Sabtu, 16 November 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kes MPV dilarikan di Maran, wujud unsur cuai anggota - KPN

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

KHALID Abu Bakar (dua dari kanan) memerhatikan pasukan Op Cantas Khas Wanita semasa menghadiri Program Bersama Rakyat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang 2013 di pusat beli-belah Queensbay Mall, Georgetown, semalam. - BERNAMA

PULAU PINANG 16 Nov. - Siasatan awal mendapati wujud unsur kecuaian polis berhubung kejadian seorang lelaki melarikan kenderaan peronda polis (MPV) sebelum terbabit dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Maran, Pahang, Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehubungan itu tindakan akan diambil kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh tanpa melindungi kesalahan yang dilakukan anggota polis.

"Pada masa ini, kita tidak mahu sebarang andaian dibuat sehingga siasatan selesai dan perkara sebenar kejadian itu akan diumumkan nanti.

"Prosedur meninggalkan MPV sememangnya ada dan jelas dalam kejadian ini wujudnya kecuaian di pihak anggota terlibat dan tindakan semestinya diambil," katanya selepas merasmikan Program Bersama Rakyat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang 2013 di pusat beli-belah Queensbay Mall, di sini hari ini.

Program kerjasama antara MCPF dan polis kontinjen negeri itu merupakan kali ketiga dianjurkan tahun ini dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap jenayah selain peranan masyarakat apabila berhadapan dengan jenayah.

Dalam kejadian itu, Muhd. Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, bertindak menyerang dan merampas sepucuk pistol anggota polis peronda lebuh raya sebelum melarikan MPV pasukan tersebut.

Lelaki itu yang memecut kenderaan berkenaan kemudian meninggal dunia selepas MPV dipandunya terbabas dan melanggar tiang sebuah perhentian bas.

Mengenai laporan bedah siasat yang menunjukkan kematian lelaki itu berpunca akibat kesan tembakan, Khalid berkata, pihaknya akan menyiasat perkara berkenaan dari semua sudut.

"Melalui siasatan awal menunjukkan dia sendiri yang melepaskan tembakan, namun kita akan pastikan situasi sebenarnya dan saya sendiri akan ke Pahang untuk berjumpa anggota terlibat," tegasnya.

Pengikut Tuhan Harun akan diburu - Polis

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Polis hari ini memberi kata dua kepada kepada baki 27 pengikut ajaran sesat Tuhan Harun supaya segera menyerah diri kerana waran tangkap terhadap mereka telah pun dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehubungan itu, kesemua mereka akan diburu dan ditangkap.

Beliau memberitahu, sehingga kini, daripada 31 nama pengikut ajaran sesat itu dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), hanya empat telah menyerah diri.

"Seramai 27 pengikut masih lagi enggan menyerah diri dan keadaan ini memaksa kita untuk memburu dan menangkap mereka menggunakan waran tangkap yang telah dikeluarkan," katanya selepas menghadiri majlis Sunathon (berkhatan beramai-ramai) di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes pembunuhan Mohd Raffli Abdul Malik yang mati ditembak di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang minggu lalu.

Mohd Raffli, 49, maut selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh seorang daripada tiga suspek berjubah hitam dan berkopiah yang datang ke rumahnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved