Isnin, 15 Julai 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Revington kekal jurulatih hoki nasional hingga 2014

Posted: 15 Jul 2013 10:54 PM PDT

KUALA LUMPUR 16 Julai - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Paul Revington kekal bersama pasukan negara hingga 2014.

Setiausaha Agung MHC, Johari Aziz berkata, Revington membuat keputusan tersebut selepas bertemu Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Semua mesti isytihar harta

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

Oleh Hashnan Abdullah
sukan@utusan.com.my

Hamidin Mohd. Amin

PUTRAJAYA - Semua pemain, pegawai pasukan dan pemain import yang terlibat dalam Liga Malaysia diwajibkan untuk mengisytiharkan harta masing-masing berkuatkuasa mulai musim depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, langkah tersebut perlu sebagai usaha untuk mengekang gejala mengatur perlawanan yang kembali menular dalam liga tempatan.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan usaha FAM yang mahu memperkasakan nilai-nilai integriti di kalangan mereka yang terlibat dalam liga tempatan.

"FAM juga merasakan perlu dilaksanakan sekarang setelah Jawatankuasa Integriti FAM sendiri mengesyorkan borang pengisytiharan harta pemain, pegawai pasukan dan pemain import dalam liga tempatan.

"Kita juga akan bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan pengisytiharan harta itu benar-benar tulen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat di sini, semalam.

Hamidin berkata, borang pengisytiharan harta itu dijamin sesuai dengan keperluan seorang pemain, pegawai pasukan dan pemain import yang terlibat.

"Jawatankuasa Integriti FAM telah memperhalusi dan mempermudahkan borang itu agar ia tidak dilihat membebankan mereka yang berkenaan," katanya.

Sementara itu, Aseh berkata, lima persatuan bola sepak (FA) negeri yang telah mewujudkan Jawatankuasa Integriti masing-masing adalah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang dan Sabah.

Beliau menambah, FA negeri yang lain masih lagi membisu sehingga kini berhubung saranan FAM dalam memartabatkan industri bola sepak negara itu.

"Sehubungan itu, kita akan hantar surat dalam minggu ini dan tengok dahulu maklum balas serta komitmen FA negeri dan selepas itu mungkin kita akan tetapkan tarikh," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pelacur Vietnam dominasi pasaran Malaysia

Posted: 15 Jul 2013 10:43 PM PDT

KUALA LUMPUR 16 Julai - Sejumlah 12,434 wanita daripada pelbagai negara ditahan sepanjang tahun lepas kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Daripada jumlah itu, 3,456 adalah wanita Vietnam yang dilihat cuba mendominasi kegiatan pelacuran di negara ini, kata polis.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan itu meningkat berbanding tangkapan tahun sebelumnya iaitu 2,196 orang, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata, kebanyakan pelacur Vietnam itu biasanya menjalankan kegiatan mereka di kelab-kelab malam, pusat karaoke dan rumah urut.

"Sikap mereka yang tidak 'demand' dari segi bayaran membuatkan mereka menjadi 'idaman'. Sebagai contoh, jika mereka diarah menghidangkan air kepada pelanggan, pelanggan hanya memberi 'tip' untuk layanan hidangan air tanpa tips tambahan jika diminta duduk dan berhibur bersama.

"Begitu juga dengan layanan seksual, jika mereka dibayar RM100 untuk urutan 'body to body', bayaran itu dianggap sebagai 'one-off' walaupun pelanggan kemudian meminta untuk mengadakan hubungan seks," katanya.

Abdul Jalil berkata, selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara tahun lepas ialah wanita China (5,165); Thailand (2,009); Indonesia (1,418); Filipina (845); India (139); Myanmar (114); Uzbekistan (70); dan Kemboja (70).

Wanita negara lain yang turut terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Bangladesh; Laos; Uganda; Nigeria; Mongolia; Tajikistan; Sri Lanka; Kenya; Morocco; Kyrgyz; Iran; Singapura; Hong Kong; Russia; dan Kanada.

Beliau berkata polis melakukan 42,788 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan serbuan tertinggi di Johor Bahru iaitu sebanyak 8,749 diikuti Kuala Lumpur (8,620), Selangor (6,663) dan Perak (5,426).

"Polis tidak akan berkompromi dalam membanteras aktiviti pelacuran atau pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dan kami akan sentiasa adakan serbuan dan tangkapan," katanya. - BERNAMA

6 rumah di Sibu musnah dalam kebakaran

Posted: 15 Jul 2013 10:20 PM PDT

SIBU 16 Julai - Enam rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Tiong Hua di sini tengah malam tadi.

Kebakaran pada pukul 12.20 tengah malam itu dikatakan bermula daripada sebuah rumah kosong di kawasan itu, yang didakwa penduduk setempat sering dijadikan tempat untuk kumpulan tertentu mengadakan barbeku.

Penulis rencana See Hua Daily News, Wee Hui Cheng, 27, yang tinggal di kawasan itu bersama keluarganya berkata, bomba mengambil masa dua jam untuk memadam kebakaran dan mengawalnya daripada merebak ke kawasan padat penduduk itu.

Seorang pengawal keselamatan, Gelana anak Jambi, 24, pula tinggal sehelai sepinggang apabila kebakaran itu memusnahkan rumah sewa yang didiami bersama keluarganya.

"Ibu saya kejutkan saya selepas tengah malam memberitahu rumah jiran terbakar dan dengan segera saya kejutkan isteri dan anak kecil kami.

"Dalam keadaan kelam kabut untuk menyelamatkan diri itu, kami tinggalkan semua barang berharga termasuk kad pengenalan kami," katanya yang telah setahun menyewa di rumah itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat negeri. Datuk Seri Wong Soon Koh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelawan, David Wong Kee Woan melawat kawasan kebakaran pagi ini.

Soon Koh berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi bantuan kepada keluarga terlibat.

"Saya dimaklumkan oleh penduduk bahawa kebakaran bermula dari sebuah rumah kosong yang sering diguna kumpulan tertentu untuk barbeku dan minum-minum," katanya.

Beliau berkata penduduk mendakwa mereka telah melaporkan perkara itu kepada polis tetapi tiada tindakan diambil.

Kebakaran itu adalah yang kedua dalam tempaoh 24 jam di Sibu. Terdahulu pada 11.03 pagi, 16 kedai di Jalan Tukang Besi musnah dijilat api. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Dipenjara 10 tahun jerut remaja

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

Tan Guan Seng di pekarangan Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam. - Utusan/Rosni Masri

KOTA BHARU 15 Julai - Akibat menjerut leher seorang remaja perempuan berusia 17 tahun menggunakan sehelai kain tudung kira-kira 10 tahun lalu, seorang subkontraktor hari ini dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Tan Guan Seng yang berusia 19 tahun ketika kejadian tersebut, dijatuhi hukuman itu setelah didapati bersalah mencederakan mangsa pada 12 Ogos 2003 di kawasan semak di Kampung Lundang, Machang di sini.

Hakim Ahmad Yusuff Yunus memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Guan Seng, 30, telah menjerut leher mangsa menggunakan sehelai kain tudung sehingga menyebabkan kecederaan yang jika menyebabkan kematian, tertuduh boleh didakwa atas tuduhan membunuh.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azmah Azhari mengikut bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Terdahulu, Guan Seng berhadapan satu lagi pertuduhan iaitu merogol remaja perempuan terbabit pada waktu, tarikh dan lokasi sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat.

Bagaimanapun, Ahmad Yusuff memutuskan Guan Seng tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan dengan alasan pihak pendakwaan gagal membuktikan alat sulit tertuduh telah memasuki kemaluan mangsa.

"Walaupun pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada penetrasi terhadap kemaluan mangsa dan ada koyakan baru pada selaput dara serta pendarahan dan pembengkakan, namun gagal membuktikan zakar tertuduh adalah yang menyebabkan kecederaan tersebut.

"Oleh yang demikian, pihak pembelaan telah berjaya membuktikan keraguan munasabah terhadap kes ini,'' katanya.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan peguam tertuduh, Ahmad Nizam Mohamad untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman bagi membolehkan pihaknya mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Perbicaraan 30 anggota kumpulan pengganas Kiram 17 hingga 27 September ini

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

Datu AmirbaharHushin Kiram

KOTA KINABALU 15 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 hingga 27 September ini perbicaraan terhadap 30 individu membabitkan 27 warga Filipina dan tiga rakyat Malaysia yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti keganasan di negeri ini.

Hakim P. Ravinthran yang mendengar pengurusan kes itu hari ini turut menetapkan Pusat Pasukan Gerakan Am di Kinarut di sini sebagai mahkamah sementara memandangkan jumlah tertuduh yang ramai.

Beliau juga berkata, tempoh perbicaraan tersebut memadai memandangkan pendakwaan akan memanggil sekurang-kurangnya 50 saksi.

Seramai 22 orang termasuk komander kumpulan pengganas Kiram berpangkat 'Jeneral', Datu Amirbahar Hushin Kiram berhadapan hukuman mati kerana didakwa melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh-tertuduh itu ialah Datu Amirbahar, Basad H. Manuel, Salib Akhmad Emali, Mohamad Ali Ahmad, Pabblo Alie, Abd. Hadi Mawan, Atik Hussin Abu Bakar, Dani Ismail, Saidili Jaharul, Totoh Hismullah, Basil Samiul, Rizman Gulan, Abdul Majil Jubin, Rijmal Salleh, Julham Rashid, Tani Lahad Dahi, Al Wazir Osman@Abdul, Virgilio Nemar Patulada @ Mohamad Alam Patulada, Masir Aidin, Anwar Salib Akhmad, Ismail Yasin dan Binhar Salib Akhmad.

Kesemua mereka turut menghadapi pertuduhan kedua iaitu didakwa menganggotai kumpulan pengganas pada tarikh dan tempat yang sama, iaitu kesalahan mengikut Seksyen 130KA kanun sama.

Di bawah seksyen itu, tertuduh boleh dihukum penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Daripada tiga rakyat Malaysia itu, seorang wanita, Norhaida Ibnahi menghadapi hukuman penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan, kerana didakwa memberi perlindungan kepada sekumpulan pengganas.

Dua lelaki tempatan, Kadir Uyung dan Lating Tiong pula didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan yang didakwa dilakukan oleh warga Filipina itu pula termasuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengendalikan kes itu memaklumkan mahkamah, beberapa tertuduh warga Filipina berkenaan menghantar surat kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak supaya membatalkan pelantikan peguam oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Beliau berkata, tertuduh-tertuduh berkenaan meminta peguam mereka dilantik oleh kerajaan Filipina dan permohonan itu akan diputuskan oleh Hakim Ravinthran selepas membaca surat berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Hina Islam, kanak-kanak Kristian dipenjara seumur hidup

Posted: 15 Jul 2013 11:24 AM PDT

ISLAMABAD 16 Julai - Mahkamah Pakistan semalam dilapor menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang kanak-kanak lelaki Kristian atas tuduhan menghantar mesej yang menghina Islam.

Peguam pendakwa raya mahkamah Toba Tek Singh di wilayah Punjab, Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lalu berkata, tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000).

Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW kepada beberapa orang ulama.

Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan. - DPA

Tentera Congo dan pemberontak bertempur, 130 maut

Posted: 15 Jul 2013 11:24 AM PDT

KINSHASA 16 Julai - Sekurang-kurangnya 130 orang terbunuh, termasuk 10 askar, apabila pertempuran sengit antara tentera kerajaan Republik Demokratik Congo dan kumpulan pemberontak berlarutan di timur negara ini sejak kelmarin.

Jurucakap kerajaan, Lambert Mende berkata, sebanyak 12 pemberontak turut ditawan dalam pertempuran dengan pemberontak M23 yang meletus di wilayah Kivu Utara.

Seramai 120 pemberontak berjaya dibunuh, namun 10 tentera kerajaan juga maut dalam pertempuran terbabit.

Malah tentera Congo berjaya menawan semula kedudukan yang dikuasai pemberontak sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun jelasnya tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berada di wilayah sama tidak campur tangan dalam pertempuran kedua-dua pihak itu.

Kira-kira 2,000 askar kerajaan dilapor dikerah untuk berjuang memerangi pemberontak, namun Mende enggan mengesahkan jumlah tersebut.

Selain itu, kira-kira 3,000 tentera pengaman PBB yang dilengkapi senjata berat turut dikerah ke wilayah berkenaan tetapi hanya untuk melindungi orang awam dan diri mereka sahaja. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


1,100 rumah dibina di Jengka

Posted: 15 Jul 2013 12:16 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Sharuddin Yusof (tiga kanan) menunjukkan pelan struktur rumah yang bakal dibina pada majlis prapelancaran projek Taman Jengka Indah Fasa 1, Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, kelmarin.

KUALA KRAU 15 Julai - Sebuah syarikat swasta, PUM Global Resources Sdn. Bhd., memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk membina sebanyak 1,100 unit rumah di Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Sharuddin Yusof berkata, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 2018 dikenali sebagai Taman Jengka Indah dan akan dibangunkan dalam beberapa fasa tersebut merupakan pembangunan hartanah bercampur di tapak seluas 40 hektar.

Menurutnya, harga rumah yang dijual adalah kompetitif dengan tawaran fasa pertama bermula dari RM197,000 sehingga RM332,000.

"Lokasi tapak Taman Jengka Indah sangat strategik kerana terletak di antara Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya dan Sekolah Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini hanya lima minit ke pusat bandar,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis prapelancaran projek Taman Indah Fasa 1 di Nadi Kota Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini semalam.

Menurutnya, taman perumahan itu dirancang dengan teliti serta mengambil kira permintaan dan keperluan masyarakat setempat.

Katanya, pelbagai kemudahan lain akan dibangunkan seperti premis perniagaan, tapak hotel, stesen minyak dan kawasan rekreasi selain berdekatan dengan Universiti Teknologi Mara cawangan Pahang serta Hospital Jengka.

"PUM Global turut menyediakan tapak surau, dewan serbaguna, tapak sekolah dan tadika untuk kegunaan penduduk di kawasan perumahan tersebut," katanya.

Ramadan medan terbaik satukan umat Islam

Posted: 15 Jul 2013 12:16 PM PDT

Ismail Abdul Muttalib (dua dari kanan) berbuka puasa bersama penduduk sempena program ziarah Ramadan di Felda Jengka 2, Maran, Pahang, kelmarin.

MARAN 15 Julai - Bulan Ramadan menjadi medan terbaik kepada masyarakat Islam yang berlainan fahaman politik supaya kembali bersatu demi meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, pertelagahan sesama sendiri termasuk berkaitan mempertahankan akidah umat Islam serta soal yang remeh telah meletakkan imej agama itu tidak dihormati oleh pihak lain.

"Golongan tertentu sudah mula berani mempersenda dan mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan kerana melihat umat Islam tidak lagi bersatu malah kelihatan lemah serta dimudah diprovokasi.

"Orang Islam di negara ini merupakan majoriti tetapi masih ada yang lebih mementingkan politik kepartian sempit tanpa memikirkan imej serta kedudukan Islam yang semakin dipandang rendah akibat kesilapan sendiri,' katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ziarah Ramadan di Masjid Felda Jengka 2 di sini semalam.

Ismail berkata, dalam bulan yang mulia ini, umat Islam seharusnya bermuhasabah dan bersatu hati untuk mempertahankan kedudukan serta kesucian agama itu daripada dipermainkan oleh pihak terbabit.

"Jangan mudah terperangkap dengan agenda pihak tertentu yang mahu melemahkan agama Islam supaya memudahkan usaha mereka menguasai negara ini," ujarnya.

Rakyat Pahang perlu pulihara alam sekitar

Posted: 15 Jul 2013 12:16 PM PDT

Tengku Fahd Mua'adzam Sultan Ahmad Shah (kanan) sambil disaksikan Sultan Ahmad Shah menerima cenderamata daripada Ismail Mohamed Said (dua dari kiri) pada majlis penutup kursus kepimpinan belia Daerah Temerloh di Masjid Abu Bakar, Temerloh, kelmarin.

TEMERLOH 15 Julai - Yayasan Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah (Saset) mahu rakyat negeri ini memupuk semangat dan rasa tanggungjawab supaya lebih peka terhadap usaha memulihara alam sekitar di negeri ini.

Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua'adzam Sultan Ahmad Shah berkata, yayasan itu memberi fokus terhadap usaha menggerakkan minda rakyat supaya bersama menjayakan apa jua program pemuliharaan alam sekitar.

Menurutnya, walaupun misi utama yayasan berkaitan pemulihan alam sekitar tetapi program meningkatkan sosioekonomi rakyat serta kursus kepemimpinan berkualiti tidak diabaikan.

"Ini kerana peningkatan ekonomi dan pengetahuan serta kualiti kepemimpinan saling berkait yang dapat membantu usaha meningkatkan kualiti alam sekitar.

"Matlamat utama Saset yang ditubuhkan pada 2011 adalah memupuk semangat cintakan alam sekitar dan memuliharanya supaya Pahang menjadi destinasi pelancongan menarik dan berkelas dunia,'' katanya.

Tengku Fahd berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada penutup Kepimpinan Belia daerah Temerloh membabitkan 200 peserta anjuran Saset dan Institut Kemajuan Desa (Infra) di Masjid Abu Bakar di sini semalam.

Berangkat mencemar duli ke majlis tersebut ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said; Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd. Ghani dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, badan korporat dan pemimpin setempat perlu berganding bahu menyokong usaha itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Ke mana pergi Akta Antipencatutan?

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

BERSERABUT sebenarnya kita dengan isu kenaikan harga ayam ini. Sekilogram sahaja sudah mencecah RM10, itu antara harga terbaharu semalam dicatat paling mahal di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam isu kenaikan harga ayam, dua kementerian sahaja yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perkara ini. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau MOA seingat penulis, telah pun menjalankan tanggungjawabnya. Sudah dua kali menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat kenyataan.

Pertama sebelum puasa lagi, telah membuka permit import ayam untuk lambakan bekalan itu bagi menstabilkan harga. Ini dengan membenarkan pengimportan ayam dari China. Kedua, memberi komitmen untuk berusaha memastikan bekalan pengguna di bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri mencukupi.

Setakat ini, itu antara daya usaha MOA. Bagaimanapun kita maklum, MOA sebenarnya tidak ada kuasa untuk mengawal harga ayam. Hal ini kerana pemborong dan peruncit di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNKK.

Pada masa sama, yang paling mustahak lagi Akta Kawalan Harga adalah di bawah bidang kuasa menterinya, Datuk Hasan Malek. Di kementerian Hasanlah terdapat Akta Antipencatutan yang boleh menghalang harga dinaikkan sesuka hati oleh pemborong dan peruncit.

Rakyat, penulis percaya mula semakin bimbang dengan 'permainan' orang tengah yang cuba mengaut keuntungan ini. Bukan 'sikit-sikit anak'.

Mengikut kedudukan harga dan bekalan ayam yang dicatat semalam, Isnin 15 Julai, pengeluaran ayam adalah 2 juta ekor sehari dalam bulan Ramadan. Menjelang Aidilfitri, akan meningkat 2.2 juta sehari.

Permintaan ayam pada hari biasa kira-kira 1.6 juta ekor. Kos pengeluarannya RM5.05 per kg, harga exfarm RM5.40-5.70 per kg, harga ayam standard (RM8.40 per kg) manakala ayam super RM9.40 per kg.

Sebenarnya, dalam isu kenaikan harga ayam, KPDNKK kenalah lebih serius mengekangnya. Penulis perasan (dan mungkin ini juga dikongsi banyak pihak) sejak isu ini timbul, menterinya macam agak 'buntu', tak tahu nak buat apa. Asyik bagi amaran kepada pemborong dan peruncit. Walhal akta-akta yang tersedia utuh di bawah bidang kuasa kementerian itu boleh diambil terhadap mereka yang tamak haloba ini.

Penulis difahamkan juga, di dalam kementerian itu terdapat sekurang-kurangnya 10 anggota Majlis Penasihat Harga Barang yang diketuai Ketua Setiausaha kementerian serta enam wakil terdiri daripada orang awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri serta empat pegawai kerajaan - yang dapat menentukan sama ada peniaga melakukan pencatutan atau mengaut keuntungan secara berlebihan.

Cuma, ke mana perginya mereka dalam sehari dua ini?

Hakikatnya, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, yang telah pun berkuat kuasa sejak 1 April 2011 dalam banyak hal berjaya bertindak sebagai penghalang kepada mana-mana peniaga yang menaikkan harga secara sewenang-wenang.

Dengan adanya Akta Anti Pencatutan, tindakan boleh diambil terhadap para peniaga yang terlibat mengambil untung secara berlebihan terutama semasa musim perayaan dan semasa krisis.

Di bawah Akta Kawalan Harga, kerajaan perlu menetapkan harga siling dan mewartakan harga sebelum tindakan boleh diambil terhadap para peniaga yang menjual barangan mereka melebihi harga siling.

Tetapi dengan Akta Antipencatutan, tindakan boleh diambil terhadap para peniaga yang sengaja menaikkan harga pada bila-bila masa.

Kenapa pihak KPDNKK masih teragak-agak mahu menguatkuasakan akta ini? Ini bukan akta yang digubal dengan mudah tetapi selepas diluluskan, mengapa tidak dikuatkuasakan dalam isu kenaikan harga ayam.

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 ini berasal dari Akta Kawalan Harga (1946) yang dipinda bagi memasukkan langkah-langkah anti pencatutan memandangkan aduan yang diterima setiap kali menjelang musim perayaan berhubung kegiatan pencatutan oleh peniaga.

Dan kerana bersangkut-paut dengan pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST), keputusan telah dibuat bagi menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi memastikan para peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati. Sejak pelaksanaan akta itu dua tahun lalu, banyak kejayaan yang dicapai dalam mengekang ketamakan pemborong, peruncit dan orang tengah.

Unit penguatkuasaan KPDNKK dikatakan telah melawat lebih daripada 7,000 premis dan hampir 60 notis dikeluarkan kepada peniaga yang menaikkan harga secara tidak sepatutnya.

Masih tidak luput di ingatan penulis ketika Akta Anti Pencatutan itu digunakan buat pertama kali pada 2011 apabila tiga penjual ikan di Pulau Pinang dituduh menjual dengan harga berlebihan. Masing-masing diberikan notis mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 yang baru dilaksanakan.

Dan buat pertama kali notis dikeluarkan di negara ini yang dijalankan oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK.

Tiga penjual ikan, yang merupakan sebahagian daripada 46 peniaga menerima notis itu sejak akta itu dilaksanakan, diberikan tiga hari untuk memberikan alasan kenaikan itu. Alasan berkenaan memerlukan mereka memberikan butiran mengenai kos pengeluaran, harga bahan mentah, tenaga buruh, pengangkutan dan sewaan.

Maklumat hasil siasatan akan dikemukakan kepada Majlis Penasihat Harga yang akan menentukan jika wujud pengambilan untung berlebihan.

Hukuman yang dikenakan di bawah akta ini agak berat. Pertubuhan yang ingkar boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000. Individu pula boleh didenda sehingga sehingga RM100,000, dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Dalam mengekang kenaikan harga ayam, penguatkuasaan Akta Antipencatutan 2010 boleh memastikan peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Dari sudut pandangan perniagaan, apabila harga naik dan turun sekali lagi, peniaga sudah pasti mahu mendapat untung. Mereka selalu mahu untung dan akta berkenaan memastikan ini tidak akan berlaku sesuka hati.

Dalam isu kenaikan harga ayam, pengguna boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-6800 sekiranya mereka mengetahui mengenai mana-mana peniaga yang dipercayai terlibat mengambil untung berlebihan.

Namun, aduan atau laporan sahaja tidak cukup tanpa komitmen tegas bahagian penguat kuasa KPDNKK menguatkuasakan Akta Anti Pencatutan 2010.

Hari ini ayam, esok lusa barang apa pula yang naik.

Bidas DAP pertikai subjek wajib Tamadun Islam di IPTA

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

KENYATAAN Ahli Parlimen DAP Kampar, Dr. Ko Chung Sen yang menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan subjek wajib Tamadun Islam kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPTA) menunjukkan ketidakfahaman beliau mengenai isu tamadun.

Subjek itu diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau dalam Kabinet. Sepatutnya Chung Sen bertanya beliau dulu apa rasional subjek ini diperkenalkan di IPTA.

Setahu penulis subjek ini diperkenalkan dengan maksud memberi pengetahuan yang lebih luas bagi masyarakat pelajar aspek ketamadunan Islam bukannya bermaksud melakukan indoktrinasi.

Di Universiti Malaya diperkenalkan juga subjek Pengajian Asia yang merangkum pengetahuan tamadun-tamadun di Asia termasuk tamadun China.

Ia adalah baik untuk memberi tahu pelajar pentingnya pengajian tamadun sebagai mata rantai mengetahui perubahan silam supaya para pelajar bersikap reflektif dan terbuka untuk memahami tamadun lain.

Seperti juga Dialog Antara Agama yang memperlihatkan pentingnya etika dan nilai-nilai yang universal disemarakkan supaya ia menjadi faktor interaktif yang tinggi dalam kalangan masyarakat majmuk.

Dalam konteks generasi muda di Malaysia, mengetahui tamadun yang sifatnya menyumbang kepada umat manusia adalah sesuatu yang dituntut. Dalam tradisi Islam memanfaatkan faedah berbanding dari tamadun orang lain adalah harus.

Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaannya memiliki kewajaran untuk di ketahui oleh setiap warganegaranya.

Salah faham terhadap Islam sering terjadi. Islam digambarkan sebagai agama ekstrem dan pelampau sedangkan ajaran Islam membawa kepada kesederhanaan. Kalau terlihat sebahagian kecil penganut Islam bersikap sedemikian, ia bukanlah ajaran Islam.

Tamadun Islam yang berkembang di zaman Abbasiah, Andalusia dan Othmaniah umpamanya banyak memberi sumbangan kepada dunia Eropah terutamanya dalam bidang matematik, astronomi, sains dan perubatan.

Mempelajari sejarah ini dengan sendirinya menghakis pandangan sesetengah pihak bahawa Islam itu agama ritual semata-mata bukannya agama yang mencetuskan perubahan dan tamadun.

Pada suatu ketika dulu orang Barat cuba tidak mengaitkan sumbangan Islam terhadap perubahan yang mereka lalui.

Kenyataan sejarah tamadun menunjukkan bahawa ribuan kitab-kitab besar Islam diterjemahkan ke bahasa Latin, Ibrani dan Hebrew dan menjadikan karya saintis Islam sebagai rujukan berabad-abad.

India dan China juga menghasilkan tamadun dan ia elok dipelajari supaya kefahaman interaktif berlaku. Al Biruni seorang ilmuwan Islam suatu ketika dulu datang ke India mempelajari bahasa Hindi untuk mengetahui ilmu-ilmu yang bersifat saintifik orang-orang India.

Nabi Muhammad SAW menganjurkan kepada umatnya menuntut ilmu sehingga ke negeri Cina (ada yang mengatakan ia athar bukan hadis). Ilmu membuat kertas dan alat mesin cetak antara yang terdapat di negeri Cina. Ia berguna untuk membangun khazanah ilmu dan teknologi percetakan.

Pemahaman Antara Tamadun ini amat dituntut dalam konteks pendidikan di Malaysia. Cadangan Ahli Parlimen DAP ini adalah langkah mundur ke belakang.

Sepatutnya beliau mencadangkan pengajian Antara Tamadun diperkenalkan supaya dalam konteks masyarakat majmuk generasi muda dididik dengan sikap menghargai tamadun.

Penulis tidak faham apakah maksud sebenar kenyataan ahli Parlimen ini. Tidak salah mempelajari Tamadun Islam di IPTA kerana agama Islam dianut oleh majoriti masyarakat di Malaysia.

Lagi pun mempelajari Tamadun Islam ialah mempelajari aspek kemajuan silamnya terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Kalau kenyataan itu dibuat atas asas prasangka agama, orang yang terbaik ditanya atau diminta penjelasan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenalkannya dulu.

Atau mungkin ia memang sikap DAP mengungkit apa saja perkara yang berkaitan dengan Islam. Negara Islam dan hudud Pas ditentang walaupun mereka sepakat dalam politik.

Apakah ini membayangkan DAP yang memperjuangkan faham sosialis demokratik sekular tidak mahu Malaysia menjadikan Islam berkembang dalam sistem seperti yang berlaku kepada undang-undang syariah, dalam tijarah atau bisnes juga.

Dalam muamalah dan sistem perbankannya. Kalau ini maksudnya, apa perlu Pas menunggu lebih lama berkawan dengan DAP kerana DAP selamanya mempertikai kedudukan Islam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Mudah, anggun dan bergaya

Posted: 15 Jul 2013 12:21 AM PDT

Pengguna kamera digital boleh menggunakan Pixma MG6370 untuk menghantar tugasan dengan sokongan Wi-fi.

KOMITED untuk menjadikan pengalaman mencetak foto lebih menarik dan mudah, Canon memperkenalkan tiga produk tambahan dalam rangkaian pencetak foto Pixma iaitu MG6370, MG5470 dan iP7270

Ketiga-tiga pencetak berkenaan mempunyai sokongan Wi-Fi yang membolehkan pengguna menghantar tugasan tanpa wayar daripada komputer peribadi, notebook dan telefon pintar.

Bagi MG6370 dan MG5470, pengguna kamera digital dengan ciri Wi-Fi juga boleh menikmati kemudahan ini apabila berada dalam kawasan liputan Wi-Fi.

Pengguna Apple iOS juga boleh mengambil kesempatan terhadap hubungan tanpa wayar ini dengan Apple AirPrint tanpa perlu menambah pemacu tambahan atau aplikasi perisian.

Maju selangkah lagi, MG6370 dan MG5470 menyokong hubungan terus kepada perkhidmatan Pixma Cloud Link yang membolehkan pengguna mengakses dan mencetak foto serta template, terus daripada ruang pencetak itu sendiri.

Selain itu, pemegang akaun Google diberi pilihan untuk mencetak dokumen dan e-mel Google melalui perkhidmatan Google Cloud Print serta menghantar tugasan cetakan mereka terus kepada pencetak dengan menggunakan telefon pintar atau komputer peribadi mereka dari mana saja mereka berada.

Pencetak Pixma MG6370, MG5470 dan iP7270 direka khas untuk memaksimumkan kemudahan tanpa menjejaskan nilai estetiknya.

Kedua-dua pencetak MG6370 dan MG5470 boleh dirapatkan ke dinding, menghasilkan penampilan keseluruhan yang lebih kemas dan bergaya di pejabat dan di rumah.

Dalam membantu menjaga alam sekitar dan menjimatkan kos serta masa mencetak, pencetak-pencetak ini mempunyai dua ruang kertas di hadapan, bagi pengguna memasukkan dua saiz kertas yang berbeza pada satu masa.

Pengguna juga boleh memilih cetakan dwimuka dengan fungsi Cetakan Auto Duplex, selain boleh mencetak terus ke dalam caker CD, DVD dan cakera Blu-ray, dengan ciri Cetakan Direct Disc. Ciri ini memansuhkan keperluan pelekat label cakera yang berlainan.

Pencetakan foto berkualiti tidak pernah lebih praktikal, mudah dan penuh bergaya!

Pencetak-pencetak Pixma ini dilengkapi dengan My Image Garden yang menggalakkan pengguna menemui sifat kreatif dan keupayaan seni mereka.

My Image Garden membantu pengguna menyusun foto-foto mereka mengikut sebarang kategori pilihan dan membolehkan mereka mencipta kandungan baru daripada foto-foto lama yang boleh diubah menjadi kalendar, kad dan atau dengan kolaj.

Turut dimasukkan di dalam My Image Garden adalah program-program seperti Creative Park Premium, Fun Filter Effects dan Full HD Movie Print yang membolehkan pengguna meneroka dan berseronok sambil mencetak.

Penciptaan kandungan baru juga boleh dibuat terus dari Facebook melalui aplikasi khusus Facebook, Print Your Days.

Ini adalah kerana muncung mikroskopik berkepadatan tinggi mewujudkan titisan dakwat yang halus sehingga 1pl.

Blackberry Q5

Posted: 15 Jul 2013 12:21 AM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar NASIRRUDDIN YAZID

Q5 mengekalkan tradisi rangkaian Blackberry dengan papan kekunci qwerty.

BLACKBERRY Malaysia sekali lagi memperkenalkan peranti terbaharu iaitu Q5 yang mampu memenuhi permintaan pengguna menerusi konsep papan kekunci Qwerty lengkap

Fungsi dalaman dan perisian yang mendapat inspirasi dari Blackberry 10 itu dikuasakan oleh pemproses dual core 1.2GHz dengan kapasiti RAM sebanyak dua giga bait (GB) bersama binaan memori dalaman lapan GB.

Menurut Pengarah Negara Malaysia bagi Blackberry, Annamalai Muthu, telefon pintar terbaharu itu juga menawarkan pengalaman menarik menerusi kebolehan skrin sentuh dan papan kekunci untuk menaip dengan lebih pantas.

"Telefon nipis dan menyerlahkan gaya ini mempunyai keupayaan kamera depan dua dan kamera belakang lima megapiksel.

"Q5 mempunyai paparan skrin 3.1 inci dan turut didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu merah, hitam, putih dan merah jambu," katanya pada majlis memperkenalkan Blackkberry Q5 di ibu negara baru-baru ini.

Tambahnya, telefon bimbit pintar itu akan dijual pada harga RM1,299 dan akan mula berada di pasaran pada 15 Julai serta ditawarkan dengan syarikat telekomunukasi seperti Maxis, Celcom, Tune Talk dan U Mobile.

Pengguna kini boleh memanfaatkan pelbagai aplikasi pada Blackberry World yang kini telah menjangkau hampir 120,000 aplikasi di dalamnya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Blackberry Q5 boleh layhari laman web www.blackberry.com.my/VlackBerryQ5.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Tulang ikan bahan serbaguna

Posted: 15 Jul 2013 12:21 AM PDT

Oleh LAUPA JUNUS
Gambar ihsan Mokhtar Ishak (UMT)

Konsep penapis menggunakan karbon teraktif.

APAKAH yang kita faham tentang kepentingan tulang ikan? Bagi kita tulang ikan ialah bahan buangan sisa makanan atau domestik dan dicampakkan begitu sahaja kerana tidak ada gunanya.

Berbeza dengan sekumpulan penyelidik dari Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), yang melihat sisa buangan makanan itu ada potensi bagi dijadikan bahan asas penyelidikan mereka.

CSD ditubuhkan sejak 5 Julai 2010 dengan tujuan menghimpun pensyarah dan penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan pembangunan kemasyarakatan dan ekonomi.

CSD juga diharapkan dapat memainkan peranan sebagai penjana dan pengembangan pengetahuan mengenai masyarakat dan persekitaran.

Sebab itu di CSD tulang ikan lebih daripada sekadar sisa buangan. Daripada sudut sains, bahan tersebut merupakan sisa organik atau biomas yang kebiasaannya dijadikan bahan mentah untuk diproses oleh industri, dijadikan bahan bernilai dan dikomersialkan.

Malah ketika ini, sudah menjadi trend sisa buangan diproses dan penerokaan baru terus dijalankan bagi mencari sumber-sumber baharu yang berpotensi untuk diberi nilai tambah.

Dengan trend tersebut, kumpulan penyelidik UMT melalui penyelidikan mereka telah menemui potensi sisa tulang ikan sebagai pengganti hidroksiapatit (HA) yang diimport untuk pelbagai kegunaan prosesan.

Menariknya, tulang ikan berkenaan diperoleh daripada pengusaha industri keropok tempatan. Sekali gus, bahan yang selama ini dibuang begitu sahaja dapat dimanfaatkan.

Kumpulan penyelidikan terbabit membahagikan beberapa skop kajian berdasarkan kepada fungsi dan kegunaan HA yang diperoleh daripada tulang ikan berkenaan.

Menurut ketua kumpulan tersebut, Dr. Dara Aisyah H.M Ali Puteh, terdapat sekurang-kurangnya tujuh tan tulang ikan yang boleh digunakan untuk menghasilkan HA semula jadi daripada tiga pengusaha filet iaitu masing-masing di Chendering, Manir dan Merang dalam tempoh seminggu.

''Dengan itu, kita mampu memperoleh 21 tan tulang ikan seminggu yang boleh digunakan untuk menghasilkan HA organik dan halal," ujarnya ketika ditemui di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Kajian-kajian berkenaan melibatkan beliau bersama Ibrahim Mamat dan Muhammad Sontang dari pusat yang sama.

Beliau berkata, satu daripada produk yang berjaya dihasilkan ialah pemprosesan sisa tulang ikan daripada pengusaha filet untuk pembuatan coklat HA.

Menurut Dr. Dara Aisyah, penggunaan tulang ikan sangat sesuai kerana mengandungi kalsium yang banyak dan diperlukan oleh badan.

Bahan tersebut merupakan unsur utama tulang ikan selain fosfor dan karbonat.

Dengan adanya penyelidikan tersebut , isteri nelayan di pesisir pantai Kuala Terengganu mendapat manfaat memandangkan 80 peratus daripada mereka tidak mempunyai pekerjaan.

Pemprosesan sisa tulang ikan menjadi HA juga akan menjadikan persekitaran komuniti lebih bersih.

Pemprosesan sisa tulang ikan kepada HA akan membuka ruang pekerjaan baharu kepada komuniti melalui upahan menghasilkan tepung tulang ikan.

Satu daripada projek yang dihasilkan ialah coklat HA.

Pembuatan dan penjualan coklat HA di Terengganu merupakan satu-satunya produk yang mampu bersaing di pasaran dan mampu menambah pendapatan komuniti pesisir pantai.

Penyelidikan berkenaan menurut Dr. Dara Asiyah dimulakan sejak 2011 dan siap tahun lalu.

Produk berkenaan dihasilkan dengan mencampurkan coklat dengan HA yang bersumber daripada tulang ikan.

Harganya lebih tinggi berbanding coklat biasa, kerana kandungan yang dimiliki lebih sihat dan memiliki jangka hayat lebih panjang.

"Coklat HA ketika ini telah dipromosikan di sekolah-sekolah dan rakan terdekat," ujarnya.

Pengurusan sisa tulang ikan menjadi HA akan menjadikan persekitaran komuniti lebih bersih, membuka ruang pekerjaan baharu kepada komuniti serta menambah pendapatan.

Satu lagi projek penyelidikan yang melibatkan tulang ikan ialah menghasilkan sistem rawatan air minuman komuniti pesisir di Kuala Terengganu.

Kajian sebelum ini mendapati berlaku peningkatan perbelanjaan pembelian air bersih setiap bulan iaitu RM50 bagi komuniti pesisir di Kuala Terengganu .

Kajian juga mendapati antara tujuh dan 10 tan tulang ikan dihasilkan di kawasan Merang dan Kuala Terengganu dengan harga pembelian tulang antara lima puluh sen dan lapan puluh sen sekilogram.

Menurut beliau, penggunaan tulang ikan sebagai alat penapis dapat menghindari daripada menggunakan bahan yang meragukan.

Meskipun baru bermula, penyelidikan yang dijalankan dianggap penting bagi memberi alternatif kepada penggunaan bahan kimia.

Penghasilan air minum berkalsium hidroksiapatit tulang ikan adalah rawatan air minum dengan menggunakan kartij daripada HA dan karbon teraktif daripada sumber bahan tulang ikan.

Kalsium HA tulang ikan berfungsi sebagai bahan yang boleh membuang logam berat. Sedangkan karbon teraktif berfungsi membuang bau busuk yang terdapat dalam air tersebut.

Manfaat sistem rawatan air ini juga menjadikannya bahan air minum yang halal sebab bersumberkan daripada bahan yang halal dan juga diproses mengikut syariat Islam.

''Inovasi ini sangat berpotensi dikomersialkan sebab bahan kartrij sistem rawatan air minum yang ada selama ini di pasaran tidak diketahui sumber kehalalannya sebab diimport.

"Tambahan pula, memanfaatkan bahan sisa buangan kilang pemproses keropok lekor dan keping yang ada di Kuala Terengganu sekali gus dapat menjana pendapatan masyarakat pesisir Pantai Timur,'' ujarnya.

Usaha tersebut boleh mengurangkan masalah kemiskinan bila produksi HA tulang ikan itu dibuat dalam skala besar dengan mendirikan kilang pembuat HA tulang ikan

Kajian seterusnya yang memanfaatkan tulang ikan ialah penghasilan prototaip karbon biopolar daripada sisa tulang ikan yang berpotensi sebagai sel enjin bahan api kapal nelayan pesisir .

Penggunaan tulang ikan untuk pembuatan produk karbon sebagai plat sel bahan api itu untuk kegunaan atas bot nelayan dalam menghadapi industri perikanan masa depan yang mesra alam.

Ini kerana, menurut satu kajian, karbon hitam ialah padatan karbon amorf yang dihasilkan secara termal atau decomposition oxidatif hidrokarbon.

Karbon adalah pengalir elektrik yang baik berdasarkan kebersihan permukaan, kehalusan dan struktur karbonnya.

Berdasarkan satu kajian lain, sel bahan api adalah sebuah device electro chemistry yang mengubah tenaga kimia kepada elektrik secara berterusan yang mana kajian berkenaan mendapat kerjasama Institut Sel Fuel Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kajian tersebut yang juga bermula tahun ini melibatkan sumber karbon diambil daripada bahan baku tulang ikan yang memiliki tingkat pengaliran arus elektrik yang sangat tinggi sehingga mencapai tahap melebihi 100 /sm.

Bagi memperoleh nilai tersebut, diharapkan karbon tulang ikan boleh dikompositkan dengan sumber bahan logam lain seperti tembaga, aluminium, titanium dan keluli tahan karat yang boleh meningkatkan nilainya.

Menurut Dr. Dara Aisyah, produk berkenaan berpotensi untuk dikomersialkan disebabkan plat bipolar bahan api daripada sumber karbon tulang ikan adalah satu-satunya bahan baru yang dapat digunakan sebagai bahan api masa hadapan.

Mesin membuat kiub ais

Posted: 15 Jul 2013 12:21 AM PDT

Mesin untuk menghasilkan kiub ais yang telah siap di bengkel ZDA, Rawang.

MASYARAKAT Malaysia pada masa kini, amat menggemari minuman ais. Setiap kali mereka keluar bersama-sama keluarga, rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja, pasti mereka meminta pesanan minuman berais, seperti milo ais, teh 'O' ais, nescafe ais dan sebagainya.

Ruangan inovasi kali ini, menampilkan mesin membuat ais kiub. Mesin ini dapat memudahkan dan menjimatkan masa pengguna terutamanya dari kalangan peniaga yang memerlukan ais dalam kuantiti yang banyak dan masa yang pantas.

Mesin membuat ais kiub atau disebut juga ice maker adalah mesin membuat ais batu secara automatik.

Mesin ini sangat sesuai digunakan untuk restoran, kafeteria, rumah dan sebagainya.

Ini kerana ais batu yang dihasilkan berbentuk seperti kotak-kotak kecil. Pengguna hanya perlu memasukkan sahaja ais ke dalam gelas tanpa bersusah payah lagi memecahkan blok ais dan sebagainya.

Mesin membuat ais kiub ini sangat membantu para peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) untuk mempercepatkan proses ais kiub dalam waktu yang singkat dengan kuantiti yang banyak.

Dengan kawalan secara automatik dan kuasa 230V / 50Hz , mesin ini mampu menampung 20kg ais kiub dalam sesuatu masa.

Penghasilan mesin ini adalah atas permintaan pelanggan yang meminta kami membuat satu mesin khas untuk memudahkan mereka dalam proses pengeluaran ais kiub.

Mesin yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi pelanggan. Oleh itu, pelanggan boleh mereka bentuk mesin tersebut dan Zull Design Autotronic (ZDA) akan cuba menepati kehendak mereka.

Bagi menghasilkan mesin yang memenuhi spesifikasi pelanggan perbincangan antara dua pihak amat penting dan dapat membantu.

Dengan itu mesin yang mereka tempah memenuhi keperluan dan kos berpatutan. Tanpa perbincangan, dikhuatiri mesin yang dihasilkan tidak berfungsi dan bermasalah.

Di samping itu, perbincangan juga bertujuan untuk membincangkan reka bentuk mesin yang diinginkan mengikut kesesuaian tempat mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Raja Azmi selamat bertunang dengan bekas gitaris CRK

Posted: 15 Jul 2013 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Julai - Produser kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, hari ini mengikat tali pertunangan dengan bekas pemain gitar kumpulan rock CRK, Mohd. Eddie Ghazali, 45, dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya di Ukay Perdana, di sini petang ini.

Pada majlis itu, anak sulung Mohd. Eddie, Muhammad Daniel, 21, mewakili bapanya manakala pihak Raja Azmi diwakili anak perempuannya, Puteri Suraya Mohd. Jalani, 28.

Sebagai memeriahkan majlis pertunangan itu, pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa buah, manisan dan telekung manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang hantaran terdiri daripada jam beserta dompet, baju, kek, manisan dan biskut.

Majlis kemudian disusuli adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Eddie, Mariah Abu Samah.

Raja Azmi yang ditemui selepas majlis selesai menzahirkan rasa syukur dan lega kerana semuanya berjalan lancar.

Biarpun hubungan terjalin dalam tempoh yang agak singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Raja Azmi percaya Eddie sebagai lelaki sesuai.

"Dia seorang yang penyabar, berbeza dengan saya. Saya harap melalui perbezaan ini mampu menguatkan hubungan kami," katanya.

Manakala Eddie pula memberitahu, sikap keibuaan Raja Azmi membuka hatinya untuk menerima wanita itu di dalam hidupnya setelah lima tahun menduda.

"Apa yang penting nanti adalah kehidupan selepas berkahwin. Penerimaan anak-anak agak senang dan memudahkan perhubungan ini terjalin," katanya.

Sementara kedua-dua belah pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 15 September depan dengan mas kahwin berupa senaskah Al-Quran. - UTUSAN ONLINE

Raja Azmi teruja tunggu detik jadi tunangan orang

Posted: 15 Jul 2013 12:29 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM

RAJA AZMI

KUALA LUMPUR 15 Julai - Penerbit Raja Azmi begitu teruja untuk melalui detik-detik pertunangannya yang akan berlangsung sekitar pukul 6 petang ini.

Sejak minggu lalu, menerusi laman Instagram miliknya, Raja Azmi, 54, tidak henti-henti memaparkan beberapa gambar persiapan hari pertunangan tersebut.

Pagi ini, beliau memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan pelamin serta jambangan bunga yang akan menjadi 'saksi' untuk dirinya bergelar tunang kepada pemain gitar kumpulan rock CRK, Eddie, 45.

"Yeyy...di sinilah tempat saya (gambar pelamin) akan menerima cincin pertunangan," kata Raja Azmi dalam Instagramnya.

Raja Azmi dan Eddie sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Dalam pada itu, rombongan pihak lelaki akan tiba di kediaman Raja Azmi pada pukul 5.45 petang dan acara peminangan akan bermula pukul 6.15 petang mengikut budaya Melayu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Akan diselesai secepat mungkin

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) diberi penerangan oleh seorang wakil peniaga ketika melawat bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur kelmarin. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR 14 Julai - Isu lapan peniaga bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang mendakwa lokasi tapak mereka diubah pada saat-saat akhir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diselesaikan secepat mungkin.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pegawai DBKL bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh terdekat.

"Pembahagian tapak diberikan melalui proses cabutan undi, oleh itu kita akan mengkaji apa sebenarnya yang berlaku ketika DBKL mengagihkan tapak-tapak bazar ini.

"Lapan peniaga tersebut mendakwa tapak baharu yang diberikan kepada mereka tidak strategik dan meminta agar tapak baharu yang lebih strategik diberikan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India di sini, semalam.

Sebelum ini kira-kira 20 peniaga IKS di Jalan Tuanku Abdul Rahman menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan DBKL yang berhasrat menjadikan Jalan Bonus 6 tapak bazar Ramadan tambahan.

Menurut mereka, tindakan DBKL itu hanya menjejaskan peniagaan mereka kerana tapak bazar itu benar-benar terletak di hadapan kedai mereka.

Dalam sesi lawatan tersebut, beberapa peniaga turut meminta agar keluasan tapak dikekalkan kepada 20 kaki x 10 kaki berbanding yang diberikan sekarang iaitu 10 kaki x 10 kaki.

Dalam perkembangan sama, Tengku Adnan gembira kerana kebanyakan peniaga di dua bazar berkenaan terdiri daripada rakyat tempatan dan bukannya warga asing seperti yang berlaku sebelum ini.

"Namun, jika didapati terdapat peniaga yang menyewakan tapak kepada warga asing, kita tidak akan teragak-agak menarik balik permit mereka.

"Saya akan datang semula untuk melihat sendiri jika ada di antara mereka yang menyewakan tapak kepada warga asing kerana ini baru Ramadan yang keempat," ujarnya.

Dalam pada itu, Tengku Adnan sempat meleraikan insiden pemandu sebuah kereta yang didakwa bertindak kasar terhadap pengawal keselamatan sebuah gedung perniagaan di kawasan itu.

Pemandu tersebut dikatakan berbuat demikian selepas ditegur pengawal berkenaan yang mendakwa kenderaannya menghalang laluan ke kawasan letak kereta.

UMNO akan pertahan kerusi Wangsa Maju - Shafei

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 14 Julai - UMNO tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen Wangsa Maju pada bila-bila masa biarpun tidak berjaya memenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Mohd. Shafei Abdullah berkata, tidak timbul isu perebutan kerusi antara parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) memandangkan ia telah dipersetujui pucuk pimpinan.

"Kerusi ini memang kita akan pertahankan. Saya sudah banyak kali jatuh bangun dalam arena politik dan tidak pernah menyerah kerana apa yang penting adalah sokongan dan perjuangan semua pihak.

"Kekalahan kita tempoh hari hanyalah kerana tsunami pengundi Cina, sabotaj dan peratusan keluar mengundi yang tidak memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat UMNO Wangsa Maju dan Majlis Berbuka Puasa di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shafei, pihaknya juga telah menghantar surat kepada Presiden MCA untuk mengambil tindakan terhadap beberapa individu di kawasan itu yang didapati mensabotaj BN.

"Kami menghantarnya pada Mei lalu selepas berakhirnya pilihan raya berdasarkan beberapa bukti yang diperoleh dan masih belum mendapat maklum balas sehingga hari ini.

"Bagi saya kalah atau menang perkara biasa, tetapi dalam peperangan tiba-tiba kita ditembak rakan sendiri itu memang tidak patut berlaku," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, mesyuarat cawangan-cawangan dalam UMNO Wangsa Maju akan bermula pada 15 Julai hingga 31 Ogos ini.

Brickfields perlukan kemudahan tandas awam

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

A. Chandrakumanan bertanya mengenai masalah yang dihadapi peniaga ketika meninjau kawasan sekitar Brickfields baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 14 Julai - Ketiadaan tandas awam di sekitar Brickfields di sini menyukarkan orang ramai terutamanya pelancong asing yang berkunjung ke kawasan tumpuan itu.

Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan berkata, kemudahan tersebut amat penting terutamanya ketika orang ramai membuat persediaan menyambut Deepavali.

"Semua orang mengetahui Brickfields merupakan kawasan tumpuan ramai dan amat menyedihkan apabila kemudahan asas itu tidak disediakan untuk memudahkan pengunjung di sini.

"Malah, pemilik restoran juga tidak mampu untuk menyediakan tandas percuma kepada orang ramai setiap hari," katanya dalam sidang akhbar ketika meninjau kawasan tersebut di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Little India, G. Gunasegaran dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perniagaan Brickfields (BBC), S. Krishna Kumar.

Tambah Chandrakumanan, permohonan untuk mewujudkan tandas awam tersebut telah diutarakan persatuan peniaga terlibat sebelum ini.

"Saya akan membawa perkara ini ke peringkat atasan termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya kerana tandas merupakan kemudahan yang amat penting.

"Terdapat beberapa lokasi yang telah dikenal pasti untuk diwujudkan kemudahan tersebut dan Brickfields memerlukan sekurang-kurangnya empat tandas awam," katanya.

Terdahulu, Chandrakumanan mengambil kesempatan melawat kawasan tersebut untuk memantau masalah-masalah yang wujud termasuk sampah, vandalisme dan sistem saliran.

Sementara itu, beliau turut meminta kerjasama peniaga-peniaga agar menjaga kebersihan premis masing-masing terutamanya di bahagian belakang kedai.

"Orang ramai juga perlu prihatin dengan tidak membuang puntung rokok di dalam pasu bunga sesuka hati dan tidak merosakkan kemudahan awam lain termasuk menampal iklan-iklan haram di sekitar sini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved