Rabu, 31 Julai 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita rakam video Aidilfitri bersama anjing direman 2 hari

Posted: 31 Jul 2013 10:43 PM PDT

SEGAMAT 1 Ogos - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan wanita jurulatih anjing, Maznah Mohd. Yusof, yang dipercayai terlibat dalam rakaman video menghina Islam bertajuk 1 Hari Di Hari Raya ditahan reman selama dua hari.

Wanita berusia 38 tahun itu yang ditahan di Bukit Beruntung, Selangor kira-kira pukul 3 petang semalam, dibawa ke Mahkamah Majistrer Segamat awal pagi ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Segamat, Mohd. Anuar Ostadi. - UTUSAN ONLINE

7 bot hangus terbakar di Jeti LKIM Kuantan

Posted: 31 Jul 2013 10:02 PM PDT

KUANTAN 1 Ogos - Tujuh buah bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan sebuah bot nelayan, hangus dalam kebakaran yang berlaku di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam.

Kebakaran bermula daripada sebuah bot nelayan yang berada di jeti itu lalu menyambar tujuh bot lain.

Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan menghantar sebuah jentera bomba sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.06 malam dan mengambil masa kurang 10 minit tiba di tempat kejadian tetapi kebakaran ketika itu sudah sukar dikawal kerana bot nelayan yang terbakar, terputus tali dan hanyut, katanya kepada pemberita di sini.

Bot nelayan itu kemudian melanggar barisan bot yang lain dan akibat geselan itu tujuh bot Maritim Malaysia turut hangus.

"Kami berjaya menyelamatkan dua bot Maritim Malaysia dan empat bot nelayan lain daripada turut terbakar.

"Bot Maritim Malaysia yang terbakar itu adalah daripada pelbagai jenis dan pihak kami sedang menyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Abdul Wahab berkata, selain Kuantan, tiga jentera bomba dan kira-kira 60 pegawai serta anggota dari Balai Bomba Indera Mahkota, Taman Tas dan Gebeng turut terlibat dalam operasi mengawal dan memadam kebakaran. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Makin parah!

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

Oleh MUHAMMAD
DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

K. Rajagobal

KUALA LUMPUR - Hari malang bola sepak negara berterusan apabila kebangkitan yang diharapkan akhirnya bertukar menjadi igauan ngeri apabila Harimau Malaya diajar pasukan tangga ke-11 J-League 2, Tokyo Verdy 0-5 dalam perlawanan persahabatan di Jepun, semalam.

Apa yang pasti, kekalahan semalam ibarat mencurah minyak ke dalam api setelah skuad kebangsaan teruk dikritik akibat dibelasah juga 0-5 oleh kelab Jepun, Shonan Bellmare, Sabtu lalu.

Kekalahan semalam juga pastinya memberikan kesan besar terhadap nasib jurulatih Datuk K. Rajagobal apabila Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak FAM bersidang hari ini untuk membincangkan kedudukan pengendali kebangsaan itu.

Apakah Rajagobal masih berkesempatan membawa cabaran Malaysia pada Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain dan Qatar pada Oktober serta November ini?

Lebih memburukkan keadaan, tiada satu gol pun dapat dijaringkan oleh Harimau Malaya dalam tiga perlawanan di Jepun termasuk kalah 0-2 kepada satu lagi kelab kelab Jepun, Shimizu S- Pulse dalam perlawanan persahabatan pertama.

Sebaliknya, dalam ketiga-tiga aksi persahabatan tersebut, gawang skuad kebangsaan dibolosi 12 kali.

Kecewa dengan kekalahan terbaharu itu, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang ditemui di sini semalam enggan menjawab soalan mengenai nasib Rajagobal sebaliknya meminta wartawan menunggu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak FAM hari ini.

Maaf... saya tidak mahu jawab fasal bola sepak.. tunggulah esok, jangan rosakkan mood saya pada majlis ini, " katanya pada penyampaian insentif kecemerlangan kepada pemain hoki kebangsaan, di sini.

Pada perlawanan semalam yang dibahagikan kepada tiga separuh masa permainan, Malaysia ketinggalan 0-2 pada babak pertama sebelum Tokyo Verdy menambah dua lagi gol pada babak kedua dan melengkapkan kemenangan 5-0 dengan satu lagi jaringan pada babak berikutnya.

Sementara itu, Rajagobal mengakui kecewa dengan kekalahan tersebut kerana menyangka anak-anak buahnya pasti akan bangkit selepas mengalami dua kekalahan.

Memang saya tidak puas hati, namun perlu diakui aksi menentang kelab J-League adalah medan terbaik untuk persiapan kita bertemu Bahrain pada Kelayakan Piala Asia," katanya.

Kekalahan demi kekalahan yang dialami skuad negara sepanjang di Jepun juga tidak disenangi oleh bekas pemain kebangsaan era 70-an, Dali Omar.

Beliau yang dihubungi bertegas bahawa Rajagobal tidak sewajarnya memberikan banyak alasan sebaliknya sudah sampai masanya melepaskan tanggungjawab sebagai pengendali skuad kebangsaan.

Janganlah bagi sebarang alasan kononnya bermain pada waktu petang atau alasan berpuasa.

Saya sebagai bekas pemain tahulah, tidak perlu hendak memberikan alasan-alasan sebegini. Punca utama kita kalah disebabkan bola sepak kita di ambang kemerosotan dan kita berada pada peringkat paling berbahaya jika kita tidak lakukan apa-apa dari sekarang.

Saya rasa pemain tidak wajar dipersalahkan kerana mereka mengikut arahan jurulatih, apa yang saya nampak mereka tidak diberi kesempatan yang banyak untuk bermain.

Macam mana jurulatih mahu menilai pemain jika hanya dimasukkan sekejap-sekejap dan menukar dengan pemain lain, sekiranya saya menjadi jurulatih pun, saya pasti mahu menilai daripada aspek kawalan bola, keupayaan menggelecek dan tahap penyudah di depan gawang. Ini tidak, saya nampak dia terus bereksperimen dalam setiap perlawanan.

Pesanan saya kepada Rajagobal, selepas balik Malaysia nanti, eloklah melepaskan jawatan secara terhormat, sudah sampai masanya dia berbuat demikian, " katanya.

Elak Sukan SEA jadi sarkas - Zolkples

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

KUALA LUMPUR - "Jangan jadikan seperti sarkas," tegas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong menyatakan pendiriannya terhadap penganjuran Sukan SEA 2017 sekiranya Malaysia bergelar tuan rumah temasya dwitahunan tersebut dalam tempoh empat tahun lagi.

Kecenderungan negara anggota ASEAN menganjurkan acara yang memberi kelebihan kepada mereka sebagai tuan rumah terutamanya sukan rakyat telah mendorong Zolkples membuat kenyataan tersebut.

"Acara sukan yang dipertandingkan haruslah selari dengan acara-acara sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Saya banyak kali mengeluarkan kenyataan bahawa temasya Sukan SEA tidak seharusnya mempertandingkan acara sukan rakyat dan jangan jadikannya seperti sarkas."

Zolkples berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sesi Fotografi Aidilfitri Bersama Atlet Kebangsaan di Kafe Atlet MSN di sini, kelmarin.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui laman sosial Twitter miliknya serta Timbalannya, Datuk M. Saravanan pada Sidang Dewan Negara, kelmarin berhubung penganjuran Sukan SEA 2017.

Saravanan berkata, kertas cadangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) supaya Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 akan dibawa kepada Kabinet bulan depan untuk kelulusan kerajaan.

Menurut Zolkples, jika Malaysia menjadi tuan rumah temasya tersebut pada 2017, MSN amat berharap hanya acara sukan kompetitif yang dipertandingkan dan bukannya sukan rakyat yang sama sekali tidak memberi faedah kepada atlet negara.

"Kita tidak mahu menjadi juara keseluruhan dengan memenangi banyak pingat emas dalam acara seperti vovinam, sepak bulu ayam, renang sirip dan sebagainya," tegas beliau.

Jelasnya, sebagai tuan tumah, matlamat untuk mencatat kejayaan dan meraih sebanyak mungkin pingat adalah menjadi objektif mana-mana negara penganjur, namun, pencapaian atlet harus diberi keutamaan.

"Sebagai tuan rumah, sudah tentu kita mahu melihat negara kita berjaya di temasya tersebut. Tetapi, selain berjaya sebagai pengelola, kita juga perlu berjaya dari segi pencapaian atlet," ujarnya.

Bagaimanapun, Zolkples memberitahu, bagi sukan tradisi seperti silat dan sepak takraw akan tetap diteruskan memandangkan kedua-dua acara berkenaan turut dipertandingkan di Sukan Asia.

Brunei sepatutnya menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017, tetapi telah bertindak menarik diri untuk bergelar penganjur pada tahun berkenaan dan hanya bersedia berbuat demikian pada 2019. Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah pada 2001 dan negara ini berjaya muncul sebagai juara keseluruhan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Toyota bakal perkenal dua lagi varian terbaharu

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

Vios merupakan antara model kereta bukan nasional yang terlaris di negara ini dan model sedia ada ini telah habis dijual.

KUALA LUMPUR 31 Julai - UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) akan memperkenalkan varian baharu Vios dan Lexus E-Series kepada umum, penghujung tahun ini.

Presidennya, Datuk Ismet Suki berkata, model Vios sedia ada telah pun habis dijual dan berharap akan dapat dihantar kepada para pembeli sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, Vios sedia ada telah habis dijual sebanyak kira-kira 40,000 unit dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

Katanya, bagi jumlah jualan dalam industri (TIV), pihaknya menyasarkan untuk menjual sebanyak 90,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

Saya menjangkakan model Vios akan menerima jualan tertinggi sekali gus akan memberi keuntungan kepada syarikat berdasarkan permintaan orang ramai sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meraikan kanak-kanak dari Rumah Harapan Al-Khadeem dan media pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat berkenaan, semalam.

Toyota Vios 1.5 merupakan sebuah kereta sedan untuk seisi keluarga dengan rekaan elegan dan antara kereta paling laris di dalam negara, memiliki pelbagai ciri terkini dan ditawarkan dengan harga serendah RM72,417.

Tambah Ismet, pihaknya akan mula menerima tempahan bagi Vios varian baharu bermula suku keempat tahun ini.

Harga masih lagi belum ditentukan dan kami akan umumkan pada majlis pelancaran nanti," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Muip mantapkan hafazan imam

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

KUANTAN 31 Julai - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dengan kerjasama kerajaan negeri bercadang mengambil tenaga pengajar dari negara Arab bagi membimbing golongan imam di negeri ini meningkatkan hafalan al-Quran dengan lebih lancar dan berkesan.

Yang Dipertua Muip, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, golongan imam itu akan diberi kursus insentif yang akan dibimbing tenaga pengajar berkenaan.

Titah baginda, langkah tersebut supaya imam berkenaan dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan lebih merdu serta mengikut taranum yang sesuai.

"Cara ini bukan sahaja dapat menarik warga emas tetapi juga orang muda serta remaja supaya menjadikan masjid sebagai tempat wajib dalam menunaikan solat secara berjemaah," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam majlis pengurniaan Anugerah Kecemerlangan dan Khatam al-Quran Maahad Tahfiz Negeri di Yayasan Pahang, di sini kelmarin.

Yang turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan kalangan barisan Exco kerajaan negeri.

Tengku Abdullah bertitah, pelajar Maahad Tahfiz perlu memahami isi kandungan yang terdapat di dalam al-Quran supaya mereka dapat membacanya dengan penuh penghayatan ketika menjadi imam sama ada di masjid atau surau.

"Cara itu bukan sahaja menarik golongan muda dan remaja datang ke masjid atau surau menunaikan solat tetapi turut memikat hati kalangan bukan Islam memilih agama ini sebagai pegangan hidup mereka," titah baginda.

Khatam al-Quran Rakan Muda diperluas ke setiap daerah

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah beramah mesra dengan tenaga pengajar Maahad Tahfiz dalam majlis Khatam al-Quran Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri di Masjid Kampung Pandan 2, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 31 Julai - Majlis Khatam al-Quran Rakan Muda yang dianjurkan kerajaan negeri akan diperluaskan ke setiap daerah berikutan maklum balas positif para peserta terhadap program itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain berkata, dalam masa sama program itu dapat mendekatkan antara pemimpin kerajaan negeri dan golongan belia di negeri ini.

"Kita mendapat maklum balas daripada rakan-rakan belia di setiap daerah bahawa konsep turun padang seumpama ini adalah sesuatu yang amat baik.

"Program ini secara tidak langsung mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk tempatan dan kita tidak mempunyai halangan untuk menjayakan program yang dicadangkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program itu di sini, kelmarin.

Yang turut berangkat ke majlis itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tungku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah dan ADUN Panching, Datuk Mohd. Zaili Besar.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga akan menjalankan kajian meningkatkan mutu pembacaan al-Quran dalam kalangan belia dari semasa ke semasa.

Banduan Bentong tunai zakat fitrah

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

Penghuni penjara membayar zakat fitrah di surau ketika majlis pembayaran zakat penghuni Penjara Bentong, Pahang, kelmarin.

BENTONG 31 Julai - Walaupun sedang menjalani hukuman penjara, namun seramai 472 banduan beragama Islam di Penjara Bentong di sini, perkara itu bukan halangan untuk tidak melaksana tanggungjawab membayar zakat fitrah.

Dengan bantuan amil, pihak Penjara Bentong menganjurkan program pembayaran zakat fitrah beramai-ramai semalam bagi memudahkan para penghuni menunaikan tanggungjawab tersebut.

Pengarah Penjara Bentong, Abdul Aziz Abdul Razak berkata, tahun ini merupakan kali kelima pihak penjara mengadakan majlis itu.

Katanya, banduan menunaikan zakat fitrah masing-masing menggunakan pendapatan yang diperoleh melalui kerja-kerja di bengkel penjara dan pastri.

"Ada yang membayar untuk diri sendiri dan ada juga untuk ahli keluarga masing-masing.

"Ini menunjukkan walaupun mereka berada dalam penjara, tanggungjawab sebagai umat Islam dan ketua keluarga tetap ditunaikan," kata Abdul Aziz selepas Majlis Pembayaran Zakat Fitrah Peringkat Penjara Bentong di sini semalam.

Menurut beliau, selain membayar zakat fitrah, pelbagai program dijalankan khusus untuk banduan termasuk tadarus al-Quran dan solat tarawih berjemaah.

Katanya, usaha itu diharap dapat membantu memupuk nilai-nilai positif dalam diri banduan seterusnya membantu mereka mendekatkan diri dengan agama.

Abdul Aziz memberitahu, sempena sambutan Aidilfitri, sesi pertemuan khas keluarga dan banduan akan diadakan pada hari raya ketiga dan keempat.

"Peluang ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara banduan dan keluarga masing-masing.

"Keluarga yang bakal datang melawat diminta mematuhi peraturan ditetapkan oleh pihak penjara bagi mengelakkan sebarang kesulitan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Amah mencuri, beri maklumat palsu dijel

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

JOHOR BAHRU 31 Julai - Seorang amah warga Indonesia bukan sahaja mencuri wang tunai dan barang-barang berharga bernilai hampir RM50,000 milik majikannya, malah turut memberi maklumat palsu semasa siasatan pihak polis.

Namun perbuatan jenayah wanita itu tidak ke mana apabila dia akhirnya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri dan memberi maklumat palsu pada pertengahan bulan ini.

Dengan pengakuan tersebut, Majistret Salina Omar menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas Tutik Hernalia, 42.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi pertuduhan mencuri dan penjara dua tahun bagi pertuduhan memberi maklumat palsu. Kedua-dua hukuman itu diperintah berjalan serentak.

Tutik mengaku mencuri wang tunai RM1,600 selain barangan berharga seperti dua utas jam tangan jenama Omega dan Cisco serta dua telefon bimbit jenis Samsung milik majikannya, yang kesemuanya bernilai kira-kira RM50,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumah No. 43, Jalan Utama 20, Taman Mutiara Rini di sini pada pukul 10.15 pagi, 18 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan kedua, Tutik yang sudah tiga tahun bekerja dengan majikannya itu, didakwa telah memberi maklumat palsu semasa memberi keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak polis.

Kesalahan tersebut dilakukan di pejabat pegawai penyiasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini kira-kira pukul 2.15 petang hari yang sama.

Pertuduhan bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M. Vinodharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Bekas peguam didakwa pecah amanah lebih RM400,000

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Julai - Seorang bekas peguam sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kali ini atas tuduhan pecah amanah melibatkan harta bernilai lebih RM400,000 milik sepasang suami isteri, tujuh tahun lalu.

Lee Cheng Teng, 56, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin lalu atas tuduhan sama melibatkan kerugian lebih RM200,000, membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan terbaharu itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai peguam yang mewakili Yue Leong Siew, 60, dan Ong Chiu Gek, 54, dalam kapasiti tersebut telah melakukan pecah amanah terhadap harta bernilai RM426,200 yang diamanahkan oleh pasangan berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di RHB Bank Berhad cawangan Taman Midah Cheras, di sini pada 18 Oktober 2007.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta denda.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 29 Julai lalu, dia didakwa atas tujuh pertuduhan pecah amanah melibatkan cek bernilai RM260,000 milik sebuah syarikat minyak sawit, enam tahun lalu

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri menawarkan ikat jamin RM50,000 dengan syarat tambahan, tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun peguam yang mewakili tertuduh, S. Ramesh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM30,000 dengan alasan anak guamnya yang pernah berkhidmat sebagai peguam sejak 22 tahun lalu kini tidak lagi bekerja.

Katanya, anak guamnya menanggung isteri tidak bekerja dan dua anak masih bersekolah selain memberi kerjasama terhadap pihak polis sepanjang siasatan.

Mengenai pasport, beliau berkata, dokumen itu telah tamat tempoh.

Hakim Murtazadi Amran kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


24 pendatang asing lemas di Turki

Posted: 31 Jul 2013 10:57 AM PDT

ANKARA 1 Ogos - Seramai 24 orang lemas awal pagi semalam apabila sebuah bot yang membawa pendatang tanpa izin karam apabila cuba mendarat ke perairan barat negara ini, lapor media tempatan.

Kapten bot memberitahu pengawal pantai, terdapat 30 orang penumpang di dalam bot berkenaan sebelum terputus hubungan.

Pengawal pantai berjaya menemukan 24 mayat dan menyelamatkan 12 pendatang tanpa izin yang lain tanpa diketahui warganegara mereka. Operasi pencarian mangsa masih giat dilakukan. - AFP

8 cedera dalam letupan di Florida

Posted: 31 Jul 2013 10:54 AM PDT

FLORIDA 1 Ogos - Seramai lapan orang cedera, tiga daripadanya dilaporkan kritikal dalam siri letupan yang berlaku di sebuah kilang gas propana di tengah Florida, kata pihak berkuasa semalam.

Semua mangsa yang cedera adalah pekerja di kilang tersebut," kata jurucakap Pejabat Syerif Lake County, John Herrel kepada media semalam.

Menurutnya, letupan di kilang Blue Rhino tersebut berlaku sekitar pukul 10.30 malam kelmarin, ketika kira-kira 24 ke 26 pekerja sedang bekerja syif malam. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Cahaya cinta baharu

Posted: 31 Jul 2013 12:41 AM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN

Ilias menyarungkan cincin perkahwinan ke jari Ras Adiba sambil disaksikan Umar.

PERSONALITI televisyen yang tidak asing dalam dunia penyiaran tempatan, Ras Adiba Mohd. Radzi yang kini berusia 45 tahun akhirnya menamatkan zaman jandanya setelah bertemu dengan bekas rakan sekolah sewaktu menuntut di St. John's Institution.

Jelasnya, setelah lebih 14 tahun kembali solo, dia tidak pernah menyangka dirinya akan kembali menemui cinta, apatah lagi seterusnya melangsungkan perkahwinan dalam bulan Ramadan yang juga merupakan hari ulang tahun kelahiran dirinya.

"Sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan kembali bergelar isteri, apatah lagi dengan situasi saya sekarang tetapi ternyata, jodoh dan pertemuan itu berada di tangan Tuhan dan hari ini, saya sudah berkahwin.

"Pastinya saya sangat bersyukur kerana majlis perkahwinan ini dijalankan serentak dengan sambutan tarikh lahir saya selain sewaktu umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadan yang mulia," katanya yang ditemui sejurus selesai majlis tersebut di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Tanggal 27 Julai lalu, tepat pada pukul 6.10 petang, personaliti televisyen itu melangsungkan pernikahan dengan individu seusia dengannya, iaitu Ilias Yaakop yang merupakan seorang instruktor penyelam dan juga penasihat kewangan.

Dengan tiga kali lafaz, pasangan tersebut sah menjadi suami isteri apabila ayah kepada Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, sendiri menikahkan anak perempuan sulungnya itu.

Dalam majlis tersebut, pihak lelaki memberi RM99 sebagai mas kahwin dan wang hantaran pula berjumlah RM10,000 selain turut memberi sejumlah lima dulang hantaran.

Pihak perempuan membalas dengan memberikan tujuh dulang hantaran yang antaranya merupakan senaskhah al-Quran, sepasang telekung, sebentuk cincin, jam tangan, minyak wangi, manisan, kasut dan juga sirih junjung.

Ras Adiba sebelum ini pernah mencipta nama sebagai salah seorang penyampai televisyen popular sebelum terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang daripada membuat liputan bola sepak Piala Malaysia 1996.

Kerana kemalangan tersebut juga, wanita yang mesra dengan panggilan Dib itu mengalami nasib yang lebih malang apabila pada pertengahan tahun 2002 yang lalu, dia menjadi lumpuh separuh badan dari pinggang ke kaki.

Tambah wanita ini lagi, setelah 14 tahun menyambut kedatangan Aidilfitri sebagai wanita solo, kini sambutan pada tahun ini pasti terasa lebih meriah dengan kehadiran suami di sisi, di samping anak tercinta, Umar Ras Engel Abdullah, 6.

"Saya gembira dengan kehidupan yang telah dilalui sebelum ini, tetapi pastinya dengan pernikahan ini suasana dan sambutan Syawal akan menjadi lebih meriah.

"Percaya atau tidak, perasaan saya kini tidak ubah seperti seorang gadis muda yang baru melangsungkan perkahwinan buat pertama kali," katanya yang bercadang untuk bercuti dengan suami dan anak mereka awal tahun hadapan.

Majlis pernikahan yang berlangsung sederhana itu dihadiri kira-kira 150 orang dan turut disertai oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta rakan selebriti antaranya Abu Bakar Atan dan Zakiah Anas.

Terpikat dengan sifat dimiliki Ras Adiba

Sungguhpun kedua-dua individu ini pernah bersekolah bersama, tetapi mereka sebenarnya tidak pernah bertemu pada waktu itu sebaliknya mereka berdua berkenalan pada majlis pertemuan semula yang diadakan pada bulan April lalu.

Jelas Ilias, mereka sendiri tidak pernah kenal antara satu sama lain sebelum ini melainkan bertemu pada bulan empat lalu dan bermula daripada situ, hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat.

"Pada mulanya kami berhubung hanya sebagai teman, tetapi setelah mengenali hati budinya dan melihat pada ketabahannya menjalani kehidupan seharian, hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.

"Saya tertarik dengan sifatnya yang amat merendah diri walaupun dengan status dimiliki sebagai seorang selebriti, dia juga seorang wanita yang kelakar," katanya yang merupakan seorang duda anak satu.

Selain daripada tertarik dengan perwatakan dimiliki Ras Adiba, Ilias juga mengakui mereka mempunyai minat bersukan yang sama antaranya sukan menyelam.

"Perkara-perkara tersebut merupakan antara sebab mengapa saya tertarik dengannya dan saya bersyukur, majlis hari ini dapat berlangsung dengan lancar," katanya.

Pasangan tersebut juga tidak menolak sekiranya perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata tetapi tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut kerana masing-masing selesa dengan kehidupan yang dijalani kini.

Nadeem selesa dengan Rayqal

Posted: 31 Jul 2013 12:41 AM PDT

WajaH Nadeem (kiri) sering menjadi penghias laman sosial Nora.

MELIHAT laman Instagram pelakon cantik ini mesti ramai yang sedar kebelakangan ini Nora Danish sering menyelitkan gambar seorang lelaki. Setelah diperhatikan, kebanyakan komen yang diberikan peminat berkisar apakah hubungan sebenar Nora dengan lelaki itu.

Menjawab persoalan tersebut, Nora sebenarnya langsung tidak menyalahkan sesiapa apabila kononnya kisah dia sedang dilamun cinta terus-terusan diperkatakan.

"Sebenarnya Nora tidak salahkan orang lain untuk bertanya. Memang benar lelaki bernama Nadeem itu rapat dengan Nora dan keluarga sejak akhir-akhir ini.

"Kami kenal sudah tujuh tahun. Memang dia seorang rakan lelaki yang rapat," katanya yang ditemui pada majlis Anugerah Syawal TV3 baru-baru ini.

Menjawab persoalan sama ada hubungan rapat ini menjurus kepada cinta, bagi Nora ia terlalu jauh untuk diperkatakan buat masa sekarang.

Bagaimanapun, sebagai wanita, Nora mengakui dia amat selesa ketika bersama Nadeem. Cuma barangkali belum sampai waktunya untuk dia beralih ke alam perkahwinan buat masa ini.

"Tidak nafikan jika suatu hari nanti hati saya sudah terbuka untuk berkahwin kembali, Nadeem memang ada ciri-ciri suami yang saya cari.

"Namun saya memang belum terfikir soal kahwin buat masa sekarang. Bagi saya menjadi isteri bukan soal mudah," katanya.

Sebenarnya sewaktu hubungan ini terus diperkatakan, ada juga komen-komen pedas yang terus dikeluarkan peminatnya yang tidak mahu Nora terlalu rapat dengan Nadeem.

Melalui komen-komen yang ditulis semuanya berkaitan dengan kononnya perangai sebenar lelaki muda itu. Mengenalnya dari sisi sebenar, Nora percaya Nadeem mempunyai nilai lelaki yang dicari.

"Benarlah kata orang, kalau kita tak kenal maka tak cinta. Apa yang ingin saya sampaikan disini, mengenali Nadeem dia bukan seperti yang dikatakan.

"Dia seorang yang baik , dan antara sifat Nadeem yang Nora suka adalah suka memberi nasihat," katanya.

Menurut Nora, memandangkan Nadeem juga merupakan seorang ayah menjadikan hubungannya dengan anak tunggal pelakon cantik itu rapat.

"Dia juga seorang ayah, jadi hubungannya dengan Rayqal memang tidak ada masalah. Rayqal juga selesa dengannya,"katanya yang dilihat semakin bijak dalam soal fesyen dan penampilan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perkasa pasukan pengurusan krisis

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

BARU-BARU ini 'orang tengah' dalam urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl telah tampil ke depan untuk menafikan sekeras-kerasnya kewujudan elemen rasuah dalam pemerolehan aset pertahanan canggih itu.

Setelah hampir lima tahun mendiamkan diri, beliau akhirnya tampil menjelaskan pembayaran RM452 juta (115 juta euro) kepada Perimekar Sdn. Bhd. adalah munasabah bagi membiayai kos khidmat pengurusan syarikat berkenaan.

Dalam wawancara eksklusif dengan sebuah akhbar, Jasbir menjelaskan syarikat itu menyediakan perkhidmatan pengurusan dan integrasi projek, menyelaraskan penglibatan syarikat Malaysia semasa fasa pembinaan serta memantau prestasi firma terlibat.

Ia juga meliputi khidmat membantu kontraktor utama mematuhi semua undang-undang dan prosedur tempatan berkaitan pelaksanaan kontrak, menguruskan soal logistik dan latihan pegawai serta anggota Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sebahagian besar daripada bayaran itu melibatkan aspek makanan dan penginapan serta semua perkhidmatan yang perlu bagi latihan 145 kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis dan Sepanyol selama tempoh enam tahun termasuk premium insurans kesihatan serta elaun saraan harian minimum 50 euro seorang.

Ketika membuat pendedahan itu, Jasbir turut menafikan beberapa tohmahan lain pihak pembangkang dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) termasuk dakwaan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu berada dalam kumpulan perunding yang memuktamadkan urus janji tersebut.

Bagi kita yang sejak dahulu lagi yakin bahawa kerajaan tidak bersalah dalam isu ini sudah pasti menyambut baik pendedahan berkenaan.

Cuma yang menghairankan, kenapa masa terlalu lama diambil untuk membuat pendedahan sedangkan isu ini telah bertahun-tahun dicanang pihak pembangkang sehingga wujud persepsi tokoh tertinggi kerajaan terlibat dengan rasuah dan pembunuhan?

Kenapa wakil kerajaan tidak menemui Jasbir sendiri ketika isu mula dicetuskan pada 2008 untuk mendapatkan penjelasan bagi membolehkan fakta terbabit digunakan untuk menangkis dakyah-dakyah pembangkang?

Kelembapan kerajaan untuk bertindak dalam isu ini menghimbau kita kembali kepada satu lagi kes membabitkan dakwaan pembangkang pada 2011 bahawa laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mengesahkan wujud penyelewengan dalam National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

Walaupun dakwaan tersebut jelas sekali tidak berasas kerana Jabatan Audit Negara (JAN) tidak mempunyai kuasa mengaudit syarikat swasta, tiada sebarang penjelasan segera diberikan sehingga rakyat percaya dengan tohmahan tersebut.

Hanya pada Januari 2012, JAN membuat penjelasan dengan menyatakan kelemahan dikesan hanya merujuk kepada projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan dan bukan NFCorp.

Menurut JAN, jika dibaca keseluruhan laporan, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, in a mess atau pun penyelewengan.

"Perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain (pembangkang) dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan kerana sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata jabatan itu.

Kegagalan 'mencantas' dengan segera isu-isu politik membabitkan kapal selam Scorpene dan NFCorp ini membuatkan kita tertanya-tanya adakah kerajaan tidak mempunyai pasukan pengurusan krisis bagi menanganinya?

Jika ada, kenapa lambat bertindak untuk menyediakan fakta-fakta betul dengan kadar segera kepada menteri yang berkenaan bagi membolehkan segala tohmahan dijawab dengan pantas dan memuaskan hati rakyat?

Bagi penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin, Malaysia sudah mempunyai pasukan pengurusan krisis dalam setiap bidang, cuma masalahnya tidak semuanya cekap dalam menjalankan kerja-kerja mereka khususnya mereka yang terlibat menangkis dakyah politik pembangkang.

"Saya kira memang sudah wujud pasukan seperti ini dalam sistem yang sedia ada. Tinggal lagi kecekapan, kesiapsiagaan mereka yang dipertanggungjawabkan dalam bidang pengkhususan politik, itu boleh kita persoalkan.

"Lihat sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pasukan yang ditubuhkan gagal mengesan petanda-petanda yang menyebabkan kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN).

"Sehubungan itu, ahli pasukan pengurusan krisis yang berkarat dan tidak menunjukkan prestasi cemerlang harus dipecat dan digantikan dengan ahli baharu," katanya yang juga bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Beliau berkata, jika pasukan baharu sudah diwujudkan, prestasi mereka harus dinilai dari semasa ke semasa dan bukannya hanya membuat bedah siasat selepas keputusan PRU-14 diumumkan.

Katanya, kelemahan pasukan pengurusan krisis bukan sahaja berlaku dalam bidang politik malah juga melibatkan isu-isu hubungan antara kaum, Islam dan media baharu.

"Bagi saya pasukan ini perlu kepada pembugaran semula dan ia perlu dilakukan dengan segera," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meminta pihak kerajaan mencontohi pasukan pengurusan krisis dalam bidang ekonomi, kewangan dan perbankan yang dilihatnya sangat tangkas dan berkesan melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Pasukan ini seharusnya dijadikan penanda aras oleh semua pihak dan kejayaan mereka bukan sahaja kerana cepat bertindak memberi respons, tetapi dalam masa sama dapat bertindak secara betul dan segala fakta yang dikemukakan mempunyai asas kukuh," katanya.

Ditanya kemungkinan diwujudkan jawatan jurucakap kerajaan seperti 'White House Press Secretary' di Amerika Syarikat (AS) atau mencontohi kerajaan Jepun yang menyediakan wakil bagi menyampaikan status terkini kebocoran loji nuklear Fukushima, Mohd. Roslan berkata, mengikut sistem di Malaysia, para menteri yang bertanggungjawab menjadi jurucakap kerajaan.

Beliau berkata, masalah yang wujud di kalangan menteri ialah mereka tidak agresif untuk membuat kenyataan berasaskan fakta bagi menangkis dakyah pembangkang dan jika ada pun penjelasan itu, ia hanya disiarkan media arus perdana.

"Kenyataan seperti ini jarang disiarkan oleh portal berita Internet dan media sosial. Jika ada pun ia telah diputarbelitkan.

"Satu lagi yang penting ialah setiap menteri perlu mempunyai akaun Facebook, Twitter dan Instagram bagi membolehkan mereka memuat naik penjelasan dengan kadar segera," katanya.

Aset pertahanan laut kritikal

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

Oleh Azmi Hassan

PENDEDAHAN terkini mengenai isu perolehan kapal selam Scorpene oleh Jasbir Singh Chahl yang menempelak tuduhan terdapat unsur rasuah dan lebih sinis lagi penglibatan rakyat Mongolia bernama Altantuya Shaaribuu dianggap kritikal kerana Jasbir terlibat secara langsung dari mula hingga akhir dalam urusan pembelian tersebut.

Pertama kali berita mengenai perolehan kapal selam Scorpene oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mula dihebahkan pada sekitar Jun 2002, ia menarik perhatian banyak pihak kerana Malaysia berbelanja besar untuk kedua-dua kapal selam ini.

Perbelanjaan sebanyak RM3.4 bilion, iaitu hampir satu pertiga daripada peruntukan pertahanan setiap tahun sudah tentu mengundang pelbagai analisis mengenai rasional keperluan negara memiliki kapal selam.

Apakah penafian terbaru oleh Jasbir ini mampu meredakan isu Scorpene ini tidak mungkin akan berlaku kerana ia merupakan antara senjata ampuh pihak tertentu yang mempunyai niat untuk mengaibkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi apa yang paling nyata adalah rakyat lebih berminat dengan cerita tuduhan sensasi yang tidak mempunyai asas bukti sehingga menenggelamkan isu kepentingan keperluan kapal selam dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Menarik juga dikaitkan dengan kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri pada persidangan Parlimen sehari selepas penafian Jasbir yang menegaskan antara lain, TLDM memerlukan sekurang-kurangnya enam buah kapal selam bagi membentuk angkatan yang berupaya mengawal sempadan maritim Malaysia secara berkesan.

Menurut beliau lagi, kapal selam tersebut diperlukan untuk membuat rondaan di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) negara seluas kira-kira 600 kilometer persegi yang kaya dengan hasil perikanan, minyak dan gas dianggarkan bernilai trilion ringgit. Kritikal juga ditegaskan, garis sempadan EEZ Malaysia ini dipertikaikan oleh beberapa negara berdekatan terutama sekali yang melibatkan gugusan Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Pertikaian sempadan maritim yang bertindih dianggap kritikal untuk negara rantau Asia Pasifik kerana ia bukan sahaja melibatkan banyak negara tetapi juga turut membabitkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China.

Sebab itu permodenan sistem pertahanan yang melibatkan angkatan laut berlaku dengan begitu pantas tidak kira untuk negara kecil seperti Malaysia, Vietnam atau Singapura sehinggalah kepada negara yang berbelanja mewah seperti China, Jepun atau India.

Tentera laut Singapura (RSN) umpamanya sudah mempunyai enam kapal selam dalam operasi mereka, sementara Vietnam pula sedang membuat perolehan enam kapal selam kelas Kilo dari Rusia. Perbelanjaan pembelian kapal selam oleh negara Asia Pasifik pada tahun 2011 hanya berjumlah AS$4.4 bilion tetapi dijangkakan menjelang tahun 2020 perbelanjaan tersebut akan meningkat dengan mendadak sehingga AS$46 bilion.

Apa yang paling ketara adalah permodenan ini bukan sahaja melibatkan aset pertahanan bawah laut seperti kapal selam tetapi juga aset permukaan laut seperti kapal tempur yang mempunyai pelbagai keupayaan canggih seperti peluru berpandu dan sistem pengesan.

Cadangan penempatan empat buah kapal perang pesisir (LCS) milik tentera laut AS (USN) adalah salah satu usaha Washington memantapkan sistem pertahanan angkatan tentera laut negara sekutu mereka di rantau ini. Pada ketika ini hanya satu LCS iaitu USS Freedom telah mula beroperasi dari Pangkalan Laut Changi, Singapura.

Besar kemungkinan dua kapal selam milik negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah acap kali digunakan menyusur Laut China Selatan sehingga ke Kepulauan Spratly di mana Malaysia memiliki beberapa pulau seperti Pulau Ubi, Pulau Siput, Pulau Mathanena dan Pulau Peninjau yang juga dituntut oleh negara lain.

Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kawasan perairan yang agak luas dan kritikal seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka mesti mempunyai aset yang bersesuaian demi menjaga kedaulatan negara. Memang benar kos memiliki kapal selam adalah agak tinggi tetapi untuk meletak harga sebagai jaminan kedaulatan dan keselamatan negara adalah tidak adil.

Organisasi tentera laut yang tidak mempunyai kapal selam dianggap sebagai tidak lengkap dan lemah. Sebab itu negara Asia Pasifik umpamanya walaupun dianggap sebagai negara kecil dan tidak mempunyai peruntukkan pertahanan yang besar, membuat perancangan memiliki kapal selam.

Indonesia merupakan negara ASEAN pertama memperolehi kapal selam pada 1960-an dan diikuti beberapa siri pembaikan pada 1980-an. Tentera Laut Indonesia (TNI-Laut) menaruh harapan bilangan kapal selam dapat ditambah kerana aset sedia ada tidak mencukupi dan sudah terlalu uzur untuk menjalankan operasi.

Singapura sebaliknya hanya memiliki kapal selam dari Sweden pada 1995 tetapi pada hari ini RSN dianggap sebagai organisasi yang begitu mantap dan berkesan walaupun republik tersebut hanyalah sebuah negara pulau yang kecil.

Sememangnya tidak dapat dinafikan perolehan dua kapal selam Scorpene tersebut merupakan pelaburan pertahanan yang agak besar. Sebab itu masa yang diambil untuk merealisasikan perolehan tersebut dikatakan agak lama kerana TLDM telah memulakan perancangan tersebut sejak dari Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) lagi tetapi hanya dimuktamadkan pada tahun 2002.

Perlu diungkitkan ketika menyambut ketibaan kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman pada tahun 2009, Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan bahawa perolehan aset pertahanan terbaru adalah bukti kesungguhan kerajaan memastikan kedaulatan negara terus selamat dan terjamin.

Memang benar penghayatan tersebut kerana hari ini begitu jelas aset pertahanan laut adalah tunjang utama pertahanan kedaulatan maritim bukan sahaja untuk Malaysia tetapi kebanyakan negara Asia Pasifik.

PENULIS ialah Geostrategis Institut

Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Anak tak kenang budi

Posted: 31 Jul 2013 12:41 AM PDT

Penat lelah Saleha membesarkan anak-anak tirinya langsung tidak dikenang.

BUKAN mahu membuka pekung di dada, namun hati tua nenek ini sebenarnya telah lama menanggung derita sehingga tidak mampu lagi menanggung seksanya.

Berusia 75 tahun dan tinggal di sebuah kejiranan di bandar besar, sepanjang hidupnya Saleha (bukan nama sebenar) tidak pernah merasa kasih sayang sebenar seorang anak.

Lima belas tahun berkahwin tanpa dikurniakan anak, Saleha yang ketika itu menetap di Perak, telah dimadukan apabila suaminya mengambil keputusan untuk bernikah dengan wanita lain di sempadan Thailand tanpa izin dan pengetahuannya.

Biarpun reda dengan pernikahan itu sementelah mengaku kekurangan diri tidak dapat memberi zuriat untuk suami, jauh di sudut hati seorang wanita, Saleha sebenarnya kalau boleh enggan berkongsi kasih.

Dengan sikap suami yang sememangnya panas baran, cepat melenting dan tidak pandai membahagikan kasih sayang, Saleha nekad untuk berpisah dengan lelaki itu.

Saleha memberitahu, dia nekad meminta cerai tetapi suaminya tidak mengendahkan permintaannya sehinggakan dia bertindak melarikan diri dan tinggal di sebuah rumah saudaranya di Kuala Lumpur.

Ditakdirkan, madunya sempat memberikan sepasang zuriat buat suaminya sebelum wanita itu juga bertindak melarikan diri kerana tidak tahan hidup dengan lelaki itu yang terlalu mengongkong.

"Madu saya dengan meninggalkan kedua-dua anaknya di bawah jagaan suami. Setahun selepas itu dia meninggal dunia kerana kanser payu dara.

"Akibat sukar untuk memelihara dua anak yang masih kecil, suami mencari saya dan meminta memelihara anaknya yang berusia tiga dan setahun itu.

"Pada mulanya saya keberatan tetapi melihatkan kedua-dua anak berkenaan tidak terurus, saya rasa simpati dan berjanji memelihara mereka. Lagi pun keluarga sebelah madu saya pun enggan memelihara anak berkenaan kerana marah dengan sikap anak dan menantunya yang berkahwin secara sembunyi," katanya ketika ditemui di rumah sewanya, baru-baru ini.

Sebaik anak-anak berkenaan diserahkan kepada Saleha, suaminya pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ini menjadikan bebanan Saleha semakin berat kerana terpaksa menjaga anak-anak kecil itu sendirian sedangkan dia tidak bekerja.

Berkat kudrat empat kerat, Saleha berdikit-dikit menyara diri dan anak-anak berkenaan dengan menjual kuih dan nasi lemak di simpang jalan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"Dengan duit itulah akhirnya saya dapat menyara anak-anak, membesar dan menyekolahkan mereka dan membayar sewa rumah dengan sedaya upaya yang termampu saya lakukan.

"Kedua-duanya saya besarkan bagai anak sendiri. Tidak timbul sekelumit dendam di hati biarpun anak-anak itu merupakan zuriat suami dan madu mak cik," kata Saleha sebak.

Sampai waktunya Saleha cuba memberitahu anak-anaknya bahawa mereka bukan dari darah dagingnya setelah mereka berusia belasan tahun.

Pada mulanya anak-anaknya dapat menerima, namun sampai satu peringkat mereka mula berubah.

Saleha pun tidak faham mengapa mereka bertindak memulaukan dan bersikap seolah-olah membenci dirinya.

Fikirnya mungkin anak-anak ini menerima hasutan daripada seseorang ataupun mereka merasakan kasih sayang mereka 'tidak setimpal' untuk dirinya yang bukan ibu kandung mereka.

Anak perempuannya bertindak keluar dari rumah sewa mereka selepas berkahwin dan jarang sekali menjenguk dirinya.

Anak sulungnya pula, seorang lelaki, biarpun duduk di dalam rumah yang sama namun hanya bersua muka sekali sekala sahaja.

"Banyak masanya dihabiskan di tempat kerja. Apa yang menyusahkan setelah dia bercerai dengan isterinya, anak-anaknya seramai empat orang berusia setahun sehingga 12 tahun itu saya yang jagakan.

"Bayangkan saya menjaga mereka secara 'percuma' sahaja kerana tidak diberi sebarang duit pun, malah saya pula yang mengeluarkan duit untuk membeli keperluan cucu-cucu," katanya.

Saleha menambah, apabila ditanya mengenai nafkah anak-anaknya, dia hanya diherdik oleh anak lelakinya itu.

"Bukanlah kedekut hendak mengeluarkan belanja, namun saya pun bukannya bekerja dan duit pun banyak digunakan untuk membeli ubat-ubat kerana saya sendiri tidak sihat," katanya yang menghidap kencing manis dan darah tinggi itu.

Mendengar cerita daripada nenek tua ini minda terus berfikir, inikah balasan bagi kemuliaan hati seorang wanita yang ikhlas menjaga mereka sehingga dewasa biarpun mereka bukan daripada darah dagingnya.

Bukan hendak membantu, malah menambah lagi kesengsaraan hati nenek tua ini. Masih terngiang-ngiang kata-katanya: "Waktu saya sakit pun anak lelaki saya enggan membawa saya berjumpa doktor.

"Dia hanya bantu panggilkan teksi untuk hantar saya ke hospital, tetapi duit tambangnya, saya yang bayar sendiri."

Jenayah rogol kanak-kanak

Posted: 31 Jul 2013 12:41 AM PDT

hubungan seks yang dilakukan oleh orang dewasa kepada seorang kanak-kanak perempuan perlu dihukum seberat-beratnya. - Gambar hiasan

SALAH satu kategori penderaan terhadap kanak-kanak ditakrifkan oleh seksyen 17(1)(a) dan (b) Akta Kanak-kanak 2001 .

Takrifan penderaan berdasarkan seksyen tersebut yang pertama ialah kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan dari segi fizikal atau emosi atau dianiayai dari segi seks oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau seseorang anggota keluarga.

Takrifan kedua ialah kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan dari segi fizikal, emosi atau seks dan ibu, bapa atau penjaganya tahu tentang kecederaan atau penganiayaan atau kemungkinan sedemikian, tetapi tidak melindungi atau tidak mungkin akan melindungi kanak-kanak itu.

Namun penderaan seksual di bawah Akta Kanak-kanak hanya menjuruskan kepada eksploitasi seks seperti yang diperuntukan oleh S17(2)(c).

Akta ini tidak memasukkan peruntukan rogol kerana ia dimasukan dalam Kanun Keseksaan. Berdasarkan Seksyen 375 Kanun Keseksaan rogol berlaku apabila seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah keadaan berikut:

a. Tanpa persetujuannya;

b. Tanpa kebenarannya;

c. Dengan persetujuan tetapi diberikan kerana wanita itu takut akan keselamatannya atau kerana salah tafsiran dan lelaki itu tahu persetujuan diberi secara demikian.

d. Dengan persetujuannya kerana wanita itu percaya bahawa lelaki itu suaminya dan lelaki itu tahu dia bukan suami yang sah;

e. Dengan atau tanpa persetujuan wanita bawah umur 16 tahun.

Bagi kepentingan perbincangan ini ialah pada perenggan 'e' dengan atau tanpa persetujuan wanita yang berumur di bawah 16 tahun.

Ini bermakna mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun adalah satu kesalahan rogol dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Isu persetujuan tidak timbul kerana undang-undang mengambil teori asas bahawa kanak-kanak terlalu muda untuk memahami makna persetujuan dan tidak sesuai mengadakan hubungan seks terutama pada usia yang terlalu muda. Apatah lagi dilakukan secara paksa dan haram pula iaitu sebelum bernikah.

Sebelum ini saya membincangkan sumbang mahram yang sememangnya diharamkan oleh Islam kerana hubungan akrab antara pelaku tanpa mengira persetujuan.

Jadi dalam kes rogol kanak-kanak ini (kerana kanak-kanak di bawah 18 tahun) maka persetujuan juga tidak relevan. Pelaku juga tidak dapat dimaafkan hanya kerana dia tidak tahu gadis itu bawah 16 tahun.

Tetapi peruntukan ini tidak terpakai jika lelaki dan wanita di bawah 16 tahun itu telah berkahwin secara sah.

Oleh yang demikian, peruntukkan ini secara langsung tidak terpakai kepada orang Islam yang mana di bawah peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, umur untuk berkahwin ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 bagi perempuan.

Jika pasangan ingin berkahwin di bawah umur yang telah ditetapkan oleh enakmen, maka mereka perlu memohon kepada Hakim Syarie. Biasanya permohonan dibuat oleh wali dan mahkamah akan mempertimbangkan kesesuaian perkahwinan yang dicadangkan.

Apabila mahkamah bersetuju maka akan mengeluarkan perintah kebenaran untuk bernikah.

Jadi, jika seorang lelaki misalnya berumur 25 tahun berkahwin dengan seorang wanita berumur 15 tahun dengan kebenaran Hakim Syarie, maka selepas akad nikah mereka mengadakan hubungan seks maka itu bukan rogol.

Kebanyakan kes permohonan untuk berkahwin di bawah umur adalah kerana pasangan telah terlanjur dan anak gadis telah mengandung. Pernikahan itu sebagai jalan penyelesaian menutup malu ibu bapa.

Kebanyakannya anak gadis berumur antara 14-16 tahun dan lelaki pula berumur di atas 18 tahun.

Jika ini berlaku, sebenarnya, laporan polis perlu dibuat. Manakala lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur ini perlu didakwa di bawah peruntukan Kanun Keseksaan seksyen 375(e).

Namun, dalam kebanyakan kes tiada sebarang tindakan diambil kerana tiada aduan dan kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk menikahkan pasangan yang terlibat.

Sebenarnya Seksyen 375(e) tidak mengira sama ada pasangan berkahwin atau tidak. Jika seseorang lelaki itu mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur 16 tahun dia tetak akan dikira merogol walaupun selepas itu mereka berkahwin.

Namun hari ini, kesukarannya ialah walaupun perbuatan itu dianggap rogol di bawah undang-undang sivil, tetapi jika tiada aduan, dan kedua-duanya serta keluarga pula bersetuju untuk menikahkan pasangan maka tindakan tidak boleh diambil.

Ada beberapa kes di mana ibu bapa gadis sangat marah dan malu dengan perbuatan anak perempuannya dan terus membuat laporan polis.

Biasanya gadis itu mengaku bahawa perhubungan tersebut dibuat dengan kerelaan.

Polis perlu mengambil tindakan dan pasangan lelakinya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana mereka belum bernikah dan ibu bapa gadis tidak bersetuju untuk menikahkan anaknya dengan kekasihnya itu.

Bagi saya hubungan seks dengan gadis bawah umur jika dilakukan sebelum bernikah adalah zina dan hukumnya berdosa.

Ibu bapa perlu duduk sejenak berfikir kenapa ia berlaku dan cuba mencari jawapan untuk menghalang daripada berlaku.

Tiada gunanya mereka menyalahkan sebelah pihak dengan tuduhan rogol jika anak perempuan itu sendiri yang menyerahkan dirinya.

Saya sempat berbual dengan seorang kanak-kanak lelaki berumur bawah 18 tahun di Sekolah Henry Gurney atas kesalahan melakukan hubungan seks dengan rakan sekolahnya yang berumur di bawah 16 tahun.

Soalan yang ditanya kepada saya: "Kenapa saya sahaja yang perlu menjalani hukuman dan bukan kekasih saya? Kenapa dia (perempuan) boleh duduk di luar dan tidak dipenjara. Sedangkan apa yang kami lakukan adalah suka sama suka?"

Saya terkedu dan terus menjawab: "Di sisi Allah dia tetap berdosa kerana zina itu adalah antara dosa besar."

Anak muda berumur 17 tahun itu diam. Bila saya tanya tahukah dia bahawa mengadakan hubungan seks tanpa nikah itu dosa, dia mengangguk sambil mengakui ia adalah dosa.

Apabila ditanya mengapa masih melakukan dosa walaupun mengetahui? Akuinya, itu adalah runtunan nafsu dan bisikan syaitan.

Gejala sosial dalam kalangan remaja hari ini sangat membimbangkan dan mereka tidak mampu melawan hasutan syaitan dan kebanyakan pasangan remaja yang terlanjur, melakukan hubungan seks kerana rasa ingin tahu atau secara suka-suka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Jakim bantah, minta dikaji semula

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

Oleh SOFIAN BAHAROM
kota@utusangroup.com.my

PEMBINAAN pusat komersial di sebelah Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibimbangi akan menenggelamkan rumah ibadat Islam itu yang merupakan antara mercu tanda di ibu negara.

KUALA LUMPUR 30 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membantah cadangan pembangunan pusat komersial bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, cadangan tersebut didapati tidak sesuai dibangunkan di atas tapak tersebut atas sebab masjid tersebut adalah mercu masjid di Wilayah Persekutuan.

"Setelah meneliti cadangan tersebut, pertamanya, kami merasakan kedudukannya yang berjiran serta terlalu hampir dengan kawasan sebuah masjid bertaraf masjid negeri iaitu Masjid Wilayah Persekutuan serta kawasan-kawasan perumahan berkepadatan rendah seperti Hartamas Heights, Duta Tropika dan Duta Nasional adalah tidak wajar.

"Contohnya, pembangunan berkenaan didapati akan melibatkan pembinaan beberapa buah menara berketinggian 49 tingkat, 47 tingkat, 37 tingkat dan lapan tingkat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Apa yang jelas, kata Othman, keseluruhan pembangunan itu pasti akan menghalang pandangan masjid dari seluruh arah barat, barat laut mahupun barat daya serta identiti mercu tanda keislaman setempat yang berbentuk masjid akan terus tenggelam dan hilang daripada pandangan

Selain itu, katanya, cadangan menara pejabat 49 tingkat dan tiga blok apartmen servis setinggi 47, 37 dan lima tingkat dilihat tidak sesuai kerana dipercayai akan mengundang konflik sosial dalam kalangan penduduk dengan masjid.

Beliau berkata, berkemungkinan berlakunya bantahan daripada penghuni mengenai seruan lima kali azan, khutbah dan syarahan-syarahan keagamaan Islam yang mungkin bertukar menjadi isu sensitif terhadap agama.

Sehubungan itu, tegasnya, pembangunan yang dicadangkan tersebut didapati tidak prihatin terhadap sensitiviti mahupun kehendak serta hak kejiranan sesebuah kawasan perumahan dan penduduk setempat.

Mengulas lanjut, kata beliau, pembangunan komersial seperti itu akan menyebabkan pertumbuhan premis-premis seperti restoran, pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam dan karaoke serta aktiviti-aktiviti berunsur maksiat yang lain seperti yang berlaku di beberapa tempat seperti Bangsar.

Beliau turut mengingatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai impak cadangan pembangunan tersebut terhadap alam persekitarannya terutama keperluan merealisasikan dasar minimum 10 peratus kawasan hijau.

"Selain itu, pembangunan berkepadatan tinggi seperti dicadangkan akan hanya menambahkan lagi kesesakan lalu lintas sedia ada kepada tahap yang lebih serius dan membimbangkan," katanya.

Caj tunda: Kadar dilulus Kementerian Pengangkutan

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kadar caj baharu bagi tindakan penguatkuasaan ke atas kenderaan bermotor yang melakukan kesalahan adalah diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya sebagai agensi pelaksana.

Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Stapa berkata, tidak timbul isu kadar caj pengapitan, pengalihan dan penahanan kenderaan bermotor yang terlalu tinggi dan membebankan golongan tertentu ekoran penguatkuasaan caj baharu yang akan bermula Khamis ini.

"Perkara itu tidak seharusnya berbangkit memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu kenderaan telah menimbulkan kacau ganggu awam.

"Tambahan pula kos bagi tindakan pengapitan, pengalihan dan penahanan juga agak tinggi yang terpaksa ditanggung oleh DBKL," katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia hari ini.

Jumaat lalu, akhbar ini melaporkan rungutan orang ramai mengenai kadar caj yang terlalu tinggi dan menyifatkan tidak wajar ekoran prasarana yang disediakan tidak mencukupi iaitu petak meletak kenderaan.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye turut menggesa DBKL mengkaji semula caj tersebut sebelum melaksanakannya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, kenaikan caj itu juga sebagai salah satu pengajaran kepada pemandu agar tidak melakukan kesalahan yang menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

DBKL cari PPR terdekat

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@utusangroup.com.my

Tengku Adnan Tengku Mansor bertanyakan sesuatu kepada sebahagian mangsa kebakaran yang memusnahkan lima rumah setinggan di Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam di Lembah Pantai, Kuala Lumpur semalam - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

KUALA LUMPUR 30 Julai - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mencari unit kosong di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah bagi menempatkan mangsa kebakaran di Kampung Pasir Baru di Pantai Dalam, Lembah Pantai semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tawaran menduduki PPR Bukit Jalil sudah dikeluarkan pihaknya, namun lima keluarga itu menolak untuk ke sana dengan alasan lokasinya jauh dari tempat kerja dan sekolah anak mereka.

"Kami sebenarnya sudah menyediakan surat tawaran untuk ke PPR Bukit Jalil tetapi mereka tidak mahu, dan saya meminta DBKL untuk mengenal pasti sekiranya ada rumah kosong di PPR Muhibbah seperti yang diminta mereka.

"Justeru itu, kami tetap akan membantu mereka kerana Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin biarpun tempat ini boleh dikatakan bukan kawasan kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat mangsa kebakaran tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz.

Tengku Adnan turut menyampaikan bantuan peribadi berupa wang tunai sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat dengan kejadian kebakaran itu, yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Dalam pada itu, ujar Tengku Adnan, lokasi kebakaran tersebut akan dikawal bagi mengelak sebarang pembangunan lain dijalankan selepas ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved