Sabtu, 24 Ogos 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tutor terus mendapat sambutan 'luar biasa'

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

Sebahagian daripada guru dan pelajar yang menyertai Kem Nilam 2013 peringkat Daerah Hulu Langat ceria menunjukkan akhbar pendidikan Tutor di Shah Alam Selangor.

SHAH ALAM 24 Ogos - Akhbar pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor terus mendapat sambutan 'luar biasa' dalam kalangan guru dan murid yang mengakui mampu menjadi bahan rujukan peperiksaan terbaik dalam menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan depan.

Malah, keistimewaan akhbar itu turut diperkenal kepada kira-kira 40 murid sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Hulu Langat yang aktif dalam kegiatan membaca menerusi Kem NILAM.

Program itu dianjurkan Pejabat Pelajaran dan Pusat Kegiatan Guru daerah Hulu Langat serta Pusat Kegiatan Guru Kajang yang melanggan akhbar Utusan Malaysia untuk diedarkan kepada peserta bengkel tersebut.

Guru dan murid sekolah yang ditemui dalam bengkel itu berpendapat, isi kandungan Tutor terutama soalan ramalan yang disediakan amat membantu sebagai rujukan terutama pada minggu-minggu terakhir UPSR.

Guru Sekolah Rendah (SK) Seri Sekamat, Kajang, Rohaiza Razali berkata, dia melanggan sebanyak 225 naskah Tutor untuk keluaran kedua bulan depan selepas tertarik dengan set-set soalan latih tubi yang disediakan guru pakar mata pelajaran dalam Tutor.

"Saya tidak sangka Utusan Malaysia menawarkan harga jualan Tutor amat murah berbanding akhbar Pendidikan sebelum ini, sebab itu saya tidak mahu berfikir panjang untuk melanggan Tutor," katanya ketika ditemui dalam bengkel tersebut di sini hari ini.

Katanya, keputusan itu diambil setelah berpuas hati dengan isi kandungan Tutor yang amat menarik dan sesuai dijadikan akhbar rujukan peperiksaan selain tawaran harga jualannya yang murah.

Malah, tambahnya, pihak sekolah turut diberi potongan harga iaitu hanya 20 sen senaskhah.

"Saya ingin pastikan semua murid Tahun Enam SK Seri Sekamat memiliki Tutor ini kerana isi kandungannya amat padat dengan soalan latih tubi dan mirip dengan soalan UPSR sebenar," ujarnya.

Guru mata pelajaran Matematik SK Beranang, Amizah Talib turut mengakui Tutor sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran kepada murid yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi.

"Saya dapati soalan mata pelajaran Matematik dalam Tutor menepati kehendak sekolah dan sesuai dijadikan rujukan peperiksaan.

"Malah, saya bertambah yakin kerana set soalan dalam Tutor disediakan guru pakar soalan peperiksaan, maka sudah pasti mampu menjadi alternatif sebagai bahan rujukan terbaik kepada guru dan murid," katanya.

Akhbar Tutor bersaiz tabloid mula diedarkan Isnin lalu di sekolah dengan keluaran sebanyak dua kali sebulan.

Fokus kandungan Tutor adalah kepada set soalan peperiksaan percubaan UPSR 2013 merangkumi semua kertas peperiksaan, set 1 dan set 2 manakala penerbitan kedua pada 2 September ini masih lagi berfokus kepada bahan UPSR 2013.

Edisi Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berada di sekolah pada 9 dan 23 September ini disusuli edisi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua minggu kemudian dan sebarang perubahan tarikh siaran akan dimaklumkan.

Sementara itu, murid Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Batu 11, Fu Jia Xin berkata, dia gembira kerana berpeluang menggunakan Tutor sebagai rujukan UPSR di sekolahnya memandangkan akhbar Utusan Malaysia merupakan akhbar langganan sekolah tersebut setiap tahun.

"Saya sudah biasa membaca akhbar Utusan Malaysia dan mudah memperolehnya di perpustakaan sekolah. Saya gembira kerana akhbar ini menerbitkan Tutor dan membolehkan murid menjadikannya sebagai alternatif bahan rujukan UPSR akan datang," katanya.

Bagi J. Yuvanesh, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kajang pula, dia tertarik dengan kandungan Tutor yang agak santai dan penuh dengan ilustrasi berwarna- warni sesuai dengan persiapan terakhir sebelum menghadapi UPSR.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


ATM kacau misi 33 Selangor

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

KAPTEN Selangor, Mohd. Asraruddin menanduk bola sambil diperhatikan pemain ATM, Hairuddin Omar dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.

KUALA LUMPUR - Selangor memilih jalan berliku dalam memburu kejuaraan Piala Malaysia ke-33 apabila tewas 2-3 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan kedua di Stadium Shah Alam semalam.

Selangor yang berada dalam Kumpulan A terpaksa akur dengan kekuatan ATM walaupun beraksi di tempat sendiri apabila dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat melalui Hairuddin Omar pada minit ke-14.

Amri Yahyah berjaya menyamakan kedudukan menerusi pada minit ke-29, tetapi naib juara Piala Malaysia 2012, ATM menambah gol kedua melalui Fitri Omar dan menjadikan kedudukan lebih selesa dengan gol ketiga sumbangan Christie Jayaseelan. Pada masa kecederaan Selangor menambah gol kedua hasil jaringan S. Kunanlan.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, menyaksikan Sime Darby tewas 1-2 kepada Johor.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Darul Takzim (DT) yang berada dalam Kumpulan B meraih tiga mata apabila mengalahkan Felda United 1-0 dengan gol kemenangan disumbangkan pemain kebangsaan, Safee Sali pada minit ke-74.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, tuan rumah T-Team gagal menggunakan kesempatan beraksi di tempat sendiri apabila tewas 0-1 kepada PKNS. Gol tunggal pelawat dijaringkan pemain import, Roman Chmelo pada minit ke-33 untuk membolehkan PKNS berada di tangga teratas Kumpulan B. Lebih malang pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila George Boateng dilayangkan kad merah pada minit ke-36.

Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pertembungan Kumpulan C, menyaksikan Negeri Sembilan gagal menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri apabila dimalukan Pahang 3-5 dengan pemain tuan rumah S. Sivanesan melakukan hatrik melalui gol pada minit ke-48, 74 dan 76.

Gol Pahang disumbangkan oleh Azamuddin Akil pada minit ke-23, diikuti R. Gopinathan (51, 66). Matias Conti menyumbat gol keempat pada minit ke-64, diikuti jaringan terakhir Amirul Hadi Zainal.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, satu lagi aksi Kumpulan C menyaksikan juara bertahan, Kelantan menewaskan Terengganu, 2-0. Dickson Nwakaeme menanduk gol pertama tuan rumah seawal minit ke-10.

Tuan rumah menambah jaringan kedua pada minit ke-72 menerusi sepakan percuma Zairol Anuar Zailani dari jarak 25 meter.

Di Stadium Darul Aman, bagi perlawanan Kumpulan D, Kedah dan Perak berkongsi mata apabila terikat 1-1. Pelawat di depan pada minit ke-58 menerusi Khairul Asyraf Shaizah, namun tuan rumah menyamakan kedudukan hasil gol pemain import, Alen Guc.

Teong Kim tidak minat layan Butler

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

KUALA LUMPUR - Selepas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong menempelak Peter Butler kelmarin, semalam tiba giliran Lim Teong Kim pula memberi pandangannya selepas beliau dikutuk oleh pengendali dari England itu di laman sosial, Twitter baru-baru ini.

Butler mempersoalkan pelantikan Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara Rabu lalu dan menyatakan bahawa dia tidak mengenali Teong Kim dan menganggap pemilihan tersebut lebih kepada penjimatan kos.

Semalam Teong Kim sendiri memberi komen terhadap isu tersebut dengan menegaskan beliau tidak perlu melayan kritikan bekas jurulatih T-Team, Terengganu dan Kelantan itu.

Menurutnya, beliau lebih berminat untuk melaksanakan tugasnya dengan mencari pemain-pemain muda berbakat untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa berbanding mendengar kritikan jurulatih yang kerap menimbulkan masalah.

"Saya tidak kisah dengan pandangan Butler yang dikatakan menghina saya sebagai jurulatih berpengalaman di peringkat Eropah," kata bekas penolong jurulatih bawah 19 tahun (B-19) Bayern Munich itu.

Jelasnya, beliau agak terkejut dengan kenyataan yang dilemparkan Butler dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan dia juga langsung tidak mengenali Butler.

"Saya tidak mahu mengambil kisah terhadap pandangannya.

"Saya boleh menerima kritikan dan saya tidak memerlukan motivasi daripadanya kerana saya sendiri yang memotivasikan pemain dan jurulatih," katanya kepada media di Kelab Diraja Selangor Bukit Kiara, semalam.

Sebelum ini Butler menerusi laman sosial, Twitter, lantang mempertikaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bertindak melantik Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Kontroversi itu bukan yang pertama dicetuskan oleh Butler, malah dia juga pernah mengkritik skuad Harimau Muda A, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh selain menyelar Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa di laman sosial.

Dalam pada itu, Teong Kim berkata, beliau perlu banyak mengkaji sistem pembangunan yang sedia ada terutama melibatkan pada pendidikan pemain dan jurulatih.

"Saya pernah menyatakan perkara ini kepada Khairy yang mana kita perlu mengutamakan sistem yang tepat khusus kepada pendidikan jurulatih dan pemain.

"Paling mustahak adalah cara kita untuk mengendalikan sistem ini. Tiada ada perbuatan yang sia-sia sekiranya kita membina infrastruktur yang memiliki harga tinggi tetapi tidak tahu cara untuk mengekalkannya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Keselamatan di kawasan Esszone sudah pulih

Posted: 24 Aug 2013 11:04 PM PDT

TAWAU 25 Ogos - Keadaan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) sudah kembali seperti sedia kala, kata Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Ahmad Nadzer Nordin.

Bagaimanapun katanya anggota keselamatan daripada pelbagai agensi termasuk tentera, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tidak mengambil mudah keadaan itu dan sentiasa melakukan pemantauan.

"Saya didatangi dua pegawai tinggi kedutaan Kanada dan Australia baru-baru ini yang ingin mengetahui situasi sebenar keselamatan di Sabah terutama di kawasan pantai timur.

"Saya maklumkan kepada mereka bahawa situasi sudah kembali normal walaupun keadaan terus dipantau," katanya semasa menjawab soalan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Rakan Komuniti Sabah (Pacos Trust), Anne Lasimbang pada forum terbuka sempena Bengkel Pembinaan Keupayaan Pemimpin Kampung Pulau Sebatik semalam.

Program sehari anjuran Yayasan Asia, Pacos Trust dan Persatuan Komuniti Tidung Tawau (Pakot) itu antara lain membincangkan isu dan cabaran keselamatan di Pulau Sebatik.

Pada forum itu, Anne bertanya mengenai kebimbangan penuntut Australia berhubung situasi keselamatan di Sabah, khususnya di kawasan pantai timur negeri itu, selepas Australia mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyatnya berikutan pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu, 12 Februari lepas.

Ahmad Nadzer berkata kedutaan asing di negara ini juga telah dimaklumkan mengenai situasi sebenar di Esszone.

Mengenai pendekatan Malaysia menyelesaikan insiden pencerobohan pengganas itu di Sabah, beliau berkata Malaysia mendapat banyak pujian daripada negara luar kerana berjaya menyelesaikan kes itu secara bertamadun.

Saki-baki pengganas dan mereka yang disyaki ada kaitan dengan pencerobohan itu telah diberkas dan segera dihadapkan ke mahkamah untuk diadili dan mereka dibenar melantik peguam masing-masing, katanya. - BERNAMA

Jumpa bom, peluru dalam flat: Enam ditahan

Posted: 24 Aug 2013 10:39 PM PDT

Oleh ZABRY MOHAMAD

BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Polis menemukan bahan letupan dipercayai bom dan 20 butir peluru dalam serbuan di sebuah flat di Machang Bubuk di sini awal pagi ini.

Serbuan pada pukul 1.30 pagi itu turut menahan empat lelaki dan dua wanita. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pakistan bebas 337 tahanan India

Posted: 24 Aug 2013 11:34 AM PDT

ISLAMABAD 25 Ogos - Kerajaan baharu Pakistan semalam membebaskan 337 tahanan India, kebanyakannya nelayan, sebagai langkah memperbaiki hubungan dengan negara jirannya itu.

Kesemua tahanan berkenaan, termasuk nelayan yang ditangkap kerana memasuk perairan Pakistan lebih dua tahun lalu, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing melalui laluan di sempadan Wagah yang terletak antara bandar Lahore dan Amritsar, India.

Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif berkata, hubungan yang baik dengan India merupakan kunci utama untuk memulihkan ekonomi negara ini berbanding polisi luar dan keselamatan yang digunapakai oleh pihak tentera sebelum ini. - REUTERS

Mesir buka semula sempadan Rafah

Posted: 24 Aug 2013 11:34 AM PDT

GAZA 25 Ogos - Kerajaan sementara Mesir semalam membuka semula sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza selepas laluan itu ditutup selama empat hari.

Keputusan tersebut sekali gus membolehkan beribu-ribu orang yang terkandas untuk masuk atau keluar dari wilayah Palestin yang dikuasai pergerakan Hamas.

Sebelum ini, beribu-ribu rakyat Palestin, termasuk pelajar dan pesakit yang menunggu rawatan, tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mesir selepas Kaherah menutup laluan sempadan Rafah dan turut menyebabkan beratus-ratus orang tidak dapat memasuki wilayah berkenaan. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Dua mati akibat kencing tikus

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 24 Ogos - Sebanyak dua kematian daripada 147 kes jangkitan penyakit kencing tikus atau leptospirosis dilaporkan telah berlaku di negeri ini sejak awal tahun ini hingga semalam.

Pengarah Kesihatan Pahang, Dr. Norhizan Ismail berkata, jumlah kematian itu meningkat berbanding tahun lalu iaitu hanya seorang sahaja daripada 105 kes jangkitan.

"Untuk tahun ini, Jerantut merupakan daerah mencatatkan kes tertinggi iaitu 26 kes diikuti Maran (22), Temerloh (20), Kuantan (16), Lipis (15), Pekan (14), Raub (13), Bentong (7), Rompin dan Cameron Highlands masing-masing lima kes dan Bera (4).

"Bagi tempoh sama tahun lalu pula, Kuantan merupakan daerah tertinggi dengan 25 kes, diikuti Jerantut (22), Lipis (13), Pekan (11), Rompin (8), Maran (7), Raub (6), Bentong dan Cameron Highlands masing-masing lima dan Temerloh (3)," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua kematian itu membabitkan penduduk di daerah Bentong dan Kuantan manakala kematian yang berlaku tahun lalu pula adalah di Rompin.

Dalam pada itu kata beliau, jangkitan penyakit tersebut boleh berlaku sekiranya seseorang terdedah kepada air, makanan atau tanah lembap yang dicemari kencing tikus.

"Bakteria leptospira ini lebih mudah memasuki tubuh manusia melalui mata, mulut dan luka yang berada di kulit.

"Setiap masyarakat bertanggungjawab untuk bersama-sama memusnahkan tikus bagi mengelakkan jangkitan ini," katanya.

Selain itu katanya, orang ramai juga perlu mengelakkan aktiviti rekreasi air semasa dan selepas hujan ataupun pada musim banjir.

Beliau menasihati orang ramai segera mendapatkan rawatan jika mempunyai tanda-tanda penyakit leptospirosis dan memaklumkan tentang aktiviti rekreasi seperti berkhemah, berenang, berkayak dan sebagainya atau pekerjaan berisiko kepada jangkitan.

MTNR rai pelancong muda berusia 4 bulan

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

Yusof Essam (didukung seorang kakitangan MTNR) dalam majlis menyambut kehadiran Yusof dan keluarganya di Mutiara Taman Negara Resort, Kuala Tahan, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT 24 Ogos - Mutiara Taman Negara Resort (MTNR) meraikan seorang pelancong muda, Yusof Essam, berusia empat bulan dari Jordan semasa berkunjung bersama keluarganya di Taman Negara Kuala Tahan di sini kelmarin.

Sebanyak 10 kakitangan MTNR meraikan bayi berkenaan dengan menyediakan acara memotong kek sambil diiringi nyanyian lagu tradisional Pahang ketika menyambut kehadiran Yusof dan keluarganya di jeti taman negara tersebut.

Yang turut hadir dalam memeriahkan acara ringkas itu ialah Pengurus MTNR, V. Nathan dan Pengurus Pelancongan Resort berkenaan, Sabri Abdullah.

Menurut Sabri, sambutan ringkas tetapi penuh makna itu diadakan setelah meneliti maklumat latar belakang pelawat dari Jordan yang disertai sebanyak sembilan ahli keluarga tersebut sebagai pengisian kepada kegiatan promosi pelancongan.

"Dalam rekod kehadiran keluarga ini menunjukkan Yusof merupakan pelancong termuda iaitu berusia empat bulan dan ini menarik perhatian kami di bahagian pengurusan hospitaliti untuk memilihnya," katanya kepada pemberita.

Menurut Sabri, apa yang lebih menarik, keluarga dari Jordan itu yang pertama kali menjejakkan kaki ke Taman Negara mengadakan eksplorasi hutan belantara, gua dan menaiki bot penambang bersama bayi berkenaan.

Dalam pada itu, Nathan berkata, pihaknya berharap sambutan seumpama itu dapat meninggalkan kenangan manis kepada pelancong yang menginap di resort tersebut.

"Kegiatan ini antara elemen yang boleh membantu kita mempromosikan pusat pelancongan taman negara khususnya pembangunan hospitaliti di resort kami," ujarnya.

Kekalkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

KUALA LIPIS 24 Ogos - Keamanan dan kestabilan politik yang dipertahankan sejak sekian lama perlu dikekalkan supaya rakyat dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan tenteram.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu boleh dilihat dengan sambutan perayaan yang diadakan setiap tahun dan membolehkan rakyat mengadakan rumah terbuka tanpa sebarang gangguan.

Menurutnya, keamanan yang dikecapi selama ini hasil daripada kebijaksanaan dan integriti pemimpin Barisan Nasional (BN) dulu dan kini dalam memacu ke arah kesejahteraan rakyat.

"Suasana itu boleh dilihat dengan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri yang disambut dengan ceria dan turut dikongsi masyarakat pelbagai kaum.

"Penganjuran seumpama itu menterjemahkan nilai perpaduan dan kesatuan dalam kalangan semua kaum untuk menghormati elemen dalam perayaan tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai dan UMNO Bahagian Cameron Highlands di Sungai Koyan di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel.

Sebanyak 4,000 penduduk Jelai dan Cameron Highlands termasuk Orang Asli hadir memeriahkan sambutan itu.

Wan Rosdy berkata, keamanan dan perpaduan wajar dikekalkan sepanjang masa untuk membolehkan sambutan perayaan semua kaum dilaksanakan lebih selesa dan meriah.

Tambahnya, amalan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri membuktikan ajaran Islam itu indah dan menghormati tetamu apabila pengunjung turut bergembira sambil menikmati juadah disediakan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Aaron Aziz uji ketahanan diri

Posted: 24 Aug 2013 05:37 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my

BUKAN setakat mencari harta karun, Aaron dan Michell perlu bijak menggunakan kad kredit yang diberi.

MUNGKIN anda selalu mendengar bahawa di dalam perut bumi atau dasar laut terdapat banyak harta atau barang pusaka zaman dahulu yang terkubur atau terpendam sehingga tidak mungkin diketahui sesiapa pun.

Sehingga lama kelamaan harta atau benda pusaka tersebut akan musnah ditelan waktu. Tidak mahu bercerita banyak mengenai perkara itu, kali ini S3 akan membawa anda untuk mengenali pertandingan yang diberi nama mencari harta karun.

Sememangnya pertandingan seumpama itu semakin popular dan diminati ramai orang. Begitu juga dengan pelakon terkenal yang kacak lagi bergaya, Aaron Aziz yang turut memilih pertandingan mencari harta karun sebagai mengisi masa lapang.

Katanya, permainan seperti itu sememangnya menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Memandangkan pertandingan berlangsung pada bulan Ramadan, dia bukan sahaja terpaksa menahan lapar dan dahaga malah terpaksa mengharungi perjalanan dengan mengembara di seluruh Hong Kong sambil berbelanja hanya menggunakan kad kredit.

Daripada itu, kami terpaksa bijak berbelanja menggunakan kad kredit. Di situlah, kami perlu bijak mengaplikasikan kemahiran mengira .

Ia memang sangat menguji kecerdasan minda dan apa yang saya lalui itu merupakan satu pengalaman yang sangat menarik.

Walaupun hanya sekadar pertandingan tetapi saya berasa cukup bertuah kerana berpeluang menyertai aktiviti seumpama ini yang bukan sahaja mengajar erti kesabaran tetapi memberi satu pemahaman baharu kepada saya," katanya yang menyertai pertandingan mencari harta karun anjuran bersama Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) dan Visa, Visa Go Hong Kong Super Shopper baru-baru ini.

Selain itu, kata Aaron, dia dan pasangannya dapat menghadapi pertandingan itu dengan baik hasil kerjasama secara berkumpulan yang ditunjukkan.

Atas semangat kerjasama berkumpulan itulah membuatkan segala urusan dan permasalahan yang dihadapi ketika pertandingan berlangsung dapat ditangani dengan cukup mudah dan senang," jelasnya.

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kata Aaron, Hong Kong umpama rumah kedua baginya. Jadi, semua benda mungkin mudah dan senang baginya.

Saya sememangnya merupakan salah seorang individu yang kuat berjalan. Kalau nak diikutkan, saya memang suka melancong. Selain dapat mempelajari perkara baharu, dalam masa yang sama, saya juga dapat melihat keindahan di tempat lain.

Kalau asyik terperuk di dalam rumah, rugi juga. Sebaiknya, luangkanlah juga masa untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.

Jadi semasa mengikuti pertandingan itu banyak tempat baharu yang saya lawati memandangkan banyak tugasan yang perlu saya selesaikan," katanya bersungguh.

Semasa melalui proses pencarian, pelbagai insiden berlaku. Kata Aaron, itulah pengalaman berharga baginya yang mengikuti cabaran seperti mencuba makanan tempatan, melawat tempat menarik, menghargai budaya dan kesenian tempatan.

Tertarik keindahan Hong Kong

Setelah jauh perjalanan dalam pengembaraan di Hong Kong bersama gandingannya iaitu peminatnya, Michell Ching, Aaron menganggap ia adalah satu pengalaman yang menarik perhatiannya.

Maksudnya, Hong Kong adalah salah satu tempat menarik yang perlu dilawati.

Memang pengalaman ini telah mengajar saya banyak erti kesabaran. Lebih-lebih lagi ketika ingin menyelesaikan sesuatu tugasan.

Biasanya kita, kalau benda itu susah kita sentiasa akan cepat berputus asa dan tidak cuba untuk menyelesaikannya.

Kata orang usaha tangga kejayaan. Begitu juga kami, walaupun pertandingan berlangsung di Hong Kong, namun kami tetap berusaha mencari penyelesaian setiap tugasan kami," katanya penuh semangat.

Minho jadi doktor

Posted: 24 Aug 2013 05:37 AM PDT

MINHO kurangkan senyuman sewaktu jadi doktor.

ANGGOTA kumpulan SHINee, Minho yang sebelum ini popular menerusi drama To The Beautiful You berjaya membuatkan para krew drama Medical Top Team tersentuh hati.

Dia yang berlakon sebagai Kim Seong-woo dalam drama perubatan arahan Kim Do-hoon kali ini tidak mempamerkan senyuman manis seperti biasa menerusi watak tersebut.

Meskipun wataknya kelihatan serius, namun senyuman manisnya tetap terukir setiap kali menjejak kaki di set penggambaran. Tiap kali datang, dia akan mengucapkan selamat kepada semua pelakon dan tidak segan-silu untuk bertanya," jelas wakil pengurusannya.

Dalam pada itu, Minho yang berlakon di samping Kwon Sang-woo, Jung Ryeo-won, Ju Ji-hoon dan Oh Yeon-seo mengaku yang dia gementar berlakon bersama pelakon terkenal.

Saya selesaikan tugasan di set dengan hati yang penuh debaran. Pada hari pertama penggambaran, saya benar-benar gementar sebab tidak cukup persiapan, tetapi tetap cuba memberikan yang terbaik," akuinya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Syria papan catur kuasa asing

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

Ku Seman Ku Hussain

Nyawa rakyat sudah tidak ada nilai bagi pemimpin diktator seperti Bashar al Assad. - AFP

RABU lalu tentera rejim Presiden Bashar al-Assad membunuh lebih 1,300 orang awam termasuk kanak-kanak menggunakan gas saraf, sejenis senjata kimia yang boleh membunuh dalam masa sepuluh minit. Difahamkan serangan dengan menggunakan roket yang mengandungi gas saraf itu dilakukan ketika mangsa nyenyak tidur di kawasan pinggir bandar seperti Ain Tarma, Zamalka dan Jobar di Ghouta.

Ini memang perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. Tetapi mempersoalkan kemanusiaan sahaja tidak memberikan penyelesaian kecuali melihat tragedi ini dari pangkalnya. Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila dilakukan oleh pemimpin Islam terhadap rakyatnya yang juga orang Islam.

Ini adalah pembunuhan beramai-ramai kedua dalam masa terdekat selepas tentera Mesir menembak mati lebih 3,000 orang dua minggu lalu. Kedua-dua pembunuhan beramai-ramai ini dilakukan oleh tentera kerajaan terhadap orang awam.

Sebenarnya penggunaan gas beracun untuk membunuh mangsa dalam kuantiti yang banyak dan masa yang singkat bukan perkara baharu bagi kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS). Dalam Perang Dunia Kedua, Hitler menggunakan gas beracun untuk membunuh berjuta-juta orang Yahudi di Jerman. Dalam Perang Vietnam tahun 1975, tentera AS menggunakan senjata kimia Orange Agent dan kesan biologi terhadap mangsa dan keturunannya kekal hingga kini.

Begitu juga dengan pembunuhan beramai-ramai seperti di kem pelarian Sabra dan Satila oleh tentera Zionis Israel terhadap kanak-kanak Palestin, My Lai di Vietnam tahun 1968 oleh tentera AS dan di Nanking (Nanjing), China oleh tentera Jepun.

Persoalannya kenapa pembunuhan beramai-ramai kini berlaku di negara Islam seperti Syria? Kenapa pula diktator peminum darah" seperti Bashar masih terus hidup dan mengganas? Siapakah sebenarnya yang memainkan peranan dalam memberikan gambaran bahawa kini pemimpin Islam sudah setaraf jahatnya dengan Hitler di Jerman atau Pol Pot di Kemboja?

Syria sama seperti Mesir yang kini menjadi papan catur kuasa besar untuk AS dan Rusia. Penglibatan secara terancang AS dan Rusia di Syria menjadikan negara Islam ini medan menguji dan memasarkan senjata pembunuh. Bashar mendapat sokongan kuat daripada Rusia, Iran dan China, sementara tentera pejuang mendapat sokongan AS.

Dalam perkembangan terbaru, AS kini menunggu arahan Presiden Barack Obama untuk menyerang Syria. Ini tidak memeranjatkan kerana Bashar disokong oleh Rusia dan China. AS pula menyokong pejuang rakyat. Kuasa besar ini berperang di Syria menggunakan rakyat dengan memanipulasikan sentimen perbezaan fahaman antara Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.

Setiausaha Negara AS, John Kerry mengakui Iraq yang kini dikuasai oleh Syiah membantu rejim Bashar dengan persetujuan Iran. Iraq yang dulunya dikuasai oleh Sunnah Wal Jamaah semasa era Saddam Hussein kini beralih kepada Syiah. Lihatlah permainan catur kuasa besar. Di Iraq, AS menyokong Syiah untuk memerangi Sunnah Wal Jamaah pimpinan Saddam. Tetapi di Syria AS menyokong pejuang yang terdiri daripada Sunnah Wal Jamaah memerangi rejim Bashar yang menganut fahaman Syiah. Ini membuktikan permainan kuasa besar berubah mengikut di mana papan catur itu berada dan apa kepentingannya kepada AS.

Sentimen fahaman agama di Syria membuka laluan kepada kuasa asing memainkan peranan untuk meraih kuasa. Seperti yang semua orang tahu bahawa fahaman Syiah mewajarkan pembunuhan terhadap ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini digunakan oleh kuasa besar untuk menyalakan sentimen perbezaan fahaman agama. Itulah sebabnya berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pemimpin penyokong Syiah.

Syria atau Mesir tidak akan terperangkap dalam momokan Musim Bunga Arab dan seterusnya perang saudara tanpa penglibatan kuasa asing. Perang saudara di Syria sejak 2011 telah mengorbankan lebih 100,000 nyawa sebahagian besarnya orang awam dan sekurang-kurangnya 1.7 juta rakyat menjadi pelarian ke negara jiran. Semua ini mencetuskan krisis kemanusiaan yang sangat buruk.

Rejim

Dinasti Bashar yang memerintah Syria sejak tahun 1970 adalah daripada fahaman Syiah yang cuma suku daripada jumlah orang Islam Syria. Selebihnya adalah ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi Syiah lebih kuat kerana menumpang rejim Bashar dengan sokongan kuasa asing. Malah sebelum tragedi gas beracun ini, tentera rejim Bashar juga melancarkan serangan ke atas perkampungan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Gambar-gambar sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati seperti sedang nyenyak tidur kerana gas beracun disebarkan ke seluruh dunia. Gambar-gambar ini memperihalkan bahawa pembunuhan beramai-ramai dan tindakan di luar perikemanusiaan kini berlaku di negara Islam dan oleh orang Islam.

Tragedi ini dengan sendirinya memadamkan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera zionis Israel yang menjadi proksi AS di kem Sabra dan Satila. Sementara Perang Dingin antara AS dan Kesatuan Soviet tidak berakhir dengan runtuhnya negara-negara blok komunis dua dekad lalu. Kini Rusia yang dulunya sebahagian Kesatuan Soviet terus menjadi sasaran AS. Di papan catur Syria telah terbukti semuanya.

Tindakan Bashar membunuh dengan gas beracun memberi lesen kepada AS untuk menyerang Syria atas alasan memulihkan demokrasi dan hak asasi manusia. AS yang menaja kebangkitan rakyat dalam Musim Bunga Arab digambarkan sebagai pejuang keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel mendakwa rejim Bashar menggunakan senjata kimia dalam skala yang kecil tetapi tetap menyalahi mana-mana konvensyen perang antarabangsa. Ini seolah-olah AS tidak pernah membuat perkara yang sama terhadap musuh-musuhnya. Tetapi dari sudut sejarahnya, penggunaan senjata kimia oleh Syria bukan perkara baharu malah pernah digunakan pada kurun ketiga semasa memerangi Rom.

Sebenarnya dakwaan Chuck Hagel boleh dilihat sebagai perang psikologi terhadap musuh AS itu. Tetapi yang pasti pembunuhan beramai-ramai memang benar berlaku di negara yang menjulang tamadun Islam.

Badan dunia seperti Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Liga Arab tidak memperlihatkan kesungguhan dalam isu pembunuhan beramai-ramai ini. Tidak ada tindakan proaktif kecuali mengeluarkan kenyataan retorik yang tidak memberi apa-apa kesan terhadap konflik ini. Hebat sangatkah Bashar hingga Majlis Keselamatan PBB tidak boleh melakukan pemeriksaan senjata kimia selepas tragedi ini? Atau adakah ini disebabkan oleh Majlis Keselamatan yang turut dianggotai oleh Rusia dan China yang sememangnya melindungi Syria?

Di negara kita, puak perusuh yang hanya disembur oleh meriam air mendapat perhatian badan hak asasi dunia seperti Amnesty International serta banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang menganggap itu suatu pencabulan terhadap hak asasi manusia. Tetapi di mana suara Amnesty International terhadap pembunuhan beramai-ramai di Syria? Kenapa mereka hanya heboh apabila perusuh disembur air tetapi diam apabila rejim peminum darah membunuh orang awam?

Ada sesetengah puak mahu menjadikan negara ini sebagai papan catur kuasa asing. Tetapi pihak yang waras ambillah iktibar dari tragedi di dunia Arab termasuk di Syria dan jangan sama sekali membiarkan negara menjadi papan catur kuasa asing, walau dalam apa bentuk sekalipun.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

Terima kasih
KETIDAKTENTUAN sudah terjawab. Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) tidak akan diswastakan. Itulah jaminan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada Isnin lalu.

Ramai yang lega dengan kenyataan tersebut. Daripada kesatuan sekerja hinggalah kepada orang ramai, badan-badan bukan kerajaan dan mantan Pengarah Urusan MAS, Abdul Aziz Abdul Rahman. Mereka berterima kasih kepada Najib.

Keputusan kerajaan itu diambil berdasarkan pelan pemulihan MAS yang sudah mula menampakkan hasil dengan jumlah kerugian dialami semakin berkurangan.

MAS pernah menghadapi saat-saat sukar dengan kerugian sehingga RM5 juta sehari pada masa lalu. Melalui pelan pemulihannya, syarikat penerbangan nasional itu kini mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM8 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2013, berbanding kerugian operasi sebanyak RM102 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam ruangan ini, minggu lalu, Awang mempersoalkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala yang mencadangkan kerajaan keluar daripada industri penerbangan dengan menjual MAS.

Moga-moga Idris telah mendapat mesej yang lebih jelas. Menjual MAS bukan langkah bijak dan penyelesaian terbaik.

MAS mempunyai kepentingan strategik kepada negara, yang kita semua sebagai warganegara apatah lagi menteri perlu komited mempertahankannya.

Dalam pada itu, Awang berharap pengurusan MAS mengambil serius teguran bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Keong dan Abdul Aziz berhubung pelantikan lapan warga asing menyandang jawatan penting.

Persoalannya apakah MAS tidak yakin kepada bakat orang dalam syarikat itu sendiri?

Begitu juga dengan pelantikan syarikat perunding dan penganalisis rangkaian yang mencetuskan kontroversi.

Ramai yang mahu tahu, ia keputusan siapa? MAS perlu tampil memberikan penjelasan. Apakah ia ada kaitan dengan pengaruh luar sebagaimana yang menjadi desas-desus?

Dengan kata lain, tubuh badan sahaja di MAS tetapi lebih membawa agenda pihak penerbangan lain, yang hati kecil Awang berharap, ia tidak begitu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tak kan Melayu hilang di dunia

Posted: 24 Aug 2013 05:37 AM PDT

UNGKAPAN 'Tak kan Melayu hilang di dunia' cukup tersohor kerana dikatakan pernah dilafazkan oleh Laksamana Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melaka dahulu kala.

Sejak zaman dahulu lagi, orang Melayu cukup terkenal dengan peranan sebagai ulama, penakluk, pendeta dan pahlawan yang sentiasa mengambil kira perspektif agama dalam segala tindak tanduk mereka agar kehidupan seharian dan pentadbiran diperbataskan dalam lingkungan yang dibenarkan oleh hukum syarie.

Pokok pangkalnya tersembunyi usaha menzahirkan sifat keikhlasan dalam mencari rahmat dan keredaan-Nya demi memartabatkan agama serta mengembalikan kedaulatan sesebuah bangsa yang tidak terkecuali terhakis dek percaturan modenisasi.

Baru-baru ini, .com berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diinspirasikan oleh komuniti pencinta bangsa Melayu dari seluruh negara di Ladang Alam Warisan, Kampung Tengah, Seri Menanti, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan.

Istimewanya, rumah terbuka yang diadakan di destinasi pelancongan baru berasaskan kebudayaan, adat dan warisan itu turut diserikan dengan kehadiran pengunjung yang lengkap dengan busana tradisional.

Pengalaman itu cukup berbeza sehinggakan kru .com terasa bagaikan mengembara seperti dalam kisah Marty McFly dalam filem Back To The Future.

Bezanya, dia kembali ke zaman koboi dan kami kembali ke zaman kegemilangan Melayu yang cukup unik dengan pelbagai acara termasuk memanah tradisional, dekorasi busana lama, tanjak, tari silat, tarian dan dendangan lagu Melayu asli.

- SYAHRIL/ABDUL RAZAK LATIF

Tonjol warisan Melayu

PENYERAPAN nilai, semangat, kejiwaan dan budaya serta pembentukan jati diri orang Melayu dalam sesebuah tamadun mewarisi legasi yang cukup bermakna bukan sekadar dipersempitkan dengan perspektif zahir semata-mata.

Oleh sebab itu, Persatuan Alam Warisan, Persaudaraan Pemanah Melayu Tradisional Malaysia (Pertama), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Destar Alam Melayu (Perdam), Keris Warisan dan ramai lagi yang terlibat menzahirkan zaman kegemilangan dengan menghidupkan semula cara dan gaya hidup Melayu dahulu di zaman moden.

Majlis itu sekali gus mengurai unsur-unsur yang lebih abstrak seperti aspek batiniah, semangat, kejiwaan aliran pemikiran, persoalan moral, tahap pengetahuan dan idealisme demi meningkatkan kecerdasan akal orang Melayu yang sebelum ini sengaja dipandang sepi.

Bendahara Persatuan Alam Warisan, Muhamad Akmal Mohamad Dahalan, berkata, peradaban bangsa Melayu tidak seharusnya ditafsirkan hanya kepada bentuk warisan kesenian, gambar dan ukiran batu semata-mata.

Sedangkan aspek proses penerapan nilai Islam dalam bangsa ini lebih berkesan sehingga berjaya meminggirkan sebarang warisan jahiliyah.

Diharapkan majlis yang diadakan buat kali kedua ini mampu memberi kesinambungan untuk memelihara dan mempertahankan khazanah warisan turun-temurun yang lebih berharga," jelasnya.

Menurutnya, sejak zaman Hang Tuah lagi, sejarah mengatakan kita tewas berperang sesama sendiri malah sehingga hari ini, kita masih lagi berbalah sesama sendiri.

Harapan kami hanya untuk mengetuk pintu hati masyarakat Melayu untuk mencari, mengenali semula dan mengembalikan identiti jati diri orang Melayu.

Jika tahun lalu, majlis ini disertai hampir 200 pengunjung, alhamdulillah, tahun ini bilangan peserta semakin meningkat dan hampir 1,000 pengunjung datang ke Ladang Alam Warisan untuk bersama-sama merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan orang Melayu dari utara hingga ke selatan," ujarnya.

Tambahnya, tujuan destinasi ini diwujudkan hanyalah untuk mengukuhkan silaturahim sesama orang Melayu di Ladang Alam Warisan.

Sejak dibina dua tahun lalu, setiap pengunjung berpeluang melancong sambil menghayati cara dan gaya hidup masyarakat Melayu sejati.

Setiap hari Sabtu minggu pertama, pengunjung yang hadir berpeluang belajar memanah dan menunggang kuda secara percuma.

Kami juga menyediakan perkhidmatan homestay bagi mereka yang ingin menginap di sini," katanya.

Hargai nyawa, jangan kejar masa

Posted: 24 Aug 2013 05:37 AM PDT

BERHATI-hatilah ketika memandu di jalan raya kerana kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. - Gambar Hiasan

SETIAP kali tibanya musim perayaan atau cuti sekolah, perkara utama yang sering menimbulkan kebimbangan pemimpin negara adalah angka kemalangan yang direkodkan sama ada mengorbankan nyawa atau kerosakan harta benda.

Sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sebenarnya menjadi faktor utama berlakunya masalah ini walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan.

Hal ini merupakan perkara yang menyedihkan apabila rakyat Malaysia yang terkenal dengan kekayaan budi bahasa dan kesopanan hilang budi bahasa apabila berada di jalan raya.

Kemungkinan juga faktor lain yang menjadi punca keselamatan di jalan raya terjejas adalah infrastruktur jalan raya yang kurang baik di sesetengah tempat seperti jalan berlopak dan keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik. Namun perkara seperti ini boleh dielakkan sekiranya pengguna jalan raya memandu secara berhemah dan berhati-hati.

Kehilangan dan kerugian yang dialami akibat pengabaian keselamatan jalan raya bukanlah sedikit dan perkara ini dikukuhkan lagi dengan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pengangkutan.

Di antara usaha yang telah diambil oleh kerajaan adalah memperkenalkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya sebagai subjek tambahan di sekolah rendah dan menengah serta menjalankan pelbagai operasi khas khususnya pada musim perayaan seperti Ops Selamat, Ops Pacak, Ops Sikap dan Ops Statik.

Kita dapat menyimpulkan bahawa segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada rakyat.

Oleh itu, seluruh pengguna jalan raya selaku rakyat Malaysia yang berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara mestilah mematuhi peraturan jalan raya serta memberikan sokongan padu kepada semua usaha kerajaan dalam meningkatkan keselamatan jalan raya.

Hal ini amat penting bagi memastikan keselamatan jalan raya di Malaysia sama taraf dengan negara maju yang lain apabila tercapainya Wawasan 2020 kelak.

Semoga pengguna jalan raya lebih berhati-hati di jalan raya dan sentiasa mengingati orang yang tersayang.

SHARIFAH SYAFINAZ SYED IBRAHIM,

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, Pulau Pinang

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Karyawan seni tradisional diiktiraf

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

Raja Dr. Nazrin Shah bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim menyampaikan Anugerah Abdullah Ibrahim kepada Abdul Rahman Dollah (tiga dari kanan) sambil diperhatikan oleh Pengasas Pusaka, Eddin Khoo (dua dari kanan) dalam Majlis Peringatan Abdullah Ibrahim bagi Pemeliharaan Budaya di Perpustakaan Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/AIZZUL A. MAJID

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Tokoh pemuzik tradisional Kelantan, Abdul Rahman Dollah dinamakan sebagai penerima anugerah 'Peringatan Abdullah Ibrahim bagi Pemeliharaan Budaya' yang julung kali diperkenal bagi menghargai perjuangan karyawan seni tradisional Melayu dalam memelihara budaya dan seni tanah air.

Anugerah yang julung kali diperkenal pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pusaka itu disampaikan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dalam majlis syarahan budaya di sini hari ini.

Menurut Pengasas Pusaka, Eddin Khoo, selain berusaha mencetuskan kesedaran masyarakat berhubung seni dan budaya tempatan, pertubuhan itu telah melakukan kajian lapangan selama 22 tahun di negeri Cik Siti Wan Kembang bagi memahami secara dekat tradisi kesenian seperti Wayang Kulit, Mak Yong, Manora, Main Puteri dan Dikir Barat.

"Ini adalah anugerah khusus untuk penggiat seni tradisional, sudah sampai masanya mereka diiktiraf.

"Penggiat seni tradisional ini bukan sahaja menunjangi akar budaya kita tetapi akar perasaan dan fikiran, mereka bekerja keras bagi menentukan kesinambungan seni budaya kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Rahman menyifatkan pengiktirafan tersebut merupakan penghormatan terbaik kepada beliau sejak berkecimpung dalam pengaturan muzik bagi kesemua aktiviti kesenian Kelantan sejak 35 tahun lalu.

Abdul Rahman yang merupakan anak merdeka yang lahir pada 1957 berpendapat, sudah tiba masanya pelbagai pihak mendedahkan kepada umum berhubung seni tradisional yang semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda.

"Anak-anak muda hari ini bukan tidak berminat kepada seni tetapi mereka tidak faham apa itu seni.

"Oleh itu, usaha Pusaka ini harus dipuji supaya khazanah akar budaya bangsa terus kekal dalam jiwa sanubari setiap rakyat Malaysia," katanya yang turut mengetuai kumpulan muzik Anak Seni Baju Merah.

Undian PPA1M minggu depan

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

DENGKIL 24 Ogos - Cabutan pengundian fasa pertama Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Putrajaya akan dilakukan minggu depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, fasa pertama projek itu melibatkan pembinaan 5,000 unit dijangka siap pada suku keempat 2015.

"Kita terima lebih 16,000 permohonan tetapi kita akan buat cabutan untuk 5,000 unit bagi fasa pertama PPA1M.

"Dalam lima tahun ini, kita berkeyakinan dapat membangunkan sebanyak 20,000 unit rumah mampu milik di Putrajaya untuk dijual," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56, Hari Keluarga dan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Audit Negara di Paya Indah Wetlands, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Tengku Adnan yang juga anggota Parlimen Putrajaya berkata, fasa pertama PP1M di Presint 11 dan Presint 17 dijadual siap lebih awal itu dalam tempoh 18 bulan berbanding 36 bulan yang ditetapkan sebelum ini supaya pembeli tidak perlu menunggu terlalu lama.

Pada April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan PPA1M sebagai satu usaha terbaharu kerajaan membantu penjawat awam membeli kediaman mampu milik yang bermutu.

Pada peringkat permulaan, 10,336 unit rumah mampu milik akan dibina menerusi projek PPA1M di Putrajaya pada harga antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.

Tengku Adnan berkata projek perintis PP1M di Putrajaya itu dibangunkan menerusi kerjasama awam-swasta membabitkan SP Setia Bhd, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd atas tanah milik kerajaan yang membolehkan kos pembangunan dikurangkan sehingga 10 peratus, sekali gus mengurangkan harga rumah.

Menurutnya, kerajaan juga sedang meneliti untuk membeli apartmen daripada Putrajaya Holding atau pemaju swasta untuk dijadikan kuarters kerajaan bagi menampung 2,000 permohonan ketika ini. - BERNAMA

Lori tangki terbalik, ribuan liter aluminium sulfat tumpah

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

Ribuan liter cecair aluminium sulfat tumpah di atas jalan raya selepas tangki sebuah lori membawa muatan cecair itu terputus dan terbalik di Km 12.3, Jalan Lingkaran Tengah II (JLT II) arah Batu Caves berhampiran susur ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dekat Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Ribuan liter cecair aluminium sulfat tumpah di atas jalan setelah tangki sebuah lori membawa muatan cecair itu terputus dan terbalik di Kilometer 12.3, Jalan Lingkaran Tengah II (JLT II) arah Batu Caves berhampiran susur ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pagi ini.

Menurut jurucakap polis, lori tangki itu yang datang dari arah Lebuh Raya Karak dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan sebaik sahaja melalui selekoh tajam di situ.

Katanya, kenderaan itu turut merempuh bucu penghadang lebuh raya, tiang lampu dan papan tanda.

"Berikutan itu, bahagian tangkinya terputus dari kepala lori sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan. Cecair yang dibawa lori itu tumpah melalui dua penutup bahagian atas tangki.

"Polis menemukan kepala lori itu tiga kilometer dari kawasan berkenaan manakala pemandunya telah menghilangkan diri," kata jurucakap itu ketika dihubungi di sini.

Jurucakap itu berkata, kemalangan tersebut menyebabkan berlaku kesesakan lebih lima kilometer.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Orang Asli di Johor terus dimajukan

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 23 Ogos - Biarpun kehidupan masyarakat Orang Asli di negeri ini jauh berubah, namun Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Johor masih mempunyai tanggungjawab besar untuk digalas.

Antara tanggungjawab tersebut termasuk cabaran untuk memastikan lebih 13,000 Orang Asli mencapai tahap kehidupan yang lebih baik, selain mengubah sikap dan pemikiran mereka terutama membabitkan isu pendidikan dan pembangunan.

Perkara tersebut diakui Pengarah JKOA, Wan Asim Wan Shekh yang berpendapat, masyarakat Orang Asli setakat ini masih gagal menyesuaikan diri dengan arus pembangunan pesat, selain masih kurang kesedaran tentang pentingnya modal insan yang berpendidikan dan berkemahiran.

Justeru, pihaknya akan sentiasa memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan sebaiknya, sekali gus memastikan golongan kanak-kanak dan generasi muda bersekolah serta mendapat pendidikan tertinggi bagi mencapai kejayaan.

"Di negeri ini, pendidikan diperoleh mereka berada pada tahap yang baik, namun usaha tersebut masih boleh diperhebatkan kerana saya melihat mereka ini sudah mula sedar tentang pentingnya pendidikan.

"Tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan berjaya, tetapi JKOA tidak mahu berasa selesa, sekali gus akan menggandakan usaha itu," katanya semasa ditemui di sini baru-baru ini.

Usaha JKOA itu turut mendapat sokongan Tok Batin Kampung Sungai Temon, Salim Palon yang melihat hasil yang diperoleh sekiranya seseorang itu mempunyai pendidikan iaitu ada antara mereka kini menjadi golongan profesional.

"Kita akan pastikan anak-anak Orang Asli bersekolah dan tahu membaca, menulis dan mengira. Jika zaman dahulu, kami tidak mempunyai akses dan sekolah jauh di pedalaman, namun kini semua kemudahan disediakan kerajaan.

"Jika dahulu kami hanya tahu mencari duit dengan menjadi nelayan, namun kini ada antara anak-anak kami yang sudah mempunyai pekerjaan membanggakan, malah ada yang mengusahakan perniagaan," katanya.

Ekspedisi KMJ 2013 sejauh 1,000km bermula hari ini

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Para petugas Sekretariat Kembara Mahkota Johor 2013 sibuk membuat persiapan terakhir bagi menjayakan program tersebut di Bangunan Ibrahim Sultan, Bukit Timbalan, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 23 Ogos - Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2013 yang akan diketuai Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan memulakan ekspedisi konvoi bermotosikal ke seluruh negeri ini bermula esok.

Majlis pelepasan KMJ edisi ke-16 bermula dari pekarangan Menara Aqabah, Pasir Gudang akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kira-kira pukul 8 pagi manakala acara penutupan diadakan di Gelang Patah, Selesa depan.

Konvoi empat hari sejauh 1,100 kilometer yang menjelajah ke semua 10 daerah di negeri ini disertai oleh lebih 50 peserta yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi.

Pelbagai program dan aktiviti dirancang untuk memeriahkan acara tahunan itu termasuk pertandingan permainan tradisional dan pengagihan barangan cenderamata kepada rakyat di sepanjang laluan konvoi berkenaan.

Bagi mengenali lebih dekat peserta, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima kunjungan rombongan penunggang yang bakal mengiringi baginda dalam program tersebut di Istana Pasir Pelangi petang ini.

Bagi memastikan program berjalan lancar, Unit Urusetia KMJ 2013 sibuk melakukan persiapan terakhir.

Setiausaha KMJ 2013, Mohd. Fahmy Yahya berkata, persiapan untuk menghadapi acara gemilang itu mula dilakukan sejak beberapa bulan lalu termasuk pengurusan penginapan, pengangkutan dan cenderamata.

Beliau berkata, persiapan yang dilakukan itu dibahagikan mengikut jawatankuasa kerja yang ditetapkan dan tidak timbul sebarang masalah kerana kebanyakan petugas terdiri daripada mereka yang berpengalaman.

"Kalau diikutkan, persiapan kita kini hampir 100 peratus siap dan tinggal beberapa perkara kecil sahaja. Berdasarkan pengalaman lalu, kita yakin kembara kali ini akan berlangsung dengan baik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Pada KMJ kali ini, Kelab Media Johor turut dilantik sebagai penyelaras media bagi memastikan segala urusan berkaitan media berjalan lancar.

Presidennya, Mohd. Fauzi Ishak mengakui kepercayaan yang diberikan merupakan satu penghormatan kepada kelab dan berjanji akan berusaha memastikan tugasan yang diberikan berjalan dengan baik.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Selesa di kaki 'Sedap' dipandang

Posted: 24 Aug 2013 05:37 AM PDT

RASANYA sudah lama tidak menulis mengenai kasut di ruangan Trend ini, kerana merasakan tidak banyak kasut-kasut baru di pasaran yang menjadi ikutan remaja hari ini.

Namun, apabila terlihat rekaan dan warna kasut-kasut getah yang seakan sedap dipandang itu membuatkan ia mesti diselitkan dalam ruangan Trend minggu ini.

Kasut getah ataupun kasut jelly ini dilihat begitu banyak digayakan oleh remaja di luar sana. Bukan sahaja rekaannya menarik bahkan juga warna-warnanya yang seakan gula-gula membuatkan sesiapa sahaja akan memandangnya.

Dari situlah kasut ini mendapat namanya kerana rekaan dan warna yang membuatkan kaki si pemakai boleh dilihat dari bahagian luar kasut.

Tetapi perlu diingat, kasut ini hanya sesuai digayakan oleh gadis-gadis manakala bagi teruna, ia dianggap kurang sesuai dan akan menurunkan markah maskulin jika memakainya.

Kasut ini boleh dikatakan amat selesa kerana dibuat daripada bahan getah yang fleksibel dan tidak membebankan kaki walaupun berjalan seharian di pusat membeli-belah.

Bukan itu sahaja, kasutnya yang ringan dan mudah digayakan dengan apa jua pakaian membolehkannya menjadi pilihan bagi mereka yang ingin bersantai bersama rakan-rakan.

Pelbagai pilihan kasut boleh didapati iaitu daripada yang bertapak rata, selipar, bertumit tinggi mahupun jenis loafer. Pastikan juga pilihan warna yang kamu suka.

Dalam pada itu, jangan pula kasut ini digayakan untuk aktiviti lasak atau bersukan kerana ia tidak sesuai untuk tujuan tersebut.

Setanding dengan namanya, kasut ini sesuai digayakan untuk aktiviti santai bagi membolehkan gadis-gadis nampak lebih manis bergaya bersama kasut jelly mereka. - AMIRUL

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved