Rabu, 16 Oktober 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Habuan bakar semangat

Posted: 16 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@utusan.com.my

Annuar Musa

KOTA BHARU - Pemain-pemain Kelantan menerima suntikan semangat tambahan apabila berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada separuh akhir Piala Malaysia di Selayang esok selepas dijanjikan habuan lumayan RM150,000 jika berjaya melangkah ke final.

Ganjaran itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa semalam, ketika pasukan The Red Warriors dalam persiapan akhir bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Menurut Annuar, imbuhan tersebut mampu menjadi pembakar semangat buat gergasi Pantai Timur itu untuk mencari kemenangan apabila berdepan lawan yang telah dikalahkan dalam perlawanan akhir kejohanan yang sama, tahun lalu.

"Baru-baru ini kita telah memberi bonus kepada pemain The Red Warriors berjumlah RM100,000 selepas mereka menumbangkan Johor DT (Darul Takzim) dan mara ke separuh akhir tetapi itu tidak cukup.

"Jika layak ke pentas akhir, kita akan memberikan hampir RM150,000 kepada pemain sebagai imbuhan di atas kejayaan ini kerana kemenangan akan mendekatkan lagi misi kita untuk mempertahankan piala ini," kata Annuar pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di kediamannya di Bukit Marak dekat sini semalam.

Menurut Annuar lagi, pertemuan menentang The Gladiators esok amat penting buat Kelantan untuk mencari bekalan selesa sebelum menghadapi perlawanan kedua di Kota Bharu, minggu depan.

"Saya harap barisan pemain dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam perlawanan ini dan tidak hilang fokus memandangkan kita akan beraksi di tempat lawan.

"Semua pemain boleh beraksi dan bebas daripada kecederaan, kecuali Daudsu Jamaluddin yang terpaksa menjalani ujian scoope akibat kecederaan lutut," ujarnya lagi.

Selain disemarakkan dengan habuan lumayan, skuad The Red Warriors turut menerima khabar gembira menjelang pertemuan dengan ATM apabila Annuar mengesahkan beberapa pemain berprofil tinggi berada dalam radar pasukannya untuk menghadapi musim baharu.

Selepas dikhabarkan bakal kehilangan ramai tonggak utama musim depan, Kelantan sudahpun memburu beberapa pemain berstatus tinggi untuk memastikan dominasi mereka sebagai gergasi bola sepak tempatan dapat diteruskan.

"Kami tidak tertekan biarpun beberapa pemain utama dikatakan bakal berhijrah selepas ini.

" Selain Shakir Ali (Negeri Sembilan), kami juga bercadang memburu khidmat beberapa pemain Harimau Muda yang dilepaskan pasukan itu musim depan," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemain-pemain Harimau Muda berkenaan.

Kelantan akan turun ke padang esok dengan reputasi hebat sebagai juara treble.

Kuwait bantu kekal momentum

Posted: 16 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Hamidin Mohd. Amin (kiri) menerima replika cek dan trofi daripada Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Cariessa Goh pada sidang akhbar ABN 2013 di Wisma FAM, semalam.

PETALING JAYA - Harimau Malaya mendapat satu lagi 'aksi pemanas badan' berkualiti bagi mengulangi prestasi baik mengikat Bahrain 1-1 dalam kelayakan Piala Asia 2015 kelmarin apabila diundang ke Kuwait untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Namun begitu, badan bola sepak kebangsaan itu tidak menyatakan apakah status pertemuan menentang Bosnia, pasukan yang baru melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 yang sepatutnya menjadi lawan Harimau Malaya pada 10 November ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin berkata, pemergian anak-anak buah Datuk K. Rajagobal ke Kuwait untuk perlawanan 8 November ini dibiayai sepenuhnya oleh persatuan bola sepak negara itu.

"Pasukan kita akan ke sana pada 6 November ini dan perlawanan persahabatan berlangsung dua hari kemudian.

"Selepas itu kita akan terus ke Manama bagi persiapan awal menjelang pertemuan menentang Bahrain (timbal balik Kumpulan D kelayakan) pada 15 November," katanya selepas sidang akhbar Anugerah Bola Sepak Negara 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Menentang Kuwait yang juga antara gergasi bola sepak Asia Barat seperti Bahrain, bakal menjadi persediaan terbaik Harimau Malaya sebelum menghadapi Qatar di Stadium Shah Alam pada perlawanan kelimanya, 19 November ini.

Hamidin turut berharap, skuad negara akan bekerja keras untuk mencari tiket pusingan akhir dalam baki tiga perlawanan yang menanti, termasuk berdepan Yemen pada 5 Mac tahun depan.

"Saya nampak hampir semua pemain kita menunjukkan keazaman tinggi (untuk memburu gol kelmarin) walaupun ketinggalan 1-0 pada babak pertama kepada Bahrain.

"Saya juga berharap ramai tonggak yang tercedera, kembali pulih untuk memberi lebih banyak pilihan.

"Dengan empat mata diraih, peluang kita masih terbuka kerana kita perlu lihat bukan sahaja dua tempat teratas tetapi juga ketiga terbaik antara semua kumpulan," katanya lagi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Hamidin berkata, Anugerah Bola Sepak Negara (ABN) 2013 akan diadakan pada 23 November ini.

"Edisi keenam ABN, yang dianjur bersama FAM, 100PLUS dan Astro Arena ini menawarkan 13 kategori, termasuk kemuncaknya, Pemain Paling Bernilai selain memperkenalkan Penolong Pengadil Terbaik," jelasnya.

Anugerah lain termasuk Penjaga Gol, Pertahanan, Pemain Tengah, Penyerang, Pemain Import, Jurulatih, Pemain Harapan, Persatuan Bola Sepak, Kelab, Kelab Peminat dan Pengadil.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


UMW Toyota dedah dua model baharu di IGEM

Posted: 16 Oct 2013 11:29 AM PDT

Ismet Suki bergambar bersama Toyota Camry Hybrid pada Persidangan dan Pameran Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa (IGEM) 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 16 Okt. - UMW Toyota Motor (UMW Toyota) telah mempamerkan kehebatan dua buah model kenderaan baharunya, Toyota Camry Hybrid dan Toyota Concept Plug-In Hybrid NS4 pada Persidangan dan Pameran Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa (IGEM) 2013.

UMW Toyota dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, penyertaan UMW Toyota dalam IGEM pada tahun ini merupakan penyertaan kali keempat.

Jelas kenyataan itu, ruang pameran UMW Toyota juga merupakan antara ruang pameran yang terbesar di IGEM 2013.

"Ruang pameran kami turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudi membuat lawatan pada minggu lalu," kata kenyataan tersebut.

IGEM 2013 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini dan ia telah berlangsung selama tiga hari bermula 10 Oktober lepas .

Tema pameran itu adalah 'Memajukan pertumbuhan hijau dan keusahawanan global.'

Jelas kenyataan, ruang pameran UMW Toyota juga berjaya menarik perhatian pengunjung berikutan jenama syarikat yang tidak asing dalam industri automotif dunia.

Model Toyota Camry Hybrid dan Toyota Concept Plug-In Hybrid NS4, merupakan dua buah model kereta yang hangat diperkatakan dalam industri pada waktu ini.

Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata, syarikat merancang untuk menjadikan Toyota Camry Hybrid sebagai model pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran Malaysia.

"CKD akan membenarkan persaingan harga untuk kenderaan hibrid di negara ini," ujarnya.

Toyota Camry Hybrid merupakan kenderaan 2.5L hibrid penuh, dijanakan oleh sistem pemanduan sinergi hibrid.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


4 parah nahas libatkan 3 kereta di Bukit Putus

Posted: 16 Oct 2013 07:44 PM PDT

KUALA PILAH 17 Okt. - Empat orang cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan tiga kereta di Jalan Kuala Pilah-Seremban dekat Bukit Putus di sini awal pagi ini.

Mereka yang cedera ialah dua penumpang kereta Perodua Myvi serta pemandu Naza Citra dan Proton Saga BLM yang terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 6 pagi itu.

Identiti kesemua mangsa belum dapat dipastikan dan semua mangsa kini menerima rawatan kecemasan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini. - UTUSAN ONLINE

Tiga beranak maut nahas

Posted: 16 Oct 2013 11:29 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD dan MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
pengarang@utusan.com.my

PERODUA Alza yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 49.0, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi, Bentong, semalam.

BENTONG 16 Okt. - Kegembiraan suami isteri anggota tentera dan anak perempuan mereka meraikan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga di kampung semalam, bertukar tragedi apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 49.0, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi di sini hari ini.

Kemalangan ngeri itu berlaku pukul 6.50 pagi ketika mangsa, Jiman Raup, 32, bersama isteri, Nik Zaieyahaliza Ya, 29, dan anaknya, Nurul Damia, 2, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di ibu negara dari Terengganu.

Tiba di tempat kejadian, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dinaiki tiga beranak itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori tangki yang datang dari arah Raub, Pahang.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mansor Mohd. Noor berkata, ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di badan dan kepala.

"Semasa kejadian, suami isteri terbabit yang bertugas di Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan (Kementah) di Kuala Lumpur dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke ibu negara.

"Kenderaan dipandu oleh Jiman dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan dan melambung memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori tangki," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Bentong di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, pemandu lori tangki dikenali sebagai Abdul Rahman, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, semasa kemalangan, cuaca dalam keadaan baik dan permukaan jalan raya juga kering.

Katanya, mayat tiga beranak itu telah dihantar Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

"Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Lapan menang tanpa bertanding

Posted: 16 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Kiri Esfarini Sudin, Fatimah Mohd. Noh, Nurafzan Abu Kassim

KUANTAN 16 Okt. - Seramai lapan Ketua Puteri UMNO Bahagian di negeri ini mendapat laluan mudah selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pahang, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata, daripada 14 bahagian, calon di Indera Mahkota, Pekan, Bera, Kuala Krau, Raub, Temerloh, Cameron Highlands dan Maran memperoleh kemenangan selepas tidak dicabar.

Menurutnya, calon yang menang tanpa bertanding ialah Esfarini Sudin (Indera Mahkota); Malia Irdawati Khairuddin (Pekan); Nurafzan Abu Kassim (Kuala Krau); Salmiah Ab. Rahman (Bera); Fatimah Mohd. Noh (Raub) Masliana Ahmad (Cameron Highlands); Suhaya Elly Ramli (Temerloh) dan Nurhidayah Mohamad Shahaimi (Maran).

"Jawatan Naib Ketua Puteri juga menyaksikan sebanyak enam bahagian tidak dicabar dan membuka ruang mudah kepada calon yang menawarkan diri untuk menduduki jawatan tersebut.

"Mereka yang diumumkan sebagai pemenang ialah Nor Fazlina Sulaiman (Raub); Rosniza Razali (Cameron Highland); Nurazizon Mahat (Bera); Maznah Abd. Wahab (Maran); Norfatihah Abd. Rahman (Indera Mahkota) dan Yusnita Che Ahmad (Pekan)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abdul Jabbar, Ketua Puteri Bahagian yang bertanding semula pula hanya tiga iaitu di Maran, Lipis dan Rompin.

Walau bagaimanapun, katanya, Hartini Othman (Lipis) gagal mengekalkan kedudukan selepas pencabarnya, Wan Normarina Wan Kamarudzaman dipilih sebagai Ketua Puteri.

"Sementara itu, Nurhidayah (Maran) dan Azlina Azma Mohd. Azmi (Rompin) mengekalkan kedudukan mereka bagi penggal ini," jelasnya.

Tambahnya, calon lain yang menang jawatan Ketua Puteri ialah Rohana Abdul (Bentong); Norsarfinaz Mohd. Azman (Jerantut); Faridah Mat Firu (Paya Besar) dan Roslina Ibrahim (Kuantan).

Naib Ketua Puteri pula, katanya, Marini Nasaruddin (Bentong); Siti Najihah Amney Noor (Lipis); Faeza Safaruddin (Temerloh); Faezah Ishak (Jerantut); Wati Abdul Rahman (Kuala Krau); Wan Hazlina Wan Mustafa (Paya Besar); Nur Sakinah Mohamed Shah (Kuantan) dan Nor Isniza Isa (Rompin).

Banjir: Penduduk tiga daerah diminta bersedia

Posted: 16 Oct 2013 11:30 AM PDT

SEBAHAGIAN daripada anggota Bomba dan Penyelamat melapah daging korban untuk diagihkan di Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 16 Okt. - Penduduk di tiga daerah di negeri ini diingatkan supaya bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi banjir berikutan musim tengkujuh yang bakal berlaku tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata, tiga daerah tersebut ialah Kuantan, Pekan dan Rompin yang sering dilaporkan terjejas teruk akibat banjir.

Beliau menasihatkan penduduk terlibat supaya mengasingkan dokumen penting supaya tidak rosak dan dihanyutkan banjir nanti.

"Tiga daerah ini antara yang teruk terjejas dilanda banjir dan berharap kerjasama penduduk terlibat supaya lebih bersedia menghadapi musim tengkujuh ini.

"Kita tidak menolak kenyataan berkemungkinan beberapa daerah lain juga bakal berdepan masalah itu dan saranan juga diberi kepada seluruh penduduk negeri ini supaya sentiasa melakukan persediaan awal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis Korban Perdana peringkat negeri di Ibu Pejabat JPBM Pahang di Indera Mahkota di sini hari ini.

Abdul Wahab berkata, para anggota dan jentera kini bersiap sedia jika masalah itu melanda di daerah terbabit.

"Kita telah menyelenggara jentera dan bot penyelamat serta melakukan ujian rutin ke atas kelengkapan tersebut dan membuat perolehan baharu bagi memperkemaskan lagi tugas kami nanti," ujarnya.

Sementara itu katanya, sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, melibatkan 100 anggota terlibat dalam menjayakannya.

Tambahnya, daging korban itu kemudian diagihkan kepada pegawai dan anggota bomba, anak-anak yatim dari Rumah Pengasih Sultan Ahmad Shah dan penduduk di sekitar ibu pejabat JPBM di Indera Mahkota.

Katanya, majlis itu diadakan sempena memasuki bangunan baharu ibu pejabat itu pada 1 November ini menggantikan bangunan lama yang kini dijadikan sebagai Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan.

Gandingan muka lama dan baharu di Pahang

Posted: 16 Oct 2013 11:30 AM PDT

Kiri Abdul Jabbar Ibrahim, SITI Zaharah Sulaiman, Rosni Zahari

KUANTAN 16 Okt. - Sebanyak tujuh Ketua Wanita UMNO Bahagian di negeri ini menyaksikan penyandang termasuk Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman di Paya Besar berjaya mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO negeri, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata, enam Ketua Wanita Bahagian lagi yang berjaya mengekalkan jawatan ialah Datuk Rosni Zahari (Maran), Siti Fatimah Yahaya (Lipis), Norehan Abu Bakar (Kuala Krau), Senator Roslin Abdul Rahman (Bentong), Datuk Zaitun Mat (Kuantan) dan Samsiah Arshad (Rompin).

''Bagi Dr. Siti Zaharah, beliau adalah penyandang. Sebelum ini jawatan Ketua Wanita UMNO Paya Besar dipangku disebabkan masalah teknikal. Kemenangan ini bermakna beliau kembali ke jawatan tersebut.

''Dalam pemilihan semalam, Dr. Siti Zaharah memperoleh 186 undi mengatasi dua pesaingnya iaitu Fauziah Abd. Wahab (165) dan Norashikin Osman dengan sembilan undi," katanya pada sidang akhbar di Badan Perhubungan UMNO negeri di sini.

Menurut Abdul Jabbar, tujuh lagi bahagian di Pahang menyaksikan Ketua Wanita baru termasuk di Temerloh dan Pekan yang mana penyandang tidak mempertahankan jawatan semalam.

Katanya, lima Ketua Wanita Bahagian yang bertanding tetapi gagal mempertahankan jawatan ialah Cameron Highlands, Raub, Jerantut, Indera Mahkota dan Bera.

''Dalam pemilihan semalam, Wanita Cameron Hinglands menyaksikan Aminah Abdul Wahid menang dalam persaingan tiga penjuru antara Ramiza Mohd. Husain iaitu penyandang dan Salina Mazlan.

''Di Raub pula, penyandang, Jariah Hashim kalah kepada Zulriyaini Yahyah manakala Jerantut, Siti Hajar Mubin menang selepas mengalahkan penyandang, Norhelan Mahamud.

''Di Indera Mahkota pula menyaksikan Wan Napia'ah Wan Yusop menang menewaskan penyandang, Datuk Ramlah Kassim dan Nashua Fauzan manakala di Bera penyandang, Manila Abdul Latif kalah kepada Sabariah Saidan," katanya.

Sementara itu, dua lagi bahagian iaitu Pekan dan Temerloh adalah calon muka baharu yang mana dimenangi masing-masing oleh Datuk Zalmah Abdul Rahman dan Juhanis Abd. Aziz.

Beliau menambah, bagi jawatan Naib Ketua Wanita pula, kesemua 14 bahagian menyaksikan muka baru untuk jawatan tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Menteri antara 8 terkorban kejadian serangan berani mati di Pakistan

Posted: 16 Oct 2013 09:15 AM PDT

PESHAWAR 17 Okt. - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh termasuk seorang Menteri Undang-undang wilayah, apabila pengebom berani mati menyerang satu perhimpunan agama di barat laut Pakistan hari ini.

Serangan yang turut mencederakan 25 orang awam itu berlaku ketika menteri undang-undang di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Israr Ullah Gandapur bertemu tetamu yang menyambut beliau pada Hari Raya Aidiladha, kata Menteri Kesihatan wilayah, Shaukat Yousafzai kepada AFP.

"Saya sempat bercakap dengan adik menteri tersebut dan dia memberitahu saya bahawa Israr mati dalam keadaan syahid," kata Shaukat lagi. - AFP

11 tapak serangan senjata kimia di Syria diperiksa

Posted: 16 Oct 2013 09:12 AM PDT

HAGUE 17 Okt. - Pemerhati senjata kimia dunia hari ini berkata, pasukan pemeriksa sudah memeriksa 11 daripada 20 tapak yang dikenal pasti oleh Damsyik dalam usaha menghapuskan senjata yang diharamkan kepada Syria itu.

"Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) kini sudah menjalankan aktiviti pengesahan di 11 kawasan secara keseluruhannya," kata Pertubuhan Larangan Senjata Kimia yang berpangkalan di Hague.

OPCW mendedahkan bahawa terdapat 20 tapak untuk dilakukan pemeriksaan di Syria. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Peranan Muhammad Shafee tiada beza

Posted: 16 Oct 2013 11:29 AM PDT

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

Muhammad Shafee

PUTRAJAYA 16 Okt. - Kedudukan peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat (Liwat II) melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada bezanya dengan peranan yang dimainkan oleh Karpal Singh ketika bertindak sebagai peguam bela kepada Ketua Pembangkang tersebut dalam kes Liwat I.

Dapatan itu terkandung dalam alasan penghakiman Mahkamah Rayuan ketika menolak permohonan pihak pembelaan agar Muhammad Shafee digugurkan daripada mewakili pendakwa raya dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Rohana Yusuf dalam alasan penghakiman bertarikh 11 Oktober lalu setebal 19 muka surat berkata, Karpal pada 22 Oktober 1997 telah menyatakan di Dewan Rakyat yang pengadu dan salah seorang saksi dalam kes liwat tersebut telah bertemu dengannya dan kenyataan beliau juga direkodkan oleh pihak polis.

Situasi tersebut secara tidak langsung telah menjadikan Karpal sebagai seorang saksi yang berpotensi namun peguam itu sepanjang perbicaraan mewakili pihak pembelaan.

"Oleh itu berdasarkan perbandingan dan pandangan kami, peranan Karpal Singh tidak terlalu berbeza daripada fakta-fakta yang dirujuk berkenaan isu-isu ini.

"Kami mengatakan demikian kerana walaupun sebagai saksi yang berpotensi, Karpal bertindak sebagai peguam semasa perbicaraan sedangkan dalam rayuan yang belum selesai (Liwat II), prosiding akan diteruskan tanpa saksi," ujar hakim itu.

Selain itu menurut Hakim Rohana, pihaknya tidak menemui sebarang merit berhubung alasan yang dikemukakan dalam permohonan berkenaan dan atas sebab-sebab tersebut, mahkamah menolak permohonan itu.

Menurut hakim itu, selepas perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi, tiada saksi lagi diperlukan dan Muhammad Shafee tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan mahupun pembelaan.

Pada 18 September lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan pihak pembelaan dan memutuskan Muhammad Shafee kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Rohana dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh setelah berpuas hati pelantikan Muhammad Shafee itu adalah sah di sisi undang-undang.

Rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 11 dan 12 Disember depan.

Hakim Ramly dalam keputusan sebelum ini menyatakan, pelantikan Muhammad Shafee telah dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 di bawah Kanun Keseksaan serta Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menyatakan, pelantikan itu sah kerana Seksyen 379 yang antara lain memberi kuasa kepada pendakwa raya melantik seorang peguam mengendalikan kes jenayah, masih merupakan undang-undang yang baik.

Mahkamah berpendapat, Seksyen 376(3) yang menyatakan pendakwa raya boleh melantik mereka yang layak sebagai timbalan pendakwa raya, perlu dibaca secara harmoni dengan Seksyen 378 kerana kedua-duanya konsisten di antara satu sama lain.

Kuorum itu turut berpendapat, tiada bukti material yang mencukupi bagi menyokong hujahan peguam bela bahawa Muhammad Shafee merupakan saksi yang berpotensi dalam kes itu.

Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Anwar, 66, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu yang kini berusia 28 tahun di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

'Orang Romania kantoi edar dadah'

Posted: 16 Oct 2013 11:29 AM PDT

Ionut Alexandru Golongan ketika hadir di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 16 Okt. - Seorang pemandu warganegara Romania yang fasih berbahasa Melayu masih mampu ketawa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas dijatuhi hukuman mati atas kesalahan mengedar syabu seberat 1,494.8 gram pada tahun lalu.

''Orang Romania 'kantoi' edar dadah di Malaysia digantung di leher sampai mati,'' kata Ionut Alexandru Golongan, 21, dalam bahasa Melayu sambil ketawa kepada pihak media selepas prosiding berakhir.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Golongan selepas mendapati keterangan pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

''Keterangan tertuduh adalah rekaan semata-mata dan tidak boleh diterima akal.

''Mustahil tertuduh tiada pengetahuan mengenai kandungan dadah di dalam beg kepunyaannya itu,'' kata Hakim Akhtar.

Lelaki tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di bahagian pemeriksaan unit bagasi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 11.55 pagi, 26 Jun 2012.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sepanjang perbicaraan, lima saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri tampil memberikan keterangan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rozanna Abd. Hadi manakala Golongan diwakili peguam Datuk N. Sivananthan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Transformasikan jentera bahagian

Posted: 16 Oct 2013 11:29 AM PDT

Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my

Pembangunan pesat negeri Melaka boleh dilihat melalui bangunan-bangunan baharu dan kesesakan teruk sepanjang laluan ke kota Melaka.

Siapakah yang memulakan misi untuk membangunkan Melaka daripada keadaan ekonomi bagaikan sleepy hollow kepada ekonomi yang lebih baik dan maju? Tidak mungkin dalam tempoh satu dekad sahaja Melaka tiba-tiba boleh mencapai negeri maju.

Jika diselak sejarah, politik negeri Hang Tuah ini pernah berkecamuk dengan pertukaran satu demi satu Ketua Menterinya. Siapa yang berjaya menenangkan gelora darah wira-wira pemimpin Melayu Melaka?

Siapa yang mendapatkan kembali sokongan parti komponen Barisan Nasional dan dewan-dewan perniagaan sehingga dapat meyakinkan pelabur dari dalam dan luar negara datang membangunkan negeri itu?

Elok diimbas sejarah kerana fakta sejarah tidak boleh ditipu. Kira-kira tiga dekad lalu atau awal tahun 1980-an, perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Melaka dikatakan hambar dan kurang bersemangat.

Sikap itu berubah setelah ditubuhkan Graha Patriotisme iaitu sebuah institut khas untuk memberikan kursus motivasi dan rejuvenasi, minda dan semangat serta sikap kepada pegawai kerajaan dengan tema 'Perkhidmatan Awam Adalah Fardu Kifayah.'

Setelah wujud kestabilan politik dan perkhidmatan awam negeri Melaka kian mantap serta bermotivasi, barulah dapat digerakkan pembangunan perindustrian sebagai asas untuk memajukan Melaka pada peringkat awal.

Sejarah pembangunan Melaka sebenarnya diasaskan oleh Allahyarham Datuk Abdul Ghani Ali secara kecil-kecilan di kawasan perindustrian Batu Berendam. Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai Ketua Menteri Melaka Keenam mengambil inisiatif membesarkan usaha Abdul Ghani bagi menjadikan Melaka sebuah negeri terkenal.

Rahim bukan sahaja membesarkan kawasan industri Batu Berendam tetapi juga mewujudkan kawasan perindustrian baru di setiap daerah seluruh negeri Melaka.

Rahim meningkatkan infrastruktur penting seperti jalan raya yang lengkap, bekalan elektrik dan air serta rangkaian telekomunikasi setelah pulang dari Kerajaan Pusat pada 1982. Kebetulan pada masa itu, Lebuh Raya Utara Selatan yang mempunyai jalan masuk ke Melaka melalui Alor Gajah dan Ayer Keroh dibuka.

Untuk memastikan penduduk Melaka dapat membekalkan tenaga kerja maka sistem pendidikan dipertingkatkan melalui kerjasama dengan Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian, penambahan sekolah teknik, dan sekolah vokasional. Inisiatif juga diambil bagi mewujudkan Universiti Teknologi Mara dalam usaha menarik universiti lain datang ke Melaka.

Sejarah juga tercipta apabila pembangunan industri cukup hebat ditambah dengan perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri Melaka dengan Singapura. Strategi dan usaha menarik pelabur asing juga dijalankan dengan pemimpin Taiwan dan China supaya mereka membantu pembangunan negeri itu.

Kerajaan negeri pada masa itu, juga berjaya membawa Petronas membina loji penapis walaupun Melaka tiada sumber petroleum untuk merancakkan pembangunan ekonomi negeri.

Setelah berjaya menjadikan Melaka negeri perindustrian, dengan nilai pelaburan berbilion ringgit, visi siapa yang memilih strategi baru untuk menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan terhebat di Malaysia dengan memilih tema sejarah dan budaya?

Banyak usaha dibuat untuk mengembangkan potensi Melaka sebagai destinasi pelancongan. Kerana adanya kemantapan politik dan perkhidmatan awam, pembangunan yang hebat dan industri pelancongan yang dirintis oleh ketua menteri yang lalu maka ia meletakkan Melaka menjadi negeri maju dan hebat sekarang.

Semua yang dicapai hari ini adalah transformasi Melaka menjadi negeri maju ketika itu. Siapakah yang mentransformasi semua ini?

Tan Sri Mohd Ali Rustam pernah berkata "Sesungguhnya kehadiran Tan Sri Rahim Thamby Chik dalam menerajui negeri Hang Tuah dalam satu dekad telah membawa perubahan kepada negeri yang dikenali sleepy hollow bertukar menjadi antara negeri yang maju. Tiada siapa dapat menafikan bahawa Melaka menjadi negeri yang pesat membangun terutama dalam pelancongan, perindustrian, infrastruktur, pendidikan dan agama." - petikan majalah Dewan Masyarakat, September 2003.

Jadi, janganlah membelakangkan sumbangan bekas-bekas pemimpin Melaka begitu sahaja. Daya fikir, tenaga dan inovasi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr. Abdul Rahim Tamby Chik tidak boleh dipandang sepi sejak dahulu hingga kini.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) itu terus ingin menyumbang bakti dalam membangunkan anak bangsa dan ekonomi Melayu/bumiputera.

Beliau berharap ahli-ahli UMNO tanpa perlu menunggu PRU-14 benar-benar turun menolong dan menjuarai rakyat, perjuangkan untung nasib, kesusahan, penderitaan dan kesempitan rakyat.

"Hari ini, kebanyakannya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersuara, makin kuat mereka membela untung nasib orang Melayu, makin terpinggir UMNO dan makin kecil suaranya.

"Ini amat bahaya, UMNO perlu bangun semula. Turun ke bawah, bekerjasama dengan NGO ataupun pegawai kerajaan untuk membela rakyat. Biar pejabat UMNO lebih aktif, lebih hebat daripada pejabat wakil rakyat dan pejabat kerajaan, sentiasa sibuk nak tolong rakyat," ujar Rahim yang menawar diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah dan Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Rahim berasal dari Masjid Tanah dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di dalam kawasan berkenaan. Beliau berharap isu-isu masyarakat setempat menjadi agenda utama mesyuarat bulanan bahagian dan cawangan sebagai bukti warga UMNO prihatin kepada masalah rakyat dan bukannya mengejar pangkat atau harta.

"Untung nasib nelayan, guru, pekebun kecil, ibu tunggal, penjaja-penjaja kecil dan lain-lain perlu jadi agenda setiap bulan. Transformasi jentera UMNO, turun lebih hebat daripada NGO dan jabatan kerajaan untuk bantu masalah rakyat," kata bekas Ketua Menteri Melaka (1982-1994) dan pernah memegang jawatan Naib Presiden UMNO, atas kapasiti Ketua Pergerakan Pemuda UMNO (1993-1996).

"Ubah imej UMNO itu sendiri, harap generasi muda UMNO dan generasi sedia ada menghayati perkara ini. Kena transformasi dari segi peribadi, barulah terasa kebangkitan semula UMNO. Betulkan diri kita, pasti orang akan kenang jasa kita pada PRU-14 nanti tetapi jika gagal, malapetaka datang bila-bila masa sahaja," jelasnya.

Bahagian Masjid Tanah menyaksikan persaingan tiga penjuru apabila Setiausaha Kerja UMNO Pusat, Datuk Ab. Rauf Yusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Ismail Othman turut bertanding jawatan Ketua Bahagian UMNO berkenaan.

Perkasa wanita, ekonomi Melayu

Posted: 16 Oct 2013 11:29 AM PDT

MUKADIMAH DATUK Dr. Norraesah Mohamad adalah antara tokoh wanita yang berpengalaman luas dalam bidang ekonomi. Tidak ramai dalam kalangan golongan itu mampu membarisi jawatan terpenting dalam syarikat korporat ternama negara, di samping tidak melupakan soal membangunkan agenda ekonomi Melayu.

Pakar ekonomi negara ini sudah terjebak dalam bidang politik sejak 20 tahun lalu dan beliau mempunyai sebab mengapa masih mahu mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang disandangnya sejak tahun 2004.

Agenda mahu menggalakkan lebih ramai belia terlibat dalam keusahawan selain membantu peniaga kecil, Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Berhad ini juga meluahkan tekad dan keazamannya untuk meluaskan kuasa wanita dalam politik dan ekonomi kepada Wartawan Utusan Malaysia, MAISARAH SHEIKH RAHIM.

UTUSAN: Kenapa Datuk masih mahu mempertahankan jawatan MT?

NORRAESAH: Api perjuangan saya untuk mencergaskan serta meningkatkan fokus parti dalam memartabatkan agenda Melayu masih membara. Rencana saya bertajuk Menang Bentuk Kalah Isi dalam Utusan beberapa tahun lalu (2011), bertujuan menyedarkan ahli-ahli parti terhadap kedudukan ekonomi Melayu yang meruncing. Kita punyai kuasa tetapi kuasa ini juga kian lusuh. Tambahan pula kekuatan ekonomi adalah faktor penting yang boleh menggugat kekuatan politik. Pengaruh ekonomi dalam politik tidak boleh dinafikan. Kekuatan ekonomi boleh membeli kuasa. Lebih getir lagi kini ada antara orang Melayu yang menidakkan pentingnya agenda memperkasakan ekonomi Melayu.

Saya ingin terus mempertahankan jawatan MT kerana ingin meyakinkan ahli UMNO dan Melayu bahawa memperkasakan ekonomi Melayu merupakan isu membangunkan sosio-ekonomi nasional dan bukan etnik seperti cakap-cakap nakal sesetengah orang. Mempertingkatkan ekonomi 67 peratus penduduk negara bererti meningkat ekonomi negara kita. Saya bersyukur presiden parti kita telah melancarkan inisiatif baharu untuk memperkasakan ekonomi bumiputera yang saya turut terlibat dalam persiapan inisiatif ini dan mahu teruskan komitmen dalam isu penting ini dengan pendekatan profesional dan berfakta.

Adakah Datuk rasa golongan wanita masih kurang dalam jawatan tertinggi UMNO?

Begitu jelas sekali bahawa wanita masih terlalu kurang dalam peringkat tertinggi parti. Pada pemilihan 2008 hanya saya seorang yang terpilih. Saya harap kali ini akan ada pertambahan. Saya dipilih sebagai Penasihat Antarabangsa Forum Ekonomi Dunia Islam ( WIEF) dan dilantik Pengerusi Jaringan Peniaga dan Pengusaha Wanita Islam WIEF. Penglibatan saya ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara contoh oleh negara-negara Islam lain termasuk negara bukan Islam apabila ramai wanita berjaya selain sikap kerajaan yang turut memartabatkan wanita dengan pelbagai inisiatif diperkenalkan.

Seperti yang kita semua tahu, dunia mengiktiraf wanita sebagai aset modal insan yang amat penting. Wanita adalah 'Dana Baru' untuk pertumbuhan ekonomi. Malangnya, perwakilan UMNO yang dikuasai kaum bapa masih berat untuk mengundi Wanita ke MT sedangkan golongan wanitalah yang menjadi penggerak utama dalam setiap pilihan raya umum dan kecil. Saya berharap agar kali ini perwakilan akan memilih lebih ramai wanita dalam MT. Perspektif wanita dalam apa jua bidang harus diambil kira sebab kami mewakili 50 peratus daripada penduduk Malaysia dan 50 peratus daripada tenaga kerjaya negara.

Adakah Datuk bersetuju langkah transformasi UMNO perlu lebih penyertaan daripada golongan profesional?

Langkah paling utama dalam menjayakan proses transformasi UMNO adalah dengan tidak menyekat kemasukan ahli baharu termasuk golongan profesional. Walau bagaimanapun, golongan ini jangan pula merasakan mereka mempunyai 'kad kemasukan istimewa' untuk mendapat akses mudah ke jawatan tinggi di bahagian atau peringkat lebih tinggi. Proses naik tangga demi tangga harus dilalui kecuali seseorang itu dapat meloncat terus dengan kehebatan yang menyerlah. UMNO diakui telah pun dipenuhi ramai golongan profesional, namun tidak dinafikan memang terdapat perasaan kurang senang untuk membuka luas pintu kepada golongan profesional tetapi keadaan ini tidak berleluasa. Oleh itu amat penting bagi UMNO meningkatkan kualiti keahlian berbanding hanya kuantiti ahli. UMNO harus terbuka menerima masuk profesional kerana pengundi semakin terpelajar dan mereka inginkan pemimpin yang berkaliber tinggi dan boleh dicontohi.

Apakah perancangan Datuk untuk membantu mengukuhkan tahap ekonomi orang Melayu?

Perancangan saya yang utama adalah menyedarkan orang Melayu supaya jangan rasa selesa. Ahli UMNO perlu sentiasa mengadakan sesi taklimat bagi menerangkan kepada rakyat bahawa kerajaan sudah mengatur pelbagai strategi dan kemudahan untuk meningkatkan dan mengupayakan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

Saya ingin mengajak orang Melayu bertekad dan bersungguh-sungguh dalam apa yang diusahakan dengan mengunakan peluang yang sudah tersedia. Saya mahu memberi fokus kepada golongan penjaja dan peniaga kecil. Mereka ialah pengundi yang amat besar, oleh itu UMNO atau kerajaan perlu memberi lebih perhatian kepada mereka kerana dengan bermula perniagaan kecil atau mikro mereka mampu mencapai peringkat komersial. Saya mahu anak-anak muda kita menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. Syarikat saya sudah mengadakan sebuah rancangan realiti, Make the Pitch demi mencungkil bakat keusahawanan peserta dengan memperkenalkan model perniagaan masing-masing.

Bagaimanakah Datuk melihat ahli-ahli UMNO dalam menghayati perjuangan parti sebelum diterjemah kepada masyarakat luar?

Perjuangan saya dulu, kini dan selama-lamanya berasaskan kepada prinsip iaitu "Ilmu dan Keikhlasan pendokong perjuangan". Kita harus menerokai ilmu untuk menjadi pemimpin yang berkesan dalam dunia yang sentiasa berubah dan penuh cabaran. Kita mesti ikhlas dalam perjuangan, tidak mengharapkan imbuhan dan jawatan. Saya mahu UMNO benar-benar memancar lambang parti yang gagah, mulia dan indah. Gagahkan UMNO dalam Parlimen. Satukan barisan kepimpinan dengan objektif dan matlamat yang sama demi parti bukan individu.

Muliakan parti melalui pemimpin dan ahli yang tidak boleh diperlekehkan oleh pengundi dan pembangkang. UMNO mesti tunjukkan kepada rakyat integriti yang tinggi dan jati diri yang mulia. UMNO juga merupakan satu produk yang harus terbukti berkualiti, ada ketahanan, dan kemuliaan (integriti) yang menyerlah sebelum dapat dipasarkan. Perpaduan dalam parti dan keikhlasan berjuang adalah titik permulaan untuk menjadikan UMNO lebih gagah. Ahli UMNO harus menjadi orang yang dihormati, tidak sombong dan angkuh selain bersikap rendah diri dan bermoral.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk Taming Jaya rimas

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

SEBAHAGIAN warga asing yang pulang dari kerja sedang berjalan menuju rumah sewa masing-masing di Flat Taman Taming Jaya, Balakong di Kajang, Selangor, semalam.

KAJANG 15 Okt. - Kawasan perumahan bertingkat di Taman Taming Jaya di Balakong sudah seperti sebuah daerah antarabangsa.

Tidak banyak wajah orang tempatan di sini. Yang kelihatan ialah mereka dari negara-negara jiran yang bekerja di kilang-kilang berdekatan.

Ya, kita memerlukan mereka untuk memenuhkan permintaan tenaga kerja dalam sektor industri yang pelbagai di sekitar Taman Taming Jaya. Tetapi kita tidak memerlukan budaya mereka, contohnya budaya makan sirih yang sepahnya kemudian dibuang merata-rata.

Sebuah kedai di kawasan rumah kedai Taman Taming Jaya yang dipercayai diusahakan oleh warga asing berdasarkan kepada papan tanda yang terdapat di premis itu.

Air tembakau juga kelihatan di mana-mana, mewarnakan jalan dan kaki lima.

Penduduk tempatan yang sudah seperti kaum minoriti di sini mendakwa, sebahagian warga asing bertindak lebih berani dengan mendirikan gerai-gerai perniagaan di tepi jalan dan sebahagiannya menjalankan perniagaan dalam rumah kedai.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan perumahan itu, flat dan sekitarnya hari ini mendapati memang terdapat premis perniagaan yang diusahakan oleh pekerja asing.

Premis perniagaan yang dijalankan termasuk kedai gunting rambut, kedai serbaneka dan sebagainya dan dapat diketahui melalui papan tanda iklan yang menggunakan bahasa asing.

Gerai-gerai menjual sirih dan tembakau songel juga kelihatan di tepi jalan.

Di kaki lima bangunan kedai di situ dijadikan tempat mereka berkumpul beramai-ramai, apatah lagi hari ini cuti sempena Aidiladha.

Tinjauan juga mendapati, kawasan flat di situ dicemari sampah sarap kerana tiada tong sampah disediakan di situ. Sampah berlonggok di sana-sini dan bau kurang menyenangkan menusuk hidung.

Pihak berkuasa diminta siasat - Penduduk

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

KAKI lima rumah kedai dijadikan tempat warga asing melepak beramai-ramai, terutama pada hari cuti.

KAJANG 15 Okt. - Warga tempatan di Taman Taming Jaya meminta pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan dan jika perlu diambil tindakan berhubung kebanjiran warga asing yang semakin meningkat di kawasan perumahan itu.

Warga tempatan, yang kebanyakannya menghuni kawasan rumah teres yang berdekatan dengan flat tempat tinggal warga asing itu, semakin resah dengan keadaan di situ yang didakwa berhadapan dengan pelbagai masalah, terutama berkaitan dengan kebersihan.

Norazlifah Azmi, 29, melahirkan kebimbangannya dengan situasi itu dan hairan bagaimana warga asing boleh menjalankan perniagaan di situ.

"Mengapa mereka boleh memberi sewa kepada pekerja asing sedangkan ramai warga tempatan boleh berniaga di sini? Setakat ini, saya tidak pasti sama ada perniagaan mereka berlesen atau tidak, adakah mereka mempunyai permit," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Nurzilawaty Rahmad, 29, pula berkata, dia turut bimbang dengan faktor keselamatan kerana jenayah ragut sering terjadi di kawasan itu.

"Pernah terjadi cermin sebuah van dipecahkan oleh mereka (warga asing) yang dipercayai sedang mabuk di Jalan Taming Sari.

"Saya juga berasa kecewa kerana kawasan perumahan yang saya tinggal sekarang seperti sebuah negara asing," ujarnya.

Ibunya, Jemanis Mohd. Kassim, 52, pula berpendapat, budaya pengotor pekerja asing itu jelas terserlah.

"Lihatlah keadaan sampah-sarap yang bertimbun di kawasan flat ini. Mereka kebanyakannya tidak mempunyai kesedaran terhadap kebersihan. Selain itu, mereka juga sering meludah sesuka hati ketika sedang memakan sirih," jelasnya.

Pengawal keselamatan yang mahu dikenali hanya sebagai Afiq, 31, berkata kebanyakan warga asing di situ berasal dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan lain- lain.

"Selalunya mereka akan berkumpul beramai-ramai selepas pulang dari kerja, terutamanya pada waktu tengah malam hingga pagi. Saya yang tinggal di sini sejak kecil lagi sudah lali dengan situasi sebegini," katanya.

Lam Thye kesal aduan tidak diendah

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Isu papan tanda arah jalan yang terlindung oleh dahan-dahan pokok seolah-olah tidak mendapat perhatian pihak berkenaan sedangkan masalah itu bukan sahaja menyebabkan pengguna jalan raya mengalami kesukaran menuju destinasi tetapi turut melibatkan keselamatan mereka.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye jelas kesal kerana masalah itu seperti tidak diambil berat oleh pihak berkenaan walaupun telah beberapa kali pihaknya membuat aduan dan kenyataan akhbar.

"(Masalah) ini membawa kesulitan yang besar dan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. Situasi sebegini bukan hanya berlaku di Lembah Klang tetapi di seluruh negara.

"Sepanjang perjalanan saya ke negeri-negeri lain adalah menjadi satu kebiasaan untuk melihat papan arah jalan yang terletak di tepi lebuh raya, lebuh raya Persekutuan, negeri atau perbandaran yang terlindung oleh daun pokok," katanya dalam kenyataan akhbar.

Menurut Lam Thye, beliau banyak mendapat aduan daripada orang ramai mengenai masalah itu, dan mereka menyatakan kekecewaan terhadap pihak berkuasa yang tidak sensitif dan tidak mengambil berat terhadap keadaan itu.

"Apa gunanya meletakkan papan arah jalan apabila ia tidak boleh dilihat oleh pengguna jalan raya? Saya berharap Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa lain akan mengulas mengenai isu ini.

"Bagi saya, ia satu perkara mudah (iaitu) yang berkaitan dengan penyenggaraan di mana pihak berkuasa berkenaan perlu memotong dahan dan ranting pokok agar tidak menutup papan arah jalan," tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan pihak berkuasa mana yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap isu itu, selain menyeru kepada Ketua Setiausaha Negara agar campur tangan dan melakukan sesuatu demi kepentingan pengguna jalan raya dan keselamatan mereka.

"Jika tugas yang begitu mudah seperti penyenggaraan pokok bagi kemudahan dan keselamatan awam tidak dapat disempurnakan, saya tidak terkejut sama sekali dengan pendedahan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013.

"Jika ini adalah sikap pegawai penjawat awam yang bertanggungjawab maka ia tidak selari dengan seruan berulang Perdana Menteri mengenai Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Dua calon kemuka bantahan

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

WAKIL Pemuda UMNO Johor Bahru, Mohd. Razali Ibrahim (dua dari kanan) menyerahkan surat bantahan terhadap proses pengundian pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru kepada Bachok Nohong di Johor Bahru, Johor, kelmarin.

JOHOR BAHRU 14 Okt. - Dua calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru tampil membuat bantahan berhubung keputusan jawatan tersebut pada pemilihan parti yang berlangsung Sabtu lalu, di sini semalam.

Bantahan itu dikemukakan oleh Nornekman Osman dan Musbah Yusof melalui wakil mereka selepas tidak berpuas hati terhadap perkara yang berlaku sepanjang proses tersebut berlangsung yang dilihat tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Wakil Nornekman, Mohd. Syirazi Kamaludin berkata, antara perkara yang didapati tidak mengikut prosedur operasi standard adalah termasuk tiada ruang mengundi yang tertutup disediakan untuk para perwakilan membuang undi.

Selain itu, katanya, terdapat juga beberapa individu bukan petugas rasmi berkeliaran di kawasan mengundi.

"Ada juga perwakilan yang menerima gangguan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada calon-calon yang bertanding dan perkara ini menimbulkan keraguan kerana ia mampu mempengaruhi mereka yang sedang menjalankan proses pengundian.

"Selain itu, bilik pengiraan undi juga tidak dikawal dengan baik kerana ada individu tidak berkenaan ke situ sepanjang tempoh pengiraan undi berlangsung," katanya kepada pemberita di Pejabat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini semalam.

Surat bantahan tersebut diserahkan kepada Pegawai Khas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Bachok Nohong.

Pada pemilihan itu, Syaiful Rizal Abdul Ghani diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru yang baharu selepas memperoleh sebanyak 160 undi, menewaskan Nornekman (88), Musbah (61) dan Mohd. Tom Ghadafi Anwary (10).

Sementara itu, wakil kepada Musbah, Mohd. Razali Ibrahim berkata, terdapat juga calon yang bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda bahagian itu menerima undi melebihi jumlah perwakilan yang hadir.

"Jumlah undi yang diterima calon berkenaan adalah sebanyak 353 undi sedangkan jumlah perwakilan yang hadir adalah 336 orang. Justeru, kami berharap agar Badan Perhubungan UMNO negeri dapat menyiasat perkara ini secara terperinci dan memberikan jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Kerajaan negeri kaji semula caj menyelam

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

TEE Siew Kiong (lima dari kiri) dan Siegfried Boerst (tiga dari kanan) bersama anak-anak yatim pada Majlis Sumbangan Tiket Legoland di Nusajaya, Johor, baru-baru ini.

NUSAJAYA 15 Okt. - Kerajaan negeri bercadang mengkaji semula kadar yuran aktiviti menyelam sebanyak RM200 sehari yang dikenakan terhadap kepada seorang penyelam bermula 1 September lalu kerana disifatkan oleh segelintir pihak sebagai membebankan dan boleh membantutkan aktiviti tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di sini telah menerima lebih 20 aduan menerusi e-mel serta surat daripada pemain industri menyelam dan ejen pelancongan tempatan dan Singapura tentang perkara tersebut.

Beliau berkata, rentetan aduan berkenaan, dua mesyuarat bagi membincangkannya telah diadakan dengan melibatkan beberapa pihak termasuk wakil agensi pelancongan, Persatuan Pengusaha Bot Mersing serta beberapa wakil agensi lain.

"Pada sesi tersebut, pihak industri dan masyarakat setempat telah sebulat suara untuk memohon agar kerajaan negeri menimbang bagi mengurangkan kadar yuran aktiviti menyelam kepada hanya RM20 seorang bagi tempoh sepanjang lawatan ke pulau yang terlibat.

"Hasil perbincangan tersebut, kita kini sedang mengumpulkan segala cadangan mengenai kadar yuran berkenaan dan akan diserahkan kepada Menteri Besar untuk diputuskan," katanya selepas melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Legoland Malaysia, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Legoland Malaysia, Siegfried Boerst; Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland, M. Thila; Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Johor, Mohammad Isa Abdul Halim dan Pengarah Pelancongan negeri, Mohd. Hafiz Ahmad.

Siew Kiong berkata, tindakan mengenakan yuran untuk memasuki taman-taman negara di negeri ini iaitu sebanyak RM10 dikenakan kepada pengunjung tempatan dan RM25 kepada warga asing adalah merupakan salah satu usaha untuk memulihara warisan alam semula jadi dasar laut termasuk terumbu karang.

Beliau berkata, usaha memelihara hidupan laut itu turut menggariskan bahawa sebarang aktiviti seperti kelas menyelam tidak digalakkan di kawasan laut kerana boleh merosakkan terumbu karang sedia ada yang memerlukan 100 tahun untuk tumbesaran.

Mengenai program CSR Legoland Malaysia, Siew Kiong berkata, sebanyak 15,000 tiket yang keseluruhan bernilai RM1.5 juta akan diedarkan kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim dan masyarakat kurang berkemampuan di negeri ini sekali gus memberi ruang kepada mereka merasai keseronokan di taman tema itu.

"Program CSR itu akan dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa pertama bermula Oktober hingga 15 November dan fasa kedua mulai Januari hingga Februari depan.

Kerajaan negeri melalui kerjasama Jabatan Pendidikan negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenal pasti seramai 13,423 golongan yang memerlukan terpilih untuk program ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan NS laksanakan dasar pembesaran kampung - MB

Posted: 16 Oct 2013 03:07 AM PDT

JELEBU 16 Okt. - Kerajaan Negeri Sembilan akan melaksanakan dasar pembesaran kampung dengan mewujudkan Kampung Tersusun dalam usaha menarik lebih ramai orang tinggal di kampung.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dasar ini dibuat memandangkan kawasan kampung semakin mengecil.

"Sebagai contoh, kalau dahulu arwah datuk kita mempunyai tanah seluas 4.05 hektar tapi dah 'dipecahkan' (dibahagikan) kepada anak kemudian cucunya dan adik-beradik, jadi pemilikan tanah ini makin lama makin kecil dan ada juga tanah ini yang telah dijual.

"Apa yang kita nak buat di Negeri Sembilan ialah kita nak pastikan bukan sahaja peluang diberikan kepada anak-anak generasi kedua dan ketiga Felda tetapi juga di kampung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pengundian lot peserta Felcra Bhd Kerangai Penagoh, Jelebu di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Bhd., Datuk Ramlee Abu Bakar.

Sehubungan itu, Mohamad mengarahkan pentadbir tanah daerah mengenal pasti tanah kerajaan dan kawasan hutan pinggiran kampung yang tidak melibatkan tadahan air untuk dijadikan kawasan Kampung Tersusun.

"Kita tidak beri tanah yang luas tapi kita bagi setengah ekar cukup untuk mereka mendirikan sebuah rumah untuk Kampung Tersusun. Di Kampung Tersusun ini akan dilengkapi infrastruktur dan kemudahan awam.

"Dasar ini kita buat bagi mengurangkan inflasi di dalam Negeri Sembilan dan supaya permintaan rumah ini dapat dikurangkan. Jadi, penumpuan tidak ke bandar sangat untuk membeli rumah," katanya.

Mengenai pengundian lot peserta Felcra Bhd Kerangai Penagoh, beliau berkata, pengundian lot dibuat sebelum pengeluaran hak milik kepada 348 peserta projek Felcra Kerangai Penagoh dengan keluasan 899.434 hektar.

Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan pegangan tanah 2.43 hektar kepada setiap peserta berkenaan. - BERNAMA

Penasihat PM dilantik Ahli Lembaga Penasihat Sains PBB

Posted: 16 Oct 2013 02:16 AM PDT

PUTRAJAYA 16 Okt. - Penasihat Sains kepada Perdana Menteri merupakan seorang daripada tujuh tokoh Asia yang dilantik Anggota Lembaga Penasihat Sains kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB Ban Ki-Moon.

Menurut kenyataan Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Profesor Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid akan menganggotai lembaga baharu bagi menasihati Ban dan ketua eksekutif agensi PBB berhubung isu sains, teknologi dan inovasi berkaitan pembangunan mampan.

"Zakri sebagai salah seorang anggota lembaga penasihat yang baru dibentuk melibatkan para saintis tersohor dengan mandat sebagai penasihat kepada Ban dan lain-lain eksekutif kanan serta organisasi dalam sistem PBB," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut sebanyak 26 pakar antarabangsa dilantik menganggotai lembaga itu merangkumi pelbagai latar belakang - sains, kejuruteraan dan teknologi; sains sosial dan kemanusiaan; etika; kesihatan; ekonomi; sains tingkah laku; pertanian serta sains alam sekitar yang sering kali dikaitkan dengan pembangunan mampan.

Pelantikan Zakri, yang memegang jawatan penasihat sains kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2010, berkuat kuasa hari ini. - BERNAMA

Malaysia kongsi kesedihan tragedi gempa di Filipina

Posted: 16 Oct 2013 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Malaysia turut bersama-sama rakyat Filipina dalam berkabung dan bersedih dengan kematian rakyat negara itu dalam kejadian gempa bumi semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata demikian dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Sekurang-kurangnya 99 orang disahkan mati dan 276 yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi magnitud 7.2 pada skala Richter di kawasan tengah Filipina semalam, menurut agensi bantuan bencana negara itu hari ini.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina menyatakan 90 mangsa terbunuh di Bohol, lapan di Cebu dan seorang di Siquijor.

Sebanyak 166 mangsa dilaporkan cedera di Bohol dan 106 di Cebu.

Kira-kira 558,390 keluarga membabitkan 2.84 juta orang terjejas di tiga provinsi. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved