Selasa, 18 Jun 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


38 GRO warga asing ditahan di Sunway Mentari

Posted: 18 Jun 2013 12:41 PM PDT

AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR 4 Jun - Seramai 38 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam operasi di sebuah pub di Sunway Mentari, Bandar Sunway di sini malam tadi.

Serbuan pukul 11.45 malam itu dilakukan oleh empat pegawai bersama 12 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Operasi D7 Polis Bukit Aman, Asisten Supritendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang merupakan pemilik pub itu.

Katanya, kesemua GRO yang ditahan terdiri daripada 22 warga Thailand, 13 Vietnam, dua Filipina dan seorang China berusia antara 21 hingga 35 tahun.

"Siasatan awal mendapati GRO ini menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan bayaran RM120 bagi sekali langganan atau RM300 untuk satu malam.

Menurut Shahrul Nizam, pusat hiburan yang sudah beberapa kali diserbu serta menukar nama itu turut menjual kalungan bunga dan kostum khas kepada pelanggan sebagai bayaran melanggan GRO kegemaran mereka.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Remaja 15 tahun ditahan

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 18 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dikesan membeli beberapa laras senjata tiruan menerusi internet pada Sabtu lalu.

Pelajar tingkatan tiga itu ditahan di rumahnya berdasarkan alamat yang tertera pada bungkusan kurier yang dipesan remaja itu.

Lebih mengejutkan, kesemua senjata yang dibeli remaja itu bernilai RM2,043.90 dan duti terlibat adalah RM878.88.

Pengarah Kastam Perak, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, pihaknya masih menyiasat motif dan sumber kewangan remaja bawah umur itu membeli senjata tiruan berkenaan.

Beliau berkata, remaja terbabit ditahan susulan rampasan lapan senjata tiruan import tanpa permit yang dikesan selepas pemeriksaan dilakukan mesin pengimbas di Unit Kastam Pos, Pejabat Pos Besar Ipoh di sini.

"Antara senjata yang dirampas semasa pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari itu adalah jenis M16, raifal MP5, pistol jenis Glock dan Colt 45 automatik," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mohd. Nasir berkata, remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan di bawah Seksyen 116 Akta Kastam 1967 manakala pihaknya sedang mengesan individu lain terlibat dengan pembelian tiga lagi senjata tiruan yang dirampas.

"Kesemua senjata tiruan berkenaan menyerupai senjata sebenar, berkualiti tinggi dan boleh membawa maut jika disalahgunakan. Kebanyakan senjata lain menggunakan peluru getah manakala raifal MP5 pula menggunakan peluru tembaga," katanya.

Sementara itu, dalam kes lain, beliau berkata, seorang lelaki ditahan di Kompleks Imigresen Bukit Berapit, Pengkalan Hulu kerana memiliki senjata tiruan.

"Lelaki tersebut ditahan bersama senjata jenis Air Rifle yang dianggarkan bernilai RM758.58 yang melibatkan cukai sebanyak RM303.43," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Berdamai, tumpu tugas

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Semuanya dilihat kembali jernih, apabila Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mengadakan pertemuan khas bersama pengurusan skuad hoki kebangsaan dan pasukan remaja, semalam.

Menurut Zolkples, pertemuan kali pertama dan pertentangan mata antara Paul Revington dan Muhammad Dharma Raj Abdullah berjalan lancar.

"Apa yang penting sekarang ini mereka berdamai secara ikhlas, saya tidak harap sampai berpeluk cium tetapi, masing-masing perlu jelas sekarang tentang tugas yang perlu diuruskan," katanya pada sidang media selepas pertemuan tersebut di MSN, semalam.

Sabtu lalu, arena hoki Malaysia dikejutkan dengan berita tentang pengendali skuad hoki kebangsaan itu, Revington meletak jawatan atas alasan yang diberikan ialah Dharmaraj dan Pengarah Program Pembangunan Hoki Satu Malaysia, Lim Chiow Chuan sering campur tangan dalam skuad kebangsaan.

"Ia sama macam dalam institusi keluarga, adik dan abang selalu bergaduh, tetapi bila bergaduh tidak perlu memberitahu hal ini kepada jiran. Kalau boleh selesaikan secara dalaman. Saya juga memberitahu Revington tidak ada siapa yang mengatakan bahawa dia tidak bagus.

"Malah, bukan mudah untuk membawanya datang ke Malaysia, saya rasa lebih senang untuk mencari jurulatih bola sepak berbanding hoki. Ada di antara mereka yang mempunyai tugas dengan negara lain, kalau ada yang kosong pula harganya bukan murah," katanya.

Kata Zolkples, Revington juga bukan akan kekal sehingga 10 atau 20 tahun menjadi jurulatih skuad senior, mungkin selepas itu giliran Dharmaraj pula.

"Isu yang berlaku dalam dua tiga hari ini tidak baik untuk sukan hoki dan sukan negara secara keseluruhannya, saya juga rasa terkejut selepas pengumuman dibuat, namun apa boleh buat perkara sudah terjadi, kita hanya perlu mengawalnya agar tidak menjadi lebih buruk.

"Saya tidak mahu ia berlanjutan tatkala skuad senior sedang membuat persiapan untuk Liga Hoki Dunia, ia sedikit sebanyak akan menjejaskan persediaan pasukan. Jadi lepas perjumpaan tadi saya minta semua pihak yang terlibat melupakan apa yang berlaku," katanya.

Tambahnya, mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas masing-masing, skuad senior, Liga Hoki Dunia untuk mencari slot ke Piala Dunia manakala skuad remaja pula bakal beraksi di Piala Dunia Remaja Disember ini.

"Saya minta mereka fokus kepada tugas tanpa memikirkan perkara luar, begitu juga dengan Lim Chiow Chuan, sekarang semua bersetuju dan sedia maklum akan teguran yang telah diberikan.

"Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga telah berjaya memujuk Revington meneruskan tugasnya sehingga ke Liga Hoki Dunia berakhir. Apa-apa perkembangan tentang khidmatnya akan diputuskan selepas itu," katanya.

Esok, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dijangka akan bertemu dengan kedua-dua individu tersebut seterusnya menamatkan isu kontroversi ini yang membelenggu sukan hoki negara.

Revington beri reaksi positif

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

PAUL Revington diserbu wartawan dan jurukamera sejurus keluar dari bilik mesyuarat selepas mengadakan pertemuan dengan Zolkples di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam. - Utusan/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR - Selepas mengelak memberi reaksi mengenai peletakan jawatannya, jurulatih skuad hoki negara, Paul Revington akhirnya bersuara dan melayan pertanyaan media.

Semalam, Revington akhirnya bersuara dan nada tersebut sangat positif selepas Sabtu lalu dia secara mengejut menghantar surat peletakan jawatan berkuat-kuasa serta merta.

Melalui satu emel yang dihantar kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Revington berterus-terang sudah tidak mampu lagi bekerjasama dengan jurulatih hoki remaja, K. Dharmaraj dan Pengarah Program Pembangunan Hoki Satu Malaysia, Lim Chiow Chuan yang didakwa sering campur tangan semasa dia mengendalikan skuad kebangsaan.

Satu pertemuan khas diadakan antara pengurusan skuad kebangsaan, remaja dan Ketua Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong di MSN, Bukit Jalil sehari selepas Revington berjumpa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Revington, dia gembira dengan perjumpaan semalam dan semuanya berjalan lancar, serta menghargai segala sokongan dan layanan yang diberikan pihak media sepanjang isu tersebut berlaku.

"Saya masih belum berjumpa dengan pemain dan mungkin akan turun semula melatih mereka esok (hari ini), bagaimanapun saya gembira dengan perbincangan yang diadakan hari ini (semalam)," katanya.

Pertemuan tersebut berlangsung selama 40 minit dengan masing-masing diberi teguran dan penjelasan oleh Zolkples yang mahu mereka berdamai secara ikhlas dan menumpukan kepada tugas masing-masing.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad.

Kelmarin, Khairy berjaya memujuk jurulatih itu menarik balik keputusan peletakan jawatannya dan akan terus membimbing pasukan sekurang-kurangnya sehingga Liga Hoki Dunia di Johor Baharu bermula 29 Jun ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Peugeot Blue Box baharu di Alor Setar

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
ekonomi@utusan.com.my

Liaw Hock Guan (tengah), Samsom Anand George (kanan) dan Lionel Faugeres memotong reben ketika merasmikan Pusat Perkhidmatan dan Jualan Peugeot cawangan Alor Setar di Jalan Mergong, Alor Setar, semalam. - BERNAMA

ALOR SETAR 18 Jun - Pengedar rasmi kereta Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) hari ini melancarkan pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti (3S), Peugeot Blue Box baharu di Mergong di sini.

Pusat 3S itu merupakan yang ketiga dilancarkan tahun ini dalam usaha memperluaskan jaringan pasaran jenama tersebut, selain memberi perkhidmatan terbaik kepada pemilik kenderaan tersebut di bandar ini termasuk seluruh Kedah dan Perlis.

Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George berkata, permintaan terhadap kereta jenama Eropah di Kedah dan Perlis semakin meningkat tahun lepas.

"Dengan pembukaan Peugeot Blue Box baharu di Alor Setar ini, kami mempunyai dua cawangan di Kedah selepas pembukaan di Sungai Petani yang akan memperluaskan lagi pasaran kenderaan itu di Kedah dan Perlis termasuk di bahagian utara ini.

"Peugeot Blue Box Alor Setar juga akan mempamerkan model terbaiknya termasuk model 208, 408 dan 508. Model 208 secara amnya menjadi model terlaris dan dalam masa dua bulan pelancarannya sudah terjual lebih 500 unit. Nasim yakin 208 bersama model lain akan mendapat sambutan di Kedah dan Perlis," katanya pada majlis Pelancaran pusat tersebut hari ini.

Puegeot Blue Box Alor Setar dimiliki dan diuruskan oleh PSA Prestasi Sdn. Bhd. dengan pelaburan sebanyak RM2 juta.

Tambah beliau, Nasim melancarkan pusat tersebut di Butterworth, Pulau Pinang dan Batu Pahat, Johor sebelum ini selain merancang untuk membuka empat lagi sepanjang tahun ini.

"Dengan pembukaan outlet ini Nasim kita memiliki 24 pusat jualan dan 21 pusat servis di seluruh negara," katanya.

Katanya, tahun ini Nasim menyasarkan jualan kenderaannya lebih 8,000 unit selepas mencatatkan jualan memberangsangkan sebanyak 6,000 unit pada tahun lepas.

Turut hadir dalam majlis itu, Pengarah Automobil Peugeot ASEAN, Lionel Faugeres dan Pengarah Urusan, PSA Prestasi Sdn. Bhd., Liaw Hock Guan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pelakon dakwa cedera ditolak

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

Noniswara Baharuddin dan Amli Embong berbincang berhubung permohonan cerai taklik terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Jun - Pelakon Noniswara Baharuddin memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, mendakwa dia pernah cedera sehingga berdarah setelah suaminya yang juga ahli korporat, Datuk Rosman Ridzwan menolaknya ke jalan raya.

Noniswara atau nama sebenarnya Monis Wara Baharudin, 44, berkata, insiden itu berlaku ketika dia cuba memujuk suaminya untuk pulang ke rumah namun suaminya enggan berbuat demikian.

Noniswara juga memberitahu, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat laporan polis bertujuan untuk melindungi dirinya.

Beliau selaku plaintif berkata, suaminya meninggalkan rumah kelamin mereka sejak 5 September 2012 iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri dan tidak memberi nafkah kepadanya sejak kejadian tersebut.

Justeru, katanya, tindakan Rosman, 56, adalah selaras lafaz taklik yang dibacanya semasa pernikahan mereka pada 31 Julai 2009.

Pelakon tersebut berkata demikian ketika disoal peguam syarie, Datuk Amli Embong di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus dalam perbicaraan permohonan cerai taklik yang difailkan terhadap suaminya itu.

Noniswara memberi keterangan secara sebelah pihak selepas suaminya tidak memberi kerjasama terhadap permohonan cerai yang difailkannya pada Februari lalu.

Berikutan itu, beliau telah memfailkan permohonan cerai taklik mengikut Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 9 Mei lalu.

Dalam pada itu, pelakon tersebut berkata, beliau kini telah berpindah dari rumah kelaminnya iaitu sebuah penthouse di Jalan U-Thant di sini, setelah tidak mampu membayar sewa RM8,000 sebulan.

''Suami saya tidak lagi memberi wang untuk membayar sewa rumah sejak Februari lalu malah sebelum ini, wang untuk membayar sewa diberinya setelah saya berkali-kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya,'' katanya.

Pelakon itu juga berkata, suaminya pernah pulang ke rumah kelamin mereka pada akhir September tahun lalu untuk mengambil pasport kerana ingin ke Jakarta, namun sejak itu dia tidak lagi pulang ke rumah mereka.

''Ketika dia pulang, saya ada bertanya sama ada dia akan kembali ke rumah namun dia hanya menjawab Insya-Allah, namun sehingga ke hari ini dia tidak pulang,'' katanya.

Pada prosiding hari ini, Noniswara turut mengemukakan tiga saksi iaitu seorang adik lelakinya, seorang pembantu peribadi dan bekas pembantu peribadi yang mengesahkan keterangannya berhubung tindakan suaminya itu.

Mahkamah menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan permohonan cerai taklik berkenaan.

Noniswara yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan bernikah dengan Rosman pada 31 Julai 2009 dan majlis resepsi perkahwinan diadakan sehari selepas itu di Hotel Berjaya Times Square di sini.

Rosman pernah didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 28 September 2009 setelah mengaku bersalah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim pada 2005.

Jurutera didakwa bunuh isteri

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Yiew Chin Hua yang dituduh membunuh isterinya dibawa ke Mahkamah Majistret, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 18 Jun - Seorang jurutera didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya yang merupakan seorang rakyat Filipina, awal bulan ini.

Yiew Chin Hua, 33, dituduh membunuh Vivian Biding Camarota, 32, di nombor 77, Jalan Indah 24/10, Taman Bukit Indah di sini antara pukul 12 tengah malam dan 2.30 pagi, 1 Jun lalu.

Tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Chin Hua juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu menyebabkan keguguran tanpa kerelaan isterinya dengan menendang di bahagian perut mangsa pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Tertuduh dari Kukup Laut, Kukup, Pontian mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan itu, Chin Hua didakwa mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mohd. Azlan Shah kemudian menetapkan sebutan kes pada 16 Julai ini sementara menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali manakala Chin Hua diwakili peguam bela, Mohd. Farhan Mhd. Yahkup.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Peladang Nita Pahang diperkasa

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

Sulaiman Embong (empat dari kiri) bersama ahli Peladang Nita Pahang selepas majlis penubuhannya di Kuantan, kelmarin. Turut kelihatan Mohamad Najib Pendek (lima kiri) dan Nazilah Abd. Latif (tiga dari kiri). - Utusan/ AhMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 18 Jun - Penubuhan Peladang Nita Pahang merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wanita yang menceburi bidang perladangan kerana sebelum ini tidak mempunyai sebarang pertubuhan di peringkat negeri.

Pengerusinya, Datuk Nazilah Abd. Latif berkata, sebelum ini, Peladang Nita hanya bergerak sendiri di peringkat unit dan kawasan tetapi disatukan dalam pentadbiran yang lebih sistematik di peringkat negeri.

"Dengan adanya pertubuhan ini, kami boleh bergerak secara tersusun di semua peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan menyelaras segala gerak kerja yang lebih sistematik.

"Sebelum itu, kita akan mengemaskini semua data dan maklumat tentang ahli-ahli Peladang Nita di seluruh negeri," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penubuhan Peladang Nita Peringkat Negeri Pahang di sini semalam.

Majlis perasmian Peladang Nita itu disempurnakan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Sulaiman Embong.

Yang turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA), Mohamad Najib Pendek.

Nazilah berkata, pelbagai aktiviti akan dirangka dan segala potensi yang boleh dikembangkan diselaras sebaik mungkin supaya Peladang Nita dapat meningkatkan mutu organisasi masing-masing.

"Saya berharap peruntukan daripada kerajaan dapat disalurkan secara terus kepada pertubuhan ini supaya agenda dirancang berjalan lancar.

"Dijangka kira-kira 3,000 Peladang Nita negeri ini akan menikmati pelbagai kemudahan dengan penubuhan organisasi ini, sekali gus memartabatkan wanita dalam sektor perladangan negara," katanya.

Dalam pada itu, Sulaiman dalam ucapannya berkata, penubuhan tersebut diibaratkan sebagai satu penjenamaan semula kumpulan itu di negeri ini.

"Komitmen dan hala tuju Peladang Nita dapat menjadikan kumpulan itu digerakkan, seterusnya merangka pelbagai agenda dan strategi masing-masing untuk terus maju pada masa depan," katanya.

Zainal Abidin, Temah dipilih Tokoh Guru Maran

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Ismail Abdul Muttalib (kiri) bersama Zainul Abidin Daud (dua dari kiri) dan Temah Ismail (dua dari kanan) yang diumumkan sebagai Tokoh Guru Daerah Maran 2013 di Maran, Pahang, baru-baru ini. - utusan/salehudin mat rasad

MARAN 18 Jun - Bekas Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Zainal Abidin Daud dan bekas guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tajau, Temah Ismail dipilih sebagai Tokoh Guru Maran tahun ini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disampaikan Ahli Parlimen Maran yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka, dekat sini baru-baru ini.

Zainal, 60, yang dilahirkan di Kampung Kuala Pontian, Kuala Rompin, Pahang mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Tekek, Pulau Tioman dan meneruskan persekolahan di SM Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Selangor.

Minatnya dalam mencari ilmu diteruskan apabila melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dengan memilih bidang Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dan seterusnya ke peringkat sarjana di universiti sama.

Zainal ketika ditemui berkata, khidmat sebagai pendidik bermula ketika bertugas di SK Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Jengka 1 dan seterusnya di SMK Jengka 10 dan SMK Kampung Awah.

"Jawatan terakhir saya ialah memangku Pegawai Pelajaran Daerah pada Mei 2011 dan bersara wajib empat bulan kemudian setelah 35 tahun dalam bidang perguruan," katanya.

Seorang lagi penerima anugerah itu, Temah, 60, yang dilahirkan di Kampung Temiang, di sini mendapat pendidikan awal di SK Kampung Pejing, SK Kuala Wau dan Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Kuantan.

Beliau melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan kemudian berkhidmat antaranya di SK LKTP Jengka 5, SK LKTP Jengka 3 dan SK Maran.

Klinik 1Malaysia Bera bakal beroperasi sehingga 10 malam

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

BERA 18 Jun - Penduduk di sekitar daerah ini akan menikmati kemudahan Klinik 1Malaysia yang beroperasi setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam, tidak lama lagi.

Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Wan Rosalaiza Wan Abd. Ghani berkata, klinik yang terletak di Kerayong, dekat sini dan dalam proses pengubahsuaian itu memberikan perkhidmatan perubatan asas manakala kes kecemasan atau kronik perlu dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

"Sekiranya pesakit menghidap penyakit kronik atau kecemasan, mereka digalakkan merujuk terus kepada klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan lebih terperinci, selain mempunyai kemudahan ambulans.

"Kewujudan perkhidmatan perubatan ini diharap dapat memudahkan orang ramai, khususnya warga Bera menjalani pemeriksaan kesihatan dengan lebih selesa," katanya di sini baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Ahmadinejad bertemu Rowhani bincang masalah politik dan ekonomi

Posted: 18 Jun 2013 10:14 AM PDT

TEHERAN 19 Jun - Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berjumpa penggantinya, Hassan Rowhani buat kali pertama semalam.

Rowhani, seorang ulama berusia 64 tahun yang dijadualkan memikul jawatan sebagai Presiden mulai 3 Ogos depan, memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya presiden Jumaat lalu, bagi menggantikan kepimpinan Ahmadinejad yang telah memerintah selama lapan tahun.

"Kedua-dua (mereka) membincangkan isu berkaitan politik dan ekonomi negara," lapor televisyen negara Iran. - AFP

18 terkorban dalam serangan berani mati terbaru di Iraq

Posted: 18 Jun 2013 10:05 AM PDT

BAGHDAD 19 Jun - Seramai 18 orang terkorban dan 30 yang lain cedera apabila dua pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah masjid di sini semalam.

Dalam kejadian berkenaan, kedua-dua pengebom yang memakai tali pinggang berisi bahan letupan meletupkan diri di luar masjid, diikuti letupan susulan beberapa minit selepas orang ramai berkumpul menyaksikan kejadian yang pertama.

Iraq telah menyaksikan peningkatan keganasan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini ekoran penentangan yang makin memuncak terhadap kerajaan Perdana Menteri Nuri al-Maliki. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Flashmob cabar tindak balas PDRM

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh Salleh Buang

KETIKA saya membaca tajuk berita "14 hasut demonstrasi diberkas" (Utusan Malaysia 16 Jun 2013 hal 11) apa yang terlintas di kepala saya adalah betapa pintar sekali puppet master mendidik elemen anarkis meneruskan agendanya menimbulkan bibit huru-hara di negara ini.

Seperti dilaporkan oleh akhbar itu, selepas 14 orang peserta demonstrasi itu disoal-siasat (diambil keterangan") oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka akan dibebaskan pada hari yang sama. Mereka tak perlu tinggal semalam" dalam lokap polis. Kesimpulannya, saya kira tidak seorang anggota flashmob ini khuatir dia akan menghadapi apa-apa kesusahan atau kesulitan diri akibat perbuatannya pada hari itu.

Agenda puak anarkis untuk menimbulkan huru-hara adalah suatu realiti yang mesti kita terima. Hanya yang buta hati akan terus menafikannya.

Kehadiran peserta flashmob di Bangunan Sogo pada petang Sabtu 15 Jun itu adalah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Kumpulan inilah yang sebelum ini telah mengisytiharkan akan menggulingkan kerajaan menerusi kuasa rakyat" (people power) setelah parti politik yang mereka sayangi kecundang merampas Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13).

Kekalahan ini amat sukar sekali mereka terima disebabkan mereka begitu yakin dengan spin" ciptaan mereka sendiri sebelum itu yang mengatakan mereka pasti menang. Spin" awal itulah yang kemudian disusuli dengan spin" kedua, iaitu mereka kalah disebabkan perbuatan jahat penipuan SPR".

Barangkali masih ramai yang tidak percaya kewujudan dan keberkesanan spin" kumpulan ini. Izinkan saya berkongsi cerita untuk membuktikan betapa anak muda di Lembah Klang percaya sungguh" spin yang didendangkan oleh puak ini - iaitu Pakatan akan menang besar dalam PRU-13 yang lalu itu. Kita hanya menafikan kebenaran sekiranya kita masih beranggapan hulubalang maya (cyber troopers) yang diberi nama RBA (Red Bean Army, tentera kacang merah) tidak pernah wujud.

Bagi anda yang biasa menggunakan KLIA pasti tahu bahawa balai berlepas domestik adalah di aras 5. Untuk berlepas kita perlu melalui proses pemeriksaan keselamatan sebelum turun escalator dan terus bergerak ke sebelah kanan (ke pintu-pintu A) atau ke sebelah kiri (ke pintu-pintu B) sebelum menaiki pesawat udara. Di tempat kita turun itu kita akan bertemu dengan kiosk menjual bahan solekan wanita (kosmetik) dan akhirnya kiosk menjual coklat.

Kira-kira dua minggu sebelum PRU-13, pada satu petang saya ada di situ untuk pulang ke Alor Setar, Kedah. Ketika saya turun dari escalator itu, saya terserempak dengan Anwar Ibrahim yang pada masa itu sedang asyik bergambar dengan dua wanita muda, penjual kosmetik.

Setelah menyedari kehadiran saya di situ, dia terus berpaling dan berjalan pantas menuju ke arah kiosk menjual coklat, dan lepas itu menghala ke kanan ke pintu-pintu A. Saya jangkakan dia pergi ke Golden Lounge (di sebelah pintu A2), dewan menunggu sebelum kita berlepas.

Sewaktu saya sampai ke bahagian kiosk menjual coklat itu, dia sudahpun berlalu dan tidak lagi kelihatan. Di situlah saya bertembung dengan beberapa penjual coklat (wanita muda keturunan Cina, umur sekitar 20-25 tahun) berbual dengan begitu teruja sekali sambil melihat ke arah pintu-pintu A, pastinya arah yang dituju Anwar.

Berikut adalah antara perbualan mereka (dalam Bahasa Inggeris) yang saya dapat dengar dengan jelas. Terjemahan perbualan mereka adalah seperti berikut -

Itulah dia. Awak nampak tak?"

Siapa?"

Dialah. Tak kan awak tak nampak"

Tak nampak. Dia siapa?"

Dialah. Perdana Menteri kita"

Saya tersenyum bila mendengar perbualan itu, menganggapnya (pada masa itu) sebagai hanya satu jenaka biasa antara wanita muda, yang nampaknya menganggap Anwar sebagai idola mereka.

Hanya setelah PRU-13 berlalu dan Anwar mengugut akan mengadakan perhimpunan haramnya dan protes jalanannya barulah saya sedar bahawa barangkali sebahagian besar penduduk bandar raya Kuala Lumpur (termasuklah wanita-wanita muda yang menjual barangan kosmetik dan coklat) sudah begitu yakin sejak awal lagi bahawa Pakatan akan menang dan Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Disebabkan rancangan partinya merampas Putrajaya tidak berjaya, ini pasti perbuatan jahat SPR yang mencuri kemenangan mereka!!

Dengan bahasa mudah, peristiwa yang saya alami itu adalah antara bukti bahawa spin puak ini memang berkesan sekali mempengaruhi minda rakyat biasa, terutama sekali golong muda seperti penjual kosmetik dan coklat di KLIA itu.

Tidak hairanlah kita selepas PRU-13 berlalu, elemen anarikis terus menerus merancang pelbagai peristiwa dengan maksud menarik perhatian dan mendapatkan sokongan orang awam. Bermula dengan silent walk" oleh remaja berbaju hitam, diikuti perhimpunan haram Blackout 505" di beberapa tempat di seluruh negara (ada juga perhimpunan serupa diadakan di Singapura), kini disusuli pula dengan kehadiran flashmob di Sogo (barangkali sebagai rehearsal awal), manakala peristiwa mutakhir (finale) yang dirancang adalah protes mega jalanan.

Pada 15 Mei lalu beberapa blog melaporkan Anwar sebagai berkata bahawa Pakatan Rakyat akan meneruskan perhimpunan di tempat tertutup, kononnya bagi memberi peluang kepada pengundi menyuarakan kemarahan mereka" terhadap kecurangan pilihan raya 5 Mei lalu." Anwar menambah bahawa desakan menganjurkan demonstrasi jalanan" bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional adalah cadangan dari NGO dan bukan pendirian rasmi" Pakatan.

Mengikut versi Anwar ini, protes jalanan yang akan diadakan tidak lama lagi itu adalah idea atau inisiatif NGO, bukan satu program rasmi Pakatan. Boleh percayakah kita?

Kebetulan, dalam akaun facebook https://www. facebook. com/mediarakyatnet, saya terjumpa gambar anggota flashmob yang berhimpun di Sogo dan Masjid India dimasukkan dalam kereta (Black Maria PDRM), pastinya untuk dibawa ke balai bagi maksud siasatan (diambil keterangan).

Di bawah gambar itu ada posting oleh seorang remaja Cina bernama Chan Pheng Moong yang amat biadab sekali, jelas melanggar beberapa undang-undang negara. Selain memaki hamun polis, dia juga menghina undang-undang, mencerca Menteri dan Perdana Menteri. Inilah anak-anak muda yang terus diracuni fikiran mereka serta digembleng oleh puak-puak anarkis ini, dan sekiranya anak muda liar seperti ini dibiarkan terus bermaharaja-lela di ruang siber, huru-hara di masa depan bukan satu fantasi lagi.

Sementara kita tunggu tindak balas PDRM selanjutnya, sama-samalah kita tunggu dan lihat jika ada mana-mana pihak yang akan membuat laporan polis mengenai anak muda yang kurang ajar ini.

Cabaran persepsi bagi generasi muda

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

ANTARA cabaran penting yang perlu dihadapi oleh generasi muda disebutkan oleh Perdana Menteri di Jakarta ialah cabaran persepsi. Apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri itu banyak benarnya kerana bukan saja para pelajar, golongan profesional dan ahli akademik sebahagiannya percaya tetapi menganggap persepsi itu benar dan bertanggungjawab.

Seperti yang disebutkan oleh Perdana Menteri di hadapan pelajar Malaysia di sana ialah persepsi membawa kepada pembohongan, maklumat yang tidak rasional dan data yang disebarkan ikut emosi semata-mata.

Kedatangan 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi adalah bukti jelas bahawa pembohongan berlaku dan orang boleh percaya. Amat sedih para pelajar yang sepatutnya sudah boleh berfikir, dan para profesional boleh membezakan benar dan salah. Sesetengah para akademik turut sama menyebarkan kenyataan palsu itu semata-mata atas sikap benci dan dendam kesumat yang melampau.

Berpegang kepada persepsi semata-mata tidak memadai. Presepi adalah tanggapan awal terhadap sesuatu. Benar atau salahnya persepsi itu bergantung kepada fakta dan data yang diterima.

Sesetengah bloggers yang mempunyai kepentingan tertentu tidak menghiraukan benar atau salah persepsi itu. Yang penting persepsi itu disensasikan dan dihebahkan seluas-luasnya supaya imej musuhnya menjadi rosak.

Apalagi kalau mengambil kaedah Islam. Al-Quran memberi pedoman mengenai datangnya berita dan maklumat daripada orang yang fasik sekalipun sila periksa akan benar salahnya berita itu.

Ajaran Islam sangat menjaga kebenaran sesuatu berita. Bayangkan ada warga bloggers yang tidak rasa berdosa akan apa yang disebarkan hanya berasaskan persepsi semata-mata tanpa ada usaha untuk melakukan kajian dan selidikan dan menggunakan akal-budi yang tinggi supaya tidak lahir fitnah yang menyebabkan dosa terjadi.

Tokoh pembangkang seperti Anwar Ibrahim sedang berhempas pulas menyatakan kepada dunia bahawa dia sepatutnya menjadi Perdana Menteri kerana undi popular memihak kepadanya.

Sejak bila Anwar menggunakan pendekatan undi popular sebagai ukuran kemenangan sedangkan sejak beliau dalam kerajaan dulu menang atau kalah sesuatu parti diukur dengan jumlah kerusi yang diterima. Takkan para pelajar, ahli akademik dan profesional tidak boleh menerima hakikat ini.

Anwar cuba menimbulkan provokasi di Malaysia. Sayangnya, kawan baiknya Recep Tayyip Erdogan di Turki sedang menghadapi badi tindakan Anwar di sini.

Di Turki penunjuk perasaan dihadapi dengan keras sehingga ada yang mati dan cedera. Pihak keselamatan di Malaysia tidak menghadapi demonstrasi sedemikian. Malangnya sehingga kini Anwar tidak mengutuk apa yang berlaku di Turki walaupun gas pemedih mata digunakan untuk menyurai pendemonstrasi.

Para pelajar Malaysia di luar negara yang mudah terpengaruh dengan budaya persepsi ini harus berfikir lebih matang dan dewasa. Sesetengah mereka beranggapan bahawa mereka dihantar keluar negara adalah suatu tanggungjawab kerajaan.

Indonesia menghantar ramai pelajarnya ke Malaysia. Apakah mereka sepenuhnya dibiaya. Nigeria menghantar ribuan pelajarnya di Malaysia. Apakah mereka sepenuhnya dibiaya. Thailand dan Singapura membenarkan pelajarnya belajar di Malaysia. Apakah mereka dibiaya. Jawabnya tidak.

Malaysia mampu menghantar pelajarnya keluar negara dan sebahagian besar pelajarnya dibiaya. Ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kemampuan kewangan menghantar mereka ke seluruh dunia.

Bahasa orang beradab dan beretika ialah terima kasih. Terima kasih harus membimbing para pelajar untuk mengkaji mengenai kedudukan ekonomi Malaysia, simpanan negara yang banyak, kadar kemiskinan yang semakin menurun, program menyantuni kelompok miskin yang semakin agresif, penubuhan institusi pendidikan dan kewangan Islam yang banyak adalah gambaran Malaysia yang maju dan makmur. Ia terjadi bukan kerana sumbangan pembangkang yang lebih banyak mengkritik daripada memberi pandangan membina.

Ada dua faktor yang menyebabkan kerajaan Barisan Nasional mampu bertahan dan UMNO sebagai tunggaknya. Pertama jejak rekod pencapaian BN menjadi bukti nyata bagaimana Malaysia melalui proses teransformasi.

Kedua, wujudnya resam kesinambungan (continuity) yang bakal meletakkan Malaysia sebagai negara maju, aman dan stabil. Malangnya politik penentangan semata-mata kerana dendam dan benci menyebabkan sesetengah para pelajar, ahli akademik dan golongan profesional tidak dapat memahami realiti pencapaian Malaysia lalu terpengaruh dengan persepsi luar yang didukung oleh fahaman hak asasi Barat yang tidak bertunjangkan agama dan etika Islami.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Lori simen konkrit bermaharajalela

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu lori simen menyebabkan mereka bebas melalui jalan utama di ibu negara untuk ke tapak pembinaan berhampiran.

KUALA LUMPUR 17 Jun - Masalah permukaan jalan raya tidak rata disebabkan tumpahan konkrit dan batu kerikil di sekitar ibu negara semakin merimaskan.

Perkara itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu disebabkan lori-lori simen yang bebas keluar masuk melalui jalan-jalan utama ke tapak pembinaan berhampiran.

Masalah itu dilihat banyak berlaku di kawasan simpang kerana lori yang berhenti di situ akan menumpahkan bahan itu.

Tumpahan itu semakin menebal dan berbonggol-bonggol menyebabkan kenderaan ringan seperti penunggang motosikal sering terdedah kepada bahaya.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota antaranya Jalan Foss di Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Kerinchi, berhampiran Vista Angkasa , Lembah Pantai baru-baru ini mendapati laluan terlibat turut terjejas teruk akibat tumpahan sisa konkrit.

Keadaan itu juga menyebabkan kesesakan dan kemalangan jalan raya kerana para pengguna dilihat cuba mengelak daripada melanggar tumpahan konkrit

Walaupun isu tersebut telah beberapa kali disiarkan di beberapa akhbar tempatan, termasuk Utusan Malaysia, sehingga kini tiada jalan penyelesaian ditemui.

Masalah ini boleh diibaratkan sebagai 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.

Ini kerana pihak kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit menyediakan infrastruktur dan jalan raya bagi keselesaan orang ramai.

Namun disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu masalah itu terus berlarutan.

Sebelum ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui kenyataan balas kepada Utusan Malaysia dalam beberapa siri laporan berkaitan memaklumkan sedang mengkaji kaedah terbaik dan berkesan bagi mengatasi masalah berkaitan.

Ini termasuklah merancang melaksanakan tindakan pemantauan tindakan penguatkuasaan di tapak pengeluaran konkrit.

Peniaga bimbang, terganggu

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

Kerja-kerja pembinaan bangunan sembilan tingkat di lorong Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur menimbulkan kebimbangan dan mengganggu peniaga berhampiran yang didakwa menyebabkan gangguan - UTUSAN/ fahmi muhazir

KUALA LUMPUR 17 Jun - Para peniaga tudung di lorong Jalan Tunku Abdul Rahman di sini melahirkan kebimbangan terhadap kerja-kerja pembinaan melibatkan sebuah bangunan sembilan tingkat berhampiran kawasan perniagaan mereka.

Mereka mendakwa walaupun notis sita telah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kerja-kerja pembinaan tetap diteruskan sehingga mengakibatkan pelbagai gangguan kepada mereka.

Wakil peniaga berkenaan, Faizal Abdul Rahman 46 berkata, aduan terpaksa dikemukakan kepada pihak DBKL sebelum ini apabila pemilik premis berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu.

Menurutnya, ini termasuk tidak meletakkan sebarang papan tanda bagi kerja-kerja pembangunan mahupun langkah keselamatan.

"Apa yang memeranjatkan kami pemilik premis masih meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian dalam keadaan curi-curi terutama pada waktu malam.

"Apa yang mengecewakan setiap kali hujan, air yang mengalir ke bumbung kedai kami mengandungi bahan binaan, termasuk keladak simen dan pasir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Faizal berkata, pembinaan premis berkenaan juga seolah-olah cuba menganggu usaha mereka selama ini untuk mendapat perhatian DBKL bagi menaikkan taraf 12 buah kedai tudung di lorong berkenaan.

"Bayangkan apabila mereka telah memasang kotak-kotak pendingin hawa berbanding pendingin hawa secara berpusat, ke mana air dari pendingin hawa itu nanti akan disalur keluar selepas alat itu dibersihkan?

"Tentunya akan mengalir, membasahi dan akhirnya menyerap ke dinding gerai-gerai kami yang diperbuat daripada kayu ini. Akhirnya apabila kami tidak lagi mampu bertahan, tentunya kami terpaksa keluar dari sini.

"Semua ini seolah-olah cuba membunuh para peniaga Melayu yang ada di sini,"katanya.

Tambah Faizal, apa yang diharapkan DBKL dapat memberikan perhatian terhadap isu yang menjadi masalah terutama kepada kebanyakan peniaga Melayu di situ.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi mendapati premis yang dahulunya merupakan sebuah gedung kain terkenal giat melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menukar kepada ruang kedai berkonsep 'arked'.

Tinjauan mendapati para peniaga asing dilihat memonopoli arked-arked berkenaan sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai dan peniaga tempatan.

NGO Sungai Besar protes jelajah pembangkang

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

SHAH ALAM 17 Jun - Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Sungai Besar mengingatkan pakatan pembangkang supaya tidak 'menjaja' agenda menanam kebencian rakyat di kawasan itu pada 18 Jun ini.

Antara NGO terbabit ialah Majlis Belia Selangor (MBS) Daerah Sabak Bernam; MAYC Sungai Besar; Kelab Belia Bagan; Kelab Bell Belia Tamil termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan di kawasan Parlimen berkenaan.

Wakil NGO berkenaan, Budiman Mohd. Zohdi (gambar) berkata, tindakan pembangkang yang mahu mengadakan perhimpunan haram di kawasan Parlimen itu esok untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah tidak bertanggungjawab kerana bukan hanya menyalahi undang-undang tetapi juga menafikan keputusan majoriti rakyat yang telah memilih Barisan Nasional (BN).

"Mereka sebenarnya tidak dapat menerima kekalahan walaupun menang tiga negeri termasuk kerusi Parlimen dalam Dewan Rakyat.

"Malah, mereka juga gagal membuktikan dakwaan kononnya ada warga asing mengundi termasuklah bukti lampu padam ketika pengiraan undi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, rakyat di kawasan Parlimen Sungai Besar telah membuat keputusan pada PRU13 dan mereka telah memilih BN serta menolak pembangkang.

Tegasnya, tindakan mengadakan jelajah dan perhimpunan membantah keputusan PRU13 sama seperti menafikan hak serta keputusan rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Berdasarkan portal berita pembangkang www.keadilandaily.com, penyokong pakatan pembangkang akan mengadakan siri jelajah sempena kemuncak perhimpunan bantahan keputusan PRU13 atau 'Black 505' pada 22 Jun ini di Kuala Lumpur.

Jelajah tersebut dijangka diadakan di beberapa kawasan termasuk di Parlimen Sungai Besar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pantau, kaji keselamatan jalan

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU 17 Jun - Kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji semula serta memantau aspek keselamatan jalan raya khususnya di kawasan yang sedang mengalami proses pembangunan pesat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, melalui penubuhan jawatankuasa itu, pihak-pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan tampil memberi idea bagi mewujudkan keadaan jalan raya yang lebih selamat.

Beliau berkata, tumpuan utama diberikan kepada Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) yang menghubungkan bandar raya ini dengan kawasan industri minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi.

"Berdasarkan pemerhatian saya, beberapa lebuh raya yang menghubungkan kawasan pembangunan hanya menampilkan ciri-ciri keselamatan yang sangat minimum, sedangkan itu menjadi laluan utama bagi kenderaan berat yang membawa bahan-bahan berbahaya.

"SDE akan diberi keutamaan kerana dalam tempoh 10 tahun ini banyak kenderaan berat yang membawa bahan-bahan berbahaya melalui laluan berkenaan khususnya dari bandar raya ke Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Pengerang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan Lebuhraya dan Pameran Antarabangsa (PIECE 2013) di Pusat Informasi Iskandar Malaysia, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Datuk Noorizah Abd. Hamid; Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Ismail Md. Salleh dan Pesuruhjaya Persekutuan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Benjamin Hasbie.

Hasni berkata, selain melakukan kerja pemantauan terhadap kerja penyelenggaraan jalan yang dilakukan pada masa ini, JKR sedang melaksanakan proses audit bagi kerja dan pelaksanaan untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Sementara itu, Benjamin berkata, IRDA mengenal pasti 15 kawasan hitam di sekitar Iskandar Malaysia dan pihaknya akan bekerjasama dengan JKR negeri dan polis untuk memantau perkara terbabit.

"Kita mempunyai pemantauan holistik dengan dua pelan tindakan merangkumi usaha mengenal pasti kawasan hitam, keselamatan trafik dan reka bentuk jalan dalam memastikan ia dapat memberi keselesaan kepada pengguna," kata beliau.

ADUN Kukup guna pendekatan terus jumpa rakyat

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Suhaimi Salleh melihat keadaan kaki kanan Abd. Ghani Ujang yang dipotong akibat penyakit kencing manis ketika melawatnya di Kampung Penerok, Pontian, kelmarin.

PONTIAN 17 Jun - Dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh akan menggunakan pendekatan turun padang dengan menemui terus orang ramai tanpa menunggu mereka datang ke pusat khidmat beliau.

Menerusi pendekatan itu, beliau dapat bertemu pemimpin di peringkat akar umbi seperti penghulu, ketua kampung, pemimpin parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai bagi mendengar sendiri masalah mereka.

Namun, beliau tetap akan membuka sebuah pusat khidmat di Pekan Permas tidak berapa lama lagi bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyampaikan permasalahan yang dihadapi mereka dan berjanji memastikan setiap aduan yang dikemukakan diberikan perhatian dalam tempoh seminggu, seterusnya dipanjangkan ke jabatan serta agensi yang berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

"Saya akan mendengar sendiri setiap aduan serta keluhan sewaktu berdialog dengan wakil-wakil mereka dan akan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam setiap permasalahan yang dibangkitkan.

"Mereka juga diminta dapat mengemukakan permohonan atau aduan tanpa mengulangi perkara yang sama pada masa depan bagi memudahkan tindakan diambil oleh pihak berkenaan," katanya pada majlis dialog bersama pemimpin tempatan di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Dinar, di sini semalam.

Sebelum itu, Suhaimi turut melawat Timbalan Ketua UMNO Cawangan Jalan Bakti, Penerok, Abd. Ghani Ujang, 61, yang terpaksa dipotong kaki kanannya akibat menghidap penyakit kencing manis baru-baru ini dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung dan akan membantu mendapatkan kaki palsu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, selain membangkitkan isu infrastruktur dan kemudahan asas, pihaknya berharap pemimpin masyarakat turut membawa isu kepayahan hidup di kalangan penduduk termasuk yang menghidapi penyakit kronik dan berpanjangan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bas ekspres: Tidak jual tiket raya suatu kesalahan

Posted: 18 Jun 2013 02:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Jun - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi amaran kepada semua pengendali bas ekspres agar tidak mengambil tindakan secara kartel untuk tidak menjual tiket bagi musim perayaan Aidil Fitri akan datang.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan sedemikian adalah salah di sisi Akta Persaingan 2010.

"SPAD tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah syarat-syarat pelesenan dan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, SPAD memandang berat tindakan pengendali bas ekspres yang enggan menjual tiket pada musim perayaan.

"Pihak pengendali bas ekspres tidak seharusnya mengambil kesempatan semasa musim perayaan ini untuk mendesak SPAD menaikkan harga tiket sehingga 30 peratus," katanya sambil menambah permintaan itu agak mustahil untuk ditunaikan sebelum hari raya kerana proses rundingan serta kajian komprehensif masih dijalankan dan keputusannya akan diumum sebelum akhir tahun ini.

Syed Hamid berkata, soal kepentingan rakyat, reaksi persatuan pengguna serta kos operasi yang terpaksa ditanggung pengendali bas ekspres akan diambil kira dalam kajian itu.

Bagaimanapun, katanya, SPAD sentiasa prihatin dan sedia maklum berkaitan peningkatan kos operasi yang ditanggung pengendali, justeru ia bersetuju mereka mengenakan caj tambahan 10 peratus bagi musim perayaan akan datang.

Beliau berkata, kelulusan caj tambahan itu dikenakan bagi semua perjalanan dari 8 Julai hingga 8 September tahun ini merangkumi semua perkhidmatan bas ekspres dan bas tambahan.

"Langkah ini dipercayai dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan yang tinggi daripada pengguna, terutama semasa musim perayaan," katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Ashfar Ali berkata, pihaknya terpaksa menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus berikutan semakan semula yang dilakukan dalam tempoh empat atau lima tahun sekali sejajar peningkatan kos operasi, yang kini didakwa mencecah 36 peratus.

Syed Hamid meminta semua pengendali bas ekpres mematuhi syarat perlesenan yang ditetapkan supaya menjual tiket seperti biasa bagi mengelak tindakan tegas terhadap mereka diambil dan dilapor kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia. - BERNAMA

Runtuh: Inkues mangsa tertimbus bermula

Posted: 18 Jun 2013 02:26 AM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG 18 Jun - Polis telah memulakan inkues bagi menentukan status Lim Chin Aik, 44, yang dikhuatiri hilang dalam lubang yang terbentuk selepas rod penebat kilat Menara UMNO jatuh ke Jalan Macalister semasa kejadian ribut pada Khamis lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan pada hari pertama hari ini membabitkan penelitian semula di tempat kejadian termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan Menara UMNO.

"Siasatan merangkumi pelbagai aspek dan untuk memastikan mangsa berada di tempat kejadian, polis meneliti CCTV terbabit namun buat masa ini saya tidak dapat memaklumkan sama ada Chin Aik berada di tempat kejadian atau sebaliknya.

"Selain itu, bukti-bukti lain seperti laporan seorang saksi yang berada di tempat kejadian dan mendakwa melihat kereta mangsa dihempap rod penebat kilat ketika ribut melanda juga akan diambil kira dalam inkues ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengumumkan penubuhan jawatankuasa inkues sebagai langkah terbaik bagi menentukan status mangsa selepas kerja-kerja mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan selain mendapat persetujuan keluarga.

Dalam kejadian ribut terburuk yang pernah melanda negeri ini, dua terbunuh manakala lapan kenderaan lain di Jalan Macalister dihempap runtuhan rod konkrit penebat kilat berkenaan dan membentuk lubang besar.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, nombor casis kereta yang ditemui ketika kerja-kerja mencari dan menyelamat juga didapati sepadan dengan kereta mangsa yang dilaporkan hilang oleh isterinya. - UTUSAN ONLINE

Jahara dilantik Ketua Pembangkang Pulau Pinang

Posted: 18 Jun 2013 02:23 AM PDT

GEORGE TOWN 18 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar, Datuk Jahara Hamid, dilantik ketua pembangkang Pulau Pinang yang baharu, menggantikan ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang bersara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata sebelum ini, pihaknya mengenal pasti beberapa calon untuk mengisi jawatan itu dan mengemukakannya kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Setelah menunggu keputusan dari pucuk pimpinan, kita sudahpun mendapat keputusan bahawa Perdana Menteri telah memberi persetujuan memilih Jahara sebagai ketua pembangkang.

"Kita amat gembira dengan pelantikan itu kerana ia menjadi sejarah di Malaysia apabila wanita dilantik sebagai ketua pembangkang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pelantikan Jahara juga membuktikan UMNO mengiktiraf pemimpin wanita.

Zainal Abidin berkata, UMNO Pulau Pinang juga memberi kepercayaan penuh kepada Jahara melakukan yang terbaik untuk rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum dan bangsa.

"Kita yakin dan percaya Jahara akan dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya, serta menjadi wakil untuk semua kaum di negeri ini dalam apa jua isu untuk disuarakan di dalam DUN, dan pemilihan beliau dibuat berdasarkan pengalamannya dalam bidang politik," katanya.

Jahara, yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Sukan kerajaan negeri semasa BN memerintah Pulau Pinang, merupakan wakil rakyat bagi Teluk Air Tawar sejak lima penggal lepas. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Arahan pindah premis hiburan kekal

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

Idris Haron

MELAKA 17 Jun - Arahan kepada 12 pemilik pusat hiburan di Taman Merdeka Permai untuk berpindah ke lokasi baharu di Melaka Raya, Banda Hilir sehingga 7 Ogos ini adalah kekal seperti yang diputuskan sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur lagi dengan keputusan yang telah dipersetujui pada mesyuarat Exco kerajaan negeri sebelum ini.

Menurutnya, semua pemilik pusat hiburan berkenaan perlu akur dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

"Saya dengar ada pemilik premis merayu untuk kekal beroperasi di kawasan tersebut dengan alasan mereka telah berbelanja besar membuat pengubahsuaian di pusat tersebut.

"Saya ingin bertanya kepada pemilik premis bagaimana mereka beroperasi dan membuat pengubahsuaian sedangkan pihak berkuasa tempatan belum mengeluarkan lesen dan kerajaan negeri pula tidak memberi sebarang kelulusan lagi?" soalnya di sini baru-baru ini.

Idris mengulas mengenai rayuan pemilik pusat hiburan di Taman Merdeka Permai yang meminta MPHTJ membatalkan arahan berpindah dan mengekalkan mereka beroperasi di kawasan berkenaan.

Yang Dipertua MPHTJ, Sapian Haron dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan notis arahan telah dikeluarkan pada 7 Mei lalu dan kesemua 12 pemilik pusat hiburan berkenaan diberi tempoh sehingga 7 Ogos ini untuk berpindah ke lokasi yang ditetapkan di Melaka Raya.

Mengulas lanjut, Idris berkata, polisi kerajaan kini ialah untuk menempatkan semua pusat hiburan di negeri ini di satu kawasan iaitu di Melaka Raya sahaja dan ia tidak boleh beroperasi melainkan lokasi yang telah ditetapkan.

"Ini kita lakukan adalah untuk mudah memantau sebarang aktiviti di satu kawasan sahaja selain memastikan mereka mematuhi arahan yang dikeluarkan," katanya.

Beliau menegaskan, kawasan Melaka tidak luas dan ia adalah mudah kepada penduduk ingin berhibur datang ke Melaka Raya di Banda Hilir.

Katanya, walaupun ada di antara mereka yang datang dari kawasan luar bandar seperti Kuala Linggi di Masjid Tanah ia sekadar memakan masa setengah jam untuk sampai ke Melaka Raya.

Menurutnya, Melaka tidak perlu mempunyai pusat hiburan di merata tempat melainkan hanya satu kawasan yang ditetapkan iaitu di Melaka Raya.

Promosi perkenal makanan tradisional NS

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Wartawan Utusan Malaysia, Noor Hanis Harun (kiri) menyusun kuih sepang bersama rakan media sempena program Negeri Sembilan Food Trail 2013 di Restoran Cendol Madu Rembau, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 17 Jun - Negeri Sembilan bukan sahaja merupakan satu-satunya negeri yang masih mengekalkan tradisi Adat Perpatih, malahan turut popular dengan pelbagai jenis makanan tradisionalnya yang menjadi pujaan pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengarah Tourism Malaysia negeri, Zaidi Kassim berkata, kelebihan Negeri Sembilan ini terletak pada lokasinya yang strategik antara Singapura dengan Lembah Klang dan umpama tempat perhentian untuk pelancong.

''Pada tahun ini, kita menyasarkan seramai lima juta pelancong datang berkunjung ke negeri ini dan merasai pengalaman suasana di kampung.

''Kita ingin mengetengahkan tarikan utama pelancong, selain pantai peranginan, tempat penginapan inap desa, aktiviti ekopelancongan dan makanan tradisional tinggalan nenek-moyang," katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa penutupan Negeri Sembilan Food Trail 2013 di hentian terakhir program tersebut di Restoran Cendol Madu Rembau, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak Tourism Malaysia dan kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media dan agensi pelancongan yang terlibat dalam program jelajah selama tiga hari itu.

''Kami berharap dengan adanya program seperti ini, pengunjung berpeluang mengetahui tentang keunikan Negeri Sembilan ini melalui masakan tradisional kita.

''Dalam siri kali ini kita menjelajah tiga daerah iaitu Seremban, Kuala Pilah dan Rembau, yang mana setiap daerah mempunyai identiti makanan yang berbeza, sebagai contoh apam johol, kuih sepang dan masak lomak cili api daging salai," katanya.

Tambahnya, sempena acara Tahun Melawat 2014 tidak lama lagi, pihak Tourism Malaysia akan menganjurkan lebih banyak lagi program yang berbentuk jelajah negeri.

''Kita merancang untuk menjadikan Port Dickson sebagai salah satu perhentian dalam program Negeri Sembilan Food Trail yang seterusnya selepas ini," katanya.

Persandingan 19 pasangan pengantin saudara muslim meriah

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Othman Mohamad (tiga dari kanan) bermesra dengan Iskandar Lee dan Suzana Hassan antara 19 pasangan pengantin saudara baru dalam majlis persandingan beramai-ramai di Taman Rempah, Melaka, semalam.

MELAKA 17 Jun - Sebanyak 19 pasangan mempelai terdiri daripada saudara muslim dari seluruh negeri ini diraikan dalam satu majlis persandingan beramai-ramai di Taman Rempah di sini malam tadi.

Persandingan serba meriah dan berwarna-warni itu dihadiri ribuan pengunjung termasuk ahli keluarga semua pasangan pengantin bagi memberi ruang kepada saudara baharu melangsungkan perkahwinan beramai-ramai.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Mohamad berkata, majlis anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah diadakan sejak lima tahun lalu dan mencatat penyertaan paling ramai tahun ini.

"Majlis seperti ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan budaya perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat negara ini kepada pengunjung pelbagai bangsa serta pelancong luar," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Yaakub Md. Amin; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin dan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Baharom Majid.

Majlis persandingan beramai-ramai itu merupakan sebahagian program yang disusun sempena Festival Jemputan Sungai Melaka 2013 yang diadakan sepanjang Jun ini.

Jelas Othman, penganjuran program itu juga menunjukkan komitmen kerajaan negeri khususnya MAIM yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan saudara muslim di negeri ini.

Ujarnya, setiap pasangan yang baharu melangkah ke alam perkahwinan perlu mempunyai nilai kesedaran yang tinggi bagi menghadapi perubahan dalam diri dan pasangan.

"Ini adalah penting kerana kesannya nanti bukan sahaja akan membawa kepada pasangan bahagia, malahan berupaya menjadi contoh untuk mencorakkan persekitaran serta zuriat yang lahir nanti.

"Selain itu, toleransi dan pengorbanan juga perlu ada pada setiap pasangan bagi memperoleh manfaat besar kepada pembentukan keluarga yang harmoni," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved