Isnin, 7 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sambut Aidiladha ala kadar

Posted:

Sambut Aidiladha ala kadar

Sambut Aidiladha ala kadar

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAHutusankedah@utusan.com.my


Md. Ridza Said bersama isteri, Noraini Don membersihkan serpihan bumbung yang pecah akibat dipukul ribut di Taman Bersatu, Kuala Kedah, semalam.


ALOR SETAR 6 Nov. - Ketika kebanyakan umat Islam di negara ini menyambut Aidiladha di rumah mereka dalam keadaan selesa dan ceria, lain pula nasib lebih 150 keluarga di Taman Bersatu, Kuala Kedah di sini apabila meraikan secara ala selepas kediaman mereka rosak dipukul ribut Khamis lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar taman itu hari ini mendapati, kebanyakan mangsa mengambil kesempatan cuti sempena Aidiladha untuk membaiki kerosakan pada rumah mereka.

Bagaimanapun, suasana kemeriahan sambutan perayaan berkenaan tetap dirasai apabila mereka tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat Aidiladha dan berkunjung ke rumah jiran serta saudara mara.

Seorang mangsa, Noraini Don, 48, berkata, ekoran ribut berkenaan, keluarganya tidak membuat sebarang persiapan menyambut Aidiladha kerana tumpuan diberikan untuk membaiki rumah.

"Tahun-tahun sebelum ini biasanya saya membuat ketupat dan banyak berkunjung ke rumah kenalan serta jiran, tetapi kali ini duduk di rumah sahaja dan tiada hidangan disediakan," katanya.

Seorang lagi mangsa, Rokiah Mat, 50, berkata, meskipun keluarganya tidak membuat persiapan rapi tetapi Aidiladha tetap dirasa apabila ada sanak saudara dan kenalan berkunjung membawa juadah seperti lemang.

"Macam mana nak sambut raya kalau rumah dah jadi seperti tongkang pecah. Kebanyakan kami di kawasan perumahan ini menggunakan cuti sempena Aidiladha ini untuk membaiki dan membersihkan rumah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

105 murid sertai Klinik Pintar Solat Siri 1 anjuran Baiduri

Posted:

105 murid sertai Klinik Pintar Solat Siri 1 anjuran Baiduri

105 murid sertai Klinik Pintar Solat Siri 1 anjuran Baiduri


Dr. Zambry Abd. Kadir bergambar bersama 105 peserta Klinik Pintar Solat anjuran Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak di Ipoh, baru-baru ini.


IPOH 6 Nov. - Seramai 105 murid sekolah rendah di sini mengikuti Klinik Pintar Solat Siri 1 anjuran Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri), baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, program julung kalinya diadakan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keluarga, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak itu melibatkan pelajar tahun enam dan lima.

"Para peserta harus menjadikan ibadah solat sebagai pemangkin kejayaan biarpun dihambat dengan pelbagai kekangan seperti kesibukan belajar dan kurangnya dorongan daripada ibu bapa.

"Sehubungan itu, penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh asas pembinaan jati diri generasi muda menerusi kefahaman dan penghayatan yang sebenar-benarnya terhadap ibadah solat," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Klinik Pintar Solat Siri 1 yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini, baru-baru ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli merangkap Yang Dipertua Baiduri.

Dalam pada itu, Zambry berkata, kejayaan penganjuran program berkenaan diharap mampu menjadi pemangkin kepada penganjuran Klinik Pintar Solat Siri 2, khusus kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang akan diadakan pada 19 November ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kuarters tentera musnah dijilat api

Posted:

Kuarters tentera musnah dijilat api

Kuarters tentera musnah dijilat api


Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat meninjau keadaan rumah anggota tentera yang hangus dijilat api di Kem Kelubi, Jitra, semalam.


KUBANG PASU 6 Nov. - Penghuni kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kem Kelubi, Jitra di sini, yang bersiap-sedia untuk menunaikan solat sunat Aidiladha gempar apabila sebuah rumah di situ terbakar, hari ini.

Kejadian berlaku pukul 7 pagi ketika penghuninya iaitu anggota berpangkat koperal dan keluarganya tiada di rumah kerana dikatakan pulang berhari raya di kampung halamannya di Taiping, Perak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mat Isa berkata, dua jentera dengan kekuatan 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa pada pukul 7.23 pagi.

Katanya, usaha memadamkan kebakaran turut mendapat bantuan daripada pasukan Bomba dan Penyelamat TUDM dengan kekuatan tujuh anggota.

"Api berjaya dikawal daripada merebak pada pukul 7.43 pagi. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hasbullah, kebakaran dipercayai bermula daripada bahagian dapur rumah tiga bilik yang terletak di aras dua di Blok 8 itu.

Katanya, keseluruhan barangan perabot di rumah itu musnah terbakar.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan RM50,000," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved