Sabtu, 10 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Keluar negara bawa minyak, masuk Malaysia bawa dadah

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

MACHANG 10 Mei - Polis percaya terdapat penyeludup petrol dan diesel subsidi yang bersubahat dengan sindiket pengedaran dadah untuk membawa bahan larangan tersebut masuk ke negeri ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya mula mengesan kegiatan yang dilakukan secara tukar barang (barter trade) tersebut sejak awal tahun ini.

Trend penyeludupan minyak diselang-selikan dengan dadah ini telah kita kesan sejak Januari.

Mereka melakukan dengan cara barter trade iaitu seludup keluar minyak ke Thailand dan pada masa sama, bantu sindiket di sana bawa masuk dadah ke negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya akan bertemu pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri bagi membincangkan isu itu lebih lanjut.

Operasi membanteras pengedaran dadah selepas ini akan turut menyasarkan penyeludup minyak meskipun perkara tersebut di bawah bidang kuasa PPDNKK.

Kita akan bertemu pihak PPDNKK dalam masa terdekat untuk menyelaraskan operasi bersama mereka," katanya.

Bot nelayan bawa 30,000 liter diesel ditahan

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

LUMUT 10 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan membawa muatan diesel sebanyak 30,000 liter yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM39,000 di perairan Perak, kira-kira 30.6 kilometer dari Pulau Pangkor, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.25 petang, bot nelayan tersebut yang berpangkalan di Matang, Perak, dikesan bersauh dalam keadaan mencurigakan sebelum dipintas oleh sebuah bot laju Maritim Malaysia ketika melakukan rondaan dan penguatkuasaan.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3 Lumut, Kepten Maritim Abdul Razak Johan berkata, hasil pemeriksaan mendapati tempat menyimpan ikan di bot berkenaan telah diubah suai untuk membawa lapan tangki minyak berisi diesel tersebut.

Siasatan awal mendapati bot berkenaan telah membeli minyak diesel itu daripada sebuah kapal dagang di perairan antarabangsa dengan harga RM1.30 hingga RM1.40 seliter.

Namun, kita masih belum dapat memastikan identiti kapal dagang tersebut termasuk sama ada kes ini melibatkan diesel subsidi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, ekoran penahanan itu, seorang tekong dan awak-awak warga Thailand masing-masing berusia 32 dan 36 tahun telah ditahan kerana bekerja tanpa permit selain menggunakan bot yang telah tamat tempoh lesennya.

Menurut beliau, hasil keterangan tekong berkenaan, mereka telah diberi upah sebanyak RM100 seorang untuk tugas tersebut.

Kesalahan ini disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat lesen beroperasi dengan lesen tamat tempoh selain menggaji pekerja asing tanpa permit serta Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) 1985 iaitu membawa kargo tanpa kelulusan Pengarah Jabatan Laut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai terutamanya nelayan yang ternampak kegiatan mencurigakan di perairan Perak, boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian 999 atau hotline Daerah Maritim 3 Lumut iaitu 05-6838737.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved