Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Jimat tenaga RM2 juta setahun

Posted:

Jimat tenaga RM2 juta setahun

Jimat tenaga RM2 juta setahun

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan HASNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - Bernama


PUTRAJAYA 11 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan menjadi perintis dalam usaha melaksanakan pelan utama kecekapan tenaga.

Antara pendekatan diambil ialah dengan menetapkan suhu penghawa dingin bangunan kerajaan berada pada paras 24 darjah selsius serta menggantikan bulb lampu dengan menggunakan bulb cekap tenaga CFL.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, satu akta akan dirangka bagi menggubal akta sedia ada dan ia dijangka akan dikuatkuasakan menjelang 2013.

''Perdana Menteri bersetuju bahawa satu pelan tindakan dibuat bagi memastikan inisiatif itu mampu direalisasikan dan dipantau secara teratur," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Cuaca yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, di sini hari ini.

Mengulas mengenai penjimatan menerusi kaedah itu, beliau berkata, ia dapat mengurangkan kos penggunaan tenaga antara 4 hingga 7 peratus dengan kenaikan setiap satu darjah selsius.

Anggaran kasar yang dibuat juga menunjukkan kaedah itu mampu memberi penjimatan sehingga RM2 juta setahun bagi setiap bangunan kerajaan mengikut keluasan.

''Perdana Menteri telah arahkan satu langkah bijak untuk mengurangkan atau mengadakan kecekapan tenaga dan semua bangunan kerajaan akan diminta menaikkan dengan menetapkan suhu bagi bangunan kerajaan melalui surat pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara.

"24 darjah selsius adalah tahap suhu yang sesuai di negara ini berbanding negara China yang meletakkan 26 darjah selsius untuk bangunan-bangunan kerajaannya," katanya.

Bagaimanapun, kata Fah Kui, pengecualian diberikan kepada bangunan kerajaan yang mempunyai alasan tertentu seperti hospital iaitu bilik pembedahan dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketika ini, 40-60 peratus penggunaan tenaga di semua bangunan kerajaan adalah melibatkan penghawa dingin.

Pada mesyuarat sama, kata beliau, sebanyak lima kertas kerja diluluskan iaitu 'road map' teknologi hijau, pelan induk kecekapan tenaga, 'low carbon city framework', garis panduan kejiranan hijau dan 'road map' bagi mengurangkan 'intencity' karbon Malaysia.

"Mesyuarat juga bersetuju agar satu 'road map' dirangka untuk tempoh jangka masa panjang bagi mengurangkan kadar pengeluaran karbon yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar.

''Ia selaras dengan tujuan dan komitmen Malaysia menerusi Persidangan Perubahan Iklim di Copenhagen 2009 yang menyatakan kesungguhan untuk mengurangkan sehingga 40 juta matrik tan penggunaan karbon dalam negara," katanya.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas ketika ditemui berkata, kementeriannya bertanggungjawab melaksanakan inisiatif itu bagi tempoh sehingga 2020.

''Sejak 2009 negara berjaya mengurangkan pengeluaran karbon kepada paras 29.7 juta tan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bufet Ramadan: KDN beri tempoh seminggu

Posted:

Bufet Ramadan: KDN beri tempoh seminggu

Bufet Ramadan: KDN beri tempoh seminggu


Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan duit raya kepada 50 orang anak yatim Darul Ruqayyah, Bangi dan Darul Kifarah Kuala Lumpur pada majlis berbuka puasa bersama Pemuda dan Wanita BN, NGO belia dan kesatuan-kesatuan sekerja di Putrajaya, malam tadi. - BERNAMA


HULU LANGAT 11 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tempoh selama seminggu kepada sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris untuk memberikan surat tunjuk sebab kerana mengeluarkan iklan bufet Ramadan bermenu daging babi yang disiarkan semalam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, KDN telah memanggil wakil daripada akhbar tersebut untuk mengarahkan syarikat itu memberikan surat tunjuk sebab.

"Kita menunggu akhbar berkenaan memberi surat tunjuk sebab dalam tempoh seminggu. Selepas itu, baru tindakan selanjutnya akan dipertimbangkan.

"Akhbar berkenaan perlu bertanggungjawab dengan apa yang telah dikeluarkan kerana ia akan memberi kesan kepada mereka sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Penjara Kajang di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin memberitahu, KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempelajari kaedah yang digunakan pihak berkuasa di Britain mengawal kekecohan yang berlaku di negara itu ketika ini.

"Kita sedang memantau secara dekat apa yang berlaku di Britain untuk mengambil iktibar dengan kejadian berkenaan dan mempelajari cara pihak berkuasa di sana mengawalnya.

"Rakyat juga perlu menilai tindakan yang digunakan polis negara ini dalam mengawal kekecohan berbanding negara tersebut yang turut mencatatkan kematian," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rakyat Malaysia diminta berhati-hati, elak kawasan rusuhan

Posted:

Rakyat Malaysia diminta berhati-hati, elak kawasan rusuhan

Rakyat Malaysia diminta berhati-hati, elak kawasan rusuhan

LONDON, 11 Ogos — Berikutan rusuhan dan rompakan yang berlaku di United Kingdom, rakyat Malaysia yang berada atau melawat negara ini diminta supaya berhati-hati dan mengelak daripada kawasan rusuhan dan kaganasan.

"Kita telah mengeluarkan nasihat keselamatan yang meminta rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan waspada dengan situasi tidak menyenangkan di negara ini," kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang berpangkalan di sini, Datuk Zakaria Sulong kepada Bernama.

Beliau turut menjelaskan bahawa hanya nasihat keselamatan yang dikeluarkan yang berbeza dengan masihat perjalanan.

Zakaria menasihati rakyat Malaysia supaya memeriksa laman web Pesuruhjaya Tinggi yang memuatkan "nasihat keselamatan" kepada mereka.

Menurut anggaran Bank Dunia, terdapat kira-kira 70,000 rakyat Malaysia tinggal di United Kingdom, yang merupakan kumpulan terbesar rakyat Malaysia di Eropah.

Selain seorang pelajar Malaysia diserang oleh sekumpulan samseng yang kemudiannya turut merompak barangan miliknya, tiada laporan serangan lain yang dilaporkan berlaku ke atas rakyat Malaysia setakat ini.

"Kita mahu membantu setiap rakyat Malaysia yang mengalami kecemasan," kata Zakaria dan menambah misinya adalah untuk memantau secara dekat situasi yang berlaku di United Kingdom.

Pelajar Malaysia didapati berada dalam ketakutan termasuk yang mahu ke Malaysia Hall di sini untuk bersolat.

Malah cermin pameran kedai di kawasan sekitar Malaysia Hall turut dipecah dan barangan di dalamnya dirompak oleh perusuh.

Walaupun pihak polis tiba pada masanya untuk mengawal keadaan berhampiran Malaysia Hall, namun pemandangan para perompak merompak kedai-kedai mendatangkan ketakutan kepada ramai rakyat Asia termasuk rakyat Malaysia. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved