Rabu, 9 Oktober 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau tewas kepada UAE

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
sukan@utusan.com.my

SAFIQ Rahim menjaringkan gol tunggal Malaysia menentang UAE dalam aksi persahabatan yang menyaksikan skuad negara tewas 1-3 di Shenzen, semalam.

KUALA LUMPUR - Kemarau kemenangan mahupun seri di gelanggang lawan terus berpanjangan buat skuad negara apabila tewas 1-3 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Shenzhen, semalam.

Hanya jaringan tunggal daripada rembatan ketua pasukan, Safiq Rahim dari luar petak penalti menjadi sagu hati penawar buat Malaysia yang ketinggalan tiga gol dalam babak pertama di Stadium Universiade itu.

Sejak dikalahkan Iraq 0-3 pada persahabatan, 1 Februari lalu, Harimau Malaya terus kecundang kepada lawan yang ditemuinya termasuk apabila menentang kelab Australia dan Jepun (Jun dan Julai lalu).

Namun, skuad negara masih boleh menghela nafas lega kerana aksi dengan UAE itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai bukan yang bertaraf A antarabangsa dan tidak mempengaruhi ranking dunia.

Pada persahabatan terakhir 10 September lalu di Tianjin, anak-anak buah Datuk K. Rajagobal itu dibenam China 2-0.

Malaysia menjadikan UAE sebagai 'pemanas badan' menjelang menentang Bahrain dalam perlawanan ketiganya bagi kempen Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Skuad negara berada di tangga ketiga Kumpulan D dengan mengutip tiga mata pada 22 Mac lalu setelah menewaskan Yemen 2-1 di Shah Alam.

Namun, mereka bermula dengan hambar apabila dikalahkan Qatar 2-0 di Doha, 6 Februari lalu.

Saya tidak pernah salahkan ISN - Razlan

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali memperakui kepakaran yang dimiliki Institut Sukan Negara (ISN) dan menafikan pihaknya menyalahkan institusi itu kerana membawa pulang pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin yang menerima rawatan susulan di Sepanyol seperti yang dilaporkan media (bukan akhbar Utusan Malaysia), kelmarin.

Dalam kenyataan akhbar, semalam, beliau berkata: "Kenyataan ini merujuk kepada laporan media berhubung komen saya mengenai rawatan susulan Zulfahmi di ISN yang saya lakukan sewaktu majlis memperkenalkan trofi Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2013 di Royal Selangor. Pertama sekali ingin saya nyatakan bahawa saya sama sekali tidak berniat untuk melemparkan kritikan mengenai isu tersebut terhadap ISN."

"Ingin saya jelaskan bahawa keputusan untuk membawa pulang Zulfahmi ke Malaysia bagi menjalani proses pemulihan merupakan keputusan pasukan dan juga kami sendiri. Kesilapan tersebut datang daripada pihak kami (SIC) dan bukannya ISN."

Razlan mengakui bahawa dia ada menyatakan bahawa ISN tidak mempunyai kepakaran khusus untuk menyelesaikan kecederaan melibatkan sukan permotoran seperti yang dialami Zulfahmi, tetapi menegaskan SIC tidak pernah meletakkan ISN sebagai pihak yang bertanggungjawab berhubung keputusan membawa pulang pelumba itu.

Bagaimanapun, Razlan melahirkan rasa gembiranya apabila badan induk sains sukan negara itu amat proaktif dan bersedia mewujudkan bahagian yang mengkhusus kepada sukan pemotoran bagi memahami sepenuhnya serta memastikan program yang lebih baik dalam mengendalikan kes-kes kecederaan pelumba kebangsaan yang beraksi pada kejuaraan dunia.

Menjelang GP Malaysia, beliau memberitahu, Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz telah pun menghantar enam orang ahli terapi dan pakar sains sukan bermula hari ini di SIC, untuk tujuan menyediakan rawatan komprehensif buat Zulfahmi serta dua lagi pelumba wildcard negara.

"Selain rawatan komprehensif, ISN juga akan melakukan penyelidikan bagi memahami secara mendalam terhadap pengurusan sukan pemotoran khususnya membabitkan kecederaan dan rawatan.

"Saya amat berterima kasih dan menghargai keprihatinan kakitangan ISN terutama Dr. Ramlan yang memberi perhatian khusus kepada Zulfahmi dan perancangan mereka untuk mewujudkan jabatan sukan pemotoran," katanya.

Menurutnya, ISN merupakan sebuah institusi profesional ketika menjalankan tugas mereka dan SIC yakin bahawa badan tersebut amat mengambil berat terhadap Zulfahmi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Suspek warga Peru curi wang mesin ATM diberkas

Posted: 09 Oct 2013 10:36 PM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB

MARAN 10 Okt. - Seorang suspek curi wang mesin pengeluar wang automatik (ATM) di bandar ini yang berjaya meloloskan diri semalam berjaya ditahan pihak polis di Kampung Berkat dekat sini hari ini.

Suspek yang merupakan warga Peru berumur 31 tahun ditahan pada pukul 8.15 pagi kira-kira lima kilometer daripada tempat dia meloloskan diri di Plaza Tol Maran. - UTUSAN ONLINE

3 perompak ditembak mati, seorang cedera di Ipoh

Posted: 09 Oct 2013 10:25 PM PDT

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 10 Okt. - Tiga daripada empat penjenayah yang baru merompak sebuah kedai emas ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Meru Raya, Jelapang dekat sini kira-kira pukul 11.15 pagi ini.

Seorang lagi penjenayah cedera ditembak tetapi berjaya meloloskan diri. Gerakan memburu suspek yang bersenjatakan pistol itu sedang giat dijalankan.

Tinjauan Utusan Online di tempat kejadian mendapati, kawasan tersebut telah dikepung dan ditutup kepada laluan kenderaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian tersebut pukul 4 petang ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Peugeot 208 GTi baharu

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

Dua orang model bersama model kereta baharu Peugeot 208 GTi pada majlis pelancarannya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) pengedar jenama Peugeot di Malaysia, menyasarkan menjual sebanyak 30 model sports legenda 208 GTi, sebulan.

Model 208 GTi yang dilancarkan hari ini dijual pada harga RM139,888 dengan dua warna pilihan iaitu merah dan putih.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George berkata, setakat ini, Nasim telah menerima 30 buah tempahan bagi model berkenaan.

"Kami menyasarkan menjual 20 hingga 30 buah sebulan kerana model GTi mempunyai peminat tersendiri berikutan prestasinya yang terbukti dalam sukan rali dunia menerusi pemandu Sebastian Loeb," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kereta berkenaan.

Model baharu 208 GTi adalah versi sports bagi model 308 yang dilancarkan awal tahun ini dengan tawaran prestasi enjin yang lebih tinggi dan rekaan dalam lebih dinamik.

Perbezaan 208 GTi jelas kelihatan berbanding varian standard kerana mempunyai identiti tersendiri, antaranya keluk roda lebih lebar, rim Carbon 17 inci, ekzos berkembar, sayap dipertingkat serta kemasan perak pada tingkap, cermin sisi dan bampar.

208 GTi ini dijana oleh enjin 1.6 liter turbo berkembar tekanan tinggi dengan suntikan terus yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 200 hp dan kilasan maksimum 275 Nm serta transmisi manual enam kelajuan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tahanan dadah mengaku salah loloskan diri

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

B. Kishminderjit Singh (tengah) mengaku bersalah atas tuduhan melepaskan diri daripada kawalan dua anggota polis di kawasan rehat di Plaza Tol Setul di Lebuh Raya Kajang-Seremban berhampiran Nilai pada 1 September lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

RASAH 9 Okt. - Seorang tahanan kes dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini atas tuduhan melepaskan diri daripada kawalan dua anggota polis di kawasan rehat di Plaza Tol Setul di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) berhampiran Nilai, dekat sini awal bulan lalu.

B. Kishminderjit Singh, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Siti Khairiah Abdul Razak.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Oktober ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang dibenarkan diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, Kishminderjit yang ketika itu ditahan kerana kes dadah didakwa dengan sengaja melepaskan diri daripada kawalan dua anggota polis di Plaza Tol Setul, Lekas berhampiran Nilai dekat sini antara pukul 7.50 pagi dan 10.55 pagi, 1 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A. Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Kishminderjit yang dalam perjalanan untuk dibawa ke Penjara Simpang Renggam, Johor berjaya meloloskan diri ketika dua anggota yang mengawalnya berhenti di hentian rehat berkenaan selepas lelaki itu mengadu sakit perut.

Dalam kejadian tersebut, tertuduh yang bergari di belakang menolak anggota polis yang membuka pintu van lalu masuk ke dalam sebuah kereta Proton Satria lalu beredar.

Bagaimanapun, suspek yang berjaya ditangkap semula dua hari kemudian di sebuah rumah di Semenyih, Selangor.

Saddam Hussin tak mengaku cabul wanita

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

MELAKA 9 Okt. - Seorang lelaki warga Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 17 tahun, bulan lalu.

Saddam Hussin, 21, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di stor sebuah kedai baju di Kompleks Mydin, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini pada 12 September lalu dan hujung bulan lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M. Rebecca mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya.

Terdahulu, Rebecca memohon agar tertuduh tidak dibebaskan dengan ikat jamin kerana merupakan warga asing tetapi sekiranya mahkamah cenderung membenarkannya, beliau mencadangkan jaminan sehingga RM6,000 dan syarat tambahan perlu diberikan.

Peguam Abd. Rahim Osman yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan.

Mohd. Firdaus kemudian membenarkan Saddam diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin warga tempatan selain tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan.

Beliau menetapkan sebutan kes pada 8 November ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Eropah harus belajar daripada kejadian kapal karam di Itali

Posted: 09 Oct 2013 10:14 AM PDT

PARIS 10 Okt. - Negara-negara Eropah harus mengambil tauladan daripada kejadian kapal karam yang membawa pelarian di Itali tempoh hari dan mula melakukan kerjasama bagi mengelakkan daripada kejadian sama berulang kembali.

Justeru, Presiden Perancis Francois Hollande mencadangkan supaya satu polisi dapat diwujudkan di antara negara-negara Eropah bagi membendung perkara ini.

"Kesatuan Eropah harus melakukan sesuatu dan tidak hanya berpeluk tubuh melihat lebih banyak kematian berlaku kepada pendatang asing tanpa izin ini yang kebanyakannya cuba lari daripada peperangan, kata Hollande. - AGENSI

Pervez tamatkan hukuman tahanan di rumah

Posted: 09 Oct 2013 10:13 AM PDT

RAWALPINDI 10 Okt. - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dibenar meninggalkan Pakistan untuk terbang ke Dubai selepas mahkamah memerintahkan supaya beliau menamatkan hukuman tahanan di rumah.

"Pegawai penjara akan tiba di rumah untuk membawa beberapa barangan keperluan sebelum beredar meninggalkan negara ini, sejurus selepas mereka mendapat arahan daripada mahkamah rendah.

"Pervez akan diterbangkan ke Dubai esok apabila segala urusan berkaitan syarat perundangan dilengkapkan, kata peguam Pervez, Ahmed Raza Kasuri. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


RISDA peruntuk RM2.475 juta

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

RAUB 9 Okt. - RISDA daerah Raub memperuntukkan sebanyak RM2.475 juta bagi bantuan sara hidup one off kepada 4,950 pekebun kecil yang layak di daerah ini bagi mengatasi bebanan hidup berikutan kemerosotan harga getah ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin (gambar) berkata, bantuan itu diberikan kepada pekebun kecil yang mempunyai keluasan kebun tidak melebihi 2.5 hektar.

Katanya, kerajaan akan terus membantu pekebun kecil Risda berikutan permintaan terhadap komoditi getah menurun ekoran kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

"Kerajaan akan terus memantau para pekebun kecil seluruh negara bagi memastikan mereka terus menikmati kehidupan yang lebih selesa semasa harga dan permintaan terhadap getah menurun.

"Bantuan yang diberikan itu tidak seberapa, tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan kehidupan mereka, walaupun mereka sebenarnya tidak terjebak dalam kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sara hidup one off kepada pekebun kecil RISDA daerah Raub di pekarangan pejabat Risda di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Shahiruddin memberitahu, kerajaan negeri akan menganjurkan satu seminar khas bagi membincangkan ekonomi orang Melayu dan bumiputera negeri Pahang pada November depan.

Tambahnya, seminar tersebut bertujuan melihat kelemahan dan kemajuan bumiputera dan orang Melayu di negeri ini yang terdiri daripada peniaga kecil, kontraktor dan usahawan serta mereka yang terbabit dalam industri kecil dan sederhana.

Shahiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong berkata, melalui seminar tersebut, kerajaan negeri akan menyusun langkah lebih terancang untuk merapatkan jurang perbezaan dari segi pemilikan hartanah di negeri ini.

Graduan IPG perlu realisasi pelan pembangunan pendidikan

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan anugerah cemerlang kepada Maznah Abdullah dari Kursus Diploma Perguruan Malaysia-Kemas pada majlis Konvokesyen Kali Ke-25 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Tahun 2013, Kuala Lipis, semalam.

KUALA LIPIS 9 Okt. - Para graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu memainkan peranan utama bagi merealisasikan pelan pembangunan pendidikan dan melahirkan generasi pelajar yang berilmu serta bersahsiah tinggi.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, mereka bukan sahaja perlu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik tetapi mempunyai kemahiran dan berakhlak mulia.

Titah baginda, cabaran dunia pendidikan kini semakin hebat yang menuntut kepada kecekalan dan kesabaran bagi merealisasikan matlamat kerajaan untuk membangun dan memartabatkan negara.

"Oleh itu, seluruh warga pendidik harus bersedia untuk menghadapi fenomena ini bagi melahirkan pelajar yang cemerlang, berkemahiran dan berakhlak mulia.

"Saya berharap para guru terutamanya yang masih muda usianya melengkapkan diri dengan segala keperluan bagi memenuhi tuntutan semasa tersebut," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah demikian dalam majlis Konvokesyen Ke-25 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Tahun 2013 di sini hari ini.

Yang turut hadir Sultanah Kalsom dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pada majlis itu, baginda menyampaikan diploma kepada 170 graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Pendidikan Prasekolah (Kemas), Jawi-al-Quran dan Fardu Ain (J-Qaf), dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia - Kursus Dalam Cuti (KDC).

Titah baginda, graduan dan bakal guru juga berperanan untuk menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Titah Sultan Ahmad Shah, warga pendidik perlu melaksanakan tugas mereka bagi merealisasikan tiga objektif utama PPPM.

"Objektif tersebut adalah untuk memahami prestasi dan cabaran semasa, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas terhadap program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan.

"PPPM akan menjadi anjakan besar untuk membawa standard pendidikan bertaraf antarabangsa bagi memenuhi aspirasi negara serta rakyat," titah baginda.

Titah Sultan Ahmad Shah, PPPM juga menjadi harapan generasi muda membuat persiapan bagi menghadapi keperluan abad ke-21.

Tanaman terjejas sungai tercemar

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

KUALA LIPIS 9 Okt. - Kira-kira 600 penduduk Kampung Melaka dekat sini bimbang air Sungai Punggor yang menjadi sumber pengairan tanaman diusahakan mereka kini tercemar.

Malahan penduduk juga bimbang untuk menggunakan air sungai berkenaan sebagai alternatif jika terputus bekalan air bersih akibat tercemar dan berkeladak.

Seorang penduduk Kampung Melaka, Abdul Samah Busu Bakar, 50, berkata, air Sungai Punggor telah berubah menjadi keruh dan berwarna kemerahan pekat sejak awal tahun ini.

"Sebelum ini sungai berkenaan menjadi tumpuan penduduk untuk kegiatan harian termasuk menangkap ikan, malahan menjadi sumber alternatif jika bekalan air bersih terputus," katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Melaka di sini kelmarin.

Menurutnya, sebanyak 15 anak pokok kelapa sawit yang ditanam mati akibat pencemaran air Sungai Punggor menyebabkan penduduk tidak lagi menggunakan air sungai itu untuk tanaman.

"Walaupun ada penduduk mendakwa punca pencemaran sungai akibat kegiatan perlombongan bijih, namun masih belum dapat dipastikan secara jelas," katanya.

Tambahnya, penduduk berharap pihak berwajib memantau senario berkenaan untuk memelihara kebersihan sumber air dan habitat akuakultur.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Saya tidak merajuk

Posted: 08 Oct 2013 11:11 PM PDT

Oleh AZEEM PISHAL
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR

Shahir muncul kembali dengan hala tuju yang positif dan lebih matang.

AKU yang berdosa... Itu merupakan tajuk lagu nyanyian Ahmad Shahir Zawawi, 25, atau Shahir yang sering berkumandang di corong-corong radio saban hari. Mungkin tajuk lagu itu juga tepat untuk mengungkapkan apa yang tersirat dalam hatinya sekarang.

Dengan raut wajah yang tenang dan murah dengan senyuman, Shahir menafikan segala tohmahan dan kontroversi yang dilemparkan sepanjang ketiadaannya di pentas akhir-akhir ini.

Menyelusuri ruang hatinya, Shahir memberitahu 'kehilangan' dirinya tiada kena mengena dengan isu merajuk ataupun membawa diri jauh daripada kerakusan industri seni yang bertanggungjawab melonjakkan namanya selama ini.

"Sudah hampir setahun saya tidak terlibat dengan kerja-kerja seni terutamanya dalam bidang nyanyian. Sejak kebelakangan ini, tanggungjawab terhadap keluarga menjadi keutamaan saya.

"Mereka memerlukan kehadiran saya di sisi. Selama tempoh itu, fokus saya sentiasa bersama mereka dan kami menjalankan perniagaan berasaskan pelaburan bersama-sama," katanya.

Shahir ditemui di Pertandingan Ceria Futsal Mangga/Masgenuine 2013, Sports Planet Ampang, baru-baru ini.

Dalam majlis anjuran majalah Mangga itu, Shahir bersama beberapa artis seperti Fahrin Ahmad, Aweera, Aidid Marcello mewakili kumpulan Malaysian Artistes Sports Club (MASC) pada pertandingan futsal membabitkan hampir 100 kumpulan remaja itu.

Menurut Shahir, kemunculannya kini adalah untuk mempromosikan lagu Aku yang Berdosa yang dikira sudah agak lama bersiaran tetapi tidak berkesempatan menampilkan dirinya sebagai penyanyi lagu itu.

Dengan semangat yang baharu, Shahir mahu menjadikan kemunculan kali ini lebih menampakkan hala tujunya yang sebenar dalam menempuh karier seni.

"Kebetulan ketika single Aku yang Berdosa dikeluarkan, saya tidak berpeluang mempromosikannya secara rasmi kepada pihak media sebelum membuat keputusan berehat setahun lalu.

"Kini, selain Aku yang Berdosa, terdapat sebuah lagi single yang akan saya promosikan secara rasmi nanti iaitu Dia yang Kau Pilih. Saya berharap dengan usaha yang dilakukan selepas ini, masyarakat akan menilai saya dari sudut kematangan kerja dan terima kasih juga diucapkan kepada peminat yang mendoakan saya agar kembali menyanyi.

"Sekarang adalah masa yang tepat untuk saya membalas semula kepercayaan yang diberikan dan berharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang dipikul sebaik mungkin," katanya.

Jambu bakal difilemkan

Posted: 08 Oct 2013 11:11 PM PDT

OLEH MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
GAMBAR RIDUAN RIZAL AHMAD

Yus (kanan) selesa 'berlawak' bergandingan dengan Tauke.

Kehadiran mereka sebagai pelawak individu dalam program lawak realiti pada mulanya tidak berapa disedari.

Boleh dikatakan status mereka sebagai pelawak ketika itu tidak dirasai oleh kebanyakan peminat lawak jenaka negara.

Namun, diberi peluang kedua dalam satu lagi pertandingan realiti lawak, mereka mengambil keputusan untuk bersatu.

Resipi itu nampaknya menjadi. Akhirnya, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke mula menjadi perhatian.

Bagi Yus, setelah bersama sebagai pasukan Jambu, agak sukar baginya bergerak tanpa kelibat Tauke di sisi.

"Saya sebenarnya lebih selesa kalau Tauke ada bersama dalam setiap persembahan saya sebab itu kekuatan dalam kumpulan Jambu.

"Malah, selepas pertandingan realiti itu, Jambu banyak mendapat tawaran persembahan. Sebab itu, jika ada jemputan untuk membuat persembahan, saya kalau boleh mahu Tauke dijemput sekali ke atas pentas," katanya.

Malah, tambah Tauke, kumpulan Jambu juga buat pertama kalinya akan digandingkan bersama dalam filem.

"Semuanya masih lagi dalam perancangan. Filem ini adalah di bawah terbitan produksi KRU.

"Pengambaran semua masih belum dilakukan lagi, tetapi mungkin akan bermula sekitar bulan Mei tahun hadapan," jelasnya.

Tambah Yus, buat masa ini, mereka masih sibuk bagi menghadapi pertandingan Maharaja Lawak Mega yang akan bersiaran hujung tahun ini.

"Segala persiapan sedang giat dilakukan. Selepas semuanya selesai, baru kami akan memulakan pengambaran. Rasanya sangat gembira kerana ini kali pertama Jambu dipasangkan sebagai teraju utama dalam sebuah filem," jelasnya.

Bakal isteri

Bertemu dengan Yus, berderai hilai tawa melayan kerenahnya yang kelakar. Tetapi, dalam hilai tawa itu, Yus sempat memberitahu yang dia bakal mengakhiri zaman bujangnya hujung tahun hadapan.

Jelas Yus, perancangannya untuk bernikah sepatutnya berjalan tahun ini. Tetapi disebabkan gadis pilihannya itu masih lagi menuntut di peringkat sarjana, maka dia menangguhkan sementara niatnya itu.

"Saya kenal wanita ini di Facebook. Sebenarnya sudah tahun kami berkenalan sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

"Kami berdua sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing dan Alhamdulillah, kedua-dua pihak gembira dengan hajat kami untuk bergelar suami isteri," jelasnya.

Jelas Yus, wanita yang masih dirahsiakan itu berumur 33 tahun, berasal dari Taiping dan bekerja sebagai model sambilan di ibu kota.

Ditanya apa yang membuatkan dia tertarik dengan wanita itu, jelas Yus, di usianya kini, sudah tiba masanya untuk dia memikirkan soal berkeluarga dan menjadi suami.

Tetapi, adakah status pekerjaan wanita itu yang bertugas sebagai model sambilan itu yang buat Yus tertarik untuk menjalin hubungan dengan wanita itu, Yus pantas menafikan.

"Memang, jika boleh kita mahukan pasangan yang sedap mata memandang tetapi ia adalah perkara yang subjektif untuk dinilai.

"Bagi saya, apa yang penting, ketika umur sudah mencecah 30-an, keserasian kedua-dua pihak yang lebih utama.

"Saya mencari pasangan untuk hidup bersama selamanya. Sebab itu, saya mementingkan keserasian hidup bersama dan yang penting wanita itu memahami kerja saya," jelasnya.

Tidak tertekan digelar playboy

Ramai yang berbisik mengenai perihal Tauke kerana kebanyakan majlis yang dihadirinya, pasti dia akan membawa seorang wanita di sisinya.

Malah, dalam laman sosial Instagramnya juga, dia banyak berkongsi gambar bersama dengan gadis-gadis yang berasingan.

Itu menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan bahawa Tauke adalah seorang playboy dan gemar bertukar pasangan.

Bagi Tauke, dia tidak kisah dengan panggilan yang diberi kerana dia tahu apa yang sedang dia lakukan.

"Saya seorang yang jujur. Sebab itu saya tidak pernah berahsia andai saya sedang menjalinkan hubungan dengan sesiapa.

"Tetapi, jodoh terletak di tangan tuhan. Saya sendiri tidak tahu sama ada hubungan saya dengan wanita berlanjutan ke jinjang pelamin atau tidak," jelasnya.

Tambahnya, dia juga tidak hairan andainya ada mulut-mulut dengki yang suka mengata tentang dirinya.

"Biasalah, bila seseorang itu bila sudah stabil, pasti ada sahaja yang tidak berpuas hati bila kita melakukan sesuatu," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bertanding kerana rasa tanggungjawab

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

BEKAS Timbalan Menteri Sumber Manusia ini telah membuat kejutan apabila di saat akhir mengambil keputusan untuk menyertai seorang lagi calon, Raihan Suleiman Palestin menentang penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Dalam satu wawancara dalam program interaktif, Sembang Online baru-baru ini, DATUK MAZNAH MAZLAN (gambar) menjawab semua kemusykilan orang ramai tentang keputusannya itu termasuk tanggapan beliau adalah calon underdog dalam pemilihan sayap parti itu pada 12 Oktober depan.

Antaranya beliau menegaskan dirinya sudah benar-benar bersedia kerana sudah banyak pengalaman yang diperoleh ketika aktif di peringkat Wanita Pusat dan negeri serta kerajaan.

UTUSAN: Apakah sebab Datuk memutuskan untuk bertanding juga tahun ini?

MAZNAH: Saya membuat keputusan bertanding kerana timbul kesedaran dan atas rasa tanggungjawab. Saya sebenarnya sudah ada pengalaman mencukupi di peringkat akar umbi kerana pernah menjadi ahli biasa, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Perhubungan Wanita Pahang. Saya juga sudah menjadi Exco Wanita lebih lima penggal dan juga menerajui Wanita Pahang khususnya dalam pilihan raya kecil dekat 20 kali dan sekarang adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Rompin. Saya turut mempunyai pengalaman berhubung isu-isu berkaitan masyarakat Orang Asli, penduduk di kampung tradisional, bandar dan ladang. Semua pengalaman ini membuatkan saya merasakan mampu untuk menawarkan diri bagi melaksana tugas mencabar sebagai Ketua Pergerakan demi wanita khususnya dalam UMNO.

Apa yang kurang dengan Wanita sehingga mendorong Datuk bertanding dan apa pembaharuan akan dibawa jika menang?

Bukan apa kurang tapi bagaimana nak tingkatkan lagi wanita UMNO. Banyak pembaharuan, antaranya lihat profil keahlian. Kita dapati ramai Wanita UMNO sampai usia 60-70 tahun ada kelebihannya, pengalaman dan sumbangan. Bagaimana beri pengiktirafan, jadikan tokoh-tokoh untuk mantapkan lagi parti.

Golongan muda, sebahagian besarnya profesional dan lain-lain yang punya jangkaan tinggi menyumbang dalam UMNO, bagaimana kedua-dua kumpulan ini bina sinergi produktiviti tanpa bersaing atau rasa waspada antara satu sama lain.

Selain itu, biasa lepas pertandingan akan ada keadaan-keadaan yang mana mungkin berlaku berpuak, biasalah itu. Tanggungjawab pertama adalah menyatukan semula, kerana bersatu itu asas kekuatan dan apa saja kita nak buat kelak. Kita jentera pilihan raya utama, tanggungjawab sosial begitu tinggi, prasyarat ini menyatupadukan wanita bawah satu tanggungjawab yang perlu kita dukung. Lihat ruang serta peluang mengarus perdana wanita UMNO supaya turut sama dengan wanita-wanita lain dalam negara ini bagi mendapat manfaat, ruang dan peluang dalam program transformasi negara.

Kenapa Datuk membuat keputusan untuk bertanding pada saat-saat akhir sehingga menimbulkan persoalan proksi?

MACAM saya jawab tadi, saya rasa bertanggungjawab untuk turut sama dalam barisan calon agar ahli Wanita ada pilihan. Ada pihak yang menuduh saya proksi bekas Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz. Ini berpunca mungkin kerana saya memang rapat dengan beliau. Dahulu saya menjadi Exco semasa beliau menjadi Ketua dan saya juga menjadi Exco ketika Wanita di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman dan sekarang di bawah Datuk Seri Shahrizat. Rafidah adalah antara orang yang saya sanjung kerana beliau kuat bekerja. Saya juga pernah mengikut beliau dalam misi-misi perdagangan ke luar negara. Malaysia mempunyai kelebihan bila Rafidah aktif dalam komuniti antarabangsa. Pemimpin luar sangat kagum dan menghormati beliau kerana semua fakta di hujung jarinya dan tiada siapa yang boleh merendah dan memperkotak-katik beliau. Sanjungan saya kepada beliau bukan bererti saya menjadi proksi beliau. Tidak. Saya bukan proksi sesiapa. Ini keputusan secara spontan dan saya tidak sempat merujuk kepada sesiapa. Saya kena minta maaf kepada ramai orang sebab tidak merujuk kepada mereka terlebih dahulu.

Bagaimana dengan dakwaan Datuk sering ponteng mesyuarat Exco Wanita?

Sebenarnya, bila dilantik sebagai Senator, saya juga masih ADUN di Pahang, maka tanggungjawab di tiga dewan; DUN, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bila dewan bersidang bergilir-gilir, saya perlu ada di sana. Kalau mesyuarat Exco masa sama, tak dapat hadir. Selama 5 tahun sebagai timbalan menteri di dua kementerian, bukan sahaja bantu menteri dalam dewan tapi tanggungjawab lebih besar rapatkan diri dengan kumpulan sasar yang berkepentingan. Saya mendahulukan tugas, bukan sengaja tidak hadir mesyuarat exco. Mesyuarat perlu jadualkan awal, kalau boleh sebulan sebelum tarikh mesyuarat sudah beritahu, jika ubah saat akhir tentu porak peranda jadual kita.

Bagaimana dengan peranan Wanita kini dalam proses meremajakan UMNO?

Proses ini berjalan secara biasa dan normal, yang lama pergi diganti baharu. Wanita dengan adanya Puteri yang masuk, bilangannya lebih teratur, ramai dan sistematik. Mereka ada pengalaman dalam sayap Puteri, kemasukan dalam Wanita akan bawa banyak pembaharuan dan bakal-bakal pemimpin seterusnya, kita takkan ketandusan kepimpinan.

Lebih penting adalah sumbangan, perlu sentiasa ada inovasi dan naik taraf apa sedia ada dalam aspek pentadbiran, pengurusan, kerja amal, gerak kerja lumrah pilihan raya serta pembaharuan-pembaharuan lain. Bercakap tentang peremajaan, memang wanita sudah amalkannya dan sekarang ini untuk kita mantapkan lagi pengisiannya ke tahap lebih cemerlang.

Ramai cendekiawan dikatakan menolak UMNO kerana UMNO tolak mereka, benarkah begitu?

Tidak, saya rasa UMNO keseluruhannya termasuk Wanita mengalu-alukan cendekiawan dan semua profesional mahupun mereka yang tiada pendidikan tinggi sekalipun kerana UMNO menggambarkan keseluruhan masyarakat yang ada di negara ini.

Persepsi UMNO menolak cendekiawan ini saya rasa boleh dibetulkan jika kita bekerjasama, kita tunjuk macam mana nak jadi ahli, dapatkan borang dan tanggungjawab sebagai ahli kepada parti. dan Kadang kala persepsi dengar-dengar hujung telinga sahaja, tak dapat penjelasan yang betul.

Tak apa, dalam transformasi UMNO, kalau sukar jadi ahli di mana-mana tempat ada cara-cara boleh rujuk di ibu pejabat kerana perkara ini dapat diselesaikan. Kalau berminat bersama-sama kita, boleh beritahu saya, saya akan tunjukkan mana cawangan terdekat, ibu pejabat mudah berhubung dan lain-lain.

Kata-Kata akhir Datuk kepada ahli-ahli UMNO yang akan membuat pilihan tahun ini?

TERIMA kasih kepada semua pihak yang berminat dan memandang berat pertandingan serta penawaran diri saya ini sebagai ketua Wanita. Saya rakamkan penghargaan atas peluang-peluang dan juga sokongan-sokongan secara lisan dan lain-lain kepada saya, sudah tentu akan memberi saya kekuatan dan semangat untuk hadapi cabaran ini.

Pertandingan ini dalam keluarga, perlu pada setiap masa kekalkan amalan-amalan baik dan tidak timbul keadaan yang boleh mengguris atau timbulkan ketegangan, itu amat penting. Wajar lihat kemunculan saya dalam gelanggang pertandingan ini sebagai sesuatu yang positif, beri peluang wanita buat pilihan. Sekiranya ditakdirkan saya berjaya, pengalaman-pengalaman saya di akar umbi dan pembuat dasar, Insya-Allah dapat memanfaatkan pergerakan ini, pacu ke tahap kecemerlangan lebih tinggi serentak dengan agenda transformasi negara, terus mantap dan bersedia harungi cabaran-cabaran masa depan.

PRU-14 nanti akan bertambah hebat cabarannya, wanita UMNO perlu letakkan diri, kukuhkan diri, perlu tunjuk imej boleh diterima masyarakat. Jadi satu organisasi dihormati bukan sahaja oleh kawan malah oleh lawan. Wanita pada saya adalah asas kepada sebarang transformasi dan perubahan dalam masyarakat, perlu amalkan nilai-nilai murni, letakkan wanita sebagai pemegang amanah dalam laksanakan satu-satu tugas.

Insya-Allah jika kita dipandang dan dihormati pada semua masa, kita akan jadi jentera pilihan raya lebih berkesan dan menarik lebih ramai orang bersama kita, menyokong kerajaan sedia ada. Ini cabaran-cabaran yang mesti kita fikiran, Insya-Allah kita boleh menyatupadukan wanita menjadi jentera transformasi untuk parti, transformasi negara, jadi kumpulan yang disegani, digeruni dan dihormati.

Menjadi jambatan antara anak muda dengan kerajaan

Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT

Oleh Azman Anuar
rencana@utusan.com.my

Zaman Pemuda UMNO dahulu dengan Pemuda UMNO sekarang kata Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar amat berbeza.

"Dalam era keterbukaan ini, Pemuda tidak boleh lagi jadi golongan pendesak. Pemuda tidak perlu turun ke jalan raya untuk mendesak sesuatu. Kerana tindakan itu sinonim dengan pihak pembangkang.

"Saya lebih suka pendekatan Pemuda yang datang jumpa pemimpin dan mengadakan perundingan. Contohnya saf Pemuda zaman 2008 hingga kini, mengamalkan BN Youth Lab di mana kita mengadakan makmal Pemuda BN. Kita cuba mengatasi kelemahan dan memenuhi keperluan anak-anak muda. Akhirnya kita zahirkan kepada pihak kerajaan.

"Misalnya masalah pekerjaan, perumahan, kos sara hidup, pendidikan dan sebagainya. Akhirnya timbul BN Job Fair, BN Youth Education Scholarship (YES), timbul rumah PR1Ma, kerajaan tubuh Rumah Pertamaku, semua ini adalah desakan daripada Pemuda," kata Jamawi.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom, melihat kesungguhan Pemuda menyelesaikan isu adalah lebih sesuai secara musyawarah berbanding dengan menyuarakannya di jalan raya.

Exco Pemuda UMNO Malaysia itu menegaskan dalam zaman keterbukaan ini ada isu yang boleh dan tidak boleh disuarakan secara terbuka. Oleh itu dalam Pemuda harus ada pemimpin yang memahami bahawa ada isu-isu yang boleh diketengahkan secara meluas dan ada isu yang boleh kita bawa perundingan dengan pihak kerajaan.

"Kita cuba elak hilang sokongan walaupun ada mendesak Pemuda seharusnya lebih lantang, tetapi kelantangan itu bolehkah menarik sokongan atau menghilangkan sokongan?" soal Jamawi.

Dalam keterbukaan berpolitik sekarang beliau yang bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetap yakin matlamat 'alif ba ta' - agama bangsa dan tanah air itu menjadi keutamaan perjuangan. Cuma beliau bimbang kekangan yang dihadapi adalah keterbukaan ini menyebabkan UMNO hilang sokongan.

Oleh itu Jamawi berpendapat perjuangan Pemuda kena ikut kesesuaian. Pemuda harus bergerak untuk menarik sokongan semua kaum. Dalam konteks pemilihan dalam Pemuda UMNO, ia hendaklah mengutamakan pencarian pemimpin bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Menghadapi PRU-14 berbeza cara menghadapi PRU-13 dan PRU-12. Jadi kata Jamawi, kita tidak boleh memikirkan hanya pengundi Melayu, Cina dan India sahaja kerana kita kena fikir juga pengundi bumiputera Islam dan bumiputera bukan Islam, pengundi anak muda Melayu bandar, dan anak muda Melayu luar bandar, isu-isu kebudayaan, kaum dan sebagainya.

"Perkara sensitif inilah yang akan dilambungkan oleh pihak pembangkang. Kita, Pemuda jangan terperangkap untuk smash. Contohnya dalam isu kalimah Allah yang melambungnya ialah Lim Guan Eng. Kemudian kita smash habis-habisan. Akhirnya statistik menunjukkan di Sabah kita hilang 12 kerusi.

"Dalam PRU-12 kita hilang satu kerusi DUN di Tawau dan PRU-13 kita hilang 12 kerusi dan enam kerusi itu adalah kerusi bumiputera bukan Islam. Dan satu kerusi Parlimen yang kita kalah ialah kerusi Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok yang majoriti pengundi Penampang itu ialah bumiputera bukan Islam.

"Malahan Datuk Maximus Ongkili hanya menang kelebihan 600 undi sahaja. Ini yang saya katakan Pemuda harus menjuarai isu. Apa isu yang harus diperjuangkan dan apa isu yang harus dibincangkan. Apa yang harus dibincangkan boleh kita bawa kepada menteri dan apa isu yang harus diperjuangkan, kita bawa ke peringkat akar umbi," jelas Jamawi.

Dalam memperkukuhkan kepimpinan Pemuda UMNO, Jamawi memberitahu beliau lebih suka menjadi orang nombor dua yang setia dalam melaksanakan program dan aktiviti Pemuda.

"Berdasarkan PRU-12 dan PRU-13, tugas untuk menarik sokongan orang muda amat penting. Statistik dalam PRU-13, sokongan pengundi muda Sabah dan Sarawak 82 peratus (%) kepada BN, pengundi muda Melayu luar bandar di Semenanjung 52% mengundi BN manakala pengundi muda Melayu bandar hanya 28 % undi BN.

"Berdasarkan kepada statistik begini, kita cuma menang 133 kerusi Parlimen. Jadi kalau kita mahu menang lebih 133 kerusi, seharusnya perkara pertama iaitu 82% pengundi di Sabah dan Sarawak mesti kita kekalkan. Kedua, sebanyak 52 % pengundi muda luar bandar mesti kita pertingkatkan. Ketiga, pengundi muda bandar kita rungkai dan cari mekanisme bagaimana untuk membela dan bawa mereka mengundi BN.

"Jadi ketiga-tiga perkara ini harus kita buat. Perkara pertama yang ingin saya buat ialah Pemuda dilihat sebagai jambatan kepada kerajaan. Kita mahu parti menguasai kerajaan di peringkat bawahan dapat dizahirkan.

"Contohnya kerajaan peruntukkan RM700 juta untuk Tekun, RM300 juta AIM memperkasakan ekonomi bumiputera, RM1 bilion disediakan untuk Mara menyediakan aktiviti latihan dan kemahiran. Alangkah baiknya kita minta ketua-ketua Pemuda cawangan mengemukakan cadangan ini."

Menurut Jamawi, ada lima skim latihan yang boleh diikuti, skim gunting rambut, latihan membaiki motosikal, latihan kemahiran pendawaian elektrik, latihan membaiki kenderaan dan latihan membaiki pendingin hawa.

Kalau kelima-lima skim latihan dapat diperkasakan di peringkat akar umbi Pemuda, maka sekurang-kurangnya satu kampung mempunyai lima atau enam orang mendapat latihan kemahiran.

Selepas enam bulan atau setahun, mohon modal daripada Mara maka mereka boleh menjadi usahawan kecil di peringkat kampung maka barulah anak-anak muda melihat bahawa transformasi atau pengukuhan ekonomi bumiputera peringkat bawahan dibawa oleh Pemuda.

Inilah mekanisme bagaimana Pemuda UMNO Malaysia dapat menjadi jambatan kepada anak muda dan kerajaan. Dalam tempoh lima tahun ini, jika kita dapat perkasakan maka sokongan rakyat pada PRU-14 akan bertambah kuat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tempat letak kereta dikurang

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Tengku Adnan Tengku Mansor (depan, dua dari kanan) mendengar penjelasan Ahmad Phesal Talib (depan, kanan) selepas merasmikan Majlis Pemasangan Komponen Sistem IBS Bagi Projek Pembinaan Tempat Letak Kereta Bertingkat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Tempat letak kereta di ibu kota perlu dikurangkan bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya juga sedang mengkaji secara keseluruhan untuk menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan di ibu kota.

"Apabila tempat letak kenderaan diperbanyakkan, orang ramai banyak menggunakan kereta. Kita nak mereka menaiki sistem transit aliran ringan (LRT), My Rapid Transit (MRT) bas RapidKL dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pemasangan Komponen Sistem IBS Bagi Projek Pembinaan Tempat Letak Kereta Bertingkat di Taman Botani Perdana hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Najib Mohamad.

IBS adalah sistem atau kaedah pembinaan yang komponennya dihasilkan dalam keadaan terkawal sama ada di kilang atau tapak pembinaan, diangkut, dan dipasang dalam kerja pembinaan dengan penggunaan pekerja yang minimum di tapak projek.Projek tempat letak kereta bertingkat itu menelan belanja sebanyak RM19 juta yang meliputi penyediaan 410 unit tempat letak kereta untuk orang awam, wanita dan orang kurang upaya (OKU) yang dijangka siap Januari tahun depan.

Menurut Tengku Adnan, beliau turut mencadangkan supaya diadakan sistem mekanikal tempat letak kereta bagi menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan di kawasan-kawasan yang sempit.

"Saya sendiri telah diberi taklimat oleh syarikat daripada Korea Selatan yang mana tempat-tempat sempit ini juga boleh dijadikan sebagai tempat letak kenderaan dengan menggunakan sistem lif di situ supaya banyak kereta boleh naik. Ini yang sedang kita lihat untuk menyelesaikan masalah itu di ibu kota," jelasnya.

Beliau juga berharap agar sambutan daripada pengunjung-pengunjung termasuk pelancong luar ke Taman Botani Perdana akan terus meningkat selepas pembinaan tempat letak kereta bertingkat di situ siap.

"Kami juga merancang untuk menyediakan dua buah restoran di tempat letak kereta ini iaitu (restoran) makanan laut dan masakan Melayu tempatan supaya pengunjung dapat menikmatinya di sini, selain mengadakan satu sistem pembayaran tempat letak kereta yang berpatutan," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Phesal berkata, setakat ini sebanyak 170,000 orang telah mengunjungi Taman Botani Perdana sejak tahun lalu dan beliau berharap sambutannya akan terus meningkat.

"Kami telah melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan, naik taraf dari segi pencahayaan dan sebagainya. Saya berharap dengan pelaksanaan ini akan meningkatkan jumlah pengunjung yang datang," katanya.

Katanya, Taman Botani Perdana akan menjalani pembangunan fasa kedua melibatkan pembinaan rumah sampan, kanopi di Plaza Utama, kerja-kerja menaik taraf Taman Rusa dan Kancil Fasa Dua selain beberapa projek yang akan dijalankan dalam masa terdekat termasuk Taman Kanak-Kanak Lat dan sebagainya.

Lagi kolam bermasalah di Bangi

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Azemi Azizan menunjukkan kolam tadahan yang tidak dibersihkan daripada tumbuhan sehingga menyekat aliran air dan disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk.

KAJANG 8 Okt. - Sebuah kolam tadahan di kawasan Taman Impian Putra, Bangi dekat sini disyaki oleh penduduk sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes dan menjadi punca merebaknya demam denggi di taman perumahan itu.

Kolam itu, yang terletak berdekatan deretan rumah di Jalan Dua taman itu dicemari dengan sampah, lumut dan semak-samun.

Airnya yang berwarna hijau turut dikhuatiri menjadi habitat haiwan liar dan berbisa seperti ular sekali gus mengundang bahaya jika kanak-kanak dibiarkan bermain di situ.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah mendedahkan isu sama yang melanda penduduk di Taman Tasik Bangi 3, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Masalah di kawasan itu dijangka selesai tidak lama lagi apabila Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan pihaknya akan membersihkan kolam itu dan telah meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk membersihkan sistem saliran ke kolam berkenaan.

Menurut penduduk Taman Impian Putra, kebimbangan mereka semakin memuncak apabila terdapat di kalangan mereka yang baru sahaja dijangkiti demam denggi.

Penduduk memaklumkan, setakat ini sebanyak 30 penduduk di situ pernah dijangkiti demam denggi termasuk golongan kanak-kanak berusia tiga tahun hingga dewasa berumur 50 tahun.

Difahamkan, kawasan yang didiami kira-kira 1,000 penduduk itu merupakan hot spot denggi sejak empat tahun lalu.

Menurut mereka, inisiatif sendiri seperti beberapa kali membersihkan kolam itu secara bergotong-royong terpaksa dilakukan untuk mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa denggi sedangkan tanggungjawab itu sepatutnya dijalankan oleh agensi yang berkaitan kerana tugas hakiki mereka.

Mereka mengakui perkhidmatan semburan nyamuk ada dilaksanakan oleh agensi berkaitan namun penduduk dijangkiti demam denggi masih kerap berlaku dan jumlah kes semakin meningkat.

Penduduk turut mendakwa kolam tersebut tidak pernah disenggara oleh pihak berwajib sejak 2008.

Selain itu, sistem perparitan di kawasan tersebut turut dipenuhi sampah sekali gus menyebabkan banjir kilat akibat tidak dibersihkan dengan baik.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan itu mendapati longkang di kawasan itu tersumbat, menyebabkan air tidak dapat mengalir ke kolam dan seterusnya ke Sungai Semenyih.

Pengurusan kewangan perlu dipupuk awal

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Pengurusan kewangan perlu dididik sejak peringkat sekolah rendah bagi memupuk tabiat berbelanja secara berhemah dan pelaburan bijak dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, hal ini penting berikutan semakin ramai belia mengalami masalah kewangan serius sehingga mencecah tahap muflis disebabkan pengurusan dana yang teruk.

''Masalah dialami golongan muda kini amat membimbangkan kerana kurang pengetahuan mengurus perbelanjaan yang berkesan dalam kehidupan seharian mereka.

''Oleh itu, percambahan pemikiran serta ilmu kewangan perlu diterap bermula di peringkat sekolah rendah dan menengah supaya pengurusan perbelanjaan yang matang dapat diaplikasikan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan siri animasi televisyen, Cashville Kidz musim kedua di sini hari ini.

Terdahulu, Kain Ching menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Celik Kewangan Nasional 2013 dianjurkan oleh Yayasan Maybank dan Moneytree (M) Sdn. Bhd. (Moneytree).

Yang turut hadir, Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor; Pengerusi Moneytree, Datuk Nik Kamaruddin Ismail dan wakil Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Zainuddin Abas.

Cashville Kidz musim kedua yang merangkumi 24 episod akan disiarkan pada Februari 2014 di saluran Astro TVIQ.

Siri animasi itu menumpukan pelbagai pendidikan kewangan termasuklah faedah menyimpan wang dan memupuk tabiat berbelanja secara berhemah dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Megat Zaharuddin berkata, program televisyen tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan agensi terlibat menyokong pembangunan pendidikan yang menyeluruh untuk golongan muda.

''Sehubungan dengan kejayaan program animasi itu yang berjaya menarik 1.5 juta penonton, kami turut menganjurkan Cabaran Celik Kewangan Nasional 2013 dalam usaha menggalakkan pengurusan kewangan bermula di peringkat sekolah rendah.

''Kami percaya murid-murid yang terlibat dalam cabaran ini akan mempelajari cara melabur wang mereka dengan lebih baik pada masa hadapan di samping memupuk kestabilan ekonomi secara menyeluruh,'' katanya.

Sejumlah 180 buah sekolah rendah menyertai cabaran itu yang bermula awal tahun ini manakala sebanyak 12 sekolah telah berjaya memasuki pusingan akhir yang berlangsung hari ini.

Bagi kategori Maybank dimenangi Sekolah Kebangsaan (P) Treacher Methodist, Perak manakala untuk kategori Yayasan Maybank dan kategori Serantau Moneytree, masing-masing dimenangi oleh (SK) Kundasang, Sabah dan Sekolah Antarabangsa Nobel, Kuala Lumpur.

Pemenang tiap-tiap kategori menerima hadiah wang tunai RM4,000, sijil penyertaan dan trofi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Yuran proses hartanah dinaikkan

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 8 Okt. - Kerajaan negeri memperkenal yuran pemprosesan baharu kepada warga asing yang ingin memiliki hartanah di Johor berkuat kuasa tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latiff Bandi (gambar) berkata, yuran tersebut akan ditentukan berdasarkan nilai hartanah yang ingin dibeli berbanding yuran tetap RM10,000 yang dikenakan pada masa ini.

"Syarat baharu ini bertujuan memelihara kepentingan rakyat negeri ini. Yuran baharu yang bakal dikenakan mungkin antara empat hingga lima peratus berdasarkan nilai hartanah tersebut.

"Syarat ini secara tidak langsung membolehkan kerajaan negeri mengawal penjualan hartanah kepada orang luar sekali gus mampu menambahkan hasil pendapatan negeri," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Industri Hijau 2013 di sini semalam.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Onn Jabbar; Ketua WHIP MPPG, Abd. Rahman Mohamed dan Pengerusi Pertubuhan Arkitek Malaysia Cawangan Selatan, Muhamad Zawawi Zainuddin.

Abdul Latiff berkata, syarat baharu itu penting bagi membolehkan kerajaan negeri mendapat hasil sewajarnya dan hasil terbabit akan digunakan bagi pembangunan rakyat.

"Syarat baharu ini belum lagi dibentangkan dan mungkin akan dikemukakan dalam Bajet 2014 yang dijadualkan tidak lama lagi sebelum dilaksanakan awal tahun depan.

"Kerajaan negeri turut akan mengkaji semula kadar bayaran untuk mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi tapak papan iklan yang terdapat di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, terdapat lebih 1,000 papan iklan di dalam 16 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemiliknya hanya perlu membayar RM100 sebagai bayaran sewa tapak terbabit bagi tempoh setahun.

"Kita akan kaji semula kadar tersebut yang dilihat amat rendah jika dibandingkan dengan pulangan yang diterima syarikat pengiklanan. Kita akan menaikkannya pada kadar yang berpatutan," katanya.

Wabak denggi di Johor meningkat 300 peratus

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

SEKUMPULAN kakitangan Jabatan Kesihatan Johor memeriksa kebersihan di satu kawasan perumahan dalam Ops Gempur Aedes di Batu Pahat, Johor, semalam.

BATU PAHAT 8 Okt. - Jangkitan demam denggi di daerah ini meningkat 93 peratus sejak awal tahun ini sehingga menyebabkan satu kematian gara-gara kesedaran penduduk mengenai wabak tersebut yang semakin berkurangan.

Peningkatan itu juga meletakkan Daerah Batu Pahat sebagai daerah keempat yang mencatatkan kes jangkitan demam denggi tertinggi di negeri ini selepas Johor Bahru, Kulaijaya dan Kluang.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan, Penyakit Bawaan Vektor Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Roslinda Abdul Rahman berkata, peningkatan itu juga menjadikan kes jangkitan demam denggi di negeri ini naik sehingga 300 peratus berbanding tahun lalu.

Menurutnya, sehubungan itu, pihaknya melancarkan operasi khas yang dinamakan Ops Gempur Aedes bagi meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai serta mengesan lokasi Aedes membiak.

Katanya, operasi itu dimulakan sejak Julai lalu di daerah Johor Bahru dan diteruskan di Kulaijaya pada Ogos dan Kluang pada September sebelum di daerah ini.

"Pemilihan empat daerah ini sebagai permulaan operasi kerana empat daerah terbabit merupakan daerah yang tertinggi mencatatkan kes demam denggi sehingga melibatkan sebanyak 11 kematian berbanding satu kematian pada tahun lalu.

"Tumpuan juga lebih diberikan di kawasan bandar seperti taman perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan semak seperti premis kosong yang berpotensi menjadi lokasi pembiakan Aedes," katanya selepas Ops Gempur Aedes di sini pagi ini.

Roslinda memberitahu, operasi yang bermula pukul 9 hingga 7 malam itu disertai sebanyak 194 kakitangan Jabatan Kesihatan dari 10 daerah di negeri ini dan turut dibantu Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)

Katanya, antara lokasi yang diberi tumpuan semasa operasi itu ialah sekitar Kampung Kaki Bukit, Taman Perdana, Taman Industri Wawasan dan Taman Soga kerana terdapatnya penduduk dikawasan tersebut menghidap demam denggi.

"Tujuan utama operasi ini bagi memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran termasuk kawasan kediaman mereka daripada menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Berjaya tanpa segulung ijazah

Posted: 08 Oct 2013 11:11 PM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar JEFRY IRAN

Faradiana Pakhrururzi

KECIL-kecil cili padi', sesuai sekali bagi menggambarkan karakter gadis kecil molek ini, Faradiana Pakhrururzi.

Baru mencecah usia 20 tahun tetapi pengalaman dan pengetahuannya dalam dunia perniagaan sudah boleh dibanggakan.

Bukan sekadar menguruskan restoran, Fakhru Cafe, milik keluarganya, malah dia juga telah memulakan perniagaan tudung secara online.

Senang membahasakan diri sebagai Diana, dia mengakui segala pengalaman dan didikan keluarga menjadikan dia semakin sebati dan bertekad untuk bergelar seorang usahawan berjaya suatu hari nanti.

"Saya sudah bulat hati memilih perniagaan sebagai kerjaya tetap, sebab itu sebagai langkah pertama saya tubuhkan perniagaan secara online.

"Selain modalnya rendah kerana tidak perlu menyewa kedai dan sebagainya, saya lihat perniagaan ini menjadi trend sekarang dan cukup berdaya maju.

"Malah sekarang ini sudah banyak contoh perniagaan secara online yang berjaya dan mencapai tahap antarabangsa," katanya panjang lebar.

Diana mengakui, pilihan untuk berniaga pada usia awal juga didorong oleh keinginan untuk membuktikan bahawa untuk berjaya tidak semestinya memerlukan segulung ijazah.

Memiliki adik-beradik yang rata-ratanya melanjutkan pengajian ke menara gading sedangkan dia memilih untuk ke dunia peniagaan kerana minat, sedikit sebanyak memberi cabaran padanya untuk membuktikan sesuatu .

Berbekalkan kepercayaan bahawa tidak semua orang yang tidak memasuki universiti tidak boleh berjaya , Diana tidak berlengah menyusun arah tujunya.

Malah, keyakinan dan kebolehan yang dimiliki menjadikan dirinya seorang remaja yang komited dan tidak takut berhadapan dengan cabaran dalam dunia perniagaan.

Bercerita lanjut penglibatannya secara serius dalam dunia perniagaan, kata Diana, sejak usia 12 tahun lagi dia sudah didedahkan dengan dunia perniagaan.

"Waktu itu ayah sering menyuruh saya menggantikan tempatnya mengendali restoran seorang diri dan memantau segala urusan yang berkaitan dengan pengurusan di situ.

"Tidak pernah mengelak setiap kali disuruh oleh ayah, malah walaupun masih kanak-kanak saya cuba menjalankan tugasan yang diberikan dengan baik sambil mendapat nasihat daripada keluarga.

" Sehingga kini, segala urusan berkaitan pengurusan di restoran saya yang uruskan bersama seorang lagi kakak. Kadang-kadang sahaja ayah akan pantau kami.

"Keluarga saya berasal dari Kelantan. Kebanyakan mereka menjalankan perniagaan sendiri sama ada secara kecil-kecilan mahupun perniagaan yang besar. 'Darah perniagaan' mereka sedikit sebanyak turut mengalir dalam diri saya," kata Diana.

Ditanya perasaan menggalas tugasan menjaga restoran walau masih di usia muda, Diana mengakui berasa seronok tambahan pula dia sendiri gemar melayan kerenah pelanggan yang berkunjung ke restoran.

Ujar anak kelahiran Kajang Selangor ini, selain bekerja di restoran milik keluarganya, dalam masa yang sama beliau juga ditugaskan untuk menjaga butik pakaian milik keluarga sebelum butik tersebut terpaksa ditutup operasinya buat sementara waktu.

"Saya memang minat berniaga. Tidak kisah apa jenis produk saya akan cuba jual kepada pelanggan. Selain mengawal urusan restoran dan butik, dalam masa yang sama saya menjalankan perniagaan jualan pakaian dan tudung secara kecilan dengan membuka gerai-gerai kecil di dalam Metro Kajang.

"Pengalaman mengendalikan perniagaan di gerai-gerai kecil secara bersendirian sejak berusia 15 tahun menjadikan diri saya lebih berani dan yakin untuk bertemu dan berhubung dengan pelanggan.

"Menjalankan perniagaan, kita akan berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan. Namun, semua ini adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk diterokai," ujar Diana sambil tersenyum.

Ditanya pandangan keluarganya apabila beliau mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam perniagaan, anak ketiga dari lima adik beradik ini mengakui ayah dan ibunya banyak memberi sokongan kepadanya.

"Ayah dan ibu tidak kisah jika saya tidak menjejakkan kaki ke menara gading. Mereka percaya bahawa dengan berniaga juga seseorang itu boleh mencapai kejayaan.

"Malahan mereka sentiasa menggalakkan anak-anak menceburkan diri dalam dunia perniagaan seperti yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Cina yang gemar berniaga dan menggalakkan anak-anak mereka turut serta dalam perniagaan," jelasnya.

Ujar Diana lagi, ke arah memiliki perniagaan sendiri suatu hari nanti, beliau kini telah memulakan perniagaan secara atas talian.

"Perniagaan secara atas talian bermula sejak bulan September lepas. Untuk permulaan, saya berniaga tudung dan selendang.

"Tudung yang dijual adalah rekaan saya sendiri yang didatangkan dalam pelbagai saiz dan warna. Dalam masa terdekat ini juga, saya sedang mengusahakan untuk memiliki jenama sendiri iaitu selendang bydianafakhru," ujarnya.

Selain meminati dunia perniagaan, Diana juga meminati bidang lakonan dan telah membintangi beberapa drama sebagai pelakon tambahan.

"Saya tidak pernah menyangka akan melibatkan diri dalam dunia lakonan. Percubaan saya menghadiri satu uji bakat akhirnya berhasil. Namun, masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang pelakon yang bagus," jelasnya.

Berminat mendapatkan koleksi tudung dari butik atas talian Diana layari facebook dianafakhru collection@yahoo.com atau dianafakhru.blogspot.com.

Fesyen ringkas remaja

Posted: 08 Oct 2013 11:11 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar ZAKARIA IDRIS

Rekaan dres hitam yang menarik dengan jahitan manik mutiara.

REKAAN fesyen pakaian yang sopan, longgar dan moden adalah di antara yang dapat dilihat pada koleksi Butik Zuhaa.

Digayakan sendiri oleh pemiliknya, Farhanah Fauzy, semua koleksi ini merupakan rekaan beliau sendiri yang mempunyai minat dan bakat dalam seni rekaan fesyen dan tudung.

Walaupun sekadar rekaan yang ringkas namun potongan dan kombinasi warna menjadikan koleksi fesyen beliau amat digemari oleh golongan berusia 20 an hingga 40 an.

Kadang-kadang rekaan yang sedang menjadi trend kini dipermodenkan semula bagi kesesuaian semua.

Tiga jenis fabrik menjadi pilihan utama bagi rekaan Zuhaa, iaitu sutera satin, syifon dan krep.

Mereka yang sukakan fabrik berkilat boleh memilih rekaan yang dibuat daripada sutera satin, syifon pula menjadikan pakaian nampak jatuh dengan cantik sementara krep untuk mereka yang sukakan kesederhanaan dan tidak mahu nampak berkilat.

Mudah digayakan dan selesa dipakai di banyak tempat, koleksi ini diterima baik oleh wanita yang bertudung mahupun yang tidak.

Bagi rekaan yang menggunakan fabrik yang bercorak dan menjadi pilihan wanita bertudung, mereka boleh memadankannya dengan koleksi tudung syifon, renda dan kain kapas yang turut disediakan di butik tersebut.

Begitu juga dengan rekaan yang polos, cantik digayakan bersama selendang berukuran lebar yang boleh dipilih daripada pelbagai corak dan warna.

Lebih banyak rekaan pakaian dan tudung dapat dilihat jika membuka Facebook Zuhaa.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved