Sabtu, 1 Februari 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap TV

Posted: 01 Feb 2014 10:58 AM PST

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 1 Feb. - Kegembiraan sebuah keluarga untuk merakamkan gambar kenangan semasa perayaan Tahun Baharu Cina bertukar duka apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci malam tadi.

Dalam kejadian di Taman Chai Leng, Perai, dekat sini, kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Chew Hui Zhen dipercayai tertarik wayar televisyen di ruang tamu sebuah rumah ketika ahli keluarganya yang lain sedang bersiap sedia untuk sesi bergambar.

Akibatnya, Hui Zhen ditimpa televisyen seberat 10 kilogram itu dan mengalami kecederaan di kepala.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Baharom Abu berkata, siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.

Polis menerima panggilan telefon mengenai kejadian ini kira-kira pukul 10.30 malam daripada pihak hospital. Setakat ini kita mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menunggu laporan bedah siasat.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai berdiri berhampiran rak televisyen yang agak rendah sebelum tertarik wayar dan televisyen terbabit menghempapnya," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bapa mangsa, Chew Hock Soon yang bekerja sebagai tukang paip kelihatan sebak ketika menunggu mayat anaknya di Rumah Mayat Hospital Seberang Jaya.

Hock Soon dan isterinya, Phoruethai Sae Lee yang berketurunan Siam menangis teresak-esak dan enggan ditemu-ramah kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa anak tunggal mereka itu.

Dua bersaudara lemas

Posted: 01 Feb 2014 10:58 AM PST

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my

Mayat mangsa lemas dibawa ke Hospital Kota Tinggi, Johor untuk dibedah siasat kelmarin. - MINGGUAN/ FARIK SALLEH

KOTA TINGGI 1 Feb. - Percutian sebuah keluarga di pantai Tanjung Balau, Desaru dekat sini, sempena cuti perayaan, menjadi detik hitam buat mereka apabila dua daripadanya lemas ketika mandi-manda di pusat peranginan itu, semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah J. Krisna Kumar, 31, dari Jalan Permas Jaya, Masai dan adik iparnya, R. Ghanapathy, 32, dari Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, seorang anak saudara mereka, B. Suren, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selesa Jaya 2, Skudai bagaimanapun sempat diselamatkan orang ramai.

Suren ditemui terdampar di kawasan berbatu sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Seorang lagi yang turut mandi bersama mereka bagaimanapun terselamat.

Kesemua mereka datang ke pantai itu bersama 15 ahli keluarga yang lain tetapi hanya empat orang sahaja yang mandi sebelum dihanyutkan ombak besar.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.25 petang dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Kedua-dua mangsa yang hilang akibat dipukul ombak besar ditemui terdampar di pantai tidak jauh dari lokasi mereka mandi pada pukul 7.30 malam. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk disemadikan.

Kawasan berkenaan menjadi lokasi bahaya kepada mereka yang mandi-manda dan pihak berkuasa sebelum ini telah memasang bendera amaran, namun ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut," katanya ketika dihubungi.

Justeru, Rahmat menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar mengambil langkah keselamatan terhadap anak-anak apabila melakukan aktiviti di kawasan perkelahan yang berisiko terutamanya pada musim angin dan ombak besar.

Kelmarin, seorang remaja Orang Asli, Sham Salem, 14, yang bekerja di ladang tembikai berhampiran pusat peranginan itu mati lemas ketika datang ke situ bersama enam rakannya untuk mencari pucuk pokok nipah untuk dibuat pembalut rokok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Rangkuman keputusan liga bola sepak Eropah

Posted: 01 Feb 2014 09:10 AM PST

La Liga

Barcelona 2 Valencia 3

Bundesliga

Bayer Leverkusen 2 VfB Stuttgart 1

FC Augsburg 3 Werder Bremen 1

Mainz 2 Freiburg 0

Hoffenheim 3 Hamburg SV 0

Schalke 04 2 VfL Wolfsburg 1

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 01 Feb 2014 09:08 AM PST

Stoke City 2 Manchester United 1

Hull City 1 Tottenham 1

Cardiff City 2 Norwich City 1

Fulham 0 Southampton 3

Everton 2 Aston Villa 1

West Ham 2 Swansea City 0

Newcastle 0 Sunderland 3

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


14 termasuk pelajar terbunuh angkara letusan Gunung Sinabung

Posted: 01 Feb 2014 09:09 AM PST

KARO, Indonesia 2 Feb. - Seramai 14 orang termasuk empat orang pelajar sekolah terbunuh semalam, selepas Gunung Berapi Sinabung menghamburkan abu panas dalam letupan terbesar sejak beberapa hari.

Menurut jurucakap Jabatan Agensi Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho, lapan daripada mereka ditemui mati di kampung Sukameriah berhampiran Gunung Sinabung, manakala empat daripada mereka adalah pelajar sekolah tinggi yang dalam perjalanan melihat letusan tersebut.

Tiga lagi mayat lain ditemui di kampung itu tenghari dan mereka dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. - AFP

Perdana Menteri Mesir bakal rombak kabinet

Posted: 01 Feb 2014 09:07 AM PST

KAHERAH 2 Feb. - Satu rombakan kabinet dijangka akan dilakukan di Mesir tidak lama lagi termasuk Menteri Pertahanan, lapor akhbar al-Masry al-Youm yang memetik Perdana Menteri Hazem Beblawi berkata, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan kurang daripada seminggu selepas ahli-ahli Majlis Tertinggi Angkatan Tentera memberikan kelulusan kepada Menteri Pertahanan dan Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sissi untuk menawarkan diri sebagai Presiden.

Menurut laporan tersebut, Abdel Fattah dijangka meletak jawatan daripada kedudukannya dalam kabinet dan mengumumkan pencalonan beliau dalam masa beberapa hari. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Wanita tunjang kemajuan negara

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 1 Feb. - Kerajaan terus komited memperkasakan peranan wanita sebagai tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara menerusi penyediaan pelbagai peluang kepada golongan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin (gambar) berkata, malah dalam agenda pembangunan dan transformasi negara, golongan wanita diberi ruang bergerak seiring dalam memacu kejayaan negara.

Jelasnya, kepercayaan pucuk pimpinan negara terhadap wanita berikutan keupayaan golongan itu menggalas amanah yang diberikan dengan baik sama ada di bidang awam, swasta mahu pun perniagaan.

"Untuk itu, wanita perlu terus membuktikan integriti dan kemampuan agar peratusan peranan wanita bagi jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan, pentadbiran dan lain-lain meningkat.

"Wanita yang berwatak keibuan, cergas dan perkasa daripada segi kebolehan akan terus dihormati, dihargai dan dilayani dengan baik oleh anggota masyarakat," katanya.

Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Bangunan Anjung Wanita Sanggang di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Penghulu Mukim Sanggang, Zainudin Ahmad; Ketua Kampung Sanggang, Hamidin Othman dan Pengerusi Wanita Islam Sanggang, Rosmiah Ahmad.

Beliau menegaskan, peranan wanita cukup terserlah dan amat penting dalam menyebarkan mesej dan matlamat perjuangan dan dasar negara kepada masyarakat.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, wanita perlu peka dengan prinsip Dasar Keluarga Negara yang memberi penekanan kepada inisiatif penerapan nilai-nilai murni kekeluargaan bagi menjamin pembangunan sosial yang kukuh.

KPC sumbang RM20,000 bantu mangsa banjir

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

KUANTAN 1 Feb. - Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. (KPC) yang merupakan anak syarikat IJM Corporation Berhad (IJM) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila menyampaikan sumbangan bernilai RM20,000 kepada 68 mangsa banjir di Beserah di sini yang terlibat dengan bencana itu baru-baru ini.

Kesemua mereka menerima barangan berupa tilam, bantal dan selimut melibatkan mangsa banjir di Kampung Rumbia, Kampung Pelindung, Kampung Pelindung Pantai, Kampung Bugis dan Kampung Alor Ladang.

Majlis penyampaian tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi KPC, Ir. Khasbullah A. Kadiron mewakili IJM kepada Ketua Kampung Beserah, Aziz Mohammad.

Menurut kenyataan IJM, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang bersedih dengan kejadian bencana tersebut.

"IJM berharap dengan sumbangan kecil ini akan membawa keselesaan dan keceriaan kepada mangsa dalam menghadapi dugaan tersebut," katanya.

Kata kenyataan berkenaan, objektif mengadakan program CSR itu adalah membantu golongan kurang bernasib baik seperti yang terlibat bencana dan miskin.

Tambahnya, mereka turut menganjurkan kempen penjagaan alam sekitar dengan melakukan sesuatu yang positif selain menggalakkan integrasi serta kerja berpasukan dalam kalangan kakitangannya.

"Langkah yang dilakukan ini adalah untuk menggalakkan semangat kakitangan dalam menerapkan nilai memberi untuk tujuan yang baik kerana cara itu dapat berbakti kepada orang awam," katanya.

72 murid Padang Tengku terima angpau

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

MUSTAPA Long (tengah) bersama guru dan murid-murid SRJKC Padang Tengku yang memegang lukisan bertemakan Tahun Baharu Cina selepas penyampaian angpau dan limau mandarin di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 1 Feb. _ Sebanyak 72 murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Padang Tengku, di sini menerima angpau dan 33 buah kotak limau mandarin bernilai RM2,000 daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kawasan Padang Tengku sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long ketika mengadakan pertemuan dengan pentadbir sekolah, murid dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut kelmarin.

Yang hadir sama, Guru Besar SRJKC Padang Tengku, Chui Chin Kong; Pengerusi MCA Padang Tengku, Lee Lay Chik; Pengerusi Lembaga Pengelola SRJKC Padang Tengku, Tan Kok Ong dan Pengerusi PIBG, Kamaruzaman Jenal.

Turut menerima angpau dan limau mandarin ialah 34 murid Melayu dan 28 guru serta kakitangan SRJKC Padang Tengku.

Menurut Mustapa, selain meraikan murid-murid sempena Tahun Baharu Cina, lawatan ini juga membantu merapatkan hubungan antara pemimpin termasuk wakil MCA di sini dengan guru serta ibu bapa murid sekolah ini memandangkan terdapat hanya sebuah SRJKC sahaja di DUN ini.

"Hubungan masyarakat Melayu dan Tionghua termasuk minoriti kaum India amat akrab di Padang Tengku dan terbukti dizahirkan apabila 34 murid SJKC di sini terdiri daripada anak orang Melayu," katanya.

Menurut Mustapa, pemberian angpau walaupun tidak seberapa, tetapi besar maknanya untuk murid yang kurang berkemampuan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini.

"Saya dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad sebelum ini turut menyumbangkan peralatan pembelajaran serta kokurikulum di samping dana kepada PIBG untuk keselesaan murid belajar di sini," ujarnya.

Katanya, ini selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk memartabatkan kecemerlangan akademik SRJKC Padang Tengku selari dengan transformasi pembangunan modal insan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Parut buat Mawar positif

Posted: 01 Feb 2014 05:51 AM PST

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar IZHAM JAAFAR

WALAUPUN nampak agak kurus, Mawar sebenarnya seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan.

DENGAN kelebihan dunia maya kini, status selebriti tidak lagi menjadi milik pelakon mahupun penyanyi sahaja. Sebaliknya, sesiapa sahaja yang mampu mengumpul ramai pengikut, sudah mampu merasakan dirinya sebagai bintang. Melihat kemunculan nama-nama seperti Bobo atau Syasya Solera, membuktikan laman sosial kini mampu membantu seseorang menggapai populariti dalam waktu yang cukup singkat.

Tidak menolak perkara yang sama turut terjadi kepada dirinya, Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 19, percaya gelaran selebriti dalam talian atau online membuka pintu rezekinya dalam dunia hiburan tanah air.

Tidak kisah jika ada yang melabelkan perkongsian aksinya dalam laman sosial seperti Keek sebagai bodoh, bagi Mawar niat utamanya hanya satu iaitu untuk berkongsi hiburan.

Saya bermula dalam laman sosial Keek. Memang pada mulanya aksi-aksi yang dimuat naik itu untuk rakan-rakan sahaja.

Tetapi bila mula dikongsi, saya lihat ada di antara aksi dalam Keek dikongsikan beberapa individu sehingga menjadi viral," katanya.

Tidak merasakan ada aksi yang dimuat naik tidak sesuai, bagi Mawar sebagai remaja dia tahu masih ada batas yang perlu dipatuhi dirinya.

Bila Keek saya menjadi perhatian, memang saya agak takut.

Tetapi saya tahu, tidak perlu jadi orang lain, sebab kebanyakan video yang dimuat naik semuanya mengenai kehidupan seharian sahaja. Melalui itu, saya tahu peminat lebih suka jika kita jujur dengan mereka," katanya ketika ditemui di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam, Selangor.

Mengakui agak terganggu dengan komen-komen jahat yang sering dilemparkan ke atas dirinya, Mawar percaya ia merupakan risiko terbesar yang perlu diambil. Bagaimanapun, perkara itu tidak akan menyebabkan dia berhenti daripada terus menghiburkan peminatnya di laman sosial.

Mula-mula memang terkejut...,saya bukan artis, kenapa perlu ada yang membenci saya.

Tetapi lama kelamaan, saya lihat dari segi sokongan peminat juga seimbang, dan mereka mahu saya terus berkongsi video dalam Keek. Jadi, saya sudah tidak ambil pusing lagi soal mereka yang terus melemparkan kata-kata yang kononnya saya nampak bodoh dan terdesak mencari populariti," katanya.

Sedang berjinak dalam dunia lakonan kini, Mawar memberitahu dia amat bersyukur dengan status selebriti online. Berpendapat, populariti yang diraih ini tidak akan disia-siakan, menurut Mawar fokusnya kini adalah untuk membuktikan kemampuan sebenar dirinya dalam bidang lakonan.

Memang saya tidak nafikan, peluang berlakon yang saya dapat ini berkait rapat dengan penerimaan peminat saya di laman sosial Keek.

Saya anggap ini rezeki, mungkin sudah percaturan yang saya akan dikenali dahulu di laman sosial sebelum bergelar pelakon," katanya yang muncul sebagai pelakon tambahan dalam beberapa drama.

Terus bercakap soal populariti, jelas Mawar tiada yang terlalu berubah mengenai kehidupan sehariannya, memandangkan dia masih menjadi seorang remaja yang biasa.

Kehidupan saya masih seperti biasa, masih pergi ke kolej dan rapat dengan ahli keluarga yang lain.

Cuma perbezaan itu akan terasa bila sudah ada yang mengenali saya ketika berada di luar. Pada mulanya saya tidak percaya, saya begitu dikenali tetapi lama-kelamaan saya anggap ini bonus buat saya," katanya.

Damn Dirty Apes perkenal space rock

Posted: 01 Feb 2014 05:51 AM PST

BERASAL dari Pulau Pinang, kumpulan Damn Dirty Apes yang diasaskan oleh empat anak muda iaitu Bob (drum), Pedram (gitar), Shankar (gitar) dan Areef (bass) kini semakin dikenali ramai.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2000, pelbagai cabaran ditempuhi mereka dalam usaha memperkenalkan muzik genre space rock yang dibawa mereka.

Biarpun genre muzik mereka lebih kepada instrumental, eksperimental dan post rock, namun dalam kalangan peminat, mereka memanggilnya sebagai space rock, sekali gus membawa Damn Dirty Apes sebagai kumpulan pertama mencetuskan perubahan dalam penyampaian bunyi yang lebih berbeza.

Malah dengan alunan bunyi gitar dan drum bermelodikan reggae serta ditambah pula dengan efek gitar psychedelic, ia bukan hanya menghiburkan peminat semata-mata, malah kehadiran mereka dalam industri muzik indie dialu-alukan ramai peminat.

Selepas menimba pengalaman bermain gig di sekitar Pulau Mutiara itu, Damn Dirty Apes memberanikan diri memasarkan EP bertajuk Valve State Dreams pada tahun 2002 dan dua tahun kemudiannya, mereka memasarkan EP bertajuk, Ape Kill Ape.

Bagi mereka yang tidak mengenali Damn Dirty Apes, kumpulan ini ditubuhkan bermula dengan ahli yang berbeza iaitu Ian Cheah (bass dan piano), Pedram Djavadkhani (gitar, piano dan vokal), Sina Djavadkhani (drum, vokal dan sampler) dan Paul Metcaffe (gitar dan vokal).

Selepas album penuh Ape Kill Ape dikeluarkan, Damn Dirty Apes menerima kehadiran pemain drum baru iaitu Amit Arvind.

Oleh kerana beberapa ahli lama terpaksa berhenti demi menyambung pengajian, Pedram meneruskan legasi Damn Dirty Apes dengan ahli barunya dan kini mereka kembali dengan gaya muzik baru reggae-esque eksperimental.

Perkembangan melodi sentiasa diutamakan Damn Dirty Apes kerana pada dasar melodi itulah datangnya kekuatan mereka ketika sedang beraksi di pentas gig, kemudiannya disesuaikan dengan lirik berdasarkan irama.

Kepada pembaca .com, apa kata kamu layari laman www.myspace.com/ddapenang dan www.facebook.com/

damndirtyapespenang/info untuk mendekati dan mengetahui perkembangan terkini kumpulan muzik ini. - SYAHRIL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Fenomena 'Kajang Move' PKR

Posted: 01 Feb 2014 10:58 AM PST

Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Sabri

PENGUNDI DUN Kajang kini terjerat dalam permainan politik PKR. - Gambar hiasan.

MELIHAT kepada suasana mainan politik tempatan semasa, ramai pemerhati politik yang berkelayakan apatah lagi yang tidak bertauliah pening memikirkan hala tuju yang ingin dibawa oleh politikus yang dilantik mewakili suara pendesak rakyat ke dalam dewan yang mulia.

Fenomena Kajang Move ciptaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pasti menjadi tajuk perbualan hangat setidak-tidaknya untuk beberapa bulan ini oleh peminat-peminat politik tempatan.

Secara ringkasnya Kajang Move dicetuskan oleh Lee Chin Cheh wakil rakyat dari PKR yang dipilih oleh penghuni N25 Kajang kira-kira 7 bulan yang lalu, yang secara tiba-tiba melepaskan segala amanah yang diberikan oleh rakyat tanpa menjelaskan sebab pengunduran beliau, seperti mana surat yang diserahkan kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh Tseow Suan bertarikh 27 Januari 2014 secara serahan tangan.

Walaupun tindakan ini sejajar dengan Artikel 68 Perlembagaan Negeri Selangor yang menyatakan seseorang wakil rakyat boleh mengosongkan kerusi mereka hanya dengan menyatakan secara bertulis kepada Speaker Dewan, ia tetap mengundang kontroversi kerana bertentangan dengan prinsip Bersih yang mereka sering laung-laungkan.

Apatah lagi ketika rakyat dibebani dengan kenaikan kos sara hidup, mereka pula sewenang-wenangnya membazirkan wang milik rakyat untuk mengadakan sebuah pilihan raya kecil yang tidak perlu diadakan sebenarnya.

Tindakan tersebut telah menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya terpaksa memperuntukkan kos operasi sekurang-kurangnya RM2 juta tidak termasuk untuk perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh agensi-agensi lain seperti polis, tentera, pihak media dan parti-parti politik yang terbabit.

Drama ini bertambah menarik apabila sehari selepas itu, iaitu pada tanggal 28 Januari Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau sendiri akan bertanding di bawah panji PKR untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Chin Cheh.

Populariti

Ramai daripada kita ternganga melihat percaturan apa yang cuba dilakukan oleh PKR. Mencari satu kerusi selamat untuk diberikan kepada ketua mereka sudah pastinya mengundang spekulatif yang negatif.

Walaupun banyak penafian yang dikeluarkan oleh pusat PKR namun ia tidak mampu meniup goyangan angin menderu.

Kalau dilihat pada ulasan yang diberikan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli percaturan ini sekadar pergerakan taktikal bertitik tolak daripada gerakan dalaman UMNO sendiri yang memaksa mereka bertindak sebegini rupa.

Menyalahkan UMNO untuk mereka menghalalkan sesuatu bukanlah perkara baru dalam PKR. Politik PKR sebenarnya tidak sesusah pengiraan aljebra untuk difahami. Mengapa isu ini dimainkan secara besar-besaran.

Ramai sudah mengetahui Selangor merupakan sebuah negeri "lubuk emas" buat siapa sahaja yang menerajuinya. Selangor merupakan negeri kelima terkecil di Malaysia, mencapai status negeri maju 15 tahun lebih awal berbanding negeri-negeri lain di negara ini.

Negeri yang hampir 6 juta penduduk ini mempunyai pendapatan per kapita RM36,135 mengikut unjuran 2012.

Ini menunjukkan betapa peri pentingnya Selangor dalam minda politikus. Ia boleh menjadi sumber kewangan dalam menaja banyak perkara yang boleh membantu populariti seseorang pemimpin.

Namun bagi PKR kepimpinan yang ada sekarang gagal membantu ke arah itu, maka wujudlah pergeseran yang tidak pernah reda antara Menteri Besar selama 6 tahun dengan pucuk kepimpinan parti.

Bagi pimpinan PKR pusat, Selangor adalah milik mereka walaupun mereka mempunyai kerusi yang kurang sedikit berbanding sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

Kekuatan Anwar Ibrahim dalam mempengaruhi dan menjadi orang suruhan cukup kuat berdasarkan formula; Kelantan untuk Pas; Pulau Pinang milik DAP dan Selangor empunyanya PKR.

Berdasarkan konsep keadilan ini, maka secara tidak langsung segala perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Selangor jarang sekali mereka merujuk kepada rakan-rakan sepermainan kerana untuk PKR ia tidak perlu mendapat sebarang konsensus.

Tanpa kita sedari, PKR tanpa Selangor mereka hanyalah parti cebisan, maka silap langkah tamatlah cita-cita mereka menawan Putrajaya apatah lagi matlamat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Berdasarkan senario ini, PKR memerlukan satu kekuatan untuk mengimbangi kuasa rakan-rakan sekutu mereka. Bukan menyaingi UMNO seperti yang cuba ditutup rapat oleh Rafizi. Maka tidak boleh dinafikan, antara kekuatan yang mereka perlukan ialah penyaluran kewangan yang padu.

Seperti mana semua maklum Menteri Besar Selangor ketika ini Tan Sri Khalid Ibrahim, merupakan bekas tokoh korporat yang hebat.

Kehebatan penglibatan korporat beliau gagal diterjemahkan dalam bahasa politik PKR. Beliau mengendalikan Selangor seperti sebuah syarikat yang ada untung dan rugi kewangannya.

Duit tidak boleh dibelanja sewenang-wenangnya tanpa memikirkan risiko masa depan. Gaya pentadbiran sebegini menyebabkan ramai rakan yang berbumbungkan PKR tersekat langkah.

Ramai yang bercita-cita untuk melobi hasil politik tersekat dengan langkah berhati-hati Khalid. Kekalutan ini menimbulkan keresahan buat rakan-rakan dalam parti yang menyebabkan perlunya berlaku perubahan drastik di Selangor.

Apabila Anwar mengumumkan beliau akan bertanding di Kajang secara tidak langsung beliau memberi isyarat pengunduran buat Khalid kerana mana mungkin seorang yang bergelar Ketua Pembangkang yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri akan menerima tudingan daripada seseorang yang dianggap mentah dalam mainan sepak terajang politik.

Kalaulah kehadiran Anwar di Selangor hanya sebagai penasihat pengurusan negeri, tidak cukupkah dengan jawatan sebagai penasihat ekonomi Selangor. Dan tidak cukupkah Saifuddin Nasution proksi Anwar menjadi Ketua Staf di pejabat Menteri Besar?

Pastinya, tindakan ini bukan sekadar untuk Anwar menjadi ADUN tanpa bisa, beliau yang kita kenali mesti mahukan sesuatu yang lebih besar.

Dan seperti mana tiupan angin, khabar mengatakan Khalid hanya akan berundur jika musuh politik beliau Azmin Ali tidak diangkat menjadi Menteri Besar, maka apa pilihan yang PKR ada selain meletakan Penasihat mereka sebagai teraju utama negeri itu.

Seperti yang dinyatakan, walaupun dinafikan, politik PKR tidak sesusah pengiraan aljebra.

n DR. AHMAD ZAHARUDDIN SANI SABRI ialah Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir.

NAP 2014 'kurang beri impak'

Posted: 01 Feb 2014 10:58 AM PST

DASAR Automotif Negara (NAP) 2014 yang diumumkan pada 22 Januari lepas secara umumnya tidak banyak memberi berita gembira kepada rakyat Malaysia selain usaha untuk menjadikan negara ini sebagai hab kenderaan cekap tenaga (EEV).

Kerajaan secara khususnya tidak mengumumkan penurunan harga kereta dalam NAP 2014 untuk tahun ini, tetapi secara konsistennya menumpukan fokus dalam mengkaji kedudukan fiskal negara.

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, pada masa ini tiada kemungkinan kerajaan melalui Kementerian Kewangan menurunkan duti eksais.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk kerajaan mengurangkan duti eksais dan pelbagai jenis cukai yang dikenakan kepada kereta jika terdapat sumber pendapatan lain yang boleh menggantikan hasil untuk cukai tersebut.

Untuk mendapat penjelasan lanjut wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID telah mewawancara Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), DATUK AISHAH AHMAD baru-baru ini. Ujar beliau terpulang kepada syarikat automotif untuk menentukan harga kereta masing-masing.

Di Malaysia sebahagian besar daripada harga kereta adalah disebabkan oleh duti yang tinggi bagi setiap kereta dan nilainya adalah sangat tinggi. Adalah diharapkan bahawa persaingan dan liberalisasi dalam kalangan syarikat-syarikat kenderaan akan memacu industri untuk lebih berdaya saing," katanya .

MINGGUAN: Berdasarkan pengumuman Dasar Automotif Nasional (NAP), harga kenderaan akan diturunkan secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun. Apakah jangkaan Datuk kesan segera daripada pengumuman itu? Adakah pembeli akan menangguhkan pembelian sehingga mereka mendapat harga yang dihajati?

AISHAH: Secara umumnya kami tidak berpandangan bahawa akan ada impak penurunan harga kereta secara mendadak kerana kerajaan mengumumkan di bawah Dasar Automotif Nasional penurunan adalah secara berkadaran selama tempoh lima tahun. Walau bagaimanapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed telah menyatakan dengan jelas bahawa duti eksais daripada 65 sehingga 105 peratus tidak akan dikurangkan memandangkan pihak kerajaan tidak mampu untuk kehilangan RM9 billion bagi hasil kerajaan di bawah sektor ini.

Kerajaan juga tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan syarikat automotif mengurangkan harga kenderaan. Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri juga yakin dengan liberalisasi pasaran serta persaingan akhirnya akan memberi tekanan kepada syarikat automotif untuk menurunkan harga kenderaan. Penurunan harga kenderaan sebanyak 20 hingga 30 peratus sepanjang tempoh lima tahun bukanlah sesuatu yang mudah bagi syarikat automotif dan ia tidak boleh dilaksanakan serta-merta.

Terpulang kepada syarikat automotif untuk menentukan harga kereta masing-masing. Namun begitu spesifikasi, kecekapan pengeluaran, skala ekonomi serta menggunakan barangan dan peralatan keluaran tempatan, akhirnya akan dapat mengurangkan harga bagi kereta yang dipasang di dalam negara. Tetapi di Malaysia sebahagian besar daripada harga kereta adalah disebabkan oleh duti yang tinggi bagi setiap kereta dan nilainya adalah sangat tinggi.

Selain daripada itu, harga kenderaan juga ditentukan oleh beberapa faktor lain seperti pasaran bagi setiap model yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat automotif yang lain. Oleh kerana persaingan yang sengit di pasaran automotif maka syarikat kenderaan akan sentiasa bersaing dari segi strategi pemasaran serta kempen promosi. Ia terpulang kepada syarikat automotif berkenaan untuk menentukan jenis kenderaan keluaran mereka, serta bagaimana untuk memasarkan produk mereka (sama ada dengan menurun, mengekal atau menaikkan harga kereta keluaran mereka).

Perlu diingatkan bahawa syarikat kenderaan sentiasa membuat kempen mempromosi bagi mengekalkan pasaran mereka selain meningkatkan hasil jualan. Semasa kempen dan aktiviti promosi berkenaan, syarikat automotif akan menyedia dan menawarkan pelbagai tawaran dan insentif untuk menarik pelanggan. Penawaran diskaun juga adalah sebahagian daripada strategi tawaran mereka.

Melihat kepada perkara ini apakah langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh peserta industri automotif dalam menjadikan operasi mereka lebih berdaya saing?

AISHAH: Pihak kerajaan telah menyatakan bahawa ia tidak akan melaraskan duti eksais bagi kenderaan bermotor pada masa ini. Adalah diharapkan bahawa persaingan dan liberalisasi dalam kalangan syarikat-syarikat kenderaan akan memacu industri untuk lebih berdaya saing.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh syarikat kenderaan untuk menurunkan harga kenderaan ialah:

1. Membuat perubahan kepada spesifikasi kenderaan

2. Meningkatkan kecekapan dalam operasi dan meminimumkan kos

3. Menggunakan komponen keluaran tempatan

4. Kecekapan skala ekonomi

Namun begitu perlu diambil perhatian bahawa harga kenderaan CKD dan CBU meningkat saban tahun, kos pengendalian juga meningkat selain gaji serta kos menjalankan perniagaan juga turut meningkat setiap tahun. Ketidaktentuan pertukaran wang asing juga akan memberi impak tidak langsung kepada harga kenderaan. Secara umumnya, kenderaan keluaran tempatan mempunyai lebih banyak komponen buatan tempatan berbanding model CKD yang membolehkan mereka meningkatkan penggunaan komponen tempatan selain membantu menurunkan harga lebih rendah.

Kebanyakan syarikat kenderaan di Malaysia mahu beralih daripada operasi CBU ke CKD memandangkan terdapat pelbagai insentif yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada industri yang banyak menggunakan komponen tempatan. Namun begitu ia adalah keputusan perniagaan yang perlu dibuat oleh setiap syarikat kenderaan memandangkan terdapat banyak faktor yang perlu diberi perhatian seperti kuantiti, kualiti, harga kompetitif komponen tempatan, sumber CKD dari negara pengeluar, selain kos pelaburan bagi pemasangan tempatan juga perlulah wajar dan menguntungkan.

Kebiasaannya pelan tempatan oleh pengedar individu akan bergantung kepada strategi perniagaan. Sekiranya terdapat jumlah jualan yang wajar maka peralihan kepada CKD adalah tindakan yang wajar dilakukan. Jika jumlah penjualan tinggi maka pemasangan kereta-kereta import di pasaran tempatan akan meningkat kerana skala ekonomi yang menguntungkan.

Bagaimana Datuk melihat isu duti eksais. Bukankah penurunan duti eksais mampu menurunkan harga kereta selain mengurangkan beban rakyat?

AISHAH: Dasar semasa kerajaan melaksanakan kadar cukai yang terlalu tinggi ke atas kereta yang sebenarnya memberi implikasi kepada harga sesebuah kenderaan. Perkara ini berlaku akibat daripada pelaksanaan duti eksais yang sangat tinggi pada kadar 65 sehingga 105 peratus. Penurunan duti eksais sememangnya sangat membantu dalam menurunkan harga kenderaan. Namun kerajaan telah memberi gambaran bahawa tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam kadar duti eksais melainkan keadaan ekonomi dan fiskal negara bertambah baik. Kita perlu faham kenderaan CBU tidak menikmati insentif bagi komponen tempatan dan hanya model yang mempunyai kadar jualan yang tinggi menikmati kemudahan tersebut. Kenderaan yang mempunyai kadar jualan yang rendah tidak menikmati kemudahan komponen tempatan berdasarkan skala ekonomi.

Satu perkara yang mungkin memerlukan penjelasan lanjut ialah pengumuman NAP dikatakan hanya tertumpu kepada kereta harga rendah atau kecil yang melibatkan golongan berpendapatan rendah tetapi tidak memberi kesan sangat kepada golongan berpendapatan sederhana. Apa komen Datuk?

AISHAH: NAP 2014 memberi fokus kepada isu-isu yang lebih besar melibatkan industri automotif negara dan juga isu melibatkan pengguna secara keseluruhan. Adalah tidak benar NAP 2014 hanya memfokus terhadap menurunkan harga kereta-kereta kecil. Contoh yang diberikan semasa kenyataan media MITI adalah berlandaskan promosi jualan tahun lepas yang disediakan oleh syarikat kenderaan terutamanya yang melibatkan kereta-kereta baru kerana persaingan adalah begitu sengit.

Perkara ini kita perlu faham memandangkan dua per tiga pasaran kenderaan dikuasai segmen enjin 1500cc dan ke bawah. Harga kereta-kereta mewah dan sederhana juga akan melalui persaingan harga yang begitu sengit pada masa depan berikutan penawaran harga yang lebih kompetitif yang ditawarkan kepada pengguna.

Bagaimana pula kesan NAP kepada industri kereta terpakai. Apakah industri ini akan menerima kesan yang besar?

AISHAH: Majoriti pengguna akan menjual kenderaan lama untuk membeli kereta baru. Berikutan persaingan ini, syarikat kenderaan akan memastikan kenderaan mereka dijual pada harga yang kompetitif supaya mereka tidak kehilangan pasaran. Selepas pelaksanaan NAP 2012 sebarang pengenalan kenderaan baru pada harga rendah akan memberi kesan terhadap kenderaan terpakai. Strategi penetapan harga akan menjadi keutamaan bagi syarikat kenderaan memandangkan ia akan turut memberi kesan dalam penjualan semula jenama kenderaan mereka sendiri. Bagaimanapun, ketika musim perayaan, pengeluar kenderaan akan menawarkan diskaun dalam tempoh singkat untuk menarik pelanggan dan syarikat kereta terpakai sudah terbiasa dengan keadaan sebegini. Namun sebaik-baik saja pengguna sudah sinonim dengan senario baru, permintaan untuk kereta sama ada baru atau terpakai akan kembali seperti biasa.

Bagaimana Datuk melihat NAP bakal menjadi platform untuk membangunkan Malaysia sebagai pusat atau hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV), Ada pihak yang sinikal tetapi bagi pihak MAA pula bagaimana?

AISHAH: Kami mengalu-alukan NAP 2014 khususnya pelan tindakan dalam menjadikan negara ini sebagai hub kenderaan cekap tenaga. Buat pertama kalinya dalam sejarah, kerajaan Malaysia telah meliberalisasikan industri automotif dan mengalu-alukan pelabur-pelabur OEM untuk menjadikan Malaysia sebagai hub serantau kenderaan EEV. Polisi ini akan dipanjangkan sehingga tahun 2020 bagi memudahkan usaha perancangan dan pelaksanaan. Namun begitu pihak industri juga mahu penjelasan yang lebih terperinci mengenai insentif EEV. NAP 2014 adalah satu dokumen polisi penting yang menjelaskan pelan kerajaan, dasar serta arah tuju dan masa depan industri automotif tempatan.

Pelbagai strategi dan pendekatan yang digariskan di bawah NAP 2014 adalah bertujuan memastikan pembangunan secara tersusun serta keupayaan persaingan industri automotif tempatan untuk jangka masa panjang. Kami juga mengalu-alukan objektif NAP 2014 yang antara lain akan membantu kelangsungan industri automotif tempatan selain meningkatkan liberalisasi dalam industri. Objektif dan pendekatan adalah baik serta positif selain akan memudahkan kemasukan pelabur ke negara ini.

Pada pandangan Datuk, siapa yang paling untung daripada NAP ini - pembeli, pengedar kenderaan atau pengeluar?

AISHAH: Polisi ini telah disediakan selepas melalui pelbagai perbincangan dan konsultasi dengan semua pihak yang terlibat dalam industri. Selain itu kerajaan juga telah mengambil kira semua kepentingan melibatkan pemain industri. Kami merasakan pemain industri serta pengguna akan mendapat faedah daripada semakan semula NAP.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Anwar bukan 'superman' - Ban Seng

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (dua dari kanan) yang menghadiri program persiapan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Taman Koperasi Quepacs, meluangkan masa melawat seorang penduduk yang terlantar sakit, Hamidah Md. Amin, semalam. Turut kelihatan Lee Ban Seng (kanan). - MINGGUAN/ROY AZIS ABD. AZIZ

HULU LANGAT 1 Feb. - Kempen 'tukar kerajaan' tidak lagi relevan untuk dimainkan pakatan pembangkang bagi mempengaruhi masyarakat Cina dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengerusi MCA Bahagian Hulu Langat, Lee Ban Seng berkata, masyarakat Cina kini kembali menyokong kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan angin perubahan mahu menukar kerajaan juga sudah tiada.

Selain itu, katanya, mereka juga sedar keputusan PRK berkenaan tidak memberi kesan kepada pentadbiran negara di peringkat Pusat.

"Apabila pembangkang memainkan isu untuk menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, perkara tersebut mendapat rangsangan khususnya daripada masyarakat Cina.

"Namun, sekarang isu itu tidak lagi timbul dan angin perubahan mahu menukar kerajaan sudah tiada. Masyarakat Cina juga mungkin berasa tertipu apabila Lee Chin Cheh yang dipilih sebagai wakil rakyat Kajang meletakkan jawatan dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan jentera BN Pusat dan Parlimen Hulu Langat dekat sini hari ini.

Ban Seng berkata, meskipun pembangkang mempertaruhkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon DUN Kajang, BN mempunyai peluang untuk merampas kerusi berkenaan.

Katanya, situasi kali ini berbeza kerana jika BN memutuskan untuk bertanding, para pemimpin dan jentera parti dari seluruh negara akan tertumpu di PRK berkenaan bagi membantu calonnya.

Tambah beliau, Anwar juga tidak kebal dan mampu ditewaskan jika BN meletakkan calon serta menggunakan strategi yang tepat.

"Anwar bukan 'superman', BN boleh mengalahkannya," ujar beliau yang merupakan bekas calon BN di kerusi itu dalam PRU-13.

Dalam pada itu, Ban Seng menyatakan kesediaan memikul tanggungjawab sekiranya diamanahkan semula sebagai calon BN dalam PRK berkenaan.

Beliau akan berusaha habis-habisan jika diberi kepercayaan tersebut untuk memastikan kemenangan BN.

Majlis Tindakan Rakyat Selangor dilancar 9 Februari

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

Hamidzun Khairuddin

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Majlis Tindakan Rakyat Selangor (MTRS) akan dilancarkan pada 9 Februari ini di Shah Alam dengan tujuan mempertahankan kepentingan, maruah serta kedaulatan negeri berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Hamidzun Khairuddin berkata, MTRS dianggotai oleh pertubuhan, individu dan anak negeri serta rakyat Selangor daripada pelbagai bangsa dan agama.

Menurut beliau, penubuhan itu ekoran daripada perkembangan politik di Selangor pada akhir-akhir ini banyak mengundang kebimbangan orang ramai.

"Tindakan segelintir ahli politik yang dilihat hanya mementingkan diri dan sanggup menggadai agama, bangsa serta negara menuntut penglibatan semua pihak mempertahankan kepentingan negeri daripada menjadi mangsa permainan politik.

"Atas semangat itu wujud usaha dalam kalangan pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu, anak negeri dan rakyat Selangor untuk menyatukan penggembelingan usaha mempertahankan kepentingan negeri ini dengan penubuhan MTRS," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Hamidzun berkata, MTRS akan diketuai Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor.

"Mohamad Ezam pernah memimpin dan mengasas beberapa pertubuhan politik dan NGO sejak 15 tahun lalu.

"Malah, anak kelahiran negeri Selangor ini diyakini mampu menggalas perjuangan murni ini bersama rakan-rakan lain daripada berbilang kaum dalam kalangan anak-anak negeri dan rakyat Selangor," katanya.

Kos hidup: Pelajar IPT kerja sambilan

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Bagi menampung kehidupan harian berikutan kenaikan kos sara hidup kini, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah itu.

Menyedari tidak boleh hanya bergantung dengan wang pinjaman pendidikan, Ag Mohd Nasharudin Awang Nayan, 20, memilih bekerja sambilan di kedai makan berhampiran kediamannya bagi menampung perbelanjaan sehariannya.

Menurutnya, walaupun mendapat pinjaman pendidikan, wang itu tidak mencukupi kerana baki yang tinggal setelah ditolak yuran pengajian dan penginapan adalah terlalu sedikit sedangkan dirinya memerlukan antara RM300 hingga RM400 sebulan bagi menampung perbelanjaan.

"Setelah ditolak yuran dan sewa penginapan baki pinjaman saya hanya tinggal dalam kira-kira RM200 (sebulan) sahaja, dan jumlah itu tidak cukup, jadi saya memilih untuk mencari kerja sambilan untuk mencari duit belanja, walaupun dibayar kira-kira RM45 sehari, bagi saya ia mencukupi" kata pelajar tahun dua Diploma Jurusan Reka Bentuk Multimedia di sebuah kolej swasta di ibu kota kepada Bernama.

Mohd Faeis Mohd Niza, 22, pula memilih untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup.

"Saya memilih untuk masak makanan sendiri berbanding makan di luar, kecuali jika keadaan terlalu sibuk dengan tugasan barulah saya ke kedai makan," katanya yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Jurusan Seni Lukis dan Seni Reka di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.

Hamiza Hamidon, 25, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Tekstil UiTM Shah Alam pula berharap bilangan kedai yang disenaraikan dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang diperkenalkan pada 2012 supaya diperluaskan.

Menurutnya walaupun pengguna kad berkenaan ditawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus, kedai yang terlibat masih lagi sedikit dan tidak dapat memberi impak yang berkesan di dalam membantu mengurangkan beban siswa dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Koleksi santai Arlene

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar JEFFRI IRAN

RINGKAS dan selesa adalah antara sebab mengapa rekaan sebegini disukai.

ARLENE, butik dalam talian yang mula menempa nama di persada dunia fesyen kini menambah lagi koleksi yang ada demi memenuhi kehendak pelanggan daripada semua golongan.

Tidak disangka, koleksi fesyen daripada Arlene bukan sahaja mendapat permintaan daripada Malaysia, malah turut diikuti oleh pelanggan dari serata dunia.

Rekaan Arlene turut dibeli oleh pelanggan dari Paris, Sweden, United Kingdom, Belgium, Kuwait dan Singapura. Mereka bukan setakat membeli satu atau dua helai, malah ada yang membeli sehingga enam pasang sekali gus.

Setiap rekaan yang dihasilkan dibuat sebanyak 70 pasang pakaian dalam pilihan empat atau lima warna. Walaupun dilihat banyak namun ia pasti habis dan akan ada permintaan kedua.

Rekaan yang sinonim dengan Arlene adalah dres moden yang diminati oleh golongan muda dan pertengahan usia. Ringkas dan selesa adalah antara sebab mengapa rekaan sebegini disukai.

Dres moden sebegini boleh disesuaikan di banyak tempat sama ada untuk ke tempat kerja, ke kolej, ke acara kasual atau majlis santai.

Fabrik pilihan iaitu syifon bercorak atau yang polos nampak menarik kerana pilihan warna yang pelbagai seperti terang, pastel atau warna-warna asas.

Arlene juga bijak memadankan warna-warna polos dalam sehelai dres seperti dres syifon dengan tiga warna bertingkat pada bahagian bawah dres.

Selain dres moden, Arlene turut mempunyai pelbagai rekaan lain seperti blaus, kardigan syifon dan kapas serta skirt labuh. Pun begitu, Arlene masih mengekalkan gaya yang ringkas memandangkan gaya sebegini paling disukai dan mudah dijual.

Alasannya adalah sudah terlalu banyak butik yang menjual fesyen yang lebih glamor dan eksklusif dan ia mahu kekal dikenali dengan fesyen yang santai, namun cantik.

Harga yang mampu dimiliki iaitu tidak melebihi RM160 bagi sehelai dres juga menjadi daya tarikan kepada pelanggan yang berpendapatan sederhana atau golongan muda yang tidak mampu berbelanja besar untuk membeli pakaian.

Mengikuti perkembangan dunia fesyen semasa, Arlene sentiasa mencari idea untuk menghasilkan rekaan-rekaan terkini yang boleh menambat hati pembeli.

Lipstik terunggul

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

AVON memperkenalkan koleksi gincu baru berpenemuan terunggul yang memanjakan bibir dengan enam pemangkin kejelitaan untuk warna menyerlah dan rawatan mewah dalam satu tiub, Avon Ultra Color Absolute Lipstick.

Kemasannya sederhana dan semakin terang dengan olesan berulang serta SPF 15, koleksi terbaharu ini memberi rona mewah yang menawan dan turut membantu memperbaiki kesihatan bibir sepanjang masa.

Diformulasi dengan Kompleks Color Complete, ia menampilkan enam bahan menyerlah kejelitaan iaitu Vitamin E, Phytol, Vitamin C, 50 peratus bahan pelembap, SPF 15 serta kolagen.

Gincu berkrim ini sungguh kaya dengan lembapan, perapi serta antioksida dan akan terus memelihara bibir biarpun selepas dibersihkan. Hasilnya, bibir tampil anggun seharian.

Kajian klinikal mendapati bibir tampak lebih sihat selepas menggunakan Avon Ultra Color Absolute Lipstick terbaharu ini.

Melalui Teknologi Color Reveal terbaharu, sejenis pigmen memperbaharui dari Avon, gincu versatil ini turut memberi kemasan terang dalam 10 tona memikat pandang.

Selain itu, Avon turut mengumumkan penyertaan pelakon jelita, Fazura dalam keluarga jurucakapnya sebagai wajah terbaru Mekap Avon. Sebelum ini, perjalanan Fazura dalam dunia Avon bermula beberapa tahun dahulu sebagai wajah haruman Avon.

Bukan itu sahaja! Avon turut membuka peluang kepada pelanggan dan wakilnya untuk memenangi sebuah kereta Perodua Viva S dan ribuan hadiah melalui peraduan Gores & Menang Crazy for Lipsticks.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


KR1M, pasar tani diperluas di Johor

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin (dua dari kanan) bersama Lim Ik Kin (tiga dari kanan) menggaul yee sang sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma Persekutuan Tiong Hua, Johor Bahru, semalam. - Utusan/Amin Farij Hasan

JOHOR BAHRU 31 Jan. - Dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini, kerajaan negeri akan memperbanyakkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pada masa sama, enam lagi lokasi pasar tani di Johor akan ditambah supaya rakyat dapat membeli barangan keperluan dengan harga lebih murah.

"Selain itu, kita juga akan mewujudkan 12 lagi pasar ikan di seluruh negeri ini dan lokasinya kini sedang dikenal pasti sekali gus pembinaannya kelak dapat dimanfaatkan masyarakat di negeri ini.

"Kerajaan negeri akan sentiasa berusaha membantu meringankan beban rakyat," katanya ketika berucap di hadapan lebih 500 kaum Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma Persekutuan Tiong Hua, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor, Lim Ik Kin.

Selain menghadiri sambutan di situ, beliau turut menghadiri majlis rumah terbuka dianjurkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong di Benut, Pontian.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persekutuan Tiong Hua supaya terus memainkan peranan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat di negara ini.

Tambahnya, perpaduan yang kukuh dapat membantu dalam usaha membangunkan negeri ini terutama untuk menarik pelaburan asing ke Johor khususnya di kawasan Iskandar Malaysia yang kini sedang pesat berkembang.

"Persekutuan Tiong Hua ini juga boleh terus memainkan peranan dengan menjadi jambatan antara kerajaan dan kaum Cina supaya hubungan yang sudah terjalin sekian lama dapat terus dieratkan pada masa akan datang," katanya.

FAMA perkenal Pasar Bergerak 1Malaysia

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

Mohd. Sharizan Mansur (dua dari kanan) dan Sapawi Johari (tengah) memotong pulut kuning sempena Sambutan Ulang Tahun Pasar Tani Ke-29 di Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 31 Jan. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu Pasar Bergerak 1Malaysia bermula Februari ini.

Timbalan Pengarah FAMA negeri, Mohd. Sharizan Mansur berkata, projek tersebut masih berada dalam fasa percubaan dan Johor Bahru akan menjadi salah satu lokasi projek berkenaan selain Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

"Pengenalan pasar bergerak ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai khususnya yang berada di kawasan perumahan berkepadatan tinggi untuk membeli barangan keperluan harian mereka.

"Barangan yang akan dijual pula selain produk asas tani, pasar bergerak ini akan turut menjual barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)," katanya pada majlis Sambutan Ulang Tahun Pasar Tani Ke-29 di Pasar Tani Datin Halimah, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Peserta Pasar Tani negeri, Sapawi Johari.

Buat permulaan, kata Mohd. Sharizan, pasar bergerak tersebut akan beroperasi di kawasan Desa Mutiara, Kempas, Sri Stulang dan Pasir Gudang.

Tambahnya, sepanjang 29 tahun penubuhan FAMA, pihaknya kini menyediakan sebanyak 57 tapak pasar tani di seluruh negeri dan bakal menambah enam lagi tapak di lokasi berbeza.

"Selain memberi kemudahan kepada masyarakat umum untuk mendapatkan barang keperluan mereka dengan mudah, penambahan lokasi pasar tani ini juga memberi peluang kepada usahawan tani untuk memasarkan produk mereka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Manjung kini di bawah NCER

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

LUMUT 31 Jan. - Kerajaan bersetuju untuk memasukkan daerah Manjung sebagai salah sebuah kawasan di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, keputusan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Ke-11 di Putrajaya, Selasa lalu.

"Kemasukan daerah Manjung ke dalam NCER merupakan langkah strategik berikutan daerah ini mempunyai kemudahan infrastruktur lengkap serta pelabuhan yang berpotensi menggerakkan pelan pembangunannya.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih atas jasa Perdana Menteri kerana bersetuju memasukkan Manjung ke dalam pelan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas turun padang memberikan sumbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan China (SJKC) Hwa Lian di Pasir Bogak, Pulau Pangkor, dekat sini semalam.

Zambry turut meluangkan masa menyampaikan sumbangan ang pau dan limau mandarin di dewan terbuka sebuah tokong Cina di Batu 5 di Segari.

Pada 2 September tahun lalu, Menteri Besar melancarkan secara rasmi fasa kedua Pelan Pembangunan Koridor Utara di Perak yang antara lain memberi penekanan kepada penyediaan infrastruktur bagi projek 'Greater Kemunting'.

Zambry berkata, penyediaan infrastruktur itu berpotensi menarik pelaburan sebanyak RM18 bilion melalui 34 projek permulaan sekali gus bakal memberi impak pertumbuhan ekonomi dan perindustrian di negeri ini.

Warga Tentera Darat mesti utamakan kepemimpinan terbaik - Raja Muda Perlis

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) berkenan bergambar bersama anggota dan pegawai Rejimen 504 sempena Taklimat Latihan Sukarela dan Perancangan Latihan 2014 Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Kangar, Perlis, baru-baru ini. - BERNAMA

KANGAR 31 Jan. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta setiap warga tentera darat, tanpa mengira pangkat, supaya sentiasa menunjukkan tahap kepimpinan terbaik.

Baginda yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah, kepemimpinan sering dikaitkan dengan orang yang mempunyai kuasa atau pangkat, tetapi ia sepatutnya diterap oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan.

"Kepemimpinan menjamin kejayaan di dalam apa jua penugasan yang dilaksanakan dan harus menjadi pedoman untuk setiap warga tentera darat.

"Sejarah membuktikan bahawa aspek atau ciri kepemimpinan unggul telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan di dalam semua pertempuran dan penugasan yang dilalui," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin mengutarakan perkara itu ketika bertitah pada Majlis Taklimat Latihan Sukarela dan Perancangan Latihan 2014 Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri dekat sini baru-baru ini.

Menurut baginda slogan 'Kepemimpinan Melalui Teladan' perlu diamalkan oleh semua peringkat pegawai dan anggota tentera darat supaya kecemerlangan organisasi dalam memartabatkan visi dan misi dapat direalisasikan dengan jayanya.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, tentera darat perlu mempunyai kepemimpinan efektif untuk menjadi sebuah organisasi unggul, cemerlang, profesional dan disegani ramai.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Timbalan Komander rejimen itu, Leftenan Kolonel Zulfakar Wahid serta para pegawai kanan tetap dan sukarela rejimen.

Pada majlis itu, baginda berdua mendengar taklimat mengenai kegiatan dan kejayaan rejimen sepanjang 2013 serta perancangan promosi dan sasaran pencapaian bagi tahun 2014.

Dalam taklimat itu, Zulfakar berharap, kegiatan rejimen itu akan mendapat sokongan Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW).

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyempurnakan pemakaian pangkat kepada tiga pegawai dan 14 anggota lain-lain pangkat rejimen itu. - BERNAMA

Bersatu hadapi cubaan runtuhkan perpaduan

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

Zambry Abd. Kadir (empat dari kanan) dan Kong Cho Ha (enam dari kanan) melayani tetamu semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Lumut, Perak, semalam.

LUMUT 31 Jan. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengajak rakyat supaya bersatu padu bagi menentang sebarang bentuk percubaan untuk meruntuhkan perpaduan antara kaum di negara ini.

Menurutnya, walau apa sahaja permasalahan yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, rakyat harus terus bersatu padu untuk mengekalkan suasana harmoni yang dinikmati sekarang.

Kata beliau, perpaduan kaum yang sudah sedia terbina dalam kalangan rakyat harus diperkukuhkan lagi antaranya menerusi penglibatan semua kaum meraikan sambutan hari kebesaran kaum seperti Tahun Baharu Cina yang sedang diraikan sekarang.

"Sempena Tahun Baharu Cina kali ini saya berharap kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan di Malaysia dapat dikekalkan.

"Rakyat harus terus bersatu padu di sebalik segala cabaran dan rintangan serta pelbagai permasalahan yang datang atau sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman bekas Menteri Pengangkutan yang juga Ketua Bahagian MCA Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha, di sini hari ini.

Mengenai kunjungannya itu, Zambry berkata, ia merupakan tanda persahabatan walaupun bekas Menteri Pengangkutan itu tidak lagi mempunyai jawatan dalam kerajaan atau sebagai Ahli Parlimen.

"Inilah rumah terbuka pertama sempena Tahun Baharu Cina yang saya kunjungi hari ini.

"Kunjungan saya ini demi menunjukkan semangat persahabatan dalam Barisan Nasional (BN), walaupun beliau (Cho Ha) kini 'orang biasa'. Inilah semangat kita dalam BN, semangat setiakawan walaupun dalam keadaan senang atau susah.

"Kerajaan negeri juga mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada kaum Cina di seluruh negara dan di Perak khasnya dan berharap semoga perayaan kali ini akan memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada negara kita," kata Zambry.

Sementara itu, Dr. Zambry turut mengumumkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak akan diadakan di Dewan Komuniti Cenderiang, dekat Tapah malam esok.

Beliau menjangkakan antara 5,000 hingga 10,000 orang akan menghadiri majlis berkenaan.

"Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah juga akan hadir untuk bersama-sama rakyat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved