Sabtu, 30 Mac 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pas Kelantan mahu bina stadium bertaraf Olimpik

Posted: 30 Mar 2013 02:59 AM PDT

REPLIKASI stadium yang akan dibina oleh kerajaan Pas Kelantan di kaki Bukit Merbau, di pedalaman Pasir Puteh dan sejauh tiga kilometer dari jalan utama, yang majlis pecah tanahnya dirasmikan oleh Menteri Besar, di Pasir Puteh, Kelantan hari ini. - UTUSAN

PASIR PUTEH 30 Mac -2013 Replika Stadium Kelantan .. Slug -Stadium Hebat Pemberita RODELIO JUNJUN TAUCAN (yul) pix: ROSNI MASRI ">

PASIR PUTEH 30 Mac - Meskipun telah banyak projek mega yang dilancarkan Kerajaan Pas Kelantan masih gagal ditunaikan, ia tidak menghalang Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melancarkan satu lagi projek mega iaitu sebuah stadium bola sepak antarabangsa yang setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China atau lebih dikenali sebagai stadium sarang burung.

Selain stadium berkapasiti 45,000 tempat duduk itu, Kerajaan Pas Kelantan berjanji akan membina sebuah bandar sukan di situ yang turut menempatkan sebanyak 300 unit rumah mampu milik, hotel, kawasan perniagaan serta beberapa unit rumah mewah di kaki bukit.

Majlis pecah tanah projek bernilai RM320 juta itu dilancarkan di kaki Bukit Merbau, iaitu sebuah kawasan hutan seluas lebih 100 hektar di pedalaman Pasir Puteh dan terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan utama.

Nik Abdul Aziz berkata, stadium tersebut adalah lebih hebat daripada mana-mana stadium terkemuka di dunia kerana ia turut mempunyai lapan buah surau bagi memudahkan umat Islam menunaikan sembahyang ketika menonton perlawanan bola sepak.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan bila projek itu dijangka siap sebaliknya rakyat diminta agar menaruh keyakinan projek itu akan berjaya.

"Saya hari ini begitu sekali gembira. Saya guna suara terlalu kuat tadi sampai saya letih sangat dan tidak lalu makan kerana selera makan sudah tiada sebab suara guna kuat sangat dan hati suka sangat," katanya ringkas ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Projek Stadium Negeri Kelantan di sini hari ini.

Majlis pecah tanah itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood. - UTUSAN

KPT mahu perkasa bidang keusahawanan di politeknik

Posted: 30 Mar 2013 02:56 AM PDT

KOTA BHARU 30 Mac. - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Pusat Keusahawan Politeknik Malaysia (MPEC) memperkenalkan Pelan Strategik dan Tindakan dalam usaha memperkasa bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar politeknik di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, pelan jangka pendek tersebut berlangsung dalam tempoh dua tahun bermula sekarang dan akan berakhir pada 2015 nanti.

Menurutnya, melalui pelan tersebut pihaknya mahu memberikan pendedahan dan memupuk budaya usahawan dalam kalangan pelajar politeknik agar mereka menjadikan bidang berkenaan sebagai pilihan selepas tamat pengajian kelak.

"Usaha ini mampu dicapai dengan sokongan seluruh warga politeknik di seluruh negara dan kita perlu bersatu bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan dengan baik.

"Menerusi pelan ini juga semua pelajar yang terlibat akan didedahkan dengan program berimpak tinggi agar usahawan yang kita lahirkan mampu berdaya saing sebaik mungkin.

"Pihak KPT menyediakan pelbagai bantuan dana kepada mereka yang mahu menjayakan program keusahawanan selain pembiayaan oleh agensi kewangan di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberit pada Majlis Pelancaran Tahun Keusahawanan Politeknik Malaysia di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini. - UTUSAN

LIMA 2013 catat kejayaan, tarik 185,000 pengunjung - Zahid

Posted: 30 Mar 2013 02:10 AM PDT

Oleh KHAIRULANUAR YAHYA

LANGKAWI 30 Mac - Penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 mencatatkan kejayaan apabila berjaya menarik lebih 185,000 pengunjung melebihi daripada 150,000 yang disasarkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 81,390 mengunjung pameran miritim manakala 32,000 lagi di pameran udara.

Menurut beliau, LIMA 2013 juga dianggap mencapai kejayaan apabila mencatatkan peningkatan dari segi jumlah dan nilai aset yang dipamerkan.

"LIMA 2013 juga merupakan pameran ketiga terbesar seumpamanya di dunia. Ia merupakan kejayaan yang cukup bermakna kepada negara," kata beliau pada sidang akhbar penutup LIMA 2013 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, penganjuran LIMA 2015 juga akan dilangsungkan pada musim cuti persekolahan pada bulan Mac manakala jumlah pengunjung awam tidak akan dilanjutkan lebih daripada dua hari seperti sebelum ini.

"Tiga elemen diambil kira dalam mengadakan LIMA iaitu membawa individu ditahap membuat keputusan bagi meningkatkan nilai, kedua menjemput pemain industri di seluruh dunia bagi meningkatkan perniagaan mereka di negara masing-masing. Sementara elemen ketiga, pemadanan perniagaan juga dilakukan oleh pengunjung perniagaan," katanya.

Jelasnya, tiga elemen tersebut yang membezakan LIMA dengan pameran lain.

Pihak penganjur mensasarkan 200,000 pengunjung awam dan 40,000 pengunjung perniagaan pada LIMA 2015. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved