Ahad, 2 Mac 2014

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tutor memudahkan PdP guru

Posted: 02 Mar 2014 11:13 AM PST

Akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor diyakini mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap sesuatu mata pelajaran.

Sepanjang program Jelajah Tutor @ Sekolah, rata-rata guru yang ditemui menyatakan berpuas hati dengan tahap persembahan Tutor dan menghargai inisiatif akhbar Utusan Malaysia memperkenalkan akhbar pendidikan itu dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.

Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pomson, Hulu Langat, Ropitah Ismail berkata, kandungan Tutor menumpukan kepada soalan-soalan berupa diagnosis topikal dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Menurutnya, perkembangan itu memudahkan pengajaran guru-guru tanpa perlu merujuk dengan pihak yang berkaitan atau perlu mendapatkan butiran menyeluruh mengenainya di Internet atau pada bahan rujukan lain.

''Malah, saya dapati keterangan mengenai sesuatu mata pelajaran atau subjek tertentu dilakukan setiap minggu dan ia dijelaskan secara satu persatu, Tutor amat memudahkan guru dan murid untuk menggunakannya,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sekolahnya di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Utusan Malaysia menerbitkan lima akhbar pendidikan di bawah jenama Tutor iaitu Tutor UPSR, Tutor PPMR dan Tutor SPM pada setiap Isnin, Tutor English (Selasa) serta Tutor Junior (Rabu).

Semua produk dijual dengan harga 50 sen senaskhah dan eksklusif untuk langganan sekolah.

Setiap akhbar diterbitkan dalam 20 muka surat kecuali Tutor SPM setebal 24 halaman.

Tahap soalan latih tubi Tutor, kata Ropitah, agak mencabar serta berkualiti dan ini memudahkan pihak sekolah menyediakan set soalan setiap minggu kepada murid.

"Sebelum ini pihak sekolah perlu menyediakan salinan yang banyak untuk persiapan murid menduduki peperiksaan.

"Namun kini, kami akan gunakan Tutor ini dalam program kelas tambahan yang dibuat pada setiap Sabtu selama dua jam, malah akhbar berkenaan akan turut digunakan oleh semua murid sekolah termasuk tahun satu hingga tiga,'' katanya.

Selain SK Kuala Pomson, SK Padang Pulut juga merupakan antara 13 sekolah Pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menerima langganan Tutor UPSR sebanyak 57,876 naskah dalam tempoh dua tahun.

Bagi Guru Besar SK Padang Pulut, Wan Razali Wan Muda, kandungan Tutor yang padat dengan nota latihan dan soalan latih tubi sesuai digunakan sepanjang sesi persekolahan di sekolahnya di Dungun, Terengganu.

Malah, menurutnya, harga Tutor yang hanya 50 sen senaskhah amat berbaloi dan mampu dimiliki oleh setiap murid termasuk mereka yang berpendapatan rendah.

"Saya anggap Tutor dapat membantu guru dan murid dalam proses PdP kerana kandungannya agak santai dan mudah difahami murid malah ia mengandungi ilustrasi menarik serta berwarna-warni, mampu menarik pembacaan murid," ujarnya.

Beliau yakin penggunaan Tutor di sekolahnya nanti mampu membantu meningkatkan pencapaian akademik murid-muridnya khusus tahun enam yang bakal menduduki UPSR nanti.

Ulang kaji dengan TUTOR di rumah

Posted: 02 Mar 2014 11:13 AM PST

Zaisahiraton membimbing Arif (kanan) dan Arissa membuat ulang kaji menggunakan akhbar pendidikan Tutor UPSR dan Tutor SPM di rumahnya di Shah Alam 2, Selangor baru-baru ini.

Seorang guru, Zaisahiraton Zainuddin menjadikan akhbar pendidikan Tutor UPSR dan Tutor SPM sebagai medium pembelajaran tambahan di rumah kepada dua orang anaknya, Arissa Sahira Abdul Rahman dan Arif Kamil Abdul Rahman.

Menurut Zaisahiraton, kandungan akhbar pendidikan Tutor yang berkualiti boleh membantu anak-anaknya untuk membuat persediaan rapi menghadapi peperiksaan.

Katanya, naskhah Tutor yang dilanggan melalui pihak sekolah itu amat bermanfaat dan harganya juga berpatutan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Warga emas mangsa rompak dibunuh

Posted: 02 Mar 2014 11:12 AM PST

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

WAN Din Wan Mamat, menunjukkan tempat ibu saudaranya, Wan Meriam Wan Mahmood dibunuh oleh penjenayah di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Zuharman Mohamad Nor

TUMPAT 2 Mac - Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun ditemui mati setelah dipercayai sesak nafas kerana lehernya dijerut, manakala mulutnya disumbat dengan kain oleh penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu, di sini awal pagi ini.

Mayat, Wan Meriam Wan Mahmood ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam bilik tidur oleh cucu angkatnya, Mohd. Faizal Abdul Samad, 30, kira-kira pukul 3.30 pagi.

Mohd. Faizal berkata, beliau bergegas ke rumah itu kerana curiga selepas menerima dua panggilan telefon daripada neneknya yang tinggal bersendirian.

"Nenek saya tidak pandai membuat panggilan menggunakan telefon bimbitnya, tetapi saya terkejut tiba-tiba menerima dua panggilan daripada arwah.

"Kali pertama telefon berdering, saya tidak sempat menjawab. Namun kali kedua, tiada suara kedengaran. Saya yang curiga bergegas ke rumahnya.

"Semasa menerima panggilan, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertemu dengan rakan di warung berhampiran. Rumah saya dan nenek hanya bersebelahan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Mohd. Faizal, sebaik sahaja tiba, beliau melihat pintu dapur terbuka dan pemeriksaan di dalamnya berselerak, manakala mayat warga emas itu ditemui di atas katil.

"Saya mendapati terdapat kain tuala yang disumbat di dalam mulutnya, manakala sehelai lagi tuala menutup separuh mukanya. Wang tunai dan beberapa barang kemas seperti gelang dan rantai leher yang dipakai nenek pula lesap," ujarnya.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharuddin Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pemeriksaan polis mendapati suspek memecah masuk rumah tersebut melalui pintu dapur.

"Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Difahamkan, laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan sesak nafas setelah gigi palsu yang dipakainya tertolak ke dalam mulut.

Wanita tumpaskan gadis cuba meragutnya

Posted: 02 Mar 2014 11:12 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Mac - Tindakan berani seorang wanita melawan seorang peragut remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya menggagalkan cubaan suspek untuk melarikan beg tangan milik mangsa semalam.

Kejadian berlaku pukul 10.55 pagi semasa mangsa berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadika berjalan seorang diri menuju ke kereta di hadapan sebuah bank di Sri Gombak dekat sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim berkata, mangsa kemudian dihampiri oleh suspek dan seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal lalu meragut beg tangan yang dipegang oleh wanita itu.

"Mangsa bagaimanapun nekad melawan dengan menarik beg tangan itu semula sehingga suspek terjatuh daripada motosikal yang dibonceng.

"Anak mangsa yang berada berdekatan dan menyedari insiden itu bergegas ke lokasi dan menahan suspek," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Abdul Rahim, melihat kejadian itu, penunggang motosikal tersebut berpatah balik dan cuba melanggar mangsa dan anaknya untuk menyelamatkan suspek namun gagal kerana mereka sempat mengelak.

Katanya, lelaki itu kemudian melarikan diri dengan motosikal terbabit.

"Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," ujarnya dan memberitahu, polis kini memburu rakan suspek.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Kuasa penggalak tanaman

Posted: 24 Feb 2014 06:01 AM PST

Mohd. Rosli Salleh masih membuat percubaan ke atas produk Bio-Striker di kawasan penanaman padi miliknya.

Keriangan jelas terpancar di wajah pesawah Mohd. Rosli Salleh yang telah lebih tiga dekad membanting tulang mengusahakan sawah padi di Simpang Empat Alor Setar Kedah.

Telah dua musim dia mengorak senyum melihat tanaman padi yang tumbuh agak berbeza berbanding sebelumnya dan memberi satu keyakinan bahawa hasil pendapatan boleh meningkat pada kos yang munasabah.

Dua musim terakhir penanaman, Mohd. Rosli menggunakan Bio-Striker yang juga penggalak tanaman (growth enhancer) selepas diperkenalkan oleh pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).Penggalak tanaman merupakan produk yang berfungsi lebih daripada sekadar baja.

Bio-Striker tersebut dihasilkan oleh Agribolics Technology Sdn. Bhd. yang beroperasi di Pusat UPM-MTDC di Serdang, Selangor.

Bio-Striker mampu meningkatkan ketahanan hasil tanaman dan berasaskan bahan mentah organik menggunakan bakteria Pseudomonas flourescent.

Mohd. Rosli telah mencuba dengan menggunakan cecair baja tersebut sebanyak lima liter untuk kawasan percubaan seluas satu hektar.

Dia yang menggunakan benih padi varieti MR269 merendamkannya dalam larutan mengandungi bahan penggalak tanaman tersebut selama 24 jam bagi menunggu peringkat bertunas.

Selepas rendaman selama 48 jam, benih ditabur ke kawasan penanaman.

Selepas padi tumbuh, teknik semburan boleh digunakan yang mana Bio-Striker dicampurkan dengan Bio GS 2, satu lagi produk keluaran syarikat terbabit.

Selama tempoh penanaman sebelum dituai, empat kali semburan pada hari tertentu boleh dijalankan menggunakan campuran tersebut.

Komposisi campuran ialah 20 liter air, dan masing-masing 100 m ililiter (ml) Bio-Striker dan Bio GS2.

Saya dapati ada perubahan kepada pokok padi yang ditanam iaitu akarnya lebih banyak, batang lebih besar, tangkai lebih panjang, tegah dah kukuh manakala buah lebih besar dan lonjong, katanya.

Dia yang mengusahakan empat hektar sawah padi berkata, meskipun ada peningkatan daripada segi kos kira-kira 10 hingga 15 peratus, dia juga mendapati pengeluaran hasil yang berbaloi.

Menurut Mohd. Rosli, padi matang dalam tempoh 112 hari berbanding pengunaan baja sebelum ini iaitu 120 hari.

Dia juga mendapati, benih padi yang digunakan mempunyai ketahanan tenggelam dua kali dalam kejadian banjir iaitu 14 hari dan 19 hari tetapi tidak menunjukkan masalah, berkemungkinan kerana akar benih yang kukuh.

Bio-Striker yang merupakan sebahagian daripada produk dihasilkan syarikat terbabit dapat membantu petani meningkatkan hasil tanaman.

Berdasarkan testimoni, pokok padi yang ditanam di Seberang Perak dan disembur dengan Bio-Striker berkembang lebih baik daripada segi bilangan anak, perkembangan akar batang dan tahap kesuburan.

Pada satu ujian terhadap pokok cili yang mempunyai masalah daun, selepas disembur dengan Bio-Striker, dedaunnya lebih subur dan hasil cili meningkat.

Baja tersebut juga selamat digunakan kerana mesra alam.

Selain, Bio Striker dan Bio GS2, syarikat terbabit juga menghasilkan Foliar AT3 dan Ferti-Booster.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bimbang terkena lagi

Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

KETIKA ini Stacy Angie Anam menerima reaksi dan komen yang pelbagai.

Semua itu berpunca daripada kenyataanya mengenai kesediaan memeluk agama Islam apabila ramai yang membuat spekulasi bahawa memang benar dia menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Akim.

Kata Stacy, dia bersedia untuk memeluk agama Islam andainya takdir membawanya ke arah itu pada satu masa nanti.

Namun entah bagaimana hal itu menjadi satu masalah lain apabila ada sesetengah pihak termasuk keluarga yang kurang senang dengan kenyataan Stacy mengenai hal itu.

Seperti lazimnya yang perlu ditelan oleh mana-mana individu yang bergelar artis, Stacy terpaksa menerima pandangan mereka yang menghentam dirinya tanpa rasional.

Mengaku bahawa ada silapnya di situ, Stacy tidak menyalahkan orang lain dalam belenggu masalah yang secara tak sengaja diciptanya itu.

"Mungkin sepatutnya dari awal saya tak perlu menyuarakan hal itu. Memang silap saya. Kadangkala bila ditanya, yang kita jawab dan yang ditulis dan dipaparkan tak sama. Bukan bermaksud saya tak percaya atau menyalahkan orang.

"Kadangkala mungkin apa yang saya cakap orang lain tak faham, lalu jadi pula hal lain. Tipulah kalau saya cakap saya okey saja apabila ada yang menyuarakan rasa kurang senang dengan kenyataan saya itu.

"Sungguhpun apa yang saya suarakan itu satu perkara yang baik tapi dari satu sudut, tentu sekali akan ada pihak yang tak selesa dengannya," katanya jujur.

Begitu longlai Stacy menyusun katanya agar tetap berada di landasan. Cukup berhati-hati. Mengiyakan keadaan itu, kata wanita berusia 24 tahun ini, dia terpaksa mengambil langkah berwaspada dalam berkata-kata kerana bimbang akan terkena sekali lagi.

Dalam tenang, Stacy berkongsi rasa mengenai isu agama yang baginya satu perkara yang serius untuk diperkatakan.

"Ini bukan hal main-main. Betul, ramai yang menyokong dan ada juga yang sebaliknya. Ramai yang memberikan reaksi yang berbagai. Jadi keadaan itu membuatkan saya tertekan seolah-olah saya menjadi mangsa.

"Kadang-kadang timbul juga rasa menyesal sebab buat kenyataan itu secara terbuka. Sedangkan hal belum benar-benar terjadi.

"Rasanya lebih baik saya berdiam diri saja. Itu jalan yang terbaik," katanya.

Bosan soal jodoh

Mengaitkan hubungan cintanya dengan Akim, Stacy tidak dapat mengelak daripada pertanyaan yang berulang-ulang ini.

Seringkali menjadi sasaran media mengenai hal itu, Stacy mengaku tidak kisah ditanya hal begitu meskipun kadangkala sudah muak dan bosan dengannya.

Sedar bahawa dirinya seorang artis dan perlu sentiasa bersedia dengan soalan mengacu hal peribadi, Stacy bagaimanapun tidak mahu dilabel enggan memberi kerjasama.

"Memang selalu sangat orang bertanya soal cinta. Bagi saya sudah lumrah untuk saya menjawab semua itu. Saya tak kisah pun. Cuma kebelakangan ini saya rasa ada sesetengah perkara saya perlu simpan untuk diri sendiri.

"Ramai yang mahu kesahihan mengenai hubungan saya dengan Akim. Balik-balik mesti digosip dengan dia walaupun saya sudah katakan yang saya memang rapat dengan dia tapi sebagai kawan.

"Kadangkala terfikir juga, kenapalah orang tak cuba kaitkan saya dengan orang lain. Tapi nanti orang cakap saya ini playgirl pula. Serba tak kena," katanya yang mempunyai anak angkatnya yang comel, Bella De Luna Velentine yang kini berusia dua tahun.

Mengaku bukan mahu menjadi seorang yang perahsia Stacy menjelaskan, diam adalah perkara terbaik yang wajar dilakukan olehnya buat masa ini jika ada yang bertanya mengenai soal cinta dan perkahwinan.

Kata anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, banyak yang dipelajarinya apabila muncul soal sebegini.

Bagi Stacy selagi belum benar-benar pasti atau terjadi sama ada soal cinta, perkahwinan atau soal agama, dia tidak akan lagi membuka mulut mengenainya.

"Cukuplah apa yang sudah disebut sebelum ini. Saya harap orang tidak akan bertanya lagi melainkan hal itu pasti. Apa yang berlaku pada masa depan kita tak tahu. Jadi saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh juga sebab banyak hati dan perasaan yang perlu saya jaga apatah lagi apabila melibatkan hal-hal yang sensitif.

"Contohnya macam hal kahwin, saya tak tahu jodoh saya dengan siapa. Macam sebelum ini, saya pernah cakap yang saya mungkin tak akan kahwin sebab tak ada lelaki yang berani nak dekati saya.

"Pada masa akan datang mana tahu saya jumpa jodoh saya dan berkahwin. Bagi saya perkahwinan juga penting. Saya tak letak had umur pun. Kalau ditakdirkan saya kahwin di usia tua, saya terima saja," katanya lagi.

Rossa masih eksklusif

Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL

BUKAN sekali dua penyanyi seberang ini muncul membuat persembahan di Malaysia. Jika dihitung mungkin Rossa merupakan penyanyi Indonesia yang paling kerap diundang ke sini sejak bertahun-tahun dahulu.

Meskipun Rossa sering ke sini, itu tidak membuatkan penyanyi ini hilang serinya. Jika dilihat pada kebanyakan persembahan peminat masih dahagakan sensasi yang dibawa olehnya.

"Saya tidak datang dan hilang seperti penyanyi lain sebaliknya saya menjadikan Malaysia sebagai tempat mengembangkan bakat dan kerjaya seni saya.

"Yang paling bertuah apabila orang masih sudi mengundang saya. Pendek kata setiap kali saya datang pastinya akan diberi perhatian oleh khalayak di sini," jelas ibu kepada Rizky Langit Ramadan ini.

Tidak kisah dengan apa juga persepsi peminat terhadap dirinya, Rossa yakin dia tidak datang dengan tangan kosong. Buktinya setiap kali muncul di sini pasti ada lagu baru untuk dipromosikan.

Kecintaan Rossa terhadap peminat di sini turut dibuktikan apabila menghasilkan single baru khusus untuk khalayak tempatan seperti lagu Salahkan duetnya bersama Hafiz.

Lagu itu hanya untuk pasaran negara ini tetapi tidak di Indonesia. Sama juga seperti lagu Aku Bersahaja yang dinyanyikan berduet dengan Taufik Batisah yang hanya ada di Singapura.

Bukan bertujuan untuk melebihkan mana-mana negara tetapi bagi Rossa ini sebahagian daripada percaturannya untuk meneruskan kelangsungan karier seninya semata-mata.

Bagi wanita yang berusia 36 tahun ini, dia menganggap resipi kejayaan seseorang penyanyi tidak terletak kepada kekuatan vokal semata-mata.

"Jatuh bangun saya sudah pasti bersama orang sekeliling yang banyak membantu. Saya beruntung kerana syarikat rakaman dan pengurusan banyak mencurahkan bakti kepada saya.

"Untuk sukses seperti hari ini bukan satu jalan yang mudah. Banyak perkara perlu dikorbankan," jelasnya ketika ditemui sempena sidang media Minggu Setiausaha - Atas Nama Cinta anjuran Hotel The Royale Chulan, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Turut hadir Pengarah Jualan dan Pemasaran hotel, Badrul Rezal Baharudin dan Pengurus Perhubungan Awam, Dang Suria Zainurdin.

Rai setiausaha

Seperti yang diketahui umum, bulan April merupakan bulan untuk meraikan setiausaha. Buat julung kalinya pihak hotel tersebut sanggup mengeluarkan belanja besar untuk membawa penyanyi genit ini ke sini.

Acara makan tengahari yang bakal diadakan pada 9 April itu merupakan acara santai tetapi eksklusif memandangkan beliau akan menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu popularnya.

"Sejujurnya ini merupakan kali kedua saya diundang untuk acara sebegini. Bukan tidak ada undangan sebelum ini tetapi kebanyakannya tidak kena masa.

"Apa yang boleh saya janjikan adalah persembahan ini lebih intim dan dekat dengan tetamu yang hadir nanti. Ini bukan acara konsert dan pastinya pendekatan yang digunakan juga berbeza," jelasnya lagi.

Sebelum ini Rossa pernah terlibat dalam acara yang sama bersama Mawi pada tahun 2007.

Walaupun begitu melihatkan harga tiket yang sedikit mahal menimbukan banyak persoalan. Harga untuk seorang bermula RM500, RM1,000 dan RM1,500 dianggap tinggi untuk sebuah persembahan minggu setiausaha.

Hal tersebut dinafikan oleh Badrul Rezal yang menganggap harga berkenaan berbaloi dengan apa yang bakal dipersembahkan oleh Rossa dan pihak hotel secara keseluruhannya.

"Kita yakin peminat Rossa tidak akan mempersoalkan harga tersebut memandangkan beliau merupakan penyanyi antarabangsa yang hebat. Kredibiliti Rossa sudah diketahui umum dan itu tidak menjadi halangan.

"Paling tidak pihak kami yakin memandangkan tiket-tiket sudah mula dibeli oleh pelanggan korporat hotel. Jadi minggu setiausaha Rossa akan berjalan dengan jayanya," jelasnya.

Selain Rossa, penyanyi Hafiz Suip juga bakal terlibat sama pada acara ini sebagai penyanyi jemputan.

Bagi mereka yang ingin turut serta boleh menghubungi talian 03-7959 9000 atau e-mel kepada ticket@trcd.com.my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Fotografi Bukit Broga

Posted: 02 Mar 2014 04:47 AM PST

Oleh MOHD NAIM AZIZ
pixmanphoto@gmail.com

SEKUMPULAN keluarga yang turut membawa anak kecil mengikuti pendakian ke puncak kedua Bukit Broga.

FOTOGRAFI wujud dalam pelbagai genre dan pengkhususan. Ia bukanlah terhad pada satu aktiviti sahaja.

Berpeluang melakukan aktiviti lasak dan santai, penulis berkesempatan merakamkan aktiviti warga kota mendaki Bukit Broga di Semenyih, Selangor.

Menurut rekod, ketinggian puncak Bukit Broga ialah 400 meter dari aras laut.

Pelbagai teknik fotografi dan dedahan cahaya boleh dipraktikkan untuk rakaman semasa menjalankan aktiviti di sini. Antaranya teknik cahaya belakang (silhouette), cahaya malap (dim light), panorama (360 darjah), dedahan cerapan bintang (star trail exposure) dan pelbagai lagi.

Persediaan kelengkapan peralatan fotografi haruslah diminimumkan bagi yang pertama kali mendaki kerana pergerakan pendakian agak sukar sekiranya membawa bebanan terlalu banyak. Selain itu rancang aktiviti anda dengan teliti supaya tidak memenatkan.

G & S 4 - Domino World Record - The Longest 3D Structure

Posted: 01 Mar 2014 06:10 AM PST

SUKAR untuk membincangkan mengenai keunikan permainan kepingan blok ini. Walaupun ia kelihatan mudah dan ringkas, namun bukan semua orang mampu menyusun atau membina sesebuah objek daripada ribuan kepingan blok atau lebih dikenali Domino ini.

Mana tidaknya, seseorang itu perlu mempunyai sebuah pelan reka letak ataupun susunan kepingan Domino bagi memperolehi hasil yang diingini bagi merobohkannya dengan baik.

Jika berjaya disusun dengan baik dan kemas, pastinya proses meroboh kepingan Domino ini akan menjadi cantik dan menakjubkan bagi mata-mata yang menyaksikannya, sekali gus memberikan kepuasan kepada individu yang mengeluarkan idea berkenaan.

Tidak salah jika .com katakan, seseorang yang meminati permainan ini ialah mereka yang mempunyai IQ yang tinggi kerana batu asas kepada kejayaan permainan ini adalah sejauhmana proses merobohnya benar-benar 100 peratus dan tidak meninggalkan sedikitpun binaan daripada kepingan Domino ini.

http://www.youtube.com/watch?v=cZ9rlRqMQNA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Najwa muda & berjaya

Posted: 02 Mar 2014 04:47 AM PST

Oleh RAJA INTAN DIANNA
RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

KEDUA-DUA kakaknya iaitu Rami Ilyanie (berdiri) dan Rami Syarafina (kiri) yang turut menjadi rakan kongsi Najwa banyak membantu dalam mengembangkan perniagaan.

MELIHAT kejayaan gadis yang sentiasa manis dengan senyuman ini pada usia begitu muda, pasti ramai yang menyangka dia mendapat tajaan keluarga ataupun kerana pinjaman bank.

Manakan tidak, pada usia baru saja mencecah 22 tahun, pemilik nama Rami Zati Najwa Mohamad Kamarudin Hilmi sudah pun mempunyai perniagaan dan produk kecantikan sendiri.

Memiliki syarikat RHG Empire Sdn. Bhd. yang menawarkan perkhidmatan dropship dan pengedar barangan kecantikan, Najwa juga kini mengorak langkah dengan menghasilkan produk kecantikannya sendiri iaitu RZN Beauty Resources yang semakin laris di pasaran.

Malah, dia sudah mampu bergelar jutawan muda dan kini syarikatnya pula mampu menjana pendapatan lebih RM50,000 hingga RM70,000 sebulan!

"Saya bermula dengan modal sebanyak RM500 sahaja hasil daripada menjaga anak-anak saudara saya seramai 12 orang dan menjadi ejen dropship pakaian kanak-kanak ketika saya berusia 18 tahun.

"Saya bermula daripada bawah. Saya menjadi ejen dropship, pembekal pakaian kanak-kanak, membuka syarikat sendiri dan kini bila rezeki bertambah saya memberanikan diri menghasilkan produk sendiri pula.

"Saya tahu pasti ramai yang beranggapan kejayaan saya sekarang hasil bantuan kewangan orang lain atas faktor usia, tapi hakikatnya ia semua hasil titik peluh sendiri.

"Sebab itu saya gemar merahsiakan umur sebenar saya kerana tahu persepsi orang terhadap orang berusia seperti saya," dedah Najwa ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Indah, Ampang, baru-baru ini.

Menurut usahawan muda ini, kejayaan yang dimilikinya hari ini bukanlah semudah yang disangka.

Daripada keazaman yang kuat dan usaha yang berterusan, dia berjaya bertapak dalam industri kecantikan yang semakin tinggi persaingannya.

Pernah ditipu pembekal beribu-ribu ringgit, ia tidak sesekali mematahkan semangat wanita yang berasal dari Machang, Kelantan ini.

Ceritanya, semuanya bermula dengan modal RM500 yang diperolehinya ketika menjaga anak-anak saudaranya serta sebagai ejen dropship pakaian kanak-kanak selepas SPM.

Daripada modal yang kecil itu, Najwa mula membeli stok sendiri secara pukul dan enam bulan kemudian dia berjaya mengumpul modal untuk ke China mengambil stok di sana pula.

Walaupun terpaksa menaiki bas untuk menghantar barangan ke pejabat pos setiap hari ketika itu, ia bukanlah halangan untuk Najwa terus berniaga.

Baginya ini semua bukan halangan sebaliknya sebagai pembakar semangat untuknya berjaya.

Hasil berdikit-dikit, akhirnya Najwa mampu membeli kereta sendiri ketika sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara Dungun dalam bidang pengurusan.

Ketika itu, dia berjaya menyeimbangkan antara perniagaan online dan pelajarannya malah mampu membuka dua kiosk wafel di sana.

Keluarga

Namun, semakin lama perniagaannya semakin mendapat sambutan membuatkan dia terpaksa memilih antara satu saja.

Keputusannya untuk berhenti belajar mendapat sokongan keluarga terutama ibunya melihat kejayaan anak muda ini.

"Bukannya saya tak mahu teruskan pengajian tapi waktu itu perniagaan online saya tengah meletup dan saya terpaksa bercuti selalu untuk ke luar negara bagi mendapatkan stok.

"Tambahan pula waktu itu, pendapatan saya boleh mencecah RM5,000 hingga RM20,000 sebulan.

"Saya tahu saya sudah berada di jalan yang betul. Misi saya untuk terus memajukan apa yang saya mulakan dan tidak sesekali pandang ke belakang," ujarnya.

Namun pada tahun 2012, Najwa mengubah strategi perniagaan dengan menumpukan kepada produk kecantikan pula setelah melihat permintaan yang semakin tinggi.

Sekali lagi dia bermula daripada bawah, menjadi stokis produk orang lain dan menjualnya menerusi online.

Kemudian, dia menarik dua orang kakaknya iaitu Rami Ilyani dan Rami Syarafina untuk menjadi rakan kongsinya menubuhkan RHG Empire.

"Selain produk kami, saya juga turut menjual lebih 150 produk kesihatan dan kecantikan dibantu empat pekerja bagi urusan pesanan, pembungkusan serta penghantaran barangan.

"Walaupun saya majikan, namun bagi melicinkan operasi saya sering bantu menghantar barangan kepada pelanggan," katanya yang mempelawa sesiapa yang mahu menjadi stokis untuk menghubungi 0145117083 atau layari Facebook, RHG Empire Dropshipper.

Penjagaan wajah

Pemilihannya untuk fokus kepada penjagaan kecantikan kerana mengetahui pentingnya seseorang wanita berketerampilan menarik bagi meningkatkan keyakinan mereka.

Produk pertamanya iaitu FWS Skin Care terdiri daripada lima produk dalam setnya iaitu sabun pencuci wajah, krim UV siang, krim rawatan, toner dan serum emas.

Istimewanya produk berharga RM120 ini sesuai untuk semua jenis kulit, mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan dan mampu merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.

Sambutan hangat terhadap produk yang baru diedarkan menerusi Internet itu membuatkan Najwa tampil dengan produk kedua iaitu Advance Pure Serum yang berada di pasaran sejak awal Februari lalu.

Advance Pure Serum dirumuskan secara khusus dengan teknologi Perancis bagi mengembalikan keanjalan serta kehalusan kulit.

"Sebelum keluarkan serum ini, saya memberi beberapa orang mencubanya dan ramai yang berpuas hati dengan keberkesanannya kerana kesannya begitu ketara sekali setelah dua minggu menggunakannya.

"Bukan itu saja, sebelum ini wajah saya penuh dengan kesan parut akibat kemalangan jalan raya terutama di atas bibir saya yang mempunyai parut kesan jahitan.

"Syukurlah sejak gunakan serum ini kesan parut di wajah saya juga semakin berkurangan dan ramai yang menegur perubahannya," ujarnya mengakhiri bicara.

Nilai tinggi batik Sabah

Posted: 02 Mar 2014 04:47 AM PST

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

HAZERA Sabin (kiri) pemenang tempat pertama, Norlizah Jahamin (kanan) pemenang tempat kedua dan Azmie Utoh (tengah) pemenang tempat ketiga bagi Anugerah Cemerlang Pereka Muda Batik Sabah bersama rekaan batik masing-masing.

SABAH seperti mana diketahui umum, dikenali sebagai pengeluar barang kraf berasaskan laut serta rimba selain seni pembuatan peralatan muzik tradisional. Hakikat ini tidak bererti Sabah tidak boleh menjadi salah satu negeri pengeluar batik tersohor di negara ini suatu hari nanti, yang setanding dengan keluaran batik dari Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.

Dek kerana perkembangan dan meluasnya fesyen batik yang semakin diterima pakai di seluruh dunia, pereka-pereka batik di Sabah mula mencuri tumpuan untuk membuktikan Negeri Di Bawah Bayu itu turut mempunyai penghasilan batik yang hebat.

Bagi meletakkan fabrik itu pada satu tahap yang dapat dibanggakan, kehalusan dan keunikan corak berunsurkan motif etnik yang terdapat di sana menjadi bukti bagi batik Sabah kelihatan lebih istimewa.

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam penghasilan batik, Azizul Abd. Kadir, 35, salah seorang pereka batik berkata, sebagai hasil warisan agung Malaysia, batik tidak sepatutnya dipandang sepi terutamanya di Sabah kerana dengan pelbagai rekaan yang khas dan unik, ia akan menjadi lebih bernilai.

"Setiap negeri ada keunikannya sendiri. Sama juga halnya di Sabah yang mempunyai pelbagai motif corak dan ukiran lebih daripada 32 etnik."

"Bagi saya apa sahaja daripada dasar laut sehingga ke langit di bumi Sabah ini sebenarnya merupakan motif dan kelainan yang patut ditonjolkan dalam memastikan identiti batik dari Sabah terus gemilang," katanya.

Cukup mengagumi keunikan batik Sabah, jelas Azizul, setiap corak dalam suku kaum di Sabah sebenarnya membawa maksud tersendiri.

"Jangan hanya pandai melukis corak batik tetapi tidak tahu maksudnya. Maksud setiap corak batik itu sebenarnya berbeza mengikut suku kaum," tambah Azizul.

Tambah Azizul, reka corak dan motif-motif batik di Sabah biasanya diilhamkan daripada alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak.

"Terlalu banyak corak motif Sabah yang ada, jadi saya akan pilih mana satu motif yang sesuai untuk dijadikan corak batik yang akan saya hasilkan," jelas Azizul lagi.

"Maskot pelancongan seperti Orang Utan di Sepilok dan bunga rafflesia merupakan trademark dalam setiap batik yang saya hasilkan. Kemudian ia digarap dan disesuaikan dengan corak-corak unik Sabah sebagai nilai tambah berbanding batik dari negeri-negeri lain," tegasnya yang mempunyai koleksi 100 corak eksklusif sepanjang pembabitannya dalam seni batik.

Ketelitian Pengolahan

Untuk memastikan nilai yang tinggi dalam batik, kata Azizul, pengolahan batik Sabah perlu dilakukan dengan teliti.

"Nilai batik itu lebih tinggi apabila ia membabitkan lukisan tangan tanpa bantuan teknologi cetak ataupun digital. Ini kerana proses penghasilan batik ini memerlukan fokus serta ketekunan yang tinggi," katanya.

"Dalam memastikan itu semua, keistimewaan dan identiti yang tersendiri mengikut sosio budaya dan daerah perlu dikekalkan. Oleh itu, pengolahan tidak perlu dibuat berlebihan untuk memastikan maksud motif yang dipilih tidak terpesong," katanya.

Selain itu, aspek tona warna memainkan peranan penting selain bentuk corak itu sendiri.

"Apabila kita bermain dengan warna, ia dapat memastikan sesuatu baju atau kain batik dihasilkan sesuai dengan pemakainya.

"Terdapat beberapa cara untuk kita melihat dan menilai hasil batik tersebut antaranya dengan melipat sehingga kecil kain batik yang diperagakan atau dijual. Cara ini membolehkan kita melihat bahagian tepi dan kanan kain tersebut dari segi corak yang dihasilkan," terangnya.

Sokongan Kerajaan

Pujian seharusnya diberikan apabila ada pihak yang terus berusaha memartabatkan batik Sabah di peringkat antarabangsa, termasuk menjengah lokasi baharu di luar negara.

Tidak mustahil andai hasil batik Sabah akan menjadi terkenal sama seperti batik Terengganu dan Kelantan. Matlamat kerajaan membela nasib rakyat khususnya di kawasan pedalaman dengan menumpukan kepada industri tertentu berjaya mencapai sasarannya apabila ramai tenaga mahir dalam industri batik muncul yang melibatkan pelatih lepasan kursus membatik di Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Keningau, Sabah.

Hasrat Kerajaan Negeri dan Persekutuan itu sebenarnya telah direalisasikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah melalui pelaksanaan pelbagai program di peringkat zon melalui Program Pembangunan Intelek dan Minda, Program Pembangunan Sosio Budaya dan Program Pembangunan Sosio Ekonomi bagi kepentingan penduduk negeri itu.

Dalam hal ini, Pusat Kraftangan Sabah dipertanggungjawab mengendalikan Program Latihan Kraftangan. Setakat ini Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat-pejabat zon dan PKS telah melatih lebih kurang 18,000 pelatih dalam pelbagai bidang seperti kursus membatik, anyaman hasil rimba berasaskan buluh, rotan, ribu-ribu, kayu, pemotongan blok kaca dan ukir kaca, hydrostone, jahitan baju tradisi, sulaman dan tenunan. Sementara itu, Kristal Handal Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah dipertanggungjawabkan untuk memasarkan barangan kraf yang dihasilkan.

"Idea oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk membina bangunan PKS yang menelan belanja sekitar RM30 juta dan telah siap dibina di Keningau serta dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Jun 2012, adalah satu hasrat yang sangat murni," kata Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad.

"Pembinaan PKS tersebut yang dibiayai sepenuhnya oleh Kumpulan Yayasan Sabah menyediakan program latihan kraftangan, aplikasi penggunaan mesin dan peralatan memproses bahan mentah, ruang latihan yang besar serta lengkap dengan pelbagai kemudahan, jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman," katanya ketika ditemui sebelum majlis penyampaian Sijil Kursus Membatik dan Anugerah Cemerlang Pereka Muda Batik Sabah yang julung kali diadakan di Kota Kinabalu pada 6 Februari 2014 yang lalu.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Menteri Sabah, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah, Datuk Siringan Gubat, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pengerusi Eksekutif ICSB, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul.

Kata Sapawi, cabaran seterusnya adalah bagaimana untuk menghasilkan karya yang menggambarkan keunikan dan keindahan seni batik tempatan sebagai satu identiti negeri yang boleh dibanggakan, sekali gus menjadi tarikan pelancongan baru ke negeri ini.

"Sebab itu kami sangat mengalu-alukan pereka-pereka yang berasal dari Sabah untuk membantu PKS dari segi menyumbang tenaga sebagai tenaga pengajar atau pereka," tambah Sapawi.

"Saya yakin penduduk negeri ini mempunyai kesungguhan untuk terus meningkatkan daya kreativiti dan inovasi masing-masing dalam bidang seni batik, seterusnya mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

"Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana setiap produk yang berkualiti pastinya mempunyai peminat tersendiri," jelas Sapawi.

Hasrat Pereka Muda

Menyelami isi hati pereka muda dalam industri batik di Sabah, rata-rata mereka menyimpan hasrat dan melahirkan perasaan bersemangat untuk menghasilkan batik yang berkualiti dan bersifat eksklusif.

Bagi Hazera Sabin, 20, pemenang tempat pertama Pereka Muda Batik Sabah, keistimewaan dan keunikan seni batik di negeri itu terletak pada ciri yang berlainan bagi corak dan kesan yang terhasil.

"Biarpun masih baru dalam industri ini, saya sentiasa berusaha setiap hari untuk memperbaiki kemahiran dalam menghasilkan seni batik.

"Tambahan pula, saya mempunyai impian untuk memiliki perusahaan sendiri dalam meneruskan legasi penghasilan batik khususnya dalam mempamerkan identiti batik Sabah bagi kaum saya iaitu Dusun," katanya yang berasal dari Kampung Baginda, Keningau, Sabah.

Seorang lagi pereka muda berbakat, Norlizah Jahamin, 28, berkata, sebagai seorang pereka muda dia sentiasa berusaha menarik minat rakan seusianya untuk bersama menghargai warisan batik.

"Saya optimis dan mampu melakukannya serta percaya reka corak batik berjaya menarik perhatian golongan muda. Batik kini mendapat perhatian daripada pereka dalam dan luar negara. Ramai artis dan pereka dunia kini mula menggunakan batik dalam rekaan mereka.

"Pada mulanya, saya kurang yakin dengan bakat yang saya ada kerana batik mempunyai pelbagai motif rekaan dan semuanya sangat susah. Semasa mengumpul material untuk melunaskan projek ini, saya mula sedar batik banyak menggunakan motif tumbuhan dan alam sekitar dalam penghasilan coraknya.

"Dengan keunikan negeri Sabah, saya berjaya mendapat idea untuk menghasilkan satu karya yang mudah dan senang difahami oleh semua," jelasnya.

Sementara itu, Azmie Utoh@ Ismail, 29, pemenang tempat ketiga Pereka Muda Batik Sabah, memberitahu percubaan kali pertamanya dalam penghasilan batik dianggap menjadi apabila berjaya menghasilkan rekaan batik yang berkesan.

Memilih keunikan kaum Murut dan Bajau dalam penghasilannya, Azmie berkata, dia akan terus memperkenalkan kepada umum bahawa Sabah mempunyai pelbagai motif dalam penghasilan batik.

"Saya tidak akan membiarkan batik di Sabah dipandang remeh. Saya percaya corak yang ada pada batik Sabah adalah unik," katanya sambil menjelaskan bahawa perkara paling sukar pada awalnya adalah mencanting dan mewarna setiap corak lukisan pada kain batik.

Sementara itu, PKS akan mengadakan pameran dan jualan batik di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay sempena Hari Kraf Kebangsaan 2014 yang bermula pada 26 Februari hingga 10 Mac 2014.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kerajaan sedia bantu petani, nelayan

Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST

SEREMBAN 1 Mac. - Bebanan para petani penternak dan nelayan yang dianggarkan lebih 200 orang akan dikurangkan selepas kerajaan negeri bersetuju memberi bantuan kepada mereka yang terjejas pendapatan kesan daripada cuaca panas sejak dua bulan lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, bantuan yang akan dihulurkan dalam tempoh masa terdekat itu nanti melibatkan beberapa buah kawasan berkeluasan seluas 515.5 hektar melibatkan pelbagai sektor.

"Ia meliputi tanaman padi (218.4 hektar); sayuran (95 hektar); buah-buahan (25 hektar) , tanaman kontan (176.8 hektar) serta kolam ternakan ikan sangkar. Pemantauan berterusan dilakukan oleh pihak Jabatan Pertanian telah dilakukan bagi membantu para petani," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat negeri (HPPNNS) di Tapak Bekas Kem Paroi, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Datuk Hasim Rusdi dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri, Datuk Ibrahim Jahaya.

Mohamad berkata, kerajaan negeri melalui beberapa agensi sedang meneliti dan mencari jalan penyelesaian bagi membantu mereka menghadapi bencana selain penubuhan satu jawatankuasa khas untuk meneliti perkara berkenaan.

"Kerajaan negeri memberi maklumat balas mengenai petani, penternak dan nelayan yang terjejas akibat cuaca panas dan kering manakala jawatankuasa khas ini akan dapat memberikan cara terbaik untuk membantu mereka.

"Dalam masa yang sama, kita akan mencari alternatif serta kaedah bagi membantu pesawah, petani dan penternak agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Tiada catuan air di Melaka - Idris

Posted: 28 Feb 2014 10:43 AM PST

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Idris Haron (dua dari kiri) menyatakan sesuatu ketika melawat di sekitar Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah, Melaka, semalam. - UTUSAN/Azli Ahad

ALOR GAJAH 28 Feb. - Isipadu air bersih di tiga buah empangan utama di negeri ini masih berada di tahap melepasi 60 peratus sehingga hari ini sekali gus memberi jaminan tiada catuan air akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, tiga empangan tersebut iaitu Empangan Durian Tunggal kini berada di tahap 62.5 peratus, Empangan Jus (61.8 peratus) dan Empangan Asahan sebanyak 76.1 peratus.

"Bagaimanapun jumlah bekalan air di ketiga-tiga empangan berkenaan dijangka hanya mampu bertahan sehingga 29 Mac ini jika negeri ini masih tidak menerima hujan dalam tempoh tersebut.

"Jika hujan masih tidak turun di negeri ini sepanjang tempoh tersebut, maka kerajaan negeri akan mula melaksanakan catuan air selepas tempoh berkenaan," katanya.

Beliau bekata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) ke Empangan Durian Tunggal di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Mohd. Khalid Nasir.

Jelas Idris, kerajaan negeri juga berpuas hati dengan gerak kerja diambil SAMB yang mengalirkan air daripada beberapa kolam takungan air di negeri ini termasuk dari Johor.

Sementara itu kata beliau, usaha pembenihan hujan bagaimanapun masih perlu dilaksanakan bagi keperluan air untuk tumbuh-tumbuhan serta mengelak kawasan tadahan air daripada kering.

Tambahnya, orang ramai turut dinasihatkan berjimat dalam penggunaan air seharian.

Pengusaha nanas terima bantuan peralatan

Posted: 28 Feb 2014 10:43 AM PST

Sahdan Salim (tiga dari kiri) menyerahkan pam air kepada Ismail Ahmad (dua dari kanan) pada Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Kemarau kepada pengusaha berkelompok tanaman nanas di Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.

JELEBU 28 Feb. - Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Jelebu, dekat sini yang mengusahakan kelompok tanaman nanas di bawah program Azam Tani menerima bantuan peralatan bernilai RM43,200 hasil sumbangan Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM), di sini hari ini.

Ketua Pengarahnya, Sahdan Salim berkata, sumbangan itu merupakan keprihatinan LPNM dalam membantu pengusaha tanaman nanas di pusat itu berikutan cuaca panas berpanjangan yang melanda negara ketika ini.

"Dalam keadaan cuaca panas yang melanda negara ini, LPNM bertindak segera menyalurkan bantuan peralatan pertanian supaya tanaman nenas yang diusahakan di sini tidak terjejas.

''Antara peralatan pertanian yang disumbangkan adalah seperti pam air, pam sembur, paip poly, tong air serta sejumlah alatan lain.

"Kita berharap dengan adanya peralatan ini dapat membantu meningkatkan kualiti penanaman nanas ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Kemarau kepada pengusaha berkelompok tanaman nanas di CCRC Jelebu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah CCRC Jelebu, Ismail Ahmad Khairi dan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Setapa Yusoff.

Sementara itu, Ismail memberitahu, projek penanaman nanas secara komersial kawasan itu dijalankan di atas tanah seluas 16.2 hektar dan seramai 30 penghuni CCRC Jelebu terlibat mengusahakannya.

''Kami amat berterima kasih kepada pihak LPNM di atas keprihatinan mereka terutamanya untuk menyalurkan peralatan yang amat diperlukan ketika cuaca panas ini.

''Malah, LMNS juga amat komited untuk membantu pengusaha kerana telah menyalurkan lebih 200,000 benih nanas jenis N-36 yang dibekalkan LPNM sejak Oktober tahun lalu kepada kami," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kos haji RM9,980

Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Jambatan Kedua PP dibuka

Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

PM rasmi Menara Mara

Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Nyaman di puncak Cameron Highlands

Posted: 01 Mar 2014 06:10 AM PST

TIDAK lengkap percutian di Cameron Highlands jika tidak singgah di ladang teh yang luasnya saujana mata memandang.

Setiap daripada kita sudah tentu mempunyai hobi masing-masing dan ada kalanya percutian itu berlaku tanpa dirancang. Begitu juga saya dan suami yang sering bercuti tanpa dirancang. Apabila berasa bosan, salah seorang daripada kami akan mencadangkan lokasi secara spontan. Justeru, tanpa perancangan yang panjang, kami telah pergi ke Cameron Highlands, Pahang untuk bercuti.

Dari Shah Alam, kami menyusuri Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selama kira-kira dua jam. Disebabkan tidak membuat perancangan maka kami tidak pasti destinasi menarik yang manakah perlu didahulukan. Sekadar mengikut kata hati, kami sepakat untuk singgah di mana-mana kawasan yang dirasakan menarik.

Lokasi pertama yang kami singgah adalah ladang teh. Ini kerana ladang teh begitu sinonim dengan kawasan pergunungan Cameron Highlands. Kami singgah di ladang teh yang menghijau selama 30 minit. Kami sempat bergambar dan menikmati pemandangan indah sambil menghirup udara yang sangat nyaman di sekitar ladang tersebut.

Selepas puas menjamu mata dengan pemandangan hijau ladang teh yang luas, kami terus menuju ke EQ Strawberry Farm yang terletak tidak jauh dari ladang teh tadi. Penulis menggunakan kesempatan ini untuk memetik sendiri buah strawberi dengan bayaran yang sangat berpatutan iaitu RM20 sebagai deposit.

Buah strawberi yang masak ranum memang mengujakan untuk dipetik. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke pasar yang terletak di tengah-tengah pekan Cameron Highlands. Banyak barangan segar yang boleh didapati di sini terutamanya sayur dan bunga.

Penulis tidak melepaskan peluang untuk membeli sejambak bunga yang mempunyai kira-kira 17 kuntum hanya dengan bayaran RM10. Walaupun harga bunga-bunga segar di Cameron Highlands sangat murah tetapi penulis tidak terlalu boros berbelanja untuk membeli bunga.

Oleh kerana hari semakin lewat petang, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Shah Alam. Namun apa yang menjadikan perjalanan kami menarik adalah kami akhirnya menemui destinasi yang ingin dituju pada awal perjalanan iaitu Cameron Bharat Plantations.

Tidak mengambil kira hari yang semakin petang, kami singgah juga di lokasi berkenaan. Lokasi ladang teh itu sebenarnya mengundang nostalgia kepada penulis kerana sejak kecil, penulis akan singgah ke sini sekiranya mengunjungi Cameron Highlands.

Bagi penulis, hidangan minum petang yang disediakan sangat menarik dan menyelerakan. Tanpa membuang masa, penulis segera mendapatkan hidangan yang menjadi kegemaran iaitu ice tea with float dan kek keju.

Ruang makan yang disediakan juga menjadikan pengalaman di situ menarik kerana terletak di atas bukit. Pengunjung juga dapat melihat keluasan ladang sambil menikmati hidangan yang dipesan.

Memang seronok bersantai di sini, lebih-lebih lagi kunjungan ini tidak dirancang. Walaupun hanya sekejap, penulis tidak dapat melupakan pengalaman berkenaan dan akan kembali ke sini pada masa akan datang.

Menjelang senja, kami bertolak pulang ke Shah Alam melalui Tapah dalam keadaan sekitar yang semakin gelap. Penulis tidak mengesyorkan anda melalui kawasan berkenaan pada waktu malam kerana jalan di sana mempunyai selekoh tajam. Seelok-eloknya bertolaklah sebelum hari gelap. - IZZATI ABDUL GHAFFUR

Mendaki santai di Bukit Broga

Posted: 01 Mar 2014 06:10 AM PST

PARA peserta bergambar selepas berjaya mendaki Bukit Broga di Semenyih baru-baru ini.

DESTINASI Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor sangat terkenal dengan aktiviti pendakian. Setiap minggu, lokasi itu pastinya dipenuhi pengunjung yang ingin menguji kemampuan fizikal dan mental masing-masing.

Atas minat yang sama, .com berkunjung ke sana pada 23 Februari lalu bagi menunjukkan sokongan moral kepada pendaki yang mengelar dirinya Pendaki Solo, Mohd. Noor Mat Amin dan beberapa sukarelawan lain yang mahu mencipta rekod baru dengan melakukan pendakian solo selama 57 jam tanpa henti di Gunung Kinabalu, Sabah pada Ogos ini. Pendakian di gunung tertinggi di Asia Tenggara itu dilakukan sempena menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-57.

Penulis bersama kesemua peserta tiba di kaki bukit tersebut yang terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit seawal pukul 4 pagi.

Sampai sahaja di sana, kami meletak kenderaan di bawah pokok kelapa sawit yang terletak berhampiran tempat mula mendaki. Caj parkir dikenakan sebanyak RM2 untuk setiap buah kereta. Caj itu dikutip oleh penjaga parkir bagi pihak pemilik ladang tersebut.

Sebelum aktiviti pendakian bermula, kami menunaikan solat Subuh di sebuah kabin yang disediakan di situ oleh pihak pengurusan tempat parkir bersama pendaki yang lain.

Selepas solat dan mendoakan perjalanan selamat, tepat pukul 6.30 pagi, aktiviti pendakian pun bermula dalam cuaca lembap dan berangin.

Bagi yang tidak biasa mendaki, Bukit Broga tidak sukar untuk ditawan kerana bentuk muka buminya tidaklah tinggi.

Jika ada pun cabaran, ia hanya melibatkan laluan ke puncak pertama kerana terdapat cerun yang agak curam untuk ditempuhi. Keseluruhannya, terdapat empat puncak bukit yang perlu dilalui sebelum kami tiba di puncak tertinggi (400 meter) dari aras laut.

Perjalanan kami untuk sampai ke puncak bukit ketiga hanya mengambil masa selama 45 minit. Bagaikan tidak terasa penat dan lelah mendaki, lebih-lebih lagi sambil mendaki kami terpesona melihat landskap indah pemandangan hutan lalang di kawasan sekitarnya.

Sampai sahaja di kawasan padang rumput yang luas, sang mentari yang baru sahaja memancarkan cahayanya sekali gus menambah keindahan sekeliling yang sesungguhnya amat mempesonakan.

Saat itu sememangnya sangat indah. Malah kami turut berkesempatan untuk menikmati udara sekitar yang segar dan suasana yang begitu mengasyikkan dengan pemandangan indah waktu siang pekan Kajang serta Semenyih.

Sambil menghayati pemandangan tersebut, kami tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar-gambar pemandangan indah dari puncak bukit itu.

Di puncak itu juga terdapat kumpulan lain yang turut mendaki, namun memandangkan kami datang pada hari minggu, maka puncak bukit ketiga itu sudahpun dipenuhi ratusan manusia yang ada di antaranya datang dari negeri yang berlainan.

Selepas puas bergambar, kami pun menyempurnakan pendakian sehingga ke puncak tertinggi 15 minit kemudiannya.

Oleh kerana sesi pendakian ini turut disertai Pendaki Solo, maka setiap kali berselisih dengan kumpulan lain, kami terpaksa berhenti seketika bagi memberi laluan kepada pendaki lain untuk bergambar bersamanya termasuk ketika sedang berada di puncak Bukit Broga.

Sambil bergambar, kami mengambil kesempatan untuk berehat sambil menghayati kedamaian yang terdapat di sekitarnya.

Setelah sejam berlalu, kami pun memulakan langkah menuruni puncak Bukit Broga secara berhati-hati, maklumlah keadaan tanah yang kering akibat musim kemarau membuatkan laluan menjadi licin dan berpasir halus.

Pendakian kali ini tidak dapat dilupakan. Bukan sahaja kami dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan, bahkan juga berpeluang berkenalan dengan rakan baharu.

- SYAHRIL/ MOHD. NAIM AZIZ

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved