Isnin, 17 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Enam ditahan culik warga asing

Posted: 17 Mar 2014 10:32 PM PDT

Oleh NURFAZRINA AYU RADUAIN

KLANG 18 Mac - Sebanyak enam orang termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dengan penculikan tiga lelaki warga asing di Pasar Borong Meru di sini kelmarin.

Kesemua suspek ditahan di dua lokasi berasingan di sini semalam. - UTUSAN ONLINE

Bom tangan ditemui di Klang Sentral

Posted: 17 Mar 2014 09:31 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KLANG 18 Mac - Sebutir bom tangan ditemui oleh orang awam di Klang Sentral di sini hari ini. Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara kini dalam usaha untuk memusnahkan bom tersebut. - UTUSAN...
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia benam cabaran Kanada

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

PEMAIN Malaysia, Muhammad Marhan Jalil (tengah) cuba melepaskan diri daripada kawalan dua pemain Kanada dalam perlawanan ketiga di kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh semalam yang berkesudahan skuad negara menang 3-1. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin

KUALA LUMPUR - Malaysia beraksi cemerlang untuk mencatat kemenangan kedua dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014 apabila mengalahkan Kanada 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh semalam.

Kemenangan itu meletakkan Malaysia di anak tangga ketiga dengan tujuh mata, hanya ketinggalan kepada Korea Selatan di tempat kedua menerusi perbezaan jumlah gol.

Skuad muda bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah sebelum ini menewaskan Afrika Selatan 3-2 dalam perlawanan pembukaan pada Khamis lalu dan mencatat keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan kelmarin untuk terus mengekalkan rekod tanpa kalah.

Kemenangan semalam sangat penting buat pasukan bimbingan Muhammad Dharma untuk mencari slot ke perlawanan akhir Ahad ini, selepas Korea Selatan berjaya menewaskan China 3-2 dalam satu lagi perlawanan.

Skuad kebangsaan berjaya membuka jaringan seawal minit keempat menerusi gerakan padang Faizal Saari selepas menerima hantaran Muhammad Marhan Jalil.

Bagaimanapun, Kanada berjaya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian berpunca daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan Adam Froese.

Malaysia sepatutnya dihadiahkan pukulan penalti stroke pada minit ke-31 apabila Firhan Ashaari ditolak dalam kawasan separuh bulatan ketika cuba melakukan pukulan namun tidak diendahkan oleh pengadil.

Faizal sekali mencatat nama sebagai penjaring gol apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-46 sebelum Ahmad Kazamirul Ahmad Nasruddin mengesahkan kemenangan Malaysia melalui gol ketiga pada minit ke-67.

Esok Malaysia akan menentang China dan perlu mencatat kemenangan bagi membolehkan mereka terus mencabar kedudukan teratas liga yang sekarang ini dikuasai oleh penyandang juara, Australia dan Korea Selatan.

Australia terus unggul di anak tangga teratas selepas membelasah Afrika Selatan 7-0 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, sekali gus mengekalkan rekod menang dalam kesemua tiga perlawanan yang telah diharungi.

Siasatan insiden terowong buntu

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Siasatan kes insiden terowong' sewaktu perlawanan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan T-Team mungkin akan berlalu begitu sahaja tanpa sesiapa dikenakan tindakan kerana ketiadaan saksi neutral yang melihat sesiapa melakukan serangan.

Sumber yang rapat dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, badan itu kini menemui jalan buntu dalam siasatan kes itu kerana saksi berkecuali (bukan dalam kalangan pegawai atau pemain JDT atau T-Team) yang dipanggil membantu siasatan mengakui mereka tidak melihat sesiapa melakukan serangan di dalam insiden itu.

Menurut sumber itu lagi, sehingga muncul saksi neutral yang melihat kejadian itu berlaku, maka kes itu nampaknya akan diselesaikan tanpa ada yang dikenakan hukuman.

Maklumat ini menimbulkan persoalan sejauh mana perkembangan kes berkenaan selepas Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ) yang menaungi JDT membalas surat pertuduhan pada 10 Mac lalu.

"Saksi yang berhampiran dengan tempat kejadian telah dipanggil untuk memberi keterangan supaya FAM boleh mengumpulkan bukti berhubung kes itu.

"Namun, saksi-saksi yang dilabelkan berkecuali ini mengakui mereka tidak nampak insiden berkenaan terjadi semasa semua pemain dan pegawai berjalan di dalam terowong," kata sumber itu.

Insiden di dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru itu berlaku sewaktu masa rehat perlawanan pusingan kedua Piala FA antara JDT dengan T-Team pada 1 Februari lalu.

Berikutan kejadian itu, pemain T-Team, Evaldo Goncalves dan jurulatih kecergasan pasukan dari Terengganu itu, Stefano Impagliazzo, kedua-duanya dari Brazil telah membuat laporan polis dan mendakwa mereka telah dikasari oleh pemimpin tertinggi PBNJ.

"Disebabkan ketiadaan saksi yang melihat kejadian itu, ada kemungkinan individu yang dikatakan menyerang pemain dan pegawai T-Team terbabit akan dianggap tidak bersalah dan kes ini mungkin akan berakhir begitu sahaja," kata sumber terbabit.

Walaupun begitu, katanya, difahamkan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang menyiasat kes itu tidak akan menutup sepenuhnya kes ini dan sumber berkenaan berkata, FAM dijangka bersedia membuka kes berkenaan bila-bila masa jika ada saksi lain tampil menyatakan keadaan berbeza.

"FAM tidak menutup kes ini, sekiranya ada saksi baru dengan bukti baru datang, kes ini akan dibicarakan semula mengikut pertimbangan sewajarnya.

"Ini bukan sebab menafikan VVIP terlibat dalam kes ini tetapi memang tidak ada saksi yang berkecuali memberikan keterangan kepada pihak FAM, " katanya.

Pada 4 Mac lalu, Sekretariat FAM mengeluarkan surat pertuduhan kepada PBNJ di bawah Kod Tatatertib 28.1 iaitu kesalahan gagal mengawal keselamatan pegawai dan pemain semasa perlawanan.

Selepas PBNJ membalas surat pertuduhan berkenaan, urusan siasatan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak, termasuk menyoal saksi dan mengumpul bukti.

Kes ini dijangka akan didengar selama dua hari, bermula 24 Mac ini.

Sebelum ini, Taufek menjelaskan, kes itu lewat dibicarakan kerana pihaknya perlu menyelesaikan beberapa kes lain yang lebih dulu dilaporkan.

Antara kes itu, katanya, membabitkan dua bintang JDT dari Argentina, Luciano Figueroa dan Pablo Aimar yang didakwa mengeluarkan kata-kata perkauman terhadap pemain Pahang, Damion Stewart dari Jamaica dan kes cermin kereta pengurus Perak, Azhar Ahmad dipecahkan di perkarangan stadium.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


MRSM galas peranan penting tingkat pendidikan bumiputera

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) menandatangani plak simbolik perasmian sambil diperhatikan Adenan Satem (kiri), Shafie Apdal (dua dari kanan) dan Alfred Jabu Numpang semasa Majlis Perasmian MRSM Mukah di Mukah, Sarawak, semalam. - UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

MUKAH 17 Mac - Warga pendidik dan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf pendidikan khususnya dalam kalangan bumiputera di negara ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, penubuhan MRSM merupakan salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan pelajar bumiputera cemerlang sejak 1972.

Beliau berkata, setiap tahun, terdapat kira-kira 40,000 permohonan diterima daripada anak bumiputera untuk memasuki MRSM tetapi hanya 7,000 tempat disediakan.

Kata beliau, menjadi harapan kerajaan menerusi institusi tersebut untuk melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dalam bidang akademik sekali gus melayakkan mereka memperoleh kerjaya yang baik.

"Justeru, kerajaan negeri dan Pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) menyarankan anak bumiputera di Sarawak serta kawasan pedalaman lain merebut peluang menuntut di MRSM Mukah ini dengan bersungguh-sungguh.

"Ini kerana hanya pendidikan yang mampu membantu golongan bumiputera bersaing dengan kaum lain dan berupaya melaksanakan pembangunan sosio-ekonomi Sarawak dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pemimpin bersama rakyat dan perasmian MRSM Mukah di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghargaan merasmikan MRSM Mukah yang siap dibina pada Februari 2009 dengan kos berjumlah RM80 juta.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Terdahulu, Mohd. Shafie bersama Muhyiddin mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Yussibnosh Balo bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian menyerahkan kertas pencalonan di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, ramai golongan bumiputera yang mendapat pendidikan tinggi di MRSM berjaya dalam pelbagai bidang seperti korporat, awam dan swasta.

Katanya, kejayaan itu harus dijadikan contoh kepada pelajar MRSM lain untuk turut sama berjaya, sekali gus membantu kerajaan mengubah nasib diri dan keluarga daripada belenggu kemiskinan.

MRSM Mukah dibuka secara rasminya pada 2010 dengan bilangan pelajar seramai 108 orang.

Kini, maktab tersebut mempunyai 533 pelajar terdiri daripada 235 lelaki dan 298 perempuan yang kebanyakannya merupakan anak penduduk tempatan Mukah.

Antara yang menjadi pelajar di situ ialah dua orang anak kepada Yussibnosh.

Sekolah Kebangsaan Stella Maris langgan 1,593 naskhah Tutor

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

MURID-MURID Sekolah Kebangsaan Stella Maris menunjukkan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. - UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

KOTA KINABALU 17 Mac - Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris di sini muncul sebagai sekolah yang paling banyak di negeri ini melanggan Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Inggeris, iaitu sebanyak 1,593 naskhah bagi membolehkan murid Tahun Enam sekolah itu menjalani latih tubi tambahan bagi menghadapi peperiksaan tahun ini.

Penolong Kanan Pentadbiran sekolah itu, Jenny Lee King Lin berkata, akhbar pendidikan Utusan Malaysia itu menjadi sebahagian bahan bantu mengajar utama dalam kalangan guru-guru sekolah berkenaan.

"Kami melanggan Tutor secara berterusan iaitu sehingga menjelangnya waktu peperiksaan. Diharapkan, terdapat peningkatan dalam keputusan UPSR selepas ini.

"Jika sasaran itu tercapai kelak, kemungkinan besar kami akan terus melanggan Tutor UPSR dan Inggeris pada tahun depan dan Tutor Junior bagi murid Tahun Satu hingga Lima," katanya kepada Utusan Malaysia sempena penyerahan Tutor UPSR dan Inggeris di Dewan Rev. Fr. Grent MHM SK Stella Maris, di sini hari ini.

SK Stella Maris merupakan antara sekolah rendah di negeri ini yang memiliki rekod pencapaian terbaik dalam UPSR dan mempunyai seramai 1,052 murid dengan 177 adalah murid Tahun Enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

Tambah Jenny, pihak sekolah berharap akhbar Tutor menjadi bahan pembelajaran tambahan murid sekolah berkenaan selain dapat mengisi masa terluang mereka di rumah dengan mengulang kaji pelajaran.

Katanya, meskipun akhbar sisipan itu hanya diedarkan seminggu sekali, murid boleh terus menggunakannya sebagai bahan rujukan berterusan.

"Kita menggalakkan murid-murid ini untuk menyimpan akhbar ini," ujarnya.

Bagi sekolah di negeri ini yang berminat melanggan Tutor, boleh menghubungi Eksekutif Pemasaran Sabah, Celestina Ubing, 012 802 0261, untuk keterangan lanjut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


AS tarik balik kapal tentera laut

Posted: 17 Mar 2014 06:49 PM PDT

WASHINGTON 18 Mac - Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diundurkan daripada operasi itu.

Pegawai Pentagon semalam berkata, keputusan itu dibuat kerana pencarian dalam kawasan operasi itu kini lebih efisien dengan menggunakan pesawat pemantau. - AFP

Singapura tawar bantuan Pusat Fusian Maklumat Tentera cari MH370

Posted: 17 Mar 2014 06:39 PM PDT

SINGAPURA 18 Mac - Angkatan Tentera Singapura (SAF) menawarkan bantuan kepada Malaysia melalui Pusat Fusion Maklumat (IFC) yang mempunyai rangkaian dengan 13 tentera laut dan 51 syarikat perkapalan awam di seluruh dunia bagi mencari pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Dalam satu kenyataan, SAF berkata, IFC telah mengaktifkan rangkaiannya dengan kapal-kapal untuk melaporkan sebarang pemandangan luar biasa di kawasan carian yang ditetapkan. Lebih banyak syarikat dijangka akan dihubungi.

Kenyataan itu menyebut, IFC juga mempunyai pegawai perhubungan antarabangsa dari 13 negara yang boleh membantu menyelaras tindakan dari Australia, Brunei, Perancis, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Peru, Filipina, Thailand, Vietnam dan Amerika Syarikat.

Menurut SAF, pesawat peronda Tentera Laut Republik Singapura Fokker-50 (F-50 MPA) yang telah dikerahkan ke Pangkalan Udara Malaysia di Butterworth pada 14 Mac lepas, telah kembali ke Singapura, pada Isnin berikutan pihak berkuasa Malaysia telah menghentikan operasi mencari dan mengesan (SAL) di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Kenyataan itu menyebut SAF bersedia memberikan bantuan lanjut bagi menyokong usaha SAL antarabangsa. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Jahara fail saman terhadap Guan Eng

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

JAHARA Hamid bersama barisan peguamnya menunjukkan writ saman terhadap Lim Guan Eng yang difailkan di Mahkamah Tinggi Georgetown, Butterworth, semalam.

BUTTERWORTH 17 Mac - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid hari ini memfailkan saman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang membuat tuduhan melulu dan palsu terhadap beliau.

Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar memfailkan writ saman berkenaan melalui Tetuan Jahaberdeen & Co di Mahkamah Tinggi Georgetown pagi ini.

Jahara berkata, tuduhan yang dilemparkan Guan Eng kepadanya iaitu 'nenek rasis' dan 'jahat' dalam sidang akhbar pada 10 Disember tahun lalu merupakan serangan peribadi.

"Selepas itu, saya dengan jelas telah menafikan tuduhan-tuduhan berkenaan dan meminta beliau membuat permohonan maaf terbuka kepada saya dan menarik balik tuduhan berkenaan.

"Beliau menarik balik perkataan nenek tetapi bertegas mengatakan saya seorang pemimpin rasis dan memutar belit ucapan saya dengan fitnah tidak benar dan merendahkan imej saya sebagai Ketua Pembangkang DUN dan sebagai seorang wanita," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, peguamnya, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, ADUN Bertam, Shariful Azhar Othman dan ADUN Sungai Dua, Muhamad Yusoff Mohd. Noor.

Jahara berkata, pada 27 Februari lalu, melalui peguamnya, beliau telah menghantar surat tuntutan kepada Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan berkenaan supaya memohon maaf namun beliau tidak berbuat demikian.

"Oleh itu, saya terpaksa membawa perkara ini melalui tindakan undang-undang supaya kebenaran dapat dilihat dan reputasi saya dipulihkan," katanya.

Sementara itu, Jahaberdeen berkata, pihaknya akan turut memohon perintah mahkamah supaya tuduhan berkenaan tidak diulangi Guan Eng atau pihak-pihak lain.

"Anak guam saya mahu membersihkan politik berbaur perkauman yang dimainkan pihak tertentu di samping mahu membersihkan reputasinya sebagai Ketua Pembangkang dan ADUN Teluk Air Tawar yang terjejas," katanya.

Mekanik bakar dua anak teman wanita dipenjara 12 tahun

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Mac — Seorang mekanik yang bertindak kejam dengan membakar dua orang anak teman wanitanya hidup-hidup sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan, Januari lalu, dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd. Afizi Abdul Rahman, 27, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan cubaan membunuh Nur Iris Qalisya Mohd. Shahril, satu tahun tiga bulan, serta adiknya, Nur Fazana, dua bulan.

Ahmad berkata, hukuman itu dijatuhkan selepas mahkamah meneliti gambar-gambar tempat kejadian dan keupayaan fizikal seorang bayi yang tidak dapat menyelamatkan diri ketika kejadian ekoran tindakan tertuduh itu.

"Pun begitu, mahkamah tetap mengambil kira faktor pengakuan tertuduh yang telah menjimatkan masa dan kos mahkamah selain rayuan pihak pembelaan," katanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi setiap pertuduhan cubaan membunuh dan diperintahkan berjalan serentak berkuat kuasa mulai dari tarikh tertuduh ditangkap pada 22 Januari lalu.

Mohd. Afizi yang bekerja di kedai basikal mengaku membakar Nur Iris Qalisya serta Nur Fazana di sebuah rumah di Blok H-08-07, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya, di sini kira-kira pukul 1.30 pagi, 21 Januari lalu.

Mohd. Afizi sebelum ini turut didakwa atas satu lagi pertuduhan cuba membunuh bekas teman wanitanya, Saliza Saidin, 29, dengan melakukan perbuatan yang sama pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagaimanapun berikutan kematian Saliza, tertuduh kini berdepan hukuman mati di tali gantung setelah didakwa membunuh wanita itu mengikut Seksyen 302 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Mangsa yang hampir 85 peratus melecur dalam kejadian itu, meninggal dunia di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Februari lalu, selepas 12 hari bertarung nyawa.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohamad Yusoff memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kerana perbuatan tertuduh adalah sesuatu yang serius.

"Dia membakar bilik teman wanitanya dengan mengetahui dua anak kecil wanita itu berada di dalam bilik tersebut dan tertuduh bertindak melarikan diri tanpa mempedulikan kedua-dua bayi itu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Melahirkan jaguh sukan bina badan

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

Mohd. Farid Mohd. Noor (kiri) menyampaikan pingat dan sijil penghargaan pertandingan bina badan kategori berat bawah 70 kilogram Mr Wonderful Lipis di Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 17 Mac - Sukan bina badan bukan lagi asing bagi kebanyakan lelaki di negara ini khususnya mereka yang mengimpikan bentuk badan sasa seperti jaguh sukan itu, iaitu Datuk Malek Noor dan Sazali Samad.

Legasi kedua-dua jaguh sukan bina badan bertaraf dunia itu sehingga ini menjadi idola dan ikon dalam kalangan belia tempatan untuk mengikut jejak langkah sama pada masa akan datang.

Kegilaan anak muda terhadap sukan ini menyebabkan ada sanggup menghabiskan masa dan wang pergi ke gimnasium atau membeli peralatan senaman untuk digunakan di rumah bagi melakukan bentuk badan yang diidamkan.

Kemudahan gimnasium rakyat yang dibina oleh kerajaan di setiap bandar memberi peluang golongan itu berlatih dengan bantuan mereka yang berpengalaman di samping nasihat pemakanan untuk menzahirkan badan yang cantik.

Baru-baru ini, Pejabat Parlimen Lipis dengan kerjasama pusat Gimnasium Rakyat (GR) Kuala Lipis menganjurkan pertandingan bina badan yang juga dikenali sebagai Mr. Wonderful Lipis 2014 di Dewan Residen di sini.

Sebanyak 53 belia dan jaguh bina badan amatur dari GR Lipis, GR Jerantut, GR Kuantan serta Kelab Kecergasan Kuala Lumpur menyertai pertandingan itu bagi kategori terbuka iaitu bawah 70 kilogram dan melebihi 70 kilogram.

Pertandingan itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PadangTengku; Datuk Mustapa Long, Ketua Pemuda UMNO Lipis, Mohd. Farid Mohd Noor; Ketua Puteri UMNO Lipis, Wan Normarina Wan Kamarudzaman dan Setiausaha Majlis Daerah Lipis, Mohd. Pauzi Abu Hussaini.

Pengerusi GR Kuala Lipis, Ahmad Muhyidin Kamarudin berkata, pertandingan berkenaan dianjurkan bagi menguji bakat ahli jaguh badan amatur di negeri ini.

"Hal ini juga sekali gus untuk menilai peranan GR di setiap daerah menerusi keberkesanan program kecergasan masing-masing khususnya melahirkan jaguh bina badan di peringkat belia.

"Nyata sekali usaha pengendali GR amat berbaloi dan kita dapat melihat potensi bakat baharu anak muda dalam sukan ini dan mampu berkembang lebih jauh pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ahmad Muhyidin berkata, keghairahan anak muda berlatih di gimnasium itu menunjukkan minat mereka dalam sukan tersebut sekali gus merealisasikan amalan gaya hidup sihat.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, sukan bina badan bukan sahaja didominasi oleh golongan berada di bandar besar malahan sehingga ini para belia di merata-rata tempat sudah menunjukkan minat mendalam dalam sukan berkenaan.

"Kejayaan sukan ini termasuk bidang lain membuktikan kemudahan prasarana latihan dan GR di bandar ini termasuk peralatan senaman memberi manfaat kepada penduduk khususnya belia untuk menajamkan kemahiran sukan bina badan.

"Semasa pertandingan ini, kita lihat sendiri peserta amatur sudah faham konsep dan istilah sukan ini malahan dizahirkan apabila ketua juri menyebut istilah tertentu untuk memulakan aksi di pentas," ujarnya.

Abdul Rahman berkata, program Mr. Wonderful Lipis merupakan perintis untuk mengenengahkan sukan bina badan amatur dalam kalangan belia dan akan menjadi acara tahunan di daerah ini.

Dalam pertandingan itu, Jiad Ibrahim yang mewakili Gimnasium Rakyat (GR) Lipis muncul johan bagi kategori bina badan Terbuka Lipis manakala rakannya, Mohd. Azirul Madzlan menyandang tempat ketiga dan Amirul Akmal yang mewakili Galaxy Fitness Center, Kuala Lumpur di tempat kedua.

Bagi kategori berat 70 kilogram ke atas, peserta GR Lipis, Mohd. Azizul Madzlan juga muncul johan, sementara rakannya, Mohd. Fuad Ibrahim memperoleh tempat kedua dan Mohd. Farid Ibrahim di tempat ketiga.

Bagi kategori berat 70 kilogram ke bawah, Mohd. Faiz Rahim dan Mohd. Fikri Rahim dari GR Lipis juga menduduki tempat pertama dan kedua sementra Azrul Aziq dari GR Kuantan memperoleh tempat ketiga.

Gimnasium rakyat tempat sesuai mengisi masa lapang

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

KUALA LIPIS 17 Mac - Kalangan belia yang menyertai pertandingan Mr. Wonderful Lipis menyambut baik program itu kerana dapat melahirkan bakat baharu dalam sukan bina badan selain mengamalkan gaya hidup sihat.

Mereka berharap supaya penganjur terbabit dapat meneruskan usaha tersebut bagi memastikan negeri ini tidak ketandusan atlet berwibawa dalam sukan berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Mohd. Farid Mohd. Noor berkata, kemudahan gimnasium rakyat antara usaha kerajaan mendidik belia sentiasa cergas dan pada masa sama melahirkan ramai atlet bina badan.

"Kemudahan sukan seperti prasarana gimnasium rakyat antara platform belia luar bandar membina profil masing-masing dalam bidang sukan tertentu malahan kecemerlangan pembabitan mereka dapat menaikkan imej persatuan dan daerah masing-masing.

"Pertandingan Mr. Wonderful Lipis antara usaha penganjur dan kerajaan negeri melahirkan lebih ramai jaguh bina badan dan menjadikan daerah ini dikenali menerusi bidang sukan tersebut," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang peserta dari bandar Lipis, Mohd. Faiz Halim, 26, berkata, kemudahan latihan di gimnasium itu amat sesuai untuk merangsang belia bergiat aktif dalam sukan bina badan.

"Peralatan latihan yang canggih di samping pemantauan jurulatih berpengalaman memudahkan kami berlatih membina otot dan kecergasan tubuh badan," katanya.

Katanya, penyertaan kali pertama dalam pertandingan itu merupakan platform dirinya dan rakan untuk merebut peluang kejayaan pada pertandingan peringkat negeri dan tempat lain.

Bagi rakannya, Mohd. Fitri Ali, 27, pertandingan berkenaan untuk menguji bakat ahli jaguh bina badan tempatan mencapai impian seperti yang diwariskan oleh Datuk Malek Noor dan Sazali Samad.

"Sukan itu juga menarik belia mengisi masa lapang di samping mewujudkan perpaduan kerana membabitkan penyertaan semua kaum berlatih di gimnasium rakyat di situ," ujarnya.

Festival Muzik Kuantan selamat

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT
shofi.isa@utusan.com.my

PEKAN 17 Mac - Kerajaan negeri memberikan jaminan Festival Muzik Kuantan yang akan diadakan bulan hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 akan berjalan lancar dan selamat tanpa wujudnya sebarang unsur negatif.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, muzik yang akan diperdengarkan pada festival itu nanti adalah berentak jazz dan selaras dengan TMM kali ini.

"Kita berikan jaminan festival muzik itu nanti akan selamat dan tidak akan berlaku kejadian seperti mana berlaku di konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

"Kita simpati dan kesal dengan apa yang berlaku di Future Music Asia 2014 itu dan kita akan pastikan festival muzik yang akan anjurkan nanti tidak berlaku seperti kejadian seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Kolokium Islam Pahang: Meraikan Ilmu yang akan diadakan selama tiga hari bermula hari ini di Muzium Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Muzium negeri, Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia melaporkan enam penonton konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 maut akibat pengambilan dadah berlebihan.

Susulan kejadian itu, polis membatalkan hari ketiga iaitu kemuncak konsert tersebut yang dijadualkan berlangsung di lokasi sama, Ahad lalu.

Mohd. Sharkar berkata, beliau berharap pihak berkuasa yang meluluskan lesen penganjuran sesuatu konsert atau festival muzik membuat pemantauan pada setiap masa bagi memastikan program yang diadakan bebas daripada unsur negatif.

"Pemantauan ini termasuk memantau penonton yang hadir bagi memastikan mereka tidak melakukan perbuatan tidak sepatutnya seperti mengambil dadah," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


LG tawar reka bentuk moden

Posted: 16 Mar 2014 10:41 PM PDT

LG Electronics mengumumkan pelancaran telefon bimbit pintar pertama dalam keluarga model terkemuka L SeriesIII, iaitu L90 yang direka khusus untuk pengguna yang menitik beratkan imbangan prestasi tepat, personaliti dan harga mampu milik.

Sebagai model pertama dalam rangkaian Siri L, L90 menampilkan reka bentuk penuh gaya estetik dengan ciri-ciri yang terkini selain menawarkan perkakasan paling kompetitif dalam kategorinya

Dengan paparan IPS 4.7 inci berdefinisi tinggi serta keupayaan bateri 2,540mAh, pengguna dapat merasai pengalaman sistem operasi Android dengan sistem pengendalian terkini Kitkat 4.4.

Di samping itu, Google turut menawarkan UI halus yang membuatkan carian seimbang serta antara muka lebih intuitif dengan prestasi pantas.

Menurut Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif LG Electronics Communications Mobile Company, Dr. Jong-seok Park, telefon bimbit pintar ini menawarkan reka bentuk terbaik dan sistem operasi yang setanding dengannya.

Dengan ciri-ciri kompetitif serta reka bentuk terbaik, kami menjangkakan L90 mampu meneruskan kejayaan L Series di pasaran dunia," katanya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai L90 boleh layari laman web www.lenovo.com.

Canon perkenalkan Pixma baharu

Posted: 16 Mar 2014 10:41 PM PDT

Mengambil kira keperluan khusus pengguna, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon) pembekal inkjet utama di Malaysia sejak 18 tahun yang lalu, baru-baru ini memperkenalkan dua pencetak terbaru Pixma dakwat efisien semua-dalam-satu E400 dan E560 yang menawarkan penjimatan operasi tanpa menjejaskan kecekapan dan kualiti cetakan.

Pelajar pasti akan mempertimbangkan model Pixma E400 kerana dilengkapi katrij dakwat mampu milik.

Dengan hanya RM25 untuk setiap katrij warna hitam, E400 adalah ideal untuk pelajar dengan keperluan pencetakan asas kerana ia tidak memerlukan komitmen berkos tinggi.

Fungsinya yang mudah juga menjadikannya sebuah set yang ringkas, membuatkan E400 tidak rumit, cepat dan mudah digunakan.

Sementara itu, pengguna moden di rumah atau di pejabat juga akan menghargai ciri sambungan tanpa wayar Pixma E560 yang membolehkan mereka mencetak dan mengimbas dari mana-mana bahagian pejabat dalam lingkungan liputan.

Ia juga menyokong aplikasi Google Cloud Print, menjadikannya lebih mudah untuk pengguna menghantar tugas mencetak setiap kali mereka berada di luar pejabat.

Selain itu, Pixma E560 dilengkapkan dengan aplikasi sokongan Pixma Printing Solutions dari Canon.

Aplikasi terbabit membolehkan integrasi pencetak secara mudah dengan rangkaian pejabat sedia ada tanpa memerlukan pemasangan sebarang program utiliti pada komputer hos.

Aplikasi tersebut juga membolehkan pengguna mencetak dan/atau mengimbas foto serta dokumen dengan mudah secara terus dari alat peranti pintar Apple iOS atau Android OS.

Menerusi aplikasi ini, pengguna juga akan mempunyai akses kepada perantara Remote User E560 (Remote UI) untuk memeriksa kod model katrij dakwat mereka, paras dakwat yang masih ada dalam pencetak, serta melakukan fungsi penyelenggaraan tetap seperti penjajaran dan pembersihan kepala pencetak.

Kedua-dua model juga dilengkapi dengan fungsi unik Auto Power On/Off, membantu menjimatkan kos dan mesra alam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Surat terbuka kepada Khalid Ibrahim

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

YAB Tan Sri. Izinkan saya memulakan surat terbuka ini , yang juga saya anggap sebagai warkah silaturrahim kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, dengan mengulang kembali satu ayat atau ungkapan popular tentang politik dalam bahasa Inggeris: "In politics there is no permanent friend and there is no permanent enemy." Dalam politik tidak ada sahabat abadi dan tidak juga ada musuh abadi. Yang abadi ialah kepentingan diri.

Ungkapan `kepentingan diri' dapat ditafsirkan sebagai kepentingan diri peribadi atau kepentingan kelompok yang kita anggotai, boleh jadi kepentingan jangka pendek atau kepentingan jangka panjang.

Terlalu banyak contoh yang boleh dirujuk untuk membuktikan kesahihan ayat tersebut. Umpamanya, penasihat atau pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah menjadi sahabat akrab Senator S. Nallakurapan dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terjalin oleh haluan dan wadah politik yang sama. Tetapi sekarang antara Anwar dengan kedua-dua tokoh yang berbeza status itu, yang wujud ialah perseteruan peribadi dan politik, tidak lagi persahabatan.

Selain itu, terdapat satu senarai panjang tokoh-tokoh terkenal yang pernah menjadi sahabat karib Anwar dalam politik, tetapi sekarang sudah berpatah arang. Antaranya cendekiawan terkenal Dr. Chandra Muzaffar yang pernah menjadi Timbalan Presiden PKR semasa Anwar menjadi presiden; tokoh akademik Profesor Dr. Sidek Baba, salah seorang pemimpin tertinggi ABIM bersama Anwar; dan tokoh politik lulusan Universiti Islam Antarabangsa, Senator Ezam Mohammed Nor yang pernah menjadi Ketua Sayap Pemuda PKR. Dan ramai lagi tokoh lain yang dapat dirujuk sebagai contoh.

Begitu pula sebaliknya, terdapat satu senarai panjang nama rakan politik Anwar sekarang yang pada suatu masa dahulu musuh-musuh ketatnya dalam politik. Antaranya pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh serta pemimpin Pas, Mat Sabu. Karpal Singh, seperti dilaporkan beberapa kali dalam akhbar, pernah secara terbuka menyatakan keyakinannya bahawa Anwar memang pernah terlibat dalam kes liwat di penghujung 1990-an. Tetapi dalam kes liwat Anwar yang kedua melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Karpal berperanan sebagai peguam bela Anwar yang utama.

Begitu juga Mat Sabu pada suatu masa dahulu melakukan cercaan yang berlebih-lebihan terhadap Anwar. Bukan sahaja Anwar yang menjadi sasaran kutukan Mat Sabu, malah turut diheret adik beradik dan anggota keluarga terdekat Anwar. Saya sendiri hingga saat ini masih menyimpan dan sekali-sekali mendengar kembali kaset rakaman pidato Mat Sabu yang mengutuk Anwar itu.

Semua itu adalah contoh konkrit bahawa sahabat dan musuh dalam politik tidak pernah abadi, sebaliknya bila-bila bisa bertukar ganti. Saya percaya Tan Sri lebih faham serta menyedari dan mengalami sendiri hakikat ini.

Tentu sekarang Tan Sri akan bertanya, apakah yang mendorong saya untuk menulis surat terbuka ini kepada Tan Sri dengan merujuk kembali hakikat sahabat dan musuh yang tidak pernah abadi serta `kepentingan diri' yang senantiasa abadi dalam politik?

Jawapan saya: Walaupun sekarang kita berbeza parti politik (saya penyokong UMNO manakala YAB pemimpin PKR) namun saya tetap mengakui dan menghargai kepakaran dan prestasi YAB sebagai seorang tokoh korporat, sama ada semasa menjadi Pengurus Besar PNB dahulu, begitu juga semasa menjadi Menteri Besar (MB) Selangor. Prestasi Tan Sri sebagai MB terutama dari segi penjanaan dan penghematan kewangan negeri, diakui oleh kawan dan lawan.

Tetapi dari segi politik, Anwar sudah tidak dapat menerima kepimpinan YAB sebagai MB. Kata Anwar, Selangor memerlukan kepimpinan politik yang lebih kuat. Ini menyebabkan dilancarkannya `Manipulasi Kajang' untuk membuka ruang dan peluang kepada Anwar bertanding menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan seterusnya menjadi MB menggantikan Tan Sri sendiri.

Selain untuk memberi `kepimpinan politik' yang lebih kuat, keinginan Anwar untuk menjadi MB Selangor itu dikaitkan juga dengan rayuan kes liwatnya. Apa pun, untuk memenuhi keinginan Anwar menjadi MB, jawatan tersebut mestilah dikosongkan terlebih dahulu. Mungkin Tan Sri secara halus diminta mengundur diri atau, jika enggan, akan disingkirkan dengan cara manipulasi yang mengaibkan. Sekali lagi ini akan mengingatkan kita tentang `kesahihan' ayat yang kita ulas di atas: "Dalam politik tidak ada sahabat abadi dan tidak ada musuh abadi. Yang abadi hanyalah kepentingan sendiri."

Pesan utama yang hendak saya sampaikan melalui surat terbuka ini ialah supaya Tan Sri jangan sampai melepaskan atau menyerahkan jawatan MB yang sedang Tan Sri pegang sekarang, walau apa pun keputusan pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu. Walaupun sekarang Anwar gagal menjadi calon dalam pilihan raya kecil DUN Kajang itu dan kerana itu adalah mustahil untuk dia menjadi MB, namun Tan Sri mestilah tetap waspada agar jangan sampai tersingkir.

Saya berpendapat, jika jawatan MB itu terlepas daripada tangan Tan Sri, implikasinya sangatlah buruk kepada diri Tan Sri dan begitu juga kepada kestabilan politik dan pentadbiran negeri Selangor serta kemurnian sistem demokrasi di negara ini.

Dari segi peribadi, sejarah kecemerlangan kerjaya Tan Sri sudah tentu akan terjejas dan tercalar. Sejarah akan mencatat Tan Sri sebagai seorang MB yang mudah mengalah kepada tekanan-tekanan politik oleh sahabat separti yang lebih mengutamakan `kepentingan peribadi'. Dan sekali gus ini juga akan membenarkan dakwaan atau tuduhan bahawa Tan Sri gagal memberi kepimpinan politik yang berkesan terhadap negeri Selangor.

Dilihat dari segi hubungan Persekutuan-kerajaan negeri secara beransur-ansur Tan Sri telah berjaya membina hubungan yang sihat dan produktif yang masing-masing diperintah oleh dua parti berlainan.

Begitu pula, pada pandangan mata umum, antara Tan Sri dan sultan sudah wujud persefahaman dan hubungan kerja yang produktif. Semua itu dilihat oleh sesetengah pihak sebagai petanda-petanda positif kualiti kepimpinan yang lebih mengutamakan pembangunan dan kebajikan rakyat serta negeri daripada kuasa politik untuk kemegahan diri sendiri.

Lebih daripada itu, ramai pula pihak yang mengharapkan agar Tan Sri memainkan peranan sebagai seorang tokoh utama menyahut seruan Perdana Menteri ke arah perpaduan kebangsaan atau rekonsiliasi nasional.

Saya akhiri warkah terbuka ini dengan mengulang kembali ayat keramat di atas tadi: Dalam politik tidak ada sahabat abadi dan juga tidak ada musuh abadi.

Kalau pada suatu masa dahulu YAB mempunyai sahabat dan musuh dalam UMNO, dalam PKR sekarang pun YAB mempunyai musuh yang tidak kurang ramainya. YAB mempunyai kelayakan dan potensi untuk menyatukan kembali semua sahabat di kedua-dua parti dan sama-sama kembali ke pangkal jalan, mengambil yang jernih dan membuang yang keruh serta meneruskan amanat perjuangan yang diwariskan oleh generasi terdahulu. Wassalam.

SENATOR Datuk Dr. Firdaus Abdullah

Pakar rujuk Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Profesor Tamu di Universitas Andalas, Padang, Indonesia.

Anwar gadai politik integriti

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

AHAD ini, pemilih berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang terpaksa keluar mengundi dalam satu pilihan raya kecil (PRK) yang dicipta oleh pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mereka sepatutnya tidak perlu pun berbuat demikian kerana baru sahaja melakukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu. Hanya kerana PKR hendak menyelesaikan masalah dalaman parti itu dan memberi ruang kepada ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan merintis jalan sebagai Menteri Besar Selangor, kebajikan pengundi ditolak ke tepi.

Namun manusia hanya boleh merancang sedangkan ketentuan tuhan mengatasi segala-galanya. Keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar bersalah dan dia tidak layak bertanding PRK Kajang, yang diciptanya.

Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia, pengasas ABIM United Kingdom, DATUK AIDIT GHAZALI, berkongsi pandangan tentang Anwar dan mengupas isu politik integriti yang semakin menjauh daripada bekas idolanya itu.

Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di PRK DUN Kajang mengkritik hukuman yang dijatuhkan ke atasnya sebagai konspirasi. Apa pandangan Datuk bila isu ini dihubungkan dengan politik integriti?

AIDIT: Terus terang saya ingin nyatakan bahawa hormat saya kepada Anwar sudah langsung tidak ada, walaupun seberat zarah. Satu ketika dahulu, saya pandang tinggi beliau sebagai seorang yang tinggi ilmunya, murni perjuangannya dan besar sumbangannya pada perjuangan Islam.

Tetapi apabila ideologi yang dia bawa tidak menepati kehendak Islam, dia pula menonjolkan diri sebagai manusia yang rakus kuasa dan paling jelik sanggup menggadaikan apa saja demi matlamat peribadinya, maka hilang segala ruang untuk saya menanam apa jua sangka baik terhadapnya.

Kesnya di Mahkamah Rayuan telah menghadapi penangguhan tidak lebih daripada 70 kali semenjak Notis Rayuan difailkan oleh pihak Peguam Negara. Ternyata bahawa kesalahan yang pihaknya cuba letak pada pihak pendakwaraya tidak berasas.

Proses pendakwaan telah berlaku sejak 2011 lagi dan bukannya dibuat atas sebab PRK Kajang. Anwar sendiri yang cuba mewujudkan keadaan-keadaan yang membolehkan rayuan pendakwaraya ditangguhkan.

Jika beliau yakin berada di pihak yang benar, mengapa perlu memberi seribu alasan dan buat penangguhan kes di Mahkamah Rayuan? Mengapa ketika menang kes di Mahkamah Tinggi tidak pula kedengaran berlaku konspirasi politik ke atasnya? Mengapa apabila keadaan tidak menyebelahinya, maka pihak lain yang salah? Apa hebatnya orang yang bernama Anwar Ibrahim sehingga seolah-olah tidak ada silap dan pihak yang menentangnya sahaja yang salah?

Dalam menyelami sifat-sifat seorang konspirator, ada empat yang utama: pertama, mempunyai niat peribadi yang kuat sehingga sanggup menggunakan apa jua cara demi mencapai impian; kedua, sanggup bertalam bermuka-muka dengan bertutur mengikut selera siapa pendengar di hadapan; ketiga, bijak berpura-pura dengan bertopeng sifat baik dan bermain atas belas-kasihan orang lain; dan keempat, bersekongkol dengan tangan-tangan ghaib supaya memperolehi bantuan atau sokongan yang luar dari biasa.

Tidakkah kita terfikir kini siapa sebenarnya konspirator?

Semasa hukuman dijatuhkan di Mahkamah Rayuan baru-baru ini tidak ramai yang datang mengiringi Anwar. Apakah ini gambaran sokongan terhadap beliau semakin merosot?

Soal sama ada sokongan terhadap Anwar sudah merosot atau tidak adalah subjektif. Pada hemat dan pengamatan saya sebagai pakar pemprofilan karakter, saya dapati selagi wujud ruang untuk mana-mana pihak meletakkan sifat belas-kasihan yang tidak kena pada tempatnya, selagi wujud ruang untuk terus dibuai dengan alunan cerita sensasi tanpa dimurnikan dengan fakta dan nasihat daripada insan-insan soleh lagi bijaksana, selagi terpasak sifat taksub pada manusia atau wadah dan selagi jiwa itu penuh dengan sifat-sifat keji seperti dendam-kesumat, hasad-dengki dan cetek pemikiran, maka selagi itulah sokongan terhadap yang batil itu tetap akan membara.

Apatah lagi Anwar telah berjaya melahirkan ramai yang beracuan minda, jiwa dan pegangan nilai sepertinya, sama ada di dalam PKR, parti kawan lain seperti Pas, kalangan anak muda yang termakan dengan hujah-hujah berapi serta pesona ikoniknya.

Di pihak lawannya pula, khususnya UMNO, lambat menangkis fenomena ini secara serius dan pintar. Justeru, ketidakhadiran ramai penyokong di mahkamah ketika kes rayuan Anwar bukan ukuran tepat. Namun, saya yakin ramai yang sudah bermufarakah dengan Anwar walaupun ada juga yang cetek fikiran dan dilenakan dengan cerita sensasi masih termakan dengan lakonannya.

Hukuman penjara lima tahun kerana liwat, kalimah Allah, fahaman liberalisme dan pluralisme yang dianuti oleh Anwar adalah isu-isu yang menyentuh integriti. Apakah dengan isu ini Anwar menerusi proksi iaitu isterinya di PRK Kajang layak dikatakan pemimpin berintegriti?

Seperti yang saya nyatakan, Anwar ialah manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Memang bijak percaturannya untuk memajukan nama Wan Azizah sebagai calon PKR di PRK Kajang. Sebabnya mudah.

Wan Azizah atas kapasiti seorang isteri akan sanggup melakukan, melafazkan dan mencerminkan apa sahaja yang suaminya arah. Wan Azizah akan meraih simpati daripada para pengundi Kajang untuk mendapat majoriti undi yang lebih besar berbanding PRU-13. Tambahan pula DAP mengerahkan jentera parti pada tahap yang sangat serius kerana mereka tahu kemenangan Wan Azizah adalah pengukuhan kapasiti Anwar untuk terus diperalatkan demi mencapai cita-cita cauvinis mereka pula.

Pada saya, Wan Azizah wajar kita beri simpati, tetapi atas sebab dia diguna sehabis-habisnya oleh Anwar demi cita-cita politik songsang suaminya.

Persoalannya, apakah para pengundi Kajang sanggup menggadai undi mereka yang sangat bernilai itu untuk terus memberi ruang kepada kerakusan agenda peribadi Anwar, boneka Wan Azizah, kapasiti DAP memperalatkan Anwar dan akhirnya masa depan negara, agama dan kedaulatan digadai?

Bersediakah kita ditakluki dan dijajah secara halus dan terjerat semula dalam kitaran ganas penjajahan minda dan jiwa? Pengundi Kajang akan memegang kunci masa depan negara. Jangan jadi Si Kitul yang menyalahguna kunci dengan mengizinkan penjajah Portugis masuk ke dalam kota Melaka.

Anwar cuba menyambung talian hayat politiknya dengan menjadikan Wan Azizah sebagai proksi bagi memohon belas ihsan dan simpati pengundi. Apakah ini gambaran yang diperlukan sebagai sebuah politik integriti?

Malang sekali politik negara kita sudah dicemari dengan gelagat dan budaya yang amat memalukan, khususnya peranan pihak pembangkang di Parlimen. Sepatutnya, peranan pembangkang adalah yang membina, menjadi mekanisme semak dan imbang, memperhalusi dasar dan instrumen pengurusan negara supaya menjadi lebih cekap dan berkesan serta menyumbang kaedah-kaedah yang lebih baik demi kemaslahatan umum.

Namun, ini semua semakin tergadai apabila Anwar meletakkan agenda peribadinya mengatasi segala-galanya, hatta menarik balik hasrat rekonsiliasi nasional ketika Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Cuba imbas semula sejak pihak pembangkang menang besar PRU-12. Kita lihat mereka menjadi besar kepala, Dewan Rakyat menjadi seperti pasar, etika golongan negarawan tercemar dan setiap hari kita disajikan dengan polemik serta retorik politik yang tidak ada kesudahan.

Ini semua adalah isu-isu politik berintegriti yang kini hanya menjadi lafaz akademik yang semakin jauh dari jangkauan kita jika PKR menang PRK Kajang.

Saya menyeru dari lubuk hati yang inginkan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara supaya para pengundi di PRK Kajang menolak PKR atas pertimbangan yang jauh ke depan serta menghalang kemudaratan lebih besar daripada berlaku, insya-Allah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Buru populariti demi kerjaya

Posted: 16 Mar 2014 10:41 PM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR
dan JEFFRI IRAN

Selepas program One In A Million (OIAM) musim pertama pada 2006, Lokman hilang seketika daripada dunia seni.

MEMILIH sesuatu kerjaya untuk meneruskan kelangsungan hidup bukanlah satu tugas mudah bagi setiap individu, malah terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan mahupun rintangan agar ia menjamin masa depan yang mampu memberi sinar yang berpanjangan.

Sementelah mengakhiri persaingan dalam program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama terbitan 8TV di minggu keenam pada 2006, nama Lokman Aslam, 27, terus hilang di persada muzik tempatan sebelum membuat kemunculan dua tahun selepas itu bagi melancarkan single pertamanya berjudul Namun Engkau Tahu.

Mengakui strategi pemasaran yang lemah ketika itu, sambutan terhadap single yang berentak pop itu tidak begitu memberangsangkan, sekali gus namanya gagal mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air, apatah lagi untuk dikenali umum.

Ditambah pula, pada 2009, pemergian insan tersayang iaitu arwah bapanya, Abdul Mutalip Mohd. Amir, 62, akibat serangan sakit jantung benar-benar memberi impak terhadap kehidupan peribadinya sehinggakan ada ketika, dia merasakan seperti tidak terurus dan terumbang-ambing.

Pun begitu, semangat jitunya untuk bergelar anak seni masih utuh.Disebabkan itu, Lokman yang juga berbakat sebagai komposer tidak putus harap untuk terus berkarya menghasilkan nukilan yang bermutu bagi meneruskan karier dalam bidang nyanyian, sekali gus menjadi salah seorang penyanyi berkaliber.

Lagu tema Fair & Lovely

WALAUPUN mengambil masa yang agak lama, ternyata kecekalan Lokman untuk terus bertahan dalam dunia seni berbaloi apabila lagu ciptaannya, Aku Cinta Padamu berjaya menambat hati orang kuat daripada organisasi yang menghasilkan produk kecantikan terkenal, Fair & Lovely.

Menurut Lokman, lagu tersebut dihasilkan hampir setahun lalu dan pada asalnya ia berentak rancak kerana pop adalah genre pilihannya. Namun, ketika lagu tersebut diserahkan kepada seorang rakan yang juga ahli muzik, susunan dilakukan semula dan ia ditukar kepada rentak balada.

Sejujurnya, saya tidak tahu tujuan sebenar rakan saya itu apabila dia meminta sebuah lagu daripada saya. Atas dasar persahabatan yang terjalin sekian lama, saya berikan sahaja lagu ini kepadanya.

Kemudian, selang beberapa hari, dia meminta saya hadir ke studionya untuk merakamkan semula lagu tersebut dengan rentak yang lebih perlahan berbanding yang asal.

Tanpa saya sedari, rupa-rupanya di luar studio rakaman, terdapat beberapa wakil daripada syarikat kecantikan itu mendengar sesi rakaman yang sedang dilakukan, sekali gus berminat untuk menjadikan Aku Cinta Padamu sebagai lagu tema kempen iklan Fair & Lovely," ujar Lokman.

Ekoran tawaran yang diterimanya itu, Lokman hampir kehilangan kata-kata untuk menggambarkan perasaannya kerana perkhabaran baik yang tidak pernah terlintas di benaknya itu amat mengejutkan.

Menurut Lokman, tawaran tersebut tidak pernah diduga kerana rakannya itu tidak memberi sebarang petunjuk atau klu, ditambah lagi ketika hadir ke studio berkenaan, dia hanya memakai seluar pendek dan berselipar.

Bayangkan, selepas selesai sesi rakaman, saya keluar studio dan dapati ada beberapa orang yang memandang dan tersenyum ke arah saya. Dan pada masa yang sama, saya diberitahu berita baik tersebut. Jadi, macam-macam perasaan ada ketika itu.

Malu disebabkan penampilan saya yang selekeh, terkejut sebab ada ramai orang dan gembira apabila mendapat tawaran tersebut. Perasaan yang bercampur baur," jelasnya yang mengikat kontrak selama setahun bagi menjayakan kempen iklan produk berkenaan.

Maka tidak hairanlah, sejak lagunya mula kedengaran di kaca televisyen tatkala iklan komersial Fair & Lovely disiarkan, populariti Lokman semakin meningkat dan mula menerima undangan untuk menjayakan pelbagai majlis atau jemputan menghadiri acara hiburan tempatan.

Kucupan sempurna

Posted: 16 Mar 2014 10:41 PM PDT

AAMIR Khan digelar Mr.Romantis di Bollywood.

MENGINJAK ke usia hampir separuh abad, pelakon kacak, Aamir Khan, 49, dianggap sebagai seorang aktor paling romantis yang dimiliki oleh industri perfileman Bollywood.

Sejak aktif dalam dunia lakonan 25 tahun lalu, bapa kepada tiga orang anak itu menjadi kegilaan banyak wanita di India termasuk pelakon-pelakon wanita sama ada aktres senior mahupun yang baharu.

Menurut kajian yang dilakukan oleh sebuah portal Bollywood, Aamir dikatakan menjadi rebutan hampir 70 peratus pelakon wanita yang aktif berlakon dalam industri tersebut.

Faktor yang menyebabkan Aamir menjadi pilihan adalah kerana kucupannya yang dikatakan amat sempurna. Ini berdasarkan pengakuan heroin-heroin yang pernah bergandingan dengannya.

Malah, Aamir juga diberi gelaran 'pencium bersiri dek kerana mencium hampir kesemua heroin yang disatukan dengannya dalam lebih 40 filem yang telah dibintangi," tulis portal berkenaan.

Bukan itu sahaja, para heroinnya juga menggambarkan bahawa ciuman yang diberikan Aamir begitu sejati dan asli. Dia seolah-olah benar-benar sedang dilamun cinta dengan pasangan berciumnya itu.

Antara aktres yang pernah diciumnya ialah Madhuri Dixit, Karisma Kapoor, Kajol, Rani Mukherjee, Preity Zinta, Kareena Kapoor dan pelakon sensasi terkini, Katrina Kaif.

Deepika cemburu

Lebih menarik, primadona terbaharu Bollywood, Deepika Padukone menerusi laman Twitter miliknya secara terbuka meluahkan perasaan cemburu terhadap teman seperjuangannya, Kangana Ranaut yang berpeluang berdampingan dengan Aamir menerusi filem Queen.

Berdasarkan status yang dikemas kini oleh pelakon seksi itu, dia menyatakan bahawa adegan asmara antara Aamir dan Kangana yang dipaparkan menerusi filem tersebut benar-benar mengundang rasa cemburu. Ini memandangkan Deepika belum lagi berpeluang berlakon bersama aktor pujaannya itu, apatah lagi menjayakan babak romantis.

Saya cemburu dengan Kangana. Walaupun saya lebih awal menceburkan diri dalam bidang lakonan berbanding dia, tetapi nasib tidak menyebelahi saya untuk berdampingan dengan Aamir.

Tetapi jangan salah faham, saya tidak mempunyai masalah dengan Kangana. Saya menganggapnya satu persaingan sihat untuk lebih bekerja keras bagi merebut peluang itu," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Apollo melon sumber rezeki

Posted: 16 Mar 2014 10:41 PM PDT

Sabri Harun (kiri) dan Yaakob Nuri merupakan pengusaha ladang apollo melon yang terletak di Parit 9, Sekinchan Selangor.

BERBEKALKAN sedikit azam untuk mengubah taraf ekonomi keluarga, seorang petani Mohd. Yaakub Nuri tekad menyahut saranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mencuba tanaman baru iaitu Apollo melon.

Petani dari Sekinchan, Selangor itu berazam mengusahakan tanaman baru tersebut kerana yakin akan mendapat bantuan secara berterusan daripada badan bertanggungjawab tersebut.

Bercerita mengenai pembabitannya dalam tanaman appollo melon, petani berusia 49 tahun ini memberitahu, projek tanaman buah tersebut diperkenalkan ketika Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2012.

Ketika menyertai pameran MAHA, saya didatangi oleh seorang pegawai FAMA yang menawarkan tanaman apollo melon bagi diperkenalkan ketika pameran itu berlangsung.

Ketika itu, pihaknya berjanji untuk membeli hasil tuaian buah dengan harga RM1.80 sekilogram (kg) jika tanaman itu berhasil," katanya.

Pada awalnya, Mohd. Yaakub menolak tawaran tersebut kerana harga yang dijanjikan terlalu rendah dan murah.

Namun berbekalkan prinsip rezeki ada di mana sahaja dengan syarat usaha dan tawakal, keyakinannya untuk menyahut tawaran FAMA semakin tinggi.

Ujarnya, sebaik sahaja bersetuju untuk membangunkan tanaman apollo melon, pihak FAMA turut memberi jaminan terhadap harga bagi setiap keluaran buah tersebut.

Mereka bersetuju untuk membayar balik hasil sekiranya saya tidak dapat jualan dalam RM2,000.

Lagi pun apollo melon sememangnya projek khusus sempena MAHA 2012," katanya yang turut ditemani rakan, Sabri Harun.

Di awal pembabitan, dia dibekalkan dengan dua paket biji benih apollo melon oleh FAMA secara percuma.

Dengan bekal yang disediakan, Mohd. Yaakub menanam apollo melon atas tanah seluas 0.6 hektar di Parit 9, Sungai Leman, Sekinchan, Kuala Selangor pada September 2012 dan mula menuai dua bulan kemudiannya.

Berkongsi cerita mengenai hasil yang diperoleh semenjak menanam buah tersebut, Mohd. Yaakub memberitahu, dia mendapat hasil tuaian kira-kira dua hingga tiga tan dalam sekali tuaian.

Katanya, apollo melon hanya mengambil masa selama 55 hari sebelum dituai berbanding tembikai susu yang mengambil masa 65 hari dan rock melon iaitu 75 hari.

Penanaman apollo melon memerlukan tanah lempung berpasir yang mengandungi bahan organik serta pancaran sinar matahari sepanjang tahun.

Tanah jenis itu berfungsi sebagai pemudah untuk akar berkembang dan menyerap haba dari tanah selain ia turut memerlukan bekalan air yang banyak dan mencukupi," ujarnya.

Mengenai modal dalam mengusahakan tanaman apollo melon, dia memberitahu, setiap biji benih agak mahal sehingga mencecah 40 sen sebiji manakala satu peket berharga RM200 untuk 600 butir benih.

Namun kini dia mampu menjual sehingga RM3.50 sekilo kepada peraih dan harga pasaran mencecah RM5 sekilo.

Apollo melon mempunyai warna kulit yang kuning keemasan dan tidak berjala sekali gus membuatkan isi buahnya renyah, manis dan tebal selain saiznya mampu mencapai sehingga dua kilogram berat.

Tidak menolak andaian bahawa tumbuhan tersebut turut berhadapan dengan ancaman makhluk perosak seperti lalat buah, semburan racun serangga akan dilakukan sebanyak dua kali seminggu.

Katanya, apollo melon yang telah busuk dapat dikenal pasti apabila buah ini digoncang dan ia berair seperti buah kelapa dan di dalamnya berair. - NOOR DIANA AZIS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Konsep 'one to one' diperkenal

Posted: 16 Mar 2014 12:41 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

WARGA emas Lee Ha Kaw mencabut undi bagi unit kediaman baharu sebaik namanya dipanggil Tengku Adnan Tengku Mansor dalam majlis Cabutan Undi bagi Unit Baharu Perumahan 1Razak Mansion Bersama Penduduk di Kuala Lumpur, semalam. - utusan/wahidah zainal

KUALA LUMPUR 16 Mac. - Kerja-kerja menaik taraf Perumahan Awam (PA) Razak Mansion, Sungai Besi dekat sini bagi projek pembangunan semula akan dilaksanakan awal April ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek pembangunan semula yang menelan kos sebanyak RM150 juta itu memperkenalkan konsep penggantian unit kediaman `one to one kepada penduduk.

Menurutnya, terdapat 685 unit sedia ada yang mempunyai satu bilik tidur dan dua bilik tidur masing-masing berkeluasan 399 kaki persegi dan 504 kaki persegi dengan gantian unit rumah baharu dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air berkeluasan 800 kaki persegi.

Penggantian unit rumah adalah berdasarkan kepada dua kumpulan iaitu 557 pemilik yang mempunyai Perjanjian Jual Beli (S&P) dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan 101 unit yang disewa dengan DBKL," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Cabutan Undi Bagi Unit Baharu Perumahan 1Razak Mansion Bersama Penduduk dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Adnan Md. Ikhsan.

Tengku Adnan menambah, bagi pemilik satu bilik, selain boleh memilih rumah tiga bilik dan dua bilik air berkeluasan 800 kaki persegi, mereka juga boleh menolak unit rumah berkenaan dan bersetuju menerima gantian wang tunai berjumlah RM160,000.

Manakala bagi pemilik dua bilik pula, selain boleh memilih rumah tiga bilik dan dua bilik air berkeluasan 800 kaki persegi dengan subsidi wang tunai berjumlah RM14,000, mereka juga boleh memilih rumah berkeluasan 800 kaki persegi beserta dua unit penghawa dingin serta kabinet dapur bernilai RM14,000.

Selain itu pemilik juga boleh menolak unit rumah dengan gantian wang tunai berjumlah RM180,000," katanya.

Bagi penyewa satu bilik dan dua bilik pula, katanya, mereka mempunyai dua pilihan sama ada memilih untuk membeli unit yang disewa sekarang dengan harga RM42,000 atau menyewa unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL tertakluk kepada mana-mana kekosongan di sekitar Kuala Lumpur.

Jika mereka memilih untuk membeli unit yang disewa sekarang, unit yang dibeli itu nanti akan digantikan dengan unit rumah tiga bilik tidur dan dua bilik air berkeluasan 800 kaki persegi.

Selain menyediakan rumah yang lebih luas, kita juga menaik taraf kemudahan sedia ada di kawasan perumahan ini bagi keselesaan penduduk di sini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata, pihaknya dengan kerjasama DBKL akan melaksanakan pembangunan semula di beberapa kawasana penempatan yang usang dan tidak sesuai lagi didiami di sekitar ibu negara.

OUM bina kampus induk lengkap di Cyberjaya

Posted: 16 Mar 2014 12:41 PM PDT

Anuwar Ali (kiri) bertukar memorandum persefahaman (MoU) dengan P. Kasi (kanan) sambil disaksikan oleh Lee Lam Thye (dua kiri) dan Lao Chok Keang selepas menangani MoU bersama pemaju Setia Haruman Sdn. Bhd. di Cyberjaya, semalam.

CYBERJAYA 16 Mac - Open University Malaysia (OUM) merancang membina sebuah kampus induk lengkap dengan segala kemudahan infrastruktur menjelang awal tahun hadapan.

Presiden dan Naib Canselor OUM, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Anuwar Ali berkata, kampus berkeluasan empat hektar dengan anggaran kos RM500 juta yang akan dibina secara berperingkat-peringkat itu dijangka beroperasi lima tahun lagi.

Menurut beliau, kampus induk itu akan dilengkapi bangunan pentadbiran, sekolah perniagaan OUM; Kolej Antarabangsa Terbuka (IOC) dan kediaman hostel bagi pelajar antarabangsa.

Kampus di Cyberjaya ini akan menawarkan pelajar sepenuh masa yang mengambil jurusan peringkat asas, diploma dan ijazah dengan pelbagai kursus ditawarkan.

Antara kursus adalah Asas Seni, Diploma Pengurusan, Diploma Pengurusan Sumber Manusia Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Pejabat, Diploma Komunikasi Media dan Ijazah Pengurusan," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pemaju, Setia Haruman Sdn. Bhd. di sini hari ini.

OUM diwakili Anuwar manakala Setia Haruman oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk P. Kasi. Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah OUM, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengarah Eksekutif Setia Haruman Sdn. Bhd. Lao Chok Keang.

Menurut Anuwar, kampus induk berkenaan dapat menampung kira-kira 5,000 pelajar, tetapi pelan pembangunan selama lima tahun terawal hanya mampu menempatkan 1,000 pelajar.

Pemilihan Cyberjaya sebagai lokasi kampus induk adalah kerana kawasan yang terbuka dan mempunyai rangkaian telekomunikasi serta logistik yang global.

Dengan adanya teknologi moden, secara tidak langsung membantu dalam pengajaran dan pembelajaran OUM termasuk di kawasan luar bandar selaras dengan modul kursus pengajian OUM yang kini menggunakan aplikasi telefon pintar dan tablet," katanya.

Terokai angkasa lepas di Space Mission i-City

Posted: 16 Mar 2014 12:41 PM PDT

SHAH ALAM 16 Mac - Bagi yang ingin merasai pengalaman mengembara ke angkasa lepas, mereka boleh berbuat demikian di Space Mission, iaitu tarikan terbaharu di taman tema digital i-City, Seksyen 7 di sini.

Sempena penganjuran Karnival Riuh Sakan anjuran Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia di situ pada 22 dan 23 Mac ini, pengunjung boleh mendapat sekeping tiket percuma bagi setiap pembelian dua tiket ke Space Mission.

Selain Space Mission, pengunjung juga boleh mendapat tawaran istimewa itu di taman tema lain dalam i-City sepert House of Horror, Trick Art Museum dan Snowalk.

Pengurus Perkhidmatan Korporat i-City, Tang Soke Cheng berkata, di Space Mission, pengunjung akan dibawa menaiki space shuttle dan mengalami sendiri pengalaman terbang seperti dalam sebuah kapal angkasa.

Pengunjung yang menaikinya akan merasai pengalaman terbang di angkasa dan melihat makhluk asing dengan berlatarbelakang sistem bunyi unik.

Di Space Mission juga pengunjung akan melalui terowong cahaya yang seolah-olah berada dalam kapal angkasa sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pengunjung turut berpeluang menjadi wira angkasa dengan menembak makhluk asing di tempat-tempat tertentu.

Katanya lagi, tembakan jika tepat akan menerima tindak balas seperti sasaran tersebut dapat dilihat mengalami kecederaan.

Sempena Karnival Riuh Sakan juga, pembaca kedua-dua akhbar berkenaan berpeluang merebut 10,000 tiket percuma ke WaterWorld@i-City dengan menukar 10 kepala akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia bertarikh 24 Februari hingga 19 Mac ini di pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Jalan Chan Sow Lin dan tiga cawangan di Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-92324437/4438.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved