengan

Oleh FAUZIAH AROF
rencana@utusan.com.my

MENYINGSING lengan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Bagai hendak runtuh Dewan Tun Dr. Ismail dengan sorakan gemuruh ahli-ahli perwakilan pergerakan tersebut yang sambil berdiri penuh bersemangat mendengarkan ucapan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu yang disifatkan sebagai luar biasa.

Sememangnya, ucapan Ketua Wanita UMNO adalah antara yang dinanti-nantikan dalam pembukaan persidangan tiga sayap parti UMNO itu semalam.

Selain ucapan Wanita yang memang sering mendapat perhatian setiap kali perhimpunan agung parti keramat Melayu ini berlangsung, tumpuan lebih diberikan kepada Shahrizat kerana beliau diheret oleh pembangkang dalam isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Pun begitu, beliau yang telah lama menabur khidmat dalam UMNO, menyedari bahawa meletakkan kepentingan perjuangan parti pada kedudukan yang paling tinggi adalah lebih utama.

''Saya sudah 30 tahun dalam UMNO dan sebagai seorang ketua, setiap langkah saya diuji. Saya bukan ketua pada zaman senang parti, saya juga ketua pada zaman susah kita," tegas Shahrizat.

Sebagai pemimpin setiap langkah sentiasa diperhati, sama seperti pemimpin-pemimpin parti lain. Tohmahan dan fitnah datang dari segenap arah, depan, belakang, kiri dan kanan. Serangan peribadi adalah lumrah dalam berpolitik.

Mengakui hakikat itu lagi, Shahrizat dalam ucapannya menegaskan, pergerakan itu tidak akan mudah terpenjara dan terperangkap dalam persepsi musuh-musuh parti. Yang lebih penting bagi beliau ialah Wanita UMNO mesti berjuang untuk mencapai matlamat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Katanya, dengan kekuatan lebih 1.3 juta ahli, Wanita UMNO mesti melipatgandakan usaha, memantapkan jentera parti, melebarkan sayap terus menjadi pemain utama dalam meraih kemenangan.

Sewajarnya, itu adalah fokus utama yang sepatutnya diberikan perhatian pada saat yang genting pada parti. Untuk memuaskan hati parti pembangkang dan menutup terus mulut mereka, ia hanya kerja sia-sia, yang sampai bila pun tidak akan ada habisnya.

Katalah apa sahaja, atau buatlah apa jua, pembangkang akan tetap mencari buruknya. Ia hanya kerja yang membuang masa.

Dan yang terima kesannya bukan sahaja pemimpin yang difitnah tetapi rakyat yang sudah tentunya muak dengan pelbagai isu yang dibangkitkan.

Shahrizat sendiri mengakui, dalam keadaan pembangkang yang semakin 'meliar' sekarang, tiada jalan mudah untuk melawan mereka kecuali bergerak bersama dalam satu semangat setia kawan yang tinggi.

Justeru, Wanita UMNO tidak seharusnya hilang fokus dengan acahan pembangkang. Isu-isu yang dibangkitkan pembangkang tidak perlu diberi respons dengan melatah.

Sebaliknya, cabaran yang dihadapi ini perlu ditangani secara bijak melalui gerak kerja yang tersusun selain memberi penjelasan yang secukupnya terhadap mana-mana isu berbangkit kepada rakyat termasuk di kampung-kampung, tanpa terlepas pandang pada mana-mana kawasan.

Yang penting, hati nurani rakyat perlu diselami, masalah rakyat perlu diatasi, kesengsaraan rakyat perlu ditangani dan kesakitan rakyat perlu dirawati agar rakyat terus menikmati kemakmuran negara yang sejati.

Wanita UMNO perlu sedar bahawa mereka kini perlu berusaha lebih kuat lagi. Ini kerana perkembangan iklim politik negara kini bukan hanya menuntut pergerakan itu menjalankan kerja-kerja 'tradisi'.

Kerja mereka kini tidak lagi terbatas di peringkat akar umbi di mana peranannya lebih memberi sokongan kepada parti yang dianggotai sebagai pengundi, perayu undi sewaktu pilihan raya dan melakukan kerja-kerja membantu parti.

Mereka kini turut bertindak sebagai pemberi maklumat kepada parti dan rakyat dan pada masa sama boleh menjawab isu-isu yang disuarakan oleh rakyat.

Hakikat itu dipersetujui oleh seorang perwakilan dari Perak, Fazilah Mohd. Mohamed yang menyifatkan ucapan dasar Shahrizat yang 'meremangkan' bulu roma itu wajar diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Katanya, isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang harus ditangani segera melalui sesi penjelasan di dalam dan luar bandar.

Menurut beliau, setiap orang mempunyai penilaian dan persepsi yang berbeza dan sewajarnya mereka didekati agar tidak dipengaruhi secara terus melalui saluran popular pembangkang iaitu Internet.

''Ini adalah perjuangan yang besar bagi Wanita, sambil kita meraih undi, kita juga perlu dibekalkan dengan maklumat secukupnya untuk menangkis tohmahan pembangkang ini," katanya.

Sementara itu, perwakilan dari Langkawi, Mariyam Othman berkata, sokongan gemuruh yang diberikan oleh perwakilan tidak seharusnya berakhir di dewan.

''Ucapan ini satu 'wake up call' untuk menghadapi pilihan raya, yang bermakna kita harus bekerja lebih keras untuk meraih kemenangan yang baik,'' katanya.

Umum mengetahui PRU13, adalah penting bagi UMNO dan BN. Dengan pembangkang yang agresif dengan pelbagai tohmahan di alam maya terhadap UMNO, percayalah ini adalah PRU yang sengit.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Saya memang anak emak

Posted:

Saya memang anak emak

Saya memang anak emak

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB
dan ihsan EXCELLENT PICTURES


POPULARITI yang dikecapi Zizan hari ini tidak datang bergolek dan semuanya berkat doa ibu tercinta.


KALAU dihitung jumlah tahun pembabitan Zizan dalam bidang seni, memang boleh dikatakan masih baru dan hijau.

Tetapi, populariti yang dikecapi dalam tempoh lima tahun yang dilaluinya sebagai anak seni sememangnya cukup membanggakan.

Sehinggakan ada yang berbisik dan mengkhabarkan bahawa Zizan kini merupakan salah seorang pelawak yang semakin tinggi nilainya.

Apa yang membanggakan, Zizan juga sudah mampu berdiri setanding dengan pelawak senior yang lain.

Namun, bagi diri anak kelahiran Dungun, Terengganu itu, dia tidak pernah melihat dirinya dalam kedudukan tertinggi.

Sebaliknya, dengan penuh rendah diri Zizan memberitahu dia sentiasa berpijak di bumi nyata kerana sedar bahawa apa yang dimilikinya hari ini sebenarnya juga sebahagian daripada ujian Allah SWT.

"Biarpun orang melihat saya sebagai seorang yang popular, tetapi jauh di sudut hati saya ini, hakikatnya saya masih Zizan yang sama.

"Saya berpegang teguh kepada prinsip hidup saya untuk tidak menjadi seorang yang bermegah-megah dengan kejayaan hari ini.

"Apa yang saya lalui selama hari ini semuanya tidak pernah datang bergolek. Ia adalah hasil daripada usaha dan kerja keras saya.

"Apa yang penting juga, saya tidak akan sesekali melupakan semua pesanan dan nasihat ibu saya yang merupakan azimat untuk saya meneruskan kehidupan," jelas anak muda berusia 27 tahun itu dalam nada bersungguh.

Naib juara Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007 itu berkata demikian sewaktu ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Mael Lambong di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd. Razizan Abdul Razak mengakui, cabaran dan dugaan sebagai seorang artis cukup besar terutama untuk seorang pelawak sepertinya.

Katanya lagi, jika tidak dikuatkan iman, tidak mustahil dirinya mampu tersasar jauh dari landasan dan pegangan hidup.

Mendengarkan kata-katanya itu, Hits terus mengajukan soalan kepada Zizan apakah pernah terdetik di hatinya untuk menjadi seorang 'budak nakal' dengan statusnya sebagai artis popular itu.

Semangat ibu

"Saya tahu setiap kali apabila memperkatakan tentang dunia hiburan, konotasi negatif itu memang tidak dapat lari seperti kaki perempuan, kaki botol, kaki disko, dadah dan lain-lain lagi.

"Seperti mana yang saya katakan tadi, kalau iman kita tidak kuat, memang kita mampu menjebakkan diri melakukan perkara-perkara yang tidak elok.

"Saya tidak malu untuk mengaku yang saya ini memang anak emak. Apa saja yang saya lakukan, saya akan memikirkan emak saya kerana dia merupakan tulang belakang kepada kejayaan saya hari ini.

"Di kala saya sedih dan berduka, ibu saya menaikkan semangat saya dengan kata-kata perangsang. Apa saja berita saya keluar di akhbar, dia akan menelefon dan memberi nasihat.

"Ada kala saya dipermainkan oleh teman-teman lain kerana dikatakan mahu menjadi seorang yang cuba hendak tunjuk baik. Tetapi, saya tidak dapat membohong diri saya kerana ini adalah diri saya yang sebenar," jelas Zizan yang dilahirkan pada 15 April 1982 itu panjang lebar.

Dengan penuh terbuka juga, bintang filem KL Gangster dan Hantu Bonceng itu mengaku, dia tidak pernah melibatkan dirinya melakukan perkara yang mampu merosakkan reputasinya seperti bersantai di kelab malam dan berpeleseran tanpa hala tuju.

Pernah juga dia mencuba menghabiskan masa di kelab malam untuk berhibur. Tetapi terus terang dia mengatakan jiwanya bukan ke arah itu.

Kalau ada waktu senggang sekalipun, Zizan lebih selesa berehat di rumah sambil ditemani kucing peliharaannya.

"Saya memang suka menari dan pernah ke kelab malam untuk sekadar melepaskan tekanan. Tetapi, saya tidak boleh lama di situ kerana sesak nafas saya dibuatnya (ketawa).

"Bukan itu sahaja, demi menjaga kesihatan juga, saya sendiri sudah berhenti merokok hampir dua tahun lalu. Seandainya ada yang tidak percaya dengan kisah saya ini, saya tidak boleh berbuat apa-apa," ujar pemilik trofi Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular 2010 ini tanpa selindung.

Tidak menyesal

Barangkali ramai yang tidak tahu bahawa bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang anak seni kerana ia memerlukan pengorbanan yang besar. Apatah lagi yang popular dan ternama seperti Zizan.

Dalam pertemuan itu juga, penulis sempat bertanyakan kepadanya, apakah pernah terbit rasa menyesal di hatinya apabila memilih jalan seni sebagai punca pendapatannya?

Diam seketika sebelum memberikan jawapan, Zizan menjelaskan, penyesalan tidak pernah ada dalam dirinya sepanjang lima tahun menjadi seorang anak seni.

"Saya sendiri memilih untuk menjadi seorang artis dan maka itu, saya harus bersiap-sedia menghadapi segala kemungkinan. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan saya juga begitu menjaga kehidupan privasi saya.

"Peminat dan penyokong saya telah meletakkan saya di tahap seperti mana hari ini dan saya mencuba sedaya-upaya untuk memuaskan hati mereka.

"Walaupun ada ketika saya sedang berehat atau makan di luar, mereka akan datang kepada saya untuk bergambar. Tetapi, saya akan meminta secara baik untuk diberi masa sehingga saya menghabiskan apa yang sepatutnya.

"Saya percaya kalau kita berdiplomasi dengan peminat mereka akan faham dan menghormati kita. Artis juga sama seperti orang lain kerana mereka mempunyai kehidupan sendiri," ujar Zizan yang juga selesa digelar Zizan Razak selain Zizan Raja Lawak.

Dalam masa yang sama, Zizan juga menafikan dirinya sudah sah menjadi wajah eksklusif Astro bersama sahabatnya, Johan.

Namun begitu, Zizan tidak menafikan bahawa stesen berbayar itu ada menyuarakan hasrat untuk berbincang soal tersebut tetapi tiada perkembangan lanjut.

"Kalau benarlah perkara ini terjadi, saya mahu melihat prospek kerjaya saya dalam konteks yang lebih luas lagi. Saya tidak mahu terikat hanya sebagai pelakon tetapi juga cabang seni lain," kata Zizan yang juga pengacara Raja Lawak selain berbakat dalam menyanyi atau lebih tepat, rapping.

Full content generated by Get Full RSS.

Kehampaan seorang penghibur

Posted:

Kehampaan seorang penghibur

Kehampaan seorang penghibur

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI


Adibah Noor bersama unit Fab Skuad pada majlis pelancaran program berkenaan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


MENEMPA kemasyhuran menerusi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor mengakui bukan mudah baginya mengumpul kekuatan untuk terus hidup dalam industri seni tanah air.

Malah, menurut Adibah, seseorang penghibur itu harus bijak dalam mempromosikan diri agar tidak terus tenggelam ditelan arus oleh sesetengah pihak yang 'memegang' industri seni.

Walaupun sudah melahirkan album keduanya berjudul Teman pada Mac tahun lalu, namun Adibah tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila lagu-lagu dalam album tersebut kurang mendapat perhatian daripada stesen radio.

Lebih menyedihkan, kehadiran album Teman seperti tidak disedari oleh peminatnya sehinggalah Adibah memberitahu sendiri di akaun Twitter bahawa album tersebut sebenarnya ada dijual di toko muzik seluruh negara.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah kita perlu jadi kuat. Dengan kekuatan itu, kita mampu bangkit bersama-sama dengan sokongan peminat," kata Adibah penuh optimis sewaktu ditemui pada majlis pelancaran program baru kendaliannya, Fab Skuad, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Biarpun perlu menempuh kepayahan itu, namun Adibah bersyukur kerana mempunyai kelompok peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya dari awal sehingga ke hari ini.

Meskipun begitu, Adibah yang cukup popular dengan watak Mak Yam dalam filem Sepet, Gubra dan Mukhsin itu tidak mahu menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai halangan untuk terus merakamkan lagu baru.

Perkhabaran terbaru yang disampaikan, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu bakal melancarkan single terbaru Ke Sana Denganmu bersama bekas anggota kumpulan Innuendo, Sam.

Adibah dalam nada teruja turut memberitahu, bukan hanya lagunya yang sudah siap dirakamkan tetapi muzik videonya juga sudah selesai menjalani penggambaran dan hanya menunggu masa untuk dilancarkan.

"Saya menyanyi, buat album atau single, semuanya demi peminat. Buat masa ini, saya hanya menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan single berkenaan.

"Tidak lain yang saya harapkan melainkan lagu Ke Sana Denganmu ini akan diterima peminat dan dapat menyemarakkan kasih sayang sesama insan," ujarnya yang baru sahaja memenangi Lagu Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-18 menerusi lagu Joget Tak Senang Hati.

Menyentuh sedikit tentang kehidupan peribadinya tanpa kehadiran seorang lelaki, Adibah berkata dia cukup selesa dengan kehidupan yang dijalaninya ketika ini.

Apatah lagi dengan kucing peliharaannya sebanyak 18 ekor, Adibah lebih gembira untuk menjalani kehidupan hariannya bersama haiwan kesayangannya itu.

"Bagi saya, cukuplah lima kali saya dikecewakan dalam percintaan. Saya sudah serik. Tapi jika jodoh itu datang juga, saya serahkan semuanya kepada Tuhan," jelas Adibah yang pernah diiktiraf dengan trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-21 (2007) ini lagi.

Malah katanya, ibu dan bapanya juga tidak pernah mendesak mengenai soal perkahwinan dan cukup memahami apa yang pernah dilaluinya.

Ujar Adibah lagi, dalam usianya sekarang, adalah lebih afdal untuk dia menjaga diri sendiri dan keluarga tercinta selain memberi tumpuan penuh kepada kerjaya seninya.

Atas alasan itu jugalah, Adibah tidak pernah henti memanjatkan kesyukuran di atas limpahan rezeki yang diterima walaupun album barunya di pandang sepi oleh stesen radio.

Justeru, apabila diberi peluang untuk muncul dalam Fab Skuad sebanyak 11 episod, Adibah menyifatkan ia adalah platform untuk menonjolkan lagi bakatnya dalam bidang seni.

Mula ditayangkan di TV3 bermula 26 November lalu, Adibah ditampilkan sebagai ketua Fab Skuad iaitu kumpulan yang akan mengunjungi rumah yang memerlukan perkhidmatan pembersihan dengan menggunakan sabun jenama Fab selain memberi tip berguna.

"Fab Skuad ialah sebuah program yang menarik untuk ditonton. Ia bukan hanya satu sajian hiburan tetapi membawa mesej membantu mereka yang memerlukan bantuan untuk mengemas rumah.

"Bagi saya, program ini santai untuk ditonton selain dapat melihat bagaimana pasukan Fab ini menjalankan tugas," kata pemain watak Khatijah dalam pementasan teater muzikal The Secret Life of Nora itu lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Golongan muda paling ramai cerai

Posted:

Golongan muda paling ramai cerai

Golongan muda paling ramai cerai

Oleh ZUHAYATI YAZID

Setiap pasangan berkahwin sudah tentu inginkan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa kerana secara lojiknya tidak ada yang berkahwin atas niat untuk bercerai.

Namun mengekalkan sebuah mahligai perkahwinan pada zaman serba canggih sekarang ini merupakan satu cabaran yang cukup besar.

Memang ramai pasangan yang bahagia menikmati kemanisan berumah tangga namun tidak kurang juga yang kecundang di tengah jalan.

Buktinya, perangkaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mencatatkan kes perceraian sebanyak 80,564 dari tahun 2005 hingga 2008 berbanding 491,470 perkahwinan yang didaftarkan.

Malah setiap tahun graf perceraian menunjukkan peningkatan iaitu daripada 17,749 pada 2005 kepada 19,475 (2006); 21,051 (2007); dan 22,289 (2008).

Aliran yang sama juga diperlihatkan pada 2009 apabila mencatatkan 27,116 perceraian berbanding 135,136 perkahwinan yang didaftarkan.

Perkembangan ini sememangnya cukup membimbangkan kerana ia mencerminkan keadaan institusi keluarga di negara ini yang semakin rapuh.

Lebih membimbangkan apabila kumpulan usia terbesar pasangan yang bercerai dari ke sehari ke sehari terdiri daripada golongan muda.

Ini diakui sendiri oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, yang mengakui berlaku peningkatan kes penceraian setiap tahun di kalangan pasangan muda.

Ketika ini lingkungan umur yang paling tinggi bercerai adalah antara 31 hingga 35 tahun dan angka usia tersebut semakin rendah dari semasa ke semasa.

Katanya, ramai pasangan muda yang baru setahun jagung berkahwin memfailkan cerai dengan pelbagai alasan.

Usia muda dan mentah turut mempengaruhi dalam membuat keputusan.

"Lagipun dalam usia ini mereka tidak sanggup untuk berdepan dengan masalah sehinggakan sanggup meminta cerai dan diceraikan,'' ujarnya lagi.

Hakikatnya perkahwinan tersebut terlalu mentah menyebabkan mereka masih belum mengenali pasangan secara khusus, keadaan itu juga menyebabkan mereka mudah untuk membuat keputusan bercerai.

Dalam kajian pada 2007, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian. Bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula sebanyak 27.7 peratus bercerai.

"Keadaan ini membuktikan tempoh 10 tahun pertama adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian,'' ujar Othman.

Hasil kajian yang dijalankan juga mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan sekiranya pasangan tidak bersabar.

"Pada tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat dan rumah tangga mudah goyang sehingga boleh berlaku penceraian.

"Kajian juga membuktikan 44.9 peratus penceraian yang berlaku sebenarnya berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab,'' ujarnya.

Malah penceraian juga berlaku kerana tiada persefahaman, masalah nafkah dan sebagainya.

"Keadaan ini berlaku kerana kedua-dua pasangan gagal menjalankan tanggungjawab selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan juga berlaku percampuran orang ketiga,'' katanya lagi

Malah pasangan tidak bertanggungjawab dan mengabaikan keluarga juga mendorong pasangan muda untuk bertindak meruntuhkan istana cinta mereka.

Tegas Othman, melangkah ke alam rumah tangga memerlukan kesabaran, sebab itu sebelum melangkah ke alam itu memerlukan persediaan yang betul agar mahligai yang dibina tidak karam di tengah jalan.

Katanya, tidak dinafikan banyak cabaran dalam alam berumah tangga bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Justeru kesabaran dan kerjasama kedua pihak adalah penting dalam meneruskan perjalanan rumah tangga.

"Setiap pasangan yang ingin berkahwin terutama yang masih muda hendaklah disedarkan apakah dia sudah layak untuk berumah tangga atau tidak.

"Keadaan ini penting supaya mereka tahu apakah di sebalik tujuan perkahwinan itu, mereka juga perlu didedahkan dengan alam rumah tangga yang sebetulnya bukan seperti alam percintaan yang semuanya seronok dan indah'' ujar Othman .

Ditanya berkaitan langkah bagi mengatasi kadar penceraian di kalangan pasangan muda, beliau menjelaskan pihaknya sering mengemaskan program-program berkaitan ilmu rumah tangga dan keibubapaan.

Malah, pelbagai risalah diedarkan bagi menambah pengetahuan awam mengenai kepentingan menjaga keharmonian berkeluarga.

"Kami juga sentiasa memperkemaskan pengisian-pengisian program yang dilaksanakan bagi memastikan ia sentiasa relevan dan sesuai dengan keadaan semasa,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Anak-anak terumbang-ambing

Posted:

Anak-anak terumbang-ambing

Anak-anak terumbang-ambing


Ibu bapa yang berpisah perlu bijak berinkteraksi dengan anak agar mereka terhindar daripada pemikiran negatif. - Gambar hiasan.


BAGAIKAN tidak lengkap setiap keluarga itu jika tidak mempunyai anak. Anak bukan sahaja permata keluarga tetapi penyambung zuriat.

Seorang anak yang dilahirkan melalui ikatan perkahwinan, bukan sahaja menjadi pengikat kasih sayang antara suami dan isteri, malah akan terus dianggap sebagai harta yang tidak ternilai harganya.

Namun bagi pasangan suami isteri yang bercerai anak-anak sering diabaikan, keadaan itu memberi kesan yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

Keadaan tersebut memberi kesan negatif kepada anak-anak malah kehidupan anak-anak yang lahir hasil dari penceraian akan terumbang-ambing tanpa kawalan dan pegangan kukuh daripada kedua ibu bapanya.

Oleh kerana pengawalan terhadap mereka telah berkurangan atau mereka tidak diambil perhatian langsung oleh kedua ibu bapa mereka, maka ketika itu tidak mustahil anak-anak tersebut akan bertindak melulu tanpa memikirkan sebab dan akibat yang akan menimpa mereka di kemudian hari.

Dalam situasi sedemikian, mereka mudah terpengaruh dan mencari keseronokan dengan cara sendiri bagi memindahkan 'kelukaan hati' yang dilalui dalam keluarga mereka.

Hasil kajian yang dibuat didapati punca jenayah adalah tinggi di kalangan anak-anak yang mengalami perpecahan rumahtangga. Ini kerana pasangan yang bercerai menghadapi kesukaran untuk mengawal anak-anak mereka dan ramai yang menunjukkan sikap memberontak terhadap tindakan ibu bapanya yang bercerai.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan kadar jenayah di kalangan Bangsa Melayu adalah tinggi berbanding bangsa lain iaitu 5,556 kes pada tahun 2006 meningkat kepada 5,876 pada tahun 2007 da merosot kepada 4,760 orang pada tahun 2008.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata anak-anak yang menghadapi perpecahan ibu bapa biasanya akan memberontak.

"semua ini adalah natijah daripada kurang perhatian serta perpisahan orang tua mereka,'' ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Tegas beliau, keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan memudaratkan diri remaja tersebut dan berlarutan apabila dia besar nanti.

Beliau juga memberitahu, pasangan bercerai seharusnya bijak berkomunikasi dan mengutamakan hak serta pendapat anak.

"Ibu bapa dinasihatkan untuk berkongsi pendapat dan perasaan yang dialami anak mereka sebelum mahu pun selepas perceraian supaya kanak-kanak dapat menerima dan sedia meluahkan pendapat mereka dalam meneruskan jadual harian.

"Interaksi antara ibu bapa juga perlu supaya anak tidak dibayangi dengan pemikiran mahupun emosi negatif kesan daripada perceraian," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Jalan oh jalan

Posted:

Jalan oh jalan

Jalan oh jalan


Lokasi: Brickfields, Kuala LumpurJenis kerosakan: Kesan takungan air menunjukkan permukaan tidak rata Pihak Berkuasa tempatan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


KATA orang, kalau ke ibu negara jangan pandang bawah, pandang atas. Kerana melihat ke atas akan nampak bangunan cantik pelbagai bentuk dan warna. Atau setidak-tidaknya dapat menyaksikan tren LRT dan monorel yang merupakan antara tanda kepesatan dan kemodenan Kuala Lumpur.

Tetapi jika pandang ke bawah maka ternampaklah perkara yang menjadi rungutan kebanyakan daripada kita – jalan-jalan raya yang berlopak, berlubang, beralun, tampalan tidak sempurna dan segala macam lagi. Masalah ini turut melibatkan kawasan-kawasan bandar negeri Selangor yang mengelilingi Kuala Lumpur seperti Ampang, Kajang, Petaling Jaya dan Selayang.

Kita boleh berbangga dengan kepesatan pembangunan, bangunan-bangunan indah tetapi tertunduk malu apabila memperkatakan mengenai mutu jalan raya kita.

Perlu diingat tidak semua orang dapat tinggal atau bekerja di bangunan cantik tetapi semua orang akan menggunakan jalan raya.

Ingatlah kata-kata bijak pandai Melayu dahulu: "Kalau merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi".

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved