Ahad, 2 Mac 2014

Utusan Online - Agrobiz


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Kuasa penggalak tanaman

Posted: 24 Feb 2014 06:01 AM PST

Mohd. Rosli Salleh masih membuat percubaan ke atas produk Bio-Striker di kawasan penanaman padi miliknya.

Keriangan jelas terpancar di wajah pesawah Mohd. Rosli Salleh yang telah lebih tiga dekad membanting tulang mengusahakan sawah padi di Simpang Empat Alor Setar Kedah.

Telah dua musim dia mengorak senyum melihat tanaman padi yang tumbuh agak berbeza berbanding sebelumnya dan memberi satu keyakinan bahawa hasil pendapatan boleh meningkat pada kos yang munasabah.

Dua musim terakhir penanaman, Mohd. Rosli menggunakan Bio-Striker yang juga penggalak tanaman (growth enhancer) selepas diperkenalkan oleh pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).Penggalak tanaman merupakan produk yang berfungsi lebih daripada sekadar baja.

Bio-Striker tersebut dihasilkan oleh Agribolics Technology Sdn. Bhd. yang beroperasi di Pusat UPM-MTDC di Serdang, Selangor.

Bio-Striker mampu meningkatkan ketahanan hasil tanaman dan berasaskan bahan mentah organik menggunakan bakteria Pseudomonas flourescent.

Mohd. Rosli telah mencuba dengan menggunakan cecair baja tersebut sebanyak lima liter untuk kawasan percubaan seluas satu hektar.

Dia yang menggunakan benih padi varieti MR269 merendamkannya dalam larutan mengandungi bahan penggalak tanaman tersebut selama 24 jam bagi menunggu peringkat bertunas.

Selepas rendaman selama 48 jam, benih ditabur ke kawasan penanaman.

Selepas padi tumbuh, teknik semburan boleh digunakan yang mana Bio-Striker dicampurkan dengan Bio GS 2, satu lagi produk keluaran syarikat terbabit.

Selama tempoh penanaman sebelum dituai, empat kali semburan pada hari tertentu boleh dijalankan menggunakan campuran tersebut.

Komposisi campuran ialah 20 liter air, dan masing-masing 100 m ililiter (ml) Bio-Striker dan Bio GS2.

Saya dapati ada perubahan kepada pokok padi yang ditanam iaitu akarnya lebih banyak, batang lebih besar, tangkai lebih panjang, tegah dah kukuh manakala buah lebih besar dan lonjong, katanya.

Dia yang mengusahakan empat hektar sawah padi berkata, meskipun ada peningkatan daripada segi kos kira-kira 10 hingga 15 peratus, dia juga mendapati pengeluaran hasil yang berbaloi.

Menurut Mohd. Rosli, padi matang dalam tempoh 112 hari berbanding pengunaan baja sebelum ini iaitu 120 hari.

Dia juga mendapati, benih padi yang digunakan mempunyai ketahanan tenggelam dua kali dalam kejadian banjir iaitu 14 hari dan 19 hari tetapi tidak menunjukkan masalah, berkemungkinan kerana akar benih yang kukuh.

Bio-Striker yang merupakan sebahagian daripada produk dihasilkan syarikat terbabit dapat membantu petani meningkatkan hasil tanaman.

Berdasarkan testimoni, pokok padi yang ditanam di Seberang Perak dan disembur dengan Bio-Striker berkembang lebih baik daripada segi bilangan anak, perkembangan akar batang dan tahap kesuburan.

Pada satu ujian terhadap pokok cili yang mempunyai masalah daun, selepas disembur dengan Bio-Striker, dedaunnya lebih subur dan hasil cili meningkat.

Baja tersebut juga selamat digunakan kerana mesra alam.

Selain, Bio Striker dan Bio GS2, syarikat terbabit juga menghasilkan Foliar AT3 dan Ferti-Booster.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved