Rabu, 10 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Lahirkan generasi cemerlang

Posted:

Lahirkan generasi cemerlang

Lahirkan generasi cemerlang

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


Pelajar Kolej Matrikulasi Johor memasak bubur lambuk dalam Program Khidmat Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan dekat Bukit Gambir, Muar, baru-baru ini.


LEDANG 9 Ogos – Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) mengadakan Program Khidmat Masyarakat dan Kembara Berbasikal di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan (SKPK), di sini baru-baru ini.

Program yang julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan hubungan antara penuntut KMJ dengan masyarakat khususnya murid-murid.

Pengarah KMJ, Sasman Yasir berkata, program itu dirancang untuk menjalinkan hubungan yang berterusan antara kedua-dua pihak dengan konsep untuk membina kecemerlangan pendidikan bagi melahirkan lebih ramai generasi cemerlang.

Menurutnya, jalinan yang dibentuk itu diharap dapat membantu melonjakkan kecemerlangan murid-murid tersebut dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pihak KMJ sentiasa bersedia membantu ke arah mencapai matlamat berkenaan.

"Kami bersedia membantu program pendidikan sama ada membabitkan murid, guru dan ibu bapa semata-mata untuk mencapai matlamat yang dirancang.

''Murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan pula dapat menumpukan sepenuh masa dan tidak mengecewakan harapan ibu bapa dan guru," katanya pada program itu.

Program disertai 80 penuntut termasuk 40 peserta berbasikal itu mengadakan pelbagai program bersama 100 murid tahun empat hingga enam sekolah itu.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk senaman J-Robik, latihan dalam kumpulan, memasak bubur lambuk, membuat kuih tradisional masyarakat Jawa dan menghasilkan mural di dinding sekolah itu.

Guru Besar SKPK, Nik Fauziah Nik Yusoh pula memuji usaha yang dilakukan KMJ dan berharap golongan berkenaan menjadi contoh kepada murid sekolah itu untuk mencapai kecemerlangan diri khususnya dalam UPSR nanti.

"Kami berharap usaha murni ini dapat diteruskan demi mengekalkan hubungan silaturrahim yang dijalin bukan saja antara murid dan penuntut malah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Hubungan dua hala ini menjadi pencetus semangat kepada murid-murid untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan mereka pada peringkat awal dan diteruskan pada masa depan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kolej Rahman Putra UTM semai bakti di dua kampung

Posted:

Kolej Rahman Putra UTM semai bakti di dua kampung

Kolej Rahman Putra UTM semai bakti di dua kampung


Sebahagian penghuni Kolej Rahman Putra Universiti Teknologi Malaysia yang menyertai program kemasyarakatan di Batu Pahat, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 9 Ogos – Kolej Rahman Putra (KRP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi turun berbakti ke desa dengan berkampung selama tiga hari dua malam di Kampung Parit Simpan dan Parit Tariman dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Batu Pahat baru-baru ini.

Pengetuanya, Dr. Mohad Anizu Mohd. Nor berkata, Program Khidmat Masyarakat dan Khidmat Pendidikan YTM Tunku Abdul Rahman (PUTRA '11) ditaja dan dianjurkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) dengan kerjasama KRP, Pejabat HEMA UTM dan DUN Senggarang.

Beliau berkata, program yang dijalankan merupakan siri pertama dan ia dilaksanakan bersempena Program Akademik Ibarat anjuran Ahli Dewan Undangan Senggarang, Ja'affar Hashim di kedua-dua kampung itu.

"Seramai 40 mahasiswa, felo dan pembantu felo turut serta dalam program tersebut dan menjadi anak angkat kepada penduduk.

"Antara acara yang dijalankan adalah ceramah oleh Jabatan Agama Islam Johor, menanda arah kiblat di semua rumah penduduk beragama Islam, pertandingan futsal, kenduri arwah, kenduri sekampung dan pameran mengenai aktiviti yang dijalankan oleh KRP sepanjang 2009 hingga 2011," katanya.

Bersempena dengan program tersebut juga, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengadakan Program Gelombang Rakyat 1Desa 1Integriti.

Antara acara yang dijalankan ialah senamrobik, gotong-royong, membuat bubur lambuk, pertandingan futsal, taklimat gagasan 1Malaysia oleh Biro Tatanegara dan taklimat pengenalan SPRM dan 1Desa 1Integriti oleh pihak SPRM.

Dalam pada itu, katanya, program khidmat masyarakat dan Khidmat Pendidikan YTM Tunku Abdul Rahman siri kedua akan diadakan pada 18 hingga 22 Oktober depan.

Antara aktiviti yang dijadualkan adalah seminar cemerlang akademik, bengkel pertukaran teknologi, bengkel Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP), bengkel perpindahan teknologi, seminar sehari Iskandar Malaysia oleh pihak Koridor Selatan (Nusajaya), riadah bersama penduduk kampung dan forum menjejak sejarah bangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved