Khamis, 19 Mei 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Layan Anwar seperti rakyat biasa

Posted:

Layan Anwar seperti rakyat biasa

Layan Anwar seperti rakyat biasa

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Mei - Semua pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.

"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.

"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi.

"Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun.

"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi.

"Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya.

Kata Mohd. Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu video seks tidak selesai selagi pelaku tidak didedah

Posted:

Isu video seks tidak selesai selagi pelaku tidak didedah

Isu video seks tidak selesai selagi pelaku tidak didedah

KUALA LUMPUR 19 Mei – Isu rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan selesai selagi pihak berkuasa enggan mendedahkan individu terlibat walaupun ia telah disahkan tulen.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sehingga kini, pihak berkuasa tidak membuat kenyataan siapakah watak di dalam video meskipun pengesahan ketulenan dilakukan sebanyak dua kali termasuk pakar dari Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, tegas beliau, pendirian Pas dalam isu tersebut jelas iaitu parti itu tidak akan terlibat dalam kesalahan berkaitan qazaf.

''Isu itu tidak selesai. Mana nak selesai kerana satu badan yang berkuasa pun tidak boleh kata siapa pelakon watak dalam video itu. Video ini kemudian telah disebarkan sebab itu Pas berpendapat ini tidak bertanggungjawab. Polis pula telah sahkan dua kali tulen.

''Apabila Bukit Aman membuat penyiasatan ia disahkan tulen. Namun, kita perlu pula pakar daripada AS dan mereka siasat. Kemudian ia disahkan tulen. Ini bermakna ada pakar pun tulen tidak ada pakar pun tulen, tetapi tidak pula dedahkan siapa yang sebenarnya. Perlu ada satu badan berkuasa uruskan perkara ini,'' katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keresahan rakyat ekoran rakaman video yang didakwa pelakunya mirip Anwar.

Sebelum ini, beberapa pihak mahukan pelaku video seks berkenaan dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan sedia ada sama ada dalam bentuk hukuman mahkamah sivil atau syariah.

Salahuddin berkata, pendirian Pas tidak pernah berubah sejak hari pertama isu tersebut tercetus kerana bagi parti itu, tuduhan atau dakwaan tersebut perlu disertakan bersama empat saksi yang adil.

''Perbuatan ini tidak diizinkan oleh Islam kerana ia memerlukan pembabitan empat orang saksi,'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, pendirian Pas adalah atas pertimbangan agama kerana ia berkaitan dengan satu tuduhan yang memerlukan keterangan empat orang saksi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua laporan polis dibuat

Posted:

Dua laporan polis dibuat

Dua laporan polis dibuat

Oleh RASMI ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Mohd. Abdul Raof Mokhtar (tiga dari kanan) dan Raja Ahmad Raja Abd.Wahid (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis di Klang, semalam.


KLANG 19 Mei - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan seorang individu membuat laporan polis hari ini berhubung tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan menafikan beliau pelaku dalam video seks yang tersebar luas kini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang oleh Timbalan Pengerusi GAPS, Mohd. Abdul Raof Mokhtar dan Raja Ahmad Raja Abd. Wahid.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd. Abdul Raof berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video terbabit, sekali gus membuktikan laporan yang dibuat Anwar pada 22 Mac lalu di IPD Dang Wangi adalah palsu.

''Saya rasa Anwar telah membuat laporan palsu kerana setelah diteliti dan diamati pelaku dalam video itu saya yakin dia adalah beliau (Anwar).

''Saya harap pihak polis menyiasat kes ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang itu yang membuat laporan palsu," katanya di sini, hari ini.

Raja Ahmad pula turut menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video tersebut agar tidak berlaku tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang menerima cakera padat video (VCD) layang mengandungi rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu berkata, apa yang dilihat pelaku dalam VCD itu jelas mirip Anwar.

Beliau turut menggesa polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mendedahkan pelaku itu supaya tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof mengesahkan menerima dua laporan polis tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Akibat 'kata-kata cinta' di Internet

Posted:

Akibat 'kata-kata cinta' di Internet

Akibat 'kata-kata cinta' di Internet

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Mei - Berbekalkan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta, dua lelaki warga Nigeria melalui Internet berjaya memperdaya seorang wanita Taiwan sehingga mengakibatkan kerugian RM380,000.

Kegiatan suspek terbongkar selepas mangsa berusia 43 tahun datang ke negara ini setelah menyedari dirinya ditipu seterusnya membuat laporan di Kedutaan Taiwan, di sini Februari lalu.

Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, mangsa mengenali suspek yang menggunakan nama John Miller dari United Kingdom melalui laman sosial Facebook sebelum jatuh cinta.

Katanya, hasil perkenalan itu, suspek berjanji untuk memberikan 'hadiah' bernilai 950,000 pound sterling (RM4.65 juta) dan sejumlah barangan kemas, namun tersekat di sebuah ejen syarikat penghantaran di Malaysia.

"Berikutan itu, mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang. Mangsa menuruti kehendak suspek dan menyedari ditipu selepas melakukan transaksi ketiga berjumlah RM380,000," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Rodwan, hasil laporan mangsa, polis berjaya mengesan suspek menerusi akaun transaksi terbabit sehingga membawa kepada penahanan dua lelaki Nigeria itu, masing-masing berusia 26 dan 39 tahun di Serdang dan Seri Kembangan, Isnin lalu.

Katanya, siasatan mendapati salah seorang suspek ialah pelajar sebuah kolej swasta, manakala rakannya merupakan pelancong.

"Turut ditahan ialah seorang wanita tempatan yang juga isteri kepada salah seorang suspek. Dia turut menjadi dalang dan wanita beranak satu itu juga adalah pemilik sebenar akaun bank terbabit.

"Hasil serbuan di dua buah rumah itu, polis menemui sejumlah barang kemas bernilai hampir RM100,000, peralatan komputer, buku cek, kad kredit serta kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Selain itu, beberapa alat telekomunikasi dan wang tunai berjumlah AS$15,000 (RM45,458) dan RM14,000," katanya.

Mohd. Rodwan memberitahu, berikutan penipuan yang dilakukan, suspek telah membuka sebuah perniagaan menyewa kereta mewah di Serdang.

"Oleh itu, kita telah merampas empat buah kereta mewah dianggarkan bernilai RM400,000," katanya sambil memberitahu sedang menyiasat lebih lanjut penipuan itu termasuk kemungkinan turut melibatkan warga tempatan.

Mohd. Rodwan mengingatkan warga tempatan supaya berhati-hati berkawan dengan warga asing dan tidak sewenang-wenangnya membuka akaun bank jika diminta sesiapa untuk membantu perniagaan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Liga Malaysia bersih - PDRM

Posted:

Liga Malaysia bersih - PDRM

Liga Malaysia bersih - PDRM

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) bersalam dengan Chris Eaton sambil diperhatikan Salleh Mat Rashid pada taklimat dan perbincangan bersama delegasi keselamatan FIFA di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA


PETALING JAYA - Bola sepak Liga Malaysia masih bersih dan selamat daripada sebarang anasir yang boleh dikaitkan dengan aktiviti mengatur perlawanan dan perjudian buat setakat ini.

Itu kesimpulan yang boleh dinyatakan oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/ KA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid berhubung status sebenar isu berkenaan.

Biarpun masih belum ada sebarang kes mengenai kegiatan mengatur perlawanan, beliau memberikan jaminan pihak polis sama sekali tidak akan bersikap leka dalam soal itu bagi memastikan penyakit yang pernah melanda bola sepak negara pada tahun 1995 tidak akan berulang kembali.

''Sepanjang siasatan kami buat masa ini, saya boleh beritahu tidak ada mana-mana pihak yang kami dapati terlibat dalam jenayah mengatur perlawanan dalam saingan Liga Malaysia.

''Ini berdasarkan maklumat yang kami dapati selepas bekerjasama rapat dengan FIFA yang sentiasa menyalurkan apa-apa perkembangan kepada kami.

''Walaupun setakat ini pihak kami belum berdepan mana-mana kes, kami tetap komited menubuhkan unit bertindak khas bagi memantau kegiatan perjudian dan mengatur perlawanan dari masa ke semasa.

''Pasukan khas ini juga akan terdapat di setiap negeri bagi bekerjasama dengan setiap Persatuan Bola Sepak Negeri sementara di Bukit Aman akan sentiasa berhubung rapat bersama FAM.

''Saya seru kepada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perjudian atau rasuah bola sepak, terus hubungi pihak polis supaya kami boleh melakukan siasatan terperinci," katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Beliau sebelum itu menemui Ketua Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Chris Eaton dan delegasi yang lain terdiri daripada Penyiasat Utama FIFA, Teny Steans; Pegawai Penerangan Utama FIFA, Javier Mena dan Pegawai Pembangunan FIFA Kuala Lumpur, Domeka Garamendi.

Jelas Salleh lagi, unit bertindak khas itu akan diletakkan di bawah pemantauan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang akan diketuai oleh Senior Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad memberikan peringatan keras kepada pemain supaya jangan sama sekali terlibat dengan kegiatan rasuah.

''Sekiranya pihak FAM mendapat maklumat bahawa mereka terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan, kami tidak akan teragak-agak mengarahkan kontrak mereka ditamatkan dan dikenakan tindakan disiplin yang berat.

''Masalah rasuah adalah satu kes yang serius. FAM sama sekali tidak akan berkompromi dan kami harap sejarah hitam tahun 1995 tidak akan berulang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lapor segera jika ada maklumat – FAM

Posted:

Lapor segera jika ada maklumat – FAM

Lapor segera jika ada maklumat – FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras pengaturan perlawanan di negara ini.

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, pasukan petugas khas itu bukan hanya memantau pasukan kebangsaan, tetapi persatuan bola sepak negeri-negeri.

"FAM tidak mahu skandal mengatur perlawanan yang berlaku di negara ini pada 1995 berulang. Jadi saya menasihatkan pemain dan pegawai Malaysia tidak mengulangi episod ini atau mereka akan susah teruk," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang diketuai Ketua Keselamatannya Chris Eaton di sini, semalam.

Bola sepak Malaysia dicemari teruk dengan skandal pengaturan perlawanan pada 1995, di mana berikutan dengan itu satu siasatan polis dijalankan dan lebih 100 pemain dilarang bermain sepanjang hidup.

Tengku Abdullah berkata, FAM akan juga mengetatkan pemeriksaan terhadap pemain khasnya apabila Liga Malaysia tahun depan membuka pintunya untuk pemain asing.

Mengenai khabar angin bahawa Liga Malaysia sekarang juga terbabit dengan pengaturan perlawanan, beliau berkata, mereka yang ada maklumat hendaklah memaklumkan kepada FAM oleh kerana badan bola sepak kebangsaan itu tidak dapat mengambil tindakan berdasarkan khabar angin.

Sementara itu, Eaton berkata pasukan tersebut kini menyiasat skandal pengaturan perlawanan di Jerman, Finland dan Singapura, dan penyiasatan ini membawa beliau ke Malaysia.

"Saya akui daripada siasatan kami, beberapa rakyat Malaysia terbabit dalam pengaturan perlawanan. Tetapi kes ini tidak membabitkan badan kebangsaan (FAM)," kata beliau.

Eaton mengakui bahawa beliau tidak ada makluman mengenai pengaturan perlawanan dalam Liga Malaysia.

Ditanya mengenai pasukan kebangsaan Zimbabwe yang palsu yang telah mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Malaysia pada Julai 2009, beliau berkata FIFA masih menyiasat kes ini.

"Jika didapati bersalah, FIFA boleh melarang mereka. Terpulanglah kepada bidang kuasa negaranya sendiri," kata beliau.

Menurut laman web FIFA, Polis Antarabangsa (Interpol) telah menyelaraskan beberapa operasi yang berjaya yang mensasarkan perjudian haram di Asia, dijalankan sepanjang musim Piala Dunia 2010, membabitkan polis di seluruh China, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Lebih 5,000 individu ditangkap dalam beberapa serbuan yang dijalankan di hampir 800 tempat perjudian haram, yang mengendalikan lebih USD155 juta (RM469 juta) pertaruhan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Benjy dilihat serah peket kepada polis

Posted:

Benjy dilihat serah peket kepada polis

Benjy dilihat serah peket kepada polis

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang anggota polis hari ini mendakwa dia melihat pelakon Benjy menyerahkan kepada seorang pegawai atasannya satu peket plastik lutsinar disyaki syabu yang disembunyikan di dalam unit Kondominium Menara Duta 2.

Inspektor Roslan Tambi memberitahu Mahkamah Majistret di sini, selepas pintu utama kediaman Benjy itu dibuka oleh pembantu rumahnya, artis tersebut dengan segera mencapai peket plastik yang terletak di rak buku sebelum diserahkan kepada Asisten Supritendan Mohd. Ashril Md. Johar.

Kata Roslan, Benjy yang diberkas bersama pembantunya, Afifi Hamid di tempat meletak kereta kediaman tersebut, sebelum itu telah dibawa ke Kondominium Mutiara Vista, Kepong Baru selepas dijumpai sejambak kunci dalam poket seluar artis lelaki tersebut.

Tambah anggota polis itu yang bertugas sebagai Pegawai Risikan/Operasi di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara, dua peket plastik mengandungi dadah turut ditemui di atas sebuah meja di unit Kondominium Mutiara Vista.

Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abdul Halim siapa anggota polis yang bertanggungjawab menyimpan ketiga-tiga peket dadah itu, saksi pendakwa kesembilan itu berkata, Mohd. Ashril yang menyimpan kesemua barang kes itu.

Ketika sesi soal balas oleh peguam bela yang mewakili Benjy, Amer Hamzah Arshad, lelaki tersebut memaklumkan, dia tidak pasti sekiranya tempat penyembunyian dadah di unit Menara Duta 2 itu boleh dilihat oleh sesiapa.

Namun ketika pemeriksaan semula oleh Noor Mawarni, Roslan menyatakan individu yang mengambil peket tersebut boleh melihat tempat penyembunyian barang terbabit.

Benjy, 33, atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim dibicarakan atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut di sini pada pukul 4 petang, 11 Mac tahun lalu.

Tertuduh juga didakwa memiliki 0.14 gram dadah jenis yang sama di No. C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang hari yang sama.

Perbicaraan di hadapan Majistret Hafizza Sauni bersambung 30 Mei ini.

Dia yang hadir ditemani bapanya, Khairil Anwar ZM Rashidi didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Hafizza Sauni bersambung 30 Mei ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga pengarah, pengilang kopi DNA babi didakwa

Posted:

Tiga pengarah, pengilang kopi DNA babi didakwa

Tiga pengarah, pengilang kopi DNA babi didakwa

KLUANG 19 Mei - Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

Jit Chiang, Jit Tong dan Jit Chen didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi antara pukul 3 petang hingga 4 petang di premis tersebut di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka kepada pegawai Jabatan Kesihatan, Amezatul Aida Mohd. Daim bagi tujuan analisis dan keputusan ujian Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menjual 20 peket kopi uncang dalam bungkusan belum dibuka yang mengandungi DNA babi kepada Amezatul Aida bagi tujuan serupa pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Keputusan analisis di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya turut mendapati wujud DNA babi dalam kopi uncang tersebut.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Peraturan 11(1)(c) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana menjual makanan tanpa suatu pernyataan tentang adanya DNA babi pada label bungkusan makanan berkenaan.

Setiap pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, syarikat pengilang, Cheng Hiong Coffee Powder Trading didakwa atas pertuduhan menyedia dan membungkuskan kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel itu untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

Syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Kilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading di Jalan Mersing di sini antara pukul 10.40 pagi hingga 2 petang, 25 Mac lalu.

Dua rakan kongsi syarikat pengilang tersebut, Wong Siew Boey, 52, dan Ong Cheng Ming, 44, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama dikenakan ke atas ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, S. Selvarajah manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd. Radzaz.

Majistret Norhabsarina Ayob menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan semula ketiga-tiga kes berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


26 parti Thai bertanding

Posted:

26 parti Thai bertanding

26 parti Thai bertanding


Abhisit Vejjajiva


BANGKOK 19 Mei - Sebanyak 26 parti politik mendaftarkan calon-calon mereka yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang hari ini, genap setahun tindakan keras kerajaan terhadap penunjuk perasaan Baju Merah yang mengorbankan 92 nyawa tahun lalu.

"Banyak pihak berharap pilihan raya pada 3 Julai ini akan membawa kestabilan kepada Thailand.

"Pilihan raya ini adalah untuk masa depan negara. Dunia akan memerhatikan kita," kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Apichart Sukakanond semasa perasmian proses pendaftaran.

Dua calon utama yang dijangka mendapat perhatian pada pilihan raya ini ialah Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, 46, yang mewakili Parti Demokrat dan adik perempuan Thaksin Shinawatra, Yingluck, 43, dari parti pembangkang Pheu Thai yang akan mencabar Abhisit bagi jawatan tersebut.

"Saya mengambil keputusan membubarkan Parlimen kerana mahu memulangkan kuasa kepada rakyat.

"Saya mahu lihat persaingan yang sihat dan negara terus maju," kata Abhisit hari ini semasa menyerahkan senarai calon untuk 500 kerusi Dewan Perwakilan yang dipertandingkan.

Yingluck dalam satu wawancara pertamanya dengan media berkata, beliau sedia berkempen di kawasan pedalaman.

"Saya rasa bertemu dengan pengundi lebih penting berbanding mengadakan perbahasan politik dengan Abhisit," katanya. – dpa/Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan Australia dituduh 'panik, terdesak'

Posted:

Kerajaan Australia dituduh 'panik, terdesak'

Kerajaan Australia dituduh 'panik, terdesak'

SYDNEY 19 Mei - Pembangkang Australia menuduh kerajaan berada dalam keadaan 'panik dan terdesak' kerana awal-awal lagi sudah berjanji pencari suaka akan dihantar ke negara ketiga sebelum Malaysia atau Papua New Guinea (PNG) menandatangani perjanjian dengan Canberra untuk menerima mereka.

Jurucakap Parti Liberal bagi hal-ehwal imigresen, Scott Morrison hari ini berkata, pendatang yang tiba dari Indonesia baru-baru ini telah memasuki 'zon polisi terawang-awang' kerana mereka tidak akan diproses di Australia dan belum ada negara ketiga yang bersedia untuk menerima mereka.

"Selepas tergesa-gesa untuk membuat pengumuman besar, kerajaan sudah pun mengisi kuota pendatang untuk dihantar ke Malaysia sebelum perjanjian ditandatangani.

"Pendatang yang tiba telah memasuki zon polisi terawang-awang, kerana tidak ada perjanjian untuk menghantar sesiapa pun ke mana-mana negara," kata Morrison.

Kerajaan Perdana Menteri Julia Gillard sudah mempersetujui perjanjian pertukaran pencari suaka dengan Malaysia.

Di bawah perjanjian yang belum ditandatangani itu, 4,000 pencari suaka yang sudah diproses oleh Malaysia akan ditempatkan semula di Australia manakala Kuala Lumpur sebagai balasan akan menerima 800 pencari suaka yang tiba di Australia dengan bot.

Akhbar di Malaysia memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai berkata, Malaysia tidak akan menerima pencari suaka yang tiba di Australia sebelum perjanjian tersebut ditandatangani.

Gillard berkata, kedudukan perjanjian itu tidak terancam.

"Kenyataan beliau (Hishammuddin) memang munasabah, iaitu pencari suaka tidak akan dibawa masuk ke Malaysia sehingga perjanjian itu dimeteraikan.

"Kita sedang bekerjasama dengan Malaysia seperti yang saya nyatakan sebelum ini," kata Perdana Menteri itu.

Beliau mendakwa akhbar The Star di Malaysia telah tersalah lapor kenyataan Hishammuddin. - dpa

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


SASTIEC uji ketahanan peserta

Posted:

SASTIEC uji ketahanan peserta

SASTIEC uji ketahanan peserta

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


Para peserta bersaing meredah kawasan berbukit pada kejohanan SASTIEC 2011 di Pulau Tioman, Pahang baru-baru ini.


TIOMAN 19 Mei – Penganjuran sukan lasak, Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge (SASTIEC) 2011 yang diadakan di sini baru-baru ini merupakan medan kepada peserta menguji ketahanan mental dan fizikal.

Sukan itu yang diperkenalkan sejak empat tahun lalu mendapat sokongan penyertaan khususnya golongan muda dari dalam dan luar negara.

Pengarah kejohanan itu, Datuk Thong Kok Sing berkata, pada pertandingan kali ini pihaknya menampilkan kelainan apabila peserta akan memasuki laluan kampung bagi merasai sendiri suasana desa dan alam semula jadi.

Menurutnya, cara itu bertujuan memberikan kelainan dan halangan berbeza kepada peserta supaya mereka dapat meningkatkan potensi masing-masing dalam sukan tersebut.

"Pertandingan kali ini dibahagikan kepada lima sektor iaitu peserta akan melalui 15 hentian pemeriksaan dengan jarak 35 kilometer bermula dari Tekek ke Kampung Nipah.

"Selain melihat istana hinggap kepunyaan keluarga diraja Pahang di sini yang turut dikenali sebagai Pulau Naga, mereka juga dapat meninjau flora dan fauna yang menarik di sekitar pulau ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Jelasnya, cabaran itu telah berjaya menarik lebih ramai peserta iaitu 210 orang berbanding tahun lalu 119 orang sahaja.

Katanya, antara peserta yang menyertai kejohanan itu ialah dari Kenya, Australia, Brunei, Itali, Rusia, Singapura, Thailand dan Vietnam selain Malaysia.

Perlumbaan dilepaskan oleh penganjur kejohanan tersebut, Datuk Seri Tengku Kamarul Zaman Sultan Abu Bakar.

Menurut Kok Siong, objektif utama penganjuran itu adalah menguji kekuatan stamina peserta menjelajah ke setiap lokasi perkampungan di sini selain meneroka alam semula jadi.

Sementara itu beliau memberitahu, beberapa penambahbaikan aktiviti seperti berkayak dan berbasikal akan diadakan pada penganjuran yang sama nanti.

Jelasnya, pihaknya ingin mengadakan kedua-dua aktiviti tersebut tetapi tidak dapat dilakukan kerana masalah kewangan dan logistik.

"Kita berharap untuk mendapatkan sokongan daripada sektor swasta bagi menjayakan program bertaraf dunia ini pada masa hadapan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertama kali sertai SASTIEC raih kejayaan

Posted:

Pertama kali sertai SASTIEC raih kejayaan

Pertama kali sertai SASTIEC raih kejayaan


Moses Kipsang Kandie (kiri) dan Eunice Nyawira Muchiri dari Kenya muncul johan keseluruhan SASTIEC 2011 di Pulau Tioman, baru-baru ini.


TIOMAN 19 Mei - Peserta Sabah, Heidilee Mohamad, 28, dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori lelaki tempatan pada kejohanan Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge (SASTIEC) 2011 yang diadakan di sini baru-baru ini.

Heidilee yang merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencatat masa keseluruhan 4 jam 49 minit bagi larian sejauh 35 kilometer sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM2,000.

Katanya, laluan di sini lebih mencabar kerana bentuk muka bumi yang berbukit.

"Bukan itu sahaja, banyak kali juga saya terkena duri rotan tetapi ia tidak menjadi halangan untuk saya menjuarai pertandingan itu," katanya di sini baru-baru ini.

Pemenang tempat pertama kategori lelaki antarabangsa, Moses Kipsang Kandie, 24, dari Kenya mengakui trek laluan sangat mencabar kerana bersemak-samun selain peserta perlu mendaki bukit dan memanjat batu.

Moses yang pertama kali menyertai kejohanan itu berjaya menamatkan larian 35 Kilometer dalam masa 4 jam 8 minit.

Sementara itu, kategori wanita tempatan pula menjadi milik Cheah Meei Meci, 35, manakala kategori wanita antarabangsa disandang oleh peserta Kenya, Eunice Nyawira Muchiri, 19.

Meei Meci yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, ia merupakan cubaannya yang pertama di pulau tersebut.

"Apa yang penting kita jangan mudah putus asa dan terus berusaha sehingga ke akhir pertandingan," katanya.

Bagi Eunice, dia teruja dan gembira kerana memenangi kategori tersebut dan menyifatkan kejohanan itu mencabar dan bercadang menyertainya pada tahun depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM300,000 baik pulih rumah

Posted:

RM300,000 baik pulih rumah

RM300,000 baik pulih rumah

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

RAUB 19 Mei - Kerajaan memperuntukan lebih RM300,000 bagi membaik pulih rumah uzur dan usang di bawah Skim Membaiki Rumah Lama di kawasan Parlimen Raub tahun ini.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, sebanyak 100 rumah di 49 kampung yang dikategorikan sebagai rumah lama dan uzur terpilih untuk dibaik pulih.

Menurut beliau, kerja-kerja membaik pulih rumah terbabit adalah sebahagian daripada program kerajaan dalam membela nasib rakyat khususnya golongan miskin.

Beliau menjelaskan, setiap pemilik rumah terbabit akan diberi peralatan dan bahan binaan bernilai RM5,000 manakala kerja-kerja membaik pulih dilakukan di bawah seliaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Pemilihan setiap kampung hanya dihadkan dua rumah sahaja yang dinilai oleh sebuah jawatankuasa khas berdasarkan taraf hidup miskin dan keadaan rumah mereka yang uzur," katanya selepas majlis mesra rakyat dan penyampaian bantuan kepada penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Dataran Raub di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan berharap skim itu mencapai sasaran dengan memilih individu yang layak menerima bantuan tersebut.

Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan bantuan kepada golongan miskin, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim bagi mengatasi bebanan hidup mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Wasatiyyah selamatkan dunia

Posted:

Wasatiyyah selamatkan dunia

Wasatiyyah selamatkan dunia

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (Yadim)


Najib Tun Razak ketika memberi syarahan bertajuk Coalition of Moderates and Inter-Civilisational Understanding di Sheldonian Theatre Universiti Oxford kelmarin.


Persekitaran alur perbezaan pandangan terhadap perkara-perkara yang membawa kepada amalan dan budaya turut melahirkan kelompok yang pelbagai. Ada kelompok yang dilihat sebagai fundamentalis apabila tidak membenarkan sebarang percubaan mengubah suai ajaran dalam konteks yang lebih moden, mereka tetap mahu mempertahankannya.

Kelompok lain yang bertentangan pula akan melihatnya sebagai sesuatu yang bersifat ortodoks, maka mereka perlu lakukan pentafsiran semula maksudnya agar lebih sesuai dengan keperluan semasa.

Di antara dua kelompok berbeza ini, hadir sekumpulan yang cuba berada di persimpangan antara kontinum pemikiran dan mereka ini dikenali sebagai golongan sederhana. Mereka yang memegang kuat kepada prinsip kesederhanaan ini yakin, keselesaan hidup dan ketenteraman hati akan muncul apabila tiadanya konflik di mana antara penganut intraagama dan antara agama tidak mengamalkan sikap buruk sangka.

Atas dasar itu jugalah telah memberikan perspektif yang jernih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan gagasan kesederhanaan kepada masyarakat antarabangsa. Pada tahun lalu, beliau memperkenalkan kepada kelompok elit kuasa di Eropah dan Amerika Syarikat sehingga diberikan kepercayaan oleh masyarakat global untuk dikembangkan secara meluas.

Tiga hari lalu, semasa menyampaikan syarahan di hadapan 600 orang ahli akademik, politik dan pemikir di Pusat Kajian Agama di Universiti Oxford mengingatkan sekali lagi betapa pentingnya sikap sederhana dalam menyelesaikan masalah dunia.

Dengan melatari pengalaman sejarah, Perdana Menteri memberikan beberapa pandangan mengenai sikap kesederhanaan yang pernah dilakarkan oleh Nabi Muhammad SAW, Mahatma Ghandi, Nelson Mandela dan Martin Luther King. Nabi Muhammad SAW telah berjaya menunjukkan teladan terbaik dan kesederhanaan baginda turut menjadi inspirasi kepada Ghandi.

Prinsip kesederhanaan Ghandi mempengaruhi pula peribadi Mandela. Dan, tokoh-tokoh tersebut sehingga kini terus menjadi objek kajian bagaimana prinsip kesederhanaan berupaya melahirkan idealisme perjuangan yang agung dan besar.

Teladan Nabi Muhammad SAW yang diancam oleh kaum Quraisy pada peringkat awal dakwahnya telah menjadikan baginda semakin kental dan mengambil langkah berhijrah ke Madinah.

Penghijrahan tersebut menjadi titik kemenangan yang besar kepada Islam, bukan sahaja menambahkan bilangan penganut tetapi berjaya membentuk struktur masyarakat madani yang terangkum di dalamnya kepelbagaian kaum, keturunan dan kepercayaan agama.

Mereka hidup dengan aman dan saling memerlukan. Golongan minoriti tidak merasakan dirinya ditekan oleh majoriti, kehidupan mereka tidak mengalami ancaman dan terus diberikan kebebasan mengekalkan agama dan kepercayaan masing-masing.

Kelainan ini membuktikan bahawa Islam tidak "memaksa orang lain menukarkan agama yang dipegang oleh seseorang" tetapi antara pelbagai penganut saling hormat menghormati. Tidak timbul rasa cemburu kelompok minoriti ke atas majoriti manakala majoriti tidak pula mengkhianati minoriti.

Perubahan sikap telah menebalkan semangat permusuhan apabila lingkungan agama tercabar dengan pandangan anti-establishment yang hadir dalam bentuk sekularisme, liberalisme, globalisasi yang ikut menghadirkan keinginan membentuk hegemoni.

Keinginan untuk menguasai telah menjadikan kumpulan pelampau agama semakin bersemangat melancarkan serangan dalam bentuk fizikal ataupun psikologi.

Serangan dalam bentuk fizikal ialah campur tangan di negara-negara tertentu manakala yang sedia berpihak kepadanya dibiarkan melakukan tindakan kekejaman secara meluas. Serangan dalam bentuk psikologi dilancarkan dengan menggunakan peralatan moden, antaranya media dengan menguasai dan menapis jenis-jenis maklumat.

Maklumat yang menggambarkan keburukan tingkah laku segelintir penganut agama yang diandaikan sebagai musuh diperbesar-besarkan dalam konteks falsafah agama. Ia tidak dilihat dalam konteks sebenar, bahawa setiap agama mempunyai kumpulan ekstremis sedangkan prinsip sebenar agama-agama ialah menyemai budaya berbudi pekerti dan menjamin ketertiban individu sebagai lambang kehidupan bermasyarakat, bernegara dan berhubung antara satu sama lain.

Secara literalnya, kesederhanaan itu dikaitkan dengan perlakuan tidak melampau, terlalu mendesak atau menekan dan tegar dengan pendirian peribadi. Berdasarkan konsep itu, secara jelasnya wasatiyyah menolak sikap melampau tetapi bukan dalam konteks penerokaan ilmu, mencari rezeki dan beribadat.

Dalam konteks penerokaan ilmu, Islam mengharapkan setiap penganutnya tidak berhenti belajar dan menggunakan akal fikiran untuk membentuk pengetahuan dan penemuan baru. Budaya menyelidik dan memerhati menjadi sesuatu yang teramat besar keperluannya, kerana dengan ilmu Islam dibangunkan, dari situasi jahiliyah kepada pemodenan.

Bagi Perdana Menteri, konsep kesederhanaan akan membolehkan kita membangunkan masa depan yang lebih tenteram, aman dan adil. Untuk menzahirkan cita-cita itu, Malaysia telah meletakkan gagasan 1Malaysia sebagai acuan penyatuan antara kaum tanpa melihat perbezaan etnik, agama dan kepercayaan sebagai faktor permusuhan dan konflik.

Dengan mempromosikan prinsip wasatiyyah, maka unsur-unsur fanatisme dan fundamentalis dalam beragama tidak dilihat dalam konteks negatif. Keyakinan yang amat (fanatisme) adalah atas kedudukan Allah SWT sebagai penguasa seluruh kehidupan manakala fundamentalis ialah kembali kepada kejernihan sumber dan ajaran Islam.

Konsep-konsep yang diperkenalkan dalam tradisi pemikiran rasional Barat melebarkan perbezaan dan membangkitkan kebencian terhadap Islam. Inilah yang harus diperbetulkan dan ia dapat dilaksanakan secara berkesan melalui aplikasi prinsip kesederhanaan.

Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah di kurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia".

Pendekatan kesederhanaan membolehkan kita melihat sesuatu dalam konteks yang lebih luas dan objektif. Keluasan perspektif itu akan memberikan kita sumber dan semangat yang kuat untuk membangunkan peradaban di mana ketertiban perilaku mengawal keserakahan nafsu. Dari situlah peradaban yang bakal muncul akan menjadi lebih tenteram, mapan dan mampu kekal berpanjangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AMK, demo anti-Utusan

Posted:

AMK, demo anti-Utusan

AMK, demo anti-Utusan

Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my

"TINDAKAN mahu menguburkan Utusan Malaysia adalah tindakan mahu membisukan suara orang Melayu. "Cukuplah kita kehilangan satu persatu suara kita tetapi jangan sampai suara ini pun tenggelam lantaran kesombongan mereka yang tidak sedar diri."

Itulah yang ditulis oleh blog Panglima Perang Cyber (penembak-tepat.blogspot.com) ketika menyentuh mengenai usaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang bercadang mengadakan demonstrasi anti-Utusan di hadapan ibu pejabat penerbit akhbar itu hari ini.

Blog ini berkata: "Ayuh kita pertahankan Utusan Melayu dan tunjukkan kesatuan kita membela akhbar ini... berbanding dengan Suara Keadilan dan Harakah -- kita lebih kenal siapa yang menipu dan siapa yang mahu memberitahu perkara yang benar tanpa memihak kepada sesiapa.

"Jangan biarkan mereka menunjukkan kekuatan tanpa kita menentang dengan kekuatan yang kita ada," katanya.

Blog itu berkata, seruan tersebut bukan untuk mengajak orang ramai "berperang" atau "berparang" sesama sendiri tetapi sebagai peringatan agar jangan sampai terlalu taksub kepada ketua sehingga sanggup menggadai kepentingan bangsa dan agama.

House PK (parpukari.blogspot.com) pula menganggap usaha yang dilakukan oleh AMK sebagai tindakan biadap untuk memusnahkan satu-satunya akhbar yang memperjuangkan bangsa dan menjadi suara orang Melayu.

"Utusan milik Melayu, suara Melayu dan satu-satunya media yang bela Melayu. Ayuh korban sedikit masa demi perjuangan... Kita berhimpun hanya untuk mempertahankan undang-undang," kata blog ini yang memetik kenyataan Ketua Wira Pusat, Irwan Fahmi.

Beberapa blog seperti Kita Gempur (www.kitagempur.com), Keris Putera (kerisputera.blogspot.com) dan Gerakan Anti-PKR (gerakan-anti-pkr.blogspot.com) pula memetik kenyataan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Mereka berkata, tindakan Shamsul Iskandar Mohd. Akin (Ketua AMK) itu adalah satu lagi usaha mereka untuk mengancam ketenteraman awam serta mahu mengalih pandangan rakyat terhadap kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di samping isu video seks mirip Ketua Pembangkang itu.

"GAPS percaya kebebasan akhbar merupakan perkara wajib yang perlu dipertahankan oleh setiap warga negara.

"Setiap media perlu bertanggungjawab atas setiap laporan dan atau batas undang-undang akan mengambil remedi jikalau laporan ini palsu, fitnah, hasutan atau mengancam keselamatan negara," kata blog ini memetik kenyataan Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin.

Kata beliau, sebagai sebuah akhbar yang berpengaruh di kalangan orang Melayu, Utusan Malaysia selama ini telah membuat laporan-laporan yang tepat termasuk mengenai pelbagai polemik yang melanda Anwar dan kemelut yang dihadapi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pun begitu bagi menghormati AMK yang mahu mengadakan demonstrasi, GAPS juga akan berbuat demikian bagi mempertahankan kebebasan akhbar di negara ini," katanya.

Mesin Taip Buruk (mesintaipburuk.blogspot.com) pula menganggap Shamsul Iskandar sudah kehabisan modal untuk mempertahankan ketuanya yang kini berdepan dengan pelbagai kemelut peribadi sehingga terpaksa "menyerang" Utusan pula.

Blog ini berkata, para petugas Utusan dikatakan akan menyambut baik kedatangan para pendemonstrasi ini dan bersedia memberikan "layanan istimewa" kepada kumpulan terbabit.

"Mereka akan diberikan layanan istimewa termasuk disediakan air mineral percuma. Maklum, dah kering tekak kerana menjerit, melolong di tengah panas dan laluan berdebu di Jalan Lima, tentu mereka semua haus dan dahaga," kata blog ini yang memetik kenyataan seorang rakan dari Utusan.

Bagaimanapun, katanya, kehadiran para penunjuk perasaan itu akan membuatkan Jalan Lima " "tersumbat habis" memandangkan pada masa kini pun keadaan jalan itu sudah sesak teruk akibat kenderaan petugas yang terpaksa diletakkan secara berlapis-lapis di bahu jalan ekoran ketiadaan tempat letak kereta.

Papa Gomo (www.papagomo.com) pula menganggap "pertembungan" tiga kumpulan iaitu AMK, NGO dan UMNO di Jalan Chan Sow Lin bakal menjadi persoalan sama ada sebagai titik perpaduan orang Melayu atau sebaliknya.

"Gomo tertarik untuk mengimbas semula kejadian yang berlaku di Perak yang mana kita sendiri dapat lihat apabila jatuhnya kerajaan boneka Pas yang ditaja DAP, yang berguling di atas jalan adalah orang Melayu manakala kaum lain hanya berpeluk tubuh sambil ketawa melihat kebodohan orang Melayu.

"Sama-samalah kita mendoakan agar pada hari Jumaat (hari ini) pertembungan tiga penjuru yang menggabungkan AMK, UMNO dan NGO akan menjadi titik perpaduan kepada orang Melayu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Sukar Ani lari daripada Fareez

Posted:

Sukar Ani lari daripada Fareez

Sukar Ani lari daripada Fareez

Oleh HASNURUL MOHAMED
gambar Noor Asrekuzairey


NORANIZA tetap meneruskan langkahnya dalam memartabatkan irama pop tradisonal di hati peminat muzik tanah air.


RATU Pop Tradisional, Noraniza Idris, 43, dilihat amat sukar mengekang air mata dari gugur membasahi pipi tatkala bercerita kepada Hits tentang liku-liku kehidupan yang ditempuhinya hari ini.

Dia yang mesra disapa sebagai Ani enggan menoleh ke belakang untuk mengimbau pengalaman hidup bersama bekas suaminya, Mohamad Fauzi Ahmad Tajuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Fareez yang berakhir dengan perceraian.

Selama 18 tahun satu bulan berkongsi hidup dengan Fareez, Ani melahirkan dua zuriat untuk lelaki itu dan jika diselami rahsia di sebalik perkahwinan mereka, cerita yang keluar akan disalah anggap oleh masyarakat.

Ani sendiri memberitahu, dia bukannya mahu diadili atau mahu orang luar memihak kepada dirinya apabila rumah tangga bersama Fareez hancur.

Memadai jika dia sahaja yang tahu perkara sebenar dalam kehidupan rumah tangganya suatu ketika dahulu.

"Sukar untuk Ani 'lari' daripada Fareez kerana bukan sahaja pengurusan Taman Mini Malaysia di Melaka yang membabitkan Ani dengan Farez tetapi juga langkah dalam karier seni sentiasa dibayangi dia.

"Ini kerana kami berkongsi karier seni dalam seribu kepayahan yang terpaksa dilalui, Ani akan cuba 'lari' untuk berdiri atas kaki sendiri," katanya ketika ditemui di Studio Utusan, baru-baru ini.

Tidak mungkin sejarah dapat diubah, jauh sekali untuk Ani memadamkannya namun ibu tunggal kepada dua orang anak itu tekad untuk meneruskan hidupnya dengan petunjuk daripada Allah SWT.

Ani melontarkan pandangannya jauh-jauh seolah-olah mahu menjerit sekuat-kuat hatinya bahawa dia mampu untuk hidup sendiri.

"Hidup sendiri ini memang berat... memang susah kerana setiap manusia pasti mahu mencapai sesuatu dalam hidup, mahu ada keluarga dan kerjaya.

"Apakah itu semua boleh diseimbangkan? Entah. Bagi diri Ani, kehidupan yang Ani dambakan ialah satu kehidupan yang tidak membebankan orang lain.

"Berbelas tahun hidup bersama Fareez, dan 45 hari berkahwin buat kali kedua, itu semua membuatkan Ani muhasabah diri.

"Itu adalah dugaan daripada Allah ke atas diri Ani. Apabila berpisah dengan Fareez pada tahun 2007, setelah dua tahun hidup bersendiri Ani berkahwin buat kali kedua pada tahun 2009.

"Berkahwin kali kedua dalam tempoh 45 hari... itu adalah perkahwinan yang membingungkan.

"Perceraian juga mengajar Ani mengenal siapa kawan, siapa lawan. Hidup sendiri membuatkan kita pasrah tetapi penuh kecamuk.

"Biarpun Ani dan Fareez cuba mengubah banyak perkara tetapi sampai satu tahap, itulah dia (bercerai)," kata Ani.

Dicabar untuk bangkit

melayari kehidupan di kala ada rasa sayang, segalanya dilihat umpama bulan dan bintang tetapi apabila berakhir dengan perceraian, semuanya buruk semata-mata.

"Macam-macam kata-kata nista dilemparkan kepada Ani, alhamdulillah Ani masih kuat untuk berdiri dengan segala kebenaran dan kekuatan.

"Ani bersyukur kerana kekuatan diri membuatkan Ani berani untuk melangkah mengusahakan perniagaan sendiri," kata Ani.

Menerusi syarikatnya, Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd., dia dapat memberi pendedahan tentang bidang seni kepada masyarakat di luar sana.

"Untuk promote produk seni, dalam industri, kita tidak boleh berebut-rebut tetapi ada cara untuk mengekalkan muzik kita.

"Maka itulah, Ani berusaha untuk tampil dengan kertas kerja untuk menggerakkan Akademi Tatih Seni iaitu satu program terapi jati diri anak-anak muda kita.

"Akademi Tatih Seni ini ada misi dan visi iaitu untuk menyemarakkan semangat cintakan seni budaya bangsa di kalangan generasi pelapis seawal umur lima tahun," jelasnya.

Katanya, kesenian akan membuka minda masyarakat bahawa seni boleh menjadi satu kerjaya cemerlang dan mampu menjadi punca pendapatan.

"Perlu dibuang persepsi masyarakat Melayu yang memandang seni sebagai satu hobi suka-suka.

"Sebaliknya ia adalah satu kerja yang serius. Walaupun terbabit dalam industri muzik membuatkan kita mudah leka dan berada di awang-awangan, perasaan itu boleh diatasi dengan pendekatan Islam.

"Usaha yang Ani lakukan ini adalah di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang juga disokong Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara," jelasnya.

Selain itu, kata Ani lagi, Akademi Tatih Seni yang bertindak sebagai pemangkin untuk membantu mengembangkan lagi identiti seni dan budaya, akan mengadakan Jelajah Masyhur 1Malaysia pada 28 dan 29 Mei ini.

"Untuk dua hari tersebut yang dinamakan sebagai Hari Penilaian Peserta Tatih Seni diadakan di Kluang Parade, Johor mulai 10 pagi hingga 6 petang. Orang ramai yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi Nurul Huda di talian 016-2918066," katanya.

Teruskan perjuangan

Bercerita tentang usahanya untuk terus memartabatkan lagu-lagu bercorak etnik, Noraniza berkata, dia tidak pernah merasa letih mahupun penat untuk mengetengahkan elemen etnik menerusi lagu dendangannya.

"Bermula dengan album bercorak eksperimental, Awala Dondang sekitar tahun 1996, Ani cuba untuk menemukan unsur etnik bersama elemen muzik semasa.

"Ketika mula-mula muzik etnik diperdengarkan, ia meletup dan dapat diterima halwa telinga peminat.

"Walaupun sebelum kemunculan album Awala Dondang, Jay Jay tampil dengan genre yang serupa tetapi berentak zapin. Cuma ia tidak kehadapan secara konsisten," ujar Ani.

Katanya lagi, bukan senang untuk sesuatu yang baru itu diterima pendengar kerana lagu berunsur etnik memerlukan masa untuk mempengaruhi industri muzik tanah air.

Bagaimanapun, kata Ani, dengan bantuan dan sokongan daripada media massa, tidak kira sama ada media elektronik atau pun cetak, akhirnya irama etnik mesra telinga.

"Selepas lagu-lagu bercorak etnik diperkemaskan, platform untuk mendidik pendengar supaya dapat menerima lagu-lagu seperti ini dilakukan oleh rakan-rakan media.

"Menerusi radio, televisyen, akhbar dan majalah, masyarakat lebih mengenali lagu-lagu etnik yang moden, digabungkan dengan pop sehingga ke tahap dapat diterima peminat sebagai lagu-lagu pop tradisional," katanya.

Noraniza mengakui, adalah menjadi hasratnya untuk mendidik generasi muda hari ini yang berbakat dalam bidang seni, berjaya mengangkat martabat seni Melayu ke tahap yang tinggi.

"Kalau boleh, Ani nak anak-anak yang berumur lima tahun ke atas, didedahkan dengan seni dan budaya kita.

"Mereka inilah yang bakal mewarisi dan penyambung seni yang kita tinggalkan kelak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Akhirnya Amir disingkirkan

Posted:

Akhirnya Amir disingkirkan

Akhirnya Amir disingkirkan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN


PESERTA Maharaja Lawak yang masih lagi bertahan akan meneruskan perjuangan mereka malam ini.


PENANTIAN untuk melihat peserta dari Kelantan, Mohammad Amirullah Azmi atau Amir disingkirkan sejak Maharaja Lawak membuka gelanggangnya akhirnya menjadi kenyataan minggu lalu.

Ternyata, Amir gagal memberikan persembahan yang meninggalkan kesan menerusi tema komedi senyap yang dipertaruhkan pada minggu ketujuh.

Lebih malang lagi, persembahannya itu juga tidak mampu memikat hati ketiga-tiga juri Maharaja Lawak iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek.

"Memang tidak dinafikan peminat memang sukakan Amir dan kerana itu mereka akan tetap ketawa melihat Amir di atas pentas waima apa jua persembahan yang Amir lakukan.

"Amir harus ingat ini adalah Maharaja Lawak dan bukan Raja Lawak di mana Amir harus mempersembahkan lawak yang memiliki standard jauh lebih tinggi.

"Saya hargai kesungguhan Amir tetapi minta maaf, saya melihat persembahan Amir kali ini hanyalah untuk diri Amir sendiri sahaja kerana saya tidak faham apa yang Amir cuba persembahkan," ulas Ahmad Idham sewaktu memberikan komennya selepas Amir membuat persembahan.

Ternyata memang ada kebenaran apa yang diperkatakan oleh Amir kerana persembahannya pada minggu lalu benar-benar mengecewakan.

Bayangkan, tiada siapa yang menunjukkan keikhlasan mereka untuk ketawa sewaktu peserta berusia 23 tahun itu sedang gigih membuat persembahan di atas pentas.

Apa yang dapat didengar dari sudut lain dalam studio itu hanyalah ketawa sinis segelintir penonton yang barangkali kasihankan Amir.

Walaupun persembahannya mendapat kritikan juri dan mengundang kebosanan di kalangan penonton, hakikatnya Amir tetap optimis dengan keputusan yang tidak berpihak kepadanya untuk meneruskan perjuangan.

"Saya tidak pernah memikirkan soal penyingkiran kerana ini adalah peluang untuk mengembangkan lagi bakat saya di pentas Maharaja Lawak ini.

"Setidak-tidaknya saya dapat bertahan sehingga ke minggu ketujuh dan itu satu pencapaian yang memuaskan buat saya.

"Mengenai orang yang tidak faham dengan lawak saya untuk minggu silent comedy ini, ia terpulang kepada masing-masing untuk ketawa atau tidak. Saya memang buat persiapan rapi untuk minggu ketujuh ini.

"Apa yang saya nampak bukannya tidak ada orang ketawa. Masih lagi ada yang ketawa dan menerima lawak saya," katanya dalam nada yang cukup yakin.

Siapa tahu dengan kejutan terbaru yang diperkenalkan iaitu Maharaja Lawak Masuk yang hanya boleh diundi menerusi laman rasmi Maharaja Lawak di Facebook, membolehkan Amir meneruskan perjuangannya pada minggu ini.

Mengulas mengenai kejutan terbaru itu pula, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani menjelaskan ia merupakan perancangan yang telah dilakukan lebih awal.

Katanya lagi, seiring dengan prestij Maharaja Lawak, pihaknya mahu mempersembahkan sesuatu yang luar biasa bagi memastikan perjalanan program realiti itu cukup menarik untuk ditonton.

"Pihak kami membuat keputusan untuk melakukan pelbagai kejutan bermula daripada minggu keenam selaras dengan strategi kami untuk meletakkan program ini di tahap paling tinggi.

"Begitu juga dengan tema silent comedy ini yang berjaya memberikan pendekatan yang berbeza untuk program ini dan juga kepada para peserta.

"Dengan adanya tema seperti ini, ia dapat mencungkil lagi bakat dan kreativiti peserta untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu," kata Nizam lagi.

Dalam perkembangan lain, Nizam juga melahirkan rasa gembiranya apabila langganan untuk pakej Mustika terus meningkat sehingga 60 peratus sebaik sahaja Maharaja Lawak mula bersiaran bulan lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Reda ujian Allah

Posted:

Reda ujian Allah

Reda ujian Allah

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar IHSAN PERTUBUHAN IRM


Presiden IRM, Zawahir Abdullah beramah mesra dengan anak-anak yatim di Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al-Hashimi, Kuala Nerang, Kedah.


HIDUP ini sememangnya suatu ujian. Apa jua yang Allah SWT sediakan kepada setiap hamba-Nya, sama ada diuji dengan masa yang lapang, masa yang sempit, gembira dan sedih, sakit dan sihat tidak akan pernah tersisih daripada yang dinamakan ujian.

Yakinlah segala yang berlaku adalah dengan takdir-Nya. Allah mengkehendaki berlakunya kepayahan dan kesusahan di dalam hidup.

Semua itu untuk mengangkat martabat manusia.

Yang pastinya, setiap ujian dalam hidup adalah medan tarbiah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Ibnu Qayyim pernah menyebut: "Dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT."

Lantas, peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul paling sesuai bagi menyimpulkan keseluruhan program Jejak Prihatin Peringkat Wilayah Utara anjuran Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (Pertubuhan IRM) awal April lalu.

Program tiga hari dua malam itu juga tidak akan mencapai misi utamanya iaitu membantu rakyat Malaysia yang miskin dan daif yang benar-benar memerlukan pertolongan tanpa sokongan padu dan keikhlasan daripada kumpulan sukarelawan cawangan Kedah.

Ini membuktikan Islam adalah agama yang bersatu padu umpama sebuah binaan yang teguh.

Ikuti beberapa kisah penderitaan dan kesengsaraan penerima sumbangan yang berjaya dijejaki di negeri yang diberi jolokan negeri Jelapang Padi, baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jejak Prihatin akan ke seluruh negara

Posted:

Jejak Prihatin akan ke seluruh negara

Jejak Prihatin akan ke seluruh negara


Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing. itulah kekuatan Pertubuhan IRM ketika para sukarelawannya keluar menyumbang tenaga dan masa.


PRESIDEN Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (Pertubuhan IRM) Zawahir Abdullah berkata, IRM ditubuhkan setelah melihat kepada keperluan dan situasi semasa.

Pihaknya merasakan perlu ada satu organisasi yang prihatin kepada keperluan masyarakat setempat khususnya di Malaysia.

Zawahir yang berpengalaman luas dalam bidang kebajikan dalam dan luar negara pendapat, masyarakat Malaysia adalah penyayang dan sangat prihatin.

Katanya, semua kaum tidak terkecuali dalam membantu sesama insan baik Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain.

"Bermotifkan rakyat didahulukan, kami mengadakan program khusus untuk rakyat Malaysia iaitu Jejak Prihatin.

"Ia adalah antara program peringkat tempatan yang direncanakan oleh Pertubuhan IRM untuk tahun 2011 bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan," katanya.

Kaedah bantuan yang dilaksanakan berbeza, di mana konsep ziarah atau kunjungan ke rumah penerima telah diamalkan bagi menilai dan merasai kesusahan mereka.

Program sulungnya adalah berkunjung di sekitar utara Semenanjung dan memfokuskan kepada masyarakat di sekitar Kedah.

Menurut Zawahir, melalui program itu, pihaknya akan menghulurkan bantuan berbentuk pek makanan bagi meringankan beban kesusahan penerima manfaat tersebut.

"Pemilihan penerima manfaat adalah mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pihak pertubuhan," katanya.

Selain itu, melalui lawatan singkat itu, ia memberi peluang kepada Pertubuhan IRM melihat keperluan lain yang diperlukan oleh penerima seperti pembaikan rumah, peralatan berbentuk kerusi roda, perbelanjaan persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Pada masa yang sama, Pertubuhan IRM akan turut mengusahakan penaja yang prihatin untuk turut serta membantu mereka menjayakan program ini.

"Ini merupakan program berterusan kami dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan dan akan menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam menghulurkan bantuan.

"Destinasi terakhir program ini disasarkan di sekitar Lembah Klang," jelasnya.

Di samping itu, Zawahir turut berbangga atas penyertaan dan penglibatan rakan kerjasama dan para sukarelawan Pertubuhan IRM.

Katanya, walaupun mereka berbilang kaum dan latar belakang yang berbeza tetapi sanggup bersatu atas semangat ingin membantu meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan program seumpama ini.

Beliau juga menyeru penyertaan orang ramai untuk bersama-sama Pertubuhan IRM dalam program dan usaha-usaha kemanusiaan pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved