Khamis, 25 Julai 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Mahaleel paling sesuai

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh bermesra dengan anak Lee Chong Wei sebelum skuad negara berlepas ke Hong Kong dari KLIA, Sepang semalam untuk latihan pusat sebelum menyertai Kejohanan Dunia di Guangzhou, yang bermula 4 Ogos ini. - BERNAMA

SEPANG - Bekas ketua pegawai eksekutif Proton Holding Berhad Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mampu menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berdasarkan pengalaman luas beliau dalam sukan badminton tanah air, kata Presiden BAM Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.

Beliau berkata, sebagai tokoh korporat berpengalaman dan berkebolehan, Tengku Mahaleel mampu memartabatkan sukan badminton negara ke tahap lebih tinggi jika dipilih memegang jawatan tertinggi badan induk itu.

Saya rasa beliau (Tengku Mahaleel) sudah bersedia. Beliau ada menelefon saya memberitahu sudah bersedia bertanding sebagai presiden BAM jika dicalonkan.

Saya yakin dengan pengalaman yang ada, beliau mampu menerajui BAM. Beliau juga bekas pemain badminton dan pernah menjadi setiausaha Persatuan Badminton Selangor," katanya selepas bertemu skuad badminton negara yang berlepas ke Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetuai 29 pemain ke Hong Kong untuk menjalani latihan fasa akhir selama 10 hari sebelum beraksi pada Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, dari 5 hingga 11 Ogos.

Mohd. Nadzmi yang merupakan penyandang jawatan itu tidak akan mempertahan kedudukan itu pada Mesyuarat Agung Tahunan BAM esok.

Mengenai penyertaan skuad negara pada Kejohanan Dunia, Mohd. Nadzmi berharap Chong Wei dan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong memperoleh kejuaraan pada kejohanan berprestij itu sebagai hadiah perpisahan untuk beliau yang menerajui BAM selama 13 tahun.

Di mana-mana kejohanan kita perlu sasar menjadi juara, tetapi kita tidak pernah menjadi juara seperti di Kejohanan Dunia. Kali ini saya harap pemain dapat memberi kejutan dengan menghadiahkan kejuaraan.

Saya tahu Chong Wei bersedia untuk menjuarai kejohanan ini, saya harap dia akan menang, begitu juga Kien Keat dan Boon Heong. Sepanjang saya menjadi presiden BAM, belum pernah pemain kita meraih kejuaraan dalam dua kejohanan besar iaitu Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia," katanya.

Sementara itu, Chong Wei mengucapkan terima kasih atas usaha serta sokongan yang diberikan Mohd Nadzmi sepanjang menjadi presiden BAM.

Menjaga BAM selama 13 tahun bukan mudah. Terima kasih Datuk Seri Nadzmi kerana membantu pemain badminton negara," katanya. - BERNAMA

Barcelona tak puas hati padang Stadium Nasional

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Hamidin Mohd. Amin (kiri) dan Irmohizam Ibrahim menunjukkan jersi yang akan dipakai skuad kebangsan apabila menentang Barcelona pada 10 Ogos ini dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FAIRUZ IZYANA AYUB

KUALA LUMPUR - Isu kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang kurang memuaskan timbul lagi dan kali ini melibatkan aksi berprofil tinggi iaitu perlawanan persahabatan Malaysia-Barcelona 10 Ogos ini.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin, yang berkata, berdasarkan kunjungan pertama wakil kelab Catalan itu yang memeriksa padang di Stadium Nasional, mereka ternyata tidak berpuas hati.

Begitupun Hamidin tetap optimis bahawa masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin dengan jaminan telah diberikan pihak Perbadanan Stadium Merdeka ia akan memperbaikinya dalam tempoh 10 hari.

"Wakil dari Barcelona yang memeriksa padang baru-baru tidak gembira tetapi saya yakin perkara ini dapat diatasi secepat mungkin.

"Keadaan padang akan cuba diselenggara dengan baik dalam masa 10 hari dan saya jamin ia akan berada pada tahap terbaik bagi menghadapi Barcelona nanti, jangan bimbang," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola perlawanan persahabatan Malaysia dan Barcelona, semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif BSC Soccer Malaysia, Effendi Jagan Abdullah dan Ketua Jawatankuasa Ekekutif iM4U, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Masalah padang Stadium Nasional bukanlah isu baru kerana saban tahun masalah itu menjadi perhatian setiap kali perlawanan-perlawanan penting dianjurkan.

Kebanyakan pasukan tidak berpuas hati dengan kualiti padang kerana rumputnya yang mudah tercabut kerana menggunakan rumput jenis 'Marimo Paspalum'.

Pertahanan Kelantan, S. Subramaniam tahun lalu pernah menyifatkan keadaan padang di Stadium Nasional cukup keras bagaikan beraksi di atas batu semasa dia membantu pasukannya pada saingan Piala AFC berdepan kelab Vietnam, Navibank Saigon.

Hamidin mengesahkan Barcelona akan tiba di Kuala Lumpur pada 8 Ogos, iaitu pada hari raya pertama dan akan menjalani latihan terbuka di Stadium Nasional pada keesokannya pada pukul 7.30 malam.

"Barcelona akan mengadakan latihan secara tertutup di Stadium Shah Alam dan akan menemui peminat ketika latihan terbuka di Stadium Nasional dari pukul 7.30 hingga 8.30 malam," katanya.

Setakat ini kira-kira 15,000 tiket telah terjual dengan pihak penganjur mensasarkan semua 87,000 tiket akan terjual.

Semua pemain utama Barcelona akan tiba ke Kuala Lumpur termasuk pengurus baru, Gerardo 'Tata' Martino.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Laporan polis secara dalam talian

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my

Ayub Yaakob (tengah) bertanyakan sesuatu kepada orang ramai ketika mengadakan 'walkabout' di sekitar kawasan perniagaan Taipan Senawang dekat Seremban, semalam. - UTUSAN/Abd. Razak Aid

SEREMBAN 25 Julai - Orang awam kini boleh membuat laporan polis secara dalam talian menerusi sistem rangkaian web Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bakal dilaksanakan seluruh negara mulai hujung September ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob berkata, sistem baharu yang akan dibangunkan PDRM itu bertujuan memudahkan orang ramai membuat laporan dengan pantas seiring dengan kemajuan teknologi serta kemudahan internet.

"Akhir September ini orang ramai di seluruh negara boleh membuat laporan polis secara dalam talian dengan perkara itu memudahkan pengadu membuat laporan tanpa perlu ke balai.

"Namun apabila laporan di peringkat siasatan dan laporan kes seperti kemalangan jalan raya, pengadu perlu tampil ke balai untuk memberi kerjasama membantu siasatan terhadap laporan yang dibuat," katanya pada Majlis 'High Profile Policing' bersama penduduk di pasar raya besar Giant Senawang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh dan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Saiful Azly Kamaruddin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 27 Disember tahun lalu pernah mengumumkan kemudahan itu akan dilancarkan pada tahun ini.

Menurut Khalid, pelaksanaan sistem itu dirangka dan dibangunkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) selaras dengan penggunaan internet yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat.

Ayub dalam pada itu berkata, menerusi sistem baharu ini, kerja siasatan kes akan segera dilakukan sejurus laporan diterima dan kaedah itu diyakini mampu menjimatkan masa secara efisien.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, semakan perkembangan status siasatan kes yang dilaporkan menerusi sistem dalam talian akan dilaksana sepenuhnya hujung tahun ini.

"Untuk mengetahui status siasatan kes, polis akan memberi kata laluan kepada pengadu bagi membolehkan mereka mengakses status siasatan mengenai laporan masing-masing.

"Bagaimanapun, maklumat status siasatan akan dikemas kini bagi memastikan ia tidak menyalahi Akta Rahsia Rasmi dan tidak menganggu siasatan," jelasnya.

Pada majlis itu, Ayub bersama Osman turut mengedar bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar kawasan perniagaan Taipan Senawang.

Polis Marin selamatkan 9 wanita warga asing

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

KOTA KINABALU 25 Julai - Tindakan pantas sepasukan anggota Polis Marin daerah Semporna berjaya menyelamatkan sebanyak sembilan wanita warga asing yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negeri ini awal pagi ini.

Tindakan itu berhasil selepas pasukan tersebut yang terdiri daripada lima anggota menahan sebuah bot panjang di pantai Kampung Panji, Semporna pada pukul 5.30 pagi.

Pemangku Komander Polis Marin Wilayah Sabah, Deputi Supritendan Husaini Zainal Abidin berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot yang menggunakan tiga enjin itu mendapati sembilan wanita warga asing berusia antara 24 hingga 33 tahun cuba dibawa masuk ke negeri ini.

Menurutnya, bot tersebut telah dikesan semasa hendak mendarat di satu lokasi agak tersorok di Kampung Panji dengan membawa wanita dari negara jiran.

"Dalam tangkapan itu, polis turut menahan seorang juragan yang berusia lingkungan 30-an yang tinggal di Kampung Halo, Semporna dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

"Selain juragan itu, seorang lagi lelaki berusia 42 tahun turut ditahan yang dipercayai warga asing dan bertindak sebagai pembantunya," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Menurut Husaini, dalam tangkapan itu pihaknya merampas mata wang Filipina 28,500 Peso serta wang tunai RM2,605 daripada juragan bot terbabit.

"Ini merupakan tangkapan pertama melibatkan bot yang menggunakan tiga buah enjin dan tangkapan kedua aktiviti penyeludupan wanita warga asing ke daerah Semporna bagi tempoh tiga bulan ini," katanya.

Tambahnya, kesemua mereka yang ditangkap akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk secara tidak sah dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Beliau memberitahu, pihaknya akan terus meningkatkan kawalan di perairan negeri ini terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Katanya lagi, maklumat daripada orang ramai sangat dialu-alukan bagi membolehkan pihaknya membanteras aktiviti dan kejadian jenayah di laut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Lebih 2,000 terbunuh di Syria sepanjang Ramadan

Posted: 25 Jul 2013 12:31 PM PDT

BEIRUT 26 Julai - Sekurang-kurangnya 2,014 penduduk Syria dengan kebanyakannya tentera dan pemberontak terbunuh dalam perang saudara sejak umat Islam mula berpuasa di bulan Ramadan 10 Julai lalu.

Pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, lebih 1,323 yang terkorban merupakan tentera dan pemberontak dengan jumlah kematian terus meningkat dalam empat hari lalu.

Selain itu, sebanyak 639 orang awam terbunuh termasuk 105 kanak-kanak dan 99 wanita dengan kebanyakannya terbunuh sewaktu serangan tentera.

Dalam kejadian terbaharu, sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 62 lagi cedera dalam serangan bom kereta di pedalaman Jaramana di tenggara Damsyik, semalam. - AFP

Rundingan damai Israel-Palestin diadakan 30 Julai ini?

Posted: 25 Jul 2013 12:31 PM PDT

JERICHO 26 Julai - Menteri Pembangunan Wilayah Israel, Silvan Shalom, semalam membayangkan rundingan damai Asia Barat akan diadakan semula pada 30 Julai ini di Washington, Amerika Syarikat (AS).

"Kami berharap, rundingan itu akan bermula minggu depan, mungkin pada Selasa. Namun perkara ini belum diputuskan 100 peratus.

"Sekiranya tiada perubahan saat-sat akhir, saya berpendapat, terdapat peluang cerah rundingan akan disambung semula minggu depan di Washington," katanya pada sidang media selepas merasmikan sebuah taman perindustrian di sini. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Alvin, Vivian dibenarkan ikat jamin

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

Ibu Alvin Tan menutup wajahnya bagi mengelak daripada dirakamkan sewaktu hadir ke mahkamah bagi mendengar semakan kehakiman kebenaran ikat jamin anaknya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Julai - Selepas lapan hari meringkuk di penjara, pasangan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini dibebaskan dengan jaminan setelah Mahkamah Tinggi di sini membenarkan semakan kehakiman mereka berhubung isu jaminan.

Hakim Datuk Azman Husin membenarkan semakan selepas meneliti nota prosiding Mahkamah Sesyen dan mendengar hujahan kedua-dua pihak yang terlibat dalam permohonan berkenaan.

Beliau membuat keputusan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 35 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman.

Beliau bagaimanapun mengekalkan perintah Hakim Mahkamah Sesyen, Murtazadi Amran agar ketiga-tiga pertuduhan terhadap mereka dibicarakan bersama kerana membabitkan saksi-saksi yang sama.

Selain menetapkan jaminan RM30,000 dengan dua orang penjamin setiap seorang, Hakim Azman turut mengenakan empat syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Pasangan itu juga dilarang memuat naik sebarang artikel, gambar lucah atau provokatif serta apa-apa tulisan dan komen di dalam internet yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum atau yang boleh menyebabkan permusuhan.

Alvin dan Vivian turut ditegah menggunakan peranti komunikasi seperti telefon pintar atau sebarang gajet yang membolehkan mereka mengakses internet dan memuat naik perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Selain itu, mereka juga diperintah melapor diri di balai polis berdekatan pada 1 haribulan setiap bulan.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, tidak dibebaskan dengan jaminan.

Ini kerana menurut pendakwaan, mereka mempunyai kecenderungan memuat naik artikel atau komen yang boleh menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan orang ramai.

Pasangan terbabit yang turut dikenali dengan nama Alvivi kemudian ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Kajang.

Pada 18 Julai lalu, mereka mengaku tidak bersalah menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian - Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk ''Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!'' berserta logo halal.

Bagi pertuduhan kedua, Alvin dan Vivian didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lalu, antara pukul 9 malam dan 2 pagi.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Mereka didakwa mengikut Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan serta Akta Penapisan Filem 2002 dan kes itu akan disebut semula pada 23 Ogos ini.

Terdahulunya Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff berhujah, mahkamah itu perlu mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak pembebasan dengan jaminan kerana terdapat bukti pasangan terbabit akan mengulangi perbuatan mereka.

Menurut beliau, kecenderungan itu dapat dilihat melalui beberapa siri tweet mereka antara 12 dan 13 Julai lalu dan kepentingan awam perlu dijaga bagi memastikan tidak akan berlakunya sebarang keresahan di kalangan kaum.

Ishak turut dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Nadia Mohd. Izhar.

Sementara itu, peguam Chong Joo Tian berhujah, kecenderungan itu tidak wujud kerana anak-anak guamnya itu telah menerbitkan permohonan maaf terbuka melalui laman sosial Facebook, YouTube dan Twitter malah turut menukar gambar yang memaparkan Bak Kut Teh itu kepada gambar karipap dan ketupat.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan melalui tweet adalah sebelum permohonan maaf terbuka dibuat.

''Facebook telah disekat, permohonan maaf dah dibuat dan saya percaya anak guam saya telah menyesal apabila ditahan. Jadi, apa lagi pendakwaan mahu?,'' kata peguam terbabit.

Joo Tian turut membangkitkan isu, Alvin telah diletakkan di lokap berasingan dengan banduan lain (isolation detention) yang disifatkan sebagai satu bentuk hukuman.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh tidak sempat dibawa ke mahkamah petang ini untuk dibebaskan dan akan dibawa semula pagi esok bagi perintah pembebasan.

Ishak bagaimanapun menyifatkan, tidak wajar peguam itu menyamakan penahanan berasingan sebagai satu bentuk hukuman.

Hakim Azman mencelah bagi meredakan keadaan: ''Kalau letak sekali takut kena hentam. Kesian kat dia. Kita pun nak jaga dia. Tengok betapa prihatinnya pihak pendakwaan.''

Penjual aiskrim dipenjara 8 tahun, 13 sebat

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

SHAH ALAM 25 Julai - Seorang penjual aiskrim warga Bangladesh dihukum penjara lapan tahun dan sebatan 13 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, setelah mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan, memiliki 400 biji pil Eramin 5, tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi memerintahkan hukuman terhadap Sohal Heron, 29, bermula dari tarikh tangkap 16 September 2012.

Dalam penghakimannya, Hakim Ahmadi berkata, tertuduh melakukan kesalahan yang serius dan perlu dikenakan hukuman berat.

Lelaki itu didakwa memiliki 18.8 gram pil tersebut pada pukul 12.05 tengah hari, 16 September 2012 di Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang dekat sini.

Timbalan Pendakwa Raya, Fazillah Begum Abdul Ghani mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun dan sehingga seumur hidup dan sebatan sekurang-kurangnya 10 kali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, tertuduh menghadapi pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Terdahulunya, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia anak tunggal dan menyara keluarganya di Bangladesh.

Dia turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kesalahan yang dilakukan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Promosikan makanan tradisional

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

SELERA TUA,
Jerantut, Pahang

Ikan air tawar Sungai Pahang dan Sungai Tembeling boleh diketengahkan sebagai antara makanan tradisional Melayu Pahang yang boleh dikomersialkan di bazar Ramadan negeri ini.- Gambar ihsan: SELERA TUA, Jerantut

Saudara Pengarang,

SAYA antara penduduk Islam di bandar Jerantut yang sentiasa menantikan kehadiran Ramadan dengan perasaan ikhlas untuk beramal ibadah selain melihat kemeriahan bulan mulia ini.

Sudah pasti ketibaan bulan itu akan melahirkan ramai peniaga menjual pelbagai jenis makanan serta minuman yang mungkin sukar dicari pada hari-hari biasa.

Boleh dikatakan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini membuka tapak bazar Ramadan yang menyaksikan peniaga menjual pelbagai jenis makanan dan sudah semestinya membuka selera.

Semacam menjadi amalan bazar Ramadan antara lokasi menjadi fokus utama penduduk berbelanja dengan memilih pelbagai juadah yang kadang kala tidak mampu mengisi selera masing-masing.

Juallah apa sahaja termasuk celur pucuk ubi kayu atau pucuk ubi keledek, asam tempoyak ikan patin, ikan kering, ikan bakar, murtabak dan pelbagai jenis makanan termasuk minuman, semuanya laris pada bulan puasa.

Menerusi ruangan ini saya ingin menyarankan, peniaga bazar sewajarnya memasarkan makanan tradisional tempatan yang jarang diperoleh di pasaran berasaskan ikan air tawar, sayur-sayuran dan sumber lain.

Masih banyak makanan tradisional tempatan belum diketahui umum mahu pun sudah dilupai perlu diketengahkan semula.

Jika makanan tradisional berasaskan ikan air tawar (ikan sungai) yang sinonim di pasaran iaitu masakan gulai asam tempoyak, pais tempoyak, masak lemak, tetapi masih ada menu lain belum diketahui oleh masyarakat.

Bagi peniaga pula, inilah tanggungjawab sebenar mempromosi makanan tempatan dalam kalangan pembeli dan juga pelancong barat yang saban hari singgah di bandar utama di negeri ini.

Saya juga mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan memilih beberapa peniaga memasarkan makan tradisional termasuk kuih-muih Melayu berasaskan produk penduduk di daerah atau kawasan kampung di negeri ini.

Misalnya, jika di Kampung Budu, Lipis amat terkenal dengan kuih koci dan buah Melaka seeloknya lebih banyak kuih ini termasuk makanan berasaskan gula kabung dipasarkan di bazar Ramadan bandar Kuala Lipis.

Sepatutnya, bulan Ramadan ini merupakan masa terbaik mengetengahkan makanan tradisional Melayu yang jarang diketemui akibat pengaruh makanan moden selain kekurangan kemahiran generasi hari ini menyediakan juadah berkenaan.

Bina lebih banyak akademi bola seperti Frenz United

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

MAT BOLA,
Bentong

Aksi pemain Frenz United dan Chonburi FC pada Kejohanan Piala ASEAN FAM-Frenz Bawah 15 2013 di Janda Baik, Bentong, Pahang, baru-baru ini.

Saudara Pengarang,

BARU-BARU ini saya berkesempatan menyaksikan perlawanan antara Frenz United yang mewakili Malaysia menentang Chonburi FC dari Thailand dalam Kejohanan Piala ASEAN FAM-Frenz Bawah 15 tahun di Stadium Frenz United, Janda Baik di Bentong, Pahang.

Perlawanan tersebut berlangsung dengan sengit, namun kelibat pemain Frenz United lebih menonjol sekali gus menewaskan Chonburi FC 2-0.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke stadium tersebut, saya amat kagum dengan pengurusan Akademi Bola Sepak Frenz United yang mampu menyediakan satu stadium dilengkapi dengan lampu limpah dan tempat duduk berbumbung.

Pasukan Frenz United ini tidak perlu kita perkatakan lagi kerana mereka sudah membawa nama Malaysia di mata dunia.

Pengurusan yang baik akademi tersebut membolehkan mereka mengasah bakat pemain muda sehingga mampu mempamerkan corak permainan yang mantap.

Saya rasa kita perlu membina lebih banyak akademi seperti Frenz United jika benar-benar mahu melahirkan lebih ramai skuad pelapis di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Saya lihat mutu permainan yang ditunjukkan oleh pemain Frenz United sangat baik kerana akademi tersebut mampu menyediakan segala kemudahan untuk para pemain.

Pada saya, penubuhan akademi bola sepak di setiap daerah boleh membantu kita mengesan bakat di kalangan remaja yang sebelum ini hanya bergelar jaguh kampung.

Mereka sebenarnya mempunyai kemahiran dan bakat mereka boleh diasah sekiranya dilatih di akademi bola sepak yang dikendalikan oleh tenaga pakar dalam dunia bola sepak.

Kita mempunyai ramai pemain kebangsaan yang hanya duduk goyang kaki selepas mereka bersara dan ini amat merugikan sedangkan mampu mencurah bakti kepada generasi sekarang dan akan datang.

Utamakan kebersihan di restoran

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

PELANGGAN RESTORAN
Kuantan

Tindakan proaktif Jabatan Kesihatan Pahang melakukan pemeriksaan di premis makanan menerusi Operasi Kebersihan Makanan baru-baru ini mampu melindungi kepentingan pengguna daripada menjadi mangsa peniaga tidak beretika. - Gambar hiasan

Saudara Pengarang,

SEMUA hotel, restoran dan gerai makanan menjadi perhatian umat Islam untuk berbuka puasa selain juadah yang dijual di bazar-bazar Ramadan di negeri ini.

Kerap kali membaca berita mengenai suasana bazar Ramadan yang sudah semestinya menjual pelbagai jenis juadah makanan sehingga mampu menaikkan selera pengguna.

Bukan sahaja umat Islam malah masyarakat bukan Islam juga tidak ketinggalan mengunjungi bazar tersebut untuk mencari makanan kegemaran mereka yang sukar diperoleh pada hari biasa.

Saya ingin menarik perhatian mengenai trend berbuka puasa di hotel, restoran dan gerai makanan yang mungkin sesuatu perkara baharu untuk sebahagian masyarakat di negeri ini.

Boleh dikatakan hampir semua hotel dan restoran menyediakan pelbagai jenis juadah hidangan bagi menarik umat Islam berbuka puasa di tempat mereka.

Tarikan seperti masakan ala-Arab, tradisional serta tawaran tertentu membuatkan pengunjung pasti mengunjungi tempat tersebut.

Namun, pengunjung perlulah menjadi seorang pengguna yang bijak supaya tidak beremosi atau mengikut nafsu yang boleh menjejaskan kewangan mereka sepanjang bulan ini.

Faktor kebersihan memainkan peranan sesebuah restoran dalam menarik para pelanggannya menikmati hidangan yang dijual mereka.

Baru-baru ini, saya terkejut membaca laporan akhbar bahawa terdapat 29 restoran dan premis makanan diarahkan tutup selama dua minggu kerana gagal mematuhi kebersihan ditetapkan.

Apa yang menyedihkan aspek ini seperti diabaikan oleh pengusaha terbabit dan sememangnya mereka tahu bahawa kebersihan adalah faktor utama.

Saya memuji langkah Jabatan Kesihatan Pahang yang mengambil tindakan segera menjelang bulan Ramadan ini dan berharap para pengusaha lain mengambil serius terhadap kebersihan.

Utamakan kebersihan jika mahu pelanggan terus datang ke tempat mereka dan jika diabaikan maka kerugian juga yang akan ditanggung peniaga nanti.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Hubungan kami sekeluarga baik - Ashraf Muslim

Posted: 25 Jul 2013 07:40 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 25 Julai - Serik dengan kata-kata orang luar mengenainya, pelakon Mohd. Ashraf Muslim, 32, hari ini tampil bagi menjernihkan keadaan berkenaan kes poligaminya yang telah memakan diri.

Menurut empunya badan, sebagai ketua keluarga, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjaga keharmonian keluarganya daripada menjadi perbualan ramai.

"Sebenarnya isu poligami ini antara saya dan isteri-isteri saya sudah pun kembali jernih. Apa yang membuatkan ia keruh adalah kerana cakap-cakap orang di luar yang tidak mengetahui perkara sebenar," katanya pada sidang akhbar di Menara Mara, di sini hari ini.

Ashraf sebelum ini menjadi bahan bualan kerana mengaku bernikah kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, tanpa mendapat restu dan berbohong kepada isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26.

Ditanya mengapa dia hadir ke sidang akhbar ini berseorangan, jelasnya, kedua-dua isterinya sedang keluar bersama dan dia sendiri belum bersedia untuk membawa mereka bertemu media.

"Buat masa ini, hubungan mereka berdua baik. Malah, sekarang pun mereka sedang bersama dan sedang berjalan-jalan.

"Saya sudah katakan pada mereka, buat masa ini, biar saya seorang dahulu yang tampil menjernihkan keadaan melibatkan orang di luar sana. Bila masanya sudah sedia, saya akan bawa mereka bertemu dengan pihak media," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Cinta baharu Saleem

Posted: 24 Jul 2013 11:33 AM PDT

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

Menjangkau separuh abad, lontaran suara Saleem tetap memukau.

TELAH dibuang segala keperitan lalu. Ruang yang kosong itu kemudiannya diisi semula dengan azam baru, mahu berubah dalam erti kata sebenarnya. Enggan menoleh kebelakang lagi, langkahnya itu dikuatkan pula dengan derapan semangat yang berkobar-kobar dan menyala.

Menjelaskan kenapa dia terus muncul dalam persada seni, menurut Saleem, niat itu kembali setelah dia terus-terusan disapa peminat yang merindui suara gemersiknya.

"Kepercayaan mereka membawa saya terus berdiri hari ini. Dalam memastikan jasa peminat terus dikenang, saya akan terus bernyanyi. Dan jika ada yang bertanyakan bila akan bersara, jawapannya mudah sahaja.

"Saleem akan berhenti menyanyi apabila tiada lagi sokongan dari peminat," katanya positif.

Barangkali tidak ramai yang tahu, akibat terlalu kecewa dengan hidupnya suatu ketika dahulu, Saleem pernah mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia nyanyian.

Sepanjang dua tahun mengikuti kumpulan tabligh, dia banyak mendalami ilmu agama, selain lebih banyak berdiam diri daripada aktiviti seni.

" Saya rasa diri tidak dipedulikan lagi dan saya hampir-hampir berhenti jadi penyanyi, tetapi hasrat itu tidak menjadi," katanya berkongsi kisah peribadi.

Bagaimanapun, hari ini dia kekal terus menyanyi. Selain kerana periuk nasi, dia juga tidak mahu menghampakan peminat yang sering mendoakan kebahagiaan dirinya.

Bercakap soal masa lalu juga, Saleem atau nama sebenarnya AM Saleem Abdul Mejeed, 51, percaya semua kisah sedih dan kecewa itu menjadi guru terbaik.

Masalah besar yang pernah membelenggu dirinya seperti ketagihan dadah, tidak berdisiplin dan sebagainya, Saleem mengakui dirinya bukanlah insan sempurna.

Jika kesilapan lalu mahu terus dijadikan modal untuk menghentam dirinya, dia percaya akan sampai suatu masa perkara itu berhenti sendiri.

"Kalau nak jadikan saya idola dalam bidang nyanyian tidak apa, tetapi jangan ikut apa yang pernah saya lakukan. Jangan ikut saya yang pernah menjadi penagih dadah, itu pesan saya.

"Saya tahu orang akan terus berkata, tetapi saya kenal diri saya, isteri dan keluarga kenal diri saya, itu sudah memadai sebenarnya. Apa yang boleh saya katakan kini, saya sudah sihat dan mampu memberi sepenuh perhatian buat karier," katanya.

Tidak versatil

Melihat kemunculan lebih ramai penyanyi baru ketika ini, Saleem tidak menafikan turut terdetik di hati kecilnya perasaan cemburu. Bagaimanapun meneliti kembali peluang yang dikecapi penyanyi kini cukup mudah dan lebih mudah dipersiakan, dia bagaimanapun bersyukur dengan pengalaman lalu miliknya.

Susah payah yang ditanggung Saleem dan rakan seangkatan, menjadikan nilai mereka lebih mahal dibanding artis segera hari ini.

"Berbanding dahulu, saya hanya dibekalkan dengan suara serta keinginan yang kuat. Bagaimanapun melalui itulah saya dibentuk.

"Berbeza kini, peluang yang dikecapi begitu mudah, malah dengan begitu ramai penyanyi kini mereka seakan hilang arah untuk membentuk keunikan diri sendiri. Semua penyanyi dilihat sama, tiada yang membezakan mereka," katanya.

Ramadan dan album baharu

Seperti lain-lain insan, kehadiran bulan mulia ini turut dinikmati oleh Saleem bagi memantapkan diri dengan ilmu-ilmu ketuhanan.

Enggan menerima sebarang tawaran nyanyian, kehadiran Ramadan juga adalah masa tambahan untuk dia meluangkan lebih masa bersama keluarga.

"Saya memang jarang menerima tawaran di bulan Ramadan, bukanlah nak cakap saya betul-betul nak tumpukan buat amal ibadat.

"Selain menghargai bulan mulia ini, saya juga pilih untuk meluangkan masa dengan keluarga saya. Bukan sahaja memastikan saya berbuka bersama tetapi ibadat sahur juga bersama mereka," katanya.

Bercakap soal album baharunya, Cinta Kita Berbeza, Saleem memberitahu gelaran sebagai artis senior memerlukan dia terlebih peka akan kualiti album tersebut.

Sebagai artis lama, dia sendiri akan memastikan isi kandungan album baharu ini benar-benar serasi dengan kehendak dirinya dan diterima di pasaran.

Mengambil masa dua tahun menyiapkannya, Saleem yakin ini merupakan buah tangan terbaik buat peminatnya.

"Dua tahun saya siapkan album ini. Kalau dilihat pemilihan lagu dalam album ini lebih mencerminkan apa yang saya mahu.

"Selain vokal antara kelebihan album ini adalah lirik-lirik lagu yang lebih bermakna ," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perubahan sikap politik meyakinkan

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

DATUK A AZIZ DERAMAN ialah Presiden Persatuan Peradaban Melayu Malaysia-Kelantan dan bekas Ketua Pengarah DBP.

Gelagat peraih undi Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Kampung Gertak Seratus, kelmarin. - BERNAMA

TULISAN saya dalam Utusan Malaysia pada 23 Julai 2013 sehari sebelum hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, ada menyebut: "Para pengundi di Kuala Besut boleh mempelopori perubahan sikap politik baharu demi masa depan bangsa dan negara". Alhamdulillah nampaknya terbukti wujud pertimbangan para pengundi. Mereka menjadi pengimbang tara atau mata neraca yang menentukan yang mana berat dan yang mana ringan. Syabas kepada semua pengundi Kuala Besut yang keluar mengundi menegakkan demokrasi berparlimen di tanah air.

Dalam tulisan yang sama juga, ada satu kesimpulan yang saya kira memaut pandangan sebahagian besar pengundi, iaitu - "Jika kita mahu melambangkan penolakan kepada isu perkauman, menjaga kesucian Islam, mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera, mendaulatkan institusi raja-raja Melayu, mengekalkan tonggak-tonggak kemalaysiaan sebagaimana aspirasi Perlembagaan, menolak pembohongan, fitnah dan hasutan maka inilah masanya sikap itu ditunjukkan".

Tahniah kepada mereka yang mengambil sikap ini, melambangkan pendirian tegas menolak hasutan, kebencian dan slogan-slogan negatif selama ini.

Tanggungjawab rasionalisme dan intelektualisme telah ditunjukkan dan tanggungjawab ini memang menjadi sifat-sifat tradisi peradaban Islam. Rakyat Kuala Besut telah memilih wakil mereka yang baharu. Maka tahniah pula kepada anak muda yang kini bergelar Yang Berhormat (YB), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan kepada isteri yang sentiasa ke mana-mana mengiringi, melangkah sederap serentak di belakang beliau. Kuala Besut sejak lama, meskipun turun naik keadaannya adalah kawasan politik hak milik UMNO dan Barisan Nasional (BN). Mutakhir ini aura Datuk Seri Idris Jusoh sentiasa berputar di situ.

Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengepalai kempen dan turun padang diikuti beberapa menteri, pembesar dan pimpinan politik BN yang lain telah menambahkan lagi keyakinan pengundi. Istilah turun padang seharusnya digerakkan mulai dari peristiwa PRK Kuala Besut ini sehingga menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 2018 kelak.

UMNO dan BN jangan lagi membuang masa kerana gerakan pembangkang tidak akan pudar dan tidak serik menabur benih-benih yang tidak baik. Laman sosial dan salah guna teknologi informasi dan komunikasi telah banyak mendatangkan padah.

Dengan mengikuti gerakan kempen PRK kali ini, didapati banyak penerangan dan penjelasan tentang isu-isu dapat dibuat dengan baik, sempurna tanpa 'bercakap hodoh' dari lidah kepimpinan kerajaan. Misalnya ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di perkarangan Masjid Teluk Bayu pada petang 23 Julai berkesan membuka fikiran para hadirin. Bukti-bukti kejayaan kerajaan selama ini disebutkan beliau boleh dilihat di mana-mana di seluruh negara dari Sabah, negeri di bawah bayu sampai ke Teluk Bayu di Terengganu.

Kuala Besut dan daerah Besut sendiri sudah menikmati banyak perubahan dengan adanya institusi-institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Perguruan Guru (IPG), pembangunan infrastruktur luar bandar, antaranya sebatang jalan raya berukuran lebar menghubungkan sempadan Kelantan ke Kuala Terengganu dan aneka macam kesejahteraan rakyat. Maknanya rakyat Kuala Besut tidak silap sama sekali dengan membuat keputusan mengekalkan wakil rakyat BN.

Penduduk Kuala Besut, Insya-Allah nanti akan melihat perubahan yang lebih besar apabila Kuala Besut dibangunkan sebagai bandar indah, kualanya jadi pelabuhan nelayan yang 'comel lote', bahkan tarikan pelancong dari Malaysia dan luar negeri ke Pulau Perhentian bertambah rancak, apabila diwujudkan konsep gerbang pelancongan antarabangsa. Kita sudah terbayang akan berlakunya lompatan berganda kegiatan ekonomi yang memakmurkan masyarakat Melayu dan bumiputera.

Politik pembangunan dan sikap pengundi Kuala Besut ini patut diteladani rakyat di kawasan-kawasan lain, lebih-lebih lagi di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang khususnya Kelantan Darul Naim. Mungkin ada lagi beberapa PRK dalam tempoh lima tahun ini di mana-mana sekalipun, maka gunakanlah tapisan atau ayak yang mampu menapis atau mengayak agar memberikan kita sesuatu yang terbaik. Kita boleh mengambil pedoman daripada apa sahaja, jika kita sentiasa berfikir dan tidak terjerut di pukat yang tidak dapat menghasilkan tangkapan.

PRK Kuala Besut telah membuktikan banyak perkara antaranya:

o Para pengundi berjaya menilai kesan dan akibat PRU-13 pada 5 Mei lalu dan mengambil iktibar daripada sikap tidak benar pembangkang, misalnya isu kalimah Allah, penolakan Islam oleh sekutu pakatan pembangkang, cauvinisme, sikap perkauman dan gerakan yang mempermainkan teras-teras kenegaraan.

o Rakyat sedar usaha kerajaan yang secara konsisten atau istiqamah dalam perjuangan mempertahankan Perlembagaan dan mentadbir negara melalui wawasan, gagasan, dasar dan program pembaharuan yang jelas.

o "Orang muda sudah berubah selera kerana calon BN adalah calon orang muda yang mewakili mereka. Masa depan kepimpinan negara terletak di bahu orang muda yang perlu dilatih dari sekarang.

o Rakyat sedar bahawa pemimpin hendaklah dipilih daripada seseorang yang ada rangkaian untuk membawa kebajikan, kemakmuran dan kesejahteraan bukan parti yang 'cakap berdegar-degar' tetapi sumbernya tiada.

Abad ke-21 ini adalah abad generasi muda. Jadi kalian hendaklah sentiasa bijaksana. Itulah nasihat 'orang tua' seperti saya. Cuba renungkan dan fikirkan sambil anda duduk, berdiri atau semasa anda terlentang sekalipun akan rahmat dan nikmat di negara kita.

Apakah kejayaan dan kemajuan selama ini mahu diserahkan kepada mereka yang tidak akan mempertahankan prinsip-prinsip kenegaraan? Rakyat hanya boleh berfikir untuk mengubah atau menukar apabila adanya porak peranda dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Hal ini tidak ada di Malaysia.

Maka jadikan PRK Kuala Besut sebagai iktibar bagi PRK lain jika ada dan tetapkan hati pada PRU-14, hanya beberapa tahun lagi menjelang 2018. PRK Kuala Besut adalah tapak mula generasi muda dan rakyat seluruh negara amnya menunjukkan perubahan sikap politik baharu yang meyakinkan untuk berlangkah dan berlari menuju masa depan yang cemerlang dan gemilang tatkala ayam kokok waktu fajar 1 Januari 2020.

Apakah kerajaan kita berdaulat?

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

PROF MADYA DR. MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH Ketua Program Pengajian Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

PADA 19 Julai 2013, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong), dalam sidang akhbarnya di ibu negara, menolak keputusan Kementerian Pendidikan untuk menambah masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) di SJKC.

Peraturan baru yang melibatkan pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam itu, dikatakan tidak sesuai untuk dilaksanakan di SJKC. Persoalan saya, siapakah mereka? Adakah mereka ini kerajaan?

Isu ini telah dibawa berbincang sekian lama, kerajaan telah membuat keputusan, tetapi tidak pernah ada penyelesaian kerana terus menerus ditentang oleh kumpulan ultra kiasu ini. Apa jua usaha kerajaan untuk penambahbaikan dan memartabatkan BM di SJKC dilihat menggugat bahasa Cina (BC). Akhirnya, kita pun mengalah.

Maka tidak hairan, kumpulan pendidik Cina mahukan Kementerian Pendidikan mengkaji semula peraturan baru mengenai waktu P&P BM dan BI di SJKC, yang akan bermula tahun depan.

Saya boleh bersetuju jika SJKC berada di negara China. Malangnya, SJKC berada di Malaysia. Suka atau tidak, SJKC mesti menjunjung Perlembagaan negara. Selaku bapa kepada anak yang berada di SJKC, saya gembira dengan peraturan ini. Laksanakanlah.

Untuk makluman, di bawah peraturan baru ini, waktu pembelajaran BM akan meningkat daripada 80 minit seminggu kepada 270 minit seminggu, manakala bagi BI dari 120 minit kepada 150 minit dan Bahasa Mandarin dikekalkan pada 300 minit. Justeru, apa masalahnya?

Melihat kepada kedudukan BM dalam Perlembagaan, ternyata arahan ini tidak memadai untuk mendaulatkan agenda negara. Sepatutnya ditambah lagi menjadi sekurang-kurangnya 500 minit seminggu. Ini kerana, kerajaan telah bermurah hati membenarkan SJKC beroperasi secina-cinanya. Takkan agenda nasional tidak boleh mengakar?

Kumpulan ini bertegas, P&P BM selama 210 minit dan BI 210 minit sudah mencukupi. Mereka mahu segera bermesyuarat dengan Kementerian Pendidikan bagi menyelesaikan perkara ini. Persoalan saya, jika kerajaan bersetuju, apakah mereka boleh memberi menjamin, selepas ini sebahagian besar produk SJKC akan dapat menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam BM dan lulus cemerlang? Jika tidak sekolah ini akan diserapkan ke dalam pendidikan kebangsaan? Kerajaan perlu tegas dalam hal ini.

Perkara ini tidak perlu dimesyuaratkan lagi. Laksanakan terus, jika masih berdegil, tutup sahaja sekolah tersebut atau serapkan dalam sekolah kebangsaan. Lagipun boleh dikatakan tidak ada seorang daripada kalangan mereka yang mengundi BN, walaupun kerajaan memberikan segala bentuk bantuan kepada SJKC termasuk juga Sekolah Persendirian Cina (SPC) yang tidak ada kaitan langsung.

Apakah mereka sengaja tidak sedar kesan daripada SJKC telah mengurangkan P&P dalam BM. Akibatnya, ramai anak Cina tidak boleh menulis, bertutur dan berkomunikasi dalam BM kerana agenda negara dikesampingkan. Mana ada negara di dunia yang mempraktikkan amalan sebegini. Kita semakin melahirkan ramai ultra kiasu, seperti Alvivi dan kumpulan yang menterbalikkan Jalur Gemilang.

Saya amat yakin, walaupun mereka tidak menjelaskan, bahawa bantahan mereka terhadap peraturan kerana ia akan menjejaskan PP bahasa Cina (BC). BM akan mengambil lebih masa, pelajar SJKC akan disusahkan untuk menghafal dan memahami BM, ini akan menjejaskan penguasaan mereka dalam BC.

Apa salahnya jika pelat (kurang pandai) sedikit dalam BC. Tetapi kita baik dalam BM selaku bahasa negara. Kenapa mahu jadi Cina secina-cinanya. Cina di negara China pun tidak secina Cina di Malaysia.

Pendek kata, apa jua penambahan subjek di SJKC yang boleh menggugat atau mengambil sedikit masa subjek BC tidak akan dipersetujui apa jua cara sekalipun.

Keputusan kerajaan ini selaras dengan dasar kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Nasihat saya kepada Kementerian Pendidikan, jika kita terlalu bertegas kepada Sekolah Kebangsaan (SK), kenapa tidak SJKC.

Apa jua agenda kebangsaan terutama melibat BM mesti dilaksanakan tanpa perlu berbincang lagi. Jika kumpulan pendidik NGO ini tidak bersetuju, itu hak mereka. Usah dipedulikan. Hak bernegara mesti dilaksanakan. Agenda negara mesti diutamakan berbanding agenda bangsa atau kumpulan tertentu.

Kenapa SK boleh patuh dan laksanakan apa jua polisi kerajaan tetapi tidak SJKC? Melayu tetap patuh, tetap taat. Di manakah daulat sesebuah kerajaan itu jika semua keputusannya boleh ditolak mentah-mentah?

Kerajaan menjadi berdaulat apabila sesuatu keputusan dibuat demi kepentingan negara, ia mesti dilaksanakan, suka atau tidak. Jika tidak suka, carilah tempat yang kita suka, tetapi bukan di sini. Nasihat saya, jangan sampai kerajaan yang berdaulat, kelihatan sudah tidak ada daulat.

Justeru, beberapa saranan berikut hendaklah diambil kira demi masa depan negara tercinta. Pertama, laksanakan keputusan yang telah dibuat tanpa menoleh lagi. Keputusan baharu ini dikira amat bertoleransi.

Kedua, Tambah guru BM di SJKC, tanpa perlu patuh kepada syarat NGO ini supaya guru BM mesti mendapat kredit dalam SPM dalam BC.

Ketiga, laksanakan peraturan agar BM dipertuturkan setiap hari. Paling kurang, separuh hari daripada masa persekolahan.

Keempat, segala pengumuman waktu persekolahan dalam BC mesti diterjemahkan dalam BM. Paling baik, BM didahulukan, diikuti terjemahan dalam BC. Itu baru nama bahasa negara didaulatkan.

Kelima, aktiviti-aktiviti BM mesti diperbanyakkan. Misalnya, pertandingan bercerita, berdebat dan menulis karangan dalam BM. Aktiviti ini mesti dilakukan sekerap mungkin. Sediakan hadiah-hadiah yang lumayan. Saya yakin PIBG mereka mempunyai banyak wang untuk menyediakan hadiah ini.

Keenam, Mereka yang gagal BM mesti mengulang sehingga mereka lulus dalam subjek ini. Mereka tidak boleh naik darjah, jika gagal dalam BM. Mereka hanya boleh naik darjah jika lulus BM. Untuk berlaku adil, polisi ini hendaklah juga dilaksanakan di SK. Saya yakin, jika dilaksanakan, keputusan dan perubahan akan berlaku.

Ketujuh, sediakan buku kerja kepada anak-anak ini supaya menambah perbendaharaan kata (vocabulary) mereka setiap hari. Setiap hari perkataan BM mereka mesti bertambah.

Kelapan, ketika waktu cuti sekolah, pelajar-pelajar ini mesti diberikan assignment seperti pergi melawat kampung-kampung Melayu. Pelajar Melayu di SK juga boleh pergi ke kampung-kampung Cina.

Kesembilan, ujian lisan hendaklah diadakan sebelum boleh dibenarkan untuk pergi ke kelas menengah. Perkara ini amat penting bagi memastikan mereka boleh berkomunikasi dengan pelajar Melayu. Masalah yang timbul hari ini ialah apabila mereka tidak dapat berkomunikasi, berlaku inferioriti kompleks. Mereka mahu untuk bertutur dan seterusnya bergaul.

Kesepuluh, signage atau nama-nama, termasuk nama sekolah hendaklah meletakkan BM terlebih dahulu, diikuti dengan bahasa ibunda, dan BI jika perlu. Seperti amalan hari ini, BM hanya berada di tempat ketiga selepas BC dan BI, selepas itu baharulah BM.

Kesebelas, ibu bapa pelajar SJKC mesti membantu anak-anak mereka berkomunikasi dalam BM. Biasa-biasalah menonton dan mendengar saluran TV dan radio dalam BM, terutama siaran berita. Sosialisasi ini amat penting supaya pelajar tersebut tidak terasa asing dalam persekitaran Melayu. Jika saban hari membuka dan mendengar saluran Cina dan Tamil 24 jam, bagaimana sosialisasi ini boleh membantu.

Saya amat yakin, jika kita melaksanakan sebahagian daripada cadangan ini pun sudah cukup untuk membantu anak-anak kita untuk pandai dalam BM.

Jika kita terus bermain tarik tali, sampai bila-bila pun negara ini akan terus bermasalah, sedangkan orang lain telah jauh meninggalkan kita. Kita pula tidak habis-habis membuang masa dan tenaga serta harta benda, memikirkan untuk menyelesaikan perkara yang sepatutnya telah selesai sekian lama, tanpa perlu dibicarakan lagi. Berdaulatkah kerajaan kita sebenarnya?

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Rindu si kecil

Posted: 24 Jul 2013 10:45 PM PDT

SHAH (bukan nama sebenar), 10, mengakui amat merindui kehadiran ibunya sejak ibunya ditahan dan kini sedang menjalani program pemulihan dadah di sebuah pusat pemulihan dadah.

Sudahlah ibu tiada, lebih malang lagi sejak dua tahun lepas, ayahnya telah menghilangkan diri tanpa khabar berita menyebabkan kehidupan adik-beradik ini tidak terbela.

"Tak seronoklah ibu tidak ada waktu raya nanti. Nanti kami nak beraya dengan siapa?" kata Shah perlahan sambil tangan menguis tanah dengan ranting kayu apabila ditanya perasaannya menyambut raya tanpa ibu di sisi.

Mujur cuma sebentar menungannya. Selepas itu Shah aktif kembali bermain bersama rakan-rakan kejiranannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu.

Kesedihan Shah dan adik-adiknya itu turut dikongsi oleh ibu saudara mereka, Noris, 60, (bukan nama sebenar) yang kini dipertanggungjawabkan menjaga empat adik-beradik berkenaan yang berumur 10, 4, dan si kembar berusia tiga tahun.

Noris memberitahu, empat lagi adik-beradik berkenaan dijaga oleh ibu-ibu saudara lain iaitu yang berumur, 17, 16, 14 dan sembilan tahun.

Bukan sahaja Shah, malah adik-beradiknya yang lain juga kerap kali bertanya kepada Norisah mengenai ketiadaan ibu mereka dan adakah dia akan beraya bersama mereka nanti.

"Shah adalah anak yang paling tersentuh hatinya berbanding adik-beradik lain. Selain paling manja dengan ibunya, Shah juga sudah mula memahami apa yang berlaku terhadap ibunya. Sementara adik-adik lain masih kecil dan tidak faham apa yang berlaku.

"Sehinggakan adiknya yang berumur empat tahun, Adam (bukan nama sebenar), apabila ditanya di manakah ibu mereka, selalunya mereka sendiri akan menjawab ibu balik kampung, tanpa diajar oleh sesiapa," kata Noris.

Jelas Noris, biarpun keadaan adik-beradik itu agak terumbang-ambing kerana keadaan keluarga serta kehidupan ibu dan ayah mereka, setidak-tidaknya mereka masih merasai nikmat kasih sayang seorang ibu.

"Anak-anak ini telah lama menanti kepulangan ayah mereka. Dari sehari ke sehari, sehinggakan akhirnya mereka berhenti bertanya di manakah ayah mereka.

"Kini apabila ibu mereka menjalani rawatan pemulihan, anak-anak ini pastinya akan terasa kehilangan terutama menjelang Syawal nanti. Hampir setiap malam, anak-anak ini akan menangis merindui kehadiran ibu mereka," katanya.

Begitupun katanya, sebagaimana hari-hari biasa, dia akan cuba membuatkan anak-anak itu rasa gembira dan akan membawa mereka bertemu dengan ibu mereka apabila dibenarkan.

Kanak-kanak itu katanya, sentiasa hidup dalam belenggu kesusahan. Satu persatu masalah datang dalam keluarga mereka dan kini terpaksa pula hidup sendiri.

"Bagi saya, biarlah anak-anak ini berpisah daripada ibu mereka dahulu demi kebaikan mereka juga. Lagipun ibu mereka juga rela untuk menjalani rawatan demi memastikan anak-anaknya terbela di kemudian hari," katanya.

Jelas Noris, tiada siapa yang kebal daripada melakukan kesilapan. Namun kekhilafan itu bakal ditebus oleh ibu mereka dengan cuba memperbaiki diri serta memulihkan diri daripada masalah ketagihan yang semakin membelenggu.

Apa yang menjadi masalah jelas Noris, bagaimana untuk membuatkan anak-anak itu gembira ketika raya nanti.

Niat di hati ingin membeli sepasang dua baju raya untuk mereka. Namun memandangkan dia juga tidak bekerja dan hanya mengharapkan pemberian daripada anak-anaknya, Noris jelas tidak mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

"Pada hari-hari biasa, apa sahaja yang ada saya masak, mereka akan makan, tanpa banyak kerenah. Shah akan ke sekolah dan balik pada petang hari.

"Menjelang raya yang tidak berapa lama lagi, pastinya mereka juga berkehendakkan baju-baju baru dan sambutan raya dengan kuih-muih. Namun tidak tahulah sama ada ia tercapai atau dapat memuaskan hati mereka," katanya.

Kepada yang mahu menyumbang bantuan kepada adik-beradik ini boleh menghubungi talian 017-3631620 (Afidah) untuk maklumat lanjut. - ROSMAH DAIN

Aksesori anak rekaan ibu bapa

Posted: 24 Jul 2013 10:45 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

Tetamu selebriti hadir bersama anak masing-masing.

lazimnya hanya ibu bapa sahaja yang memahami dan mengetahui kehendak serta cita rasa anak-anak mereka.

Daripada pakaian hingga kepada barang keperluan, aksesori dan mainan anak-anak dipilih berdasarkan minat dan cita rasa mereka.

Justeru, langkah yang dibuat oleh Bloom & Grow (B&G) Baby and Maternity Distribution (M) Sdn Bhd., memberi peluang kepada ibu bapa untuk mereka sendiri barangan dan aksesori kanak-kanak merupakan sesuatu yang bijak.

Menurut Pengurus Negara (Malaysia) B & G Baby and Maternity Distribution (M) Sdn Bhd., Jonathan Horsley, kebanyakan daripada produk B & G direka oleh golongan ibu bapa yang sukar memperoleh aksesori menyamai standard atau jangkaan mereka.

Horsley yang ditemui pada majlis pelancaran katalog B & G di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini menambah, sebagai ibu bapa mereka lebih tahu apa yang dikehendaki oleh anak-anak.

"Kami memilih rangkaian produk yang terbaik, paling selamat, memenangi pelbagai anugerah dan praktikal untuk pilihan ibu bapa.

"Kami tampilkan rangkaian penuh peralatan bayi seperti set hidangan, beg bayi dan aksesori, alatan permainan dan pembelajaran, alat mendukung, aksesori mandian, alat bantuan tidur yang selamat, botol susu dan sebagainya,

"Kami mengedarkan item-item pilihan khusus ini di pelbagai rangkaian kedai aksesori bayi dan ibu serta gedung beli-belah terkemuka seluruh negara serta laman beli-belah dalam talian.

"Alat bantuan hidangan, kerusi tinggi kanak-kanak, kaca mata hitam perlindungan UV, alat permainan yang unik, beg sekolah comel, bagasi yang boleh ditunggangi, ponco renang, lampin mesra alam dan abah-abah kerusi antara item yang pastinya akan memberi kegembiraan kepada anak dan ibu bapa,'' ujar Horsley.

Membuat penampilan sulung pada majlis pelancaran katalog Musim Bunga/Panas 2013 ini adalah rangkaian kaca mata hitam Squids, Totseat dan Label-Label.

Sementara itu, sekumpulan anak-anak kecil yang berusia daripada satu tahun menggayakan koleksi terkini aksesori bayi dan ibu bapa daripada rangkaian komprehensif musim bunga/panas ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran katalog B & G ini ialah pelawak tempatan Harith Iskandar bersama-sama isterinya Jezamine Lim dan anak mereka, Zander, 15 bulan, pembaca berita televisyen Sheahnee Lee Iman bersama anaknya Iman dan pelakon Sharifah Sofia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Enam kedai kotor diarah tutup

Posted: 24 Jul 2013 11:33 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

(Kiri) Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menyatakan sesuatu kepada pembantu dapur sebuah premis perniagaan makanan semasa Ops Dapur di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

KUALA LUMPUR 24 Julai - Memasuki dapur sebuah restoran India yang beroperasi di Jalan Ipoh di sini boleh membuatkan hilang selera makan.

Apa tidaknya, keadaannya sungguh kotor dan lantainya yang berlendir serta pecah di sana-sini. Stor makanan pula turut terisi dengan najis tikus manakala di dalam peti sejuk didapati ketulan daging yang masih berdarah, tidak dibersihkan.

Pengalaman memualkan itu dirasai wartawan yang mengikuti Ops Dapur oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Hospital Kuala Lumpur di sekitar Jalan Ipoh, hari ini.

Menerusi operasi itu juga didapati restoran berkenaan menggunakan lima tenaga kerja asing yang tidak mendapatkan suntikan antitifoid.

Dengan keadaannya yang kotor dan ditambah masalah lain, restoran itu diarah tutup selama 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan dan pembaikan dilaksanakan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Nasib yang sama diterima pemilik sebuah restoran dim sum apabila diarahkan tutup selama 14 hari juga.

Lantai restoran itu berlendir, bahagian belakangnya yang dijadikan kawasan mencuci pinggan mangkuk sangat kotor. Di situ juga dijadikan tempat mengukus kuih pau, iaitu betul-betul di atas longkang.

Pekerjanya pula tidak mematuhi etika berpakaian pekerja restoran - hanya memakai seluar pendek, tidak memakai apron dan sarung tangan plastik.

Yang menjijikkan lagi pihak wartawan ialah apabila terlihat pekerjanya yang sedang memasak telah mengelap tangan dengan sehelai kain, yang sebelumnya dijadikan kain lap kaki.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr. Balachandran Satiamurti yang mengetuai operasi itu berkata, setakat tengah hari, sebanyak 29 premis menjual makanan diperiksa dan enam daripadanya diarah tutup kerana melakukan pelbagai kesalahan.

"Antara kesalahan yang mereka lakukan ialah membiarkan ruang dapur kotor terutama di bahagian lantai dan dapur memasak, tong sampah yang tidak ditutup, peti ais yang kotor dan tidak disenggara sehinggalah terdapat kehadiran tikus dan lipas serta tandas yang kotor," katanya.

"Kami kesal kerana masih terdapat pemilik-pemilik restoran yang melakukan kesalahan dan tidak mempunyai kesedaran mengenai soal kebersihan, walaupun selepas operasi dibuat minggu lalu di Jalan Semarak," tambah beliau.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan masyarakat memberikan maklumat kepada pihaknya mengenai kedai makan yang kotor agar tindakan segera boleh diambil, yang menurutnya sedia dilaksanakan dalam tempoh 24 jam.

"Tanpa mengira standard yang cuba dipamerkan oleh premis, sekali pun restoran makanan segera mahupun restoran yang kelihatan cantik di hadapan tetapi apabila ke belakang terutama ruang dapur, penyediaan makanan dan tandas, keadaannya sangat teruk dan kotor, sila segera membuat aduan.

"Mungkin ini sahaja cara yang efektif untuk mengajar operator makanan yang degil dalam menitikberatkan soal kebersihan," katanya.

Laporan boleh dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan menerusi talian 03-2694 0701 atau SMS kepada DBKL di talian 158 888.

Segelintir peniaga masih degil

Posted: 24 Jul 2013 11:33 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

Rosli Ahmad (dua dari kiri) sempat beramah mesra dengan peniaga ketika mengetuai Ops Harga di Bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur kelmarin. - UTUSAN/ZAINI HUSIN

KUALA LUMPUR 24 Julai - Sebanyak 18 kes direkodkan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Lumpur membabitkan premis perniagaan yang tidak mempamerkan tanda harga.

Pengarahnya, Abu Samah Shabudin berkata, jumlah itu dicatat selepas pemeriksaan ke atas 10,747 premis perniagaan termasuk bazar Ramadan sekitar ibu negara yang dilakukan dalam Ops Harga sejak 6 Julai lalu.

Menurutnya, kesalahan tidak mempamerkan tanda harga barangan yang dijual itu dikenakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Kompaun maksimum yang boleh dikenakan terhadap peniaga yang tidak pamer tanda harga adalah sebanyak RM25,000 manakala denda maksimum pula sehingga RM50,000," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Bazar Ramadan 2013 di Bazar Ramadan Desa Pandan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah PPDNKK Kuala Lumpur, Rosli Ahmad.

Tambah Abu Samah, kebanyakan peniaga bazar Ramadan memberi alasan sukar untuk menentukan harga bagi makanan yang dijual mengikut timbang atau sukatan.

"Antaranya adalah barangan basah termasuk lauk pauk berkuah yang dijual dan pemantauan membabitkan kuih-muih, kami mendapati mereka mematuhi arahan mempamerkan tanda harga itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Abu Samah memberitahu, pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan di Bazar Ramadan Desa Pandan itu mendapati peniaga memberi kerjasama dengan meletakkan tanda harga.

"Kami sebenarnya sudah memaklumkan secara lisan kepada mereka terlebih dahulu sebelum melakukan operasi, namun kami mendapati masih ada segelintir peniaga yang tetap degil dengan arahan itu," ujarnya.

Operasi dan pemantauan tersebut turut disertai kakitangan Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Kecil DBKL dan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL serta 10 ahli Skuad Pengguna Kuala Lumpur.

Ikhlas lapor SPRM isu seleweng bazar Ramadan

Posted: 24 Jul 2013 11:33 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Julai - Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta suruhanjaya itu menyiasat sekiranya wujud penyelewengan berhubung pengundian tapak bazar Ramadan di Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini.

Mereka mendakwa laporan dibuat kerana terdapat dua buah syarikat tekstil terkemuka memperoleh hampir 20 tapak yang sekali gus menimbulkan persoalan tentang cara pembahagian tapak berkenaan.

Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, meskipun pada Ramadan kali ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil perubahan drastik melakukan undian untuk menentukan tapak bazar kepada peniaga yang memohon, namun syarikat tekstil itu dengan mudah memperolehi tapak.

Perkara itu menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak puas hati pihak kami dan peniaga kerana pengundian tersebut dipercayai tidak telus.

Saya juga mendapat maklumat, mereka ada menjual nama orang penting untuk memperoleh tapak ini. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana peniaga adalah rakyat Malaysia yang berhak mendapat kesamarataan dalam setiap perkara," katanya ketika ditemui di Pejabat SPRM Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau juga percaya terdapat orang dalam yang menguruskan pemberian tapak kepada dua syarikat berkenaan.

Apabila semua pihak terpaksa melalui proses pengundian tetapi dua pihak lain mendapat tapak secara senang, kami rasa ada orang dalam yang bertanggungjawab melakukan ini.

Walaupun syarikat ini menggunakan tapak itu untuk kegunaan barangan sendiri dan tidak menyewakan kepada pihak ketiga, kami percaya terdapat unsur rasuah di situ," dakwanya.

Tambah beliau, pihaknya mempunyai bukti serta saksi tentang perkara tersebut dan mahu SPRM melakukan siasatan segera terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Jaminan yang diberikan SPRM adalah untuk menyiasat perkara ini kerana mereka telah mendapat maklumat awal terhadap isu tersebut. Tetapi saya tetap berharap SPRM tidak meminggirkan isu ini kerana isu ini membabitkan rakyat jelata.

Jika pegawai kerajaan yang melakukan perbuatan sebegitu tidak diambil tindakan, pasti ramai rakyat yang kecewa kerana kami telah mengundi dan memilih kerajaan yang tepat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved