Sabtu, 10 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Keluar negara bawa minyak, masuk Malaysia bawa dadah

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

MACHANG 10 Mei - Polis percaya terdapat penyeludup petrol dan diesel subsidi yang bersubahat dengan sindiket pengedaran dadah untuk membawa bahan larangan tersebut masuk ke negeri ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya mula mengesan kegiatan yang dilakukan secara tukar barang (barter trade) tersebut sejak awal tahun ini.

Trend penyeludupan minyak diselang-selikan dengan dadah ini telah kita kesan sejak Januari.

Mereka melakukan dengan cara barter trade iaitu seludup keluar minyak ke Thailand dan pada masa sama, bantu sindiket di sana bawa masuk dadah ke negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya akan bertemu pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri bagi membincangkan isu itu lebih lanjut.

Operasi membanteras pengedaran dadah selepas ini akan turut menyasarkan penyeludup minyak meskipun perkara tersebut di bawah bidang kuasa PPDNKK.

Kita akan bertemu pihak PPDNKK dalam masa terdekat untuk menyelaraskan operasi bersama mereka," katanya.

Bot nelayan bawa 30,000 liter diesel ditahan

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

LUMUT 10 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan membawa muatan diesel sebanyak 30,000 liter yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM39,000 di perairan Perak, kira-kira 30.6 kilometer dari Pulau Pangkor, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.25 petang, bot nelayan tersebut yang berpangkalan di Matang, Perak, dikesan bersauh dalam keadaan mencurigakan sebelum dipintas oleh sebuah bot laju Maritim Malaysia ketika melakukan rondaan dan penguatkuasaan.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3 Lumut, Kepten Maritim Abdul Razak Johan berkata, hasil pemeriksaan mendapati tempat menyimpan ikan di bot berkenaan telah diubah suai untuk membawa lapan tangki minyak berisi diesel tersebut.

Siasatan awal mendapati bot berkenaan telah membeli minyak diesel itu daripada sebuah kapal dagang di perairan antarabangsa dengan harga RM1.30 hingga RM1.40 seliter.

Namun, kita masih belum dapat memastikan identiti kapal dagang tersebut termasuk sama ada kes ini melibatkan diesel subsidi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, ekoran penahanan itu, seorang tekong dan awak-awak warga Thailand masing-masing berusia 32 dan 36 tahun telah ditahan kerana bekerja tanpa permit selain menggunakan bot yang telah tamat tempoh lesennya.

Menurut beliau, hasil keterangan tekong berkenaan, mereka telah diberi upah sebanyak RM100 seorang untuk tugas tersebut.

Kesalahan ini disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat lesen beroperasi dengan lesen tamat tempoh selain menggaji pekerja asing tanpa permit serta Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) 1985 iaitu membawa kargo tanpa kelulusan Pengarah Jabatan Laut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai terutamanya nelayan yang ternampak kegiatan mencurigakan di perairan Perak, boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian 999 atau hotline Daerah Maritim 3 Lumut iaitu 05-6838737.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Selangor rampas takhta liga

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

PENYERANG Pahang, Dickson Nwakaeme (tengah) dihalang oleh dua pertahanan Selangor, Mohd. Rizal Fahmi (kanan) dan Stilianos Pantelidis (kiri) daripada membuat percubaan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. Selangor menang 1-0. - MINGGUANMAHATHIR ALI

KUALA LUMPUR - Jaringan penyerang dari Indonesia, Andik Vermansah pada minit ke-64 memusnahkan rekod tanpa kalah Pahang di Stadium Darul Makmur, sekali gus membantu Selangor merampas kedudukan teratas Liga Super daripada skuad Tok Gajah dengan kemenangan 1-0 malam tadi.

Selangor, yang sebelum perlawanan menghuni tempat kedua, hanya ketinggalan kepada Pahang berdasarkan jumlah gol, kini mengumpul 31 mata manakala Pahang di anak tangga kedua dengan 28 mata.

Biarpun mendominasi perlawanan seawal perlawanan bermula, namun pasukan bimbingan jurulatih, Zainal Abidin Hassan itu gagal memanfaatkan peluang untuk sekurang-kurangnya mendapat gol penyamaan biarpun memiliki banyak peluang.

Selangor pula harus berterima kasih kepada penjaring terbanyaknya, Paulo Rangel, yang walaupun tidak menemui gawang namun masih mampu menyumbang gerakan untuk menghasilkan gol 19 minit selepas babak kedua berlangsung.

Dikelilingi pertahanan lawan di luar kotak penalti, penyerang dari Brazil itu menyepak leret kepada Andik yang membuat larian untuk menewaskan pertahanan tuan rumah, disusuli dengan rembatan yang menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd. Nasril Nourdin yang menggantikan Mohd. Khairul Azhan Khalid yang mengalami kecederaan.

Sementara itu di Stadium Shah Alam, Kelantan menewaskan PKNS 2-0 hasil jaringan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pada minit ke-43 dan Francis Forkey Doe dua minit sebelum perlawanan tamat.

Keputusan perlawanan mungkin berbeza jika penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat gagal menyelamatkan sepakan penalti Karlo Primorac pada minit ke-38.

Pengadil perlawanan, Teo Hee Lon memberikan sepakan penalti kepada PKNS selepas tonggak import mereka, Kim Dong Chen dijatuhkan Zairul Fitree Ishak dalam kotak penalti.

Khairul Fahmi bagaimanapun berjaya membaca gerakan sepakan penalti pemain dari Croatia itu untuk menepis bola di kiri gawang.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sime Darby meraih mata penuh apabila mengejutkan Sarawak menerusi kemenangan 3-2, apabila pemain import mereka Dilshod Sharofetdinov menyumbang dua gol pada minit ke-30 dan masa kecederaan separuh masa pertama.

Sarawak terlebih dahulu berada di depan dengan memperoleh jaringan seawal minit kelapan melalui S. Chanturu dan mereka menggandakan gol melalui pemain import Ryan Griffiths pada minit ke-22.

Gol kemenangan Sime Darby hadir enam minit sebelum perlawanan tamat menerusi jaringan Mohd. Syukur Saidin.

Fatehah tempah slot akhir pecut

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
sukan@utusan.com.my

FATEHAH Mustapa (depan) memecut sambil cuba dikejar oleh Sandie Claire pada separuh akhir acara acara pecut Grand Prix Pertama Asia Tenggara 2014 di Velodrom Cheras, Kuala Lumpur semalam. - MINGGUAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR - Pelumba wanita negara, Fatehah Mustapa mara ke pusingan akhir acara pecut Grand Prix Pertama Asia Tenggara 2014 yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Pelumba yang mewakili Yayasan Sime Darby (YSD) Track Team itu ke pusingan akhir selepas mengetepikan cabaran pelumba kelahiran Perancis dari pasukan US Cretel, Sandie Clair pada pusingan separuh akhir.

Fatehah akan bertemu Virginie Cueff yang mewakili pasukan Ireland, selepas pelumba dari Perancis itu menewaskan rakan senegara yang beraksi untuk pasukan Mainvilliers, Melissandre Pain.

Fatehah mengakui terkejut apabila berjaya ke pusingan akhir kerana sewaktu ujian masa dia sekadar menduduki tangga ketiga di belakang Claire dan Cueff.

Saya memang sangat terkejut dan tidak menjangka ke pusingan akhir kerana Claire lebih pantas daripada saya dan dia merupakan pelumba kedua terpantas ketika sesi ujian masa berlangsung.

Menjadi satu cabaran buat saya untuk mencipta kemenangan pada pusingan akhir kerana cabaran saya esok (hari ini) adalah Cueff yang merupakan pelumba terpantas ketika sesi ujian masa," katanya yang akan menyertai Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2014 di Astana, Kazakhstan hujung bulan ini.

Perlumbaan akhir yang sepatutnya turut berlangsung semalam ditunda ke hari ini akibat hujan lebat.

Mengulas mengenai pusingan akhir, Fatehah berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk meraih kejayaan bagi acara pecut kerana lebih tertumpu kepada acara Keirin yang juga akan berlangsung hari ini.

Sementara itu, pentas akhir acara pecut lelaki akan menyaksikan pertembungan dua pelumba negara iaitu Muhammad Shah Firdaus Shahrom dan Muhammad Edrus Md. Yunos selepas masing-masing melakar kejayaan pada peringkat separuh akhir acara itu.

Muhammad Shah Firdaus menewaskan pelumba veteran negara, Josiah Ng manakala Muhammad Edrus mencatatkan kemenangan ke atas pelumba Perancis dari pasukan Racing Colombo, Quentin Lafargue.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Muip-Felcra teruskan kerjasama

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

ADNAN Yaakob (dua dari kiri) melihat dokumen perjanjian kerjasama antara Muip dengan Felcra sambil diperhatikan oleh Wan Abdul Wahid Wan Hassan (kiri), Hazrinor Hisham Harun (dua dari kanan) dan Muis Damori dalam Majlis Penyerahan Rasmi Projek Pembangunan Ladang Muip di Kuantan, kelmarin. - MINGGUAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 10 Mei - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) akan meneruskan kerjasama dengan Felcra Berhad dalam membangunkan ladang kelapa sawit yang telah dimulakan sejak 2001.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, ini susulan kejayaan pembangunan ladang yang dimeterai oleh kedua-dua pihak sebelum ini melibatkan kawasan seluas 640 hektar.

Felcra Berhad berjaya menguruskan dengan baik. Ini dapat dilihat melalui kos keseluruhan pembangunan ladang berjumlah RM9.4 juta berbanding siling peruntukan yang dipohon berjumlah RM11 juta.

Muip juga memperoleh hasil tuaian buah sawit berjumlah 24.8 tan metrik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Rasmi Projek Pembangunan Ladang Muip di Mukim Penyor, Pekan oleh Felcra Berhad di sini semalam.

Majlis itu disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Muis Damori dan Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Pahang, Datuk Hazrinor Hisham Harun.

Menurut Wan Abdul Wahid, kerjasama itu tidak bermotifkan keuntungan tetapi menjurus kepada khidmat sosial kepada agensi kerajaan untuk membantu meningkatkan ekonomi, menawarkan peluang pekerjaan dan perpindahan teknologi kepada Muip.

Ladang ini juga bakal memberi pendapatan tetap kepada Muip dalam tempoh 25 tahun akan datang dan akan digunakan semula bagi membantu menambah kemudahan infrastruktur dan bantuan kepada umat Islam di negeri ini.

Muip menubuhkan anak syarikat yang dikenali sebagai Muip Plantations Sdn. Bhd. bagi pengurusan ladang yang lebih tersusun," katanya.

Paparkan bahan sejarah secara kreatif

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

KUALA LIPIS 10 Mei - Golongan sejarawan negeri ini diminta memaparkan bahan secara kreatif mengenai pergolakan yang berlaku dalam kalangan masyarakat lampau mengenai bidang pembangunan ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya menerusi persepsi baharu yang lebih segar.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, kesanggupan mereka menggunakan pemikiran dan pengalaman masing-masing itu dapat menangkis serangan pihak tertentu yang cuba memperlekehkan sejarah negara ini.

Tambahnya, langkah tersebut akan dapat membantu kerajaan mengembalikan keyakinan golongan muda terhadap dasar politik dan pembangunan ketika ini.

"Kerajaan negeri berharap sejarah Kesultanan Melayu, warisan, tokoh atau negarawan perlu dipulihara dalam bentuk pendidikan dan bukan hanya untuk pameran berkala semata-mata," katanya demikian selepas melancarkan Karnival Warisan Sejarah dan Budaya di Kampung Budu Benta, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Lipis, Datuk Ahmad Daud; Pengarah Kolej Komuniti Lipis, Drs. Anuar Ralib dan Pengasas Pusat Pembangunan Modal Insan, Roslizan Ahmad Mahidin.

Mohd. Soffi berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat segelintir golongan muda yang tegar dengan dakyah pihak tertentu dan perlu disedarkan semula dalam bentuk motivasi membabitkan pendekatan pemimpin setempat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Thailand semakin meruncing

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

Penyokong Baju Merah prokerajaan memegang gambar Yingluck ketika mereka berhimpun di Bangkok, semalam. - AFP

BANGKOK 10 Mei - Pergerakan Baju Merah yang menyokong kerajaan hari ini mula berhimpun di barat ibu negara ini untuk mempertahankan kerajaan yang cuba digulingkan oleh penunjuk perasaan anti kerajaan selepas bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra disingkir Mahkamah Perlembagaan, menimbulkan kebimbangan berlakunya pertempuran antara kedua-dua kumpulan tersebut.

Perhimpunan oleh Baju Merah itu berlaku sehari selepas penunjuk perasaan antikerajaan yang berkempen selama enam bulan untuk menggulingkan Yingluck mengadakan demonstrasi di stesen-stesen televisyen, bangunan-bangunan kerajaan dan menuntut ahli Parlimen membantu mereka melantik seorang perdana menteri sementara, Isnin ini.

Ketua kumpulan Baju Merah, Jatuporn Prompan berkata, mereka akan terus berhimpun selama mana demokrasi di negara ini tidak selamat.

Beliau pada masa sama memberi amaran sekiranya rampasan kuasa atau pelantikan seorang perdana menteri tanpa dipilih rakyat, kumpulan Baju Merah akan meningkatkan perjuangan mereka dengan segera.

Bagaimanapun, Jatuporn tidak menyatakan jenis tindakan yang akan diambil kumpulan itu namun beliau membayangkan tindakan tersebut akan diambil secara aman kerana mereka tidak mahu melihat orang ramai terbunuh atau cedera.

Dalam pada itu, pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban memberitahu pengikutnya malam tadi bahawa Dewan Senat sepatutnya memilih seorang perdana menteri baharu dengan segera terutamanya selepas Dewan Rendah telah dibubarkan, Disember lalu.

Perkara ini mesti berakhir sebelum Isnin. Kami sudah bersedia untuk merampas pejabat perdana menteri. Sekiranya ia tidak selesai maka kami akan bertindak sendiri," kata Suthep.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam konflik politik negara ini kerana tindakan seperti rampasan kuasa oleh tentera tidak akan menamatkan konflik tersebut.

Katanya dalam wawancara radio hari ini, orang ramai perlu memahami tugas tentera dan tidak terpengaruh dengan desakan daripada mana-mana pihak.

Kedua-dua parti terlibat dalam konflik tersebut perlu menyelesaikan konflik itu menerusi saluran perundangan," lapor laman web akhbar Bangkok Post. - AGENSI

Penduduk Homs mula pulang

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

PENDUDUK Syria kembali ke kawasan perumahan mereka di Hamidiyeh di bandar lama Homs, kelmarin. - AFP

HOMS, Syria 10 Mei - Kumpulan terakhir penentang kerajaan Syria mula meninggalkan bandar Old City di Homs, semalam di bawah perjanjian yang dilihat memberi kemenangan simbolik kepada kerajaan ketika penduduk bandar itu mula pulang ke kediaman masing-masing yang hanya tinggal runtuhan batu.

Pengunduran itu menyaksikan kumpulan penentang kerajaan tersebut hanya akan berada di satu daerah di pinggir bandar ini yang pernah menjadi pusat revolusi bagi menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Ketika tentera memasuki bandar ini bagi membersihkan kawasan itu daripada bahan letupan, beratus-ratus penduduk mula kembali bagi melihat keadaan rumah mereka di Hamidiyeh, sebuah daerah dihuni penduduk Kristian di Old Town yang menjadi sasaran serangan bom setiap hari dalam tempoh dua tahun.

Tinjauan wartawan AFP mendapati, kebanyakan penduduk sedih dan menangis ketika mereka memeriksa kerosakan rumah mereka.

Seorang penduduk dikenali sebagai Wafa berkata, rumahnya musnah teruk ekoran pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan penentang.

Saya telah melihat gambar rumah saya musnah menerusi laman Facebook, namun saya sukar mempercayainya. Saya mahu melihat dengan mata saya sendiri," kata seorang lagi penduduk di Hamidiyeh, Jaqueline Fawwaz, 30.

Konvoi terakhir kumpulan penentang mula keluar daripada Old City selepas proses pemindahan itu tertangguh semalam sehari ekoran tindakan satu lagi kumpulan penentang kerajaan dari utara Syria menyekat penghantaran bantuan makanan ke dua bandar prokerajaan di wilayah Aleppo.

Penghantaran bantuan itu merupakan sebahagian daripada pertukaran yang menyaksikan kira-kira 2,000 orang kebanyakannya penentang meninggalkan Old City dengan jaminan laluan yang selamat.

Gabenor Homs, Talal al-Barazi berkata, mereka telah selesai mengundurkan pasukan bersenjata dari bandar Old City, proses yang bermula sejak Rabu lalu. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Senaman untuk kerjaya

Posted: 10 May 2014 06:34 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar MOHD. SHAHARANI SAIBI

AKTIVITI santai begini boleh dilakukan sama ada di sebelah pagi atau petang sebagai rutin kehidupan bagi menjamin kesihatan terpelihara.

Gaya hidup sihat kini bukan lagi asing dalam kehidupan seorang yang bergelar selebriti apatah lagi mereka perlu tampil segar dan bertenaga untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sedar dengan kepentingan itu, dua orang selebriti muda yang lahir daripada pertandingan realiti nyanyian dan lakonan, Aman, 22, dan Fyzreen, 26, tidak lupa untuk menyelitkan aktiviti senaman sebagai sebahagian daripada jadual mingguan mereka.

Bagi Aman yang menyertai program Bintang RTM, bergelar seorang penyanyi dan pelajar dalam masa yang sama bukanlah alasan untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Memang saya akui menjadi seorang pelajar universiti, jadual memang sibuk dengan dengan kelas dan aktiviti mengulang kaji.

Apatah lagi selalunya di sebelah malam, saya dijemput untuk mengadakan persembahan nyanyian. Jadi mahu atau tidak, saya perlu membahagikan masa dan bersenam sekurang-kurangnya sekali seminggu," jelasnya.

Tambah Aman lagi, dia sendiri mengamalkan senaman bukan sahaja untuk nampak sihat, tetapi juga untuk mengekalkan stamina.

Bila kita menyanyi, kadang-kadang akan berlaku masalah semput dan ia menyukarkan seorang penyanyi jika stamina kita bertambah kurang," jelasnya.

Jelas Aman atau nama sebenarnya, Salman Naim Mubarak Mohd. Ziki lagi, menghirup udara segar di taman juga menjadi penyebab kenapa dia gemar melakukan aktiviti riadah.

Kadang-kadang saya pergi tidak bersenam pun. Sekadar menghirup udara segar di taman dan berjalan-jalan di sekitar pun sudah mencukupi.

Bagi saya, bila jarang melakukan senaman, badan jadi berat dan itu yang boleh membuatkan seseorang sering menjadi lemah dan malas," katanya.

Menjadi seorang pelajar juga banyak membuatkan Aman perlu untuk kekal sihat dan menjadi seorang penyanyi memerlukan dia untuk tampil dengan tubuh badan yang menarik.

Itu satu lagi kepentingan bersenam pada saya dalam usaha untuk mengekalkan tubuh badan saya," jelasnya.

Tambah Aman, sekiranya dia tidak berpeluang untuk meluangkan masa di taman pada waktu sebelah petang atau pagi, dia akan singgah ke gimnasium berdekatan rumahnya.

Kalau kita pergi ke gimnasium, waktu itu lebih fleksibel ia adalah aktiviti yang dilakukan di waktu malam jadi masih ada masa.

Tapi kalau gimnasium, saya lebih selesa untuk sekadar mengikut rakan-rakan, sebab ada di antara mereka yang selalu pergi ke gimnasium.

Jadi tidaklah kekok sangat menggunakan peralatan yang ada. Lagipun, jika mereka ada, boleh juga saya tanya apa yang boleh saya lakukan sepatutnya," katanya.

FYZREEN membantu Aman melakukan push up untuk memecahkan lemak di bahagian perut dan paha.

Fyzreen mahu badan cergas

Bagi gadis genit yang lahir daripada rancangan realiti lakonan ini pula, mempunyai kerjaya tetap sebagai akauntan dan menjadi pelakon memerlukan dia untuk mendapat tubuh badan yang cergas.

Saya sebenarnya mempunyai kerjaya tetap sebagai seorang akauntan di salah sebuah syarikat di ibu kota.

Alhamdulillah, walaupun mempunyai kerjaya tetap, majikan saya tetap memberi saya peluang untuk menceburi dunia lakonan asalkan saya tidak mengabaikan kerja hakiki saya," jelasnya yang pernah menyertai program Anak Wayang.

Tambahnya, itu yang membuatkan dia kadang-kadang terpaksa bekerja di hujung minggu bagi menyiapkan kerja-kerja yang perlu dihantar pada tarikh yang ditetapkan.

Memang bila ada yang dengar saya buat dua kerja sekali, ada yang cakap saya boleh mengalami tekanan dan sebagainya tetapi bagi saya, saya senang dengan apa yang saya lakukan sekarang.

Malah, jadual lakonan saya sedikit pun tidak terganggu dengan waktu kerja saya. Itu yang saya bersyukur dengan kerja yang saya ada sekarang," jelasnya.

Tambahnya lagi, bagi mengelakkan dirinya tekanan, itu yang membuatkan dia melakukan aktiviti riadah sebagai salah satu cara mengurangkan tekanan pada dirinya.

Bila kita melakukan aktiviti riadah di taman dengan melakukan senaman, sebenarnya ia banyak membantu terutamanya pada diri seseorang itu.

Kerja yang terlalu banyak boleh menyebabkan badan seseorang itu lemah dan bila kita melakukan senaman sambil menghirup udara segar, ia sebenarnya mampu mencergaskan diri," jelasnya.

Tambah Fyzreen atau nama sebenarnya Fyzreen Damira Ahmad Farid lagi, biasanya dia akan melakukan senaman di taman-taman riadah kerana udaranya yang segar.

Bekerja di ibu kota ini memang sangat terdedah dengan udara yang tidak baik untuk tubuh badan, jadi bila dapat meluangkan masa di taman-taman sekurang-kurangnya dapatlah menghirup udara yang segar," jelasnya.

Tambah Fyzreen lagi, di taman-taman juga sekarang ini sudah semakin banyak peralatan yang disediakan untuk senaman dan bukan sekadar melakukan jogging sahaja.

Peralatan sudah banyak yang boleh digunakan. Kalau tidak mahu berlari, boleh gunakan peralatan percuma yang disediakan.

Saya rasa, jika saya tidak melakukan aktiviti senaman pasti badan akan menjadi lemah dan ia akan membuatkan diri saya sendiri kurang produktif," ujarnya.

Ji Hyun Woo terus berlakon

Posted: 10 May 2014 06:34 AM PDT

BERSAMA NOONA KHA-DIJAH
(ijah_pg@yahoo.com)

Ji Hyun Woo tidak tunggu lama untuk berlakon.

SEBAIK sahaja tamat menjalani perkhidmatan tentera pada 6 Mei baru-baru ini, Ji Hyun Woo, 30, yang disambut oleh kira-kira 100 peminat dari Korea, China dan Jepun di Wonju, Gangwondo tanpa berlengah terus memberi kata persetujuan untuk berlakon dalam drama Trot Lovers terbitan KBS.

Sewaktu perjumpaan tersebut teman wanitanya, Yoo In Na tidak turut serta kerana sibuk dengan jadual kerja yang memerlukan dia menjalani penggambaran di China.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan tentera, komander dan kadet yang telah menolong saya sepanjang berada dalam perkhidmatan tentera. Kerjasama mereka membuatkan saya dapat melakukan tugasan dengan sempurna.

Lama juga saya tidak bertemu dengan para peminat dan sebab itulah saya cuba untuk bermesra semula dengan anda semua. Untuk permulaan saya ingin menghabiskan masa dengan keluarga dan memberi hadiah kepada peminat dengan menampilkan diri dalam sebuah drama," katanya pada perjumpaan tersebut.

Dalam pada itu, Ji Hyun Woo juga berkata yang dia bakal tampil dengan imej baharu, bukan sebagai sarjan Joo Hyun Tae (nama sebenarnya) tetapi sebagai Jang Jun Hyun, watak yang bakal dilakonkannya dalam drama Trot Lovers

Menurut wakil produksi KBS, karakter Jang Jun Hyun memerlukan aktor itu berlakon dan menyanyi. Watak itu memang sesuai dengan dirinya selepas dua tahun tidak berlakon.

Trot Lovers adalah kisah romantik komedi tentang Choi Choon Hee, seorang wanita berusia 20-an yang berbakat sebagai penyanyi trot dan dia bertemu dengan Jang Jun Hyun, pemuzik ternama untuk membantunya menjadi popular. Kemungkinan penyanyi IU akan berlakon dalam drama ini," katanya.

Dalam pada itu wakil agensi Yoo In Na, YG Entertainment tampil menjelaskan kenapa dia tidak turut serta merai kepulangan Ji Hyun Woo.

Yoo In Na ketika ini sibuk dengan jadual kerja rakaman untuk sebuah dokumentari dan sebab itulah dia tidak dapat hadir. Selain itu dia juga sibuk menjalani penggambaran filem di Korea dan China untuk filem Wedding Bible. Walaupun dia tidak hadir hari ini, itu tidak bermakna yang hubungan mereka putus. Mereka masih lagi berpasangan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Buku murah melalui

Posted: 10 May 2014 06:34 AM PDT

https://www.facebook.com/leverrabookstoreonline

ADAKAH kamu seorang remaja yang minat membaca buku atau novel tetapi terlepas untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, baru-baru ini?

Jika ya, kamu tidak perlu berasa risau kerana mungkin buku-buku yang kamu ingini itu boleh didapati melalui Leverra Bookstore Online!

Melalui laman sosial Facebook, admin Leverra Bookstore Online juga menawarkan pakej-pakej menarik dengan harga berpatutan untuk mempelbagaikan lagi pilihan yang boleh didapati oleh pelanggan.

Meskipun, adminnya masih baharu dalam penjualan buku secara dalam talian, namun sebagai pelanggan, kamu tidak perlu berasa khuatir kerana Leverra Bookstore Online mampu menyediakan servis perkhidmatan mengikut kepuasan hati kamu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jangan semberono haramkan GST

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

Oleh Dr Asyraf wajdi Dusuki

Polemik mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) nampaknya bukan lagi setakat berlegar seputar hujah-hujah ekonomi dan sara hidup. Kini semakin ramai mufti-mufti segera yang mengharamkan GST atas hujah simplistik dengan mengatakan Rasulullah SAW tidak pernah mengiktiraf sumber negara selain zakat dan sedekah.

Jika semudah itulah hukum haram dijatuhkan kepada GST maka segala cukai-cukai yang selama ini dikutip kerajaan juga haramlah jawabnya. Ini kerana kaedah fekah menyebutkan Apa yang diharamkan untuk dilakukannya, maka haram untuk mengambilnya".

Justeru segala pendapatan juga jadi haram kerana lebih 70 peratus hasil negara hari ini bergantung pada cukai tidak kira cukai langsung seperti cukai pendapatan mahupun cukai tidak langsung termasuklah duti kastam, duti eksais, cukai perkhidmatan dan cukai barangan.

Maka bukan sahaja kesan haram ini terpakai kepada Kerajaan Persekutuan sahaja, malah kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah Pakatan termasuklah negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor juga dianggap menerima pendapatan haram daripada pelbagai jenis cukai yang dikenakan termasuklah cukai tanah, cukai pintu, cukai perniagaan dan bermacam lagi.

Sebab itulah dalam Islam, hukum halal-haram tidak boleh sewenang-wenangnya dijatuhkan berasaskan sentimen dan kefahaman dangkal mengenai satu-satu perkara. Malah menghalalkan yang haram mahupun mengharamkan yang halal boleh menjatuhkan seseorang kepada kekufuran.

Berbalik kepada isu fatwa-fatwa jadian mengenai pengharaman GST ini, persoalan asas yang perlu dibangkitkan, apakah benar cukai tidak dibenarkan dikutip oleh kerajaan?

Sebelum mengupas lanjut, perlu difahami bahawa permasalahan cukai adalah termasuk dalam ruang-lingkup Siyasah Syariyyah iaitu pentadbiran hal-ehwal awam negara Islam yang perlu diteliti aspek mencapai kemaslahatan (kebaikan) dan menolak kemudaratan selagi tidak melanggar batas-batas Syariah dan prinsip-prinsip umumnya.

Dalam konteks muamalah atau hal-ehwal keduniaan, Islam membuka ruang kepada pelbagai ijtihad dan pandangan yang boleh berubah mengikut zaman dan tempat kerana prinsip digariskan Allah: Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran" (Al-Baqarah:185).

Cukai dalam istilah Arab dipanggil dharibah. Malah ada juga ulamak yang mengaitkan istilah al-maks juga membawa makna cukai berasaskan Hadis Nabi SAW: Sesungguhnya penguasa yang mengenakan Maks (cukai) adalah di dalam neraka" (Riwayat Ahmad).

Sesetengah ulamak menggunakan dalil inilah bagi mengharamkan sebarang bentuk cukai yang dikenakan ke atas rakyat. Ini kerana dalam kaedah usul fiqh, sebarang ancaman neraka menerusi nas membawa pengertian bahawa perkara yang disebutkan adalah haram.

Namun sebahagian ulama lain termasuklah Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr Ali Muhydin Al-Qurrah Daghi mempunyai pandangan berbeza dengan menegaskan bahawa kalimah Maks di dalam konteks hadis ini membawa maksud khusus iaitu sejenis cukai yang diwajibkan oleh sebahagian pemerintah dan penyokong mereka untuk bersenang-lenang dengannya walaupun menyempitkan rakyat mereka" (Al-Qaradawi, Kitab Fiqh al-zakat).

Pendekatan

Justeru mereka berpandangan pengambilan cukai sebagai tambahan kepada zakat, sedekah, jizyah dan ushur adalah harus bagi memastikan kerajaan dapat mengurus kemaslahatan ummah seperti membangunkan kebajikan rakyat, bayaran gaji pekerja kerajaan dan penyedian infrastruktur untuk kemudahan rakyat.

Pandangan ini berasaskan kaedah fekah yang masyhur iaitu: Pendekatan atau tindakan seseorang pemerintah kepada rakyatnya adalah berasaskan kemaslahatan" (Imam As-Suyuuti, Kitab Al-Ashbah Wan Nazooir).

Pendekatan inilah yang diambil oleh para sahabat khususnya Khalifah Umar al-Khatab yang antara terawal melakukan ijtihad baru mengenakan cukai Kharaj (cukai tanah). Ini kerana, Khalifah Umar RA mula melihat kemaslahatan atau keperluan untuk menjana pendapatan lain apabila wilayah kekuasaan Islam berkembang ke Iraq, Syam dan Mesir terutamanya bagi menampung keperluan perbelanjaan pertahanan, penggajian tentera dan kakitangan kerajaan yang menguruskan hal-ehwal rakyat.

Ini dinukilkan oleh Imam Abu Yusuf dalam kitab Al-Kharaj yang ditulis beliau bagi memahamkan Khalifah Kerajaan Abbasiyyah paling berpengaruh dan dikenali sebagai raja yang warak iaitu Khalifah Harun Ar-Rasyid (786-809 Masihi):

Khalifah Umar berijtihad untuk perkenalkan cukai Kharaj setelah bermesyuarat dengan pimpinan dari kalangan Ansar dan Muhajirin akan keperluan menampung perbelanjaan kerajaan yang telah meluaskan jajahannya sehingga Syam, Jazirah, Kufah, Basrah dan Mesir. Walaupun pada mulanya ditentang Abdur Rahman bin Auf, namun ijtihad Umar disokong Ali, Uthman, Talhah dan Ibnu Umar."

Pandangan mengharuskan pengenalan cukai juga dikongsi oleh ulama-ulama Muktabar seperti Ibnu Hazim, Imam Haramain Al-Juwaini, Imam Al-Ghazali dan Imam As-Syatibi. Imam Ibnu Taimiyyah pula dalam kitabnya yang masyhur Siyaasah as-Syariyyah fi Islah al-Rayi Wa al-Raiyyah, mengharuskan pembayaran cukai berdalilkan qias aulawi:

Katanya: Jika sekiranya Allah mewajibkan ke atas para sahabat yang berjihad dengan harta dan jiwa raga mengeluarkan ushur atau cukai dari hasil tanaman mereka, maka sepatutnya lebih diwajibkan ke atas golongan yang berkemampuan yang tidak keluar berjihad mengeluarkan kewangan untuk menampung perbelanjaan jihad (untuk kepentingan umum)"

Apa yang penting sebagaimana yang digariskan oleh para fukaha silam, sistem percukaian yang dibina hendaklah berasaskan keadilan dan dikenakan pada golongan berkemampuan hingga tidak membebankan rakyat. Cukai ini juga hendaklah dipungut oleh pemerintah bagi menampung perbelanjaan untuk menguruskan kepentingan rakyat dan kemaslahatan yang diperakui syarak.

Hakikatnya GST bukanlah satu jenis cukai tambahan yang diperkenalkan kerajaan di kala ramai yang merasai terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Sebaliknya GST adalah satu penstrukturan percukaian baru bagi menggantikan skim cukai lama iaitu cukai barangan dan cukai perkhidmatan yang sudahpun dikenakan selama ini.

Pengalaman 160 buah negara yang memperkenalkan GST selama ini telah membuktikan bahawa sistem cukai ini adalah lebih telus dan adil bahkan mampu mengelakkan daripada berlakunya ketirisan sumber perolehan negara yang amat penting bagi disalurkan kembali kepada rakyat.

Bukan itu sahaja model GST Malaysia yang mengecualikan cukai ke atas barangan keperluan asas rakyat seperti beras, gula, garam, minyak masak dan lebih 1,000 senarai barangan keperluan lain termasuk segala barangan asas yang dijual di pasar basah seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan tentunya tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ini bermakna GST hanya dikenakan bagi mereka yang berkemampuan untuk menggunakan barangan dan perkhidmatan melebih keperluan asas. Peniaga-peniaga kecil yang pendapatan kurang daripada RM500,000 setahun juga dikecualikan GST.

Justeru tidak timbul isu bahawa GST haram kerana turut mengenakan cukai kepada golongan miskin. Malah pendekatan baru struktur cukai ini bagi memastikan semua peringkat dalam rantaian penawaran (supply chain) berdaftar akan memudahkan kerajaan memantau harga barangan dengan lebih berkesan bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga sesuka hati.

GST tentunya dapat menjaga kemaslahatan rakyat yang sebelum ini seringkali dimangsakan dengan kenaikan harga barangan tanpa kawalan lantaran kos pengeluaran yang tidak dapat dipantau secara tuntas dan sikap peniaga meraih keuntungan sesuka hati.

Sebaliknya melalui GST, setiap pengusaha daripada pembekal bahan mentah, pengilang, pemborang sehinggalah peniaga runcit perlu mendaftar dan mengeluarkan resit-resit bernombor siri GST yang sah. Ini bukan sahaja membantu pemerintah memantau harga bahkan mengurangkan ketirisan perolehan akibat sikap tidak bertanggungjawab golongan yang lari daripada cukai sebelum ini.

Harga barangan tertentu yang dulunya mahal kerana dikenakan cukai berganda juga sepatutnya lebih murah apabila GST diperkenalkan kelak kerana setiap rantaian penawaran, hanya dikenakan cukai sekali sahaja dengan kadar 6 peratus iaitu terendah berbanding 160 negara lain.

Justeru hujah-hujah semberono yang memfatwakan GST haram dikutip kerajaan kerana menindas rakyat adalah satu tohmah dan pandangan dangkal tanpa memahami secara holitisk mekanisme GST ini.

Apa yang mustahak kini ialah untuk kerajaan memastikan sistem dan operasi GST yang bakal diperkenalkan tahun hadapan benar-benar berfungsi dengan berkesan. Pada masa yang sama segala bentuk ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan negara sebagaimana laporan Audit Negara perlu ditangani bagi mengembalikan keyakinan rakyat bahawa cukai yang dibayar tidak dipersia-siakan.

Akhirnya falsafah cukai dalam Islam adalah bagi memenuhi prinsip adil dan saksama sehingga kekayaan dapat dikongsi oleh segenap lapisan masyarakat sebagaimana yang dijelaskan dalam Surah Al-Hasyr ayat 7: Supaya harta itu tidak hanya berlegar sekitar orang kaya di kalangan kamu semata-mata".

* PENULIS ialah yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Analisis Mingguan: BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

Bukan mimpi

Awang lega dengan keputusan Kabinet yang mengekalkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan. Isu tersebut panas lebih 24 jam ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun yang menyatakan ruangan kaum digugurkan, sebelum beliau kemudian memohon maaf atas kesilapan dan kekeliruan.

Jaminan Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak bahawa kerajaan mengambil keputusan untuk mengekalkan amalan dan dasar sedia ada berhubung ruangan kaum itu adalah mesej jelas kepada semua.

Harap-harap tiada mana-mana menteri mengemukakan cadangan seperti itu kepada Kabinet selepas ini. Tutup buku. Jika ada yang menyimpan hasrat untuk berbuat demikian, Awang sedia ambil langkah drastik mengubah pendirian menyokongnya. Memang wajar untuk kita semua tampil dengan identiti satu bangsa Malaysia. Tetapi ada syaratnya. Bereskan terlebih dahulu isu pokok yang lebih mendesak iaitu pelaksanaan sistem satu persekolahan, tanpa lagi berasaskan kaum.

Untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih bersatu dengan akar perpaduan yang kuat, tidak cukup sekadar menghapuskan ruangan kaum dalam borang dan hak istimewa bumiputera. Asasnya adalah sistem pendidikan tunggal sebagaimana yang diamalkan di negara-negara lain.

Sudah terbukti di serata dunia, identiti sesuatu kaum tidak pudar apatah lagi hilang di bawah satu aliran persekolahan nasional. Malah ia formula terbaik menyemai persefahaman kaum di negara majmuk lebih-lebih lagi pada era millenium yang kompleks ini.

Pembaharuan tersebut boleh dilaksanakan jika kita semua komited mendokong asas kenegaraan atas prinsip di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Sebab itu, Awang teruja untuk menanti tibanya saat itu dan ia bukan suatu mimpi - semua kaum berkongsi sekolah yang sama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tawar ikut kekosongan

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan sumbangan kepada Poh Sew Lin , salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Kovil Hilir Sentul, pada majlis penyampaian bantuan di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ZAKARIA IDRIS

KUALA LUMPUR 9 Mei - Kerajaan tidak menolak permohonan mana-mana individu berkelayakan untuk mendapatkan rumah bantuan khususnya Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu kota.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebaliknya tawaran hanya dibuat berdasarkan kekosongan mengikut kawasan tertentu.

Menurutnya, hasil semakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati kekosongan banyak terdapat di PPR Bukit Jalil.

Mungkin ada yang ditawarkan PPR Bukit Jalil berasakan ia terlalu jauh dan tidak bersedia berpindah.

Saya sudah ke sana. Lokasinya cukup strategik. Bas pengantara untuk ke stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil juga sudah disediakan.

Malah stesen Transit Aliran Massa (MRT) juga dalam proses pembinaan berhampiran PPR berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada 24 keluarga termasuk dua beradik bujang yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Kovil Hilir Sentul pada 3 Mei lalu.

Mangsa yang terlibat menerima bantuan kewangan dan tawaran rumah baharu oleh DBKL.

Yang hadir sama, timbalannya, Datuk Dr. Bala Loga Mohan Jaganathan, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Hassan.

Beliau berkata, selain peruntukan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga dan RM300 untuk dua beradik bujang itu, mangsa turut ditawarkan rumah di PPR Bukit Jalil. Manakala, dua beradik itu ditawarkan rumah di PA Negeri Sembilan.

Tambah Tengku Adnan, kerajaan pusat sentiasa prihatin dan akan terus membantu rakyat yang menghadapi bencana tanpa mengira agaman, bangsa dan kaum.

Kita tetap bantu mangsa di sini, walaupun mereka tinggal di atas tanah persendirian.

Saya harap mereka bersabar dan jangan bimbang kerana kerajaan akan membantu meringankan beban mereka, termasuk proses pemindahan ke rumah-rumah yang disediakan," katanya.

Kerja pembaikan paip pecah siap-MRT

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 Mei - Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang menyebabkan penutupan di Jalan Bukit Bintang menghala ke pusat beli-belah Pavilion, di hadapan Ruang Pameran Audi dan Jalan Raja Chulan menghala ke Jalan Tun Razak di antara persimpangan Jalan Conlay serta Jalan Imbi siap sepenuhnya pada hari ini.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) memaklumkan, kerja-kerja pembaikan itu melibatkan lencongan paip ke tepi Jalan Bukit Bintang.

Ia berikutan insiden yang berlaku pada Selasa lalu, mengakibatkan kejadian mendapan tanah di Jalan Bukit Bintang berdekatan persimpangan Jalan Imbi.

Kejadian paip pecah ini adalah kali kedua.

Selain pembaikan paip pecah, turut dilaksanakan kerja-kerja berkaitan pemindahan utiliti.

Ini perlu dilakukan sebelum kerja-kerja pemadatan dan pengisian tanah serta pembaikan jalan dibuat," kata MRT Corp dalam kenyataan di sini.

Tambah kenyataan itu, sehubungan itu penutupan Jalan Raja Chulan menghala ke Jalan Tun Razak dan Jalan Bukit Bintang menghala pusat beli-belah Pavilion akan dilanjutkan.

Dua penjenayah pecah premis ditahan

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

KLANG 9 Mei - Polis menahan dua lelaki yang sedang memecah masuk sebuah premis di Jalan Batu Tiga Lama, Kapar di sini awal pagi ini.

Ketika ditahan pada pukul 2.45 pagi, dua suspek berkenaan bersama dua lagi rakan mereka yang berusia 30-an sedang sibuk memunggah sebuah kontena berisi kamera litar tertutup (CCTV) dan mesin pencetak yang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, terdahulu, pemilik premis berkenaan telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh seorang kenalannya melalui panggilan telefon.

Beliau berkata, pemilik premis berkenaan bergegas ke tempat kejadian dan memaklumkan kejadian pecah masuk kepada pihak polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya ketika dalam perjalanan ke premis itu.

Beberapa anggota polis bertugas telah mengikut pemilik premis ke tempat penyimpanan kontena tersebut. Ketika serbuan dibuat, dua suspek berjaya melarikan diri dan dua lagi ditahan.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang ditahan turut mempunyai rekod jenayah lampau dan gerakan menahan dua lagi suspek sedang giat dijalankan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Kapar di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shukor, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan 397 akta sama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kawal selia projek perumahan di Johor

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Abd. Latiff Bandi

JOHOR BAHRU 9 Mei - Lembaga Perumahan Johor yang akan ditubuhkan tidak lama lagi bakal menjadi satu badan yang akan mengawal selia pembangunan perumahan yang dijalankan di negeri ini dalam pelbagai aspek.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, lembaga itu juga mampu menjadi penghubung agensi terlibat sekali gus memudahkan proses berkaitan pembangunan perumahan.

Menurutnya, menerusi lembaga itu juga segala perancangan pembangunan perumahan seperti rumah jenis apa yang akan dibina dapat dikawal selia, namun kebenaran merancang masih perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Maklumat terperinci mengenai lembaga itu kita kena tunggu selepas ia diluluskan," katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perancangan Wilayah dan Bandar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim dan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina UTM, Prof. Amran Hamzah.

Lebih 150 peserta dari pelbagai negara antaranya Nigeria, Australia, India dan Indonesia menyertai seminar selama tiga hari yang akan membincangkan pelbagai topik berkaitan perancangan pembangunan yang berkesan.

Abd. Latiff menambah, usul mengenai penubuhan lembaga itu akan dibuat pada sidang dewan undangan negeri pada Jun ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata, permohonan perumahan mampu milik secara dalam talian menerusi laman web erumah.johor.gov.my mendapat sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan bulan lalu.

Tambahnya, lebih 6,000 penduduk di negeri ini sudah membuat permohonan menerusi laman web itu.

Sistem ini amat memudahkan orang ramai membuat permohonan selain turut membantu kerajaan negeri membuat perancangan dengan lebih berkesan kerana ia membantu kita mengetahui jumlah keperluan rumah yang diperlukan rakyat," katanya.

Penoreh kesal diarah keluar dari rumah PPRT

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Mohd. Ali Abdul Wahab menunjukkan dokumen kebenaran pemilik tanah bagi membina rumah di atas tapak berkenaan sewaktu ditemui di rumah rakannya di Pekan Air Panas, Labis, semalam.

LABIS 9 Mei - Seorang penoreh getah di Pekan Air Panas kesal kerana diarahkan keluar dari rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiami oleh pemilik tanah sejak hampir dua tahun lalu.

Mohd. Ali Abdul Wahab, 42, berkata, permohonannya untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT pada tahun 2010 telah diluluskan dan disebabkan tidak memiliki tapak, rumah tersebut dibina di atas tanah seorang penduduk kampung dengan kebenaran pemilik tanah tersebut.

Namun selepas dua tahun mendiami rumah tersebut, saya diarahkan oleh pemilik tanah tersebut untuk mengosongkan rumah tersebut dalam tempoh sebulan tanpa sebarang alasan.

Sejak keluar dari rumah tersebut hampir setahun lalu, saya terpaksa menumpang di rumah seorang rakan yang simpati dengan nasib malang yang menimpa kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pekan Air Panas di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Ali, dia dengan pendapatan sekitar RM600 sebulan hasil upah menoreh getah penduduk kampung, dia bukan sahaja tidak mampu untuk membayar sewa rumah malah turut mengalami kesulitan menanggung perbelanjaan persekolahan anaknya.

Dia berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya kerana dia bimbang dengan masa depan mereka sekiranya pemilik rumah yang ditumpangi berniat untuk menyewakan rumah tersebut nanti.

Mohd. Ali berkata, dia masih menyimpan semua dokumen berhubung kebenaran pemilik tanah kepadanya membina rumah di atas tanah tersebut dan mendakwa perkara tersebut diketahui semua pihak terlibat ketika itu.

Kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab membantu saya dengan meluluskan permohonan memiliki rumah PPRT, tetapi saya kesal hak kami sekeluarga untuk menduduki rumah tersebut dinafikan. Saya harap pihak berkaitan dapat menilai kembali kedudukan saya termasuk menimbangkan untuk membina sebuah rumah PPRT lain," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pembinaan jambatan disambung semula

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Mohd. Yusof Mohamad (tiga dari kanan) bersama wakil Felda dan kontraktor melawat tapak projek pembinaan jambatan Felda Raja Alias Dua, Jempol, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/Sajida asarulah khan

JEMPOL 9 Mei - Kelewatan pembinaan jambatan dekat Felda Raja Alias Dua di sini yang tergendala lebih empat bulan lalu akan diselesaikan segera.

Pengurus Besar Felda Wilayah Raja Alias, Mohd. Yusof Mohamad berkata, punca kelewatan itu disebabkan kegagalan kontraktor dilantik menyiapkan kerja seperti dijadualkan dan hanya melaksanakannya pada tahap 38 peratus.

Apabila kontraktor ini bermasalah dan projek tertangguh sehingga empat bulan, pihak koperasi terpaksa mencari kontraktor lain untuk menyudahkannya," katanya selepas melawat tapak projek pembinaan jambatan dekat Felda Raja Alias Dua, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Peneroka negeri, Othman Parman, wakil-wakil Felda serta kontraktor.

Beliau berkata, projek tersebut dijalankan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan sekitar.

Jika hujan lebat, kita akan melihat hampir 24 buah rumah berhadapan masalah banjir. Oleh itu kita naik taraf kawasan ini daripada pembentung kepada sebuah jambatan dengan harapan masalah banjir itu dapat diatasi.

Selepas mengadakan perbincangan, projek ini dimulakan semula dengan kontraktor yang baharu dan dijangka siap pada waktu yang ditetapkan," ujarnya.

Mohd. Yusof berkata, berikutan kelewatan tersebut pihak koperasi telah membuat permohonan maaf kepada penduduk.

Ini adalah projek yang dijalankan untuk keselesaan masyarakat Felda. Pihak pengurusan memandang serius mengenai masalah ini dan akan memastikan kerja-kerja pembinaan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan," katanya.

Kerjasama strategik USIM, BMMB lahir juruaudit syariah

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Asma Ismail (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tengku Hasmuddin Tengku Othman (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Mohd. Munir Abdul Majid (tengah) pada majlis Menandatangani MoA USIM-BMMB di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 9 Mei - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) menjalin kerjasama strategik bagi merintis jalan melahirkan juruaudit syariah bertauliah yang sangat kritikal dalam perkembangan sistem kewangan Islam di negara ini.

Bagi mencapai matlamat itu, kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) Latihan Audit Syariah pada majlis yang diadakan di USIM dekat Nilai di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, USIM diwakili oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan Rozali manakala BMMB diwakili Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Seri Tengku Hasmuddin Tengku Othman dan Ketua Audit Dalaman, Jabatan Audit Dalaman bank itu, Hafni Mohd. Said.

Yang turut hadir, Pengerusi BMMB, Tan Sri Dr. Mohd. Munir Abdul Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif BMMB, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid.

Asma berkata, MoA itu melakar sejarah penting dalam sistem kewangan Islam di negara ini memandangkan sehingga kini tiada institusi sama di dalam mahu pun luar negara yang menawarkan latihan dalam bidang audit syariah.

Melalui usaha itu katanya, para pegawai dan kakitangan audit BMMB akan menjalani latihan selama dua tahun mulai tahun ini dalam bidang audit syariah yang dibiayai geran Kementerian Pendidikan dan sebahagiannya oleh BMMB.

Perjanjian ini menyaksikan kedua-dua pihak mendapat faedah yang mana USIM menawarkan kepakaran akademik dalam bidang kewangan Islam dan BMMB dapat memantapkan tadbir urus melalui pengalaman dalam perkongsian teori dan teknikal berkaitan audit syariah.

Saya difahamkan program seumpama ini adalah yang pertama di Malaysia dan serantau yang disokong oleh pihak industri bagi melengkapkan juruaudit dalaman dengan pengetahuan teori dan teknikal untuk menjadi juruaudit syariah atau perunding yang bertauliah.

Ia sejajar dengan keperluan badan-badan seperti Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam, Suruhanjaya Sekuriti, Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah Bank Negara Malaysia serta keperluan kawal selia Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 di samping permintaan global yang semakin meningkat bagi kelayakan sedemikian," katanya.

Bagi meneruskan kesinambungan program itu, Asma berkata, USIM melalui Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) kini dalam proses memperoleh akreditasi separa daripada Agensi Akreditasi Kewangan (FAA) bagi merealisasikan aspirasi universiti itu untuk menawarkan Diploma Lepasan Ijazah Dalam Audit Syariah kepada industri di dalam dan luar negara pada masa akan datang.

Sementara itu, Mohd. Munir berkata, negara mengalami kekurangan juruaudit syariah bertauliah yang amat ketara dan tidak ada institusi pengajian yang menawarkan kursus dalam bidang tersebut.

Untuk itu, perjanjian yang ditandatangani ini bakal melakar sejarah baharu bukan sahaja kepada sistem kewangan Islam di negara ini malah di seluruh dunia.

Kami berharap ia mencetuskan minat kepada dunia kewangan Islam untuk berusaha melahirkan pakar audit syariah yang menjadi sokongan penting kepada perkembangan sistem kewangan Islam di dunia," katanya.

Padang bola sepak sintetik diiktiraf FIFA

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

ALOR GAJAH 9 Mei - Padang bola sepak sintetik kedua di negeri ini di Kompleks Rakan Muda, Lendu di sini diiktiraf oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana memenuhi ciri-ciri ditetapkan badan induk bola sepak dunia itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, padang bola sepak yang menelan belanja RM1.8 juta itu diyakini mampu memberikan impak positif terhadap pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

Menurutnya, padang berkenaan akan digunakan sebaik mungkin oleh persatuan bola sepak negeri bagi membiasakan para pemain dengan padang jenis baharu itu.

Kerajaan negeri mengalu-alukan persatuan bola sepak negeri atau mana-mana persatuan untuk mengoptimumkan penggunaan padang bola ini untuk latihan atau perlawanan bagi membiasakan pemain dengan padang jenis sintetik.

Padang yang mendapat pengiktirafan FIFA ini adalah kebanggaan kepada negeri ini dan saya berharap ia dapat membawa impak positif terhadap pembangunan sukan bola sepak negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara penyerahan padang bola sepak itu daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Jabatan Belia dan Sukan negeri di Kompleks Rakan Muda, Lendu hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Warisan negeri, Datuk Norpipah Abdol dan Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan negeri, Asmori Saahari.

Ab. Rahaman berkata, antara ciri istimewa, padang sintetik dilengkapi sistem pengaliran bagi mengelak air tidak bertakung di atas padang selepas hujan selain tidak perlu diselenggara dalam tempoh panjang.

Menurutnya, padang sintetik berkenaan juga dibuka kepada orang ramai dengan bayaran RM150 untuk setiap perlawanan.

Tambahnya, kerajaan negeri turut merancang melakukan beberapa penambahbaikan antaranya menyediakan ruang untuk penonton dan memasang lampu di keliling padang supaya dapat digunakan pada waktu malam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


ATM guna anjing perang kawal sempadan di Rantau Panjang

Posted: 10 May 2014 02:02 AM PDT

PASIR MAS 10 Mei - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menggunakan khidmat beberapa 'anjing perang' yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik di pangkalan haram utama Rantau Panjang di sini bagi mengawal sempadan negara.

Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan, Left. Kol. Md. Mustakim Ahamad Saluti berkata, khidmat beberapa anjing dari baka 'Labrado' itu bermula awal bulan lepas yang merupakan kali pertama diperkenalkan pasukan keselamatan itu.

"Kita letakkan pasukan anjing perang itu di beberapa pangkalan haram di Mundok, Gergaji, Ibrahim Pencen dan Pos Ular yang merupakan laluan utama terutama pendatang tanpa izin," katanya pada sidang akhbar di Pos Tok O di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak adanya unit anjing perang itu, kemasukan pendatang asing dan penyeludupan barangan semakin terkawal.

Katanya, beliau percaya pihak terbabit bagaimanapun cuba menggunakan laluan lain di sepanjang Sungai Golok namun pasukan tentera dan agensi keselamatan lain sudah bersedia mengawal laluan itu. - BERNAMA

Keupayaan Esscom perlu ditambah baik - Shafie Apdal

Posted: 10 May 2014 01:35 AM PDT

KOTA TINGGI 10 Mei - Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) yang diwujudkan untuk menangani isu keselamatan di timur Sabah perlu dikekalkan dan ditambah baik biarpun dilemparkan pelbagai kritikan berikutan kes penculikan warga China Selasa lepas, kata Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga anggota Parlimen Semporna itu berkata, keupayaan Esscom untuk membanteras kegiatan penculikan dan aktiviti jenayah yang lain di pantai Timur Sabah perlu dipertingkatkan.

"Kita berharap Esscom dapat diberi sokongan. Saya kesal kerana benda ini (penculikan) berlaku berulang kali dan saya telah pun berulang kali berkata supaya tindakan tegas dikenakan terhadap anasir ini walaupun mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan negara jiran, itu bukan alasan," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah Fasa 2 dan Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Fasa 3 di Kampung Tersusun Tuan Sheh, Tanjung Sedili di sini.

Mohd. Shafie yang merasa amat kesal dengan kejadian penculikan warga China, Yang Zailin di Pulau Baik, Lahad Datu 6 Mei lepas berkata demikian ketika mengulas kenyataan beberapa pihak yang mahukan Esscom dibubarkan dan tugasnya diambil alih oleh Majlis Keselamatan Negara. - BERNAMA

Tindakan tegas terhadap sindiket nikah ekspres

Posted: 10 May 2014 01:24 AM PDT

YAN 10 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap pemantauan dan tindakan tegas diambil terhadap individu yang terlibat dengan sindiket nikah ekspres kerana aktiviti itu memberi kesan sangat besar kepada institusi kekeluargaan.

Katanya, paling dibimbangkan adalah soal kesahihan pernikahan itu, yang memerlukan tindakan segera pihak yang terlibat dengan soal agama Islam terutama di negeri-negeri.

"Saya dah teliti hal berkaitan pernikahan seperti ini di Kedah. Yang paling bimbang soal kesahihan pernikahan, soal sah atau tidak.

"Kalau tak sah implikasinya cukup besar dari sudut hukum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan Sungai Limau di sini hari ini.

Jamil Khir berkata, ramai yang tidak menyedari tindakan mereka itu salah dari segi hukum dan hanya menyedari apabila sijil nikah mereka tidak dapat dikeluarkan.

"(Akibatnya) anak yang dilahirkan tak boleh didaftarkan sama ada kelahiran atau untuk dibinkan. Ada kesan...tak dapat belajar, tak boleh dapat IC (kad pengenalan), nak dapat harta warisan," katanya.

Baru-baru ini, Jawatankuasa Badan Bertindak Anak-anak Kariah Masjid Tunku Abdul Rahman Putra di Kuala Kedah dekat sini, membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat sindiket nikah poligami di masjid itu sejak beberapa tahun lalu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved