Sabtu, 28 Disember 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Troussier hampir pasti?

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Philippe Troussier

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengesahkan jurulatih dari Perancis, Philippe Omar Troussier merupakan antara calon dari Eropah yang terhampir dipertimbangkan untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Beliau mengakui hanya keadaan kewangan semasa FAM yang menghalang pengambilan segera White Witch Doctor berusia 58 tahun itu sekali gus memaksa persatuan meninjau terlebih dulu kalau-kalau terdapat sumber penajaan yang mampu menampung kos pembayaran gaji bulanannya.

Buat masa ini Troussier dan dua tiga nama calon (jurulatih skuad kebangsaan Malaysia) dari Eropah. Ada juga faktor lain dan bukan gaji sahaja (pertimbangan untuk melantik Troussier) tetapi kalau mengikut keadaan (kewangan FAM) sekarang, kena cari sumber lain (penaja)," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi semalam.

Troussier sebelum ini dikatakan menuntut gaji bulanan lebih RM416,000 - angka yang dianggap setimpal dengan pencapaian terbaiknya yang pernah membawa Jepun ke pusingan kedua Piala Dunia 2002 dan menjulang Piala Asia 2000 selain naib juara Kejohanan Belia Dunia 1999 serta Piala Gabungan FIFA 2001.

Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM pada 24 November lalu yang memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Datuk K. Rajagobal sebagai jurulatih negara selepas Selasa ini, turut menyebut tentang pengambilan warga asing sebagai penggantinya selain mengumumkan Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya.

Tengku Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Exco, Teknikal dan Pembangunan Belia FAM, turut tidak menolak kemungkinan persatuan terpaksa beralih kepada calon alternatif (selain Troussier) sekiranya cuma mempunyai kemampuan belanjawan yang terhad dan sukar ditampung dengan sumber lain.

Kami mungkin cari (calon) alternatif. Nama (tiga calon lain) tidak boleh saya dedahkan kerana masih perlu melalui (mesyuarat) Exco terlebih dulu. Tunggulah juga kata putus Presiden (FAM, ayahanda - Sultan Ahmad Shah) dan apabila kami setuju lantik (jurulatih baharu skuad negara), barulah boleh umum," katanya.

Laporan terdahulu media menamakan bekas penolong jurulatih Liverpool, Alex Miller dari Scotland, bekas jurulatih India, Bobby Houghton (England) dan Radojko Avramovic (Serbia) selain ketua pasukan juara Piala Dunia Perancis 1998, Marcel Desailly, sebagai antara bakal pengganti Rajagobal di kerusi panas FAM itu.

Sebagai rekod, mendiang Bertalan Bicskei dari Hungary, merupakan warga asing terakhir yang dilantik FAM untuk mengendalikan skuad Malaysia dari 2004 hingga 2005 dan sebelumnya ialah Alan John Harris (England), Hatem Souissi (Tunisia) dan seorang lagi warga Perancis, Claude Le Roy.

Namun, Tengku Abdullah turut menganggap seelok-eloknya jurulatih tetap negara dapat dilantik secepat mungkin menjelang pertemuan hidup mati Harimau Malaya pada perlawanan terakhirnya dalam Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen, 5 Mac ini.

Skuad negara wajib menang di gelanggang lawan sambil berharapkan pencapaian keseluruhannya lebih baik daripada pasukan tempat ketiga Kumpulan A, B, C dan E untuk meraih tiket ke pusingan akhir di Australia (kali terakhir layak kejohanan ini pada 1980).

Peluang Misbun Ramdan

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Misbun Ramdan

PUTRAJAYA - Misbun Ramdan Mohmed Misbun percaya peluangnya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Peringkat Akhir Maybank pada tahun ini cerah selepas mempamerkan aksi bertenaga menundukkan Mohd. Arif Abdul Latif, 17-21, 21-19, 21-12 untuk ke saingan separuh akhir, hari ini.

Pada aksi terakhir Kumpulan D, semalam, pemain muda negara itu, tidak berhadapan banyak kesukaran untuk menewaskan pemenang Cabaran Antarabangsa Malaysia Maybank 2013, Mohd. Arif terutama selepas set pertama di Kompleks Kejiranan Presint 11.

Kata Misbun Ramdan yang juga anak kepada bekas jurulatih perseorangan negara, Misbun Sidek, tumpuannya kini adalah untuk mengekalkan prestasi konsisten pada aksi separuh akhir menentang juara Kumpulan B, Tan Chun Seang.

"Saya perlu sentiasa bersedia pada aksi separuh akhir esok (hari ini) menentang senior seperti Chun Seang.

"Buat masa ini saya tidak fikir lagi strategi untuk menentangnya sebab tidak pernah bertemu denganny a mungkin idea saya akan lebih jelas ketika menentangnya nanti," kata Misbun Ramdan.

Pada tahun lalu, Misbun Ramdan muncul juara Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Peringkat Akhir 2012 buat kali pertama dalam kariernya selepas menewaskan pemain kebangsaan, Chong Wei Feng pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kedah.

Dalam pada itu, Chun Seang mengesahkan slot separuh akhir, hari ini selepas menewaskan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam satu aksi sengit yang berkesudahan 8-21, 21-16, 21-17.

Satu lagi aksi separuh akhir akan mempertemukan juara Kumpulan A, Wei Feng dan Zulfadli Zulkiffli yang muncul sebagai pendahulu Kumpulan C.

Sementara itu, ditanya berhubung perancangan Misbun Ramdan berhubung masa depannya untuk menghadapi tahun 2014, pemain tersebut berkata, semuanya terserah kepada jurulatihnya Misbun.

"Saya tidak tahu apa kejohanan besar yang akan saya sertai tahun depan kerana semuanya diaturkan oleh jurulatih saya.

"Tugas saya sebagai pemain adalah untuk memastikan prestasi saya sentiasa berada di tahap terbaik pada setiap kejohanan yang saya sertai," kata Misbun Ramdan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat pelajar universiti Singapura tergelincir di Gunung Stong ditemui

Posted: 28 Dec 2013 10:25 PM PST

KUALA KRAI 29 Dis. - Mayat pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang hilang selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, malam tadi, ditemui pasukan penyelamat hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Lee Jun Jie, 23, pada pukul 9.50 pagi di dalam sebuah lubuk di kawasan Air Terjun Stong, kira-kira 100 meter dari Kem Baha yang dijadikan tempat perkhemahan mangsa bersama 22 lagi rakannya.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, Jun Jie yang sedang melihat pemandangan waktu senja semasa berhenti untuk berkhemah di Kem Baha, tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan lalu terjatuh ke dalam Air Terjun Stong.

Mangsa bersama rakan-rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di situ. - BERNAMA

Polis pandang serius e-mel rancangan letupan tahun baharu

Posted: 28 Dec 2013 10:00 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Polis memandang serius penyebaran e-mel yang didakwa dihantar oleh rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Ghouse, kepada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berhubung rancangan letupan di beberapa kawasan strategik sempena sambutan tahun baharu Selasa ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan, telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya menghormati keamanan dan ketenteraman di negara ini di samping menyambut kedatangan tahun baharu," katanya dalam laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata, sehingga hari ini sejumlah 1,151 laporan polis diterima dari seluruh negara terhadap bantahan penganjuran perhimpunan memudaratkan ketenteraman awam yang disebarkan melalui media sosial sebelum ini.

Sementara itu, Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Abdul Rahim menafikan yang beliau menulis surat tersebut dan percaya ada orang lain telah menggunakan namanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Demam denggi di Pahang meningkat

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 28 Dis. - Kes demam denggi yang dicatatkan di negeri ini bagi tempoh 1 Januari hingga 21 Disember lalu adalah 706 kes dengan dua kematian.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail dalam kenyataannya hari ini berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 77 kes berbanding 629 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

"Pada minggu ke-51 iaitu pada 15 hingga 21 Disember lalu, selepas berlaku bencana banjir, terdapat peningkatan kes demam denggi dari 17 kes pada minggu ke-50 (8 hingga 14 Disember) kepada 25 kes pada minggu ke-51.

"Kejadian 25 kes demam denggi itu berlaku di kawasan berbeza dan hanya dua kes daripada kawasan terlibat banjir, namun tidak menyebabkan wabak aktif berlaku pada tempoh minggu ke-51 tersebut," katanya di sini hari ini.

Norhizan berkata, Kuantan mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu 433 kes diikuti Temerloh (104); Bera (30); Maran (38); Jerantut (31); Raub (15); Lipis (13); Bentong (11); Rompin (15); Pekan (13) dan Cameron Highlands (tiga).

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan di kawasan yang terlibat dengan banjir untuk mencegah penularan penyakit demam denggi dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes, pemusnahan jentik jentik dan semburan kabus untuk membunuh nyamuk dewasa.

Menurutnya, sehingga 21 Disember lalu, sebanyak 287 lokaliti yang terlibat dengan musibah itu dan 215 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri ini telah dilaksanakan langkah pencegahan serta kawalan tersebut.

"Sebanyak 925,053 premis telah dilakukan semburan kabus untuk tujuan pencegahan dan kawalan kes, 372,664 (pemeriksaan pembiakan aedes) dan 94,204 premis telah diletak racun bagi pemusnahan jentik-jentik," katanya.

Katanya, di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000), penduduk atau penghuni rumah membiarkan jentik-jentik aedes di premis mereka jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 1,745 kompaun dengan nilai RM865,500 telah ditawarkan kepada penduduk seluruh negeri ini.

"Sebanyak 903 Notis Seksyen 8 telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan aedes dan 12 tapak binaan ditutup kerana mempunyai pembiakan aedes yang tinggi," katanya.

20,000 borang bantuan banjir diterima

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Muhammad Safian Ismail (kiri) menerima replika cek bantuan mangsa banjir berjumlah RM100,000 daripada Nik Fauzi Nik Hussein di Wisma Negeri, Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 28 Dis. - Jawatankuasa Bencana Pahang menerima sebanyak 20,000 borang permohonan bantuan sebanyak RM250 yang dihantar oleh mangsa banjir sejak dibuka pendaftarannya seminggu selepas kejadian itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, jumlah itu hanya melibatkan mangsa di daerah ini dan dijangka terus meningkat kerana masih lagi menerima permohonan dari daerah lain yang turut terjejas dalam bencana itu.

Menurut beliau, pengagihan bantuan kepada mangsa terlibat yang layak akan dilakukan secara berperingkat-peringkat tidak lama lagi.

Katanya, kerajaan negeri sedaya upaya memastikan mangsa banjir menerima bantuan dan berharap mereka bersabar untuk sementara waktu ini.

"Sehingga kini kerajaan negeri masih menerima sumbangan daripada badan korporat dan swasta yang ingin membantu mangsa banjir yang melanda Pahang baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Banjir daripada AlloyMtd di sini semalam.

Pengarah Kumpulan AlloyMtd, Nik Fauzi Nik Hussein menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.

Muhammad Safian berkata, ketika ini kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Bencana menerima bantuan daripada pelbagai pihak dalam dua bentuk iaitu barangan dan kewangan.

"Bantuan berbentuk kewangan akan dimasukkan ke dalam Tabung Bencana dan diagihkan kepada mangsa.

"Bagaimanapun ada pihak yang lebih suka memberi bantuan secara terus kepada mangsa dan pergi ke kawasan banjir terlibat," katanya.

Dalam pada itu, Nik Fauzi berkata, sumbangan itu diserahkan berikutan bencana kali ini amat teruk sehingga melibatkan ribuan kediaman dinaiki air.

Menurutnya, sebanyak 500 set pakaian dan kelengkapan persekolahan turut diberikan kepada beberapa sekolah dan rumah kebajikan.

"Pihak kami bersimpati dengan mangsa yang terlibat dalam bencana ini dan tampil menghulurkan sumbangan pakaian dan kelengkapan persekolahan kepada mereka," katanya.

Perarakan Piala Malaysia singgah di Maran

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

TENGKU Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (empat kanan) memegang piala berprestij Piala Malaysia sambil diperhatikan Ismail Abdul Muttalib (tiga kanan) dalam majlis meraikan pasukan Pahang di Dataran Teksi Maran, Pahang, baru-baru ini.

MARAN 28 Dis. - Perarakan Piala Malaysia yang dimenangi Pahang bulan lalu diteruskan apabila singgah ke daerah ini untuk tatapan peminat bola sepak yang setia menyokong skuad Tok Gajah baru-baru ini.

Program itu dimulakan dengan perarakan piala tersebut bermula dari Kelab Golf Maran diiringi Kelab Berbasikal Maran, Kelab Pacuan Empat Roda Maran serta Kelab Bola Sepak Maran mengelilingi bandar Maran sehingga ke Dataran Teksi di sini.

Kehadiran ribuan peminat bola sepak tempatan di dataran itu bukan sahaja untuk menemui skuad Tok Gajah tetapi ingin melihat piala tersebut dengan lebih dekat.

Yang turut hadir Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Yang turut serta Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin; ADUN Chenor, Mohd. Ariffin Awang Ismail; ADUN Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh.

Menurut Ismail, pada majlis itu, Tengku Abdul Rahman turut menyampaikan bonus kepada pemain Pahang yang bukan sahaja merampas piala tersebut tetapi juga melonjakkan momentum rakyat negeri ini terhadap bola sepak.

"Ini merupakan satu kebanggaan kepada rakyat Pahang kerana penantian selama 21 tahun akhir tercapai dan diharap skuad Tok Gajah meneruskan kecemerlangan pada musim depan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


1,400 mayat mangsa Taufan Haiyan masih belum ditanam

Posted: 28 Dec 2013 09:22 AM PST

TACLOBAN, Filipina 29 Dis. - Lebih daripada seribu mayat mangsa kejadian Taufan Haiyan masih lagi tidak ditanam sehingga semalam, selepas tujuh minggu kejadian yang disifatkan sebagai `ribut paling dasyat pernah melanda negara ini berlaku.

Kira-kira 1,400 mayat yang dibungkus dengan plastik terbaring di atas padang berlumpur sambil dihinggapi lalat di San Isidro, perkampungan pertanian yang terletak di pinggir bandar Tacloban.

"Bau busuk yang terhasil daripada mayat tersebut menganggu kehidupan, sehingga memaksa kami menggunakan topeng muka ketika mahu tidur, kata seorang penduduk tempatan, Maritess Pedrosa.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan melaporkan, angka korban Taufan Haiyan setakat ini berjumlah 6,111 orang dengan 1,779 orang lagi masih hilang. - AFP

Reaktor nuklear Iran tidak mampu hasilkan plutonium untuk persenjataan

Posted: 28 Dec 2013 09:20 AM PST

TEHERAN 29 Dis. - Reaktor nuklear Iran di Arak tidak berupaya menghasilkan plutonium bagi membangunkan senjata nuklear, kata Ketua Nuklear Iran, Ali Akbar Salehi.

"Reaktor penyelidikan Arak tidak boleh menghasilkan plutonium yang diperlukan untuk membina bom atom, selepas bahan tersebut akan berada di dalam teras reaktor selama setahun.

"Plutonium yang digunakan untuk membuat senjata, tidak boleh berada di dalam reaktor lebih daripada tiga atau empat minggu kerana ia akan menghasilkan beberapa elemen lain yang boleh menghalangnya daripada digunakan bagi tujuan ketenteraan, katanya kepada agensi berita ISNA.

Di bawah persetujuan sementara yang dicapai pada 24 November lalu, Iran akan mengawal program nuklearnya sebagai pertukaran kepada pengurangan sekatan yang menjejaskan ekonomi negara itu. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Stacy, Akim sedia berkahwin

Posted: 28 Dec 2013 02:02 AM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Bekas juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Stacy mengakui dia dan Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim, kini sedang hangat bercinta dan bersedia berkahwin.

Stacy atau nama sebenarnya Stacie Angie Anam berkata, dia juga semakin tertarik mendalami Islam dan mengagumi agama itu.

"Saya percaya jodoh terletak di tangan Tuhan. Saya memang rapat dengan Akim tetapi kalau mahu memeluk agama Islam, biarlah ia datang sendiri dari hati saya dan bukannya kerana dia (Akim) ataupun sebab lain. Selama ini, saya banyak bergaul dengan kawan beragama Islam.

"Tidak dinafikan susah melawan gaya kehidupan orang Islam yang bagus. Apatah lagi, agama Islam dan Kristian mempunyai sedikit persamaan. Contohnya daripada segi nama kalau Kristian panggil nama Abraham dan dalam Islam namanya ialah Ibrahim. Begitu juga dengan perkara lain," katanya dalam sidang akhbar di Mutiara Damansara di sini semalam. - UTUSAN ONLINE

Serasi bersama

Posted: 28 Dec 2013 04:44 AM PST

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar WAHIDIN SALIM

PERTAMA kali keluar bermain boling, pasangan ini nampak mesra dan serasi bersama.

PERMAINAN boling mungkin nampak mudah kerana hanya perlu membaling sebiji bola untuk menjatuhkan 10 pin di hujung lorong.

Bagaimanapun hakikat sebenar, sukan ini memerlukan lebih banyak konsentrasi berbanding sukan-sukan lain. Kemahiran membaling juga sangat penting.

Bagi dua pelakon muda, Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli, sukan boling dijadikan sebagai pilihan untuk beriadah di hujung minggu.

Dalam kesibukan mereka sebagai seorang pelakon, Dazrin, 25, yang turut memiliki kebolehan untuk mengacara tetap tidak melupakan masa lapangnya walaupun sudah bertunang dengan kekasih hati, Amyra, 22.

Bertempat di Superbowl Ampang Point, Ampang, Selangor baru-baru ini, S3 berkesempatan meluangkan masa bersama pasangan bertunang ini.

Walaupun pertama kali keluar bersama untuk bersukan, pasangan ini tampak sungguh selesa dan serasi apabila tiba giliran masing-masing untuk membaling.

Kemesraan jelas antara mereka apabila Dazrin dilihat begitu prihatin membalut tangan Amyra yang kesakitan akibat lontaran bola boling.

Akui mereka, sukan tersebut bukan sahaja menyihatkan badan, malah turut merapatkan hubungan mereka sebagai tunang.

Memandangkan tunang saya (Amyra) juga sibuk dengan penggambaran, maka aktiviti sebegini sememangnya menjadi pilihan kerana ia dapat merapatkan lagi hubungan kami sebelum bergelar suami isteri.

Lagi pun aktiviti riadah yang dilakukan ini memang menyihatkan. Sekurang-kurangnya, keluar jugalah peluh," kata Dazrin.

Dilarang keluarga

Pernah dipilih untuk meneruskan pengajian di sekolah sukan sehingga mewakili negeri Melaka untuk bermain boling, Dazrin sebenarnya terpaksa melupakan niat itu kerana ditegah oleh keluarga.

Menurutnya, sukan boling sudah menjadi aktiviti mingguan sekeluarga sejak dia di bangku sekolah lagi.

Sejak tahun 2002, saya memang aktif bermain boling. Saya pernah mewakili Melaka ketika sekolah menengah dan dipilih untuk belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Tetapi keluarga melarang dan mereka nasihatkan saya supaya lebih fokus kepada akademik daripada bersukan walaupun tahu saya aktif dalam pelbagai sukan. Saya memberontak apabila dilarang keluarga.

Apa yang membakar semangat saya untuk terus bermain boling ialah keseronokan setiap kali mendapat markah tinggi dan berjaya mengalahkan pemain lain," katanya yang pernah mengalami kecederaan semasa di universiti.

Oleh kerana itu, pada tahun 2009, doktor menasihatkannya supaya tidak mengangkat benda berat.

Tambah Dazrin, ketika berada di Amerika Syarikat, dia juga pernah menjadi jurulatih kepada kanak-kanak di sana.

Dazrin belanja besar

Dalam permainan boling, bola dan kasut adalah aksesori yang paling penting.

Permukaan lantai boling licin. Tidak semua kasut sesuai digunakan kerana pemain mungkin akan jatuh. Sebab itu, setiap pemain diwajibkan memakai kasut khas yang disediakan di pusat-pusat boling jika tidak membawa kasut sendiri.

Bola juga penting. Di pusat boling mereka ada menyediakan bola tetapi tidak semua orang sesuai dengan bola tersebut. Terutamanya dari segi berat, saiz dan jarak lubang," kata pengacara program Planet Joget.

Sebab itu, Dazrin menganggap boling adalah sukan paling mahal kerana dia membeli bola sendiri dan lubangnya ditebuk mengikut kesesuaian tangannya.

Rasanya saya akan membelanjakan sehingga RM6,000 untuk bermain boling. Kasut sahaja sudah bernilai RM700. Kos itu belum termasuk lorong yang digunakan untuk bermain.

Saya juga mempunyai tujuh koleksi bola tetapi satu biji bola sudah pecah," ujar Dazrin.

Untuk mendapat balingan yang memuaskan, Dazrin memberitahu pemain harus tahu seimbangkan badan untuk membaling bola.

Ketika bola dilepaskan dari tangan, kita perlu fokus arah balingan bola itu dan tahu ke mana arah ia akan bergolek," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Guling kerajaan kesalahan besar

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Shamrahayu A. Aziz

TIADA siapa dapat memberi jaminan keamanan dapat dikekalkan dalam setiap perhimpunan haram. Gambar kiri para perusuh menterbalikkan kereta polis ketika dalam salah satu himpunan Bersih manakala gambar kanan perusuh merosakkan kenderaan awam ketika rakyat merusuh menolak kepimpinan bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi.

PERHIMPUNAN yang dijangka berlangsung pada malam 31 Disember ini dijaja sebagai satu perhimpunan bagi menyatakan protes kepada kerajaan tentang peningkatan kos sara hidup. Protes ini juga dikatakan bertujuan mengingatkan kerajaan kepada janji dan manifesto pilihan raya lalu. Ia juga dikaitkan dengan ketirisan dan penyelewengan dalam hal urus tadbir negara.

Hakikatnya, perkara berkaitan kos sara hidup serta ketirisan dan penyelewengan sudah tentu menjadi perhatian dan keprihatinan pelbagai pihak. Namun begitu, protes seperti ini atau lebih tepat lagi dalam bahasa undang-undang, 'protes jalanan' adalah perbuatan melanggar undang-undang.

Menurut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012, 'protes jalanan' ditafsirkan sebagai "Suatu perhimpunan terbuka yang bermula dengan suatu perjumpaan di tempat yang ditentukan yang melibatkan perarakan atau perhimpunan beramai-ramai bagi maksud membantah atau memajukan sesuatu tujuan atau tujuan-tujuan tertentu".

Protes jalanan diharamkan oleh Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan peruntukan seksyen 4(2), yang menyatakan, "Seseorang melakukan suatu kesalahan jika(c) dia menganjurkan atau menyertai satu protes jalanan". Seseorang yang didapati bersalah atas pertuduhan menganjurkan atau menyertai protes jalanan ini boleh dihukum denda sehingga RM10,000. Hukuman ini disebut dalam Seksyen 4(3) Akta Perhimpunan Aman tersebut.

Perhimpunan aman yang dibenarkan oleh Akta Perhimpunan Aman hendaklah mempunyai penganjur. Kehendak undang-undang ini mempunyai logik dan kepentingan tertentu. Seperti dinyatakan oleh akta ini, penganjur hendaklah bertanggungjawab dalam banyak perkara yang dijelaskan oleh seksyen-seksyen 9, 10, 11, 12, dan 13 Akta Perhimpunan Aman. Antara lain, tanggungjawabnya membuat pemberitahuan tentang perhimpunan kepada pihak polis dan mendapatkan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan bagi tujuan perhimpunan itu. Logiknya, segala urusan berkaitan perhimpunan dan peserta mudah diurus dan ada pihak yang mengambil tanggungjawab sekiranya berlaku kesulitan.

Sekiranya tiada pihak yang mahu mengambil tanggungjawab penganjuran, kita boleh lihat ketidakmatangan pihak yang berkempen mengajak rakyat membuat protes. Sekiranya tiada pihak yang mengaku atau mengambil tanggungjawab sebagai penganjur kepada perhimpunan yang tiada pemberitahuan di bawah seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman, pihak berkuasa, seperti polis, boleh membuat anggapan bahawa mereka yang memulakan, mengetuai, menggalakkan, menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan adalah penganjur kepada perhimpunan. Setakat ini Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dikait rapat dengan protes 31 Disember ini. Maka TURUN boleh dianggap sebagai penganjur kepada protes ini.

Dalam suatu perhimpunan aman, penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan polis atau pihak berkuasa tempatan serta pemilik premis di mana perhimpunan itu dilakukan. Peserta dan mereka yang bertanggungjawab menyebar kempen protes ini tidak boleh menuntut kerjasama polis atau pihak berkuasa tempatan sahaja. Dalam undang-undang, mereka juga dituntut untuk bekerjasama.

Mengajak

Sekiranya pihak yang mengajak orang ramai turun menyertai protes jalanan ini bersikap bertanggungjawab maka mereka hendaklah mengambil tanggungjawab berkenaan penganjurannya juga. Inilah yang kita namakan kematangan dalam melaksanakan hak berhimpun. Mereka tidak boleh meletakkan tanggungjawab berkenaan perhimpunan ini ke atas pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya atau peserta semata-mata.

Inspirasi Akta Perhimpunan Aman adalah untuk meletakkan tanggungjawab kepada penganjur dan peserta perhimpunan, bukan kepada pasukan polis. Pihak polis hanya menjadi pemudah cara dalam perjalanan perhimpunan tersebut. Sekiranya mereka yang berkempen mengajak orang ramai turun dan menyertai protes jalanan ini enggan mengambil tanggungjawab sebagai penganjur, maka kredibiliti dan sikap bertanggungjawab mereka juga boleh dipersoal.

Seperkara lain yang menjadi persoalan adalah keikhlasan protes ini. Adakah ia benar-benar untuk rakyat atau ada dalang atau tujuan lain di sebalik penganjurannya? Persoalan ini timbul kerana ramai juga yang melihat bahawa protes jalanan ini mempunyai agenda menentang kerajaan dengan cara bercanggah dengan demokrasi atau bercanggah dengan perhimpunan aman yang dibenarkan oleh undang-undang dan sistem demokrasi kita. Keengganan TURUN, yang dikaitkan dengan penganjuran protes ini untuk mengambil tanggungjawab penganjuran dan meletakkannya kepada peserta menjadi tanda tanya; adakah ada dalang lain di sebalik penganjurannya? Sekiranya TURUN menghormati sistem demokrasi dan mendaulatkan undang-undang, maka peruntukan akta dan undang-undang berkaitan perhimpunan hendaklah dipatuhi. Ambillah tanggungjawab sebagai penganjur.

Kita perlu tahu, sekiranya protes ini boleh ditafsirkan sebagai satu aktiviti yang boleh meletakkan sistem demokrasi dalam bahaya, maka pihak penganjur dan peserta perlu mengambil perhatian tentang kedudukan undang-undang jenayah mengenai kesalahan terhadap negara. Seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan, "Barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun". Cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen juga satu kesalahan. Ini disebut dalam Seksyen 124C Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Oleh itu, sekiranya protes jalanan 31 Disember ini dikaitkan dengan Himpunan Guling Kerajaan yang pernah disebarkan dahulu, perhatian serius hendaklah diberikan oleh peserta dan juga TURUN kepada peruntukan Kanun Keseksaan ini kerana ia perbuatan atau aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Secara umumnya perhimpunan aman yang dikelaskan sebagai 'kebebasan asasi' dan menjadi milik atau hak rakyat dan seterusnya diterima sebagai perhimpunan dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang adalah perhimpunan yang menepati kehendak undang-undang. Jika perhimpunan itu bercanggah dengan undang-undang maka ia bukan lagi menjadi suatu hak yang boleh dituntut.

Protes jalanan bukan jalan terbaik menangani masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat. Pendekatan protes jalanan seperti ini boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sekiranya rakyat mahukan keprihatinan kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup, salurkan penyelesaian kepada masalah itu, bukan membuat masalah lain yang bukan sahaja tidak boleh menjamin penyelesaian, bahkan menambahkan lagi masalah sedia ada.

Tindakan rugikan negara

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

SABAN tahun tidak timbul sebarang masalah tatkala malam tahun baru tiba. Namun tahun ini dikatakan suasana bakal berubah. Apatah lagi banyak diperkatakan akan berlangsung satu perarakan haram, Himpunan Gulingkan Kerajaan pada ambang tahun baru itu.

Walaupun pihak pembangkang cuba menafikan penglibatan mereka tetapi tindakan ini tidak ubah seperti cubaan 'menutup bangkai gajah dengan nyiru'.

Amat malang apabila segelintir pihak tidak mengambil iktibar daripada insiden yang berlaku di beberapa negara yang pernah menganjurkan perhimpunan serupa atas tujuan sama tetapi tidak mampu pun mengubah apa-apa sebaliknya hanya membawa negara kepada huru-hara.

Wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID mewawancara Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) DR. AZMI HASSAN bagi memperkatakan isu ini.

Beliau berpendapat agak malang kerana insiden yang berlaku di negara jiran Thailand dan Mesir gagal membuka mata masyarakat bahawa perhimpunan seumpama itu hanya memburukkan lagi keadaan dan mengundang campur tangan asing.

MINGGUAN: Apakah melalui usaha menukar kerajaan menerusi perhimpunan, mampu memberi sebarang jaminan bahawa kerajaan dan kehidupan yang lebih baik mampu diwujudkan

AZMI: Begitu banyak contoh yang dapat dinyatakan jika sebuah kerajaan dijatuhkan melalui proses paksaan dan ugutan yang dilakukan melalui perhimpunan dan rusuhan, kestabilan dan keamanan yang diharapkan tercapai tidak akan menjadi realiti. Gambaran paling ekstrem adalah jika sebuah kerajaan yang dipimpin oleh diktator digulingkan melalui proses kekerasan seperti yang telah menimpa Libya atau Iraq, kedua-dua negara ini didapati begitu sukar mengecapi keamanan kerana kumpulan yang berseteru akan sentiasa bertelagah. Malapetaka yang sedang melanda Turki, Ukraine dan Sudan Selatan ketika ini juga adalah tidak lebih daripada cita-cita satu kumpulan untuk menggulingkan kerajaan yang sah dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan oleh undang-undang atau perlembagaan.

Kelihatan pihak yang merancang menggulingkan kerajaan cuba mengambil kesempatan atas emosi rakyat yang agak marah dengan beberapa isu.

AZMI: Apa yang berlaku di Thailand seolah-olah menggambarkan hampir seluruh rakyat Thailand memberontak terhadap kerajaan Yingluck kerana perhimpunan dan rusuhan yang memberikan gambaran tersebut. Sedangkan hakikatnya senario tersebut hanya berkisar di kalangan penduduk di ibu kota Bangkok sahaja. Serupa juga di Malaysia, perhimpunan 31 Disember cuba digambarkan sebagai kemarahan rakyat terhadap isu tertentu dan seterusnya dijadikan dalil untuk menggulingkan kerajaan. Masyarakat antarabangsa memandang sinis terhadap penunjuk perasaan Thailand kerana pada asasnya mereka ingin menubuhkan kerajaan tetapi tidak mahu melalui proses demokrasi yakni pilihan raya. Begitu juga dangkalnya penganjur perhimpunan 31 Disember kerana telah dipergunakan oleh parti politik tertentu dengan menggunakan alasan kemarahan rakyat tetapi sebenarnya ingin menubuhkan kerajaan melalui proses yang tidak sah.

Melihat kepada apa yang berlaku di Mesir dan Thailand misalnya ternyata usaha menggulingkan kerajaan gagal membuahkan hasil yang diharapkan. Tidakkah perkara sama juga akan berulang jika berlaku di Malaysia?

AZMI: Senario menggulingkan kerajaan yang cuba dilakukan di Malaysia adalah begitu mirip dengan apa yang sedang berlaku di Mesir dan Thailand. Kerajaan Presiden Mohamed Morsi dan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra adalah satu kerajaan yang dibentuk setelah melalui proses demokrasi iaitu pilihan raya. Walaupun kerajaan Morsi telah berjaya digulingkan tetapi Mesir masih berdepan dengan keadaan yang tidak menentu kerana pengikut kerajaan yang digulingkan telah bertindak mengambil pendekatan yang serupa oleh kumpulan yang menjatuhkan kerajaan Morsi.

Begitu juga dengan Thailand, keadaan pasti akan menjadi lebih buruk jika penyokong Yingluck mengambil pendekatan yang serupa iaitu mengadakan perhimpunan. Tetapi apa yang pasti adalah walaupun Morsi sudah tiada dan kerajaan Yingluck telah dibubarkan, keadaan di Mesir dan Thailand menjadi bertambah buruk dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat. Rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran kerana suasana aman dalam negara tidak akan kekal jika dibiarkan pertukaran kerajaan dilakukan secara paksaan.

Menyorot kembali peristiwa di Thailand misalnya ia hanya mewujudkan kebencian dan permusuhan keterlaluan supaya kedua-dua pihak bertelagah akan terus bermusuhan dan merugikan negara. Bagaimana Dr. melihat perkara ini?

AZMI: Paling mengaibkan sekali, walaupun kerajaan Yingluck telah dibentuk melalui proses demokrasi yang sah dengan memperolehi majoriti di Parlimen, anehnya kumpulan yang berdemonstrasi menggunakan dalil bahawa rakyat Thai yang menyokong Yingluck tidak mampu membuat pilihan yang betul. Timbul permusuhan di antara kumpulan penentang Yingluck yang kebanyakannya berada di Bangkok dan terdiri daripada mereka yang berpelajaran, teknokrat dan ahli perniagaan dengan kumpulan penyokong Yingluck yang majoritinya adalah petani dan penduduk luar bandar.

Begitu juga dengan Mesir, kumpulan yang menyokong Morsi dikatakan dari kumpulan berhaluan kiri. Keadaan sebegini iaitu wujud puak yang bertentangan di kalangan rakyat sendiri akibat perbezaan ideologi politik akan merosakkan sesebuah negara. Bibit-bibit permusuhan di kalangan rakyat Malaysia akibat perbezaan ideologi politik mula timbul selepas Pilihan Raya 2008 dan kemuncaknya selepas Pilihan Raya 2013 lepas. Keadaan sebegini adalah berbahaya bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Paling ditakuti ancaman anasir luar yang mengambil kesempatan seperti berlaku di Mesir dan beberapa negara lain. Boleh Dr. jelaskan peranan anasir luar dan tangan-tangan ghaib yang mengambil kesempatan?

AZMI: Kemelut yang sedang melanda Mesir bukan berlaku secara tidak sengaja atau spontan. Ia telah direncanakan oleh pihak ketiga terutama sekali apabila parti Morsi iaitu Ikhwanul Muslimin memenangi pilihan raya. Pihak ketiga ini (kerajaan asing) sengaja mengkucar-kacirkan pentadbiran Morsi dengan tidak memberi dana kewangan yang amat diperlukan oleh Mesir pada ketika era Morsi. Begitu juga kejatuhan Hosni Mubarak, sedikit-sebanyak direncanakan oleh pihak ketiga iaitu melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.

Serupa juga apabila kerajaan Hamas yang mentadbir Genting Gaza dilabelkan sebagai kumpulan pengganas, itu adalah campur tangan asing hanya untuk melumpuhkan Hamas. Bukan sahaja negara Arab yang terima tempias campur tangan asing, Ukraine bergolak kerana pengaruh campur tangan dua kumpulan kerajaan asing yang berbeza iaitu antara Moscow bertentangan dengan Washington dan Brussels.

Musuh Malaysia yang mahu menyaksikan keadaan huru-haru dalam negara sudah pasti akan gembira apabila berlaku rusuhan untuk gulingkan kerajaan.

Rusuhan dan usaha menjatuhkan kerajaan sudah menjadi satu trend popular kini malah sesiapa yang terlibat akan diangkat sebagai wira. Boleh Dr. ulas perkara ini?

AZMI: Ia dianggap sebagai popular kerana sejak kebelakangan ini telah banyak kali berlaku, kerajaan sama ada yang diasaskan secara sah atau pun tidak telah berjaya dihapuskan melalui saluran yang kadang kala dilabelkan sebagai revolusi rakyat. Kaedah menjatuhkan kerajaan melalui revolusi rakyat ini sering disalah erti sebagai satu perkara yang baik iaitu kononnya untuk menghapuskan pemerintahan diktator dan kuku besi. Arab Spring dianggap sebagai revolusi rakyat kerana modus operandinya adalah untuk menghapuskan pemerintah diktator. Bermula dengan Tunisia ia diikuti oleh Mesir dan juga Libya.

Kini fenomena revolusi rakyat sedang melanda Syria. Tunisia, Mesir dan Libya masih bergolak walaupun diktator telah dihapuskan. Syria pula sedang bergolak dengan alasan untuk menghapuskan diktator kerajaan Bashar walaupun ironisnya kumpulan yang memberontak itu kadang kala digelar sebagai kumpulan pengganas oleh negara Barat.

Kumpulan yang merusuh di Thailand pula kononnya melaksanakan tugas demokrasi mereka tetapi enggan menerima cadangan pilihan raya yang akan diadakan pada Februari 2014. Tidak mustahil Malaysia juga akan terjebak seperti negara di atas jika trend menjatuhkan kerajaan melalui rusuhan dibiarkan begitu sahaja. Kenikmatan yang dihadapi lebih lima dekad lepas sudah pasti akan lenyap begitu sahaja.

Rakyat negara ini dilihat masih baru dalam usaha politik melibatkan rusuhan dan penggulingan kerajaan, berbeza seperti di Thailand dan Mesir dan tidak menghairankan mereka mudah terpengaruh. Bagaimana Dr. melihat tahap kematangan berpolitik di kalangan rakyat dan parti politik di negara ini?

AZMI: Bercakap mengenai kematangan berpolitik begitu menarik jika diungkitkan mereka yang dikatakan teruja dengan perhimpunan haram adalah golongan muda. Seperti mana senario ketika Arab Spring dan juga di Thailand, kumpulan anak muda adalah paling ramai terlibat. Malaysia juga tidak terkecuali daripada fenomena ini. Politik melalui rusuhan adalah situasi baru dalamkalangan rakyat Malaysia tetapi telah dipergunakan secara licik oleh ahli politik tertentu untuk meraih manfaat secara jalan singkat.

Rakyat Singapura dikatakan matang berpolitik kerana rakyat mereka mengundi kerajaan yang mampu memberi manfaat maksimum kepada mereka. Tetapi sayang sekali tahap kematangan politik di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding dengan jiran kita di Singapura. Pihak yang menentang kerajaan di Malaysia akan menggunakan apa jua sahaja isu sebagai modal politik mereka asalkan akhirnya mereka menerima manfaat daripadanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Berhati-hati dengan penyimpan data murah

Posted: 28 Dec 2013 04:44 AM PST

BARU-BARU ini pelbagai aduan diterima berkenaan alat penyimpan data seperti USB drive, SD card dan cakera keras disk mudah bawa yang dikatakan tiruan dan tidak mempunyai nilai yang sama seperti ditulis.

Ini disebabkan oleh lambakan alat penyimpan data tiruan yang terdapat di pasaran tidak kira di kaki-kaki lima mahupun di dalam gedung beli-belah ternama.

Masalah yang dihadapi oleh pengguna biasanya tidak dapat membezakan antara yang tulen dan tiruan kerana kemasan bungkusan yang seakan sama sering mengaburi mata pengguna.

Biasanya barangan tiruan ini akan dijual dengan harga yang sangat murah hingga tidak terfikir oleh akal. Mana tidaknya, penyimpan data USB 64G yang dijual dengan harga RM120 jika tulen hanya dijual dengan harga RM10 bagi yang tiruan.

Ada juga penjual yang mengambil kesempatan dengan menjual barangan tiruan itu dengan harga seakan tulen membuatkan pengguna tidak tahu sama ada ia benar-benar tulen atau tidak.

Ia bukan sahaja berlaku kepada penyimpan data USB, bahkan juga kepada penyimpan cakera keras mudah alih, kad SD dan juga Powerbank.

Sebagai contoh sebuah penyimpan data USB yang mempunyai setoran bersaiz 64G namun apabila digunakan fail yang cuma sebesar 2G tidak dapat disimpan.

Kenapa? Ini disebabkan oleh pengkalan data yang sebenar jauh lebih kecil berbanding yang ditulis pada kotak bagi mengaburi mata pembeli.

Masalah kehilangan data dan sebagainya pasti akan berlaku. Jadi, pilihan yang bijak perlu dibuat agar tidak tertipu dengan masalah yang dihadapi.

Justeru pengguna perlu cerdik dalam memilih penyimpan data yang benar-benar tulen bagi memastikan data yang disimpan dapat digunakan serta selamat daripada sebarang masalah.

- AMIRUL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Jururawat lelaki kerjaya maskulin

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

LELAKI dalam dunia kejururawatan? Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa si jejaka masa kini memilih kerjaya kejururawatan yang dikuasai kaum hawa.

Seperti diketahui ramai, profesion kejururawatan masa kini tidak lagi dibezakan mengikut jantina.

Stereotaip bidang kerjaya jururawat yang hanya menjadi pilihan si feminin tidak lagi benar kerana si maskulin juga tidak ketinggalan memilihnya.

Maklumlah keadaan dalam dunia pencarian kerja yang tidak menentu menjadikan pasaran kerja sesetengah sektor semakin kritikal.

Itulah profesion kejururawatan yang bakal memberikan ganjaran, namun cabarannya membuatkan si jejaka terus melihat bidang tersebut sebagai kerjaya yang menarik

untuk diceburi.

- SYAHRIL/DJOHAN SHAHRIN SHAH

24 pasukan berentap pada Endurance Plus 2013

Posted: 28 Dec 2013 04:44 AM PST

BAGAIKAN pelumba Formula 1 ketika berentap di Singapura, para petugas media baru-baru ini merasai keunikkan berlumba go-kart di sebelah malam di Litar Speedway Lebuhraya Elite, Subang.

Perlumbaan anjuran PLUS Bhd. yang diadakan setahun sekali itu berjaya mengumpulkan seramai 100 orang pelumba yang dibahagikan kepada 20 pasukan.

Setiap pasukan disertai empat pelumba dan mereka perlu menghabiskan perlumbaan dalam masa 25 minit bagi merebut kejuaraan yang ditawarkan.

Buat julung kalinya, acara tersebut diadakan pada sebelah malam membuatkan cabaran yang dilalui para peserta lebih sengit tambahan pula dengan keadaan litar basah kerana hujan di sebelah petang.

Keadaan licin itu membuatkan ramai pelumba tersasar dari litar dan ada juga yang mengalami masalah go-kart mereka berpusing.

Namun semua cabaran itu disahut petugas media dengan persembahan bertenaga sehingga membuatkan acara itu sangat mendebarkan.

Ketua Komunakasi Korporat Plus Bhd., Mohd Nizam Ismail berkata, program seumpama ini bertujuan mengeratkan silaturahim di antara petugas media dengan pengurusan syarikat.

Ia adalah sebahagian program PLUS untuk memberi penghargaan kepada pihak media yang bertungkus lumus bekerja untuk menyampaikan berita-berita kepada masyarakat," katanya.

Pada acara tersebut, perlumba muda Formula 3 negara, Nabil Jan Al Jeffri turut meberi tip menarik kepada petugas media bagi memberikan cabaran pada perlumbaan tersebut.

Acara Go Kart Endurance PLUS 2013 itu dimenangi oleh pasukan 7 Tapau dari NTV7 yang membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan piala pusingan.

Tempat kedua dimenangi oleh Poonai Racing dan diikuti The Banana di tempat ketiga, Hot Rod di tempat keempat dan Lumba Berahi di tempat kelima.

Masing-masing membawa hadiah berupa wang tunai dan trofi.

- AMIRUL AFIQ

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


TMM 2014 sasar pasaran baharu

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014 menyasarkan kehadiran pelancong pada tahun depan daripada negara-negara pasaran baharu termasuk Rusia, Kazakhstan serta negara-negara benua Eropah.

Pengurus Besarnya, Nor Yahati Awang berkata, pihaknya telah giat menjalankan promosi mengedarkan risalah mengenai Malaysia ke seluruh dunia bagi mencapai sasaran 28 juta pelancong pada tahun hadapan.

"Kita tetap kekalkan sasaran kepada pelancong dari negara-negara ASEAN, China dan India tetapi apa yang menjadi harapan kami adalah pelancong-pelancong dapat berbelanja dan tinggal lebih lama di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Program Istana Budaya 2014 di Istana Budaya di sini, hari ini.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi itu turut dihadiri Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Dalam pada itu, Nor Yahati juga mempelawa orang ramai untuk memeriahkan majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 di Dataran Merdeka pada 4 Januari depan.

Berhubung kebimbangan mengenai pihak tertentu berhasrat mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini, Nor Yahati yakin pihak keselamatan dapat mengendalikan perkara itu dengan baik.

"Malaysia dikenali sebagai negara yang aman untuk dilawati, perkara ini yang menjadi antara tarikan utama pelancongan di Malaysia," katanya.

Istana Budaya kenakan deposit elak syarikat produksi batal persembahan

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

ab. Ghaffar A. Tambi (kiri) beramah mesra bersama sebahagian artis, penari dan pemuzik pada majlis pelancaran Program Istana Budaya 2014 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Syarikat-syarikat produksi yang hendak membuat persembahan di Istana Budaya perlu membayar deposit untuk memastikan persembahan yang dijadualkan tidak dibatalkan sewenang-wenangnya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, langkah itu dilakukan bagi menjaga kredibiliti dan nama baik Istana Budaya yang mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

"Langkah ini agar syarikat produksi menepati penjadualan yang ditetapkan oleh Istana Budaya, apabila mereka bersetuju membuat persembahan, maka mereka harus membayar deposit sebagai ikatan dan tidak tarik diri dengan mudah apabila tidak mendapat penajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi sempena majlis Pelancaran Program Istana Budaya 2014 di Istana Budaya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani dan Pengurus Besar Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Nor Yahati Awang.

Menurut Mohamed Nazri, Istana Budaya telah mengadakan 22 persembahan pada 2012, yang berjaya menarik kehadiran 126,000 penonton dan kutipan sebanyak RM8.3 juta.

"Bagi 2013, kutipan daripada 33 persembahan yang diadakan sehingga pertengahan Disember ini adalah RM9 juta dan dijangka menjadi RM9.3 juta menerusi teater Bahayanya Wanita yang sedang dipersembahkan," katanya.

Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, beliau berharap Istana Budaya akan menyajikan persembahan muzik, teater dan seni tari yang bukan sahaja menarik rakyat tempatan malah pelancong asing.

"Setelah diteliti perkembangan, jumlah kehadiran penonton dan jualan tiket terus meningkat untuk persembahan antarabangsa, tanggapan masyarakat terhadap luar negara tampaknya begitu tinggi," katanya.

Beliau juga berharap Istana Budaya dapat menarik lebih ramai kehadiran penonton generasi muda untuk mencintai seni teater dan mewarisi khazanah seni budaya negara.

Industri makanan tarik pelancong

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Industri makanan mampu menjadi penyumbang kepada sektor pelancongan bagi membantu mencapai sasaran 28 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, industri makanan penting sebagai salah satu kaedah bagi mempromosikan negara ke peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, Malaysia bukan sahaja terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan ikonik, malah memiliki tarikan dalam industri makanan dan minuman.

"Produk makanan telah menjadi tarikan kepada pelancong apabila terdapat pengunjung yang melawat negara ini berulang kali disebabkan tertarik dengan keenakan makanannya.

"Oleh itu, saya berharap agar industri makanan kita akan terus mencapai kemajuan besar setiap tahun dan hasrat menembusi pasaran luar negara akan dicapai bukan sahaja melalui kesungguhan usaha, malah dengan keunikan tersendiri," katanya.

Katanya lagi, industri pelancongan merupakan salah satu sektor penyumbang utama kepada ekonomi negara.

"Tahun lalu, kita telah menarik seramai 25 juta pelancong dengan meraih pendapatan sebanyak RM60.6 bilion sehingga meletakkan Malaysia negara ke-10 paling ramai dilawati,'' katanya dalam majlis Pembukaan Pesta Makanan Restoran dan Pertandingan Memasak 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Rashidi Hasbullah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bekalan makanan, sayur cukup

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Oleh Muhammad Zikri
utusanjohor@utusan.com.my

Faridulatrash Md. Mokri (tengah) menyampaikan insentif Kukuh kepada seorang petani di Dewan Mesyuarat PPK Pontian Selatan, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN 27 Dis. - Bekalan sayur-sayuran dan bahan makanan lain di negeri ini dijamin mencukupi walaupun berlaku sedikit kenaikan harga disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Faridulatrash Md. Mokri berkata, pengguna tidak perlu panik dan bimbang kerana bekalan masih diterima walaupun berlaku banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

Beliau berkata, masalah kenaikan harga barangan juga masih terkawal dan pengguna dinasihatkan tidak membeli barangan melebihi keperluan bagi mengelakkan kekurangan bekalan.

"Antara barangan yang menunjukkan peningkatan harga ketara adalah cili serta sayur-sayuran hijau seperti kacang buncis, kacang panjang dan sawi," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Insentif Kukuh dan Program Ladang Kontrak kepada petani dan peserta pasar tani di Dewan Mesyuarat PPK Pontian Selatan di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu sebanyak 10 petani dan dua peniaga pasar tani menerima bantuan berjumlah RM5,000 di bawah Skim Insentif Kukuh bagi meningkatkan pengeluaran sayur- sayuran dan bahan makanan.

Yang turut hadir, Penyelaras Ladang Kontrak FAMA negeri, Farid Abu; Pegawai FAMA Daerah Pontian, Daud Mohd. Nor dan PPK Pontian Selatan, Azahari Abdullah.

Faridulatrash berkata, FAMA sentiasa memantau perkembangan tersebut supaya isu kenaikan harga tidak membebankan orang ramai dengan memperkenalkan skim harga istimewa di pasar tani.

"Skim tersebut membolehkan peniaga menjual barangan keperluan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga berpatutan, sekali gus memberikan keuntungan kepada pembeli," katanya.

Mengenai ladang kontrak beliau memberitahu, setakat ini sebanyak 700 petani telah menyertai skim tersebut bagi memberikan mereka peluang untuk memasarkan pengeluaran menerusi FAMA.

"Kedua-dua insentif kukuh dan ladang kontrak mampu menambah nilai para petani di negeri ini yang tidak lagi perlu bergantung kepada orang tengah bagi memasarkan pengeluaran mereka," katanya sambil berharap aktiviti pertanian akan terus menjadi sumber utama sesuai dengan slogan 'Pertanian adalah perniagaan' yang boleh memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya.

300 murid terima beg sekolah, alat tulis

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Adham Baba (tengah) menyampaikan beg sekolah kepada seorang kanak-kanak sempena Program Back To School di Balai Raya Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor, kelmarin.

KOTA TINGGI 27 Dis. - Sebanyak 300 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan Tenggara menerima bantuan beg sekolah dan alat tulis sumbangan Biro Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO Tenggara, di sini semalam.

Majlis penyerahan bantuan yang diadakan di Balai Raya Taman Kota Jaya itu turut mendapat kerjasama Sekretariat Anak Johor Darul Takzim (Sejati) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Kelab Berkereta Royal Star Johor.

Pengerusi program itu, Nor Hasrul Akmal Ngadiman berkata, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban yang ditanggung ibu bapa bagi menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka tahun depan.

"Kami mengenal pasti penerima dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan. Sumbangan ini diharap dapat menyuntik semangat mereka supaya belajar dengan lebih tekun dan seronok untuk memulakan sesi persekolahan minggu depan," katanya.

Beliau juga berharap murid-murid berkenaan dapat memanfaatkan bantuan itu dan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengubah nasib dan masa depan keluarga masing-masing.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Dr. Adham Baba yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja. Yang turut hadir timbalannya, Datuk Suhaimi Khalid dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tenggara, Nor Adibah Safar.

Program itu turut dimeriahkan dengan bengkel motivasi dan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma oleh mahasiswa Sejati UTM dan pelatih Kolej Komuniti Pasir Gudang manakala Kelab Berkereta Royal Star Johor berkonvoi menghantar peralatan sekolah tersebut ke rumah murid-murid yang terpilih.

Sementara itu Adham Baba berkata, pihaknya akan memperhebatkan lagi program seperti itu dalam usaha mendekati golongan muda supaya terus menyokong perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada masa hadapan.

"Sokongan golongan muda amat diperlukan kerana mereka merupakan generasi pewaris kepada kepimpinan negara pada masa depan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Satin sutera pelengkap gaya urban dan elegan

Posted: 28 Dec 2013 04:44 AM PST

PENAMPILAN satin sutera dalam pemakaian memberi gaya urban tetapi masih mampu mengekalkan imej hijab yang sopan.

MENGETENGAHKAN gaya wanita urban yang elegan serta sesuai digayakan di mana sahaja, kini selendang satin sutera kian mendapat tempat dalam kalangan mereka yang berhijab.

Jika dahulu ia sering dijadikan skaf atau diikat pada leher, kain satin sutera telah mula mengorak langkah dalam memberikan kepelbagaian kepada rekaan dan gaya si pemakai.

Ruangan Trend minggu ini menampilkan beberapa koleksi dari jenama Fleur Malaysia yang bercirikan nilai-nilai ringkas serta elegen dan mewah dari segi tekstur dan juga pemilihan rona.

Kompilasi yang ditampilkan ini merangkumi padanan dua ton warna yang berbeza pada setiap helaian selendang bagi menampakkan kelainan dan gaya anggun pada si pemakai.

Tidak lagi hanya dengan corak flora ataupun gaya geometri sahaja mahupun dengan satu padanan warna yang agak old school kini nafas baharu yang diberikan mampu memberikan keyakinan kepada si pemakai.

Ia bukan sahaja cantik apabila dipadankan dengan baju kurung moden atau dres formal bahkan juga memberi keselesaan ketika digayakan di jalanan seperti bersantai bersama rakan-rakan.

Cukup hanya dengan berseluar jeans dan berkemeja putih, lilitan selendang satin mampu memberikan kelainan kepada gaya si pemakai.

Mari kita lihat koleksi yang diilhamkan oleh Fleur Malaysia untuk gaya gadis moden yang ingin tampil elegan dan urban tidak kira dalam apa jua majlis disertai.

- AMIRUL/FLEUR MALAYSIA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved