Sabtu, 16 November 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kes MPV dilarikan di Maran, wujud unsur cuai anggota - KPN

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

KHALID Abu Bakar (dua dari kanan) memerhatikan pasukan Op Cantas Khas Wanita semasa menghadiri Program Bersama Rakyat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang 2013 di pusat beli-belah Queensbay Mall, Georgetown, semalam. - BERNAMA

PULAU PINANG 16 Nov. - Siasatan awal mendapati wujud unsur kecuaian polis berhubung kejadian seorang lelaki melarikan kenderaan peronda polis (MPV) sebelum terbabit dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Maran, Pahang, Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehubungan itu tindakan akan diambil kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh tanpa melindungi kesalahan yang dilakukan anggota polis.

"Pada masa ini, kita tidak mahu sebarang andaian dibuat sehingga siasatan selesai dan perkara sebenar kejadian itu akan diumumkan nanti.

"Prosedur meninggalkan MPV sememangnya ada dan jelas dalam kejadian ini wujudnya kecuaian di pihak anggota terlibat dan tindakan semestinya diambil," katanya selepas merasmikan Program Bersama Rakyat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang 2013 di pusat beli-belah Queensbay Mall, di sini hari ini.

Program kerjasama antara MCPF dan polis kontinjen negeri itu merupakan kali ketiga dianjurkan tahun ini dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap jenayah selain peranan masyarakat apabila berhadapan dengan jenayah.

Dalam kejadian itu, Muhd. Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, bertindak menyerang dan merampas sepucuk pistol anggota polis peronda lebuh raya sebelum melarikan MPV pasukan tersebut.

Lelaki itu yang memecut kenderaan berkenaan kemudian meninggal dunia selepas MPV dipandunya terbabas dan melanggar tiang sebuah perhentian bas.

Mengenai laporan bedah siasat yang menunjukkan kematian lelaki itu berpunca akibat kesan tembakan, Khalid berkata, pihaknya akan menyiasat perkara berkenaan dari semua sudut.

"Melalui siasatan awal menunjukkan dia sendiri yang melepaskan tembakan, namun kita akan pastikan situasi sebenarnya dan saya sendiri akan ke Pahang untuk berjumpa anggota terlibat," tegasnya.

Pengikut Tuhan Harun akan diburu - Polis

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Polis hari ini memberi kata dua kepada kepada baki 27 pengikut ajaran sesat Tuhan Harun supaya segera menyerah diri kerana waran tangkap terhadap mereka telah pun dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehubungan itu, kesemua mereka akan diburu dan ditangkap.

Beliau memberitahu, sehingga kini, daripada 31 nama pengikut ajaran sesat itu dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), hanya empat telah menyerah diri.

"Seramai 27 pengikut masih lagi enggan menyerah diri dan keadaan ini memaksa kita untuk memburu dan menangkap mereka menggunakan waran tangkap yang telah dikeluarkan," katanya selepas menghadiri majlis Sunathon (berkhatan beramai-ramai) di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes pembunuhan Mohd Raffli Abdul Malik yang mati ditembak di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang minggu lalu.

Mohd Raffli, 49, maut selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh seorang daripada tiga suspek berjubah hitam dan berkopiah yang datang ke rumahnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Murid cemerlang UPSR ke asrama penuh

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

Ikmal Hisham Abdul Aziz (tengah) bersama sebahagian daripada murid cemerlang UPSR Parlimen Tanah Merah selepas menyampaikan sumbangan kepada mereka di SK Seri Kelewek, Tanah Merah, Kelantan, semalam.

TANAH MERAH 16 Nov. - UMNO Bahagian Tanah Merah akan membantu mengemukakan permohonan pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 di daerah itu untuk melanjutkan persekolahan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara.

Ketuanya, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz berkata, bantuan tersebut adalah tradisi yang sudah diamalkan parti itu bagi menunaikan hasrat setiap rakyat Tanah Merah terutama para ibu bapa yang mahu melihat anak masing-masing berjaya ke menara gading.

Katanya, hasil bantuan itu telah berjaya membolehkan ramai pelajar daerah Tanah Merah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

''Paling membanggakan, ramai daripada mereka mampu meneruskan kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Murid Cemerlang (UPSR) Sekolah-Sekolah Parlimen Tanah Merah di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kelewek di sini hari ini.

Ikmal Hisham yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah menyampaikan sumbangan RM100 seorang kepada 336 murid cemerlang 5A dari 24 buah sekolah di majlis itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Shahidan mahu FAM beri penjelasan

Posted: 16 Nov 2013 10:51 PM PST

Oleh ZAMZURINA AHMAD

ROMPIN 17 Nov.- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi penjelasan secara bertulis mengenai kedudukannya selepas Artikel 88 di bawah Statut FAM 2010-2014 dipinda.

Bekas Presiden Bola Sepak Perlis itu juga mahu FAM memulangkan denda RM39,000 yang dikenakan ke atasnya sebelum ini.

Katanya, setakat ini beliau tidak mendapat sebarang kenyataan rasmi daripada badan induk itu mengenai kedudukannya yang digantung dua tahun walaupun akta tersebut dipinda. - UTUSAN ONLINE

Durakovic mahu Safee

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (kanan) memperkenalkan Mehmet Durokovic kepada media di Petaling Jaya, semalam. - MINGGUAN/WAHIDIN SALIM

PETALING JAYA - Jurulatih baharu yang juga bekas kapten Selangor Mehmet Durakovic menyuarakan keinginannya mahu mendapatkan penyerang kebangsaan Safee Sali bagi menguatkan kempen The Red Giants menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Durakovic berkata, dia akan cuba untuk menggunakan peranannya sebagai jurulatih Selangor bagi mempengaruhi Safee agar kembali semula menyertai The Red Giants.

"Bagi saya Safee masih pemain yang bagus untuk dimiliki tambahan pula pengalamannya amat diperlukan.

"Bagaimanapun, itu semua terpulang kepada pihak pengurusan tertinggi untuk membuat keputusan sama ada mahu terus berusaha mendapatkan pemain tersebut atau sebaliknya," katanya kepada pemberita dalam satu majlis memperkenalkan jurulatih tersebut di sini, semalam.

Durakovic yang juga bekas pemain kebangsaan Australia yang berasal dari Montenegro memeterai kontrak selama tiga tahun bersama The Red Giants dan akan memulakan tugasnya untuk persiapan menghadapi kempen Liga Malaysia 2014 pada Isnin ini.

Sementara itu Durakovic memberitahu, kedatangannya ke Selangor bertujuan mengembalikan semula kegemilangan The Red Giants yang pernah disertai dahulu.

"Selepas 15 tahun saya kembali semula ke Selangor dan ada banyak yang perlu dilakukan termasuk memperkasakan pemain muda dimiliki Selangor ketika ini.

"Saya juga berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan pasukan ini.

''Malah, saya akan berusaha memberikan yang terbaik pada saingan Liga Malaysia musim depan," kata Durakovic.

Durakovic, 48, pernah bersama Selangor sepanjang musim 1995 hingga 1998 dan sepanjang tempoh tersebut bekas jurulatih Melbourne Victory itu telah membantu meraih tiga gelaran Piala Malaysia iaitu pada tahun 1995, 1996 dan 1997.

Pemilihan Durakovic ini bermakna dia menjadi jurulatih asing pertama Selangor sejak sembilan tahun lalu dengan Omar Rueben Larossa menjadi pengendali terakhir pada tahun 2004.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


552 premis judi internet diserbu

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
Nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 16 Nov. - Polis telah melakukan sebanyak 552 serbuan ke atas premis yang menjalankan aktiviti perjudian internet di daerah ini dengan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM5.2 juta dalam tempoh 1 Januari hingga 14 November lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, daripada serbuan itu, sebanyak 5,115 set komputer telah dirampas.

"Kita juga berjaya menahan seramai 1,896 orang manakala wang tunai yang dirampas sebanyak RM116,871," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam.

Menurut beliau, selain itu, sebanyak 32 premis juga telah dipotong elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana menjalankan aktiviti perjudian internet.

"Kita telah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memotong talian internet di 15 premis," katanya.

Tambah beliau, sebanyak 67 kes juga telah dituduh di mahkamah dengan 29 kes masih dalam perbicaraan.

"Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik premis yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini dan kita akan ambil tindakan sewajarnya.

"Selain itu, orang ramai juga diingatkan jangan sesekali datang ke premis judi kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Manfaat skim bantuan perniagaan dalam talian

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

Shahaniza Shamsuddin (bertudung putih) dan Nor Azhar Hasan (depan, dua kanan) bergambar bersama petugas Pusat Internet 1Malaysia selepas perasmian pusat itu di Felda Jengka 2 di Maran, semalam.

MARAN 16 Nov. - Usahawan wanita di negeri ini diseru memanfaatkan geran skim Bantuan Perniagaan Dalam Talian yang disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengarah SKMM Wilayah Timur, Nor Azhar Hasan berkata, geran tersebut antara lain bagi membantu usahawan kecil membina laman web dalam mempromosi produk secara dalam talian.

Menurutnya, mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan memerlukan mekanisme lebih interaktif untuk mempromosi produk barangan ke pasaran lebih luas yang boleh dilakukan melalui kaedah tersebut.

''Geran ini untuk membantu peniaga membina laman web khususnya peniaga kecil mengeksploitasi internet bagi membolehkan hasil keluaran mereka dipasarkan terus kepada pengguna.

''Lebih menarik dana ini tidak terhad untuk perbelanjaan internet semata-mata tetapi boleh digunakan untuk menambah modal tetap perniagaan seperti komputer dan latihan kemahiran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pembukaan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Jengka 2 yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Oleh itu, ujarnya, usahawan kecil perlu merebut geran RM1,000 yang disediakan di bawah Skim Bantuan Perniagaan Dalam Talian bagi memajukan perniagaan mereka menerusi penggunaan internet.

Beliau berkata, penggunaan internet secara efektif dapat membantu usahawan kecil meluaskan rangkaian perniagaan sehingga menembusi pasaran antarabangsa.

''Kaedah konvensional dalam memasarkan sesuatu produk menyebabkan pasaran menjadi terhad berbanding secara dalam talian," katanya.

Sedangkan melalui internet katanya, para pengguna dapat mengakses maklumat dengan mudah dan boleh membeli barangan yang diperlukan secara dalam talian.

Kenaikan elaun Setiausaha JKKK bukti kerajaan prihatin

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

MARAN 16 Nov. - Langkah kerajaan menaikkan elaun Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kepada RM300 sebulan berkuat kuasa awal tahun depan membuktikan keprihatinan kerajaan kepada golongan tersebut.

Setiausaha JKKK Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abdul Rahim, 55, berkata, tambahan RM100 itu walaupun bukan jumlah yang besar namun cukup bermakna dalam menyuntik semangat mereka untuk bekerja lebih kuat.

"Inisiatif kerajaan ini juga membuktikan JKKK adalah organisasi penting dalam sistem pentadbiran yang dapat membantu kerajaan menyampaikan apa sahaja maklumat kepada masyarakat," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Dalam pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan lebih 15,000 setiausaha JKKK di seluruh negara akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM100 kepada RM300 sebulan.

Kenaikan tersebut melibatkan implikasi kewangan kerajaan sebanyak RM18.63 juta setahun.

Setiausaha JKKK Kampung Anggerik Jengka 1, Abdullah Ani, 57, pula menyifatkan kenaikan elaun kepada RM300 sebulan sangat wajar kerana tanggungjawab yang dipikul adalah berat termasuk membuat laporan berkala kepada kerajaan negeri dan Pejabat Tanah dan Daerah.

"Di samping itu, tugas lain yang merangkumi pengurusan bilik mesyuarat, carta organisasi, perhubungan luar dan sebagainya juga bukan sesuatu yang mudah," katanya yang juga Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 1.

Sementara itu, Ketua Felda Kampung Awah, Asri Mat Dahan, 62, memuji keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap peranan penting setiausaha dalam menggerakkan organisasi di peringkat akar umbi.

"Setiausaha JKKK sangat penting kerana berperanan sebagai penggerak bersama pengerusi dalam memastikan organisasi berfungsi selari dengan objektif penubuhan," katanya.

Pengerusi JKKK Felda Bukit Tajau, Norazhar Abdul Latif, 54, pula berpendapat, kenaikan elaun setiausaha itu akan memberi semangat baharu bagi mengukuhkan organisasi demi kemajuan kampung dan penduduk.

Ujarnya, JKKK merupakan organisasi penting yang mencermin kekuatan kerajaan dalam menghadapi tohmahan pihak tertentu.

Bagi Pengerusi JKKK Kampung Kuala Sentol, Mohd. Asri Mat Piah, 52, dengan kenaikan elaun sebanyak RM300 kepada setiausaha dan RM800 kepada pengerusi membuktikan JKKK organisasi penting sebagai ejen memakmurkan masyarakat dan negara.

"Jika JKKK kuat dan aktif, ini memberi mesej yang sangat bermakna kepada kerajaan untuk terus mendapat sokongan rakyat khususnya di luar bandar.

"Walaupun jawatan Setiausaha JKKK merupakan tugasan sukarela yang dilantik kerajaan negeri tetapi fungsinya sangat penting dan mencabar membantu kerajaan memakmurkan negara," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Albania tolak bantu musnah senjata Syria

Posted: 16 Nov 2013 10:44 AM PST

TIRANA 17 Nov. - Kerajaan Albania semalam menolak permintaan Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi lokasi pemusnahan senjata kimia Syria selepas Norway mengambil langkah sama pada tiga minggu lalu.

Perdana Menteri Albania, Edi Rama berkata, negara ini terpaksa menolak permintaan AS berkenaan kerana Tirana tidak mempunyai kemudahan dan kapasiti untuk melaksanakan operasi berkenaan.

Lebih 4,000 orang semalam mengadakan demostrasi bantahan terhadap permintaan AS yang mahu Albania menyumbang dalam usaha memusnahkan senjata terbabit. - AFP

Gempa bumi 5.5 skala Richter landa timur Jepun

Posted: 16 Nov 2013 08:52 AM PST

TOKYO 17 Nov. - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Richter menggegarkan timur Jepun petang semalam, menyebabkan bangunan-bangunan tinggi begoyang dan sistem pengangkutan awam tergendala.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa tersebut berlaku pada pukul 8.44 malam waktu tempatan (7.44 malam waktu Malaysia) pada kedalaman 63 kilometer di wilayah Chiba yang berhampiran Tokyo.

Sistem pengangkutan awam yang tergendala buat sementara waktu beroperasi seperti biasa selepas keadaan kembali reda. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Lumia 1020 tiada pencabar terdekat

Posted: 16 Nov 2013 04:20 AM PST

IAPA sangka telefon pintar yang dikhususkan untuk melayari internet dan aplikasi menarik mampu dihasilkan beserta dengan kamera canggih 41 megapiksel.

Itulah yang dibangunkan oleh Nokia, jenama telefon bimbit popular satu ketika dahulu dalam usaha memecah monopoli telefon pintar keluaran Samsung, iPhone, Sony mahupun HTC.

Bukan sahaja berfungsi sebagai kamera digital biasa, Lumia 1020 ini mampu menjadikan penggunanya seorang jurufoto profesional dengan pelbagai ciri aturan yang diberikan.

Pengguna dapat menggunakan secara manual bagi dedahan, kelajuan pengatup, tahap sensitiviti ISO, imbangan putih dan fokus seperti yang terdapat pada kamera digital lensa tunggal.

Menggunakan platform Windows sebagai sistem operasinya, sudah pasti ia memberikan satu pendedahan baharu yang selama ini menggunakan Android dan ios sebagai sistem operasi utama.

Bagi mereka yang tidak biasa menggunakan sistem operasi Windows , sudah pasti akan merasa sedikit janggal dengan paparan muka telefon itu yang menggunakan papan muka sebagai menu utama.

Pelbagai aplikasi boleh di 'pin' atau letakan di bahagian papan muka itu berbeza dengan telefon pintar lain dan secara tidak langsung memberikan pengalaman yang berbeza.

Bagi peminat Lumia, sudah pasti akan mengenali fungsi mosaic paparan yang dikuasakan menggunakan Windows Phone 8 terbaharu keluaran Windows.

Windows seperti sedia maklum merupakan pengeluar perisian komputer utama dunia namun masih lagi belum mengeluarkan telefon pintarnya sendiri.

Mempunyai skrin bersaiz 4.5 inci dengan paparan ClearBack AMOLED memberikan paparan yang jelas dan mengagumkan. Ia sudah cukup memuaskan hati pengguna, ditambah pula kualiti gambar yang menakjubkan.

Selain itu, ia turut menyediakan kelajuan LTE yang merupakan capaian telefon pintar paling pantas untuk masa ini bagi menyaingi telefon pintar lain di pasaran.

Namun bagi spesifikasi lain, ia dianggap biasa sahaja dan tidak banyak bezanya dengan telefon pintar lain, cuma fungsi kamera sahaja dilihat melangkaui telefon pintar lain.

Disebabkan itu, walaupun tidak sampai tiga bulan telefon ini dipasarkan, kini Nokia telah mengeluarkan gambar di laman Facebooknya untuk melancarkan model Lumia 1520 pula.

Walau apa pun, yang pasti spesifikasi kamera pada telefon itu tidak dapat menyaingi Lumia 1020 kerana ia hanya membekalkan kamera bersaiz 20 megapiksel sahaja.

Apa-apa pun, kita kena tunggu dan lihat apabila ia dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, kita akan tahu ciri-ciri lain yang dianggap istimewa untuk telefon keluaran Nokia ini.

Nampaknya, Nokia sudah mula mengorak langkah untuk meluaskan penguasaannya dalam segmen telefon pintar, sekali gus mengembalikan kegemilangan jenama itu suatu ketika dahulu apabila menguasai pasaran telefon bimbit dunia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kembalinya gerakan LGBT

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

Prinsip-prinsip Yogjakarta merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. - Gambar hiasan

PADA 7 Mac 2012, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menganjurkan suatu panel perbincangan berkenaan "Diskriminasi dan Keganasan berdasarkan

Orientasi Seksual dan Identiti Gender" yang berlangsung sebagai sebahagian acara tahunan sesi ke 19 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Panel tersebut telah mendapat bantahan daripada Kumpulan Negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, yang telah mengirim sepucuk surat kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Laura Dupuy Lasserre bagi menyatakan kebimbangan negara-negara OIC terhadap usaha untuk memperkenalkan di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) terma-terma serta standard-standard berkenaan Orientasi Seksual dan identiti Gender (SOGI) yang asing di dalam "bahasa" dan "penerimaan nilai-nilai sejagat" berkenaan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual, serta dengan jelas menolak sebarang usaha untuk menjadikan orientasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) sebagai nilai yang sepatutnya diterima semua negara anggota PBB sebagai sebahagian dari hak-hak asasi manusia sejagat.

Percubaan panel tersebut banyak mendapat inspirasi awal dari Prinsip-prinsip Yogjakarta (Yogyakarta Principles), yang merupakan satu set prinsip berhubung orientasi seksual dan identiti jantina yang diwujudkan dengan hasrat untuk memohon piawaian undang-undang hak asasi manusia antarabangsa bagi menangani penyalahgunaan kuasa hak asasi manusia golongan LGBT, dan isu-isu antara seks (intersexuality). Prinsip-prinsip tersebut telah dihasilkan pada satu mesyuarat antara Suruhanjaya Juri Antarabangsa , Perkhidmatan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia dan pakar-pakar hak asasi manusia dari seluruh dunia di Universiti Mada di Pulau Jawa pada 6 hingga 9 November 2006.

Dokumen penutup "mengandungi 29 prinsip yang didakwa diterima dengan sebulat suara oleh pakar-pakar bersama dengan cadangan kepada kerajaan, institusi-institusi antara kerajaan daerah, masyarakat awam dan PBB sendiri" dinamakan sempena Yogyakarta, wilayah paling kecil Indonesia (tidak termasuk Jakarta) yang terletak di pulau Pulau Jawa. Prinsip-prinsip ini belum diterima oleh negara-negara dalam satu perjanjian, maka secara kendiri, ia bukan bahagian undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang mengikat secara sah, walaupun prinsip-prinsip tersebut bertujuan bertindak sebagai bantuan penafsiran terhadap perjanjian hak asasi manusia.

Antara 29 penandatangan prinsip-prinsip adalah Mary Robinson, Manfred Nowak, Martin Scheinin, Elizabeth Evatt, Philip Alston, Edwin Cameron, Asma Jahangir, yang kesemuanya berhasrat supaya prinsip-prinsip Yogyakarta harus diterima sebagai standard sejagat, mengesahkan standard undang-undang antarabangsa yang mengikat yang mana semua negara mesti patuhi. Walaubagaimanapun, beberapa negara anggota khususnya negara-negara OIC telah menyatakan keraguan mereka terhadap pandangan tersebut.

Prinsip-prinsip tersebut, selain dari mencetuskan Resolusi 17/19 PBB berhubung hak-hak LGBT, telah menjadi sebahagian perkara yang dinyatakan di dalam Laporan Gabungan NGO Malaysia (COMANGO) bertarikh 11 Mac 2013 yang dijadikan asas semakan rekod Hak Asasi Manusia Malaysia pada 24 Oktober 2013 yang lalu. COMANGO telah secara khusus menuntut supaya seksyen 377A Kanun Keseksaan dihapuskan, selain mengesyorkan Malaysia menurut prinsip-prinsip Yogyakarta. Kesan jangka panjang tuntutan ini, yang berselindung di sebalik istilah 'diskriminasi minoriti', ialah untuk membolehkan perkahwinan sesama jenis dijalankan di Malaysia tanpa sebarang halangan undang-undang atau kawalan moral.

Berselindung

Ternyata prinsip-prinsip Yogyakarta ini merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. Bagi negara-negara OIC khususnya, bantahan yang dinyatakan melalui surat bertarikh 14 Februari 2012 tersebut menggambarkan kegusaran yang mendalam terhadap usaha-usaha agresif untuk mengiktiraf secara terbuka hak-hak yang berlawanan dengan fitrah semulajadi manusia. Hal ini demikian oleh kerana negara-negara Islam sedar bahawa tuntutan terhadap hak-hak sedemikian melampaui garis normal kemanusiaan yang akhirnya akan membawa pada kebinasaan tamadun manusia.

Amaran Qurani yang sangat jelas seperti pembalasan yang dikenakan terhadap kaum Nabi Luth a.s yang mengingkari panduan hubungan manusia secara sejahtera menjadi peringatan yang tetap relevan hingga ke akhir zaman.

Melalui Kumpulan Negara-negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, Malaysia telah pun menyatakan undian bantahan terhadap Resolusi 17/19 berkenaan hak-hak LGBT. Malaysia sendiri menghadapi arus kempen yang kuat di dalam negara yang menunjukkan bibit-bibit sokongan terhadap hak-hak LGBT ini telah pun dipengaruhi prinsip-prinsip Yogyakarta.

Sebagai contoh, susulan pengaruh prinsip-prinsip Yogyakarta tersebut juga, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpengaruh di Amerika Syarikat, Human Rights Watch (HRW) berhujah undang-undang anti-liwat yang berkuatkuasa di Malaysia sudah ketinggalan zaman (archaic) kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Oleh itu, badan hak asasi antarabangsa itu menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat yang kononnya melanggar hak privasi dan berbentuk diskriminasi serta perlu diganti dengan undang-undang baru yang membenarkan aktiviti liwat. Menurutnya, undang-undang baru itu mestilah selaras dengan prinsip-prinsip Yogyakarta, laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia

Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Vienna yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia termasuk melakukan aktiviti seks luar tabie atas dasar suka sama suka.

Prinsip-prinsip tersebut juga telah mula mendapat tempat dalam kalangan segelintir NGO Hak Asasi Manusia dan beberapa parti politik di Malaysia. Penganjuran Seksualiti Merdeka misalnya, jelas mendapat inspirasi dari usaha-usaha di peringkat global untuk mendapatkan "hak dan pengiktirafan" bagi golongan LGBT, atas dasar kononnya teguran atau tindakan untuk memandu golongan ini disifatkan sebagai "diskriminasi" dan "tekanan sosial' terhadap mereka. Mereka juga merasakan sepatutnya dibenarkan untuk bebas memilih orientasi seks, meskipun orientasi tersebut berlawanan dengan fitrah keagamaan dan kacamata ketamadunan manusia.

Malaysia seharusnya memimpin usaha menentang perkembangan yang sangat berbahaya ini. Sehingga kini, sebanyak 14 negara di dunia yang telah mengiktiraf dan mempunyai undang-undang perkahwinan sejenis. Seperti yang dilaporkan agensi Reuters, 13 November baru-baru ini menyaksikan Hawaii menjadi negeri terkini di dalam Amerika Syarikat yang mengiktiraf perkahwinan sejenis apabila gabenornya Neil Abercrombie menandatangani rang undang-undang untuk mengesahkan keizinan tersebut. Ternyata Amerika Syarikat sedang berhadapan dengan masalah yang sangat serius yang bakal menghancurkan sisa-sisa kemanusiaan yang masih ada padanya.

Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, Malaysia perlu terus mengekalkan kedaulatannya dengan tidak tunduk terhadap tekanan antarabangsa melalui penerimaan terhadap prinsip-prinsip Yogyakarta dan lain-lain instrumen yang digunakan untuk menerbitkan hak-hak songsang mereka yang berjuang di sebalik gagasan hak asasi manusia sejagat. Peranan Islam sebagai agama negara dan tugas Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Islam berdasarkan sumpah jawatan pada Jadual Keempat, Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan, ditambah dengan penerimaan prinsip-prinsip Rukun Negara yang jauh sekali menerima hak dan aktiviti songsang seperti yang dituntut golongan LGBT ini, sepatutnya menzahirkan keunikan dan kemampuan Malaysia untuk mematuhi prinsip hak asasi manusia sejagat tanpa mengorbankan nilai agama, budaya setempat dan realiti negara. Malah hal ini adalah seperti mana yang telah dipersetujui bersama melalui Persidangan Hak Asasi Manusia 1993 di Vienna berkenaan kepentingan mengambil kira faktor-faktor tersebut di dalam menuntut sesebuah negara untuk patuh dengan hak-hak asasi manusia sejagat.

Secara khususnya, pada bulan Mac depan, kerajaan Malaysia perlu tegas menolak beberapa syor negara-negara seperti Jerman, Belanda dan Austria yang mahukan Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat dan mengiktiraf hak-hak LGBT, sebagaimana yang dizahirkan di antara 232 syor-syor pada sesi UPR baru-baru ini. Malaysia perlu meneruskan sikap dan pendirian konsisten menolak pengiktirafan hak-hak LGBT sebagaimana yang telah ditegaskan ketika menolak Resolusi 17/19 PBB dan ketika menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada November tahun lepas.

Selain itu, wujud keperluan segera untuk Malaysia memulakan gerakan menghapuskan prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang sangat berbahaya terhadap kelangsungan tamadun kemanusiaan. Malah, gerakan ini sangat mendesak oleh kerana prinsip sedemikian, tanpa ramai yang menyedari, telah dimaktubkan di negara Islam terbesar di dunia, Indonesia yang juga merupakan jiran terdekat rumpun melayu-Islam dan negara anggota OIC.

BISIK-BISIK: Provokasi...

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

Awang menjunjung kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas titah berhubung larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Khamis lalu.

Bukan kali pertama baginda bertitah demikian dalam isu tersebut, yang besar maknanya kepada syiar Islam.

Apabila menyentuh soal-soal kepentingan Islam, baginda selaku ketua agama Islam negeri sedikitpun tidak bertolak ansur.

Rekod telah membuktikan bukan cara baginda untuk berdiam dan teragak-agak bersuara ketika kedudukan Islam diasak.

Peringatan terbaharu Sultan Selangor itu adalah mesej yang jelas dan tegas. Diharap tiada mana-mana pihak mengambil mudah titah tersebut demi memelihara keharmonian.

Awang sangat terganggu dengan reaksi pihak tertentu bukan Islam yang mencabar larangan tersebut walaupun telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu.

Adalah dijangka provokasi itu akan berterusan dalam banyak bentuk. Dan, sampai bila umat Islam harus bersabar, yang kesabaran itu ada batasnya.

Awang berharap pihak berkuasa mengambil langkah tegas dan lebih pre-emtif kerana ia sudah menjadi isu ancaman keselamatan. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Mengangkat fesyen batik

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

Pilihlah rona-rona ceria dengan motif ringkas untuk kamu yang mahu mencuba fesyen ini.

GENERASI muda adalah golongan yang berani untuk mencuba pelbagai jenis fesyen. Mereka suka bergaya dan gemarkan kelainan dalam berpakaian.

Bagaimanapun tidak ramai anak muda kini yang gemar mengenakan pakaian batik kerana dirasakan tidak sesuai dengan umur mereka.

Untuk menarik generasi muda meminati fesyen tersebut penggiat industri batik kini telah mempelbagaikan rekaan mereka agar tampak moden.

Bagi yang berminat, bolehlah memadankan pakaian batik dengan denim agar tampak kasual dan lebih santai tatkala berlibur bersama teman-teman.

Sebagai permulaan, mungkin kamu boleh menggayakan fesyen batik semasa menghadiri majlis perkahwinan sahabat-handai nanti.

- LYNN/ZAKARIA IDRIS

Membaca bawa kita lebih jauh

Posted: 16 Nov 2013 04:20 AM PST

Membaca bukan sahaja diamalkan ketika musim peperiksaan tetapi perlu menjadi gaya hidup generasi masa kini. - Gambar Hiasan

PERNAH atau tidak kita mendengar perumpamaan, membaca jabatan ilmu dan banyak membaca luas pengetahuan ketika dibangku sekolah rendah atau tadika.

Begitulah apa yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang selalu membaca tidak kira majalah, buku ilmiah, novel dan sebagainya.

Tiada statistik terbaru dikeluarkan mengenai amalan membaca dalam kalangan penduduk negara ini dan terbaru pun adalah pada 2005 iaitu sebanyak 10 hingga 12 buku setahun.

Jumlah itu bersamaan sebuah buku sebulan dan jika ia meningkat pada tahun ini saya dapat rasakan tidak banyak perubahan kerana amalan membaca tidak lagi menjadi satu budaya di negara ini.

Jarang kita dapat melihat orang ramai yang membaca buku ketika menunggu bas, tren dan sebagainya, tambahan pula bahan bacaan seperti majalah sudah digantikan dengan blog di internet.

Mereka dilihat lebih gemar melayari laman sosial di telefon pintar masing-masing dan bermain permainan video berbanding untuk membaca majalah mahupun buku.

Di New York, Amerika Syarikat, London dan Jepun contohnya, budaya membaca dalam kalangan warga negara mereka sudah di tahap tinggi dan kita boleh melihat ramai yang memegang buku ketika beratur atau duduk di dalam tren.

Bukan itu sahaja, di pusat pengajian tinggi seperti universiti sekalipun budaya membaca hanya akan ada pada musim peperiksaan sahaja.

Perpustakaan akan kembali lengang apabila musim peperiksaan berakhir dan kebanyakkan buku-buku di dalamnya tidak tersentuh oleh generasi hari ini.

Mungkin ramai yang sudah lupa program buku nilam yang dianjurkan di peringkat sekolah satu ketika dahulu bagi meningkatkan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar.

Selepas sekolah semuanya sudah lupa dan memikirkan hanya peperiksaan yang membuatkan seseorang itu akan mula membaca.

Tanggapan sebegini perlu dikikis daripada persepsi masyarakat yang menuju sebuah negara maju, kerana ilmu pengetahuan tidak hanya sampai di peringkat sekolah mahupun universiti sahaja.

Ilmu pengetahuan akan membuatkan seseorang itu berbeza daripada orang lain dan ia amat berguna dalam kehidupan seharian serta menangani sesuatu masalah.

Banyakkan membaca agar kita tidak ketinggalan dan memberi persepsi serta gambaran jelas mengenai kehidupan.

Walaupun kita tidak mampu untuk terbang dan mengembara jauh keluar negara, namun segala ilmu dan pengetahuan kita boleh ditimba di rumah dengan cara membaca.

SITI NURDIANA RAHMAT

Pencinta buku

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Transformasi industri filem

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Penggiat utama industri hiburan khususnya industri perfileman tanah air memohon kerajaan melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada sistem perfileman negara.

Presiden Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM), Othman Hafsham (gambar) berkata, industri perfileman negara memerlukan penstrukturan semula bermula dari peringkat asas untuk membaik pulih imej dan martabatnya.

Usaha ini sememangnya sukar dan mencabar namun sekiranya kita mahu melihat perubahan dan kemajuan berlaku terhadap industri ini, perkara tersebut perlu dilakukan.

Sebagai penggiat dalam industri, pihak penerbit dan pengarah hanya dapat bersuara tetapi peranan utama harus dipikul pihak berwajib iaitu kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab dalam majlis Sesi Dialog Bersama Industri yang diadakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha 1, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Rothiah Omar serta penggiat industri hiburan antaranya Datuk Yusof Haslam, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Freddie Fernandez, Jurey Latiff Rosli, Norman KRU dan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

95 anak warga PDRM sertai khatan beramai-ramai

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

KHALID Abu Bakar (tengah) dan isteri, Puan Sri Imran Ibrahim (kanan) memberi semangat kepada kanak-kanak yang menyertai majlis Sunathon di pekarangan Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Seramai 95 orang anak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai majlis Sunathon atau berkhatan beramai-ramai di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.

Program yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar itu turut mendapat kerjasama Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Seramai 95 kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun menyertai program yang kita anjurkan secara tahunan ini.

Program hari ini adalah di peringkat Bukit Aman sahaja tetapi saya percaya beberapa Ibu Pejabat Polis Kontinjen turut menganjurkan program sama," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan tersebut.

2 kanak-kanak Cina sertai majlis berkhatan BKUM

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

MOHD. ZAINI Hassan menyembur air pili bomba kepada kanak-kanak yang menyertai program berkhatan anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu di pekarangan Ibu Pejabat Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/MOHD NAJIB MOHD NOR

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Majlis berkhatan anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) tahun ini mencatat kelainan selepas dua daripada 56 kanak-kanak yang menyertainya merupakan kaum Cina.

Menurut Yang Dipertua BKUM, Kamsari Nor, selain itu, Program Berkhatan Beramai-ramai Anak Kakitangan Utusan Melayu tahun ini juga mencipta sejarah tersendiri selepas menerima penyertaan paling ramai berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Beliau berkata, kesemua kanak-kanak yang terlibat dalam program yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Perubatan Kajang itu merupakan anak-anak kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan Melayu).

Majlis tahun ini lebih istimewa kerana dua kanak-kanak Cina turut menyertai program ialah Liew Yun Xi Alfred, 16, dan Liew Jun Yin Alston, 14," katanya ketika ditemui dalam majlis itu yang diadakan di Ibu Pejabat Kumpulan Utusan, Jalan Chan Sow Lin di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan ketika berucap merasmikan program tersebut menyifatkan penyertaan kanak-kanak Cina berkenaan menjadikan majlis anjuran BKUM kali ini lain daripada yang lain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ayue suka sukan lasak!

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

PENDEKATAN santai dan menghiburkan yang digunakan blogger terkenal Hanis Zalikha dalam penulisannya, membuatkan Norhamidah Rejaluddin atau lebih mesra dengan panggilan Ayue, 27, tidak jemu mengunjungi laman blog gadis itu.

Selepas setahun, barulah Ayue mengambil langkah pertama untuk mendirikan blog Cherita AyueJean setelah mendapat inspirasi daripada blog-blog yang dibacanya saban hari.

Seperti blogger baharu lain, dia juga berhadapan cabaran mencari identiti dan kelainan serta keunikan yang mahu diketengahkan dalam blog yang dibina pada peringkat awal.

Apabila berjaya melepasi cabaran tersebut, katanya, penyertaan dalam dunia blog menjadi lebih mudah terutama dengan adanya bantuan daripada komuniti blogger tempatan.

Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti temu bual .com bersama Ayue yang diadakan di Menara Berkembar Petronas, KLCC baru-baru ini.

Sebelum itu, jangan lupa untuk melayari http://ayuejean.blogspot.com dan jadilah salah seorang pengikut blog anak jati Kuala Lumpur ini. - LYNN/SAFIYANA SALIM & KOLEKSI PERIBADI AYUE

Serum anti penuaan

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

SENTIASA komited dalam memberikan perlindungan kulit terbaik menentang tanda penuaan akibat persekitaran, Elizabeth Arden dengan bangganya memperkenalkan Prevage Anti-aging Intensive Repair Eye Serum.

Perawatan anti penuaan mata tersebut membantu untuk memutar kembali petanda penuaan kulit. Produk ini berkesan menyelesaikan masalah penampilan garis dan lipatan yang memberi kesan pada bahagian mata.

Mata kelihatan lebih menawan dengan penampilan dramatik dan cantik.

Ahli sains telah membuktikan bahawa pendedahan kepada asap, pencemaran dan rengsa lain boleh mempercepatkan penuaan kulit dua kali ganda lebih cepat.

Ancaman persekitaran seperti ini menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan keradangan kulit pada tahap selular.

Kesan daripada ancaman itu adalah penambahan kedutan dan bintik serta penurunan kolagen dan elastin.

Prevage Anti-aging Intensive Repair Eye Serum Baru ini menggabungkan teknologi eksklusif daripada Elizabeth Arden, selain memiliki ciri-ciri antioksida yang paling berkuasa. Dengan adunan AFC (nacetyl-sfarnsylcysteine) dan thiotaine, formula lembut dan ringan daripada produk ini turut membantu merawat tanda penuaan pada bahagian mata, terutamanya garis dalam di bahagian atas mata.

Ia turut memperbaiki penampilan bayangan gelap, kedutan, dan pengenduran dan lipatan kelopak mata.

Hadir di dalam bekas silinder perak yang berkonsepkan pam kedap udara, serum ini boleh diperoleh pada harga RM525.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Ganggu pelajar duduki SPM

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

AZAHAR Abd. Rahman (lima dari kanan) dan Abdul Manaf Abd. Rahman (empat dari kanan) bersama penduduk kampung dan ahli Biro Pengaduan Awam UMNO Gelang Patah menunjukkan laporan polis yang dibuat ekoran pencerobohan jet pejuang disyaki milik Singapura di pekarangan SMK Tanjung Adang, Gelang Patah, Nusajaya, Johor, semalam.

NUSAJAYA 15 Nov. - Seramai 62 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang, Gelang Patah di sini yang sedang menduduki peperiksaan mendakwa terganggu dengan bunyi kuat apabila setiap kali pesawat pejuang, disyaki dari negara jiran melintasi kawasan persekolahan berkenaan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azahar Abd. Rahman berkata, kehadiran pesawat pejuang itu disedari penduduk setempat sejak 7 November lalu apabila melalui ruang udara di kawasan berkenaan hampir setiap hari kecuali cuti hujung minggu.

''Kehadiran jet-jet pejuang disyaki dari Singapura ini telah mengganggu tumpuan para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan kerana boleh dikatakan selang beberapa minit ada sahaja jet pejuang akan lalu.

''Bunyinya pula cukup kuat kerana terbang pada ketinggian sederhana dan sekurang-kurangnya 10 kali pesawat ini berulang alik dari ruang udara di sini bermula pukul 10 pagi hingga ke petang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Azahar, masalah tersebut perlu ditangani segera kerana bukan hanya mengganggu para pelajar ketika menduduki peperiksaan, malah melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.

Ketua Kampung Tiram Duku, Abdul Manaf Abd. Rahman berkata, pencerobohan ruang udara disyaki oleh pesawat tentera udara republik tersebut bukan pertama kali terjadi kerana masalah sama pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, sehingga kini, mereka juga tidak dimaklumkan sama ada pesawat pejuang tersebut dibenarkan untuk menggunakan ruang udara negara ini atau sebaliknya.

''Agak lama juga jet-jet pejuang tersebut tidak melalui ruang udara di sini dan kali ini kembali semula. Ini menunjukkan bahawa pihak pemerintah Singapura tidak menghormati keputusan kerajaan Malaysia berkaitan dengan larangan menggunakan ruang udara negara ini bagi jet-jet Singapura.

''Justeru, saya berharap pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pertahanan dan Wisma Putra memandang serius perkara ini termasuklah membuat bantahan kepada pemerintah Singapura," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam UMNO Gelang Patah, Mohd. Faiz Abdullah yang menerima aduan berhubung kejadian tersebut telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Gelang Patah di sini semalam.

Rokok, arak bernilai lebih RM2 juta dirampas

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

RAMLI Johari (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada rokok dan minuman keras yang dirampas dalam sidang akhbar di Menara Kastam di Johor Bahru, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 15 Nov. - Sejumlah 1.085 juta batang rokok putih dan 687 botol minuman keras bernilai lebih RM2 juta termasuk cukai dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini berjaya dirampas di Bangunan Sultan Iskandar di sini kelmarin.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Ramli Johari berkata, barangan tersebut dirampas dalam lima buah kenderaan penumpang dari Singapura yang melalui laluan masuk kenderaan di bangunan tersebut pukul 12.05 tengah malam.

Menurutnya, dua lelaki berusia 40 hingga 50 tahun yang memandu dua daripada lima van berkenaan ditahan, manakala tiga lagi sempat melarikan diri dan meninggalkan kenderaan yang dipandu mereka.

"Rokok putih dan minuman keras yang dirampas sepasukan anggota penguat kuasa kastam itu dipercayai belum mendapat kelulusan," katanya dalam sidang akhbar di Menara Kastam Johor di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua rokok putih yang dirampas itu bernilai RM173,500 dan cukai terlibat dianggarkan sebanyak RM1.7 juta, manakala nilai minuman keras pula berjumlah RM45,882 dengan cukai terlibat adalah sebanyak RM153,349.

Katanya, kedua-dua barangan tersebut merupakan barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan mengenai import) 2012 dan memerlukan lesen import daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kastam 1977.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu dengan disedari terlibat dalam mengangkut barang larangan dengan niat untuk mengelak daripada apa-apa larangan yang terpakai bagi barang-barang itu.

"Siasatan lanjut sedang giat dijalankan dan dua suspek itu kini ditahan reman selama 14 hari sehingga 26 November ini," katanya

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Lawatan PM ke Bangladesh erat hubungan dua hala

Posted: 16 Nov 2013 01:29 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Bangladesh mulai esok akan mempererat lagi hubungan dan kerjasama yang sedia wujud antara kedua-dua negara. Menurut kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, lawatan itu memberi peluang yang cukup baik bagi pemimpin kedua-dua negara bertukar-tukar pendapat dan mencapai persefahaman lebih rapat berhubung isu-isu kepentingan bersama.

"Lawatan Perdana Menteri ke Bangladesh menggariskan betapa pentingnya Malaysia melihat hubungannya dengan Bangladesh," kata kenyataan itu.

Semasa lawatan itu, Najib dijadual mengunjungi Presiden Bangladesh, Md. Abdul Hamid dan menghadiri mesyuarat bilateral dengan rakan sejawatannya Sheikh Hasina bagi membincang dan bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu kepentingan bersama serantau dan antarabangsa.

Najib juga dijadual menjadi Tetamu Utama pada majlis perasmian Hospital Peringatan Pakar dan Kolej Kejururawatan Sheikh Fazilatunnesa Mujib.

"Hospital itu, yang dinamakan bersempena ibu perdana menteri Bangladesh akan diurus oleh KPJ Malaysia," menurut kenyataan itu.

Najib akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan delegasi 62 orang termasuk Anifah dan pegawai-pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

Sementara itu, Rosmah dijadual melawat Hospital Komuniti Dhaka dengan Tabung Kebajikan Kanak-kanak Sedunia di bawah PERMATA telah menyumbang RM103,000 bulan lepas kepada Mercy Malaysia bagi 'Projek Cacat Bibir dan Tekak' di Bangladesh. - BERNAMA

Sistem keadilan mantap prasyarat kemajuan negara - Raja Nazrin

Posted: 16 Nov 2013 12:05 AM PST

IPOH 16 Nov. - Badan kehakiman yang kukuh serta sistem keadilan yang mantap merupakan prasyarat bagi pertumbuhan dan kemajuan negara, kata Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Baginda bertitah, dalam masyarakat demokratik seperti Malaysia, sistem undang-undang menjadi tonggak utama yang menjamin bahawa setiap pihak mendapat layanan secara adil dan saksama.

"Oleh itu, mahkamah dan peguam mempunyai peranan penting dalam memulihara hak, kesaksamaan dan kebebasan yang dijamin perlembagaan," titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Syarahan Undang-undang Badan Peguam Perak 2013 di sini hari ini.

Titah baginda, sejajar dengan itu, peguam dan hakim perlu memiliki daya intelek serta kepintaran emosi dan sosial yang tinggi untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pemegang kepentingan terhadap sistem keadilan.

Titah baginda, ini kerana setiap warganegara mengharapkan wujudnya sistem undang-undang yang tidak boleh dinodai.

"Seperti yang anda maklum, sistem undang-undang mempunyai beberapa pemegang kepentingan. Setiap pemegang kepentingan perlu bekerja dengan berlandaskan satu wawasan bersama untuk mewujudkan satu sistem undang-undang yang rapi serta telus dan adil.

"Matlamat pembangunan negara tidak boleh mengetepikan keperluan wujudnya satu sistem undang-undang yang mantap, adil dan dinamik, yang amat penting untuk melahirkan sebuah negara makmur dan maju," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, oleh kerana peguam diamanahkan tugas menegakkan undang-undang dan keadilan, maka profesion guaman sepatutnya bukan sekadar menarik mereka yang memiliki ketinggian daya intelek, tetapi juga yang dianugerahi integriti dan kejujuran.

"Apabila berbangkit isu etika, selalunya ia bersifat menyulitkan, khusus dan tidak mudah memperoleh jawapan. Memanglah, ada kalanya, tiada jawapan yang benar-benar 'tepat' atau 'silap', namun terdapat satu pendekatan tepat, yang akan sekurang-kurangnya melahirkan suatu respons, hasil daripada kejujuran dan hati nurani yang dimiliki seseorang," titah baginda.

Oleh itu, titah baginda, untuk mewujudkan kesedaran secara beretika dalam sesuatu keadaaan, seseorang itu terlebih dahulu perlu memahami tanggungjawab umum dari segi etika dan peguam juga perlu sentiasa sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dari segi profesion dan moral.

Raja Nazrin bertitah, peguam tanpa mengira dari sektor awam atau swasta, terikat dengan tuntutan dan semangat peraturan profesion undang-undang yang ditetapkan oleh pelbagai badan pengawas profesional.

"Ini seterusnya diperkuatkan oleh common law dan prinsip sama rata yang perlu dipatuhi seseorang peguam terhadap klien, masyarakat, mahkamah dan keadilan itu sendiri.

"Sebagai pegawai mahkamah, sama ada anda berkhidmat dalam kerajaan atau sektor swasta, anda mempunyai tanggungjawab dari segi etika terhadap mahkamah, tanggungjawab untuk menegakkan keadilan dan ini sebenarnya merupakan tanggungjawab paling penting. Ia tidak bercanggah dengan tugas lain kerana sebagai peguam, tanggungjawab utama anda ialah untuk berkhidmat demi kepentingan keadilan," titah baginda.

Baginda bertitah dalam menunaikan tugasnya di mahkamah, kadangkala seseorang peguam perlu bertindak dalam pelbagai cara, yang mungkin boleh merugikan kliennya.

"Peguam, sama ada dari sektor awam atau swasta, tidak sepatutnya memperdaya mahkamah atau menyebabkan mana-mana pihak atau saksi dipandang serong atau menyembunyikan sebarang dokumen yang boleh menjejaskan kes kliennya," titah baginda.

Baginda bertitah perkara yang perlu sentiasa diberi keutamaan ialah setiap kes dibentangkan kepada mahkamah secara adil kerana masyarakat mengharapkan agar setiap kes dibentangkan tanpa sebarang rasa takut serta dengan cekap dan secara bersungguh-sungguh. - BERNAMA

Pemilihan semula Pemuda UMNO Rompin berjalan lancar

Posted: 15 Nov 2013 08:15 PM PST

ROMPIN 16 Nov. - Pemilihan semula Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Rompin hari ini berjalan lancar apabila 204 perwakilan mula mengundi kira-kira pukul 10.50 pagi di Dewan Besar Muadzam Shah di sini.

Pemilihan itu diarahkan UMNO Pusat supaya diadakan dengan menyaksikan semua jawatan dalam sayap itu termasuk ketua dan naib dipilih semula.

Pada pemilihan 12 Oktober lalu, penyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Datuk Mohammad Sahfri Abd. Aziz berjaya mempertahankan jawatan itu manakala Naib Ketua pula dimenangi oleh Muhammad Yusnizam Md. Yunus. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved