Isnin, 7 November 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis ambil keterangan penganjur Seksualiti Merdeka

Posted:

Polis ambil keterangan penganjur Seksualiti Merdeka

Polis ambil keterangan penganjur Seksualiti Merdeka


AMBIGA (kiri) diiringi Irene Fernandez (tengah) dan Marina Mahathir (kanan) bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis di Petaling Jaya, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 7 Nov. - Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi Seksualiti Merdeka 2011 di pejabat Tenaganita, di sini hari ini.

Empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengambil keterangan Pang Khee Teik kira-kira 4 petang tadi.

Turut diambil keterangan ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

Khee Teik ketika ditemui pemberita berkata, beliau turut menyerahkan sepucuk surat kepada anggota polis berkenaan untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

''Kami memohon untuk bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan matlamat kami dan juga menunjukkan kami tidak lakukan apa yang didakwa media," kata Khee Teik.

Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir yang turut berada di pejabat Tenaganita, mempertahankan penganjuran program itu dengan alasan program bertujuan mempertahankan hak asasi manusia.

"Dua tahun lepas saya melancarkan program ini, namun tidak timbul sebarang masalah. Sebenarnya program itu bertujuan memberi pendidikan kepada kumpulan yang terpinggir," katanya. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Buta cinta punca wanita diperbodoh

Posted:

Buta cinta punca wanita diperbodoh

Buta cinta punca wanita diperbodoh

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Sifat tamak dan buta cinta menjadi antara faktor utama wanita Malaysia khususnya mudah diperbodohkan oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan.

Pensyarah Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy percaya Malaysia adalah antara negara tertinggi terlibat dalam penipuan seumpama itu berdasarkan bilangan pengguna Internet yang banyak berbanding negara-negara lain.

"Jika dibandingkan dengan negara-negara Eropah sekalipun, negara kita masih berada di tahap atas. Ia belum lagi diambil kira dengan kes-kes yang tidak dilaporkan kepada polis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan semakin ramai pengguna Internet yang mudah 'diperbodohkan' oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan dengan menjerat mangsa melalui cinta siber.

Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan terdapat kira-kira 86 kes dilaporkan sebulan atau tiga kes setiap hari.

Sundramoorthy memberitahu, sifat semula jadi rakyat kita yang terlalu mudah mempercayai seseorang tanpa perasaan mencurigai memudahkan lagi pergerakan sindiket itu.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terpedaya hanya sedar diri mereka tertipu setelah membuat beberapa bayaran sebagaimana yang diminta oleh sindiket tanpa mendapatkan bungkusan tersebut.

"Kita kena sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan melalui Internet.

"Sekiranya penipuan berlaku, peluang untuk mendapatkan wang yang ditipu adalah tipis dan mengesan penjenayah yang terlibat di alam siber adalah amat mencabar lebih-lebih melibatkan warga asing yang tidak menetap di dalam negara ini," katanya.

Sundramoorthy berkata, penipuan itu kebanyakannya melibatkan wanita berkerjaya, berpelajaran tinggi serta menguasai bahasa Inggeris yang baik.

Tidak kurang juga katanya, golongan lelaki turut menjadi mangsa penipuan tetapi jumlah mereka agak sedikit berbanding wanita.

Beliau menambah, trend penipuan itu semakin membimbangkan kerana bilangan mereka yang menjadi mangsa meningkat dari hari ke hari.

Katanya, dalam era langit terbuka adalah sukar untuk menyekat sebarang penipuan selagi mangsa itu sendiri tidak tersedar.

"Melalui pemantauan, sindiket tersebut biasanya akan berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan e-mel. Sekali mangsa memberi respons kepada suspek, ia seolah-olah menggambarkan mangsa bersedia untuk berkomunikasi dengan sindiket terbabit.

"Pada tahap itu, sindiket tersebut hanya perlu mengambil sedikit masa untuk memujuk serta menyakinkan mangsa," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kita tempah laluan berliku

Posted:

Kita tempah laluan berliku

Kita tempah laluan berliku

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


PEMAIN Malaysia, Baddrol Bakhtiar (kanan) dicabar dua pemain Singapura, Mohd. Zulfahmi (tengah) dan Muhd. Irwan Shah dalam saingan pembukaan Kumpulan A, Sukan SEA di Jakarta, semalam. - AGENSI


KUALA LUMPUR - Malaysia mengorak langkah sulung dengan aksi hambar dan menempah laluan berliku apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Singapura dalam perlawanan sulung Kumpulan A bola sepak Sukan SEA XXVI Indonesia 2011, semalam.

Sekurang-kurangnya lapan peluang keemasan yang mampu menghasilkan gol dan tiga mata disia-siakan skuad bawah 23 tahun negara, sekalipun menguasai sebahagian besar perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu.

Sepakan tersasar ketua pasukan Baddrol Bakhtiar, kegopohan Syahrul Azwari Ibrahim, tindak balas lemah A. Thamil Arasu dan Ahmad Fakri Saarani cuma melengkapkan kegagalan pasukan untuk membalas dendam Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Dunia, Julai lalu.

Dengan cuma berkongsi satu mata, anak buah Ong Kim Swee kini menempah laluan berliku untuk melepasi peringkat Kumpulan A dan ke separuh akhir memandangkan dua lawan lebih getir, Thailand dan tuan rumah menanti selepas ini, selain Kemboja.

Singapura bagaimanapun lebih awal cuba menggugat kubu Harimau Muda dengan tolakan tinggi kaki kiri pemainnya, Fazli Ayob pada minit ke-12 yang sempat disambut kemas penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che Mat.

Selepas Shukur Jusoh dikasari, sepakan bebas kencang sejauh 35 meter oleh Baddrol pula nyaris menembusi gawang Singapura, namun penjaga golnya, Izwan Mahbud pantas menepisnya keluar pada minit ke-23.

Sepuluh minit kemudian menyaksikan Syahrul Azwari pula membazirkan gerakan solonya yang sempat menggelecek untuk membolosi kubu Singapura apabila sepakan deras susulannya sekadar tinggi meliar.

Baddrol sekali lagi melakukan percubaan jarak jauh tetapi rembatan derasnya tersasar beberapa inci daripada tiang kiri gol Singapura pada minit ke-35, sebelum Fazli kembali menyaingi namun rembatan leretnya ditepis Khairul Fahmi, lima minit kemudian.

Seminit sebelum rehat, Ahmad Fakri dan Thamil Arasu pula gagal menyambar bola yang terlucut daripada tangkapan Izwan akibat sepakan bebas Baddrol terdahulu untuk sekali lagi menghampakan Harimau Muda dan Kim Swee.

Malaysia kemudian dinafikan sepakan penalti dan peluang kemenangan oleh pengadil dari Vietnam apabila Fandi Othman yang berjaya meloloskan diri, dijatuhkan pemain pertahanan Singapura dalam kotak penalti pada minit ke-55.

Percubaan Kim Swee memasukkan dua pemain gantian, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Izzaq Faris Ramlan bagi mengambil alih tempat Thamil dan Syahrul Azwari yang kian tumpul, turut gagal mengubah kedudukan akhir perlawanan .

Full content generated by Get Full RSS.

‘Satu mata tetap cemerlang’

Posted:

'Satu mata tetap cemerlang'

'Satu mata tetap cemerlang'

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA – Biarpun perlawanan sulung sekadar diikat tanpa jaringan oleh Singapura, jurulatih Ong Kim Swee menyifatkan skuad bawah 23 tahun negara bimbingannya, tetap menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Kata beliau, anak buahnya masih mampu menguasai perlawanan lebih baik daripada lawan dan sentiasa bersikap positif untuk mencari jaringan dan tiga mata dalam aksi Kumpulan A bola sepak Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 itu.

"Kami sangat positif dengan permainan hari ini. Saya mengakui pasukan Malaysia telah mengawal permainan dengan baik sekali jika dibandingkan dengan Singapura," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Bagaimanapun Kim Swee mengakui anak buahnya selepas ini tidak lagi boleh berpuas hati dengan keputusan sebegitu mahupun untuk mengambil ringan dengan lawan berikutnya, terutama Thailand, esok.

Katanya, lawan tersebut pastinya memiliki kemampuan yang berbeza apatah lagi pernah merangkul pingat emas Sukan SEA lapan kali berturut-turut sejak temasya di Singapura 1993 hingga Korat 2007.

"Mungkin tahap stamina mereka juga berbeza, sekali gus menuntut kerjasama pasukan dan tumpuan pemain yang lebih dalam memastikan kemenangan sulung kita," katanya.

Ditanya kegagalan penyudah oleh Baddrol Bakhtiar, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, semalam, kata Kim Swee: "Sekurang-kurangnya kita masih memperoleh satu mata dan kami ada tiga lagi perlawanan untuk diberikan lebih perhatian."

Mengenai sepakan penalti yang sepatutnya diperoleh Malaysia setelah Fandi Othman dijatuhkan pada babak kedua, ia hak peribadi pengadil.

"Itu hak seorang pengadil untuk menentukan sepakan penalti, termasuk buat Malaysia tetapi bagi pandangan saya, ia sepatutnya penalti."

Pemain negara katanya, sudah bersedia sejak awal lagi dari aspek ketahanan mental, termasuk dalam berdepan sorakan atau ejekan provokasi penyokong dan penonton Indonesia yang mungkin masih mendendami kekalahan pasukan negara itu pada Piala Suzuki AFF, tahun lalu.

"Awal-awal lagi kami sudah menjangka bahawa penonton Indonesia tidak akan menyokong Malaysia dan kepada kami, ia bukan masalah sebaliknya sorakan mereka menjadi motivasi untuk kami bermain lebih baik," katanya lagi. – Utusan

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Korea yang mengagumkan

Posted:

Korea yang mengagumkan

Korea yang mengagumkan

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my
(Yang mengikuti lawatan Hyundai-Sime Darby Motors ke Seoul, Korea baru-baru ini)


SALAH seorang jurutera pembangunan enjin Hyundai Motor menerangkan mengenai enjin yang dibangunkan di Pusat R&D di Namyang, Korea Selatan baru-baru ini.


SEBELUM krisis ekonomi pada 1997, Korea Selatan merupakan antara negara-negara yang dikategorikan sebagai naga ekonomi yang bakal menguasai dunia.

Turut termasuk dalam senarai itu ialah Malaysia bersama dengan Singapura dan Thailand.

Tetapi krisis mata wang pada 1997 menyebabkan ekonomi Korea Selatan hampir lumpuh.

Syarikat-syarikat terkemuka tempatan negara itu terpaksa menjual pegangan saham mereka kepada syarikat asing ekoran tuntutan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tetapi, tragedi yang menyebabkan Korea Selatan hampir muflis itu bukan penamat kepada segalanya.

Dalam tempoh hampir 15 tahun mereka kembali bangkit dengan tumpuan kepada industri permotoran dan elektrik serta elektronik.

Kini siapa yang tidak kenal Korea Selatan - negara yang mempunyai pencapaian Internet jalur lebar paling pantas di dunia.

Industri automotifnya kini kini juga kembali pesat berkembang dan merupakan saingan kepada jenama-jenama terkemuka lain dunia.

Berpeluang melawat pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Hyundai Motor Company (Hyundai Motor) dan loji milik syarikat itu baru-baru ini merupakan satu peluang untuk melihat sendiri kepesatan pembangunan di negara pada era pasca krisis kewangan 1997-98.

Jemputan Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd., pada mulanya hanya merupakan satu keseronokan kerana berpeluang melawat Korea Selatan. Namun ia bertukar menjadi rasa kagum sejurus kaki melangkah masuk ke pusat R&D milik Hyundai Motor di Namyang.

Kagum bukan sahaja kerana kemudahan terbaik dan teknologi canggih di pusat tersebut, tetapi kerana kejayaan negara itu untuk bangun semula yang mana ia dapat dilihat pada kesungguhan syarikat Hyundai Motor membawa kereta nombor satu Korea itu terus dikenali dan kukuh di peringkat global.

Usaha itu dapat dilihat menerusi jumlah pelaburan syarikat itu dalam pelbagai bidang berkaitan termasuk R&D sejajar usaha mengubah persepsi orang ramai bahawa Hyundai juga mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan syarikat lain.

Kegigihan berpuluh tahun Hyundai Motor ternyata menunjukkan perkembangan positif yang membanggakan apabila baru-baru ini terpilih sebagai jenama paling pantas berkembang iaitu naik empat tangga kepada kedudukan ke-61 dalam Jenama 100 Terbaik Global 2011.

Prestasi itu menyaksikan jenama Hyundai kini bernilai AS$6 bilion (RM19.52 bilion), kenaikan 19.3 peratus berbanding 2010, sekali gus menyaksikan Hyundai dalam kedudukan menonjol dengan prestasi kukuh sepanjang tempoh kelembapan ekonomi.

Namun, usaha mereka tidak terhenti di situ. Sasaran syarikat itu adalah untuk menjadi tiga jenama terbaik dunia dalam bidang automotif menjelang 2015. Tentunya antara langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut adalah dengan melancarkan slogan baharu pada tahun ini.

New Thinking, New Possibilities - Pendekatan terbaharu Hyundai iaitu dengan memikirkan cara terbaik untuk berkongsi premium value bersama pelanggannya menerusi idea kreatif mengikut perkembangan terkini secara berterusan.

Itu cerita Hyundai, salah satu hasil produk Korea Selatan yang sudah pun mendapat tempat masyarakat antarabangsa.

Rasa kagum tidak terhenti di situ, malah penulis juga rasa kagum dengan kesungguhan rakyatnya untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang dengan mempelajari bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Jepun dan Mandarin.

Rata-rata penduduk di situ yang penulis temui fasih salah satu antara tiga bahasa tersebut dan ia boleh didengari bukan sahaja di hotel-hotel bertaraf lima bintang malah di tempat menjual pelbagai barangan terkenal seperti di Namdaemun, Dongdaemun dan Myeungdo.

Satu lagi perkara yang membuatkan penulis mengagumi rakyat Korea adalah kerana pembawaan diri mereka yang bukan sahaja ramah, tetapi penuh dengan adab dan sopan santun termasuk artis yang telah mencipta gelombang Korea di serata dunia.

Jika tidak percaya, sebagai contoh lihat sahaja artis-artis wanita Korea yang sememangnya terkenal dengan keseksian mereka tidak kira ketika membuat persembahan mahu pun dalam cara berpakaian menggiurkan yang mampu mencuri tumpuan mana-mana lelaki.

Namun, seseksi mana pakaian dan tarian yang mereka persembahkan, adab dan sopan itu masih menjadi keutamaan. Ini dapat dilihat apabila mereka duduk untuk melakukan temuramah, pasti ada sehelai kain lain diberi untuk menutup sebahagian kaki yang terdedah.

Cuba sesekali menonton rancangan hiburan Korea yang dapat dinikmati menerusi kaca televisyen di negara kita seperti Star King, Strong Heart, Vitamin dan Hero kerana anda pasti dapat melihat senario tersebut.

Jelas sekali, Korea Selatan bukan sahaja hebat serta terkenal menerusi drama atau filem malah melodi lagunya yang 'indah' serta kreatif. Bukan saja komitmen serta kecekapan masyarakatnya bekerja tetapi keindah budi bahasa, keramahan serta adab sopan rakyatnya, itu sesuatu yang mengagumkan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kecekapan Arab Saudi dipuji

Posted:

Kecekapan Arab Saudi dipuji

Kecekapan Arab Saudi dipuji


MASJIDIL-HARAM dibanjiri jutaan umat Islam yang mengerjakan ibadah haji di Mekah yang turut berpuas hati dengan segala kemudahan moden yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi bagi memudah dan melicinkan mereka melaksanakan rukan Islam kelima. - AFP


MINA 7 Nov. - Jemaah haji rata-rata menyuarakan pujian terhadap Arab Saudi, pucuk pimpinan dan rakyatnya kerana menyediakan perkhidmatan cemerlang semasa haji dan mengendalikan perhimpunan tahunan terbesar umat Islam itu dengan baik sekali.

Di Arafah, jemaah turut mendoakan kesejahteraan Raja Abdullah (gambar), Putera Mahkota Naif dan anggota lain kerajaan kerana membelanjakan berbilion-bilion riyal untuk membina infrastruktur besar-besaran di tempat-tempat suci.

Mereka yang pernah menunaikan haji sebelum ini berkata, perubahan yang berlaku begitu menakjubkan, semuanya untuk kebaikan jemaah.

Seorang jemaah dari Kenya, Ayub Athman yang pernah mengerjakan haji sekitar lapan tahun lalu melahirkan rasa kagumnya kepada Arab News beberapa minit selepas dia tiba di Mina dari Muzdalifah dengan menaiki perkhidmatan monorel Mashair yang mula beroperasi tahun ini.

"Ini pengalaman yang hebat kerana semasa saya berada di sini tujuh atau lapan tahun lalu, semua orang bercakap mengenai kejadian berasak-asak dan terperangkap berjam-jam dalam kesesakan lalu lintas.

"Selepas meninggalkan Arafah pada tahun itu, kami mengambil masa tujuh jam untuk sampai di Muzdalifah," kata Athman.

Katanya, rombongannya ditinggalkan di Mina oleh pemandu mereka yang menghilangkan diri.

"Kami terpaksa pergi balik ke Muzdalifah dengan berjalan kaki untuk mengutip batu kecil bagi melakukan ibadah melontar jamrah," ujar Athman yang menyifatkan pengalaman hajinya tahun ini sebagai cerita yang berbeza sama sekali.

Jemaah dari Pakistan, Mohammad Imran, 25, memuji para pemimpin Saudi kerana tidak keberatan untuk memperuntukkan berbilion-bilion riyal bagi membina projek-projek besar.

"Tanggapan umum dunia luar ialah orang Islam tidak ada keupayaan untuk melakukan apa-apa, tetapi Arab Saudi membuktikan golongan skeptikal itu salah.

"Perkhidmatan kereta api ini ialah contoh terbaik kesungguhan mereka untuk membantu jemaah haji dan memastikan keselesaan mereka," kata Imran.

Jemaah berketurunan India dari Amerika Syarikat (AS), Junaid Sajjad mengakui bukanlah mudah untuk mengurus tiga juta jemaah haji.

"Ini cabaran logistik yang dihadapi bukan hanya untuk setahun tetapi setiap tahun, tetapi pihak Saudi telah mengambil segala langkah untuk memastikan perjalanan jemaah menjadi seberapa mudah yang boleh," katanya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Nigeria giat buru Boko Haram

Posted:

Nigeria giat buru Boko Haram

Nigeria giat buru Boko Haram


Bangunan ibu pejabat polis negeri Yobe yang musnah dalam serangan terancang Boko Haram di Damaturu, Nigeria. - AFP


KANO, Nigeria 7 Nov. - Pasukan keselamatan Nigeria semalam menggiatkan usaha memburu kumpulan pengganas Boko Haram yang bertanggungjawab melakukan serangan di bandar Damaturu, timur laut negara ini, Jumaat lalu.

Serangan ketika umat Islam membuat persiapan menyambut Aidiladha itu mengorbankan 150 nyawa dengan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Nigeria memberi amaran kumpulan pengganas itu dipercayai merancang melakukan serangan seterusnya.

Pesuruhjaya Polis Yobe, Suleiman Lawal berkata, lebih 13,000 anggota polis dan skuad antipengganas juga ditempatkan di masjid dan gereja serta beberapa lokasi bagi mengawal keselamatan.

''Kita akan buru mereka ke setiap ceruk kawasan. Kita sudah bersedia,'' katanya.

Dalam serangan itu, ahli kumpulan Boko Haram mengaku melakukan serangan bom dan senjata api di bandar tersebut yang turut memusnahkan beberapa buah balai polis, masjid dan gereja.

Semalam, ahli kumpulan berkenaan juga dipercayai menembak mati seorang pegawai polis ketika dia dalam perjalanan pulang selepas selesai mengerjakan solat sunat Aidiladha di Maiduguri.

Di Damaturu yang menyaksikan 150 orang terbunuh, masyarakat Islam mengerjakan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang yang dikawal ketat berpuluh-puluh anggota polis.

Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan yang melabel serangan tersebut sebagai kejam, merayu masyarakat Islam supaya mendoakan keamanan Nigeria.

''Ini adalah masa untuk kita hidup aman. Namun, sebagai sebuah negara, kita berdepan dengan cabaran tersendiri termasuk serangan ketika musim perayaan,'' katanya.

Boko Haram yang bermaksud 'pendidikan Barat adalah haram' mahu menguatkuasakan undang-undang Syariah di Nigeria. - REUTERS/AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Meriah, penuh warna-warni

Posted:

Meriah, penuh warna-warni

Meriah, penuh warna-warni

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanktn@gmail.com


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama sebahagian guru dan pelajar Tabika Kemas pada Program Hari Potensi Tabika Kemas 2011 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tok Sira di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 7 Nov. - Penganjuran Hari Potensi Tabika Kemas yang diadakan setiap tahun memberi peluang kepada kanak-kanak berusia antara lima hingga enam tahun mengetengahkan bakat dan kebolehan mereka, khususnya dalam acara sukan.

Selain itu, penganjuran program tersebut dapat memupuk dan melatih mereka tentang nilai-nilai murni seperti bertolak-ansur, keyakinan diri serta kerjasama dan juga menguji kecergasan fizikal.

Malah di pihak ibu bapa dan masyarakat, mereka diberi ruang untuk melihat sendiri dan mengenal pasti potensi dan perkembangan diri anak-anak daripada aspek emosi, intelek serta fizikal.

Baru-baru ini, sebahagian ibu bapa dan keluarga kanak-kanak Tabika Kemas seluruh Pahang mengikuti perkembangan anak-anak mereka sempena penganjuran Hari Potens Tabika Kemas 2011i.

Bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tok Sira di sini, pelbagai gelagat dan telatah dapat ditonton sepanjang berlangsungnya acara tahunan yang melibatkan penyertaan 800 kanak-kanak Tabika Kemas dari 14 kawasan Parlimen dari seluruh negeri ini.

Antara acara yang dipertandingkan ialah bola jaring, futsal, gerak rama dan silat 21 manakala acara sukan tradisional pula seperti galah panjang.

Inisiatif yang dilakukan oleh Kemas dengan mengadakan acara permainan tradisional dapat menghidupkan kembali permainan kanak-kanak pada masa dahulu agar ia tidak lenyap 'ditelan zaman'.

Awal pagi lagi, keriuhan dan keterujaan kanak-kanak tabika itu yang sudah tidak sabar untuk 'berentap' dalam acara yang disertai mereka mencuit hati ibu bapa dan para penonton.

Walaupun ketika itu hujan mula membasahi padang, namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat, sebaliknya ada antara mereka mengambil kesempatan bermain hujan.

Perasaan gembira, terharu, gementar bercampur bangga jelas terpancar di wajah setiap ibu bapa dan guru semasa para peserta memulakan acara yang dipertandingkan, malah ada juga bertindak seperti 'jurulatih' tidak rasmi.

Tanpa menghiraukan jerit-pekik di luar padang, setiap peserta mempamerkan aksi terbaik seperti yang dilatih oleh guru masing-masing walaupun ada ketikanya mereka melanggar peraturan permainan.

Namun, itu semua tidak menjadi persoalan kerana apa yang menjadi keutamaan adalah semangat dan kesungguhan yang ditonjolkan dalam usaha membawa generasi muda ini ke arah kecemerlangan.

Selain itu, acara silat 21 yang dipertandingkan turut menarik perhatian ahli keluarga yang hadir apabila kelincahan serta gaya yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan cilik itu bagaikan orang dewasa.

Bagi acara silat 21 itu, Tabika Kemas Kempadang dari Parlimen Kuantan dinobatkan juara keseluruhan. Sememangnya kumpulan itu layak mendapat gelaran tersebut kerana setiap ahli silat telah mempamerkan persembahan yang mantap dan menghiburkan.

Pujian juga harus diberikan kepada Tabika Kemas Kampung Leria yang mewakili Parlimen Cameron Highlands apabila pasukan yang terdiri daripada kanak-kanak Orang Asli mengungguli acara futsal, manakala johan acara gerak rama menjadi milik Tabika Kemas Parlimen Bera.

Acara galah panjang pula diungguli oleh Tabika Kemas Indera Mahkota dan juara acara rounders menjadi milik pasukan yang mewakili Parlimen Bentong. Setiap pemenang menerima hadiah berupa piala beserta hamper.

Tahun ini, Tabika Kemas Parlimen Indera Mahkota diumumkan juara keseluruhan manakala Kontinjen Terbaik menjadi milik Tabika Kemas Parlimen Maran.

Pada program itu, para guru Tabika Kemas turut menerima anugerah bagi menghargai pengorbanan serta kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak kecil yang baru hendak mengenali dunia pembelajaran tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu bapa gembira Kemas gilap potensi anak

Posted:

Ibu bapa gembira Kemas gilap potensi anak

Ibu bapa gembira Kemas gilap potensi anak

KUANTAN 7 Nov. - Penumpuan terhadap pendidikan prasekolah merupakan satu strategi penting bagi membentuk modal insan masa depan yang mampu menguasai pelbagai bidang.

Ini bertepatan dengan kata pepatah, "melentur buluh biarlah bermula dari rebungnya". Ia menuntut semua pihak agar menggilap bakat dan potensi kanak-kanak pada usia sewal yang mungkin.

Justeru itu, penganjuran Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas yang diadakan setiap tahun merupakan antara usaha kerajaan bagi melahirkan generasi muda yang berdisiplin dan berjiwa murni.

Seorang bapa, Mohd. Yazid Daud, 33, berkata, program seperti itu dapat mendedahkan kanak-kanak dengan pelbagai perkara termasuk semangat berpasukan.

Menurut Mohd. Yazid, penyertaan anaknya, Ahmad Yamin Danish, 6, dari Tabika Kemas Kempadang yang mewakili Parlimen Kuantan dalam acara sukan silat dapat melatih mereka agar menjadi lebih berkeyakinan, selain sebagai salah satu cara untuk mempertahankan diri.

"Sebagai ibu bapa, kita tidak seharusnya menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada guru, sebaliknya perlu saling bekerjasama bagi mendorong dan menyokong apa juga bakat dan minat mereka.

"Saya berterima kasih kepada pihak Kemas dan guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada anak saya sehinggakan dia berani berhadapan dengan orang ramai semasa membuat persembahan silat 21 pada program tersebut.

"Saya kagum dengan pencapaian yang ditunjukkan olehnya," kata Mohd. Yazid ketika ditemui pada program tersebut.

Guru Tabika Kemas Kampung Leria, Cameron Highlands, Haslina Apam, 30, berkata, penyertaan kali pertama muridnya yang terdiri daripada kaum Orang Asli amat membanggakan apabila muncul juara pada pertandingan futsal mengalahkan 13 Parlimen lain.

Katanya, walaupun menjalani latihan tanpa jurulatih, namun kerana bakat dan minat yang mendalam dalam sukan tersebut, mereka mampu memberikan persembahan terbaik sekali gus mengharumkan nama Parlimen Cameron Highlands.

"Walaupun permainan futsal merupakan rutin harian mereka, namun semasa pembelajaran di dalam kelas, mereka memberi tumpuan sepenuhnya dan mudah menerima apa yang diajar," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dalam ucapan perasmiannya berkata, Hari Potensi Kemas memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kebolehan dari segi akademik mahupun dalam bidang sukan.

Katanya, melalui penganjuran program tersebut, mereka dapat mempamerkan bakat dan kemahiran yang dimiliki untuk diserlahkan pada masa depan selain menanam persaingan secara sihat.

"Penglibatan dan sokongan daripada ibu bapa amat penting bagi mendorong anak-anak cemerlang dalam semua bidang yang diceburi khususnya akademik," kata beliau lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Penemuan 14 kubur lama

Posted:

Penemuan 14 kubur lama

Penemuan 14 kubur lama

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanktn@gmail.com


Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan tanah kubur dan meletakkan batu nisan pada kubur-kubur yang dipercayai milik pejuang Melayu yang menentang penjajahan British, di Kampung Batu Hampar, Gajah Mati di Mentakab.


MENTAKAB 7 Nov. - Para pengkaji sejarah di negeri ini diminta melakukan kajian terhadap penemuan 14 kubur di Kampung Batu Hampar, Gajah Mati di sini yang dikatakan milik pahlawan semasa zaman penjajahan British.

Bekas Penghulu Mukim Mentakab, Johar Zabidin berkata, berdasarkan sejarah yang diceritakan oleh nenek moyang di kampung tersebut, kawasan itu merupakan tempat terakhir Datuk Bahaman tinggal bersama rakan-rakannya sebelum berhijrah ke Terengganu.

Menurutnya, tanah perkuburan itu diberi nama Kubur Medan kerana ia merupakan medan pertempuran menentang askar British dan pahlawan yang terkorban dikebumikan di situ.

"Berdasarkan sejarah, peristiwa itu berlaku sekitar 1892 namun, ia tidak dapat dipastikan. Selain itu, penduduk di sini menemui banyak peralatan yang digunakan untuk berperang seperti keris, tombak, lembing dan sebagainya.

"Peralatan perang itu dikatakan ditanam oleh pejuang kemerdekaan sebelum mereka berhijrah mengikut Datuk Bahaman ke Terengganu," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, Megat Asri Abdul Jalil.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Buloh, Rosdi Jaafar berharap, pihak pengkaji sejarah dapat membuat kajian terperinci berkenaan kubur itu.

Katanya, jika benar kubur itu milik pahlawan negara, ia perlu dijaga dengan baik supaya menjadi rujukan bagi generasi akan datang kerana ia membabitkan mereka yang sanggup berkorban demi mendapatkan negara.

"Kampung itu mempunyai banyak tinggalan sejarah kerana merupakan kubu kuat ketika menentang penjajahan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Program ikut telunjuk nafsu

Posted:

Program ikut telunjuk nafsu

Program ikut telunjuk nafsu

Oleh Dr. Mashitah Ibrahim


SEBAHAGIAN daripada peserta demonstrasi penyokong gay memakai baju warna kuning di Toronto, Kanada, baru-baru ini.


REAKSI awam mengenai program Seksualiti Merdeka akhirnya reda apabila Polis Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan perhimpunan itu adalah haram dan kemudiannya penganjur membatalkannya walaupun perjumpaan yang sama berjaya diadakan pada 2008.

Pengharaman itu kerana ia bertentangan dengan undang-undang negara, tetapi ada sedikit keraguan dalam kalangan pendokongnya apabila melihat tegahan tersebut sebagai tidak menghormati kebebasan individu sehingga ada andaian bahawa homoseksual adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia.

Pandangan itu sebenarnya adalah sebuah premis yang keliru, kerana seorang peguam menulis dengan nada menyindirnya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya dijadikan isu kerana masalah rasuah adalah lebih serius berbanding kerosakan budaya yang dikaitkan dengan golongan yang celaru dan hilang jatidiri itu.

Menurut pandangan peguam yang memperjuangkan kebebasan itu, "kita mudah mengharamkan dan menghalalkan sesuatu tanpa berfikir panjang dan mengambil kira situasi dan keadaan semasa. Jika ia tidak halal pasti ia haram dan begitulah sebaliknya. Ketahuilah Islam lebih luas dari masjid dan surau kita." (Afiq M Noor, Catatan Ringkas: Islam dan Homoseksualiti, Malaysiakini, 5 November 2011).

Alasan beliau, mudah, kerana Islam merupakan agama yang diasaskan prinsip kasih sayang, maka mengharamkan homoseksual itu adalah tidak wajar kerana ia boleh mengaibkan mereka yang memangnya dilahirkan secara tabienya begitu.

Kesimpulan itu, sebenarnya menggunakan premis yang salah, tidak melihat Islam dengan jelasnya menentang sebarang bentuk maksiat, termasuk berzina apatah lagi hubungan seks sejenis, berdasarkan al-Quran mengenai kisah manusia di zaman Nabi Luth a.s. dan peraturan dalam pergaulan antara muhrim dan bukan muhrim.

Memang benar al-Qur'an bukanlah sebuah kitab hukum kerana daripada sejumlah lebih 6,000 ayat yang ada, hanyalah sekitar 81 ayat merupakan ayat-ayat hukum yang kemudiannya dilembagakan sebagai perimbangan haram dan halal. Maka, disebabkan zina itu termasuk dosa besar, ia dijelaskan dengan begitu terang, bahawa seseorang yang berzina itu perlu dihukum termasuk rejam sampai mati.

Natijah peguam tersebut amat mudah kerana menganggap pengharaman dan kemarahan umat Islam terhadap Seksualiti Merdeka hanyalah sebuah petunjuk yang tidak menghormati tabie, kerana homoseksual itu adalah sesuatu yang semulajadi. Benarkah pandangan itu?

Allah SWT menjadikan manusia sebaik-baik kejadian dalam keadaan berpasangan-pasangan, iaitu lelaki dan wanita. Dari segi fitrahnya sudah jelas, tidak ada lelaki separuh dan separuh lagi wanita. Ini bermakna secara fizikal, seseorang lelaki adalah mereka yang mempunyai alat kelamin yang berlainan dengan wanita.

Secara saintifiknya, ada pemerhatian ilmiah dibuat ke atas mereka yang termasuk dalam kategori ketiga atau keempat (lesbian dan gay, maknyah atau pondan dan bapok atau khunsa). Lesbian asalnya diambil dari nama pulau iaitu Lesbos, terletak di tengah Laut Aegen. Pulau itu hanya dihuni oleh wanita. Sesiapa yang lahir di situ, di akhir namanya diletakkan nama Lesbos, dan dari situlah penghuninya dipanggil lesbian.

Konsep itu kemudiannya berkembang menjadi jalinan seks sesama wanita. Perlakuan ini turut mempengaruhi naluri sehingga tidak melihat bahawa keperluan untuk hidup adalah atas dasar hubungan sepasang manusia yang kelainan jantina.

Ini mungkin disebabkan oleh tekanan persekitaran yang mempengaruhi kecenderungan otak sehingga memberikan kesimpulan bahawa lelaki adalah pasangan yang banyak mendatangkan kesan negatif.

Istilah gay pula merujuk kepada tabiat seks sejenis yang diamalkan oleh lelaki. Gay pada awalnya bermaksud "ceria", "gembira" atau "terang" akhirnya disebabkan adanya perasaan sesama lelaki dianggap sebagai sesuatu menggembirakan, ia bertukar kepada penarikan seks sesama lelaki.

Istilah ini sebenarnya merupakan dua struktur yang dikhaskan untuk menggambarkan orientasi seksual seseorang dalam sifat dan jenis homoseksual.

Istilah homoseksual diperkenalkan oleh seorang penulis keturunan Austria, Karl-Maria Kertbeny dalam sebuah risalah yang diterbitkan di Jerman pada 1869. Homoseksual merupakan gabungan dua perkataan Yunani, iaitu homo yang bermaksud "sama" dan seks yang bererti seks.

Berdasarkan pengalaman sejarah kuno, Charlotte Higgins dalam buku It's All Greek to Me (2008), perilaku homoseksual sudah pun berlaku dalam negara polis iaitu Sparta. Pada waktu itu, lelaki diwajibkan menjalani kerahan tenaga dan mereka tidak dibenarkan berkahwin. Dalam situasi itulah perilaku tertariknya seks sesama jantina terjadi. Ia berbeza dengan Athens, yang mengamalkan prinsip kebebasan.

Di Athens, perlakuan seks sesama jantina sukar dikesan, kerana mereka mengamalkan kehidupan bebas, iaitu bebas memilih pasangan yang berlainan jantina. Mereka mementingkan prinsip kebebasan, kerana boleh memiliki seberapa ramai wanita asalkan pemilikan tidak berdasarkan paksaan.

Menerusi gabungan dua perspektif itulah kemudiannya homoseksual dilihat sebagai perlakuan seks sesama jantina dengan syarat dilakukan bukan dalam terpaksa. Prinsip ini kemudiannya berkembang hingga ke hari ini, dan dijadikan asas mendesak undang-undang sesebuah negara agar menghalalkan perkahwinan sesama jenis.

Berdasarkan kajian saintifik, faktor genetik bukanlah penyebab utama lahirnya pengamal homoseksual. Ia berkait rapat dengan persekitaran hormon dihasilkan oleh badan seseorang sehingga boleh mengawal struktur otak. Misalnya kajian Simon LeVay pada 1991, kelompok kecil neuron pada anterior hypothalamus mengawal tabiat seksual dua kali ganda pada imbasan otak homoseksual berbanding mereka yang mengamalkan seks kelainan jantina.

Ekoran berkembangnya fahaman kebebasan, orientasi seks sejenis dijelmakan melalui pelbagai tulisan erotik dihasilkan oleh penulis-penulis yang merasakan dirinya tertekan oleh persekitaran lazim, kerana menganggap kelaziman itu sesuatu yang amat membosankan.

Dalam analisis Christopher Bram, Mapping the Territory (2009), The flowering of gay and lesbian writing has been astounding, in an literary explosion that is positively uncanny in an age that many critics consider postliterate yang berlaku dengan hebatnya dalam tahun 1970-an.

Dalam tempoh itu, beberapa universiti di Amerika Syarikat memulakan pengajian dalam bidang budaya gay dan lesbian manakala Universiti Harvard memulakannya sebagai satu pengkhususan dalam bidang sosiologi dan psikologi pada akhir 1990-an.

Keadaan itu, akhirnya memaksa negara Barat membuat penelitian semula mengenai kedudukan undang-undang sehinggalah membenarkan perkahwinan sejenis secara meluas pada pertengahan 2011.

Islam melarang keras perkahwinan sejenis berdasarkan ayat 80 surah al-Araf: "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: 'Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Kemudiannya, Allah menyambungnya dalam ayat ke-81: "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

Seharusnya peguam yang mendakwa pejuang kebebasan itu meneliti dengan mendalam pengisahan yang berlaku pada zaman Nabi Luth a.s. sebelum membuat kesimpulan berdasarkan perspektif yang terkeluar daripada al-Quran yang dianggapnya bukan sebagai kitab hukum.

Homoseksual sebenarnya disumbangkan oleh persekitaran kekeluargaan, di mana seseorang itu pernah mengalami trauma dikasari oleh anggota keluarga akhirnya menyebabkan rasa benci kepada kelainan jantina. Predominan dalam pemilihan identiti itu juga berlaku dalam persekitaran perhubungan kekeluargaan yang renggang.

Tabiat pergaulan dan persekitaran menjadi faktor terbesar menyumbang kepada kecelaruan identiti di mana salah seorang anggota keluarga tidak menunjukkan kasih sayang dan sikap ibu bapa yang merasakan penjelasan mengenai seks adalah sesuatu yang taboo.

Secara jelasnya, faktor pergaulan yang amat besar mempengaruhi perilaku seksual dalam kalangan mereka yang kehilangan jatidiri dan kecelaruan psikologi, maka itu menyumbang kepada kurang keyakinan diri terhadap keupayaan seks.

Tindakan polis mengharamkan perhimpunan tersebut amat wajar manakala desakan meluas masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan untuk dikenakan tindakan tegas kepada penganjur bukanlah bertentangan dengan prinsip kebebasan. Mereka sebenarnya ingin memugarkan hakikat kebebasan individu agar kehidupannya lebih beradab dan bermoral.

PENULIS ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Full content generated by Get Full RSS.

Kesan MRT ke atas ekonomi

Posted:

Kesan MRT ke atas ekonomi

Kesan MRT ke atas ekonomi

Oleh AZHAR ABDUL HAMID
DATUK AZHAR ABDUL HAMID ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corporation.


LAKARAN artis dari pandangan sisi Projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang jajaran Sungai Buloh - Kajang.


BAWALAH diri anda ke masa hadapan - kawasan 'Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang' pada tahun 2020.

Di mana kawasan kehijauan tumbuh mekar, sungai-sungai bersih mengalir, kawasan pejalan kaki yang lebar dibarisi pelbagai pokok, bangunan dan kediaman pintar dijarakkan dengan kemas menggunakan tenaga boleh dibaharui, orang ramai bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan pantas dan mudah, gear perniagaan dan ekonomi berputar lancar, semua berpeluang mendapat akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan berkualiti serta akses Internet berkelajuan tinggi dan mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi.

Pada hakikatnya, kita tidak perlu membayangkan tahun 2020 untuk mengalami semua ini. Di beberapa tempat di Kuala Lumpur, residen, ekspatriat dan pelawat sudahpun menikmati semua manfaat ini.

Gambaran yang dibayangkan untuk tahun 2020 adalah di mana semua orang dapat menikmati kesemuanya itu tanpa mengira di mana mereka menetap atau bekerja.

Inilah matlamat ETP - melalui pelbagai Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA). Salah satu daripadanya adalah NKEA 'Greater Kuala Lumpur', di mana perkhidmatan sistem aliran transit massa (MRT) dan sistem rel kelajuan tinggi membentuk komponen yang penting.

Menjelang 2020, sistem pengangkutan awam berintegrasi yang meliputi Lembah Klang dan kawasan lain dijangka siap.

Bagi perjalanan dalam bandar, tiga laluan MRT dicadangkan sebagai tambahan kepada laluan sambungan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, laluan Express Rail Link (ERL) yang menyambungkan KL ke KLIA, KTM Komuter, bas penghantar dan teksi.

Terdapat juga rangkaian rel elektrik yang dirancang bagi menghubungkan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang di bahagian utara dan Johor Bahru di bahagian selatan serta rangkaian rel kelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura.

Semua ini akan membantu kita mencapai impian untuk menjadikan Kuala Lumpur suatu bandar raya yang mesra alam dan pengguna kerana orang ramai tidak perlu menghadapi kesesakan lalu lintas, masalah meletak kereta dan membazirkan masa di jalan raya.

Pertumbuhan Pendapatan Negara Kasar daripada MRT akan dihasilkan oleh aktiviti pembinaan serta aktiviti ekonomi ketiga-tiga laluan MRT.

Berdasarkan projek infrastruktur yang sama jenis pada skala ini, impak pengganda pembinaan adalah dalam lingkungan 2.5x yang bersamaan dengan RM213 bilion mengalir masuk ke dalam ekonomi sepanjang tempoh 10 tahun sehingga 2020.

Ini adalah berdasarkan impak wang yang memasuki ekonomi daripada pembinaan laluan MRT, stesen-stesen terbabit dan stok pusingan.

Pembangunan hartanah di kawasan berhampiran laluan MRT akan bermangkin di mana projek baru dijangka menjana jumlah nilai RM15 bilion dalam tempoh 10 tahun.

Selain itu, berdasarkan anggaran peningkatan sebanyak 20% dalam nilai pembangunan kasar 1.2 juta kaki persegi hartanah komersial dan kediaman yang terletak dalam lingkungan 0.5km hingga 1.0km daripada laluan MRT dalam tempoh 10 tahun, pembangunan ini akan menjana RM300 juta setahun untuk 10 tahun yang akan datang sekali gus menambahkan RM3 bilion kepada pendapatan negara.

MRT akan mencetus pembangunan baru seperti: Tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh , Kawasan Warisan Merdeka, Daerah Kewangan Antarabangsa KL dan Cochrane Development.

Pendapatan negara kasar daripada operasi sebenar MRT akan mula terhasil dari 2017 ke atas apabila laluan MRT pertama (Sg Buloh ke Kajang) mula beroperasi.

Berdasarkan bilangan penumpang harian yang berjumlah sekitar 300,000 setiap hari, dan mengambil kira harga tiket konservatif RM2.50, ini akan menjadi kira-kira RM1 bilion dalam tempoh empat tahun sehingga 2020.

Sejumlah RM1 bilion akan dihasilkan oleh perolehan kotak tiket di luar seperti ruangan komersial untuk disewa dan ruangan pengiklanan.

Bagaimanapun, sumbangan pendapatan negara kasar yang lebih besar akan dihasilkan oleh 280 juta jam (anggaran) yang berjaya dijimatkan setiap tahun berdasarkan pengurangan masa perjalanan iaitu kira-kira 30 minit setiap satunya selama 240 hari bertugas.

Adalah penting untuk kita perhatikan bahawa manfaat terbesar keseluruhan projek ini adalah penjimatan masa; iaitu sejenis komoditi yang tidak boleh dibeli.

Minat kita terhadap perjalanan pergi-balik ke pejabat dengan kereta sedang merampas kira-kira 1-2 jam sehari daripada masa kita akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Dan sekiranya kita boleh mengurangkan pembaziran masa di jalan raya yang sesak, kita pasti akan semakin hampir kepada matlamat mencapai bandar yang mesra pengguna dan menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dipukau kenalan usahawan

Posted:

Dipukau kenalan usahawan

Dipukau kenalan usahawan


Syidah yang kerugian puluhan ribu ringgit selepas dipukau wanita yang mengaku ingin membantunya dalam perniagaan.


BAGI yang mahu mengaut kekayaan dengan jalan mudah kenyataan halal dan haram tidak lagi menjadi persoalan. Apa yang penting ialah hidup menjadi senang lenang biarpun pendapatan yang dimiliki hasil daripada usaha pemerasan ataupun ditarik secara 'halus' menerusi ilmu hitam.

Kewujudan ilmu hitam di kalangan masyarakat hari ini yang mahu memenuhi impian mereka seolah-olah menjadi satu budaya permainan.

Biarpun ada yang menyatakan perkara seumpama itu di ruang lingkup kebenaran dan tidak mempercayainya, namun selagi manusia berdamping dengan syaitan bagi mendapatkan sesuatu semua perkara seperti ini sebenarnya tidak mustahil.

Ini yang terjadi terhadap Syidah (bukan nama sebenar). Biarpun sudah beberapa minggu berlalu, namun wanita ini masih dihantui trauma ditipu oleh kenalannya yang didakwa mengikis duitnya secara kuasa pukau.

Tidak pernah menjangka dirinya pada suatu hari akan menjadi mangsa kepada mereka yang menggunakan ilmu hitam, Syidah mahu mereka yang membaca kisah nasibnya ini agar sentiasa berhati-hati kerana ada sesetengah daripada kita suka menangguk di air keruh.

Syidah merupakan seorang wanita yang membina kerjaya sebagai seorang peniaga yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan penampilan.

Justeru, dalam mencari pengalaman dalam bidang ini sudah tentu memerlukan ramai kenalan serta modal yang bukan sedikit.

Sebagai orang baru Syidah berkenalan dengan seorang wanita separuh usia yang memperkenalkan dirinya sebagai usahawan yang berjaya dari pantai timur dalam sebuah konvensyen keusahawanan di ibu negara.

Pada mulanya hubungan Syidah dengan wanita ini terjalin ibarat mentor dan mentee serta Syidah menganggap wanita ini sebagai ibu angkat.

Syidah sanggup turun mendapatkan segala pengalaman dan tunjuk ajar yang diperlukan untuk menguruskan perniagaannya.

Lambat laun, wanita ini meminta Syidah memasukkan duit ke dalam akuannya kononnya untuk membantunya membayar produk yang dikeluarkannya.

Tanpa banyak soal, Syidah mengikut sahaja apa yang diarahkan. Fikir Syidah, jumlahnya pun tidak banyak hanya beberapa ratus sahaja.

Masuk minggu yang seterusnya, rupa-rupanya sudah lebih tiga kali Syidah membuat pengeluaran untuk dimasukkan ke dalam akaun wanita ini yang mendakwa perniagaanya sekarang berada dalam kerugian.

''Saya pun tidak faham. Kenapa saya menurut sahaja apa yang disuruh. Setiap kali dia perlukan duit biarpun pada tengah malam pasti saya akan bergegas bangun dari tidur memandu ke ATM berdekatan dan mengeluarkan duit yang ada seterusnya memasukkannya ke dalam akaun wanita ini.

''Malah apa yang peliknya, suami saya pun merelakan apa yang saya lakukan. Sedangkan selama ini dia yang menjaga kewangan akaun perniagaan saya. Dia juga akan turut membantu memandu kereta ke mesin ATM berdekatan untuk proses pengeluaran wang," jelasnya.

Apabila ditanya sama ada terdapat orang lain perasan dengan perubahan tingkah lakunya itu, Syidah berkata, pembantunya ada beberapa kali bertanyakan mengenai jumlah wang perniagaan yang merosot.

Namun Syidah sendiri tidak dapat memberikan jawapan.

Tambahan pula Syidah dan suami sudah tidak peduli pasal perniagaan lagi. Rumah tangga dan anak-anak juga semakin terbiar.

Rakan-rakan juga kehairanan dengan keadaan Syidah dan suaminya. Setiap hari apa yang dia lakukan ialah menunggu panggilan daripada wanita ini untuk diarahkan melakukan apa sahaja.

Dalam masa itu juga wanita itu menurut Syidah mengambil kesempatan membuka cawangan baru di sebuah kawasan di hulu Selangor.

Syidah memberitahu, dia dan suaminya juga yang turun padang membuka cawangan perniagaan wanita itu sedangkan wanita itu hanya mengarahkan dari rumahnya sahaja.

Sudah hampir empat bulan Syidah berkenalan dengan wanita itu dia dan keluarganya tidak pernah balik kampung bertemu dengan ibu dan bapanya.

Tuhan itu maha adil. Pada satu hari rakan Syidah memintanya berkunjung ke rumah. Kebetulan suaminya yang mempunyai kelebihan ilmu agama berada di rumah ketika itu.

''Dia menyatakan kami berdua ini sakit dan sentiasa di bawah pengawasan 'orang'. Selama tiga hari kami berulang-alik ke rumah kawan saya itu untuk dipulihkan.

''Alhamdulillah setelah pulih, saya dan suami seolah-olah tersedar kembali apa yang berlaku. Perlahan-lahan ingatan demi ingatan kembali ke benak saya semula.

''Sejurus selepas tersedar saya menjangkakan lebih RM50,000 telah diberikan kepada wanita ini tanpa kerelaan kami. Ketika memberikan wang itu sedikit pun tidak pernah terlintas di fikiran untuk menolak permintaan itu. Kami berdua seolah-olah berada dalam kuasa pukau," katanya.

Bagi membebaskan diri daripada wanita itu selamanya, Syidah mengambil keputusan berpindah rumah dan menukar nombor telefon dan semua barangan pemberian wanita itu telah dibuang dan berharap tidak berjumpa lagi dengan wanita itu.

Apabila ditanya mengapa tidak dilaporkan kepada polis mengenai kejadian itu, Syidah menjelaskan bagaimana kes itu akan dijadikan sebagai kes polis sebab ia berkaitan dengan kuasa pukau yang sukar untuk dibuktikan tambahan pula dia sendiri yang mengeluarkan wang dari akaunnya sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.

Khidmat tempahan kaca mata mewah

Posted:

Khidmat tempahan kaca mata mewah

Khidmat tempahan kaca mata mewah

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar HAFIZ JOHARI


(Dari kiri) Murphy Chan, Alistair Burroughs dan wakil TD Tom Davies, dari London, Nathan Mckinley.


MENEMPAH bingkai cermin mata atau kaca mata hitam yang direka dan dirangka khusus untuk anda adalah seperti mengubah suai wajah diri sendiri.

Bukan saja rekaan kaca mata itu mengikut cita rasa sendiri lebih penting ia eksklusif untuk anda seorang saja.

Ia juga sama seperti menempah sut atau baju yang anda sukai dan sesuai dengan diri anda sahaja.

Bagi yang sukakan kelainan dan mahukan sesuatu yang berbeza untuk kaca mata yang dipakai, perkhidmatan tempahan kaca mata mewah yang direka khusus mengikut ukuran pemakai sebagaimana ditawarkan jenama TD Tom Davies Bespoke, adalah jawapan terbaik.

Menariknya, pengguna cermin mata tempatan kini berpeluang merasai sentuhan jenama terkenal dari British itu apabila pakar optometri, Eyecon Optometry Network (Eyecon) telah dilantik sebagai pengedar tunggal di sini.

Pelantikan itu membuatkan Malaysia negara pertama di Asia yang memperkenalkan perkhidmatan tempahan khas kaca mata jenama tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Eyecon, Murphy Chan berkata, kalau pengguna boleh berbelanja beribu ringgit untuk mereka bentuk dan menempah pakaian mengapa tidak boleh berbelanja lebih bagi menempah cermin mata atau kaca hitam yang sesuai untuk diri sendiri.

Katanya, TD Tom Davies ialah jenama kaca mata British yang menawarkan perkhidmatan tempahan khas cermin mata dan kaca mata hitam yang pertama di dunia.

Ini kerana ia mempunyai pakar optometri terlatih untuk mencipta bingkai kaca mata menggunakan bahan seperti asetat, titanium dan tanduk kerbau.

''Bagi kebanyakan orang, kaca mata menyerlahkan raut wajah mereka dan melengkapkan kehidupan harian mereka.

"Jadi sudah tentu mereka memerlukan cermin yang betul-betul sepadan dan sesuai serta mendahului trend bagi menyerlahkan gaya peribadi.

''Ketika tempahan, biasanya pelanggan diberi kebebasan untuk memilih bingkai yang dikehendaki. Kemudian pakar optometri akan mengambil siri ukuran, pilihan warna, bentuk dan bahan yang ingin digunakan lalu memasukkan semua input ke dalam aplikasi reka bentuk dalam talian,'' kata Murphy yang ditemui pada majlis pelancaran TD Tom Davies Bespoke.

Turut hadir Pengarah Jualan TD Tom Davies UK, Alistair Burroughs , serta selebriti tanah air Hansen Lee dan Bernie Chan.

Murphy berkata, selepas itu pereka TD Tom Davies di London akan menyediakan portfolio tiga reka bentuk yang memberikan idea realistik rupa bentuk bingkai tersebut pada wajah pelanggan.

Apabila pilihan telah dibuat, bingkai akan dibuat dengan tangan menggunakan kombinasi teknik tradisional dan jentera moden.

"Salah satu ciri yang paling disukai pelanggan ialah ukiran nama mereka menggunakan laser secara halus di bahagian dalam salah satu lengan bingkai sebagai sentuhan akhir.

"Biasanya keseluruhan proses daripada peringkat rundingan sehingga penghantaran mengambil masa kira-kira tiga minggu," katanya.

Selain itu tambah Murphy, Eyecon yang mempunyai 12 pusat optometri di seluruh negara turut menyediakan khidmat ujian penglihatan dan kaca mata percuma kepada kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi kempen Tanggungjawab Korporat Penglihatan Jelas, Prestasi Cemerlang (PJPC).f

Sempena dengan pelancaran TD Tom Davies Bespoke, Eyecon mengumumkan kesediaannya menaja kaca mata dan khidmat penjagaan mata untuk seorang kanak-kanak kurang bernasib baik bagi setiap pembelian produk TD Tom Davies daripada rangkaian tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Padang sejarah bakal lenyap

Posted:

Padang sejarah bakal lenyap

Padang sejarah bakal lenyap

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my


PADANG milik PKNS di Kelana Jaya yang didakwa bakal dibangunkan dengan projek komersial dan


PETALING JAYA 7 Nov. – Penduduk SS7 Kelana Jaya dekat sini menyuarakan kebimbangan ekoran cadangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan padang permainan di situ menjadi kawasan komersial.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya, Datuk Zul Mukshar Md. Shaari berkata, majoriti penduduk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang dilihat akan memberi kesan negatif kepada persekitaran di situ.

"Rata-rata penduduk kecewa apabila janji PKNS semasa mereka mula membeli rumah dahulu semakin tinggal janji. Ini kerana, PKNS menyatakan kelengkapan beriadah seperti padang, taman tasik dan tadika akan dijaga dengan sebaik-baiknya.

"Tetapi apa yang mengecewakan, sedikit demi sedikit janji itu musnah, tadika di SS5 sudah dijadikan kawasan perumahan. Malah, sebahagian taman tasik juga telah diambil ketika mahu membangunkan Plaza Kelana Jaya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Padang berusia lebih 30 tahun yang pernah menjadi gelanggang perlawanan kriket Sukan Komanwel 1998 dan medan 'melahirkan' jaguh bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari dikhabarkan akan dibangunkan dengan tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat.

Ia yang terletak di lokasi strategik dan berdekatan dengan sistem pengangkutan awam kini memiliki dua buah padang bola sepak, enam gelanggang tenis dan rumah kelab yang digunakan penduduk untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Tambah Zul Mukshar, pembinaan bangunan komersial itu juga dikhuatiri akan menambah kesesakan trafik yang sentiasa padat di Lebuh raya Damansara Puchong (LDP).

Sehubungan itu, beliau berharap PKNS dapat menimbangkan permintaan penduduk agar mengekalkan padang tersebut demi kepentingan masyarakat untuk beriadah dan menikmati persekitaran yang tenang.

"Kekalkan padang itu dan kami berharap PKNS yang berada di bawah kerajaan negeri janganlah terlalu bersaing dengan syarikat swasta yang hanya mementingkan keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan masyarakat," katanya.

Pihaknya akan berterusan mengadakan bantahan dengan pelbagai cara termasuk mendapatkan sokongan semua pihak di dalam laman blog, Facebook dan sebagainya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata, tema menjaga kehijauan dan kebajikan belia yang dilaung-laungkan kerajaan negeri hanya omong kosong.

"Sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKNS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya prihatin dan menyahut kemahuan rakyat dan bukannya menyusahkan mereka semata-mata mahu mengaut keuntungan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Trafik Lembah Pantai dikaji

Posted:

Trafik Lembah Pantai dikaji

Trafik Lembah Pantai dikaji

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan mengkaji sebelum menambah baik sistem trafik di Lembah Pantai yang kini semakin sesak berikutan pembangunan pesat di kawasan itu.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengakui, beberapa projek pembangunan yang sudah siap dan sedang dimajukan telah memberi kesan kepada kelancaran lalu-lintas di situ.

"Banyak lagi projek bakal dibangunkan di sekitar kawasan Lembah Pantai dalam masa terdekat ini dan semua ini akan menyebabkan kesesakan jika tiada langkah penambahbaikan dilakukan dengan segera," katanya ketika ditemui pada Majlis Korban Perdana di Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi di sini hari ini.

Raja Nong Chik menambah, kedudukan kawasan Lembah Pantai di kawasan pintu masuk ke ibu negara dari Subang Jaya dan Shah Alam telah menyebabkan kenderaan sentiasa banyak di kawasan itu.

"Pada waktu puncak, pengguna jalan raya terpaksa mengharungi kesesakan selama 30 hingga 45 minit sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

"Kementerian akan mengambil kira masalah yang sedang dihadapi penduduk dan akan membaiki sistem trafik dengan segera," katanya sambil berharap orang ramai dapat bersabar.

Sementara itu, sebanyak 10 ekor lembu dan 10 ekor kambing disumbangkan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd pada Majlis Korban Perdana sempena sambutan Hari Raya Aidiladha itu.

Selain itu, Takaful Ikhlas turut menyampaikan sumbangan kepada 50 orang yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Majlis menyembelih dan memasak daging korban itu berlangsung dalam suasana meriah kerana ia diadakan secara gotong-royong dengan penyertaan ramai penduduk sekitar.

Full content generated by Get Full RSS.

Tambah satu lagi laluan

Posted:

Tambah satu lagi laluan

Tambah satu lagi laluan


KEADAAN trafik yang sesak di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada setiap pagi diyakini boleh dikurangkan jika satu laluan khusus untuk ke Lebuh raya Shah Alam dibina.


SUBANG JAYA 7 Nov. - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dicadang menambah satu lagi laluan di Persiaran Kewajipan bermula dari Persiaran Murni menuju ke Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang teruk.

Pengerusi Pemuda MCA Bahagian Kelana Jaya, Lee You Hin berkata, laluan tambahan itu diyakini mampu mengurangkan masalah kesesakan di situ, sekali gus melegakan sedikit penduduk sekitar.

"Jika laluan ini dibuat, MPSJ juga harus memastikan laluan tersebut tidak sesak bagi memudahkan pemandu ke Kesas.

"Pada masa ini, kesesakan di sini amat teruk dan pemandu perlu mengambil masa yang lama untuk melepasi jarak yang dekat," katanya ketika ditemui selepas melawat jalan tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah, Timbalan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Bahagian Kelana Jaya, Chandrasegar.

Sementara itu, You Hin juga meminta agar pemaju projek Gateway Subang Jaya yang sedang dalam pembinaan supaya membina sebuah jejambat dari Persiaran Murni ke Persiaran Subang Permai.

Katanya, projek bernilai lebih RM1 billion yang mengandungi pusat komersial dan kediaman itu dijangka akan meningkatkan kepadatan penduduk di situ apabila siap pada 2014, sekali gus menambah kesesakan.

"Kami minta supaya pemaju melaksanakan tanggungjawab sosial mereka atau pihak MPSJ mengarahkan pemaju itu membina infrastruktur itu yang hanya tiga peratus dari kos projek mereka.

"Ini adalah bagi mengurangkan kesesakan dan supaya wujud laluan terus dari Persiaran Murni ke Persiaran Subang Permai dan pemandu tidak perlu berhenti di lampu isyarat," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved