Sabtu, 14 Disember 2013

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Ipad perkukuh penguasaan tablet

Posted: 14 Dec 2013 04:19 AM PST

PERSAINGAN dalam segmen komputer tablet yang semakin sengit memaksa pengeluarnya tampil dengan pelbagai ciri menarik dan baharu untuk terus kekal di pasaran.

Bagi tablet keluaran Apple, iPad yang merupakan pencetus kepada gelombang komputer tablet, baru-baru ini melancarkan dua model terbaru tablet iaitu iPad Air dan iPad Mini dengan paparan retina.

Sebelum ini, iPad bersaiz biasa iaitu 10 inci telah keluar dengan ciri paparan retina dan kini ia dikembangkan lagi pada siri tablet mininya pula iaitu iPad Mini.

Bukan itu sahaja, bagi memberikan keselesaan kepada pengguna, tablet itu turut diringankan lagi bagi memudahkan ia dibawa dan dikendalikan oleh kanak-kanak.

Ini kerana iPad sudah menjadi barangan wajib untuk pembelajaran dan permainan kanak-kanak dengan pelbagai aplikasi dibangunkan dalam membentuk minda anak-anak agar lebih kreatif.

Bagi iPad Air, saiznya masih lagi mengekalkan paparan 10 inci bagi memberi kepuasan paparan kepada pengguna, apatah lagi fungsi paparan retina yang sangat jelas.

Bukan itu sahaja, beratnya juga jauh lebih ringan dengan hanya 450 gram (1 paun) iaitu berkurangan sebanyak 28 peratus daripada berat yang lama.

Bagi mendapatkan keupayaan sedemikian, ketebalannya juga dikurangkan sebanyak 20 peratus untuk memberi gambaran kepada pengguna seakan tidak merasai apa yang mereka bawakan itu, walhal ia adalah sebuah komputer tablet.

Dalam meningkatkan keupayaan iPad ini ke tahap maksimun, cip A7 disertakan bagi memberikan kelajuan yang setimpal, selain fungsi rangkaian 4G LTE turut diberikan kepada model ini.

Sementara itu, kepada mereka yang tidak mahu komputer tablet yang agak besar, satu lagi keluaran terbaru iPad ini mungkin menjadi pilihan kerana saiznya yang lebih kecil berbanding iPad biasa.

Kali ini, ia tampil dengan lebih baik apabila mengenakan paparan skrin retina yang pastinya memukau sesiapa sahaja melihatnya.

Bagi yang tidak tahu, skrin retina ini adalah skrin berdefinasi tinggi dengan keupayaan resolusi 2048x1536 dan 3.1 juta piksel digunakan bagi menghasilkan imej yang begitu memukau.

Masih mengekalkan saiz paparan 7.9 inci, iPad Mini ini turut dikuasakan dengan cip A7 dan pemproses M7 yang semestinya meningkatkan lagi keupayaan tablet kecil ini.

Dengan paduan pemproses dan paparan yang cukup mantap, tidak mustahil iPad Mini ini mampu memberikan dominasi baru bagi pengguna segmen tablet jika mahukan tablet jenis kecil.

Kepada pengguna di luar sana, pilihan di tangan anda. Jika mahukan paparan skrin lebih besar, iPad Air yang ringan dan paparan retina disediakan.

Bagi yang inginkan tablet bersaiz kecil, iPad Mini dengan paparan retina ini pula akan menggamit naluri anda untuk memilikinya. - AMIRUL

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved