Sabtu, 14 Disember 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


8 emas berkilau di Myanmar

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

Atlet karate negara (dari kiri), Syakilla Saini, A. Nisha, S.Shree Sharmini dan S. Senthil Kumaran bersama pingat emas masing-masing yang dimenangi dalam acara kumite pada hari keempat Sukan SEA 2013 di Stadium Tertutup Wunna Theikdi, Nay Pyi Taw, semalam.

NAY PYI TAW - Selepas empat hari Sukan SEA Myanmar dibuka secara rasmi, kontinjen Malaysia mengharungi hari paling cemerlang apabila menokok lapan pingat emas dengan karate sekali lagi menjadi mesin mencetak pingat buat negara selepas menyumbangkan empat emas, semalam.

Walaupun sebelum ini mereka sekadar menetapkan sasaran empat emas untuk dibawa pulang, namun kontinjen karate menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang percaya sukan itu mampu menghadiahkan enam emas.

Pesta emas Malaysia dimulakan oleh S. Senthil Kumaran dalam acara bawah 60 kilogram lelaki, sebelum ia ditokok oleh rakan-rakan sepasukannya, S. Shree Sharmini (bawah 68kg wanita), A. Nisha (bawah 55kg) dan K. Syakilla Saini (bawah 61kg).

Pasukan negara turut memenangi pingat perak apabila R. Sharmemdran tumpas 0-3 kepada peserta Indonesia, Jintar Simanjuntak pada pertarungan akhir lelaki bawah 67kg, manakala gangsa diraih Shaharudin Jamaludin dalam acara bawah 75kg, L. Kunasilan (bawah 55kg) dan Mohd Hatta Mahanut (bawah 84kg).

Kelmarin, karate meraih dua pingat emas dalam acara kata individu, Lim Chee Wei dan berpasukan, sekali gus mengumpul enam emas keseluruhan.

Jika Senthil puas kerana memenangi emas dengan menumbangkan juara lima kali, Donny Dharmawan dari Indonesia, Shree pula agak emosi apabila dinobat sebagai juara kerana kemenangan ini mengingatkannya kepada ibunya, individu yang telah memaksa dia menyertai sukan karate.

Selepas ayah meninggal dunia, ibu menyuruh saya belajar sukan karate sebagai tujuan mempertahankan diri kerana saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

Tidak sangka, hanya kerana dipaksa oleh ibu, minat timbul perlahan-lahan sehingga saya boleh berjaya pada hari ini, " ujar Shree, yang menumbangkan Thi Tien Pham dari Vietnam.

Khabar gembira turut diberikan di kolam renang apabila Daniel Bego yang baharu kembali daripada kecederaan bahu akhirnya menghadiahkan emas dalam 400 meter gaya bebas lelaki, manakala Khoo Chai Lin menutup mulut pengkritik dengan menggondol gelaran 800m gaya bebas wanita.

Saya mahu berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya selama ini. Saya tahu, ramai yang meragui keupayaan saya selepas beraksi buruk dalam perlumbaan 400m (menamatkan cabaran di tangga kelima). Kemenangan hari ini memang amat menggembirakan," ujar Chai Lin.

Sementara itu dua kejutan besar berlaku di lapangan ekuestrian dan gelanggang badminton, apabila dua emas hadir daripada atlet yang tidak diduga, sekali gus melengkapkan hari penuh gemilang kontinjen Malaysia.

Di Pusat Ekuestrian Wunna Theikdi, penunggang berusia 16 tahun, Praveen Nair Mathavan berjaya mengungguli acara dressage individu hanya pada penampilan pertama di Sukan SEA, malah dengan menggunakan kuda pinjaman, Sen Win Mal.

Pelajar Sekolah Antarabangsa Nexus Putrajaya itu mengetepikan dua pencabar dari Indonesia, Velentino Lumentah dan Ferry Wahyu Hadiyanto untuk menghadiahkan emas ketiga buat ekuestrian sepanjang temasya di Myanmar.

Woon Khe Wei-Vivian Hoo pula menceriakan kontinjen Malaysia di Stadium Tertutup Wunna Theikdi apabila menghadiahkan emas tidak diduga dalam acara beregu wanita selepas mengejutkan pasangan berpengalaman dan pilihan utama dari Indonesia, Krishinda Nitya Maheswari-Greysia Polii 21-17, 18-21, 21-17 dalam pertarungan sengit yang berlarutan sehingga 1 jam, 15 minit.

Semalam, Malaysia turut meraih lima perak menerusi acara menembak air pistol berpasukan wanita (Wahidah Ismail, Bibiana Ng, Joseline Cheah), Sharmendran (karate bawah 67kg lelaki), Sazali Samad (bina badan 70kg), renang 4. 4x100m gaya bebas lelaki dan petinju harapan, G. Ramkumar (tinju 69kg). - Mingguan

Badminton akhirnya raih emas

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

Woon Khe Wei (kanan) dan Vivian Hoo berpelukan selepas melakar kejutan ke atas pilihan utama dari Indonesia, Nitya Krishinda-Greysia Polii dalam perlawanan akhir beregu wanita Sukan SEA di Stadium Tertutup Wunna Theikdi, semalam.

NAY PYI TAW - Selepas mengharungi musim tidak menentu, Woon Khe Wei-Vivian Hoo menutup 2013 dengan kejayaan paling manis apabila melakar kejutan terbesar Sukan SEA dengan merangkul kejuaraan beregu wanita di Stadium Tertutup Wunna Theikdi, semalam.

Ketika harapan yang disandarkan kepada pemain lelaki gagal dipenuhi, Khe Wei-Vivian tampil menyelamatkan maruah badminton negara apabila mengejutkan pilihan utama dari Indonesia, Nitya Krishinda-Greysia Polii dalam perlawanan akhir.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas dalam acara ini ialah melalui Chin Eei Hui-Wong Pei Tty di Laos 2009, tetapi semalam Vivian-Khe Wei berjaya mengikut jejak langkah mereka selepas berhempas selama satu jam 15 minit untuk mencatat kemenangan 21-17, 18-21, 21-17.

Kemenangan tersebut amat bermakna buat kedua-dua pemain kerana mereka telah mengharungi pahit manis, jatuh bangun bersama sepanjang tahun ini dan akhirnya penantian untuk meraih kejuaraan terlaksana di Sukan SEA Myanmar.

Mereka begitu tenang di gelanggang sejak set pertama, tetapi memasuki set kedua rentak serangan mereka seakan terhenti walaupun pada satu ketika pernah mendahului 16-13 sebelum lawan mengejar dan tewas set kedua 18-21.

Pada set penentuan Khe Wei dan Vivian tidak menoleh ke belakang lagi apabila meninggalkan lawan dengan kelebihan lima mata sebelum menghabiskan perlawanan dengan sempurna.

"Kami jatuh dan bangun tahun ini, jadi kemenangan ini sangat baik buat kami. Kunci utama kami boleh berjaya adalah kami dahaga kemenangan. Pingat emas ini bukan untuk diri saya sendiri tetapi untuk negara," kata Vivian, 23.

Lebih menyentuh perasaan, Vivian menganggap pingat emas yang dimenanginya itu layak ditujukan kepada Khe Wei yang kembali bangkit tahun ini selepas mengalami kecederaan tahun lepas di bahagian buku lali dan lutut kiri.

"Kemenangan ini sangat bererti. Sebenarnya banyak orang saya mahu sebut tetapi saya rasa pingat emas ini adalah untuk pasangan saya, kerana dia selalu cedera, sebelum bangkit dengan bekerja keras," katanya lagi.

Sementara itu, Khe Wei pula gembira kerana memenangi emas buat Malaysia tetapi tidak mahu peminat badminton menganggap bahawa dia adalah pengganti kepada Eei Hui-Pei Tty.

"Kami mahu menjadi diri kami sendiri iaitu Vivian-Khe Wei, kami adalah yang terbaik dan mahu terus cemerlang pada masa akan datang," katanya.

Indonesia masih boleh berbangga walapun tewas dalam beregu wanita selepas meraih tiga emas melalui beregu lelaki, Angga Pratama-Agung Saputro Ryan, yang mengalahkan rakan senegara, Berry Angriawan-Ricky Karanda Suwardi 21-13, 17-21, 21-17.

Perseorangan wanita mereka, Bellaetrix Manuputty mengalahkan pilihan kedua, Busanan Ongbamrungphan 9-21, 21-13, 21-13, manakala satu lagi emas diraih melalui beregu campuran, Muhammad Rizal-Debby Susanto. - MINGGUAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


80 peratus penyeludup rokok di Selangor warga asing

Posted: 14 Dec 2013 09:33 PM PST

SHAH ALAM 15 Dis. - Seramai 80 peratus daripada 114 orang yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor kerana menyeludup rokok dari Januari hingga November, adalah warga asing.

Pengarahnya, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, daripada jumlah itu 35 telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

"Sepanjang tempoh berkenaan juga, jabatan merampas rokok putih dan rokok kretek bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai RM28.5 juta dalam 313 serbuan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Bersepadu Membenteras Rokok Seludup 2013 di sini hari ini. - BERNAMA

10 warga asing terlibat 'Macau Scam' akan diusir

Posted: 14 Dec 2013 03:12 AM PST

MELAKA 14 Dis. - Kesemua 10 warga Taiwan dan China yang dicekup polis kerana terlibat dalam sindiket penipuan 'Macau Scam' menggunakan alat penyamaran suara bulan lalu akan diserahkan kepada pihak berkuasa negara berkenaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, semua termasuk enam lelaki dan empat wanita warga asing berusia antara 20 dan 30-an itu sudahpun diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan susulan mengusirnya dari negara ini.

Menurutnya, kesemua mereka telahpun disiasat oleh pihak polis dan sekarang ini hanya menanti tindakan daripada Jabatan Imigresen bagi proses penghantaran pulang ke negara masing-masing.

''Malah, polis dari China dan Taiwan turut berminat untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes penipuan tersebut memandangkan ia dilakukan warga kedua-dua negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kesedaran Pelaburan Haram Peringkat Kebangsaan Kali Kedua di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya.

Program kali pertama diadakan di Melaka itu melibatkan sebanyak 120 peserta yang bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai aktiviti pelaburan haram seterusnya membantu mengurangkan kes tersebut di negara ini.

Sementara itu jelas Chuah, statistik kes penipuan di negeri ini meningkat kepada 42.2 peratus sepanjang tempoh dari Januari sehingga November berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Tahun ini, sebanyak 745 kes dicatatkan berbanding 522 kes pada 2012 melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM32.6 juta berbanding RM18 juta tahun sebelumnya," jelas beliau.

Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan helah penipuan yang menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk melalui internet.

"Orang ramai juga boleh melaporkannya kepada polis untuk tindakan lanjut jika mendapati terdapat aktiviti-aktiviti sedemikian," tambahnya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Monyet sertai roket Iran ke angkasa selamat mendarat di bumi

Posted: 14 Dec 2013 09:37 AM PST

TEHERAN 15 Dis. - Seekor monyet yang diberi nama Fargam selamat mendarat di bumi hari ini, selepas dihantar ke angkasa dalam pelancaran roket kedua tahun ini untuk program balistik kontroversi oleh kerajaan Iran.

Presiden Iran, Hassan Rohani mengucapkan tahniah kepada para saintis menerusi mesej daripada agensi berita rasmi IRNA.

Januari lalu, Iran dikatakan berjaya membawa pulang monyet yang dinamakan Pishgam ke bumi dari orbit, namun eksperimen itu dipertikaikan apabila seekor monyet berlainan ditunjukkan kepada media selepas pendaratan itu.

Program angkasa Iran mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara Barat kerana ditakuti Teheran cuba menguasai teknologi yang diperlukan untuk melancarkan senjata nuklear. - AFP

Pungutan suara pindaan Perlembagaan Mesir tahun depan.

Posted: 14 Dec 2013 09:35 AM PST

KAHERAH 15 Dis. - Presiden sementara Mesir, Adly Mansour berkata, pungutan suara bagi pindaan perlembagaan negara itu akan diadakan pada 14 dan 15 Januari depan, dengan beliau turut menyeru rakyat menyokongnya dengan memberi undi 'Ya' untuk mengubah hala tuju negara tersebut.

Adly berkata, draf perlembagaan berkenaan akan membuatkan 'rakyat Mesir berasa bangga' kerana ia mempunyai komponen penting bagi mendirikan sebuah negara demokratik yang moden.

"Undi kepada pindaan perlembagaan tersebut turut akan membuka jalan kepada berlangsungnya pilihan raya," kata Adly.

Draf baharu itu merupakan langkah pertama yang diambil oleh kerajaan sementara bagi melakukan perubahan politik selepas kepimpinan tentera berjaya menggulingkan bekas Presiden Mohammed Mursi. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


MBM, GB4B sumbang RM10,000

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

SUKARELAWAN Skuad Prihatin Gerakan Belia 4B dan MBM membantu mangsa banjir memilih pakaian di Masjid Perkampungan Sungai Isap, Kuantan, semalam.
SUKARELAWAN Skuad Prihatin Gerakan Belia 4B dan MBM membantu mangsa banjir memilih pakaian di Masjid Perkampungan Sungai Isap, Kuantan, semalam.

KUANTAN 14 Dis. - Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Gerakan Belia 4B (GB4B) Pahang menyumbang bantuan berupa makanan, minuman dan pakaian berjumlah RM10,000 kepada mangsa banjir di Perkampungan Sungai Isap dan Bukit Rangin di sini semalam.

Selain bantuan tersebut, sebanyak 50 sukarelawan pertubuhan itu turut menawarkan diri membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka.

Bantuan itu dijalankan di bawah program Sukarelawan Skuad Prihatin Gerakan Belia 4B yang turut dihadiri Naib Presiden MBM, Wan Salwati Abdullah dan Pengerusi GB4B Pahang, Ahmad Daniar Ismail.

Menurut Ahmad Daniar, pihaknya memberi fokus terhadap bantuan makanan dan kebajikan tertentu bagi meringankan beban mangsa yang menghadapi bencana itu.

"MBM dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Pahang terpanggil membantu mangsa banjir berkenaan dengan menyumbangkan bantuan ini termasuk meminta tenaga ahli terbabit membersihkan kediaman dan kawasan di sini," katanya di Sungai Isap di sini semalam.

Menurutnya, kedua-dua pertubuhan itu bekerjasama secara bergilir selama seminggu untuk bergotong-royong membersihkan kediaman mangsa yang teruk dilanda banjir pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Salwati berkata, beliau mendapatkan maklumat daripada GB4B Pahang tentang kawasan yang paling terjejas dilanda banjir dan pihaknya menggerakkan ahli sukarelawan MBM untuk ke sana.

"Kita segera melaksanakan operasi bantuan makanan dan minuman untuk mangsa di beberapa lokasi di sini," ujarnya.

Mohon bantuan bina semula sekolah pondok

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

JERANTUT 14 Dis. - Lebih 100 penghuni pusat pengajian Pondok al-Imaniah di Kampung Jerantut Feri di sini merayu bantuan daripada kerajaan untuk membaik pulih kediaman mereka yang rosak akibat banjir.

Mudir pusat pengajian Islam itu, Ahmad Mohamad berkata, pihaknya memerlukan peruntukan daripada kerajaan bagi menyediakan kediaman lebih selesa kepada penghuninya.

"Semua blok kediaman penghuni di sini sudah tenggelam termasuk barang-barang milik mereka yang tidak dapat diselamatkan.

"Blok kediaman yang diperbuat daripada kayu sudah agak usang dan ada yang rosak disebabkan banjir, namun kita tidak ada peruntukan untuk membina yang baharu," katanya kepada pemberita selepas menemani Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris yang meninjau keadaan pondok tersebut baru-baru ini.

Ahmad berkata, kejadian banjir kali pertama itu membuatkan pihaknya rasa tidak selamat untuk terus mengekalkan blok kediaman di tapak sedia ada.

"Kami amat berharap kerajaan dapat menyalurkan peruntukan bagi membina blok kediaman baharu yang lebih selamat dan selesa kerana hampir 80 penghuni adalah warga emas dan selebihnya pelajar tahfiz," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Nazlan berkata, beliau akan berusaha mendapatkan peruntukan 2014 untuk disalurkan ke pusat pengajian itu.

"Peruntukan lebih RM100,000 diperlukan bagi membina bangunan baharu untuk menempatkan penghuni di sini di atas tanah rizab yang terletak di tempat lebih tinggi dalam kawasan pondok ini.

"Sebelum ini, kerajaan telah menyalurkan peruntukan RM20,000 untuk membina sistem perparitan dan projek tersebut telah siap sepenuhnya sebelum banjir melanda," jelasnya.

Katanya, bantuan amat diperlukan kerana beliau terharu melihat ramai warga emas yang masih ingin menuntut ilmu terutama ilmu agama biarpun ada antara mereka berusia sudah mencecah 80 tahun.

"Mereka sudah menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin yang mahu kita menuntut ilmu sepanjang hayat dan amat merugikan jika kita tidak dapat membantu sedangkan mereka sudah berada di sini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Polarisasi politik di Thailand

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

PENYOKONG anti kerajaan berarak untuk menawan bangunan kerajaan di Bangkok untuk menyingkirkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang dikatakan bersekongkol dengan abangnya, Thaksin untuk kembali berkuasa di Thailand.

PEMBUBARAN Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum Februari depan bukanlah penyelesaian kepada krisis politik yang melanda Thailand ketika ini. Krisis politik itu sebenarnya jauh lebih rumit kerana masalah utama bukan pilihan raya tetapi wujudnya polarisasi politik di Thailand.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra telah membubarkan Parlimen dan untuk sementara waktu itulah pelan yang terbaik, sekurang-kurang dapat memperlahankan momentum penunjuk perasaan. Sebelum ini dianggarkan tidak kurang 160,000 penunjuk perasaan menawan Bangkok tetapi kini hanya beberapa ribu sahaja yang masih berkeliaran.

Tetapi berdasarkan pengalaman lampau, pilihan raya bukanlah penamat krisis politik di Thailand. Polarisasi politik di negara yang pernah dilabelkan sebagai "sangat demokratik" itu ditentukan oleh empat kelompok; pihak istana, golongan elit, tentera dan orang awam.

Empat kelompok ini memainkan peranan menentukan kelangsungan politik Thailand, itu belum lagi fahaman politik berbeza antara kawasan di utara dan selatan negara itu.

Masing-masing mempunyai kepentingan terutama golongan elit dan tentera. Golongan istana masih menjadi tunggak kerana monarki berada di tempat yang tinggi dalam sistem budaya dan sosial. Bagaimanapun kedudukan monarki ini dijangka berubah dengan berubahnya pola politik Thailand mengatasi sistem budaya dan sosial yang sedia ada. Misalnya dalam perkembangan terbaru, ada usaha daripada pemimpin politik untuk menghapuskan sistem monarki di Thailand dan menjadi sebuah republik.

Tentera pula memberikan warna politik yang tersendiri di Thailand misalnya dalam jangkamasa lapan dekad, sudah berlaku 18 kali rampasan kuasa oleh tentera, ditadbirkan 23 kali oleh tentera dan tentera pula dibuktikan mengatur sembilan i pilihan raya Thailand. Di mana "demokratiknya"?

Ini menunjukkan kehadiran tentera dalam politik Thailand bukan kecil malah mampu mencorakkan sesebuah kerajaan yang dipilih dan demokrasi menjadi boneka. Bagaimanapun dalam krisis politik kali ini, pihak tentera belum memperlihatkan kuasa mereka sama ada menyokong kerajaan yang sedia ada atau pihak pembangkang.

Polarisasi politik Thailand juga terbahagi kepada dua; kawasan utara dan selatan. Di utara majoriti adalah golongan petani dengan taraf hidup yang rendah dan tidak mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Sementara di selatan majoriti adalah golongan elit kerana terdapat banyak bandar-bandar utama.

Geopolitik Thailand jauh berbeza dengan beberapa negara lain di Asia Tenggara termasuk Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum. Politik masyarakat pelbagai kaum dilihat lebih merumitkan kerana politik digerakkan mengikut pola kaum-kaum yang ada. Sebaliknya Thailand hanya satu kaum dan pada teorinya tidak berlaku politik perkauman seperti di Malaysia.

Walaupun tidak ada politik perkauman, Thailand berhadapan dengan polarisasi politik yang ditambahkan pula oleh kepentingan individu tertentu yang mempunyai wang untuk membeli pengaruh dalam pilihan raya. Politik untuk kepentingan individu lebih besar kesan buruknya apabila rakyat bangun menentang sistem yang sedia ada.

Bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang hidup dalam buangan memimpin parti Puae Thai, kini parti itu dipimpin oleh Yingluck, adik Thaksin. Parti politik ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan kelas rendah dan petani di bahagian utara. Ketika Thaksin menjadi Perdana Menteri pada 2001 - 2006, bahagian utara adalah tabung oksigen bagi memastikan kelangsungannya dalam politik.

Thaksin membeli kepercayaan rakyat dengan mengalihkan pembangunan ke kawasan utara untuk membuka mata rakyat. Banyak pembangunan dilakukan di kawasan tersebut yang bertujuan memastikan rakyat di utara menjadi penyelamatnya dalam politik.

Perancangan

Bekas Perdana Menteri ini memiliki kekayaan yang luar biasa dari kerja rasuahnya, kini hidup mewah di London dan terus menyalurkan bantuan kewangan kepada Puae Thai. Tujuannya supaya Yingluck terus berkuasa dan Thaksin mempunyai perancangan untuk kembali berkuasa. Langkah awal telah dimulakan oleh Yingluck apabila mengusulkan pindaan perlembagaan untuk membolehkan Thaksin pulang ke negaranya.

Selepas Yingluck dilantik sebagai Perdana Menteri, kalangan penganalisis politik melihat Thailand diterajui oleh Thaksin dengan "alat kawalan jauh" dengan meletakkan Yingluck sebagai boneka yang membuat keputusan bagi pihaknya.

Walaupun kerajaan pimpinan Thaksin tumbang akibat rampasan kuasa tentera pada 19 September 2006 dan dia melarikan diri ke luar negara, kini Thaksin terus berkuasa melalui Yingluck.

Para penunjuk perasaan yang menawan beberapa kementerian dan pejabat kerajaan di Bangkok baru-baru ini adalah penentang Thaksin. Mereka adalah penyokong Parti Demokrat yang mempunyai pengaruh di kawasan selatan didukung oleh golongan elit. Tetapi dalam pilihan raya, Demokrat sentiasa tewas kepada Puae Thai kerana Thaksin banyak membuat "pelaburan politik" di utara.

Beratus-ratus ribu penunjuk perasaan yang membanjiri Bangkok kali ini bukan menuntut diadakan pilihan raya tetapi mahu menumbangkan kerajaan. Tujuannya untuk menyekat pengaruh Thaksin yang mempunyai perancangan kembali berkuasa di Thailand.

Walaupun Yingluck membubarkan Parlimen dan menawarkan pilihan raya, tetapi ini bukan yang diperjuangkan oleh penyokong Demokrat. Mereka tahu walaupun pilihan raya baharu diadakan, tetapi parti Puae Thai pasti akan menang kerana rakyat telah dibeli.

Penyokong Demokrat tidak percaya lagi kepada sistem demokrasi kerana telah disalahgunakan oleh Thaksin. Mereka memilih menumbangkan kerajaan dengan kuasa jalan raya, bukan pilihan raya. Malah kemenangan Yingluck dalam pilihan raya sebelum ini juga dikatakan sangat mencurigakan dan diragui. Walaupun begitu, menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat bukan tindakan baik.

Krisis politik Thailand boleh dijadikan iktibar supaya pada peringkat awal lagi jangan memberi ruang kepada agenda politik peribadi. Sebabnya apabila kuasa politiknya terlalu kuat, sekalipun pemimpinnya korup, membeli undi dengan menggunakan wang rakyat tetapi sukar untuk ditentang apa lagi ditumbangkan.

Parti yang didukung oleh Yingluck bukanlah berjuang untuk rakyat dan negara. Agendanya kepada Thaksin dengan menggunakan sistem yang dilabelkan demokratik. Apa lagi parti itu muncul sebagai parti kerajaan, kekayaan negara menjadi kekayaan segelintir pemimpin dalam parti.

Sudah tentulah penunjuk perasaan yang keluar beramai-ramai ada asasnya walaupun menyalahi undang-undang. Iktibarnya jangan sama sekali membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada pilihan raya. Apabila ini berlaku mereka akan memilih jalan raya yang kesannya lebih parah kepada rakyat dan negara.

Mandela hargai jasa Malaysia

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

BERSAMA ikon perdamaian, Nelson Mandela ketika berkhidmat bersama parti ANC pada tahun 1993.

TIDAK pernah terlintas di fikiran pengasas Limkokwing University of Creative Technology (LUCT), PROFESOR EMERITUS TAN SRI DR. LIM KOK WING bahawa beliau akan menjadi individu bertuah yang dapat bekerja bersama-sama ikon antiaparteid, Nelson Mandela.

Semuanya bermula apabila beliau diarahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membantu Mandela dan partinya, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) berkempen pada pilihan raya demokratik negara itu yang pertama dari penghujung 1993 sehingga awal 1994.

Dalam satu wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, SAIFULIZAM MOHAMAD dan NIZAM YATIM serta jurugambar HANAFI KHAMIS, Kok Wing, 67, menceritakan pengalaman pasukan Malaysia yang diketuainya berkempen di segenap ceruk negara itu selama enam bulan sehingga ANC menang dengan majoriti 62 peratus undi.

Mereka terpaksa mengambil risiko kerana pada masa itu kejadian letupan bom masih lagi berlaku.

Akhirnya, hasil kerja keras pasukan kempen dan sumbangan dana dari Malaysia membolehkan Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.

Sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenar mengenai apa yang berlaku 20 tahun lalu apabila Malaysia khususnya Dr. Mahathir bersungguh-sungguh membantu Mandela atas semangat setiakawan dan antiaparteid yang cukup hebat," kata Kok Wing.

MINGGUAN: Secara ringkas, bagaimana hubungan antara Malaysia dan Afrika Selatan?

LIM KOK WING: Hubungan ini telah terjalin sekian lama malah sejak zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Namun hubungannya tidak baik kerana wujud dasar aparteid di Afrika Selatan. Malaysia antara negara yang menentang kuat dasar aparteid. Tunku Abdul Rahman ialah pemimpin pertama yang mencadangkan supaya Afrika Selatan disingkirkan daripada pertubuhan negara-negara Komanwel kerana negara itu mengamalkan dasar aparteid iaitu ketika berlangsungnya persidangan Perdana Menteri negara-negara Komanwel pada 1960.

Akhirnya pada 1961, Afrika Selatan tidak lagi menjadi anggota Komanwel dan sejak itu Malaysia telah memainkan peranan sebagai antara negara pendesak. Malaysia mahu pihak antarabangsa memberikan tekanan kepada Afrika Selatan bagi menamatkan segera dasar aparteid. Malaysia menggesa demokrasi ditegakkan di negara berkenaan. Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila Mandela dibebaskan dan ia berlaku ketika zaman pemerintahan Dr. Mahathir. Mandela kemudiannya datang ke negara ini untuk bertemu dengan Dr. Mahathir. Ketika berkunjung ke Malaysia, saya telah diperkenalkan oleh Dr. Mahathir kepada Mandela. Saya telah diminta menggalas satu tugas besar iaitu membantu beliau dan partinya ANC berkempen pada pilihan raya demokratik pertama negara berkenaan. Untuk makluman semua, Mandela ialah rakan karib kepada Dr. Mahathir. Selama ini saya bekerja rapat dengan Dr. Mahathir dan apabila beliau meminta saya membantu Mandela dan ANC, saya terus setuju. Saya berpendapat pada masa itu kita perlu membantu Afrika Selatan bagi membolehkan mereka mengecapi kebebasan selain membuktikan dasar aparteid itu adalah salah. Sebenarnya, Mandela amat mengharapkan bantuan daripada Malaysia. Beliau lebih percayakan negara ini dan tahu kita akan memberi sokongan sepenuhnya.

Selepas diberi tanggungjawab itu, apa langkah Tan Sri seterusnya?

LIM KOK WING: Saya berada di Afrika Selatan selama enam bulan dan dalam tempoh itu pelbagai cadangan telah diberikan untuk tujuan kempen. Oleh kerana ANC dipimpin bekas pejuang pembebasan yang tidak berpengalaman langsung berkempen ketika pilihan raya, mereka bergantung sepenuhnya kepada pasukan dari Malaysia untuk mengurus dan menjalankan kempen. Kita telah mencipta satu slogan khas untuk ANC bagi menarik sokongan rakyat kepada mereka. Sebagai seorang yang telah lama terlibat dengan bidang pengiklanan, saya tahu bukan mudah untuk kita memperkenalkan satu slogan yang mampu menarik minat orang ramai. Pada awalnya saya cadangkan slogan A better future for all tetapi pihak ANC mahu ia diubah kepada A better life for all. Saya mencadangkan perkataan future (masa depan) kerana ia merujuk kepada satu tempoh yang panjang, manakala life merujuk pada kehidupan baik pada waktu sekarang sahaja.

Namun, akhirnya kami akur untuk menggunakan slogan A better life for all dengan merujuk kehidupan yang baik untuk semua orang secara bersama-sama. Slogan ini masih digunakan sehingga sekarang meskipun selepas 20 tahun dicipta. Untuk menjadikan slogan ini signifikan, kita telah memasukkan kanak-kanak pelbagai warna kulit dan keturunan bersama-sama dengan Mandela dan kemudian telah membentuk satu poster kempen yang amat menarik. Mesejnya cukup jelas iaitu untuk perdamaian, kesatuan dan perpaduan.

Difahamkan ANC enggan menerima poster yang memaparkan kanak-kanak berkulit putih?

LIM KOK WING: Poster kempen ini memaparkan Mandela bersama-sama kanak-kanak Afrika Selatan berusia 5 hingga 8 tahun yang mewakili kulit putih, hitam, India, Melayu Cape Town dan lain-lain etnik. Gambar ini telah dirakam oleh jurugambar dari Malaysia dan membawa maksud reconciliation (perdamaian). Kalau dilihat pada poster yang dibuat, terdapat dua kanak-kanak kulit putih bersama-sama Mandela. Saya ingin meletakkan tiga orang, tetapi ANC hanya mahu seorang sahaja kanak-kanak kulit putih. Akhirnya saya meletakkan dua orang. Pemimpin-pemimpin ANC tidak bersetuju dan menyifatkan poster kempen yang saya buat itu seperti bijirin sarapan pagi, Kellogs dan terlalu banyak bertolak ansur dengan pihak yang telah lama menindas orang kulit hitam. Ia juga 100 peratus berbeza dengan apa yang dikehendaki oleh ANC yang mahukan poster gambar genggaman tangan sebagai tanda melawan. Saya nyatakan kepada mereka yang ANC sudah pasti mendapat undi orang kulit hitam, oleh itu tumpuan perlu dibuat bagi menarik sokongan orang kulit putih. Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk meyakinkan pihak ANC supaya menggunakan gambar dan slogan ini. Saya bercakap dengan Mandela sendiri bagi menjelaskan idea berkenaan dan beliau faham dan bersetuju dengan saya. Beliau bersama-sama dengan saya kemudiannya memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin ANC supaya menerima idea berkenaan.

Saya masih ingat kata-kata Mandela ketika itu iaitu lelaki ini (Kok Wing) datang dari negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, jadi dia tahu bagaimana untuk membawa rakyat hidup bersama-sama. Kita mesti membawa semua rakyat kita hidup bersama-sama. Saya mengemukakan idea ini kerana merasakan salah satu tugas penting yang perlu saya laksanakan adalah memastikan semua rakyat Afrika Selatan dapat hidup bersama-sama. Orang berkulit putih menguasai 80 peratus kekayaan negara berkenaan, sekiranya kita tidak membawa semua supaya bersatu, apa akan terjadi jika orang kulit putih berhijrah ke negara lain. Akhirnya poster ini menjadi kesukaan ramai. Penduduk mengambil dan menampalkan dalam rumah mereka, sehingga kita kehabisan poster.

Nampaknya, kumpulan Tan Sri turut berperanan mencetuskan kesedaran rakyat Afrika Selatan mengenai hak mereka sebagai pengundi?

LIM KOK WING: Kita mahu memberikan kesedaran kepada mereka betapa pentingnya sesebuah pilihan raya serta tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Cuba lihat poster ini dan cuba lihat surat yang diberikan kepada saya oleh Mandela. Di dalam surat bertarikh 12 April 1994 ini, Mandela mengucapkan penghargaan kepada saya serta kumpulan saya atas sumbangan besar kami sepanjang kempen diadakan. Sumbangan ini termasuk mendidik masyarakat mengenai pilihan raya. Untuk itu kita telah mencetak begitu banyak risalah yang tujuannya menunjukkan cara yang betul untuk mengundi. Kita mahu mereka supaya pangkah parti ANC pada hari pengundian. Kita mahu ANC menang pada pilihan raya tersebut.

Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan kempen seperti poster, risalah, papan iklan dan sepanduk kesemuanya dicetak di Malaysia dan kemudian dihantar ke Afrika Selatan menggunakan kapal. Kita mahu memastikan bahan-bahan kempen ini dapat disiapkan sepenuhnya, seterusnya diagih-agihkan ke seluruh Afrika Selatan. Sekiranya semua bahan-bahan kempen ini dicetak di Afrika Selatan, kita tidak boleh pastikan sama ada ia boleh siap atau tidak.

Dengan siapa Tan Sri bertugas sepanjang enam bulan di Afrika Selatan?

LIM KOK WING: Saya mempunyai 10 orang pembantu dari Malaysia. Saya juga mempunyai beberapa petugas tempatan berjumlah antara 20 hingga 30 orang bergantung kepada keadaan. Dalam tempoh enam bulan di Afrika Selatan saya juga bekerja dengan beberapa pemimpin kanan ANC antaranya, Thabo Mbeki (bekas Presiden Afrika Selatan); Jacob Zuma (Presiden Afrika Selatan sekarang); Cyril Ramaposa dan Dr. Popo Molefe. Kebanyakan mereka menjadi menteri selepas kemenangan besar ANC pada pilihan raya umum pertama negara itu.

Tan Sri sebenarnya sedang membawa nama Malaysia, boleh komen?

LIM KOK WING: Ya, selama di sana saya membawa nama Malaysia. Namun apa pun, yang pasti misi saya di Afrika Selatan sentiasa berhadapan dengan situasi bahaya. Ketika itu kejadian letupan bom di hotel dan lapangan terbang masih berlaku. Saya juga bekerja rapat dengan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim Ali yang ketika itu bertugas di Kementerian Luar. Sekiranya saya lihat semula keadaan pada masa itu tidak dinafikan kerja saya amat berbahaya. Walaupun saya sentiasa diiringi oleh pasukan keselamatan tetapi saya sukar untuk mengenali mereka kerana setiap hari bertukar orang. Saya sedar bahaya sentiasa menanti. Namun saya tiada pilihan kerana pilihan raya semakin dekat. Saya terpaksa mengambil risiko untuk memastikan kemenangan ANC dan Mandela. Isteri saya juga begitu marah kerana kejadian letupan bom masih lagi berlaku dan dia mendesak saya pulang ke tanah air.

Halim juga minta saya pulang tetapi saya kata saya perlu selesaikan tugas ini dengan sempurna. Saya perlu menyiapkan setiap tugas yang telah diamanahkan walaupun keadaan amat berbahaya ketika itu. Apa yang kita lakukan ini atas arahan Dr. Mahathir dan ia sebenarnya memberi kredit kepada Malaysia. Sekiranya tiada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada ANC, siapa lagi?. Pengalaman lain yang saya tidak dapat saya lupakan apabila kami menjelajah semua negeri di negara itu dengan menaiki helikopter yang usang. Kami juga menaiki kenderaan yang dipandu sangat laju kerana mahu mengejar masa dan dalam masa sama atas faktor keselamatan bagi mengelak dikejar dan diserang. Sememangnya misi kita untuk membantu ANC ini merupakan satu misi besar dan senyap (tanpa diheboh-hebohkan). Sebelum saya terlupa Molefe yang ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Kempen Pilihan Raya ANC turut mengutuskan surat bertarikh 25 April 1994 kepada saya untuk mengucapkan penghargaan kerana bekerja keras membantu mereka untuk memenangi pilihan raya pertama Afrika Selatan.

Selama 20 tahun ini rakyat Malaysia langsung tidak tahu pembabitan Malaysia dalam membantu ANC?

LIM KOK WING: Memang rakyat tidak tahu sumbangan Malaysia terhadap usaha menghidupkan proses demokrasi di Afrika Selatan. Saya juga akui terdapat beberapa syarikat televisyen luar negara telah menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara ini. Inilah sumbangan Malaysia kepada Afrika Selatan. Inilah sumbangan yang Malaysia berikan kepada Mandela sekalipun Dr. Mahathir tidak pernah menceritakannya, begitu juga dengan Daim. Sebab itu saya pun mendiamkan sahaja perkara ini. Cuma, pada Ogos lalu kita ada menganjurkan majlis penyampaian anugerah khas untuk Mandela atas sumbangannya tidak terhingga kepada keamanan dunia sejagat. Anugerah ini kita namakan sebagai Mahathir Award for Global Peace. Dr. Mahathir telah menyerahkannya kepada Zuma sebagai wakil kepada Mandela. Penyampaian anugerah tersebut turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi saya Mandela dan Afrika Selatan terlalu dekat di hati saya. Mungkin disebabkan pembabitan saya dalam kempen ANC selama enam bulan di sana, 20 tahun lalu.

Selepas kemenangan ANC, apa yang berlaku?

LIM KOK WING: Semua orang tahu siapakah Mandela. Apabila beliau menjadi Presiden semua orang menari dengan gembira. Tetapi satu perkara penting yang seharusnya diketahui terutama rakyat Malaysia adalah peranan Dr. Mahathir dan pasukan dari Malaysia yang menyokong tokoh ini di sebalik tabir sehinggalah beliau dan ANC menang. Kita dari Malaysia berada di sana untuk menghulurkan bantuan selepas Mandela yang baru beberapa tahun dibebaskan daripada penjara telah meminta bantuan daripada Dr. Mahathir kerana kagum dengan keharmonian penduduk berbilang kaum di negara ini. Tugas kempen ini memang cukup berat kerana ANC bukan sahaja berhadapan parti kulit putih, malah perlu melawan sebuah parti kulit hitam lain yang mewakili kaum Zulu.

Apa perasaan Tan Sri apabila dimaklumkan Mandela meninggal dunia?

LIM KOK WING: Apabila mendengar berita ini, perkara pertama yang terfikir dalam fikiran saya ialah Dr. Mahathir kerana beliau yang memberi panduan kepada saya mengenai apa yang perlu saya lakukan bagi membantu Mandela. Beliau selalu mengingatkan saya supaya menyelesaikan tugas berkenaan dengan sebaik mungkin. Kerana kami adalah satu-satunya pasukan yang menjalankan kempen untuk ANC. Pemergian Mandela sudah dijangkakan kerana beliau sudah tua dan sakit dalam tempoh yang cukup lama. Kita telah kehilangan seorang sahabat baik kerana dalam banyak perkara, Afrika Selatan dan Malaysia mempunyai hubungan akrab.

Saya merasa sedih kerana sangat sukar untuk mencari tokoh lain seperti Mandela yang dapat menyatukan ramai orang. Meskipun berada selama 27 tahun dalam penjara, beliau tidak berasa marah dengan orang kulit putih. Beliau juga boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.

Apakah iktibar daripada pemergian Mandela?

LIM KOK WING: Kita mesti mengambil pengajaran bahawa apabila seseorang tokoh yang sukar dicari ganti ini pergi, beliau akan pergi selama-lamanya. Berbalik kepada Dr. Mahathir, bagi saya beliau ialah tokoh hebat peringkat global dan setaraf dengan Mandela. Ketika beliau masih lagi bersama kita, saya berharap semua orang mendengar nasihat dan menghargai beliau. Kabinet mesti memberikan perhatian terhadap segala pandangan yang beliau luahkan kerana beliau bercakap daripada lubuk hatinya.

Apa yang saya kesalkan, terdapat orang kita sendiri yang mengkritik beliau secara terbuka. Kalau nak juga mengkritik lakukanlah secara tertutup dan jangan melakukannya di hadapan khalayak ramai. Sekiranya kita pergi ke Afrika, kita akan sedar bahawa Dr. Mahathir ialah seorang hero di sana. Semua orang mengenali dan menyayangi beliau. Begitu juga di negara Arab dan Asia Tengah, semua kenal beliau.

Kalau kita pergi ke negara orang Buddha seperti Vietnam dan Myanmar, beliau juga dikenali sebagai seorang hero yang hebat. Malangnya di negara sendiri, orang tidak menghargai nasihat beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Emilia Clarke dipilih watak utama Terminator

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

LOS ANGELES 14 Dis. - Aktres drama televisyen Game of Thrones, Emilia Clarke (gambar) dipilih untuk membintangi watak utama, Sarah Connor dalam pembikinan semula filem Terminator.

Menurut laman web hiburan Deadline, pada awalnya, pengarah uji bakat mengehadkan pilihan mereka untuk menerajui watak Sarah Connor kepada Clarke dan Brie Larson.

Deadline berkata, kedua-dua pelakon wanita itu menghadiri uji bakat di hadapan penerbit di studio penerbitan Skydance dan Annapurna selain Paramount.

''Clarke akhirnya dipilih untuk membawa watak filem tersebut,'' kata laman web tersebut.

Aktres itu akan digandingkan sekali lagi bersama pengarah, Alan Taylor yang sebelum ini mereka pernah bekerjasama dalam pembikinan drama siri popular HBO itu.

Pada masa sama, aktor, Jason Clarke yang membintangi Zero Dark Thirty dan The Great Gatsby dipilih untuk watak anak lelaki Connor, John dalam filem terbaharu tersebut.

Lebih menarik apabila aktor asal filem itu, Arnold Schwarzenegger juga akan kembali membawa watak sebagai robot pembunuh dalam pembikinan filem terbahru itu. - AGENSI

Khloe Kardashian fail cerai

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

LOS ANGELES 14 Dis. - Bintang rancangan realiti, Keeping Up With the Kardashians, Khloe Kardashian memfailkan tuntutan cerai dengan pemain bola keranjang NBA, Lamar Odom selepas empat tahun berkahwin, menurut laporan TMZ semalam.

TMZ berkata, dokumen penceraian tersebut telah difailkan peguam Kardashian, Laura Wasser.

Kardashian dilaporkan tidak meminta saraan hidup daripada bekas suaminya dan meminta mahkamah untuk menolak sebarang permintaan sara hidup daripada Odom.

Dia juga didakwa meminta mahkamah memadamkan nama Odom daripada namanya. Kardashian dan Odom berkahwin pada September 2009 selepas bercinta selama sebulan, namun mereka mula menjadi renggang beberapa bulan lalu selepas Odom didapati menggunakan dadah dan menipu. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Ipad perkukuh penguasaan tablet

Posted: 14 Dec 2013 04:19 AM PST

PERSAINGAN dalam segmen komputer tablet yang semakin sengit memaksa pengeluarnya tampil dengan pelbagai ciri menarik dan baharu untuk terus kekal di pasaran.

Bagi tablet keluaran Apple, iPad yang merupakan pencetus kepada gelombang komputer tablet, baru-baru ini melancarkan dua model terbaru tablet iaitu iPad Air dan iPad Mini dengan paparan retina.

Sebelum ini, iPad bersaiz biasa iaitu 10 inci telah keluar dengan ciri paparan retina dan kini ia dikembangkan lagi pada siri tablet mininya pula iaitu iPad Mini.

Bukan itu sahaja, bagi memberikan keselesaan kepada pengguna, tablet itu turut diringankan lagi bagi memudahkan ia dibawa dan dikendalikan oleh kanak-kanak.

Ini kerana iPad sudah menjadi barangan wajib untuk pembelajaran dan permainan kanak-kanak dengan pelbagai aplikasi dibangunkan dalam membentuk minda anak-anak agar lebih kreatif.

Bagi iPad Air, saiznya masih lagi mengekalkan paparan 10 inci bagi memberi kepuasan paparan kepada pengguna, apatah lagi fungsi paparan retina yang sangat jelas.

Bukan itu sahaja, beratnya juga jauh lebih ringan dengan hanya 450 gram (1 paun) iaitu berkurangan sebanyak 28 peratus daripada berat yang lama.

Bagi mendapatkan keupayaan sedemikian, ketebalannya juga dikurangkan sebanyak 20 peratus untuk memberi gambaran kepada pengguna seakan tidak merasai apa yang mereka bawakan itu, walhal ia adalah sebuah komputer tablet.

Dalam meningkatkan keupayaan iPad ini ke tahap maksimun, cip A7 disertakan bagi memberikan kelajuan yang setimpal, selain fungsi rangkaian 4G LTE turut diberikan kepada model ini.

Sementara itu, kepada mereka yang tidak mahu komputer tablet yang agak besar, satu lagi keluaran terbaru iPad ini mungkin menjadi pilihan kerana saiznya yang lebih kecil berbanding iPad biasa.

Kali ini, ia tampil dengan lebih baik apabila mengenakan paparan skrin retina yang pastinya memukau sesiapa sahaja melihatnya.

Bagi yang tidak tahu, skrin retina ini adalah skrin berdefinasi tinggi dengan keupayaan resolusi 2048x1536 dan 3.1 juta piksel digunakan bagi menghasilkan imej yang begitu memukau.

Masih mengekalkan saiz paparan 7.9 inci, iPad Mini ini turut dikuasakan dengan cip A7 dan pemproses M7 yang semestinya meningkatkan lagi keupayaan tablet kecil ini.

Dengan paduan pemproses dan paparan yang cukup mantap, tidak mustahil iPad Mini ini mampu memberikan dominasi baru bagi pengguna segmen tablet jika mahukan tablet jenis kecil.

Kepada pengguna di luar sana, pilihan di tangan anda. Jika mahukan paparan skrin lebih besar, iPad Air yang ringan dan paparan retina disediakan.

Bagi yang inginkan tablet bersaiz kecil, iPad Mini dengan paparan retina ini pula akan menggamit naluri anda untuk memilikinya. - AMIRUL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Merell siri m-connect kembali lagi

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

RASAI keselesaan berjalan menggunakan kasut daripada jenama Merrell. Ia sudah tentu memberikan kepuasan yang berlainan kepada kaki kamu.

Ini kerana Merrell siri m-connect dihasilkan dengan beberapa ciri baharu dan teknologi pilihan segar yang memberikan genggaman untuk pelari menyesuaikan diri meredah pelbagai laluan mencabar.

Koleksi terbaru ini terdiri daripada lima kasut yang dibina di atas platform yang berbeza berdasarkan jenis jalan.

Merrell revamps Trail Glove (bagi lelaki ) dan Pace Glove (bagi wanita) dihasilkan dengan jaringan baru untuk memberi ruang pengudaraan yang lebih fleksibel dan mampu melindungi kaki dari keadaan sejuk dan keadaan tanah yang kasar.

Dengan proprietari Omni-Fit yang berperanan sebagai sistem hentaman Merrell, Trail Glove 2 dan Pace Glove 2 turut digabungkan bersama tapak Vibram.

Dengan tapak itu, kasut Merrell siri ini amat bersesuaian dengan laluan mencabar ketika mendaki gunung kerana ia lebih ringan dengan teknologi tambahan footbed dan insole yang membantu menghilangkan bau peluh.

Merrell siri m-connect lebih ringan dan direka dengan kusyen tambahan yang mengekalkan keselesaan ketika berjalan dalam jarak jauh.

Kasut ini dijual daripada harga RM329 hingga RM369 dan boleh didapati di Stadium, Studio R dan Royal Sporting House.

Kemalangan jalan raya menjadi-jadi

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Kemalangan bukan sahaja berlaku akibat kecuaian diri sendiri tetapi juga kerana sikap pengguna jalan raya yang lain. - GAMBAR HIASAN

MENJELANG hujung tahun, seperti biasa jalan raya akan sesak dengan kenderaan yang keluar masuk dari seluruh negara untuk bercuti, tambahan pula kita masih lagi berada dalam musim cuti sekolah.

Dengan jumlah kenderaan yang semakin bertambah, hanya dengan sedikit kecuaian pemandu, maka kejadian dahsyat boleh berlaku tanpa diduga. Impaknya turut terkena kepada pengguna jalan raya yang lain mahupun mereka yang berada berdekatan dengan jalan raya.

Setiap hari sudah pasti ada berita nyawa yang melayang akibat kemalangan. Kadangkala ia bukan berpunca daripada pemandu itu sendiri, tetapi kerana kecuaian orang lain.

Hujan turut menyumbang kepada kadar kenaikan bilangan kemalangan. Kesedaran terhadap masalah ini harus dititikberatkan oleh semua pihak kerana segalanya boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Selain itu, kita juga perlu memastikan kenderaan kita berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan masalah lain ketika berada di jalan raya.

Baru-baru ini, ada kejadian yang membuktikan mereka yang berada di tepi jalan raya juga berisiko ditimpa kemalangan apabila ada kenderaan yang disondol dari belakang, lalu merempuh kedai yang kebetulan dibina di tepi jalan raya.

Sukar untuk diterima dek akal, tetapi segalanya boleh dielakkan jika semua pengguna mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. Jangan kerana sikap mementingkan diri sendiri, orang lain terpaksa menanggung padah.

Pihak yang bertanggungjawab juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan jalan raya berada dalam keadaan baik, papan tanda tidak terlindung oleh pokok dan lampu isyarat berfungsi setiap masa.

Sedih membaca akhbar tempatan baru-baru ini mengenai kanak-kanak menjadi mangsa kecelakaan jalan raya. Tolong sedar bahawa nyawa tidak boleh dicari ganti. Jadi, sila memandu secara berhemah dan berhati-hati.

Tidak perlu berbangga jika negara kita mencapai taraf negara maju tetapi memegang rekod sebagai antara negara yang mempunyai kadar kemalangan tertinggi di dunia.

MOHD. ALIF ALIAS

Pulau Pinang

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


LKIM anjur program tanam bakau

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my

SADOM Abd. Wahab (berdiri, empat dari kanan) bersama sebahagian peserta yang menyertai program menanam pokok bakau bersama masyarakat nelayan di Kampung Parit Tiga Sungai Burung, Tanjong Karang, Selangor, semalam. - MINGGUAN/MOHD SHAHARANI SAIBI

TANJONG KARANG 14 Dis. - Seramai 300 nelayan di daerah ini menyertai Program Menanam Pokok Bakau Bersama Nelayan yang diadakan di Kampung Parit Tiga, Sungai Burung di sini hari ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, program anjuran bersama Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) ini melibatkan penanaman sebanyak 1,500 pokok bakau.

Katanya, program seperti ini adalah penting kerana kawasan hutan bakau menjadi zon penampan atau benteng semula jadi untuk menahan dan mengurangkan impak ancaman bencana alam seperti tsunami, angin kencang dan hakisan tanah.

Kawasan hutan bakau merupakan tempat anak ikan berlindung dan menjadi habitat kepada pelbagai jenis hidupan yang turut menjadi sumber pendapatan kepada nelayan," kata Irmohizam merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor dalam majlis pelancaran program tersebut.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Khidmat LKIM, Sadom Abd. Wahab.

Yang turut hadir Pengurus Besar Nekmat, Norizaman Ghazali dan Ketua Seksyen Pemuliharaan Pesisir Pantai, Suhaili Rosli yang mewakili Ketua Pengarah JPSM.

Karnival Jom Jadi Usahawan UniKL meriah

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

PERTUNJUKAN fesyen turut memeriahkan aktiviti Karnival Jom Jadi Usahawan anjuran UniKL di Busana Mall, Menara Mara, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ABDUL RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Fakulti Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan kerjasama Student Entrepreneurship Association (SEA) menganjurkan Karnival Jom Jadi Usahawan (2JIU) selama dua hari bermula hari ini.

Pegawai Jabatan Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus Fakulti Perniagaan UniKL, Rosmarlina Lokman Hakim berkata, karnival kali kedua itu mampu mencapai objektifnya untuk melahirkan lebih ramai usahawan belia Melayu berdaya saing bagi menghadapi globalisasi.

Ini bertepatan dengan matlamat kami untuk menjadikan UniKL sebagai sebuah universiti teknikal keusahawanan yang terkemuka di negara ini menjelang 2020.

Selain itu, karnival ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk bermula, mengenal pasti dan menjadi usahawan baharu dalam mencapai dan merealisasikan hasrat mereka untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, karnival itu juga akan mewujudkan jaringan antara usahawan dan pelajar memandangkan mereka yang mempunyai kepakaran tertentu boleh berkongsi pengalaman malahan menjadi mentor kepada usahawan muda yang baharu menceburi bidang tersebut.

Karnival yang berlangsung di Bangunan Mara ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Pemilik Honda Civic hantar bantuan ke Pahang

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

PUTRAJAYA 14 Dis. - Kira-kira 100 pemilik kereta Honda Civic akan menyertai konvoi untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Sungai Isap, Kuantan pada Sabtu depan.

Konvoi anjuran Kelab Honda Civic Malaysia (MHCC) dengan kerjasama Kru Keluarga Civic (CFC) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) itu dijangka akan disertai oleh pemilik Honda Civic dari sekitar Lembah Klang.

Penyelaras program, Muhamat Azli Suradi, 29, berkata, pihaknya kini giat mengumpul dana dan sumbangan dalam kalangan ahli dua kelab pemilik kereta Honda Civic iaitu MHCC dan CFC.

Kita telah mengadakan aktiviti himpunan Civic pada hari ini yang mana setiap pemilik kereta perlu membayar yuran untuk disumbangkan kepada mangsa banjir," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Rabiatul sara hidup dengan blog

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

RUBY bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan suami, Saiful Naim Abdul Hamid walaupun berbeza kerjaya.

MEMPUNYAI karektor yang bersahaja dan agak comel, siapa sangka pemilik blog www.ruby.my berusia 26 tahun ini menyara kehidupannya dengan menulis blog sebagai karier sepenuh masa sejak tahun lalu.

Pemilik blog, Rabiatul Adawiyah Zakaria yang lebih mesra dengan panggilan Ruby mula menulis blog seawal 2004. Pada mulanya ia sekadar memenuhi minat sebagai seorang remaja tetapi kini berubah menjadi sumber pendapatan.

Menurut bakal ibu yang sedang mengandung tujuh bulan dari Kuala Lumpur itu, dia tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan. Justeru, dia lebih selesa dan bebas untuk menulis tanpa tergesa-gesa.

Jelasnya, tulisan dalam blognya banyak berkait rapat dengan gaya hidupnya yang gemar menonton filem, kecantikan, kreatif, makanan, gajet dan sudah pasti kaki bercuti ke tempat-tempat menarik seluruh dunia.

Tambahnya www.ruby.my merupakan nama domain bersempena dengan nama panggilannya dan nama itu telah beberapa kali melalui penjenamaan semula iaitu bermula daripada www.rabiatuladawiyahzakaria.

blogspot.com kepada www.rabiatuladawiyah.com dan akhirnya www.ruby.my.

Bagi yang berminat untuk mengenali lebih lanjut blogger berkaliber dan mementingkan kesempurnaan bahasa ini, jangan lupa berkunjung ke http://www.ruby.my. - AZRIN/RUBY

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Syiah di Johor dipantau rapi

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 13 Dis. - Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sedang memantau rapat beberapa kumpulan yang dipercayai menyebarkan ajaran Syiah walaupun golongan tersebut memperlahankan aktiviti sejak beberapa bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abdul Mutalip Abdul Rahim berkata, JAIJ menjalin kerjasama rapat dengan pihak polis dalam usaha pemantauan tersebut dan telah mengenal pasti beberapa anggotanya yang mempunyai kerjaya profesional, termasuk penjawat awam.

"Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sekiranya kumpulan ini tidak berhenti menyebarkan Syiah di Johor. JAIJ telah mengadakan sesi dialog, malah turut memberikan kaunseling kepada anggota kumpulan itu, namun mereka masih lagi meneruskan kegiatan tersebut.

"Penyebaran Syiah adalah bahaya kerana akan menyebabkan pecah belah dalam komuniti Islam di Johor dan kami menggesa mereka yang mempunyai maklumat agar tampil menghubungi pihak berkuasa," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas selesai menghadiri Majlis Multaqa Ulama dan Ilmuan Darul Takzim kali ketiga yang diadakan bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini semalam.

Abdul Mutalip bagaimanapun enggan mengulas sekiranya terdapat mana-mana ahli politik atau individu tertentu yang menganggotai kumpulan tersebut dan menegaskan bahawa siasatan masih lagi dijalankan.

Bantuan RM200 kepada setiap keluarga mangsa banjir

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

MOHAMED Khaled Nordin (kanan) menerima replika cek RM100,000 untuk bantuan mangsa banjir daripada Zainudin Abdul Hamid (dua dari kiri) di di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor, semalam. - BERNAMA

NUSAJAYA 13 Dis. - Kerajaan negeri akan memberi bantuan sebanyak RM200 bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir yang melanda negeri ini baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bantuan tambahan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk meringankan bebanan 9,600 mangsa daripada 2,300 keluarga yang terlibat.

"Bantuan ini merupakan tambahan kepada bantuan sebanyak RM500 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

"Keluarga layak menerima bantuan yang disediakan kerajaan Pusat akan layak menerima bantuan tambahan ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan bagi membantu mangsa banjir daripada beberapa syarikat korporat di pejabatnya di Kota Iskandar di sini hari ini.

Pada majlis itu syarikat pengeluar keluli, Kiswire Malaysia menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 manakala RM46,535.18 disumbangkan oleh Khazanah Nasional Berhad, Iskandar Investment Berhad, Iskandar Waterfront Holdings dan UEM Sunrise Berhad serta orang ramai melalui Iskarnival yang berlangsung di sini minggu lalu.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Kiswire, Zainudin Abdul Hamid.

Sementara itu, Mohamed Khaled memberitahu, keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dan kebanyakan mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Beliau berkata, pada waktu ini, hanya 74 mangsa daripada 20 keluarga di Segamat masih ditempatkan di dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Spang Loi dan Balai Raya Gemerih IV.

Beliau turut berterima kasih kepada semua agensi, jabatan kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat membantu mangsa banjir di negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved