Isnin, 26 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ahli perniagaan ditahan lagi selepas dibebaskan

Posted:

Ahli perniagaan ditahan lagi selepas dibebaskan

Ahli perniagaan ditahan lagi selepas dibebaskan


Peguam suspek seorang ahli perniagaan lelaki bergelar Datuk, Datuk Ahmad Damanhuri Mohd. Yusof (kiri) berbincang sesuatu bersama penolongnya, Mohd. Rafik Rahem di Kuala Lumpur, semalam. - Foto CHINA PRESS


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Seorang ahli perniagaan lelaki bergelar Datuk yang dibebaskan selepas ditahan reman sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, sekali lagi ditahan polis hari ini.

Suspek yang berusia 45 tahun dibawa ke Pusat Tahanan Sementara, Balai Polis Bukit Jalil, ditahan semula selepas dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany, penahanan semula lelaki itu dibuat bagi membantu siasatan satu kes penipuan yang dilaporkan seorang pengadu wanita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 7 Ogos 2009 lalu.

Katanya, pengadu yang berusia 43 tahun bersama sepupunya dikatakan bertemu dengan ahli perniagaan itu untuk berurusan mendapatkan projek stesen minyak Shell di sekitar Lembah Klang pada Oktober 2007.

Beliau berkata, sebaik perjumpaan dan perbincangan itu, suspek mengarahkan wanita itu membuat pembayaran sebanyak RM280,000 bagi mendapatkan projek tersebut.

"Setelah membayar wang itu, wanita tersebut mendapati ahli perniagaan itu tidak berjaya mendapatkan projek tersebut seperti mana yang telah dijanjikan.

"Berikutan itu, polis menahan lelaki itu sekali lagi selepas tempoh reman tahanan siasatan terhadapnya mengikut Akta SPRM 2009 tamat hari ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Khamis lalu, ahli perniagaan tersebut ditahan reman selama dua hari selepas dipercayai cuba menyogok beberapa pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pada Sabtu lalu, tempoh tahanan reman suspek disambung hingga ke hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi mengesahkan penangkapan semula ahli perniagaan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Kastam rampas barangan RM1.8j

Posted:

Kastam rampas barangan RM1.8j

Kastam rampas barangan RM1.8j

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my


ABDUL Aziz Abdul Latif (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukkan sebahagian mercun, minuman keras dan rokok yang dirampas di Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/KAMAL BASIR


ALOR SETAR 26 Dis. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas pelbagai jenama rokok putih, minuman keras serta mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM1.8 juta termasuk cukai selepas menyerbu sebuah premis di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, dekat sini baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang Rabu lalu, jabatan itu turut menahan lima lelaki berusia lingkungan 30-an di premis itu yang dipercayai menyimpan barang-barang yang belum diberi kelulusan oleh kastam.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan yang dijalankan di premis itu daripada orang awam dan ia sebelum ini merupakan stor simpanan minyak yang telah lama dikosongkan.

"Setelah diperiksa, JKDM menemui sejumlah 12,760 karton rokok putih pelbagai jenama, 2,800 tin bir pelbagai jenama, 12 botol wiski dan 524 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis," katanya kepada pemberita di ibu pejabat JKDM, di sini hari ini.

Menurutnya, bahagian luar premis itu ditutup dengan zink bagi mengelak kegiatan penyeludupan barang-barang tersebut daripada dikesan pihak berkuasa.

"Kesemua barang yang dirampas dipercayai diseludup dari negara jiran dan premis ini baru sahaja dijadikan tempat penyimpanan barangan seludup tersebut.

"Pihak kami percaya premis ini dijadikan transit sementara sebelum ia diedarkan kepada pelanggan di kawasan utara," jelasnya.

Abdul Aziz memberitahu, kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana melindungi, menyimpan, menyembunyi atau mempunyai barang tanpa kelulusan pihak kastam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


‘Tiada gerakan guling saya’

Posted:

'Tiada gerakan guling saya'

'Tiada gerakan guling saya'

Oleh syukri shaari
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Dis – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy menafikan dakwaan wujudnya gerakan besar-besaran untuk menggulingkan beliau dari negeri berkenaan.

Katanya, dakwaan yang mengaitkan beliau seperti mana dilaporkan dalam akhbar The Star adalah tidak berasas.

''Saya tidak pernah membuat kenyataan terhadap pemimpin-pemimpin DAP," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, apabila diasak untuk mendapatkan penjelasan, beliau berkata: "Saya tidak mengeluarkan kata-kata tersebut tetapi saya tidak menuduh bahawa mereka (wartawan) telah menokok tambahnya."

Jumaat lalu, The Star melaporkan Ramasamy telah membidas pengkritik-pengkritiknya, menuduh mereka merancang untuk menyingkirkan beliau setelah tidak bertindak balas terhadap rundingan berkenaan projek-projek dan bantuan-bantuan.

Semalam, Ramasamy berkata, beliau hanya mengadakan "perbincangan" dengan beberapa wartawan pada Khamis lalu mengenai bagaimana Pulau Pinang boleh bergerak ke hadapan dengan perhatian khusus diberikan kepada masyarakat India.

Menurut Ramasamy, beliau mahu menjelaskan perkara tersebut dan ia dilakukan atas kehendak sendiri serta tidak menyasarkan sesiapa.

"Saya perlu memberikannya (penjelasan) supaya saya tidak disalah tafsir," katanya.

Sementara itu, Ramasamy mengakui bahawa terdapat soal dan jawab mengenai perkara-perkara berkaitan parti semasa perbincangan tersebut tetapi tiada menyentuh apa-apa isu tentang "godfather-warlord" antara beliau dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Sebahagian besar daripada soalan adalah mengenai kebimbangan masyarakat di Pulau Pinang. Bercakap perkara-perkara berkaitan dengan dalaman parti kepada akhbar merupakan perkara terakhir yang saya akan lakukan," katanya.

Ramasamy berkata, beliau tidak pernah menulis kepada Karpal untuk menjelaskan perkara berkenaan tetapi membiarkan parti menguruskannya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manoharan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan: Senator S. Ramakrishnan dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, T. Kannan.

Berhubung kehadiran pemimpin DAP pada sidang akhbar beliau yang akan dianggap sebagai menunjukkan sokongan, Ramasamy berkata, kehadiran pemimpin-pemimpin tersebut hanya kerana mereka mengambil berat tentang perkembangan dalam parti.

"Mereka adalah rakan saya dan telah mengenali saya untuk tempoh yang lama. Sila jangan tersalah anggap mengenainya," ujar beliau.

Ramasamy bagaimanapun menolak untuk memberi komen berhubung permintaan Karpal supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Beliau juga menjelaskan, kerap berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin DAP, termasuk Karpal, Penasihat parti, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng untuk membincangkan perkara-perkara tertentu serta mendapatkan nasihat.

"Terdapat interaksi yang berterusan. Malah, Guan Eng yang kini bercuti, menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan dalam negeri dan parti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rayer cabar Ramasamy tunjuk bukti

Posted:

Rayer cabar Ramasamy tunjuk bukti

Rayer cabar Ramasamy tunjuk bukti

PULAU PINANG 26 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer hari ini mencabar Prof. P. Ramasamy menunjukkan bukti siapa yang meminta pertolongan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu untuk mendapatkan projek.

Rayer berkata, kenyataan Ramasamy berhubung perkara berkenaan jelas menjatuhkan imej parti serta memberi persepsi buruk kepada masyarakat terhadap DAP.

Beliau turut mencabar Ramasamy mengemukakan nama individu dan projek yang terlibat serta melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kenyataannya yang mengatakan ada beberapa individu dalam parti (DAP) meminta projek daripada beliau adalah tidak benar. Jika benar, saya cabar beliau kemukakan bukti.

"Saya berasa dukacita kerana tindakan beliau memalukan parti dengan membuat tuduhan melulu sedangkan semua orang tahu kita mengamalkan sistem tender terbuka bagi semua projek,'' katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Rayer, tindakan Ramasamy itu jelas menunjukkan sikap tidak menghormati pucuk pimpinan parti.

Rayer turut ditanya ditanya mengapa beliau terpanggil untuk memberi kenyataan balas terhadap dakwaan itu sedangkan Ramasamy tidak menyebut sebarang nama.

Kepada soalan itu, beliau menegaskan, walaupun Ramasamy tidak menyebut nama, namun kenyataan 'kepada yang mengkritiknya' adalah merujuk kepada dirinya, ADUN Bagan Dalam, A. Tanasekharan dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berikutan hanya mereka bertiga yang mengkritik Ramasamy selama ini.

"Karpal sudah memberi kenyataan balas pada Sabtu lalu manakala Tanasekharan pula sehari sebelumnya. Saya terpanggil untuk memberi kenyataan pada hari ini berikutan merasakan Ramasamy memberi kenyataan tidak benar,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Ibu bapa hargai bantuan persekolahan anak-anak

Posted:

Ibu bapa hargai bantuan persekolahan anak-anak

Ibu bapa hargai bantuan persekolahan anak-anak

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Langkah kerajaan memberi bantuan persekolahan sebanyak RM100 pada hujung tahun amat dihargai oleh golongan ibu bapa kerana ia benar-benar membantu meringankan beban mereka dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Rata-rata mereka yang ditemui menyifatkan pemberian bantuan itu tepat pada masanya iaitu sebelum pembukaan sesi persekolahan 2012 beberapa hari lagi yang membuktikan kerajaan memahami keperluan rakyat.

Pegawai pemasaran, Fazliatul Aini Ramli, 36, berkata, pemberian itu amat dihargai memandangkan perbelanjaan bagi menyediakan kelengkapan sekolah anak semakin tinggi.

"Saya mempunyai dua anak bersekolah dan kedua-duanya mendapat bantuan persekolahan sebanyak RM100. Saya menggunakannya untuk membeli beg, kasut, baju dan seluar sekolah.

"Salah seorang darinya akan memasuki tingkatan satu, maka perbelanjaan yang diperlukan adalah tinggi. Sememangnya ia benar-benar membantu dan meringankan beban saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Bagi anggota polis, K. Sageran, 35, pemberian bantuan persekolahan untuk anak perempuannya sangat membantu dalam membuat persediaan buka sekolah ini.

"Walaupun RM100, saya percaya ia bukan sekadar meringankan beban, malah memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan menikmati persiapan persekolahan dengan lebih baik.

"Semua pihak harus berterima kasih kepada kerajaan kerana menyampaikan bantuan ini tepat pada waktunya. Diharapkan usaha ini akan diteruskan setiap tahun," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, seorang pelajar, Chong You Shun, 16, menyifatkan bantuan RM100 sebagai tanda ingatan kerajaan kepada golongan pelajar.

"Biasanya bantuan wang hanya diperoleh dalam bentuk biasiswa kepada pelajar yang layak. Jadi, bantuan itu umpama ingatan kerajaan kepada pelajar," katanya.

Peniaga kedai makan, Mohd. Zahir Che Daud, 40, pula berkata, banyak perbelanjaan perlu difikirkan pada hujung tahun.

"Selain untuk perbelanjaan seharian, hujung tahun hampir dengan pembukaan sesi persekolahan yang baru, jadi ibu bapa harus membahagikan perbelanjaan keluarga dengan bijak.

"Bagi saya yang mempunyai dua anak bersekolah, bantuan itu memberi peluang kepada anak-anak saya membeli keperluan sekolah yang baru mengikut cita rasa mereka sendiri," katanya lagi.

Seorang lagi peniaga, Abdul Razak A. Hamid, 53, berkata, walaupun nilai bantuan itu kecil, namun dia tetap bersyukur kerana ketiga-tiga anaknya mendapat bantuan tersebut.

"Jumlah diberikan nampak sedikit, tetapi bagi yang kurang berkemampuan dan mempunyai keluarga besar, ia sangat diperlukan bagi menampung perbelanjaan persekolahan yang semakin meningkat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bantuan kerajaan kurangkan beban

Posted:

Bantuan kerajaan kurangkan beban

Bantuan kerajaan kurangkan beban


P. PARAMASIWAN membantu anaknya, P. Kathiravn memilih baju sekolah di Ipoh, Perak, semalam.


IPOH 26 Dis. - Tinggal seminggu sahaja lagi sesi baru persekolahan akan dibuka dan ibu bapa semakin sibuk membuat perersiapan membeli pelbagai keperluan persekolahan anak-anak.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa pasar raya di sekitar bandar raya ini menjadi tumpuan ibu bapa kerana terdapat promosi jualan murah.

Rata-rata ibu bapa yang ditemui menyatakan, di samping promosi jualan murah, inisiatif kerajaan dalam meringankan beban kewangan rakyat melalui pemberian bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) amat membantu mereka bagi menghadapi sesi persekolahan Januari depan.

Seorang surirumah, Zurina Ahmad, 40, berkata, setiap kali bermula sesi persekolahan, dia perlu menyediakan hampir RM1,000 untuk persiapan persekolahan dua anaknya untuk dua sesi persekolahan iaitu di sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

"Memang lega apabila ada bantuan itu. Walaupun tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya saya dapat berjimat bagi membeli barangan keperluan lain.

"Hari ini pun, saya balik ke kampung bagi membeli barang persekolahan anak-anak walaupun telah menetap di Kuala Lumpur. Barangan di sini lebih murah dan saya selesa berbelanja di sini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pemandu lori, P. Paramasiwan, 48, berkata, bantuan tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat yang berpendapatan rendah di negara ini.

Katanya, bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan yang rendah, bantuan kerajaan amat dinantikan bagi meringankan bebannya untuk menyara empat anak yang masih bersekolah.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana pada tahun ini sahaja, banyak berita gembira diberikan kepada rakyat.

''Jika sebelum ini saya perlu memperuntukkan belanja yang banyak setiap kali musim persekolahan, kini beban itu ringan sedikit dengan bantuan tersebut," katanya.

Bagi kakitangan kerajaan, Zanariah Ibrahim, 44, mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah, memerlukan dia menyediakan perbelanjaan besar untuk persekolahan mereka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Safee belum tentu haluan

Posted:

Safee belum tentu haluan

Safee belum tentu haluan

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Safee Sali ketika menghadiri sidang akhbar khas menjelaskan isu ISL di The Curve, semalam.


KUALA LUMPUR – Kontraknya bersama Pelita Jaya bakal berakhir pada 31 Januari depan namun sehingga kini, penyerang kebangsaan negara, Safee Sali, masih belum dapat memutuskan secara pasti ke mana hala tuju selepas ini.

Ditambah kemelut yang sedang melanda Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengenai status sebenar Liga Super Indonesia (ISL), Safee dilihat semakin sukar membuat keputusan terbaik sama ada mahu kekal di Pelita Jaya atau memilih jalan sebaliknya.

"Buat masa ini saya masih hormat baki kontrak dengan Pelita Jaya dan mengenai isu status pengharaman ISL, saya tidak mahu terlalu fikirkan sangat.

"Sebagai pemain, memang tidak dinafikan saya agak risau juga dengan keadaan terkini di sana tetapi tugas saya adalah untuk bermain bola sepak.

"Biarlah kemelut dalaman ini diselesaikan sendiri oleh PSSI, ini bagi saya adalah masalah kepimpinan, " katanya pada sidang media khas mengenai isu pengharaman ISL di The Curve, semalam.

Begitupun, Safee menyatakan dia masih menyayangi Pelita Jaya dan bersedia menyambung kontrak jika status ISL dapat diselesaikan.

"Memandangkan sambutan penyokong agak meriah dan ramai menghargai saya, itu mungkin menjadi punca utama buat saya jika mahu menyambung kontrak di Pelita Jaya.

"Ekoran tawaran-tawaran lain masih belum datang, saya ada kemungkinan akan meneruskan kerjaya dengan Pelita Jaya

"Skil individu dan keyakinan saya juga banyak meningkat semenjak bermain di Pelita dan ia secara tidak langsung banyak membantu aksi saya ketika mewakili skuad kebangsaan, " katanya.

Difahamkan, Safee ada mendapat tawaran tidak rasmi dari beberapa pasukan dari Belgium, Jerman, Thailand, India dan Vietnam selain turut mendapat tawaran berlatih dengan kelab milik Tan Sri Tony Fernandes, Queens Park Rangers (QPR).

Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim mengakui pemain berusia 27 tahun itu masih boleh beraksi selama lima tahun lagi di luar negara.

"Safee boleh bermain lima tahun lagi dan kalau boleh biarlah dia bermain di luar negara namun jika mendapat tawaran yang baik dari pasukan Liga Malaysia, ada kemungkinan dia boleh kembali, " katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Peluang wakili negara tak terjejas

Posted:

Peluang wakili negara tak terjejas

Peluang wakili negara tak terjejas

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Zakaria Rahim


KUALA LUMPUR - Tidak terjejas! Itu penjelasan pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Rahim terhadap peluang pemain Pelita Jaya itu untuk mewakili negara pada masa akan datang.

Biarpun dihimpit kontroversi mengenai status sebenar Liga Super Indonesia (ISL), Zakaria dalam satu sidang media bersama Safee di The Curve, Damansara mendedahkan apa yang berlaku adalah kekeliruan yang dimulakan oleh Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin.

"Peluang Safee Sali untuk mewakili negara pada peringkat antarabangsa tidak terganggu sama sekali kerana ISL masih belum dianggap liga yang diharamkan secara rasmi oleh FIFA seperti mana yang dikatakan oleh Djohar.

"Apa yang dikatakan oleh beliau adalah kurang tepat dan mengikut kaca matanya sendiri kerana tidak menunjukkan sebarang bukti fizikal yang diberikan oleh FIFA, " tegas Zakaria.

Menurutnya, apa yang perlu dibimbangkan adalah jika PSSI digantung oleh FIFA, sekali gus menjejaskan keseluruhan kalendar bola sepak Indonesia dan karier Safee secara tidak langsung.

"FIFA memberikan tempoh sehingga 20 Februari depan kepada PSSI menyelesaikan masalah ini.

"Ini masalah yang perlu diberi perhatian, bukan kekeliruan mengenai status ISL," katanya.

Bagi menyelesaikan kemelut berkenaan, Zakaria memberitahu 452 anggota daripada 560 badan berdaftar PSSI telah mencapai satu persetujuan mengadakan satu kongres luar biasa pada 19 Disember lalu.

"Tarikh kongres belum ditetapkan kerana mahu mendapatkan nasihat FIFA sebelum melaksanakannya.

"Kongres ini dinamakan Komite Penyelamat Sepak Bola Indonesia. Semua anggota yang bersetuju mengadakan kongres ini akan berjumpa dengan Djohar dan akan mengadakan undi tidak percaya, " katanya.

Sebelum ini, akhbar Republika melaporkan Djohar Arifin Husin telah menerima surat pengharaman ISL daripada FIFA dalam erti kata lain ISL adalah liga yang tidak diiktiraf badan dunia itu.

Jika PSSI digantung FIFA sekali gus membawa kesan kepada pengharaman kepada ISL, sebagai pelan gantian, Zakaria mendedahkan Safee akan diberi pilihan beraksi di dua kelab yang menjadi pemilik sama Pelita Jaya.

"Dalam kontrak, kami ada memasukkan syarat tambahan yang memberikan Safee pilihan bermain di kelab Brisbane Roar dalam A-League atau kelab Vise di Belgium, iaitu dua kelab yang menjadi milik PT Nirwana Pelita di luar negara.

"Perkara ini telah dimasukkan dalam terma kontrak terdahulu sebagai langkah berjaga-jaga jika terjadi apa-apa terhadap Pelita Jaya, " katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Libatkan belia anjur Hari AIDS

Posted:

Libatkan belia anjur Hari AIDS

Libatkan belia anjur Hari AIDS

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
pengarang@utusan.com.my


Shahiruddin Ab. Moin (bertopi, dua dari kanan) memerhatikan seorang kanak-kanak memotong reben sebagai gimik sambutan Hari AIDS Sedunia peringkat Daerah Raub di Kampung Sungai Pasu, Raub, baru-baru ini.


RAUB 26 Dis. - Pertubuhan belia perlu dijadikan rakan kongsi dalam penganjuran Hari AIDS Sedunia pada masa akan datang bagi membuka minda golongan muda tersebut yang merupakan kumpulan sasaran Kementerian Kesihatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, penglibatan belia dalam program tersebut cukup relevan kerana golongan itu lebih terdedah kepada penyakit berbahaya itu.

''Penyumbang utama jangkitan HIV dan AIDS di negara ini adalah perkongsian jarum suntikan yang tercemar kuman HIV, hubungan seksual dengan mereka yang dijangkiti, hubungan seks bebas dan jangkitan kepada anak melalui ibu yang menghidap HIV.

''Golongan belia merupakan kelompok yang mudah terdedah dengan perkara tersebut," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari AIDS Sedunia peringkat daerah Raub di Kampung Sungai Pasu di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Hospital Raub, Dr. Mohd. Hassan Mohamad.

Beliau berpendapat, tema global sambutan Hari AIDS Sedunia iaitu 'Menuju Sifar' sangat relevan kerana merangkumi sifar jangkitan HIV baru, sifar diskriminasi dan sifar kematian berkaitan AIDS.

Menurutnya, Hari AIDS lebih menyasarkan kepada golongan muda supaya golongan itu lebih memahami keperluan mengutamakan kesihatan diri dan keluarga.

''Kita harus bersyukur melalui langkah pencegahan secara holistik, kementerian berjaya mengurangkan kes baru jangkitan HIV secara signifikan sejak 2003.

''Statistik Kementerian Kesihatan sehingga September ini menunjukkan sebanyak 93,827 kes jangkitan HIV telah direkodkan di seluruh negara sejak jangkitan penyakit itu yang pertama dikesan pada 1986.

''Daripada jumlah itu, sebanyak 17,232 (18.4%) kes merupakan pesakit AIDS sementara 14,804 (15.8%) kes pula kematian berkaitan HIV dan AIDS,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Barangan keperluan cukup Tahun Baru Cina

Posted:

Barangan keperluan cukup Tahun Baru Cina

Barangan keperluan cukup Tahun Baru Cina


Fong Koong Fuee (tiga dari kiri) bersama Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz, (kiri) menunjukkan pek gula ketika memantau harga di Pasar Raya Aktif Kuala Lipis, Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 26 Dis. - Soal kekurangan bekalan gula dan barang keperluan lain dalam pasaran di negeri ini dijangka tidak berlaku pada musim perayaan Tahun Baru Cina, Januari depan.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, semua bekalan di negeri ini mencukupi bagi menampung keperluan penduduk di bandar dan luar bandar termasuk di pedalaman Hulu Tembeling dan Hulu Jelai.

Beliau berkata, kuota bekalan gula bagi negeri ini mencecah 3,300 tan metrik sebulan manakala bekalan minyak masak pula sebanyak 560 tan metrik yang merupakan antara yang tertinggi di negara ini.

''Setiap hari sebanyak 110 tan metrik gula dan minyak masak dijual di pasar raya, Kedai Rakyat 1Malaysia dan peruncit di semua tempat negeri ini.

''Bagaimanapun, kita terus mempergiat pemantauan untuk memastikan gula, minyak masak dan keperluan lain mencukupi, malah, tidak dimanipulasi dari segi harga dengan sewenang-wenangnya atau cuba disorok," katanya.

Mohd. A. Aruwan berkata demikian selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Fong Koong Fuee menyampaikan sijil Kedai Harga Patut dan melancarkan Kempen Penurunan Harga Barang di Pasar Raya Aktif, Bandar Kuala Lipis di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Cawangan PPDNKK Jerantut, Che Hanafi Mamat dan Pengurus Pemasaran Pasar Raya Aktif Lipis, Peter Williams.

Menurut beliau, PPDNKK negeri dengan kerjasama pengilang dan pemborong sudah memastikan bekalan mencukupi dan pengguna tidak perlu merungut dan membuat pembelian 'panik' menjelang sambutan Tahun Baru Cina bulan depan.

''Kita akan terus mempergiat pemantauan bersama Jawatankuasa Pemantau Peringkat Daerah dan Mukim terhadap pihak tertentu yang cuba menaikkan harga barang, menjual barang tiruan dan menipu di bawah Akta Timbang dan Sukat pada musim perayaan ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Koong Fuee meminta pengusaha, pengilang dan pemborong di daerah Jerantut, Lipis dan Raub yang ingin mengeluarkan minyak masak supaya memohon kelulusan daripada KPDNKK.

''Kerajaan negeri sedar kadang-kadang berlaku kekurangan minyak masak di Pahang Barat pada musim perayaan dan setiap akhir bulan, tetapi masalah itu bersifat sementara kerana PPDNKK berjaya menanganinya dengan pantas," katanya.

Katanya, jika ada pengusaha dan pemborong berhasrat untuk membuka kilang memproses minyak masak, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan kerana dapat menampung keperluan berkenaan pada waktu tertentu.

Full content generated by Get Full RSS.

SMK Padang Saujana cemerlang PMR 2011

Posted:

SMK Padang Saujana cemerlang PMR 2011

SMK Padang Saujana cemerlang PMR 2011


Pelajar, guru dan ibu bapa meraikan kejayaan pelajar SMK Padang Saujana yang muncul sebagai sekolah terbaik daerah Jerantut dalam pencapaian PMR 2011 di Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 26 Dis. - Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana (SMKPS) muncul sekolah terbaik di daerah ini apabila 43 pelajarnya mendapat A dalam semua mata pelajaran dalam keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan Khamis lalu.

Pengetuanya, Karudin Kamarulzaman berkata, pihaknya turut berasa bangga kerana sekolah tersebut mencatatkan keputusan 100 peratus lulus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.33.

"Kejayaan ini cukup manis bagi warga SMKPS dan ini merupakan hasil usaha para guru dan pelajar yang bertungkus-lumus dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, seorang pelajar, Hazira Hamdan, 15, berkata, beliau tidak menyangka memperoleh 9A dalam peperiksaan itu.

"Saya sangat gembira dan bersyukur dengan kejayaan ini. Saya ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan keluarga, para guru serta rakan-rakan yang banyak membantu serta memberi nasihat dan dorongan untuk saya berjaya," ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.

Bagi seorang lagi murid cemerlang, Mohd. Hafiz Ikhwan Maliki, 15, yang turut memperoleh 9A menyifatkan kejayaannya adalah hasil bimbingan guru di sekolah yang bertungkus-lumus membantunya.

"Saya belajar tiga jam setiap hari selepas pulang dari sekolah bagi menguasai semua mata pelajaran dengan baik dan sentiasa bertanya guru jika menghadapi sebarang masalah," ujarnya yang turut berazam untuk mengulangi kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Rafli Sattar menyifatkan kejayaan yang diperoleh merupakan keberkesanan program yang dijalankan di sekolah selain bantuan persatuan itu yang turut menyediakan kemudahan pembelajaran kepada guru dan semua calon PMR pada tahun ini.

"Kami berharap sekolah ini dapat mengekalkan kecemerlangannya pada masa akan datang termasuk dalam keputusan SPM serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan pihak PIBG sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi menghasilkan modal insan yang cemerlang dalam semua aspek," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kim Jong-un ketuai tentera

Posted:

Kim Jong-un ketuai tentera

Kim Jong-un ketuai tentera


Jong-Un diiringi pegawai-pegawai kanan tentera korea utara melawat Istana Peringatan Kumsusan bagi memberi penghormatan terakhir kepada mediang bapanya Kim Jong-Il, kelmarin. – AFP


PYONGYANG 26 Dis. - Anak lelaki ketiga pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, Kim Jong-un dikenal pasti sebagai ketua badan utama pembuat keputusan dalam parti pemerintah, Parti Pekerja - jawatan yang memberinya kuasa berhubung politik dan ketenteraan di negara ini.

Akhbar utama Korea Utara, Rodong Sinmun hari ini melaporkan, askar negara ini diarah untuk mengucapkan slogan berpegang teguh untuk melindungi Jawatankuasa Pusat yang diketuai Kim Jong-un.

Seminggu selepas media rasmi melaporkan kematian Jong-il, kempen untuk melantik Jong-un sebagai penggantinya semakin mendapat pengaruh.

Media rasmi, kelmarin merujuk Jong-un sebagai 'pemimpin agung' Korea Utara yang mempunyai kekuatan tentera seramai 1.2 juta orang dan ketua-ketua tentera berikrar menyokongnya.

Jong-il yang dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung, mentadbir Korea Utara dan mengetuai tiga badan utama, Parti Pekerja, Tentera Rakyat Korea dan Suruhanjaya Pertahanan Nasional.

Jong-un yang berumur lewat 20-an diumumkan sebagai pengganti Jong-il pada tahun lepas.

Beliau dinamakan sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, Parti Pekerja dan dijangka memegang jawatan tentera dan politik baru ketika dilatih menjadi pengganti ayahnya.

Rujukan jawatan baru Jong-un hari ini dalam akhbar suara Parti Pekerja itu berlaku ketika dua delegasi peribadi Korea Selatan tiba di Pyongyang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Jong-il.

Slogan itu yang sebelum ini digunakan untuk mengumpul sokongan terhadap Jong-il, jelas menunjukkan anak lelakinya itu akan mengambil alih kepimpinan Parti Pekerja. – AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Beribu-ribu peringati tsunami

Posted:

Beribu-ribu peringati tsunami

Beribu-ribu peringati tsunami


Pelajar perempuan sebuah sekolah asrama penuh di Acheh mendoakan kesejahteraan keluarga mereka yang terkorban dalam bencana tsunami 2004 dalam satu upacara memperingati bencana itu, semalam. - REUTERS


JAKARTA 26 Dis. - Beribu-ribu orang berkumpul di satu padang golf di bandar Lhoknga, Aceh Besar bagi memperingati ulang tahun ketujuh bencana tsunami yang melanda wilayah itu dan mengorbankan beribu-beribu nyawa.

Mereka yang menghadiri majlis peringatan bencana alam yang berlaku ekoran gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter pada 26 Disember 2004, berdoa untuk kesejahteraan lebih 200,000 mangsa yang terkorban dalam bencana itu.

Agensi berita Antara melaporkan Lhoknga merupakan antara bandar di utara Aceh yang paling teruk dilanda tsunami dengan 80 peratus kawasannya musnah.

Antara yang menghadiri majlis itu ialah Gabenor Aceh, Irwandi Yuruf,

Beribu-ribu pelajar sekolah, kakitangan awam, tentera serta pelancong Jepun turut menghadiri upacara itu.

Di Phuket, majlis serupa diadakan di Mai Khao bagi memperingati lebih 5,000 mangsa yang terkorban dalam bencana tsunami di negara itu.

Lebih separuh daripada 5,395 mangsa yang terkorban itu dan 2,817 orang yang masih hilang di Thailand merupakan warga asing yang bercuti di resort-resort di pulau Phi Phi dan Phuket serta wilayah Phangnga.

Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongn Thailand di Phuket, Bang-orurat Shinaprayon berkata, pihak berkuasa telah memasang sistem amaran di pantai-pantai yang menjadi destinasi pelancongan popular.

''Maklumat laluan kecemasan juga dipaparkan di kebanyakan hotel,'' katanya.

Pulau peranginan itu dijangka menarik 5.1 juta pelancong pada tahun ini. - DPA/AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pegawai Imigresen nafi ambil dadah

Posted:

Pegawai Imigresen nafi ambil dadah

Pegawai Imigresen nafi ambil dadah

KOTA BHARU 26 Dis. - Seorang pegawai Imigresen yang tinggal di kuarters jabatan itu, Jalan Kuala Krai di sini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis Methamphetamine di Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada Jun lalu.

Sehubungan itu Majistret, Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly mengarahkan tertuduh, Osman Che Harun, 31, melantik peguam untuk mewakilinya kerana kes disebut semula pada 25 Januari hadapan.

Dalam pertuduhan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hafiz Abd. Rahman, tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 8 Jun lalu lebih kurang pukul 1.45 pagi di IPD Kota Bharu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun.

Pihak pendakwaan menawarkan RM5,000 sebagai wang jaminan dengan seorang penjamin namun tertuduh merayu jumlah tersebut dikurangkan kerana menanggung seorang isteri yang tidak berkerja dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah.

Majistret akhirnya menetapkan RM4,500 wang jaminan dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh melantik peguam yang dapat mengendalikan kesnya pada sebutan akan datang kerana kes tersebut tidak akan ditangguhkan.

Full content generated by Get Full RSS.

Acu parang, abang dipenjara

Posted:

Acu parang, abang dipenjara

Acu parang, abang dipenjara

KOTA BHARU 26 Dis. - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang pemuda kerana didakwa mengacukan parang kepada adiknya dalam kejadian yang berlaku empat hari lalu di kampung Langgar Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Majistret Mohd. Fazaly Mohd. Ghazaly Ali mengarahkan tertuduh, Mohd. Noor Einadzlie Yahaya, 30, menjalani hukuman tersebut setelah dia mengaku bersalah bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 Disember lalu.

Dalam kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hafiz Abd. Rahman itu, ketika pengadu iaitu adik perempuan kepada tertuduh berada di rumah ibunya lebih kurang pukul 12.15 tengah malam, tertuduh telah membuat ugutan jenayah terhadapnya menggunakan sebilah parang dengan niat hendak menyebabkan ketakutan dan mendatangkan kecederaan dan kematian kepadanya.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan perangai abangnya itu, mangsa membuat laporan ke balai polis Kota Bharu dan tangkapan telah dibuat, sebilah parang yang dijadikan barang kes oleh pihak pendakwaan turut dirampas.

Bekas pembantu pusat snooker di sebuah pasar raya itu disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebelum itu, tertuduh merayu agar hukuman diringankan kerana tindakannya itu bertujuan mengajar adiknya yang sering pulang lewat dan tidak berniat untuk mencederakan.

Mohd. Fazaly dalam nasihatnya memberitahu, walaupun niat tertuduh baik iaitu menegur perangai adik yang tidak sepatutnya balik lewat malam sedangkan masih tinggal dengan keluarga, namun tindakannya itu menyalahi undang-undang.

''Sebagai abang, awak mesti tegur adik secara lembut kalau tidak boleh juga, berdoa sebab kita ada Tuhan dan jika masih berdegil, biarkan kerana dia sudah dewasa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Dara pilihan duda

Posted:

Dara pilihan duda

Dara pilihan duda

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar ABDUL RAZAK LATIF
dan WAHIDAH ZAINAL


Pasangan sensasi Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani.


UMUM sudah mengetahui akan kisah percintaan dua artis sensasi Yusry Abdul Halim dan juga Lisa Surihani walaupun selama ini mereka dikatakan mengambil jalan selamat dengan tidak terlalu mendedahkan kepada pihak luar akan hubungan mesra yang terjalin.

Walaupun kedua-dua pihak sebelum ini lebih selesa untuk mendiamkan diri berhubung isu pernikahan mereka yang hangat diperkatakan, kini semuanya sudahpun dijelaskan secara terbuka.

Benarlah telahan ramai, duda kacak idaman Malaya itu akhirnya bakal ke pelaminan dengan si dara, pemanis dunia filem tempatan.

Dalam suatu majlis yang diadakan secara ringkas di sebuah hotel di Putrajaya pada 24 Disember lalu, pasangan yang ditemani ibu bapa Yusry dan juga ibu kepada Lisa telah membuat pengumuman secara rasmi berhubung tarikh pernikahan mereka yang sebelum ini menjadi teka-teki.

Pasangan itu telah memilih 23 Februari 2012 sebagai hari yang akan menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri. Majlis persandingan pula akan diadakan tiga hari selepas tarikh tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"Kami berdua mempunyai jadual penggambaran yang padat dan tidak menentu, apatah lagi pada bulan Januari nanti akan bermula penggambaran untuk filem Ular.

"Jadi tarikh yang dipilih iaitu 23 Februari adalah suatu tarikh dimana kami berdua tidak terikat dengan sebarang urusan lain.

"Kebetulan hari lahir Lisa juga jatuh pada angka 23," katanya yang baru sahaja menamatkan penggambaran filem Vikingdom pada 20 Disember lalu.

Ketika ditanya mengapa sebelum ini mengambil langkah untuk berdiam diri atau bermain tarik tali dengan pihak media dan juga masyarakat berhubung pernikahan mereka, Yusry berkata, sebenarnya sebelum ini mereka juga masih belum mempunyai tarikh rasmi berhubung pernikahan ini.

"Tiada niat saya untuk bermain tarik tali dengan pihak media ataupun mengelirukan mana-mana pihak. Cuma ketika itu saya lebih fokus kepada penggambaran filem yang sedang dilakukan.

"Saya juga ingin berlaku adil kepada semua pihak agar tidak dikatakan memilih untuk bercerita kepada media tertentu sahaja berhubung pernikahan kami.

"Oleh sebab itulah, majlis hari ini diadakan. Tujuannya adalah untuk membuat pengumuman secara rasmi dan kami telah menjemput semua pihak media untuk hadir.

"Selain itu juga, saya lebih selesa membuat pengumuman secara rasmi seperti ini selepas mendapat persetujuan daripada kedua belah pihak, keluarga saya dan juga Lisa," jelasnya.

Sehari sebelum membuat pengumuman tersebut, pihak keluarga Yusry telah berkunjung menemui keluarga Lisa dan menghantar cincin sebagai tanda mengikat perhubungan mereka.

"Keluarga saya telah menemui keluarga Lisa dan kami telah menghantar cincin sebagai tanda merisik," katanya lanjut.

Walaubagaimanapun, pasangan itu tidak berhasrat untuk mengikat tali pertungan sebaliknya terus dengan perancangan untuk menjalankan upacara pernikahan yang akan bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Permulaan perkenalan

Tatkala ditanya bagaimana sebenarnya permulaan hubungan mereka, pasangan yang sememangnya mempunyai peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat ini mengakui mereka sudah berkenalan lebih setahun sebelum ini melalui aplikasi BlackBerry Messenger (BBM).

Lisa yang lebih banyak mendiamkan diri semasa pengumuman itu dibuat berkata pada awal perkenalan, Yusry tidak pernah cuba untuk menggodanya, sebaliknya mereka lebih banyak berbual berhubung isu-isu semasa selain daripada industri hiburan.

"Semasa awal perkenalan, kami lebih banyak berbual dan berbincang mengenai topik-topik yang pelbagai dan bukannya fokus kepada hubungan antara kami.

"Melalui itu jugalah, hubungan antara Lisa dan Yusry menjadi lebih seronok dan rapat. Ini kerana kami dapat berkomunikasi dalam semua isu.

"Dengan itu jugalah kami mendapat tahu terdapat pelbagai persamaan antara kami yang lebih membantu merapatkan lagi hubungan kami berdua.

"Selepas hampir setahun berkomunikasi dengan cara itu, barulah hubungan kami menjadi lebih rapat dan serius.

"Pada awal perkenalan kami, ada juga Yusry mengajak Lisa keluar tetapi oleh kerana masih terlalu baru usia perkenalan kami, saya menolaknya secara baik," katanya.

Sementara itu, Yusry pula berkata sebelum mereka mula berhubung melalui BBM, mereka hanya bertegur sapa apabila bertemu di majlis-majlis yang dihadiri kedua-duanya.

"Pada awalnya, saya melihat dia sebagai seorang artis yang tidak terlalu sosial dan sememangnya saya tertarik dengan cara dan penampilan yang dibawa olehnya.

"Tetapi pada ketika itu, komunikasi antara kami hanyalah dengan bertegur sapa sahaja dan tidak lebih daripada itu.

"Senang saya katakan, perhubungan antara kami berjalan secara natural dan lancar apatah lagi dengan sokongan yang diberikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jamal syukur walaupun lewat

Posted:

Jamal syukur walaupun lewat

Jamal syukur walaupun lewat

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar MOHAMED NAZIR ABDULLAH


JAMAL bercadang mengadakan sidang akhbar berkaitannya dengan Pengasih bila tiba waktu yang sesuai.


MEMIKUL tanggungjawab sebagai seorang ayah adalah sesuatu yang asing bagi penyanyi Jamal Abdillah walaupun hakikatnya sudah mempunyai dua orang anak, Osama Yamani, 10, dan Ahmad Zaki Yamani, 5.

Kata Jamal, selama ini dia tidak berpeluang melaksanakan tanggungjawab sebenar sebagai ayah kerana dirinya sendiri tidak terurus. Ditambah pula dengan kesibukan kerjaya, waktu bersama si kecil menjadi agak terbatas.

Namun begitu, penyanyi bergelar Raja Pop itu tetap bersyukur kerana peluang untuk melakukan rutin sebagai ayah tetap hadir walaupun pada usianya yang agak lewat.

"Saya akui, sekian lama saya tidak mengambil berat tugasan sebagai ayah. Sekarang ini bila peluang itu ada, saya tidak mahu mempersia-siakannya.

"Saya amat bersyukur dengan apa yang terjadi pada saya sekarang ini kerana secara tidak langsung dapat melunaskan tanggungjawab sebagai ayah dan insan yang lebih matang," akuinya jujur.

Keceriaan jelas terpancar di wajahnya ketika bercerita tentang tanggungjawab baru itu dan ditambah pula anak-anaknya semakin membesar.

Jamal berharap dia dapat menetap bersama anak-anak dan ibunya, apabila rumah yang dibina dijangka siap April depan.

"Sekarang ini cuti sekolah, Osama tinggal dengan saya sebab sejak akhir awal November lalu, saya tidak lagi menginap di Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) yang merupakan kediaman rasmi saya sejak lima tahun lalu.

"Bila dapat tinggal di rumah sendiri, ditambah dengan kehadiran anak-anak, saya rasa lebih tenang dan aman daripada dulu. Osama kadang-kadang tanya juga, "Baba tak nak kahwin lain ke?," ceritanya yang menjadikan anak sulung itu sebagai teman berbual.

Menurut Jamal, dia memang sibuk dengan undangan persembahan pentas tapi secara zahir, hati dan perasaannya kosong tanpa kehadiran wanita bernama isteri di sisi.

Katanya, ada wanita yang cuba mengetuk pintu hatinya namun kebanyakan kehadiran mereka ada agenda tertentu.

"Kalau saya sudah temui wanita yang boleh memahami dan tidak menyusahkan diri saya, sudah pasti saya sunting dia menjadi isteri.

"Setakat ini, yang cuba rapat dengan saya, selalunya ada maksud di sebaliknya.

"Bila dapat tahu tujuan sebenar mereka, biarpun sudah rapat, saya akan putuskan, tidak akan meneruskan ke fasa lebih lanjut. Kerana dalam usia sekarang, saya tidak mahu lagi peningkan kepala," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jangan menyusahkan Najib

Posted:

Jangan menyusahkan Najib

Jangan menyusahkan Najib

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

''SAYA berpegang teguh pada sumpah yang dilafazkan pada April 2009. Saya percaya, sumpah yang saya angkat itu, mempengaruhi saya bukan sahaja sebagai Perdana Menteri tetapi juga sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN), Presiden UMNO dan yang paling penting, sebagai seorang insan yang begitu bangga menjadi rakyat Malaysia.''

Itulah yang dicoretkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blog beliau www. 1malaysia.com.my baru-baru ini.

Sememangnya tiada siapa pun boleh menafikan, Najib seperti mana kata beliau telah melakukan yang terbaik untuk rakyat semenjak dua tahun setengah memegang jawatan Perdana Menteri.

Perlu diingat Najib menjadi pemimpin nombor satu negara bukanlah dalam situasi yang mudah, beliau melangkah masuk ke Pejabat Perdana Menteri dalam keadaan politik UMNO dan BN berada di kedudukan cukup tidak selesa.

Sementara UMNO kehilangan kuasa di Kedah, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor serta terus gagal menawan Kelantan, BN pula kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan terlepas kekuasaan di Pulau Pinang.

Malahan Najib mempunyai tanggungjawab cukup berat bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN. Apa yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu, seolah-olah satu isyarat jelas kepada BN bahawa rakyat mampu menolak parti berkenaan, biar pun mereka menyedari BN sudah banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Berikutan itu, siang dan malam, Najib dengan dibantu Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memerah otak bagi memulihkan keadaan sama ada dari sokongan politik, ekonomi mahupun sosial.

Justeru muncullah satu demi satu langkah transformasi dalam semua bidang bagi membolehkan BN kembali meraih sokongan rakyat. Program Transformasi Politik (PTP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilihat lambang kesungguhan Najib dalam mentadbir negara.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana Najib an Muhyiddin sanggup turun ke bawah bertemu rakyat melalui program 'walkabout'. Setiap lapisan rakyat ditemui dan pelbagai kaum didekati, masalah mereka didengari serta diselesaikan.

Walaupun menghadapi pelbagai tekanan, tohmahan dan kerenah pembangkang yang semakin ghairah mencari kuasa politik, namun ia tidak mampu menggugat ketekunan Najib.

''Tak kira apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab mengenai saya, keluarga saya atau pentadbiran saya, namun apa yang pasti saya telah berusaha pastikan setiap keputusan yang saya ambil sebagai Perdana Menteri adalah yang terbaik mungkin,'' kata Najib.

Bagaimanapun segala usaha Najib boleh tergugat jika BN dan UMNO tidak mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya umum atau paling penting mengekalkan kuasa.

Buat masa ini tidak dapat dinafikan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan Najib semakin meningkat dan imej kerajaan BN semakin melonjak.

Namun begitu, ia bergantung sejauh manakah pemimpin UMNO dan BN berusaha mengekalkan momentum sokongan berkenaan dengan memastikan ia diterjemahkan dalam bentuk undi.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO, mereka tidak boleh lagi bersikap hipokrit dengan mengamalkan politiking sesama sendiri. Mereka sudah berjanji dan melafazkan ikrar taat setia untuk patuh kepada apa juga keputusan pucuk pimpinan mengenai calon.

Siapa sahaja yang akan dipilih sebagai calon melalui kriteria calon boleh menang, maka mereka perlu patuh dan taat serta bekerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon berkenaan.

Berbanding 2008, UMNO dikatakan jauh lebih selesa untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini, malahan dilaporkan juga orang Melayu yang sebelum ini menolak UMNO sudah kembali kepada parti itu.

Justeru pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat tidak harus menyusahkan Najib dengan mengamalkan budaya cah keting atau tikam belakang sehingga memungkinkan parti itu tewas dalam pilihan raya umum nanti.

Begitu juga dengan mereka yang sudah lama memegang jawatan dan tidak mampu lagi mengalas tanggungjawab tersebut.

Cerminlah diri, apakah benar kita calon boleh menang seperti mana ditetapkan oleh Perdana Menteri, jika tidak berundurlah dengan sukarela, jangan menyusahkan Najib sehingga beliau terpaksa menghantar wakil untuk 'majlis pujuk memujuk'.

UMNO tidak ada masa untuk semua itu, kalau merasakan pemilihan kita hanya akan menyebabkan parti akan kalah maka bersikap terbukalah dengan menyokong calon yang dipilih parti, apa yang penting parti menang.

Bagaimanapun istilah 'jangan menyusahkan Najib' ini bukan eksklusif untuk UMNO sahaja malahan komponen BN juga perlu mengamalkan sikap yang sama.

Mereka juga tidak terkecuali untuk menyenaraikan calon boleh menang dan tidak boleh beranggapan syarat berkenaan hanya untuk UMNO sahaja. Berbanding UMNO, tanggungjawab komponen BN terutamanya MCA, MIC dan Gerakan jauh lebih berat.

Mereka perlu menyakinkan pengundi-pengundi bukan Melayu untuk kembali kepada BN dan dalam soal ini mereka harus mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menewaskan pembangkang termasuklah di Pulau Pinang.

Janganlah mengamalkan sikap menyerah kalah sebelum berperang terutamanya di Pulau Pinang yang kini dikuasai oleh DAP yang bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Komponen BN harus berusaha memberikan penjelasan kepada golongan bukan Melayu mengenai usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Najib untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Hakikatnya, rakyat sudah melihat kesan daripada gagasan 1Malaysia yang menyaksikan kerajaan di bawah kepimpinan Najib berusaha meringankan beban mereka dalam segala segi.

Pelbagai peruntukan dan bantuan yang disalurkan sudah jelas menunjukkan kemampuan kerajaan BN dalam memenuhi hasrat rakyat dan ia berbeza sama sekali dengan pakatan pembangkang yang pada masa ini masih belum menyelesaikan banyak janji mereka dalam pilihan raya umum lalu.

''Tiada siapapun yang mempengaruhi kita, tiada siapapun yang mendesak kita. Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah dan penambahbaikan.''

Penegasan Najib ini boleh dijadikan sandaran supaya rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang kononnya apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah atas desakan mereka.

Sedangkan semua orang tahu bagaimana kemampuan pakatan pembangkang apabila diberi peluang memerintah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Perak (selama 11 bulan).

Kemenangan besar BN pilihan raya umum akan datang amat penting bagi membolehkan Najib dan kerajaan melaksanakan lebih banyak agenda bagi membangunkan negara.

Oleh itu terapkan semangat jangan susahkan Najib kerana ia amat penting bagi memastikan niat murni dan ikhlas beliau memimpin negara ini tercapai.

Berilah sokongan sepenuhnya dan berusahalah dengan gigih supaya impian beliau melalui gagasan 1Malaysia yang berlandaskan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan mampu disempurnakan.

Full content generated by Get Full RSS.

Semakan dasar pendidikan

Posted:

Semakan dasar pendidikan

Semakan dasar pendidikan

TAN SRI DR. NORDIN KARDI ialah Penyandang Kursi Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

PENGUMUMAN oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tentang penubuhan jawatankuasa menyemak semula dasar dan pelaksanaan pendidikan di negara ini seharusnya mengusik deria semua pihak dari orang tua hingga kanak-kanak yang sudah pandai membezakan perkara buruk dan perkara baik.

Hal ini sewajarnya demikian kerana pendidikan adalah segala-galanya bagi negara Malaysia yang aman dan makmur ini. Rekod menunjukkan bahawa pembangunan pendidikan adalah sektor kemajuan negara terbaik. Meski banyak melalui gelombang cabaran, data-data memihak kepada kenyataan bahawa sektor pendidikan berjaya cemerlang mengatasi segala pukulan gelombang tersebut berbanding upaya-upaya negara dalam sektor lain.

Pengumuman bahawa Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia yang sangat berpengalaman itu mempengerusikan jawatankuasa yang dimaksudkan sangat dialu-alukan. Saya yakin beliau akan memimpin jawatankuasa itu dengan pendekatan saintifik yang tepat bukan berpandukan semangat sahaja yang berkobar-kobar tetapi berada di awang-awangan atau atas pertimbangan tahyul-tahyul politik yang kerap membingungkan.

Sudah tentu aspek politik tidak boleh dikesampingkan kerana ia juga sebahagian daripada urat nadi kesejahteraan negara, namun semua pertimbangan politik itu hendaklah dianalisis secara saintifik berpandukan data konkrit bukan dengan buaian lagu sentimental.

Sebagai seorang yang terlatih dalam bidang farmasi, Dzulkifli hendaklah menyuntik dirinya dengan ubat pelali daripada dijangkiti wabak sentimental itu. Dia hendaklah tidak melayan jelingan menikam atau suara keras anggota jawatankuasa itu nanti, tapi dengar apa isi dan maksud suaranya yang nyata dan yang tersembunyi.

Sambil mempertimbangkan praktikaliti suasana semasa Dzulkifli hendaklah tidak membelakangi dasar-dasar yang lepas sambil tidak pula taksub mempertahankannya. Untuk tujuan itu wajiblah dia meneliti dua akta penting terdahulu iaitu Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Jarak masa 35 tahun diambil bagi melaksanakan Akta Pelajaran 1961 sebelum dianya disemak berbanding Akta 1996 yang belum mencapai usia baligh 15 tahun.

Beliau hendaklah mula bermenung bermuhasabah mengapa dasar yang baharu berusia empat belas tahun itu hendak disemak?

Jawapan seperti 'dunia telah berubah dengan pantas' mungkin jawapan yang sangat memujuk dan munasabah, namun beliau hendaklah tidak terus tergoda dengan jawapan mudah, sebaliknya berpegang teguh kepada prinsip saintifik bahawa kebenaran hendaklah diselongkar dari segenap penjuru. Setelah ditemui dengan nyata dan yakin potonglah tumor, kudis atau lebihan lemak yang tidak menyihatkan tetapi jangan abaikan intan permata yang ada di dalamnya yang boleh digilap sampai berkilau.

Selain itu, Dzulkifli juga hendaklah meneliti Penyata Razak 1957 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang merupakan hembusan roh pertama dunia pendidikan Malaysia merdeka. Akta-akta lain yang mesti diteliti juga termasuk Akta Bahasa Kebangsaan 1964, 1967 dan semakan 1971.

Demikian juga Akta Universiti dan Universiti Kolej 1975 dan semakannya 1975 dan 1996; Akta Politeknik 1974, Akta Majlis Peperiksaan 1980, Akta IPTS 555, 1996 dan Akta 556 LAN 1997.

Sudah tentu Dzulkifli juga akan dengan teliti membaca semula laporan-laporan negara mengenai pelajaran atau pendidikan yang terdahulu seperti Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Mengenai Pengajian Tinggi 1967 dan Laporan Universiti Malaya selepas 13 Mei 1970 dan Laporan Mahathir 1979.

Jawatankuasa yang akan bermesyuarat itu nanti akan menghadapi pelbagai cabaran yang memerlukan keberanian mengusik beberapa perkara sensitif dan sentimental tetapi amat penting untuk diteliti dalam konteks Malaysia menjadi negara bangsa dalam millenium 21 yang memerlukan kekuatan dan kepantasan luar biasa.

Malaysia, yang mempunyai tiga kategori institusi pendidikan seperti Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 iaitu institusi pendidikan kerajaan; institusi pendidikan bantuan kerajaan dan; institusi pendidikan swasta, mungkin boleh diibaratkan seperti sebuah kenderaan yang mempunyai beban berat dan mengganggu sistem mekanikal yang saling bercanggah untuk terbang seperti kilat di angkasa lepas. Beranikah Dzulkifli mengusiknya?

Beranikah juga nanti jawatankuasa itu menyentuh Seksyen 2 Akta Pelajaran 1996 yang antara lain di dalamnya terkandung kedudukan sekolah Cina dan sekolah Tamil, demi menjayakan hasrat melahirkan kesatuan negara Malaysia?

Dasar terbuka pentadbiran awam yang diumumkan kerajaan baru-baru ini mudah-mudahan akan disentuh juga oleh jawatan kuasa ini nanti. Akta Pendidikan 1996 nampaknya seperti mundur dalam konteks pelantikan meskipun tidak ramai orang mengetahuinya.

Akta Pelajaran 1961 misalnya membiarkan secara terbuka sesiapa sahaja boleh dilantik untuk menjadi Ketua Pengarah Pelajaran tetapi Akta 1996 menyebut dengan terang bahawa Ketua Pengarah Pendidikan boleh dilantik daripada kalangan penjawat Perkhidmatan Pelajaran sahaja.

Pemikiran Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang membawa gagasan perkhidmatan awam terbuka harus disokong dan dilihat sebagai langkah berani dan kehadapan demi kecemerlangan kepimpinan pendidikan juga. Akta Pelajaran 1961 menyamai hasrat KSN menjadikan Jawatan Utama di Kementerian-Kementerian sebagai Jawatan Terbuka yang baru-baru ini diumumkan.

Demikian juga kuasa melantik yang saya sering timbulkan dalam beberapa tulisan terdahulu tentang bagaimana berpindahnya beberapa kuasa daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada orang politik/eksekutif iaitu Menteri. Akta Pelajaran 1961 menyebut kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua Pendaftar Sekolah, Ketua Pendaftar Guru, Timbalan Pendaftar Guru, Ketua Nazir Sekolah dan Pengelola Peperiksaan.

Adakah bijaksana sekiranya kuasa Yang di-Pertuan Agong membuat pelantikan itu dikembalikan, terpulang sepenuhnya kepada kebijaksanaan jawatankuasa itu nanti menelitinya semula. Demikian juga dengan pelantikan naib canselor yang dahulunya di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri yang kemudian dipindahkan kepada kuasa Menteri dalam Akta Pendidikan 1996. Tidak ramai ahli masyarakat sekolah dan universiti yang menyedari akan perpindahan kuasa-kuasa ini pada 1996.

Pengalaman Dzulkifli dalam Persatuan Institusi Pengajian Tinggi Asia Tenggara (ASAIHL) dan di Persatuan Antara Bangsa Universiti-universiti yang berpusat di Eropah dan Amerika Selatan yang pernah saya turut sertai tentu mempunyai pengaruh semasa dia mempengerusikan siri perbincangan itu nanti.

Namun amat munasabah sekiranya beliau sentiasa beringat untuk mempunyai 'nyiru tempatan' untuk menapis dan mengayak 'antah-antah' yang mungkin tidak sesuai dengan saripati keperluan dan peradaban Malaysia yang tidak sepatutnya merasa rendah diri dengan peradaban dari dunia Eropah.

Pengalaman beliau di dalam dua badan itu akan memberikan keupayaan melihat Malaysia dengan keunikannya tertentu, kedudukan pendidikan Malaysia dalam konteks wilayah Asia Tenggara dan kedudukan pendidikan Malaysia dalam konteks dunia. Dalam konteks pengajian tinggi Dzulkifli tentu sangat fasih dengan kandungan Proses Bologna dana Triti Lisbon di Kesatuan Eropah.

Saya jangka antara variabel yang akan diteliti oleh Dzulkifli dan rakan-rakannya nanti akan meliputi soal falsafah dan dasar pendidikan, sistemnya, pentadbiran, kepimpinan, isi kandungan, penilaian dan pengukuran pencapaian, guru, murid, alam keliling fizikal dan bukan fizikal dan antisipasi senario masa depan.

Apa pun yang bakal dihasil dan dilapor oleh jawatankuasa ini nanti, saya menantikan sebuah laporan dan cadangan yang dibuat berdasarkan pemikiran yang bebas, waras dan saintifik.

Unsur-unsur sentimental dan tahyul hendaklah diminimumkan. Meski pun demikian laporan itu hendaklah bertapak kukuh di atas asas peradaban Malaysia dengan segala kebanggaan terhadap khazanah-khazanah sejarah dan ilmunya serta keberanian belayar di lautan luas masa depan.

Kesudahannya biarlah cadangan-cadangannya nanti jelas mempunyai semangat 'di mana bumi di pihak di situ langit dijunjung'.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved