Rabu, 10 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


UUM kedua terbaik di dunia

Posted:

UUM kedua terbaik di dunia

UUM kedua terbaik di dunia

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Prof Dr. Mohamed Mustapa Ishak (tengah) bersama anugerah yang dimenangi di Pulau Pinang, kelmarin.


KUBANG PASU 9 Ogos - Universiti Utara Malaysia (UUM) meraih tempat kedua dalam kalangan 20 institusi pengajian tinggi terbaik dunia daripada segi penggunaan paling tinggi pangkalan data maklumat Emerald bagi 2010.

Ketua Pustakawan UUM, Salleh Hudin Mustaffa berkata, ia peningkatan daripada tempat ketiga pada tahun sebelumnya sejak pangkalan data maklumat Emerald mula diperkenalkan pada 1967 oleh MCB University Press yang kini dikenali sebagai Emerald Group Publishing Limited (Emerald) yang beribu pejabat di United Kingdom.

"Lebih 45,000 organisasi termasuk universiti terkemuka, sekolah perniagaan, jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat terkenal dari seluruh dunia melanggan pangkalan data maklumat ini," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah Emerald di Pulau Pinang semalam.

Pada majlis itu, Pengurus Perniagaan Emerald, Amex Tan menyampaikan anugerah tersebut kepada Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustapa Ishak.

Dua pensyarah dari UUM College of Busines (COB), Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Nordin Wan Hussin dan Dr. Nurwati Ashikkin Ahmad Zaluki pula menangani kategori penulisan jurnal terbaik.

Salleh Hudin berkata, berdasarkan pengalaman sepanjang lebih 40 tahun, Emerald telah menerbitkan lebih 700 judul yang terkandung dalam lebih 200 jurnal berkualiti meliputi 32 bidang antaranya pengurusan, pemasaran, perniagaan, ekonomi dan sains sosial.

"Sebanyak 12 judul jurnal berkualiti telah ditambah pada tahun ini antaranya Pemasaran Seni, Projek Alam Bina dan Pengurusan Aset, Jurnal Perakaunan Dalam Ekonomi Baru, Jurnal Pengurusan Keluarga dan Sukan, Perniagaan dan Pengurusan," katanya.

Menurut beliau, UUM mula melanggan pangkalan data maklumat Emerald sejak 10 tahun lalu memandangkan ia adalah pangkalan data maklumat yang sangat sesuai dengan bidang pengajaran dan pembelajaran universiti.

Sementara itu Wan Ahmad Nordin berkata, anugerah penulisan jurnal terbaik yang diperoleh diharap dapat menjadi perangsang kepada pensyarah lain untuk menghasilkan penulisan yang sama pada masa akan datang.

Nurwati pula berkata, untuk menghasilkan jurnal berkualiti mesti bermula dengan penyelidikan yang mendalam dan teliti supaya penulisan jurnal boleh dilakukan dengan lancar dan lengkap.

"Kami berdua bernasib baik kerana jurnal ini diterbitkan tanpa dibuat pembetulan, mungkin kerana ia berpunca daripada hasil penyelidikan yang mendalam sebelum kami menulis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Puasa 30 jam bantu kanak-kanak miskin

Posted:

Puasa 30 jam bantu kanak-kanak miskin

Puasa 30 jam bantu kanak-kanak miskin


Kesemua 50 penuntut yang mengambil bahagian dalam kempen kesedaran kebuluran di USM , Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 9 Ogos - Seramai 50 penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) berpuasa selama 30 jam bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai masalah kemiskinan yang dihadapi oleh golongan tidak bernasib baik khususnya kanak-kanak.

Selain itu, kempen oleh ahli-ahli Persatuan Alumni dan Kelab Jurusan Perniagaan tersebut juga bagi mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak miskin di beberapa negara.

Ketua kumpulan kempen, Jacylin Choong berkata, program berkenaan disertai oleh pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.

"Sepanjang tempoh 30 jam ini, mereka hanya dibenarkan meminum air kosong," katanya ketika ditemui pada kempen tersebut di sini baru-baru ini.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan, World Vision Malaysia.

Menurut Choong, kutipan dana sebanyak RM50 yang diperoleh setiap peserta akan disumbangkan kepada badan-badan berkaitan untuk disalurkan kepada kanak-kanak miskin di beberapa negara seperti Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos termasuk Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PUO juara keseluruhan MAFEP

Posted:

PUO juara keseluruhan MAFEP

PUO juara keseluruhan MAFEP


Politeknik Ungku Omar, Ipoh muncul juara keseluruhan MAFEP Ke-10 Peringkat Politeknik Malaysia di Melaka, baru-baru ini.


IPOH 9 Ogos - Politeknik Ungku Omar (PUO) muncul juara keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran, Festival Nasyid dan Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris (MAFEP) Ke-10 Peringkat Politeknik Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi yang diadakan di Melaka baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai itu diadakan di Panggung Seri, Taman Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka.

Melalui pertandingan tersebut, PUO berjaya mengatasi 22 buah politeknik dari seluruh Malaysia yang turut serta dalam pertandingan itu.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Yaakub Md. Amin.

Bagi kategori Pidato Bahasa Inggeris kategori lelaki, wakil PUO, R. K. Arvinthran berjaya merangkul johan manakala kategori perempuan dimenangi Nor Izyana Zainol Abidin Ahmad bagi tempat ketiga.

Manakala, bagi pertandingan Tilawah al-Quran Kategori Lelaki, Mohd. Kamaruzzaman Daud memenangi tempat pertama mengalahkan wakil dari Politeknik Mukah dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS).

Datuk Yaakub Md. Amin dalam ucapannya berkata, pelaksanaan MAFEP-10 dilihat sebagai satu agenda penting untuk menerapkan nilai-nilai utama yang boleh melonjakkan transformasi kepada pelajar-pelajar dan warga politeknik keseluruhannya.

Selain itu, katanya, program itu juga dapat membantu Jabatan Pengajian Politeknik khasnya dan negara Malaysia amnya bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dari segi insaniah dan fizikal.

"Keupayaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan merupakan prasyarat utama kepada kejayaan memajukan negara selain membina masyarakat yang mempunyai nilai peradaban tinggi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved