Rabu, 28 Disember 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kemelut dalaman Pas selesai

Posted:

Kemelut dalaman Pas selesai

Kemelut dalaman Pas selesai

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


NIK Aziz Nik Mat (empat dari kiri) bertanya sesuatu kepada tuan punya calet, Datuk Ahmed Shahabuddin Mohd. Nor (tengah) ketika melawat kawasan hakisan di Kampung Pantai Chat, Bachok, semalam.


BACHOK 28 Dis. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan kemelut yang melanda parti itu membabitkan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah selesai.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kedudukan Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok bagi dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang kepada ahli Pas di kawasan tersebut untuk menentukannya.

Beliau berkata, satu majlis diadakan di antara ketiga-tiga pemimpin terbabit dengan barisan kepemimpinan Pas Pusat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, bagi meraikan penyelesaian kemelut tersebut.

"Semalam ada pertemuan majlis 'mahabbah' yang dianjur oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saya selaku tuan rumah sahaja.

"Saya hanya mengucap syukur kepada Allah kerana kecoh yang berlaku reda dan Hasan menarik balik kenyataannya yang sensitif. Ini tanda keikhlasan dan 'anak jantan' apabila sedar ini salah.

"Kita tarik balik dan memohon maaf, ini ajaran agama bukan senang manusia buat salah lepas itu tarik balik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pantai di sekitar daerah ini hari ini yang rosak teruk akibat ombak besar tiga hari lalu.

Beliau diminta mengulas mengenai pertemuan di antara ketiga-tiga pemimpin terbabit bersama kepemimpinan Pas Pusat semalam.

Sebelum ini, Hasan dalam kenyataannya menolak dasar negara berkebajikan kerana perjuangan untuk menubuhkan negara Islam lebih besar.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, beliau menarik balik kenyataan tersebut.

Mustafa sebelum itu mendakwa Hasan dan Nasharuddin terperangkap dalam agenda politik UMNO serta mengadakan pertemuan dengan tiga individu lain di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ramadan lalu.

Sementara itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan negeri akan terus memantau kesan hakisan ombak besar yang melanda pantai di negeri ini.

"Kita akan nilai dan langkah-langkah yang perlu diambil, kita fikir macam mana, boleh jadi sistem yang ada kita akan ubah kepada sistem lain supaya ia dapat menahan ombak besar daripada terus menghakis pantai ini.

"Usaha kerajaan negeri macam biasa, semua pihak ada peranan baik negeri dan Pusat bagi memastikan alam ini terus terpelihara," katanya.

Fenomena air pasang besar yang melanda pantai negeri ini menyebabkan hakisan dan kerosakan harta benda yang teruk.

Full content generated by Get Full RSS.

Kor Ming tidak muncul serahkan surat saman

Posted:

Kor Ming tidak muncul serahkan surat saman

Kor Ming tidak muncul serahkan surat saman

IPOH 28 Dis. - Penulis blog Sekupangduas, Ahmad Sofian Yahya hari ini mengotakan kata-katanya dengan hadir di pejabat DAP negeri untuk menerima sendiri surat saman daripada Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung dakwaan salah laku pemimpin itu.

Bagaimanapun, hasrat Ahmad Sofian, 47, yang tiba kira-kira pukul 10 pagi untuk bersemuka dengan Kor Ming tidak kesampaian apabila Ahli Parlimen Taiping itu tidak muncul.

Sebaliknya, hanya Naib Setiausaha Eksekutif DAP, Siew Lee Wah yang hadir untuk mendapatkan butiran diri Ahmad Sofian sambil memberitahu, Kor Ming tidak berada di bandar raya itu buat sementara waktu.

Lee Wah bagaimanapun mengesahkan, Kor Ming mengetahui mengenai hasrat Ahmad Sofian untuk datang bersemuka dengannya hari ini selepas membaca entri terbaru penulis blog itu semalam.

Ahmad Sofian yang ditemui pemberita mendakwa, tindakan Kor Ming untuk memfailkan saman hanya bertujuan menakut-nakutkannya daripada mendedahkan dakwaan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pemimpin DAP itu.

''Ini hanya satu taktik untuk menakut-nakutkan saya, tapi saya akan teruskan sehingga rakyat mengetahui kebenarannya," katanya sambil menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan, Ethan dan Elton, syarikat yang isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada syarikat Goodman Tailor pada 3 April 2008, kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.

Pendedahan itu mencetuskan kemelut dalam kepimpinan DAP apabila Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mahu Kor Ming memberi penjelasan terperinci berhubung dakwaan tersebut kerana ia boleh menjejaskan imej parti.

Ditanya mengenai cakap-cakap bahawa pendedahan itu melibatkan pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Sofian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

''Saya sedar banyak spekulasi akan timbul apabila saya mendedahkan apa yang sepatutnya rakyat tahu, tetapi saya ingin tegaskan tiada siapa yang berada di belakang saya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pelajar IPT dipaksa jadi pelacur

Posted:

Pelajar IPT dipaksa jadi pelacur

Pelajar IPT dipaksa jadi pelacur

MELAKA 28 Dis. – Hasrat seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk mencari pekerjaan bagi memenuhi cuti semester bertukar tragedi apabila dia akhirnya dipaksa menjadi pelacur selama sebulan oleh satu sindiket di negeri ini, sejak 29 November lalu.

Lebih malang, gadis berusia 19 tahun itu ditipu rakannya sendiri yang merupakan anggota sindiket pelacuran yang sebelum itu menjanjikan mangsa untuk mendapat pekerjaan di sebuah restoran makanan segera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pelajar IPT dari ibu negara itu tiba di negeri ini pada 29 November apabila rakannya itu yang berusia 22 tahun menjanjikannya pekerjaan.

"Namun, belum pun sempat mangsa mendapat pekerjaan, rakannya itu telah memperkenalkannya dengan beberapa lagi rakannya sehingga akhirnya mangsa dipaksa menjadi pelacur.

"Anggota sindiket ini juga telah merakam gambar bogel mangsa dengan mengugut akan mengedarkannya di Internet sekiranya mangsa enggan melayan senarai pelanggan yang telah ditetapkan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya selain dipaksa melacur di hotel, mangsa yang berasal dari Perak juga dipaksa melayan beberapa lelaki di sebuah rumah selama hampir sebulan.

Menurut Raja Shahrom, bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menyerbu hotel tersebut pada Ahad lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

50 anggota kastam kena tindakan

Posted:

50 anggota kastam kena tindakan

50 anggota kastam kena tindakan

TUMPAT 28 Dis. - Lebih 50 anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah dikenakan tindakan tataterib atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah sepanjang tahun ini, kata Penolong Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kastam, Datuk Zainul Abidin Taib.

Menurutnya, tindakan tatatertib tersebut termasuklah buang kerja dan ia menunjukkan JKDM tidak berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar disiplin sehingga menjejaskan nama baik jabatan.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu pihak jabatan telah mengenal pasti tiga program iaitu 'Hot Spot', 'Hot Staff' dan 'Hot Job'.

"Sebagai contoh jika kawasan tersebut dikatakan 'Hot Spot' kita akan kaji dan tukarkan pegawai atau anggota tersebut dalam tempoh setahun begitu juga dengan 'Hot Staff' untuk mereka yang 'nakal',

"'Hot Job' pula untuk mana-mana pegawai yang bertugas di bahagian pentaksir dan terlalu kerap menggunakan budi bicara kita akan tukarkan mereka ke bahagian lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat Kempen Mencegah Penyeludupan di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujuh, dekat sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan beras kepada wakil-wakil penduduk di kawasan Tumpat untuk diagih-agihkan.

Sementara itu, mengulas mengenai program tersebut, Zainul Abidin memberitahu, ia untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat supaya tampil membantu jabatan itu membanteras aktiviti penyeludupan.

"Kita tahu Tumpat bersempadan dengan Thailand dan menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan sejak bertahun-tahun. Ini merupakan salah satu pendekatan yang digunakan untuk merapatkan pihak kastam dengan masyarakat.

"Program ini akan diteruskan ke kawasan-kawasan lain bagi meningkatkan kesedaran kepada masyrakat supaya memberikan kerjasama dalam membanteras aktiviti penyeludupan ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bersara jika gagal ke Olimpik

Posted:

Bersara jika gagal ke Olimpik

Bersara jika gagal ke Olimpik


Wong Pei Tty (depan)-Chin Eei Hui menduduki ranking ke-20 dunia dan semakin sukar untuk memburu slot Olimpik 2012.


KUALA LUMPUR - Beregu negara Chin Ee Hui-Wong Pei Tty mungkin menggantung raket jika gagal layak ke Olimpik London tahun hadapan.

Bekas beregu wanita No. 1 dunia itu yang kini berada pada ranking ke-20 ekoran kecederaan lutut Pei Tty, bagaimanapun akan berbincang terlebih dahulu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai masa depan mereka.

"Usia kami semakin meningkat. Jika BAM masih perlukan khidmat kami, mungkin kami boleh bermain untuk setahun dua lagi.

"Selepas Olimpik London tahun hadapan, kami berharap dapat menjadi jurulatih," kata Ee Hui semalam.

Hanya 16 regu terbaik layak beraksi pada Olimpik London yang akan berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos depan.

Pei Tty, 30, dan Eei Hui, 29, menduduki ranking pertama dunia pada Mei 2009 selepas merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia tahun tersebut.

Mereka baru kembali daripada menyertai kejohanan Terbuka India minggu lepas dan sekadar mara ke separuh akhir.

Gandingan itu juga pernah beraksi dalam dua Olimpik sebelum ini, di Athens pada 2004 dan Beijing pada 2008, tetapi tersingkir pada pusingan awal.

Mereka memenangi emas Sukan SEA di Filipina pada 2005, juga pada Sukan Komanwel di Melbourne 2006.

Eei Hui dan Pei Tty akan memulakan kempen tahun 2012 dengan menyertai Siri Super Terbuka Korea dari 3 hingga 8 Jan sebelum beraksi dalam Super Siri Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dari 10 hingga 15 Januari.

Full content generated by Get Full RSS.

Bekas penerjun China gandingan baru Bryan?

Posted:

Bekas penerjun China gandingan baru Bryan?

Bekas penerjun China gandingan baru Bryan?

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Jika penerjun veteran Yeoh Ken Nee bersara selepas Sukan Olimpik 2012, pengganti paling sesuai untuk bergandingan dengan Bryan Nickson Lomas adalah jurulatih mereka sendiri, Huang Qiang.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata, bekas penerjun handalan China itu yang sudah menjadi warganegara Malaysia bersedia untuk diturunkan bila-bila masa dan kembali bergelar atlet.

"Dia sudah lima tahun membantu Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan dia boleh mewakili negara dalam acara terjun termasuk Sukan Olimpik 2012 London," katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, Huang Qiang sesuai bergandingan dengan Bryan dalam acara 10 meter platform serentak andai diberi peluang oleh ASUM, tatkala umurnya juga baru mencecah 28 tahun.

"Jika kita lihat objektif asal pengambilan Huang Qiang, kita bukan sahaja mahu dia menjadi jurulatih skuad elit tetapi mewakili negara dalam acara terjun sebaik sahaja pulih dari kecederaan," katanya.

Huang Qiang yang merupakan bekas juara kebangsaan China dan pernah memenangi pingat perak Sukan Asia 1998 Bangkok, mengalami kecederaan selepas Sukan Olimpik 2000 di Sydney, seterusnya mengambil keputusan untuk menjadi jurulatih di Malaysia.

"Sekarang dia sudah pulih dan bukan sahaja menjadi jurulatih tetapi mempersiapkan diri kembali beraksi sebagai atlet, cuma kita belum tahu bilakah masa yang sesuai untuk dia menjadi atlet," katanya.

Sementara itu, Setiausaha ASUM, Edwin Chong berkata, pihaknya belum menetapkan sebarang pelan untuk Huang Qiang termasuk kejohanan apa yang boleh disertainya, tetapi berpeluang mewakili negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Perlu bijak, kreatif jana keuntungan koperasi

Posted:

Perlu bijak, kreatif jana keuntungan koperasi

Perlu bijak, kreatif jana keuntungan koperasi


Mohamed Jaafar (tengah) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada ahli koperasi pada Mesyuarat Agung Tahunan Peserta-Peserta Felcra Ulu Jenud di Kuala Krau, Temerloh, Pahang, baru-baru ini.


TEMERLOH 28 Dis. - Ahli lembaga koperasi (ALK) perlu bijak dan kreatif bagi mencari peluang perniagaan baru dalam menghadapi persaingan yang kini semakin mencabar agar dapat menjana keuntungan koperasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, perniagaan koperasi kini tidak lagi terlalu bergantung kepada perniagaan konvensional seperti membekalkan peralatan jentera dan tender membersihkan ladang kelapa sawit, getah serta bas ekspres.

Menurutnya, banyak perniagaan memberikan keuntungan yang lebih baik seperti menceburi bidang petroleum dan gas, komunikasi, aeroangkasa dan sebagainya.

''ALK perlu lebih berani dan bijak merebut peluang perniagaan di luar sana yang lebih mencabar dan memberikan keuntungan lebih baik.

''Sebagai contoh, ALK yang mengemudikan koperasi peserta-peserta Felcra tidak lagi terlalu bergantung kepada agensi itu semata-mata bagi mendapatkan tender membekalkan peralatan pejabat dan jentera, membersihkan ladang serta mengutip buah kelapa sawit atau getah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Peserta-Peserta Felcra Ulu Jenud di Dewan Orang Ramai Kuala Krau, dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, ahli koperasi perlu memberi kerjasama dan kepercayaan kepada ALK supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab bagi memaju serta menjana keuntungan.

Katanya, tanpa kepercayaan tersebut sukar bagi ALK mencari peluang perniagaan baru kerana setiap tindakan yang diambil akan dipersoal dan dipertikaikan oleh para ahli koperasi itu.

"Pada masa sama, ALK diingatkan supaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan amanah dan komited supaya setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

"Ahli lembaga pengarah perlu peka dengan perkembangan semasa kerana struktur perniagaan dan pembangunan koperasi kini sudah banyak berubah," jelasnya.

Mohamed memberitahu, jika ahli lembaga pengarah masih mengamalkan sikap lama, sesebuah koperasi sukar mencapai kejayaan berikutan persaingan yang semakin hebat.

Selain itu, katanya, koperasi juga boleh membantu memasarkan produk yang diusahakan oleh ahli-ahlinya seperti kerepek pisang, ubi, baulu dan sebagainya.

Full content generated by Get Full RSS.

26 kes jenayah siber

Posted:

26 kes jenayah siber

26 kes jenayah siber

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 28 Dis. - Polis negeri ini mencatatkan sebanyak 26 kes penipuan jenayah siber, bermula sejak Januari sehingga 21 Disember lalu, mengakibatkan jumlah kerugian RM1.3 juta.

Lebih membimbangkan, kebanyakan mereka yang ditipu terdiri daripada golongan berpendidikan serta berjawatan tinggi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Supritendan Thomas Navamoney berkata, kebanyakan modus operandi sindiket adalah dengan menggunakan komputer selain telefon bimbit untuk menipu mangsa.

Beliau berkata, antaranya adalah panggilan palsu dari Bank Negara Malaysia (BNM), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, polis Hong Kong dan panggilan daripada pegawai kad kredit bank.

"Nombor-nombor telefon yang tertera pada skrin telefon bimbit mangsa pula adalah dari BNM atau Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Mangsa yang mudah terpedaya, tanpa berfikir panjang terus memindahkan wang atau berikan nombor akaun mereka beserta nombor pin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang mencatatkan jumlah kerugian tertinggi adalah sehingga RM400,000.

Thomas meminta orang ramai mengabaikan segera sekiranya mendapat panggilan daripada bank khususnya BNM atau polis yang memaklumkan berlaku masalah berhubung akaun atau kad kredit mereka.

"Mereka boleh terus pergi ke bank itu bagi mendapatkan pengesahan tentang perkara berkaitan atau pergi ke balai polis berhampiran.

"Jangan pindahkan wang atau mendedahkan maklumat akaun melalui telefon, emel kepada individu yang tidak dikenali," katanya.

Katanya, jika mempunyai maklumat, orang ramai diminta menghubungi segera polis Pahang di talian 09-5902222.

Full content generated by Get Full RSS.

Terapkan integriti kakitangan muda laksana tugas lebih berkesan

Posted:

Terapkan integriti kakitangan muda laksana tugas lebih berkesan

Terapkan integriti kakitangan muda laksana tugas lebih berkesan

KUANTAN 28 Dis. - Forum Perdana Integriti Perkhidmatan Awam yang berlangsung di sini semalam akan dapat menerapkan nilai integriti kakitangan awam terutama di kalangan golongan muda.

Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pengurusan), Datuk Mohamad Ridzwan Mohd. Tahar, program itu bertujuan memaksimumkan penerapan nilai integriti supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan lancar dan berkesan.

"Golongan muda pada hari ini sering kali dikaitkan dengan keruntuhan akhlak seperti mat rempit, penagihan dadah dan seks bebas.

"Sedangkan golongan itu merupakan benteng kekuatan negara dan perlu diberikan penghargaan sewajarnya.

"Justeru, bagi memastikan benteng berkenaan terus kukuh, ia perlu ditunjangi dengan integriti, " katanya ketika berucap pada akhir forum itu di sini.

Katanya, integriti bagaimanapun tidak tertakluk kepada peringkat usia namun, di kalangan golongan muda, ia perlu dipertingkatkan.

Sementara itu, bagi seorang peserta, Lailatul Nadwah Ahmad, 25, program seumpama itu dilihat mampu meningkatkan integriti di kalangan generasi muda sekali gus menyangkal persepsi negatif masyarakat terhadap integriti perkhidmatan awam.

"Setiap tahun saya mengikuti program seumpama ini dan melihat ramai golongan muda berminat dengan forum seperti itu," katanya.

Seorang lagi peserta, Saiful Sa'adan, 25, berkata, forum itu memberikannya pelbagai maklumat dan keperluan integriti dalam perkhidmatan awam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Jong-il dikebumikan

Posted:

Jong-il dikebumikan

Jong-il dikebumikan


Kim Jong-un (lima dari kiri) dan bapa saudaranya Jang Song-thaek (empat dari kiri) mengetuai upacara mengangkat keranda Kim Jong-il pada upacara pengebumian pemimpin Korea Utara itu di Pyongyang, semalam. - REUTERS


PYONGYANG 28 Dis. - Beratus-ratus ribu rakyat Korea Utara berbaris sepanjang jalan-jalan bersalji di Pyongyang hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin mereka, Kim Jong-il ketika kereta hitam yang membawa mayatnya melalui ibu negara untuk upacara pengkebumian.

Anak lelaki dan pewarisnya, Kim Jong-un yang mengetuai perarakan tersebut, berjalan di sebelah kenderaan berkenaan dan sesekali dilihat menundukkan kepala sementara tangan kanannya memberi tanda hormat.

Turut sama dalam upacara yang diadakan di Istana Peringatan Kumsusan itu ialah pegawai tertinggi tentera dan pegawai parti termasuk bapa saudara Jong-un, Jang Song-thaek.

Perarakan tersebut melalui plaza utama di Pyongyang, Kim Il-sung Square, lokasi beratus-ratus ribu rakyat Korea memberikan penghormatan terakhir kepada Jong-il sejak 10 hari lalu.

Stesen televisyen turut menyiarkan imej orang ramai menangis teresak-esak, mengelap air mata dan saling menenangkan diri antara satu sama lain.

Sama seperti mendiang bapanya, Kim Il-sung keranda Jong-il dibalut dengan bendera merah.

Sebuah limusin membawa potret besar pemimpin tersebut yang tersenyum, mengetuai perarakan, diikuti tentera dan kereta yang membawa mayatnya.

Menurut Korean Central News Agency (KCNA), satu upacara memperingati Jong-il akan diadakan tengah hari esok di seluruh negara.

KCNA melaporkan, mayat Jong-il diarak sejauh 40 kilometer dalam upacara pengkebumian hari ini bagi membolehkan rakyat memberikan penghormatan terakhir.

Pemimpin Korea Utara itu disemadikan bersebelahan makam bapanya, Kim Il-sung yang juga pengasas negara komunis ini. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Iran ancam tutup Selat Hormuz

Posted:

Iran ancam tutup Selat Hormuz

Iran ancam tutup Selat Hormuz

TEHERAN 28 Dis. - Iran mengancam untuk menutup Selat Hormuz yang menjadi laluan transit minyak utama di Teluk, sekiranya sekatan asing dikenakan ke atas eksport minyak mentahnya berhubung program nuklear kontroversi Teheran.

"Jika (negara Barat) menyekat eksport minyak Iran, kami tidak akan membenarkan setitik minyak pun melalui Selat Hormuz.

"Musuh-musuh kami hanya akan berputus asa sekiranya Iran memberi pengajaran keras kepada mereka," kata Timbalan Presiden Iran, Mohammd Reza Rahimi seperti yang dipetik agensi berita negara ini.

Ketegangan antara Iran dan negara Barat semakin memuncak sejak satu laporan oleh badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 8 November lalu menyatakan, Teheran sedang membangunkan bom atom dan akan meneruskan penyelidikan nuklearnya.

Amaran Iran semalam dibuat tiga minggu selepas menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) bersetuju mengetatkan lagi sekatan ke atas Teheran berikutan laporan berkenaan.

Pertemuan itu turut menyaksikan rancangan yang mungkin menyekat eksport minyak mentah Iran yang merupakan pengeluar kelima terbesar bahan tersebut di dunia.

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berkata, amaran Iran itu merupakan satu 'ugutan', tetapi tidak mengulas kenyataan bahawa AS menyokong aliran bebas minyak.

"Ia merupakan satu lagi cubaan untuk mengalihkan tumpuan daripada isu sebenar iaitu program nuklear Teheran yang masih diteruskan sehingga kini," kata jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner.

Kenyataan Rahimi itu dibuat ketika Iran melaksanakan latihan tentera laut selama 10 hari di selat tersebut dan perairan sekitarnya yang bermula Sabtu lalu. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Graduan Indonesia digantung

Posted:

Graduan Indonesia digantung

Graduan Indonesia digantung

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Maggie Taissya Olivia dibawa keluar dari Mahkamah Alor Setar, semalam setelah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah.


ALOR SETAR 28 Dis. - Seorang graduan dalam jurusan perbankan dari Jakarta, Indonesia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 841.63 gram dadah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas Maggie Taissya Olivia, 27, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

''Mahkamah tiada pilihan melainkan menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh memandangkan keterangan pihak pembelaan tidak dapat menyangkal anggapan bahawa kamu membawa dadah di dalam beg yang dibawa.

''Malahan tertuduh sendiri mengetahui ada dadah di dalam begnya,'' kata Mohd. Zaki.

Wanita itu yang sebelum ini merupakan seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat di Jakarta didakwa mengedar 656.15 gram heroin dan 185.48 gram monoacetylmorphines pada 20 September tahun lalu kira-kira pukul 12.15 tengah hari di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik dilihat menangis teresak-esak setelah hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shuhada Md. Yatim, manakala tertuduh diwakili peguam A.J. Surinarayanan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mencari calon boleh menang di Negeri Bawah Bayu

Posted:

Mencari calon boleh menang di Negeri Bawah Bayu

Mencari calon boleh menang di Negeri Bawah Bayu

Oleh JABDIN. J

PILIHAN Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin hampir. Semakin sibuk parti politik mengatur strategi menawan hati rakyat. Pengundi yang dinamakan 'akar umbi' nampak semakin penting. Ramai juga wakil rakyat mula bekerja dan sedar serta memahami slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Apa jua perkara yang didahulukan kepada rakyat dan harus diberi kepada rakyat, tentulah setiap wakil rakyat mengetahui tugas masing-masing.

Kepada 'pemimpin' yang sedang melobi untuk menjadi calon, serta yang masih mahu kekal jadi calon, atau apa yang disebut sebagai winnable candidate (calon boleh menang), seharusnya sudah merangka usaha untuk berbakti kepada rakyat.

Ada beberapa wakil rakyat sudah mula memperbanyakkan walk about atau datang terus kepada pengundi di kawasan masing-masing. Tidak kurang juga yang berusaha menyediakan 'profil' diri sebagai calon kepada 'agensi kerajaan' yang ditugaskan untuk menilai senarai calon-calon yang berkelayakan.

Amalan turun padang serta melawat kawasan-kawasan pengundi amat baik. Bertanya khabar dan mendekati pengundi 'akar umbi' seharusnya dibuat sejak mula memegang tugas wakil rakyat lagi dan tentulah ia salah satu cara 'pengundi' melihat wakil rakyat mereka bekerja.

Tidak kiralah dengan apa cara sekalipun, berjalan kaki, naik basikal, bas, kereta api dan lain-lain lagi yang disebut 'merasai denyut nadi rakyat', susah senang rakyat dirasai bersama. Rakyat tentu lebih tahu menilai siapa wakil rakyat 'sejati' atau yang datang bermusim penuh kepura-puraan.

Bagi wakil rakyat sejati mereka tahu sasaran mereka. Mereka kenal pengundi dan pemimpin tempatan di kawasan mereka. Biarlah sedikit yang datang mendengar ucapannya asalkan sasaran yang datang adalah memang pengundi 'akar umbi' yang memang berada di kawasan yang dilawatinya.

Apalah ertinya dapat mengumpul sehingga 10,000 orang dalam sesuatu majlis program pemimpin tetapi yang datang adalah pengundi luar atau tetamu 'import' yang datang meramaikan majlis.

Pernah penulis melihat 'si penganjur' majlis terpaksa mengumpulkan mahasiswa-mahasiswa universiti atau pelajar-pelajar sekolah untuk meramaikan majlis. Bukankah lebih baik bertemu dengan lima orang penduduk tempatan dalam sesuatu kawasan berbanding dengan jemputan 10,000 'orang luar' yang datang ke tempat kita? Berjumpa dengan 'sasaran yang tepat' tentu boleh mencipta sesuatu atau dapat mendekati pengundi.

Bagi wakil rakyat sejati, mereka nampak lebih 'semula jadi'. Cara mereka berbakti dipenuhi dengan keikhlasan dan mereka benar-benar berusaha memimpin dan mendekati rakyat. Ciri-ciri inilah yang menguatkan mereka di akar umbi. Ada 'parti' atau 'tiada parti', wakil rakyat seperti ini tetap kuat dan kukuh. Bertanding atas kerusi mana pun mereka mungkin akan menang. Barisan nasional (BN) tentu memerlukan wakil rakyat seperti ini untuk kekal menang.

Wakil rakyat sejati adalah wakil rakyat pencetus. Mereka tidak perlu terikat dengan sesiapa. Rakyat di akar umbi dalam kawasannya sentiasa memilihnya menjadi pemimpin. Tidak mencalonkan mereka dalam pilihan raya bermakna satu kesilapan.

Mereka menentukan hala tuju. Jika mereka melompat parti atau menjadi calon bebas bermakna secara langsung ia memberi kesan kepada sesebuah parti. Itulah hebatnya penangan wakil rakyat sejati.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan calon yang akan bertanding nanti adalah calon yang diterima rakyat atau winnable candidate maka berlumba-lumbalah semua wakil rakyat menggelar diri sebagai calon winnable candidate.

Ada yang berpura-pura rela digugur dan tidak dicalonkan untuk mendapat simpati rakyat. Tidak kurang yang merasa dirinya menjadi calon sudah memulakan operasi melobi pelbagai pihak. Itulah adat resam politik yang ada sandiwara dan permainan.

Ada pula pengerusi perhubungan negeri sudah berkira-kira menyusun semua pengikutnya menjadi calon yang dikira winnable candidate tanpa kajian mendalam terhadap bakal calon kerana jika tersilap gaya boleh meruntuhkan penguasaan parti dalam PRU13 nanti.

Di Sabah misalnya, sudah terdengar spekulasi bertiup kencang mengenai penubuhan parti baru, lompat parti, perebutan kerusi dan perpecahan parti. Kita akan sama-sama saksikan sama ada BN masih mampu mempertahankan rekod cemerlangnya (24 Parlimen, 59 Dewan Undangan Negeri) atau dikuburkan oleh 'pihak lain.'

Pergilah ke kawasan di seluruh negeri Sabah dan buatlah kajian secara mendalam serta dengarlah suara-suara dari akar umbi sebelum memberikan keputusan untuk memilih calon yang winnable candidate.

Mungkin akan ditemui masalah sebenar rakyat dan kritikan-kritikan yang pelbagai daripada mereka terhadap wakil rakyat yang menjaga kawasan tersebut. Malah para pengundi ini boleh memberikan pandangan, siapa yang layak atau tidak layak menjadi wakil rakyat mereka nanti.

Calon winnable candidate yang diharapkan bukan muncul di atas meja atau laporan agensi (yang terdedah kepada ketirisan) tetapi apa yang dimahukan oleh rakyat sebenar. Inilah cabaran sebenar Perdana Menteri dan pengerusi perhubungan negeri.

Di atas kertas, sesiapa saja boleh memenangi 222 kerusi Parlimen. Bagi BN, pencapaian kemenangan majoriti mudah dan dua pertiga adalah sangat diperlukan untuk meneruskan survival parti dan pemerintahan di negara ini.

Begitu juga bagi parti pembangkang yang memenangi 83 kerusi Parlimen sekarang, adalah tidak mencukupi untuk menubuh kerajaan dan berharap pada PRU13 nanti, kerusi mereka akan bertambah. Tentulah harapan pada PRU13, sejarah dicipta oleh setiap parti masing-masing.

Bagi BN Negeri Sabah, 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN tentu tidak mudah dipertahankan hanya dengan laporan pihak yang menyedapkan rasa kepada pucuk pimpinan. Analisis strategi berikut mungkin boleh membantu setelah dipadankan dengan calon winnable candidate BN iaitu;

(i) Tawan dan Tahan (T&T)

Tumpu kawasan yang sedia menang. Mempertahankan kemenangan.

(ii) Tawan dan Ambil (T&A)

Tawan semula kawasan yang dulu pernah menang dan diyakini boleh menang semula dalam PRU13

(iii) Tawan dan Rampas (T&R)

Tawan kawasan yang tidak pernah menang tetapi boleh diyakini menang sehingga 70 peratus sokongan.

(iv) Tinggal Terus (T&T)

Tidak perlu menawan kawasan yang jelas 'hitam' dan memang tidak boleh menang.

Persoalannya apakah BN Sabah sudah bersedia? Sudahkah ada calon winnable candidate yang diterima rakyat dan memuaskan hati semua orang? Apakah BN sudah bersedia untuk menghadapi pembangkang dengan banyak isu dalaman yang tidak diselesaikan sebelum PRU13? Dan begitu banyak persoalan lagi. Paling pasti rakyat akar umbi akan menjadi penentu.

Full content generated by Get Full RSS.

Perspektif akademik Perkara 153

Posted:

Perspektif akademik Perkara 153

Perspektif akademik Perkara 153

DATUK RUHANIE AHMAD ialah bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor dan bekas pelajar pasca siswazah bidang strategi dan keselamatan di UKM.

ARTIKEL ini disedut daripada penyelidikan akademik dengan hipotesis bahawa pelbagai peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan boleh mencetuskan ancaman keselamatan masyarakat, keselamatan nasional dan kelangsungan negara jika ditafsirkan menerusi perspektif yang serong dan sempit.

Ini kerana Malaysia, sebuah negara bangsa di era pramerdeka telah ditransformasikan menjadi negara majmuk di era merdeka; sementara bangsa Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal, serta keturunan Cina, India dan lain-lainnya selaku golongan migran di era pramerdeka telah digemblengkan menjadi warganegara dengan nasionaliti yang sama, menerusi kuasa Perlembagaan Persekutuan pada 15 Ogos 1957.

Hakikat ini menyebabkan Malaysia sentiasa terdedah kepada pelbagai elemen konflik (Buzan 1991:72), dicirikan oleh konflik etnik (Marger 2003:6), dan berkemungkinan dicengkam keadaan tidak selamat (Kaufman 2008:201).

Perkara 153 mengenai keistimewaan Melayu dan bumiputera dimaktubkan ke dalam Perlembagaan negara berdasarkan mandat utama Ratu Inggeris dan Raja-Raja Melayu kepada Suruhanjaya Reid - mewujudkan a common nationality for the whole of the Federation and the safeguarding of the special positions of the Malays and the legitimate interests of other communities.

Suruhanjaya Reid juga mendapati kedudukan istimewa Melayu memang sentiasa diiktiraf di dalam pelbagai perjanjian antara pihak British dengan Negeri-Negeri Melayu.

Hakikat ini juga termaktub di dalam The Federation Agreement 1948 di mana Pesuruhjaya Tinggi British dipertanggungjawabkan dengan pemeliharaan keistimewaan Melayu dan kepentingan sah lain-lain bangsa.

Huraian ini bermaksud pemaktuban Perkara 153 bukan diperjuangkan oleh Perikatan. Sebaliknya, kerana peruntukan yang sama termaktub di dalam Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu dan The Federation Agreement 1948. Ini disahkan oleh Lennox-Boyd selaku Setiausaha bagi Tanah Jajahan British seperti berikut:

The special position of the Malays was recognised in the original treaties made by His Majesty in previous years, and Her Majesty Queen Victoria and others with the Malay States. It was reaffirmed when these treaties were revised. It was confirmed in The 1948 Agreement, and reference was expressly made to it in the terms of reference of the Reid Commission. So the Malay privilege clauses in the articles of the Constitution do not, in the main, introduce any precedent, but give recognition in the Constitution to the existing situation. The Reid Commission found very little opposition in any quarter in Malaya to the continuance of the present system for a time (ibid:12 Julai 1957).

R. H. Hickling (1979) pula menegaskan, pemaktuban Perkara 153 adalah berkait rapat dengan tahap kemiskinan bangsa Melayu di era penjajah. Huraian ini boleh difahami dengan lebih jelas menerusi pelbagai perangkaan mengenai tahap ekonomi di Tanah Melayu pada di era penjajahan.

The Deptartment of Statistics (1958-1960) menegaskan, etnik Cina pada ketika itu [pada tahun 1957] menguasai ekonomi negara secara kukuh sementara orang Melayu masih dalam kemiskinan.

Ling Liong Sik (1995:3) menyatakan, seawal tahun 1937, pelaburan etnik Cina di Malaysia adalah sebanyak AS$200 juta berbanding pelaburan asing lainnya sejumlah AS$454.5 juta.

Gomez & Jomo (1997:14-15) menegaskan, pada tahun 1950-an, syarikat-syarikat Eropah menguasai 65 peratus (%) hingga 75% perdagangan eksport dan 60% hingga 70% perdagangan import [di Tanah Melayu]; syarikat-syarikat etnik Cina menguasai 10% daripada agensi eskport; syarikat etnik India menguasai 2% daripada perdagangan berkenaan; orang Melayu langsung tidak memiliki sebarang ekuiti dalam mana-mana perdagangan.

Dalam konteks di atas Faaland, Parkinson & Rais Saniman (2000:16-17) menegaskan seperti berikut: Orang Melayu menganggap peruntukan [Perkara 153] sebagai sesuatu yang suci, manakala setengah-tengah orang bukan Melayu mempersoalkan sama ada peruntukan tersebut adalah berkaitan dan mengikat hinggakan pada hari ini. Mengikut mana-mana tafsiran yang munasabah, makna peruntukan tersebut di dalam Perlembagaan adalah bahawa kesejahteraan ekonomi dan sosial orang Melayu yang lemah dari segi ekonomi hendaklah dilindungi dan digalakkan berbanding dengan orang bukan Melayu yang lebih maju. Sebagai balasan kerana diberikan kelebihan begini, orang Melayu mengadakan konsesi yang berpadu mengikut kuasa politik dengan memberikan kewarganegaraan Persekutuan kepada orang bukan Melayu. Sebagai tambahan, orang bukan Melayu dijaminkan bahawa mereka bebas menjalankan perniagaan tanpa diganggu, boleh mengekalkan dan mengembangkan budaya serta warisan mereka sendiri, dan boleh hidup secara berasingan. Dengan kata lain, Perlembagaan mengadakan peruntukan khas untuk orang Melayu, manakala warganegara bukan Melayu mempunyai haknya yang dijamin di bawah Perlembagaan (ibid).

Tan (1987:251) pula menegaskan, Perkara 153 sebenarnya mempunyai "careful balancing which has important bearing not only on social justice but even ethnic relations is also reflected in the provision for Malay reservations."

Beliau mengetengahkan dua contoh khusus - pertamanya mengenai Perkara 153(9) yang memaktubkan "tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak."

Keduanya mengenai tanah simpanan Melayu. Tan memetik Perkara 89(2)(a) yang memaktubkan "jika mana-mana tanah di sesuatu negeri diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini, suatu keluasan tanah yang sama dengan luas tanah itu di dalam negeri itu yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam hendaklah diadakan bagi pemberian hak milik umum."

Huraian Faaland et al. (2000) dan Tan (1987) membuktikan Perlembagaan Persekutuan adalah adil kepada seluruh warganegara Malaysia. Lantas adalah meleset untuk mana-mana pihak mentafsirkan Perkara 153 sebagai peruntukan yang menindas rakyat bukan Melayu.

Demikianlah latar belakang pembentukan Perkara 153 yang telah dikaji oleh Suruhanjaya Reid, Perikatan dan Jawatankuasa Kerja Tripartite dianggotai oleh wakil-wakil Kerajaan Perikatan, Raja-Raja Melayu dan Kerajaan British.

Kesimpulannya, Perkara 153 adalah peruntukan yang dimaktubkan secara teliti dan profesional bagi mengiktiraf sejarah dan jati diri bangsa Melayu dan bumiputera di tanah air asal mereka yang dikenali sebagai Tanah Melayu.

Tafsiran sempit dan serong terhadap peruntukan ini boleh menyemarakkan sentimen perkauman dan berpotensi mencetuskan konflik etnik yang mengancam keselamatan masyarakat, keselamatan nasional dan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang kini aman, damai, makmur dan sejahtera.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Jue Aziz nafi “buat perangai”

Posted:

Jue Aziz nafi "buat perangai"

Jue Aziz nafi "buat perangai"

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar SAFRIZAL AZMI


KECEWA dengan laporan yang mengatakan dia kini mempunyai masalah disiplin.


AKHIRNYA teka-teki mengenai status sebenar Jue Aziz di dalam pementasan teater Semerah Padi terjawab, apabila dia muncul buat pertama kali pada hari ketiga pementasan teater tersebut di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abd. Aziz, 28, sebelum ini dikatakan bakal digugurkan dari pementasan teater tersebut kerana masalah yang ditimbulkan pelakon itu sendiri.

Dia yang dikatakan gagal hadir sewaktu latihan minggu terakhir pementasan teater ini menimbulkan keadaan panik kepada pihak produksi kerana tiba-tiba sepi tanpa berita dan gagal di hubungi .

Menjawab persoalan kehilangan misteri dari latihan pementasan teater tersebut, Jue memberitahu bahawa dia sebenarnya terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari apabila kondisi badannya terlalu lemah untuk meneruskan latihan yang sudah bermula sejak pertengahan November lalu.

"Saya diberi cuti sakit bermula 16 sehingga 19 Disember.

"Saya pitam dan muntah-muntah. Keadaan ini menyebabkan seluruh anggota saya menjadi terlalu lemah sehingga gagal hadir ke latihan," katanya ketika ditemui selepas pementasan teater Semerah Padi di Istana Budaya baru-baru ini.

Menurut Jue dia sangat kecewa dengan pendedahan media sebelum ini yang mengatakan bahawa dia mempunyai masalah disiplin dan gagal hadir ke latihan selama berminggu-minggu, sehingga menimbulkan masalah kepada pihak produksi teater Semerah Padi.

"Adalah tidak benar bahawa saya tidak hadir ke latihan selama berminggu-minggu seperti yang dilaporkan. Saya juga menyangkal dakwaan yang mengatakan tarikh pementasan teater ini dianjak adalah disebabkan saya.

"Apa yang berlaku adalah saya terlalu lemah untuk meneruskan latihan pada minggu terakhir, malah saya ada memberitahu pihak produksi mengenai keadaan sebenar saya," jelasnya.

Bagaimanapun watak Dara yang dibawa Jue juga dikongsi dengan pelakon Arbaiah Ahmad Nadzri atau Abby Nadzri, dimana kedua mereka akan bergilir membawa watak ini sepanjang pementasan teater itu berlangsung ketika ini.

Teater ini telah dipentaskan bermula 21 Disember lalu dan berakhir pada 31 Disember ini.

Menurut Jue dia langsung tidak terkilan memberikan laluan kepada Abby untuk sama-sama memegang watak Dara, malah menurutnya kehadiran Abby yang dipilih empat hari sebelum pementasan pertama teater ini diadakan amat membantunya

"Mungkin ini yang terbaik memandangkan keadaan saya masih lagi belum pulih sepenuhnya.

"Tidak mahu penonton keliru dengan kemunculan Dara yang berbeza, kami berdua sering berbincang agar pembawaan watak Dara itu dapat di hidupkan dalam keadaan yang sama oleh kedua kami," katanya yang tetap hadir ke latihan selepas mengambil cuti sakit selama empat hari.

Pernah menjayakan Bangsawan Naga Chini, pada 2006 menurut Jue dia amat teruja untuk menerima tawaran sebagai Dara di dalam teater Semerah Padi ini.

"Saya sangat teruja untuk menerima tawaran ini pada awal bulan oktober lalu.

"Malah bagi memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pementasan teater ini, saya langsung tidak mengambil tawaran lain," katanya.

Bukan sakit akibat sihir

Ditanya sama ada sakit yang dihadapinya ini akibat daripada terkena sihir bagai diperkatakan, menurut Jue ia tidak berkaitan sama sekali.

"Saya bukan terkena buatan orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

"Dan sehingga hari ini juga saya sebenarnya belum 100 peratus sihat," katanya.

Walaupun muncul hanya pada hari ketiga pementasan teater ini diadakan, menurut Jue dia tetap berbangga kerana mampu membawakan watak Dara dengan baik walaupun tidak menjalani latihan sepenuhnya.

"Saya langsung tidak pernah menghabiskan latihan pementasan ini sepenuhnya akibat keadaan saya yang tidak mengizinkan.

"Dan hari ini apabila diberi peluang untuk membawakan watak Dara buat pertama kali, perkara pertama yang difikirkan saya adalah kemampuan saya. Bagaimanapun saya bersyukur kerana berjaya membawakan watak Dara ini dengan baik hari ini," katanya yang bakal berlepas ke Indonesia penghujung bulan Febuari depan untuk telemovie bersama produksi di sana.

Sementara itu teater Semerah Padi arahan Rosdeen Suboh ini turut dibintangi Khir Rahman, Fauzi Nawawi, Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.

Full content generated by Get Full RSS.

Pi Mai 'kempunan' ke final

Posted:

Pi Mai 'kempunan' ke final

Pi Mai 'kempunan' ke final

Oleh HANIZA HASSAN
Gambar NASIRRUDDIN YAZID


Aksi terakhir kumpulan Pi Mai di pentas Maharaja Lawak Mega yang berlangsung di Johor Bharu tidak mampu meneruskan kemaraan mereka ke peringkat seterusnya.


TIRAI pentas separuh akhir pertandingan realiti lawak terbesar rantau ini iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM) yang bersiaran di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor minggu lalu sudah berlabuh.

Malah peserta yang mara ke pentas final juga bukan lagi rahsia apabila empat peserta iaitu Kumpulan Boboi, Syok, Saehu dan Osbon akan berentap sesama sendiri bagi merebut takhta juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM350,000.

Mengimbau persembahan minggu ke sembilan itu, nasib tidak menyebelahi Kumpulan Pi Mai yang terpaksa akur apabila tersingkir dengan jumlah undian sebanyak 49 peratus jauh ketinggalan dengan empat peserta lain. Pi Mai nampaknya kempunan untuk mara ke final, jauh sekali merampas gelaran tertinggi pertandingan berkenaan.

Biarpun begitu, semua peserta yang diberi dua tugasan iaitu kisah dongeng dan kisah keluarga benar-benar membuatkan kira-kira 8,000 hadirin yang memenuhi stadium tidak berhenti ketawa.

Bagi Pi Mai yang dianggotai pelawak veteran, Sathia, Imuda dan Mat Over, berada dalam kelompok lima terakhir dan mampu bertahan sehingga ke pentas separuh akhir sudah cukup menggembirakan mereka.

Apatah lagi, berentap bersama 17 peserta lain sejak awal benar-benar memberi saingan sengit kepada mereka.

"Ini semua takdir, kami reda dengan keputusan yang tertulis. Adat pertandingan ada menang dan ada kalah.

"Namun kami sangat gembira dengan pencapaian kumpulan sehingga mampu melangkah ke separuh akhir.

"Selepas ini kami akan kembali kepada pekerjaan asal kami dan saya percaya pihak Astro tidak akan membiarkan kami begitu sahaja dan mungkin mereka akan merencanakan sesuatu untuk kami," ujar Imuda ketika ditemui selepas habis program.

Mengakui satu hakikat, pemilik nama sebenar A.Rahim Muda itu berkata, faktor umur juga membuatkan mereka sukar untuk 'menangkap' jenaka zaman moden yang disifatkan lebih 'bertenaga' dan terus terang.

"Yelah masing-masing sudah berusia. Saya sendiri berumur 52 tahun manakala Mat Over pula dah nak masuk 60 tahun dan Sathia pula 47 tahun. Saya akui sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada kami untuk mengikut rentak zaman sekarang.

"Teknik jenaka juga sudah berbeza. Namun saya sangat berterima kasih kepada Astro khususnya MLM kerana mengembalikan Pi Mai Pi Mai Tang Tu ke pentas seni. Ia merupakan kemunculan semula kami sejak tahun 2002 selepas ia mula ditayangkan pada tahun 1983," katanya lagi.

Sementara itu, pengkritik tetap MLM, Datuk Chef Wan ketika sidang media berkata, Pi Mai mempamerkan lawak yang stereotaip setiap minggu malah konsistensi kumpulan berkenaan juga tiada.

Menyentuh soal isi kandungan, Chef Wan berkata, momentumnya tidak seiring, ada kala isi kandungannya bagus dan ada kala kurang menyerlah biarpun mereka mempunyai kekuatan tersendiri.

"Lawak mereka setiap minggu sama, tipikal Pi Mai. Jalan ceritanya ada namun bila bercakap soal isi kandungan, terdapat kekurangan.

"Lawak adalah sesuatu yang mudah. Ia diperjelaskan dan dibuktikan lagi dengan tawa yang tidak berpenghujung penonton. Jika mereka suka mereka akan ketawa dan mereka akan senyap bila ia tidak menjadi.

"Secara keseluruhan persembahan semua peserta termasuk Pi Mai, apa yang boleh disimpulkan mereka sudah menunjukkan yang terbaik. Kita nampak kegigihan mereka untuk melahirkan satu lawak yang bermutu dan tidak lari dari garis panduan yang ditetapkan," katanya.

Seperti biasa, selain Chef Wan, barisan pengkritik MLM terdiri daripada Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza dan minggu lepas, juri jemputan ialah penyanyi, Ferhad.

Kumpulan Osbon mendahului para peserta lain pada MLM lepas dengan memperoleh 72 markah, diikuti Boboi (72), Saehu (59), Syok (58) dan Pi Mai (49).

Hadiah kepada pemenang pula adalah, juara akan membawa pulang wang tunai RM350 ribu dan trofi, tempat kedua pula, wang tunai RM250 ribudan trofi manakala tempat ketiga, wang tunai RM150 ribu dan trofi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Harapan baru pengurusan sisa pepejal negara

Posted:

Harapan baru pengurusan sisa pepejal negara

Harapan baru pengurusan sisa pepejal negara

Oleh Sakini Mohd Said


Mohd. Zain Hassan (kiri sekali) bersama penduduk menunjukkan tanda bagus pada majlis penyerahan tong sampah baru secara percuma bertempat di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Air larut resap (leachate) meleleh sepanjang jalan, masa kutipan tidak mengikut jadual ditetapkan, sampah bertaburan, bau memualkan dan pandangan menjijikkan.

Itu adalah antara rungutan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan syarikat konsesi negara dalam menjalankan kewajipan memungut sisa pepejal di kawasan perumahan dan sebagainya.

Tidak pernah lekang di bibir masyarakat akan bait-bait kata mengeksplisitkan ketidakpuasan hati perkhidmatan syarikat konsesi negara sama ada dalam kalangan jiran, rakan sepejabat mahupun penggunaan media.

Namun demikian, penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 pada 1 Septemper lepas, seolah-olah memberikan harapan baru kepada masyarakat dan negara.

Menerusi penguatkuasaan akta ini, kesemua mata ditumpukan khusus kepada peranan syarikat konsesi dalam mengevolusikan perkhidmatan ditawarkan kepada masyarakat.

Impian masyarakat melihat transformasi bersifat holistik yang diinginkan selama ini agar tiada lagi senario sedemikian serta matlamat negara mencapai status negara maju, diyakini dapat direalisasikan menerusi pelaksanaan akta berkenaan.

Akan begitu, ia merungkai kepada persoalan adakah syarikat konsesi seperti Alam Flora sudah bersedia dalam perjalanan misi itu?

Masakan tidaknya, pengurusan sisa pepejal kepada Alam Flora telah bermula sejak 1997 lagi, bermakna usia tanggungjawab syarikat konsesi ini kepada negara sudah mencecah 14 tahun.

Bukan satu masa yang singkat, kerana sepanjang tempoh itu adalah sewajarnya pengurusan sisa pepejal bagi kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada Alam Flora sudah mencapai tahap memberangsangkan namun ia masih lagi disusuli dengan pelbagai rungutan.

"Penswastaan secara interim telah berlangsung selama 14 tahun bermula 1997 lagi di bawah pemantauan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Sebelum itu, pengurusan sisa pepejal adalah di bawah kelolaan PBT.

"Dengan terlaksananya penswastaan ini, (pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007), kini pihak PBT lebih fokus menjalankan pelbagai tugas seperti kutipan cukai bangunan, isu buat jalan, lampu rosak tanpa fokus pada isu sampah lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd. Mohd. Zain Hassan kepada Bernama sambil tidak mahu menyalahkan sesiapa akan senario pengurusan sisa pepejal sebelum ini.

Mungkin disebabkan kepelbagaian tugas yang dibahukan ke atas PBT, menyebabkan usaha pemantauan terhadap isu pembuangan sampah tidak dapat direalisasikan sepenuhnya.

Bagaimanapun, tidak lagi menerusi penguatkuasaan akta ini.

Menerusi akta itu, bukan sahaja kerajaan dapat menguatkuasakan pelaksanaan penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal isi rumah dan pengambilalihan pengurusan daripada PBT malah ditetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang lebih ketat kepada syarikat konsesi yang dilantik.

Alam Flora yang bertanggungjawab terhadap kawasan tengah dan timur Semenanjung Malaysia, merangkumi seluas 63,000 kilometer persegi, berusaha mengubah pengurusan sisa pepejal secara berperingkat-peringkat.

"Sekarang ini kita akan dipantau oleh satu badan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu PPSPPA (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) yang difahamkan mempunyai lebih 1,000 pegawai yang akan memantau dari segi kualiti kerja kami.

"Ketika ini, Alam Flora diberi satu tahun grace period ataupun peralihan bermula 1 September lepas sehingga akhir Ogos tahun depan.

"Semasa proses peralihan ini Alam Flora bertanggungjawab menyediakan kenderaan baru, membeli dan mengedar tong sampah baru kepada masyarakat.

"Menjelang 1 September 2012, bermulalah tahun pertama untuk Alam Flora menjalankan 30 peratus kawasan yang dikenakan KPI baru merangkumi enam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kuantan, Pekan dan dua lagi PBT yang dicadangkan untuk diambil alih pada tahun hadapan iaitu Kuala Terengganu dan Kota Bahru," katanya.

Tambah Mohd. Zain, proses peralihan yang berakhir 2015 akan menyaksikan kesemua 32 kawasan (tidak termasuk Selangor) di bawah penyeliaan Alam Flora akan menggunakan KPI penswastaan penuh yang lebih ketat. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Berbelanja ikut keperluan

Posted:

Berbelanja ikut keperluan

Berbelanja ikut keperluan

Oleh ZUHAYATI YAZID


Berbelanja keperluan sekolah anak-anak mengikut keperluan supaya tidak membazir. - Gambar hiasan


PENGGAL persekolahan 2012 bakal bermula minggu depan. Jika sebelum ini ibu bapa berhabisan belanja untuk perayaan kini tibalah masa pula untuk berbelanja keperluan anak-anak ke sekolah.

Lazimnya, keperluan ini memerlukan kos yang agak tinggi apatah lagi bagi yang mempunyai anak yang ramai ke sekolah.

Jika dahulu RM200 mungkin cukup untuk keperluan seorang anak tetapi musim sekarang dengan keadaan yang serba mahal, nilai tersebut sudah tidak mencukupi.

Malah, harga sepasang kasut sekarang melebihi RM30 itu belum lagi ditambah dengan sepasang baju baru dan keperluan yang lain.

Bagi yang berkemampuan ia mungkin tidak memberi masalah namun bagi ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah ditambah lagi memiliki anak yang ramai dan bersekolah, keadaan itu sangat membebankan.

Diakui bahawa pada zaman sekarang tidak seperti 20 atau 30 tahun lepas, semua harga barangan atau perkhidmatan telah berlipat kali ganda lebih tinggi.

Kalau dahulu, anak-anak dibekalkan wang saku RM2 tetapi sekarang harga nasi lemak sahaja melebihi harga itu.

Keadaan ini menuntut ibu bapa supaya bersikap lebih 'berkira' dengan anak-anak mereka selain mengamalkan sikap berjimat cermat.

Menurut Pengasas Hijrah Wealth Management, Rohani Shahir, ada banyak kaedah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam mendepani permasalahan sebegini.

Antaranya adalah mengajar anak-anak untuk faham dan mengamalkan budaya berjimat cermat dan tidak bermewah-mewah.

"Dalam situasi ini kita perlu mendidik mereka supaya tidak terikut-ikut gaya berbelanja besar seperti rakan-rakan yang berada, sebaliknya berbelanja sekadar berpada-pada dan mengikut kemampuan diri,'' ujarnya.

Dalam situasi sedemikian katanya, ajarlah anak-anak supaya berjimat cermat dan tidak terlalu mengikut hati membeli keperluan.

"Didiklah anak-anak supaya membeli barangan yang perlu sahaja dan tidak membazir, sekiranya barang lama boleh digunakan, apa salah terus digunakan,'' ujarnya lagi.

Katanya lagi, banyak cara untuk menjimatkan belanja kita kita benar-benar mahu berbuat demikian, kepada keluarga besar, buku abang atau kakak misalnya boleh digunakan lagi, begitu juga dengan pakaian seragam sekolah yang masih elok digunakan.

"Jika baju masih elok, tidak salah kalau 'ditukar milik' kepada adik pula,'' ujarnya lagi.

Dalam situasi itu, beritahu anak-anak bahawa barangan tersebut masih elok dan masih boleh digunakan.

Keadaan ini katanya, sekali gus mendidik anak-anak supaya berjimat cermat dan juga bertolak ansur sejak daripada kecil lagi.

Dalam masa sama, beritahu mereka tentang keadaan sebenar iaitu dalam situasi ekonomi tidak menentu, anak-anak perlu dilatih supaya mengetahui 'aliran tunai' duit perbelanjaan mereka.

Dengan cara ini, anak-anak faham jika duit keluar itu lebih banyak daripada duit masuk, ini menunjukkan bahawa mereka mungkin perlu menyingkirkan apa-apa pembelian barangan yang tidak patut dan merugikan.

Kaedah ini juga boleh melatih anak-anak supaya mempunyai wang simpanan untuk tujuan kecemasan dan keperluan terdesak pada masa hadapan.

Sementara itu, pensyarah, Sekolah Pengajian Pengurusan, Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Noor Hilyati Alilah pula berpendapat, sikap ibu bapa sebenarnya mencorakkan keperibadian anak-anak.

Dalam situasi ini, ibu bapa perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam menguruskan keperluan anak-anak.

"Dalam situasi membeli keperluan anak-anak, ibu bapa disaran supaya menyimpan keperluan itu daripada awal tahun lagi.

"Tidak salah, kalau ibu bapa membuat simpanan dari awal tahun lagi, keadaan ini menjadikan wang yang disimpan itu boleh digunakan pada akhir tahun yang sememangnya memerlukan kos yang sangat tinggi.

"Jika RM50 sebulan disimpan, pastinya jumlah tersebut sudah memadai untuk keperluan dua orang anak, keadaan ini juga membuatkan ibu bapa sendiri tidak perlu mengeluarkan kos lain untuk membeli keperluan sekolah anak-anak,'' katanya lagi.

Katanya lagi, keadaan itu juga membuatkan ibu bapa tidak 'pening kepala' untuk memikirkan untuk mencari dana lain untuk tujuan membeli keperluan persekolahan anak-anak.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyarankan supaya ibubapa membuat persediaan secara berperingkat-peringkat,

Keadaan itu, tegasnya membuatkan ibu bapa tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk membuat keperluan anak-anak.

"Tidak salah kalau membuat persediaan awal dan membeli sedikit demi sedikit sejak awal lagi untuk keperluan anak-anak, keadaan ini sebenarnya mampu mengurangkan kos,'' katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved