Sabtu, 14 Disember 2013

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Merell siri m-connect kembali lagi

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

RASAI keselesaan berjalan menggunakan kasut daripada jenama Merrell. Ia sudah tentu memberikan kepuasan yang berlainan kepada kaki kamu.

Ini kerana Merrell siri m-connect dihasilkan dengan beberapa ciri baharu dan teknologi pilihan segar yang memberikan genggaman untuk pelari menyesuaikan diri meredah pelbagai laluan mencabar.

Koleksi terbaru ini terdiri daripada lima kasut yang dibina di atas platform yang berbeza berdasarkan jenis jalan.

Merrell revamps Trail Glove (bagi lelaki ) dan Pace Glove (bagi wanita) dihasilkan dengan jaringan baru untuk memberi ruang pengudaraan yang lebih fleksibel dan mampu melindungi kaki dari keadaan sejuk dan keadaan tanah yang kasar.

Dengan proprietari Omni-Fit yang berperanan sebagai sistem hentaman Merrell, Trail Glove 2 dan Pace Glove 2 turut digabungkan bersama tapak Vibram.

Dengan tapak itu, kasut Merrell siri ini amat bersesuaian dengan laluan mencabar ketika mendaki gunung kerana ia lebih ringan dengan teknologi tambahan footbed dan insole yang membantu menghilangkan bau peluh.

Merrell siri m-connect lebih ringan dan direka dengan kusyen tambahan yang mengekalkan keselesaan ketika berjalan dalam jarak jauh.

Kasut ini dijual daripada harga RM329 hingga RM369 dan boleh didapati di Stadium, Studio R dan Royal Sporting House.

Kemalangan jalan raya menjadi-jadi

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Kemalangan bukan sahaja berlaku akibat kecuaian diri sendiri tetapi juga kerana sikap pengguna jalan raya yang lain. - GAMBAR HIASAN

MENJELANG hujung tahun, seperti biasa jalan raya akan sesak dengan kenderaan yang keluar masuk dari seluruh negara untuk bercuti, tambahan pula kita masih lagi berada dalam musim cuti sekolah.

Dengan jumlah kenderaan yang semakin bertambah, hanya dengan sedikit kecuaian pemandu, maka kejadian dahsyat boleh berlaku tanpa diduga. Impaknya turut terkena kepada pengguna jalan raya yang lain mahupun mereka yang berada berdekatan dengan jalan raya.

Setiap hari sudah pasti ada berita nyawa yang melayang akibat kemalangan. Kadangkala ia bukan berpunca daripada pemandu itu sendiri, tetapi kerana kecuaian orang lain.

Hujan turut menyumbang kepada kadar kenaikan bilangan kemalangan. Kesedaran terhadap masalah ini harus dititikberatkan oleh semua pihak kerana segalanya boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Selain itu, kita juga perlu memastikan kenderaan kita berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan masalah lain ketika berada di jalan raya.

Baru-baru ini, ada kejadian yang membuktikan mereka yang berada di tepi jalan raya juga berisiko ditimpa kemalangan apabila ada kenderaan yang disondol dari belakang, lalu merempuh kedai yang kebetulan dibina di tepi jalan raya.

Sukar untuk diterima dek akal, tetapi segalanya boleh dielakkan jika semua pengguna mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. Jangan kerana sikap mementingkan diri sendiri, orang lain terpaksa menanggung padah.

Pihak yang bertanggungjawab juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan jalan raya berada dalam keadaan baik, papan tanda tidak terlindung oleh pokok dan lampu isyarat berfungsi setiap masa.

Sedih membaca akhbar tempatan baru-baru ini mengenai kanak-kanak menjadi mangsa kecelakaan jalan raya. Tolong sedar bahawa nyawa tidak boleh dicari ganti. Jadi, sila memandu secara berhemah dan berhati-hati.

Tidak perlu berbangga jika negara kita mencapai taraf negara maju tetapi memegang rekod sebagai antara negara yang mempunyai kadar kemalangan tertinggi di dunia.

MOHD. ALIF ALIAS

Pulau Pinang

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved