Rabu, 10 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


9 individu disyaki terlibat kumpulan pengganas ditahan

Posted: 10 Apr 2013 03:14 AM PDT

KOTA KINABALU 10 April - Polis menahan sembilan individu disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas di sebuah kampung di Beluran, Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, tujuh daripada yang ditangkap itu berbangsa Sulu dari Filipina manakala dua lagi ialah warganegara Malaysia. - UTUSAN ONLINE

100 hari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia membanggakan - TPM

Posted: 10 Apr 2013 01:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 APRIL - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelaksanaan 100 hari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) membuahkan hasil yang dapat dibanggakan dalam menjayakan Pelan Transformasi Pendidikan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, semua pihak jangan lalai dan leka dengan kejayaan itu kerana perjalanan transformasi ini masih panjang dan mencabar.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi enam inisiatif awal daripada 100 inisiatif yang menjadi keutamaan PPPM untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Enam inisiatif itu ialah:

1- Pelancaran 1Agenda KPM

2- Penubuhan Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (PADU) dan PADU Corporation.

3- Pelancaran dan pengagihan sarana ibu bapa

4- Pengujian guru bahasa Inggeris melalui Cambridge Placement Test.

5- Pelaksanaan program rintis program transformasi daerah

6- Penyediaan video e-guru

- UTUSAN ONLINE

PM jumpa calon BN tengah hari ini

Posted: 09 Apr 2013 07:45 PM PDT

KUALA LUMPUR 10 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan tertutup dengan calon-calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 12 tengah hari ini.

Terdahulu, pagi ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun sedang menyampaikan taklimat tertutup kepada semua yang hadir. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved