Ahad, 1 Januari 2012

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Mampukah puaskan BAM?

Posted:

Mampukah puaskan BAM?

Mampukah puaskan BAM?

KUALA LUMPUR - Ramai yang berebut untuk membantu misi besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memburu pingat emas Sukan Olimpik dan menghadapi cabaran Piala Thomas 2012, ia terbukti apabila 19 permohonan diterima bagi mengisi jawatan kerusi panas Pengarah Prestasi Tinggi yang dikosongkan oleh Datuk James Selvaraj.

Malah, James sendiri sebenarnya belum menutup pintu kepada jawatan tersebut, sebaliknya bersedia menimbangkannya tawaran BAM andai empat calon akhir yang bakal ditemuduga esok gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh badan induk kebangsaan itu.

Daripada 19 permohonan yang diterima, hanya empat lulus untuk ditemuduga, dan antara yang bakalmencuba nasib esok adalah bekas ketua jurulatih kebangsaan yang juga bekas pakar beregu negara, Razif Sidek.

Sebagai orang terakhir yang menyandang tugas Pengarah Prestasi Tinggi, James menegaskan, jawatan itu amat penting dan mampu memberi kesan kepada hala tuju badminton negara sepanjang 2012. Jawatan tersebut menjadi bertambah mustahak memandangkan kita bakal menghadapi Sukan Olimpik dan Piala Thomas.

Katanya, ada dua kriteria yang melayakkan salah seorang daripada empat calon yang bakal ditemuduga mendapat tugas tersebut, pertama dia mesti memiliki kepakaran dari segi teknikal, bermakna calon berkenaan mesti seorang bekas pemain badminton atau memiliki pengalaman yang luas dalam badminton.

Kedua, calon tersebut harus pandai dalam bidang pengurusan kerana dia bakal merangka perancangan pemain setiap minggu dan bulan, termasuk menentukan kejohanan yang perlu atau tidak perlu disertai, selain menilai analisis yang dilakukan oleh jurulatih.

"Sepatutnya dua kriteria ini diperlukan untuk memilih Pengarah Prestasi Tinggi kerana kalau calon itu tiada salah satu daripadanya, terutama dari segi teknikal, apa yang dia tahu untuk mengendalikan pemain? Terutama pemain yang berdepan tugas seperti Datuk Lee Chong Wei.

"Saya ada dengar juga yang Razif Sidek antara yang turut ditemuduga Selasa nanti, kalau ditanya saya apakah dia layak ? Pada saya dia memiliki kedua-dua kriteria, pakar dalam teknikal serta punya pengalaman daripada segi pengurusan. Sebagai bekas pemain dan jurulatih, kepakarannya dari segi teknikal tidak perlu dipersoalkan.

"Dari segi pengurusan, dia seorang ahli perniagaan dan pernah menjadi ketua jurulatih, jadi sepatutnya dia juga arif dalam bidang tersebut. Tetapi apakah dia cukup layak di mata BAM ? Itu yang sebenarnya lebih penting daripada di mata saya.

"Pada saya... apa yang menimbulkan persoalan, apa sebenarnya yang dimahukan BAM daripada seorang Pengarah Prestasi Tinggi? Sekalipun semua calon ini memenuhi kriteria yang sepatutnya, tetapi apakah itu akan melayakkan mereka untuk memenangi hati BAM, kerana semuanya bergantung kepada apa yang hendak ditugaskan BAM untuk mereka.

"Seperti saya.. saya percaya ramai di luar sana yang mahu membantu badminton, mahu membantu BAM, terutama dengan Sukan Olimpik dan Piala Thomas bakal berlangsung tahun ini, tetapi bagaimana BAM hendak mereka dibantu ? Apa yang boleh dibantu, itu persoalan saya.. dan kita tunggu keputusan daripada temuduga itu nanti,'' ujar James.

Kata James lagi, seandainya semua calon yang ditemuduga esok gagal memenuhi kriteria BAM dan badan itu masih menemui jalan buntu, beliau tetap sedia membantu tetapi ia tetap bergantung kepada syarat serta garis panduan kerja, apatah lagi beliau baru ditawarkan sambungan kontrak setahun oleh majikannya, BATA.

"Saya sayangkan badminton dan sebab itu, saya sentiasa sedia menghulurkan bantuan jika diperlukan oleh BAM. Seandainya, mereka masih gagal mendapat calon yang sesuai bagi mengisi jawatan selepas selesai temuduga, dan mereka memerlukan bantuan saya, saya sedia bantu tetapi semua bergantung kepada budi bicara majikan saya juga,'' kata James lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Piala Sumbangsih: Butler temui ramuan hadapi NS

Posted:

Piala Sumbangsih: Butler temui ramuan hadapi NS

Piala Sumbangsih: Butler temui ramuan hadapi NS

KOTA BHARU - Pengendali Kelantan, Peter Bulter mengakui sudah mempunyai perancangan terbaik buat pasukannya menghadapi saingan Liga Malaysia yang akan bermula pada 7 Januari ini.

Tanpa berselindung, jurulatih kelahiran Halifax, England itu berkata, tempoh seminggu sebelum pertemuan Piala Sumbangsih dengan Negeri Sembilan akan digunakan sebaik mungkin untuk memperkemaskan lagi jentera pasukan bagi memastikan kejuaraan tersebut terus kekal bersama The Red Warriors (TRW).

Menurutnya, selepas mengharungi jadual perlawanan persahabatan yang padat, semua pemain TRW diberi cuti selama dua hari sebelum menyambung semula sesi latihan, Selasa ini.

"Saya mahu pemain menggunakan waktu rehat ini sebaik mungkin untuk mengembalikan semula kecergasan mereka sebelum pertemuan tersebut. Bertemu dengan Negeri Sembilan dalam aksi Sumbangsih ini, saya akui sudah menemui ramuan terbaik bagi menghadapi perlawanan tersebut.

"Begitu juga dengan pertemuan menentang wakil Singapura iaitu Lions XII. Saya berkesempatan melihat aksi pasukan itu baru-baru ini dan sedikit sebanyak mengetahui kelemahan dan kekuatan yang ada pada Lions XII," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas aksi persahabatan pra musim terakhir bertemu juara Piala FA 2011, Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Bagaimanapun perlawanan tersebut terpaksa dihentikan pada minit ke-35 akibat hujan lebat yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Dalam pada itu, Bulter memberitahu dia gembira dengan apa yang telah dipamerkan oleh pemainnya sepanjang aksi persahabatan pra musim baru-baru ini.

"Saya berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan semua pemain. Mereka memberi komitmen yang tinggi sepanjang perlawanan pra musim," ujarnya.

Sentuhan dan kepakaran yang dimiliki oleh bekas pemain West Ham United itu pasti ditagih oleh peminat setia TRW untuk meneruskan legasi kejayaan yang ditinggalkan oleh Datuk M. Karathu dan B. Sathianathan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis nafi bertindak keras

Posted:

Polis nafi bertindak keras

Polis nafi bertindak keras

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelajar diarah baring ketika membuat demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, semalam.


TANJUNG MALIM 1 Jan. – Polis menafikan menggunakan kekerasan ketika meleraikan kira-kira 70 pelajar yang menyertai perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, awal pagi ini.

Dalam demonstrasi itu dua pelajar cedera, apabila keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal apabila kumpulan penuntut yang menyertai perhimpunan tersebut cuba melarikan diri selepas diarah bersurai.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, tuduhan yang mengatakan bahawa polis membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semata-mata untuk menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan tersebut juga adalah fitnah.

"Seramai 67 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim ditugaskan seawal pukul 5 petang untuk mengawal keadaan di UPSI tanpa melibatkan mana-mana anggota polis dan FRU dari luar.

"Malah, polis juga cuba berunding dan menasihatkan kumpulan penuntut itu supaya bersurai namun tidak diendahkan. Saya ingin ulangi, polis tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan terhadap mereka," katanya pada sidang akhbar di IPD Tanjung Malim hari ini.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan pelajar melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang berhimpun di UPSI sejak pukul 1 pagi ini.

Difahamkan, perhimpunan haram itu dibuat bagi membantah tindakan tatatertib yang diambil ke atas pelajar UPSI, Adam Adli Abd. Halim yang menyertai demonstrasi SMM di ibu negara baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, pihaknya menahan seramai 17 pelajar termasuk seorang pelajar perempuan kerana enggan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk bersurai.

Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967, Seksyen 141 Kanun Keseksaan, Seksyen 145 kerana berada di dalam satu perhimpunan haram dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan di atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam.

Full content generated by Get Full RSS.

MPP UPSI kutuk demonstrasi SMM

Posted:

MPP UPSI kutuk demonstrasi SMM

MPP UPSI kutuk demonstrasi SMM

IPOH 1 Jan. – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan perhimpunan haram di hadapan universiti tersebut malam tadi.

Yang Dipertuanya, Muhammad Afiq Fikri Mislan berkata, tindakan tersebut bukan sahaja memalukan golongan mahasiswa malah mencemarkan nama baik UPSI yang berdekad lamanya melahirkan ramai negarawan dan tokoh pendidik.

Muhammad Afiq Fikri berkata, pelajar UPSI tidak sepatutnya dikaitkan dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu kerana hampir kesemua peserta perhimpunan itu disertai pelajar luar.

"Kami sama sekali tidak setuju dengan demonstrasi ini kerana ia mengganggu kehidupan pelajar. Mereka yang terlibat dalam demonstrasi ini bukan semuanya mahasiswa UPSI.

"Jika ada pun yang terlibat, mungkin seorang dua dan ia tidak langsung mewakili suara keseluruhan mahasiswa UPSI. Mereka adalah golongan minoriti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhammad Afiq berkata, jika demonstrasi yang diadakan sehingga lewat malam tadi untuk menyelamatkan seorang pelajar UPSI, Adam Adli Abd. Halim daripada dikenakan tindakan tegas pihak universiti, ia sebenarnya tidak perlu dilakukan.

Katanya, pihak universiti sendiri belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan Adam menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi SMM di ibu negara baru-baru ini.

"Lagipun, sebarang tindakan yang mungkin dikenakan nanti bukan diambil secara sambil lewa tetapi berdasarkan bukti-bukti kukuh mengikut penilaian jawatankuasa khas universiti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Anwar tidak pegang konsep demokrasi

Posted:

Anwar tidak pegang konsep demokrasi

Anwar tidak pegang konsep demokrasi

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Rancangan untuk menganjurkan perhimpunan membela pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan pemimpin pembangkang itu tidak pernah berpegang kepada konsep negara demokrasi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain tidak sepatutnya mengheret orang ramai untuk bersama-sama berjuang di atas masalah peribadinya.

"Jangan cuba mengheret masalah peribadi, apatah lagi untuk merakyatkan kes ini.

"Kalau benar kita seorang yang yakin pada sistem demokrasi, maka hendaklah kita bertindak dengan cara yang penuh demokrasi dan bukannya dengan cara demonstrasi,'' katanya pada pelancaran Pergerakan Pelatih Program PLKN Siri 9/2012, di sini hari ini.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Seramai 16,885 pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012 dihantar ke 81 buah kem di seluruh negara bermula hari ini hingga 3 Januari.

Ahmad Zahid berkata, sekiranya Anwar percaya kepada konsep negara demokrasi, beliau seharusnya meletakkan keyakinan penuh pada sistem perundangan negara.

"Soal mahkamah, kita kena serahkan kepada mahkamah. Keyakinan dan kepercayaan kepada mahkamah mesti diletakkan 100 peratus.

"Biar mahkamah menjadi hakim dalam soal perundangan dan rakyat menjadi hakim dalam pilihan raya umum,'' katanya.

Naib Presiden UMNO itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mempedulikan seruan 'kempen 901' yang dirancang pada 9 Januari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP), Tony Pua yang mengatakan berlaku penyelewengan dalam pembelian aset di Kementerian Pertahanan.

Katanya, pembelian aset di kementerian termasuk kapal tempur pesisir pantai (LCS) dilakukan mengikut harga siling yang ditentukan.

"Perubahan harga hanya berlaku jika ada kenaikan pertukaran wang asing dan kenaikan oleh pertukaran spesifikasi.

"Penyelewengan tidak berlaku kerana harga siling telah ditentukan melalui bajet, ia juga diperincikan di dalam bajet tahunan.

"Daripada apa yang diperoleh, semua aset yang dibeli oleh kementerian ini lazimnya tidak melebihi harga ditentukan,'' jelas beliau.

Bahkan, katanya, jika berlakunya penyelewangan, perkara itu harus dilakukan dengan cara yang betul dan bukannya membuat tuduhan melalui ceramah-ceramah politik.

"Jika ada aduan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) adalah ejen terbaik untuk siasatan dilakukan,''katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid mencabar Tony dan mana-mana pihak yang mempunyai bukti penyelewengan berhubung pembelian inventori pertahanan negara membuat laporan.

"Kalau berani, marilah datang ke Mindef berjumpa saya, semua Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Setiausaha Kementerian. Jangan berkokok di belakang tabir sahaja,'' tegasnya.

Tony baru-baru membuat dakwaan kos pembelian LCS meningkat berbilion ringgit sebaik saja tender pembinaan enam LCS diberikan kepada Boustead Naval Shipyard (BNS).

Full content generated by Get Full RSS.

Majlis Peguam kini ‘majlis politik’

Posted:

Majlis Peguam kini 'majlis politik'

Majlis Peguam kini 'majlis politik'

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Sikap membisu seribu bahasa Majlis Peguam berhubung penganjuran 'Kempen Bebaskan Anwar 901' meskipun ia dilihat mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara, membuktikan badan tersebut kini bertukar peranan menjadi 'majlis politik'.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Majlis Peguam yang sepatutnya tampil mempertahankan institusi kehakiman kini hanya bergerak dan menjalankan tugas mengikut selera politik bukannya atas dasar integriti.

"Sepatutnya mereka yang berselindung di bawah majlis amali seperti Majlis Peguam perlu mempunyai pendirian yang jelas. Jika inilah sikap mereka (berdiam diri), masyarakat harus memberi pertimbangan kepada majlis ini dan perlu melihatnya dari sudut selain undang-undang.

"Ini tidak boleh diterima (kegagalan Majlis Peguam mempertahan institusi kehakiman). Jangan bila kena mata dipejam dan bila kena perut dikempiskan," katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Krismas dan Tahun Baru 2012 anjuran Parti PPP di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rais mengulangi amaran kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar jangan sesekali cuba menggertak dan mempengaruhi keputusan mahkamah berhubung kes liwatnya pada 9 Januari ini dengan cuba membawa perkara tersebut ke jalanan.

Menurutnya, cubaan Anwar untuk mempengaruhi keputusan mahkamah dengan pendekatan politik jalanan bukan sahaja tidak menghormati sistem perundangan negara tetapi juga memperjudi nasib serta masa depan institusi kehakiman demi kepentingan politik sempit.

"Keputusan belum pun dibuat, kenapa kita nak mempolitikkan. Datuk Seri Harun Idris, Datuk Mokhtar Hashim dan ramai lagi pemimpin UMNO yang dihakimi oleh mahkamah tidak pula membuat politik kaki lima, tidak menggoda dan menggertak sesiapa.

"Jadi kenapa Anwar perlu pergi ke seluruh negara bagi mewujud situasi sebegitu (mempengaruhi rakyat). Ini satu keadaan yang tidak membawa keadilan dan saya percaya rakyat tidak akan menyokong atau menyebelahi pihak yang sebegitu (pembangkang)," katanya.

Mengenai risiko keselamatan jika isu tersebut dibawa ke jalanan, Rais berkata, pihak polis mempunyai kuasa bagi melaksanakan langkah-langkah pencegahan di bawah Akta Ketenteraman Awam 1989 dan beliau percaya pihak berkuasa lebih peka dalam hal itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Lagi sekatan AS ke atas Iran

Posted:

Lagi sekatan AS ke atas Iran

Lagi sekatan AS ke atas Iran

HONOLULU/TEHERAN 1 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meluluskan sekatan baru terhadap Iran semalam, sejurus selepas Teheran berkata, ia bersedia untuk mengadakan rundingan baru dengan Barat berhubung program nuklearnya dan telah menangguhkan ujian peluru berpandu jarak jauh di Teluk.

Ketegangan antara Iran dengan kuasa Barat meningkat sejak para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bertekad untuk mengenakan sekatan lebih ketat terhadap Teheran sebelum akhir bulan ini dalam usaha untuk memaksanya menghentikan program penyelidikan yang disyaki bertujuan untuk membangunkan senjata nuklear.

Tanpa mandat baru daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sudah pun mengenakan empat pusingan sekatan global, Washington bertindak untuk meningkatkan tekanan dengan sekatan ke atas institusi-institusi kewangan yang berurusan dengan bank pusat Iran.

Rang undang-undang pembiayaan pertahanan yang ditandatangani oleh Obama semalam, setelah diluluskan oleh Kongres pada minggu lalu, bertujuan untuk mengurangkan hasil minyak yang merupakan peratusan besar daripada pendapatan eksport Iran.

Jika dikuatkuasakan dengan ketat, sekatan tersebut akan menjadikan hampir mustahil untuk kebanyakan syarikat penapis minyak membeli minyak mentah daripada Iran, pengeluar keempat terbesar di dunia.

Bagaimanapun, Obama meminta kelonggaran untuk mengenakan sekatan itu secara fleksibel, dan beliau mempunyai budi bicara untuk mengenepikan sekatan.

Pegawai kanan AS berkata, Washington berunding dengan rakan-rakan di kalangan negara asing untuk memastikan sekatan baru itu tidak menjejaskan pasaran tenaga antarabangsa.

Iran bertindak balas terhadap tekanan yang meningkat dengan memberi amaran, ia boleh menutup Selat Hormuz jika sekatan dikenakan ke atas eksport minyaknya.

Teheran menunjukkan kekuatannya dengan melancarkan latihan perang tentera laut selama 10 hari di Teluk Parsi, termasuk menjalankan ujian peluru berpandu 'jarak sederhana' darat ke udara hari ini, dalam tindakan yang mencemaskan pasaran minyak dan menyebabkan harga minyak mentah naik.

Sebelum ini, Iran mengancam untuk menutup Selat Hormuz hanya jika diserang oleh AS dan Israel. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Tragedi warnai Tahun Baru 2012 di Filipina

Posted:

Tragedi warnai Tahun Baru 2012 di Filipina

Tragedi warnai Tahun Baru 2012 di Filipina


Seorang lelaki yang cedera akibat terkena tembakan peluru sesat dibawa ke Pusat Perubatan Jose Reyes Memorial bagi menerima rawatan di Manila, semalam. - AFP


MANILA 1 Jan. - Beratus-ratus penduduk cedera apabila terkena mercun dan peluru sesat, sementara berpuluh-puluh buah rumah hangus dijilat api dalam kebakaran di sini ketika kebanyakan penduduk meraikan sambutan Tahun Baru, semalam.

Pusat Pemantauan Jabatan Kesihatan melaporkan, seramai 454 penduduk dimasukkan ke hospital akibat terkena mercun dan kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak serta mereka yang mabuk.

"Saya melihat mata seorang kanak-kanak terkena mercun dan kecederaan sedemikian boleh menyebabkan kecacatan kekal," kata setiausaha jabatan itu, Enrique Ona.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 18 cedera terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh penembak rambang tanpa menghiraukan amaran pihak berkuasa mengenai larangan penggunaan senjata api.

Seorang wanita hamil juga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan selepas terkena peluru sesat.

Wanita itu dan bayinya bagaimanapun terselamat.

Percikan mercun dan bunga api sempena sambutan Tahun Baru malam tadi turut menyebabkan sekurang-kurangnya 30 buah rumah terbakar di kawasan padat di sini. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Agensi kerajaan perlu proaktif

Posted:

Agensi kerajaan perlu proaktif

Agensi kerajaan perlu proaktif

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

RAUB 1 Jan. - Agensi kerajaan termasuk pejabat tanah dan daerah diminta proaktif dalam menjawab dan menyelesaikan segera setiap permohonan rakyat bagi mengelakkan ia menjadi isu yang boleh menjejaskan kredibiliti jabatan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, jika permohonan tersebut lewat diselesaikan maka akan menyebabkan rakyat menjadi resah dan menimbulkan pelbagai tanggapan buruk kepada agensi terbabit.

Tegasnya, segala permohonan itu perlu diberikan perhatian dan dijawab segera oleh kakitangan terbabit supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan atau status permohonan mereka.

''Tindakan segera akan membuatkan rakyat berasa selesa dan berpuas hati serta memuji tindakan pantas jabatan kerajaan melaksanakan tugas,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah peringkat daerah Raub di sini semalam.

Shahiruddin berkata, kerenah birokrasi dan melewatkan proses menentukan status permohonan hanya boleh menjejaskan kerajaan dan tidak sepatutnya berlaku.

Menurut beliau, rakyat mahu segala urusan mereka dilayan dan diselesaikan dengan baik selari dengan gagasan 1Malaysia.

Jelasnya, pegawai dan kakitangan awam perlu menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas dan dedikasi kerana reputasi yang tidak baik hanya akan menjejaskan keseluruhan jentera kerajaan.

Full content generated by Get Full RSS.

1,000 penduduk DUN Chini dapat bantuan cermin mata

Posted:

1,000 penduduk DUN Chini dapat bantuan cermin mata

1,000 penduduk DUN Chini dapat bantuan cermin mata


Abu Bakar Harun (kanan) beramah mesra dengan seorang penduduk yang melakukan pemeriksaan mata pada Majlis Pemberian Cermin Mata di SK Chini 3 dan 5, Pekan, Pahang, baru-baru ini.


PEKAN 1 Jan. - Sebanyak RM200,000 diperuntukkan bagi memberi bantuan cermin mata kepada 1,000 penerima dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini secara berperingkat mulai kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, bantuan tersebut merupakan dana daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan.

"Kita buat pemberian ini secara lima peringkat, setiap peringkat kita akan beri kepada seramai 200 orang yang terdiri daripada orang kurang berkemampuan dan orang kurang upaya (OKU).

"Pemilihan penerima ini dibuat oleh pemimpin masyarakat setempat seperti ketua kampung, penghulu dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya kepada Utusan Malaysia pada Majlis Pemberian Cermin Mata di Sekolah Kebangsaan (SK) Chini 3 dan 5 di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kesemua mereka yang dipilih adalah dari tanah rancangan Gugusan Felda Chini, perkampungan tradisional dan juga perkampungan Orang Asli.

Dalam pada itu, katanya, dana untuk pemberian cermin mata itu adalah sebahagian daripada dana keseluruhan sebanyak RM500,000 yang diperuntukkan oleh Ahli Parlimen Pekan untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

"Selebihnya daripada dana ini akan disalurkan kepada penduduk yang miskin secara berperingkat. Mereka akan menerima bantuan berbentuk wang tunai," katanya.

Sementara itu, seorang penerima, Yuha Sani, 69, berkata, dia berterima kasih kepada pihak yang berkenaan kerana memberinya cermin mata.

"Sebelum ini saya sudah memakai cermin mata namun dengan adanya cermin mata baru ini akan membolehkan saya membuat kerja dengan lebih mudah," katanya.

Seorang lagi penerima, Mohamad Razali Hassan, 57, berkata, ini merupakan kali pertama dia menerima bantuan tersebut.

"Saya gembira kerana dapat menukarkan cermin mata yang sudah tidak begitu elok," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

125 murid terima peralatan sekolah

Posted:

125 murid terima peralatan sekolah

125 murid terima peralatan sekolah


Md. Sohaimi Mohamed Shah (kanan) menyampaikan beg sekolah kepada murid tahun 1 SK LKTP Bukit Goh sumbangan Yayasan Pahang di dewan sekolah itu di Kuantan, semalam.


KUANTAN 1 Jan. - Seramai 125 murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Bukit Goh di sini menerima sumbangan kelengkapan persekolahan daripada Yayasan Felda, hari ini.

Sumbangan berupa sebuah beg, dua pasang baju dan sepasang stokin serta kasut diberikan kepada murid terbabit bagi meringankan beban ibu bapa mereka.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md.Sohaimi Mohamed Shah di dewan sekolah berkenaan.

Md. Sohaimi berkata, masyarakat peneroka perlu bersyukur kerana Felda menyediakan pelbagai kemudahan dan sentiasa membantu golongan itu bagi meringkan beban golongan berkenaan daripada pelbagai sudut.

"Walaupun majoriti penerima merupakan cucu kepada peneroka generasi pertama, namun mereka tetap dibantu semata-mata mengurangkan perbelanjaan keluarga terutama pada pembukaan sesi perskeolahan nanti.

"Justeru, golongan itu seharusnya berterima kasih dan bersyukur kerana mereka masih diberi bantuan walaupun bukan dalam bentuk sumbangan yang bernilai tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Orientasi Murid Tahun Satu dan Pra Sekolah 2012 di sini.

Katanya, warga peneroka juga diminta tidak cepat melatah dan terpengaruh dengan dakyah yang disampaikan pihak tertentu bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Turut hadir pada program itu, Guru Besar SK LKTP Bukit Goh, Ahmad Sharifuddin Abu Hassan; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Mohd. Bakri Abdul Majid dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Bukit Goh, Mat Zahari Derahman.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Tanam nanas tidak menghampakan

Posted:

Tanam nanas tidak menghampakan

Tanam nanas tidak menghampakan

Oleh LAUPA JUNUS
Gambar ZAINI HUSIN


Hassan Salleh (kanan) menerima kunjungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (kiri) dan Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Hashim Abdullah di ladangnya di Muar, Johor.


BERTUGAS sebagai kakitangan kerajaan sejak sekian lama tidak menghalang Hassan Salleh menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Malah, dia menyimpan minat untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar dalam kerjaya hidupnya.

Tawaran oleh seorang pegawai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) kira-kira 10 tahun lepas, telah merintis jalan kepadanya untuk mencuba bidang pertanian khususnya projek penanaman nanas.

Selain mempunyai kerjaya sebagai kakitangan Jabatan Penjara, penanaman nanas yang merupakan bidang baru baginya, nyata tidak mengecewakan.

Peluang itu diperoleh ketika bertugas di Penjara Johor Bahru pada 1995 kembali ke Muar dan mengusahakan tanaman nanas berkeluasan 3.2 hektar (lapan ekar) yang dimulakan di Ayer Hitam.

Malah sejak mula berjinak-jinak dalam projek penanaman, anak jati Muar berusia 52 tahun itu sebelum ini pernah terlibat membawa banduan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.

''Saya sebelum ini membawa banduan semasa berkhidmat di Penjara Simpang Renggam untuk membina masjid dan surau dan menjadi arkitek untuk tujuan itu," katanya yang mula bertugas di jabatan berkenaan pada 1982.

Pada 2000, bapanya meninggal dunia di Mekah dan memaksa dia kembali ke kampung halaman di Muar, sebelum ditawarkan mengusahakan tanaman nanas seluas 3.2 hektar (lapan ekar).

Dengan tiada pengalaman, bapa kepada lima anak ini memulakan satu usaha yang bukan mudah, malah terpaksa bekerja keras dan tanpa bantuan pada peringkat awal pembabitan.

Hassan juga terpaksa mencari beberapa pemilik tanah di Kota Tinggi, Johor untuk menambah keluasan tanah penanaman melibatkan empat ekar tanah bagi seorang pemilik.

''Kita buat perjanjian untuk pajak dengan pemilik selama 15 tahun supaya ada ada ikatan,'' ujarnya sambil memberitahu usaha pencarian tanah yang sesuai untuk penanaman mengambil masa selama setahun.

Dia juga terpaksa menjual dua buah kereta sebagai modal permulaan dan berjaya mengumpul RM28,000 untuk membeli tanah.

Sebab itu, pembabitannya dalam tanaman nanas boleh dianggap satu tindakan nekad, memandangkan ia dimulakan tanpa pengalaman, tiada modal dan tanpa bimbingan.

Bagi menjadikan usaha tersebut lebih lancar, dia menubuhkan syarikat Bonek pada bulan Mac 2001 yang kini dikenali sebagai Bonek Enterprise Sdn. Bhd.

'Bonek' bermaksud 'sama-sama nekad, sekali gus menggambarkan dan mengabadikan semangat tersebut dan sebagai pendorong kepada apa yang dicita-citakannya.

Sehingga kawasan penanaman nanas yang dimiliki mencecah 320 ekar termasuk 30 ekar tanah milik TNB.

Hassan berkata, sebanyak 12,000 hingga 15,000 pokok nanas ditanam bagi setiap ekar kawasan penanaman dan kebanyakannya daripada jenis Josapine.

Berkongsi lanjut mengenai bidang tersebut, Hassan berkata, nanas boleh dituai selepas sembilan bulan ditanam.

Ketika ini dia memperoleh kebanyakan benih dari Thailand dengan harga 35 sen sebiji manakala modal sepokok bagi menanam nanas ialah 35 sen sebiji. Harga pasaran pula RM1.60 sebiji.

Buah nanas yang telah dituai dipasarkan ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terutama bagi nanas Josapine.

Mengenai masalah utama tanaman nanas, Hassan menjelaskan, ancaman haiwan perosak merupakan perkara yang perlu diberi perhatian serius.

Dia juga mendapat bantuan daripada LPNM bagi membina sistem perparitan.

Selain itu, dia turut berkongsi kegembiraan apabila mendapat bantuan pinjaman kewangan daripada Agrobank untuk mengembangkan projek tersebut sejak pembabitannya dulu.

Dia telah menerima pinjaman bank terbabit 2006 sebanyak RM150,000 dan pinjaman kedua menyusul pada tahun ini sebanyak RM138,000.

Full content generated by Get Full RSS.

Nanas subur di tanah gambut

Posted:

Nanas subur di tanah gambut

Nanas subur di tanah gambut

MENURUT Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) nanas mengandungi vitamin C yang tinggi yang sangat baik untuk kesihatan dan dapat membantu menyembuhkan luka di samping Vitamin B1 dan B2.

Penyediaan tanah

* Bagi kawasan yang baru dibuka, kerja-kerja menebang, menerangkan kawasan dan membuat parit dijalankan.

* Parit perlu dibina untuk mengelak akar terendam sebagai contoh, untuk tanah gambut parit besar dengan ukuran 244 sentimeter (sm) x 910 sm x 152sm dan parit kecil 122 sm x 92 sm x 92 sm dibina melintang parit besar dengan jarak 200 meter tiap satu.

Bahan tanaman

* Pembiakan tampang adalah lebih mudah iaitu dengan menggunakan sulur tangkai, sulur udara, sulur tanah atau jambul nanas.

* Sulur tangkai selalu digunakan dimana sulur-sulur berkenaan akan dicelupkan dalam larutan Bordeux dan ditoskan lalu dibiarkan pangkal sulur ke atas selama dua minggu (campuran Bordeux - 0.4 kg CuSO4 + 0.9 kg Ca(OH)2 dilarutkan dalam 46 liter air).

* Pangkal sulur dipotong dan daun-daun sisik dibuang supaya cepat berakar.

Menanam

* Jarak tanaman yang disyorkan ialah 120 sm x 60 sm x 30 sm (37,000 pokok/ha) dalam dua barisan atau boleh juga 90sm x 60sm x 30sm (43,500 pokok/ha) mengikut kesesuaian.

* Lubang dibuat menggunakan kayu tugal dan tanamkan sulur yang sama saiz pada petak atau kawasan yang sama untuk keseragaman.

* Tanam satu sulur untuk satu lubang dan padatkan tanah keliling sulur supaya ia dapat tegak dan tidak mudah rebah.

Membaja

* Kadar pembajaan NPK 30:1:32 dengan kadar 200 kg/ha pada tiap-tiap peringkat umur tiga, enam dan sembilan bulan adalah disyorkan untuk tanah gambut.

Merumpai

* Merumpai dijalankan dua bulan sekali pada peringkat umur 6 bulan dan selapas itu tiga bulan sekali

Induksi bunga

* Hormon penggalak bunga boleh meningkatkan kematangan pokok, menghasilkan buah yang lebih besar dan serentak.

* Buah nanas dihasilkan pada peringkat umur antara 12 dan 13 bulan dengan menggunakan hormon dan tanpa hormon antara 18 dan 24 bulan.

- Contoh hormon seperti pil ANA (Alpha Naphtyl Acetic) satu biji sepokok atau ethapon (30 ml ethrel + 180 g urea + 18 liter air) disembur 40-50 ml pada pangkal pokok atau tengah pucuk.

Perosak

* Koya memakan pangkal daun, akar dan buah. Daun bertukar warna merah dari hujung daun hingga keseluruhan pokok menjadi layu.

* Teritip menghisap tisu daun, buah dan tangkai menyebabkan bintik-bintik kuning pada daun.

* Hama merah memakan bahagian pangkal daun tua hingga menyebabkan tompok-tompok lekuk berwarna coklat.

* Kawalan bagi serangga di atas adalah dengan menggunakan sulur yang sihat dan racun serangga yang bersesuaian.

Penyakit

* Buah hantu disebabkan oleh bakteria Erwinia chrysanthemi menyebabkan buah menjadi lembik dan reput dan mengeluarkan cecair antara dua tiga minggu sebelum buah masak.

* Reput teras disebabkan oleh bakteria Erwinia chrysanthemi menyebabkan daun di bahagian pucuk menjadi lembut dan reput bermula dari pangkal daun dan merebak ke atas daun.

* Reput perdu oleh kulat Thielaviopsis paradoxa menyebabkan reput di bahagian pangkal pokok nanas.

* Mata dalam disebabkan oleh kulat Penicillium funiculsom menyebabkan dinding ovari anak buah diliputi lapisan berongga, merebak ke arah empulur berwarna coklat gelap dan keras.

* Penyakit ini dapat dikawal dengan menggunakan benih sulur yang sihat, buang pokok yang berpenyakit dan amalan kultura yang betul.

Memungut hasil

Hasil boleh dikutip selepas 18 bulan ditanam.

Buah boleh dipetik sekurang-kurangnya satu matanya berubah ke warna kuning. Anggaran hasil tanaman pertama adalah lebih kurang 42 tan/ha dan untuk tanaman kedua (ratoon) 27 tan/ha mengikut jenis kultivar nanas. Potensi hasil Josopine (35 tan/ha), Moris (35 tan/ha) dan N36 (45 tan/ha).

Penggredan buah nanas

Buah nanas boleh digredkan berdasarkan saiz buahnya iaitu Klas A (12-12.7 sm), Klas B(11 -12.0 sm) dan Klas C (9-11.0 sm)

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Apa maksud 'Pemimpin yang ditunggu'

Posted:

Apa maksud 'Pemimpin yang ditunggu'

Apa maksud 'Pemimpin yang ditunggu'

Oleh TOK KI

MENATAP video rakaman ucapan Dr. Badrul Amin adalah contoh lawak terbaik menjelang 901. Antara yang saya sempat kutip daripada video itu; "Perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat Islam - paling tidak menyatukan dunia Arab. Ia akan datang dari sebelah Timur.

Ia sudah ada dan sedang disiapkan dengan mengalami siri ujian-ujian peringkat akhir. Orang hormat prinsip agamanya. Dan dia ialah Anwar Ibrahim".

Lawak sungguh firasat Dr. Badrul. Bagaimana 'ulama' PKR ini tergamak membuat kenyataan yang memperlihatkan daya taksub kelas pertama sedangkan yang digambarkan itu penuh dengan masalah integriti atau kewibawaan. Sayang, ilmu yang dimilikinya, kelulusan yang didapatinya tidak seimbang dengan kenyataan yang dibuat.

Kalaulah dikatakan Anwar memiliki faktor penyatuan umat, kerana cita-cita peribadinya untuk sampai ke Putrajaya, umat Islam berpecah dan umat Malaysia terjebak dalam sengketa. Ramai kawan yang dulunya rapat dengannya kini meninggalkannya. Dia tak mampu menjadi faktor pemersatu. Alasan kawan-kawan yang meninggalkannya ialah Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana menghadapi masalah moral yang serius. Anwar membalas dengan mudah dan lazim kepada yang meninggalkannya - mereka sudah dibeli oleh UMNO atau kerajaan.

Ujian yang dilaluinya adalah hasil perbuatannya sendiri. Dia tuduh konspirasi berlaku. Mana bukti konspirasi itu. Apakah mudah pihak polis, ahli perubatan, pakar forensik, pegawai pendakwa, hakim dan lain-lain lagi berpakat untuk melakukan kerja keji dan zalim itu. Kalau ia berlaku lambat laun ia akan pecah juga, "mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia, tidak!"

"Orang itu datang dari Timur". Ini mengingat penulis Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad, pemimpin Arqam mengenai Pemuda Bani Tamim yang bakal muncul datang dari Timur. Apakah Anwar Ibrahim orangnya. Ciri-ciri yang disebutkan oleh Dr. Badrul tidak menggambarkan watak sedemikian. Apakah kenyataan Dr. Badrul sebagai strategi "pemujaan" menjelang 901.

Dia disebut sebagai menghormati prinsip agama. Dr. Badrul tentu arif mengenai isu "kalimah Allah" yang diperjuangkan oleh Anwar yang menyebabkan ia digelar "pluralis" sewaktu bercakap di London School of Economics suatu ketika dulu. Dia juga yang mengambil sikap terbuka mengenai isu pemurtadan di DUMC , 3 Ogos 2011 yang menyebabkan Dr. Hasan Ali semacam dipinggirkan dari memainkan peranan dan Anwar dikatakan berada di belakang penyokong gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) kerana kenyataannya tidak jelas.

Dia dikatakan mempunyai ramai kawan seperti Al Gore, Camdessus, George Soros, Paul Wolfowitz, Shaha Ali Reza (teman wanita Wollfowitz), Martin Indyk (bekas Duta AS ke Israel), Michael Danby (MP Australia yang pro-Israel), James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS) dan ramai lagi. Apakah Dr. Badrul tidak pernah mengetahui ini semua. Kasihan!

Ia ditimbulkan kerana Anwar Ibrahim dikatakan boleh menyatukan umat Arab dan membebaskan Masjidil Aqsa. Bagaimana ini boleh berlaku sekiranya NGO "pelik" dari negara luar amat rapat hubungannya dengan Anwar.

Kawan-kawan Anwar dari International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan sebahagian kenalan Arabnya dalam Ikhwan Muslimin mungkin tidak tahu isu setempat yang sedang dilalui oleh Anwar termasuk grup al Barakah dari Bahrain. Malah seperti orang lain pun, mereka tidak percaya. Yang berlaku ialah konspirasi dan tuduhan silih berganti terhadapnya adalah dicipta. Memang benar terdapat daya taksub yang tinggi di kalangan sesetengah pihak termasuk yang terjadi kepada Dr. Badrul. Tetapi sudah semakin ramai orang luar negara mengetahui cerita sebenarnya.

Untuk menjadi "Pemimpin yang ditunggu" membawa risalah mulia mesti memiliki integriti yang tinggi. Apalagi kalau ingin membawa risalah Islam sebagai faktor penyelesai kemelut umat. Di Malaysia, Anwar sedang menghadapi masalah integriti yang serius.

Kenyataan Lee Kuan Yew dalam wikileaks suatu ketika dulu terhadapnya, tidak diberi respons dan ia serius. Salah satu bab biografi Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaitkan Anwar dengan kisah yang amat memalukan adalah suatu kes yang serius juga. Video seks Datuk Eskay Abdullah yang dikaitkan dengan dirinya adalah lebih serius lagi. Mengapa Anwar tidak mengambil tindakan menyaman dan membersihkan diri dalam tuduhan ini. Apakah Dr. Badrul mengikuti semua ini dan tuduhan-tuduhan yang lain.

Dr. Badrul tidak boleh mengambil sikap semuanya ini adalah palsu, direka oleh musuh dan suatu siri konspirasi menjatuhkan Anwar dan menghalangnya untuk sampai ke Putrajaya. Anwar pernah memberitahu kawan-kawan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu iaitu sebagai pemimpin kita kena bersih dan kelihatan bersih. Dr. Badrul sebagai bekas pemimpin ABIM tentu pernah dengar ini.

Isu integriti atau kewibawaan adalah sesuatu yang amat penting untuk menjadi pemimpin apalagi pemimpin Islam. Pemimpin Islam yang berwibawa ialah pemimpin yang telus dan tulus, mempunyai akhlak contoh dan terhindar daripada masalah integriti yang serius. Sahabat-sahabat akan semakin rapat dan mampu membina keyakinan terhadap karisma dan kebijaksanaannya.

Ke mana perginya peguam Zainur Zakaria yang pernah membantu Anwar dalam kes liwat pertama dulu. Mana perginya Zulkifli Nordin dan Radzi yang juga peguam-peguam Anwar sekian lama. Mana perginya Dr. Chandra Muzaffar, tokoh ilmuwan yang disegani dan pernah menjadi Timbalan Presiden Keadilan. Mana perginya Ezam Mohd Nor yang pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan suatu ketika dulu. Mana perginya Dr. Halili Rahmat yang banyak membantu Anwar di zaman Reformasi dan ramai lagi.

Apakah mereka ini meninggalkan Anwar kerana duit atau dibeli oleh UMNO dan kerajaan? Lazimnya Anwar akan mengambil jalan mudah menuduh mereka dibeli oleh UMNO/kerajaan untuk meyakinkan pengikutnya bahawa belot adalah mereka dan yang teguh dengan perjuangan adalah dia.

Dr. Badrul Amin patut berjumpa dengan kawan-kawan lamanya ini. Untuk berlaku adil Dr. Badrul harus dengar pandangan dari kedua-dua belah pihak. Jangan dengar pandangan Anwar saja. Dia orang politik. Dengan mendengar daripada kawan-kawan paling tidak sebagai orang politik/dakwah dapat membuat timbangan yang lebih adil. Dan ini disuruh oleh Islam.

Dr. Badrul yang juga ulama PKR harus bersedia mencari kebenaran dan memperjuangkan kebenaran. Islam melarang seseorang memiliki sifat taksub melulu terhadap sesuatu dan seseorang. Seorang ulama yang dikatakan berwibawa pada hemat penulis adalah seorang pencari kebenaran. Kebenaran hanya satu, tidak dua tidak tiga. Apabila timbul rasa musykil dan ragu-ragu cari puncanya dan cari jalan keluarnya.

Dr. Badrul mempunyai pengikut. Pemimpin harus jelas dan tegas dengan prinsip kebenaran. Kalau taksub dijadikan landasan hingga tidak bersedia mendengar pandangan dan maklumat orang lain, Dr. Badrul termasuk di sisi "pemujaan" terhadap seseorang dan ia adalah salah dari sudut Islam.

Lihat sejarah Abu Bakar as-Siddiq apabila dilantik sebagai Khalifah mengambil sikap yang sangat terbuka untuk ditegur dan dikritik. Apakah Anwar seorang "maksum" tidak boleh ditegur atau dikritik? Dr. Badrul adalah seorang "ulama". Ulama adalah pewaris kerja-kerja Nabi.

Kebatilan ada di mana-mana. Ulama yang berwibawa ialah ulama yang berani berkata benar. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kalau ulama tidak bersikap peka dan naïf terhadap sesuatu isu dan seseorang tokoh, tidak mampu membaca senario diri dan perkembangan politik yang didukung oleh tokoh itu, bermakna dia bukan ulama dalam erti kata yang setulennya. Ia adalah ulama celupan yang membisu terhadap isu integriti yang sedang ditanggung oleh tokoh itu dan bayangkan kerosakan yang bakal ditimpa oleh umat akibat ketaksuban yang membawa kepada sikap "pemujaan". Moga-moga Dr. Badrul Amin memahaminya.

Penulis tahu ramai kawan lama Anwar dalam ABIM dan di luar ABIM sudah meninggalkannya. Mereka sudah tahu siapa Anwar sebenarnya. Yang belum tahu atau tidak diberitahu harus ambil tahu daripada yang tahu. Anwar "bernasib baik" kerana kepimpinan ABIM, Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) masih partisan kepada Anwar. Sikap partisan kepada parti politik ini bukan amalan badan-badan ini.

Solat hajat sering dilakukan untuk membela Anwar dan meminta petunjuk dari Allah tentang salah benar akan sesuatu. Satu demi satu isu kredibiliti yang merujuk kepada Anwar terbongkar. Apakah isyarat dari Allah sedang diberi kerana Allah Maha Mengetahui.

Dr. Badrul sebagai bekas pimpinan ABIM merupakan salah satu contoh yang nyata. Terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim sehingga Anwar yang pernah dapat jolokan "Anugerah Tuhan" kini bertukar menjadi "Pemimpin yang ditunggu". Selepas ini apa lagi?

Full content generated by Get Full RSS.

Produk 1Malaysia langkaui kaum

Posted:

Produk 1Malaysia langkaui kaum

Produk 1Malaysia langkaui kaum

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

MASIH segar dalam ingatan seorang menteri apabila satu program automatif untuk membantu usahawan bumiputera dihentam teruk oleh sekumpulan pengusaha.

Yang menghairankan ialah apabila kumpulan pengusaha itu diminta hadir ke kementerian untuk menyatakan pendirian dan diminta kerjasama menjayakannya, mereka mengiakannya. Tetapi sebaik sahaja melangkah keluar dari kementerian, keesokannya mereka memaklumkan enggan menyokong. Tambah perit lagi apabila kenyataan itu disuarakan pula kepada pihak tertentu yang kemudian bertindak umpama 'orang tengah'.

Itulah antara kesan pengenalan pelbagai produk berteraskan jenama 1Malaysia sehinggakan beberapa anggota DAP dan PKR menjaja serta 'mencuba sedaya ada' untuk mencungkil kelemahannya. Daripada sekecil-kecilnya sehinggalah ke peringkat membuat 'kajian' mengggunakan 'agensi R&D' sendiri.

Sedangkan kalau mereka turun padang ke banyak penempatan flat-flat dan rumah kos rendah dan sederhana dalam bandar-bandar besar termasuk Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai, pasti mereka akur pada permintaan tinggi jenama produk 1Malaysia ini.

Antara produk 1Malaysia yang paling 'mendapat tempat' di kalangan pembangkang ialah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Sudah tentulah pelayar portal propembangkang kenal benar dengan beberapa individu yang kerap muncul di laman mereka untuk menjelaskan aspek kelemahan dan keburukan Kedai Rakyat ini.

Sedangkan kalau diteliti, kewujudannya berupa medium kepada kerajaan untuk mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli sesetengah barang keperluan yang telah lama didominasi oleh pengilang-pengilang multinasional.

Atas sebab itu, syarikat multinasional tersebut tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah. KR1M menyediakan barangan konsumer sama seperti dilakukan oleh hypermarket, supermarkets, minimarkets dan lain-lain tetapi dengan menekankan pada keperluan asas konsumer/pelanggan dengan bajet yang sedikit/sederhana.

Tidak seperti kedai runcit yang lain, kebanyakan barangan yang dijual di KR1M seperti beras, minyak masak, susu tepung dan lampin dibungkus dengan menggunakan logo 1Malaysia. Dan sehingga sekarang jumlah barangan runcit di KR1M telah mencapai hampir 250 barang dan ia akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Masyarakat seharusnya faham bahawa KR1M merupakan program kerajaan yang melibatkan IKS bumiputera dan bertujuan memberi pilihan kepada pengguna terutama kepada bumiputera. Sebabnya selama ini hanya satu kaum sahaja yang menguasai dari segi pengimportan, peruncitan dan pembekalan barangan dengan mengawal seluruh pusingan harga sehingga pengguna tidak mempunyai pilihan. Dan apabila kerajaan membuat program ini, didapati ada pihak yang pandang rendah dan menganggap ia suatu bentuk persaingan.

Dalam konteks ini, pihak terbabit sewajarnya tidak 'mencari-cari kesalahan seseorang' tanpa mempunyai bukti yang kukuh.

Sepatutnya oleh kerana negara memiliki badan yang bertanggungjawab, maka ia patut diberi peluang untuk buat kajian. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan boleh membuktikan isi kandungan produk Kedai Rakyat atau Menu Rakyat 1Malaysia berkenaan.

Jika selama ini DAP menuduh KR1M mengeluarkan produk yang kandungannya melepasi tahap bahaya tertentu namun persampelan oleh Kementerian Kesihatan tidak membuktian keadaan tersebut. Memang 'bijak' apabila masuk bab komen tetapi sepatutnya bantulah KR1M di peringkat awal ini. Selama ini pun IKS tidak ada peluang menghantar produk atau barangan mereka ke Giant atau pasar raya besar lain, justeru apabila dihantar produk ke KR1M, ia patut diberi peluang. Dalam konteks ini, orang ramai diyakini mampu menilai motif pembangkang.

Cuma, rentetan daripada insiden penarikan 13 produk KR1M baru-baru ini dikhuatiri akan menyebabkan ada kumpulan peniaga lain 'bersatu' dan seterusnya melambakkan barangan mereka pada harga yang murah, sekali gus memberi tekanan kepada peniaga bumiputera. Ini satu situasi untuk memonopoli, justeru kerajaan perlu memantaunya.

Demikian juga dengan produk-produk berjenamakan 1Malaysia yang lain. Contohnya, Menu Rakyat 1Malaysia. Setakat 10 Disember lalu, sebanyak 1,144 pengusaha restoran dan kedai makan telah melibatkan diri dalam program yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Dengan jolokan 'murah tapi berkualiti', harga pakej menu yang ditetapkan di Semenanjung untuk sarapan ialah RM2 dan makan tengah hari RM4. Di Sabah dan Sarawak pula, sarapannya cuma berharga RM2.50 manakala makan tengah hari sekitar RM5.

Ternyata, setakat ini tarikan Menu Rakyat 1Malaysia melangkaui seluruh pelosok negara. Di Sarawak sahaja membabitkan penyertaan sejumlah 71 pengusaha restoran manakala sebanyak 52 lagi di Sabah. Malah, lebih menarik lagi set makanan dalam menu berkenaan mempunyai peminat tersendiri.

Memanglah ada pengusaha Menu Rakyat yang menarik diri daripada program ini namun jumlahnya terlalu kecil. Ia bukannya kerana mereka tidak mampu tetapi disebabkan kadar sewa kedai yang dinaikkan secara tiba-tiba. Kerana itu, perlu ada komitmen daripada majlis-majlis daerah, antaranya dengan menyediakan insentif kepada Menu Rakyat 1Malaysia dari segi pengurangan kadar sewa premis yang mengusahakan program ini.

Kepada pihak terbabit, memasuki Tahun 2012 ini, jangan 'dibunuh' produk jenama 1Malaysia. Jangan dipijak produk yang baru 'bertatih'.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Carian terhangat Google 2011

Posted:

Carian terhangat Google 2011

Carian terhangat Google 2011

ENJIN carian terkemuka, Google baru-baru ini mengeluarkan senarai Zeitgeist tahunan untuk Malaysia bagi terma carian terhangat di google.com.my sepanjang tahun ini.

Senarai tersebut memberikan pandangan sepintas lalu berkenaan apa yang dicari oleh rakyat negara ini meliputi acara, detik-detik menarik, dan trend baru yang membuat kita terpesona sepanjang tahun 2011 ini.

Pada tahun ini, senarai carian yang meningkat dengan pantas menunjukkan bahawa selain daripada rangkaian sosial dan juga bermain AngryBirds, rakyat Malaysia juga amat gemar untuk bergelak-tawa.

Mereka juga mencari rancangan realiti televisyen (TV) Maharaja Lawak menduduki tangga ketiga.

Apabila dilihat pada carian berkaitan rancangan TV, rakyat Malaysia amat gemarkan program realiti seperti America's Next Top Model (ANTM) X Factor USA dan American Idol 2011 merupakan antara carian rancangan TV popular sepanjang tahun ini.

'Tonton' dan 'Apa Itu' 'PPVRIP' turut tersenarai sebagai carian popular, menunjukkan rakyat Malaysia mula memfokuskan terhadap TV atas-talian.

Pengguna di negara ini juga meminati teknologi turut menyumbang kepada trend carian sepanjang tahun.

Gajet yang dilancarkan dan yang sekadar ura-ura sahaja memegang empat kedudukan tertinggi daripada 10 carian yang meningkat naik dengan pantas pada tahun ini, iaitu iPhone 5, iPad 2, Samsung Galaxy dan Android.

Dalam bertanyakan soalan berkaitan teknologi, pengguna Malaysia bertanyakan "Apakah itu..." untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 'iPad', 'hacking' dan 'jailbreak'.

Penyanyi dan penulis lagu - Bruno Mars yang melawat Malaysia Apri lalu mendahului pada senarai carian berkaitan orang yang meningkat naik dengan pantas bersama-sama dengan tiga bintang muzik antarabangsa iaitu Avril Lavigne, Rihanna dan juga Justin Bieber turut menjadi imej yang paling banyak dicari pada tahun ini.

Pengguna Malaysia juga turut menggunakan carian imej dalam mengetahui berkaitan bagaimana basikal dengan gear tetap kelihatan apabila fixie mula menjadi budaya baru.

Selain itu, terma yang carian imej popular yang lain adalah Domo-kun - maskot berbulu dari stesen televisyen Jepun, NHK.

Selebriti YouTube, Cikgu Shida yang membuat segerak suara untuk lagu-lagu tempatan dan juga antarabangsa menjadi rakyat Malaysia yang memperlihatkan peningkatan dengan pantas pada tahun ini.

Selain beliau, rakyat tempatan lain yang turut menyertai senarai tersebut termasuk penulis blog remaja, Fatin Liyana dan Haniz Zalikha, ahli politik Anwar Ibrahim, ulama Ustaz Kazim, dan pereka bentuk muslimah - Hana Tajima yang membawa gelombang baru pada fesyen bertudung di negara ini.

Apabila ingin melancong, rakyat Malaysia kekal dengan apa yang mereka sedia kenali pantai dan bandar besar.

Carian untuk Su Mei Island, Maldives dan Caribbean seimbang dengan carian berkaitan Hong Kong, Taipei dan New York.

Disneyland juga merupakan carian popular di kalangan pengguna apabila kedua-dua carian Disneylands Paris dan Hong Kong menjadi carian destinasi antarabangsa popular pada tahun 2011.

Jurucakap Google, Zeffri Yusof berkata, Zeitgiest penghujung tahun daripada Google merupakan salah satu ukuran budaya menunjukkan apakah yang menjadikan kita teruja, tertanya-tanya, dan ingin mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Dari pemimpin, selebriti, hal ehwal semasa sehingga, sukan dan segalanya, trend carian memperlihatkan apakah yang difikirkan dan berada dalam minda rakyat Malaysia

"Zeitgeist dalam bahasa Jerman bermakna semangat masa melalui eksplorasi berbilion terma carian yang diterima setiap tahun.

"Trend terhangat sepanjang tahun 2011, kami juga menyediakan beberapa aplikasi memberikan informasi mendalam untuk carian global, mengikut negara, dan juga trend carian tahun-tahun lepas dan sekarang,'' katanya.

Aplikasi Google Zeitgeist tidak digunakan sama sekali untuk mengenali seseorang pengguna kerana ia dikumpulkan tanpa identiti, dan dihimpunkan bilangan berdasarkan berapa kerap sesuatu terma atau kata kunci itu dilakukan carian.

'Paling popular' merupakan terma carian yang digunakan paling banyak dalam carian, manakala 'meningkat naik paling pantas' merupakan terma carian yang memperlihatkan peningkatan carian paling cepat dari jumlah carian sepanjang tahun.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Eina tolak adegan ranjang

Posted:

Eina tolak adegan ranjang

Eina tolak adegan ranjang

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AZWAN ZAHAR (Pelatih Cybernetics)


SELAIN sibuk berlakon Eina juga akan muncul dengan album single pertamanya berjudul Bahagia Bersamanya.


MELIHATKAN susuk tubuh dan kematangan Nur Eina Azman, pelakon remaja ini seakan-akan tidak sepadan dengan usianya. Pada usia 16 tahun, Eina kelihatan seperti pelakon wanita yang matang bukan sahaja daripada segi penampilan diri, tetapi juga tutur katanya.

Status masih di bangku sekolah juga tidak menghalangnya untuk aktif dalam bidang lakonan filem dan drama tempatan. Malah, pada usia yang masih setahun jagung itu, Eina turut mendapat peluang melakonkan pelbagai watak, sama ada dalam drama ataupun filem.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan USJ4, Subang Jaya, Selangor ini tidak semberono menerima tawaran berlakon yang diberikan kepadanya. Sebaliknya kata Eina, dia akan cuba menjauhi watak-watak atau adegan-adegan panas yang memerlukannya beraksi di atas ranjang.

"Saya masih di bawah umur. Sebab itu, saya tidak akan terima apa juga watak yang memerlukan saya beraksi seksi di atas ranjang. Ia tidak sesuai dengan umur saya sekarang. Saya akan meneliti sesuatu tawaran sebelum menerimanya.

"Keluarga pula sentiasa memantau dan menemani setiapkali saya berada di lokasi penggambaran filem atau drama. Mereka banyak memberi nasihat dalam apa juga watak yang saya lakonkan," katanya kepada Hits.

Anak saudara penyanyi tahun 1980-an, Juliza Adlizan yang kini sedang mempromosikan filem terbarunya, Sesuatu Yang Tertinggal yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 5 Januari ini juga, semakin matang dalam memilih watak-watak yang sesuai dengannya.

Menurut Eina, filem terbitan Grand Brilliance itu bukanlah yang pertama dilakonkannya, tetapi pada 2009 dia telah membintangi filem Ratu The Movie arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara sekitar Mac yang lalu.

"Sewaktu saya berlakon dalam Ratu The Movie kira-kira dua tahun lalu, umur saya baru 14 tahun. Itu adalah filem pertama lakonan saya. Saya banyak belajar daripada filem itu dan ia banyak membantu mematangkan diri saya. Sekali lagi, keluarga saya banyak membantu saya dalam melalui ranjau dalam bidang ini.

"Apatah lagi, kebanyakan ahli-ahli keluarga saya terbabit dalam bidang nyanyian terutamanya Juliza Adlizan yang banyak memberi dorongan. Malah, sebelum berlakon filem, saya terlebih dulu berlakon drama sewaktu berusia 13 tahun iaitu dalam drama yang berjudul 5 Jingga," ujarnya.

Menerusi Sesuatu Yang Tertinggal arahan pengarah Black dan skrip tulisan Ienas Mokhtar, Eina yang melakonkan watak Bella dalam filem itu bukan setakat belum bersedia melakonkan adegan-adegan panas di atas ranjang, tetapi dia turut realistik dengan statusnya sebagai pelajar.

Dia yang kini berlakon kerana mahu memenuhi minatnya dalam dunia lakonan tidak menafikan pembabitannya itu sedikit sebanyak membantu menambahkan lagi duit poketnya. Ia secara tidak langsung mengajarnya erti berdikari selain meringankan beban keluarganya.

"Buat masa ini, saya berlakon kerana minat dan mengisi masa lapang sewaktu cuti panjang persekolahan baru-baru ini. Soal duit perkara nombor dua kerana keluarga saya banyak membantu kalau saya memerlukannya. Tetapi sekarang saya sudah mula cari duit sendiri.

"Itu pun sewaktu cuti sekolah. Pada tahun depan saya akan menghadapi peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di mana saya akan mengurangkan aktiviti lakonan. Saya mahu fokus dalam bidang pelajaran pada sepanjang tahun depan bagi menghadapi SPM.

"Sebab itu, dalam tahun ini saya akan menghabiskan penggambaran semua drama atau filem lakonan saya," jelasnya yang baru selesai menjalani penggambaran drama berjudul Mistik Alam Hitam, Demi Masa dan Jatuh Cinta di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Selain terbabit dalam dunia lakonan, Eina juga tidak mahu mengabaikan minat serta bakatnya dalam bidang nyanyian. Jika boleh kata pelakon tinggi lampai ini, dia mahu bidang lakonan dan nyanyian yang diminati sejak dari kecil itu berjalan seiringan pada masa depan.

Justeru, tidak hairanlah sebagai permulaan Eina kini baru sahaja menghasilkan album singlenya pertama berjudul Bahagia Bersamanya. Album single itu yang diterbit sendiri akan diedar di pasaran selewat-lewatnya pada bulan Februari tahun depan.

"Lagu Bahagia Bersamanya dicipta oleh Adnan Abu Hassan di mana ia berentak pop dan balada. Itu adalah taruhan pertama saya untuk mencuba bakat dalam bidang nyanyian pada tahun depan. Bagaimanapun saya mahu jadikan nyanyian kerjaya kedua selepas berlakon.

"Ini kerana, saya paling minat berlakon. Walaupun keluarga lebih suka saya menyanyi kerana ia lebih mudah berbanding berlakon tetapi saya tetap akan mengutamakan bidang lakonan kerana ia memberi lebih kepuasan kepada saya," tuturnya, sebelum mengakhiri perbualan.

Full content generated by Get Full RSS.

Pernah terfikir bersara

Posted:

Pernah terfikir bersara

Pernah terfikir bersara

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar Noor Asrekuzairey Salim


Ning berniat untuk membukukan perjalanan hidupnya sebagai anak seni.


DUNIA seni tanah air tidak pernah lekang dengan cerita-cerita kontroversi yang membabitkan artis tidak kira bidang lakonan atau seni suara.

Ada antara segelintir artis yang terpalit dengan kisah kontroversi tidak dapat bangkit semula menghidupkan karier seni mereka dan terus menukar bidang yang berbeza.

Tetapi ada juga individu yang benar-benar yakin dengan anugerah yang diberikan kepada mereka, terus-terusan berusaha untuk mengukuhkan semula nama di persada seni tempatan.

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi wanita bersuara soprano iaitu Ning Baizura yang mula dikenali ramai menerusi lagu Curiga melalui album pertamanya, Dekat Padamu.

Penyanyi yang memulakan karier seni ketika berumur 16 tahun ini juga pernah melalui zaman kejatuhan yang menyebabkan dia terfikir untuk berhenti daripada meneruskan karier nyanyian pada suatu ketika.

"Pelbagai dugaan yang saya hadapi tatkala menjadi anak seni dari awal penglibatan sehingga kini, banyak kenangan manis dan juga pahit yang telah mematangkan saya.

"Antara dugaan terberat yang saya hadapi adalah beberapa kisah kontroversi membabitkan saya antaranya ditipu oleh pihak yang sangat saya percayai ketika itu.

"Mungkin juga ia terjadi kerana saya seorang yang mudah memberikan kepercayaan kepada orang lain. Kesempatan itu digunakan oleh mereka untuk keuntungan peribadi," katanya yang ditemui sewaktu menghadiri program Jom Chat Bersama di Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ning yang ditemani oleh suami merangkap pengurusnya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton menambah, perkara tersebut terjadi beberapa kali kepadanya dan ia menambahkan lagi tekanan yang dihadapi.

"Selepas perkara itu terjadi, saya berasa tertekan dan terpaksa berlakon dihadapan rakan-rakan media dan peminat.

"Waktu itu memang zaman kejatuhan di mana saya juga berhutang keliling pinggang. Ketika itulah timbul perasaan untuk berhenti daripada bidang ini.

"Tetapi syukurlah dengan sokongan yang diberikan oleh ibu dan teman-teman rapat selain peminat, saya yakin dengan bakat yang telah dianugerahkan ini. Saya berusaha untuk bangkit kembali mencipta nama dalam industri seni tempatan," tambahnya yang juga pernah bercita-cita untuk menjadi doktor haiwan.

Penyanyi yang baru sahaja selesai mengadakan konsert Ning @ KL Live pada 2 Disember lalu berterima kasih kepada peminat yang masih setia memberikan sokongan tidak terhingga kepadanya.

"Saya benar-benar terharu dengan kehadiran peminat pada malam itu yang ada antaranya saya kenali setelah bertahun-tahun menjadi anak seni.

"Saya dapat melihat mereka datang membawa ahli keluarga dan menceritakan bahawa lagu-lagu saya telah memainkan peranan dalam hidup mereka secara tidak langsung.

"Perkara seperti inilah yang membuatkan saya terus bertahan dalam industri ini kerana perasaan dihargai oleh peminat itu memang tidak dapat ditukar ganti," jelasnya yang berniat untuk membukukan perjalanan kisah hidupnya suatu hari nanti.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved