Selasa, 15 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Hak Malaysia lakukan siasatan ke atas MH370

Posted: 15 Apr 2014 03:10 AM PDT

KUCHING 15 April - Malaysia tetap mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menjalankan siasatan ke atas pesawat MAS Penerbangan MH370 yang hilang biarpun Australia dibenar menerajui operasi mencari.

Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, ini berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang memberi hak kepada Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat Boeing 777 200ER itu.

Pesawat MAS itu yang sepatutnya ke Beijing pada 8 Mac, mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500km ke barat daya Perth, Australia.

Nancy berkata, Lokasi itu tidak berada di wilayah mana-mana negara.

"Oleh itu Malaysia sebagai negara pendaftaran MH370 ini dan negara yang bertanggungjawab di bawah Konvensyen Chicago hendaklah dianggap mempunyai bidang kuasa menjalankan siasatan kemalangan udara serta menerajui siasatan ke atasnya.

"Malaysia hanya meminta Australia untuk menerajui usaha mencari. Ini tidak bermakna Malaysia telah menyerahkan bidang kuasanya untuk menyiasat insiden kepada Australia," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.

Sebelum itu beliau merasmikan pejabat baharu Amanah Raya Berhad cawangan Sarawak di sini. - BERNAMA

Pengetua dan guru besar perlu pantau kawalan keselamatan

Posted: 15 Apr 2014 03:08 AM PDT

PUTRAJAYA 15 April - Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengetua dan guru besar untuk memantau kawalan keselamatan di sekolah, bagi memastikan pengawal keselamatan menjalankan tugas dengan berkesan.

Beliau berkata, perkara itu juga menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada setiap pengetua dan guru besar.

"Penyeliaan rapi oleh pengetua dan guru besar penting untuk memastikan keselamatan pelajar dan murid di sekolah sentiasa terpelihara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Sekolah (OSH di sekolah) di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini. - BERNAMA

Doktrin ketenteraan ambil kira ancaman keselamatan bukan tradisional

Posted: 15 Apr 2014 02:38 AM PDT

Oleh HUSSAINI AMRAN dan SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR 15 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, doktrin ketenteraan sesebuah negara perlu mengambil kira faktor peningkatan ancaman keselamatan bukan tradisional.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, faktor itu memerlukan pendekatan yang berbeza dengan strategi peperangan konvensional.

"Seperti yang dibuktikan Malaysia ketika menangani ancaman komunisme, pendekatan yang menyeluruh melibatkan pasukan keselamatan dan seluruh rakyat mesti digunakan untuk menumpaskan musuh," katanya ketika berucap menutup Forum Putrajaya 2014 di sini hari ini.

Forum berkenaan bermula semalam dan dianjurkan sempena pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 14 hingga 17 April ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved