Sabtu, 28 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat pelajar universiti Singapura tergelincir di Gunung Stong ditemui

Posted: 28 Dec 2013 10:25 PM PST

KUALA KRAI 29 Dis. - Mayat pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang hilang selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, malam tadi, ditemui pasukan penyelamat hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Lee Jun Jie, 23, pada pukul 9.50 pagi di dalam sebuah lubuk di kawasan Air Terjun Stong, kira-kira 100 meter dari Kem Baha yang dijadikan tempat perkhemahan mangsa bersama 22 lagi rakannya.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, Jun Jie yang sedang melihat pemandangan waktu senja semasa berhenti untuk berkhemah di Kem Baha, tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan lalu terjatuh ke dalam Air Terjun Stong.

Mangsa bersama rakan-rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di situ. - BERNAMA

Polis pandang serius e-mel rancangan letupan tahun baharu

Posted: 28 Dec 2013 10:00 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Polis memandang serius penyebaran e-mel yang didakwa dihantar oleh rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Ghouse, kepada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berhubung rancangan letupan di beberapa kawasan strategik sempena sambutan tahun baharu Selasa ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan, telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya menghormati keamanan dan ketenteraman di negara ini di samping menyambut kedatangan tahun baharu," katanya dalam laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata, sehingga hari ini sejumlah 1,151 laporan polis diterima dari seluruh negara terhadap bantahan penganjuran perhimpunan memudaratkan ketenteraman awam yang disebarkan melalui media sosial sebelum ini.

Sementara itu, Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Abdul Rahim menafikan yang beliau menulis surat tersebut dan percaya ada orang lain telah menggunakan namanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved