Selasa, 15 April 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemandu bas ekspres positif dadah

Posted: 15 Apr 2014 08:07 PM PDT

BENTONG 16 April - Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 11, Jalan Bentong - Raub didapati positif dadah.

Sehubungan itu Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, pemandu bas yang berasal dari Kelantan itu akan dituduh mengikut Seksyen 15 (1) ( a ) Akta Dadah Berbahaya.

"Pemandu akan ditahan semula di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan untuk siasatan lanjut," katanya. - UTUSAN ONLINE

Suspek tembak polis, warga asing

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

SHAH ALAM 15 April - Suspek yang menembak dua anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandan Indah pada Jumaat lalu, dipercayai warga asing.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar) berkata, pengesahan itu berdasarkan tiada persamaan daripada 18 kesan cap jari pada motosikal, topi keledar dan beberapa barang peribadi milik suspek dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, polis juga tidak menolak kemungkinan suspek merupakan anggota kumpulan kongsi gelap berdasarkan tatu lambang harimau pada bahagian belakang badannya.

Bagi warga asing, rekod pengenalan termasuk cap jari tidak disimpan dalam pangkalan data JPN. Oleh itu, kita membuat tanggapan bahawa suspek merupakan warga asing.

Kita juga sudah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap berdasarkan tatu pada bahagian belakang tubuh suspek tetapi saya enggan mendedahkan lebih lanjut kerana kes masih dalam siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program pengambilan konstabel berketurunan Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Foochow Malaysia, Datuk Seri Tan Chia Lai; Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal parah ditembak di bahagian perut oleh seorang daripada dua suspek ketika mangsa dan seorang lagi rakan setugasnya cuba menahan mereka.

Rakan setugas mangsa turut terkena tembakan tetapi hanya cedera ringan.

Mohd. Shukri seterusnya memberitahu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat dengan petunjuk-petunjuk yang ada.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kecoh di Stadium Perak

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

SEORANG lelaki melihat salah sebuah bas pasukan JDT yang disembur dengan cat di kawasan letak kereta sebuah hotel di Ipoh semalam. - UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

IPOH - Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Taazim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh malam tadi dicemari dengan insiden kekecohan penyokong yang bermula dari tempat duduk penyokong pasukan lawan.

Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya menghalang insiden tersebut menjadi lebih buruk manakala kira-kira 250 penyokong JDT lari ke tengah padang untuk menyelamatkan diri.

Setakat pukul 11.30 malam semalam, penyokong pasukan lawan masih berada di padang dan tidak keluar dari stadium atas faktor keselamatan.

Sekurang-kurangnya tiga penyokong ditahan oleh pihak polis dan dalam masa yang sama penyokong tuan rumah turut membakar suar serta membaling mercun selepas perlawanan tamat.

Jurugambar dari Kumpulan NST, Supian Ahmad pula mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan akibat terkena batu bata yang dibaling ketika cuba merakam gambar kekecohan dari tempat duduk penyokong JDT.

Dia yang terus rebah selepas terkena balingan tersebut segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, di sebelah pagi kontroversi sudah tercetus apabila dua buah bas yang membawa skuad Harimau Selatan diconteng di bahagian sisi dengan ayat This Ipoh dengan cat kuning ketika diletakkan berhampiran hotel penginapan skuad berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi memberitahu, pihaknya menerima tiga laporan berkenaan insiden bas diconteng itu yang dibuat di Balai Polis Sungai Senam dekat sini.

Katanya, laporan berkenaan masing-masing melibatkan semburan cat pada dua buah bas dan sebuah kereta jenis Toyota Hilux milik pasukan JDT yang dibuat oleh pihak pengurusa pasukan berkenaan.

Kejadian itu disedari pihak berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi," katanya.

Selangor bawa misi wajib menang

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Hanya kemenangan sahaja yang akan membantu Selangor untuk terus menghidupkan peluang ke pusingan kedua Piala AFC apabila mereka menentang Arema Indonesia dalam perlawanan kelima Kumpulan F di Stadium Kanjuruhan, Malang hari ini.

Kekalahan akan menutup terus ruang buat Red Giants, sementara keputusan seri bermakna mereka terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir antara Arema dan Hanoi T&T, selain wajib mengalahkan kelab dari Maldives, Maziya SR&C di Stadium Shah Alam pada 23 April nanti.

Menurut jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, walaupun pemainnya amat kepenatan kerana terpaksa bermain 10 perlawanan dalam tempoh 29 hari, beliau meniupkan cabaran kepada anak-anak buahnya untuk mengejutkan Arema di laman sendiri.

Memang situasi kami ketika ini sangat sukar. Kami perlu menang dalam perlawanan esok (hari ini) dan tiada cara lain jika kami mahu melangkah ke pusingan seterusnya.

Situasi memang sukar kerana enam daripada 10 perlawanan terakhir kami adalah di tempat lawan. Saya akui kami terpaksa bekerja keras esok, apatah lagi Arema memang sebuah pasukan yang bagus.

Kemungkinan saya juga terpaksa melupakan khidmat Andik Vermansah, namun semuanya bergantung kepada latihan terakhir petang ini (semalam) dan dari situ saya akan buat keputusan," katanya pada sidang akhbar di Malang, Indonesia semalam.

Sementara itu, ketua pasukan Selangor, Mohd. Bunyamin Umar bersedia menghadapi tekanan daripada penyokong lawan yang dijangka mengganggu rentak mereka setiap kali menguasai bola pada perlawanan hari ini.

Memang semua orang tahu begitu dahsyat penyokong Arema tetapi saya dan rakan sepasukan akan menguatkan mental bagi menghadapi permainan esok.

Apa yang mustahak, kami semua kena fokus kepada permainan kerana misi kami di sini adalah mahu mendapatkan tiga mata dan mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya," katanya.

Selangor yang memungut lima mata selepas empat perlawanan berada dalam momentum terbaik selepas mengalahkan pendahulu kumpulan, Hanoi T&T 3-1 di Stadium Shah Alam pada 1 April lalu.

Jika berjaya mengalahkan Arema, Selangor mampu memintas kelab Indonesia itu dengan kelebihan satu mata sebelum berdepan kelab yang berada di tangga tercorot kumpulan, Maziya SR&C.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Karnival Sekolah BSN 2014

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

KUANTAN 15 April - Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan enam sekolah di negeri ini untuk menganjurkan program Karnival Sekolah BSN 2014 bagi meningkatkan dana sekolah.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Kwang Hua, Kuantan; SRJKC Karak, Bentong; SRJKC Sungai Klau, Raub; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Biram, Pekan; SK LKTP Bukit Sagu, Kuantan dan SKJC Khai Mun Pagi, Bentong.

Pada majlis itu, BSN diwakili oleh Pengarah negeri, Badli Hamsan manakala lima sekolah berkenaan diwakili oleh guru besar masing-masing.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan negeri, Nor Ahmad Abdul Rahim.

Badli berkata, BSN turut menaja sebanyak RM10,000 kepada pihak sekolah yang dipilih untuk menjalankan karnival serta pertandingan bakat dan mewarna yang turut diadakan pada hari tersebut.

BSN akan menaja RM5,000 untuk pihak sekolah melaksanakan karnival tersebut dan RM5,000 lagi sebagai hadiah wang tunai pertandingan yang diadakan.

Karnival sekolah ini akan berlangsung secara berperingkat sehingga 30 November ini. Sekolah yang terlibat juga telah mendapat kelulusan penuh daripada Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan program ini," katanya.

Selain itu, katanya, inisiatif di bawah tanggungjawab sosial BSN itu juga dilaksanakan bertujuan untuk memperkasa tabiat menyimpan dalam kalangan pelajar sekolah.

Ini melalui beberapa aktiviti yang dilaksanakan seperti Kelab Penyimpan BSN, Kelab Penabung Muda (KPM) dan pertandingan simpanan pelajar BSN iaitu Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP)," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Empower ECER setiap daerah

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 15 April - Kerajaan negeri berhasrat memperluaskan pelaksanaan Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kepada setiap daerah di seluruh negeri bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar luar bandar.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, program yang telah dimulakan sejak 2010 itu melibatkan daerah Bentong, Temerloh, Raub, Lipis, Cameron Highlands, Jerantut, Maran, Rompin dan Pekan.

Saya amat berpuas hati dengan pencapaian pelajar yang terlibat dan program ini. Tahniah kepada ECER yang berjaya membantu pelajar meningkatkan pembelajaran mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Kecemerlangan Pelajar Empower ECER Mahkota di Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini semalam.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Adnan berkata, secara keseluruhan Program Empower ECER itu telah mencatatkan rekod 100 peratus lulus dalam kalangan pelajar yang terlibat.

Mengenai Program Empower Mahkota, beliau berkata, kerajaan negeri menghargai kerjasama antara UMP dan ECERDC yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Ini adalah situasi menang-menang antara kedua-dua pihak dan daripada apa yang saya lihat pada hari ini, rakyatlah yang mendapat manfaat terbesar.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, UMP mempunyai kedudukan yang baik untuk menggunakan sumber akademik bagi melaksanakan program ini," katanya.

Majlis sama turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian kerjasama antara ECERDC dan UMP bagi memperluaskan program berkenaan ke lima sekolah di Pekan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Puteh, SK Seri Maulana, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mahmud, SMK Pekan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Hua.

Dengan perjanjian itu, jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dalam Program Empower Mahkota pada tahun ini adalah seramai 2,057 orang.

528 minyak enjin tiruan dirampas

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

KUANTAN 15 April - Taktik sekumpulan individu menyewakan sebuah rumah di Taman Tunas Jaya, Jalan Semambu-Air Putih di sini untuk dijadikan stor simpanan minyak enjin tiruan terbongkar apabila kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Hasil intipan selama sebulan, rumah dua tingkat yang disewa sejak dua bulan lalu itu akhirnya diserbu dan sebanyak 528 botol minyak jenama Daytona yang disyaki tiruan bernilai RM45,426, dirampas.

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Abdul Kadir Aljailani Mohd. Sharriff berkata, serbuan pada pukul 10 pagi itu turut menahan dua lelaki yang dipercayai penyewa rumah berkenaan.

Siasatan awal mendapati rumah berkenaan dijadikan stor penyimpanan kerana minyak tiruan tersebut diproses di tempat lain," katanya di sini semalam.

Menurut Abdul Kadir, pihaknya memperoleh maklumat berkaitan penjualan minyak enjin tiruan tersebut selepas mendapat aduan daripada pemilik Daytona.

Kita akan meneruskan siasatan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika didapati bersalah akan didenda sebanyak RM10,000 bagi seunit untuk individu atau syarikat RM50,000 bagi seunit," katanya.

Laksana program libatkan jiran tetangga

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

RAUB 15 April - Setiap kawasan perumahan perlu melaksanakan program yang melibatkan jiran tetangga supaya dapat menyuburkan budaya kemasyarakatan dalam kalangan mereka.

Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, jiran tetangga juga perlu mengamalkan sikap saling menghormati agar tidak wujud persekitaran tidak menyenangkan.

Antaranya menjaga kebersihan kawasan rumah masing-masing seperti membuang sampah-sarap di tempat yang dikhususkan untuk mengelakkan bau yang boleh mengganggu jiran tetangga.

Selain itu, jika memelihara haiwan, uruskannya dengan baik seperti menyediakan tempat yang betul supaya tidak mengganggu jiran," katanya di sini semalam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Penculik Duta Jordan mahu seorang rakyat Libya dibebaskan.

Posted: 15 Apr 2014 05:45 PM PDT

TRIPOLI 16 April - Penculik Duta Jordan ke Libya menuntut kepada pembebasan seorang rakyat Libya yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di Jordan.

Anggota penyiasat Libya, Essam Baitelmel berkata semalam, penculik menuntut supaya Mohamed Dersi dibebaskan, sambil menambah duta yang ditahan berada dalam keadaan baik.

Jelas Essam, setakat ini, pihaknya masih tidak mengetahui identiti sebenar penculik, yang membuat panggilan dengan menggunakan telefon bimbit duta berkenaan. - REUTERS

Nigeria perketat keselamatan menjelang Forum Ekonomi Dunia bulan depan

Posted: 15 Apr 2014 05:43 PM PDT

ABUJA 16 April - Nigeria merancang untuk mengerahkan lebih daripada 6,000 anggota polis dan tentera pada Forum Ekonomi Dunia yang akan berlangsung di sini pada bulan depan.

Ketua-ketua negara Afrika dan ahli-ahli perniagaan dijangka akan menghadiri fokum yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Mei itu.

"Pelan rancangan keselamatan kami sudah dibentuk dan bakal menjadi operasi keselamatan paling besar pernah dijalankan di negara ini untuk satu sidang kemuncak antarabangsa," kata Menteri Kewangan Nigeria, Ngozi Okonjo-Iweala semalam. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Gantung sampai mati

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

Seorang anggota polis membawa keluar Zahidah Ahmad dari kamar mahkamah setelah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM 15 April - Seorang wanita dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah dia dan adik perempuan tirinya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal, dua tahun lalu.

Zahidah Ahmad, 27, menangis teresak-esak sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan tersebut manakala adik tirinya yang berusia 16 tahun ketika kejadian akan mengetahui hukumannya pada 28 April ini sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Akhtar berkata, keterangan kedua-dua tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata dan mahkamah lebih mempercayai keterangan saksi-saksi pendakwaan.

Katanya, saksi-saksi berkenaan memberi keterangan yang benar berbanding keterangan kedua-dua tertuduh.

Menurut beliau, dalam kes tersebut Zahidah yang merupakan tertuduh kedua telah bertindak kejam terhadap seorang wanita tua.

Hanya ada satu sahaja hukuman terhadap tertuduh iaitu gantung sampai mati," kata beliau terhadap Zahidah yang memakai baju hijau dan bertudung.

Mahkamah memerintahkan tahanan terhadap adik tirinya dilanjutkan sehingga laporan akhlaknya diterima.

Sebaik sahaja selesai prosiding, kedua-dua tertuduh dilihat berpelukan sambil menangis manakala ahli keluarga mereka turut memeluk dan cuba mententeramkan mereka.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua beradik tiri itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian guru agama, Tanziah Zainuddin, 72, dengan cara menekup muka mangsa dengan bantal.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di ruang tamu rumah No. 2, Lorong Kiyai Sujak, 20B, Taman Sri Wangi, Kapar di sini, kira-kira pukul 5.30 petang, 14 Julai 2012.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Semasa kejadian Zahidah tidak bekerja manakala remaja berkenaan masih menuntut di sekolah menengah dalam tingkatan empat.

Terdahulu peguam, Tan Teck Yaw yang mewakili Zahidah memohon agar anak guamnya diberi peluang kedua-dua mereka untuk memperbaiki diri dan menjalani kehidupan baharu kerana telah insaf.

Ini merupakan kesalahan pertama Zahidah malah semasa kejadian bukan kesemua perbuatan dilakukan olehnya," ujar beliau.

Sepanjang perbicaraan yang pendakwaannya dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Iswa Tonie, sebanyak 14 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan tampil memberi keterangan masing-masing.

Berdasarkan laporan akhbar, pada awalnya kematian mangsa selepas ditemui diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kemudiannya dikebumikan.

Namun tiga hari selepas pengebumian guru agama itu, salah seorang ahli keluarga mendapati beberapa barang kemas milik mangsa hilang lalu membuat laporan polis.

Mayat Tanziah kemudian digali semula dan hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat lemas.

Permohonan pinda pembelaan UMMB ditangguh

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pendengaran permohonan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) untuk meminda pernyataan pembelaan dalam kes saman RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap syarikat akhbar itu berhubung isu pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menyatakan, penangguhan tersebut adalah lebih wajar sementara menunggu keputusan beliau sama ada mahu menarik diri ataupun akan tetap mendengar kes saman berkenaan.

Beliau membuat ketetapan sedemikian setelah peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin tidak dapat memberi akujanji atau jaminan tidak akan membangkitkan alasan di peringkat rayuan bahawa Rosilah masih mahu mendengar permohonan meminda pernyataan pembelaan sedangkan beliau sedar UMMB telah mengemukakan permohonan supaya beliau menarik diri.

Terdahulu, peguam Datuk S. Ambiga yang mewakili Anwar melahirkan kebimbangan sekiranya permohonan UMMB itu didengar hari ini namun Rosilah pada Jumaat ini memutuskan menolak permohonan UMMB supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes saman itu, isu tersebut akan dibangkitkan di peringkat rayuan.

Ambiga sehubungan itu mahu Firoz Hussein memberi akujanji, isu tersebut tidak akan dibangkitkan di peringkat rayuan jika mahkamah mendengar permohonan tersebut hari ini.

Rosilah bagaimanapun berkata, oleh kerana Firoz Hussein tidak dapat memberi akujanji maka beliau berpendapat, adalah lebih wajar permohonan UMMB tidak didengar dan ditangguhkan sementara.

Ambiga mewakili Anwar selepas Rosilah pada 8 April lalu membenarkan permohonan UMMB untuk mengetepikan peguam N. Surendran daripada mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu setelah syarikat akhbar tersebut mendakwa terdapat berkemungkinan berlaku konflik kepentingan berikutan kedudukan Surendran sebagai Naib Presiden PKR.

Anwar, 67, yang memfailkan saman itu terhadap UMMB dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak pada 8 Mac tahun lalu, turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd., Datuk Shaharudin Abd. Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar menyatakan, Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 di muka hadapannya, menyiarkan artikel bertajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan? dan di muka surat sembilan pula bertajuk, Tiga kumpulan jadi dalang.

Ketua Pembangkang itu menyatakan, defendan ketiga hingga kelima, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama, TV3 turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa berita di rangkaian televisyen swasta itu adalah berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan kedua.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hormatilah pendirian Pas

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar

RAKAN-rakan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sudah menunjukkan dengan jelas dan terbuka sikap mereka untuk menolak langkah Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Apabila berbuat demikian ia membuktikan sudah sahlah selama ini, kedua-dua parti itu langsung tidak mempunyai perasaan hormat kepada perjuangan Islam Pas.

Walaupun menyedari sumbangan besar Pas kepada kekuatan pakatan pembangkang tetapi ternyata PKR dan DAP tidak mempedulikan semua itu, apa yang penting bagi mereka ialah Pas perlu tunduk dengan tekanan mereka supaya mematuhi perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan pada tahun 2011 yang antara lain tidak akan melaksanakan hukum hudud.

Lebih mengecewakan apabila kepimpinan Pas yang selama ini begitu patuh dan akur dengan segala perancangan politik PKR terutamanya melalui Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menghadapi tekanan daripada PKR yang mahu Pas menghormati penentangan konsisten yang dibuat oleh DAP.

Kalau begitulah keadaannya, apa gunanya Pas berada di dalam pakatan pembangkang, kalau hanya cakap PKR sahaja mahu didengari dan pendirian DAP sahaja mahu dihormati?

Apakah Pas yang memperjuangkan Islam hanya layak dilayan bagaikan sebuah parti yang `melukut di tepi gantang dalam pakatan dan perlu menjadi `pak turut' sahaja, adakah begitu rendah sekali maruah Pas sehingga mereka tidak mempunyai kuasa untuk menegakkan perjuangan sendiri?

Kenapakah PKR dan DAP tidak pernah mahu menghormati Pas yang sebelum ini atas semangat setiakawan, persahabatan dan mengubah hala tuju perjuangannya dari perjuangan negara Islam kepada negara kebajikan?

Adakah Pas hanya sekadar `hamba politik' dalam pakatan yang boleh dikerah untuk bertungkus lumus dalam pilihan raya bagi memastikan kemenangan parti-parti dalam pakatan pembangkang tetapi kemudian terpaksa `mengemis' apabila hendak menegakkan perjuangan sendiri?

Oleh itu timbullah persoalan, apa lagi Pas tunggu dalam pakatan kerana sudah jelas kini rakan-rakan sekutunya tidak menghormati dan menentang perjuangan mereka.

Pas berada dalam pakatan kerana mahu mencari satu gabungan yang boleh membantunya menegakkan hukum hudud selain sedia bertoleransi dalam soal-soal lain dan Pas juga setia dengan pakatan kerana selama ini parti-parti dalam gabungan itu berkongsi misi dengan mereka iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tetapi sekarang sudah jelas, rakan dan sahabat yang diharapkan memberi sokongan atau sekurang-kurangnya menghormati perjuangan Pas ternyata tidak bersikap sedemikian. Malah mereka secara terbuka menentang hasrat Pas biar pun hukum hudud itu hanya akan dilaksanakan di Kelantan yang mempunyai 99 peratus penduduk beragama Islam.

Kalaulah dalam soal sekecil itu pun, PKR dan DAP tidak mahu memberi laluan biar pun amat memahami sumbangan Pas dalam memantapkan pakatan pembangkang, bagaimana pula jika pakatan pembangkang ditakdirkan memerintah negara, adakah pengorbanan Pas akan dihargai.

Tiada siapa pun boleh menafikan betapa besarnya pengorbanan Pas apabila membuat keputusan untuk bersahabat dengan PKR dan DAP. Pas bukan sahaja terpaksa menelan segala kritikan tetapi juga makian.

Malah Pas juga dianggap terlalu teruja untuk merebut kuasa politik sehingga sanggup bersekongkol dengan parti-parti yang sudah jelas menentang hukum hudud khususnya DAP.

Namun Pas pasrah dan bersedia menerima segala kritikan itu kerana matlamat Pas ialah untuk bersama-sama memerintah negara bersama PKR dan DAP.

Atas dasar persahabatan juga Pas melakukan pengorbanan apabila merelakan PKR terus menduduki kerusi Menteri Besar di Selangor biar pun Pas mempunyai kerusi lebih banyak daripada parti itu di Dewan Undangan Negeri.

Justeru apakah ini balasan terhadap pengorbanan Pas apabila mereka ditentang habis-habisan oleh PKR dan DAP semata-mata kerana hendak membentangkan satu rang undang-undang bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Sepatutnya, PKR dan DAP menyokong hasrat Pas itu kerana Pas sudah memerintah Kelantan sejak 1990 dan melaksanakan hukum hudud sememangnya menjadi cita-cita parti tersebut.

Oleh itu Pas perlu bertegas dalam soal ini dan tidak harus berganjak daripada pendiriannya untuk membentangkan rang undang-undang tersebut. Pas perlu ada keberanian untuk membuktikan bahawa mereka bukan lagi `pak turut' dalam pakatan pembangkang.

Jika PKR dan DAP bertegas mahu Pas menghormati kesepakatan yang telah dibuat bersama, kenapa mereka tidak mahu menghormati hasrat Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan?

Kenapakah PKR dan DAP terlalu bimbang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan? Berapa ramai sangatkah penyokong kedua-dua parti itu di negeri tersebut?

Penulis menerima satu mesej yang diedarkan oleh seorang pemimpin muda Pas berhubung penentangan PKR dan DAP tersebut.

Antara lain mesej itu yang dikatakan dihantar oleh seorang ketua cawangan Pas menyatakan:

Kiranya untuk pelaksanaan Syariah Allah SWT di Kelantan ini pun yang majoriti umat Islam mahukan ia dilaksanakan dan kita masih tidak dapat melaksanakannya disebabkan bukan kerana Barisan UMNO dan Barisan Nasional (yang selama ini menentangnya) tetapi akibat mengikut pendirian DAP dan PKR yang tidak bersetuju ia dilaksanakan, apakah peluang pelaksanaannya kiranya kita dengan izin Allah SWT dapat menawan Malaysia? Sudah tentulah mustahil untuk dilaksanakan.

Isu pelaksanaan Syariah Allah SWT di Kelantan ini adalah `turning point bagi siasah syariyyah Pas dalam konteks tahaluf siyasi yang kita laksanakan bagi tujuan memenangkan agenda Islam.

Kiranya pimpinan Pas dan ahli Pas secara majoriti tunduk dan bersetuju dengan pendirian dan kehendak rakan-rakan tahaluf siyasi kita iaitu DAP dan PKR sehingga tidak dapat dilaksanakan syariah Allah SWT di bumi serambi Mekah iaitu Kelantan, maka ana (saya) tanpa syak dan ragu-ragu akan mengisytiharkan diri keluar dari Pas kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan Islam Pas.

Itulah mesej yang disampaikan oleh pemimpin Pas peringkat cawangan itu yang dengan jelas membuktikan kesungguhannya untuk melihat hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Kepimpinan Pas pusat perlu mengambil kira semua pandangan itu kerana itulah suara akar umbi parti tersebut yang benar-benar istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

Justeru seandainya ketika pembentangan nanti PKR dan DAP secara konsisten menentang hasrat Pas tersebut, maka tiada gunanya lagi Pas menunggu dalam pakatan kerana buat apalah berada dalam sebuah pakatan atau kerjasama yang hanya menjadikan Pas sebagai `hamba politik', dilayan bagaikan `melukut di tepi gantang' dan diarah patuh umpama pak turut'.

Tanah Masjid, Tanah TUDM dan Tanah Air

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh Zaini Hassan

Dilema status tanah masjid

BENARKAH tanah-tanah masjid, surau, tanah-tanah perkuburan dan institusi keIslaman lain di negara ini tidak memiliki status hakmilik atau geran?

Adakah kerajaan BN yang menaungi beberapa negeri terlalu yakin bahawa negeri mereka akan kekal dinaungi selama-lamanya.

Jika ia berada di bawah BN, atau di bawah Pas seperti di Kelantan mungkin tiada masalah, tetapi bagaimana sekiranya terlepas kepada tangan DAP seperti di Pulau Pinang atau kuasa politik Melayu yang dipegang oleh DAP seperti di Selangor atau Perak?

Saya difahamkan di Selangor hampir kesemua tanah masjid dan institusi agama Islam tidak mempunyai geran hakmilik, yang membuka ruang untuk diambil alih sewenang-wenangnya pada bila-bila masa.

Ingatan ini, saya difahamkan telah dititahkan berkali-kali oleh DYMM al-Sultan Selangor, tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan BN yang terdahulu.

Sekarang sudah terlambat. Difahamkan ada antara di negeri pembangkang itu mahu meminta tanah untuk mendirikan masjid pun amat sukar. Macam-macam syarat diletakkan.

Antaranya, jika tanah masjid diberikan, kena agih juga sama rata untuk tanah kuil, tokong dan gereja. Mereka mempunyai kepercayaan semuanya harus sama-rata, termasukkan jika diluluskan lima hektar tanah masjid dalam masa yang sama kena lulus juga lima hektar tanah bagi rumah ibadat agama-agama lain.

Tahniahlah diucapkan kepada orang Melayu Islam yang telah bersetuju dengan langkah tersebut.

Bak kata pepatah Melayu kuno "nasi sudah menjadi bubur." Saya tidak kata kita tidak boleh makan bubur, namun saya masih belum berjumpalah orang memakan bubur sebagai makanan ruji setiap hari.

Jika beras sudah menjadi bubur, ia tidak boleh menjadi nasi semula, walau dilakukan apa sekalipun.

Oleh itu, jadikanlah apa yang berlaku di negeri-negeri pembangkang itu sebagai iktibar kepada kita semua.

Pertahankan Pangkalan TUDM Butterworth

TANAH masjid satu hal, kini timbul pula kisah apabila tanah Pangkalan TUDM di Butterworth mahu diambil alih untuk dibangunkan menjadi bandar baru atau rumah-rumah, kedai-kedai dan kondominum Melayu tak-mampu-milik.

Sudahlah orang Melayu di pulau sudah dihalau secara halus , ini mahu didirikan pula satu pembandaran baru yang dikhuatiri akan terhakislah lagi orang Melayu di situ.

Saya amat risau ada usaha mahu menganggu-gugat geo-politik di sebelah Seberang Prai pula. Kita bimbang jika ini berterusan maka Melayu Pulau Pinang akan terus merempat.

Semalam saya sempat bersembang dengan seorang anak Pulau Pinang dari sebelah pulau, seorang Pengurus Besar sebuah GLC yang mengadu hal. Dulu, katanya kawasan perumahannya di pulau sama banyak Melayu-Cina, kini rumahnya hanya satu-satunya milik orang Melayu.

Emak saya minta saya jual rumah itu. Dia kata takkan kita nak duduk sini sorang-sorang kita?"

Lebih baik saya jual dan beli tanah di mana-mana?"

Saya tidak tanya beliau secara detail kenapa berlaku begitu, tetapi katanya keadaannya cukup jelas sekali. Kebanyakan tanah dan rumah orang Melayu sudah tidak kelihatan lagi.

Saya bertanya beliau lagi, mengapa orang Melayu Pulau Pinang tidak bersuara. Dia kata suara Guan Eng lebih kuat lagi".

Oleh itu, janganlah diusik pangkalan tentera itu. Biarlah tak ada pembangunan di situ daripada wujud lagi geo-politik yang tidak seimbang yang akhirnya berdirinya sebuah lagi kawasan Parlimen DAP.

Ambillah iktibar kawasan di Kuala Lumpur seperti di Bukit Lanjan, Selayang, Segambut, termasuk Bangsar South, Kampung Abdullah Hukum -- apabila terdirinya kondo-kondo tidak-mampu-milik oleh orang Melayu.

Sepatutnya didirikanlah kem tentera di sebelah pulau itu, bukannya yang ada ditiadakan atau dipindah ke tempat lain, lebih jauh lagi?

Pangkalan TUDM ketika ini di Teluk Air Tawar, Seberang Perai dengan keluasan lebih kurang 407 hektar, terletak kira-kira lapan kilometer dari Butterworth dan menghadap ke arah laut Pulau Pinang.

Pada 5 Februari, Bernama melaporkan bahawa TSR Capital Bhd mendapat kelulusan pada dasarnya yang diberikan kerajaan Persekutuan untuk berunding mengenai terma yang dicadangkan bagi penempatan dan pembinaan semula pangkalan tentera udara baharu di Pulau Pinang melalui pertukaran tanah.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia itu bulan lepas, TSR Capital Bhd menyebut cadangan berkenaan akan dibuat melalui syarikat usaha sama (JVC) dan JVC mencadangkan kepada kerajaan agar memindah dan membina semula sebuah pangkalan TUDM di Butterworth ke satu lokasi yang akan dikenal pasti.

Syarikat berkenaan juga berkata tanah pangkalan TUDM sedia ada itu akan dimajukan menjadi pembangunan bersepadu.

Ikuti laporan portal ini pula: http://mypenangonline.blogspot.com/2014/04/adun-umno-ppinang-bantah-pindah-tudm.html?m=1

Ketua pembangkang, Datuk Jahara Hamid bersama kesemua 10 wakil BN membantah cadangan pemindahan itu, yang akan menjadikan pangkalan 407 hektar tersebut sebuah pusat seni dan riadah".

Wakil rakyat UMNO akan bertemu presiden parti, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 14 April untuk membentangkan kes tersebut.

Kami sudah pun membuat temu janji untuk berjumpa. Kami akan menunggu jawapan kerajaan Persekutuan, tetapi semestinya kami akan membantah projek ini habis-habisan."

Beliau berkata, adalah tidak wajar untuk memindahkan pangkalan ke Ara Kuda yang berdekatan dengan batasan Pulau Pinang-Kedah kira-kira 20 kilometer dari lokasinya kini di Butterworth.

Tahniah Zahid! Jangan bagi muka isu koyak pasport

SYUKUR alhamdulillah dan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang membuat kenyataan cukup tegas dan berani mengenai isu koyak pasport.

Kata beliau: Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik. Ini kerana ada di kalangan mereka yang telah mengoyakkan pasport Malaysia ketika berada di luar negara dengan hasrat benci kepada negara ini dan tidak lagi mahu pulang kerana kebencian itu dan ada yang menikam negara ini dari belakang. Tidak ada lagi taat setia di kalangan mereka."

Sepertimana yang kita ketahui, Zahid seorang pemimpin senior parti dan kerajaan yang tidak mudah melatah dan kelabu mata untuk meluluskan sebarang permohonan orang asing yang mahu menjadi rakyat negara ini.

Kita harus yakin pendirian beliau yang boleh menerima perbezaan pendapat tetapi tidak mungkin akan berlembut dengan masalah berkaitan kepentingan keselamatan negara, agama dan bangsa demi kesejahteraan rakyat.

Sekali gus dengan kenyataan itu, Zahid turut menafikan telah membalas surat Ahli Parlimen DAP Tanjong yang berlagak hero dalam isu ini, Ng Wei Aik.

Saya hairan apa yang Wei Aik beria-ia sangat mahu mempertahankan manusia yang sudah berpaling tadah kepada negara ini.

Tiada mana-mana negara di dunia ini, waima di Tanah Besar China sendiri yang bersedia mengambil semua orang yang telah mengoyak pasportnya sendiri.

Saya berharap isu ini dapat diselesaikan segera dan kita juga berharap Zahid sentiasa memantau perkembangan ini dengan berhati-hati. Tidak kiralah jika dia Melayu atau Cina dan India, jika mereka sudah sah-sah mengoyak kewarganegaraan Malaysia ini dan berpaling tadah, maka berakhirlah hubungan dengan negara ini.

Amaran keras dan jelas itu harus diberikan kepada semua rakyat kita.

Saya hairan apabila ramai warga asing yang beratur mahu mendapatkan Taraf Pemastautin Tetap Malaysia; ada rakyat kita yang mahu meninggalkan negara ini.

Seorang rakan saya berbangsa China berketurunan Islam cuba mendapatkan taraf Penduduk Tetap Malaysia selama berbelas-belas tahun. Sebaik sahaja berjaya memperolehnya tahun lepas, beliau dan anak remajanya Ibrahim, yang fasih berbahasa Melayu dan cukup alim, terus ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bagi menyatakan kesyukuran kepada Allah SWT.

Amin, Malaysia sudah menjadi Tanah Air baharu mereka. Namun bagi mereka yang mahu meninggalkan negara ini, apa yang boleh kita katakan dipersilakan..."

Tahniah di atas ketegasan Datuk Seri Zahid!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fizo tampil bela isteri

Posted: 14 Apr 2014 11:31 PM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN

KUALA LUMPUR 15 April - Pelakon Fizo Omar, 29, menafikan kenyataan dalam Mawar Fareeda Fanpage ditulis oleh isterinya, Mawar Abdul Karim, 24.

Menurut Fizo, kenyataan yang dikatakan agak sombong oleh orang ramai itu bukan ditulis oleh Mawar tetapi daripada pihak yang mengendalikan laman sosial tersebut.

Antara ayat yang ditulis di fanpage itu, jika ingin berfesyen tengoklah kemampuan diri. Fareeda ada juga menawarkan selendang di bawah RM100.

"Apabila orang mengatakan isteri saya bersikap bongkak dengan menulis di laman sosial, jujurnya Mawar tidak pernah aktif dalam mana-mana laman sosial . Memang saya mahu minta maaf di atas ketelanjuran pentadbir yang menguruskan facebook itu.

"Malah pihak kami sendiri akan ambil tindakan. Kalau dilihat apa yang disebarkan memang ada unsur sabotaj apabila apa yang disebarkan itu sendiri sudah berlainan daripada apa yang cuba disampaikan pentadbir facebook itu sebelum ini," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Dalam waktu yang sama, Fizo berharap pihak berkenaan tidak mensensasikan berita rampasan tudung tiruan Fareeda.

Katanya, melihat kesusahan yang dilalui oleh Mawar, dia percaya tindakan rampasan itu bagi melindungi bukan sahaja syarikat milik isterinya tetapi juga ratusan pekerja yang berada di bawah Fareeda Global Resource.

Mereka yang berkenaan perlu faham bukan pihak Fareeda yang merampas, kami tidak ada kuasa seperti itu. Yang mampu berbuat demikian adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Jangan fikir kami cuba menutup periuk nasi sesiapa, kami juga mempunyai tanggungjawab untuk melindungi pekerja yang bersusah payah dengan kami. Lagi pula, rekaan tudung Fareeda sudah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak dari tahun 2008 lagi, sebab itu tidak boleh sewenang-wenangnya menciplak," katanya.

Sebelum ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat rampasan tudung tiruan Fareeda di dua buah premis kedai di Batu Cave, Klang dan empat kedai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Shakilla belajar jadi popular

Posted: 14 Apr 2014 11:42 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN

FIGURA ini mahu menjadi pelakon versatil yang mampu membawakan pelbagai watak dengan baik.

KELIBATNYA dalam bidang lakonan sudah mencecah usia lapan tahun. Hairannya, dalam tempoh tersebut namanya kurang disebut bahkan tidak gah dan menyinar seperti pelakon lain.

Mungkin tiada karya yang berjaya menaikkan populariti dirinya? Akuinya, dia juga bukan menjadi pilihan pengarah dan jarang sekali raut wajah jelitanya dijadikan penghias muka depan majalah serta surat khabar arus perdana.

Apa pun yang berlaku, Shakilla Khoriri tidak pernah meletakkan perasaan kecewa dan marah dalam dirinya. Apa yang dia tahu, hanyalah banyak bersabar dan percaya pada rezeki diri selain berusaha keras.

Ya, saya akui populariti hadir lewat buat saya. Namun saya terima semua itu.

Mungkin sudah tuah dan rezeki saya. Ada orang masa untuk dikenali lambat dan ada yang cepat. Cuma perlu bersabar dan ikhlas dalam melakukan kerja," kata Shakilla.

Menyedari dirinya kini perlu menggalas tugas besar apabila diberikan cabaran memegang watak antagonis dalam drama terbarunya, Aku Isterinya, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd. Khoriri berkata, dia sudah belajar dan sedia jadi popular.

Biasanya pendatang baru seperti saya memang akan diberikan watak jahat. Kata orang, watak itu dijadikan sandaran untuk meningkatkan nama kita sebagai pelakon.

Orang akan cepat kenal kita jika berlakon jahat. Sebab itu, saya cuba belajar untuk menjaga populariti bila ada yang sudah ketahui kewujudan saya dalam pentas seni nanti.

Pun begitu, saya dah tetapkan dalam diri untuk tidak mencari populariti. Tidak mahu menabik dada jika sudah dikenali.

Saya juga yakin bahawa populariti itu akan datang dengan sendiri tanpa perlu dicari," ujarnya yang pernah muncul dalam drama Rumi & Juli, Adnan Sempit dan Satu Pagar.

Ikhlas dalam melakukan kerja, Shakilla juga berjanji untuk memberikan hasil karya yang terbaik yang pada akhirnya orang akan hargai usaha kita.

Mungkin waktu itu saya akan lebih popular dan dikenali dengan usaha berterusan ini.

Sesuatu yang orang tak tahu tentang saya, saya tidak berminat untuk bersaing dengan sesiapa terutama pelakon yang seusia. Masing-masing ada rezeki dan saya yakin dengan ketentuan itu.

Tak perlu nak lawan orang kalau mahu lebih popular atau lebih hebat. Apa yang penting berbalik kepada niat asal," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Cabaran wanita bekerja

Posted: 14 Apr 2014 11:42 PM PDT

Oleh NURSYAMIMI SAIDI
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH

Penglibatan dan peranan wanita dalam pelbagai aspek pembangunan negara sememangnya tidak pernah dipertikai. Hampir dalam setiap sektor sama ada ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya, sumbangan wanita begitu jelas.

Malah, budaya hidup masyarakat di negara ini juga sudah menerima wanita sebagai penyumbang kepada ekonomi keluarga, apatah lagi dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi seperti sekarang.

Begitupun, wanita bekerja mempunyai cabaran tersendiri lebih-lebih lagi apabila pada masa sama mereka memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Terikat dengan pelbagai peraturan dalam sektor pekerjaan yang perlu dipatuhi termasuk waktu kerja yang tidak anjal, membuatkan mereka sukar memenuhi kesemua peranan tersebut dengan baik.

Tekanan pasti berganda apabila persekitaran serta orang sekeliling terutama majikan dan ahli keluarga tidak membantu bagi memudahkan lagi keadaan.

Sebagai contoh, tiada sokongan dari segi kemudahan pusat penjagaan anak di tempat kerja, waktu kerja tidak anjal, pasangan atau suami yang kurang memahami beban kerja dan sebagainya.

Sebagai wanita bekerjaya yang mempunyai keluarga dan anak-anak, Rosmala Nasir, 50, cukup memahami dilema yang dihadapi oleh golongan Hawa ini.

Bagaimanapun, sebagai Pengarah di Perception Management, sebuah syarikat perhubungan awam dan komunikasi terkenal di ibu negara, Rosmala tidak menjadikan halangan tersebut sebagai alasan untuk berjaya.

"Saya tidak nampak mengapa sebagai wanita kita tidak mampu menguruskan kedua-duanya, kerjaya dan keluarga, dengan baik.

"Malah, lebih menyedihkan apabila sesetengah wanita terpaksa membuat pilihan sehingga ada antara mereka yang terpaksa berpisah dengan suami dan anak-anak demi mengejar kerjaya dan tidak kurang pula yang berhenti kerja kerana ingin memenuhi tanggungjawab kepada keluarga," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Rosmala, tidak ada salahnya jika seseorang wanita itu mahu mengutamakan kerjaya, tetapi perlulah bijak membahagikan masa tanpa perlu mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.

Beliau tidak menafikan, ramai wanita bekerjaya bergantung penuh kepada pembantu rumah bagi membantu mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.

Namun, itu bukan bermakna mereka boleh lepas tangan kerana gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja hari ini kebanyakan berpunca daripada kurangnya perhatian ibu bapa pada anak-anak ini.

Wanita harus sedar bahawa kesibukan mereka dalam menguruskan kerjaya haruslah diseimbangkan dengan tanggungjawab mereka kepada rumah tangga.

"Tentunya seorang ibu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan satu generasi yang berkembang baik dari aspek rohani dan jasmani," tambahnya lagi.

Rosmala yang berpengalaman bekerja selama 30 tahun dan mempunyai dua orang anak yang berusia 22 tahun dan 16 tahun, tidak pernah menjadikan alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang untuk melihat anak-anaknya membesar di depan mata.

Beliau akan memastikan bahawa pada setiap pagi akan menghantar anaknya ke sekolah dan aktiviti bersama-sama anak akan tetap dijalankan walaupun tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti luar.

"Saya akan menonton televisyen bersama suami dan anak-anak, makan bersama-sama, malah berkongsi minat dengan anak saya.

"Walaupun perkara tersebut nampak kecil, tetapi anak-anak akan menghargainya kerana kita memberi perhatian kepada mereka," ujarnya.

Rosmala mengakui wanita bekerjaya tidak dapat lari daripada tekanan yang mungkin berpunca daripada pelbagai perkara.

Apabila bersikap tidak profesional, wanita-wanita ini akan terbawa-bawa masalah di rumah ke tempat kerja sehingga mengganggu prestasi atau pun pekerja-pekerja menjadi mangsa ketidakpuasan hati mereka.

"Kita sebagai wanita dan majikan perlu pandai menangani tekanan kerana perkara ini akan melibatkan semua orang di tempat kerja.

"Jangan rendahkan martabat anda sebagai seorang wanita dengan berperangai sedemikian sehingga mengundang kata-kata buruk di belakang," ujarnya.

Katanya, gelak-ketawa merupakan kaedah paling mudah dan terbaik untuk mengurangkan tekanan.

Kongsi jenaka bersama rakan sekerja dan belajar untuk berehat serta tidak memaksa badan melakukan tugas-tugas di luar kemampuan.

Dalam pada itu, ada juga wanita yang terlalu memuaskan hati orang di sekeliling, tetapi tidak pada diri sendiri.

Tanggapan mereka supaya apa yang mereka lakukan itu dapat menggembirakan majikan, rakan sekerja, atau anak-anak di rumah perlu diutamakan, itu perlu diubah kerana diri sendiri perlu diberi penghargaan dahulu.

"Kita bekerja keras siang dan malam semata-mata mahu puaskan hati orang sangat tidak berbaloi. Sekurang-kurangnya, hargai diri anda dahulu sebelum memuaskan hati orang lain.

"Cukup sekadar kita meluangkan masa di spa, membeli-belah, atau keluar bersama rakan-rakan dan perkara ini akan membuatkan anda sentiasa berasa gembira untuk terus bekerja walaupun mempunyai tanggungjawab di rumah," ceritanya lagi.

Tentunya kepada golongan wanita bekerjaya yang bergelar ibu, amat memerlukan tempat kerja mesra ibu, yang memberikan perkhidmatan penjagaan anak-anak yang berkualiti dan selamat dengan kos yang mampu ditanggung.

Jika halangan sebegini tidak mampu diuruskan dengan baik oleh pihak sewajarnya, maka amatlah rugi kepada negara kerana tidak menggunakan kepakaran dan kemahiran yang mereka miliki untuk membantu mengembangkan lagi pembangunan negara dan kepekaan mereka terhadap keperluan pekerja wanita perlulah diutamakan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Layan 10,000 aduan sehari

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN
kota@utusangroup.com.my

Mohd. Shafiee Mohd. Taib menunjukkan sistem SCADA yang memudahkan pemantauan dan pengagihan air di sekitar Lembah Klang di Ibu Pejabat Syabas di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

KUALA LUMPUR 14 April - Kebiasaannya selepas pukul 5 petang, Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di sini, menjadi semakin sibuk apabila dihujani panggilan telefon daripada orang ramai mengenai masalah bekalan air ekoran catuan ketika ini.

Itulah waktu puncak di pusat aduan tersebut kerana kebanyakan pengguna sudah pulang daripada bekerja dan mula menggunakan air. Justeru, bermacam-macam aduan mengasak petugas Puspel.

Yang menariknya, paling banyak aduan diterima daripada pengguna yang mempersoalkan kenapa rumah mereka tiada air sedangkan jiran mereka mendapat bekalan seperti biasa.

Tidak kira apa juga bentuk aduan dan kerenah pengguna, kakitangan syarikat itu tetap melayan dengan sabar walaupun segelintir pemanggil menggunakan perkataan kurang manis malah ada yang naik angin.

Dianggarkan, setiap hari antara 6,000 hingga 10,000 panggilan telefon diterima oleh Puspel sejak catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat dilaksanakan di sekitar Lembah Klang yang melibatkan kira-kira 7.1 juta pengguna.

Bukan sahaja petugas Puspel, malah telefon bimbit milik Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred tidak henti-henti menerima panggilan orang ramai yang mengadu tentang masalah air di kediaman mereka.

Menurut Priscilla, sebagai pihak yang melaksanakan tanggungjawab mengagih air terawat atas arahan kerajaan negeri Selangor, Syabas berusaha menyediakan khidmat terbaik kepada pengguna yang terlibat dengan pelan catuan.

Bagi tujuan itu, bilik operasi diaktifkan dan dibuka selama 24 jam bagi memastikan catuan dilaksanakan dengan berkesan dan sebarang masalah yang dihadapi pengguna diselesaikan sebaik mungkin.

Kami mempunyai petugas bagi memantau perkembangan di semua kawasan yang terlibat dengan catuan. Mereka antara orang yang paling sibuk sepanjang catuan dilaksanakan.

Petugas itu bertindak meneliti sebarang masalah dan seterusnya berusaha mencari penyelesaian bagi mengatasinya. Segala aduan akan dikaji dan jika perlu, pasukan teknikal dihantar ke kawasan yang mengalami masalah terbabit," katanya kepada Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Syabas di Jalan Pantai Baharu di sini, baru-baru ini.

Tugas menangani catuan air tidak hanya terhad di dalam pejabat, tetapi yang lebih penting menurut Priscilla, terdapat kira-kira 700 kakitangan syarikat itu bertanggungjawab mengunci dan membuka injap paip bagi mencatu air di sesuatu kawasan.

Mereka yang memastikan 800 injap paip di Lembah Klang diselia dan ia bukan tugas mudah kerana mereka perlu memusing kunci secara manual setiap hari bagi membolehkan pelan catuan berjalan lancar," katanya.

Pelan catuan bekalan air peringkat pertama dilaksanakan sejak sejak 27 Februari lalu di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi disebabkan pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat.

Pelan catuan bekalan air peringkat ketiga dan keempat pula diilaksanakan sejak 10 Mac dan 4 April lalu di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Ia berikutan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates masing-masing dikurangkan sebanyak 1,000 Juta Liter Sehari (JLH) dan 30JLH oleh kerajaan negeri Selangor disebabkan paras simpanan air mentah yang rendah di kedua-dua empangan.

Dalam pada itu, Syabas turut menggunakan teknologi canggih iaitu Sistem Kawalan Penyeliaan dan Perolehan data (SCADA) dalam pemantauan paras air di loji dan kolam tadahan air di sekitar Lembah Klang.

Sistem yang sama turut digunakan oleh beberapa negara lain antaranya Singapura dan Australia.

Menurut Pengurus Pusat Kawalan Operasi Syabas, Mohd. Shafiee Mohd. Taib melalui sistem itu, pengagihan air boleh dilakukan secara automatik menerusi bilik kawalan di Ibu Pejabat Syabas.

Segala data yang dipaparkan memberi petunjuk kepada kami mengenai situasi bekalan air di sesuatu tempat. Ia juga boleh memberi maklumat mengenai kemungikan berlaku paip pecah melalui pengaliran air yang tidak normal," jelasnya.

Katanya, teknologi itu dapat memberi petunjuk mengenai trend penggunaan air di sesuatu kawasan melalui skrin besar yang dipantau 24 jam sekali gus memudahkan pengagihan air secara lebih tepat dan berkesan.

Bagi Priscilla, catuan bekalan air ketika ini benar-benar menguji tahap kesediaan dan kemampuan kakitangan syarikat itu.

Katanya, ia juga menjadi platform terbaik untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan kemahiran dalam mengurus keperluan bekalan air bagi jutaan penduduk.

Hakikatnya, situasi ketika ini bukan sahaja menguji Syabas tetapi juga ujian terhadap keprihatinan orang ramai dari segi penggunaan air yang kerap dibazirkan selama ini.

Paling penting catuan ini mengajar kita menghargai sumber alam yang dipinjamkan oleh-Nya.

Syarikat barangan logam diarah tutup operasi

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

TANAH milik PAK yang dipercayai dijadikan tempat simpanan pasir secara tidak sah oleh sebuah syarikat menjual logam di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 14 April - Perbadanan Aset Keretapi (PAK) mengarahkan sebuah syarikat barangan logam yang menceroboh tanah rizab milik perbadanan itu di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh di sini supaya mengosongkan kawasan terbabit.

Pengurus Besar PAK, Zaidul Bakri Abdul Mutalib berkata, pihaknya telah meninjau lokasi tersebut selepas menerima aduan penduduk mengenai kegiatan mengangkut pasir yang dikhuatiri mengundang bahaya kerana terletak berhampiran landasan kereta api.

Hasil lawatan itu mendapati kawasan tersebut telah dijadikan tempat simpanan pasir oleh sebuah syarikat menjual logam yang menduduki tanah rizab kereta api secara tidak sah.

Berikutan itu, satu notis pengosongan telah diberikan kepada pemilik syarikat berkenaan untuk mengeluarkan semua stok pasir sekali gus menutup operasi syarikat tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan aduan penduduk Kampung Desa Aman berhubung aktiviti perniagaan dan memunggah pasir berdekatan landasan kereta api dan pencawang elektrik di kawasan tersebut.

Puluhan kenderaan berat yang keluar masuk di kawasan berkenaan turut menyukarkan mereka ketika melalui sebuah terowong sempit yang merupakan laluan utama ke kawasan tersebut.

Zaidul Bakri memberitahu, jika syarikat tersebut gagal mematuhi notis yang boleh dikeluarkan, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965).

Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

7 kilang simen janji baiki jalan

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 14 April - Kesemua kilang simen di sekitar Jalan Chan Sow Lin di sini bersetuju untuk membiayai sepenuhnya kerja-kerja membaiki jalan tersebut yang rosak ekoran kegiatan lori-lori milik syarikat berkenaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pemilik kilang-kilang terbabit akan memastikan jalan tersebut diturap supaya tidak mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya.

Terdapat tujuh kilang simen di sekitar Jalan Chan Sow Lin iaitu tiga daripadanya mempunyai dokumen Perintah Pembangunan, manakala selebihnya gagal mengemukakan dokumen itu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Bagaimanapun, kesemua pemilik kilang bersetuju membaiki jalan tersebut yang rosak akibat lori mereka yang kerap menggunakan laluan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Utusan Malaysia pada 9 April lalu mengenai rungutan orang ramai ekoran keadaan Jalan Chan Sow Lin yang rosak akibat kualiti turapan selain dicemari sisa konkrit yang tumpah dari lori pengangkut simen dari kilang berhampiran kawasan itu.

Kelmarin, empat kilang simen diarah tutup oleh DBKL kerana gagal mengemukakan dokumen Perintah Pembangunan kepada pihak berkuasa tempatan itu ketika pemeriksaan dilakukan.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata, empat kilang terbabit berjanji untuk mengemukakan pelan mereka bagi memohon dokumen tersebut dan beroperasi secara sah.

Kita masih nantikan permohonan mereka kerana selepas itu barulah DBKL akan mempertimbangkan sama ada kilang berkenaan layak atau tidak untuk beroperasi di kawasan itu.

Semasa kilang mereka ditutup, tiada sebarang aktiviti dibenarkan untuk dijalankan di premis berkenaan dan pihak DBKL bertegas dalam perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebahagian Jalan Chan Sow Lin telah diturap sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) setelah syarikat utiliti terbabit mengorek jalan bagi kerja-kerja memasang kabel di laluan itu.

TNB terpaksa melakukan kerja-kerja tersebut kerana terdapat banyak kilang serta bangunan di jalan terbabit yang memerlukan banyak tenaga elektrik bagi menampung aktiviti harian mereka.

TNB telah mengotakan janji untuk menurap semula sepenuhnya jalan tersebut pada Sabtu lalu dan mempamerkan sikap bertanggungjawab mereka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Iklan haram di kawasan rumah

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Beginilah keadaan iklan haram yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar Taman Delima, Johor Bahru.

SEBAGAI penduduk Taman Delima, Bandar Dato' Onn, saya terpanggil untuk membuat aduan tentang iklan haram pinjaman wang tidak berdaftar yang semakin banyak dipasang di kawasan ini.

Perbuatan yang menyalahi undang-undang itu semakin menjadi-jadi apabila tiada rungutan yang dibuat oleh penduduk Taman Delima kepada pihak berkuasa.

Boleh dikatakan hampir di setiap lorong di dalam kawasan ini dipasangkan iklan haram tersebut. Malah ada juga iklan yang dipasang tidak jauh dari surau di taman ini.

Saya tidak kisah sekiranya iklan yang ditampal bertujuan menwar-warkan perkhidmatan yang membawa kebaikan seperti iklan sewa lori atau menyediakan kelas tuisyen.

Apa yang saya risaukan bahawa iklan ini mampu menyebabkan penduduk setempat terjebak dalam membuat pinjaman wang secara haram yang akhirnya akan menjerat diri mereka.

Saya tidak mahu ada dalam kalangan penduduk di Taman Delima menjadi mangsa peminjam wang tidak berlesen seperti yang biasa disiarkan di dada akhbar.

Saya mohon pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan menurunkan iklan haram itu dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat dalam perniagaan ini.

Jika tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa, pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan semakin berani meletakkan lebih banyak iklan haram seperti itu di sekitar kawasan taman perumahan ini.

Haji Ismail

Johor Bahru

Papan tanda di Taman Daya perlu diperbaiki segera

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Beginilah keadaan papan tanda berlubang di jalan utama Taman Daya, Johor Bahru yang menyukarkan orang ramai terutama mereka yang pertama kali berkunjung ke kawasan tersebut.

PAPAN tanda berlubang di jalan utama Taman Daya, Johor Bahru bukan isu baharu untuk dihebahkan sebaliknya cerita lama yang nampaknya tiada kesudahan.

Bagi pengguna setia laluan tersebut, pastinya perkara ini tidak mendatangkan masalah kepada mereka kerana sudah mengetahui selok-belok jalan yang menghubungkan laluan berkenaan.

Kita seharusnya memikirkan tentang pengguna jalan raya lain yang belum pernah melalui kawasan itu dan masih terkial-kial mencari hala tuju bergantung dengan papan tanda sebagai penunjuk arah sepanjang melalui jalan tersebut.

Papan tanda itu bukan sahaja tidak membantu dalam memberi tunjuk arah menuju ke Sekolah Kebangsaan Taman Daya malah mencacatkan pemandangan di kawasan itu.

Mungkin kecacatan ini nampak kecil bagi pihak berwajib, tetapi perlu diperbaiki semula untuk memudahkan pengguna jalan raya memilih laluan yang tepat untuk menuju ke destinasi.

Isu ini pernah dipaparkan oleh media arus perdana beberapa bulan lalu namun belum ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkaitan.

Tidak perlulah pihak berkuasa menunggu sehingga papan tanda itu lusuh dan berkarat barulah hendak ditukar dengan yang baharu.

Saya berharap perkara ini tidak dipandang remeh dan kerja membaik pulih dapat dilakukan dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih.

Cikgu Ayu

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved