Rabu, 10 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tagih hutang, maut dilibas

Posted:

Tagih hutang, maut dilibas

Tagih hutang, maut dilibas

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Mayat Che Hassan Che Omar dibawa naik ke dalam kenderaan polis di Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.


PASIR PUTEH 10 Ogos – Tindakan seorang peniaga ikan di Bachok menuntut hutang lapuk daripada jirannya, membawa padah apabila dia maut selepas dilibas dengan gergaji besi pemotong ais di kepala oleh lelaki berkenaan semalam.

Kejadian berlaku di sebuah pangkalan pendaratan ikan di Tok Bali dekat sini apabila mangsa, Che Hassan Che Omar, 51, dari Kampung Kuala Besut, Terengganu dan menetap bersama isteri keduanya di Kampung Limau Manis, Telong, Bachok cuba menuntut hutang itu daripada jirannya berusia 49 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bagaimanapun tindakan mangsa itu menimbulkan kemarahan jirannya sehingga berlaku pertengkaran antara mereka.

"Suspek yang gagal mengawal kemarahannya dikatakan mencapai senjata tajam dipercayai gergaji besi sebelum melibas kepala suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jalaluddin berkata, sebaik sahaja melihat mangsa rebah, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.

Beliau berkata, mangsa yang parah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku, Pasir Puteh namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang.

Berikutan itu, katanya, suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, adik mangsa, Che Omar Che Nor, 46, ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Anis memberitahu, abangnya telah menjalankan perniagaan ikan di pangkalan itu selama 15 tahun.

"Kami sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abang dengan cara begini kerana setahu saya, dia selama ini tidak pernah bermusuh dengan sesiapa," katanya.

Menurutnya, jenazah Allahyarham dituntut oleh keluarga isteri pertamanya pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Besut, Terengganu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemuda ditahan disyaki miliki pil kuda RM280,000

Posted:

Pemuda ditahan disyaki miliki pil kuda RM280,000

Pemuda ditahan disyaki miliki pil kuda RM280,000


Mazlan Che Hamid (berdiri) bersama anggota pasukannya memeriksa barangan yang dirampas di bawah Ops Letup di Pasir Puteh, semalam.


PASIR PUTEH 10 Ogos - Taktik seorang lelaki untuk menyeludup sejumlah pil kuda bernilai RM280,000 menggunakan bas ekspres gagal apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di Bukit Yong, di sini malam tadi.

Dalam Ops Letup bermula pukul 8.30 malam hingga pukul 2 pagi itu, dadah itu ditemui disimpan di dalam sebuah beg pakaian di atas ruang penyimpanan barang di tempat duduk penumpang.

Komander UPP Negeri, Mazlan Che Hamid berkata, berikutan itu, pihaknya menahan seorang penumpang berusia 32 tahun bagi membantu siasatan.

"Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut apabila kita mendapati beg berkenaan memiliki pengecas telefon sepadan dengan telefon bimbit dimilikinya.

"Selain itu, nama pada buku akaun bank yang terdapat di dalam beg berkenaan bersamaan dengan nama di kad pengenalan suspek," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Operasi bagi mengekang kegiatan penyeludupan sempena musim perayaan itu membabitkan seorang pegawai dan 16 anggota UPP.

Mazlan berkata, ketika diperiksa, bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan, Pahang.

Kata beliau, pihaknya percaya, pil kuda itu diperolehi dari negara jiran untuk dipasarkan dengan harga lebih tinggi di negeri yang menjadi destinasi suspek.

Tambah beliau, dalam sekatan itu, UPP turut merampas mercun dan bunga api serta pakaian berjenama tiruan bernilai RM21,000.

"UPP akan terus membuat sekatan jalan raya bagi membanteras kes-kes penyeludupan seperti itu yang dijangka meningkat menjelang Hari Raya Aidilfitri ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Dedahkan laporan JAIS segera - Khairy

Posted:

Dedahkan laporan JAIS segera - Khairy

Dedahkan laporan JAIS segera - Khairy

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat tidak amanah dan bertanggungjawab apabila gagal mengeluarkan sebarang kenyataan khusus mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan Selangor supaya menyatakan secara jelas sama ada benar terdapat usaha untuk memurtadkan penganut Islam di negeri tersebut sehingga membawa kepada pemeriksaan JAIS ke gereja berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, penjelasan kerajaan PKR Selangor mengenai insiden itu perlu dikeluarkan segera dalam usaha mengurangkan ketegangan antara penganut Islam dan Kristian di negara ini berikutan kejadian itu.

"Kerajaan negeri Selangor harus tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan berhubung insiden pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama tanpa berdolak-dalik lagi.

"Sekiranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorok perkara ini daripada rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sebab tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Besar," katanya dalam blognya di http://www.rembau.net.my/.

Beliau mengulas isu pemeriksaan oleh JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam, 3 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kerajaan PKR Selangor perlu lebih serius menangani isu tersebut kerana dakwaan bahawa wujud cubaan untuk memurtadkan penganut agama Islam di gereja tersebut adalah suatu yang berat.

Beliau dalam pada itu berkata, Pemuda UMNO amat serius memantau isu murtad atau pertukaran agama.

"Bagi kami, tiada sebarang kompromi di dalam perkara yang melibatkan aspek akidah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mangkuk tandas untuk MB

Posted:

Mangkuk tandas untuk MB

Mangkuk tandas untuk MB

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my


AHLI-ahli Warisan dan Gempak memakai topeng wajah Menteri Besar Selangor sambil memegang penyapu dan sepanduk sebagai bantahan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 10 Ogos – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini memberi ingatan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak memperdagangkan Islam dan akidah penganut agama itu hanya untuk memenuhi kepentingan diri serta politik yang diwakilinya.

Ingatan itu dibuat oleh Pemuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) sebagai membantah tindakan Abdul Khalid memohon maaf kepada pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya sebelum ini.

Permohonan maaf Abdul Khalid itu dibuat susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas gereja berkenaan atas dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

Setiausaha Warisan, Zulkifli Shariff yang mengetuai demonstrasi bantahan bersama-sama 30 orang ahli NGO itu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menyatakan, pihaknya terhina dan tersinggung dengan tindakan menteri besar itu yang bersifat kebudak-budakan dan memalukan bagi seorang pemimpin beragama Islam.

"Sepatutnya menteri besar yang beragama Islam memelihara, mempertahan dan melindungi kesucian Islam apatah lagi jika ada usaha pihak tertentu untuk memurtadkan orang Islam.

"Kita membantah tindakan Abdul Khalid kerana membuat permohonan maaf tanpa menunggu penjelasan sebenar daripada JAIS. Sebagai penganut Islam, kita anggap tindakan beliau ini memalukan dan tidak sewajarnya datang daripada seorang pemimpin beragama Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sepanjang demonstrasi selama 20 minit bermula pukul 10 pagi itu, mereka turut memberikan 'hadiah istimewa' kepada menteri besar yang berupa mangkuk tandas, penyapu serta mop sebagai simbolik bantahan terhadap tindakan Abdul Khalid dalam isu tersebut.

Pada masa sama, katanya, Warisan dan Gempak turut menyatakan pendirian menyokong tindakan JAIS termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dalam isu pemeriksaan ke atas gereja berkenaan.

Malah, majoriti yang menyertai demonstrasi bantahan tersebut turut memakai topeng yang memaparkan wajah Hasan sebagai menyatakan sokongan mereka kepada Exco kerajaan negeri itu.

Segelintir mereka yang menyertai demonstrasi aman itu turut memakai topeng berwajahkan Abdul Khalid dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad masing-masing dengan bertanduk sebagai tanda membantah sikap kedua-dua pemimpin pakatan pembangkang itu dalam isu berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Koo-Tan lepasi ranjau

Posted:

Koo-Tan lepasi ranjau

Koo-Tan lepasi ranjau

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


LEE Chong Wei melakukan smash ketika menentang pemain Finland, Ville Lang pada Kejohanan Dunia di Wembley Arena, London semalam. – Agensi


KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dipaksa meniti laluan berliku sebelum menundukkan pasangan China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan 21-6, 20-22, 21-15 untuk melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Wembley Arena, London, semalam.

Turut mara ke pusingan ketiga, jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei dan alangkah baiknya jika dituruti sama beregu wanita, Chin Ee Hui-Wong Pei Tty yang pada satu ketika di ambang kemenangan tetapi akhirnya kecundang.

Segala-galanya nampak lancar buat Kien Keat-Boon Heong selepas menang mudah set pertama namun ia berlaku sebaliknya pada set berikutnya, menyaksikan mereka diheret beregu keempat China itu ke set penentuan.

Tidak sehingga pertengahan set ketiga yang mana beregu No. 4 dunia itu mendahului 11-9, hanya selepas itu mereka dapat menjarakkan diri sehingga 17-11.

Lawan mereka hari ini ialah pemenang di antara pasangan Taiwan, Chen Hung Ling-Lin Yu Lang atau Indo Kindervater-Johannes Schoettler, pilihan ke-13 dari Jerman yang beraksi dalam satu lagi perlawanan lewat petang.

Dalam acara beregu wanita, agak malang buat Ee Hui-Pei Tty apabila mereka gagal menghabiskan set penentuan ketika mendahului 20-19 dalam perlawanan sengit menentang pilihan keempat dari Jepun, Mizuki Fujii-Reika Kakiiwa.

Perlawanan yang berlanjutan sehingga satu jam 28 minit itu berkesudahan 21-16 22-24 22-20.

Lebih perit buat Ee Hui-Pei Tty, mereka satu ketika ketinggalan jauh 6-16 dan mengejar sehingga menyamakan kedudukan 19-19, mungkin kepenatan menjadi faktor kekalahan mereka.

Seperti diduga, Chong Wei selaku pilihan utama kejohanan terlalu unggul buat lawannya dari Finland, Ville Lang. Chong Wei memerlukan hanya 29 minit untuk mengalahkan pemain ranking ke-45 dunia itu 21-10, 21-11 dalam masa 29 minit.

Menunggu pada pusingan ketiga ialah pilihan kesembilan, Park Sung Hwan yang turut mara semalam selepas menumpaskan rakan senegara, Shon Wan Ho 21-12, 21-8.

Di atas kertas, Chong Wei sepatutnya mudah mengatasi Sung Hwan dengan rekod pertemuan 11-1 memihak pemain No.1 dunia itu. Chong Wei hanya tewas sekali di tangan pemain Korea Selatan itu tujuh tahun lalu pada Terbuka Jepun 2004.

Sementara itu, dalam acara beregu campuran, Ong Jien Guo-Chong Sook Chin nyata bukan tandingan pilihan ke-16 dari India, Valyiaveetil Diju-Gutta Jwala menyaksikan mereka tewas mudah 11-21, 15-21 dalam tempoh 29 minit.

Wakil tunggal beregu campuran kita yang mara ke pusingan ketiga, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan turun menentang pasangan Singapura, Triyachart Chayut-Yao Lei yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel New Delhi tahun lalu.

Peng Soon-Liu Ying layak selepas mengejutkan beregu tuan rumah yang juga pilihan ke-10, Nathan Robertson-Jenny Wallwork 21-19, 21-19 pada perlawanan lewat petang kelmarin.

Namun, Peng Soon-Liu Ying perlu berdepan satu lagi cabaran getir hari ini memandangkan lawan mereka juga berada pada prestasi terbaik selepas menyingkirkan pilihan ketiga dari Thailand, Prapakamol Sudket-Thoungthongkam Saralee kelmarin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perlawanan EPL di London mungkin ditunda

Posted:

Perlawanan EPL di London mungkin ditunda

Perlawanan EPL di London mungkin ditunda

LONDON – Liga Perdana Inggeris akan membuat keputusan hari ini sama ada perlawanan pembukaan musim ini akan diteruskan mengikut jadual ketika bandar-bandar di Britain dilanda rusuhan yang semakin merebak.

Walaupun suasana tenang kembali dialami di jalan-jalan di London malam kelmarin, rusuhan ganas tercetus di Birmingham dan Manchester, yang meningkatkan lagi persoalan sama ada sepak mula Liga Perdana England hujung minggu ini patut diteruskan.

Pasukan Liga Perdana Inggeris dan lain-lain liga akan bertemu hari ini untuk memastikan sama ada perlawanan di London pada hujung minggu ini akan diteruskan.

"EPL dan Liga Bola Sepak yang lain kesal dengan rusuhan yang menjejaskan komuniti tempatan.

"Kami akan mengadakan perbincangan dengan kelab yang berpangkalan di London, pihak polis dan pihak berkuasa tempatan mengenai jadual perlawanan EPL pada hujung minggu ini di ibu negara Britain.

"Polis Metropolitan telah memberikan kami laporan terkini dan perkembangan semasa akan dipantau sebelum kami membuat sebarang pengumuman mengenai jadual EPL.

"Berdasarkan maklumat yang kami terima ketika ini, tiada sebab untuk kami berpendapat bahawa perlawanan-perlawanan EPL yang dijadual di luar kota London akan terjejas.

"Kami juga sedar terhadap keperluan supaya peminat terus diberikan maklumat terhadap sebarang perkembangan terkini. Kami juga akan terus memberikan maklumat terkini menerusi kelab, liga dan saluran media," kata EPL dalam kenyataan semalam.

Akibat rusuhan, perlawanan persabahatan dengan Belanda di Wembley yang sepatutnya berlangsung hari ini, dibatalkan.

Ia turut melibatkan pembatalan perlawanan persahabatan di antara Ghana dan Nigeria di sini, kelmarin.

Beberapa perlawanan Piala Liga melibatkan kelab-kelab London juga ditunda.

Tiga perlawanan EPL di London yang berdepan risiko ditunda akibat rusuhan itu melihatkan perlawanan Tottenham-Everton, Fulham-Aston Villa dan QPR-Bolton.

EPL berkata, sebarang perubahan jadual perlawanan akan disusun semula ke satu tarikh akan datang. EPL juga memberi jaminan peminat yang telah membeli tiket akan mendapat pulangan wang. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Sembilan saksi kes Norza dibebas

Posted:

Sembilan saksi kes Norza dibebas

Sembilan saksi kes Norza dibebas

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


JAHABERDEEN Mohamed Yunoos (dua dari kiri) mengaminkan doa bersama sebahagian daripada sembilan anak guamannya yang dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Temerloh, semalam.


TEMERLOH 10 Ogos – Sembilan saksi yang didakwa memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada pertuduhan tersebut.

Masjitret Siti Hajar Mustaffa memutuskan demikian selepas beliau berpuas hati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh kesemua tertuduh.

Mereka yang dibebaskan ialah Datuk Khadri Musa, 48, Muhammad Anuar Mohd. Yunus, 44, Nasaruddin Abdullah, 48, Mohd. Sabri Aziz, 46, Yusof Jamaluddin, 54, Jalaluddin Johan, 48, Mohd. Taupik Hussin, 41, Nor Azhar Abdul Latip, 49, dan Saiful Azman Mokhtar Affendi, 46.

Mereka didakwa memberi keterangan yang bercanggah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azuar Che Yusof semasa perbicaraan terhadap Mohamad Norza yang bermula dari 10 Februari 2009 hingga 13 Mei tahun lalu.

Keterangan itu didakwa bercanggah dengan keterangan yang diberikan mereka kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 20 Januari 2009 dan 23 April 2009 di pejabat SPRM Temerloh.

Dakwaan terhadap kesemua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd. Josiendra Abu Senin manakala peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Francis Tan mewakili kesemua tertuduh.

Pada 17 Jun 2010, Mohamad Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzaman dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah setelah pihak pendakwaan tidak berhasrat mengemukakan keterangan lanjut selepas saksi-saksi yang memberi keterangan sebelum itu berpaling tadah.

Mohamad Norza, 43, didakwa memberi suapan RM1,500 kepada Khadri menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan supaya mengundinya memenangi jawatan MT semasa Perhimpunan Agung UMNO, pada Mac dua tahun lalu.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 20 Januari 2008 di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anwar boleh hadir, tak boleh bertanya

Posted:

Anwar boleh hadir, tak boleh bertanya

Anwar boleh hadir, tak boleh bertanya

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan membela diri atas pertuduhan meliwat pada Isnin ini, berada pada sesi temu bual dengan bakal-bakal saksi pembelaan.

Ketua Pembangkang itu bagaimanapun tidak dibenarkan turut serta secara aktif terutamanya dalam bertanyakan soalan kepada saksi-saksi tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian selepas selesai mendengar hujah Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria dan C. K. Wong bagi pihak pendakwaan dan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, di kamar beliau hari ini.

Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan membuat bantahan tidak rasmi berhubung kehadiran Anwar di bilik temu bual.

Kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah menyebabkan dua saksi; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof, enggan ditemu bual.

Antara alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung isu tersebut adalah bagi mengelakkan Anwar mengubahsuai keterangannya setelah mendengar keterangan saksi-saksi.

Ia juga bagi mengelakkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menakut-nakutkan saksi kerana terdapat beberapa kali prosiding di mahkamah menunjukkan peguam-peguam bela Anwar gagal mengawal anak guamnya.

Karpal bagaimanapun berhujah bahawa Anwar perlu ada di sepanjang sesi temu bual tersebut kerana itu adalah haknya sebagai tertuduh.

Anwar, 64, diperintah membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Beberapa minit selepas hakim membuat keputusan tersebut, Karpal memaklumkan kepada petugas media, pihaknya akan menuju ke tingkat enam kompleks mahkamah terbabit bagi menemu bual tujuh orang saksi.

Saksi-saksi tersebut ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Mahmood Nik Hassan; pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. S. Jeyaindran; ahli korporat, Datuk Nik Mohd. Sidek Nik Abu Bakar dan bekas doktor di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Suresh Naidu.

Turut hadir ialah mereka yang didakwa di unit bertentangan dengan tempat kejadian pada 26 Jun 2008 iaitu bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem, pegawai bank Deutsche Bank (M) Bhd., Raymond Yeoh Cheng Seong dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Selepas temu bual itu berakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Anwar dilihat meninggalkan kompleks mahkamah tanpa memberikan sebarang komen dan hanya menyatakan 'jumpa anda di mahkamah' kepada pihak media.

Karpal bersama peguam-peguam lain yang turut hadir dalam temu bual itu, Sankara Nair, Ram Karpal Singh dan Datuk Param Cumaraswamy juga enggan memberikan sebarang komen termasuk sama ada saksi-saksi memberi kerjasama dalam menjawab setiap soalan.

Peguam bela utama itu hanya mengesahkan kehadiran tujuh orang saksi tersebut dan memberitahu dua lagi saksi akan hadir esok untuk ditemu bual.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Juadah ‘uji’ iman pengunjung

Posted:

Juadah 'uji' iman pengunjung

Juadah 'uji' iman pengunjung

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


SAIFUL Razman Abdul Kadir (tengah) dibantu Norhalim Abu (kanan) membakar pelbagai jenis ikan sungai untuk jualan kepada pengunjung bazar Ramadan di Bandar Baru Jerantut.


JERANTUT 10 Ogos – Bazar Ramadan Bandar Baru Jerantut di sini, sememangnya unik dengan pelbagai aneka makanan dan minuman tradisional Melayu Pahang untuk juadah berbuka puasa.

Sebagai Bandar Taman Negara yang kaya dengan khazanah sejarah dan keindahan alam semula jadi selain cara hidup masyarakat Melayu di pesisiran Sungai Tembeling, amalan berbuka puasa tidak akan lengkap jika tidak dihidangkan dengan sajian berasaskan ulam-ulaman dan ikan air tawar.

Ia terbukti apabila usaha Majlis Daerah Jerantut (MDJ) membuka bazar berkenaan untuk memberi peluang kepada pengusaha tempatan mempromosikan makanan berasaskan sumber tempatan termasuk ikan sungai.

Antara makanan tradisional yang boleh diperoleh di bazar Ramadan itu termasuk asam tempoyak, asam rom (isi biji getah yang ditumbuk), rom perah (buah perah dari hutan Taman Negara), umbut bayas (pokok palma hutan) dan ulam-ulaman yang cukup membuka selera.

Begitu juga kuih tradisional masih betah mendominasi pasaran sebagai juadah berbuka puasa seperti campuran gula kabung, daun pandan dan kelapa yang masih mempamerkan ciri tradisional makanan Melayu Pahang.

Bagi penduduk bandar ini dan kawasan berdekatan, jika tidak berkunjung ke Bazar Ramadan Bandar Baru Jerantut, berbuka puasa bagaikan tidak lengkap.

Dalam kalangan peniaga bazar Ramadan pula, bazar Ramadan itu umpama lubuk rezeki untuk menambahkan pendapatan.

Boleh dikatakan apa sahaja juadah yang dijual asalkan berkualiti, bersih dan lazat akan dibeli pelanggan pada hari berikutnya malah ada peniaga bazar berkenaan yang telah dikenali dengan juadah istimewa mereka.

Bazar Ramadan Bandar Jerantut juga menjadi tempat pertembungan antara budaya Melayu Pahang dengan negeri lain apabila peniaga mempamerkan jualan yang mempunyai cita rasa berbeza seperti masin, pedas, masam dan manis yang dikaitkan dengan negeri tertentu.

Biasanya, juadah yang dijual oleh peniaga dari Kelantan yang menetap di sini mempunyai rasa manis dan warna yang menarik.

Begitu juga peniaga yang berasal dari utara yang menetap di tanah rancangan Felda berdekatan, juadahnya agak pedas dan sinonim dengan makanan bercirikan gulai atau kari, asam pedas, acar limau dan pajeri.

Maka tidak hairanlah budaya makanan ala 'mamak' atau India Muslim menjadi tarikan pengunjung bazar ini apabila pelbagai jenis murtabak dengan variasi rasa didominasi oleh peniaga Melayu.

Boleh dikatakan setiap kali Ramadan, murtabak mendapat perhatian ramai malah sanggup beratur berjam-jam asalkan memperoleh makanan itu.

Pertembungan budaya dan kepelbagaian juadah makanan merupakan aset bagi bandar ini dalam sektor pelancongan.

Dalam semua jenis makanan yang dijual, peniaga tempatan negeri ini tetap betah dan mempamerkan juadah berasaskan ikan Sungai Tembeling yang kaya dengan kelazatan dan keaslian isinya berbanding kawasan akuakultur tempat lain.

Walaupun mahal, pelanggan sanggup berbelanja antara RM30 hingga RM50 untuk mendapatkan ikan bakar, asam tempoyak, pais tempoyak dan masak lemak ikan salai.

Salah satu sajian ikan sungai yang cukup menyelerakan iaitu masakan ikan lawang salai pedas yang cukup sinonim dengan penduduk Hulu Tembeling, Jerantut.

Pastinya terliur apabila melihat juadah yang disajikan di bazar itu seperti masak asam tempoyak, asam rom, umbut bayas, masak lemak dan asam pedas yang dicampur ikan Sungai Tembeling.

Bagaimanapun, pelanggan yang baru tiba di bandar ini perlu berhati-hati dan bertanya terlebih dahulu harga seketul ikan patin dan kelah kerana harganya boleh mencecah antara RM40 hingga RM80 seketul.

Pendek kata, sajian tradisional Melayu Pahang yang dijual di bazar Ramadan dan restoran bandar Jerantut benar-benar menguji kesabaran dan keimanan pengunjung setiap kali berbelanja.

Jika hanya ada RM20 di dalam kocek, janganlah sesekali cuba singgah di bazar atau restoran yang menjual asam tempoyak dicampur ikan patin dan kelah.

Ini kerana harga makanan itu boleh disamakan seperti mengunjungi restoran di kota London, Paris dan Venice yang boleh menyebabkan 'poket seluar rabak!'

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perkenalkan makanan kepada pelancong

Posted:

Perkenalkan makanan kepada pelancong

Perkenalkan makanan kepada pelancong

JERANTUT 10 Ogos - Peniaga Bazar Ramadan Bandar Baru Jerantut diminta memperbanyakkan lagi makanan tempatan berasaskan ikan air tawar dan ulam-ulaman bagi mempromosikannya kepada pelancong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, peranan peniaga berkenaan amat penting untuk mengetengahkan makanan tempatan kepada pelancong yang singgah di bandar ini sebelum ke Taman Negara, Kuala Tahan, dekat sini.

Beliau berkata, masakan tradisional Melayu Pahang memang diakui mempunyai keunikan dan lazat sesuai dijadikan juadah berbuka puasa dan sahur atau hidangan di hotel serta kawasan tumpuan pelancong.

''Sepanjang Ramadan, inilah masa yang sesuai untuk menjual makanan tempatan kerana ia sinonim dengan selera orang ramai dan pelancong kerana lazat dan harganya berpatutan.

''Bagi pelancong, ia peluang untuk mereka mencuba masakan Melayu Pahang berasaskan ikan air tawar dan ulam-ulaman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Ahmad Shukri, lokasi Bazar Ramadan bandar Baru Jerantut memang amat strategik untuk menjual makanan tempatan kerana ia menjadi tumpuan orang ramai berbelanja.

Justeru, katanya, makanan berasaskan ikan sungai Tembeling dan Sungai Pahang seperti gulai asam tempoyak, ikan salai, pais ikan, asam rom dan kuih-muih berasaskan gula kabung boleh dieksploit untuk promosi dan jualan di bulan ini.

''Saya yakin pengunjung memilih makanan tempatan kerana ia pembuka selera ketika berbuka puasa dan hidangan waktu sahur bersama ahli keluarga," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, peluang itu perlu direbut oleh peniaga makanan untuk menambah pendapatan masing-masing kerana sajian berkenaan memang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan penggemar dan orang ramai.

Beliau berharap pengusaha pusat pelancongan, hotel dan calet di bandar ini dan Taman Negara mengutamakan menu makanan tradisional Pahang untuk hidangan pelancong Islam ketika berbuka dan bersahur.

Peranan pengusaha makanan, katanya dapat membantu kerajaan negeri memperkenalkan makanan tempatan kepada orang luar di samping menghidupkan kembali budaya Melayu yang kini berdepan dengan pengaruh makanan Barat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bengkel biskut raya Sabtu, Ahad

Posted:

Bengkel biskut raya Sabtu, Ahad

Bengkel biskut raya Sabtu, Ahad

JERANTUT 10 Ogos - Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan mengadakan Bengkel Membuat Biskut Raya di Studio Mat Kilau di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut satu kenyataan, peserta yang menyertai program itu akan diberi tunjuk ajar mengenai kaedah membuat beberapa jenis biskut dan kek oleh tenaga pengajar profesional.

Katanya, peserta akan mempelajari cara membuat beberapa jenis biskut seperti Almond London, biskut Nestum, biskut Cornflakes, kek nenas walnut dan biskut kelapa.

''Penyertaan terhad kepada 20 peserta terawal yang mendaftar dan akan dikenakan yuran sebanyak RM20. Mereka yang berminat boleh menghubungi MDJ di talian 09-2662205," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fizz rimas dengan gosip

Posted:

Fizz rimas dengan gosip

Fizz rimas dengan gosip


Fizz Fairuz tidak menyimpan perasaan dendam pada mana-mana pelakon.


FIZZ Fairuz yang terkenal dengan watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih tidak kisah apabila namanya kurang menjadi bualan ramai seperti mana adiknya, Adam, lakonan Remy Ishak.

Katanya, setiap orang ada rezeki masing-masing dan sudah menjadi lumrah, benda baru akan menjadi sanjungan dan yang lama akan dilupakan.

Menurut Fizz, setiap orang yang menceburi bidang seni perlu bersedia menghadapi putaran roda kerana ada ketikanya berada di atas dan ada masanya di bawah.

"Mungkin disebabkan saya sudah lama dalam bidang ini, jadi orang tidak beri perhatian. Biasalah setiap kali ada orang baru dan kebetulan drama itu mendapat sambutan dan Remy pelakon utama, sudah tentu namanya diperkatakan.

"Pada saya, biarlah orang nak kata saya popular atau tidak kerana setiap kali berlakon saya sentiasa memberikan yang terbaik tanpa mengira dengan siapa saya digandingkan," katanya jujur.

Fizz yang ditemui pada majlis memperkenalkan Koleksi Rantaian Kasih 2011 Habib Jewels di Kuala Lumpur, baru-baru ini berkata, dia tidak pernah ada perasaan dengki terhadap Remy atau sesiapa yang pernah berlakon dengannya.

Fizz yang turut berlakon sebagai Taufik dalam drama bersiri Stanza Cinta yang disiarkan pukul 9 malam setiap Ahad di TV3 berkata, dia tahu sejauh mana kemampuannya dalam bidang seni.

"Sebagai pelakon, saya sentiasa bersedia menerima kenyataan ada ketikanya nama di atas dan bila sampai waktu, nama di bawah. Itu semua adalah lumrah.

"Alhamdulillah, setakat ini saya sentiasa mendapat tawaran berlakon," katanya terus terang.

Sementara itu, Fizz turut terpilih bersama Aznil Nawawi, Dynas Mokhtar, Irma Hasmie, Scha Al-Yahya, Julia Ziegler dan Ifa Raziah turut menggayakan koleksi terbaru barang kemas Habib Jewels untuk promosi Koleksi Rantaian Kasih 2011 sempena Ramadan ini.

Lebih 1,000 jenis barangan kemas rekaan baru berkonsepkan tradisional dan kontemporari dikeluarkan khas buat semua golongan, termasuklah kanak-kanak.

Selain mengeluarkan koleksi baru, Habib turut menawarkan perkhidmatan penilaian zakat, membersihkan dan membuat penilaian barangan kemas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Vokal terbaik pilihan Siti

Posted:

Vokal terbaik pilihan Siti

Vokal terbaik pilihan Siti

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar MOHD. AZIM ABD. RAHMAN


GANDINGAN mantap Siti Nurhaliza (kiri), Azlan & The Typewriter dan Dayang Nurfaizah sewaktu menyampaikan lagu Jeritan Batinku dan Merisik Khabar mendapat tepukan gemuruh penonton.


JIKA disingkap kembali program hiburan Syawal tahun lalu, nama biduanita muda ini sememangnya berada di takhta teratas.

Mana tidaknya. Hampir semua saluran televisyen di negara ini telah menayangkan program yang melibatkan dirinya sehingga menimbulkan rasa kurang selesa kepada segelintir pihak.

Barangkali untuk peminat setia Datuk Siti Nurhaliza, ia tidak menjadi hal kerana pada hari yang istimewa ini sahajalah peluang mereka menonton persembahan artis kesayangan mereka itu.

Bagi stesen televisyen pula, pemilihan Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Siti itu dalam setiap program hiburan mereka tidak lain hanyalah untuk mengejar rating sekali gus menempatkan diri dalam kedudukan tertinggi.

Akibatnya, kredibiliti Siti mula dipersoal sehingga ada yang berkata penyanyi jelita itu tidak lagi menjaga eksklusifnya sebagai penyanyi tersohor negara.

Malah, dengan kekerapan wajahnya di televisyen sepanjang Syawal lalu juga telah membuatkan segelintir pihak tadi melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

Kata mereka, industri hiburan tempatan seolah-olah ketandusan penyanyi wanita yang mampu diketengahkan sehingga Siti sahaja yang diberi peluang.

Tetapi mengenali Siti, sepanjang 16 tahun menjadi anak seni, apa sahaja kata orang yang dilemparkan kepadanya bukanlah satu kudis baginya.

Berbeza tahun lalu, nampaknya Syawal kali ini menyaksikan juara Bintang HMI 1995 itu akan mengurangkan kemunculannya di televisyen.

Setakat ini, Siti sudah pun menyelesaikan rakaman program Datuk Siti Nurhaliza bersama IK3 untuk TV9 dan Gegar Raya Kampung Pening Lalat terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk siaran TV1, baru-baru ini.

"Apabila memperkatakan tentang program Raya, saya hanya memenuhi permintaan stesen televisyen. Seandainya tidak bertembung dengan jadual saya, insya-Allah, saya akan melakukannya.

"Selepas TV9 dan RTM, saya akan terlibat dengan sebuah lagi program raya terbitan Global Station untuk siaran Astro yang menampilkan saya, Ramlah Ram dan Ella.

"Saya tidak pasti sama ada dapat memenuhi permintaan TV3 kerana berkemungkinan besar tarikh yang diberikan mereka itu saya berada di Mekah mengerjakan umrah bersama suami," jelas Siti yang ditemui usai rakaman program tersebut yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Idea

Biarpun jam sudah melewati pukul 12.30 tengah malam, namun Siti tetap sudi meluangkan masanya untuk ditemu ramah dan menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.

Mengulas lanjut tentang program Gegar Raya Kampung Pening Lalat, Siti memberitahu ia merupakan idea daripada pihaknya yang mahu memberikan kelainan dari segi kandungannya.

Tidak hanya menampilkan sajian hiburan seperti lazimnya, Gegar Raya Kampung Pening Lalat turut menampilkan sketsa di samping acara permainan dengan melibatkan audiens di auditorium.

Lebih menarik lagi apabila setiap permainan menawarkan hadiah yang tidak kurang hebatnya bagi pemenang dan peserta yang menyertainya.

"Begitu juga dengan pemilihan artis di mana ia merupakan hasil perbincangan pihak kami dan RTM yang kami lihat mampu memberikan impak tersendiri untuk program ini," jelas pemilik vokal lagu Siti Situ Sana Sini dan Ya Maulai ini lagi.

Selain Siti, Gegar Raya Kampung Pening Lalat turut menampilkan pelawak popular, Saiful Azam atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, kumpulan Sepah serta penampilan istimewa Azlan & The Typewriter dan Dayang Nurfaizah.

Kata Siti lagi, sehubungan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 yang jatuh pada Hari Raya Kedua tahun ini, senarai lagu yang dipilih turut menyelitkan lagu kemerdekaan seperti Bahtera Merdeka dan 31 Ogos.

"Memandangkan saya juga kini salah seorang askar wataniah, saya selitkan juga elemen-elemen itu dalam program ini bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan itu," kata Siti yang membuat gimik dengan memakai seragam askar dengan diiringi lapan orang askar di awal kemunculannya dalam program itu.

Menghiburkan

Menghadiri rakaman program tersebut sememangnya telah membangkitkan bahang sambutan Aidilfitri walaupun pada ketika itu, Ramadan hanya akan menjengah dua hari lagi.

Dengan rekaan set dan permainan warna yang melatari pentas di auditorium itu, Gegar Raya Kampung Pening Lalat berjaya dihidupkan dalam acuannya sendiri.

Ditambah dengan kehadiran sebilangan audiens yang memakai baju berwarna-warni seolah-olah membuatkan hadirin berada di Kampung Pening Lalat yang sebenar.

Seperti kebiasaannya apabila Siti membuat rakaman di RTM, kehadiran penonton pastinya melimpah-ruah sehingga mereka sanggup duduk di tangga biarpun sedar rakaman mengambil masa berjam-jam lamanya.

Gandingan Saiful Apek dan Sepah ternyata berjaya menambat hati audiens dengan keletah serta gelagat mereka di atas pentas.

Lawak bersahaja dan spontan mereka sudah cukup membuatkan penonton tidak kering gusi sepanjang rakaman berlangsung.

Ternyata sengat Saiful Apek sebagai pelawak kegemaran ramai masih lagi berbisa walaupun bergandingan dengan kumpulan Sepah yang kini sedang dipuja peminat.

Bukan hanya melawak, kedua-dua pelawak itu juga menunjukkan bakat nyanyian mereka apabila menyampaikan lagu-lagu raya malar segar.

Antaranya termasuklah Kepulangan Yang Dinanti nyanyian Saiful Apek, Raya (Sepah) dan rangkaian medley iaitu Pulang Di Hari Raya, Selamat Berhari Raya dan Selamat Hari Raya yang dinyanyikan bersama.

Mantap

Kemunculan Azlan & The Typewriter menyampaikan lagu Cahaya Di Aidilfitri juga tidak kurang hebatnya dan mendapat tepukan gemuruh audiens.

Begitu juga dengan persembahan Dayang Nurfaizah yang menyampaikan lagu Setahun Sekali nyanyian asal Amy Mastura dan lagu terbarunya, Saat Itu.

Sudah pasti kemunculan Siti memang dinanti-nantikan para peminatnya yang tidak lelah menunggu persembahannya dari awal.

Lagu-lagu seperti Balik Kampung, Bahtera Merdeka, Nazam Lebaran dan lagu terbarunya, Falling In Love menjadi pilihan Siti dalam program terbitan Unit Hiburan TV RTM yang diterajui oleh Norkhuzaimah Abdul Aziz itu.

Auditorium Perdana terus digegarkan dengan persembahan istimewa Siti, Dayang dan Azlan & The Typewriter yang bergandingan menyampaikan dua lagu klasik, Jeritan Batinku (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee) dan Merisik Khabar (Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad).

Tidak syak lagi, gandingan mantap dan jitu daripada tiga penyanyi itu merupakan kemuncak rakaman program tersebut.

Melihatkan kepada sambutan dan tepukan gemuruh audiens, memang sudah tiba masanya untuk ketiga-tiga penyanyi yang memiliki bakat istimewa ini disatukan di pentas yang lebih besar.

Jika Konsert Satu Suara yang menggandingkan Siti, Faizal Tahir dan Aizat di Istana Budaya tahun lalu sukses, tidak mustahil gandingan terbaru ini mampu mencipta kejayaan serupa.

Sambil ketawa kecil saat diajukan cadangan itu, Siti tidak menolak untuk menampilkan Dayang dan Azlan & The Typewriter dalam satu konsert seandainya diberi peluang kelak.

"Saya memang mengagumi bakat kedua-duanya dan lagu yang dipilih ini adalah mengikut kepada kesesuaian vokal kami. Sudah pasti mereka yang memiliki kualiti vokal terbaik akan menjadi pilihan saya," ujar Siti tersenyum.

Rakaman program Gegar Raya Kampung Pening Lalat diakhiri dengan lagu-lagu seperti 31 Ogos, Selamat Hari Raya dan Sesuci Lebaran.

Pastikan anda tidak ketinggalan menonton program istimewa ini yang akan ditayangkan pada 2 September ini pukul 9 malam di TV1.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mencari punca sebenar rusuhan

Posted:

Mencari punca sebenar rusuhan

Mencari punca sebenar rusuhan

Oleh SHAMSIAH ZULKAFLI
pengarang@utusan.com.my


SALAH sebuah kedai telefon bimbit di Clapham Junction, di selatan London, yang kosong setelah diceroboh dan dirompak oleh perusuh-perusuh di bandar raya itu. - AFP


RUSUHAN oleh golongan muda pelbagai etnik di kota London menyaksikan satu lagi tamparan hebat buat kerajaan Britain pimpinan Perdana Menteri, David Cameron.

Belum pun skandal penggodaman telefon membabitkan empayar media dan rasuah akhbar milik hartawan media, Rupert Murdoch, News Corp selesai, Cameron sekali lagi terpaksa pulang awal ke Britain dari luar negara.

Masuk hari keempat, situasi di kota London masih belum menunjukkan sebarang tanda akan reda.

Arahan Cameron semalam untuk menempatkan 16,000 anggota polis di sekitar kota itu juga hanya berjaya mententeramkan London, sedangkan rusuhan terus merebak ke bahagian lain kota tersebut.

Terbaru, perusuh terus mengamuk di bandar ketiga terbesar di Britain, Manchester dan kawasan perindustrian Midlands.

Kejadian curi juga semakin berleluasa di Birmingham, sementara beratus-ratus perusuh melontar anggota polis dengan batu di Liverpool.

Kesan kemusnahan akibat rusuhan boleh dilihat hampir di mana-mana; bangunan dan premis dibakar; kenderaan termasuk kereta, bas dan van hangus dijilat api; serpihan kaca, batu dan kayu bertaburan di jalan-jalan; serta kecurian di kedai-kedai yang tidak terkawal.

Keadaan itu menimbulkan persoalan tentang tindakan remaja terlibat kerana apa yang diperlihatkan mereka lebih berbentuk vandalisme.

Banyak pihak turut mempersoalkan punca sebenar kepada rusuhan terburuk di London itu dalam tempoh 30 tahun.

Media melaporkan, ia berpunca daripada kematian seorang bapa anak empat, Mark Duggan, 29, pada Khamis lalu, dipercayai dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan polis.

Duggan dilapor menaiki sebuah teksi apabila kenderaan tersebut ditahan polis yang sedang menjalankan operasi menyekat pemilikan senjata haram di kalangan masyarakat kulit hitam. Dia mati selepas ditembak dua kali di bahagian dada dan tangan.

Ini bukanlah merupakan kali pertama rusuhan di London tercetus disebabkan rasa tidak puas hati dengan polis.

Insiden kali ini mengulangi rusuhan dahsyat 1985 di kawasan estet Broadwater Farm, utara London yang tercetus apabila seorang wanita tempatan mati selepas polis menyerbu rumahnya. Seorang anggota polis turut mati ditetak dalam kejadian itu.

Sejarah hubungan yang tidak begitu baik antara pasukan polis dan masyarakat pelbagai etnik di London itu mungkin antara penyumbang kepada rusuhan kali ini.

Bagaimanapun, melihat kepada skop yang lebih luas, banyak faktor lain boleh dikaitkan dengan rasa tidak puas hati perusuh yang hanya menjadikan kematian Duggan sebagai satu alasan.

Rusuhan berhari-hari itu menekankan lagi ketegangan sosial yang semakin mendalam di kawasan miskin di ibu negara Britain tersebut.

Ia bukan bersifat jenayah semata-mata, tetapi didorong rasa tidak puas hati golongan muda yang rasa dipinggirkan.

Dengan keadaan ekonomi Britain yang kurang berkembang ditambah dengan pelaksanaan langkah berjimat-cermat oleh kerajaan tahun lalu, kawasan yang tinggi dengan kadar pengangguran seperti Tottenham sangat merasa tempiasnya.

Krisis kewangan yang berlaku mengakibatkan golongan muda yang sepatutnya diberikan peluang, merasakan diri mereka diabaikan.

Kekecewaan tersebut sebenarnya boleh memarakkan bantahan politik, pemberontakan atau mencetuskan jenayah dan keadaan mungkin akan bertambah buruk dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Britain kini bukan lagi sebuah negara seperti beberapa tahun dahulu. Pada asasnya, negara itu semakin lemah.

Keyakinan terhadap pemimpin, polis dan media telah terhakis sebahagian besarnya disebabkan skandal perbelanjaan Ahli-Ahli Parlimen dan skandal penggodaman telefon.

Kemelesetan ekonomi serta proses pemulihannya yang masih belum nampak juga tidak banyak membantu.

Penentangan terhadap langkah berjimat cermat kerajaan juga mewujudkan budaya anarki.

Begitu juga dengan hubungan undang-undang dan ketenteraman dengan sosial yang semakin lemah.

Ahli-ahli politik juga nampaknya tidak berminat untuk bercakap mengenai isu ini. Ia bukan satu kepentingan yang perlu menjadi penilaian mereka.

Kerajaan campuran Parti Konservatif dan Parti Demokrat juga tidak menunjukkan minat menyelesaikan isu ini.

Kesilapan yang berlaku hari ini sepatutnya diletakkan di bahu Parti Buruh yang tewas pada pilihan raya umum 2010 selepas 13 tahun memerintah.

Perusuh sebenarnya menzahirkan kemarahan mereka, lebih kepada pemberontakan sehingga mengakibatkan vandalisme.

Ia bukan pemberontakan menuntut reformasi politik seperti yang berlaku di negara-negara Asia Barat tetapi lebih kepada rasa kecewa kerana diketepikan dari segi ekonomi.

Tindakan mencuri, membakar, mencetuskan huru hara di kota London bukanlah satu bentuk bantahan, tetapi bersifat oportunis.

Keadaan yang sama juga pernah berlaku di kawasan miskin di pinggir bandar Paris pada 2005, bandar-bandar di Afrika Selatan atau di mana-mana bahagian dunia sekali pun.

Rusuhan atau pemberontakan ini disemarakkan lagi dengan fenomena media sosial, sama seperti pemberontakan yang berlaku di Mesir, Tunisia, Yemen, Syria dan Maghribi.

Lain persoalan yang timbul, sampai bilakah rusuhan ini akan berlarutan dan apakah tindakan yang akan diambil kerajaan? Mampukah pihak berkuasa menghalang keadaan daripada menjadi bertambah buruk?

Peranan polis yang gagal meredakan rusuhan kini dibangkitkan. Apakah penggunaan kereta kebal seperti di Syria mampu menakut-nakutkan perusuh dan menghentikan mereka daripada terus bertindak?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Malapetaka Tripoli menimpa Damsyik

Posted:

Malapetaka Tripoli menimpa Damsyik

Malapetaka Tripoli menimpa Damsyik

Oleh Azmi Hassan

RESOLUSI 1973 mengenai Libya diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 17 Mac 2011 atas dasar untuk menyelamatkan rakyat Libya dari serangan pemimpin mereka iaitu Muamar Gaddafi.

Tetapi seperti mana yang diketahui apa yang telah berlaku, resolusi tersebut telah digunakan oleh NATO sebagai dalil membolehkan mereka menyerang Tripoli dengan harapan pemimpin Libya tersebut dapat dihapuskan.

Walaupun Resolusi 1973 hanya mendapat 10 sokongan ahli Majlis Keselamatan kerana lima negara ahli lain iaitu Brazil, China, Jerman, India dan Rusia mengambil pendirian berkecuali, tetapi apa yang penting adalah ia mendapat restu dari Liga Arab.

Apa yang berlaku terhadap Libya besar kemungkinan boleh menimpa Syria kerana sejak akhir-akhir ini momentum Majlis Keselamatan untuk mengeluarkan resolusi mengenai pemberontakan rakyat Syria semakin mendapat sokongan. Draf resolusi yang ditaja oleh Britain, Perancis, Jerman dan Portugal telah mula diedarkan seawal Mei lagi tetapi terbantut kerana mendapat bantahan Rusia.

Rusia merupakan sekutu kuat Presiden Bashar Assad dan Moscow menggunakan alasan pergolakan yang berlaku adalah konflik dalaman yang tidak memerlukan campur tangan masyarakat antarabangsa. Tambahan pula Rusia begitu khuatir resolusi tersebut boleh digunakan untuk menjatuhkan Presiden Assad.

Tetapi sejak beberapa hari lepas pendirian Rusia terhadap bantahan resolusi Syria mula berubah kerana beberapa Negara Teluk telah mengeluarkan kenyataan mengutuk kaedah Presiden Assad menangani pemberontakan rakyat Syria. Paling ketara adalah kenyataan keras Raja Abdullah dari Arab Saudi yang memberi kata dua kepada Assad supaya memilih jalan yang betul untuk mengelak huru hara dari berlaku.

Memang benar Riyadh dan Damsyik sering bertelagah terutama sekali mengenai Iran, Lebanon dan juga sokongan Syria terhadap Hamas dan Hizbullah, tetapi kenyataan terbuka dari Raja Abdullah mengenai negara Arab lain adalah jarang kedengaran sekali. Ekoran itu Riyadh telah memanggil pulang duta Arab Saudi ke Syria sebagai susulan bantahan tersebut.

Tindakan Riyadh juga diikuti oleh Bahrain dan Kuwait yang turut memanggil pulang duta masing-masing sebagai bantahan diplomatik dengan apa yang berlaku di Syria. Sebelum ini pun Liga Arab dan Majlis Kerjasama Teluk turut mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan Assad yang dianggap terlalu kejam.

Presiden Assad kini begitu tersisih kerana sebahagian besar negara Arab dan masyarakat antarabangsa telah menyatakan pendirian yang bertentangan dengan hasrat beliau. Tekanan paling terkini dan agak ketara yang dihadapi oleh Syria adalah apabila Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan melalui menteri luar beliau iaitu Ahmet Davutoglu menghantar kenyataan keras kepada Damsyik.

Tindakan Ankara dianggap memberi kesan yang lebih ketara berbanding dengan Riyadh kerana selama ini Turki adalah antara sekutu kuat Syria. Malah tidak keterlaluan jika diandaikan sokongan Turki terhadap Syria selama ini adalah sama kuat seperti yang telah diberikan oleh Iran atau Lebanon.

Penyisihan sokongan negara Arab dan sekutu Syria adalah tanda awal kepada Majlis Keselamatan untuk mengeluarkan resolusi mengenai Syria. Jika draf awal resolusi yang dikemukakan oleh empat ahli majlis tersebut yang kesemuanya terdiri dari negara Eropah mungkin kelihatan agak berat sebelah, kini Brazil tampil dengan versi baru draf resolusi.

Tidak kira versi mana yang akan digunakan, apa yang paling dikhuatiri adalah resolusi tersebut boleh diamalkan sewenang-wenangnya dengan alasan untuk melindungi rakyat Syria dari ancaman kerajaan Presiden Assad.

Besar kemungkinan jika resolusi tersebut dibawa ke pengundian Majlis Keselamatan tiada kuasa pembatal akan digunakan oleh lima ahli tetap iaitu Britain, Amerika Syarikat (AS), Peranchis, China dan Rusia. Hanya Lebanon yang pada ketika ini sebagai ahli tidak tetap majlis tersebut dijangka mengambil pendirian menolak resolusi.

Duta AS ke PBB Susan Rice telah memberi jaminan bahawa apa yang telah berlaku terhadap Libya tidak akan berulang kepada Syria dan kebimbangan yang pada awalnya disuarakan oleh Rusia dianggap oleh beliau sebagai cerita khayalan dan dongeng semata-mata.

Tetapi jika diungkit kembali bibit-bibit Resolusi 1973 mengenai Libya yang dirangka oleh Britain dan Peranchis, jaminan yang serupa telah diberikan sebelum pengundian dilakukan. Tetapi oleh kerana bahasa dalam resolusi yang digunakan adalah terlalu longgar, sehinggakan interpretasi melindungi rakyat Libya telah menghalalkan pengeboman keatas Tripoli.

Masyarakat antarabangsa perlu berhati-hati supaya apa yang telah menimpa Libya tidak berulang terhadap Syria. Jika itu berlaku maka hanya satu negara yang paling mendapat manfaat iaitu Israel yang selama ini menyimpan idaman untuk menyerang Syria. Jika revolusi yang melanda Tunisia dan Mesir tidak langsung menguntungkan Israel, maka revolusi Syria dijangka memberi manfaat maksimum kepada Tel Aviv.

PENULIS ialah GeoStrategis Institut

GeoSpatial UTM dan ahli bersekutu

Majlis Profesor Negara

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Adzhar mahir ukir mimbar

Posted:

Adzhar mahir ukir mimbar

Adzhar mahir ukir mimbar

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar izham jaafar


Kerja-kerja pemasangan dilakukan apabila segala proses ukiran siap dibentuk.


UKIRAN merupakan karya yang dihasilkan menerusi kerja yang halus dan berseni. Ia bukan sahaja memerlukan ketelitian tetapi sebenarnya merupakan satu hasil kerja seni yang perlu dilakukan dengan sepenuh jiwa dan kecintaan.

Kesabaran dan ketelitian amat dituntut agar ukiran yang dihasilkan memuaskan hati setiap mata yang memandang.

Kerja-kerja mengukir memerlukan kombinasi beberapa kemahiran kepada tukangnya seperti melukis, memahat, mencungkil dan menoreh bagi menghasilkan bahan yang mahu diukir terutama kayu memberikan hasil yang sempurna.

Motif ukiran pula selalunya berasaskan kepada alam semulajadi terutama tumbuhan.

Di kalangan masyarakat Melayu, seni ukiran memang terkenal sejak berzaman dahulu. Seni ini merupakan simbol ketinggian tamadun dan budaya bangsa.

Kelaziman di negara ini ukiran dibuar atas kayu sama ada untuk menghiasi rumah-rumah, hulu senjata seperti keris dan parang serta mimbar masjid.

Kerja-kerja ini ada yang diwarisi turun temurun. Ada pula yang mempelajari kerana minat dan mahu memastikan seni tradisi itu terus terpelihara.

Yang pasti, ia menuntut kemahiran dan kesabaran yang tinggi. Bukan calang-calang orang dapat menghasilkan ukiran-ukiran yang bermutu dan cantik.

Bagi Adzhar Mat, 43, kemahiran yang dimilikii adalah susulan daripada minatnya yang mendalam dalam bidang seni ukiran.

Dia bukan sahaja seorang pengukir tetapi turut bertanggungjawab menghasilkan mimbar kebanyakan masjid di sekitar Lembah Klang.

Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, kebanyakan ukiran yang dihasilkan adalah mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.

Kemahirannya tidak dapat dipertaikaikan lagi kerana dia sudah 20 tahung terlibat secara langsung di dalam bidang itu.

"Saya memang meminati bidang ukiran ini sejak muda lagi. Untuk mendalami ilmunya saya mengambil jurusan kraftangan di Perbadanan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang dalam bidang ukiran kayu.

"Alhamdulillah, pasaran untuk ukiran terutama ukiran kayu sentiasa ada.Tambahan pula hari ini ia tidak hanya terhad untuk kayu malah telah dipelbagaikan.

"Selain mimbar, saya turut membuat ukiran untuk kabinet dapur, almari pakaian, siling, gazebo dan banyak lagi," ujarnya ketika ditemui di bengkel ukirannya yang terletak di Medan Kraftangan Air Panas, Jalan Usahawan, Setapak, Kuala Lumpur.

Tambahnya, untuk mimbar, dia lebih suka menggunakan kayu tempatan kerana lebih berkualiti di samping harganya yang tidak terlalu mahal.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada permintaan pelanggan. Sekiranya mereka berkehendakkan jenis kayu lain, dia akan mendapatkannya.

Terang Adzhar lagi, terdapat banyak saiz untuk mimbar. Ia juga bergantung kepada permintaan pelanggan yang menempah.

Dalam masa yang sama, selain mempunyai banyak saiz, mimbar mempunyai dua jenis iaitu satu yang terletak di atas lantai dan bertangga manakala satu lagi bercantum di bahagian dinding.

Berbicara lanjut mengenai ukiran yang sering digunakan, menurut anak jati Alor Setar itu, segala ukiran yang diterjemahkan kebanyakan dirujuk dari majalah ataupun Internet.

Ini kerana selain mengikut cita rasa para pelanggan, rujukan luar amat penting dalam usaha memberi bentuk ukiran yang terkini.

Begitupun, kebanyakan ukiran yang dihasilkan juga merupakan ilham Adzhar sendiri. Sudah pasti ia lebih kepada ukiran berbentuk geometri bercirikan Islam.

Kebanyakan bentuk-bentuk geometri yang bercirikan Islam adalah hasil gabungan dari Turki, Maghribi dan negara-negara Islam lain.

Selain itu, Adzhar turut mempelbagaikan ukiran dengan bentuk-bentuk bunga Melayu seperti ketumbit, bunga raya, sulur kacang, pucuk rebung dan banyak lagi.

Yang penting, Adzhar amat menitik beratkan nilai-nilai seni klasik yang digabungkan bersama konsep moden bagi menghasilkan sesuatu yang unik dan segar dalam setiap hasil kerjanya.

Untuk menghasilkan satu mimbar, jelas Adzhar semuanya bergantung kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki pelanggan.

Lazimnya, dia dan rakan-rakannya mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk menyiapkan satu mimbar termasuk pasang.

Tetapi tempoh tersebut tidak termasuk waktu pemilihan kayu, corak dan persetujuan daripada pelanggan.

"Untuk menghasilkan satu mimbar, ia tidaklah mengambil masa yang begitu lama.

"Apa yang menjadikannya lama dan mengambil masa berbulan-bulan ialah penghasilan reka bentuk, pemilihan kayu dan persetujuan daripada pelanggan.

"Sekiranya pelanggan sendiri sudah mempunyai reka bentuk dan jenis kayu yang diingini, segala kerja menjadi mudah.

"Ini bukan hanya untuk mimbar, ia juga termasuk untuk kerja-kerja ukiran lain seperti syiling, almari, gazebo dan sebagainya," katanya.

Daripada seorang yang tidak mengetahui tentang ukiran, dia sangat bersyukur kerana bakatnya bukan sahaja dapat memberi rezeki kepadanya dan keluarga tetapi juga empat pekerja yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Malah, untuk mengukuhkan lagi tapaknya dalam bidang pertukangan kayu ini, Adzhar telah membuka sebuah syarikat yang diberi nama Jitu Art Resources.

Kini permintaan bukan sahaja datang dari orang perseorangan termasuk para kenamaan, malah beberapa syarikat produksi filem dan juga pemilik-pemilik resort.

Adzhar juga mengutamakan kesabaran dan ketelitian dalam menghasilkan karyanya.

Menurutnya, untuk mengukir seseorang itu perlu ada jiwa yang bersih agar ukiran yang dihasilkan dapat memukau sesiapa sahaja selain keindahan ukiran itu dapat bertahan lama.

"Insya-Allah, ukiran yang dihasilkan pastinya bermutu dan sudah pasti kekemasan yang terhasil adalah hasil kerja yang terbaik dari kami.

"Kesemua pengukir yang bekerja di bawah seliaan saya merupakan orang yang berpengalaman agar segala tempahan yang diterima dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan," katanya.

Antara hasil kerja Adzhar yang boleh dilihat ialah di mimbar Masjid Rasak Jaya, Negeri Sembilan; mimbar surau Dewan Bahasa dan Pustaka; mimbar Masjid Batu Muda, Gombak; mimbar Masjid Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Air Panas; mimbar Masjid Setapak; Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Bangi; Koperasi Peladang Setiawangsa dan membuat prop untuk set Puteri Gunung Ledang (tandu dan keris).

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Jitu Art Resources atau untuk pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi talian 012-6436883 (Mieza).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jejak Inovasi jejaki tukang besi

Posted:

Jejak Inovasi jejaki tukang besi

Jejak Inovasi jejaki tukang besi


Ali Kassim (kanan) ditemuramah mengenai proses membuat parang ketika dikunjungi oleh rombongan Jejak Inovasi di bengkelnya di Kampung Batu Gajah Pasir, Sungai Rambai, Melaka, baru-baru ini.


TANGGAL 16 Julai 2011, pasti menjadi kenangan kepada Ali Kassim, seorang tukang membuat parang kerana dikunjungi sekumpulan Jejak Inovasi yang berminat untuk mengetahui hasil kerja tangannya.

"Rasa segan (malu) pun ada, bangga pun ada juga, sebab yang datang ke mari datuk pun ada, profesor pun ada, mereka hendak melihat macam mana saya buat parang ala kampung," katanya ketika ditanya perasaan beliau terhadap lawatan kumpulan Jejak Inovasi itu.

Ali, 59, menghasilkan pelbagai jenis parang sejak berusia 15 tahun di bengkel yang terletak di belakang rumahnya di Kampung Batu Gajah Pasir dekat Sungai Rambai, Melaka.

Tanpa menggunakan mesin canggih sebaliknya dengan kudrat dan kemahiran yang dipelajari daripada bapanya dan beberapa tukang besi, Ali turut menghasilkan peralatan besi lain yang diperlukan masyarakat seperti pisau pemotong tandan kelapa sawit, sabit dan alat mengopek buah kelapa.

Beliau kelihatan agak kekok apabila lensa kamera beberapa stesen televisyen memfokuskan kepadanya iaitu ketika beliau menunjukkan bagaimana menghasilkan parang daripada besi terpakai seperti spring lori.

"Saya boleh menyiapkan lapan bilah parang yang panjangnya 20 cm (sentimeter) sekiranya bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang sehari," katanya dengan menambah jumlah pengeluarannya tidak menentu, bergantung kepada tempahan pelanggan.

Ali turut menghasilkan sarung parang daripada kayu terpilih yang diperoleh di sekitar kampungnya seperti kayu pokok sena, pokok ciku dan batang kelapa.

"Saya bersedia untuk berkongsi kemahiran membuat parang ini dengan sesiapa sahaja yang ingin belajar terutama anak muda," katanya.

Beliau menambah, inilah kali pertama beliau menerima lawatan kumpulan yang datang menilai hasil kerja tangannya.

"Saya diberitahu selepas lawatan ini mereka akan memberi bantuan dan saya hanya berharap dapat membesarkan bengkel ini dengan dilengkapi mesin moden yang lebih mudah untuk membuat parang," katanya.

Kumpulan penjejak inovasi itu terdiri daripada para penyelidik, saintis, pakar paten dan pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

Mereka melawat komuniti akar umbi bagi memberikan nasihat mengenai objektif, pendekatan dan hasil yang diingini daripada inovasi mereka. Jejak Inovasi ini dianjurkan bersama MOSTI, Kerajaan Negeri Melaka dan YIM.

Sebanyak 14 produk inovasi akar umbi yang terletak di lapan lokasi di daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah telah dilawati oleh para penjejak program itu yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 Julai lepas.

Produk inovasi lain termasuk kolam ikan hibrid, sistem storm bullet bagi meningkatkan keupayaan kereta, Desa Cart iaitu enjin kereta terpakai yang digunakan semula untuk menghasilkan kenderaan empat roda bagi kegunaan dalaman dan rekreasi, dan pengeram telur serta penggera kawalan air.

Mereka turut meninjau pembuatan produk seramik, pembuatan keris dan bunga api yang dibuat menggunakan buluh, yang kesemuanya diusahakan penduduk kampung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Raslan Ahmad, daripada 14 produk inovasi itu, sebanyak 12 produk didapati berpotensi besar untuk dimajukan dan akan menerima bantuan yang sewajarnya untuk dibangunkan.

"Saya berharap kami akan dapat mencungkil lebih ramai lagi bakat inovasi akar umbi dengan potensi untuk hasil mereka dikomersilkan apabila menjalankan jejak Inovasi di lokasi lain di seluruh negara kelak," katanya.

YIM adalah satu entiti di bawah naungan MOSTI dan bertanggungjawab bagi mempromosi dan menyemai kreativiti dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan sasaran utamanya kanak-kanak dan belia, wanita, masyarakat luar bandar, orang kurang upaya dan organisasi bukan kerajaan.

Raslan berkata, YIM akan membantu untuk meningkatkan lagi inovasi yang dihasilkan oleh komuniti akar umbi, terutama dalam membangunkan modal perintis dan bantuan untuk mengkomersialkan inovasi.

Beliau berkata, semua maklumat mengenai pereka cipta dan produk inovasi yang dihasilkan oleh komuniti akar umbi akan dikongsi dengan seluruh masyarakat dengan memasukkan data ke dalam portal yayasan di http://www.yim.my/.

"Kita sudah menyediakan satu portal sama ada pereka cipta itu sendiri memasukkan maklumat dia ke dalam portal itu atau kakitangan kita yang memasukkan data. Kini sudah ada maklumat 125 pereka cipta dalam pelbagai bidang, mereka termasuk pelajar, usahawan, kumpulan dan individu," katanya.

Kumpulan Jejak Inovasi ini mampu membawa perubahan positif kepada perusahaan yang dikendalikan oleh mereka yang mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi seperti Ali, tukang besi yang berkebolehan dan inovasi beliau akhirnya menerima pengiktirafan. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved