Isnin, 22 April 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kita tetap ke Islamabad

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

Oleh Maszureen Hadzman
sukan@utusan.com.my

KETIADAAN Nicol David meletakkan Low Wee Wern (depan) menggalas tugas memburu kejuaraan pada Kejohanan Asia di Islamabad, Pakistan.

KUALA LUMPUR - Isu keselamatan yang membayangi Islamabad, selain tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bertindih dengan hari terakhir pertandingan tidak menghalang Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) untuk tetap menghantar pasukan ke Kejohanan Asia di Pakistan, 1-5 Mei ini.

Biarpun jurulatih kebangsaan, Peter Genever telah menyuarakan hasrat untuk tidak menyertai pasukan ke Islamabad, manakala pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David antara yang terawal mengumumkan tidak akan bertanding, SRAM meneruskan rancangan penghantaran pasukan seperti biasa.

Pengurus Besar SRAM, Christopher Brodie menegaskan, pemain diberi pilihan 100 peratus sama ada mahu bertanding atau tidak pada kejohanan individu itu. Tiada unsur paksaan, sebaliknya mereka boleh menarik diri jika merasakan keselamatan tidak terjamin atau mahu terlibat dengan PRU-13.

SRAM menyerahkan 100 peratus kepada pemain sama ada mahu bertanding pada Kejohanan Asia atau tidak. Mereka sudah dimaklumkan mengenai situasi semasa di Islamabad, malah semua pemain juga sudah tahu tentang tarikh PRU-13.

Namun mereka tetap mahu beraksi kerana tidak pernah sampai ke Pakistan sebelum ini. Semua pemain sangat teruja untuk merasai pengalaman bermain di sana.

SRAM menyokong keputusan mereka, malah kami telah mengambil segala langkah berjaga-jaga dengan mendapatkan jaminan daripada penganjur, mereka jamin semua terkawal dan kita boleh bermain tanpa rasa bimbang," kata Christopher, yang juga Setiausaha SRAM.

Menurut Christopher lagi, walaupun PRU-13 jatuh pada hari terakhir kejohanan, namun semua pemain dan jurulatih tahu akan tanggungjawab mereka dan membuat keputusan sendiri.

Malah, SRAM tidak menghalang mana-mana pemain untuk beraksi di Kejohanan Asia hanya kerana Nicol telah mengumumkan untuk tidak terlibat atas alasan keselamatan, selain mahu memberi tumpuan kepada Terbuka Britain.

Saya yakin pihak penganjur pasti telah mengambil langkah keselamatan terbaik bagi memastikan keselesaan pemain serta pegawai sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Jadi pemain hanya perlu bersedia berhadapan dengan kawalan keselamatan yang ketat apabila tiba di sana nanti," katanya lagi.

Selain Genever, seorang lagi jurulatih kebangsaan, Aaron Soyza juga difahamkan masih belum memutuskan sama ada akan menyertai pemain-pemain ke Islamabad.

Keadaan di Pakistan agak tegang menjelang pilihan raya negara itu pada 11 Mei ini, termasuk berlakunya beberapa siri serangan bom yang telah mengorbankan nyawa.

Malah, gempa bumi yang melanda negara jiran, Iran yang telah mengorbankan 30 nyawa mencetus kebimbangan baharu.

Dengan ketiadaan juara lapan kali, Nicol, pemain No. 7 dunia, Low Wee Wern menjadi sandaran utama Malaysia untuk membawa pulang kejuaraan perseorangan wanita.

Wee Wern akan turut diiringi Delia Arnold dan Zulhijjah Azan.

Dalam saingan lelaki, Mohd. Nafiizwan Adnan mengesahkan dia akan turun untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu.

Juara empat kali, Ong Beng Hee dan Muhamad Asyraf Azan melengkapkan skuad negara, yang akan berlepas ke Islamabad, Ahad ini.

Selangor belum angkat bendera putih

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Francis Forkey Doe diketepikan daripada pertemuan menentang East Bengal selepas belum pulih daripada kecederaan. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM - Faktor keletihan dan pemain cedera bukan alasan buat pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim untuk menyerah mudah kepada East Bengal FC dalam saingan Piala AFC yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, malam ini.

Bertemu pendahulu Kumpulan H itu membuatkan mereka lebih bersemangat untuk mencari tiga mata dan menjaringkan gol kerana tidak mahu perbezaan mata serta gol menghalang mereka untuk layak ke pusingan kedua.

Kita tidak akan menyerah kalah dengan mudah, walaupun sedar ramai pemain utama mengalami kecederaan. Kita akan cuba beri persembahan terbaik serta realistik untuk mara ke pusingan seterusnya," katanya dalam sidang media semalam. Selepas bermulanya pusingan kedua Piala AFC peringkat kumpulan, Selangor bangkit dengan mencatat kemenangan 3-1 ke atas Saigon Xuan Thanh pada 9 April lalu.

Bagi saya sekarang ini semua perlawanan penting, baik saingan Piala AFC mahupun Liga Super, jadi saya perlu membuat perancangan terbaik malam esok (hari ini), walaupun pemain saya sekarang mengalami keletihan.

Pasukan lawan beruntung kerana mempunyai rehat sembilan hari, tetapi kita akan cuba mencuri mata," katanya lagi.

Ditanya sama ada dia membariskan pemain utama atau tidak kerana Selangor juga bakal berdepan tugas getir menentang pendahulu Liga Super, LionsXII hujung minggu ini, Irfan menjelaskan, dia akan membuat sistem penggiliran.

Malah katanya, pemain Selangor juga sudah melupakan kekalahan pada suku akhir Piala FA selepas disingkirkan Johor Darul Takzim dengan agregat 4-2, Selasa lalu.

Antara pemain Selangor yang tidak dapat diturunkan hari ini adalah penyerang import, Francis Forkey Doe, pertahanan tengah, Nasriq Baharom serta penjaga gol, Norazlan Razali.

Mohd. Fitri Shazwan Raduwan bagaimanapun akan beraksi, begitu juga pemain import dari Slovakia, Michal Kubala.

Sementara itu jurulatih East Bengal, Trevor Morgan berkata, mereka hanya memerlukan satu mata untuk mara ke pusingan kedua tetapi matlamat mereka ke Shah Alam bukan untuk seri sebalik pulang bersama tiga mata penuh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wartawan RTM mati dipercayai diserang penyokong parti

Posted: 22 Apr 2013 09:07 PM PDT

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 23 April - Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk.

"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan.

"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.

Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis. - UTUSAN ONLINE

6 lelaki bersenjata ditahan turunkan bendera 1Malaysia

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

Roslee Chik menunjukkan gambar parang yang dirampas polis daripada enam lelaki bersenjata di Persiaran Bayan Indah, Queensbay, Bayan Baru, semalam.

PULAU PINANG 22 April - Polis menahan enam lelaki bersenjata kerana menurunkan bendera yang mempunyai logo 1Malaysia di Persiaran Bayan Indah, Queensbay, Bayan Baru di sini awal pagi ini.

Mereka yang berusia di antara 18 dan 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis selepas menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 4.30 pagi.

Jurucakap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, ketika disoal siasat, mereka mengaku diupah pihak tertentu untuk menurunkan bendera 1Malaysia.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki mereka turut menemui sebilah kapak, tiga bilah parang pelbagai saiz dan lebih 20 bendera sebuah parti pembangkang.

"Mereka yang ditahan berasal dari Georgetown serta Nibong Tebal dan polis telah mengambil keterangan mereka.

"Kita juga masih menyiasat siapa yang mengupah mereka dan motif kumpulan berkenaan membawa senjata," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Roslee memberitahu, polis turut menahan lima lelaki kerana memiliki pelbagai senjata merbahaya ketika memasang bendera sebuah parti politik di Jalan Kampung Benggali, Butterworth awal pagi ini.

Jelasnya, mereka yang ditahan berusia 18 hingga 24 tahun dan mendakwa diupah sebanyak RM80 sehari.

"Polis berjaya merampas enam bilah parang panjang yang disorokkan dalam but kereta dinaiki mereka," ujarnya.

Kata beliau, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


VCM tawar pilihan R-Design, Polestar

Posted: 21 Apr 2013 11:40 AM PDT

oleh FAIRUS KASSIM
ekonomi@utusan.com.my

Volvo S60 baharu masih mengekalkan imej lamanya.

Kereta buatan Sweden iaitu Volvo terkenal dengan pelbagai teknologi keselamatan terkini dan eksklusif yang diterapkan dalam model-model keluarannya sehinggakan digelar kereta paling selamat di dunia.

Bagi pasaran Malaysia, Volvo bukanlah jenama pilihan utama dari Eropah namun kualitinya cukup kuat untuk merantai hati peminatnya untuk tidak beralih ke jenama lain.

Sehubungan itu, Volvo Car Malaysia (VCM) telah memperkenalkan tiga model kereta yang dipertingkatkan iaitu sedan S60, utiliti sukan (SUV) XC60 dan wagon V60 dengan promosi lima tahun jaminan serta servis percuma (setiap 20,000 km).

Baru-baru ini penulis berpeluang memandu uji model S60 T5 edisi 2013 dengan beberapa penambahbaikan pada sistem keselamatan dan aksesori baharu diperkenalkan.

Penulis pernah memandu S60 T5 versi 2012 sebelum ini dan secara kasarnya tiada perubahan besar pada reka bentuk luaran dan dalaman model ini.

Reka bentuk S60 memang antara terbaik yang dihasilkan Volvo dan atas faktor itulah model ini menjadi model paling laris di pasaran Malaysia iaitu hampir 50 peratus daripada jualan keseluruhan VCM.

VCM telah menawarkan dua pilihan untuk menaiktaraf S60 ini iaitu R-Design dan Polestar.

R-Design melibatkan aksesori luaran dan dalaman kereta yang lebih sporty manakala Polestar melibatkan penyelarasan enjin dengan meningkatkan keupayaannya daripada 304hp kepada 329hp manakala kuasa kilas ditingkatkan daripada 440Nm kepada 480Nm.

S60 T5 baharu menggunakan kunci dengan sistem bebas kekunci (keyless) iaitu salah satu aksesori standard yang perlu ada pada setiap kereta mewah, berbanding kunci biasa pada model tahun lalu.

Apabila masuk sahaja ke dalam kereta ini, mata pasti tertumpu pada tombol gear baharu yang agak unik iaitu berbentuk lutsinar dan memancarkan cahaya apabila sistem lampu kereta dihidupkan.

Tiada perubahan ketara dilakukan Volvo untuk kemasan dalaman dengan kerusi elektrik, kemasan kulit dengan dua warna kontra, papan pemuka yang ringkas dan sistem radio kali ini menggunakan teknologi dalaman berbanding Arkamys sebelum ini.

Kereta ini dilengkapi dengan lampu automatik tetapi masih kekurangan satu lagi aksesori standard kereta mewah iaitu pengelap cermin automatik.

Melihat kepada aspek keselamatan baharu yang menjadi taruhan S60 adalah sistem amaran apabila kereta bertukar ke lorong.

Sistem ini membantu ketika pemandu mungkin tertidur atau pemandu yang kurang yakin ketika memandu. Bunyi amarannya sangat jelas dan sistem ini boleh dimatikan.

Volvo masih mengekalkan sistem keselamatan lain seperti amaran jarak kenderaan hadapan, brek automatik jika berisiko pelanggaran, pengesan titik buta di kiri dan kanan pemandu dan kawalan cruise (ACC) yang membolehkan S60 mengikut kelajuan kereta hadapan secara automatik tanpa kawalan pedal minyak.

Daripada segi pemanduan pula, S60 standard tidak mempunyai sebarang perubahan berbanding model sebelum ini, masih mengekalkan ciri-ciri pemanduan yang santai dan selesa.

S60 merupakan kereta yang sangat selesa dipandu untuk perjalanan jauh berikutan sistem penyerap hentak yang tidak terlalu keras dan kuasa enjin yang lancar tanpa sebarang sengguk apabila pedal minyak dilepaskan selepas memecut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Ashraf dibenarkan bertanding pilihan raya Pakistan

Posted: 22 Apr 2013 11:00 AM PDT

LAHORE, Pakistan 23 April - Sebuah mahkamah di sini membenarkan bekas Perdana Menteri, Raja Pervez Ashraf untuk menyertai pilihan raya yang dijadualkan berlangsung 11 Mei ini.

Ashraf merupakan calon Parti Rakyat Pakistan, telah dihalang berada di kampung asalnya, di daerah Gojar Khan di tengah wilayah Punjab selepas lawannya menuduh beliau terlibat dengan jenayah rasuah.

"Mahkamah Tinggi Lahore hari ini membatalkan perintah tribunal pilihan raya mengenai rayuan dan Ashraf dibenarkan untuk bertanding pilihan raya," kata peguamnya, Sardar Latif Khosa kepada AFP.

Lima maut lelaki mengamuk di Belgord

Posted: 22 Apr 2013 10:30 AM PDT

MOSCOW 23 April - Seorang lelaki bersenjata menembak mati lima orang termasuk seorang remaja perempuan sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.

Kejadian yang berlaku di bandar Belgord, di barat negara ini, semalam, turut menyebabkan enam lagi cedera.

Gambar kejadian berdasarkan rakaman amatur yang disebarkan secara dalam talian menunjukkan mayat remaja tersebut dibalut dengan plastik biru di tepi jalan dan dikerumuni orang ramai berdekatan sebuah sekolah. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Inkues William: Ibu terima SMS anak di Kajang

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

PETALING JAYA 22 April - Satu khidmat pesanan ringkas (SMS) telah diterima oleh ibu William Yau Zhen Zhong, Goh Ying Ying, enam hari selepas kehilangan kanak-kanak itu yang memaklumkan anaknya itu berada di Kajang dan menuntut wang RM3,000 dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank.

Ying Ying, 26, memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, SMS itu juga menyebut dia perlu memasukkan wang tersebut jika mahu anaknya selamat dan tidak melaporkan kepada polis.

Kandungan SMS dalam bahasa Mandarin itu terkandung dalam telefon bimbit Ying Ying yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Koroner Mohd. Hazeri Shaharil.

Menurut ibu William, SMS itu diterima pada 22 Januari lalu, pukul 7.35 pagi dan keesokan hari pada pukul 12.25 tengah hari, dia menerima satu lagi SMS daripada nombor telefon bimbit yang berbeza menuntut wang RM3,000 dan tidak melaporkan kepada polis jika mahu anaknya kembali.

''Saya membalas SMS kedua untuk mengetahui tempat penghantar SMS, sama ada betul anak saya bersamanya dan meminta untuk mendengar suara anak saya tetapi SMS saya tidak berbalas malah tiada nombor akaun yang diberi,'' katanya.

Ying Ying berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt yang membantu prosiding inkues siasatan kematian kanak-kanak tersebut.

Ketika ditanya mengenai perwatakan William, wanita itu memberitahu, anaknya seorang yang selalu ketawa, comel dan takut dengan persekitaran yang gelap.

''William juga pandai menipu jika dia hendak buat apa yang dia suka seperti minum minuman sejuk. Saya telah menjelaskan kepada dia bahawa dia tidak boleh minum kerana dia berbeza dengan budak lain, dia akan susah bernafas,'' katanya.

Dia juga memberitahu, William atau nama timangannya 'Ah Zhong' pernah dirotan oleh bapanya, Yau Kok Kang, 32, menggunakan rotan kecil tetapi tindakan yang sama akan dilakukan terhadap abang William, Eric jika melakukan kesalahan.

Ketika Keng Fatt mengajukan soalan pada malam Ying Ying ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, wanita itu cuba menahan sebak namun gagal dan terus menangis teresak-esak sewaktu diminta mengecam gambar William dan pakaian yang dipakai serta gambar bedah siasat anaknya itu.

Disoal oleh Koroner mengenai perwatakan suaminya, ibu William berkata, suaminya tidak minum minuman keras dan hanya garang bila di hadapan anak-anak malah tidak pernah berkasar atau memukulnya.

Dalam pada itu, Ying Ying berkata, pada malam kejadian, dia telah menghantar dua lagi anaknya pulang ke rumah ibunya di Melaka kerana suaminya bimbang mereka diculik dan mahu menumpukan usaha mencari William.

Katanya, mereka juga telah cuba melihat rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sebuah restoran berhampiran tempat kejadian namun hampa kerana rakaman itu rosak.

Dia turut berkata, tidak pernah memberitahu pihak polis mengenai rakaman CCTV berkenaan.

Inkues itu diadakan untuk menyiasat punca kematian William, 6, yang ditemui mati selepas dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya di sini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kanak-kanak itu dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Lapan hari kemudian, mayat kanak-kanak lelaki itu yang lengkap berpakaian ditemui terapung di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, dekat sini dan laporan awal Jabatan Kimia mengesahkan mayat tersebut adalah William.

Peguam Liow Boon Lee hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga William.

Prosiding bersambung esok.

Papa Gomo mohon masa fail pernyataan pembelaan

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 April - Pemilik laman blog, Papa Gomo yang didakwa menyiarkan perkataan dan imej berunsur fitnah mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks sejenis dengan seorang lelaki, memohon masa yang panjang untuk memfailkan pembelaan dalam kes saman Ketua Pembangkang itu terhadapnya.

Peguam Mohd. Afiq Mohd. Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita, pihaknya telah menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu pada 18 April lalu kepada firma guaman, Tetuan Jasbeer Nur & Lee iaitu peguam cara kepada Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Bagaimanapun menurut Mohd. Afiq, mereka memaklumkan Wan Muhammad Azri mahu melantik peguam cara lain mewakilinya.

Selain itu, Mohd. Afiq berkata, mereka memohon masa yang panjang untuk memfailkan pembelaan memandangkan Wan Muhammad Azri terlibat dalam Unit Media Baharu bagi pilihan raya umum.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong sehubungan itu menetapkan 21 Mei depan bagi pengurusan kes tersebut.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Wan Muhammad Azri, 30, secara nyata atau tersirat menyatakan individu di dalam imej-imej dalam artikel yang disiarkan dalam laman web www.papagomo.com di internet adalah beliau (Anwar).

Anwar, 66, selaku plaintif menyatakan, defendan secara salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan-perkataan serta siri imej berhubung video tersebut dalam laman blog tersebut secara berturut-turut dari 16 Mac hingga 20 Mac lalu.

Plaintif mendakwa, perkataan-perkataan berkenaan dimaksudkan sebagai merujuk kepadanya dan bermakna beliau seorang tidak bermoral dan tidak bermaruah, tidak layak menjadi pemimpin politik, pemimpin yang tidak bertanggungjawab serta tidak boleh dipercayai.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jengka tidak pernah dipinggirkan

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

OLEH SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

POLIKLINIK Kesihatan Maran yang terletak di Bandar Tun Abdul Razak Jengka memberikan perkhidmatan rawatan dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk di sekitar DUN Jengka.

KUALA KRAU 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka memang amat sinonim dengan kawasan Felda. Sebut sahaja Jengka, pasti yang terbayang adalah sebuah kawasan dipenuhi dengan pokok kelapa sawit.

Namun, pembangunan di kawasan tersebut tidak pernah dilupakan oleh kerajaan. Pelbagai kemudahan disediakan bagi membantu penduduk Felda seiring dengan masyarakat lain.

Antaranya adalah memperuntukkan RM250 juta untuk membangunkan Bandar Tun Abdul Razak Jengka yang memberi manfaat kepada para peniaga yang majoritinya adalah bumiputera.

Projek ini termasuklah pembinaan kompleks sukan dan stadium membabitkan kos berjumlah kira-kira RM87.9 juta dan fasa pertama kini telah pun bermula.

Selain itu, projek perumahan generasi baharu juga telah mula dilaksanakan di beberapa rancangan iaitu Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka Sebelas, Felda Sungai Retang dan Felda Padang Piol.

Projek perumahan generasi baharu di Felda Siantan Jengka 19 telah pun siap dan sedang berada di tahap terakhir sebelum diserahkan kepada mereka yang bertuah.

Kerajaan juga sedang membina kompleks terminal pengangkutan bersepadu menerusi peruntukan sebanyak RM10 juta dan telah siap 90 peratus.

Peruntukan RM5 juta membina Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) Bandar Tun Abdul Razak Jengka telah beroperasi awal Februari lalu.

Namun, isu utama yang sering dimainkan oleh pembangkang DUN Jengka adalah pemberian geran dalam kalangan peneroka.

Tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menepati janji tidak pernah melupakan golongan peneroka.

Terbaharu seramai 116 peneroka Felda Jengka 14 mendapat hak milik tanah secara rasmi.

Bagi seorang penerima, Meli Muhammad, 68, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya kerana telah lama menantikan geran berkenaan sejak 30 tahun yang lalu.

"Alhamdulillah kini semuanya dah selesai dan saya anak beranak rasa lapang dada dan gembira serta terharu.

"Bagi kami, geran hak milik tanah Felda ini amat besar ertinya kepada kami semua. Siapa pun yang menyampaikannya, ia adalah satu pemberian yang cukup bermakna dan tiada nilainya jika dibandingkan dengan keringat yang tumpah ketika mengusahakannya," kata Meli.

Alaili Kassim, 57, pula memberitahu, dia menunggu detik gembira itu sejak 25 tahun lalu dan pastinya pemberian geran hak milik tersebut adalah anugerah yang sangat dinanti-nantikan.

"Saya bersyukur kerana menerima geran ini ketika umat Islam menanti kedatangan Ramadan. Terima kasih kepada kerajaan kerana menjadikan impian ini sebagai kenyataan," ujarnya.

Generasi kedua Felda, Sharifah Sahara Syed Alwi, 39, berkata, usaha ayahnya yang meneroka tanah di situ kira-kira 30 tahun lalu berbaloi kerana kini mereka memilik geran hak milik sah ke atas tanah berkenaan.

"Hasil titik peluh ayah saya selama ini berbayar dengan geran hak milik tanah yang lama diidamkan," katanya.

Sementara itu, Mohd. Tahir Ahmad, 65, pula berkata, biarpun banyak tuduhan dilemparkan kepada pentadbiran Felda, sebagai peneroka, dia tahu jasa yang telah diberikan oleh agensi itu kepada masyarakat peneroka.

"Felda telah banyak membela nasib kami. Betul kami kena jelaskan hutang tetapi jumlahnya kecil dan tidak setanding dengan keluasan tanah yang diberikan. Terima kasih semua," jelasnya.

Romeli Othman, 65, pula berkata, dia berharap agar peneroka sentiasa menjaga geran tersebut.

"Bila bersama Felda, kita sudah pun meraih kejayaan. Jadi jagalah elok-elok geran yang akan diterima esok. Geran itu merupakan anugerah yang tidak terhingga. Jangan ada yang menggadaikan geran itu untuk mendapat keuntungan segera," jelasnya.

Usaha beri geran kepada peneroka diteruskan

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

KUALA KRAU 22 April - Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak pernah meminggirkan masyarakat Felda dalam arus pembangunan negara tetapi turut sentiasa memikirkan kebajikan dan masa depan mereka.

Calon kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka yang juga penyandang kerusi tersebut, Wan Salman Wan Ismail berkata, antara yang dilakukan oleh kerajaan dari semasa ke semasa adalah memberi geran kepada peneroka.

Menurut beliau, penganugerahan surat hak milik tanah tersebut kepada para peneroka merupakan janji kerajaan yang dilaksanakan setelah mereka selesai menjelaskan kos pembangunan dengan agensi terbabit.

"Langkah menyerahkan surat hak milik tanah itu membuktikan bahawa kerajaan negeri benar-benar komited mahu meningkatkan kemudahan infrastruktur sosial, ekonomi dan kemasyarakatan di tanah rancangan," katanya.

Wan Salman berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis Penyampaian Geran Peneroka Felda Jengka 14 di sini baru-baru ini.

Sementara itu, katanya, segala pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Jengka sebelum ini juga telah menampakkan hasil.

"Segalanya dapat dilihat kini, sebut sahaja Jengka, pasti ramai sudah kenal kerana pembangunan yang ada. Apa yang ada di sini sama dengan tempat lain di negeri ini," katanya.

Tambah beliau, pembangkang di kawasan ini juga tidak mempunyai sebarang isu yang boleh dimainkan selain daripada isu-isu nasional.

"Mereka ini tiap tahun hanya tahu memainkan isu yang sama iaitu Felda tidak betul, Felda menipu dan sebagainya.

"Kemudian janji macam-macam kepada generasi kedua Felda seperti memberi tanah dan hendak menghapuskan Felda Plantation," jelasnya.

Menurut Wan Salman, perkara itu boleh diumpamakan sebagai 'nyanyian lagu lama' yang didendangkan semula.

"Sebab kalau diikutkan, Felda telah memberi keutamaan yang terlalu banyak kepada generasi baharu," kata beliau.

Pembangkang buat 'janji Jepun'

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Adnan Yaakob bersama-sama orang ramai menunjukkan isyarat 1 Malaysia pada sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri di Peramu Jaya, semalam. Turut kelihatan, Suffian Awang (tiga kiri) dan Tengku Zulkifli Tengku Ahmad (empat dari kiri). - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 22 April - Manifesto yang dibuat pakatan pembangkang hanya berniat untuk menarik undi dan mustahil dilaksanakan kerana ia ibarat janji-janji Jepun sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, janji pakatan pembangkang yang mahu menurunkan harga minyak sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 juga tidak mungkin akan ditepati.

"Semua yang mereka janjikan tidak mungkin ditepati kerana ia sama seperti zaman perang Jepun iaitu tali-tali barut Jepun mula membuat pelbagai kempen sebelum mereka memasuki Tanah Melayu.

"Malangnya, datang sahaja Jepun ke Tanah Melayu semuanya berubah termasuk ada di kalangan rakyat yang dipancung kepala jika ingkar arahan mereka.

"Samalah seperti pembangkang, mahu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menghapuskan tol demi meraih populariti di kalangan rakyat," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Perpaduan Peringkat Negeri di Peramu Maju di sini hari ini.

Yang turut hadir, calon BN Parlimen Kuantan, Datuk Mohd. Sufian Awang dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur, Datuk Tengku Zulkifli Tengku Ahmad.

Adnan berharap rakyat tidak mudah tertipu dengan janji-janji yang ditaburkan kerana mereka hanya pandai berkata-kata.

"Pengundi seharusnya mengambil iktibar daripada isu yang sedang dialami penduduk Selangor dan tidak membuat kesilapan dengan memilih pembakang dalam pilihan raya umum ini," jelasnya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa manifesto BN Pahang akan dilancarkan pada Selasa ini.

"Manifesto BN negeri sudah siap dan akan dilancarkan dalam masa terdekat. Dalam dua hari lagi dan ia boleh diteliti sendiri oleh rakyat.

"Kita akan gunakan tema Janji Ditepati dengan menggunakan empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin iaitu kandungannya merangkumi semua perancangan BN di negeri ini," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Transformasi atasi reformasi

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

Oleh Aznan Bakar

Najib Tun Razak melihat gambar bapanya, Allahyarham Tun Razak yang dipamerkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang selepas dirasmikannya di Kuantan, baru-baru ini. UTC akan menyediakan pelbagai agensi kerajaan dan kedai bagi memudahkan penduduk bandar berurusan. - BERNAMA

PADA penghujung 1998 laungan reformasi yang lebih bermaksud gulingkan Barisan Nasional (BN) dan digantikan dengan kerajaan yang akan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi jalan-jalan utama terutama di ibu negara. Namun laungan berbaur retorik dan hanya memperjuangkan kepentingan individu itu gagal menggugat keyakinan rakyat apabila BN terus mengekalkan kuasa, malah mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10) 1999.

Bermula daripada pemecatan Anwar daripada UMNO, laungan reformasi tidak pernah berhenti. Laungan itu bergema dan terus bergema yang sekali-sekala membawa kepada rusuhan jalanan hingga mengganggu ketenteraman dan merosakkan harta benda, namun itu semua tidak mampu menggugat kepercayaan rakyat kepada BN.

Pada 2003 Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Peralihan pucuk pimpinan itu seolah-olah mengukuhkan lagi kedudukan BN apabila mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004. Namun momentum itu gagal dikekalkan oleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 yang menyaksikan parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tsunami politik 2008 itu menyaksikan BN kehilangan tiga lagi negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta kehilangan Perak selama 11 bulan. Tsunami itu juga secara tidak langsung memaksa Abdullah mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui pemerintahan negara.

Ramai yang berpendapat Najib mengambil alih pucuk pimpinan UMNO, BN dan seterusnya negara pada masa yang salah. Pada mereka, Najib berhadapan dengan beban yang cukup berat kerana menerajui UMNO dan BN ketika parti itu berada dalam keadaan cukup lemah dan ketika laungan reformasi semakin lantang.

Sewaktu Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam, ramai yang berpendapat beliau bakal tenggelam di badai tsunami reformasi. Tetapi ramalan itu nyata meleset apabila sejak hari pertama menduduki kerusi Perdana Menteri, Najib telah merangka pelbagai program dengan rakyat didahulukan. Najib tidak duduk diam. Dia membawa pelbagai penambahbaikan dan bermacam perubahan positif. Istilah transformasi yang sering beliau gunakan sejak menerajui negara pada 2009 nyata meninggalkan kesan yang cukup besar kepada rakyat. Nyata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, transformasi yang dibawa oleh Najib telah mengatasi reformasi jalanan Anwar yang adakalanya menyebabkan rakyat bimbang dan ketakutan.

Reformasi Anwar terus menjadi tanda tanya apabila reform yang dia lakukan hanya pada situasi sosial rakyat Malaysia.

Anwar hanya pandai untuk reform budaya Malaysia daripada aman ke demonstrasi jalanan," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Mohd. Razlan Rafii.

Satu lagi reform yang dibawa oleh Anwar dan rakan-rakan dalam pakatan rakyat katanya adalah budaya penafian dan dolak-dalik apabila sesuatu isu itu tidak memihak kepada mereka.

Budaya ini jelas apabila kejadian video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin Pas baru-baru ini terus dinafikan tanpa usul periksa," katanya.

Transformasi Najib itu juga jelas pada PRU-13 ini apabila mengetengahkan calon-calon muda dan baru yang komited untuk terus membela nasib rakyat.

Sebanyak 33 peratus Parlimen keseluruhannya adalah muka baru. Begitu juga Dewan Undangan Negeri (DUN) 49 peratus menampilkan muka baru. Sebanyak 90 peratus calon di Wilayah Persekutuan, 80 peratus di Selangor, 65 peratus di Pulau Pinang, dan 30 peratus di Kedah juga merupakan muka baru," kata Mohd, Razlan.

Ini jelas menunjukkan transformasi yang dijanjikan oleh Najib adalah menyeluruh termasuk dalam saf kepimpinan dan barisan calon wakil rakyatnya.

Kata Mohd. Razlan, situasi itu berbeza dengan reformasi yang dilaung-laungkan oleh Anwar yang terus bergantung harap kepada muka-muka lama yang telah terbukti gagal membawa pembaharuan kepada rakyat.

Mereka terus mengekalkan legasi dinasour apabila mengekalkan Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Mohamad Sabu, Datuk Seri Azizan Razak dan ramai lagi yang sudah tua serta tidak boleh bekerja" katanya.

Sehubungan itu rakyat perlu menilai antara transformasi yang dibawa oleh Najib yang hasilnya sudah boleh dirasai berbanding reformasi Anwar yang lebih banyak mengundang masalah berbanding kebaikan. Buktinya, reformasi yang dijanjikan melalui manifesto pakatan pembangkang pada PRU-12 terutama di Selangor gagal di laksanakan.

Ketika Najib menunaikan satu demi satu janjinya kepada rakyat, penduduk-penduduk di negeri di bawah pentadbiran pakatan tidak berdaftar PKR, Pas dan DAP terus gundah gulana hingga ada yang tampil menyaman kerajaan negeri bagi menuntut apa yang telah dijanjikan.

Persediaan BN untuk PRU-13 juga jauh berbeza dengan 2008 apabila Najib terus bekerja tanpa mengenal lelah demi mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat. Dr. Mahathir sendiri mengakui Najib bekerja lebih keras daripada apa yang beliau lakukan ketika menjadi Perdana Menteri. Semua itu demi memastikan transformasi yang dijanjikan dapat dinikmati rakyat.

Apa yang dilaungkan oleh Najib itu bukan satu retorik kerana sepanjang empat tahun beliau mengambil alih teraju pemerintahan negara sudah banyak perubahan yang memanfaatkan rakyat telah dilakukan.

Yang paling penting, dalam setiap program transformasi itu, tidak ada sesiapa yang terpinggir atau diketepikan. Setiap program yang dilaksanakan membabitkan setiap peringkat rakyat sama ada yang miskin, tua dan muda, malah yang di bandar serta luar bandar tanpa mengira latar belakang kaum dan fahaman politik.

Bagi rakyat yang berfikiran waras dan matang, mereka tentu dapat melihat dengan jelas transformasi yang dibawakan Najib dalam tempoh empat tahun menjadi Perdana Menteri - jauh mengatasi reformasi retorik puak pakatan.

Perangkap pluralisme agama

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

SAMBUNGAN wawancara wartawan Utusan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dengan Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), ISMAIL MINA yang menjelaskan lebih lanjut tentang agenda Ketua Pembangkang dan pakatan rakyat dan masa depan Islam dan Melayu jika mereka tersilap memilih calon pada pilihan raya kali ini.

UTUSAN: Sebagai Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia, apa pandangan saudara mengenai senario umat Melayu dan politik? Dan apakah maslahah dan kebijaksanaan dari sudut Fikah dan Maqasid Syariah, pendirian yang patut diambil supaya umat Melayu tidak terpinggir?

ISMAIL: Keadaan umat Melayu sekarang ini, bahkan dari dulu lagi memang ada perbezaan dari segi pendekatan politik oleh dua parti besar orang Melayu. Mereka berbeza hanya dari segi pendekatan tetapi tidak berbeza dari segi inti dan matlamat politik.

Tetapi sekarang ini, terdapat parti-parti politik orang Melayu yang telah menghancurkan inti dan matlamat perjuangan politik bermaruah mereka.

Dan ada pula parti politik Melayu yang baru wujud yang tidak mempunyai cita-cita untuk memartabatkan Islam dan Melayu kerana terperangkap dalam gelung Zionis dan agenda memurtadkan orang Islam dengan fahaman liberalisme-pluralisme agama.

Atas nama reformasi dan perubahan, mereka sebenarnya mahu merubah agama Islam menjadi seperti Reformed Jews.

Hakikatnya mereka menjadi ejen pemusnah agama dan bangsa sebab itu ada kalangan golongan ini membenarkan orang Melayu Islam boleh murtad. Dalam kes Lina Joy, mereka berkata itu adalah hak dia.

Ada parti politik yang berjenama Islam pula, sanggup bersekongkol dengan parti politik yang terang-terang menentang Islam, menentang kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Malaysia sebagai agama negara. Tidakkah ia pelik?

Parti politik Melayu-Islam wajar kembali segera kepada Maqasid Syara iaitu memelihara negara dan Dinul Islam. Dalam teori dan doktrin politik Islam Sunni, kuasa politik digunakan untuk memelihara agama, perpaduan ummah dan negara. Maka untuk mencapai maksud dan cita-cita ini, pendirian yang patut diambil oleh parti politik orang Melayu ialah menghayati doktrin politik Islam Sunni.

Ahli teori politik Islam menerangkan, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin, melalui kuasa politik, memelihara ajaran Islam itu, melalui pengurusan yang baik dan berkesan, supaya ajaran Islam tidak rosak dan ummah selamat daripada berpecah.

Sebab itu Khalifah pertama Abu Bakar RA, menggempur golongan anarkis yang mahu merosakkan kestabilan negara. Baginda Abu Bakar RA menggunakan kuasa politik mempertahankan kesatuan dan keutuhan negara. Perpecahan kalangan ummah Islam dan dalam konteks kita di Malaysia ini, berpunca daripada pelbagai faktor.

Seperti saya katakan, dahulu orang Melayu ada berpecah dalam politik tetapi bukan perpecahan dari segi inti tetapi sekarang perpecahan ini berpunca daripada fahaman yang kontra Sunah seperti dalam tubuh Pas, ada akidah Syiah, liberalisme agama, tajsim dan sebagainya. Ini yang membuat masyarakat berpecah. Maka apa yang wajib dibuat sekarang ialah kembali kepada wacana Sunni dalam semua perkara: akidah, syariat, akhlak, ilmu, epistemologi termasuklah dalam politik.

Mengapa saudara agak kritikal dengan kepimpinan Pas terutama dalam soal perpaduan ummah? Apakah secara ideologi gagasan negara Islam, faham sosialis, sekular dan faham liberalisme dan pluralisme agama boleh menjadi gandingan untuk membina negara Malaysia?

ISMAIL: Ya, beberapa rakan karib saya dan saya, memang rapat dengan pimpinan Pas terutama dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Ramai yang tidak tahu, Ustaz Fadhil mempunyai pandangan politik yang tajam dan berpandangan jauh. Ia amat prihatin mengenai perpaduan ummah, sebab itu beliau sudi hadir dalam majlis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang juga turut hadir Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir.

Beberapa hari sebelum program tersebut dibuat, beliau bertanya pendapat kami dan kami menyatakan persetujuan. Demikian juga dalam isu kerajaan perpaduan. Semasa hayat beliau, kami sering bertukar pandangan dan kami bersetuju dengan gagasan tersebut dan menariknya beliau turut bersetuju.

Gagasan ini, saya difahamkan turut dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama Pas sekarang ini. Tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana dikatakan kena veto oleh seseorang daripada majlis tersebut. Ini yang saya tidak faham kerana kalaulah ini syura Islam, maka wajar dipegang dan dipatuhi dan dari perspektif demokrasi pun, satu tidak boleh membatalkan majoriti.

Secara ideologi, memang tidak ada keserasian bahkan ada pertembungan antara Islam dengan ideologi sosialis, sekular dan liberalisme dan pluralisme agama yang ada dalam pakatan pembangkang.

Dalam PKR misalnya, semua unsur tersebut ada. Ada penganut pluralisme agama, ada sosialisme dan ada sekular totok. Malah dalam Pas sendiri ada ideologi dan akidah pluralisme agama. Ada fahaman syiah, liberal dan sunah.

Jika pakatan pembangkang dapat kuasa membentuk negara, saya pasti mereka tidak akan dapat bertahan lama kerana masing-masing fahaman akan berkeras mahu melaksanakan fahaman masing-masing.

Dan dengan mengenali PKR dan DAP yang cukup licik dan dominan pada masa ini, suara Pas akan tenggelam. Jika Pas masih mahu bersama pakatan rakyat, mereka perlu menyesuaikan diri dengan ideologi PKR dan DAP.

Ini tidak mustahil, kerana sekarang pun mereka sanggup bekerjasama dalam konsep tahaluf sekular dan suara ulama sunni sudah tenggelam pun dalam Pas. Dan suara liberal dan kontra sunni semakin lantang.

Apakah saudara melihat masyarakat harus membuat pilihan yang bijak supaya Malaysia terus membangun dan Islam menjadi faktor penting dalam pembangunan Malaysia?

ISMAIL: Demi kelangsungan umat dan untuk menjayakan agenda Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, seperti yang terdapat dalam teori politik Islam Sunni - bukan Khawarij atau Syiah atau lainnya - Imam al-Ghazzali pernah berkata, kuasa politik itu amat penting.

Kuasa politik bertujuan memelihara agama yakni Islam, tanpa menganiaya dan berlaku zalim kepada penganut agama bukan Islam. Ini dilarang. Perlembagaan pun menjamin perkara itu.

Masyarakat Islam tidak boleh memilih pemimpin yang berfahaman songsang agama seperti fahaman liberalisme dan pluralisme agama dan syiah. Ini akan merosakkan ajaran Islam kerana mereka mengubah ajaran akidah dan syariat serta akhlak Islam.

Betapa tidak, mereka mewajarkan orang Islam boleh murtad dan membenarkan orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa orang bukan Islam itu menukarkan agama mereka kepada Islam seperti kata Khalid Jaafar, tokoh penting PKR.

Syiah pula menolak hadis yang diriwayat oleh ahli sunah dan menolak segala fatwa ahli sunah. Jika parti politik yang berfahaman liberalisme-pluralisme agama dan syiah ini berkuasa, maka akan terhapuslah ajaran Islam yang sebenar.

Oleh yang demikian, adalah wajib syarie bagi masyarakat Islam, tidak memilih orang yang berfahaman liberalisme dan pluralisme agama serta berfahaman syiah menjadi pemimpin mereka atas maslahah agama.

Jika golongan liberalis-pluralis agama berkuasa, maka agenda Islam akan terbantut, malah akan terhapus, kerana fahaman agama mereka ialah semua agama sama sahaja dan Islam tidak boleh diberi keistimewaan.

Jika masih mahu memakai jenama Islam mereka akan pakai nama Islam liberal-plural seperti di Indonesia. Buku-buku Islam liberal Indonesia dah banyak diulang cetak oleh IKD sebuah organisasi yang memberi promosi kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama di Malaysia dan ada kaitan dengan tokoh politik pakatan pembangkang.

Mereka menerbitkan buku-buku seperti pluralisme agama, kahwin campur antara Muslim dan bukan Muslim yang isinya menyatakan, orang Islam boleh berkahwin dengan orang bukan Islam dan banyak lagi ajaran yang bercanggah dengan Islam Sunni. Maka pilihan yang ada pada masyarakat Islam ialah memilih pemimpin dan kumpulan politik yang membela Sunnah Waljamaah dan menolak golongan liberalis-pluralisme agama.

Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh, pernah buat kenyataan terbuka, menolak fahaman pluralisme agama tapi saya tak dengar ada kenyataan macam itu oleh Anwar dan kawan-kawannya. Jakim pula buat banyak aktiviti yang bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman masyarakat kepada Islam Sunni dan tidak dihalang oleh kerajaan bahkan menjadi agenda kerajaan.

Contoh paling klasik ialah polisi kerajaan sekarang, membantu pusat pendidikan Islam pondok yang selama ini terpinggir bahkan akan diwujudkan Universiti al-Quran.

Polisi kerajaan yang seperti inilah yang diharapkan oleh masyarakat Islam, bukan polisi yang mahu memesong dan merosakkan ajaran Islam seperti fahaman liberalisme dan pluralisme agama dan syiah itu. Maka pilihan masyarakat Islam ialah menyokong kepimpinan yang membela Sunah Waljamaah. Tidak selainnya. Ini menepati Maqasid Syara iaitu hifzuddin atau memelihara agama Islam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


PRU-13: Golongan artis turut bantu kempen calon BN

Posted: 22 Apr 2013 01:04 AM PDT

PELAWAK, Rahim R2 (dua kiri) dan Mamat Sepah (tiga kiri) turut turun membantu kempen bagi calon Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (tengah) di Kota Tinggi semalam. - UTUSAN

KOTA TINGGI 22 April - Golongan artis tidak ketinggalan menghangatkan suasana kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini apabila turut membantu dalam kempen-kempen yang diadakan oleh calon-calon yang yang bertanding.

Antara artis yang berbuat demikian ialah pelakon dan pelawak Mamat Sepah dan Rahim R2 yang 'turun padang' membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Datuk Baderi Dasuki di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti.

Mamat yang mula turun berkempen semalam berkata, dia berasa terpanggil untuk membantu calon BN kerana mahu pengundi membuat pilihan bijak pada hari mengundi pada 5 Mei ini.

"Ini juga tanggungjawab sosial yang perlu kami lakukan memandangkan ramai yang mengenali kami. Jadi, mudah bagi golongan artis untuk mendekati pengundi," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, selain berkempen mereka juga akan mengadakan persembahan bersama rakan-rakan artis lain iaitu Iffa Radziah dan Nash pada 27 April ini di Taman Anggerik Tenggara, Bandar Tenggara.

"Pada 3 Mei kami akan membuat persembahan bersama Mawi dan Rafidah Ibrahim di Kampung Lukut, Kota Tinggi. Saya percaya dan yakin BN akan berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti besar di Tenggara kerana rekod baik parti itu dalam membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Rahim R2 atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali berkata, bermula semalam mereka berdua mula bersama mengikuti rombongan jentera pilihan raya BN Tenggara bagi membantu calon-calon yang bertanding.

"Kehadiran kami sehingga hari mengundi di sini adalah secara sukarela dan secara tidak langsung sebagai sumbangan untuk pemimpin dan parti yang kami sayangi.

"Ayuh bersama sokong dan keluar mengundi. Pilihlah calon pilihan parti BN yang boleh membawa kemajuan serta keamanan kepada rakyat," katanya. - UTUSAN ONLINE

Reese Witherspoon ditahan polis kerana berlagak

Posted: 21 Apr 2013 10:10 PM PDT

ATLANTA 22 April - Aktres Hollywood, Reese Witherspoon ditahan polis Georgia atas kesalahan berkelakuan tidak sopan terhadap polis.

Menurut laporan penahanan, polis Georgia bertindak menahan kereta yang dipandu suami pelakon itu, James Toth, kerana tidak berada dalam laluan yang betul, pagi Jumaat lalu.

Witherspoon dengan lagak bersahaja menyoal, "Anda tahu siapa saya? Anda patut tahu siapa saya, anda akan jadi bahan berita."

Menurut laporan itu lagi, ketika di tahan, Toth berada dalam keadaan tidak terurus dengan mata berair dan kuyu serta dipercayai mabuk. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Transformasi perkhidmatan teksi

Posted: 22 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
sains@utusan.com.my

Hasanudin Zainal menunjukkan tablet pintar yang digunakan olehnya untuk memantau tempahan MyTeksi oleh pelanggan.

Tidak perlu lagi menunggu lama. Penumpang teksi kini boleh menempah teksi seawal mungkin bagi memastikan tugasan seharian mereka lancar.

HANYA klik tempah pada butang aplikasi Coop MyTeksi yang dimuat turun pada gajet pintar secara percuma, penumpang kini hanya perlu menyediakan wang secukupnya untuk ke destinasi pilihan.

Jika dahulu, kita perlu menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan teksi kini tidak lagi dengan bantuan teknologi terkini.

Aplikasi Coop MyTeksi dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini menyediakan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna.

Manakala pemandu teksi dapat meningkatkan jumlah pelanggan.

Isu keselamatan menjadi perkara utama terutamanya kepada pengguna teksi yang terdiri daripada wanita, pelajar dan pelancong.

Menerusi aplikasi ini, gambar muka pemandu teksi turut dipaparkan selain pergerakan teksi dapat dikesan hanya menggunakan telefon pintar malah boleh dipantau menerusi Facebook.

Saya difahamkan, Gabungan Koperasi Pengangkutan Wilayah Tengah Malaysia menyasarkan 3,000 pemandu teksi akan menggunakan aplikasi ini menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran itu baru-baru ini.

Aplikasi tersebut merupakan usaha Gabungan Koperasi Pengangkutan Wilayah Tengah Malaysia Bhd. bersama MyTeksi Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Koperasi Pengangkutan Wilayah Tengah Malaysia, Mohd. Salleh Mat Zin yang ditemui baru-baru ini berkata, Coop MyTeksi memberi nafas baru kepada sistem panggilan radio teksi yang digunakan sebelum ini.

Aplikasi teknologi ini mampu mengesan laluan perjalanan, pergerakan teksi dan paparan gambar wajah pemandu teksi menerusi telefon bimbit pintar, laman web dan laman sosial Internet," katanya.

Tambahnya aplikasi MyTeksi telah digunakan sejak tahun lalu dengan jumlah pelanggan seramai 50,000 orang.

Saya yakin bilangan tersebut akan terus meningkat hasil kerjasama antara pihak koperasi dan syarikat yang mengendalikan perkhidmatan awam tersebut," katanya.

Jelas Mohd. Salleh, pada peringkat awal, ramai di kalangan pemandu teksi yang berpandangan negatif terhadap penggunaan aplikasi tersebut.

Rata-rata pemandu memberi alasan tidak begitu mahir mengendalikan gajet pintar menyebabkan mereka pada peringkat awal menolak cadangan tersebut.

Namun, setelah diberi penerangan yang menyeluruh serta di beri jaminan bahawa aplikasi serta teknologi yang digunakan akan lebih memudahkan akhirnya mereka mencuba.

Situasi berikut turut diakui oleh pengusaha teksi, Hasanudin Zainal, 56, yang telah mengusahakan teksi selama 14 tahun.

Katanya, selama ini dia hanya bergantung kepada radio untuk mendapatkan pelanggan namun perlu berebut dengan pemandu teksi yang lain.

Bagaimanapun sejak menggunakan aplikasi Coop MyTeksi, Hasanudin tidak perlu lagi berebut dengan pemandu lain kerana aplikasi tersebut akan memilih siapa yang berada paling hampir dengan pelanggan.

Guna aplikasi ini lebih senang, sebab di rumah pun kita boleh sahkan tempahan yang dibuat oleh pelanggan berbanding sebelum ini yang memerlukan pemandu yang guna radio kena keluar ke jalan raya dahulu baru dapat panggilan untuk ambil pelanggan," ujarnya yang semakin pandai menggunakan gajet pintar berbentuk tablet.

Jelas Hasanudin lagi, semasa menggunakan radio hanya 12-13 panggilan sahaja diperolehi sehari dan tidak semuanya boleh diambil olehnya.

Kini, setelah menggunakan aplikasi Coop MyTeksi, dia mampu menerima sehingga 16 tempahan sehari.

Malah katanya, menerusi aplikasi tersebut, dia juga tidak terkejar-kejar untuk mendapatkan pelanggan.

Selain mudah untuk menempah, pelanggan juga boleh memuat naik perjalanan dengan cara berkongsi maklumat perjalanan kepada keluarga mahupun rakan menerusi Share Your Ride di laman sosial seperti Facebook dan Twitter bagi tujuan keselamatan.

Generasi baru Lumia

Posted: 22 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

TERUS mempertaruh sistem operasi Windows pada gajet selular Lumia, syarikat teknologi Nokia baru-baru ini memperkenalkan dua lagi model terkini untuk platform sama.

Kali ini, Nokia Lumia 720 disasarkan kepada pengguna yang mementingkan pengunaan rangkaian sosial dengan paparan definisi tinggi (HD) manakala Nokia Lumia 520 pula menawarkan pengalaman komunikasi yang ringkas dan sempurna.

Menurut Ketua Pemasaran Nokia, Gary Chan, kedua-dua model berkenaan dicipta dengan prestasi terbaik dalam usaha melengkapi aktiviti kerja dan hiburan pengguna masa kini.

Walaupun direka bersesuaian bagi pengguna amatur, Lumia 520 masih menawarkan fungsi serta spesifikasi yang sangat kompetitif.

Bagi Lumia 720 pula menggabungkan gaya dan teknologi sekali gus mampu memberikan kepuasan operasi kepada pengguna, katanya pada majlis memperkenalkan dua rangkaian terbaru siri Lumia di ibu negara baru-baru ini.

Lumia 720 turut dilengkapi paparan skrin 4.3 inci Qualcomm Snapdragon S4 beresolusi tinggi (HD), kamera 6.1 mega piksel optik Carl Zeiss serta memori binaan dalam lapan gigabit (GB).

Ini juga disempurnakan dengan reka bentuk nipis iaitu sembilan milimeter (mm), capaian Wi-Fi serta pelindung paparan Corning Gorilla Glass 2.

Bagi model kedua iaitu Lumia 520 yang turut dibina bersama Windows 8, peranti ini dibina dengan paparan empat inci yang sensitif dengan sentuhan walaupun memakai sarung tangan.

Untuk fungsi pengimejan, Lumia 520 dilengkapi kamera berkuasa lima mega piksel dengan kelebihan pemfokusan auto, berskrin luas serta dijana oleh pemproses satu giga herz Dual Core Snapdragon.

Pengguna Lumia 520 juga tidak perlu risau tentang jangka hayat kuasa telefon kerana ia mempunyai ketahanan bateri maksimum sehingga 9.6 jam waktu berbual.

Di samping itu ia turut menyokong platform pelayaran internet dan akses kepada storan awan dikenali sebagai SkyDrive.

Daripada segi fungsi antara muka utama untuk kedua-dua peranti tersebut, ia tersedia dalam paparan berpetak yang dikemaskini dalam masa nyata dikenali sebagai Live Tiles.

Fungsi tersebut membolehkan pengguna mencapai semua aplikasi seperti laman web rangkaian sosial, mesej, temujanji serta akses foto dan muzik secara lebih cepat dan mudah.

Bagi aplikasi People Hub pula menggabungkan semua kontak pengguna bersama akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Linkedln bagi kemudahan paparan hanya pada satu klik.

Pelayaran Internet juga akan menjadi lebih produktif melalui model-model Lumia ini kerana ia disokong platform Internet Explorer 9 dan pelayar Bing selain aplikasi kerja Office serta Outlook Mobile.

Nokia Lumia 720 dengan pilihan warna hitam, putih, merah dan kuning kini ditawarkan pada harga RM999 manakala Lumia 520 dijual pada harga RM599 untuk putih, kuning, merah dan hitam.

Kedua-dua peranti ini akan mula berada di pasaran pada hujung April. Bagi mereka yang inginkan informasi tambahan boleh layari laman web http://press.nokia.com/.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


iGROW tawar SKM pertanian

Posted: 22 Apr 2013 02:00 AM PDT

Latihan amali tanaman makanan yang ditawarkan di iGrow di Kampung Gajah, Perak.

DUNIA dijangka akan menghadapi krisis makanan pada tahun 2050 walaupun sesetengah pihak meramalkan bahawa bahana itu akan mula dirasai seawal tahun 2030.

Ancaman yang menakutkan itu dianggap faktor yang boleh mengancam keselamatan sesebuah negara selepas perang.

Malaysia juga tidak akan terkecuali kerana isu ini adalah krisis sejagat akibat perubahan cuaca dunia, pertambahan penduduk dunia serta keluasan tanah pertanian subur yang semakin berkurangan.

Menyedari kepentingan isu tersebut, Pelan Strategik Hala tuju Latihan Agro Makanan Negara (2012-2020) telah disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).

Antara lain, blue print tersebut telah mensasarkan unjuran output tenaga mahir profesional sektor pertanian sepanjang tempoh tersebut seramai 107,000 orang.

Daripada jumlah tersebut, hampir 40,000 pelatih disasarkan kepada lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di institusi latihan awam, swasta dan kolej vokasional (Kementerian Pelajaran).

Bakinya pula adalah pengajian di peringkat diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Memandangkan jangka masa menuju tahun 2020 adalah amat singkat, peranan institusi latihan kemahiran pertanian swasta seperti Institut Agro Usahawan (iGROW) di Kampung Gajah, Perak adalah sangat penting sebagai pelengkap kepada keperluan latihan pertanian negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif iGROW, Azri Zahir Azmi, kursus yang ditawarkan oleh iGROW adalah menepati kehendak Pelan Strategik Halatuju Latihan Agro Makanan Negara (PSHLAMN).

Katanya pengurusan tertinggi iGROW telah membuat kajian mengenainya menerusi pengalaman hampir 10 tahun dalam latihan pertanian di negara ini.

Perbandingan juga turut dibuat di peringkat antarabangsa bagi memastikan iGROW dapat melahirkan graduan generasi baru iaitu golongan muda sebagai barisan hadapan dan amalan pertanian moden masa depan.

Azri Zahir berkata, sungguhpun baru ditubuhkan tetapi pengalaman dan hasil dapatan kajian pihaknya selama ini telah membolehkan pendekatan latihan diperkenalkan, yang menjamin graduan benar-benar mahir (kompeten) tetapi juga bersedia sebagai pemain utama sektor pertanian mempunyai masa hadapan

Pengalaman kami membuktikan bahawa faktor usia pusat latihan atau saiz kampus bukan faktor mutlak keberhasilan graduan.

Sebaliknya, sejauh manakah pihak pengurusan mampu menerapkan nilai kemahiran serta pembentukan sikap graduan dalam suasana pertanian sebenar.

Kelainan iGROW ialah memberi penekanan kepada suasana sebenar aktiviti pertanian yang lazimnya dijalankan di luar bandar sama ada di kampung atau kawasan pedalaman dengan cabaran-cabaran tersendiri.

Ini menjadikan mereka memahami realiti kehidupan sebagai petani dan berazam untuk menjadi petani moden yang berjaya pada masa hadapan," tambah beliau.

Bagi memastikan semua graduan dapat merasai manfaat dan potensi pertanian semaksimum mungkin, pakej latihan merangkumi bidang pengkhususan (SKM Tanaman Makanan Tahap 1 dan 2) dan bidang tambahan wajib iaitu asas ruminan, akuakultur, inap ladang serta keusahawanan.

Kesemua aktiviti tersebut dijalankan dalam satu kawasan integrasi yang menggabungkan pertanian, penternakan dan pelancongan dalam satu kawasan yang dipanggil Kompleks Warisan Pertanian iGROW.

Azri Zahir turut menjelaskan bahawa SKM yang ditawarkan adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Modul latihan berasaskan Standard Latihan Kemahiran Kebangsaan (NOSS) yang digubal oleh NATC.

Katanya juga, belia kini tiada lagi alasan untuk mengikuti latihan di iGROW kerana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan pinjaman penuh yang merangkumi yuran latihan, penginapan dan makan-minum selama setahun.

Sejak kebelakangan ini, PTPK mula memberikan perhatian serius untuk membiayai latihan pertanian kerana bidang ini adalah antara keperluan utama negara kini dan masa akan datang," tegas Azri Zahir.

Kemudi iGROW diterajui oleh tokoh latihan kemahiran pertanian swasta tempatan, Nordin Abdul Malek selaku Pengerusi Eksekutif iGROW yang juga merupakan Ahli Tetap Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).

Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami berhasrat untuk menaik taraf iGROW sebagai universiti kemahiran pertanian swasta bertaraf antarabangsa.

Segala perancangan dan gerak kerja sudah diatur ke arah itu untuk menjadikan Malaysia destinasi pendidikan kemahiran tinggi pertanian di peringkat antarabangsa," tambah Azri lagi.

Buat masa ini difahamkan beberapa kerajaan negeri sudah menawarkan hasrat supaya kampus utama dibina di negeri mereka dan pilihan terbaik akan dibuat oleh iGROW dalam masa terdekat.

Kemudahan Kompleks Warisan Pertanian iGROW

l Kemudahan latihan seperti asrama, surau, dewan makan serta dewan perhimpunan turut disediakan untuk keperluan pelatih.

l Pusat Inkubator Pemprosesan Makanan Jabatan Pertanian Kg. Gajah yang telah dibenarkan untuk digunapakai oleh pihak iGROW sebagai pusat pengeluaran makanan sejuk beku untuk pendedahan keusahawanan di kalangan pelatih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Azri Zahier Azmi di talian 012-4842144 atau Amira Hamran 019-7635592.

Transformasi industri getah

Posted: 22 Apr 2013 02:00 AM PDT

Arts merupakan teknologi torehan automatik tanpa penggunaan tenaga buruh.

INDUSTRI getah mempunyai sejarah panjang di negara ini dan kedatangannya jauh lebih awal daripada penubuhan Malaysia itu sendiri.

Getah atau nama saintifiknya Hevea brasiliensis dibawa oleh penjajah British ke negara ini pada 1877 dari Sri Lanka ke Singapura dan Kuala Kangsar.

Berdasarkan buku 75th Anniversary of The Rubber Research Institute of Malaysia (1925-2000) Milestones in Rubber Research, penyelidikan mengenai getah bermula sekitar 1909 apabila Persatuan Penanam-Penanam Getah melantik seorang ahli kimia, Sidney Morgan, untuk menjalankan penyelidikan.

Ketika itu, permintaan mengenai getah meningkat ekoran berkembangnya industri kenderaan bermotor yang mana ketika itu, permintaan melebihi bekalan.

Pada 1920, enam saintis terlibat dalam penyelidikan tersebut dan Jabatan Pertanian Persekutuan Tanah Melayu juga terlibat aktif sehinggalah Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) berfungsi pada 1925.

Hari ini, RRIM digantikan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM). Penggabungan institut tersebut bersama Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah Malaysia (MRELB) pada 1 Januari 1998 tetap memberi tumpuan kepda penyelidikan mengenai getah.

Malah LGM pada hari ini mempunyai peranan lebih besar memartabatkan industri getah menerusi pelbagai inovasi sebagai meneruskan legasi penyelidikan terdahulu.

Industri getah sebenarnya bukan baru dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bidang sains dan teknologi di negara ini banyak cenderung kepada getah pada peringkat awal dahulu.

Perlu ditekankan bahawa bidang penyelidikanlah yang memainkan peranan penting dalam memajukan industri getah khususnya jika dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar.

Cabaran lain ialah penggunaan benih yang kurang produktiviti serta tahap penggunaan teknologi dan automasi yang rendah yang mana masalah itu dapat dicapai dengan adanya penyelidikan dan pembangunan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada Kongres Teknologi dan Ekonomi Getah Antarabangsa anjuran lGM pada tahun lalu mengakui, penyelidikan sangat penting dalam industri getah.

Bagaimanapun katanya, pelaburan dalam penyelidikan berisiko kerana hasilnya belum dapat dijangkakan.

Beliau memberi contoh, industri farmaseutikal dalam penghasilan ubat, satu produk dikatakan berjaya dihasilkan selepas eksperimen atau percubaan kali ke-693.

Oleh itu katanya, percubaan mungkin perlu dibuat beberapa kali menggunakan bahan kimia yang pelbagai sehinggalah satu produk yang diidamkan dapat dicapai.

Dalam industri getah katanya, kajian boleh dilakukan dengan mengkaji kesesuaian atau kesuburan tanah atau mencari penyelesaian bagaimana merangsang pertumbuhan getah dan meningkatkan produktiviti.

Industri getah bukan bukanlah industri yang kian suram sebaliknya boleh berkembang," ujarnya.

Ketua Pengarah LGM, Datuk Salmiah Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memikirkan bagaimana penyelidikan dapat memberi harapan baru kepada industri tersebut.

Antara masalah yang kita hadapi ialah kebanyakan atau 95 peratus merupakan pekebun kecil dan daripada jumlah itu, 50 peratus merupakan mereka yang berumur lebih 50 tahun," katanya.

Imej industri getah yang dikaitkan dengan 3D iaitu Dirty, Difficult and Dangerous memberi kekangan yang tidak kurang hebatnya untuk memberi anjakan kepada industri berkenaan.

Beliau memberi contoh, inovasi terbaharu iaitu untuk penorehan, Automated Rubber Tapping System (ARTS) yang dilancarkan dua tahun lepas bertujuan mengurangkan penggunaan tenaga buruh yang mana kerja-kerja manual telah digantikan dengan operasi secara automatik.

Selain ARTS, beberapa inovasi baru yang telah diumumkan sebelum ini, antaranya teknologi Automatic Planting Machine for Rubber Seedlings atau Penanaman Mesin Automatik untuk Benih Getah.

Mesin tersebut adalah teknologi yang dibangunkan untuk mengatasi isu pergantungan kepada tenaga buruh dan produktiviti dalam industri huluan getah.

Teknologi ini adalah selaras dengan projek NKEA untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan aktiviti penanaman.

Manakala, teknologi Latex Collection Vehicle atau Kenderaan Mengangkut Susu Getah adalah inovasi untuk memudahkan kerja-kerja dalam bidang pengumpulan lateks dan untuk menggalakkan pekebun kecil untuk mengumpul hasil dalam bentuk susu getah berbanding getah beku.

Inovasi ini dapat meningkatkan pengeluaran susu getah untuk memenuhi keperluan pengilang barangan getah berasaskan getah cair serta mengurangkan kebergantungan kepada import.

Pengimportan susu getah kini mencecah 45 peratus daripada keseluruhan jumlah import getah asli ke negara ini.

Penggunaan susu getah tempatan adalah tinggi iaitu 86 peratus daripada keseluruhan penggunaan getah asli di negara ini.

Malangnya pengeluaran susu getah hanya 80,000 tan pada 2011 dan 300,000 tan telah diimport bagi keperluan aktiviti hiliran.

Teknologi RITeS atau Sistem Maklumat dan Kebolehjejakan Getah pula membantu penanam mengenal pasti sumber bahan tanaman dan mesin penanam yang berfungsi sebagai jentera bersepadu untuk menanam benih serta i-Klon atau sistem pengenalpasti dan pengenalan klon getah menggunakan telefon pintar.

LGM juga telah melancarkan dua jenis getah termaju yang bernama Ekoprena dan Pureprena.

Kedua-dua getah ini merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan sepenuhnya oleh LGM bagi memperbaiki ciri-ciri getah asli di samping memberi nilai tambah bagi pemprosesan getah mentah.

Sekali imbas, penanam getah amat bertuah kerana mereka sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan sehingga skim tanam semula getah juga diperkenalkan.

Bagaimanapun menurut Dr. Salmiah, kesungguhan LGM mengubah industri getah menerusi teknologi dan inovasi juga berdepan cabaran.

Pengenalan ARTS sebagai contoh menimbulkan persoalan di kalangan penoreh, apakah nasib atau masa depan mereka jika teknologi tanpa buruh itu berkembang.

Perkara kedua ialah berapakah harga teknologi itu sendiri yang mampu digunakan oleh kumpulan sasar.

Harapan kita ialah apabila memperkenalkan sesuatu teknologi, masalah akan selesai tetapi kadangkala timbul masalah baharu," ujarnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, bukan mudah menghasilkan suatu teknologi kerana penyelidikan memerlukan dana yang besar dan satu risiko memandangkan tidak ada kejayaan yang boleh dijamin akan dicapai.

Penyumbang dana kata beliau, akan bertanya berapakah pulangan akan dapati diperoleh sedangkan pelaburan penyelidikan satu risiko.

Jangan hukum penyelidik yang gagal kerana jawapan saya mudah, kita akan gagal lagi (apabila melakukan penyelidikan). Jangan hukum jika gagal tetapi hukumlah jika tidak berbuat apa-apa," katanya. - LAUPA JUNUS

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved