Rabu, 10 April 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis siasat kes buli pelajar

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

Oleh NORAZRIN MARZUKI dan BADRUL HAFIZAN MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

SEDUTAN klip video YouTube semalam menunjukkan seorang pelajar diterajang (gambar kiri), ditendang (gambar tengah) dan disiku (gambar kanan) oleh pelajar lain dalam kejadian di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 10 April - Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kes buli pelajar di sebuah sekolah menengah di negeri itu pada awal Mac lalu yang klip rakamannya kini tersebar luas di laman sosial YouTube.

Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes itu yang berlaku di Seberang Jaya disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Bagaimanapun, melalui maklumat diterima oleh polis, ketiga-tiga pelajar yang membuli itu telah dibuang sekolah selepas diputuskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video selama 1 minit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube beberapa hari lalu.

Rakaman itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah telah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah bilik.

Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu.

Turut kelihatan di dalam klip itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan dan menggunakan objek keras.

Dipercayai pergaduhan itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa dan tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut walaupun mangsa dipukul bertubi-tubi.

Tiga disahkan dibuang sekolah

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

PULAU PINANG 10 April - Jabatan Pelajaran negeri mengesahkan kumpulan pelajar yang terlibat dalam kejadian memukul pelajar lain yang sedang tersebar di laman YouTube telah dikenakan tindakan sewajarnya.

Pengarahnya, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah.

"Kejadian itu berlaku pada awal Mac lalu dan pihak sekolah telah mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit pada 8 Mac lalu iaitu lima hari selepas kejadian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu video yang kini tersebar di laman YouTube dan laman sosial Facebook mengenai pergaduhan yang melibatkan pelajar sebuah sekolah di negeri ini.

Ahmad Tarmizi berkata, pelajar terbabit bagaimanapun masih boleh merayu untuk menyambung kembali persekolahan tetapi bukan di sekolah sama.

"Cuma pelajar terbabit tidak boleh menyambung persekolahan di sekolah sama dan rekod dibuang sekolah itu dimasukkan ke dalam fail peribadi mereka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


FAM bakal berdepan bahaya

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, menganggap cadangan untuk memansuhkan Artikel 88 Statut FAM sebagai tidak wajar dan boleh membahayakan masa depan badan induk itu apabila terlalu ramai individu akan bersuara tanpa batasan dan kawalan.

Titah baginda semasa Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ketujuh semalam, bukan FAM sahaja terikat dengan peraturan tetapi mana-mana industri juga ada peraturan yang bertujuan melindungi kepentingan industri mereka dan semua pihak.

Namun begitu, baginda mengingatkan FAM tidak pernah sesekali menyekat mana-mana pihak untuk menyuara pendapat atau melontarkan kritikan.

''Sejak kebelakangan ini saya mendapati terlalu banyak spekulasi, ulasan dan komentar terutamanya yang berkaitan dengan Artikel 88 sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah FAM bersikap diktator dan tidak mahu menerima sebarang kritikan.

"Kekalutan ini timbul, tidak syak lagi akibat keengganan sesetengah pemimpin dan ahli FAM untuk memahami falsafah dan dasar yang termaktub dalam Statut FAM.

"FAM tidak pernah sesekali menyekat mana-mana pihak untuk menyuarakan pendapat atau melontar kritikan. Malangnya, ada ahli-ahli FAM masih tidak mahu memahami bahawa kita mempunyai saluran tertentu untuk menyampaikan apa-apa perkara.

"Saya difahamkan Jawatankuasa Peraturan sudah bersidang untuk meneliti Artikel 88 sama ada ia perlu dikaji semula atau diperjelaskan agar tidak boleh ditafsir secara meluas, " titah baginda.

FAM sebelum ini telah menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak berhubung Artikel 88.

Antara yang lantang bersuara adalah bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah mengesahkan pihak Jawatankuasa Peraturan kini sedang membincangkan secara mendalam terhadap sebarang pindaan Artikel 88.

"Kita akan putuskan pada mesyuarat minggu depan selepas ia dibahaskan cukup mendalam pada hari ini (semalam) dan jika dipersetujui, isu ini akan dibawa ke Mesyuarat Kongres kali ke-49 pada Ogos ini kerana sebarang pindaan pada Statut perlulah menerusi persetujuan ahli Kongres.

"Kita mahu mengelak sebarang tafsiran, kita mahu apabila kita baca Artikel 88 kita tahu apakah maksud dan tujuannya," katanya.

Azzuddin tinggalkan FAM

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

KUALA LUMPUR - Setelah hampir enam tahun memegang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak negara apabila memilih haluan baru sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), penghujung Mei depan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Azzuddin yang mengakui, beliau bersedia melepaskan jawatan setelah namanya diusulkan oleh Presiden AFF, Sultan Ahmad Shah bagi mengisi jawatan yang ditinggalkan Datuk Seri Paul Mony Samuel.

"Saya cukup gembira dan bangga kerana Sultan Ahmad Shah selaku presiden telah mengusulkan nama saya untuk mengisi jawatan Setiausaha Agung AFF.

"Segala titah baginda saya akan ambil dengan penuh serius dan bersedia memberikan komitmen yang tinggi kepada AFF," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Eksekutif FAM kali ketujuh, semalam.

Bakal memulakan tugasan pada 1 Jun, Azzuddin menjelaskan sehingga tempoh itu, Setiausaha Agung FAM yang baru akan dilantik.

Sepanjang bersama FAM, beliau antara watak penting membantu kejayaan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF kali pertama pada 2010 dan menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas di Sukan SEA Laos 2009 serta memenanginya sekali lagi di Indonesia pada 2011.

Beliau pernah mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pemain dan menyarung jersi negara sekitar 1970-an, selain menganggotai skuad yang muncul naib juara Pestabola Merdeka pada 1972.

Dalam perkembangan lain, Azzuddin mengesahkan FAM telah menghantar bidaan rasmi untuk menjadi penganjur kejohanan Piala Asia 2019.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Belanda arah tarik balik 50,000 tan daging lembu

Posted: 10 Apr 2013 10:35 AM PDT

AMSTERDAM 11 April - Pihak berkuasa keselamatan makanan Belanda mengarahkan penarikan balik kira-kira 50,000 tan daging lembu daripada pasaran selepas dikhuatiri ia mengandungi daging kuda.

Pihak Berkuasa Keselamatan Produk Pengguna dan Makanan Belanda (NVWA) dalam satu kenyataan semalam berkata, lebih 130 syarikat pemprosesan daging di Belanda telah diarahkan supaya mengesan daging itu, yang diedarkan dua pemborong dari negara ini.

Pemborong itu ialah Wiljo Import en Export B.V. dan Vleesgroothandel Willy Selten B.V.

"Ia mungkin mengandungi daging kuda namun kami masih tidak pasti sama ada wujud kes atau tidak," kata jurucakap pihak berkuasa itu. - REUTERS

Perintis bersama rawatan IVF meninggal dunia

Posted: 10 Apr 2013 10:33 AM PDT

ROBERT EDWARDS

LONDON 11 April - Saintis Britain, Robert Edwards yang menerima Hadiah Nobel atas usahanya merintis pembangunan persenyawaan invitro (IVF) meninggal dunia semalam ketika berusia 87 tahun.

"Dengan rasa dukacita bahawa keluarga mendiang mengumumkan Prof. Robert Edwards, pemenang Hadiah Nobel dan perintis bersama IVF telah meninggal dunia secara aman dalam tidurnya pada 10 April 2013 akibat sakit tua.

"Mendiang akan terus dirindui oleh keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja," kata Universiti Cambridge dalam satu kenyataan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


15 warga Filipina, polis dihadap ke Mahkamah Tinggi esok

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 April - Lima belas warga Filipina dan seorang koperal polis yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau, Jumaat ini.

Lapan daripada mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

Selain itu tujuh lagi tertuduh menghadapi pelbagai tuduhan iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas, melindungi pengganas serta merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas.

Seorang anggota polis warga tempatan pula didakwa tidak memberi maklumat mengenai tindakan pengganas.

Kesemua mereka sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Pada prosiding Jumaat ini, pengakuan tertuduh akan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, P. Ravinthran.

Pada 21 Mac lalu, lapan warga Filipina iaitu Atik Hussin Abu Bakar, Basad Manuel, Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili, Timhar Hadir, Kadir Uyung, dan Lating Tiong tidak diwakili peguam hingga Hakim Ravinthran memutuskan supaya pengakuan mereka tidak direkodkan demi memberi keadilan kepada tertuduh.

Selain itu, pertuduhan terhadap lapan lagi tertuduh termasuk Koperal Hassan Ali Basri yang didakwa awal April, akan dibacakan semula kerana kes mereka baru sahaja dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas menurut Seksyen 130KA kanun sama, membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda.

Kesemua tertuduh ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 yang tidak membenarkan mereka diikat jamin - BERNAMA

Nizar dakwa tidak tahu Sultan Johor murka

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 April - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa beliau tidak tahu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka berhubung kenyataannya dalam media sosial Twitter berkenaan pembidaan nombor pendaftaran plat WWW 1.

Mohammad Nizar, 56, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau juga tidak pernah membuat permohonan maaf kepada Sultan Johor tetapi bersedia berbuat demikian sekiranya mendapat perkenan baginda.

Beliau selaku saksi plaintif pertama bagaimanapun menyatakan ada membuat kenyataan memohon maaf kepada sesiapa yang terguris hati dengan kenyataan Twitter yang dikeluarkannya itu.

Mohammad Nizar berkata demikian ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung isu nombor pendaftaran nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor yang dibida pada harga RM520,000.

Dalam saman yang difailkan pada 10 Julai tahun lalu, Mohammad Nizar menyatakan, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya pada 28 Mei tahun yang sama berhubung bidaan nombor plat itu.

Utusan Melayu pada 31 Mei 2012, dakwanya, menerbitkan satu artikel berunsur fitnah di muka surat 11, akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Lapan laporan polis dibuat bantah kenyataan biadab terhadap Sultan Johor - Pasukan khas siasat kenyataan Nizar'.

Bagi plaintif, pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau seorang penderhaka kepada sultan amnya dan Sultan Johor khususnya, selain ahli politik yang anti-sultan dan cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Dalam sesi pemeriksaan balas itu, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Melayu turut menyoal saksi berhubung titah Sultan Ibrahim sewaktu merasmikan pembukaan Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-12 di Nusajaya, Johor pada 14 Jun tahun lalu.

Dalam titah berkenaan, Sultan Ibrahim yang hanya merujuk kepada 'pemimpin politik' antara lain menyatakan:

''Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja. Pepatah Melayu sering mengingatkan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.''

Dengan memetik titah baginda seperti yang terkandung dalam hansard DUN itu, peguam tersebut bertanyakan sama ada 'pemimpin politik' yang dimaksudkan itu merujuk kepada beliau (Mohammad Nizar).

''Tidak setuju,'' jawab Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak.

FIROZ HUSSEIN: Kalau tidak setuju, siapa yang dirujuk?

MOHAMMAD NIZAR: Tidak tahu sebab nama saya tidak dirujuk di sini.

FIROZ HUSSEIN: Saya cadangkan bahawa Sultan merujuk kepada Datuk Seri?

MOHAMMAD NIZAR: Kemungkinan.

Apabila diasak dengan cadangan peguam bahawa saksi itu tahu Sultan Johor murka terhadapnya melalui titah baginda itu yang disiarkan di semua media massa di negara ini termasuk YouTube, Mohammad Nizar berkata: ''Ya, kemungkinan.''

Dalam keterangannya, saksi tersebut turut tidak bersetuju dengan cadangan peguam berkenaan bahawa beliau telah menyatakan kesediaan untuk memohon maaf kepada Sultan Johor kerana menyedari kenyataan Twitter tersebut adalah salah dan tidak wajar.

Beliau juga menafikan sekeras- kerasnya bahawa kenyataan Twitter yang dikeluarkannya tidak menghormati kedaulatan Sultan Johor sebagai seorang Sultan.

Menjawab soalan lain, Mohammad Nizar berkata beliau tidak setuju dengan cadangan Firoz Hussein bahawa kenyataan Twitter tersebut boleh difahami sebagai terdapat pembaziran wang rakyat sebanyak RM520,000 untuk pembidaan tersebut.

Plaintif juga tidak bersetuju bahawa beliau telah mempertikaikan bidaan nombor perdaftaran plat WWW1 oleh Sultan Johor.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Rosnaini Saub bersambung esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Membangun seiring dasar Pusat

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Pang Tsu Ming (empat dari kanan) menyampaikan bantuan kerusi roda kepada seorang kanak-kanak kurang upaya di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 10 April - Pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu yang meliputi bandar Indera Mahkota, kampung-kampung tradisi seperti Kampung Bukit Setongkol, Kampung Cenderawasih dan Kampung Padang dilihat semakin rancak seiring dengan dasar yang digariskan oleh Kerajaan Pusat.

Kepesatan itu dilihat seiring dengan pembangunan perumahan apabila pejabat-pejabat kerajaan sebahagiannya dipindahkan ke bandar Indera Mahkota dari pusat bandar Kuantan di sini.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Datuk Pang Tsu Ming, pembinaan beberapa kompleks pentadbiran kerajaan yang telah pun memulakan operasinya, turut menggalakkan sektor swasta melabur dalam pelbagai bidang hartanah seperti perumahan dan komersial yang nyata memberi kemudahan kepada penduduk setempat.

"Pejabat-pejabat kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Arkib Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia antara sebahagian yang kini berpindah ke Indera Mahkota.

"Sejajar dengan itu, lebih 20 buah kawasan perumahan dibina termasuk yang terbesar di KotaSAS.

"Selain itu, pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk pembinaan Terminal Bas Bersepadu Indera Mahkota bernilai RM43.8 juta yang bakal beroperasi awal Mei ini," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Bukit Sekilau di sini.

Tsu Ming yang telah berkhidmat selama sembilan tahun sebagai ADUN Semambu berkata, pembangunan di kawasan berkenaan cukup seimbang kerana bukan sahaja aspek ekonomi diberi perhatian malah sektor pendidikan, kesihatan dan sosial juga tidak dipinggirkan.

"Sepanjang menjadi wakil rakyat, saya akan memastikan kebajikan masyarakat setempat terbela kerana di DUN ini terdapat dua kelompok masyarakat yang berbeza iaitu yang tinggal di bandar dan pinggir bandar," jelasnya.

Tambah beliau, selain menyediakan dua buah klinik kesihatan dan sebuah Klinik 1Malaysia di DUN Semambu, beliau telah memohon sebuah lagi klinik bagi keperluan masyarakat setempat.

"Permohonan saya kepada Kementerian Kesihatan untuk mewujudkan sebuah lagi klinik kesihatan di Bukit Setongkol telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM12 juta.

"Saya harap klinik berkenaan selepas di Indera Mahkota, Bukit Sekilau dan Kampung Padang dapat memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat di DUN Semambu," ujarnya.

Bagi memudahkan beliau berinteraksi dengan masyarakat setempat, Tsu Ming sering menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di DUN Semambu selain program kemasyarakatan anjurannya atau jabatan kerajaan.

"Pendekatan turun padang ini lebih mudah untuk kita berinteraksi dengan masyarakat khususnya para pengundi untuk bersama-sama menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

"Saya juga sentiasa berada di pusat khidmat di Bukit Sekilau bagi memudahkan masyarakat berjumpa," ujarnya selain turut mengaplikasikan komunikasi melalui media sosial.

Sementara itu, menurut seorang penduduk, Fazeedah Abdul Manaf, 38, pembinaan kompleks kerajaan dan perumahan seperti KotaSAS pastinya akan memberi limpahan rahmat kepada penduduk sekitarnya.

"Kepemimpinan Barisan Nasional (BN) melalui wakil rakyatnya telah melakukan yang terbaik di kawasan ini demi manfaat dan faedah rakyat.

"Semua ini memudahkan penduduk dan dalam masa yang sama, dapat mengurangkan kesesakan di bandar Kuantan dengan kemudahan yang disediakan di Indera Mahkota," jelasnya.

Bagi Mohd. Noor Abdul Razak, 50, limpahan pembangunan di sini adalah hasil usaha dan perancangan kerajaan BN termasuk peranan yang dimainkan sektor swasta.

"Pelabur swasta amat yakin untuk membangunkan DUN Semambu termasuk pembinaan kawasan industri, hab perubatan seperti kewujudan sebuah hospital pakar swasta dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Indera Mahkota.

"Dengan pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan untuk membangunkan kawasan ini, nilai hartanah dilihat turut meningkat dari semasa ke semasa," katanya yang tinggal di Indera Mahkota.

Hindari dakyah pembangkang

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

Lau Lee (kanan) meninjau kerosakan dan menyampaikan peralatan binaan bernilai RM3,000 kepada mangsa ribut di Taman Muhibbah, Jerantut, kelmarin.

JERANTUT 10 April - Penduduk yang memerlukan bantuan kebajikan diminta tampil memaklumkan perkara itu kepada kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing untuk membolehkan bantuan segera diberikan.

Ketua MCA Jerantut, Datuk Lau Lee berkata, jabatan dan agensi di negeri ini mempunyai dana yang mencukupi untuk membantu menyelesaikan keperluan kebajikan penduduk.

Beliau berkata, jabatan kerajaan peringkat negeri dan Persekutuan akan bertindak segera jika mendapat laporan dan permohonan menerusi pemimpin BN, penghulu dan JKKK agar penduduk tetap hidup selesa menjalani rutin harian.

"Jangan percaya pihak pembangkang yang masuk ke kampung dan datang ke rumah kita dengan melemparkan dakyah mengatakan kerajaan negeri dan agensi berkenaan tidak mampu untuk menangani kebajikan penduduk.

"Ini bohong semata-mata kerana mereka ingin memancing pengaruh lebih-lebih lagi hari mengundi semakin hampir," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan untuk tiga buah keluarga mangsa ribut di Taman Muhibbah di sini semalam.

Sempena program turun padang itu, Lee telah menyumbangkan peralatan binaan bernilai RM3,000 kepada mangsa berkenaan untuk membaik pulih kediaman yang dipukul ribut dua hari lalu.

Menurut beliau, agensi kerajaan iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pejabat daerah, balai penghulu dan jabatan lain bersedia membantu jika penduduk menghadapi kesulitan seperti bencana alam, penyakit kronik dan masalah lain.

"Pemimpin parti komponen BN negeri kerap turun padang menjelajah ke kampung dan taman perumahan untuk mendengar masalah penduduk dan mereka boleh membuat aduan supaya dapat dipertimbangkan bantuan.

"Kita berharap penduduk yang ada masalah kebajikan tampil mengadu supaya bantuan segera dapat disampaikan untuk menjamin mereka lebih selesa sesuai dengan 'Janji Ditepati'," katanya.

Sehubungan itu, Lee yang juga Naib Pengerusi MCA Pahang berkata, penduduk tidak perlu mendengar hasutan pembangkang yang hanya bertujuan menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Tambahnya, lebih penting, penduduk menyalurkan maklumat atau masalah kebajikan menerusi agensi dan pihak yang diiktiraf oleh kerajaan agar bantuan segera dihulurkan.

Parti bawa pembangunan harus diberi mandat

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

KUALA LIPIS 10 April - Rakyat negeri ini digesa memberikan mandat kepada pemimpin yang mampu melakarkan perubahan dan pembangunan untuk transformasi ekonomi negeri pada masa akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemimpin berintegriti yang menjadi pilihan akan terhutang budi serta bertanggungjawab untuk memastikan rakyat dan negeri ini meniti landasan pembangunan moden dan kesejahteraan.

Beliau berkata, penduduk sepatutnya menggunakan kematangan menilai dan memilih pemimpin yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat termasuk mencorakkan pembangunan setempat menerusi agenda transformasi yang telah digariskan.

"Berilah mandat kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lebih memahami denyut masalah dan kebajikan penduduk termasuk Orang Asli, selain tahu merencana pembangunan untuk kesejahteraan semua.

"Sejak sebelum dan pasca merdeka, pemimpin Perikatan dan BN yang berbilang kaum sentiasa memfokus kebajikan dan pembangunan kerana mereka tahu sebenarnya itulah keperluan rakyat setempat," katanya kepada pemberita selepas program ziarah di Felda Sungai Koyan 2 dan Sungai Koyan 3 dekat sini semalam.

Sempena program itu, Wan Rosdy singgah di rumah enam warga emas yang uzur dan turut menyampaikan bantuan kepada penduduk berkenaan.

Yang hadir sama, Penghulu Mukim Jelai, Abdullah Zawawi Kamaluddin.

Menurut Wan Rosdi, ini bertentangan dengan hasrat pemimpin pembangkang sejak dahulu lagi ingin berkuasa, tetapi pada masa yang sama menabur janji kosong dan suka menggalakkan perpecahan.

Katanya, pembangunan juga seiring dengan usaha pemimpin BN menangani masalah kebajikan dan merangsang pelbagai perubahan dalam kehidupan rakyat sesuai dengan misi dan visi wawasan negara.

Wan Rosdy berkata, peruntukan yang besar bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan selaras dengan intipati manifesto BN khususnya untuk penduduk luar bandar negeri ini.

"Pemimpin BN negeri sentiasa berusaha menaik taraf hidup rakyat dengan pelbagai projek pembangunan termasuk bantuan kebajikan, namun tidak dapat dicapai sekiranya penduduk tidak memberi sokongan padu," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Cita rasa pengundi Cina

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

SEMEMANGNYA menarik diungkit kembali perbandingan sejarah di antara pilihan raya umum 1974 dan paling terkini yang bakal dilangsungkan pada 5 Mei 2013. Tidak dapat dinafikan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang telah memperkenan pembubaran Parlimen kedua-dua era tersebut adalah satu peristiwa yang begitu sukar untuk diulangi.

Juga begitu menakjubkan dan mungkin juga secara kebetulan Perdana Menteri ketika pertama kali Sultan Abdul Halim menandatangani pembubaran Parlimen ialah Tun Abdul Razak Hussein iaitu bapa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi satu perkara paling menarik dan juga kritikal untuk dihayati oleh rakyat Malaysia adalah suasana pilihan raya 1974 adalah begitu getir sekali kerana keputusan pilihan raya 1969 yang menjerumus kepada rusuhan kaum paling terburuk dalam sejarah Malaysia.

Pengundi pilihan raya 1974 memikul tanggungjawab yang begitu berat pada ketika itu kerana pilihan mereka akan menentukan arah tuju politik negara sama ada mahu terus bersama dengan corak kepimpinan Barisan Nasional (BN) atau dengan pembangkang yang diketuai oleh DAP.

Pembangkang terutama sekali DAP begitu yakin bahawa pengundi terutama sekali daripada kaum Cina akan memilih mereka jika keputusan 1969 diambil kira yang banyak memihak kepada DAP. Tetapi akhirnya rakyat Malaysia memilih corak perkongsian kuasa yang diamalkan oleh BN dengan memberi mandat yang begitu besar malah melebihi 2/3 jumlah kerusi Parlimen.

Keputusan pilihan raya umum 1974 telah mencorakkan kestabilan dan kemakmuran Malaysia hampir empat dekad lamanya sehinggalah keputusan pilihan raya umum 2008 sekali lagi mengulangi detik persimpangan ke mana arah tuju rakyat Malaysia.

Begitu kritikalnya keputusan pilihan raya 1974 yang dibayangi oleh pilihan raya 1969 sekali lagi berulang kerana pilihan raya tahun ini juga dihantui oleh keputusan pilihan raya 2008 yang tidak memihak kepada BN dan buat kali kedua gagal memperolehi mandat 2/3 kerusi Parlimen seperti mana yang telah berlaku pada tahun 1969.

Tetapi selama lima tahun pasca 2008 rakyat telah melalui era politik pembangkang yang sedikit sebanyak telah mencacatkan keharmonian dan pembangunan negara. Memang benar tidak berlaku rusuhan kaum tetapi politik melampau pembangkang yang telah mempolitikkan segala isu daripada isu ekonomi, sosial, pendidikan sehinggalah kepada hal keselamatan dan kedaulatan telah memporak-perandakan keharmonian dan perpaduan rakyat.

Pengundi Melayu dan India kebanyakannya telah akur dengan kesilapan 2008 kerana suasana politik melampau tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Tidak syak lagi wujud perasaan pengajaran dan iktibar dari kalangan pengundi kedua-dua kelompok ini.

Tetapi pembangkang begitu yakin bahawa pengundi Cina tetap akan menyokong mereka seperti mana yang telah berlaku pada tahun 2008. Sebab itu Johor dikatakan menjadi tumpuan mereka kali ini kerana persepsinya adalah pengundi Cina di Johor dianggap sebagai undi penentu di kebanyakan kawasan sama ada Parlimen atau negeri.

Johor juga merupakan kubu kuat MCA kerana pilihan raya 2008 menyaksikan negeri itu menyumbang tujuh kerusi Parlimen dari keseluruhan 15 yang dimenangi oleh parti tersebut. Menjadi cita-cita DAP jika pengundi Cina Johor memilih mereka maka MCA bukan sahaja dapat dihapuskan tetapi DAP akan menjadi parti yang paling dominan dalam pembangkang.

Strategi politik DAP yang berteraskan kaum Cina dan berada dalam kelompok pembangkang adalah begitu berbahaya kerana ini memungkinkan senario kaum Cina tidak diwakili dalam Kerajaan Pusat. Tambahan pula Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pernah menyatakan bahawa parti itu tidak akan menerima jawatan Kabinet jika keputusan pilihan raya 2013 lebih buruk daripada 2008.

Begitu tidak sihat bagi Malaysia jika sebahagian besar kaum Cina berada di luar kerajaan jika diteliti pengajaran pengalaman yang dialami pengundi Melayu di Singapura. Majoriti pengundi Melayu tidak menyokong kerajaan PAP pada pilihan raya 2001 kerana merasa terkilan dengan pendirian Singapura yang menyokong kempen memerangi keganasan Amerika Syarikat yang ditafsirkan sebagai kempen menindas umat Islam.

Walaupun PAP memperolehi jumlah sokongan yang begitu padu iaitu sebanyak 75 peratus undi, tetapi sokongan tersebut hanya datang daripada satu kelompok pengundi sahaja iaitu kaum Cina.

Tetapi keputusan pilihan raya 2006 telah mempamerkan penghijrahan pengundi Melayu di mana hampir 80 peratus telah kembali ke pangkuan PAP. Malah PAP dikatakan bernasib baik masih mampu memperolehi 66 peratus undi hanya kerana ihsan pengundi Melayu.

Berlakunya perubahan sikap pengundi Melayu dari tahun 2001 hingga 2006 adalah kerana selama lima tahun kaum Melayu bagaikan terpinggir daripada arus pembangunan Singapura gara-gara di label sebagai penyokong pembangkang.

Pengundi Cina di Malaysia tidak boleh memperlekehkan peranan yang telah dimainkan oleh MCA selama lima tahun kebelakangan ini. Walaupun berada dalam keadaan yang agak lemah kerana persepsi keputusan pilihan raya 2008, parti itu masih mampu memainkan peranan yang agak efektif.

Hubungan diplomatik dan ekonomi di antara Kuala Lumpur dan Beijing menjadi bertambah erat terutama sekali ketika era kepimpinan Najib. Walaupun kedua-dua negara mempunyai masalah pertindihan sempadan maritim di Laut China Selatan, tetapi isu ini tidak bergolak seperti mana yang dihadapi oleh Filipina atau pun Vietnam.

Begitu juga dengan hubungan ekonomi menjadi bertambah rancak seperti pembinaan kompleks penyelenggaraan kereta api oleh syarikat pengeluar lokomotif terbesar dunia China South Locomotive & Rolling Stock Corporation Ltd. dan juga penubuhan kampus cawangan luar negara Universiti Xiamen di Salak Tinggi adalah manifestasi betapa pentingnya pengaruh MCA dalam Kerajaan Pusat.

Pengundi Cina mempunyai tanggungjawab yang agak berat kali ini kerana pilihan mereka akan menentukan arus pembangunan negara yakni sama ada mereka mahu bersama-sama menjayakannya atau pun hanya menjadi pemerhati sahaja.

Kemenangan BN jamin survival Malaysia

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

DATUK RUHANIE AHMAD ialah bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor.

BARISAN Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak wajar diberikan mandat besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini kerana kemenangan BN adalah penentu kepada survival Malaysia serta rakyat di abad ke-21.

Beberapa kajian sains politik dan keselamatan oleh pelbagai sarjana tempatan dan antarabangsa mengaitkan survival dengan pemerintahan, keselamatan, kedaulatan, pembangunan serta kemakmuran di sesebuah negara, atas sebab-sebab berikut.

Pertama, survival adalah konsep kenegaraan yang bergantung kepada kemampuan sesebuah pemerintahan mengukuhkan keselamatan nasional, memelihara kedaulatan negara serta melaksanakan pembangunan sosio ekonominya secara berkesan.

Kedua, survival bergantung kepada kedaulatan negara kerana kedaulatan adalah paksi kepada pelbagai tatacara keselamatan, pertahanan, undang-undang, serta survival. Perspektif politik dan militari yang tradisional merumuskan, keselamatan adalah mengenai survival.

Ketiga, survival berkait rapat dengan keselamatan nasional serta kedaulatan negara disebabkan "ancaman yang nyata terhadap kelangsungan negara adalah ancaman kepada kedaulatannya" (Buzan, Waever & de Wilde 1998).

Maksudnya, apa juga ancaman terhadap kedaulatan dan survival negara, seperti serangan daripada anasir-anasir luar, adalah masalah keselamatan nasional di negara tersebut.

Ancaman paling nyata terhadap survival Malaysia pada hari ini adalah serangan pengganas Kiram yang telah mengorbankan sebilangan perajurit tanah air dan menyebabkan majoriti rakyat di sekitar medan tempur di Lahad Datu, Sabah, dipindahkan ke lokasi lebih selamat.

Keempat, survival negara juga didefinisikan oleh pembangunan nasionalnya. Shamsul Amri (1990), menyatakan secara tersirat, ini kerana masa depan sesebuah negara, terutamanya negara membangun- "bergantung kepada jaya-gagalnya pelaksanaan segala yang dirancang."

Kelima, survival berkait dengan pembangunan dan keselamatan nasional kerana "tanpa keselamatan tidak wujud pembangunan, dan tanpa pembangunan tidak wujud keselamatan," (Tschirgi et. al 2010).

Keenam, survival bergantung kepada pembangunan dan keselamatan nasional kerana "matlamat membasmi kemiskinan dan mewujudkan keamanan adalah objektif teras sesebuah negara di abad ke-21" dan "kerana peperangan mutakhir ini kian menumpu ke negara-negara paling miskin di dunia" (Fukuda-Parr 2010).

Ketujuh, survival adalah penentu kepada kewujudan sesebuah negara dan usaha mengekalkan survival adalah iltizam utama kepada semua pemerintahan negara (Waltz 2002). Ini sebabnya BN sentiasa menitikberatkan kedaulatan, keselamatan dan survival Malaysia.

Huraian-huraian di atas menunjukkan survival Malaysia sukar dijamin oleh pakatan pembangkang yang wujud atas gabungan longgar, tidak diinstitusikan, dan bertanding dalam PRU tanpa menggunakan lambang yang sama.

Ciri-ciri ini cukup untuk membuktikan bahawa masa depan survival Malaysia tidak terjamin di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, walau pun kini mereka mentadbirkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Selangor; dan sudah mentadbir Kelantan sejak tahun 1990.

Ini kerana pihak pembangkang tidak memenangi negeri-negeri tersebut atas janji murni serta komitmen abadi untuk menjamin survival negara, keselamatan negara, kedaulatan negara atau pembangunan negara.

Pas memenangi Kelantan pada tahun 1990 akibat perpecahan UMNO yang memunculkan Parti Semangat 46. Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menangani masalah ini secara serius sehingga Parti Semangat 46 dibubarkan, pemimpin dan ahlinya pula kembali semula ke pangkuan UMNO.

Kemenangan DAP, Pas dan PKR dalam PRU 2008 juga adalah akibat BN dan pengurusan negara yang dikatakan dilanda pelbagai masalah strategik. Semua ini sudah diperbetulkan secara berkesan oleh pentadbiran Najib sejak menguruskan Malaysia mulai 2009.

Ini bermakna bahawa pakatan pembangkang memenangi beberapa kerajaan negeri dalam PRU-12 bukan kerana mereka kuat, berwibawa dan bersatu, sebaliknya kerana BN pada ketika itu menghadapi masalah serius.

Dengan ini, mandat besar kepada kepimpinan Najib dalam PRU-13 adalah sesuatu yang dituntut daripada majoriti pengundi Malaysia yang seharusnya turut menyumbang peranan kepada usaha menjamin survival negara dan rakyat.

Tuntutan ini juga ditujukan kepada golongan pengundi atas pagar yang dianggarkan sebanyak 20% atau hampir 2 juta orang, terdiri daripada sekumpulan golongan muda, masyarakat elit, kumpulan ilmuan, komuniti perniagaan serta keturunan bukan Melayu.

Tuntutannya demikian kerana hanya BN mampu menjamin survival Malaysia dan rakyatnya. BN adalah parti pemerintah yang mengamalkan sistem politik perkongsian kuasa atau consociational politics yang keberkesanannya sudah diiktiraf oleh komuniti dunia.

Pelbagai kajian sarjana politik dan keselamatan, termasuk oleh Lijphart (1997) dan Collins (2005), mengiktiraf sistem perkongsian kuasa ini meningkatkan perpaduan, mengurangkan konflik, serta mampu membina sebuah negara yang aman, makmur, bebas daripada perbalahan kaum dan terhindar daripada sengketa agama.

Sabtu lalu, Datuk Seri Najib sudah mengikrarkan janji BN untuk menjamin survival, kedaulatan, keselamatan, kemakmuran serta perpaduan Malaysia; di samping cita-cita untuk turut berperanan mewujudkan dunia yang lebih aman dan damai.

Rakyat Malaysia yang sentiasa menghargai survival dan keselamatan masa depannya, serta prihatin terhadap kedaulatan negaranya, wajar memberikan peluang kepada BN menerusi PRU-13 ini untuk merealisasikan aku janji berkenaan demi masa depan yang lebih bahagia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Keistimewaan Mum’s Heavan

Posted: 10 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar zakaria idris

Anis Syaza (kiri) berbincang bersama ibunya, Rokiah (tengah) dan Laila Aqilah mengenai perjalanan spa mereka.

INGIN membuktikan apa yang dipelajari mampu dipraktikkan sekali gus menjana pendapat, menjadikan anak kelahiran Kuala Lumpur ini nekad berusaha untuk berjaya.

Tidak sekadar menimba ilmu untuk memiliki sijil dan memenuhkan resume, ternyata kesungguhannya untuk bersama-sama memeriahkan industri kecantikan di negara ini seharusnya diberi pujian.

Langkah yang diambil Anis Syaza Ahmad Shafea, sememangnya berada di landasan yang betul kerana sebaik sahaja tamat pengajian di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Peretak, dia meneruskan pengajian di peringkat diploma dalam bidang penggayaan rambut.

Pengajiannya di Kimarie Academy Hair Stylish adalah bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu yang diperoleh ketika di IKBN.

Dengan itu sebaik sahaja tamat pengajian, tanpa memikirkan soal untuk berehat, Anis Syaza atau lebih mesra disapa Anis telah meneruskan perancangannya.

Menurut Anis, apa yang dilakukan hari ini adalah perancangannya sebelum tamat pengajian kerana memikirkan segala ilmu yang diperoleh perlu digunakan sebaik mungkin.

Dan untuk itu juga, bagi memantapkan lagi perniagaan yang ingin diusahakannya, Anis telah berkongsi bersama rakannya, Laila Aqilah Mohamed, 26.

Turut mempunyai pengetahuan dalam bidang kecantikan, Anis berpendapat gabungannya bersama Laila adalah satu usaha sama yang tepat memandangkan kedua-duanya mempunyai bidang kekuatan masing-masing.

Malah menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, gabungannya bersama Laila tidak sia-sia apabila spa yang diusahakannya ini mampu menawarkan perkhidmatan bermula daripada hujung rambut hingga hujung kaki.

Alhamdulillah, setelah beroperasi selama lima tahun di rumah, kami kini memiliki sebuah spa yang beroperasi di kedai.

Kami memindahkan operasi di sini (kedai) adalah kerana ingin mengembangkan lagi perniagaan ini di samping menambah pelanggan.

Kami sememangnya mempunyai pelanggan tetap tetapi dengan operasinya di kedai, diharapkan ia mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan di sini," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di No. 61, Jalan SG 3/1, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Bercerita lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di spanya, ulas Anis, selain memberi perkhidmatan seperti rawatan muka dan badan serta rawatan rambut, spanya, Mums Heaven turut memberikan perkhidmatan urutan patah.

Inilah keistimewaan yang diberikan di Mums Heaven yang untuk rawatan ini Anis bekerjasama dengan ibu tercinta, Rokiah Abdullah.

Jelas Anis, dalam persaingan yang semakin banyak ketika ini, dia seharusnya memberikan perkhidmatan yang sedikit berbeza daripada spa-spa lain.

Ini katanya secara tidak langsung para pelanggan boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan apabila berkunjung ke spanya.

Bagi Anis, dengan adanya Laila dan juga ibunya, secara tidak langsung kesemua perkhidmatan yang berikan diuruskan oleh orang yang berkemahiran dan berpengalaman.

Dibuka setiap hari bermula 11 pagi hingga 11 malam, Mums Heaven sedia menerima kunjungan anda pada bila-bila masa kecuali bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan urutan patah.

Untuk perkhidmatan ini, para pelanggan dinasihatkan agar membuat temu janji terlebih dahulu melainkan kes-kes kecemasan.

Spa Mums Heaven ini adalah milik kami bertiga dan sudah pasti kami cuba memberikan kesemua perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Ini adalah untuk memudahkan para pelanggan dan di sini juga kami turut memberi perkhidmatan kepada bakal-bakal pengantin dengan pakej-pakej yang menarik.

Dan untuk perancangan masa depan, kami sepakat ingin mengembangkan lagi perniagaan ini dengan menjadikan ia satu perkampungan kecantikan di sebuah kawasan yang luas yang mampu menempatkan pusat latihan dan juga akademi kecantikan," kata Anis lagi sebelum mengakhiri bicara.

Sakina tidak kekok

Posted: 10 Apr 2013 02:00 AM PDT

Pasangan bahagia tengku sirajuzzaman tengku mohamed ariffin dan isteri, hana sakinah abdullah sany.

BEGITULAH yang selalu diberikan perhatian oleh Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin, Konsular Malaysia di Kedutaan Malaysia Di Rabat, Maghribi dalam menjalankan tugas.

Berasal dari Temerloh, Pahang Tengku Sirajuzzaman membawa isterinya, Hana Sakinah Abdullah Sany dan anak mereka, Tengku Tengku Aydin Ghazi b Tengku Sirajuzzaman bersama ke Rabat.

Saya baru dua tahun ditempatkan di sini dan pernah berkhidmat di Abu Dhabi dari 2000-2004. Sebelum ke sini saya bertugas di Parlimen," kata Tengku Sirajuzzaman dalam pertemuan di Kedutaan Malaysia di Rabat, Maghribi baru-baru ini.

Pertemuan sempena majlis ramah mesra dan makan tengah hari di kediaman Duta Malaysia di Maghribi, Tuan Jamal Hassan sempena kunjungan mesra rombongan Datuk Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Dr.Vida dan krew Nona TV3 yang membuat rakaman khas Nona di Maghribi.

Isteri Tengku Sirajuzzaman, Hana Sakina yang dilahirkan di Kelantan dan membesar serta mendapat pendidikan rendah dan menengah di beberapa buah negeri, mengakui tidak rasa kekok berada di negara orang kerana telah terbiasa dengan pindah rendah.

Bapa saya seorang anggota polis berasal dari Perak sementara ibu dari Perlis. Saya pernah mengikut bapa bertugas di kedutaan Malaysia di Jakarta dan Bangkok sebelum ini.

Malah saya juga pernah tinggal di Kelantan, Kuala Lumpur, Kedah dan Sarawak semasa bapa bertugas di sana," ujar Hana tersenyum menceritakan pengalamannya merantau dalam dan luar negara.

Disebabkan Maghribi sebuah negara Islam, pasangan ini tidak mempunyai masalah tentang ibadah dan makan minum kerana semuanya halal.

Cuma kami harus menyesuaikan diri dengan cuaca dan makanan mereka yang agak berbeza berbanding negara kita.

Malah kami mengambil masa hampir enam bulan untuk menyesuaikan selera kami dengan makanan dan budaya negara ini," sampuk Tengku Sirajuzzaman lagi.

Mengenai bahasa pula kata Tengku Sirajuzzaman, oleh kerana bahasa utama mereka adalah Arab dan Perancis, mereka terpaksa belajar melalui surat khabar, semasa di restoran dan ketika berurusan seharian kerana bahasa Arab tempatan berbeza dengan Arab standard.

Ditanya mengenai perbezaan budaya ujar Tengku Sirajuzzaman, di Asia masyarakatnya menekankan sopan santun, khidmat cemerlang kaunter, hormat menghormati dan tolong menolong tetapi di Maghribi itu semua tidak ada.

Mungkin sebab tidak ada penekanan terhadap perkara itu dalam kehidupan seharian mereka. Tetapi saya kagum melihat mereka beribadat, kuat, mudah dan fleksibel," jelas Tengku Sirajuzzaman.

Maghribi yang kaya dengan kesenian, kraf tangan seperti tembikar dan kulit menjadi negara tarikan pelancong asing yang bertali arus melawatnya.

Di Malaysia, kita berbangga kerana rakyat yang berbilang kaum tetapi di sini hanya ada orang Arab dan sedikit Yahudi.

Satu perkara yang saya kagum dengan orang Maghribi adalah kerana mereka sangat pembersih orangnya.

Jangan terkejut kerana mereka masih menggunakan tangan untuk mop dan lap lantai," sambung Tengku Sirajuzzaman tentang tabiat baik orang Maghribi.

Hana pula sangat teruja dengan penjagaan kecantikan yang menjadi amalan kebanyakan masyarakat Maghribi terutama kaum wanita.

Hamam atau mandi wap adalah antara rawatan kecantikan yang kerap dilakukan oleh masyarakat Maghribi khasnya kaum wanita sejak dulu lagi. Kanak-kanak seawal usia tiga tahun akan dibawa untuk mandi wap setiap hujung minggu.

Sampai di sana mereka dibiarkan mengurus diri sendiri sehingga selesai. Ia adalah antara aktiviti keluarga paling popular dan menggembirakan di Maghribi," kongsi Hana.

Sebab itu, kata Hana, kulit wanita Maghribi sangat gebu dan putih kerana mereka mengamalkan cara tradisi itu untuk mendapatkan kecantikan semula jadi mereka.

Mengenai Rabat pula, ia sebuah bandar yang aman damai dan tenang. Hanya terdapat beberapa buah kompleks membeli-belah yang menjual kraf tangan dari setiap pelosok Maghribi.

Bagi kami yang tinggal di sini tidak perlu lagi pergi jauh untuk membeli-belah kerana di Rabat semuanya ada.

Jika bercakap tentang kebersihan, Rabat juga sebuah bandar yang bersih berbanding Casablanca dan Marrakesh.

Biar bagaimanapun tanggapan orang terhadap Maghribi, kami seronok tinggal di sini. Jika anda sukakan kelainan adat, budaya dan cintakan seni bina unik, Maghribi adalah pilihan tepat untuk anda melawat," pelawa Hana menamatkan perbualan. - NORMALA HAMZAH

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bukti keprihatinan kerajaan

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my

PEMBUKAAN UTC Mini Bandar Baru Sentul antara kemudahan yang disediakan oleh kerajaan demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat. - UTUSAN/ FAIRUZ IZYANA AYUB

KUALA LUMPUR 9 April - Sebelum ini bangunan Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul di sini kurang dikunjungi pelanggan.

Berbeza hari ini, suasana bangunan tiga tingkat itu sibuk sejak diubah wajah menjadi Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Mini pada 4 Mac lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi hari ini mendapati orang ramai mengunjungi pusat berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Beberapa jabatan kerajaan dan swasta di tempatkan di bangunan itu antaranya, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Pos Malaysia.

Turut disediakan kemudahan lain seperti gerai makan, pasar basah, klinik, surau, perpustakaan, kiosk mesin ATM dan gelanggang futsal.

Rata-rata pengunjung yang ditemui berkata, pembukaan UTC di Bandar Baru Sentul membuktikan kesungguhan kerajaan membela rakyat dengan menyediakan kemudahan 'di bawah satu bumbung'.

Seorang pengunjung, Anna Lim, 69, berkata, dia amat menyukai UTC mini itu kerana persekitarannya yang bersih, selesa dan memudahka nnya ketika berurusan di situ.

"Saya datang ke sini untuk membuat temujanji di klinik pergigian dan kesempatan turut diambil untuk meninjau kemudahan lain yang ditawarkan dan sememangnya ia sangat menarik," katanya.

Pendapat Anna turut dipersetujui, Rohani Zakaria, 62,.

Menurutnya, dia memilih untuk mendapatkan barang keperluan di situ memandangkan berdekatan dengan rumahnya.

"Saya juga datang ke sini untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang terletak di aras dua.

"Memang mudah dan cepat kerana terletak di lokasi sama,"katanya.

Peniaga Ashraf Abdul Manaf, 30, pula berkata, sejak UTC beroperasi jumlah kunjungan pelanggan ke kompleks itu dilihat semakin meningkat.

Dia yang membuka kedai percetakan itu juga berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat.

Sementara itu pengunjung, C. Narayana, 65, pula menyifatkan kemudahan yang disediakan di situ amat membantu penduduk sekitar terutamanya yang memerlukan rawatan kesihatan.

"Kompleks ini juga terletak di lokasi strategik yang membolehkan sesiapa sahaja berurusan di sini.

"Ini juga membuktikan kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat,''katanya.

Penduduk bantah projek bina asrama

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

PETALING JAYA 9 April - Penduduk di sini membantah pembinaan projek pembangunan bercampur oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), PJ Elevated City di Jalan SS8/6, Kelana Jaya.

Penduduk mendakwa, pembinaan projek yang menelan kos kira-kira RM3 bilion dan dijangka siap pada 2015 itu bukan sahaja menggambarkan sifat tamak kerajaan negeri, bahkan menafikan hak mereka untuk memiliki hartanah di kawasan itu.

Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam, MCA Selangor Kelvin Chong Seng Foo berkata, kerajaan negeri ketika ini dilihat lebih memberi penekanan kepada projek mega, berbanding tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik.

Menurutnya, projek pembangunan bercampur yang meliputi pejabat, lot perniagaan dan kondominium itu turut melibatkan pembinaan tiga blok asrama untuk 10,000 pekerja asing.

"Projek itu tidak memberikan sebarang faedah kepada keperluan sebenar penduduk yang mahukan setiap tanah kosong di Petaling Jaya ini dibina mampu milik dibina.

"Apa yang pasti projek ini hanya menimbulkan pelbagai masalah lain terutama dari segi alam sekitar, kesesakan trafik dan gejala sosial," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi mewakili pelbagai pihak termasuk wakil penduduk dan syarikat kontraktor yang membantah pembinaan projek tersebut.

Yang turut hadir Penasihat Undang -Undang MCA Selangor, Datuk Lim Choon Kin dan Pengerusi Pusat Perkhidmatan MCA Petaling Jaya, Datuk Theng Book.

Kelvin berkata, pembinaan projek itu juga meminggirkan kepentingan para penduduk dengan memberi keutamaan warga asing memiliki kediaman.

Dakwa beliau lagi, pembinaan projek itu juga gagal mematuhi syarat-syarat pembangunan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sebelum ini yang tidak membenarkan pembinaan bangunan melebihi 20 tingkat di Selangor.

"Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga perlu menyemak kembali kewajaran projek ini diteruskan dengan mengadakan sesi pendengaran awam.

"Saya sendiri telah menulis surat bantahan kepada MBPJ sebanyak lima kali, tetapi sehingga kini tiada sebarang maklum balas, termasuk PKNS yang terus mengambil sikap berdiam diri," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sembilan sekolah dapat RM1.79j

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

Oleh Zainal Azhar Mohamed
utusanjohor@utusan.com.my

MOHD. Puad Zarkashi (tengah) menyampaikan bantuan RM200,000 kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama Jawahir Al Ulum, Salihin Mohd. Salih di Senggarang, Batu Pahat, Johor, baru-baru ini.

BATU PAHAT 9 April - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.79 juta kepada sembilan buah sekolah agama di daerah ini bagi membina dewan terbuka, menaik taraf asrama dan menambah baik kemudahan pelajar.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan sekolah, masing-masing menerima bantuan RM200,000, manakala Sekolah Agama Bersepadu Bukit Pasir menerima RM190,000.

Lapan sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Agama (SMA) Bugisiah, SMA Jawahir Al Ulum, Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Budi, SK Seri Rengit, SK Seri Merlong, SK Merlong, SK Ser Perpat dan SK Rengit.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada peruntukan Kerajaan Pusat kepada kesemua sekolah termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan bagi memperbaiki kemudahan yang ada.

"Menerusi bantuan yang diterima, setiap sekolah boleh membaiki atau menaik taraf bangunan kelas, asrama atau kantin kerana penting untuk keselesaan murid.

"Bagi negeri ini, kementerian menjunjung kasih kepada Sultan Johor kerana membenarkan kesemua sekolah menjadi sekolah bantuan kerajaan," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada SMA Jawahir Al Ulum di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Pengetua SMA Jawahir Al Ulum, Salihin Mohd. Salih berkata, pihaknya akan menggunakan bantuan tersebut bagi menaik taraf asrama yang menempatkan seramai 260 pelajar.

"Pembaikan fizikal yang dijalankan dijangka dapat menambah keselesaan 260 daripada 340 pelajar di sekolah ini, baki pelajar yang tidak menginap di asrama tinggal berdekatan di kawasan Senggarang.

"Pembaikan yang akan dilakukan merupakan masalah yang ingin diselesaikan pihak sekolah sebelum ini tetapi kami menghadapi masalah kewangan, berikutan itu saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan," katanya.

Pesakit Hospital Sultanah Nora Ismail ceria terima sumbangan

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

BATU PAHAT 9 April - Sebanyak 418 pesakit di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini gembira menerima sumbangan berupa hamper dan wang tunai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ja'afar Hashim baru-baru ini.

Ja'afar ketika ditemui berkata, selain menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin tempatan dengan mendekati golongan yang memerlukan, lawatan tersebut turut bertujuan mendapatkan maklum balas tentang perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hospital berkenaan.

"Setakat ini, semua pesakit memberikan respons yang baik kerana adanya peningkatan dari segi keselesaan yang diberikan berikutan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk membina bangunan baharu tahun lalu.

"Cuma apa yang saya pasti, masih ada lagi bahagian tertentu dalam hospital ini perlu dibaik pulih dan ditingkatkan, terutamanya lantai dan tingkap di bahagian lama yang perlu dibaiki," katanya

Selain keselesaan pesakit, katanya, keperluan untuk pengamal perubatan di hospital turut perlu diberikan perhatian supaya perkhidmatan kesihatan dapat ditingkatkan.

Sementara itu, Mohd. Azri Syuib, 12, yang bakal menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam usus amat terharu dengan kunjungan itu.

Mohd. Azri memberitahu bahawa dia telah menjalani pelbagai rawatan, namun gagal pulih menyebabkan semangatnya untuk melawan penyakit itu semakin pudar, tetapi setelah mendengar nasihat Ja'afar, dia kini kembali bersemangat.

"Sebelum ini, saya tidak mahu teruskan pembedahan, tetapi sekarang saya percaya mampu sihat semula dan tidak sabar untuk keluar dari hospital," katanya.

Berbeza dengan Kassim Ahmad, 86, yang hanya mampu mengeluarkan air mata kerana terharu di atas kunjungan itu, akibat tidak dapat bergerak dan bercakap.

Menurut isterinya, Latifah Abdullah, 78, penyakit strok yang dialami warga emas itu menyerang separuh badan, namun memaksanya untuk tinggal di hospital sementara waktu kerana dikhuatiri lebih teruk sekiranya tinggal di rumah.

Latifah yang gigih menjaga suaminya itu turut mengalirkan air mata terharu sebaik ditanya keadaan keluarganya.

"Suami saya dulu bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dia tiba-tiba rebah semasa bekerja dan sejak itu dia hanya mampu terlantar di rumah. Walaupun saya sendiri selalu sakit-sakit, tapi kena kuatkan diri jaga dia," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Pilih pereka grafik

Posted: 10 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Jeffri Iran

Nor Nadzirah Mohd. Fauzi

SIFATNYA yang gemar kepada kerja-kerja kreatif yang mencabar minda untuk berfikir, mendorong gadis manja, Nor Nadzirah Mohd. Fauzi, 24, memilih kerjaya sebagai pereka grafik sebaik tamat belajar nanti.

Begitupun dia .

Malah mengambil langkah bijak dengan menjadikan butik atas talian pakaian muslimah milik kakaknya, Noor Nazrah sebagai platform untuk dia berkarya dan menimba pengalaman sebagai pereka grafik blog.

Nor Nadzirah juga beruntung kerana selain berpeluang berkarya di blog tersebut, kakaknya yang juga bekerja sebagai pereka grafik, banyak membantunya mendapatkan idea dan berkongsi maklumat tentang sesuatu rekaan yang sesuai dan menarik.

Gadis yang menggemari masakan ibunya itu mengakui ilmu dan maklumat tentang sesuatu rekaan yang dipelajari dalam dewan kuliah, dipraktikkan dalam setiap rekaan di butik atas talian kakaknya.

Sebagai pereka grafik untuk blog yang menjual pakaian muslimah beberapa aspek penting perlu diteliti dalam setiap reka letak supaya blog mendapat perhatian pelanggan.

Aspek reka letak antara perkara penting yang menjadi gaya penarik untuk pengunjung. Oleh kerana blog ini merupakan blog yang menjual pakaian, maka reka letak perlu memberi fokus kepada pakaian yang hendak dijual dan diketengahkan kepada pelanggan.

Tambahan lagi seni susunan pakaian dan gabungan teks yang sesuai berserta padanan warna baju yang menarik mampu menarik minat pengunjung untuk membeli," katanya.

Tambah anak keempat daripada enam adik beradik ini, bagi memastikan rekaan grafik dalam blog tersebut sentiasa kemas dan menarik, dia sentiasa berbincang dan bertanya pendapat dengan kakaknya.

Kami sentiasa berbincang bersama-sama tentang gambar dan reka letak yang sesuai untuk dimasukkan bagi menarik minat pengunjung dan pembeli.

Gabungan idea kakak dan saya menghasilkan satu blog yang nampak ringkas tetapi menarik. Contohnya, mungkin idea saya lebih kepada tarikan untuk remaja manakala idea kakak pula lebih kepada golongan berkerjaya," kata Nor Nadzirah.

Tambahnya lagi, dalam pada masa yang sama, dia juga membantu menjadi model pakaian sejak dua tahun lalu.

Bagi saya tiada masalah untuk membantu menjadi model pakaian untuk butik kakak kerana saya juga seorang yang gemar bergambar dan memperagakan pakaian yang cantik dan menarik.

Sekurang-kurangnya, dengan cara tersebut dapat menjimatkan kos berbanding jika terpaksa mengupah model untuk memperagakan pakaian," katanya.

Walaupun statusnya sebagai pelajar, kerja sambilan sebagai model dan pereka grafik tidak menghalang Nor Nadzirah untuk berjaya dalam pelajaran dan aktif dalam aktiviti di kampus.

Biasanya saya hanya memperuntukan masa lapang sebulan sekali untuk menjadi model di butik kakak. Sementara untuk kerja rekaan grafik juga tidak menentu. Ia bergantung kepada masa lapang dan cuti hujung minggu.

Jika tidak membuat kerja-kerja tersebut, saya juga seperti remaja lain akan menghabiskan masa dengan belajar dan mengulangkaji bersama-sama rakan sekuliah," katanya.

Nadzirah berkata, blog my beautiful rania yang beroperasi sejak dua tahun lalu menjual pelbagai koleksi pakaian muslimah yang cantik dan memenuhi cita rasa pada masa kini.

Terdapat pelbagai koleksi pakaian muslimah yang sentiasa mengikut perkembangan semasa. Antara koleksi yang terdapat di butik ini adalah palazo, kardigan, dres labuh, selendang, dan jubah dengan pelbagai warna dan material seperti benang kapas, lycra dan syifon.

Satu keistimewaan juga di butik ini kerana harga yang ditawarkan berpatutan serendah RM 20 hingga RM 90. Terdapat pelbagai warna-warna menarik seperti color blog.

Setiap pakaian yang dibeli juga dicadangkan sekali dengan padanan kardigan mahupun palazo yang bersesuaian," kata Nor Nadzirah.

Tambah anak jati Klang ini, kebanyakan pelanggan yang menempah di butik tersebut terdiri daripada golongan pelajar dan pekerja swasta mahupun kerajaan yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa.

Berdasarkan pemerhatian, saya dapati butik dalam talian ini turut mendapat sambutan di kalangan pelanggan yang tinggal di kawasan luar bandar seperti Sabah dan Sarawak.

Membeli secara online memberi pelanggan banyak pilihan sama seperti jika kita berkunjung ke kedai.

Memandangkan saya masih belajar dan dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa menjaga penampilan dan mengikuti perkembangan fesyen, saya mengambil langkah mempromosi pakaian yang dijual di butik kakak.

Walaupun kebanyakan mereka akan tertarik dengan baju yang dipakai oleh saya, mereka akan bertanya di mana saya membelinya. Dengan cara tersebut dapat membantu memperkenalkan dan mempromosi pakaian terbaru," kata Nor Nadzirah.

Koleksi Prefall 2013

Posted: 10 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar AZLAN HADI

Koleksi musim luruh 2013 untuk wanita.

TINGKAT 25, Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi ruang pameran eksklusif untuk memperkenalkan koleksi terbaru wanita jenama antarabangsa, Louis Vuitton.

Koleksi musim luruh panas 2013 itu membaw tema Lace is More.

Mempertaruhkan renda sebagai fokus utama, jenama yang terkenal dengan singkatan LV ini kali ini turut menjanjikan kelainan dengan koleksi yang dikatakan membawa kembali elemen dalam fesyen tahun 60-an.

Menurut Naib Pengarah Bahagian Komunikasi Loius Vuitton Asia Pasifik, Dinesh Kandiah, koleksi kali ini juga memperingatkan kembali kepada watak Jeanne Moreau dalam filem Truffaut yang bertajuk The Bride Wore Black.

Koleksi Prefall ini juga menawarkan kot bersaiz besar berinspirasikan dari potongan abad ke 19 namun diberikan sentuhan gaya 2013.

Kebanyakan renda dizahirkan ke atas kain satin yang memberikan tekstur yang lebih menawan.

LV memang terkenal dengan gaya mewah dan untuk koleksi kali ini banyak mempertaruhkan warna hitam dan merah sinonim dengan simbol kemewahan itu sendiri.

Terdahulu, pihak LV Asia Pasifik telah memberi penerangan pada wakil media Asia di sebelah pagi. Sesi petang pula adalah eksklusif untuk media Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved