Ahad, 20 April 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


MH192: Polis siasat termasuk unsur sabotaj - KPN

Posted: 20 Apr 2014 08:55 PM PDT

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

PUTRAJAYA 21 April - Pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap segala kemungkinan termasuk kemungkinan unsur sabotaj berhubung kejadian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang berpatah balik akibat masalah teknikal, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan melakukan segala yang perlu untuk menyiasat kes tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya polis menyiasat kemungkinan wujudnya unsur-unsur sabotaj dalam kejadian itu. - UTUSAN ONLINE

Tiga maut, termasuk bayi dalam kemalangan di Klang

Posted: 20 Apr 2014 08:49 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KLANG 21 April - Tiga maut termasuk seorang bayi berusia lapan bulan dalam kejadian kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Haji Abdul Manan, Kapar di sini pukul 9.20 malam tadi. - UTUSAN ONLINE...
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Hyundai Santa Fe

Posted: 20 Apr 2014 11:57 AM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my

Daripada sudut belakang, saiz Hyundai Santa Fe tetap kelihatan besar dan perkasa yang menyerlahkan maskulinitinya.

ANTARA faktor pendorong untuk orang ramai membeli sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz besar ialah kapasitinya boleh membawa enam hingga tujuh orang sekali. Bermakna satu keluarga dengan pembantu rumah boleh diangkat sekali.

Faktor lain ialah kekuatan enjin dan keselamatan daripada dihimpit atau dibuli kereta lain.

Santa Fe menawarkan dua pilihan enjin iaitu R2.2E-VGT versi diesel dan Theta ll 2.4 MPI versi petrol.

Enjin diesel R2.2VGT mempunyai 197 kuasa kuda (hp) pada 3,800 rpm sehingga 436Nm kilasan tenaga pada 1,800 hingga 2,500 rpm, manakala Theta ll 2.4 MPI menghasilkan 176 kuasa kuda pada 6,000 rpm sehingga 226Nm kilasan tenaga pada 3,750 rpm.

Semua enjin Santa Fe dipasang transmisi enam kelajuan automatik bersama SHIFTRONIC - kawalan manual. Santa Fe ini dianggap SUV bersaiz besar kerana ia menawarkan tujuh tempat duduk.

Reka bentuk Santa Fe menampilkan imej Hyundai sebelum ini iaitu menggabungkan gril enam segi (heksagon); bahagian hadapan 'sporty'; bumbung panorama yang luas; lampu tinggi HID dan LED di spoiler belakang dengan lampu henti berbingkai tinggi - yang seterusnya memberikan imej SUV yang maskulin.

Model terbaru ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ESP (Electronic Stability Programme), VSM (Vehicle Stability Management), HAC (Hillstart Assist Control), TCS (Traction Control System), DBC (Downhill Brake Control) and BAS (Brake Assist System). Ciri lain yang menyeronokkan pemiliknya ialah Smart Key & Engine Start/Stop button, Cruise Control, Rain Sensors, dua pendingin udara automatik sepenuhnya dan sistem Electronic Parking Brake.

Satu ciri unik Santa Fe ialah perakam video Pemanduan Selamat iaitu alat kamera yang diletak di hadapan cermin depan untuk merakam perjalanan. Andai berlaku kemalangan atau rompakan, rakaman video ini boleh membantu. Kamera ini menggunakan kad memori dan data filemnya boleh dimuat naik ke komputer.

Satu lagi ciri ialah Flex Steer, yang mengawal berat dan rasa kemudi roda (steering wheel) yang didatangkan dalam tiga mod iaitu Comfort, Normal and Sport.

Pembeli Santa Fe juga akan menerima Kad Pemimpin (The Leader Card) yang memberikan mereka akses kepada perkhidmatan premium dan gaya hidup.

Ini merangkumi kadar istimewa di hotel dan restoran terpilih, perkhidmatan 5 bintang dari pusat 3S Hyundai dan juga pusat pakar penjagaan kesihatan. Pakej ini lazimnya ditawarkan pada kenderaan sangat mewah dan bukan pada paras harga ditawarkan oleh Santa Fe.

Untuk setiap enjin, HSDM menawarkan 2 jenis varian iaitu spesifikasi rendah Elegance dan spesifikasi tinggi Executive Plus. Harga 2013 Hyundai Santa Fe bermula daripada RM163,888 sehingga RM189,888.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tutor pengukuh persediaan hadapi UPSR

Posted: 20 Apr 2014 11:57 AM PDT

Wahid Hashim menyampaikan kata laluan sistem pembelajaran atas talian adaponline kepada Norhayati Husen selepas taklimat tentang penggunaannya di SK Bendahara Seri Maharaja, Kandang, Melaka baru-baru ini.

Kesemua 13 sekolah Pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) di seluruh negara menggunakan akhbar pendidikan Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk mengukuhkan dan memantapkan persediaan menduduki peperiksaan itu.

Bagi memastikan Tutor UPSR digunakan secara intensif dan efektif, Unit Pendidikan Utusan Malaysia mengadakan jelajah ke sekolah terbabit untuk memberi penerangan tentang tatacara penggunaanya.

Baru-baru ini, jelajah ini singgah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jorak, Muar, Johor dan SK Bendahara Seri Maharaja, Kandang, Melaka.

Dalam taklimat kendalian Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim itu, guru didedahkan terhadap penggunaan Tutor UPSR secara intensif sebagai bahan pengukuhan, pengayaan dan bimbingan.

Taklimat itu memberi penekanan kepada prinsip latih tubi dari aspek kuantitatif dan kualitatif supaya Tutor dapat memberi impak yang maksimum kepada program kecemerlangan akademik di sekolah.

Guru Penolong Kanan 1 SK Jorak, Mohd Fuad Saat berkata, taklimat itu berjaya memberi panduan kepada guru dan pelajar cara penggunaan Tutor yang betul dan berkesan.

"Tajaan TNB ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana kandungan akhbar tersebut amat baik manakala konsep latih tubi yang diperkenalkan oleh Tutor memang boleh membantu persediaan pelajar menghadapi peperiksaan selain menambah bahan untuk proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) guru di sekolah," katanya.

Buat masa ini, katanya, para pelajar akan menggunakan Tutor secara kendiri dengan mengulang kaji di rumah manakala di sekolah guru akan membuat pemantauan bagi memastikan bahan Tutor ini digunakan semaksimum mungkin.

Selain akhbar, semua calon UPSR 2014 di 13 sekolah Pintar TNB turut menerima kata laluan untuk mengakses sistem pembelajaran atas talian, adaponline.

Sementara itu, di SK Bendahara Seri Maharaja seramai 20 orang cikgu termasuk Guru Besarnya, Norhayati Husen mengikuti taklimat yang sama.

Menurut Norhayati, Tutor banyak membantu persediaan menduduki peperiksaan UPSR khusus sebagai bahan tambahan untuk latih tubi.

"Kami amat berbesar hati dengan latihan dalam adaponline yang diberi khusus kepada sekolah program Pintar TNB kerana pendekatan ini lebih menarik minat murid masa kini yang sememangnya mahir serta suka kepada aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi," katanya.

Jelajah Tutor TNB akan diteruskan ke baki tiga sekolah iaitu SK Kuala Pomson, Hulu Langat, Selangor; SK Kota Perdana, Muadzam Shah, Pahang dan SK Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan.

MRSM Gemencheh berbakti di China

Posted: 20 Apr 2014 11:57 AM PDT

Seramai 33 penuntut dan tiga orang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh program Ulul Albab, Negeri Sembilan menyertai sebuah Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa Beijing-Tianjin di China, baru-baru ini.

Guru pengiring, Noor Jameelah Buran berkata, objektif utama program ini lebih cenderung ke arah menghasilkan generasi muda yang mampu menjana minda dengan menyaksikan sendiri budaya serta kehidupan masyarakat Islam di kota Tianjin dan Beijing di China.

"Selaras dengan matlamat program Ulul Albab iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik, kami telah diberi ruang untuk mengaplikasikan ketiga-tiga elemen ini sepanjang program khidmat masyarakat tersebut dijalankan.

"Bagi elemen pertama iaitu Quranik, kami telah berjaya mengkhatamkan bacaan 30 Juzuk al-Quran manakala elemen Ensiklopedik pula diaplikasikan apabila memperoleh banyak ilmu pengetahuan ketika melawat banyak tempat bersejarah dan menarik di sekitar kota Beijing di China.

"Elemen Ijtihadik dapat dilihat menerusi aktiviti pendakian Tembok Besar China," jelasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Program selama tujuh hari lima malam itu padat dengan pelbagai aktiviti antaranya khidmat masyarakat di Grand Mosque Tianjin, Dongsi Mosque dan Fa Yuan Mosque selain melawat Tea Factory, Forbidden City, Galeri Jade, Silk Street, Russian MArket dan Summer Palace.

Selain memberi khidmat masyarakat, MRSM Gemencheh turut menyampaikan sumbangan naskhah Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris kepada masjid terbabit.

Pengarah program, Muhammad Hakeem Kamarul Sahrin, 17 berkata, melihat Grand Mosque yang tersergam indah di tengah kota Tianijin yang dikelilingi oleh persekitaran yang sememangnya terdedah kepada pelbagai cabaran membuatkannya berfikir berkali-kali akan keteguhan jati diri masyarakat Islam di Tianjin.

"Kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai suasana yang mendukung kita ke arah cara hidup Islam yang sebenar sepatutnya merenung kembali akan kenikmatan yang telah Allah kurniakan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Ziarah rakyat sampai ke rumah

Posted: 20 Apr 2014 11:57 AM PDT

SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

Mohd. Sohaimi Jusoh (kanan) bertanya sesuatu kepada salah seorang pesakit Parkinson, Fatimah Osman, 71, dalam program ziarah rumah ke rumah penduduk yang mengalami penyakit kronik di Paya Bungor, Kuantan, baru-baru ini. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 20 April - Program pemimpin menziarahi rakyat dari rumah ke rumah akan terus dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar di sini supaya dapat memberi peluang kepada rakyat di akar umbi menyampaikan masalah yang dihadapi mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd. Sohaimi Jusoh berkata, program ziarah penduduk yang mengalami masalah penyakit kronik itu memberi kesan baik kepada rakyat dan juga UMNO sendiri.

"Dalam setiap kunjungan, kita akan membawa sekali agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) untuk membantu jika ada sebarang masalah yang dihadapi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dari rumah ke rumah penduduk berpenyakit kronik di sekitar Paya Bungor, di sini baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Penerangan negeri itu mengadakan lawatan ke empat buah rumah penduduk yang mengalami penyakit kronik.

Kata beliau, untuk bulan ini sahaja pihaknya mengadakan lawatan ke kira-kira 100 rumah penduduk yang mengalami masalah penyakit kronik.

"Insya-Allah program ini akan diteruskan apabila mendapat maklumat daripada pihak JKKK," katanya.

Menurut beliau, program seperti itu sangat baik kerana memberi peluang kepada pemimpin bertemu sendiri dengan rakyat.

Beliau berkata, kaedah itu juga memberi peluang kepada rakyat di akar umbi menyampaikan sendiri masalah dihadapi kepada pemimpin tempatan secara terus tanpa sekatan.

Perkukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

Posted: 20 Apr 2014 11:57 AM PDT

MARAN 20 April - Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu di negara ini perlu diperkukuhkan sejajar dengan kedudukan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, peranan itu dilihat sebagai amanah besar yang perlu dilaksanakan oleh semua warganegara.

Menurutnya, paling utama adalah ketegasan pemimpin negara yang meletakkan peranan bahasa Melayu sebagai satu keutamaan pembinaan negara bangsa.

"Dalam konteks sejarah, bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa dan dominan sekitar abad ke 15 dan beberapa abad lalu membuktikan bahasa Melayu hebat.

"Namun ketika ini bahasa tersebut menghadapi pelbagai cabaran untuk kembali dominan sebagai bahasa antarabangsa yang dikagumi dan dituturkan pelbagai etnik serta bangsa lain di dunia," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam kolokium 152: Hari Memperingati Pejuang Bahasa 2014 di Dewan Seminar Pejabat Pendidikan Daerah Maran, di sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Ketua Satu Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Prof. Datuk Dr. Muhd. Mansur Abdullah dan Pengerusi DPMP Maran, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil.

Awang berkata, tempias globalisasi memberi kesan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penduduk di negara ini berdasarkan kepada polemik keyakinan keupayaan bahasa itu sebagai bahasa ilmiah.

"Malah lebih malang wujud usaha untuk mengubah persepsi gemilang bahasa Melayu yang kononnya lemah dan layak digunakan di pasar-pasar malam dan sebagainya.

"Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita meletakkan kembali taraf dan peranan bahasa Melayu pada kedudukan sebenar yang termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan," tegasnya.

Katanya, mekanisme penguatkuasaan dan tindakan perlu supaya sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan dipandang serius oleh semua pihak, sama dengan tindakan kepada orang yang melanggar undang-undang negara.

Warga emas menghidap barah otak dua kali

Posted: 20 Apr 2014 11:57 AM PDT

Wan Azlan Wan Salleh (duduk, kanan) bertanya sesuatu kepada Habsah Ismail yang menghidap ketumbuhan otak ketika melawat warga emas itu di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 20 April - Nasib seorang warga emas bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila dia disahkan menghidap kanser di bahagian belakang kepala selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otak awal tahun ini.

Habsah Ismail, 58, dari Kampung Chengal Lempong di sini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian kiri kepalanya pada Januari lalu tetapi sebulan kemudian ketumbuhan tersebut berjangkit ke bahagian belakang kepala pula.

Anaknya, Rozita Mat Din, 38, berkata, dia menyangka pembedahan membuang ketumbuhan tersebut dapat menyelamat nyawa ibunya.

"Tetapi sekarang ibu terpaksa menjalani 21 sesi rawatan kemoterapi. Doktor tidak mahu ambil risiko melakukan pembedahan sekali lagi," katanya yang ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Rozita yang merupakan anak kedua daripada lapan adik beradik itu menjaga ibunya sejak disahkan menghidap penyakit berkenaan.

Sementara itu Rozita berkata, pada peringkat awal, ibunya mengalami masalah penglihatan dan apabila dibawa ke hospital, doktor mengesahkan ada ketumbuhan di otak dan pembedahan perlu dilakukan.

Katanya, bagi kes terbaharu pula, ibunya akan menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) hujung bulan ini untuk melihat keadaan ketumbuhan sama ada aktif atau tidak.

"Saya berulang alik setiap minggu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk membolehkan ibu saya mendapatkan rawatan kemoterapi.

"Memang banyak belanja yang digunakan untuk ulang alik selain kos rawatan ibu," katanya.

Dalam pada itu, penderitaan yang ditanggung Habsah mendapat perhatian Yang Dipertua Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Insan Seluruh Pahang (Bakkiss), Wan Azlan Wan Salleh yang berharap pihak bertanggungjawab dapat membantu warga emas itu dari semua sudut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Korban feri karam meningkat kepada 54

Posted: 20 Apr 2014 11:57 AM PDT

JINDO, Korea Selatan 20 April - Pasukan mencari dan menyelamat menemukan 13 lagi mayat penumpang feri Sewol yang karam di kawasan perairan di selatan negara ini lima hari lalu, meningkatkan angka korban dalam kejadian tersebut kepada 54 orang.

Lebih 200 penumpang feri itu, yang membawa seramai 462 orang, kebanyakannya pelajar sekolah menengah masih belum ditemui.

Lebih 174 orang berjaya diselamatkan, namun harapan untuk menemui mangsa yang hilang semakin tipis.

Para pegawai, hari ini berkata, mayat-mayat tersebut ditemukan selepas unit penyelam berjaya memasuki bahagian dalam feri tersebut selepas gagal berbuat demikian sejak tiga hari lalu ekoran arus ombak yang kuat.

Agensi berita Associated Press melaporkan maklumat lanjut tentang bagaimana mayat-mayat itu dikeluarkan dari dalam feri tersebut masih belum diketahui.

Ketua Pusat Pengurusan Kecemasan, Shin Won-nam berkata, operasi menyelamat itu mungkin memakan masa selama beberapa bulan untuk ditamatkan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Korea Selatan mahu melanjutkan tempoh penahanan kapten dan dua kru feri itu, selama 10 hari lagi ketika mereka cuba menentukan punca kemalangan tersebut.

Kapten feri, Lee Joon-seok, 69, dan dua anak kapal ditahan semalam oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Pendakwa Raya, Yang Joong-jin berkata, pihaknya dimaklumkan beberapa kru tidak mendapat sebarang latihan keselamatan.

"Kami kini cuba menyiasat jika berlakunya lebih banyak perkara melibatkan kecuaian dalam nahas ini," katanya pada sidang media di Mokpo, hari ini. - REUTERS

Arab Saudi kesan 7 lagi kes MERS-CoV

Posted: 20 Apr 2014 11:57 AM PDT

JEDDAH 20 April - Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesan sebanyak tujuh lagi kes Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) di sini, termasuk dua orang yang meninggal dunia akibat penyakit itu.

Akhbar, Saudi Gazette yang memetik jurucakap kementerian itu, Dr. Khalid al-Marghalani melaporkan, kementerian berkenaan menjangkakan penyelidik antarabangsa akan melawat negara ini sebelum akhir bulan ini untuk mengadakan rundingan berkenaan kes jangkitan yang semakin meningkat.

Kementerian Kesihatan mencatatkan sejumlah 76 kematian daripada 231 kes MERS-CoV di Arab Saudi sejak virus itu dikesan pada 2012.

Dalam satu kenyataan semalam, kementerian itu menjelaskan bahawa mereka bekerjasama dengan pelbagai badan bagi mendapatkan maklumat tentang jangkitan virus itu dan langkah untuk mengubati MERS-CoV.

Sementara itu, kerajaan Filipina mengumumkan langkah pencegahan terhadap jangkitan penyakit berbahaya itu dipertingkatkan memandangkan jumlah rakyatnya yang ramai bekerja di Asia Barat dan berpotensi sebagai pembawa penyakit.

"Ini penting untuk ahli keluarga, kawan-kawan dan masyarakat memahami dan mengetahui tentang jangkitan penyakit MERS-CoV," kata Setiausaha Kesihatan, Enrique Ona.

Seorang jururawat warga Filipina yang dikesan positif MERS-CoV di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah pulang ke negara itu minggu lalu, menurut Jabatan Kesihatan.

Jururawat itu kemudian dikuarantin bersama ahli keluarganya yang menjemputnya di lapangan terbang Manila sebagai prosedur pencegahan, namun mereka disahkan bebas daripada virus itu.

Pihak berkuasa kesihatan meneruskan usaha mengesan 418 penumpang pesawat Etihad Airways, termasuk 45 orang asing bagi menjalankan ujian.

Sehingga kini, seramai 119 penumpang telah dihubungi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Mengapa perlu menaik taraf

Posted: 20 Apr 2014 06:42 AM PDT

Oleh Abd. Rahman Saleh

PerbeZaan antara gambar dirakamkan sebelum menaik taraf firmware (A) dan gambar yang dirakamkan selepas menaik taraf firmware pada kamera (B).

FIRMWARE ialah perisian peringkat rendah yang sentiasa berfungsi bagi mengawal perisian sedia ada supaya kerja-kerja yang dilakukan oleh perisian utama berjalan lebih lancer.

Perisian ini akan bekerja terutama pada bahagian merekod imej kepada kad memori, perhubungan antara kamera dengan lensa, membetulkan rakaman warna yang lebih bermutu dan banyak lagi,

Kebanyakan kamera digital SLR, compact dan video sekarang membolehkan anda menaik taraf (update) firmware yang boleh di muat turun daripada internet mengikut jenis kamera anda sendiri.

Sebelum menaik taraf firmware sesebuah kamera, anda perlu membaca dan memahami arahan bagaimana melakukannya ketika anda hendak memuat turun sesuatu firmware daripada internet.

Biasanya anda akan diberitahu berkenaan sesuatu firmware yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kamera anda, contohnya firmware terbaharu bagi kamera Canon 7D adalah membetulkan rakaman kad memori kepada yang lebih besar misalnya 32 Gb.

Maksudnya, sekiranya anda menggunakan kamera yang menggunakan kad memori 16 Gb, selepas anda menaik taraf firmware kamera tersebut boleh menggunakan kad memori 32 Gb.

Dan selepas anda menaik taraf firmware tersebut ia akan kekal di dalam kamera anda bagi memudahkan anda menggunakan kamera tersebut untuk jangka panjang.

Kerana itulah anda perlu menaik taraf firmware sedia ada kepada firmware terbaharu bagi meningkatkan keupayaan kamera di samping memudahkan kerja anda dalam menghasilkan gambar yang bermutu.

Selain daripada menaik taraf firmware, kini peralatan lain seperti lampu denyar (flashlight) dan lensa juga mempunyai firmware tersendiri yang boleh dinaik taraf melalui muat turun daripada laman web pengeluar kamera anda.

Anda dinasihat tidak ragu-ragu untuk menaik taraf firmware yang dikeluarkan di laman web rasmi pengeluar kamera anda kerana firmware yang dikeluarkan mereka adalah untuk kebaikan kamera anda.

Untuk memuat turun firmware tersebut adalah mudah. Contohnya, anda hanya perlu buka laman carian di Google lalu anda taip Nikon firmware update, maka akan keluar beberapa paparan alamat untuk laman web Nikon yang menyediakan firmware update.

Anda buka salah satu laman web tersebut dan pastikan yang anda muat turun adalah firmware terbaharu mengikut model kamera yang anda gunakan.

Satu lagi cara yang mudah untuk mendapatkan firmware baharu adalah dengan mendaftarkan kamera yang anda gunakan dengan pengeluar kamera tersebut di mana mereka akan memberitahu anda melalui email sekiranya terdapat firmware baharu yang dikeluarkan.

Moga tips ini dapat meningkatkan keupayaan kamera dan mutu rakaman gambar anda agar lebih memuaskan. Selamat berkarya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Wartawan Malaysia jangan apologetik

Posted: 20 Apr 2014 11:57 AM PDT

Muhyiddin Yassin berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2014 di One World Hotel, Petaling Jaya, Jumaat lalu.

ALHAMDULILLAH, pertama-tama marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, dapat kita bertemu pada malam ini bagi menjayakan Malam Wartawan Malaysia 2014.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Malaysian Press Institute (MPI), selaku penganjur majlis ini, kerana sudi mengundang saya sebagai tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia 2013 tajaan PETRONAS sebentar lagi.

Bagi saya, penganjuran Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) yang diperkenalkan pada 1980 dan mula ditaja oleh PETRONAS pada 1994 adalah satu usaha murni yang mempunyai matlamat tersurat dan tersirat yang tersendiri dalam mengangkat bidang kewartawanan di negara kita.

Secara tersurat, Malam Wartawan Malaysia bukan sahaja diadakan untuk mengiktiraf karya-karya terbaik para wartawan di Malaysia tetapi ia juga menjadi lambang semangat setiakawan yang tinggi dalam kalangan pengamal media di negara ini. Kehadiran para peneraju media dan para supremo editorial pada majlis tahunan ini adalah testimoni nyata hakikat itu.

Saya percaya masing-masing berkongsi matlamat yang sama iaitu mahu meraikan kejayaan para wartawan dan jurugambar merangkul anugerah serta membawa pulang hadiah, walaupun kejayaan itu belum tentu lagi milik organisasi mereka. Tetapi atas nama untuk mengangkat profesion wartawan dan meningkatkan mutu karya-karya mereka seperti yang diserlahkan pada malam ini, ternyata mereka nampaknya bersatu hati.

Hadiah Kewartawanan Malaysia juga adalah satu wahana untuk mencapai matlamat tersirat kewartawanan kita iaitu untuk memupuk kewartawanan yang bertanggungjawab atau responsible journalism berpaksikan acuan kita sendiri dalam kalangan pengamal media di negara ini.

Dalam perjalanan kita untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu, stabil, aman, makmur dan berjaya, peranan kewartawanan yang bertanggungjawab ini adalah amat penting.

Namun saya harus akui bahawa mencapai matlamat tersirat ini adalah lebih payah berbanding memenuhi hasrat tersurat HKM. Barangkali analoginya adalah membina jauh lebih sukar berbanding menghancurkan.

Kewartawanan bertanggungjawab adalah untuk membina, menjaga dan memelihara apa yang telah kita bina sedangkan kewartawanan tidak bertanggungjawab adalah sebaliknya - memusnahkan.

Bagaimanapun, apa yang melegakan dan membanggakan saya adalah komuniti wartawan di negara ini, terutama dalam kalangan media arus perdana, mempunyai komitmen yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan prinsip kewartawanan yang bertanggungjawab sebagai pegangan mereka.

Hal ini dapat kita saksikan dalam laporan mereka sewaktu kita menghadapi tragedi kehilangan pesawat MH370 yang sehingga sekarang masih kekal misteri, walaupun sudah memasuki hari yang ke-42 hari ini.

Saudara-saudari sekalian,

Tragedi MH370 itu telah menarik perhatian media seluruh dunia pada tahap yang belum pernah kita saksikan sebelum ini. Boleh dikatakan sejak 8 Mac 2014 sehinggalah ke hari ini, kehilangan MH370 serta usaha kita mencari dan menyelamat serta cara kita menguruskan krisis itu menjadi makanan ruji liputan media global.

Boleh saya katakan laporan mengenai MH370 pada era moden ini lebih mendalam, lebih intrik, lebih misteri, lebih sofistikated, dan jauh lebih komprehensif berbanding dengan laporan media dalam tragedi-tragedi bersejarah lain dan sebanding dengan kisah tenggelamnya kapal RMS Titanic di utara Lautan Atlantik pada 15 April 1912.

Ketika tragedi itu berlaku kira-kira 102 tahun lalu, Titanic yang dalam pelayaran dari Southampton, United Kingdom ke New York, Amerika Syarikat membawa 2,224 penumpang dan anak kapal. Dalam tragedi itu, lebih 1,500 orang terkorban. Kisahnya menjadi berita besar di seluruh dunia pada era ketika dunia hanya dihubungkan dengan telegraf dan telefon berwayar.

Misteri kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China pula telah menarik perhatian komuniti jurnalisme global, daripada akhbar-akhbar, stesen televisyen dan radio serta portal berita di seluruh dunia.

Apabila kita meneliti kembali pendekatan kewartawanan dalam pelaporan MH370, kita akan dapati bahawa apa yang dipanggil standard antarabangsa dalam jurnalisme adalah sesuatu yang abstrak, tidak seragam dan tidak konkrit. Sebenarnya, tiada satu panduan yang jelas tentang standard tersebut.

Yang tergambar dalam laporan wartawan dan pengamal media mengenai tragedi MH370 ialah elemen patriotisme kumpulan wartawan dari negara-negara yang terlibat dalam pencarian MH370.

Wartawan Amerika Syarikat dengan caranya, China dengan pendekatannya, Australia dengan gayanya, tetapi semua wartawan daripada organisasi media yang berbeza itu diikat dengan suatu unsur psikologi yang sama. Mereka bersaing memaparkan kebenaran dengan objektif untuk mengekalkan rating bisnes media, tetapi pada masa yang sama menyerlahkan aspirasi nasional masing-masing.

Berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh media-media dari pelbagai negara dalam melaporkan kehilangan MH370, kita harus sedar bahawa kepelbagaian itu adalah sesuatu yang bersifat global.

Jadi, janganlah kita terikut-ikut dengan momokan kononnya wujud keseragaman atau standard tertentu kewartawanan. Kononnya set nilai antarabangsa perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh wartawan tempatan di mana-mana negara termasuk di Malaysia.

Saya harus menggunakan kesempatan pada Malam Wartawan Malaysia ini untuk memberi pujian dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua wartawan dan media Malaysia yang terlibat dalam laporan tragedi antarabangsa kehilangan MH370.

Anda semua telah memainkan peranan masing-masing dan menjadi penyumbang kepada pembinaan negara bangsa. Adalah jelas bahawa kita bergerak melaksanakan tanggungjawab kepada audiens - dalam bentuk menyampaikan maklumat serta berjuang memaparkan kebenaran -dengan suatu kesedaran nasional.

Saudara-saudari yang dihormati,

Saya berharap wartawan di Malaysia sentiasa mempertahankan kepentingan nasional dan bumi yang kita pijak.

Akan ada usaha-usaha untuk mendominasi perdebatan mengenai isu-isu yang berlaku dengan sudut pandangan negatif oleh pihak-pihak tertentu dari dalam negara dan juga dari seberang laut, tetapi saya yakin media dan wartawan di Malaysia telah cukup matang untuk menanganinya.

Saya yakin komuniti media di Malaysia bersatu hati dalam tugas-tugas memperjuangkan kewartawanan yang kompeten, memiliki jati diri dan progresif.

Wartawan Malaysia tidak boleh lagi berasa apologetik apabila mempertahankan kepentingan nasional, kerana seperti yang telah diperlihatkan, media di negara lain juga mempertahankan kepentingan nasional negara masing-masing.

Menjadi responsif kepada kepentingan nasional dan memajukannya adalah sebahagian daripada karakter media global.

Apatah lagi dengan peledakan perkembangan teknologi informasi komunikasi maklumat, dunia jurnalisme yang menyaksikan kemunculan akhbar-akhbar dalam talian, penyebaran berita melalui twitter juga facebook, maka cabaran mempertahankan agenda nasional sesungguhnya menjadi amat besar.

Portal-portal berita dan juga sosial media mengemaskini berita mereka hampir setiap minit. Aliran maklumat menjadi terlalu pantas, informasi sama ada yang sahih atau tidak disebar kepada orang awam dengan sekelip mata sehingga ada kalanya tidak memberi ruang kepada otak pembaca untuk mencerna intipati yang disampaikan.

Saya percaya biar secanggih mana pun teknologi yang digunakan dalam dunia kewartawanan baik di media cetak, elektronik mahu pun portal-portal berita, etika serta tanggungjawab anda sebagai wartawan tidak pernah berubah. Arus pemodenan tidak boleh menyanggah prinsip asas pemberitaan yang hakikatnya bersifat universal dan terpakai dahulu, kini dan selama-lamanya. Berita yang ditulis tidak boleh semberono, mesti berpaksikan fakta dan paling penting adil kepada subjek yang ditulis.

Kesungguhan untuk memartabatkan profesion kewartawanan dalam menyampaikan maklumat yang adil, tepat, jujur dan sahih harus diberi tumpuan dan penekanan yang jitu.

Tuntutan itu sejajar dengan peranan wartawan sebagai cerdik pandai yang tahu apa sebenarnya yang mereka ingin sampaikan. Terlalu ghairah menulis berita tanpa ada usaha untuk memastikan kesahihan fakta dan membiarkan maklumat tersebut sampai kepada pembaca adalah menyalahi etika dan boleh merosakkan profesion sebagai wartawan.

Jangan jadi wartawan kering minda atau pun wartawan yang popular kerana menulis berita-berita tidak benar, mengejar sensasi dan didorong oleh agenda tertentu yang kemudiannya tanpa ada rasa bersalah menyebarkan pula kepada pembaca.

Peranan media bukan sekadar menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat, malah media juga melibatkan diri dalam pendidikan, perkembangan ekonomi negara, politik semasa, kebudayaan dan hiburan.

Tanggungjawab media dalam menyampaikan informasi, mendidik, membentuk jati diri masyarakat dan seterusnya menjadi agen transformasi minda dalam kalangan masyarakat sehingga membentuk sesebuah masyarakat itu yang lebih bermoral, bermaruah dan berdaya saing merupakan prinsip yang harus dipegang teguh oleh pengamal media.

Saudara-saudari yang dihormati,

Berada bersama rakan-rakan wartawan pada majlis ini memberikan saya kegembiraan kerana saya dapat merakamkan sendiri penghargaan kepada wartawan dan pengamal media yang begitu banyak membantu pembangunan negara serta menjadi pengkritik yang membina selama ini.

Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada MPI kerana berjaya menganjurkan Malam Wartawan Malaysia 2014. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang yang telah berjaya menghasilkan karya-karya cemerlang dalam pelbagai genre penulisan. Semoga pengiktirafan malam ini dapat meningkatkan lagi kualiti kewartawanan tanah air.

Rentan pemilihan PKR

Posted: 20 Apr 2014 11:57 AM PDT

Oleh Khairuddin Mohd Zain

JIKA berdasarkan apa yang tercatat di garis masa 'twitter' penulis, malam semalam (20 April 2014) akan berlangsung siri Jelajah Reformasi 2.0 di Pantai Dalam. Selepas 'Langkah Kajang' yang sumbang, suara reformasi pun tidak segempita 1998. Nyata, angin sepoi reformasi masih belum mampu dilunak menjadi ribut yang diharap-harapkan. Kali ini, iklim politik tertumpu kepada pemilihan parti.

Seorang teman yang sangat aktif di dalam medan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberikan pandangan yang cukup ikhlas mengenai apa yang sedang berlaku di dalam parti itu. Walaupun bukan di kalangan pimpinan tertinggi, penglibatan sejak awal zaman Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) memberi hak kepadanya untuk memberi pandangan.

"Beza pemilihan kali ini adalah punca kuasa dan kekayaan. Selangor adalah punca kepada kedua-dua kunci masa hadapan politik. Kuasa dan kekayaan. Tak mustahil juga PKR akan pecah berderai disebabkan kedua-dua elemen penting ini,'' jelasnya dalam nada yang sugul. Kerisauan jelas terpancar pada wajah sahabat lama itu.

Pemilihan 2010 membawa 'rentan' kepada PKR. Rajuk dan protes bersilih ganti. Ketidaktelusan pengurusan pemilihan mengundang kecewa banyak pihak dalam parti. Rajuk Zaid Ibrahim membawa sumbing kepada imej PKR yang kononnya menjadi pilihan kelompok reformis.

Seorang pemimpin Melayu-DAP seakan-akan orang paling khuatir dan risau bahawa pertandingan di dalam PKR kali ini akan menimbulkan perpecahan di dalam parti tersebut. Mungkin pemimpin Melayu-DAP itu merasakan pemilihan dalam DAP dirasakan lebih 'tersusun' dan mudah dicatur Setiausaha Agung partinya.

Pemimpin Melayu-DAP yang risau itu menulis beberapa siri artikel mengenai pemilihan PKR. Dua daripada artikel tersebut berkaitan pertembungan 'Azmin Ali dan Khalid Ibrahim'. Tanpa segan silu, pemimpin Melayu-DAP itu merasakan Azmin lebih layak dijadikan pemimpin no.2 PKR.

Kepada wakil DAP tersebut, kemahiran keusahawanan Khalid tidak membawa nilai tambah kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Yang lebih diperlukan adalah seorang 'Jeneral Politik' sebenar yang boleh memimpin parti.

Ini boleh diringkaskan dalam satu perenggan tulisan wakil DAP tersebut: '....business leadership may one day find it more profitable to be in mainstream politics and so can decide it is of strategic importance to be in BN'.

Makna kata, DAP sendiri merasakan pemimpin tertentu akan mengambil jalan Barisan Nasional (BN) jika ia lebih menguntungkan untuk berbuat demikian. Demikianlah persepsi dan pandangan, bukan sahaja di kalangan ahli parti, malahan rakan-rakan dalam pakatan. Kalangan pimpinan DAP sendiri merasa 'khuatir' tentang kemungkinan berlakunya penghijrahan politik sekiranya keputusan tidak memihak kepada kumpulan tertentu.

Sindrom Kelelahan Politik

Kita semua maklum bahawa gempita 'reformasi' ini adalah obor perjuangan lama yang mahu dinyalakan semula. Asasnya masih lagi sama, soal kepentingan dan masa hadapan politik 'individu' bernama Anwar Ibrahim. Umur PKR pun tidak jauh beza dengan usia 'kes liwat' pertama yang melibatkan supremo-politik PKR tersebut.

Mungkin lebih mudah untuk PKR menjual konsep 'reformasi' sekiranya jawatan Presiden parti itu tidak difaraid sepasang suami isteri. Sebagai parti politik, PKR sudah diangkat martabatnya menjadi 'harta sepencarian' yang wajar dikongsi sesama sendiri. Mungkin ini agaknya yang mendorong 'kelelahan politik' (political fatigue) kepada ramai pimpinan PKR yang selama ini mendokong perjuangan politik parti tersebut.

Calon Timbalan Presiden, Azmin sendiri bercakap mengenai kumpulan yang menghidapi sindrom kelelahan politik ini. Ucapan yang sendat dengan terminologi dan ayat-ayat politik besar ini boleh dirujuk di laman web rasmi Ahli Parlimen Gombak tersebut.

Menyusur ucapan Azmin, kita dapat mengesan elemen keterdesakan untuk meletakkan perjuangan 15 tahun parti itu seiring dengan sejarah-sejarah besar yang berlaku di seluruh dunia. Untuk mengaitkan perjuangan insular dan individualistik PKR, seiring dengan karya seperti The Glorious Revolution, The Rising Tide of Colour - dan pelbagai lagi rujukan nasionalisme lain adalah percubaan yang longgar.

Kemewahan kempen awal Azmin juga menjadi isu di dalam media sosial, khususnya di kalangan ahli PKR sendiri. Kepada ramai aktivis parti tersebut, standard yang diletakkan Azmin terlalu tinggi sekali gus membuktikan PKR bukan lagi parti yang berdiri di atas landasan keadilan dan kesaksamaan, malahan banyak dipengaruhi dengan kemampuan dana dan kewangan.

Kita boleh faham dengan keperluan Azmin menggunakan nama-nama buku dan pandangan ahli falsafah besar ini. Daripada sudut strategi, 'Keadilan Raya' (walaupun apa sahaja interpretasinya), adalah fikrah besar yang diharapkan mendapat sokongan ahli Keadilan seluruhnya. Gagal mempertahan jawatan Timbalan Presiden, memberi petanda buruk kepada masa depan politiknya.

Selangor Sebagai 'Punca Kuasa'

Lawan Azmin bukan calang-calang ahli politik. Walaupun mungkin bukan di kalangan 'reformis awal' kepada PKR, namun Khalid telah membuktikan kemampuan untuk memberi kemenangan penting kepada parti itu di Selangor. Walaupun pada hakikatnya Pas menjadi 'tulang belakang' kepada kemenangan di Selangor, Khalid adalah seorang calon Menteri Besar yang diterima oleh semua parti di dalam pakatan.

Kepada Khalid, kemenangan penggal kedua di Selangor, dengan majoriti yang lebih besar adalah kerana pentadbiran beliau yang cekap dan diterima rakyat. Berkempen di atas gagasan 'Menuju Reformasi Tulen' juga tidak disenangi oleh kalangan aktivis parti. Mereka menyamakan bagaimana Ezam yang pernah menjadi menjuarai istilah 'reformis' juga akhirnya berhijrah sokongan kepada UMNO/BN.

Di atas kertas, beza manifesto di antara Azmin dan Khalid memang jauh dan sangat nyata. Sementara seorang calon menggunakan falsafah hebat dan kental, Khalid lebih tertumpu kepada soal dalaman parti. Jika mereka mahukan klon Ketua Umum, Azmin adalah pilihan terbaik. Namun jika mereka mahu PKR melakukan koreksi dalaman, termasuk membudaya elemen integriti dan urus kelola baik, Khalid mungkin menjadi pilihan.

'Third Force'

Di dalam ucapan pemula kempen Azmin secara spesifik menyentuh tentang wujudnya kumpulan yang mungkin mewujudkan perpecahan. Menurut Azmin, '...kita perlu mengelakkan factionalism, alliance atau gabungan yang akan menyebabkan parti yang kita sayangi hancur berantakan. Bagi saya, seluruh anggota parti adalah pasukan saya di bawah naungan kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kenapa kita perlu mencipta third force ? What we need is just one force. Only one ! That is the force of Keadilan.'

Hujah Azmin ini pastinya merujuk kepada pasukan 'Masa Depan Bersama' yang diterajui Saifuddin Nasution yang juga tidak boleh dinafikan gelombangnya. Dengan mempunyai 'ayam tambatan' seperti Rafizi Ramli dan Nurul Izzah, pasukan ini juga mempunyai kelebihan yang bukannya kecil.

Restu Politik Segambut

Sepanjang 15 tahun kewujudan PKR, 'restu politik Segambut' adalah lesen besar yang boleh memenangkan dan menewaskan ramai calon yang kepingin jawatan yang lebih tinggi. Tanpa lesen tersebut, maka ruang untuk mendapat tempat dengan sendirinya akan menjadi kecil.

Pada pandangan penulis, pertembungan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden ini mungkin sahaja dibatalkan di saat-saat akhir. Kalaupun tidak batal, 'kompromi' akan cuba dicapai dalam memastikan PKR tidak berantakan dan pecah. PKR yang berantakan, akan juga menyebabkan pakatan politik lebih besar berdepan onar yang lebih tajam.

Meraih sokongan orang muda hanya dengan fakta kononnya kezaliman sistem kehakiman mungkin sudah tidak lagi membangkit semangat 1998. Anak muda juga sudah menyaksikan sendiri bagaimana sistem kehakiman diperguna dengan puluhan cubaan penangguhan yang bertahun-tahun lamanya.

Selepas ini, ada kemungkinan gerakan politik susulan dilakukan untuk kerusi Permatang Pauh. Jika larian politik berganti-ganti diteruskan antara suami isteri, gempita reformasi elok dilakukan kepada PKR sendiri - yang masih gagal berlari jauh daripada individu dan keluarga sama, sejak 15 tahun lamanya!

Kita hanya perlu tunggu dan lihat bagaimana pemilihan PKR membawa lanskap baru di dalam parti tersebut. Resah, rajuk dan rentan memang menjadi wajah biasa pemilihan PKR. Akhirnya nanti, kroni dan keluarga sendiri juga mendapat laba politik yang dihajatkan.

PENULIS ialah Juragan, Sekretariat Gerak Sosial dan Urbanisasi (SERASI).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Usaha atasi masalah peniaga

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

SAMAT Atan (kiri) mendengar keluhan peniaga buah-buahan, Idris Jaafar (tengah) di Kampung Rawang, Sungai Mati, Ledang, semalam.

LEDANG 19 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri Johor akan bertemu dengan pengurusan Majlis Daerah Tangkak (MDT) untuk menyelesaikan masalah sebuah kedai yang akan dirobohkan di Batu 5 Kampung Rawang, Sungai Mati dekat ini, minggu depan.

Yang Dipertua Perkasa negeri, Samat Atan akan bertemu Yang Dipertua MDT, Ab. Han Ramin bagi mendapatkan penjelasan kerana peniaga terbabit, Idris Jaafar, 54, mempunyai lesen perniagaan yang sah sehingga hujung tahun ini.

Samat berkata, perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu harus dilakukan kerana Perkasa melihat isu itu sebagai perjuangan mereka untuk membela orang Melayu terutama peniaga kecil.

"Walaupun mereka menjaja dan membina kedai di tepi jalan tetapi kita berharap MDT melihat perkara ini sebagai satu tanggungjawab untuk membantu dan menaik taraf peniaga-peniaga Melayu.

"Peniaga terbabit perlu dibantu selagi mereka tidak melanggar undang-undang dan mempunyai lesen perniagaan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan peniaga terbabit hari ini.

Idris semalam menyatakan rasa kesal dan kecewanya kerana MDT mengarahkan kedainya dirobohkan minggu depan selepas membatalkan lesen perniagaan pada 5 Januari lalu sedangkan tempoh tamat lesen 31 Disember ini.

Peniaga tersebut mendakwa, jika kedai menjual 30 jenis buah-buahan, tanaman kontan dan produk industri kecil dan sederhana (IKS) itu dirobohkan, ia akan menjejaskan pendapatan lebih 100 petani yang memasarkan hasil pertanian mereka di situ.

Samat menegaskan, setiap peniaga dalam kawasan PBT mesti dibantu dengan diberikan lesen serta tidak merobohkan gerai atau kedai mereka kerana tindakan yang salah hanya akan merugikan peniaga Melayu.

"Perkasa faham peraturan serta akur dengan keputusan tetapi berharap MDT mempunyai kesedaran dan keinsafan membantu peniaga- Melayu. Malah kami menggesa peniaga bekerjasama mematuhi undang-undang pelesenan, namun kes seperti ini banyak berlaku di seluruh negara bergantung kepada PBT untuk menyelesaikannya," katanya lagi.

PNK Pontian Selatan nafi seleweng bantuan

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

PONTIAN 19 April - Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pontian Selatan menegaskan tidak pernah mengambil peruntukan yang disalurkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kepada nelayan bagi program membaik pulih rumah golongan tersebut.

Pengerusi PNK Pontian Selatan, Pungot @ Abd. Rahman Selamat berkata, peruntukan yang diberikan adalah bagi tujuan menjaga kebajikan nelayan dan beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa PNK mendapat untung daripada program yang disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

"Kami hanya sebagai membantu ahli-ahli mendapatkan bantuan bagi program baik pulih mahupun membina rumah baharu mengikut kriteria yang ditentukan sebelum kelulusan dibuat.

"Setakat ini bagi program baik pulih tersebut, setiap nelayan akan menerima bantuan di antara RM5,000 hingga RM10,000 sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam majlis pelancaran program Baik Pulih Rumah Parlimen Pontian di Kampung Ayer Baloi, di sini semalam.

Program tersebut dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

Menurut Pungot, kira-kira 1,100 nelayan yang berpangkalan di Sungai Rambah hingga ke Sungai Tampok bernaung di bawah PNK Pontian Selatan dengan sebahagian besar merupakan nelayan pantai.

Katanya lagi, selain bantuan baik pulih rumah, nelayan juga turut menerima bantuan sara hidup sebanyak RM200 sebulan serta perlindungan insurans nelayan sehingga RM100,000 bagi kemalangan di laut dan RM50,000 bagi kemalangan di darat.

"Mengenai permohonan baik pulih rumah tahun ini, kami menerima 150 permohonan dengan 15 permohonan melibatkan RM120,000 telah diluluskan. Kami masih membuka permohonan bagi memberi keselesaan kepada nelayan dan ahli keluarga mereka sebagaimana diharapkan kerajaan," katanya.

Salah seorang penerima bantuan tersebut, Hashim Md. Tahir, 50, mengucapkan terima kasih kepada pihak LKIM dan PNK Pontian Selatan kerana meluluskan permohonan yang sebelum ini ditolak dan akan menggunakan peruntukan RM6,000 yang diterima untuk menggantikan atap zink serta baik pulih kerosakan kecil.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Mara tawar RM700,000

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

Shariful Azhar Othman (dua dari kanan) memberi kata-kata motivasi kepada sekumpulan pelajar lepasan SPM yang hadir dalam Karnival Pendidikan Mara peringkat Pulau Pinang di Pusat Konvensyen Sunway Carnival, Permatang Pauh, semalam. Turut sama, Yahaya Sani (kanan). - MINGGUAN/AZMAN ASMAYATIM

PERMATANG PAUH 19 April - Kerajaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri memperuntukkan sebanyak RM700,000 sebagai bantuan awal kepada pelajar bumiputera di negeri ini untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Pengarah Mara negeri, Yahaya Sani berkata, pelajar yang menghadapi masalah kewangan boleh memohon bantuan berkenaan di ibu pejabat Mara negeri.

"Setiap pelajar akan diberikan RM2,500 untuk tujuan itu dan pada tahun ini kita menawarkan bantuan kepada 350 pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis perasmian Karnival Pendidikan Mara 2014 yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Shariful Azhar Othman, di sini hari ini.

Karnival berkenaan disertai sebanyak 74 buah IPTS yang membuka ruang pameran untuk mendedahkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengenai kursus pengajian yang ditawarkan institusi masing-masing.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, setakat ini sebanyak 120 pelajar menerima bantuan itu melibatkan pembiayaan berjumlah RM300,000.

Tambahnya, bantuan itu bertujuan memastikan lebih ramai pelajar bumiputera menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas SPM dan tidak memasuki alam pekerjaan pada usia muda.

Sementara itu, Shariful Azhar berkata, penganjuran program berkenaan memberi manfaat dan pendedahan kepada lepasan SPM terutama yang tidak berjaya mendapat tempat di universiti awam.

"Persaingan untuk memasuki universiti awam pada hari ini semakin sengit dan tempat yang ditawarkan begitu terhad. Namun, pelajar perlu didedahkan dengan peluang pengajian lain terutama di IPTS yang juga mempunyai kualiti pengajian yang bagus dan diakui di peringkat antarabangsa," katanya.

10% daripada 200 orang tinggal tabiat merokok

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

PULAU PINANG 19 April - Hanya 10 peratus daripada sebanyak 200 perokok berjaya meninggalkan tabiat buruk itu selepas mengikuti program pemulihan di klinik berhenti merokok di seluruh negeri ini.

Antara punca yang dikenal pasti majoriti mereka gagal melepasi tempoh enam bulan yang ditetapkan adalah tiada disiplin diri, sukar mengawal ketagihan dan kurang kesungguhan untuk berhenti merokok.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Lailanor Ibrahim berkata, berlaku beberapa simptom kepada perokok tegar seperti kurang bertenaga dan mudah mengantuk apabila tidak merokok dalam tempoh lama yang menyebabkan mereka sukar meninggalkan tabiat itu.

"Sebenarnya tiada istilah terlewat untuk berhenti merokok kerana kebanyakan yang mendapatkan rawatan terdiri daripada individu berusia 40 tahun ke atas dan mereka terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan.

"Selain itu ada juga perokok muda berniat berhenti merokok kerana tidak mampu membayar harga rokok yang semakin meningkat, bagaimanapun peratusan mereka amat kecil," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran Tempat Kerja Bebas Asap Rokok di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah SPRM negeri, Datuk M. Samarajoo.

Lailanor berkata, terdapat sebanyak 12 klinik berhenti merokok di seluruh negeri yang dikendalikan pakar perubatan keluarga secara percuma dan perokok biasanya diberi gula-gula nikotin untuk mengawal ketagihan selain sesi kaunseling.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, Jabatan Kesihatan negeri dalam proses mencadangkan zon larangan merokok dalam premis yang terletak di kawasan bandar warisan kepada Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri.

Menurut beliau, pihaknya masih berunding dengan pelbagai pertubuhan peniaga, hotel, pengusaha restoran nasi kandar termasuk pemilik pub dan menjangka kawasan terlibat dapat digazet sebelum akhir tahun ini.

Promosi pelancongan Kedah Tengah diperhebat

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

SUNGAI PETANI 19 April - Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang dilancarkan kerajaan menunjukkan hasil memberangsangkan apabila berjaya menarik ramai pelancong.

Kedah sebagai sebuah negeri yang kaya dengan unsur seni budaya, alam sekitar indah dan destinasi unik, tentunya mempunyai aneka produk pelancongan menarik.

Menyedari hakikat itu serta potensinya untuk menjana ekonomi, Pertubuhan Pembangunan Pelancongan Dan Kesenian Kedah Tengah (PPPKKT) melaksanakan pelbagai usaha bagi menarik seberapa ramai pelancong tempatan dan asing ke negeri ini.

Pengerusinya, Vincent Tai berkata, sebelum ini pelancong yang berkunjung ke negeri Kedah lebih tertumpu di Langkawi walaupun banyak kawasan lain di tanah besar menawarkan tempat menarik.

"Melihat senario pertambahan jumlah pelancong ke Kedah, kita dengan kerjasama pengusaha dan juga kerajaan memberi fokus kepada usaha mempromosi pelancongan di kawasan Kedah tengah.

"Antara kawasan tumpuan adalah Sungai Petani, Lembah Bujang, Gunung Jerai, Tanjung Dawai, Sungai Merbok, Sungai Batu dan Yan. Kawasan ini sememangnya mempunyai potensi sendiri kerana menggabungkan keindahan alam dan unsur warisan serta ketamadunan," katanya di sini semalam.

Vincent berkata, pihaknya kini turut memperhebatkan usaha menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan di Kedah tengah melalui penganjuran pameran, seminar, forum dan hebahan media sosial.

"Kita berharap usaha ini sedikit-sebanyak dapat membantu memberikan faedah kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat," katanya.

Orang ramai yang berminat mengetahui kawasan pelancongan berpotensi atau menyalurkan maklumat boleh melayari laman web sosial Facebook/Discoverkedah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kanak-kanak 8 bulan maut tertelan skru

Posted: 20 Apr 2014 02:12 AM PDT

BESUT 20 April - Seorang kanak-kanak berumur lapan bulan meninggal dunia akibat tertelan skru sepanjang dua sentimeter di rumahnya di Felda Selasih dekat sini semalam.

Ketika kejadian, Muhammad Adam Nazmi Yusmadi dikatakan sedang bermain di dalam rumah bersama dua abangnya berumur lima dan tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Besut Supritenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian disedari oleh abang mangsa berumur 5 tahun yang memberitahu datuknya yang berada di luar rumah setelah melihat adiknya itu tidak sedarkan diri selepas muntah-muntah.

Kamaruddin berkata, ketika kejadian ibu mangsa sedang mandi manakala datuk dan neneknya sedang membuat kerja masing-masing di sekitar rumah mereka.

Apabila menyedarinya, mereka mengejarkan mangsa ke Hospital Daerah Besut tanpa mengetahui ia telah tertelan skru," kata Kamaruddin kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya mangsa meninggal dunia setibanya di hospital.

Kamaruddin berkata, mangsa dan ibu bapanya tinggal bersama datuk dan neneknya sejak beberapa tahun lalu di Felda berkenaan.

Pemeriksaan pihak hospital kemudiannya mengesan sebatang skru sepanjang dua sentimeter terlekat di kerongkong kanak-kanak berkenaan, yang kemudian berjaya dikeluarkan. - BERNAMA

MH370: Kerajaan, waris timbang satu tarikh pengesahan

Posted: 20 Apr 2014 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 April - Kerajaan berserta waris pesawat MH370 sedang mempertimbang satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu berkaitan penumpang, untuk membolehkan pengeluaran sijil kematian.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, perbincangan mengenai kewajaran untuk menetapkan satu tarikh itu dibuat semasa pertemuan dengan waris mangsa hari ini bagi membolehkan pelbagai urusan boleh dilakukan oleh pewaris.

"Tidak boleh berpanjangan begini. Kena ada tempoh tertentu kerana banyak masalah timbul seperti urusan perbankan dan soal kehidupan," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Royal Chulan, di sini hari ini.- UTUSAN

MH370: Bluefin-21 sudah meliputi 50 peratus kawasan carian

Posted: 20 Apr 2014 01:11 AM PDT

PERTH 20 April - Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21 setakat ini telah melakukan pencarian di lebih kurang 50 peratus kawasan yang difokuskan bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, kawasan pencarian yang diberi fokus itu berupa satu bulatan dengan radius 10 kilometer di sekeliling tempat isyarat kedua dikesan alat pengesan pinger pada 8 April.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang petunjuk berkaitan pesawat itu berjaya dikesan, kata JACC dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Agensi yang menyelia operasi mencari itu berkata Bluefin-21 memulakan misi kelapannya sejurus selepas selesai menjalankan misi ketujuhnya pagi ini.

Semalam, agensi itu berkata, AUV berkenaan melakukan pencarian di kawasan seluas kira-kira 133 km melalui misi keenamnya.

Semalam Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika menafikan laporan media bahawa pencarian di dalam air akan mengambil masa enam minggu hingga dua bulan untuk diselesaikan, berkata kawasan mencari yang menjadi tumpuan Bluefin-21 ketika ini akan dapat diliputi sepenuhnya minggu depan.

Menurut beliau kini adalah masa yang tepat bagi pihak yang terlibat dalam operasi mencari pesaswat itu menimbang dan berbincang tentang penggunaan kapal selam.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbott membayangkan operasi mencari itu akan dibincang dan dikaji semula sekiranya tidak terdapat perkembangan baharu dalam masa beberapa hari akan datang.

Bluefin-21 mula digunakan pada Isnin bagi mengesan serpihan pesawat berkenaan selepas tiada lagi isyarat dikesan alat pengesan pinger sejak 8 April.

AUV ini menggunakan alat akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi dasar laut dan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menyelesaikan setiap misinya, termasuk empat jam bagi memuat turun data yang dikumpul.

Kenyataan itu berkata, usaha mencari secara visual hari ini melibatkan 11 kapal terbang tentera dan 12 kapal.

"Cuaca hari ini diramalkan hujan di sana-sini, ribut petir di sesetengah tempat dan tiupan angin timur tenggara," kata agensi itu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved