Rabu, 6 November 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


470,395 calon duduki SPM

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Seramai 470,395 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini hingga 5 Disember depan.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), daripada jumlah itu seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sebanyak 8,054 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 8,325 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM; 22,857 calon sekolah persendirian; dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.

Hari ini, calon menduduki dua subjek iaitu Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual bagi calon yang mengambilnya.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 22,483 calon menduduki peperiksaan itu di 180 buah pusat peperiksaan melibatkan 1,513 petugas di seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Zakaria Hussien berkata, seramai 58 calon merupakan Calon Berkeperluan Khas (CBK).

"Kita sediakan kertas peperiksaan khas mengikut keperluan calon ini dan memperuntukkan lebihan masa setengah jam untuk mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri di sini hari ini.

Di JOHOR BAHRU, seramai 57,090 calon menduduki SPM di 382 pusat peperiksaan.

Pengarah Pelajaran Johor, Mohd. Nor A. Ghani berkata, daripada jumlah itu, seramai 51,170 calon adalah dari sekolah kerajaan, 2,836 calon dari sekolah swasta dan 751 calon dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 121 calon Sekolah Menengah Agama Negeri dan 2,212 calon persendirian.

Di ALOR SETAR, seramai 37,915 calon menduduki peperiksaan di 280 pusat peperiksaan di Kedah.

Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat berkata, mereka termasuklah 32,883 calon sekolah menengah harian, Maktab Rendah Sains Mara (960 calon), Maktab Mahmud (sekolah agama) (775 calon) dan Sekolah Agama Rakyat (981).

Di KOTA KINABALU, seramai 40,653 calon menduduki peperiksaan di 336 pusat peperiksaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip berkata, pihaknya juga sudah bersedia dengan pelan kontingensi untuk menghadapi banjir di negeri ini.

Antara kawasan yang berisiko dilanda banjir ialah Kinabatangan, Sandakan, Beaufort, Penampang, Inanam dan beberapa kawasan pantai barat seperti Keningau.

Di LABUAN, seramai 1,070 calon menduduki peperiksaan itu di 11 pusat peperiksaaan.

Di KOTA BHARU, sebanyak 291 pusat peperiksaan dibuka.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussein Awang berkata, daripada 34,217 calon yang menduduki peperiksaan itu, seramai 27,048 calon daripada sekolah kerajaan, Yayasan Islam Kelantan (4,972 calon), sekolah swasta (123 calon) dan calon persendirian (2,049 calon).

Di MELAKA, seramai 15,675 calon menduduki SPM termasuk 10 pelajar menduduki peperiksaan di lima hospital di sekitar negeri ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka, Kasim Mohamad berkata, daripada jumlah itu seramai 13,740 calon merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan.

Di NEGERI SEMBILAN, seramai 19,948 calon menduduki SPM di negeri ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Kalsom Khalid berkata, daripada jumlah itu, seramai 17,881 calon merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan, MRSM (515), Sekolah Menengah Agama Negeri (137), sekolah swasta (480) dan calon persendirian (935).

Di KUCHING, seramai 38,725 calon di negeri ini menduduki SPM di 268 pusat peperiksaan di seluruh Sarawak.

Sebanyak 179 penyelia dan 2,117 pengawas dilantik mengendalikan peperiksaan itu. - BERNAMA

Jawab soalan guna kaki

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

NOR Ismawati Abdul Aziz menggunakan kaki untuk menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam. - BERNAMA

KUALA TERENGGANU 6 Nov. - Kedua-dua tangannya tidak dapat berfungsi namun keadaan itu tidak menghalang calon orang kurang upaya (OKU) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nor Ismawati Abdul Aziz, 17, untuk menduduki peperiksaan itu hari ini.

Kecacatan sejak lahir itu juga bukan satu kekurangan baginya, malah dia juga memasang impian untuk berjaya sebagaimana calon lain kerana kakinya masih boleh menjadi pengganti bagi menjawab soalan dengan tenang dan lancar.

"Orang lain mungkin melihat saya macam kurang selesa tetapi saya sudah biasa menulis dengan kaki.

"Saya juga mahu berjaya dan akhirnya dapat masuk ke universiti nanti," katanya ketika ditemui sebelum sesi peperiksaan bermula dekat sini hari ini.

Ujar pelajar itu, dia amat meminati mata pelajaran seni lukis dan berharap memperoleh keputusan terbaik dalam subjek berkenaan.

"Saya telah memenangi beberapa pertandingan melukis di negeri ini, jadi saya berharap dapat buat yang terbaik pada peperiksaan mata pelajaran itu nanti," jelasnya yang merupakan antara lapan calon OKU di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar dekat sini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Zakaria Hussein memaklumkan, seramai 10 calon terpaksa menduduki peperiksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana terlibat dengan kemalangan dan masalah kesihatan.

"Tahun ini, terdapat seramai 58 calon orang kelainan upaya di seluruh negeri melibatkan kategori rabun, pekak, cacat anggota serta masalah pembelajaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas meninjau calon SPM di SMK Ibrahim Fikri di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan seramai 3,359 calon Penggal 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menduduki peperiksaan tersebut bermula hari ini sehingga 5 Disember.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Calon ambil SPM di penjara harap keputusan cemerlang

Posted: 06 Nov 2013 10:56 PM PST

Oleh ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU 7 Nov. - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpaksa menduduki peperiksaan di Penjara Pengkalan Chepa, dekat sini berharap mampu mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan kali ini.

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 18, terpaksa mengambil peperiksaan itu di penjara kerana sedang menjalani perintah tahanan reman atas kesalahan peras ugut bersenjata ke atas abang kandungnya.

Dia direman pada 24 Oktober lalu selepas didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumahnya di Gaal, Pasir Puteh.

Bagi kesalahan tersebut dia boleh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Nur berkata, walaupun terpaksa menduduki peperiksaan di sebalik tirai besi, namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berusaha mencapai cita-cita.

"Saya sudah mengambil SPM tahun lalu dan memperoleh 5A, 3B , 1D dan hari ini, saya mengambil peperiksaan ulangan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

"Meskipun terpaksa menghadapi peperiksaan di penjara, namun saya tekad untuk melakukan yang terbaik demi masa depan saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menceritakan detik hitam sehingga direman dan ditahan dipenjara, Nur berkata, kejadian tersebut berlaku setelah dia mengambil tindakan untuk mengugut abangnya dengan menggunakan senjata bagi mengelak terus dipukul. - UTUSAN ONLINE

JKKP siasat kejadian bangunan kedai runtuh di Sandakan

Posted: 06 Nov 2013 10:32 PM PST

SANDAKAN 7 Nov. - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca bangunan kedai dua tingkat yang dalam pembinaan di IJM Batu 6, dekat sini runtuh semalam.

Ketua JKKP Cawangan Sandakan Jinurah Sintian berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian daripada kontraktor terbabit pagi ini.

Pihak JKKP juga sudah ke lokasi kejadian hari ini, katanya kepada Bernama di sini.

Dalam kejadian 5.45 petang semalam, seorang pekerja binaan maut selepas tertimbus dalam runtuhan itu.

Mayat Mustafa Mustamin, 20, berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat pada pukul 10.23 malam. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Badhri Radzi sah kekal bersama Kelantan musim depan

Posted: 06 Nov 2013 10:13 PM PST

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

BADRI Radzi (dua kanan) bersama peminat kecilnya selepas menerima anugerah Tokoh Sukan pada Majlis Penganugerahan Tokoh Anak Muda Kelantan 2013 di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN

KOTA BHARU - Kapten Marvel, Badhri Radzi mengesahkan untuk kekal bersama Kelantan musim depan biarpun tiga rakannya yang mengemudi jentera tengah pasukan itu 'angkat kaki'.

Pengesahan itu sekali gus melenyapkan spekulasi bahawa Badri yang lebih dikenali dengan Piya akan berhijrah ke pasukan lain pada musim depan.

Beliau bagaimanapun mengakui sebelum ini menerima tujuh tawaran dari pasukan Liga Super.

Difahamkan majlis menandatangani kontrak antara beliau dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan diadakan dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE

Malaysia tidak anggap mudah

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Ong Kim Swee

KUALA LUMPUR - Juara dua kali berturut-turut, Malaysia berdepan laluan yang boleh dianggap kurang sukar dalam saingan bola sepak lelaki Sukan SEA XXVII di Myanmar, bulan depan dengan hanya Vietnam dan Singapura dijangka mampu menyulitkan laluan.

Undian rasmi di Nay Pyi Taw, semalam turut menempatkan skuad negara dalam Kumpulan A bersama Brunei, Filipina dan Laos sekali gus menjadikan lebih banyak perlawanan perlu ditempuhi berbanding Kumpulan B.

Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee itu bakal mempertahankan pingat emas mereka mulai peringkat awal liga sepusingan ini mulai 1 hingga 12 Disember di Stadium Zayyarthiri, Nay Pyi Taw.

Tuan rumah, Myanmar pula membentuk Kumpulan B dengan pemenang perak Sukan SEA 2011, Indonesia di samping Thailand, Timor Leste dan Kemboja di Yangon.

Kim Swee yang kini berada di Phnom Penh, Kemboja sempena Kejohanan Bawah 23 Tahun Piala BIDC 2013 hingga Selasa depan berkata, beliau baru menerima laporan bahawa Filipina dikatakan telah menarik diri daripada acara bola sepak Sukan SEA kali ini.

"Belum ada pengesahan rasmi mengenainya dan sehingga itu, saya masih menganggap Filipina turut akan ditentang pasukan kita dalam Kumpulan A di Nay Pyi Taw," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Menurut Kim Swee, pencabar utama skuad negara adalah Vietnam dan Singapura, namun pada masa yang sama Malaysia tidak boleh mengambil mudah lawan lain.

''Semua pasukan yang ke Sukan SEA pasti sudah membuat persediaan yang rapi.

"Singapura sentiasa akan menjadi musuh ketat Malaysia sama ada bagi pasukan bawah 23 tahun mahupun skuad utama. Rata-rata pemain mereka juga ialah yang menjuarai Liga Super kita, musim ini.

"Isnin lalu, kita baru kalahkan Laos 3-2 (kejohanan Wilayah Mekong) tetapi ada beberapa pemainnya yang didapati begitu berkualiti dan larian mereka pantas. Jika Filipina ada pun, jangan pandang rendah pemain import mereka," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin yang juga bekas pengurus pasukan juara Sukan SEA 2011 berkata, tidak seperti dua tahun lalu apabila Malaysia dalam 'Kumpulan Maut A' dengan tuan rumah Indonesia, Thailand, Singapura dan Kemboja, dan undian kali ini tampak tidak begitu sukar.

"Namun, saya cuma bimbang apabila laluan di Nay Pyi Taw sudah tidak sesukar Sukan SEA 2011 di Jakarta.

"Pasukan kita boleh berasa selesa pula dan memandang mudah lawan sedangkan dalam permainan bola sepak, macam-macam boleh terjadi.

"Malah jika Filipina kekal dalam Kumpulan A (tidak jadi menarik diri), kita akan hadapi lebih banyak perlawanan berbanding Kumpulan B dan pemain utama terdedah kepada kecederaan sehingga terlepas peringkat kalah mati yang lebih penting," katanya.

Malaysia mengakhiri kemarau gelaran Sukan SEA sejak 1989 dengan menewaskan Vietnam 1-0 pada temasya 2009 di Vientiane, Laos sebelum mempertahankan 'ibu segala emas' itu dengan menundukkan Indonesia menerusi penalti 4-3 di Jakarta, dua tahun lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Maklumat bersandarkan penyiasatan disah sebelum penyiaran artikel Cuit

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Akhbar Utusan Malaysia dan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB). telah terlebih dahulu mengesahkan maklumat yang bersandarkan penyiasatan sebelum menyiarkan artikel bertajuk, Jual Aset PKNS: Sultan Selangor murka?

Artikel itu ditulis oleh kolumnis, Datuk Mohd. Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan dan disiarkan pada 30 Oktober 2012 dalam kolum Cuit.

UMMB menyatakan, selain siasatan kewartawanan, penerbitan artikel telah didorong oleh pelbagai kenyataan sebelum artikel mengenai pemindahan beberapa aset prinsipal komesial Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu diterbitkan.

Menurut UMMB, terdapat banyak ketidakpastian mengenai tujuan sebenar pemindahan yang didakwa diragui mekanismenya dan ditambah dengan penjelasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 29 Oktober tahun lalu.

Antaranya aset-aset komersial PKNS akan digabung dan diserap dalam subsidiari perbadanan itu tanpa mendedahkan, objektif sebenar pemindahan dan mekanisme pemindahan yang didakwa diragui.

Perkara tersebut terkandung dalam pernyataan pembelaan UMMB bertarikh 6 Jun lalu yang difailkan menerusi firma guaman, Tetuan Izral Partnership.

UMMB sehubungan itu menyatakan, pihaknya akan membatalkan secara keseluruhan writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan oleh PKNS terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini pada 19 April lalu.

PKNS selaku pihak plaintif menamakan Zaini dan UMMB sebagai defendan pertama dan kedua dalam saman fitnah tersebut.

Menurut pernyataan tuntutan plaintif mendakwa, pihak defendan telah memutar belitkan fakta sebenar bagi menggambarkan yang PKNS sewenang-wenangnya merancang untuk menjual atau melupuskan asetnya yang menguntungkan pihak ketiga untuk mengaut keuntungan yang mungkin akan disalurkan sebagai dana politik.

PKNS menyatakan, pihaknya telah membuat penjelasan berhubung dakwaan tersebut dalam penerbitan mingguan dalam edisi 2 hingga 9 November tahun sama.

Menurut pihak plaintif, artikel tersebut membawa maksud, PKNS terlibat dalam amalan haram, menjalankan perniagaan yang tidak jujur, tidak boleh dipercayai dan mengamalkan rasuah.

Pihak plaintif berkata, tindakan defendan didorong dengan niat jahat telah menyebabkan reputasinya terjejas.

PKNS yang diwakili peguam K. Subahsini, justeru itu antaranya menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi.

Ketika pengurusan kes saman tersebut hari ini, peguam Crystal Nilsson yang mewakili UMMB memberitahu pemberita, Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan 2 Disember depan bagi pengurusan kes selanjutnya.

Menurut beliau, pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu perlu memasukkan ikatan pliding, fakta yang dipersetujui, kronologi kes dan senarai saksi-saksi.

Bekas banduan baru sebulan bebas didakwa bunuh isteri

Posted: 05 Nov 2013 10:47 PM PST

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara bulan lepas, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret Selayang di sini atas tuduhan membunuh isterinya.

M. Pugumeswaran, 35, didakwa membunuh K. Murugammal, 36, di rumah mereka di Ladang Bukit Darah, Sungai Buloh di sini pada 9.20 malam 27 Oktober lepas.

Kelindan lori itu hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Nurul Izzah Hassan Basri.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 Disember untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat.

Pada 27 Oktober lepas, wanita itu ditemui mati dengan kesan tikaman di beberapa bahagian badan di hadapan rumah jirannya yang terletak selang tiga rumah dari rumahnya.

Pugumeswaran dibebaskan pada 12 Oktober lepas selepas dipenjara lima bulan 10 hari kerana menyebabkan kecederaan terhadap isterinya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Usaha martabatkan warisan

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

PENARI kebudayaan bermain congkak semasa Promosi Kraf Malaysia di Eat Coast Mall di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 6 Nov. - Kraf tangan tempatan adalah satu seni warisan yang perlu dipertahankan untuk tatapan generasi akan datang.

Nilai warisan ini seharusnya menjadi kebanggaan dari generasi ke generasi kerana kraf tangan turut mencerminkan identiti sesuatu bangsa.

Pelbagai usaha telah dijalankan pelbagai pihak bagi mengangkat produk hasil buatan tempatan terutamanya produk kraf sebagai salah satu entiti utama dalam gaya hidup masa kini.

Kraftangan Malaysia merupakan agensi utama yang giat mempromosikan produk tempatan untuk dikomersialkan dan menghidupkan semula hasil-hasil kraf agar terus mendapat tempat di sisi masyarakat.

Sehubungan itu, agensi tersebut tidak jemu-jemu berusaha mempromosi sekali gus memartabat produk kraf tempatan.

Terbaru, agensi tersebut sekali lagi menganjurkan Promosi Kraf Tangan Malaysia peringkat negeri di pusat beli-belah East Coast Mall (ECM) di sini baru-baru ini.

Promosi tersebut bertujuan menggalakkan masyarakat tempatan dan pelancong untuk terus menyokong dan memperhebatkan penggunaan produk kraf bagi diaplikasikan dalam gaya hidup di alaf baru ini.

Seramai 24 usahawan dari seluruh negara menyertai promosi kraf kali ini yang terdiri daripada usahawan batik, hasil rimba, logam, seramik dan aneka aksesori mutiara serta kristal.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, promosi kraf ini adalah platform yang diwujudkan oleh Kraftangan Malaysia bagi membantu usahawan kraf mempromosi dan memasarkan produk kraf secara terus kepada pengguna.

"Promosi di Kuantan ini merupakan satu platform yang terbaik untuk meningkatkan pendapatan pengusaha kraf.

"Ini juga merupakan inisiatif yang digerakkan bagi mengembang dan mempelbagaikan pilihan kepada pengguna," katanya ketika merasmikan Promosi Kraf Tangan Malaysia peringkat negeri baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Kraftangan cawangan Pahang, Datuk Zubair Mohd. Zain.

Menurut Sharkar, promosi yang bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam itu menyasarkan jualan sebanyak RM800,000 berbanding RM700,000 pada promosi lalu.

Tambahnya, sambutan yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat malah dari negeri lain juga.

Beliau berkata, selain jualan industri kraf, pelbagai aktiviti serta pengisian menarik turut menanti para pengunjung sempena promosi kraf ini.

"Antara aktiviti yang dijalankan termasuk mewarna batik, dekorasi seramik, ukiran kayu, membuat bakul dan pameran Tenun Pahang," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga kraf, Mat Arifin Ibrahim, 50, percaya dengan usaha pihak penganjur mengetengahkan produk tempatan tersebut akan dapat membantu para pengusaha sepertinya untuk lebih maju ke hadapan dalam penjenamaan dan pemasaran produknya.

"Promosi ini adalah satu usaha baik yang harus disertai oleh para pengusaha seperti kami dan saya merasakan dengan cara ini, pemasaran produk tempatan boleh pergi lebih jauh.

"Selain itu, pameran ini juga mendedahkan mengenai kelebihan produk serta hasil tangan orang tempatan dan ini menjadikan masyarakat lebih terdidik untuk memilih menggunakan produk buatan Malaysia," katanya.

Bagi seorang pengunjung, Shah Razin Md. Asri, 16, promosi itu perlu diadakan setiap tahun kerana secara tidak langsung dapat mendidik pelajar sekolah mengenai kraf tangan.

"Sebagai seorang pelajar, saya agak teruja melihat pelbagai produk kraf tangan terutamanya ukiran kayu cengal yang memang saya minati," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Nurilyani Ahmad Zamri, 21, berharap lebih banyak promosi kraf tangan diadakan pada masa hadapan.

"Program seperti ini perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk mendidik remaja supaya lebih mengenal produk kraf kita," katanya.

24,681 duduki SPM

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

SEKUMPULAN pelajar berdoa sebelum menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, semalam. - utusan/ MAHATHIR ALI

KUANTAN 6 Nov. - Seramai 24,681 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pahang menduduki peperiksaan tersebut yang bermula hari ini, membabitkan 253 pusat peperiksaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail berkata, daripada jumlah itu, seramai 55 calon adalah kategori pelajar kurang upaya (OKU) termasuk mempunyai masalah pembelajaran.

"Jumlah OKU paling ramai adalah di daerah Kuantan iaitu 16 calon, Pekan (14), Bera (sembilan), Temerloh (empat), Jerantut (tiga), Lipis (satu) manakala Cameron Highlands, Maran, Rompin serta Raub masing-masing dua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini menurun sebanyak 660 orang, namun jumlah pusat peperiksaan bertambah sebanyak 52 berbanding tahun lalu.

Sementara itu kata Rosdi, pihaknya juga bersiap sedia kemungkinan menghadapi banjir sepanjang musim peperiksaan ini.

"Kita menjalankan operasi ini di kawasan yang berisiko banjir seperti di Paloh Hinai, Pekan dan Sungai Lembing, Kuantan.

"Kita akan mengutamakan calon yang tersekat dalam banjir dan tidak dapat mengambil peperiksaan, jadi petugas-petugas khas peperiksaan serta guru-guru akan mengambil langkah awal bagi memastikan setiap daripada calon dapat menduduki peperiksaan," katanya.

Menurut beliau, jika ada sekolah yang menjadi pusat peperiksaan dilanda banjir, calon terbabit akan dibawa ke pusat peperiksaan lain yang mempunyai kemudahan asrama.

Kekurangan diri bukan halangan ambil SPM

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

EMPAT pelajar OKU, Nur Aliah Kay Abdul Rashid Kay (kiri), Muhammad Ali (dua dari kiri), Liang Yue Kai (kanan) dan Tuan Mohammad Adib Ashman (dua kanan) sempat menelaah buku rujukan sebelum memasuki dewan peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang di Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 6 Nov. - Walaupun mengalami masalah pembelajaran kerana kekurangan yang ada pada diri mereka, keadaan itu tidak menjadi halangan bagi empat pelajar orang kurang upaya (OKU) untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Empat pelajar itu, Nur Aliah Kay Abdul Rashid Kay, Muhammad Ali, Liang Yue Kai dan Tuan Mohammad Adib Ashman dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang hadir ceria bersama pelajar normal lain untuk mengambil ujian Bahasa Melayu kertas 1 yang bermula pukul 8 pagi.

Bagaimanapun keempat-empat pelajar tersebut yang menghadapi masalah lembam, diasingkan dengan pelajar lain dan mengambil ujian di dalam bilik khas yang disediakan untuk OKU di sekolah berkenaan.

Mereka juga diberikan masa lebih panjang berbanding pelajar normal iaitu kira-kira 30 minit bagi membantu mereka menyiapkan ujian tersebut.

Menurut Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah berkenaan, Masayu Mukhtar, keempat-empat pelajar berkenaan memang rajin datang ke sekolah dan menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran.

"Walaupun mempunyai masalah pembelajaran, mereka tetap hadir ke sekolah. Malah mereka tidak belajar di dalam kelas khas tetapi ditempatkan bersama pelajar yang lain," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, pada percubaan SPM baru-baru ini, Nur Aliah menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran apabila mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

"Walaupun menghadapi masalah dalam pembelajaran, mereka amat rajin apabila membuat segala tugasan yang diberikan guru.

"Saya yakin dengan usaha yang telah dilakukan oleh mereka selama ini dan hasil bimbingan guru-guru mereka akan berjaya menjawab soalan dengan baik," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Jerebu di China semakin teruk

Posted: 06 Nov 2013 12:07 PM PST

BEIJING 7 Nov. - Bandar-bandar di China telah diarah supaya menutup sekolah, memendekkan waktu bekerja serta menghentikan sebarang bentuk aktiviti luar ketika masalah pencemaran udara semakin teruk melanda negara tersebut.

``Sebarang kemungkinan akan diberikan perhatian dan diambil tindakan ketika keadaan jerebu semakin teruk serta boleh menjejaskan kesihatan, kata Menteri Perlindungan Alam Sekitar.

Kementerian turut mengeluarkan satu garis panduan ekoran kejadian pencemaran yang semakin teruk berlaku di bandar-bandar utama di China hasil daripada pembangunan pesat yang berlaku sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. - REUTERS

Tujuh maut dalam serang pengebom berani mati

Posted: 06 Nov 2013 11:32 AM PST

BAQUBA, Iraq 7 Nov. - Pengebom berani mati meletupkan tangki minyak di sebuah balai polis utara Baghdad, semalam mengorbankan tujuh orang anggota polis.

Serangan itu berlaku, apabila penyerang berkenaan yang memandu kenderaan pembawa tangki minyak bergerak ke hadapan balai polis tersebut di Muqdadiyah, wilayah Diyala dan meletupkannya di kawasan pintu masuk balai berkenaan.

``Serangan tersebut membunuh tujuh anggota polis dan mencederakan 11 yang lain, selain menyebabkan kerosakan yang teruk, kata polis. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Antara setia dan taksub ahli Pas

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

Oleh Zulkiflee Bakar

ANGGOTA polis mengarahkan seorang penyokong Pas untuk menurunkan bendera parti dari keretanya setelah waktu mengundi tamat tepat pada pukul 5 petang di Sekolah Kebangsaan Sedaka, Yan, Kedah, Isnin lalu. - UTUSAN/NOORADZRENE MOHD NOOR

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau mendedahkan satu lagi kelebihan yang ada kepada Pas dan tidak mungkin ada kepada parti-parti politik lain termasuk UMNO.

Kelebihan tersebut ialah kesetiaan dan ketaksuban penyokong-penyokong Pas terhadap parti itu sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja atas nama perjuangan Islam yang diuar-uarkan oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Sepanjang hampir dua minggu berada di Sungai Limau, penulis berkesempatan melihat dengan lebih dekat gelagat penyokong-penyokong Pas. Mereka bukan sahaja terdiri daripada penyokong tempatan tetapi ada antara yang sanggup datang dari seluruh pelosok tanah air semata-mata untuk memberikan sokongan kepada calon parti itu. Mereka sanggup bermalam di dalam kereta, masjid dan surau semata-mata untuk berkempen.

Sememangnya, mahu tidak mahu kita harus tabik kepada kesetiaan dan ketaksuban mereka ini. Sudah pastilah ia adalah hasil didikan politik yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin parti itu sehingga penyokong mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah satu jihad demi menegakkan perjuangan Islam.

Perjuangan Islam - itulah perkataan yang memungkinkan Pas mampu meraih sokongan daripada golongan muda. Apatah lagi ia dibantu pula oleh tok-tok guru dan ustaz-ustaz yang bersedia mengukuhkan hujah Pas itu.

Lanjutan itu, penyokong-penyokong Pas hanya berpegang kepada kata-kata ulama, tok guru dan ustaz yang menyebelahi parti tersebut, selain daripada itu hatta kata-kata mufti sekali pun mereka akan menganggap itu suara UMNO.

Situasi ini jugalah menyebabkan penyokong Pas sentiasa melihat apa juga yang dilakukan oleh Pas adalah betul dan apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak betul dan tidak Islamik.

Malah, penyokong-penyokong Pas juga seolah-olah sudah didoktrin bahawa BN penuh dengan amalan rasuah, pemimpin UMNO menolak Islam dan apa yang Pas lakukan adalah satu jihad.

Justeru penulis sama sekali tidak terkejut apabila mendengar penyokong-penyokong Pas yang terdiri daripada peraih undi ketika hari mengundi di Sungai Limau Isnin lalu, begitu mudah melaung-laungkan kata-kata memaki hamun dan memfitnah pemimpin-pemimpin BN. Peraih undi BN yang berada di hadapan mereka juga menjadi sasaran maki hamun.

Soalnya, adakah ini yang diajar dalam Islam? Mereka berserban, berkopiah, bertudung labuh dan berjubah serta begitu bangga mengibarkan bendera Pas yang dianggap memperjuangkan Islam tetapi apa yang merela lakukan tidak mencerminkan sikap muslim sebenar.

Apa yang menyedihkan, insan-insan yang mereka fitnah, maki hamun dan tohmah itu adalah ahli UMNO yang majoriti ahlinya beragama Islam, mengadap kiblat yang sama dan menyembah Allah yang satu.

Tetapi ketaksuban kepada parti memungkinkan penyokong-penyokong tegar Pas seolah-olah melupakan fakta ini, mereka menganggap pemimpin dan ahli UMNO adalah musuh kamu yang paling nyata.

Penulis menghormati kesetiaan dan ketaksuban penyokong-penyokong Pas kepada parti mereka, apatah lagi dengan kesediaan mereka turun ke Sungai Limau tanpa dibayar satu sen pun.

Tetapi biarlah ia disulami dengan akhlak Islam yang sebenar. Janganlah kerana terlalu taksub dengan perjuangan politik kepartian, persaudaraan dalam Islam mahu dikorbankan.

Menyokong mana-mana juga parti bukanlah satu kesalahan kerana itulah amalan politik berteraskan demokrasi di negara kita tetapi berpada-padalah.

Janganlah melihat seolah-olah UMNO langsung tidak ada jasa kepada orang Melayu dan umat Islam sehingga penyokong Pas mahu menentang mereka habis-habisan.

Berusaha untuk mencari sokongan rakyat tidak salah kerana ia menjadi platform dalam usaha mana-mana juga parti untuk mendapat undi dan kuasa tetapi biarlah dilakukan secara berhemah melalui pendekatan politik damai yang dipelopori oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Jika politik damai ini diamalkan sepenuhnya, antara penyokong Pas dan UMNO tidak akan ada permusuhan, mereka hanya bermusuh apabila hendak meraih undi tetapi mereka tidak akan terpengaruh dengan sebarang politik kebencian.

Sebagai sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam, penyokong-penyokong Pas sepatutnya lebih berhemah dalam berpolitik. Sementara kita menghormati kesetiaan dan keterujaan mereka memberi sokongan padu kepada parti itu namun soal imej Islam juga harus dipelihara.

Memaki hamun, mengejek dan membuat fitnah serta tohmahan bukanlah perkara yang dibenarkan oleh Islam. Sebaliknya ia hanya menampakkan bagaimana penyokong Pas sedia berbuat apa sahaja demi meraih kuasa.

Ketika mereka begitu taksub menyatakan mereka memperjuangkan Islam tetapi dalam masa yang sama mereka bersekongkol dengan DAP yang terang-terang sudah menyatakan tidak akan menerima perjuangan Islam Pas.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada pemimpin DAP yang berpendapat Pas perlu diharamkan kerana tidak boleh ada parti politik berasaskan kaum dan agama.

Tetapi Pas tidak akan berkata apa-apa jauh sekali untuk meninggalkan kerjasamanya dengan pakatan pembangkang yang turut diangggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penyokong Pas hanya melihat pemimpin BN dan UMNO tidak bersih tetapi pernahkah mereka mengkaji latar belakang pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya PKR atau mereka sengaja membutakan mata disebabkan PKR adalah sekutu Pas?

Sebenarnya Pas mempunyai kekuatan tersendiri tetapi mereka tidak memiliki keyakinan diri sebab itulah biar apa pun yang dilakukan oleh PKR dan DAP, sebahagian besar pemimpin utama Pas tidak membantah, malah dalam kalangan penyokong mereka pula begitu bangga mengibarkan bendera DAP atau memakai kemeja T yang mempunyai lambang parti itu.

Bagaimanapun, kita harus mengakui bahawa sama ada pemimpin dan penyokong Pas setia atau taksub, itulah yang menjadi asas kekuatan parti itu selama ini.

Sebenarnya, berbanding Pas, BN dan UMNO jauh lebih konsisten dalam perjuangannya, UMNO tidak akan menggadaikan prinsip perjuangan demi untuk meraih undi.

Pas sebenarnya tidak kuat tetapi gerak kerja yang teratur dibantu pula penyokong yang setia dan taksub memungkinkan mereka mencapai kejayaan dalam setiap kali pilihan raya.

Tetapi mereka tidak akan mampu memperjuangkan nasib orang Melayu meningkatkan martabat Islam dan membela nasib rakyat.

Justeru tanggungjawab ini perlu terus dipikul oleh UMNO dan BN dengan memastikan parti itu mendapat sokongan padu rakyat dalam pilihan raya.

Ini boleh dilakukan memastikan pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian tidak terus bersikap hipokrit sehingga sanggup melakukan tindakan yang boleh menyebabkan parti kalah.

Selain itu, semangat perjuangan juga perlu ditingkatkan dalam kalangan penyokong-penyokong UMNO supaya mereka tidak menyokong atau membuat kerja untuk parti itu hanya kerana mahukan imbuhan.

Sebaliknya, mereka membuat kerja itu demi memastikan BN mencapai kemenangan dan UMNO terus kukuh sebagai parti keramat orang Melayu demi perjuangan bangsa, agama dan negara.

Tidak mustahil BN boleh kembali

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM merupakan penganalisis isu semasa, ahli korporat dan aktivis kerajaan.

KEJAYAAN Barisan Nasional (BN) mengurangkan majoriti Pas dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau, Kedah menunjukkan BN berjaya menarik ramai pengundi untuk 'hijrah' dan mengurangkan bilangan pengundi yang 'kekal'.

Meskipun tewas, BN masih boleh berbangga kerana berjaya memaksa Pas bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempen sejak 23 Oktober lepas, sehingga ke tahap melakukan serangan peribadi terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Sebelum hari pengundian yang jatuh pada 4 November, di atas kertas, Pas sudah mempunyai kelebihan kerana selain daripada DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat parti itu, Pas mempunyai 9,499 anggota sebagai pengundi. BN pula memiliki 9,230 anggota dan selebihnya 8,493 merupakan pengundi atas pagar.

Realitinya Isnin lalu dalam tempoh enam bulan selepas PRU-13, Pas telah kehilangan 1,225 undi di DUN Sungai Limau.

Mohd. Azam Abd. Samat, calon Pas menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding majoriti 2,774 undi yang diperoleh bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 5 Mei lalu.

Mohd Azam, 37, mendapat 12,069 undi mengatasi Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, 52, (BN) yang memperoleh 10,985 undi. Undi yang diperoleh Mohd. Azam berkurangan 1,225 atau 9.2 peratus daripada jumlah undi yang diraih Azizan pada PRU-13 iaitu sebanyak 13,294 undi.

Sementara di pihak BN, majoriti pada PRK DUN Sungai Limau bertambah 4.4 peratus atau 465 undi. Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi juga berkurangan 1,100 atau 4.5 peratus daripada 24,349 pada PRU-13.

Dalam PRK ini, BN menang di 10 daripada 19 daerah mengundi berbanding hanya enam pada PRU-13.

BN menawan empat daerah mengundi iaitu Sungai Limau dengan majoriti 105 undi, Kabu Sepuloh (55), Kampung Titi Batu (951) dan Padang Lumat (50) di samping mengekalkan enam yang dimenangi pada PRU-13 dengan majoriti bertambah.

Daerah mengundi yang dikekalkan pula adalah Sungai Kering dengan majoriti 202 undi berbanding 178 pada PRU-13, Simpang Tiga (48 - 46), Selengkoh (195 - 119), Sungai Daun (293 - 137), Dulang Kechil (939 - 506) dan Dulang Besar (533 - 187).

Jika momentum yang ditunjukkan dalam kempen PRK ini dikekalkan oleh jentera BN, tidak mustahil para pengundi Sungai Limau akan berhijrah kepada BN pada PRU-14 nanti.

BN menang moral. Benarkah begitu?

Sebenarnya, kalau diteliti dengan terperinci, keputusan PRK Sungai Limau telah menyaksikan orang Melayu sudah berpatah balik - untuk bertaut kembali. Ini terutamanya melibatkan golongan 'totok' Pas. Kita kena ingat dengan tarikh PRK ini berlangsung waktu hari bekerja (Isnin), dianggarkan kira-kira 2,200 pengundi luar Kedah yang dikatakan pada PRU-13 Mei lalu lebih cenderung menyokong BN, tidak dapat pulang untuk mengundi. Ini ditambah pula dengan 'hujah' pihak tertentu, buat apa balik, Sungai Limau memang kubu kuat Pas. Pasti kalah BN. Itu antara sebab mengapa kemenangan tidak berpihak kepada BN.

Cuma, sesuatu yang perlu dipelajari dari Sungai Limau adalah cara kempen jentera BN kalau ada PRK selepas ini adalah perlu menjauhi dari takuk lama.

Antaranya, seperti 'ahli Pas masuk UMNO' kerana dikhuatiri boleh 'mengelirukan' orang ramai. Dalam kempen-kempen selepas ini harus dipertegaskan peranan Islamik UMNO hendak mendaulatkan Islam dan Melayu secara terbuka. Orang Melayu termasuk penyokong 'totok' Pas sendiri dipercayai masih dahagakan kempen-kempen atau ceramah yang mengangkat martabat Islam/Melayu. Jika dasar Melayu terus kuat, Pas di Sungai Limau diyakini boleh tumbang.

Hakikatnya juga, kekuatan Pas bergantung kepada nama arwah Azizan yang banyak digunakan semasa kempen pilihan raya kecil itu. Ini termasuk menggambarkan Mohd. Azam sebagai anak didik Azizan dan mempunyai hubungan saudara dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Malah parti itu juga didakwa menggunakan gambar "superimpose" Mohd. Azam bersama Azizan dalam risalah kempen parti itu yang sebenarnya gambar wartawan kanan akhbar Sinar Harian yang berkunjung ke pejabat Azizan pada 2011.

Kemenangan Pas ini sedikit sebanyak mengubati kedukaan parti itu yang kehilangan penguasaan ke atas Kedah pada PRU-13. Kemenangan ini mengekalkan status quo kedudukan kerusi DUN Kedah kerana Pas masih kekal dengan 15 kerusi DUN daripada keseluruhan 36 kerusi DUN, dengan BN menguasai 21 kerusi.

Mukhriz sebelum ini mengakui bahawa BN adalah 'underdog' tetapi BN tetap mahu bertanding pada PRK Sungai Limau kerana mahu membuat tawaran kepada penduduk di situ tentang apa yang boleh dilakukan BN terutama soal pembangunan.

Walaupun tewas, penduduk di DUN Sungai Limau tetap mendapat banyak manfaat daripada kerajaan Pusat dan kerajaan negeri - satu bukti kerajaan BN tidak meminggirkan kawasan-kawasan yang dikuasai parti pembangkang.

Ada beranggapan kebanyakan pengundi masih kekal dengan Pas bukan kerana terlalu yakin dengan Mohd. Azam tetapi sebagai "check and balance" untuk kerajaan Kedah yang dikuasai oleh BN.

Jika dilihat trend sokongan pengundi kepada Mukhriz ketika berkempen, penduduk di DUN Sungai Limau sebenarnya dilihat semakin yakin dengan Mukhriz dan kerajaan negeri.

Malah, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi berlatarbelakangkan akademik, jadi imam surau di kampungnya, tidak sombong, mesra alam dan tidak ada protokol. Semangat penyokong BN juga cukup tinggi. Tidak berkira-kira atau bergantung pada upah. Inilah boleh disaksikan dalam kempen yang berlangsung selama 12 hari. Semua sudah terasa kepentingan UMNO itu disokong betapa kritikal akan kedudukan Melayu.

Jika semasa kempen PRU-13, calon atau peraih undi BN yang datang di Sungai Limau dibuat endah tak endah, tetapi kali ini penduduk membuka pintu rumah seluas-luasnya. Kebergantungan kepada UMNO begitu menyerlah.

Kesediaan Mukhriz tidur di rumah pengundi pada 30 Oktober malam di rumah Bahari Awang di Kampung Permatang Buluh menunjukkan kesungguhan beliau untuk mendekati rakyat, merasai denyut nadi rakyat serta kesusahan dan kepayahan rakyat.

Cuma di sebalik itu, memang kelihatannya orang Cina mengundi BN, namun ada yang meminta 'perlu diperkukuhkan' bacaan itu. Ini kerana dikatakan kempen oleh MCA/Gerakan seperti 'melepaskan batuk di tangga' sahaja. Walaupun pemimpin MCA turun padang pada 1 November lalu namun tiada sambutan hangat diterima seperti mana berlaku di Kabu Sepuloh, Dulang dan Simpang Tiga. Ini berbeza apabila pemimpin-pemimpin DAP turun. Walaupun DUN Sungai Limau dilihat bagaikan jauh dari capaian 'hasutan' DAP namun masyarakat Cina tetap mempunyai cara mereka untuk bersatu dalam membuat keputusan.

Barang diingat, meskipun kerajaan memperuntukkan RM2 juta bagi penambahbaikan sekolah di SJKC di DUN berkenaan, namun hanya kira-kira 180 atau 10 peratus daripada 1,827 pengundi Cina yang mengundi BN pada PRU lalu. Dalam PRK Sungai Limau ini, nampaknya ada sedikit peningkatan sokongan Cina kepada BN.

Dan sesuatu yang perlu diakui di Sungai Limau, jentera Wanita parti yang diterajui Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Puteri perlu diberi kredit yang tinggi. Jentera kedua-dua sayap ini sudah terpacul sejak subuh lagi, sanggup berhujan, berpanas sehingga meredah kepekatan malam menemui pengundi.

Tahniah dan syabas kepada SPR khususnya Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang menjadikan perjalanan PRK ini dengan lancar dan teratur sekali.

Juga, kepada pasukan keselamatan, PDRM yang dipimpin oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Selain Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz, penghargaan patut diberi kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turun di Sungai Limau bagi membantu dan menyuntik semangat kempen kepada jentera BN.

Tidak mustahil BN boleh kembali menguasai DUN Sungai Limau pada PRU-14 nanti. Dalam hal ini, BN kena pastikan jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) memulakan kerja dari sekarang dan memberi khidmat sebaik-baiknya kepada pengundi.

Kalau sesuai, calon sedia ada boleh dikekalkan di Sungai Limau nanti, sesuai dengan keperibadiannya yang tidak sombong, rendah diri dan orang surau. Di Sungai Limau, Pas tidak menang sepenuhnya dan BN tidak kalah semuanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Raih lima pingat emas, 15 perak, 10 gangsa

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada penyelidik dan pensyarah yang memenangi pingat dalam Pameran dan Persidangan BioMalaysia dan Bioekonomi Asia Pasifik 2013 di Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 5 Nov. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meneruskan kegemilangan apabila muncul sebagai institusi penyelidikan paling banyak memenangi pingat dalam Pameran dan Persidangan BioMalaysia dan Bioekonomi Asia Pasifik 2013 yang diadakan di sini baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Ir. Mohd. Azraai Kassim berkata, pada pameran berkenaan, UTM membawa pulang lima pingat emas, 15 perak dan 10 gangsa daripada 35 produk rekacipta dan inovasi yang dihasilkan para penyelidiknya.

Beliau berkata, antara produk yang mendapat perhatian ramai ialah ejen pembersihan berasaskan minyak kelapa dara yang diiktiraf sebagai salah satu produk terbaik.

"Produk yang dihasilkan oleh penyelidik daripada Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) UTM itu memenangi anugerah utama Biotechnology Innovation of The Year," katanya.

Menurutnya, antara pingat emas lain yang dimenangi menerusi Prof. Dr. Rer. Nat. Hesham Ali Metwally Ali El-Enshasy dengan produknya 3 In 1 Pellet Fertilizers, Dr. Siti Hamidah Mohd. Setapar dengan Sustainable Horse Feed from Local Grass dan Bioappetizer For Feed Intake Activity dan Prof. Dr. Ir. Eko Supriyanto menerusi produk Integrated Prenatal Monitoring System.

"Kejayaan besar ini diharap akan terus mengorak langkah UTM bagi memastikan hasil-hasil penyelidikan mampu bersaing di peringkat global dengan menghasilkan produk penyelidikan yang bermutu tinggi," katanya.

Pameran yang berlangsung selama tiga hari yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan sebanyak 126 reka cipta dan inovasi terbaharu dalam bidang bioteknologi dipertandingkan.

Acara tahunan itu dianjurkan bersama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) dan Protemp Exhibitions Sdn. Bhd serta dikunjungi lebih 10,000 pelawat industri.

Acara itu turut mengumpulkan pakar bioteknologi dunia dan serantau, ahli sains dan pelabur yang bersedia berkongsi pengetahuan mereka untuk meneruskan momentum dalam pertumbuhan bioekonomi.

Pameran ini telah disertai oleh beberapa universiti tempatan termasuk Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan institusi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Mahasiswa UTM, penuntut Indonesia sertai ICE 2013 bermula hari ini

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

JOHOR BAHRU 5 Nov. - Kolej Tun Hussein Onn dengan kerjasama Persatuan Anak Felda (Persada) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan program International Culture Exchange (ICE 2013) yang akan berlangsung di Felda Lok Heng, Kota Tinggi bermula esok.

Wakil unit publisiti, Nor Shahera Ezaty Mustafa Kamal berkata, program berbentuk khidmat masyarakat dan pertukaran budaya antara masyarakat tempatan dan penuntut dari Indonesia itu diadakan selama lima hari.

Program tersebut akan disertai oleh 90 penuntut UTM dengan 20 daripadanya adalah ahli Persada dan masing-masing 10 penuntut dari Universiti Prawijaya serta Institusi Sepuluh Nopember dari Indonesia.

"Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang betapa besarnya manfaat khidmat masyarakat dan perkongsian budaya antarabangsa selain untuk memupuk rasa tanggungjawab kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nor Shahera berkata, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut antaranya Program Anak Angkat, Our Dream Our Action yang melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim, Cari Dunia Damba Akhirat, 10, 000 Langkah, Simfoni ICE, 1 Heart, Felda Idol, Senaman 1Malaysia dan Karnival Inovasi ICE.

Dengan adanya Program Anak Angkat, para peserta berpeluang mengenali keluarga angkat masing-masing termasuk budaya dan cara hidup mereka secara lebih dekat.

"Mereka juga berpeluang merasai suasana hidup di kawasan Felda yang semestinya berbeza dengan kehidupan mereka, sekali gus menjanjikan pengalaman yang menarik," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kolej KDU hasil kolam terbesar

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

PARA pelajar dan kakitangan Kolej KDU Pulau Pinang bangga bersama kolam logo 1Malaysia terbesar yang mereka hasilkan di Kolej KDU Pulau Pinang, baru-baru ini.

PULAU PINANG 5 Nov. - Sambutan Deepavali tahun ini ternyata amat bermakna buat para penuntut Kolej KDU apabila berjaya menghasilkan hiasan tradisional masyarakat India iaitu kolam logo 1Malaysia terbesar di negara ini.

Program anjuran Persatuan Kebudayaan India itu berlangsung di D'Piazza Mall di sini, baru-baru ini dengan penyertaan seramai 200 penuntut.

Kolam bersaiz 55 meter panjang dan 25 meter lebar itu yang menggunakan 2,000 kilogram beras berjaya dicatat sebagai rekod baharu dalam The Malaysia Book of Records.

Pengurus Jabatan Khidmat Pelajar Kolej KDU Pulau Pinang, Joey Phuah berkata, pihaknya amat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan para penuntut terbabit.

"Kami amat gembira dengan inisiatif para penuntut ini mengatur program sehingga mampu mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records," katanya di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KDU Pulau Pinang, Dr. Chong Beng Keok dan Pegawai The Malaysia Book of Records, Huda Zakaria.

Sementara itu, Pengarah Projek berkenaan, J. Thurairaju memberitahu, kolam merupakan seni hiasan dalam bentuk lukisan menggunakan beras asli atau beras sintetik berwarna-warni, kapur dan tepung.

Menurutnya, hiasan tersebut dipraktikkan masyarakat beragama Hindu semasa musim perayaan yang diletakkan di pintu masuk rumah bagi mengalu-alukan Dewi Kemakmuran dan menghindari kejahatan.

"Walaupun budaya ini amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi tidak semua orang berpeluang membuatnya.

"Sehubungan itu, program sebegini memberi peluang kepada semua kaum untuk turut serta bagi menimba pengalaman baharu," ujarnya.

150 mahasiswa UiTM sertai latihan Kesastria

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

ZAINAB Mohamed (depan, tengah) bersama peserta yang menamatkan Latihan Intensif Bakal Komander Kesastria Zon Utara Siri 21/2013 di Kampus Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.

SERI ISKANDAR 5 Nov. - Seramai 150 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah menamatkan Latihan Intensif Bakal Komander Kesastria (LIBK) Zon Utara siri 21/2013 di kampus Seri Iskandar, Perak di sini baru-baru ini.

Latihan selama 12 hari itu berakhir semalam dan dirasmikan oleh Rektor UiTM Perak, Brigediar Jen. (K) Prof. Ir. Dr. Zainab Mohamed.

Ketika berucap dalam majlis itu, beliau berkata, usaha tersebut berjaya memberi kefahaman dan pengetahuan kepada para pelajar tentang perkara-perkara asas untuk menjadi seorang anggota Komander Kesatria yang berwibawa.

"Walaupun UiTM Perak menjadi tuan rumah tetapi berjaya mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan peserta," katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana Latihan Intensif Bakal Komender Kesastria Zon Utara Siri21/2013 kerana berjaya menguruskan program kali ini dengan lancar.

Sementara it, urus setia program itu, Mejar (K) Hadijah Salleh berkata, pelajar yang aktif dan selalu melibatkan diri dalam aktiviti begini akan mempunyai semangat jati diri.

Katanya, gerak kerja mereka akan lebih berketerampilan dalam kegiatan berpasukan.

"Saya harap ilmu yang mereka perolehi selepas menamatkan latihan di sini digunakan sepenuhnya, buatlah kerja-kerja sukarela dengan lebih bertanggungjawab di samping membaiki diri sendiri," katanya.

Sementara itu, Muhammad Fathul Radhi Mohd. Sapoan, 18, dari Klang, Selangor berkata, dia sendiri tidak sangka dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan di majlis itu.

Katanya, bukan mudah bagi mana-mana pelajar dari 150 orang dipilih sebagai terbaik.

"Kejayaan begini dapat menggembirakan keluarga sendiri dan rakan-rakan dan kejayaan itu memberi satu kenangan manis yang sukar untuk dilupakan," katanya.

400 anggota Palapes UniMAP sertai derma darah

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

KAMARUDIN Hussin (dua dari kanan) memerhatikan anggota Palapes UniMAP menderma darah di Dewan Serbaguna Kampus UniMAP Kubang Gajah, Arau, Perlis, baru-baru ini.

ARAU 5 Nov. - Seramai 400 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyertai kempen derma darah di Dewan Serbaguna Kampus UniMAP, Kubang Gajah dekat sini baru-baru ini.

Kempen itu dianjurkan Palapes dengan kerjasama Bahagian Tabung Darah, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin yang juga Komandan Palapes UniMAP dalam ucapan perasmian berkata, beliau menyokong penuh program tersebut yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial dalam usaha membantu mereka yang memerlukan

''Kempen itu bukan sahaja dapat membantu memberikan stok darah kepada pihak hospital malah turut memupuk semangat dan nilai insan yang tinggi,'' katanya pada majlis berkenaan.

Yang turut Timbalan Komandan Palapes UniMAP, Prof. Madya Dr. Zaliman Sauli dan Ketua Jurulatih Palapes UniMAP, Leftenan Kolonel Azhar Omar.

Salah seorang anggota Palapes, Nur Syuhada Abdullah, 21, dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Alam Sekitar berkata, kempen derma darah juga sebenarnya dapat menyihatkan tubuh badan.

''Saya sudah empat kali menderma darah sejak berusia 18 tahun lagi dan percaya nyawa seseorang itu dapat diselamatkan walaupun dengan hanya setitik darah," katanya.

Rakannya, S. Subash, 20, dari PPK Mekatronik berkata, walaupun baru pertama kali menderma darah, dia berpuas hati kerana dapat membuat kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Saya sudah lama menyimpan hasrat menderma darah, cuma masa belum mengizinkan seperti hari ini," katanya.

Leftenan Muda Mohammad Aizzat Mohd. Salleh, 26, pula berkata, dengan menderma darah, badan akan lebih segar dan ringan.

"Kesedaran untuk menderma darah itu datang sendiri bagi membantu keperluan tabung darah negara," katanya yang telah lima kali menderma darah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Hijrah kukuhkan perpaduan ummah

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

TUANKU Muhriz Tuanku Munawir berkenan memakaikan jubah kepada Tokoh Maal Hijrah negeri, Mohamad Muhsin Sheikh Ahmad sambil diperhatikan oleh Mohamad Hasan (kiri) di Masjid Negeri, Seremban, semalam.

SEREMBAN 5 Nov. - Jangan biarkan perbezaan pegangan dan fahaman dalam Islam meruntuhkan kesucian agama ini, sekali gus menjadi punca kepada keruntuhan dan perpecahan dalam kalangan ummah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada zaman serba mencabar ini, kedudukan Islam sebagai agama suci bagi seluruh umat manusia telah sedikit-sebanyak terjejas dengan perbuatan segelintir umat Islam sendiri.

"Umat Islam sendiri berpecah kerana perbezaan pegangan dan pandangan serta fahaman ideologi dalam Islam termasuk politik.

"Malah, umat Islam di negara ini yang berpegang kepada mazhab Sunnah Wal Jamaah juga perlu sentiasa berwaspada dengan penyebaran fahaman agama yang boleh menyesat sehingga memesongkan akidah kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 1435 Hijrah/2013 di Masjid Negeri, di sini malam tadi.

Yang turut berangkat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dengan diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Mohamad berkata, perkembangan itu bakal membawa keburukan serta kelemahan umat Islam, selain membuka peluang kepada musuh Islam untuk menghancurkan kekuatan umatnya.

"Sesungguhnya hijrah yang kita bawa masa kini, menjadi lebih penting, apatah lagi dalam keadaan umat Islam sedang bersengketa sesama sendiri.

"Menyedari hakikat ini, marilah kita bersama-sama mengukuhkan lagi usaha untuk melaksanakan hijrah dalam diri dan masyarakat bagi memajukan agama dan ummah," ujarnya.

Tambahnya, hijrah dalam konteks hari ini yang membawa maksud perubahan dan transformasi boleh digerakkan secara holistik membabitkan individu, keluarga, masyarakat, pentadbiran kerajaan termasuk agensi pelaksana di semua peringkat.

Dalam majlis tersebut, Pengetua Maahad Tahfiz As-Saddiyyah, Mohamad Muhsin Sheikh Ahmad dipilih sebagai Tokoh Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan 1435H.

Beliau yang juga pendakwah dan pernah menerima Tokoh Hafiz Peringkat Kebangsaan 2012 itu menerima sepasang jubah, pakej menunaikan umrah serta RM10,000 yang disampaikan oleh Tuanku Muhriz.

Bekas Naib Canselor UiTM Tokoh Maal Hijrah

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

MOHD. Khalil Yaakob (empat dari kiri) sambil diiringi Idris Haron (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek RM10,000 kepada Ibrahim Abu Shah dalam Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1435 Peringkat Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.

MELAKA 5 Nov. - Bekas Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2013 peringkat negeri, di sini hari ini.

Ibrahim, 65, anak kelahiran Kampung Pulai, Serkam dekat sini menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, pakaian dan plak.

Beliau yang kini aktif sebagai penceramah bebas menerima anugerah tersebut daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob sempena sambutan Maal Hijrah 1435 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Mohamad; Exco kerajaan negeri, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ketua-ketua jabatan.

Ibrahim ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi peringkat negeri tahun ini.

"Saya tidak banyak memberi sumbangan di negeri ini tetapi lebih banyak membangunkan pendidikan anak Melayu sewaktu bertugas sebagai Naib Canselor UiTM sebelum ini.

"Apa pun, saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah memilih saya untuk menerima anugerah ini," katanya yang ditemani isterinya, Puan Sri Zahariah Mohamad, 54.

Katanya, beliau akan terus berjuang mendidik anak bangsa bagi membangunkan pendidikan bangsa Melayu melalui ceramahnya.

Ibrahim mula memegang jawatan sebagai Naib Canselor UiTM Shah Alam pada 1 Januari 2001 dan bersara pada 31 Disember 2009 selepas sembilan tahun berkhidmat.

Pada Mei 2011, beliau dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2011 oleh UMNO Bahagian Jasin sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-65.

Pemilihan Ibrahim dibuat berdasarkan pencapaian dan sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib anak Melayu dalam bidang akademik.

Selain berperanan sebagai tokoh akademik selaku bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim telah berjaya membawa perubahan dalam membangunkan pemikiran kaum Melayu.

22 bayi lahir sempena Maal Hijrah di Hospital Melaka

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

LATIPAH Omar mengusap kepala seorang bayi bertuah yang lahir pada Maal Hijrah 1435 di Hospital Melaka, semalam.

MELAKA 5 Nov. - Seramai 22 bayi dilahirkan di Hospital Melaka di sini sempena Tahun Baharu Maal Hijrah 1435 sejak awal malam tadi sehingga pukul 3 petang ini.

Kesemua 10 bayi lelaki dan 12 bayi perempuan itu dilahirkan dalam keadaan sihat dan bayi pertama seberat 3.35 kilogram dilahirkan pada pukul 7.19 petang semalam.

Kelahiran bayi berkenaan dilawati Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar dalam Program Lawatan Bayi Hijrah di hospital berkenaan hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim dan Ketua Penolong Pengarah Unit Inovasi dan Kualiti Hospital Melaka, Dr. Zarina Saharom.

Seorang ibu muda, Raizaitulain Hakim Lee, 22, ketika ditemui berkata, merasa sedikit cemas, namun gembira selepas segalanya berjalan dengan baik dan selamat.

"Saya tidak jangka akan melahirkan bayi pada tarikh penting kalendar Islam itu memandangkan tarikh sepatutnya ialah kira-kira sebulan lagi dari sekarang.

"Bagaimanapun, saya bersyukur dan amat gembira dengan kelahiran bayi lelaki seberat 2.35 kilogram ini yang akan menambahkan lagi keceriaan rumah tangga bersama suami, Azrul Saadom, 34," katanya yang menetap di Pokok Mangga di sini.

Sementara itu, seorang lagi ibu, Nooraini Nasir, 26, mengucapkan syukur tidak terhingga kerana selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.35 kilogram yang sihat.

"Apa yang lebih bermakna, bayi ini dilahirkan pada hari penting bagi umat Islam iaitu Maal Hijrah dan diharap dapat menjadi insan berguna apabila dewasa nanti.

"Kehadiran bayi sulung hasil perkahwinan dengan suami, Mohd. Faiz Abu Hasan, 26, diharap dapat mengeratkan lagi kebahagiaan kami sekeluarga," tambahnya.

Seorang lagi ibu, Wan Norhidayu Hidayat, 28, memberitahu, dia amat gembira dengan kelahiran bayi lelaki seberat 3.6 kilogram, hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Saidi Sidek, 42.

"Walaupun sudah empat kali merasai pengalaman melahirkan bayi, saya tetap gementar, namun bersyukur kerana semuanya telah selamat.

"Lebih menggembirakan saya dan keluarga ialah bayi bongsu kami ini lahir pada tahun baharu Islam dan saya bercadang untuk meletakkan nama Awal di hadapan namanya nanti," katanya yang menetap di Durian Tunggal.

Selain tiga bayi berkenaan, 16 bayi lagi merupakan bayi berketurunan Melayu, seorang bayi Cina serta dua bayi warga Indonesia.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved