Rabu, 29 Januari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Napoli benam Lazio, mara ke separuh akhir Piala Itali

Posted: 29 Jan 2014 02:19 PM PST

NAPLES 30 Jan.- Jaringan lewat minit Gonzalo Higuain membantu Napoli menyingkirkan penyandang juara, Lazio 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir Piala Itali, sebentar tadi.

Perlawanan pada awalnya tampak akan diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan buntu mencari gol ketika saingan tinggal 10 minit untuk ditamatkan, namun rembatan Higuain pada minit ke-82 memusnahkan harapan Lazio. - AP

Piala Raja Sepanyol: Atletico singkir Bilbao, bakal jumpa Real

Posted: 29 Jan 2014 02:18 PM PST

MADRID 30 Jan. - Atletico Madrid menempah pertemuan dengan musuh setempat, Real Madrid pada separuh akhir Piala Raja Sepanyol selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Athletic Bilbao 2-1 dalam aksi suku akhir kedua, sebentar tadi.

Atletico mara menerusi agregat 3-1, berterima kasih kepada dua jaringan yang disempurnakan oleh Raul Garcia pada minit ke-55, diikuti Diego Costa, minit ke-86. - AP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kes rogol, liwat budak tiada unsur perkauman - Polis

Posted: 29 Jan 2014 10:22 PM PST

Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU 30 Jan. - Polis menegaskan kejadian seorang budak berusia 10 tahun di Bakri, Muar yang dirogol dan diliwat oleh seorang penjenayah kelmarin tidak melibatkan unsur perkauman.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, siasatan awal mendapati penjenayah berkenaan yang berjaya ditahan berada di bawah pengaruh dadah.

"Saya minta orang ramai tidak menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berunsur hasutan atau mengambil tindakan di luar batasan. Biar polis siasat kes ini sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

Akhbar hari ini melaporkan nasib malang menimpa seorang budak perempuan berusia 10 tahun apabila diperlakukan secara kejam oleh seorang lelaki yang merogol, meliwat dan memaksa mangsa melakukan seks oral.

Kejadian berlaku pukul 1.30 petang ketika mangsa dalam perjalanan menunggang basikal berseorangan menggunakan jalan pintas ke sebuah sekolah agama di Bakri sebelum dipaksa menaiki kereta suspek berusia 37 tahun itu. - UTUSAN ONLINE

Bengkel terbakar: 100 kereta musnah

Posted: 29 Jan 2014 10:19 PM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

MUAR 30 Jan. - Kira-kira 100 buah kereta dan sebuah bengkel kereta dan lori musnah dalam satu kebakaran membabit kerugian kira-kira RM1 juta di pekan Parit Bakar, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu tiada kemalangan jiwa berlaku. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mekanik mengaku tidak bersalah bunuh janda

Posted: 29 Jan 2014 06:30 PM PST

Oleh Umavathi Ramayah

KUALA LUMPUR 29 Jan - Seorang mekanik di sebuah kedai basikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan masing-masing cubaan membunuh seorang janda dan dua anak perempuan wanita itu dengan membakar mangsa di Perumahan Awam, Desa Rejang, Setapak, di sini, minggu lalu.

Mahkaman bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Mohd. Afizi Abdul Rahman, 27. - UTUSAN ONLINE

Bebas bersuara bukan hak mutlak

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

Tian Chua

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Kebebasan bersuara atau bercakap bukanlah hak mutlak seseorang individu.

Sebaliknya perkara tersebut tertakluk kepada sekatan-sekatan yang diperincikan dalam Akta Hasutan 1948.

Justeru, tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mengeluarkan pernyataan yang melanggar undang-undang atas dasar statusnya sebagai ahli Dewan Rakyat yang kemudiannya memohon imuniti berlandaskan polisi awam adalah satu perkara yang tidak sewajarnya.

Selain itu, dakwaan bahawa ayat-ayat yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan tidak mempunyai unsur hasutan adalah tidak berasas kerana mahkamah perlu melihat kenyataan yang dibuat secara keseluruhan dan cara kenyataan itu disampaikan.

Oleh itu, keterangan saksi-saksi adalah diperlukan bagi membuktikannya dan bukannya dengan cara mengemukakan afidavit.

Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi menyatakan demikian dalam hujahannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi membantah permohonan Tian Chua dan dua aktivis pembangkang untuk membatalkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapi oleh mereka.

Selain Tian Chua atau nama penuhnya, Chua Tian Chang, 51, dua lagi tertuduh terbabit ialah Adam Adli Abd. Halim, 25, dan Hishamuddin Md. Rais, 63.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya diubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang, dengan sebarang cara yang tidak sah.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, No. 1, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap mereka di Mahkamah Sesyen di sini dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) akta tersebut yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Yang turut didakwa bersama-sama mereka ialah tiga lagi individu iaitu ahli Pas, Mohd. Tamrin Abdul Ghafar, 64; peguam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 55; dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Awang @ Talib, 25.

Kesemua mereka bagaimanapun akan dibicarakan berasingan supaya tidak menimbulkan prejudis kepada setiap tertuduh memandangkan masa kejadian dan teks ucapan mereka adalah berbeza-beza.

Selain Azlina, pendakwaan turut diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas manakala kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam, N. Surendran dan Latheefa Koya.

Terdahulu, Surendran ketika berhujah menyatakan, tuduhan yang dihadapi oleh anak-anak guamnya adalah salah, menyalahgunakan proses mahkamah dan menindas hak mereka.

Beliau mendakwa, ucapan yang dibuat oleh anak guamnya pada hari kejadian tidak mengajak orang awam untuk melakukan kesalahan atau jenayah sebaliknya mengajak masyarakat untuk menentang rasuah dan kezaliman.

Hakim Datuk Azman Husin selepas mendengar hujah kedua-dua pihak kemudian menetapkan 18 Februari ini untuk keputusan permohonan tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bomba Pahang periksa premis

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

Oleh FANSURINA ABDULLAH
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 29 Jan. - Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mengadakan Ops Raya bermula hari ini hingga 7 Februari sempena sambutan musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, operasi itu antaranya turut melibatkan pemeriksaan terhadap premis-premis perniagaan di seluruh negeri ini.

''Kita sedia maklum, dengan kedatangan sambutan Tahun Baharu Cina ini banyak premis perniagaan akan menambah stok perniagaan bagi menampung permintaan ketika ini.

''Dengan pertambahan stok itu mungkin akan menyebabkan kepadatan dalam premis dengan barangan tambahan berkenaan.

''Keadaan premis yang dipenuhi dengan stok tambahan akan menambahkan kesan yang lebih teruk jika berlaku kebakaran," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, bomba akan mengambil inisiatif untuk melakukan pemeriksaan di premis-premis perniagaan bagi meminta barangan tambahan itu dapat disusun dengan lebih rapi.

''Tindakan itu bertujuan mengurangkan risiko dan ancaman bahaya kepada pelanggan ketika operasi menyelamat sekiranya berlaku kebakaran," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, bermula tempoh yang sama juga satu jentera bomba akan diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di setiap hentian Rawat dan Rehat (R&R) Gambang, Temerloh dan Genting Sempah.

Menurutnya, setiap jentera itu akan melibatkan seramai tujuh anggota yang ditempatkan secara bergilir-gilir bagi operasi menyelamat.

Katanya, penempatan itu membolehkan tindakan pantas dapat dihulurkan dalam operasi menyelamat.

Kg. Berdut bakal terima bekalan elektrik 24 jam

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

Ismail Mohamed Said bertanya khabar Mohamad Jalil ketika menziarah bekas komando itu yang sakit di Kampung Datuk Sharif Ahmad, dekat Kuala Krau, baru-baru ini.

KUALA KRAU 29 Jan. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersetuju meluluskan peruntukan khas bernilai RM1 juta bagi menyediakan bekalan elektrik 24 jam di perkampungan Orang Asli Kampung Berdut di sini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, dengan ini, hampir semua perkampungan Orang Asli di Parlimen ini dilengkapi kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan telekomunikasi.

Katanya, projek di bawah Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) itu dilaksanakan bertujuan menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumah-rumah di kampung-kampung tradisional dan kampung Orang Asli di luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Jelasnya, hanya sebuah lagi kampung Orang Asli yang masih belum mendapat bekalan elektrik iaitu Kampung Berdut tetapi kerja-kerja untuk menyalurkan elektrik ke kampung itu dijangka dilaksanakan tahun ini.

''Kerajaan berusaha menaik taraf ekonomi, pendidikan dan sosial masyarakat Orang Asli khususnya dalam Parlimen Kuala Krau dengan memajukan tanah kerajaan dengan getah dan kelapa sawit.

''Beberapa kampung Orang Asli dalam Parlimen Kuala Krau ialah Kampung Pasu, Kampung Pian, Kampung Lubuk Wong, Kampung Paya Pelong, Kampung Paya Rekoh, Kampung Penderas dan Kampung Seboi menikmati kehidupan semakin baik," katanya.

Ismail berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menziarah bekas komando, Mohamad Jalil, 68, di Kampung Datuk Sharif Ahmad dekat sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan rakyat berwaspada dengan perbuatan pihak tertentu yang gemar memutar belit kenyataan pemimpin bagi meremehkan ketokohan pemimpin.

Katanya, mereka sengaja mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin kerajaan seolah-olah mereka lebih baik dalam segala aspek.

Tambah beliau, bagi mendapat maklumat sahih, rakyat perlu merujuk media rasmi kerajaan atau pegawai kerajaan bukannya media sosial yang boleh dipertikaikan integritinya.

Pengusaha inap desa jangan ambil kesempatan

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

Mohd. Sharkar Shamsuddin bertanya sesuatu kepada peniaga ketika melawat Pasar Besar Temerloh, kelmarin.

TEMERLOH 29 Jan. - Pengusaha inap desa di negeri ini diminta tidak mengambil kesempatan menaikkan kadar sewa sempena cuti Tahun Baharu Cina ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, meskipun permintaan terhadap inap desa meningkat semasa musim perayaan, sebarang kenaikan kadar sewa sebenarnya hanya akan menjejaskan industri pelancongan negeri.

"Pelancong luar dan tempatan sememangnya suka menginap di inap desa kerana harga yang murah dan suasana persekitaran nyaman, tetapi jika pengusaha mengambil kesempatan menaikkan sewa, sudah tentu pelancong tidak akan datang lagi menginap di situ.

"Mereka sudah tentunya akan ke tempat lain yang lebih murah dan baik, jadi yang ruginya adalah pengusaha inap desa itu sendiri," katanya selepas melakukan tinjauan di Pasar Besar Temerloh di sini semalam.

Menurut Mohd. Sharkar, selain memastikan harga yang ditawarkan berpatutan, pengusaha inap desa juga hendaklah sentiasa memberikan perkhidmatan dan layanan yang baik kepada penyewa.

Tambahnya, pengusaha terlibat juga hendaklah terus berusaha mempelbagaikan tarikan di kawasan inap desa masing-masing bagi menarik kunjungan penyewa pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau berkata, bagi menarik lebih ramai pelancong melawat Pahang pada tahun ini kerajaan negeri telah menyediakan 50 acara sepanjang tahun.

"Antara acara terbabit ialah Bird Watching Bukit Fraser Raub, sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kuantan dan Royal Pahang Billfish International Challenge Kuantan selain 30 acara berkaitan pelancongan dan kebudayaan, muzium, makanan, sukan dan lain lain," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan negeri menyasarkan seramai 10 juta pelancong akan melawat Pahang pada tahun ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan membangunkan lebih banyak produk pelancongan di negeri ini selain menaiktaraf kawasan pelancongan sedia ada secara berterusan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tentera Libya rampas semula pangkalan udara

Posted: 29 Jan 2014 08:07 AM PST

TRIPOLI 29 Jan. - Tentera Libya merampas semula sebuah pangkalan udara di selatan negara ini selepas bertempur dengan penyokong diktator, Muammar Gaddafi, yang sebelum ini mengusai kawasan itu selama dua minggu.

Jurucakap tentera, Kolonel Ali al-Chikhi berkata, tentera berjaya menguasai semula pangkalan udara Tamenhant, di selatan bandar Sebha, di sini.

"Unit tentera kini mengadakan kawalan ke atas pangkalan seluas 15 kilometer persegi itu dan kami sedang mengesan penyokong diktator tersebut," katanya.

Sebanyak dua orang terbunuh dan enam yang lain cedera dalam kejadian tersebut, menurut laporan hospital. - AFP

IAEA lawat lombong uranium Gachin di Iran

Posted: 29 Jan 2014 08:06 AM PST

TEHERAN 30 Jan - Pemeriksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), hari ini melawat lombong uranium Gachin di Iran, lawatan pertama ke lombong itu dalam tempoh beberapa tahun, kata seorang pegawai Iran.

"Tiga orang pemeriksa IAEA itu telah melakukan lawatan ke lombong Gachin," kata Behrouz Kamalvandi, jurucakap Pertubuhan Tenaga Atom Iran, seperti dipetik agensi berita Mehr.

Lawatan pakar-pakar ke lombong di selatan Iran itu adalah sebahagian daripada rangka perjanjian yang dicapai antara Teheran dan pasukan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November lalu.

Di bawah fasa pertama perjanjian itu, pakar-pakar PBB sebelum ini telah melawat loji air berat di reaktor Arak pada 8 Disember lalu, ketika kesemua objektif teknikal IAEA dipenuhi, kata agensi itu, yang berpangkalan di Vienna.

Reaktor Arak yang masih dalam pembinaan merupakan satu sumber utama yang menjadi perhatian kuasa-kuasa Barat, bimbang pengeluaran plutonium di situ akan digunakan oleh Iran untuk membuat bom atom.

Kali terakhir pakar-pakar IAEA melawat lombong itu ialah pada 2005.

Di bawah perjanjian itu, Iran dikehendaki memaklumkan kepada IAEA tiga bulan sebelum ia memindahkan bahan radiaktif ke dalam kemudahan nuklearnya.

Kamalvandi berkata, pada minggu lalu keadaan 'tidak jelas' dalam rundingan antara Iran dan IAEA berhubung pelaksanaan fasa kedua perjanjian itu, yang akan bermula pada 8 Februari ini.

Iran juga mencapai perjanjian dengan kumpulan negara P5 1, terdiri daripada negara-negara anggota tetap Majlis Keselamatan Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat campur Jerman, pada November lalu -- berhubung program nuklearnya, yang didakwa Barat untuk tujuan ketenteraan, dan dinafikan oleh Teheran. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Harapan SYJ ke final MLM punah

Posted: 28 Jan 2014 09:10 PM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Harapan kumpulan SYJ untuk mara ke final Maharaja Lawak Mega (MLM) musnah apabila mereka disingkirkan kerana mendapat markah terendah pada pertandingan minggu ke-11 baru-baru ini.

SYJ yang dianggotai oleh Shuk, Jihan dan Yassin itu cuma mendapat 53 peratus markah berbanding Shiro (68 peratus), Jambu (66 peratus), Nabil (65 peratus), Sepahtu (65 peratus) dan Bocey (63 peratus).

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa berkata, dia akur dengan keputusan penjurian itu yang menetapkan 70 peratus berdasarkan pemilihan para juri dan 30 peratus lagi berdasarkan undian SMS para penonton.

Kami tidak jangka akan tersingkir daripada pertandingan ini kerana peluang untuk kami mara ke peringkat yang seterusnya adalah 50 - 50. Apapun kami akur dengan keputusan ini," katanya sewaktu ditemu bual di baru-baru ini.

Dengan penyingkiran SYJ itu, lima lagi peserta pertandingan terbitan Astro Warna (saluran 132) itu akan meneruskan saingan di peringkat separuh akhir pada 31 Januari ini di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru pukul 10 malam.

Sementara itu MLM peringkat akhir yang menyediakan hadiah wang tunai RM500,000 buat juaranya akan disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 Februari ini mulai pukul 10 malam hingga 12 malam. - UTUSAN ONLINE

Konsert Touch Down 2014 Sabtu ini

Posted: 28 Jan 2014 07:35 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Konsert Touch Down 2014 merupakan konsert pembuka tirai buat tujuh kumpulan indie rock tempatan akan diadakan di Black Box, Publika Solaris, Dutamas di sini pada 1 Februari ini mulai pukul 4.30 petang.

Penganjur konsert itu, 27 Heaven dan MKB Studio akan menampilkan kumpulan Bunkface, Flop Poppy, OAG, Fadeface, Xtrotoys, Berantakan dan Dum Dum Tak pada konsert yang mengenakan tiket berharga RM25 dan RM35 tersebut. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sindrom lena gugat kewibawaan

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

PERKEMBANGAN yang berlaku dalam negara sejak akhir-akhir ini cukup membimbangkan DATUK AIDIT GHAZALI. Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) ini melihat seakan-akan ada agenda jahat untuk merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama menerusi isu-isu sensitif yang sengaja dibangkitkan oleh pihak tertentu.

Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor ini menegaskan kelahiran JATI mungkin tanpa dirancang namun pertubuhan itu cukup jelas dengan perjuangan untuk memartabat kebenaran dan melindungi agama Islam, hak umat di Malaysia dan institusi raja sebagai payung dan pelindung agama Islam daripada digugat dan dicabar.

Dalam konteks isu kalimah Allah dan rampasan Bible bahasa Melayu dan Iban yang menggunakan kalimah suci itu, apa pendirian JATI?

AIDIT: JATI lahir untuk saling melengkap usaha-usaha sedia ada dalam membanteras bahaya-bahaya tindakan menggugat martabat Islam, mencabar hak-hak umat Islam dan Raja Melayu.

Isu berkaitan salah guna kalimah Allah oleh pihak Kristian dan banyak lagi isu lain telah JATI tangani selama dua tahun kebelakangan ini dan menjadi fokus kita.

Apabila JATI bersuara, kami berpegang pada al-Quran, sunah, ijmak ulama, segala pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Perlembagaan Persekutuan, hak Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam, pengakuran pada fatwa-fatwa, keputusan mahkamah dan hakikat yang tidak boleh disangkal, iaitu bumi Malaysia ini adalah Tanah Melayu dan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Justeru, pendirian JATI terhadap isu kalimah Allah dan rampasan bible juga bersandarkan pada teras-teras ini.

Terdapat semacam kecelaruan sesetengah pihak tentang ketegasan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas bible menggunakan kalimah Allah itu. Apa puncanya?

Kecelaruan yang dikatakan itu bergantung pada siapa yang dikatakan bercelaru? Bagi saya, pihak gereja dan golongan Kristian yang terlibat bukan celaru tetapi sengaja tidak mahu terima hakikat dan kebenaran yang terkandung dalam teras-teras yang saya sebutkan awal tadi. Sudah terang lagi bersuluh, seolah-olah ada suatu agenda yang tersirat dan yang tidak bersifat mulia terhadap Islam, umatnya dan kedaulatan negara?

Mereka menimbulkan tentang Perkara 10 yang ditandatangani oleh Perdana Menteri tetapi Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa jika ada enakmen, maka enakmen mengatasi Perkara 10 ini. Mereka menimbulkan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi tetapi tidak mengutamakan penghakiman Mahkamah Rayuan. Mereka hendak menggunakan hujah hak asasi tetapi mengapa guna takrifan hak asasi negara-negara lain sedangkan mereka ialah rakyat Malaysia? Banyak lagi kontradiksi dan paradoks yang mereka lakukan sehinggakan sangat kelihatan naïf dan jelas menunjukkan kedegilan yang bakal mengundang kemudaratan dalam negara kita.

Apakah pihak-pihak parti politik pembangkang dan sebahagian parti komponen Barisan Nasional celaru?

Pada saya tidak. Tetapi yang malangnya apabila mereka lebih mementingkan kelebihan politik kepartian dan parakiolisme daripada hendak menegakkan tonggak-tonggak negara dan kemaslahatan awam.

Apakah rakyat celaru? Di sini kita kena kaji apa sebab utama mereka boleh jadi begitu? Mungkin kualiti maklumat serta kaedah menyampaikan maklumat perlu diperbaiki. Apakah kerana wujud para pemimpin yang tidak mencerminkan sifat-sifat mithali sehingga masyarakat sangsi dengan kewibawaan mereka apabila berhujah? Apakah sistem pendidikan kita masih gagal melahirkan masyarakat yang bukan sekadar celik akal tetapi juga celik iman dan celik akhlak? Apakah sebab mereka yang ada kuasa bertindak tetapi tidak kuasa hendak bertindak sehinggakan undang-undang ibarat gajah putih?

KEPARTIAN

Justeru, sekiranya kewibawaan pihak-pihak yang memimpin dipersoalkan, saya tidak hairan kerana pada saya, mereka sendiri yang menjemput keadaan ini berlaku ke atas mereka. Ketika ini, masih banyak lagi pihak seperti NGO Islam dan Melayu, tokoh wibawa, para ulama yang tidak buta dengan politik kepartian sempit dan pelbagai pihak lagi yang sudi menghulur kudrat untuk menangani kemelut ini. Tetapi setakat mana pihak-pihak berkuasa sudi memberi tempat yang bermakna dan berkesan untuk mereka, masih boleh dipersoalkan.

Yang saya perhatikan masih lagi wujud sindrom lena dan sikap zon selesa sehinggakan kesegeraan yang sepatutnya ditunjukkan oleh pihak-pihak berkuasa lembab dibuktikan.

Apa yang mendorong kelompok evangelis Kristian ini mencabar Perlembagaan, enakmen yang berkaitan dengannya dan kuasa Raja Melayu sebagai ketua agama?

Saya yakin bahawa puak-puak yang tidak bertanggung jawab ini tidak akan berani bertindak tanpa ada kuasa-kuasa lain yang memberi mereka sokongan, dorongan dan kekuatan. Selain badan-badan, tokoh-tokoh serta parti-parti politik dalam negara yang sefikrah dengan mereka, saya yakin juga bahawa wujud tangan-tangan ghaib dan kuasa-kuasa terselindung di luar negara yang bersekongkol dengan puak-puak ini. Keadaan menjadi semakin musykil dan penuh kesangsian apabila ramai rakan saya yang beragama Kristian tidak bersetuju dengan kedegilan rakan-rakan seagama mereka ini.

Malah, jika kita kaji pelbagai hakikat yang wujud dalam dunia penganut Kristian, kita dapati bahawa wujud pelbagai percanggahan ketara, hatta yang melibatkan soal prinsip dalam kepercayaan kumpulan Kristian masing-masing. Malah, berlaku banyak kes salah laku moral yang melibatkan para paderi mereka, sebagaimana dilaporkan oleh agensi-agensi media antarabangsa.

Dalam dunia di mana kecanggihan ICT berada di tahap tinggi, berita-berita aib ini tidak boleh disembunyi lagi, ibarat pekung agenda dan salah laku sebahagian daripada mereka ini tidak mampu dihalang daripada pengetahuan umum.

Tetapi, selagi umat dan para pemimpin Islam sendiri tidak tegas dan ikhlas dalam mempertahankan hak-hak kita, maka selagi itulah puak-puak ini masih kuat bukan sebab mereka layak dipanggil kuat, tetapi kita menyajikan kepada mereka kekuatan akibat kelemahan kita sendiri.

Apakah kerajaan yang ada di Selangor mampu mempertahankan kewibawaan umat Melayu, kedudukan agama Islam dan peranan Sultan sebagai Ketua Agama?

Saya masih mencari-cari bukti kukuh untuk katakan bahawa mereka serius dalam hal ini. Tetapi setakat ini, saya belum jumpa bukti itu walaupun sudah dua pilihan raya umum (PRU) menyaksikan pakatan pembangkang menang di Selangor.

Bagaimana saya nak cari bukti jika dalam kedua-dua kes yang melibatkan JAIS iaitu Damansara Utama Methodist Church (DUMC) dan Persatuan Bible Malaysia ini menyaksikan pimpinan Muslim dalam kerajaan negeri seolah-olah membela puak Kristian sedangkan sepatutnya memberi jawapan adil dari segi memberi ruang kepada JAIS untuk memajukan maklumat yang lebih terperinci?

Bagaimana saya nak ada keyakinan jika saya saksikan ketara sikap mengalah pada DAP manakala wakil-wakil Pas terus lesu dalam mempertahankan Islam?

Tetapi JATI tidak mahu mengira-ngira jumlah kontradiksi sebab itu yang pihak musuh hendak. Mereka hendak kita sibuk tangani isu sehinggakan kita tidak cukup masa dalam membuat rancangan rapi untuk maju ke hadapan.

Justeru, JATI akan bersinergi dengan pelbagai rakan pintar dalam memperkasakan khazanah maklumat kerana tanpa maklumat yang tepat serta berkesan, kita nanti sekadar bertindak dalam kegelapan.

Apakah krisis politik yang sedang terjadi di Selangor bersifat ideologikal atau pancaran daripada kepentingan peribadi dan kelompok?

Pada saya, krisis politik yang berlaku ini adalah petanda jelas bahawa retak bakal menjadi belah. Faktor-faktor yang akan mempengaruhi momentum menjadi belah ini banyak tetapi yang utama adalah sifat kemaruk kuasa, taksub pengikut kepada tokoh sanjungan mereka, kedegilan sebahagian masyarakat untuk mengaku bahawa mereka telah salah pilih pemimpin, kegigihan NGO Islam dan Melayu untuk bertindak dengan lebih rapi lagi, pendedahan pelbagai cerita dalaman yang tak mampu disembunyikan lagi serta keinsafan sebahagian pimpinan UMNO yang ikhlas hendak melakukan transformasi pemerkasaan visi dan misi.

Realiti politik dalam negara kita adalah seperti bongkah ais. Kita hanya tahu 20% yang berlaku tetapi yang berlaku belakang tabir, secara rahsia, melalui lakonan serta drama politik adalah 80%. Masyarakat semakin celik dalam merasai kehadiran 80% ini walaupun tidak ramai yang mahir membacanya.

Tentu sekali ini akan merugikan Islam, umatnya dan masa depan generasi kita apabila ada pihak yang boleh tersenyum dengan kekaburan serta kecelaruan yang dicipta sehinggakan bakal pengundi muda pada PRU-14 nanti akan membuat pertimbangan berdasarkan bacaan yang salah.

Kembalilah kepada pepatah, "berani kerana benar dan takut kerana salah. Jangan kita lebih indah khabar daripada rupa. Bila buat kerja, elakkan sekadar melepaskan batuk di tangga. Jika hendak bertindak, ukur baju pada badan sendiri supaya kita tidak lebih sudu daripada kuah."

Apabila cita-cita politik menjadi keutamaan

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

Azmi Hassan
PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

BEGITU menarik sekali senario politik yang sedang melanda serentak di Malaysia, Thailand dan Mesir kerana ia adalah manifestasi kepada keadaan apa jua boleh berlaku jika objektif politik menjadi keutamaan dan mengatasi segala yang lain.

Pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan tersebut bukanlah satu keadaan yang berlaku secara kebetulan atau pun Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketandusan calon tetapi kerana terdapat perancangan yang lebih besar.

Demi untuk menyelamatkan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor daripada lebih kucar-kacir ekoran perbalahan di antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, maka Pakatan Rakyat terpaksa mengambil jalan tengah dengan menjadikan pengundi DUN Kajang sebagai pemangkin hasrat tersebut.

Jalan tengah yang dimaksudkan itu dipercayai melantik Menteri Besar Selangor baharu yang tidak tergolong dalam dua kumpulan yang berseteru dan tidak keterlaluan jika diandaikan dengan pencalonan Anwar sebagai calon DUN Kajang, ia merupakan langkah awal untuk memuktamadkan jalan tengah tersebut.

Ada pihak yang menuduh pakatan PKR, Pas dan DAP telah menyalahgunakan sistem pilihan raya hanya untuk kepentingan parti politik masing-masing. Ini adalah kerana mengadakan pilihan raya kecil secara sengaja adalah suatu pembaziran wang, masa dan tenaga.

Tambahan pula PKR dan Pas mempunyai ramai YB DUN Selangor yang berkemampuan menerajui negeri tersebut. Paling malang dalam episod ini adalah pengundi DUN Kajang yang telah dijadikan kambing hitam dan dipergunakan hanya kerana masalah politik dalaman PKR.

Begitu juga dengan kemelut di Thailand berlaku kerana hanya cita-cita politik kumpulan tertentu sehingga sanggup melumpuhkan ekonomi negara sendiri melalui demonstrasi dan rusuhan yang menggugat pentadbiran kerajaan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Paling menakjubkan lagi ialah kumpulan memberontak ini yang mempunyai cita-cita membentuk kerajaan tetapi tidak mahu melalui proses demokrasi kerana dari awal lagi telah menolak pilihan raya umum yang akan diadakan pada hari Ahad ini.

Begitu mengaibkan sekali kumpulan tersebut bukan sahaja sanggup membelakangkan proses demokrasi tetapi turut menuduh pengundi yang memilih kerajaan Yingluck sebagai tidak berpelajaran dan begitu mudah disogok dengan rasuah.

Tiada bezanya senario politik DUN Kajang dan Thailand kerana ia telah menjadi kenyataan akibat cita-cita politik dan pengundi telah dijadikan pemangkin untuk mencapai objektif politik kumpulan tertentu.

Tetapi senario terkini politik Mesir adalah ibu kepada segala-gala yang berkaitan dengan cita-cita politik kerana kebarangkalian Ketua Tentera Mesir, Panglima Abdel Fattah al-Sisi dilantik sebagai Presiden Mesir keenam adalah begitu tinggi sekali.

CENGKAMAN

Berbeza dengan Thailand yang angkatan negara tersebut begitu berat untuk campur tangan dalam krisis politik walaupun kerap melakukan rampasan kuasa, Mesir nampak gayanya akan kembali kepada pemerintahan yang menyaksikan angkatan tentera mempunyai pengaruh besar.

Ketika dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan oleh bekas Presiden Mohamed Morsi pada Ogos 2012, Abdel Fattah telah berikrar tidak akan melibatkan angkatan tentera dalam pentadbiran kerajaan. Ini kerana Morsi ialah presiden Mesir pertama yang tidak mempunyai latar belakang pengaruh tentera.

Tetapi anehnya pada Julai 2013, Abdel Fattah bukan sengaja menggulingkan Presiden Morsi tetapi seterusnya mengharamkan Ikhwanul Muslimin yang menjadi tunjang pemerintahan Morsi dengan alasan demi menjaga kestabilan Mesir.

Paling menakjubkan perjalanan Arab Spring Mesir yang berjaya keluar dari cengkaman diktator Presiden Hosni Mubarak adalah akan kembali kepada penguasaan tentera jika Abdel Fattah menjadi Presiden. Begitu juga dengan pilihan raya Presiden yang dijadualkan berlangsung pada April akan datang mendahului pilihan raya Parlimen adalah perancangan untuk memberi kuasa penuh kepada Presiden untuk mewarnai pemilihan wakil legislatif Parlimen.

Sebab itu dalil yang mengandaikan perjalanan politik Mesir adalah ibu kepada senario yang sedang melanda DUN Kajang dan Thailand kerana pihak berkepentingan di Mesir iaitu Majlis Angkatan Tentera begitu berjaya mempergunakan proses demokrasi untuk mengekalkan manfaat masing-masing.

Pungutan suara perlembagaan Mesir yang baharu sahaja tamat walaupun mendapat hampir 98 peratus persetujuan tetapi begitu aib sekali kerana tidak sampai 40 peratus yang menjalankan tanggung jawab sebagai pengundi. Jelas sekali walaupun pungutan suara tersebut adalah salah satu proses demokrasi tetapi pelaksanaannya begitu terhad sekali.

Begitu juga dengan keputusan mengadakan pilihan raya Presiden lebih awal berbanding pilihan raya Parlimen walaupun perancangan asal yang telah dipersetujui adalah sebaliknya. Itu adalah manifestasi jelas mempergunakan proses pilihan raya untuk kepentingan pihak tertentu.

Amat malang sekali proses demokrasi sesebuah negara telah disalahgunakan hanya kerana memenuhi cita-cita politik. Kumpulan yang menjadi mangsa ialah pengundi dan rakyat sesebuah negara. Walaupun dari segi perundangan atau peraturannya adalah dibenarkan tetapi dari segi moral dan etikanya pula, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku.

Tidak kira sama ada senario politik DUN Kajang, Thailand atau Mesir, pengundi sebenarnya telah dijadikan sebagai alat dan tidak keterlaluan diandaikan sebagai kambing hitam. Pengundi menjadi serba salah akibat permainan politik yang begitu melampaui batas.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Mengiktiraf kraf manik

Posted: 29 Jan 2014 06:11 AM PST

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Farizwan Hasbullah

IBRAHIM Ismail (tengah) bergambar bersama model-model yang mengenakan pakaian berhias manik pada sidang akhbar pameran Manik Untuk Kecantikan di Muzium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Manik yang dikenali sebagai 'marik' di Sarawak yang berasal dari perkataan Sanskrit 'maniknya', bermaksud batu berharga telah digunakan sebagai alat perhiasan penting sejak berabad dahulu.

Keindahan dan kecantikannya menyebabkan manik diangkat sebagai simbol kemewahan yang melambangkan status sosial si pemakai dalam masyarakat.

Manik dinilai secara berbeza-beza bergantung kepada kualiti yang tertentu yang sebahagiannya mempercayai individu yang memiliki manik mempunyai kuasan istimewa kepadanya.

Sementara itu, dari aspek kecantikan pula, manik didatangkan dalam pelbagai warna menarik, saiz dan bentuk yang menggambarkan kecantikan dan keunikannya.

Daya kreativiti yang diilhamkan melalui jalinan biji-biji manik mampu memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

Meskipun saiznya agak kecil, keindahan manik terserlah dengan kepelbagaian corak dan warnanya yang memukau. Keunikannya menyebabkan manik sejak dahulu lagi sering sering menjadi pilihan untuk tujuan perhiasan diri dan menghias barangan keperluan harian.

Manik menjadi identiti tersendiri khususnya dalam kalangan masyarakat berbilang etnik di Sabah dan Sarawak serta golongan Cina Peranakan.

Bagi masyarakat Orang Ulu khususnya kaum Kayan dan Kenyah di Sarawak, manik mempunyai peranan yang sangat signifikan dalam kehidupan seharian.

Manik bukan sahaja dijadikan perhiasan tetapi turut digunakan dalam upacara keagamaan dan perkahwinan.

Manik-manik antik yang jarang diperolehi disifatkan sangat berharga dan melambangkan kedudukan atau status sosial pemakai dalam masyarakatnya.

Sesetengah manik seperti 'bau'u si' ada' (bead of theghost) yang berwarna gelap kemerah-merahan pula dianggap memiliki kuasa ajaib. Sesetengahnya pula menjadi azimat dan pelindung tatkala berlangsungnya upacara ritual yang memerlukan kekuatan dan semangat luar biasa pawang sebagai penghubung dua dunia yang berbeza.

Keunikan manik diberi nilai dan penghargaan yang sangat tinggi khususnya oleh penduduk di bahagian timur Sarawak.

Diilhamkan oleh kecantikan flora dan fauna serta motif imej yang bersifat ritual, manik disesuaikan dan disusun atur sedemikian rupa bagi menyerlahkan rupa paras si pemakai.

Untaian manik yang menghiasi tangan, leher dan dada si pemakai menjadi simbol kemewahan dan menunjukkan status sosial si pemakai

Di Sabah pula, manik digayakan oleh masyarakat Kadazan Dusun,Rungus dan juga Murut. Hiasan manik yang digayakan oleh setiap kaum ini mempunyai fungsi dan identiti berbeza.

Manik yang dikenali sebagai 'lukut sekala' misalnya mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam kalangan suku etnik Kenyah.

Manik ini disifatkan sebagai harta pusaka berharga yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Bagi masyarakat Lun Bawang dan Kelabit, manik yang dipanggil sebagai 'let alai' mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding manik-manik yang lain.

Sejenis rantai manik yang dipanggil sebagai 'ba'o alai' dianggap sangat berharga dan menjadi milik eksklusif golongan atasan masyarakat Kelabit.

Masyarakat Bidayuh pula secara tradisinya sangat terkenal dengan perhiasan manik berwarna hitam, merah, kuning dan putih yang merupakan aksesori wajib dalam pemakaian kostum tradisional mereka.

Hiasan leher yang dikenakan ketua suku dan pawang masyarakat Bidayuh juga sangat unik.

Menyedari kepentingan manik sebagai bahan warisan, Jabatan Muzium Malaysia telah menganjurkan pameran bertajuk Manik Untuk Kecantikan.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pameran yang berlangsung dari 15 Januari lalu hingga 15 Februari ini bertujuan menonjolkan keunikan manik, kreativiti. ilham dan imaginasi yang diaplikasikan pada penggunaannya.

"Dalam pameran ini, terdapat lebih 200 koleksi manik bakal dipamerkan kepada pengunjung.

"Antara yang bakal dipamerkan dalam pameran ini adalah dari pelbagai artifak yang terpilih termasuklah hiasan kepala, pakaian, kasut, perhiasan diri dan hasil kraftangan.

"Di antara pelbagai bahan bermanik yang dipamerkan adalah hasil kraf tangan seperti pengendung bayi kaum kelabit, penutup makanan kaum melanau. terendak orang ulu Sarawak, Pengalas kaki pengantin Cina dan lain-lain.

"Bahan pameran yang amat penting termasuklah beg manik buatan kaum bidayuh yang berusia 200 tahun serta beg bermanik buatan suku Kenyah yang berusia 300 tahun,"katanya pada sidang akhbar Pameran Manik Untuk Kecantikan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ibrahim juga menjelaskan, bagi menghargai nilai sejarah dan warisan negara, bermula pada tahun 2014, pihaknya telah menganjurkan karnival bersama-sam muzium untuk dikunjungi oleh orang ramai setiap bulan.

"Pameran berikutnya pada bulan Mac hingga Mei nanti adalah Pameran Dongson yang memfokus kepada sejarah peninggalan dan warisan budaya era Dongson.

"Setiap pameran ini akan berlansung di setiap negeri terpilih yang berada di bawah kendalian muzium malaysia,' katanya.

Lakonan suami berkesan

Posted: 29 Jan 2014 06:11 AM PST

Oleh Noor Fazrina Kamal
Pembaca yang ingin berkongsi kisah boleh emelkan kepada pengakuan.mega@yahoo.com

SEBAGAI anak yang patuh kepada perintah ibu bapa, Julia (bukan nama sebenar) tidak pernah membantah atau menyalahkan ibu bapanya atas apa yang terjadi.

Keputusan yang diambil Julia untuk berkahwin dengan Azizi (bukan nama sebenar) juga datang dari hatinya.

Bagi Julia tiada alasan untuknya membantah sementelah segala keputusan hidupnya selama ini juga ditentukan ibu bapanya.

"Tiada apa yang kurang pada Azizi apabila kami dipertemukan buat kali pertama. Dia memang segak, berpelajaran tinggi dan dengan pendapatan mencecah lima angka sebulan memang menjamin masa depan saya serta bakal anak kami.

"Tiada alasan untuk saya membantah perkahwinan aturan keluarga ini, " imbas Julia pada peristiwa kira-kira lima tahun lalu.

Ketika itu usia Julia baharu mencecah 25 tahun. Azizi pula bekerja di sebuah negara di Eropah menjadi penasihat untuk sebuah syarikat perkapalan antarabangsa.

"Masakan saya tidak teruja. Seorang penganggur seperti saya dapat berkahwin dan tinggal di Eropah, memang itulah impian saya sejak zaman remaja lagi. Selesai majlis saya terus mengikut Azizi ke luar negara dan tinggal bersamanya di sebuah apartment yang boleh dikatakan mewah dan cukup selesa.

"Perkahwinan kami memang bahagia, kami tidak pernah bergaduh. Azizi melayan saya dengan baik sekali. Dia cukup romantik dan pandai mengambil hati saya.

"Walau masih banyak yang saya belum kenali tentang dirinya, tetapi saya berjanji untuk belajar dan memahami segalanya serta berusaha menjadi yang terbaik untuk Azizi, " cerita Julia.

Genap tiga bulan berkahwin, Julia akhirnya mengandung, berita yang paling menggembirakan Azizi dan ahli keluarga mereka.

"Sampai masanya saya melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel. Azizi memang sangat gembira, saya juga gembira kerana kini bergelar ibu. Saya yakin kehadiran, Puteri (bukan nama sebenar) menambah kebahagiaan keluarga kami, " katanya.

Rakan suami

Sepanjang tempoh berpantang, Azizi memang memberikan kerjasama yang bagus kepada Julia. Dia mengupah seorang pembantu untuk membantu Julia menguruskan bayi dan rumah tangga mereka.

Kata Azizi, Puteri perlu disusukan sepenuhnya dengan susu ibu supaya mendapat zat yang sepatutnya ada pada seorang bayi.

"Saya semakin bersyukur atas kehidupan ini, Azizi juga mahu mengadakan majlis kesyukuran dan akikah untuk Puteri di kediaman kami di London.

"Ramai juga yang hadir, namun saya rasa tidak begitu selesa melihat seorang rakan Azizi, seorang lelaki berbangsa Inggeris yang saya lihat 'luar biasa' mesra dengan suami saya.

"Dalam majlis tersebut saja saya lihat dia tidak berenggang dengan Azizi. Pelik juga saya, dalam kesibukan saya melayan tetamu kami yang tidak begitu ramai, mata saya tidak lepas melihat kemesraan Azizi dan Jack (bukan nama sebenar).

"Dalam kemusykilan saya berusaha menidakkan apa yang saya rasa dan memaksa diri mengubah sangkaan buruk terhadap suami sendiri, " jelas Julia.

Genap usia Puteri setahun, Azizi menganjurkan parti hari lahir Puteri dalam suasana penuh meriah.

Julia pula merasakan sudah tiba masanya dia membawa Puteri pulang ke Malaysia berjumpa datuk dan nenek serta ahli keluarganya yang lain.

"Permintaan saya dipandang sepi oleh Azizi. Dia seakan tidak mahu membawa Puteri pulang ke Malaysia, malah dia memberitahu bahawa saya boleh pulang seorang diri tanpa dirinya dan Puteri.

"Dek kerana terlalu rindukan keluarga saya bersetuju pulang sendiri untuk seminggu kerana tidak sanggup berjauhan dari Puteri. Tiket kembali ke London sengaja saya beli kemudian kerana tidak mahu terikat dengan tarikh tersebut, " jelas Julia.

Di Malaysia, Julia terpaksa memberikan 1,001 alasan kepada ahli keluarga kerana tidak membawa Puteri bersama-sama.

Julia juga yakinkan yang dia hanya balik sementara untuk melepaskan rasa rindu pada ibu dan ayahnya di kampung.

"Disebabkan banyak masa terluang, pada waktu malamnya saya melayari internet. Entah kenapa, jari jemari saya tergerak untuk melihat akaun facebook Jack, dengan mudah akses saya sampai ke capaian tersebut.

"Nauzubillah terkejut saya melihat beberapa gambar suami saya dengan aksi luar biasa bersama Jack. Ada aksi berpeluk, bercium mulut dan aksi tanpa pakaian di katil yang cukup membuktikan apa yang saya takuti sejak pertama kali melihat Jack di majlis kenduri Puteri.

"Bergetar tubuh saya seakan mahu pitam melihat gambar-gambar tersebut yang mana masa ketika diambil sama sepanjang tempoh rumah tangga saya dengan Azizi dibina.

"Tahulah saya Azizi mempunyai agendanya sendiri ketika berkahwin dengan saya iaitu semata-mata mahu memperalatkan saya untuk mendapatkan zuriat, " ujar Julia panjang lebar.

Julia tidak memberitahu Azizi kepulangannya ke London. Azizi ada mengubunginya, namun sengaja ditutup talian kerana Julia sukar membendung rasa kecewa terhadap sikap songsang Azizi.

"Niat saya memang mahu berkonfrontasi dengan Azizi tapi saya mahu menunggu masa yang sesuai. Rupanya apa yang saya rancang langsung tak menjadi sama sekali.

"Azizi dahulu yang telah merancang apa yang mahu dilakukan dengan saya. Dia rupanya memang mahu saya terus pulang ke Malaysia tanpa Puteri.

"Akhirnya dipendekkan cerita saya terpaksa melalui beberapa proses guaman dan akhirnya dapat menuntut hak penjagaan ke atas Puteri, " jelasnya.

Walau peristiwa tersebut sudah lima tahun berlalu, ia masih segar dalam ingatan Julia. Dia kini bahagia bersama Puteri walau mengusahakan butik Muslimah secara kecil-kecilan dia yakin mampu menjadikan Puteri anak solehah tanpa seorang yang bergelar bapa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Cat khas bendung pelekat haram

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Ahmad Fauzi Zahari (kiri) mengecat kemudahan awam dengan cat khas antipelekat di Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FARHAN RAZAK (PELATIH PERETAK)

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Setiawangsa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bekerjasama memastikan kawasan komersial dan perumahan bebas daripada tampalan iklan dan poster haram melalui penggunaan kaedah Perkhidmatan Cat Anti Pelekat (ASCS).

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, berkata, kaedah tersebut dilihat mampu menangani masalah tampalan iklan haram di kawasan tersebut.

"Kita dapati kaedah yang digunakan ini sangat baik kerana bahan yang digunakan berupaya 'menghalang' iklan haram daripada melekat pada tiang yang telah dicat.

"Malah cat tersebut juga mengambil masa yang singkat untuk kering dan mampu bertahan sehingga 10 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan cat antipelekat iklan haram di sini hari ini.

Menurutnya, antara kemudahan yang akan dicat secara berperingkat-peringkat ialah tiang lampu, lampu trafik, papan tanda jalan, mesin ATM dan meter letak kereta.

Sementara itu, wakil DBKL ketika ditemui berkata, Setiawangsa merupakan kawasan yang pertama menggunakan kaedah tersebut.

"Kaedah ini akan diteruskan ke Parlimen lain bagi memastikan tiada iklan dan poster haram ditampal yang boleh mencacatkan pemandangan," ujarnya.

Dalam pada itu, jurutera Aplikasi Northsphere Sdn. Bhd., Chong Way Lim, berkata, mereka merupakan satu-satunya syarikat yang menghasilkan cat itu dan diiktiraf.

"Oleh itu kita berharap kaedah ini dapat diperluas ke kawasan lain agar masalah tampalan iklan dan poster haram dapat dikurangkan," katanya.

Menurutnya, kos yang diperlukan bagi mengecat sebatang tiang ialah RM324 bergantung kepada saiznya.

DBKL jamin projek tidak jejas rumah penduduk

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

MOHD. Nasir Saad (tengah) dan Wilson Lai Hoi Keong (kiri) mendengar keluhan penduduk mengenai projek pembangunan di Taman Seri Bintang, Segambut, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan projek pembangunan di Taman Seri Bintang, Segambut di sini tidak akan menjejaskan rumah penduduk sekitar.

Jurutera Jabatan Perancangan Infrastruktur DBKL, Mohd. Nasir Saad berkata, kebimbangan penduduk terhadap masalah itu timbul selepas mendapati kerja-kerja pembangunan serta pembinaan jalan sepanjang 160 meter itu dihentikan sementara.

"Apabila mereka melihat terdapat tanah yang terdedah dengan beberapa struktur pembinaan yang tidak sempurna, ada yang beranggapan pihak pemaju lepas tangan.

"Sebaliknya, kontraktor hanya berhenti untuk seketika daripada membuat kerja di situ dan akan memulakan semula tugas mereka selepas Tahun Baharu Cina pada akhir bulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika melawat kawasan tersebut ekoran kebimbangan penduduk berhubung pembinaan jalan yang didakwa terlalu hampir dengan kawasan perumahan mereka di sini baru-baru ini.

Lawatan itu turut disertai Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia Nasional, Wilson Lai Hoi Keong serta beberapa orang penduduk.

Menurut Mohd. Nasir, setakat ini pihak pemaju mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh DBKL.

"DBKL sentiasa memantau kegiatan pemaju bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran syarat pembangunan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perunding Majucipta Sdn. Bhd., Ir. Tan Cheng Chuan berkata pembinaan jalan hubungan di kawasan itu dijangka siap penghujung tahun 2015.

Katanya, kerja yang dimulakan sejak pertengahan tahun lalu dibina dengan kos 1.5 juta.

Syabas beri ganjaran kepada 45 pelanggan prihatin

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Keprihatinan 45 pelanggan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang membuat aduan mengenai kejadian paip pecah dan bocor dihargai apabila mereka diberikan ganjaran oleh syarikat utiliti itu.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred memberitahu, mereka merupakan pelanggan bertuah yang menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) di talian 1800-88-5252 untuk membuat aduan.

Keprihatinan mereka melaporkan kes-kes paip pecah, bocor dan tahap kualiti air telah mempercepatkan lagi sesuatu kes itu disiasat dan diselesaikan oleh Syabas.

Ia sekali gus membantu meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat kami," katanya di sini hari ini.

Katanya, cabutan bertuah bagi pelanggan prihatin untuk bulan April hingga Disember 2013 itu diadakan di Mydin Mall USJ, Subang Jaya baru-baru dekat sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, pemilihan pemenang dibuat melalui sistem digital yang menyenaraikan 999 nama pemanggil bertuah untuk dipilih.

Sebanyak 10 pemenang bagi setiap bulan sepanjang tempoh itu kemudian dipilih secara manual berdasarkan tiga angka yang terpilih," ujarnya.

Antara hadiah yang disediakan ialah televisyen LED 42 inci, Samsung Galaxy Tab 37.0, Samsung Galaxy Grand Quattro dan Samsung Core.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Nyaris jadi mangsa bom

Posted: 29 Jan 2014 06:11 AM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

GAYANYA bersahaja seperti seorang model berpengalaman apabila beraksi di depan kamera. Dia tidak perlu diajar dan bijak bertukar gaya serta senyuman apabila diminta oleh jurugambar walaupun boleh dianggap masih mentah dalam dunia peragaan.

Aida Samira Azhari, muka baharu dalam dunia peragaan mahu mencuba nasib dalam dunia fesyen Muslimah tanah air.

Pakej yang dimiliki, wajah elita, senyuman menawan, ketinggian bak seorang model, bakat peragaan dan bijak dalam akademik akan memudahkan lagi langkah wanita muda ini.

Berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, Aida Samira atau ringkas dengan panggilan Mira, merupakan lulusan Ijazah Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Berpengalaman bertugas sebagai juruaudit di firma audit antarabangsa, Ernst & Young di Kuala Lumpur, sebelum dia dihantar bertugas ke London oleh firma itu selama dua tahun.

Pulang ke Malaysia, Mira menimba pengalaman pula sebagai penasihat perniagaan bersama Malaysia Airport Berhad (MAB).

Mengenang kembali pengalaman sebagai wanita Melayu bertudung yang bekerja di London, Mira berkata, memang ada pengalaman manis dan pahit bekerja di negara orang.

"Bekerja di sana seronok kerana tidak ada waktu bertugas yang panjang. Pejabat di sana mengikut waktu bekerja biasa. Perkauman pun tidak ada cuma apabila berjumpa pelanggan di luar London, terdapat sedikit pandangan skeptikal.

"Mereka tidak mesra dan saya pernah ditegur kerana memakai tudung. Sebenarnya cuma di pekan-pekan terpencil sahaja yang masih wujud padangan sebegitu," kata Mira yang merupakan akauntan bertauliah dan berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Pengeboman London

Di sebalik pelbagai pengalaman tersebut, satu peristiwa yang meninggalkan trauma dan masih kuat terpahat di fikiran hingga sekarang apabila Mira nyaris terbabit dalam tragedi pengeboman London pada 7 Julai 2005.

Menurut Mira, ketika kejadian pengeboman itu, dia dalam perjalanan hendak ke tempat kerja dan berada dalam keretapi yang sama cuma berada di gerabak berbeza.

"Semua penumpang dalam keretapi tersebut terdengar bunyi letupan dan 30 saat selepas itu, asap tebal memasuki gerabak. Pengumuman yang dibuat hanya mengatakan terdapat masalah teknikal. Kami diminta menunggu dalam keretapi.

"Selepas dua jam, kami keluar dan melihat gerabak di tengah sudah hancur berkecai. Mayat-mayat bergelimpangan dan ada yang hancur. Memang dahsyat. Saya tak pernah tengok mayat berkecai macam itu sekali.

"Apabila keluar dari terowong, terdengar cakap-cakap orang yang mengatakan London telah diserang. Saya berjalan kaki terus pulang ke rumah. Saya memang bersyukur sangat kerana terselamat," kata Mira yang ketika itu anak sulungnya baru berumur setahun.

Berhenti kerja

Menurut ibu kepada tiga orang anak, Arianna, 10, Aariz Aryan, 8, dan Alyssa, 4, itu, semasa anak keduanya berumur setahun lebih, dia berhenti kerja kerana merasakan masanya begitu terhad untuk anak-anak.

Keputusannya untuk berhenti kerja memang tidak dipersetujui oleh arwah bapanya, Allahyarham Datuk Azhari Hamzah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Port Dickson. Kata arwah bapanya, penat belajar tapi akhirnya hendak duduk rumah menjaga anak.

Bagaimanapun, anak bongsu lima beradik itu tidak duduk diam. Dia tidak malu berniaga malah pernah pernah menjual pelekat kepada rakan-rakan sekolah.

"Saya pernah kena maki hamun dengan orang yang berniaga di situ. Mereka marah kerana saya berniaga di situ tapi itu semua membuatkan saya lebih kuat.

"Sebenarnya saya tidak pernah menyesal berhenti kerja. Itu semua telah ditetapkan oleh Allah," ujar Mira yang kemudiannya mendapat peluang membuka sebuah butik pakaian di Seremban 2 yang diberi nama Aya Sophia.

Aya Sophia kata Mira, menyediakan pelbagai rekaan fesyen kasual, moden, jubah, dres, skirt dan sebagainya.

Jelas Mira lagi, jika ada peluang, dia ingin membuat label pakaian sendiri dan kini sedang mula mengumpul modal ke arah itu. Dia bertekad untuk mempunyai label sendiri seawal tahun 2015.

Terlibat sebagai model

Cerita Mira, waktu itu dia pergi mengambil stok pakaian di Yans Creation di Kenanga Wholesale City. Pemilik butik tersebut, Yani Bachtiar kemudian mempelawanya menyertai pertandingan Hari Ibu.

Mira menolak kerana ketika itu badannya masih berisi. Namun Yani menyuruh mencuba dan dia menang tempat pertama pertandingan tersebut yang disertai bersama anak sulungnya dengan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Dari situ, Mira terfikir bahawa dia dapat mengumpul wang dengan menjadi model sambilan.

Bagi melengkapkan diri, dia mempelajari sendiri cara bergaya melalui majalah dan televisyen.

Membesarkan anak-anak sendirian

Walaupun sibuk dengan perniagaan dan peragaan, Mira tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Membesarkan anak-anak sendirian, dia memberikan sepenuh komitmen bermula awal pagi lagi.

"Pukul lima pagi saya sudah bangun menyiapkan sarapan anak-anak ke sekolah. Saya pastikan anak-anak makan dua biji telur setengah masak setiap seorang dan minum segelas susu sebelum mereka ke sekolah.

"Saya tidak mahu mereka lapar ke sekolah. Mereka sekolah sampai petang. Malam saya masak sendiri dan kadang-kadang mak tolong masak. Mak banyak menolong saya dan saya berterima kasih dengan mak," kata Mira yang tidak mempunyai pembantu rumah.

Warna tak sedondon

Posted: 29 Jan 2014 06:11 AM PST

Gabungan merah dan biru lembut tetap menawan.

MELALUI koleksi Farnia, Hamshiah bermain dengan warna-warna kontra berpandukan konsep padan dan suai. Walau kadang kala koleksinya nampak pastel, tetapi pada masa sama boleh menjadi warna blok seperti padamam ungu lembut dan merah jambu kabut (dusty pink).

Apa yang pasti dia beroleh inspirasi daripada permintaan semasa apabila menyedari penggemar fesyen pada masa kini menyukai yang mudah disuai padan ke mana sahaja.

Rekaan longgar yang menepati pakaian Muslimah kontemporari menjadi pilihan Hamshiah yang mana koleksi Farnia kebanyakannya tidak mengikut bentuk badan.

"Ini amat menepati kehendak golongan Muslimah moden. Selain itu ciri-ciri seperti mudah mengenakan butang dan zip antara yang pasti ada pada rekaan saya sama ada dres, blaus potongan A, skirt labuh dan baju untuk menyusu (nursing)," katanya yang menggunakan fabrik pilihan seperti lycra, kain kapas dan syifon.

Berkelulusan Ijazah Rekaan Fesyen daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), koleksi rekaan Hamshiah sebahagiannya boleh diperoleh secara atas talian atau boleh juga mengunjungi kiosk dan butiknya di Subang Parade, Subang Jaya serta Seksyen 9, Bangi, Selangor.

"Dalam sebulan terdapat 30 pasang baju baharu bagi satu warna dengan minimum empat warna. Selain menjual baju untuk dipakai harian, ada sesetengah koleksi dihiasi dengan perincian berkilat," ujarnya.

Menurutnya, ada juga pelanggan yang meminta pendapatnya daripada segi memadankan warna pakaian. Jangan memakai lebih daripada tiga warna pada setiap pemakaian. Contohnya coklat gelap sesuai dipadankan dengan warna kuning mustard dan biru," kata Hamshiah yang memiliki sijil perunding imej daripada Training Cube. – MERAN ABU BAKAR

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved