Sabtu, 30 Mac 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Johor DT nyaris aib

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

JOHOR BAHRU - Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat, sebelum bangkit menundukkan Terengganu, 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.

Terengganu terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila merobek gawang tuan rumah menerusi jaringan pemain import, Efffa Owona seawal minit kesembilan hasil hantaran lintang Abdul Manaf Mamat.

Namun begitu semangat juang anak-anak buah Fandi Ahmad kembali membara apabila berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi sepakan penalti Daniel Guiza pada minit ke-37, setelah Nurul Azwan Roya dijatuhkan oleh Rosdi Talib.

Tidak cukup dengan itu, beberapa saat sebelum tamat babak pertama, Guiza menambah jaringan tuan rumah menerusi sepakan padu pada minit ke-45.

Memasuki babak kedua permainan, Harimau Selatan menunjukkan belangnya apabila Nurul Azwan melakukan sepakan lambung dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Terengganu, Shamirza Yusoff pada minit ke-48.

Namun begitu, skuad bimbingan E. Elavarasan belum mahu mengaku kalah apabila terus menggasak kubu Johor DT dan percubaan mereka berhasil apabila berjaya merapatkan jurang gol menerusi tandukan Owona pada minit ke-54, hasil sepakan sudut Rosdi Talib.

Kedua-dua pasukan terus memburu gol, namun kedudukan kekal 3-2 sehingga wisel penamat ditiup.

Rajagobal merajuk, mahu letak jawatan?

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Belum reda mengenai nasib pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang terpaksa berhadapan dengan pertuduhan melanggar Artikel 88 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), timbul pula perkhabaran bahawa jurulatih berusia 56 tahun itu mahu meletak jawatan.

Mengikut sumber terdekat yang diperolehi Utusan Malaysia, jurulatih itu kecewa ekoran masih belum pasti nasibnya pada sesi perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib FAM tidak lama lagi.

Malah, Rajagobal juga dikhabarkan bersedia menimbang kemungkinan tersebut kerana kecewa dengan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Pendedahan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad baru-baru ini bahawa terdapat komplot yang berada di luar Sekretariat FAM untuk menjatuhkan Rajagobal menambahkan lagi tekanan jurulatih itu.

Bagi mendapatkan penjelasan, Azzuddin ketika dihubungi menafikan yang Rajagobal akan melepaskan jawatan dan menganggap itu sebagai satu khabar angin yang tidak berasas.

"Tidak benar sama sekali yang dia akan meletakkan jawatan, itu sekadar satu khabar angin sahaja dan dia masih merupakan jurulatih Harimau Malaya.

"Saya tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai perkara itu dan harap isu ini tidak timbul lagi, " katanya ketika dihubungi.

Jelas Azzuddin, peluang Rajagobal untuk menjadi jurulatih masih ada jika beliau berjaya melepaskan diri daripada pertuduhan yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

"Jika dia didapati tidak bersalah dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib, dia masih boleh meneruskan tugasannya seperti biasa, " katanya.

Walaupun begitu, peluang Rajagobal untuk mengharapkan dirinya tidak bersalah dijangka cukup tipis kerana dalam sejarah pendengaran kes Jawatankuasa Tatatertib belum pernah ada mana-mana individu berjaya melepaskan diri daripada kes yang dikenakan.

Paling terbaru, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah digantung enam bulan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim pula terpaksa melupakan sebarang aktiviti bola sepak negeri selama dua tahun setengah.

Rajagobal yang kali terakhir ditemui pada Khamis lalu di Wisma FAM menegaskan fokusnya masih bersama Harimau Malaya walaupun terpaksa berdepan Jawatankuasa Tatatertib tidak lama lagi.

Segalanya gara-gara kerana kenyataannya bahawa Liga Malaysia semenjak dua tahun lalu ketiadaan penyerang tempatan yang berkualiti pada sidang media selepas perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi, 17 Mac lalu.

Biarpun tidak menyebut secara langsung kehadiran pemain import merencatkan perkembangan penyerang tempatan namun kenyataan Rajagobal dianggap sebagai mencabar kredibiliti FAM.

Beliau yang masih mempunyai kontrak sembilan bulan untuk mengendalikan Harimau Malaya meletakkan sasaran untuk membawa pasukan Malaysia mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Gadis lari rumah ikut kenalan Facebook

Posted: 30 Mar 2013 11:08 PM PDT

Oleh SAFINA RAMLI

SEE YUAN PING... pelajar yang hilang dari rumah dipercayai mengikut teman lelaki yang dikenali melalui Facebook. - UTUSAN/KAMAL BASIR

SEE Eng Hua dan isteri, Yeow Geek Sean, 46, menunjukkan gambar anaknya perempuan mereka, See Yuan Ping dan salinan laporan polis ketika hadir di pejabat MCA Alor Setar semalam. - UTUSAN/KAMAL BASIR

ALOR SETAR 31 Mac - Seorang gadis berusia 17 tahun dari Taman Kota Jaya, Kota Sarang Semut di sini dipercayai bertindak melarikan diri dari rumah semalam untuk mengikut kenalan lelaki yang dikenalinya di Facebook kira-kira setahun lalu.

Kehilangan gadis itu, See Yuan Ping, 17, disedari adik lelakinya, See Wei Loon, 15, kira-kira pukul 5.30 pagi semalam apabila dia mendapati kakaknya itu tiada di bilik tidur rumah mereka.

Bapa gadis itu, See Eng Hua, 46, berkata, anak gadisnya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah di sini mengenali lelaki berusia 21 tahun itu melalui Facebook dan lelaki tersebut pernah dua kali datang ke rumah mereka.

"Saya marah anak saya keran amahu dia tumpukan perhatian kepada pelajaran dahulu, jangan asyik main Internet. Saya tak sangka dia bertindak lari dari rumah mengikut lelaki tersebut.

"Kami cuba cari anak saya di sekitar Alor Setar dengan bantuan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM). Namun kami dapat tahu anak saya dan lelaki itu telah menaiki bas ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di Bangunan MCA di sini hari ini.

Orang ramai yang ternampak Yuan Ping diminta segera hubungi Eng Huat di talian 010-5369490 atau CRSM Alor Setar, 010-5652011. - UTUSAN ONLINE

Pencuri kabel maut terkena renjatan elektrik

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Mac - Hasrat dua sahabat lelaki mahu mencuri sebuah kabel elektrik tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi di Bukit Angkat dekat Kajang, semalam.

Dalam kejadian itu, dua lelaki terbabit dikatakan mahu mencuri kabel bermutu tinggi yang ditanam berhampiran saliran air berdekatan sebuah kilang kertas, kira-kira pukul 11 malam.

Mangsa warga tempatan yang berusia 33 tahun dipercayai turun ke saliran itu menerusi sebuah lubang yang sedalam 1.5 meter untuk memotong kabel itu namun malangnya dia terkena renjatan elektrik.

Rakannya yang panik dengan kejadian itu difahamkan segera menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan.

Jurucakap bomba ketika dihubungi memberitahu, mereka menerima panggilan kira-kira pukul 11.30 malam dan sampai ke tempat kejadian bersama seorang pegawai serta empat anggota.

"Kita telah mengangkat lelaki itu menggunakan tali kerana bimbang terdapat aliran elektrik. Bagaimanapun, lelaki itu telah pun mati ketika diselamatkan," katanya.

Difahamkan, rakan suspek telah pun diberkas pihak berkuasa bagi membantu siasatan serta kes-kes berkaitan kecurian kabel elektrik sekitar Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi hanya mengesahkan penemuan mayat itu sahaja dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kerajaan sementara wujud

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@utusan.com.my

Adnan Yaakob (kiri) melihat pertunjukan oleh anggota TLDM ketika hadir pada Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Negeri Pahang di Markas Wilayah Laut Pangkalan (TLDM) Tanjung Gelang, semalam.

KUANTAN 30 Mac - Perjalanan urusan kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang terbubar secara automatik pada 8 April ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, selepas DUN Pahang terbubar, kerajaan sementara akan diwujudkan dan segala urusan pentadbiran diteruskan sehingga pilihan raya.

"Tetapi kerajaan sementara ini tidak boleh membuat keputusan yang membabitkan beberapa perkara seperti soal dasar dan perbelanjaan baru," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Panglima Wilayah Laut 1 TLDM, Laksamana Muda Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli dan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusoff.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam beliau berkata, perbincangan kira-kira 20 minit itu telah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding.

"Tetapi senarai nama tersebut boleh ditukar mengikut kesesuaian keadaan sehingga hari penamaan calon," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, program-program tranformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri selama ini menunjukkan kebaikan kepada rakyat.

Naik taraf R&R Temerloh bermula Isnin ini

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

KUANTAN 30 Mac - Syarikat konsesi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad akan memulakan kerja-kerja menaik taraf kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh di kedua-dua arah selama tiga bulan bermula Isnin ini.

Menurut Pengarahnya, Wan Razali Muda, kerja-kerja tersebut melibatkan penutupan tandas dan surau di kedua-dua arah kawasan R&R berkenaan manakala gerai makanan, buah-buahan dan stesen minyak beroperasi seperti biasa.

"Kita memberi jaminan akan menyediakan sejumlah tandas dan surau sementara mencukupi bagi pengguna yang singgah di kawasan terbabit.

"Bagaimanapun, sebagai langkah alternatif, pengguna lebuh raya boleh memilih untuk menggunakan R&R terdekat di R&R Gambang atau Hentian Sebelah Maran yang menghala ke Kuantan.

"Bagi yang menghala ke Kuala Lumpur pula, mereka boleh membuat pilihan di Hentian Sebelah Lanchang atau Hentian Sebelah Genting Sempah," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Jelas beliau, langkah itu merupakan sebahagian daripada proses naik taraf melibatkan keseluruhan R&R dan hentian sebelah di sepanjang LPT yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun bermula di R&R Temerloh, Gambang dan terakhir di Genting Sempah.

"Langkah ini merupakan inisiatif ANIH sebagai pemegang konsesi LPT dalam usaha berterusan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya berkenaan," katanya.

Sehubungan itu, kata Wan Razali, pihaknya akan memaklumkan dari semasa ke semasa perkembangan kerja-kerja berkenaan dengan menaikkan papan tanda di lokasi terbabit untuk kemudahan orang ramai dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 09-5479111.

Gajah rosakkan tanaman kelapa sawit

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

HAIROL Azmi Musa (kiri) bersama Che Ibrahim Omar melihat pokok kelapa sawit yang rosak akibat dimusnahkan sekumpulan gajah di Felda Tekam Utara semalam.

JERANTUT 30 Mac - Para peneroka di Felda Tekam utara di sini bimbang berikutan kehadiran sekumpulan gajah yang masuk ke ladang sawit mereka sehingga merosakkan tanaman tersebut baru-baru ini.

Seorang peneroka, Khairol Azmi Musa, 44, berkata, kejadian tersebut disedari pada 26 Mac lalu dan membabitkan lapan gajah yang menceroboh dua kawasan ladang serta telah memusnahkan sebanyak 15 pokok kelapa sawit yang melibatkan kerugian RM4,000.

Menurutnya, dia menyedari kehadiran haiwan itu pada pukul 8 malam yang dipercayai datang dari arah Hutan Simpan Berkelah berdekatan dengan tanah rancangan ini.

"Kita meminta para peneroka bersatu dengan memberi kerjasama kepada pihak tertentu dalam memasang pagar elektrik di ladang masing-masing.

"Langkah itu bertujuan bagi mengelak haiwan tersebut terus memasuki ladang dan memusnahkan pokok kelapa sawit di sini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Khairol berkata, sekiranya tiada tindakan diambil, para penduduk bimbang haiwan tersebut akan memasuki kampung dan mengancam keselamatan penduduk di sini.

Bagi seorang lagi penduduk, Che Ibrahim Omar, 60, pada pukul 11 malam kejadian itu, dia bersama beberapa petugas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menghalau kumpulan gajah itu masuk semula ke dalam hutan berhampiran.

''Jika ancaman gajah ini berterusan sudah tentu peneroka akan mengalami kerugian besar.

''Oleh itu, saya menyeru peneroka di sini supaya memberi kerjasama kepada pihak berkenaan dalam usaha membina pagar elektrik untuk kebaikan bersama," katanya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Tekam Utara, Mohd. Rashid Abbas, 56, berkata, kejadian itu sudah berlarutan sejak 2009 dan kumpulan gajah tersebut akan kembali untuk mendapatkan makanan dengan musnahkan pokok kelapa sawit peneroka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Malaysia menang empat anugerah AIFFA 2013

Posted: 30 Mar 2013 11:42 AM PDT

Oleh FARHANA JONI

KUCHING 31 Mac - Malaysia membawa pulang empat anugerah dalam Anugerah dan festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013(AIIFA) menerusi lakon layar terbaik, pelakon lelaki terbaik, filem terbaik bagi kategori komedi dan aksi.

Filem Dain Iskandar berjudul Bunohan memenangi anugerah lakon layar terbaik manakala Shaheizy Sam pula diiktiraf sebagai pelakon lelaki terbaik menerusi lakonan mantapnya, Songlap.

Filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik kategori komedi manakala filem Songlap pemenang Anugerah Filem Terbaik kategori Aksi.

Lebih 100 filem tempatan termasuk lapan dari luar negara termasuk Myanmar, Singapura, Brunei, Filipina, India, Australia dan Amerika Syarikat telah dipertandingkan untuk anugerah tersebut di festival filem yang bermula sejak Jumaat lalu.

Senarai nama pemenang AIFFA 2013.

1. Lakon layar terbaik - Bunohan - Dain Iskandar Said (Malaysia)

2. Suntingan Filem Terbaik - Sang Martir - Cesa Luckmansyah (Indonesia)

3. Pengarah Fotografi Terbaik - Rayya - Rahmat Ipung Syaiful (Indonesia)

4. Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik - Bugoy Carino (Filipina)

5. Pelakon Wanita Pembantu Terbaik - Anita Linda (Filipina)

6. Pelakon Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam (Malaysia)

7. Pelakon Wanita Terbaik - Alessandra De Rossi (Filipina)

8. Filem Terbaik Komedi - Istanbul Aku Datang (Malaysia)

9. Filem Terbaik Drama - Sta Nina (Filipina)

10. Filem Terbaik Aksi - Songlap (Malaysia)

11. Pengarah Terbaik - Atambua 39 Degree Celcius (Indonesia)

12. Anugerah Semangat ASEAN - Cinta Tapi Beda (Indonesia)

13. Anugerah Khas Juri 1 - Kayan Beauties (Myamnmar)

14. Anugerah Khas Juri 2 - Rectroverso (Indonesia)

15. Anugerah Khas Juri 3 - Ada Apa Dengan Rina (Brunei)

16. Augerah Khas Juri 4 - Taxi! Taxi! (Singapura)

17. Anugerah Istimewa - Hanyut

18. Anugerah Sepanjang Hayat - Datuk Seri Michelle Yeoh

- UTUSAN ONLINE

Michelle Yeoh mahu terus aktif dunia hiburan

Posted: 29 Mar 2013 11:48 PM PDT

MICHELLE Yeoh bersama tunangnya, Jean Todt.

KUCHING 30 Mac - Bintang filem antarabangsa kelahiran Malaysia, Datuk Seri Michelle Yeoh berkata, beliau mahu terus aktif dalam industri hiburan kerana minatnya yang begitu mendalam dalam bidang itu.

Beliau secara berjenaka berkata, dengan pelbagai kejayaan yang telah dicapainya dalam industri, ia bukan merupakan petanda untuk beliau bersara.

"Saya memperoleh banyak kejayaan seumur hidup, saya harap ia bukan berupa mesej "untuk pulang sekarang", tetapi saya mengambilnya sebagai insentif untuk melakukan lebih baik. Saya mencapainya dan akan cuba untuk mencapai lebih lagi," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berada di sini sempena Anugerah Festival Filem Antarabangsa dan Asean 2013 (AIFFA) selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Yeoh dilahirkan pada 6 Ogos di Ipoh. Beliau mula terkenal apabila melakukan aksi ngeri sendiri dalam filem-filem aksi Hong Kong pada awal 1990-an.

Beliau terus menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi filem James Bond bertajuk Tomorrow Never Dies.

Beliau terus mendapat penghormatan apabila dipilih memegang watak pemimpin prodemokrasi Burma, Aung San Suu Kyi dalam filem The Lady.

Mengenai filem terbaharunya, Yeoh berkata, ia diarahkan pengarah kelahiran Korea-Amerika, Gina Kim yang kini pada peringkat postproduksi yang beliau harap dapat ditayangkan musim panas ini.

Beliau juga berkata, beliau akan melancarkan program pencarian bakat baharu bagi mencari bintang Asia.

"Kami dalam proses merancangnya, apabila kami bersedia kami akan mengumumkannya," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Pandangan dan nasihat pakar

Posted: 30 Mar 2013 02:00 AM PDT

KADANG KALA wanita malu untuk bertanyakan tentang penyakit yang mereka alami terutama jika ia melibatkan aspek kesihatan wanita.

Sebenarnya, informasi kesihatan seperti ini perlu bagi perempuan yang masih muda agar mereka dapat mengenali masalah dan penyakit yang bakal mereka hadapi serta langkah-langkah pencegahan.

Dengan adanya ruangan ini, Dr. Hamid Arshat dapat membantu mereka yang mungkin mempunyai soalan, selain berkongsi informasi mengenai penyakit yang melibatkan wanita.

Beliau yang merupakan pakar dalam bidang ini sering berkongsi maklumat dan informasi berguna sebagai panduan kepada remaja perempuan dari peringkat lebih awal.

http://www.facebook.com/hamidarshat45

Nizam Ijam Blogger versatil

Posted: 30 Mar 2013 02:00 AM PDT

WALAUPUN tidak bersua muka, namun melalui perbualan telefon dan pesanan ringkas, penulis boleh menjangka pemilik blog ini merupakan seorang yang peramah dan mudah mesra dengan orang yang baharu dikenali.

Graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang perbankan, Shahrunizam Kamarudin, 23, kini mengusahakan perniagaan dalam talian.

Dia yang mesra dipanggil Nizam menggunakan nama Nizam Ijam untuk blog kesayangannya itu. Nama itu merupakan gabungan namanya dan Ijam, panggilan ahli keluarga di rumah.

Mula berkecimpung dalam dunia blog pada tahun 2009, pelbagai pengalaman pahit dan manis telah ditempuhnya dalam menjadikan blognya sebagai wadah untuk menulis.

Melalui temu bual ini, dia sempat berkongsi tip dengan pembaca .com yang sedang menganggur agar menceburi bidang keusahawanan terutama golongan remaja. Ini kerana katanya faktor masa, tenaga dan semangat remaja yang kuat menjadi kunci kepada sebuah kejayaan.

Mari kita kenali remaja dan blogger yang bersemangat ini dengan lebih dekat lagi. - AMIRUL/MALINDA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Muflis jika pembangkang memerintah

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

MANIFESTO yang dikemukakan pembangkang tidak mempunyai cadangan yang realistik malah boleh mengakibatkan kerajaan muflis.

SEBUAH portal pro-pembangkang telah mewujudkan satu portal yang memberikan pengkhususan kepada isu perniagaan dan bidang ekonomi. Sewaktu mendengar wawancara pemilik portal ekonomi tersebut di sebuah rangkaian radio yang juga sangat 'kritis' terhadap kerajaan - penulis dapat merasakan bahawa isu ekonomi akan terus mendominasi isu di dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Portal khusus untuk isu 'perniagaan dan ekonomi' ini dikatakan mencatat angka lawatan yang luar biasa oleh pengunjung Internet. 100,000 pelawat 'unik' dalam masa sebulan. 700,000 bacaan artikel. Dikatakan juga, pembaca menghabiskan masa hampir 25,000 jam lawatan sepanjang sebulan lebih beroperasi. Mana-mana pakar media alternatif pastinya merasakan angka-angka ini adalah satu dapatan yang luar biasa. Pemilik berkenaan juga memberi gambaran bahawa rakyat sememangnya dahagakan suatu portal yang mengemukakan laporan ekonomi sebenar-benarnya bebas.

Penulis kurang percaya bahawa portal ekonomi tersebut benar-benar bebas dan tidak membawa agenda politik. Setakat beberapa kali meninjau laporan eksklusif yang dilakukan portal berkenaan, penulis semakin percaya bahawa ia 'tidak bebas' malahan mempunyai niat politik yang sangat jelas, dalam membentuk pemikiran rakyat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan suasana ekonomi negara ini.

Antara contoh yang boleh dikemukakan adalah laporan khas mengenai Petronas yang diperincikan oleh portal berkenaan. Sebanyak empat artikel khusus berkenaan Petronas dikemukakan baru-baru ini. Kesemuanya, mempunyai 'nada politik' yang seakan-akan menjadi jurucakap kepada serangan bersiri yang dilakukan terhadap Petronas di dalam manifesto yang dikemukakan oleh kumpulan politik tertentu. Empat laporan mengenai Petronas yang dikemukakan adalah seperti berikut :-

i) Petronas at crossroads (5 Mac 2013);

ii) Some serious questions for Petronas (6 Mac 2013);

iii) Should Petronas venture overseas? (7 Mac 2013);

iv) The Petronas dilemma (8 Mac 2013);

Dalam pada itu, serangan dan pengkhususan bersiri turut diberikan kepada dua entiti ekonomi lain - FGVH dan 1MDB. Kita boleh nampak dengan jelas bahawa portal ekonomi yang kononnya 'bebas' ini pada hakikatnya menjadi alat kepada serangan bersiri yang halus kepada fikrah dan perspektif ekonomi yang dilihat oleh rakyat. Mana mungkin, sebuah portal ekonomi yang 'bebas' - hanya memberikan satu laporan ringkas mengenai manifesto yang digambarkan sebagai 'diterima baik oleh pakar ekonomi' (Economists Welcome Pakatan Manifesto). Itu sahaja. Tidak ada perincian yang diberikan.

Inilah pendekatan yang digunapakai untuk mendapat perhatian dan membentuk pemikiran pengundi urban. Mereka tidak membicarakan kelemahan manifesto yang ada, sebaliknya mengambil pendekatan 'menyerang' beberapa entiti perniagaan dan ekonomi yang dirasakan menjadi teras kepada suatu pelan transformasi ekonomi jangka panjang. Manifesto mereka tidak dibicarakan secara ikhlas dan jujur, sebaliknya mengambil pendekatan untuk menyerang orang dan entiti lain.

Di mana logiknya sebuah portal 'perniagaan dan ekonomi' yang kononnya bebas, boleh terlepas pandang bahawa manifesto yang dikemukakan tidak mempunyai cadangan yang realistik. Di mana bebasnya portal berkenaan jika implikasi kewangan di dalam manifesto tidak diulas dengan jujur dan ikhlas? Nyata, pihak editorial portal berkenaan sudahpun mengambil jalan politik yang diinginkan. Portal berkenaan bukan sahaja tidak bebas - malahan bersedia menjadi lidah rasmi kepada manifesto dan cadangan ekonomi songsang dan sumbang.

Serangan Bersiri Terhadap Petronas

Serangan bersiri terhadap Petronas yang dilakukan portal berkenaan mempunyai niat politik membantu manifesto pembangkang. Kita semua tahu, antara isu yang dibangkitkan oleh mereka adalah soal royalti minyak. Modal royalti minyak ini dirasakan sangat mampu menarik perhatian rakyat di negeri-negeri tertentu. Janji manis menaikkan royalti daripada lima peratus kepada 20 peratus - dijadikan modal utama. Soalnya, apakah lima peratus ini angka yang tepat dan statik? Apakah minyak akan keluar mengalir tanpa perlu modal permulaan untuk usaha cari gali? Apakah industri minyak ini satu industri yang tidak memerlukan kajian geosains dan kejuruteraan petroleum yang terkini?

Hakikatnya, jumlah pelaburan dan belanja pembangunan untuk melaksanakan proses cari gali minyak di Sabah dan Sarawak (tahun 2011 sahaja) memerlukan sejumlah RM26.5 bilion. Ini bersamaan dengan 37 peratus kadar royalti - berbanding 20 peratus sempoa ekonomi mudah yang dicadangkan dalam manifesto pembangkang. Sebab itu, apa yang dicadangkan di dalam manifesto pada hakikatnya tidak mengambil kira soal 'pembangunan awal' - sebaliknya hanya merujuk kepada soal kemampuan berbelanja.

Dengan perbelanjaan yang sedemikian 'besar' untuk membangun lapangan minyak dan gas, idea menubuhkan syarikat minyak milik negeri memang nampak menarik di atas kertas, tetapi bukan secara realiti.

Sukar untuk kita memahami 'niat sebenar' di sebalik serangan berterusan tokoh pembangkang dan portal sekiblat mereka terhadap Petronas selama ini. Lim Guan Eng sendiri mengakui bahawa DAP sudah mula melakukan 'serangan politik' terhadap Petronas sejak tahun 1986. Pra PRU-12, DAP adalah antara parti politik yang bersungguh untuk membogelkan perbelanjaan Petronas secara total. Laporan tahunan Petronas, kepada DAP, adalah satu laporan yang tidak lengkap dan perlu ditolak. Apakah kita lupa bagaimana Tan Sri Hassan Merican perlu tampil memberi penjelasan di dalam media perdana bagi menjawab serangan berterusan kepada syarikat minyak nasional tersebut.

Ya, mungkin sahaja agaknya, serangan terhadap Petronas adalah gabungan dua 'sempoa' - politik dan ekonomi sekali gus. Bukan sangat soal ketelusan. Namun, Petronas perlu 'digambarkan' sebagai representasi sistem yang korup. Niat sebegini nyata jahat dan tidak nasionalistik sama sekali. Serangan berterusan terhadap Projek Rapid (diterajui oleh Petronas) juga mungkin berdasarkan faham sempoa yang sama.

Demikian juga manifesto khas yang dikemukakan kumpulan politik sama untuk mendapat undi di Sabah. Ia masih menggunakan pendekatan yang sama dengan apa yang dikemukakan di peringkat nasional. Sementara manifesto utama mereka kononnya menjual semangat 'Persaudaraan Rakyat' - manifesto mereka untuk negeri tersebut nyata bersifat sangat kenegerian. Pelaksanaan manifesto versi mereka akan menyebabkan Malaysia terbahagi kepada kalangan 'negeri pengeluar minyak' dan tidak. Semangat persekutuan dipinggirkan.

Sebagai rakyat, kita perlu melihat serangan serampang dua mata terhadap Petronas ini dengan lebih adil dan jelas. Jangan terlalu percaya dengan 'serangan bersiri sejak 1986', yang sebenarnya mempunyai niat memperkembang agenda politik peribadi. Individu sama, pada hari ini yang mahu tampil sebagai seorang serba kompeten, berakauntabiliti dan telus - berhadapan dengan keraguan rakyat. Individu sama, yang pernah menggila menyerang projek 'mega' berkepentingan nasional, hari ini mencadangkan projek berbilion ringgit walau ditentang oleh rakyat dan NGO setempat.

Portal ekonomi dan kalangan pembuat manifesto pembangkang perlu maklum bahawa industri minyak dan gas tidak semudah industri yang lain. Industri minyak dan gas, sedang bercakap tentang proses kejuruteraan minyak yang luar biasa kompleks. Ia memerlukan bantuan modal dan insentif berterusan oleh kerajaan. Teknologi seperti enhanced-oil recovery (EOR), eksplorasi laut dalam (deepwater exploration) dan sebagainya, memerlukan modal yang besar. Menggunakan 'sempoa' royalti 20 peratus, tanpa diimbangi dengan belanja pembangunan adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Daripada sudut ini, program transformasi ekonomi sedia ada sememangnya faham bahawa industri minyak dan gas memerlukan lonjakan yang berganda. Disebabkan itu jugalah permohonan Petronas untuk mendapat potongan cukai yang lebih bersesuaian dengan suasana industri diterima baik oleh kerajaan. Akta Pendapatan Cukai Petroleum (PITA) diberikan pengupayaan dengan pelbagai insentif yang sesuai dengan keperluan industri. Manifesto dan sempoa ekonomi pembangkang tidak sampai ke tahap yang tinggi begini.

Mengecilkan keupayaan Petronas bukanlah jalan yang bijak. Laporan Ernst & Young Global mengenai industri minyak dan gas untuk tahun 2012, menyatakan peningkatan transaksi perniagaan sebanyak 19 peratus kepada AS$402 bilion. Petronas perlu bersaing dengan syarikat minyak dunia yang bermodal jauh lebih besar. Langkah mewujudkan syarikat minyak negeri, boleh sahaja membuka ruang mergers and acqusitions syarikat asing dalam sekelip mata.

Sempoa ekonomi yang dipakai pembangkang di dalam manifesto sememangnya rosak dan tidak bersifat semasa. Ini perlu difahami oleh rakyat biasa seperti kita. Jangan mudah seronok dengan pemberian sementara yang membawa luka ekonomi bangsa dalam jangka masa yang panjang.

Nyata, menyediakan manifesto dengan memberatkan 'sempoa untung-rugi politik semberono' yang dilakukan pembangkang tidak akan membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik. Mungkin juga kerana itu, portal pro perjuangan politik mereka sendiri mengambil pendekatan diam dan membisu dalam membicarakan manifesto mereka. Kelemahan yang ketara, menyebabkan ia sebuah dokumen polisi yang gagal.

Sumber maklumat yang penulis perolehi, sempoa manifesto pembangkang akan menyebabkan negara menanggung defisit berjumlah hampir RM115 bilion. Defisit meningkat kepada 11.5 peratus. Hutang kepada KDNK akan meningkat kepada 62.1 peratus. Kesemua ini, akan pastinya menyebabkan usaha dan inisiatif lain akan bermasalah. Inilah masanya rakyat menggunakan 'sempoa politik' sendiri dan tidak terlalu terbuai dengan angan politik dan ekonomi yang tidak bertanggungjawab.

Percaturan politik pembangkang

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

PILIHAN Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukan sahaja menjadi medan kepada pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas untuk berusaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Malahan ia juga dikatakan menjadi gelanggang kepada pemimpin dan kelompok tertentu dalam parti masing-masing untuk memperkukuhkan kedudukan politik mereka.

Mungkin seperti biasa pembangkang akan menafikan semua dakwaan ini dan menggangap ia satu propaganda bagi memburuk-burukkan mereka.

Sama ada PKR, DAP mahupun Pas, tidak boleh menafikan sebagai parti politik, mereka tidak akan terlepas daripada perebutan kuasa dan usaha memperkembangkan pengaruh.

Perkembangan politik yang berlaku dalam ketiga-tiga parti itu sudah menjadi rahsia umum biar pun ia cuba ditutupi dengan pelbagai hujah.

Dalam PKR, umum mengetahui bagaimana hubungan antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan bagaimana pula hubungan antara Azmin dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam DAP pula berlaku pertembungan antara Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming dengan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran yang semakin hebat.

Pertelagahan dikatakan berpunca apabila DAP negeri yang dikuasai Koo Ham berkeras mahu meletakkan lebih ramai calon-calon Cina termasuk di kerusi-kerusi yang sebelum ini ditandingi pemimpin India DAP.

Turut tidak terlepas terlibat dalam pertelingkahan dalaman ialah Pas, apabila berlakunya pertembungan antara kumpulan ulama dan kumpulan Anwarinas.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana berlakunya pertembungan perebutan kerusi yang melibatkan ketiga-tiga parti itu.

Apa pun setakat ini sudah ada senarai calon-calon pemimpin pembangkang yang dikatakan akan bertanding.

Bagi DAP, selain Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah, bagi kerusi Ipoh Timur yang dikosongkan oleh Kit Siang ia akan ditandingi oleh Thomas Su.

Jika benar andaian ini, ia bermakna langkah itu akan menutup peluang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut-sebut akan bertanding kerusi Ipoh Timur.

Sebelum ini, Dewan Pemuda Pas Perak memberikan isyarat secara halus menolak Anwar bertanding di kerusi tersebut apabila menyatakan Pengerusi DAP, Karpal Singh lebih sesuai berada di situ.

Tegang

Apa yang menarik, nama Kulasegaran dikatakan tidak disenaraikan untuk mempertahankan kerusi Ipoh Barat sebaliknya yang disebut-sebut akan bertanding di situ bagi mewakili DAP ialah Wong Kah Woh. Kerusi Batu Gajah pula yang sebelum ini disandang oleh Fong Po Kuan dikatakan akan diserahkan kepada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V.Sivakumar.

Mungkin itu harga yang perlu dibayar oleh Kulasegaran dan Po Kuan yang dikatakan mempunyai hubungan tegang dengan Koo Ham dan Kor Ming.

Bagi PKR pula, kenyataan Wan Azizah bahawa beliau akan bertanding di salah sebuah kerusi DUN di Selangor 'menghangatkan' isu perebutan kuasa politik dalam kalangan pemimpin-pemimpin PKR di negeri berkenaan.

Sebelum ini, Khalid Ibrahim dikatakan sudah cukup tertekan berhadapan dengan mainan politik Azmin yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar jika pembangkang terus memerintah Selangor.

Namun dengan kehadiran Wan Azizah ia mewujudkan spekulasi bahawa Presiden PKR itu bakal menduduki kerusi Menteri Besar sekali gus menafikan peluang Khalid dan Azmin yang disebut-sebut kemungkinan akan bertanding kerusi Parlimen.

Walaupun langkah meletakkan Wan Azizah dilihat strategi PKR untuk menarik perhatian pengundi namun, Wan Azizah bukanlah pemimpin yang layak untuk bertanding apatah lagi menjadi orang nombor satu di Selangor.

Ini berikutan Wan Azizah sudah ditafsirkan sebagai Presiden yang lemah dan hanya menjadi perhiasan sahaja bagi sebuah organisasi. Beliau seolah-olah tidak ada suara dan kuasa kerana segala-galanya diuruskan oleh suaminya, Anwar.

Selain 'adegan politik' PKR yang agak menarik di Selangor, di Johor dan Kedah situasi juga tidak kurang hebatnya.

Dua bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disebut-sebut menjadi sandaran PKR di Johor iaitu bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein dan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Md. Hashim dikatakan akan disenaraikan bertanding di kerusi Parlimen Johor Bharu manakala Abdul Ghafir di Parlimen Pasir Gudang.

Kehadiran bekas jeneral ini dilihat usaha PKR untuk menarik undi anggota-anggota tentera bukan sahaja di Johor tetapi juga seluruh negara.

Selain itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pula dikatakan akan berubah angin untuk bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Bharu selepas dilaporkan bakal menempuh laluan sukar di kerusi yang disandangnya iaitu Parlimen Machang, di Kelantan.

Masalah

Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng yang dikatakan 'terasa hati' kerana tidak dapat bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah disebut-sebut akan diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Segamat.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah pula yang dilaporkan semakin tidak popular di Lembah Pantai dikatakan akan terus mempertahankan kerusi itu.

Namun apa yang menarik ialah kedudukan kerusi Parlimen Bagan Serai. Kerusi ini menjadi perebutan antara PKR dan Pas. Mungkin menyedari keadaan itulah, Anwar awal-awal lagi tanpa mempedulikan perasaan penyokong akar umbi Pas di kawasan itu mengumumkan Dr.Muhammad Nur Manuty akan bertanding di situ.

Tindakan Anwar itu dilihat akan memberikan masalah kepada Dr.Muhammad Nur kerana PKR sememangnya bergantung jentera Pas untuk mempertahankan kerusi itu yang sebelum ini dimenangi oleh PKR dengan majoriti 3,413 undi melalui calonnya, Muhsin Fadzil Samsuri.

Penulis difahamkan, penyokong-penyokong Pas di kawasan berkenaan benar-benar kecewa dengan tindakan PKR yang dilihat tidak menghormati kehendak mereka.

Bagi Pas pula, percaturan juga sudah dilakukan di mana pemimpin-pemimpin utama mereka dikatakan akan bertanding di kerusi-kerusi yang dianggap strategik.

Dua Exco Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan dikatakan berpindah bertanding dari DUN ke Parlimen. Husam disebut-sebut bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya manakala Takiyuddin akan bertanding di Kota Bharu.

Keadaan itu dikatakan satu percaturan oleh Pas Kelantan dalam usaha memastikan bakal pengganti Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar terdiri daripada golongan ulama. Dua nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Nik Abdul Aziz ialah Datuk Amar Nik Abdullah dan Datuk Ahmad Yaacob.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pula disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Pendang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dikatakan akan mempertahankan kerusi DUN Rhu Rendang di samping Parlimen Marang.

Bagaimanapun difahamkan Abdul Hadi dikatakan bakal menghadapi laluan sukar mengekalkan kerusi Parlimen tersebut berikutan penolakan rakyat yang semakin ketara di kawasan itu terhadap beliau.

Apa pun, senarai yang dinyatakan ini bukanlah senarai terakhir. Tidak mustahil ketiga-tiga parti itu akan melakukan perubahan menjelang pilihan raya.

Namun tidak kira apa pun langkah yang dilakukan rakyat kini semakin faham corak politik pakatan pembangkang yang segala-galanya berpaksikan kepada matlamat merebut kuasa semata-mata.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Cuba tutup kesalahan sendiri?

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

Allan Liew (tengah) memegang kain rentang bersama penduduk bagi mendesak kerajaan negeri dan ADUN Seri Kembangan memberi penjelasan berhubung kegagalan menyiapkan jalan utama di pekan berkenaan di Serdang, Selangor, semalam. - UTUSAN/SYEFRY MONIZ

SERDANG 29 Mac - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah menyalahkan Kerajaan Pusat dan agensi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung kegagalan projek pembinaan jalan utama di pekan Seri Kembangan hanya mahu menutup kesalahan sendiri.

Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Serdang, Allan Liew Sin Kim mendakwa, tuduhan Ean Yong seolah-olah pihak terlibat enggan bekerjasama bagi menyelesaikan isu itu amat mengecewakan.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya mengadakan sesi dialog bersama-sama pihak terlibat lebih awal supaya tidak timbul sebarang masalah kemudian hari.

"Sebaliknya semua itu tidak berlakukan, sedangkan agensi terlibat penting bagi kerja-kerja infrastruktur dan utiliti seperti pengalihan kabel, tiang lampu serta paip bawah tanah di tapak projek tersebut," katanya dalam sidang akhbar bagi mendesak kerajaan negeri dan Ean Yong memberi penjelasan berhubung projek tersebut yang gagal disiapkan sehingga kini.

Projek naik taraf jalan utama kepada jalan sehala yang didakwa menelan kos sebanyak RM36 juta itu telah dimulakan pada 23 Disember 2011 dan dijangka siap Mei tahun lalu.

Kegagalan projek itu disiapkan telah menyebabkan para pengguna dan penduduk sekitar terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas yang teruk setiap hari.

Menurut Allan, projek itu seolah-olah dibuat tanpa perancangan dan secara tergesa-gesa .

"Sebagai penduduk, mereka berhak untuk dilibatkan sama dalam sebarang pembangunan dan mengetahui perkembangan terkini mengenainya, tetapi dalam isu ini penduduk seolah-olah diketepikan," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau memberi tempoh tiga hari kepada Ean Yong supaya tampil memberi penjelasan mengenai projek tersebut yang didakwa mempunyai agenda tersembunyi selain ia turut melibatkan wang rakyat.

Katanya, jika gagal, satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Seri Kembangan, Tang Kim Loy berkata, ketiadaan sebarang papan tanda keselamatan diletakkan di sepanjang jalan turut mendedahkan pengguna kepada bahaya.

"Jika ada kemalangan jalan raya berlaku, siapa yang ingin bertanggungjawab? Sepatutnya keselamatan perlu diutamakan bagi melindungi para pengguna," katanya.

Isu flat empat tingkat Kg. Kerinchi jadi iktibar

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Sebahagian penduduk setempat yang hadir dalam majlis penyerahan surat tawaran kepada penduduk bagi pembangunan semula di atas tapak pangsapuri dan rumah kos rendah Sri Johor, Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan Taman Ikan Emas di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

KUALA LUMPUR 29 Mac - Penduduk Pangsapuri dan Rumah Kos Rendah Sri Johor, Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan Taman Ikan Emas, Bandar Tun Razak di sini yang masih tidak bersetuju dengan projek pembangunan semula di kawasan itu diminta mempertimbangkan semula keputusan mereka.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, mereka perlu mengambil iktibar daripada isu flat empat tingkat Kampung Kerinchi yang pembangunannya ditentang sekelompok kecil penduduk dan pada akhirnya merugikan diri mereka sendiri.

"Jangan jadi seperti mereka yang tidak bersetuju dengan projek pembangunan semula sehingga membawa kes itu ke mahkamah tetapi akhirnya mereka kalah.

"Pampasan yang diberikan oleh pemaju ketika itu lebih tinggi daripada nilai pampasan yang diputuskan mahkamah iaitu RM73,000, dan atas dasar keprihatinan kerajaan, kita masih memberikan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mereka.

"Oleh itu saya tidak mahu perkara yang sama berlaku di Bandar Tun Razak ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada penduduk bagi pembangunan semula di atas tapak pangsapuri dan rumah kos rendah Sri Johor, Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan Taman Ikan Emas, di sini hari ini.

Dalam majlis sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan anak syarikat pemaju SP Setia Bhd., Retro Highland Sdn. Bhd.

Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib mewakili DBKL manakala, Retro Highland Sdn. Bhd. diwakili Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Bhd., Tan Sri Liew Kee Sin.

Mengulas mengenai surat tawaran itu, Raja Nong Chik berkata, tempoh sebulan diberikan kepadapenduduk untuk memberi jawapan kepada DBKL.

Menurutnya, surat tawaran sebanyak 5669 yang dikeluarkan oleh DBKL itu mempunyai tiga kategori iaitu surat tawaran kepada penyewa, pemilik satu bilik dan pemilik dua bilik.

"Surat tawaran yang diberi kepada penyewa merupakan surat tawaran untuk mereka membeli satu unit rumah gantian tiga bilik dengan keluasan 800 kaki persegi pada harga RM28,000 seunit.

Sekiranya mereka menolak tawaran pembelian itu, mereka boleh terus menyewa unit rumah dengan DBKL setelah rumah siap dibina.

"Bagi pemilik satu bilik, mereka ditawarkan seunit rumah tiga bilik yang berkeluasan 800 kaki persegi sebagai gantian rumah sedia ada. Sekiranya menolak, mereka boleh memilih untuk menjual unit rumah dimiliki kepada DBKL pada harga RM14,000 dan bayaran akan dilaksanakan setelah unit rumah baru siap.

"Manakala bagi pemilik dua bilik, mereka ditawarkan seunit rumah tiga bilik berkeluasan 800 kaki persegi sebagai gantian serta insentif tambahan dalam bentuk wang berjumlah RM14,000," ujarnya.

Sebelum ini, pada 31 Oktober 2012, sebanyak 82 peratus (4,645 penghuni) penyewa dan pembeli bersetuju dengan cadangan pembangunan semula ini manakala selebihnya iaitu 18 peratus (1,024 penghuni) tidak bersetuju dan tidak mengembalikan borang bancian yang dikeluarkan DBKL.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Rakyat asing akan diusir

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff, menyampaikan anugerah kepada anaknya, Mohd. Naim yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Anak-Anak Polis di IPK Johor, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 29 Mac - Polis memberi amaran kepada rakyat asing yang bekerja di negara ini, supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak mencetuskan rusuhan atau kekacauan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Tegas Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk mengusir pulang mana-mana rakyat asing yang didapati melanggar undang-undang negara ini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mengenal pasti warga asing yang melanggar syarat bekerja di negara ini bagi membolehkan tindakan mengusir mereka dilakukan.

"Saya nak ingatkan mereka ini (rakyat asing) yang datang ke negara orang nak cari kerja. Buatlah cara nak cari kerja, jangan sibuk buat kacau, mabuk dan kacau anak dara orang sebab polis tidak akan teragak-agak ambil tindakan terhadap mereka.

"Kita akan bekerjasama dengan imigresen. Kalau ada antara mereka ini yang menyalahi undang-undang, 'bungkus' sahaja mereka dan hantar balik (negara asal)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Untuk Pegawai Kanan dan Rendah Polis Kontinjen Johor 2013 dan Anugerah Kecemerlangan Akademik Anak-Anak Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai insiden rusuhan melibatkan warga Nepal dan rakyat tempatan di asrama pekerja warga asing terbabit di Blok 20 Taman Cendana, Pasir Gudang di sini pada 24 Mac lalu.

Dalam kejadian itu, polis telah menahan 22 orang termasuk rakyat asing dan tempatan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sebelum itu pada 8 Mac lalu, satu lagi insiden rusuhan membabitkan lebih 150 rakyat asing dengan pihak pengurusan syarikat tempat mereka bekerja berlaku di sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Parit Jamil di Muar.

Rusuhan tercetus selepas pekerja asing berkenaan mengadakan mogok dan tidak mahu bekerja bagi menuntut pelaksanaan gaji minimum.

Jadikan kenaikan pangkat dorongan tingkat mutu kerja

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

JOHOR BAHRU 29 Mac - Semua pegawai dan anggota polis yang dinaikkan pangkat perlu jadikan kenaikan tersebut sebagai dorongan untuk meningkatkan mutu kerja terbaik pada masa akan datang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mereka yang menerima insentif itu juga perlu memberikan yang terbaik dalam menggalas tanggungjawab sekali gus membalas kepercayaan diberi pucuk pimpinan pasukan.

''Apabila sudah naik pangkat, tanggungjawab juga semakin besar.

''Jadi saya berharap mereka ini dapat menjalankan amanah yang diberikan dan tidak lupa untuk menjaga nama pasukan dan sebarang tindakan dibuat juga mengikut lunas undang-undang,'' katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Untuk Pegawai Kanan dan Rendah Polis Kontinjen Johor 2013 dan Anugerah Kecemerlangan Akademik Anak-Anak Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Selain itu katanya, mereka juga diharap dapat melakukan tugas dengan berkualiti dan berintegriti.

Pada majlis itu, seramai 11 pegawai dan 227 anggota polis, masing-masing menerima kenaikan di dalam pelbagai pangkat.

Sementara itu, salah seorang penerima anugerah ialah anak Mohd. Mokhtar sendiri iaitu Mohd. Naim.

Pelajar Maktab Sultan Abu Bakar itu mendapat 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Dia yang mengambil aliran Sains menzahirkan ucapan terima kasih terutama kepada ibu, Datin Bibi Zakiah Meraslam dan ayahnya serta guru-guru yang banyak memberi bimbingan kepadanya sehingga mampu mencapai keputusan cemerlang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Tidak tahan bau busuk kilang baja

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada penduduk mengadakan perhimpunan aman membantah operasi sebuah kilang memproses baja yang didakwa menyebabkan pencemaran bau di Kawasan Perindustrian Silibin di Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 29 Mac - Penduduk di enam taman perumahan berhampiran kawasan Perindustrian Silibin di sini mendesak pihak berkuasa menangani masalah bau busuk berpunca daripada kilang memproses baja yang beroperasi di kawasan itu sejak empat bulan lalu.

Tindakan pemilik kilang tersebut menjadikan sebuah lagi premis lain sebagai tempat memproses bahan berkenaan lebih memburukkan keadaan kerana kawasan perumahan terbabit dicemari bau najis ayam.

Seorang penduduk, Nelson Ng, 60, mendakwa, akibat menghidu bau busuk tersebut, isterinya mengalami jangkitan paru-paru dan terpaksa dibedah kerana dijangkiti bakteria akibat menghidu udara kotor dan tercemar.

"Bayangkan sejak Disember lalu setiap hari kami terpaksa menghidu bau yang sangat busuk umpama bau mayat. Keadaan lebih buruk apabila musim hujan dan angin bertiup kencang kerana bau merebak ke seluruh kawasan perumahan.

"Pekerja di kilang saya turut merungut dan tidak mahu bekerja lebih masa gara-gara tidak tahan dengan bau busuk itu," katanya.

Nelson ditemui selepas mengadakan bantahan bersama kira-kira 100 lagi penduduk di hadapan kilang berkenaan hari ini.

Dalam perhimpunan yang berlangsung hampir 10 minit tersebut, penduduk terbabit yang tinggal di Taman Silibin, Taman Silibin Ria, Taman Pertama, Taman Utama, Taman Tinggi dan Taman Risha membawa sepanduk tertera Tak Nak Kilang Berbau Busuk.

Seorang lagi penduduk, Sarban Singh, 58, berkata, akibat bau busuk yang meloyakan itu, dia dan keluarganya yang baharu tinggal di Taman One Utama dekat sini berasa amat tidak selesa dan sering mengalami sesak nafas.

"Saya membeli rumah bernilai RM600,000 di kawasan belakang kilang itu. Meskipun duduk di rumah yang selesa, namun bau busuk itu amat tidak menyenangkan kami sekeluarga.

"Anak saya sendiri yang pulang bercuti pada setiap hujung minggu enggan pulang ke rumah lagi akibat tidak tahan dengan bau tersebut. Saya amat berharap pihak bertanggungjawab dapat bertindak, kasihanilah kami," katanya.

Jirannya, Chin Wei Asiung, 27, pula berkata, pencemaran bau yang berlaku perlu diatasi segera kerana keadaan itu menjejaskan kesihatan terutama kepada kanak-kanak dan warga emas.

"Penduduk telah menghantar surat bantahan kepada kilang tersebut tetapi tidak diendahkan. Kita berhasrat merujuk masalah ini kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan membuat laporan polis jika kilang tersebut terus beroperasi," katanya.

50,000 bakal meriahkan Hari Terbuka ATM

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Md. Dzahir Abd. Rashid (belakang, di tengah) bersama para pegawai 2 Briged menyampaikan risalah Hari Terbuka ATM kepada orang ramai sewaktu kempen publisiti aktiviti berkenaan di Padang Polo, Ipoh, kelmarin.

IPOH 29 Mac - Orang ramai yang berminat untuk mencuba sendiri senjata serta peralatan perang anggota keselamatan negara dipelawa memeriahkan Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan diadakan selama dua hari bermula 6 April depan.

Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid berkata, program yang diadakan sempena Hari Sukarelawan Komuniti Ketenteraan (MCVD) itu akan diadakan serentak di 39 kem di seluruh negara.

Beliau berkata, sebanyak 50,000 pengunjung disasarkan hadir memeriahkan program yang akan diadakan di tiga lokasi di Perak iaitu di Kem Syed Putra, Tambun; Stadium Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut serta di Padang Esplanade, Taiping.

Menurut Md. Dzahir, program yang bertemakan Tentera dan Rakyat Sentiasa Bersama itu antara lain bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara anggota keselamatan negara bersama masyarakat.

"Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran statik melibatkan peralatan ketenteraan serta pameran helikopter Nuri akan diadakan. Kita mahu rakyat daripada seluruh kaum hadir memeriahkannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang mempromosikan program tersebut kepada orang ramai di sekitar Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Hari Sukarelawan Komuniti Ketenteraan yang dianjurkan sebagai kesinambungan program My Beautiful Malaysia, akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuantan, Pahang pada 6 April depan.

Di Perak, Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir akan merasmikan program tersebut di Pangkalan TLDM Lumut manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim pula akan menyempurnakan majlis perasmian di Padang Esplanade Taiping dan Kem Syed Putra.

Dalam pada itu, Md. Dzahir berkata, pelbagai program lain telah diatur termasuklah sukan rakyat melibatkan anggota tentera dan masyarakat merangkumi tiga kategori iaitu dewasa, kanak-kanak serta pasangan.

Beliau berkata, pihak tentera turut menganjurkan program khidmat masyarakat seperti derma darah serta pemeriksaan pergigian dan kesihatan dengan kerjasama Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

"Selain itu, terdapat juga acara senamrobik, persembahan kugiran dan artis jemputan, tarian kebudayaan serta cabutan bertuah," kata beliau lagi.

Gembira dapat rumah baharu

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Toh Chin Leong menunjukkan rumah baharu yang dibina untuk Sukri Mat (tengah) dan ibunya, Rahimah Hamid (di atas kerusi roda) menerusi program MyHome di Jalan Kolam Air, Cherok Tok Kun, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 29 Mac - Seorang buruh di Jalan Kolam Air, Cherok Tok Kun di sini gembira apabila rumah pusaka keluarganya yang berusia 80 tahun terpilih menerima bantuan pembinaan dan baik pulih oleh IJM Land Berhad melalui program MyHome.

Rumah baharu itu siap dibina oleh IJM Land Berhad pada penghujung tahun lalu dengan kos RM25,000.

Sukri Mat, 45, berkata, dia bersama tiga anaknya kini tinggal dengan selesa setelah rumah papan dua tingkat yang sudah uzur digantikan dengan rumah baharu.

"Banyak bahagian dalam rumah lama telah reput dan bumbung kerap bocor setiap kali hujan.

"Bagaimanapun saya lega kerana permohonan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan beberapa tahun lalu diterima dan IJM Land sudi membina rumah baharu untuk kami," katanya pada majlis penyerahan rumah itu di Jalan Kolam Air, Cherok Tok Kun di sini semalam.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengurus IJM Land Berhad Wilayah Utara, Toh Chin Leong.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Bahagian Korporat) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdullah Abdul Rahman.

Kata Sukri, sebelum rumahnya dibaiki oleh IJM Land, ibunya Rahimah Hamid, 75, turut menetap di situ tetapi kini tinggal bersama kakaknya, Kamisah Mat, 49, di Kulim, Kedah kerana masalah kesihatan.

"Saya hanya buruh di Jabatan Pertanian dengan pendapatan RM800 sebulan dan menggunakan sebahagian gaji untuk membiayai sekolah anak dan kos perubatan ibu.

"Dengan bantuan rumah baharu ini saya tidak lagi bimbang dengan masalah kerosakan dan kebocoran apabila tiba musim hujan," jelasnya yang sudah berpisah dengan isterinya sejak beberapa tahun lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Jualan pasar tani RM8.3j 2013

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
utusanmelaka@utusan.com.my

Latipah Omar serta pengunjung tertarik dengan aksi seekor beruk memetik buah kelapa pada majlis pelancaran Karnival Pasar Tani, di Pusat Transformasi Bandar,Jalan Hang Tuah, di Melaka, kelmarin.

MELAKA 29 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menyasarkan jumlah hasil jualan pasar tani di negeri ini antara RM8 juta dan RM8.3 juta sepanjang tahun ini.

Pengarah FAMA negeri, Mohd. Nawi Othman berkata, sasaran itu dibuat berikutan jumlah hasil jualan sebanyak RM7.86 juta bagi keseluruhan 17 pasar tani melibatkan 230 peserta tahun lalu.

"Bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu antara Januari dan Februari lalu, jumlah jualan pasar tani di seluruh negeri adalah RM1.36 juta melibatkan sebanyak 18 buah pasar tani dengan jumlah peserta seramai 260 orang.

"Tahun ini terdapat pertambahan satu lagi pasar tani iaitu di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang yang dibuka pada 10 Mac lalu,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Karnival Pasar Tani di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah di sini semalam.

Hadir merasmikan karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Latipah Omar.

Karnival yang dijangka dihadiri oleh 5,000 pengunjung itu melibatkan seramai 55 usahawan dan 70 gerai pelbagai jualan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, produk industri asas tani dan produk makanan.

1Malaysia platform belia hayati perpaduan

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Abdul Samad Ibrahim (kanan) menyerahkan replika cek tajaan akhbar Utusan Malaysia bagi Program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia 2013 kepada Zairina Lubis Nordin (kiri) di Pejabat Pusat Khidmat Barisan Nasional di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam.

KUALA PILAH 29 Mac - Kira-kira 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia 2013 yang diadakan di padang Sekolah Yam Tuan Hitam, Terachi dekat sini sehingga Ahad ini.

Program tiga hari yang bermula hari ini anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti itu turut mendapat kerjasama dari pelbagai agensi swasta dan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Samad Ibrahim berkata, program tersebut menjadi platform untuk menarik minat belia menghayati erti perpaduan dan kesejahteraan negara.

"Program ini memberi peluang kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang diyakini dapat meningkatkan kebolehan mereka untuk bergaul dan berkomunikasi.

"Secara tidak langsung, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk dan memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum," kata beliau.

Abdul Samad berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan replika cek kepada Eksekutif Jualan Utusan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Zairina Lubis Nordin di Pejabat Pusat Khidmat Barisan Nasional di Kuala Pilah di sini hari ini.

Program yang bermula pukul 8 pagi sehingga 11 malam setiap hari menawarkan pelbagai aktiviti termasuk kegiatan sukan selain persembahan artis popular dan kebudayaan.

Antara artis ternama yang akan memeriahkan acara berkenaan ialah Ramli Sarip, Datuk Hattan, Black, Najwa Latif dan pelawak Eby Yus.

Tidak ketinggalan forum perdana, Senamrobik 1Malaysia, pertandingan tarik tali, karaoke selain penyediaan gerai pameran membabitkan pelbagai agensi juga diadakan.

Menurut beliau lagi, penganjur juga akan melancarkan Tabung Perwira Lahad Datu bagi tujuan mengutip sumbangan daripada pengunjung fiesta berkenaan.

Orang ramai yang menghadiri Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia 2013 juga akan menerima akhbar Utusan Malaysia yang akan diedarkan secara percuma sepanjang program tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved