Isnin, 26 Ogos 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia tuan rumah golf Piala EurAsia pertama tahun depan

Posted: 26 Aug 2013 05:30 PM PDT

SHAH ALAM 27 Ogos - Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Golf Piala EurAsia yang pertama, yang dimodelkan dengan Piala Ryder iaitu acara berpasukan di mana benua Eropah menentang Asia.

Piala EurAsia, yang dikitiraf oleh Jelajah Asia dan Jelajah Eropah, akan menampilkan 10 pemain terbaik masing-masing dari Eropah dan Asia pada saingan selama tiga hari di Glenmarie Golf & Country Club di sini pada 28 Mac 2014.

Professional Golf of Malaysia (PGM) dilantik oleh kerajaan untuk menyelaras kejohanan bernilai US$4 juta (RM12.8 juta) itu.

Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, acara itu dijangka disiarkan secara langsung di lebih 45 negara di seluruh dunia. - Bernama

Malaysia perlukan seri

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

pemain-pemain skuad kebangsaan melakukan latihan kecergasan dalam kolam renang dekat hotel penginapan mereka di Ipoh, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari

IPOH - Misi untuk memburu gelaran hoki Piala Asia 2013 kini bergantung kepada keputusan perlawanan menentang Jepun pada aksi terakhir Kumpulan A, hari ini.

Malah, jurulatih Paul Revington juga sedar hanya kemenangan dan seri sahaja mampu menjadi penyelamat buat skuad kebangsaan untuk berada di landasan memburu gelaran Piala Asia di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.

Kata Revington, anak-anak buahnya tiada pilihan selain perlu meningkat dengan cepat untuk menentang Jepun selepas tewas kepada Pakistan 1-4, kelmarin.

"Antara bahagian yang perlu diberikan perhatian ialah pada bahagian pertahanan kami.

"Ada beberapa ruang kecil pada bahagian pertahanan perlu ditutup dan diperkemaskan ketika menentang Jepun.

"Saya percaya pasukan Malaysia mampu memperbaiki kelemahan bagi mendapatkan keputusan yang baik," kata Revington.

Pada aksi hari ini Malaysia perlu meraih sekurang-kurangnya satu mata jika mahu melangkah ke separuh akhir pada Jumaat ini.

Mengikut format kejohanan hanya juara kumpulan dan naib juara sahaja layak ke separuh akhir bagi merebut tempat ke perlawanan akhir Ahad ini.

Malah, aksi menentang Jepun dijangka berlangsung sengit berikutan pasukan lawan turut memasang impian ke Piala Dunia di Belanda tahun depan.

Sementara itu, Malaysia yang atas kertas dikira layak ke Piala Dunia 2014 menerusi slot Oceania turun menentang Jepun tanpa tekanan besar.

Kali terakhir Malaysia menentang Jepun ialah pada penentuan tempat kelima dan keenam pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru, bulan lepas.

Pada kejohanan itu, Malaysia dipaksa bekerja keras untuk menewaskan Jepun menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Pitsterpro lancar dua model supermoto, LXM 125R dan Pitsterpro LX450

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

dua model bergaya dengan supermoto baharu, LXM 125R dan Pitsterpro LX450 yang dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pitsterpro Motors (M) Sdn. Bhd. menyasarkan jualan 150 unit sebulan bagi dua model supermoto baharu, LXM 125R dan Pitsterpro LX450.

Motosikal Pitsterpro yang merupakan jenama dari Amerika Syarikat (AS) itu dipasang sepenuhnya secara pemasangan komponen terurai (CKD) di Rawang.

Ia hasil kerjasama Pitsterpro Motors dengan Mofaz Motosikal Sdn. Bhd. (Momos), yang memasang bahagian supermoto berkenaan dan Pitsterpro bertindak sebagai pengedar tunggal di negara ini.

Pengurus Besar Pitsterpro, Idon Pang berkata, motosikal LX450 adalah model supermotor pertama yang dipasang di dalam negara.

"Kita yakin kedua-dua model ini akan mendapat sambutan bersandarkan kualiti, harga, ciri keselamatan dan prestasinya yang mengagumkan.

"Kedua-dua model ini telah berada di pasaran dan mempunyai dua varian warna iaitu hitam dan putih," katanya selepas melancarkan dua model supermoto baharu itu di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Mofaz, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim.

Model LXM 125R dijual pada harga RM6,860 (harga atas jalan) sebuah, manakala model LX450 yang berkuasa 450cc dijual pada harga RM22,123.43 (harga atas jalan).

Selain itu, Pang mensasarkan untuk melantik 60 hingga 70 pengedar setiap bulan berbanding 35 pengedar sedia ada.

"Ini akan menggalakkan lagi jualan supermoto itu, sekali gus membuka peluang kepada syarikat untuk menembusi pasaran luar negara," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dedah senarai kongsi gelap

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersalaman dengan Eni Faleomavaega (kiri) sambil disaksikan Jamaludin Jarjis di pejabatnya, di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 26 Ogos - Kementerian Dalam Negeri akan mendedahkan kesemua nama kumpulan kongsi gelap di negara ini termasuk jenis jenayah yang dilakukan bagi membolehkan masyarakat menilai setiap pertubuhan yang disertai.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bertujuan membuktikan keseriusan polis dalam membanteras kumpulan kongsi gelap yang dipercayai memonopoli kegiatan jenayah di negara ini.

Beliau berkata, kementerian kini dalam proses melakukan pewartaan terhadap nama-nama pertubuhan kongsi gelap dan meminta masyarakat terus memberi kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan.

"Kementerian akan dedahkan senarai kumpulan kongsi gelap melalui media massa dalam tempoh terdekat. Ini adalah langkah terbaik bagi membolehkan masyarakat mengetahui setiap pertubuhan haram yang terdapat di negara ini.

"Usaha pihak polis yang bersungguh-sungguh membanteras kumpulan kongsi gelap perlu disokong semua pihak dan dalam hal ini masyarakat memainkan peranan dan perlu bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ahli Kongres Amerika Syarikat, Eni Faleomavaega di pejabatnya, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Mengulas mengenai Op Cantas Khas, Ahmad Zahid berkata, operasi yang dilakukan di seluruh negara menunjukkan keberkesanan selepas seminggu dilancarkan selepas berjaya menahan suspek bagi membendung kegiatan jenayah khususnya berkaitan aktiviti kongsi gelap.

"Sebelum ini ramai beranggapan Op Cantas Khas hanya dilakukan di Pulau Pinang selepas lima ahli kongsi gelap ditembak mati di negeri tersebut baru-baru ini.

"Kita sentiasa berwaspada dan Op Cantas Khas ini dilaksana di semua negeri bagi membendung kegiatan jenayah," katanya.

Katanya, polis juga sedang memberi perhatian khusus terhadap gejala kongsi gelap di sekitar Lembah Kelang.

"Kita mempunyai rekod terdapat bekas tahanan Simpang Renggam dan Ordinan Darurat (EO) kini berada di beberapa kawasan panas di Lembah Klang, jadi polis akan mengambil langkah proaktif untuk sentiasa berwaspada dalam hal ini," katanya.

Dalam pada itu, mengulas kelulusan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Ahmad Zahid berkata, langkah tersebut amat tepat dalam menjamin ketenteraman awam di negara ini.

"Kita tidak akan menggadaikan nasib masyarakat di negara ini hanya kerana 10,000 individu yang melakukan jenayah, tiada isu mengenai hak asasi manusia dalam hal ini tetapi adalah untuk keselamatan," katanya.

Op Cantas: JSJN catat 1,911 tangkapan

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Noor Rashid Ibrahim

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mencatatkan kejayaan beberapa tangkapan dan rampasan dalam Op Cantas Khas yang dilancarkan jabatan itu di seluruh negara bermula pada Jumaat lalu.

Pengarahnya, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sepanjang dua hari operasi itu dilakukan sebanyak 1,911 tangkapan dibuat termasuk 30 tangkapan melibatkan ahli kongsi gelap yang bergiat aktif di Pulau Pinang, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Kedah.

"Menerusi tangkapan itu, sebanyak 1,772 kes telah dibuka kertas siasatan, malah kami turut berpuas hati apabila beberapa ahli Geng 04, Geng 08, Geng 555, Geng Raj dan Geng 18 berjaya ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

"Sepanjang dua hari operasi, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai puluhan ribu ringgit melalui serbuan serta sekatan jalan raya yang dijalankan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Menurut beliau, kesemua tangkapan membabitkan suspek berusia antara 25 hingga awal 30-an.

Noor Rashid berkata, pasukan khas di bawah JSJN akan terus melakukan beberapa lagi serbuan dan tangkapan dengan memberi fokus kepada sasaran yang telah dikenal pasti khususnya melibatkan kumpulan kongsi gelap yang kini dilihat semakin berani bergiat aktif melakukan jenayah.

"Sejak Januari hingga Julai, polis merampas dadah pelbagai jenis yang bernilai RM185.71 juta di mana dadah jenis heroin dan syabu mencatatkan nilai rampasan tertinggi sekali gus melumpuhkan 12 sindiket pengedaran dadah terbesar di dalam negara.

"Pihak kami turut menyita RM56.69 juta aset dan harta yang dimiliki daripada aktiviti pengedaran dadah yang dijalankan oleh beberapa kumpulan yang bergiat aktif dalam kegiatan tersebut," katanya.

Beliau menjelaskan, kebanyakan sindiket pengedaran dadah di negara ini turut dikaitkan dengan pemilikan senjata api secara haram.

JSJN tambah Noor Rashid, turut merampas sebanyak 18 pucuk pistol, 734 butir peluru hidup, selaras pump gun dan sebutir bom tangan dalam serbuan dan sekatan jalan raya di seluruh negara sejak awal tahun ini.

Sepanjang tempoh itu juga kata beliau, polis turut membongkar 22 makmal memproses dadah yang beroperasi secara aktif di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Johor.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Waspada komen dalam internet

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Norazman Othman (dua dari kiri) memberi duit raya kepada kanak-kanak dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri JPM di Bangunan Gunasama Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

TEMERLOH 26 Ogos - Penjawat awam diminta berhati-hati dalam membuat sebarang komen berkaitan dasar kerajaan di laman sosial kerana boleh menjejaskan integriti serta nama baik perkhidmatan awam.

Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Borhan Dollah berkata, kemunculan laman sosial seperti Facebook dan Twitter digunakan segelintir golongan itu untuk membuat komen memburukkan jabatan atau agensi kerajaan.

Menurutnya, JPM menerima aduan dan maklum balas mengenai pembabitan sebilangan mereka yang memberi komen negatif dan bertentangan dengan dasar kerajaan.

Selaku penjawat awam, mereka wajib memelihara integriti ketika menggunakan media sosial kerana apa diluahkan itu boleh dibaca di seluruh dunia.

Oleh itu, sebarang masalah atau apa juga rasa tidak puas hari perlu diselesaikan di peringkat jabatan dan tidak perlu membuka pekung di dada untuk tatapan orang luar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Pengurusan Hartanah JPM di Bangunan Gunasama Persekutuan Temerloh, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah JPM, Norazman Othman.

Borhan berkata, golongan itu perlu menjaga nama baik jabatan serta agensi kerajaan dan mengikut peraturan yang ditetapkan di samping mengelak memberi komen negatif dalam laman sosial terbabit .

Dalam pada itu, katanya, majlis tersebut diadakan bukan sahaja untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tetapi juga merapatkan hubungan dalam kalangan kakitangan awam Bahagian berkenaan.

Katanya, cara itu memberi peluang kepada mereka mengemukakan masalah atau pendapat kepada pegawai kanan yang hadir dalam majlis tersebut.

Semua permintaan atau masalah yang dikemukakan akan diberi tindakan serius oleh jabatan masing-masing selagi tidak bertentangan dasar kerajaan," katanya.

Misteri bekalan elektrik terputus terjawab

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Roslan Abu Kassim menunjukkan kawasan kabel elektrik yang terputus dan sudah dibaiki pihak TNB di Bukit Dedari, Kuala Tahan, Jerantut, baru-baru ini. - utusan/HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT 26 Ogos - Kejadian bekalan elektrik terputus di lima kampung di Hulu Tembeling di sini, sejak Selasa lalu terjawab apabila sebatang pokok balak yang ditebang secara haram tumbang lalu menghempap kabel utama elektrik di Bukit Dedari, Kuala Tahan dekat sini.

Keadaan itu menyebabkan lebih 5,000 penduduk terputus bekalan elektrik melibatkan Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling.

Mereka kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh masuk hutan Bukit Dedari sehingga kerap kali mengundang risiko terputus bekalan elektrik berikutan pembalakan haram di situ.

Pengurus Persona Village Resort Kuala Tahan, Roslan Abu Kassim, 40, berkata, perbuatan pihak terlibat menyebabkan ekosistem hutan, sungai dan kawasan tadahan air di hutan Bukit Dedari terjejas.

"Apa yang saya kesalkan kegiatan pembalakan haram itu memberi impak landskap hutan bertukar menjadi gondol sehingga pokok ditebang menghempap kabel elektrik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kuala Tahan di sini kelmarin.

Penduduk Kampung Pagi, Mi Hamidi Nipah, 42, berkata, jika kegiatan itu tidak dibendung akan menjejaskan sektor pelancongan di sekitar Kuala Tahan.

"Penduduk di sini berharap pihak berwajib lebih peka dan menguatkuasakan undang-undang supaya kegiatan itu wajar dihentikan dengan segera," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jerantut, Redzuan Zainal Abidin berkata, selepas menerima aduan penduduk, pihaknya segera ke lokasi kejadian untuk membaik pulih bekalan elektrik di situ.

"Kita terpaksa mengambil masa membaiki kerosakan memandangkan kabel berkenaan terletak di kawasan hutan tebal," ujarnya.

Katanya, penduduk di Hulu Tembeling sudah menerima semula bekalan elektrik sepenuhnya pada pukul 3.05 petang kelmarin.

Jengka Sentral di Bandar Tun Abdul Razak beroperasi Oktober ini

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

MARAN 26 Ogos - Projek Terminal Pengangkutan Bersepadu Jengka Sentral bernilai RM10 juta di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini, dijangka beroperasi pada Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, ketika ini kontraktor utama melakukan kerja-kerja terakhir sebelum menyerahkan kepada kerajaan bagi memulakan operasi terminal tersebut.

Menurutnya, projek itu yang bermula 1 Ogos 2011 merupakan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan sebuah terminal pengangkutan bersepadu sempena sambutan Hari Peneroka pada 7 Julai tahun sama.

"Terminal itu akan menjadi mercu tanda baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka sekali gus meningkatkan imej dan menjadi satu kebanggaan warga peneroka di sini," katanya kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Wisma Peneroka, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan ADUN Jenderak, Datuk Mohamad Jaafar.

Wan Salman berkata, stesen bas dan teksi yang beroperasi sementara bandar tersebut akan ditutup sebaik sahaja Jengka Sentral beroperasi sepenuhnya.

Menurutnya, pemilihan peniaga di terminal itu juga akan memberi tumpuan kepada penduduk tempatan dengan kerjasama daripada Pejabat Daerah Maran.

Selain itu, beliau memberitahu, satu lagi projek yang dalam pembinaan di bandar tersebut ialah kompleks sukan yang menempatkan stadium bola sepak Felda bernilai RM87.9 juta dan dijangka siap pada 2015.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tujuh maut van berlanggar dengan bas di Filipina

Posted: 26 Aug 2013 10:21 AM PDT

PUERTO PRINCESA 27 Ogos - Kesemua tujuh penumpang serta pemandu sebuah van maut selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas di Palawan, barat Filipina hari ini.

Ketua polis daerah, Errol Adia berkata, van berkenaan bertolak dari Puerto Princesa sebelum bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan.

Jumlah sebenar penumpang bas masih tidak diketahui tetapi kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Punca sebenar kemalangan tidak didedahkan pihak polis. - AFP

Iraq larang guna ruang udaranya untuk serang Syria

Posted: 26 Aug 2013 10:17 AM PDT

BAGHDAD 27 Ogos - Iraq tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan ruang udara atau wilayahnya bagi melancarkan serangan ke atas Syria.

"Kami tidak akan membenarkan penggunaan ruang udara untuk menyerang jiran kami. Pendirian kami tetap berhubung perkara ini," kata jurucakap Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki.

Barat bercadang menggenakan tindakan ketenteraan terhadap Syria selepas mereka dituduh menggunakan senjata kimia sehingga mengakibatkan ratusan penduduk berhampiran Damsyik terbunuh. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Ibu dera anak didakwa membunuh

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Chong Mee Chin

IPOH 26 Ogos - Ibu kepada seorang kanak-kanak malang berusia lima tahun yang dipercayai didera secara kejam, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh anak perempuannya itu.

Pendakwaan terhadap Chong Mee Chin, 30, dibuat berikutan mangsa, Ho Yan Hui yang sebelum ini berada dalam keadaan koma selama 11 hari, menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira pukul 2.40 petang semalam.

Mee Chin yang berambut panjang paras bahu dilihat hanya mengangguk-angguk kepala tanda memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa dalam bahasa Kantonis.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Mee Chin yang memakai baju lokap hijau ketika kes itu disebut di hadapan Majistret Haslinda A. Raof kira-kira pukul 3.30 petang.

Mee Chin yang tidak diwakili peguam bela didakwa membunuh Yan Hui kira-kira pukul 9 pagi, 12 Ogos lalu di ruang tamu rumah nombor 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Amril Johari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohd. Amril memohon satu tarikh sebutan ditetapkan bagi membolehkan pihaknya mendapatkan laporan bedah siasat dan perubatan mangsa.

Haslinda kemudian menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes itu.

Pada 20 Ogos lalu, Mee Chin yang merupakan seorang suri rumah turut didakwa di Mahkamah Majistret atas dua tuduhan melakukan penganiayaan dan penderaan terhadap anak perempuannya itu.

Wanita tersebut didakwa melakukan penganiayaan ke atas anaknya itu dengan cara memukul kepala dan seluruh badannya menggunakan sebatang rotan serta dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa di ruang tamu rumah mereka.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua tuduhan tersebut.

Mee Chin juga diperintahkan menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dekat sini selama sebulan sehingga tarikh sebutan kes itu yang ditetapkan pada 20 September ini.

Sebutan kes dadah Benjy 11 September

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini menetapkan 11 September ini sebutan kes terhadap pelakon Benjy dan lima rakannya yang didakwa memiliki dadah, Jun lalu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan demikian selepas membenarkan permohonan peguam P.G. Cyril dan Farhan Read yang masing-masing memohon untuk menarik diri daripada mewakili tiga tertuduh kes itu.

Cyril menarik diri daripada mewakili pasangan suami isteri, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, manakala Farhan menarik diri daripada mewakili Imran Radzi Ibrahim, 32.

Terdahulu, Cyril memberitahu mahkamah, penarikan diri itu atas alasan mereka tidak mendapat arahan lanjut daripada anak guam masing-masing.

Bagaimanapun, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34, masih diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Zain Amir Zainal Khairi, 37, dan Afifi Hamidi, 27, diwakili oleh Farhan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Misi Glemi Lemi

Posted: 25 Aug 2013 11:13 PM PDT

Aplikasi bioteknologi (kriobiologi) dan genetik turut diberi perhatian dalam usaha menghasilkan serta penyimpanan baka-baka ikan yang terbaik

PUSAT tersebut bukan sahaja menumpukan perhatian kepada bidang penternakan, malah mempelopori ke semua aspek penyelidikan serta penemuan dalam teknologi perikanan air tawar.

Institut itu bermula pada 21 Ogos 1957 di Batu Berendam, Melaka semasa pemerintahan British dan dikenali sebagai Institut Penyelidikan Kultur Ikan Tropika (TFCRI).

TFCRI yang kini dikenali sebagai FRI dipindahkan ke negeri yang terkenal dengan budaya Adat Pepatih itu berikutan pusat tersebut memerlukan kawasan yang lebih luas untuk tujuan kesinambungan penyelidikan perikanan darat dan akuakultur air tawar.

Menurut Ketua Pusat FRI Glami Lemi, Jamaludin Ibrahim, pusat tersebut berpindah ke Jelebu, Negeri Sembilan pada penghujung tahun 2005.

"Tugas kami di sini adalah untuk menyampaikan maklumat asas saintifik bagi pembangunan akuakultur air tawar serta eksploitasi mapan terhadap pemuliharaan sumber akuatik daratan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat berkenaan FRI Glami Lemi kepada sekumpulan media yang mengikuti program Kembara Media Perikanan 2013 anjuran Jabatan Perikanan baru-baru ini.

Jelas Jamaludin, pusat tersebut turut membangunkan teknologi pembiakan, asuhan serta penternakan bagi spesies bernilai komersial untuk pasaran domestik dan eksport.

"Spesies ikan air tawar komersial yang dikaji adalah tilapia, keli, patin dan juga udang galah serta beberapa spesies ikan eksotik yang bernilai tinggi (ekonomi)," katanya.

Dalam pada itu, FRI Glami Lemi turut membangunkan pelbagai teknologi pembiakan, asuhan dan penternakan bagi spesies ikan air tawar (sungai) yang berpotensi untuk akuakultur.

Antara spesies ikan air tawar (sungai) yang diberi perhatian adalah patin tempatan (patin buah), tengalan, lampam sungai, kerai dan kelah.

Pusat tersebut turut melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkenaan pembangunan teknologi penternakan berasaskan kolam, sangkar dan teknologi tinggi seperti RAS (recirculating aquaculture system).

Aplikasi bioteknologi (kriobiologi) dan genetik turut diberi perhatian dalam usaha menghasilkan serta penyimpanan baka-baka ikan yang terbaik.

Malah, penyelidikan di FRI itu juga meliputi usaha mencari sumber protein alternatif berasaskan bahan buangan daripada pihak industri seperti DDGs (Dried Distillers Grains with Solubles), usus ayam, hampas isirung kelapa sawit dan isi perut ikan.

Terkini, FRI Glami Lemi sedang menjalankan kajian berkenaan aplikasi biokomposit nano-hibrid dalam pembangunan integrasi sangkar akuakultur melalui proses dorongan radiasi.

Objektif kajian tersebut dilaksanakan adalah bagi membangunkan keupayaan tempatan bagi menghasilkan sistem sangkar akuakultur berprestasi tinggi menggunakan biokomposit dan teknologi pemprosesan sinaran.

Dalam pada itu, FRI Glami Lemi berjaya menambah baik genetik ikan tilapia merah melalui proses kacukan ikan tilapia Malaysia dan Thailand.

Hasilnya, Malaysia mampu mengeluarkan ikan tilapia merah yang cepat membesar, memiliki bentuk badan yang baik serta peratus daging yang lebih tinggi.

Antara pencapaian lain adalah kejayaan pembiakan ikan makan, penternakan makanan hidup (Daphnia dan Moina), perumusan makanan (makanan berasaskan usus ayam) dan poultry offal meal sebagai sumber gantian kepada tepung ikan.

Di sana, mesin mini membuat pelet ikan serta sistem ternakan modular padat dan ternakan ikan tanpa buangan untuk ikan tilapia juga turut dibangunkan.

Pusat itu tidak hanya tertumpu kepada bidang ternakan ikan untuk dimakan sahaja malah turut melaksanakan beberapa kajian berkenaan ikan hiasan dan tumbuhan akuatik.

Kajian ikan hiasan turut meliputi pembiakan spesies ikan tempatan yang endemik serta yang diancam kepupusan seperti ikan di tanah gambut, seluang, ikan pelaga serta propagasi secara kultur tisu dan aplikasi bioteknologi untuk spesies tumbuhan akuatik.

Sehingga kini, FRI Glami Lemi telah berjaya mengeluarkan pelbagai benih ikan arowana dan ikan pelaga dan tumbuhan akuatik seperti Anubias sp., Cryptocoryne lucens dan Bacopa monniera.

Ikan kelisa atau Scleropages formosus merupakan antara ikan yang sukar untuk dikenal pasti jantinanya semasa di peringkat juvenil.

Namun, kajian menerusi kaedah pengukuran paras hormon oleh FRI Glami Lemi berjaya membezakan antara ikan betina dan jantan dengan lebih spesifik.

Di peringkat juvenil jantina ikan arowana sukar untuk dibezakan melalui bentuk morfologinya, justeru penggunaan teknik biosensor untuk mengukur paras antibodi dan hormon pembiakan ikan tersebut merupakan kaedah pengenalan jantina yang terbaik.

Ini kerana kelisa merupakan ikan hiasan bernilai tinggi, justeru nilai pasaran bagi ikan kelisa betina adalah lebih tinggi kerana induk ikan betina dapat menghasilkan anak yang berpotensi untuk dipasarkan.

Ikan temoleh pula merupakan antara ikan yang dikaji di FRI tersebut untuk tujuan pemuliharaan bagi mengekalkan spesies itu daripada ancaman kepupusan.

Sehingga kini, taburan ikan temoleh di habitat asalnya seperti di sekitar sungai Pahang dan Tasik Kenyir, Terengganu dapat dipulihkan sedikit demi sedikit sejak tahun 1996. - ASHRIQ FAHMY AHMAD

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bukan perlawanan 'kalah mati'

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

SALAH satu tumpuan utama dalam pemilihan UMNO kali ini ialah pemilihan di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO. Sudah menjadi kebiasaan, perebutan jawatan dalam sayap UMNO itu sering mendapat perhatian.

Dalam pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia ZULKIFLEE BAKAR, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, DATUK SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN yang sudah lama bergelumang dalam sayap tersebut memberikan pandangan beliau.

UTUSAN : Bagaimanakah Datuk Seri melihat pemilihan sayap Pemuda UMNO kali ini?

REEZAL MERICAN: Saya berpendapat, pemilihan kepimpinan Pemuda di pelbagai peringkat kali ini akan menjadi satu yang menarik dan dinamik. Yang nyata, Pemuda mesti menjadi nadi kepada usaha transformasi.

Saya cuma mengharapkan pemilihan kali ini dapat dilaksanakan dalam keadaan yang tenang, penuh semangat setiakawan dan tidak saling menjatuh dan mengaibkan kawan-kawan yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti. Jangan kita anggap pemilihan ini sebagai perlawanan kalah mati, yang akan membenam nasib politik kawan-kawan dalam Pemuda. Saya pernah bertanding dan pernah kalah pun. Tapi selepas pemilihan, kita kembali kepada saf yang sama. Bernakhodakan ketua dan naib yang sama. Kalau prinsip ini dapat kita hargai, insya-Allah Pemuda akan tampil lebih utuh dan kuat.

Apakah kriteria yang harus menjadi panduan kepada ahli-ahli Pemuda dalam membuat keputusan?

Ahli-ahli Pemuda di pelbagai peringkat, perlu mencari kalangan pemimpin yang efektif, setia, istiqamah, berpengalaman dan mempunyai modal sosial untuk mendekati golongan muda. Apa yang dimaksudkan dengan modal sosial ini - pemimpin yang kita cari mestilah serba boleh. Holistik. Dia bukan sahaja sebagai Ketua Pemuda Cawangan, malah mungkin aktif di dalam Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG), aktif dengan persatuan belia, menjadi jawatankuasa masjid dan surau dan sebagainya. Jika kita punya kayu ukur ini, kita akan mempunyai pemimpin Pemuda yang bukan sahaja ada pengaruh dalam parti, tapi akrab dengan rakyat.

Sama juga keadaannya di peringkat bahagian dan pusat. Kita mesti memilih pemimpin yang mencapai KPI yang jelas. Jika beliau seorang Ketua Pemuda Negeri - apakah beliau seorang pemimpin yang efektif. Apa pencapaian dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu? Yang penting bukan jumlah program yang dilaksanakan; tetapi apakah keberhasilan politik, dividen politik - yang diperolehi daripada program itu..Itu lebih perlu dinilai oleh ahli Pemuda. Sudah tentu, dalam konteks politik, keputusan PRU lalu perlu menjadi tunjang kepada sistem nilaian kepada kriteria kepimpinan.

Secara jujur bagaimana Datuk Seri melihat kedudukan Pemuda UMNO hari ini yang dianggap perlu memainkan peranan paling penting bagi menarik perhatian pengundi muda menyokong BN?

Secara jujur juga saya katakan, PRU13 memberikan kita semangat baru untuk mendekati pengundi, khususnya pengundi muda Melayu. Berdasarkan keputusan PRU yang lepas, Pemuda mencatatkan peratusan sokongan pengundi muda Melayu yang sangat baik. Johor misalnya, mencatatkan peratusan sokongan pengundi muda Melayu hampir 72 %. Melaka (64%), Negeri Sembilan (62.6%), Pahang (56.7%), Perak (56.2%) dan Pulau Pinang (52.6%). Secara purata, di peringkat nasional, kita mencatatkan peratusan sokongan 54.3%. Asas pendekatan politik kita terbukti betul dan mampu menarik minat dan sokongan pengundi muda Melayu.

Ini semua berlaku dalam suasana politik yang sangat menduga. Pembangkang benar-benar fokus kepada pengundi muda. Malahan pendekatan populis mereka memang ditujukan untuk menarik sokongan pengundi muda. Mansuh PTPTN. Turun harga kereta. Mansuh tol. Ini semua cubaan menarik minat pengundi muda. Namun, pengundi muda Melayu - masih setia bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam konteks BN, saya terpaksa mengakui bahawa dugaan sebenar adalah kepada rakan-rakan Pemuda dalam komponen. Mereka berhadapan dengan tugas yang amat sukar. Keperluan membuat political turnaround dengan peratusan sokongan pengundi muda berbangsa Cina serendah 5% (Kuala Lumpur) dan 7.5 % (Selangor), sebagai misal, memerlukan pendekatan drastik. Ini bentuk cabaran yang perlu dipikul sama oleh barisan kepimpinan Pemuda nanti.

Secara kebetulan, parti komponen juga akan melakukan pemilihan - dan kita harap pasca pemilihan nanti kita mampu membariskan kalangan pemimpin terbaik di dalam Pemuda BN. Set kepimpinan Pemuda BN yang baru, sangat penting dalam berhadapan dengan ranjau dan cabaran PRU14.

Jawatan Ketua Pemuda sering menjadi tumpuan, apakah Datuk Seri rasa perlu ada perubahan?

Saya bertemu ramai rakan-rakan di seluruh negara sepanjang meraikan Aidilfitri ini - dan maklum balas umum yang saya terima, kebanyakan mereka berpendapat Khairy Jamaludin wajar diberikan mandat penuh menerajui Pemuda untuk penggal yang akan datang ini. Kebanyakan mereka membangkitkan soal prestasi kepimpinan yang baik, keberhasilan politik (political outcomes) yang dijelmakan oleh kepimpinan beliau sepanjang penggal lalu.

Kelebihan Khairy adalah kemampuannya menarik minat dan kecenderungan kumpulan neutral untuk memahami agenda besar UMNO dan BN. Hujahnya jelas dan appealing kepada generasi muda, bukan sahaja dalam UMNO, tetapi mereka yang tidak menganggotai mana-mana parti politik.

Ini dibuktikan dengan kemampuan beliau memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti yang jauh meningkat. Malahan, ketika mana kita berhadapan dengan tsunami di tempat-tempat lain, Parlimen Rembau mencatatkan peningkatan sokongan pengundi bukan Melayu. Model Politik Parlimen Rembau' ini perlu kita teliti dan perhalusi.

Bagaimana pula dengan kriteria untuk jawatan Naib Ketua?

Pemuda memerlukan seorang Naib Ketua yang mampu berfikir, bergerak dan bertindak seiring dengan kelajuan Ketua Pemuda yang ada. Jika Khairy diberikan mandat sebagai Ketua Pemuda, sudah barang tentu beliau memerlukan seorang naib yang mampu menggalas amanah untuk memastikan Pemuda berada di dalam keadaan yang terbaik. Seluruh kesungguhan tenaga, kekuatan pemikiran, kudrat kepimpinan diperlukan untuk membantu Ketua Pemuda memimpin jentera yang kuat ini.

Seorang Naib Ketua, pada pandangan saya, mestilah juga berada di dalam lingkungan umur yang dekat kepada generasi muda. Jangan ukur pada umur sekarang. Ukur umur mereka sewaktu PRU14 dilangsungkan nanti. Jika pada ketika ini mereka berumur 40 tahun; menjelang PRU14, mereka sudah menjangkau umur 45 tahun. Apakah mereka masih mampu memahami pandangan dan perspektif mereka yang berumur lingkungan 20-29 tahun misalnya? Apakah mereka bercakap dalam bahasa yang sama dengan pengundi muda pada waktu itu?

Selain itu, ahli juga perlu menilai pencapaian KPI politik mereka yang menawarkan diri. Saya bangkitkan tadi, bukan jumlah program yang dilaksana - namun kesan dan impak politik itulah yang lebih perlu dinilai sebaiknya. Saya fikir, daripada sudut pengalaman, mereka yang menawarkan diri, pastinya mempunyai pengalaman politik yang tersendiri. Pencapaian dan prestasi politik itulah yang perlu lebih dinilai.

Apa bidang tumpuan yang perlu diberikan fokus oleh Pemuda selepas daripada pemilihan ini?

Tidak dapat tidak, pelbagai isu, keinginan, aspirasi generasi muda mesti disantuni dengan bersungguh-sungguh. Pemuda perlu lihat pelbagai segmen dan rencam kumpulan generasi muda yang ada di luar sana. Pendekatan mesti menyeluruh. Dalam masa yang sama, isu-isu seperti kos sara hidup, perumahan, latihan, pendidikan, peluang kerjaya, usahaniaga, kemiskinan bandar - perlu juga dilihat secara teliti.

Jika ada satu bidang tumpuan dalaman yang mampu saya cadangkan, lihat semula proses perkaderan dan latihan kepimpinan di dalam Pemuda. Aspek ini mesti diberikan pengukuhan. Akademi Pemuda mesti diberikan nafas dan kesungguhan baru. Khairy pernah mengumumkan tentang penubuhan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) - dan pada saya ini langkah yang sangat tepat.

Najib dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO 2011, bercakap mengenai membina jatidiri orang UMNO. Tiga perwatakan yang Presiden jelaskan - taat setia, cinta dan kasih kepada perjuangan parti dan sanggup berkorban. Pada saya, ciri-ciri dan karakter ini mesti disemai benihkan di kalangan ahli Pemuda pelbagai peringkat. Kita tidak mahu mempunyai pemimpin yang kesetiaannya kita ragui, kasihnya kepada parti kita khuatiri dan pengorbanannya belum terbukti.

Pemuda UMNO perlu bergerak dengan penuh rasa yakin - tetapi bukan sombong. Kerja dan tugas kita tidak berakhir dengan PRU13. Gelombang PRU14 mungkin lebih menduga. Saf mesti diperkemas. Jatidiri mesti diperkukuh. Istiqamah perlu ada.

Menghayati erti kemerdekaan dengan jiwa kenegaraan

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

DR. JESSICA ONG HAI LIAW ialah Timbalan Pengarah Pusat Penerbitan dan Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

MERDEKA laungan keramat yang kita dengar apabila setiap kali tibanya 31 Ogos. Namun kalau sekadar melaungkan merdeka beberapa kali adakah cukup membuktikan kita memahami erti kemerdekaan sebenar? Jika hanya meletakkan bendera Malaysia di kereta, di rumah dan di mana-mana sahaja menjelang 31 Ogos, adakah situasi ini cukup membuktikan kita bersemangat patriotik?

Isu menterbalikkan bendera Malaysia, bendera dijadikan sebagai pakaian, merosakkan lirik lagu Negaraku, tidak menghormati lagu Negaraku semasa dinyanyikan, di mana sebenarnya jati diri anak-anak Malaysia?

Anak-anak muda hari ini kurang menghayati erti kemerdekaan kerana dilahirkan dalam era baharu dengan semuanya serba canggih dengan teknologi terkini. Dengan erti kata lain, tidak pernah mengalami kesusahan dan keperitan seperti yang pernah dialami datuk dan nenek moyang kita yang jauh di sanubari mereka mencintai Malaysia sepenuh jiwa dan raga.

Seorang warga Indonesia yang ditemui memberitahu, di negaranya semasa menyambut Hari Kemerdekaan adalah berbeza di Malaysia. Semua yang hadir hanya diberi makan ubi kayu dengan merasai suasana sambutan yang diadakan seolah-olah mereka berada di zaman penjajahan kerana pemimpin mahu mereka menjiwai suasana itu sendiri. Inilah yang kurangnya pada anak-anak Malaysia sebab lahir sahaja semua kemewahan telah berada di depan mata.

Remaja kini dikatakan kurang mengenali tokoh-tokoh yang berjasa dan yang telah banyak menabur bakti kepada negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut, Mat Kilau, dan Abdul Rahman Limbong. Semangat tokoh-tokoh tersebut berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka perlulah mengalir dalam darah para remaja yang sepatutnya menjadikan tokoh-tokoh tersebut sebagai idola.

Seorang graduan yang dilahirkan perlu cintakan negara begitu juga rakyatnya dan saya bersetuju supaya subjek Kenegaraan Malaysia menjadi subjek wajib dan diketengahkan untuk mendedahkan kepada anak-anak kita erti kemerdekaan dan menghargai negara. Seronok belajar sejarah kerana sejarahlah membawa kita mengenal kehidupan.

Keprihatinan ini ditunjukkan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang bertitah meminta supaya kerajaan segera memperkenalkan subjek Kenegaraan bertujuan mendidik anak bangsa mengenai Perlembagaan dan melahirkan warganegara Malaysia yang memahami aspek perpaduan dan permuafakatan.

Dalam titah baginda dalam Majlis Syarahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2013, bertajuk Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13: Permuafakatan dan Perpaduan Nasional, di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan baru-baru ini, baginda menggesa kerajaan mengutamakan pendidikan asas kenegaraan bermula di peringkat sekolah dengan menyemai semangat setia kepada raja dan negara, sesuai dengan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong.

Titah baginda, kanak-kanak perlu diasuh melalui kurikulum serta kaedah bersesuaian sejak awal untuk turut menghormati simbol negara seperti bendera supaya tidak terus dihina seperti dipijak-pijak atau dijadikan pakaian.

'' Kurikulum kandungan dan kaedah pengajaran mengenai aspek kenegaraan yang benar-benar dihayati hendaklah segera diperkenalkan tanpa bertangguh dijadikan kandungan pengajian bukan sahaja di sekolah, malah maktab perguruan, kolej serta institusi latihan dan diuji dalam urusan lantikan dan kenaikan pangkat pegawai awam,'' titah baginda penuh amanat menyuntik semangat jiwa patriotisme yang tinggi.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan oleh kerajaan perlu dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotisme. Aktiviti-aktiviti yang bersemangat patriotisme yang harus diterapkan sepenuhnya dalam kalangan pelatih-pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama, dan hormat menghormati.

Media masa, sama ada media cetak, elektronik atau media baharu semuanya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia sangat besar sehinggakan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen dan komputer.

Sehubungan itu, media masa wajar dijadikan alternatif paling berkesan bagi menyemai semangat patriotisme. Filem-filem bercorak patriotisme perlu diberi keutamaan seperti filem Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Hati Malaya, Paloh dan Embun.

Kita menanti perkembangan terkini pembikinan filem bertajuk Kanang Anak Langkau sebagai mengenang jasa mendiang Pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau dan menjadikan contoh kepada para pegawai dan anggota tentera lain. Filem Tanda Putera pula mewujudkan pelbagai spekulasi. Rasanya, penonton-penonton filem di Malaysia sudah semakin matang dan mampu menilai mesej ikhlas dari filem berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan mereka yang menonton wayang tiga hari sebelum dan selepas 31 Ogos 2013 akan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku sebelum tayangan filem di pawagam dan mungkin diteruskan hingga Hari Malaysia 16 September jika diluluskan nanti.

Penghayatan dalam lagu, puisi, sajak dan syair berkaitan dengan patriotisme bagi menyemai semangat cintakan negara perlu ada dalam diri anak muda. Ada segelintir remaja yang tidak memahami puisi, ketawa dan berjenaka semasa sesi mendeklamasikan sajak. Dan sedihnya, melihat situasi apabila pelajar-pelajar yang menyanyikan lagu Negaraku dengan lirik yang salah dan tidak berdiri tegak. Ibu bapa harus menjadi tunjang utama keluarga dan mengambil peranan dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja khususnya cabaran ibu bapa yang masih muda.

Sajikan cerita-cerita rakyat yang berunsurkan sejarah untuk anak-anak mengenali warisan dan budaya. Semasa bercuti, bawalah mereka ke tempat-tempat bersejarah yang menarik di Malaysia. Bukankah - "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"? Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Salam 1Hati.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bukan ikut trend

Posted: 25 Aug 2013 11:13 PM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR

HATI terbuka untuk bertudung ketika membuat persiapan mengerjakan umrah.

Dalam dunia muzik irama asli, nama penyanyi Zehra Zambri bukanlah baru di samping pejuang lain irama itu termasuk Noraniza Idris dan Datuk Siti Nurhaliza.

Malah, bakatnya dalam irama tradisional ini bermula di usia yang muda. Berbeza sekali dengan rakan seusianya yang lebih kepada irama berbentuk segar dan aktif.

Lagu Semalakama dendangannya ketika di usia 18 tahun juga berjaya ke peringkat akhir salah satu anugerah muzik terbesar tempatan.

Namun, namanya kini kian menyepi dan ada yang mengatakan Zehra sebenarnya sudah bersara sebagai seorang penyanyi.

Menafikan perkara itu, ujar gadis ini, dia sebenarnya masih lagi aktif dalam bidang nyanyian dan selalu berada di majlis-majlis korporat.

Malah, ditebak dengan persoalan sama ada dia mahu kembali dikenali bukan lagi dengan lagu berbentuk etnik kreatif, jelasnya, perjuangan dalam irama itu belum lagi selesai.

"Kalau diikutkan dua album Zehra sebelum ini berkonsepkan pop.

"Tetapi kemunculan Zehra sewaktu bertanding di sebuah anugerah pada 2005, Zehra bertanding untuk kategori etnik kreatif.

"Selepas pertandingan itu, masyarakat terus cop saya sebagai seorang penyanyi irama Malaysia," katanya kepada Hits baru-baru ini.

Sambungnya lagi, dia tidak kisah dengan gelaran itu sebaliknya menganggap gelaran itu sebagai bonus dalam meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

Namun, jelasnya, buat masa ini, agak sukar untuk dirinya membawa semula genre irama itu kerana pasaran pendengar yang semakin kurang.

Ditanya mengenai single terbaharunya, jelas Zehra, dia sebenarnya bergelut dengan beberapa pihak untuk memasarkan lagunya sendiri.

"Bila saya hantar ke stesen radio, banyak halangan dengan alasan genre yang saya bawakan itu tidak bersesuaian. Mereka kata, lagu etnik memang sukar untuk dipasang di radio kerana tiada permintaan daripada pendengar," jelasnya.

Walaupun akur dengan peraturan sendiri stesen radio, jelas Zehra, masih terselit rasa terkilan dengan diskriminasi itu.

"Memang ada diskriminasi sebenarnya sehingga ramai yang berputus asa untuk mencipta lagu genre irama Malaysia ini," jelasnya.

Tambah Zehra, dia sedang berusaha untuk mengeluarkan sebuah lagi single sebelum hujung tahun ini.

"Sedikit kelainan untuk single terbaharu ini ialah lagu yang dibawakan berunsur kerohanian sesuai dengan imej saya yang kini sudah berhijab," katanya.

Ikhlas berhijab

Bertemu Zehra kali ini nampak kelainan pada dirinya yang kini dengan penampilan berhijab.

Ditanya apa yang membuatkan dirinya mula mengenakan hijab, jelasnya, dia mula memakai hijab dua minggu sebelum ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

"Sebenarnya, Zehra daripada awal tahun lagi dah berniat untuk berhijab. Masa itu sudah mula membelek-belek tudung," jelasnya.

Jelasnya lagi, dia mula bertudung secara penuh pada Jun lalu, ketika itu dia dalam persiapan untuk kursus menunaikan umrah.

"Bila pergi kursus itu, saya sudah bertudung dan lama-kelamaan saya sudah terbiasa untuk bertudung dan terus mengenakan hijab," ujarnya.

Ditanya mengenai kata-kata orang yang mengatakan dia mencari publisiti untuk membuat penampilan semula, jelasnya, tidak pernah terlintas dalam dirinya untuk berhijab demi publisiti.

"Ada yang cakap pakai tudung sebab ikut orang dan sebagainya. Tetapi bagi saya, terpulanglah apa orang hendak cakap.

"Yang penting, saya tahu apa yang saya lakukan dan saya ikhlas dengan apa saya lakukan," katanya yang beraya di Parit, Perak.

Jelasnya, sejak daripada dulu lagi sudah memasang niat untuk berhijab sama ada selepas saya berkahwin atau berpeluang ke tanah suci.

"Disebabkan Zehra tidak bertemu dengan jodoh lagi tetapi diberi peluang untuk melawat tanah suci, jadi niat berhijab itu saya teruskan," katanya yang menunaikan umrah bersama abangnya.

Tidak terdesak

Dalam usia yang tidak lagi muda, adalah usia yang sangat molek untuk melayari bahtera perkahwinan.

Namun bagi Zehra, sehingga kini, dirinya masih solo dan belum berpunya. Bukan tidak ada lelaki yang berkawan dengannya, tetapi rasa untuk mencintai seseorang agak sukar diluahkan.

"Tipulah kalau saya kata saya tidak ada rakan-rakan lelaki tetapi mereka semua hanyalah rakan, tidak lebih daripada itu.

"Bagi Zehra, benda ini memerlukan masa yang panjang kerana perkahwinan ini bukan sehari dua. Sebaliknya hubungan hingga ke akhir hayat," jelasnya.

Tambahnya, dia juga tidak kisah andai jodoh itu dipertemukan oleh keluarga.

"Kalau boleh, saya mahukan seorang lelaki yang boleh membimbing saya ke jalan Allah, sedap mata memandang dan mestilah seorang yang mempunyai kerjaya stabil.

"Malah, jika jodoh itu dipertemukan oleh keluarga saya sendiri sekalipun, saya tidak kisah," ujarnya pemilik Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Zalif ikut pilihan keluarga?

Posted: 25 Aug 2013 11:13 PM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN

ZALIF Sidek lebih senang untuk membuktikan kemampuan di dalam bidang lakonan berbanding cinta.

SEAWAL kemunculannya di dalam industri namanya sudah dikaitkan dengan cinta seorang gadis, tiada kata-kata pasti dari pihaknya. Dia bagaikan cuba berselindung dari terus dipersoal kisah itu. Menganggap hubungan yang terjalin kini tidak lebih dari seorang rakan, bagi Zalif Sidek sudah sampai masanya karier lakonannya sahaja diberikan tumpuan.

Mengakui tidak mempunyai masalah untuk terus bekerjasama dengan Fida Ibrahim, Zalif bagaimanapun lebih senang untuk tidak terus disoal perasaan terhadap wanita itu kini.

"Kami hanya berkawan kini, tidak lebih dari itu. Secara jujurnya kami berdua memang tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama, sebab saya anggap dia sama seperti rakan-rakan artis yang lain," katanya.

Tidak mahu tumpuan terus diberikan kepada kisah kontroversinya sahaja, bagi Zalif, dia sebenarnya lebih senang untuk membuktikan kemampuan di dalam bidang lakonan.

"Saya baru sahaja selesaikan penggambaran drama bersiri berjudul Alam Maya, dan sedang menunggu filem lakonan bersama Farid Kamil dan Nora Danish berjudul Bencinta ditayangkan.

"Kalau nak diikutkan saya masih terlalu baru di dalam dunia lakonan, sebab itu saya lebih selesa kini untuk berusaha membuktikan sesuatu untuk dibanggakan," katanya.

Masih selesa tanpa kehadiran cinta buat Zalif akan tiba masanya untuk dia berkongsi kisah ini jika ia benar-benar terjadi didalam hidupnya. Mengakui tidak terlalu memilih tentang soal teman, bagi Zalif sudah ada permintaan keluarga yang akan turut dipertimbangkan dirinya.

"Kalau cakap pasal sasaran umur untuk berkahwin saya tidak pernah letak, bagaimanapun kalau boleh saya mahu berumah tangga sebelum umur saya 35 tahun.

"Ciri-ciri wanita pilihan pula saya tidak terlalu kisah, asalkan dia seorang yang memahami saya. Bagaimanapun keluarga pernah meminta saya untuk mencari isteri yang bukan berasal dari bidang ini," katanya jujur.

Berkongsi impian di dalam bidang lakonan, menurut Zalif bergelar pelakon bukan satu-satunya fokus dirinya kini. Bakal mempelajari bidang pengarahan bagi Zalif peluang yang diberikan pihak produksi milik David Teoh membuka peluang yang luas buat dirinya.

"Buat masa ini memang saya mahu beri tumpuan buat satu-satu bidang sahaja dahulu, iaitu lakonan.

"Bagaimanapun berada di dalam bidang ini tidak meletakkan saya terlalu tertumpu buat suatu karier sahaja, memang saya ada impian untuk bekerja di belakang tabir pula, dan isi hati ini sudahpun saya sampaikan kepada 'boss' saya iaitu David," katanya.

Melihat senang dengan penampilannya kini, menurut Zalif tiada sebab untuk dirinya berusaha mengurangkan berat badan memandangkan dia selesa dengan keadaan dirinya kini.

"Saya masuk dalam industri kerana bentuk badan saya kini, oleh itu saya memang tiada sebab untuk menjadi seseorang yang berbeza.

"Tetapi itu tidak bermakna saya akan mengabaikan kesihatan saya, saya bukan mahu menjadi kurus tetapi sihat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Isu hak milik diselesaikan

Posted: 25 Aug 2013 11:12 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Johari Abdul Ghani (kiri) bersama Astaman Abdul Aziz (dua, kiri) melihat pelan cadangan pembangunan Kampung Baru memberi penerangan kepada sebahagian penduduk Kampung Baru pada Taklimat Khas Pembangunan Hartanah Kampung Baru di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) yakin usaha membangunkan Kampung Baru dapat direalisasikan walaupun75 peratus kes masalah pewaris tanah yang berkait dengan hukum Faraid masih timbul.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Naharudin Abdullah berkata, bagi memastikan isu hak milik ini selesai perbadanan telah menawarkan khidmat perundangan tanpa kos yang tinggi kepada pewaris.

Menurutnya, isu hak milik juga adalah antara perkara yang menyebabkan pembangunan Kampung Baru gagal dilaksanakan.

Masih ada pewaris yang patut mempunyai nama tetapi tiada, oleh kerana itu kita perlu menyelesaikan isu ini terlebih dahulu supaya usaha membangunkan Kampung Baru berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada sesi Taklimat Khas Pembangunan Hartanah Kepada Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Hujung Pasir, Kampung Baru di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani dan Pengerusi PKB, Datuk Astaman Abdul Aziz bersama-sama kira-kira 250 pemilik dan pewaris tanah Kampung Hujung Pasir.

Menurut Naharudin, secara keseluruhannya hampir 80 peratus daripada pemilik dan pewaris terbabit memberikan respons positif dalam usaha berkenaan.

Apa yang menjadi isu adalah bagaimana untuk membangunkan Kampung Baru.

Pelan induk draf pertama mengenai pembangunan tersebut dijangka siap pada akhir Oktober ini. Selain itu, sesi pendengaran awam akan dibuat bagi mendapatkan pandangan mereka sebelum pindaan dilaksanakan dan selesai sepenuhnya April tahun hadapan," katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru agar tidak menjual tanah mereka sebelum ia dibangunkan

Beliau menambah, terdapat empat buah kampung lagi yang akan terlibat dalam sesi taklimat tersebut dan akan selesai pada hujung tahun ini.

Dalam perkembangan sama, beberapa pemilik dan pewaris tanah menyambut baik berhubung konsep pembangunan tersebut yang akan dilaksanakan kelak.

Wakil penduduk, Shaharuddin Nordin, 65, berkata, sebagai anak Kampung Baru, dia amat bersyukur dan cukup bertuah dengan usaha pembangunan tersebut di samping pihak kerajaan tidak mengetepikan hak mereka.

Pembangunan yang mereka cadangkan memang bagus, selain pakej yang menarik iaitu sekurang-kurangnya kita mendapat satu unit kondominium dan memiliki manfaat seperti dividen atau pulangan berpanjangan selain memberi hasil kepada generasi baharu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Nor Hasan, 58, menyifatkan pihak PKB perlu mengambil kira segala kemahuan dan membantu menyelesaikan permasalahan para penduduk.

Tawaran yang dikemukakan oleh PKB amat bagus. Kekalkan sentimen Melayu supaya boleh berniaga dan tinggal di sini selain generasi baharu boleh kembali ke Kampung Baru," ujarnya.

Fira 2013: PSA Robust beri saingan hebat

Posted: 25 Aug 2013 11:12 AM PDT

Hadi Khalid (kanan) bersama ahli pasukannya menguji kebolehan robot mereka menyepak bola dalam Pertandingan Fira Roboworld Cup and Congress 2013 yang berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. - Utusan/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM 25 Ogos - Pasukan PSA Robust daripada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yakin dapat menguasai empat daripada lapan tugasan dalam kategori Humanoid Robot pada pertandingan 18th Fira Roboworld Cup and Congress (Fira) 2013 yang bermula esok.

Dengan mempertaruhkan dua robotnya iaitu PSA Robust A dan PSA Robust B, pasukan ini yakin mendahului lebih 40 pasukan dalam tugasan larian pecut, sepakan penalti, marathon dan memanjat tangga dalam pertandingan itu yang berlangsung di PSA di sini.

Menurut Pengurus PSA Robust, Hadi Khalid, 33, walaupun bakal berhadapan dengan juara bertahan antaranya Kanada bagi tugasan marathon dan Singapura (larian pecut), pasukannya yakin dapat memberikan saingan hebat sekaligus mengintai peluang menjadi juara.

Ini kerana ujar beliau, pasukannya yang terbahagi kepada dua kumpulan itu telah menguji dua robot yang dipertandingkan dan setakat ini mereka mempunyai catatan masa terbaik yang menjadi pengukur untuk memenangi pertandingan ini.

Pasukan kami yang mempunyai 35 ahli terdiri daripada pensyarah dan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PSA telah melakukan penyelidikan yang berterusan sebagai persiapan untuk pertandingan ini sejak awal tahun lagi.

Sepanjang tempoh itu, kita telah menguji robot yang dipertandingkan dan yakin catatan masa untuk tugasan larian pecut, sepakan penalti, maraton dan memanjat tangga adalah yang terbaik setakat ini," katanya ketika ditemui di PSA di sini petang ini.

Beliau dan dua ahli pasukannya, Mohd. Faizul Ramli, 21, dan N.Sugan, 20, turut menunjukkan demonstrasi PSA Robust A melakukan sepakan penalti dan menaiki tangga.

Tambah Hadi yang juga pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PSA, beliau gembira kerana sambutan Fira 2013 adalah di luar jangkaan apabila 90 pasukan telah mengesahkan penyertaan sehingga pukul 5 petang ini.

Ujar beliau, mereka terdiri daripada 40 pasukan antarabangsa dan 50 pasukan tempatan yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar politeknik serta universiti awam dan swasta di negara ini.

Pertandingan Fira telah diadakan setiap tahun sejak 1997 dan Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kali pertama pada tahun ini dengan PSA sebagai tempat pertandingan berlangsung.

Fira 2013 ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik, kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Malaysia Society of Engineering and Technology (MySET).

Terdapat lima kategori dipertandingkan iaitu Humanoid Robot, Micro Robot, Android Soccer Tournament, Robo Soccer Tournament dan Simulation Robo Soccer Tournament.

Selain pertandingan, turut diadakan di PSA sempena Fira 2013 ialah pameran robotik yang disertai Malaysia dan Korea. Orang ramai boleh menyaksikan pertandingan dan pameran bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang esok sehingga 29 Ogos ini.

Fiesta Raya UiTM hidupkan nilai Melayu

Posted: 25 Aug 2013 11:12 AM PDT

Sahol Hamid Abu Bakar (dua, kiri) disambut mesra para petugas sempena kunjungannya ke majlis Fiesta Raya UiTM yang diadakan di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSANN/Siti Rohaizah Zainal

SHAH ALAM 25 Ogos - Fiesta Raya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bertemakan Melayu Nusantara dilihat mampu menghidupkan kembali suasana budaya Melayu.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Alfina Bakar berkata, Fiesta Raya merupakan majlis tahunan dan pemilihan tema Melayu Nusantara adalah bertujuan untuk menghidupkan semula budaya melayu terutama dari segi kebudayaan sekitar abad 30-an.

Beliau berkata, pendedahan mengenai kebudayaan Melayu seperti adat resam kepada generasi masa kini dilihat kian mula diabaikan.

Kita memilih Melayu Nusantara supaya mampu memberi maklumat mengenai budaya Melayu daripada semua aspek seperti silat, tarian dan makanan tradisi seperti kuih muih yang tidak pernah dilihat oleh generasi masa kini.

Melalui Fiesta Raya juga, sebanyak 40 buah gerai makanan dibuka oleh setiap fakulti dan jabatan di UiTM yang mana setiap gerai direka khas mengikut tema Melayu Nusantara dan mampu menonjolkan reka bentuk atau budaya Melayu pada zaman dahulu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Menurut Alfina, Fiesta Raya juga dilihat dapat mengeratkan hubungan antara pendidik dan penuntut serta mereka sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Kita menjemput semua warga UiTM termasuk penuntut antarabangsa untuk menjamu makanan tradisi dan melihat sendiri keharmonian pelbagai budaya Melayu," katanya.

Kita juga mengadakan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir. Dalam program tersebut, Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur dinobatkan sebagai pemenang gerai terbaik," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved