Isnin, 7 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Dakwa dibuang kerja tanpa sebab

Posted:

Dakwa dibuang kerja tanpa sebab

Dakwa dibuang kerja tanpa sebab

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my


Sebahagian daripada 22 pekerja TADC mengadakan demonstrasi selepas dibuang kerja di Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 6 Nov. - Seramai 22 pekerja Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd (TADC) memohon campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi menyelesaikan isu pemberhentian kerja yang disifatkan tidak adil.

Wakil pekerja terbabit, Mohd. Razak Salih berkata, campur tangan Menteri Besar terpaksa dibuat setelah pihaknya gagal mendapatkan penjelasan daripada pengurusan syarikat di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) itu.

"Kami hanya dimaklumkan mengenai perkara itu tiga hari selepas satu mesyuarat yang dipengerusikan Pengurus Besar pada 30 Oktober lalu dengan alasan syarikat mengalami kerugian dan perlu menstrukturkan semula organisasi.

"Namun, perkara yang menjadi persoalan ialah, mengapa surat pemberitahuan dihantar pada 3 November sedangkan tarikh surat itu ialah pada 1 November dan notis itu pula berkuat kuasa pada 8 November?

"Mereka (syarikat) seolah-olah tidak memberi peluang langsung kepada kami untuk mendapatkan penjelasan kerana sebelum notis pemberhentian itu ialah cuti Hari Raya Aidiladha," katanya kepada pemberita selepas mengetuai perhimpunan aman di sini kelmarin.

Para pekerja yang menerima notis pemberhentian kerja itu terdiri daripada pekerja tetap dan kontrak termasuk berjawatan pengurus dan eksekutif syarikat yang telah berkhidmat antara satu hingga lima tahun.

Dalam pada itu, Mohd. Razak berkata, imbuhan yang diberikan kepada mereka ekoran pemberhentian itu dinilai dengan kadar yang berbeza.

Katanya, ada di antara mereka menerima imbuhan serendah RM22.20 sedangkan pekerja tersebut telah berkhidmat hampir setahun bersama TADC.

"Ada juga di kalangan kami (yang diberhentikan kerja) terdiri daripada bakal ibu yang sarat mengandung tujuh bulan, ibu yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak dan pasangan suami isteri (salah seorang diberhentikan).

"Bagaimana nasib mereka lepas ni? Ini menunjukkan pihak pengurusan langsung tidak peka dan bertindak membuang pekerja secara rawak," katanya.

Menurut beliau, kriteria pekerja yang dibuang juga tidak diberitahu sedangkan ada di antara mereka yang telah bekerja sejak awal penubuhan TADC iaitu pada tahun 2006.

"Saya dengar akan ada lagi pekerja yang akan dibuang daripada keseluruhan 70 pekerja TADC untuk fasa kedua nanti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kursus kahwin percuma elak gejala seks bebas

Posted:

Kursus kahwin percuma elak gejala seks bebas

Kursus kahwin percuma elak gejala seks bebas


Yusof Awang Hitam beramah mesra bersama sebahagian 140 peserta kursus pra perkahwinan di Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 6 Nov. - Keghairahan pihak tertentu menganjurkan program mempromosi seks bebas, Seksualiti Merdeka 2011 mendorong Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir mengambil inisiatif mengadakan kursus pra perkahwinan secara percuma kepada remaja.

Program yang disertai seramai 140 pemuda dan wanita berusia antara 19 hingga 47 tahun sekitar DUN berkenaan itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Menurut Penyelaras UMNO DUN Manir, Yusof Awang Hitam, program tersebut pertama kali diadakan di peringkat DUN untuk membantu meringankan beban peserta.

Beliau tidak menafikan pihaknya berasa terpanggil bagi menjayakan program itu berikutan tindakan pihak tertentu yang jelas cuba mencabar undang-undang negara dengan menganjurkan program Seksualiti Merdeka 2011 sehingga mengundang bantahan banyak pihak.

"Kita bimbang dengan masa depan anak-anak muda apatah lagi ketika ini wujud usaha pihak tidak bertanggungjawab cuba menyerapkan budaya songsang dengan mengiktiraf aktiviti seks bebas.

"Bagi tujuan itu, kita rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan golongan muda dengan memberi galakan kepada mereka menyertai kursus pra perkahwinan secara percuma seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutup kursus tersebut yang berlangsung selama dua hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belara, Manir dekat sini semalam.

Yusof berkata, pihaknya bercadang meneruskan program seumpama itu pada masa akan datang jika mendapat sambutan orang ramai khususnya remaja.

Full content generated by Get Full RSS.

Puteri UMNO Kubang Kerian korban tujuh ekor lembu

Posted:

Puteri UMNO Kubang Kerian korban tujuh ekor lembu

Puteri UMNO Kubang Kerian korban tujuh ekor lembu


Azlinda Alis (tiga dari kiri) mengagihkan daging korban kepada golongan yang kurang bernasib baik di Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 6 Nov. – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kubang Kerian memperuntukkan sebanyak tujuh ekor lembu untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Ketuanya, Azlinda Alis berkata, semua daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin di sekitar Parlimen Kubang Kerian.

Menurutnya, dijangkakan seramai 3,000 golongan yang kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Kubang Kerian menerima agihan daging berkenaan.

"Tujuan utama penganjuran majlis ini ialah untuk mengajak orang ramai di luar sana menghayati korban selaras dengan tuntutan agama.

"Selain itu, melalui program ini juga kita dapat berkongsi nikmat kegembiraan di hari raya bersama mereka yang kurang berkemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pengagihan daging korban di pejabat Puteri UMNO, Kampung Binjai dekat sini hari ini.

Majlis korban tersebut turut di hadiri lebih 500 penduduk kampung yang bersama-sama bergotong-royong menjayakan program tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved