Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


DAP campur tangan kes liwat

Posted:

DAP campur tangan kes liwat

DAP campur tangan kes liwat

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Penglibatan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai campur tangan DAP dalam kes tersebut.

Malah, tindakan Karpal Singh menggunakan prosedur mahkamah dengan membuat tuntutan yang tidak munasabah bagi kes tersebut hanya untuk keuntungan politik DAP dan pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, pada masa yang sama tindakan Karpal yang merupakan Pengerusi DAP juga memperlihatkan beliau seolah-olah dengan sengaja mahu melambatkan perbicaraan Ketua Pembangkang itu.

"Sekiranya Karpal mahu perjuangkan keadilan Anwar, berhenti sahaja daripada menjadi Pengerusi DAP. Nampak sangat Karpal mempunyai konflik kepentingan sendiri. Isu ini telah menjadi semakin kalut.

"Secara terang dan nyata, orang yang dia (Karpal) pertahankan ini adalah Ketua Pembangkang dan dia pula Pengerusi DAP. Bagaimana beliau boleh asingkan diri antara peguam dan pengerusi dalam perkara begini. Adakah kerana Anwar turut berada di dalam kapal yang DAP layari,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Karpal yang dari awal telah membayangkan penangguhan perbicaraan apabila mendakwa perlu mengambil masa bagi menjalankan proses menemubual kesemua saksi yang disenaraikan.

Jelas Mohd. Zin, tentunya ramai dapat berfikir secara logik bahawa Pengerusi DAP itu menjadikan kes liwat tersebut sebagai 'peluru' untuk beliau mengukuhkan lagi benteng politik pembangkang.

"Persoalannya kini adakah benar Karpal mahu mencari kebenaran di sebalik kes liwat Anwar atau semata-mata untuk keuntungan politiknya sahaja,'' kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemuda Pas Pulau Pinang berhimpun sokong JAIS

Posted:

Pemuda Pas Pulau Pinang berhimpun sokong JAIS

Pemuda Pas Pulau Pinang berhimpun sokong JAIS

PULAU PINANG 12 Ogos - Dewan Pemuda Pas negeri hari ini melahirkan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama kerana didakwa cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

Kira-kira 20 ahlinya yang diketuai Hafiz Nordin mengadakan perhimpunan secara aman di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat, satu tindakan yang dilihat bertentangan dengan pendirian pucuk pimpinan parti itu.

Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri berkata, saranan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentang di Parlimen sewajarnya dipercepatkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

"Isu agama tidak boleh dipermainkan oleh pihak tertentu selain tidak boleh dipropagandakan walaupun ada dakwaan mengatakan ia sekadar bantuan untuk diberikan kepada golongan Islam.

"Jika benar hendak bantu, mengapa perlu buat majlis itu di gereja? Banyak lagi tempat boleh dibuat. Oleh itu, saya lihat isu ini ada agendanya sendiri iaitu ingin memurtadkan orang Islam," katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan berkenaan.

Isu memurtadkan orang Islam itu timbul selepas JAIS membuat pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Bagaimanapun, insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pas sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menyatakan pendirian sebenar parti itu dalam isu berkenaan sebaliknya berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Bebas daripada sumpahan'

Posted:

'Bebas daripada sumpahan'

'Bebas daripada sumpahan'

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


LEE Chong Wei mudah menewaskan Kevin Cordon dalam saingan suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Arena Wembley, London, semalam. Chong Wei menang 21-7, 21-13 dalam masa 24 minit. - AFP


KUALA LUMPUR - Selepas enam tahun gagal melepasi suku akhir, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan dia akhirnya 'bebas daripada sumpahan' apabila melangkah ke separuh akhir pertama sejak 2005 dengan menumpaskan pemain paling popular pada Kejohanan Dunia di London, Kevin Cordon dari Guatemala, semalam.

Chong Wei, yang kecundang awal dalam empat penampilan terakhir dan turun memburu kejuaraan dunia pertamanya, langsung tidak menghadapi masalah menyingkirkan pemain yang digelar giant killer Wembley, Cordon 21-7, 21-13 dalam masa 24 minit.

Biarpun sebahagian besar sokongan penonton di Arena Wembley berpihak kepada Cordon, pemain yang mula mencuri tumpuan dengan mengejutkan jaguh China, Chen Long di pusingan pertama, namun Chong Wei tenang untuk memastikan Malaysia terus mempunyai wakil di separuh akhir selepas melihat beregu utamanya, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tersingkir awal.

Penyandang juara, Chen Jin berkemungkinan besar menjadi lawan yang bakal ditentang jaguh negara itu di separuh akhir hari ini, namun Chong Wei enggan mengetepikan peluang pemain muda Denmark, Hans-Kristian Vittinghus yang bertemu Chen dalam satu lagi suku akhir.

"Saya selalu kalah di peringkat lebih awal, biasanya di suku akhir dan kali terakhir saya melangkah ke separuh akhir adalah di Amerika Syarikat pada 2005, jadi berjaya memasuki separuh akhir sekali lagi hari ini umpama membuang sumpahan. Sekarang saya menanti perlawanan seterusnya dengan penuh optimis.

"Saya amat bersimpati dengan Koo-Tan kerana gagal meneruskan kemaraan, selama ini saya berkongsi tekanan bersama mereka tetapi sekarang saya memikul tanggungjawab bersendirian. Begitupun, saya sudah terbiasa dengan situasi begini, dapat merangkul kejuaraan akan menjadi hadiah terbaik saya buat seluruh rakyat Malaysia,'' ujar Chong Wei.

Seandainya bertemu Chen Jin di separuh akhir nanti, Chong Wei berkata, dia cukup berkeyakinan untuk berdepan jaguh China itu kerana dia sudah dipersiapkan untuk menghadapi mana-mana pencabar

"Apabila memasuki separuh akhir, walau siapa pun yang akan saya jumpa, saya kena sentiasa meningkatkan permainan dan bersedia menghadapinya.

"Kejuaraan dunia adalah gelaran yang amat saya inginkan dan saya akan memastikan hanya yang terbaik diberikan sebaik memasuki gelanggang, tidak kurang dari itu,'' kata Chong Wei.

Pada perlawanan semalam, penguasaan Chong Wei ke atas Cordon langsung tidak mampu dibendung, meskipun bintang Guatemala itu mencuri tumpuan awal dengan mendahului 3-0 dalam set pertama.

Sebaik berjaya menyamakan kedudukan 3-3, Chong Wei langsung tidak menoleh ke belakang, apabila melebarkan jurang sehingga 14-5 dengan memaksa lawan berlari ke seluruh gelanggang, malah dia hanya membenarkan Cordon menambah dua mata, sebelum menutup saingan dengan 21-7.

Set kedua juga tampak berat sebelah, biar pun kutipan mata yang dipungut oleh Cordon bertambah berbanding sebelumnya. Kekalahan 13-21 kepada jaguh No. 1 dunia itu menamatkan kisah dongeng pemain berusia 24 tahun itu, yang mendapat nama sempena bekas kapten bola sepak England, Kevin Keegan.

"Saya kalah kepada pemain terbaik di dunia dan memang sukar hendak berlawan dengan Lee Chong Wei. Sepanjang masa, saya kena memberi pukulan terbaik yang ada untuk mengutip mata, biarpun ada masanya saya rasa pukulan saya sudah cantik dan akan mendarat ke gelanggang, dia tiba-tiba berjaya mengangkatnya,'' akui Cordon, pemain No. 34 dunia, yang berlatih di Sepanyol sejak Mac lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Beregu Korea terlalu kuat buat Koo-Tan

Posted:

Beregu Korea terlalu kuat buat Koo-Tan

Beregu Korea terlalu kuat buat Koo-Tan

KUALA LUMPUR - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong nyata berada satu kelas di bawah Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong apabila tumpas buat kali kelima berturut-turut kepada pasangan Korea Selatan itu semalam, sekali gus tersingkir daripada suku akhir Kejohanan Dunia di Arena Wembley, London.

Beregu utama negara yang juga pilihan keempat kejohanan itu tidak pernah menang ke atas pasangan Korea itu dalam empat pertemuan terdahulu dan semalam mereka terus gagal memecah badi apabila kecundang 17-21, 13-21 dalam pertarungan 31 minit tanpa banyak melawan.

Ia merupakan penamat yang amat mengecewakan buat anak- anak buah Rexy Mainaky itu yang diletak harapan tinggi selepas turun dengan reputasi selaku naib juara dunia selepas mara ke final, tahun lalu. Malah kekalahan ini juga meneruskan musim suram mereka yang hanya menang satu daripada lapan kejohanan yang disertai tahun ini.

Kecewa dengan persembahan longlai dan kegagalan memberi tentangan sengit kepada pasangan Korea, Kien Keat dengan nada kecewa berkata: "Kami kurang sparring (rakan sepelatih) berkualiti dan ia menyebabkan kami tidak dapat menyaingi kepantasan lawan.

"Kami jelas ketinggalan satu langkah di belakang mereka dalam melakukan hantaran, mereka sentiasa tahu gerakan yang hendak kami lakukan dan menghukum setiap kelemahan kami."

Kenyataan Kien Keat itu turut disokong oleh Rexy, yang mengambil masa agak lama sebelum bersedia menjelaskan kepada media apa yang sebenarnya tidak kena dengan anak didiknya itu.

"Hakikatnya, kita tidak cukup bagus hari ini untuk mengatasi pasangan Korea, baik dari segi kepantasan mahupun daya tahan. Ia aspek yang kami sudah berusaha perbaiki sepanjang latihan, malangnya ia masih tidak memadai,'' ujar Rexy.

Kien Keat-Boon Heong masih mampu menunjukkan tempo yang baik di set pertama dengan permainan berlangsung sengit dan kedua-dua pasangan saling mengejar mata dengan rapat, namun terlalu banyak kesilapan mudah dilakukan Kien Keat, terutama pukulan yang sangkut di jaring memberi kelebihan kepada lawan untuk mengutip mata.

Pasangan Korea itu seketika mendahului 16-13 tetapi dikejar oleh beregu negara 15-16, begitupun sebaik Sung Hyun-Yeon Seong mempercepatkan permainan, mereka langsung tidak mampu mengejar dan ketinggalan.

Set kedua menyaksikan Kien Keat-Boon Heong tidak mampu menangani kepantasan lawan, malah seketika ketinggalan 1-7, 5-10, sebelum akhirnya akur 13-21.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


3 maut selepas beli juadah Ramadan

Posted:

3 maut selepas beli juadah Ramadan

3 maut selepas beli juadah Ramadan

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


Norhashimah, Shamsul Kamal


KEPALA BATAS 12 Ogos – Hasrat dua beradik untuk berbuka puasa bersama adik bongsu yang pulang bercuti dari Johor tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam nahas di Kampung Permatang Binjai dekat sini selepas membeli juadah berbuka puasa, petang semalam.

Norhashimah Hashim, 44, bersama adiknya, Normadiah, 38, dan menantu Norhashimah, Shamsul Kamal Razali, 38, maut selepas kereta Proton Wira yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner di persimpangan lampu isyarat kira-kira pukul 6.45 petang.

Anak tunggal Norhashimah, Siti Suraya Mansor, 23, yang juga isteri Shamsul Kamal dan sepupunya, Mohd. Firdaus Azlan, 10, cedera parah dan masing-masing dirawat di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketika kejadian, kereta yang dinaiki mereka berlima dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bakar Kapor dekat Penaga selepas membeli juadah di Bazar Ramadan Maklom sebelum dirempuh Fortuner itu yang datang dari arah Butterworth menghala ke Tasek Gelugor.

Menurut adik bongsu mangsa, Ismail Hashim, 26, dia sebelum itu turut bersama-sama Norhashimah ke bazar Ramadan tersebut tetapi pulang awal menaiki kereta lain bersama isteri dan seorang lagi kakaknya, Norlia yang juga ibu Mohd. Firdaus.

"Selepas beli beberapa juadah, saya balik dulu dan menunggu mereka di rumah tetapi sehingga waktu berbuka, kelibat mereka tidak kelihatan sebelum mendapat panggilan kira-kira pukul 8 malam yang mereka terbabit kemalangan.

"Memang terkejut sangat sebab tak sangka boleh jadi macam ini ketika mereka berdua beria-ia nak berbuka puasa dengan saya sekeluarga," katanya ketika ditemui di HSJ di sini, malam tadi.

Tambah Ismail, dia yang bekerja di Mersing, Johor pulang bercuti selama seminggu di kampung manakala Suraya yang tinggal di Baling, Kedah bersama suaminya turut pulang untuk berbuka puasa bersama-sama.

Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

Jenazah Norhashimah dan Normadiah dikebumikan pukul 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bakar Kapor manakala jenazah Shamsul dibawa pulang ke kampung halamannya di Kupang, Baling.

Pemandu Fortuner terbabit yang berusia 49 tahun turut mengalami cedera parah dan kini dirawat di HSJ manakala isteri dan dua anaknya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Suhami Md. Nor berkata, SUV itu dipercayai dipandu laju dan memotong beberapa kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat selain melanggar lampu merah.

"Ketika itu kereta Proton Wira yang dipandu Suraya melepasi persimpangan itu dan terus dirempuh Fortuner lalu SUV itu terbalik," katanya.

Beliau meminta pihak yang menyaksikan kemalangan itu supaya membuat laporan atau hubungi 04-5741427.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah

Posted:

Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah

Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah

Oleh HANIZA HASSAN
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu.

Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan Mamat, 32, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Tampoi sebulan sekali.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali, Mamat ditahan sepasukan polis di bawah rumah flat Blok A, Jalan Pulai 84/1, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai setelah mendapat maklumat daripada seorang pengadu.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Jenayah IPD Nusajaya, Mamat didapati positif dadah jenis Meth dan Thc.

Terdahulu dalam rayuannya, Mamat yang tidak diwakili peguam bela memohon agar hukumannya diringankan dengan alasan dia tidak berkemampuan kerana tidak bekerja selain menanggung anak-anaknya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Mohd. Afif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Pada 13 Januari tahun lalu, Mamat pernah didenda S$1,000 (RM2,409) oleh sebuah mahkamah di Singapura kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan milik seorang rakannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tiga jambatan baru di Dong

Posted:

Tiga jambatan baru di Dong

Tiga jambatan baru di Dong

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com


Shahiruddin Ab. Moin (bertopi) meninjau jambatan konkrit baru Kampung Tanjung Putus, Raub baru-baru ini.


RAUB 12 Ogos - Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM3.8 juta bagi melaksanakan beberapa projek kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong termasuk membina tiga buah jambatan baru.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, daripada jumlah tersebut, RM1.8 juta diperuntukkan bagi membina jambatan baru di Kampung Peruas.

Menurut beliau, RM800,000 pula untuk membina jambatan di Kampung Bukit Pampong dan RM350,000 lagi membina jambatan baru di Kampung Tanjung Putus manakala bakinya untuk beberapa projek kecil sekitar DUN Dong.

''Tender bagi membina jambatan di Kampung Peruas dan Kampung Bukit Pampong akan dikeluarkan tidak lama lagi dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses peringkat akhir reka bentuk kedua-dua jambatan itu.

''Jambatan konkrit di Kampung Tanjung Putus yang dibuat bagi menggantikan jambatan gantung yang sudah uzur dan usang sudah siap sepenuhnya baru-baru ini," katanya kepada pemberita semasa melawat jambatan berkenaan dekat sini baru-baru ini.

Shahiruddin menambah, kemudahan itu memudahkan para petani membawa keluar hasil pertanian seperti buah-buahan, kelapa sawit dan getah.

Malah ujarnya, kawasan sekitar jambatan itu boleh dimaju sebagai pusat rekreasi kerana terdapat aliran sungai yang mampu menjadi kawasan riadah di situ.

Katanya, pembinaan jambatan Peruas bagi menggantikan jambatan lama akan membolehkan lebih banyak kenderaan menggunakan jambatan tersebut ke pusat pelancongan Pulau Chekas dan Lata Jarum.

''Secara tidak langsung ia dapat manfaat dan menyemarakkan lagi perniagaan secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung bagi menambah pendapatan keluarga berikutan kehadiran lebih ramai pelancong di kawasan itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Masjid Hulu Cheka terima peralatan elektrik

Posted:

Masjid Hulu Cheka terima peralatan elektrik

Masjid Hulu Cheka terima peralatan elektrik

JERANTUT 12 Ogos - Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak menyumbangkan peralatan kerusi, meja dan barangan elektrik bernilai RM5,000 kepada Masjid Kampung Hulu Cheka, dekat sini semalam.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee kepada Imam Satu, Masjid Hulu Cheka, Mohamad Bai sebelum majlis berbuka puasa.

Lau Lee berkata, sumbangan itu bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk kampung itu mengadakan aktiviti keagamaan khususnya pada bulan Ramadan setiap tahun.

"Sebagai tanggungjawab sosial dan kebajikan, saya terpanggil membantu semua masjid dan surau dengan menyediakan peralatan berkenaan demi keselesaan penduduk di sini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di Kampung Hulu Cheka, dekat sini semalam.

Lau Lee juga menghadiri majlis berbuka puasa bersama 200 ahli kariah di masjid tersebut.

Menurutnya, pejabat DUN Damak akan meneruskan usaha tersebut mengikut keutamaan permohonan yang dibuat oleh pihak pengurusan masjid dan surau di kawasannya.

"Kerajaan negeri melaksanakan tanggungjawab kebajikan itu supaya kemudahan berkenaan boleh memberi keselesaan kepada ahli kariah di sini melaksanakan kegiatan agama dan kemasyarakatan," ujarnya.

Katanya, majlis tersebut turut memberi peluang kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk turun padang dan mengadakan pertemuan ramah mesra di samping menyelesaikan beberapa aduan penduduk setempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Majlis berbuka puasa IPK Pahang meriah

Posted:

Majlis berbuka puasa IPK Pahang meriah

Majlis berbuka puasa IPK Pahang meriah

KUANTAN 12 Ogos - Seramai 250 pegawai dan anggota polis termasuk ahli keluarga dari Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini mengadakan majlis berbuka puasa di Kompleks Polis dekat Alor Akar di sini, semalam.

Program tahunan anjuran kedua-dua jabatan itu diadakan bertujuan beramah mesra di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota bawahan dan pegawai atasan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, program sedemikian menjadi program tahunan sejak beberapa tahun dahulu khususnya di bulan Ramadan.

"Selain berbuka puasa bersama dan beramah mesra, kami juga menunaikan solat terawih berjemaah bersama-sama," katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan di sini.

Turut hadir, timbalan beliau, Datuk Fatimah Ghazali; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri, Supritendan Yap Thoon Kuan.

Selain itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Nordin Mustapha; Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud dan Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri turut hadir majlis tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Britain sasar samseng jalanan

Posted:

Britain sasar samseng jalanan

Britain sasar samseng jalanan


JALAN utama di Tottenham, utara London yang menjadi lokasi pertama rusuhan Sabtu lalu, masih ditutup oleh polis daripada dimasuki orang ramai, semalam. – Agensi


LONDON 12 Ogos – Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, pihaknya akan menimbangkan pendekatan Amerika Syarikat (AS) dalam berdepan dengan keganasan geng-geng jalanan yang mencetuskan rusuhan terburuk dalam tempoh beberapa dekad di negara ini.

Beliau turut mengumumkan pendekatan baru bagi menamatkan rusuhan yang telah mengorbankan lima orang setakat hari ini, termasuk meminta bantuan tentera, selain berjanji memberikan lebih banyak kuasa kepada pihak berkuasa bagi mengelak kejadian ini berulang.

Ketika pasukan polis mengawal keadaan dan hujan lebat menghalang kejadian huru-hara di hari kelima, Cameron memaklumkan sidang Parlimen bahawa kuasa tambahan akan diberikan kepada polis, termasuk membenarkan mereka mengarahkan suspek menanggalkan penutup muka, mengusir perusuh dari kawasan perumahan dan menggantung perkhidmatan telefon sementara waktu.

Menurutnya, Britain perlu menunjukkan imej yang lebih positif kepada dunia selepas insiden rusuhan tersebut, menjelang penganjuran Sukan Olimpik tahun depan.

"Kita tidak akan berhenti selagi keganasan dan kegiatan samseng ini tidak dihapuskan dan keadaan pulih sepenuhnya di jalan-jalan di negara ini," katanya.

Britain masih dalam keadaan rapuh selepas empat hari dilanda rusuhan terburuk dalam tempoh beberapa dekad yang bermula di London dan kemudiannya merebak ke bandar-bandar utama lain seperti Manchester dan Birmingham.

Cameron berkata, beliau akan mendapatkan nasihat AS untuk menentang geng samseng jalanan, terutamanya daripada bekas ketua polis Los Angeles, New York dan Boston, William Bratton.

Beliau dalam pada itu mengakui polis tidak dapat mengawal kegiatan kecurian pada malam pertama rusuhan berlaku.

Perkara itu turut disahkan oleh Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Steve Kavanagh yang memberitahu mereka kini tidak mempunyai anggota yang cukup untuk mengawal keganasan yang tercetus.

Lebih 1,200 orang ditangkap semasa kekacauan dan seorang daripada pencuri, Natasha Reid, 24, menyerah diri kepada polis setelah tidak dapat melelapkan mata disebabkan rasa bersalah selepas mencuri sebuah televisyen, kata peguamnya.

Dalam satu kes, Chelsea Ives, 18, yang merupakan antara ribuan orang yang mendaftar sebagai 'duta' bagi membantu pelawat ke temasya Olimpik 2012, telah dikenal pasti oleh ibunya semasa menonton berita menunjukkan dia membaling bata ke arah kereta polis. Ives menafikan tuduhan merompak dan berkelakuan ganas.

Mahkamah telah bersidang sehingga ke malam bagi memproses mereka yang didakwa atas kesalahan jenayah daripada serangan hinggalah mencuri sebotol air minuman.

Tertuduh termasuk anak seorang jutawan, pekerja kebajikan dan pelajar kewartawanan, walaupun kebanyakannya adalah belia penganggur.

Dalam apa yang disifatkan sebagai tindakan tegas menegakkan keadilan, akhbar The Guardian mendapati dalam sampel lebih 150 kes yang dibicarakan, kebanyakan defendan kekal dalam tahanan, walaupun mereka mengaku bersalah kepada kesalahan kecil.

Sementara itu, penempatan 16,000 anggota polis di jalan-jalan London akan diteruskan sehingga hujung minggu lalu.

Polis London semalam turut mengumumkan kematian mangsa kelima, Richard Mannington Bowes di hospital selepas dia diserang ketika cuba menghalang perusuh di daerah barat London, Ealing, Isnin lalu. – AP/AFP/Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

54 kereta api laju China ditarik balik

Posted:

54 kereta api laju China ditarik balik

54 kereta api laju China ditarik balik

SHANGHAI 12 Ogos - Pembuat kereta api kedua terbesar China akan menarik balik 54 kereta api laju yang digunakan dalam perkhidmatan kereta api baru Beijing-Shanghai di atas sebab-sebab keselamatan, kata firma itu hari ini.

Penarikan balik kereta api siri CRH380BL itu dilakukan tiga minggu selepas tragedi 40 orang maut dalam kemalangan kereta api laju yang menimbulkan kemarahan orang awam, kritikan media dan pembekuan projek baru landasan kereta api.

CSR Corp. Ltd. dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Shanghai berkata, penarikan balik itu akan melibatkan kos yang masih belum ditentukan namun tidak mempengaruhi kontrak jualan dengan pelanggan ketika ini. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Di sebalik makna Perlembagaan

Posted:

Di sebalik makna Perlembagaan

Di sebalik makna Perlembagaan

Oleh IKBAL SALAM
Penulis ialah Peguambela & Peguamcara di Johor Bahru

Setiap kali berlaku kejadian dan usaha untuk memesongkan akidah umat Islam dan seterusnya menghakis martabat sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang berlaku di Gereja Methodist, Damansara Utama pada 3 Ogos 2011, tindakan umat Islam bukanlah sesuatu yang sukar untuk dijangkakan.

Ada yang berdemonstrasi dalam jumlah yang kecil, parti-parti politik Melayu/Islam sibuk menyalahkan satu sama lain dan cuba memperoleh manfaat politik daripadanya dan ada juga yang menyerahkan memorandum kepada pihak-pihak tertentu dengan merujuk kepada frasa-frasa tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai manifestasi ketidakpuasan hati mereka terhadap pihak tersebut.

Kemuncak daripada tindakan itu, mereka akan mengadu pula kepada Tuanku Sultan untuk mempertahankan ketertinggian dan kesucian agama Islam.

Sedar atau tidak umat Islam tidak lagi boleh selama-lamanya terlalu bergantung kepada perlindungan atau papahan undang-undang untuk mempertahankan mereka. Tanpa menidakkan keperluan kita memartabatkan dan meletakkan undang-undang negara pada tempat yang tinggi, kadang-kadang pergantungan yang keterlaluan pada perlindungan itu akan menyebabkan umat Islam dan bangsa Melayu kelihatannya menjadi umat yang begitu lemah dan tidak bermaya.

Dalam kes tuntutan kalimah Allah oleh agama Kristian sedikit masa dahulu, hasrat kita untuk mendapatkan perlindungan dengan merujuk kepada Enakmen Pengawalan Agama Islam Negeri-Negeri dan keputusan Kabinet yang melarang penggunaan kalimah tertentu yang selama ini dianggap eksklusif untuk umat Islam jelas tidak menjadi kenyataan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes tersebut membenarkan permohonan pihak gereja Roman Katholik untuk menggunakan Kalimah Allah.

Kita tidak punya banyak pilihan selain keluar segera dari kepompong mentaliti bergantung kepada perlindungan undang-undang dan bangkit bergerak sebagai satu umat yang dirasakan kehadirannya.

Untuk renungan kedudukan Islam sebagai agama rasmi yang telah wujud lama sebelum merdeka telah diiktiraf di dalam Perlembagaan dan ini memberikan hak kepada agama Islam untuk diberikan keistimewaan mengatasi agama lain. Peruntukan undang-undang memberikan pengiktirafan kepada agama Islam hingga sesiapa yang didapati menyebarkan agama lain kepada orang Islam boleh dikenakan hukuman atas kesalahan jenayah.

Bagaimanapun pada hari ini, penggunaan kalimah yang dulunya eksklusif milik orang Islam dan pelbagai dakyah bagi memesongkan akidah umat Islam menggunakan teknologi maklumat yang canggih boleh sahaja dibaca oleh anak-anak kita dengan membuka komputer di dalam rumah dan tidak lagi mampu disekat oleh peruntukan undang-undang yang ada.

Di hujung jari anak-anak kita pada hari ini, mereka boleh membuka pelbagai perakuan daripada rakyat Malaysia yang murtad dengan pelbagai tohmahan dan kejian terhadap agama Islam. Tidaklah lagi menghairankan apabila lagu Allahuakbar dan Alhamdulillah telah boleh dinyanyikan di gereja-gereja bagi menyerapkan kalimah Allah dengan agama mereka.

Lebih daripada itu banyak peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan kini diterjemahkan dalam konteks yang diterbalikkan hingga apabila Perkara 3(1) dalam Perlembagaan berkaitan peruntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan disebut, maka peruntukan berkaitan kebebasan kepada semua orang untuk mengamalkan agama mereka sendiri juga adalah dijamin. Ia kelihatannya menjadi lebih dominan dan penting pula sehingga pihak agama lain itu boleh pula melepasi batasan yang digarispandukan oleh peruntukan Perlembagaan.

Hujah kebebasan beragama inilah yang digunakan untuk menghalalkan tindakan mereka menyebarkan dakyah agama kepada umat Islam. Bible telah dicetak dan boleh dibaca dalam bahasa Melayu, kalimah Allah telah mula digunakan, bantuan-bantuan kebajikan seringkali tiba lebih awal dan mewah daripada bantuan Majlis Agama Islam Negeri dan mereka menggambarkan agama mereka sebagai agama yang begitu mudah dan relevan untuk zaman ini.

Perlindungan terhadap undang-undang dalam kes yang dikendalikan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) boleh menjadikan umat Islam dihampakan sekali lagi apabila tindakan JAIS memanggil 12 orang saksi beragama Islam dalam kes tersebut dijawab dengan pelbagai notis daripada para peguam bagi menidakkan kuasa JAIS memanggil saksi-saksi tersebut.

Sebagaimana kesukaran dalam menangani isu murtad, pihak berkuasa agama akan menghadapi pelbagai halangan bagi membuat pendakwaan terhadap pihak-pihak terbabit. Ironinya, jika pendakwaan yang dibuat terhadap orang Islam pun kelihatannya begitu sukar, apatah lagi jika pendakwaan itu hendak dilakukan terhadap orang bukan Islam yang menyebarkan dakyah agama mereka terhadap orang Islam.

Lebih mengaibkan pasca tindakan JAIS terhadap gereja tersebut, terdapat pula permohonan maaf daripada pihak berkuasa di Negeri Selangor terhadap gereja tersebut. Apa sudah jadi dengan umat Islam di negara kita.

Umat Islam jelas tidak lagi boleh menggunakan skrip lapuk bagi mempertahankan agama Islam. Demonstrasi dengan jeritan sekadar 2-3 kerat yang hadir, memorandum atau kutukan tidak menghadirkan apa-apa impak kepada pihak gereja. Perlu diakui bahawa perlindungan undang-undang hanya boleh melindungi umat Islam pada satu tahap sahaja.

Apabila serangan dan gerakan itu menjadi begitu meluas, perlindungan itu akan akhirnya jatuh juga menyembah bumi. Perlindungan undang-undang juga membawa erti kebergantungan yang keterlaluan terhadap agensi atau jabatan kerajaan sahaja.

Tanpa menidakkan usaha-usaha yang telah agensi ini lakukan, kita juga hendaklah mengakui bahawa sebahagian besar penggerak agama Islam pada hari ini adalah mereka yang makan gaji sedangkan gerakan agama lain didukungi dan dilaksanakan dengan sepenuh jiwa secara sukarela oleh badan-badan dan organisasi NGO mereka.

Tidak ada gunanya juga kita asyik menyalahkan gereja-gereja atas usaha yang dilakukan oleh mubaligh mereka. Lihatlah sahaja bagaimana mereka berjaya mengumpulkan anak-anak pelbagai bangsa untuk menghadiri kelas-kelas tuisyen, pengijazahan kelas-kelas tadika di dalam gereja mereka.

Mereka hadir tepat pada waktu yang diperlukan oleh golongan yang memerlukan dengan membawa imej yang begitu segar dan lembut. Sampai bila kita harus berasa takut, bersembunyi dan berlindung di sebalik perlindungan pelbagai undang-undang seolah-olah kita ini adalah umat atau bangsa yang cacat atau kurang vitamin hingga kita perlu sahaja setiap masa dipapah untuk mendepani gerakan mereka.

Para profesional, ahli korporat, ulama, ilmuwan, anggota perkhidmatan awam dan setiap individu Muslim seolah-olah berada dalam zon beku tahap maksimum hingga tidak langsung boleh bergerak untuk menyusun gerakan dakwah yang lebih segar bagi menyaingi gerakan yang dibuat oleh pihak gereja.

Akhirnya kita mengambil jalan mudah bagi mengatasi kelemahan dan kebejatan pemikiran kita dengan menyerahkan semuanya di bawah bebanan Jabatan Kerajaan, Majlis Agama dan akhirnya berlindung di bawah kuasa Tuanku Sultan.

Gerakan mempertahankan dan menyebarkan agama Islam dan hak-hak orang Melayu sambil meraikan hak-hak agama lain dalam negara majmuk hendaklah dibuat dengan lebih terancang, boleh dijiwai dan tersusun oleh setiap organisasi Muslim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gandakan nilai harta dengan melabur emas

Posted:

Gandakan nilai harta dengan melabur emas

Gandakan nilai harta dengan melabur emas

Saranan Salleh

PERTAMA kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1,800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.

Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.

Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.

Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.

Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hampir AS$4.4 trilion.

Walaupun keputusan Federal Reserve di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.

Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.

Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.

Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu.

Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.

Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.

Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.

Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.

Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya.

Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.

Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan.

Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.

Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.

Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.

Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.

Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.

Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.

Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas

Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur

(kini Bursa Malaysia)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Berniaga sampai pukul 4 pagi

Posted:

Berniaga sampai pukul 4 pagi

Berniaga sampai pukul 4 pagi

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULAH


Bienda di hadapan gerainya di Bazar Malam Downtown, Cheras.


WALAUPUN jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, namun suasana di sekitar Bazar Malam Downtown, Cheras, masih dikunjungi ramai orang.

Itulah suasana yang dapat dilihat di kawasan tersebut kerana sepanjang bulan Ramadan, para peniaga di situ mula berniaga pada pukul 10 malam hingga 4 pagi pada hujung minggu.

Salah seorang peniaga yang setiap malam berada di tapak gerai nombor satu adalah penyanyi Bienda atau Nor Razlinda Razli, 26.

Kata Bienda, ini merupakan tahun ketiga dia berniaga tudung di bazar tersebut setiap kali Ramadan dan mula berniaga sejak 5 Ogos lalu.

"Alhamdulillah, sejak tahun pertama berniaga hingga malam ini, perniagaan Bienda berjalan lancar. Sudah ada pelanggan tetap yang setiap tahun datang ke gerai Bienda.

"Ada pelanggan dari Kajang, Kedah dan Singapura yang datang. Kadang-kadang ada pelanggan yang membeli borong daripada Bienda untuk berniaga di tempat lain," ceritanya.

Menurut isteri kepada Kamarul Zariman Abdul Rahman atau Boy, dia menawarkan 10 jenis fesyen tudung termasuk jenama Syria yang dijual dalam pelbagai jenis serta selendang.

Kata Bienda, dalam perniagaan dia lebih mengutamakan kualiti fabrik dan bukan mengejar keuntungan mendadak.

Dia yang mengambil bekalan tudung daripada pembekal secara langsung seminggu sekali menawarkan harga tudung serendah RM10 hingga RM20.

"Bienda percaya setiap peniaga ada rezeki masing-masing. Walaupun Bienda tawarkan harga murah tetapi tetap untung dan boleh pulang modal.

"Walaupun gerai Bienda nampak simple tapi alhamdulillah, bekalan tudung yang Bienda ambil seminggu sekali itu sudah kena ambil dua kali seminggu," katanya.

Sepanjang S3 menemubualnya di gerai, Bienda sempat lagi mempelawa orang ramai yang lalu lalang di hadapan gerainya untuk singgah melihat tudung yang dijual.

Sempat bertanya padanya, kebanyakan pelanggan yang singgah ke gerai sebab ingin membeli atau bergambar dengannya.

Sambi tersenyum Bienda memberitahu, rata-rata pelanggan singgah sebab ingin membeli tudung dan dia sendiri bersedia melayan mereka.

"Adik dan suami, ditugaskan untuk menarik perhatian pelanggan. Bab melayan pelanggan tugas Bienda dan pekerja wanita. Orang yang memakai tudung lebih tahu apa kehendak si pemakai.

"Kadang-kadang pelanggan ingin membeli tudung sebagai buah tangan kepada sanak saudara, jadi Bienda akan memberi cadangan warna dan jenis tudung yang sesuai," katanya ramah.

Daripada pemerhatian S3, kebanyakan pelanggan yang singgah di gerai Bienda akan keluar dengan senyuman kerana mendapat layanan terus daripada penyanyi tersebut.

Kata Bienda, sejak berniaga di bazar, dia sudah menyimpan impian untuk membuka kedai tudung sendiri dengan jenamanya. Bagaimanapun hasrat itu menjadi kekangan kerana modal.

"Tengoklah kalau ada rezeki, Bienda bercadang nak buka kedai tudung kerana itu yang Bienda tahu.

"Walaupun berniaga di gerai, keuntungan tahun pertama Bienda gunakan untuk perbelanjaan majlis akad nikah kemudian majlis resepsi. Keuntungan Ramadan ini, alhamdulillah akan digunakan untuk persiapan Bienda bersalin," katanya terus terang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Irin tidak rambang mata

Posted:

Irin tidak rambang mata

Irin tidak rambang mata

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF
Lokasi Pasar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail


IRIN Putri ketika mencari juadah kegemarannya di Pasar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur , baru-baru ini.


PROGRAM televisyen yang memaparkan kisah masyarakat yang hidup dalam kesusahan di TV3, Bersamamu benar-benar mengundang keinsafan kepada pengacara rancangan tersebut, Irin Putri Azmi, 29.

Bagi Irin, pengalaman mengacarakan program yang meruntun jiwanya itu, kedatangan Ramadan mengingatkannya kepada beberapa keluarga yang serba daif.

"Bermain-main di fikiran saya, apakah juadah mereka ketika bersahur, berbuka dan juga apakah perasaan mereka apabila Aidilfitri menjelma.

"Sedih sangat apabila mengenangkan keadaan mereka. Sebab itulah, Ramadan kali ini, saya nekad untuk bersederhana ketika berbelanja di pasar Ramadan.

"Jadi, bagi mengelakkan saya boros berbelanja, saya akan pastikan terlebih dahulu makanan yang mahu dibeli.

"Nanti, apabila sampai di pasar Ramadan, saya akan terus mencari menu pilihan yang telah difikirkan sebelum datang ke sini," terang Irin yang cukup gemar memakan ayam percik, ikan stim, sotong goreng tepung dan undang mentega.

Bagaimanapun, Irin mengakui, dia seorang yang obses dengan makanan pencuci mulut.

Justeru, tabiatnya yang gemar membeli juadah pencuci mulut pelbagai jenis begitu sukar untuk dikikis.

"Saya cukup suka dengan puding terutamanya perisa karamel selain suka memakan bermacam-macam jenis kek.

"Bukan itu sahaja, saya juga menggemari kuih muih tradisional seperti keria, seri muka, kasui dan sebagainya.

"Tambahan pula kesemua menu kesukaan saya ada di sini. Itu yang membuatkan saya kadang-kadang rambang mata untuk memilih pencuci mulut," kata ibu kepada Raees Aryan yang berusia dua tahun.

Namun menurut Irin, apabila mengenangkan kesusahan keluarga yang pernah ditemui ketika mengendalikan Bersamamu, ia cepat menyedarkan Irin agar tidak terus hanyut daripada membazir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Karipap pencetus cita-cita

Posted:

Karipap pencetus cita-cita

Karipap pencetus cita-cita

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI


Pilihan yang dibuat oleh Chef Khairuz bukan sahaja mengubah hidupnya malah hasilnya juga lumayan.


KUIH karipap sudah tentu dikenali ramai kerana rasa ubi kentang, ayam, daging dan beberapa rempah yang digunakan dalam adunannya enak dimakan ketika panas.

Mungkin ada di antara kita menganggap kuih tersebut sebagai kuih biasa sahaja tetapi buat Chef muda yang ditemui S3 minggu ini, Sous Chef, Khairuz Zaman Ahmad Hadzri, kuih tersebut amat bermakna dan istimewa.

Mana tidaknya, sejak dari kecil lagi, Chef Khairuz membantu ibunya membuat kuih karipap secara sambilan untuk dijual di asrama tempat bapanya bekerja.

Chef Khairuz berkata, minat memasak juga timbul secara tidak langsung sejak membantu ibunya menyediakan kuih-muih itu.

"Saya mula memasak sejak darjah empat. Walaupun hanya membantu ibu saya buat kuih tradisional Melayu, itulah permulaan saya bercita-cita untuk bergelar seorang chef suatu hari nanti," katanya ketika ditemui di Kafe Warisan.

Beliau berkata, selepas tamat pengajian di peringkat sekolah menengah, beliau dan beberapa rakan yang lain membuat keputusan untuk berhijrah ke Pulau Pinang.

Ketika berada di sana, beliau dan rakan-rakannya diterima berkhidmat di sebuah hotel sebagai pembantu tukang masak.

Bagaimanapun, selepas empat tahun berlalu, beliau mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan Perhotelan dan Latihan Chef di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu.

Menurut Khairuz Zaman, pada masa yang sama beliau juga ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kursus Binaan Kontraktor.

"Saya keliru pada masa itu kerana diberi dua pilihan. Satu bidang, saya minat dan satu lagi agak sukar untuk ditolak.

"Saya rasa kedua-dua bidang ini menjamin masa hadapan dan agak sukar untuk buat pilihan terbaik.

"Saya tanya pendapat ibu bapa dan berserah kepada pilihan keluarga. Akhirnya saya memilih untuk melanjutkan pengajian di UiTM," jelasnya.

Katanya, bidang chef amat berbeza dengan bidang profesional yang lain kerana ia melibatkan makanan.

"Saya rasa seronok bila melihat orang ramai makan makanan yang dimasak oleh saya dan rakan-rakan chef yang lain.

"Saya juga terharu jika masakan kami dimakan oleh orang kenamaan kerana saya dan rakan-rakan lain merupakan orang biasa sahaja, bukannya hebat sangat.

"Tetapi bila dapat peluang menggunakan air tangan kami untuk menyediakan masakan kepada pengunjung hotel, itulah yang membuatkan kami hebat dan itulah antara kelebihan bekerja dalam bidang ini," ujar Khairuz Zaman.

Tambahnya, kerjaya chef pada zaman ini amat berbeza dengan zaman beliau mula menjejakkan kaki ke dapur.

"Zaman sekarang sudah berbeza kerana chef generasi baru mudah mendapatkan bahan-bahan rujukan atau resipi masakan.

"Masa saya mula-mula kerja dahulu susah untuk dapatkan resipi sebab penggunaan Internet amat terhad dan buku-buku resipi yang dijual juga mahal," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Insyirah Aidilfitri di Viva Home

Posted:

Insyirah Aidilfitri di Viva Home

Insyirah Aidilfitri di Viva Home


VIVA Home menjemput anda menikmati dunia fantasi Aidilfitri berkonsepkan Arabian Nights.


PERNAH ke Timur Tengah? Usah bimbang. Viva Home, pusat sehenti segala kelengkapan untuk rumah anda, menjemput anda menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan mengalami dunia fantasi yang berkonsepkan Arabian Nights di Viva Home.

Bermula dari 13 Ogos 2011 sehingga 4 September 2011 ini setiap pembeli dan pengunjung dipelawa untuk menikmati alam fantasi gurun, permaidani terbang serta unta di Concourse Viva Home.

Insyirah Aidilfitri di Viva Home menjanjikan pelbagai aktiviti dan promosi menarik, antaranya tarian etnik, demonstrasi serta penampilan istimewa dari artis seperti Yasin dan Atilia.

Menurut Penolong Pengurus Besar Viva Mall Sdn Bhd, pemaju dan pengendali Viva Home, Carrie Kon, yang pasti pihaknya sentiasa menyajikan sesuatu yang istimewa untuk para pelanggan.

Dalam mengucapkan Salam Ramadan kepada semua pengunjung di Viva Home, beliau berkata: "Kami di Viva Home sentiasa berusaha untuk memuaskan pelanggan-pelanggan kami dengan pelbagai aktiviti dan promosi menarik, khas untuk mereka serta keluarga tersayang."

Tambah Carrie Kon lagi, bagi memastikan setiap pengunjung mendapat kepuasan membeli–belah di Viva Home, pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan disediakan di situ.

Bertemakan Insyirah Aidilfitri di Viva Home, pelbagai aktiviti telah disediakan untuk para pelanggan ianya seperti berikut:

Persembahan Khas Oleh Yasin Sulaiman dan Atilia Haron.

Jangan lepaskan peluang ini. Saksikan persembahan Yasin Sulaiman dan Atilia Haron yang akan menyemarakkan Ramadan dan Aidilfitri dengan lagu hit mereka di Viva Home pada tarikh berikut:

nSabtu dan Ahad – 3 petang

nOgos 13, 14, 20,21,27,28

Seniman Jalanan

Berhibur dengan aksi komik seniman jalanan yang memukau dan menarik perhatian di Viva Home.

Ogos 13, 14, 21 –1 petang

September 1, 2 –5 petang

Persembahan Tarian

Raikan Ramadan berserta tarian dan muzik. Nikmati persembahan tarian hebat berwarna-warni yang merangkumi Tarian Arab, Tarian Gelek, Tarian Arab kanak-kanak, Tarian Melayu serta Tarian dan Muzik 1Malaysia.

Tarian Melayu: Ogos 13, 20, 27 – 5 petang

Tarian Arab: Ogos 13, 14, 20, 21, 29 – 8 malam

Tarian Gelek: Ogos 27, 28 – 8 malam

Tarian Arab Kanak-Kanak: Ogos 30, 31 – 5 petang

Tarian dan Muzik 1Malaysia: Ogos 31 – 8 malam

Peraduaan Peragaan Pakaian Merdeka

Tonjolkan kehebatan anda dan sertai Peraduan Peragaan Pakaian Merdeka di Viva Home. Peraduan ini akan berlangsung pada

30 Ogos 2011 pada 8 malam.

Anyaman Ketupat

Belajar membuat Ketupat di pameran dan demonstrasi di Viva Home.

Ogos 14, 21, 28 – 5 petang

Gamelan

Sambil membeli-belah di Viva Home, nikmati alunan muzik Gamelan yang indah dan menenangkan.

September 3, 4 – 5 petang

Raya Dance

Raikan kemeriahan musim Raya Aidilfitri dengan persembahan Tarian dan muzik Raya yang disajikan khas di Viva Home.

September 1, 2, 3, 4 – 8 malam

Untuk maklumat lanjut serta senarai penuh aktiviti Insyirah Aidilfitri di Viva Home, sila layari http://www.vivahome.com.my.

Jumpa anda di sana!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Modal kecil, untung besar

Posted:

Modal kecil, untung besar

Modal kecil, untung besar

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


Salleh Mahmud memeriksa cendawan yang diusahakannya di Kampung Sungai Bagan Laut Rengit, Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 11 Ogos – Mahu keluar daripada belenggu kemiskinan menjadikan dia seorang yang tabah dan rajin berusaha untuk memajukan diri dan memperbaiki taraf hidup keluarga.

Salleh Mahmud, 54, dari Kampung Sungai Bagan Laut Rengit, mula berusaha menanam cendawan kerana minat, tambahan pula ia tidak memerlukan modal besar selain mendapat permintaan tinggi.

Bermula dengan modal RM500, dia mula menanam cendawan di hadapan rumahnya tiga tahun lalu dengan mendirikan sebuah bangsal kecil, tetapi usaha itu gagal menghasilkan cendawan yang baik kerana tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah penanamannya.

Namun, kegagalan itu tidak mematahkan semangatnya, malah kerugian dialami dijadikan pendorong untuk terus berusaha menjadi pengusaha cendawan yang berjaya.

"Saya terlalu minat dengan penanaman cendawan. Jadi, saya tak pernah rasa kecewa dan putus asa dan terus berusaha supaya tidak gagal lagi," katanya dengan penuh semangat.

Dia kemudiannya disyorkan oleh seorang kenalan untuk mengikuti kursus penanaman cendawan di bawah seliaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Bermula dari situ, dia mula mendapat cara yang betul untuk menanam cendawan dan susun atur tanaman itu kemudiannya diusahakan dengan penuh dedikasi.

Kini Salleh mampu tersenyum dan berasa bangga dengan hasil usahanya selama ini membuahkan hasil serta mendapat pulangan baik apabila cendawan keluarannya mendapat permintaan memberangsangkan.

Dibantu dua anaknya, Nur Muhammad, 27, dan Mohd. Nasiruddin, 23, kini dia berjaya menghasilkan cendawan tiram berkualiti dan mendapat pasaran yang baik di negeri ini.

Perusahaan tersebut turut mendapat bantuan daripada MARDI yang sentiasa memantau projek tanaman cendawannya di bawah program Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kini antara pembekal cendawan terbesar di negeri ini.

Salleh memberitahu, kursus seliaan MARDI menjadikannya seorang penanam cendawan yang berjaya dan menerima pelbagai bantuan.

Berkat usaha gigihnya, dia kini mempunyai sebuah bangsal cendawan yang memuatkan 12,000 beg cendawan berukuran 20 x 40 kaki, makmal benih, bilik suntik dan ruang operasi untuk membuat bongkah cendawan dan ruang pengeluaran.

"Saya berhasrat menambah tiga lagi rumah cendawan bagi menambah pengeluaran kerana pada masa ini hasil yang ada tidak dapat memenuhi permintaan," katanya.

Setelah setahun serius mengusahakan tanaman cendawan, dia mampu mengeluarkan antara 10 hingga 15 kilogram cendawan sehari untuk dipasarkan di seluruh negeri dan kebanyakan cendawannya telah ditempah lebih awal oleh peraih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hapus sikap harap Jalur Gemilang percuma

Posted:

Hapus sikap harap Jalur Gemilang percuma

Hapus sikap harap Jalur Gemilang percuma


MD. Jais Sarday (kiri) memasukkan bahan-bahan untuk bubur lambuk di pekarangan Bangunan RTM Johor di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 11 Ogos - Masyarakat berbilang kaum di negeri ini tidak seharusnya mengharapkan pemberian Jalur Gemilang secara percuma setiap kali menjelang sambutan Hari Kemerdekaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan Negeri, Md. Jais Sarday berkata, mentaliti subsidi seperti itu harus dihapuskan kerana Jalur Gemilang hanya wajar diberikan percuma kepada mereka yang tidak mampu untuk membelinya.

"Sehingga hari ini masih ramai tidak mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis, pejabat dan kenderaan walaupun berada dalam bulan kemerdekaan. Diharap semangat patriotisme diterjemahkan dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Apalah harga satu bendera dibanding nilai kemerdekaan yang tidak ternilai ini.

"Untuk itu kita kena buktikan kecintaan kita terhadap negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bubur Lambuk Johor FM di pekarangan Bangunan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor di sini semalam.

Katanya, kemeriahan Bulan Kemerdekaan dilihat 'lesu' ketika ini walaupun kempen mengibarkannya dilancarkan hujung bulan lalu dengan lebih 100,000 bendera telah diedarkan.

Beliau turut mengingatkan umat Islam dalam kesibukan menjalani ibadah puasa supaya tidak lupa mengibar Jalur Gemilang.

Menyentuh mengenai program selama dua hari itu, beliau berkata, sebanyak 9,000 bungkus bubur lambuk disedia dan diagihkan oleh 60 kakitangan RTM Johor sejak awal pagi .

"Diharap aktiviti itu dapat diteruskan pada masa depan. Bubur lambuk ini kita agihkan untuk pendengar setia Johor FM selain mempromosikan stesen ini kepada orang ramai yang secara langsung dapat mengeratkan silaturahim," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved