Jumaat, 23 September 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Terjerat ah long akibat hantaran kahwin

Posted:

Terjerat ah long akibat hantaran kahwin

Terjerat ah long akibat hantaran kahwin

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


ZALI (kiri) menunjukkan senarai nama ah long dan jumlah pinjaman serta laporan polis kepada Michael Tay di Pejabat Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 23 Sept. – Setelah kecewa permohonan pinjaman daripada 10 buah bank tempatan tidak diluluskan, seorang kontraktor terpaksa meminjam daripada ah long untuk membayar wang hantaran perkahwinan.

Bagaimanapun tindakan itu akhirnya mengakibatkan mangsa terjerat hutang dengan tujuh ceti haram.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zali, 31, berkata, mulanya dia memohon pinjaman daripada bank untuk membayar wang hantaran kepada keluarga mertuanya sebanyak RM10,000 namun permohonannya itu tidak diluluskan.

Zali yang bekerja di Pasir Gudang berkata, dia baru sahaja mendirikan rumah tangga namun akibat kekurangan wang dia terpaksa menangguhkan pemberian wang hantaran tersebut sehingga selesai majlis persandingan.

"Namun sehingga beberapa hari selepas majlis, saya masih tiada wang tersebut menyebabkan saya tidak berfikir panjang dan meminjam daripada ah long.

"Pada mulanya saya mahu meminjam RM10,000 tetapi hanya RM1,000 diluluskan. Tidak sampai seminggu, dia (ah long) meminta saya membayar semula termasuk bunga sebanyak RM1,500," katanya kepada pemberita di Pejabat Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Bahru, Michael Tay di sini semalam.

Menurut Zali, dia yang tiada wang terpaksa meminjamnya daripada ah long kedua untuk membayar pinjaman daripada ah long terdahulu dan begitulah seterusnya sehingga keseluruhan hutang dengan tujuh ah long menjadi RM12,800.

Dia yang membuat laporan di Balai Polis Pasir Gudang berhubung perkara itu di sini kelmarin, kini berada dalam keadaan tertekan kerana bukan saja tidak mempunyai wang untuk membayar wang hantaran malah dibelenggu dengan hutang ah long.

Sementara itu, Michael berkata, dia akan cuba menghubungi kesemua ah long berkenaan untuk memberi masa kepada kontraktor berkenaan untuk memulangkan kesemua pinjaman tersebut.

Kelemahan PBT punca kegiatan mesin judi berleluasa

Posted:

Kelemahan PBT punca kegiatan mesin judi berleluasa

Kelemahan PBT punca kegiatan mesin judi berleluasa

MELAKA 23 Sept. - Kegiatan mesin judi haram yang berleluasa sejak kebelakangan ini di Melaka didakwa berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri dua minggu lalu memutuskan supaya pesalah tidak lagi diberi kompaun sebaliknya terus diheret ke mahkamah.

Bagaimanapun katanya, keputusan tersebut tidak dipatuhi PBT yang masih mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis yang menjalankan kegiatan itu, malah turut memberi tempoh 14 hari untuk memulangkan peralatan.

"Saya tidak berpuas hati dengan cara PBT bertindak menangani kegiatan judi haram ini. Saya kecewa kerana pihak berkenaan tidak faham prosedur yang kerajaan negeri putuskan dalam mesyuarat Exco dua minggu lalu.

"Tidak boleh lagi kompaun atas kesalahan ini dan musnahkan mesin judi yang dirampas. PBT tidak boleh terlalu lembut dalam bertindak untuk menangani kegiatan mesin judi haram," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau dua premis di Taman Bunga Bukit Beruang di sini yang pernah diserbu oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya kerana menjalankan kegiatan judi haram sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, Exco kerajaan negeri telah bermesyuarat dua kali bagi membincangkan perkara itu sejak dua minggu lalu dan memutuskan agar PBT merampas peralatan mesin judi, menyita premis, mendakwa pemilik dan memusnahkan mesih judi bagi mengelak ia merebak ke tempat lain, namun tidak dipatuhi oleh PBT.

Sehubungan itu kata beliau, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Omar Kaseh akan mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan arahan yang diputuskan baru-baru ini dengan disertai PBT terlibat, polis, Tenaga Nasional Berhad dan agensi berkaitan.

Kata Mohd. Ali, SUK akan menyelaras tindakan penguatkuasaan PBT terlibat termasuk memastikan arahan yang ditetapkan dipatuhi.

Jelasnya, tindakan merampas mesin judi haram oleh PBT dan polis tidak mencukupi sebaliknya langkah penguatkuasaan yang berkesan serta tegas harus diambil bagi menghapuskan sepenuhnya kegiatan tersebut.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan mesin judi haram kepada pihak berkuasa termasuk beliau sendiri melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial Facebook bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei dikerah sebelum ke separuh akhir

Posted:

Chong Wei dikerah sebelum ke separuh akhir

Chong Wei dikerah sebelum ke separuh akhir

KUALA LUMPUR - Dua pemain terbaik dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan dipaksa mengharungi pertarungan mencemaskan sebelum melangkah ke ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Jepun di Tokyo, semalam, sekali gus menghampiri final impian.

Jaguh No. 1 dan 2 dunia itu diheret dalam perlawanan tiga set oleh dua lawan yang lebih muda, Kenichi Tago serta Chen Jin sebelum meneruskan kemaraan pada kejohanan Siri Super bernilai AS$200,000 (RM627,000) itu.

Chong Wei yang tumpas kepada Lin Dan pada final Kejohanan Dunia di London, bulan lalu mengakui, masih belum bangkit secara mental daripada kekalahan kepada musuh tradisi itu, namun dia tetap bersedia secara fizikal untuk berdepan dengannya jika ditemukan di perlawanan akhir sekali lagi.

"Saya memegang mata perlawanan 20-19 dan 21-20 ketika itu, saya ada peluang untuk menang tetapi saya kalah perlawanan tersebut. Sejak itu, semangat saya agak merudum. Saya tetap pergi ke Jepun kerana saya rasa kejohanan kali ini istimewa, ia ulang tahun ke-30 Terbuka Jepun,'' ujar Chong Wei.

Terdahulu, langkah cemerlang beregu muda negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah pula terhenti di suku akhir apabila tersingkir di tangan pasangan senior senegara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Kekalahan itu menyaksikan, Kien Keat-Boon Heong kini bakal memperbaharui permusuhan dengan beregu handalan China, Fui Haifeng-Cai Yun pada separuh akhir hari ini.

Bagi V Shem-Khim Wah, walaupun kalah mereka terus menunjukkan potensi besar selepas mempamer permainan cemerlang dan memberi tentangan hebat kepada pasangan No. 5 dunia, Kien Keat-Boon Heong sebelum akur dengan keputusan 21-16, 19-21, 21-17.

Dalam perseorangan lelaki, laluan Chong Wei untuk mempertahankan kejuaraan tidak mudah.

Dia bukan saja dikejutkan dengan kekalahan di set pembukaan, malah diheret dalam pertarungan hampir sejam sebelum menyingkirkan pemain kental, Tago 21-23, 21-7, 21-18.

Chong Wei, 29, yang juga juara 2007 melebarkan rekod pertemuan ke atas pemain berusia 22 tahun kepada 7-0, namun kemenangan kali ini antara yang paling sukar dicapai, apatah lagi Tago mempamerkan semangat juang kental dengan berjaya merapatkan jurang 18-20 selepas seketika ketinggalan 10-19 dalam set ketiga.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock ketika dihubungi mengakui, kedegilan Tago hampir mengejutkan anak didiknya, terutama di set pembukaan dan penutup.

"Pada hujung set pertama Chong Wei hilang fokus akibat terikut-ikut permainan lawan tetapi di hujung set ketiga pula dia terlalu relaks hingga membenarkan Tago merapatkan jurang,'' katanya.

Menanti Chong Wei pada separuh akhir hari ini adalah juara 1998 dan 1999, Peter Hoeg Gade dari Denmark yang mara selepas mudah mengetepikan pemain Indonesia, Simon Santoso 21-16, 21-15 dalam satu lagi suku akhir.

Sementara itu, juara dunia dan juara Terbuka Jepun dua kali, Lin Dan hampir dikejutkan rakan senegara yang juga juara dunia 2010, Chen Jin buat kali kedua dalam tempoh seminggu sebelum bangkit daripada ketinggalan untuk menang 20-22, 21-14, 22-20 dalam saingan yang berlangsung selama 1 jam, 8 minit.

Li Dan yang dikejutkan Chin Jin pada separuh akhir China Masters, minggu lalu kini akan berdepan seorang lagi rakan senegara yang juga juara China Masters, Chen Long pada separuh akhir hari ini. Chen Long terdahulu mara selepas mudah menumpaskan Jan O Jorgensen 21-14, 21-13.

Nasib Selangor di hujung tanduk

Posted:

Nasib Selangor di hujung tanduk

Nasib Selangor di hujung tanduk

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Adakah pemergian K. Devan mampu menyelesaikan kemerosotan prestasi juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor yang masih mencari rentak dalam usaha memburu sisa-sisa harapan ke suku akhir?

Memang sudah tiada pilihan lain lagi buat Selangor jika masih berangan-angan memburu 'Misi 33' yang nampak semakin jauh daripada jangkauan selepas kalah 1-2 kepada T-Team minggu lalu di Stadium Shah Alam.

Pengganti Devan, P. Maniam yang baru dinaikkan pangkat selaku jurulatih berdepan tanggungjawab berat bukan sahaja mencari kemenangan kepada Selangor tetapi perlu memulihkan moral kembali para pemain yang semakin merudum.

Ketika dihubungi semalam, Maniam yang juga bekas pemain Selangor tahun 1990-an berkata, semua pemain sudah melupakan pemergian K. Devan dan mereka bersedia memberikan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan dengan PDRM.

''Peletakan jawatan Devan tidak lagi mengganggu tumpuan pemain sebaliknya mereka bertambah semangat bagi membuktikan sesuatu kepada para peminat setia bahawa mereka masih mampu ke suku akhir.

''Dua perlawanan ini amat penting buat kami dan saya harap kita boleh mencatatkan kemenangan dalam kedua-dua perlawanan tersebut sambil mengintai peluang ke suku akhir.

''Memang tidak dinafikan peluang kami ke pusingan kalah mati banyak bergantung juga kepada keputusan perlawanan T-Team dan Kuala Lumpur, jika Kuala Lumpur menang, peluang kami mungkin agak tipis kerana T-Team hanya bertemu PDRM pada aksi terakhir kumpulan dan dijangka tiada masalah mengutip tiga mata.

''Tetapi saya hanya mahu memberikan fokus kepada pertemuan dengan PDRM dahulu, mereka juga bukan calang-calang pasukan kerana perlawanan terakhir kami diberi tentangan sengit sebelum menang 2-0," katanya yang mengakui PDRM pasti bertambah semangat selepas berjaya mengutip mata pertama selepas mengikat Kuala Lumpur seri tanpa jaringan minggu lalu.

Selangor yang sekadar mengutip empat mata dan berada di tangga ketiga Kumpulan D wajib mengutip enam mata dua perlawanan terakhir bagi memintas kedudukan salah satu pasukan, T-Team yang menerajui kedudukan kumpulan dengan sembilan mata sementara Kuala Lumpur ketinggalan satu mata di belakang kelab dari Terengganu itu.

Walaupun begitu, Selangor perlu menghadapi PDRM tanpa khidmat dua tonggak utama, Hardi Jaafar dan Mohd. Nasriq Baharom kerana masih dibelenggu kecederaan.

''Ketiadaan Hardi dan Nasriq mungkin sedikit menjejaskan kekuatan pasukan tetapi kami mempunyai ramai pengganti yang boleh disandarkan," katanya.diamalkan oleh Devan.

Kelantan pula hanya memerlukan satu lagi kemenangan ke atas Johor FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi mengesahkan laluan ke suku akhir manakala Perak, satu mata sahaja sudah memadai.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Panggilan telefon tertuduh dikesan

Posted:

Panggilan telefon tertuduh dikesan

Panggilan telefon tertuduh dikesan

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 23 Sept. – Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama firma guaman milik N. Pathmanabhan dikesan membuat beberapa panggilan di sekitar kawasan Subang Jaya antara pukul 9.55 malam dan 11.46 malam pada hari Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi didakwa dibunuh.

Pakar Teknologi di Bahagian Keselamatan, Maxis Mobile Sdn. Bhd., Ahmad Safuan Shaharani, 32, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini berkata, panggilan daripada nombor 012-2051243 dibuat kepada dua nombor telefon bimbit lain serta peti simpanan suara.

Menurutnya, kesemua panggilan yang dibuat daripada nombor yang didaftarkan atas nama Pathma Nalli & Patners itu berjaya disambungkan berdasarkan bayaran yang dikenakan bagi setiap panggilan tersebut.

''Pada pukul 9.55 malam, 30 Ogos 2010, nombor itu (dikesan) membuat panggilan kepada nombor 016-2123641 selama 12 saat dan pemanggil berada di Subang Jaya.

''Pada pukul 10.30 malam hari yang sama, nombor tersebut membuat panggilan kepada nombor peti simpanan suara. Panggilan itu berjaya dan pemanggil berada di SS12, Subang Jaya,'' jelas beliau semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimul Azami Mohamad Nor.

Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Keterangan dua saksi yang merupakan anggota polis sebelum ini mengesahkan kereta BMW dengan nombor pendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil ditemui di tempat letak kereta di Jalan SS12/1B, berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya pada 6 September tahun lalu.

Sementara kereta BMW X5 hitam dengan nombor pendaftaran WTL 11 yang dinaiki Sosilawati dan Kamaruddin pula ditemui di Flat Angsana, USJ 1, Subang Jaya pada hari yang sama.

Menurut Ahmad Safuan, panggilan dibuat sekali lagi kepada nombor 016-2123641 pada pukul 11.12 malam dengan pemanggil ketika itu berada di SS15, Subang Jaya.

Sementara pada pukul 11.19 malam pula, nombor tersebut membuat panggilan kepada nombor lain iaitu 019-2689282 ketika berada di SS17 Subang Jaya.

Kata saksi pendakwaan ke-46 itu juga, panggilan terakhir dibuat pada pukul 11.46 malam kepada nombor yang sama dari SS12, Subang Jaya.

''Nombor 012-2051243 juga turut menerima panggilan daripada 019-2689282 pada pukul 10.26 malam, hari yang sama,'' katanya lagi.

Menurut saksi, rekod panggilan menunjukkan nombor firma guaman tertuduh pertama itu juga membuat panggilan ke nombor 019-3124041 pada pukul 1.33 petang sebelum itu di Pekan Teluk Datok, Banting.

Jelasnya, satu khidmat pesanan ringkas (SMS) turut dihantar menggunakan nombor itu kepada nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Sosilawati pada pukul 7.53 malam melalui stesen pemancar Batu Laut 2, Banting.

Kata Ahmad Safuan, selain mencetak perincian pelanggan, rekod panggilan dan SMS bagi nombor milik firma guaman Pathmanabhan, dia juga melakukan perkara yang sama bagi tiga lagi nombor iaitu 012-2222541, 012-9775266 dan nombor yang didaftarkan atas nama anak jutawan kosmetik itu, Erni Dekritawati Yuliana Buhari.

Sementara itu, beberapa minit selepas prosiding hari ini bermula, mahkamah tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi tembakan meriam sempena majlis keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah selepas mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari di Selangor.

Tembakan meriam yang dilepaskan di Dataran Dewan Undangan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang terletak bersebelahan dengan kompleks mahkamah itu menyebabkan satu mentol lampu berhampiran tempat duduk Hakim Datuk Ahtar Tahir terjatuh.

Hakim Akhtar kemudian menangguhkan seketika prosiding bagi memberi laluan sehingga tembakan sebanyak 21 das itu selesai.

Perbicaraan yang masuk hari ke-33 hari ini bersambung Isnin ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Wanita juga tuntut kemerdekaan

Posted:

Wanita juga tuntut kemerdekaan

Wanita juga tuntut kemerdekaan

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


MOHD. Soffi Abdul Razak (empat dari kiri) dan Mohamad Shahrom Osman (tengah) beramah mesra dengan ibu penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Salmah Bachik (duduk, kiri) dan bekas pemimpin wanita UMNO dan NGO di Kuala Lipis kelmarin.


KUALA LIPIS 23 Sept. - Peranan yang dimainkan oleh golongan wanita dalam memperjuang kemerdekaan tanah air dan pengisian pembangunan negara amat jelas serta tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pengangkutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, peranan wanita bukan sahaja mencorakkan keluarga bahagia, malah mereka turut terlibat dalam menuntut kemerdekaan.

"Kita perlu mengikis sikap memperkecil kebolehan wanita, kerana tanpa wanita yang juga ibu, kita tidak akan lahir ke dunia ini dan mengecapi kesejahteraan hidup," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Merdeka meraikan 12 wanita bekas pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Wanita UMNO Daerah Lipis di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman; Naib Ketua UMNO Lipis, Mustafa Long; Ketua Wanita UMNO Lipis, Siti Fatimah Yahya dan Ketua Puteri UMNO Lipis, Hartini Othman.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta berkata, pemimpin UMNO dan NGO perlu menerapkan sikap tanggungjawab kepada golongan muda supaya menghormati bekas pemimpin wanita mahupun ibu masing-masing.

"Kesedaran ini amat penting supaya generasi muda sentiasa prihatin dan hormat terhadap warga emas, terutama ibu bapa masing-masing.

"Hargailah jasa warga emas dalam kalangan golongan hawa kerana mereka telah terlebih dahulu menjadi individu yang membangunkan negara yang hari ini maju, aman dan harmoni," ujarnya.

Guru cemerlang perlu jadi golongan pemikir

Posted:

Guru cemerlang perlu jadi golongan pemikir

Guru cemerlang perlu jadi golongan pemikir

MARAN 23 Sept. - Guru cemerlang perlu menjadi golongan pemikir yang mencetuskan idea baharu lebih segar dan efektif bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Pahang.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mazlan Mohamad berkata, guru berkenaan berupaya memberi suntikan baharu berdasarkan kepada pelbagai situasi bukan sahaja dalam bilik darjah bahkan di luar bilik darjah.

Tegasnya, mereka perlu melakukan perancangan secara strategik dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik, bina insan dan kokurikulum.

"Dalam situasi ini guru perlu menghasilkan bahan-bahan ilmiah atau penyelidikan yang boleh diguna pakai sebagai rujukan bukan sahaja oleh pelajar bahkan oleh ahli masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Persidangan Ilmiah Pedagogi dan Pandragogi serta Inovasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, mereka perlu menjadi golongan yang sentiasa memberi pandangan positif kepada kemajuan pendidikan, serta menyokong pelaksanaan dasar-dasar pendidikan negara.

Katanya lagi, mereka dianggap sebagai rakan kongsi paling akrab oleh jabatan dalam membantu merangka program kecemerlangan bagi meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan utama.

Sementara itu, pengerusi persidangan, Bajuri Rabu berkata, program bertemakan Guru Cemerlang Peneraju Transformasi Pendidikan Berkualiti itu memberi ruang kepada guru mewujudkan perkongsian pintar bersandarkan kepada pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka.

"Jumlah Guru Cemerlang Negeri Pahang sekarang ialah 530 orang dengan pelbagai gred jawatan bermula dari Gred DG32, DG34, DG44, DG48, DG52, DG54 dan Gred Khas C," katanya.

Pegawai kanan JPN terharu terima anugerah

Posted:

Pegawai kanan JPN terharu terima anugerah

Pegawai kanan JPN terharu terima anugerah

KUANTAN 23 Sept. - Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Aznan Mohamed terharu apabila terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 jabatan itu semalam.

Beliau yang berkhidmat sejak 30 tahun lalu, bersyukur dengan anugerah tersebut dan menganggapnya sebagai hadiah sempena persaraannya.

Menurut Aznan, walaupun hanya berpeluang memegang jawatan sebagai Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas selama setahun, namun banyak perkara dapat dilakukannya untuk sektor itu.

"Saya gembira dan terharu dengan anugerah yang diterima dan pastinya ia sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup saya.

"Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang berkhidmat di sini," katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Indera Mahkota semalam.

Hadir menyampaikan anugerah kepada 33 staf dan pegawai jabatan itu ialah Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad dan Timbalannya, Yahya Zainal Abidin.

Sementara itu Mazlan dalam ucapannya berkata, anugerah perkhidmatan cemerlang diberikan kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Beliau turut memuji usaha golongan pendidik Pahang yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas bagi memastikan mereka menduduki tempat terbaik.

"Saya juga bangga dengan perkhidmatan yang diberikan staf termasuk di kawasan luar bandar, semuanya memainkan peranan yang betul dan baik," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


129 negara sokong Palestin

Posted:

129 negara sokong Palestin

129 negara sokong Palestin


PELAJAR-pelajar Palestin turut sama bersorak semasa menyertai demonstrasi membantah ucapan Presiden Barack Obama di Perhimpunan Agung PBB kelmarin yang pro-Israel, di Ramallah, Palestin, semalam. -REUTERS


NEW YORK 23 Sept. - Ketika Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bersedia untuk mengemukakan permohonan pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat, dua per tiga anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah menyokong usaha berkenaan.

Delegasi Palestin menyatakan sebanyak 129 negara sudah memberikan sokongan kepada Palestin, lapor saluran televisyen, Al Jazeera.

Keadaan itu membawa makna Palestin menerima sokongan dua pertiga majoriti di Perhimpunan Agung PBB di mana Palestin boleh memilih untuk mendapatkan status bukan anggota dalam badan dunia itu.

''Pada peringkat ini, Palestin boleh ke Majlis Keselamatan PBB di mana Abbas menyerahkan permohonan berkenaan kepada Setiausaha Agung PBB,'' lapor Al Jazeera.

Dalam pada itu, rakyat Palestin mengadakan demonstrasi di jalan-jalan raya di Ramallah dan Gaza, semalam selepas ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Perhimpunan Agung PBB yang dilihat pro-Israel.

Lebih 1,000 penunjuk perasaan yang membawa kain rentang mengecam Obama, berkumpul di luar pejabat Abbas di Tebing Barat sebelum berarak ke pusat bandar.

Di Gaza pula, kira-kira 300 wanita mengadakan demonstrasi di luar pejabat PBB sambil melaungkan slogan anti-Obama.

Ucapan Obama itu mengulangi bantahannya terhadap usaha pengiktirafan Palestin itu dan menunjukkan simpati ke atas kesengsaraan hidup rakyat Israel.

Sementara itu, rakyat Palestin hari ini memberikan sokongan penuh kepada pemimpin mereka yang akan mengemukakan permohonan pengiktirafan tersebut.

Penyanyi dari Jenin, Ahmad Rahal mencipta lagu yang memuji Presiden Mahmoud Abbas sebagai seorang penjaga dan pelindung rakyat Palestin.

Menurut pemilik bengkel, Bilal Abu Ahmed, mereka amat menyambut baik tindakan Abbas dan gembira jika ia berjaya.

"Kami sudah tidak mampu untuk terus menderita. Biarlah anak-anak kami hidup dalam kemerdekaan," katanya. - Agensi

Ucapan Ahmadinejad berbisa di telinga AS

Posted:

Ucapan Ahmadinejad berbisa di telinga AS

Ucapan Ahmadinejad berbisa di telinga AS

NEW YORK 23 Sept. - Delegasi Amerika Syarikat (AS) keluar dari dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika Presiden Mahmoud Ahmadinejad mengkritik negara-negara Barat.

Pemimpin Iran itu sekali lagi menyatakan keraguannya terhadap punca pembunuhan kaum Yahudi yang digelar Holocaust dan serangan 11 September 2001 serta mengkritik AS yang membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden tanpa membawanya ke muka pengadilan.

"Negara-negara Eropah menggunakan pembunuhan kaum Yahudi itu sebagai alasan untuk membayar tebusan kepada Zionis.

"Matlamat kejam negara-negara Barat merupakan punca peperangan dan krisis ekonomi," katanya.

Seperti yang pernah berlaku di perhimpunan PBB dan majlis antarabangsa yang lain sejak beberapa tahun ini, seorang diplomat AS yang mengawasi ucapan di Perhimpunan Agung PBB keluar meninggalkan perhimpunan tersebut 20 minit selepas ucapan dimulakan.

Menurut jurucakap misi AS, Mark Kornblau, seramai 27 orang dari Kesatuan Eropah (EU) kemudian mengikuti jejak langkah diplomat AS itu sebagai tanda Protes.

"Ahmadinejad mempunyai peluang menyatakan hasrat rakyatnya untuk kebebasan dan maruah tetapi sebaliknya beliau sekali lagi bersifat anti-Semitik dan mengeluarkan teori konspirasi yang keji," kata Kornblau. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Linda berbasikal untuk kesihatan

Posted:

Linda berbasikal untuk kesihatan

Linda berbasikal untuk kesihatan

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


Linda memberi aksi menarik sebelum mengayuh basikal.


BEGITU berhati-hati sekali pelakon Linda Hashim mengeluarkan basikalnya dari kereta dan kemudian memasang tayar sebelum memulakan kayuhan di sekitar Tasik Titiwangsa untuk sesi foto S3, baru-baru ini.

Linda atau Norhazlinda Hashim, 27, berkata, sudah lama dia tidak berbasikal kerana sibuk di lokasi, namun atas permintaan S3, pelakon utama drama bersiri Tudung Ekspress itu sanggup turun padang.

"Dulu Linda memang aktif berbasikal dengan kawan-kawan dari kumpulan berbasikal. Sekarang ini, Linda berbasikal di sekitar kawasan rumah sahaja sebab kesuntukan masa.

"Walaupun sibuk, Linda perlu berbasikal untuk satu atau dua jam kerana ia salah satu cara untuk mengeluarkan peluh," katanya yang mula jatuh hati dengan sukan berbasikal sejak dua tahun lalu.

Menurut Linda, pada mulanya, dia hanya ikut rakan-rakannya berbasikal dan tidak sangka sukan itu menarik minatnya dan terus membeli basikal mountain bike.

Menariknya kata anak kedua daripada tiga beradik itu, pertama kali dia mengikut rakan-rakannya berbasikal secara berkumpulan di Putrajaya pada waktu malam.

"Linda memang teruja bila berada bersama kumpulan basikal yang terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang tanpa mengira bangsa. Semua yang berkumpul itu tidak mengenali antara satu sama lain, hanya diberitahu menerusi laman web.

"Pertama kali ikuti rombongan berbasikal sejauh 25 kilometer itu, memang penat tapi seronok. Aktiviti itu bukan sahaja baik untuk kesihatan malah ia mengajar kita untuk bekerjasama dan bersabar. Sekarang ini nak sertai aktiviti yang dilakukan sebulan sekali pun susah sebab Linda sibuk," katanya.

Penggemar pakaian jenama Fox itu berkata, sewaktu aktif berbasikal dia dapat merasakan perubahan pada lengannya yang kelihatan berotot.

Dek penangan sukan berbasikal, sekarang ini jika ternampak kedai menjual basikal, Linda pasti singgah untuk melihat produk terbaru.

"Sekarang ini, Linda sibuk menjalani penggambaran drama Cut Amirah sebanyak 26 episod, terbitan Media Corp dan AMC. Penggambaran dilakukan di Singapura.

"Jadi sesekali bila ada waktu lapang, Linda akan menjenguk ke kedai basikal di sana. Linda boleh habiskan masa satu atau dua jam di kedai itu sebab teruja tengok aksesori basikal. Basikal yang Linda guna ini pun sudah diubahsuai. Macam orang ubahsuai motosikal atau kereta," terangnya.

Pemegang watak Toh Puan Norashikin Mohd. Seth dalam filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata, sejak sibuk dengan penggambaran drama dan

filem, dia amat merindui basikal

jenama Jammis yang sudah lama dibiar

tersadai di rumah.

Taxi pertaruhkan funky

Posted:

Taxi pertaruhkan funky

Taxi pertaruhkan funky

Gambar RASHID MAHFOF


TAXI optimis kumpulan mereka mampu mengharungi arus muzik tanah air.


Kumpulan yang terdiri daripada empat anak muda kelahiran Johor itu kini bernaung di bawah label Warner Music.

Walaupun kumpulan ini baru sahaja ditubuhkan, namun keserasian di antara mereka jelas dapat dilihat ketika di temuramahS3 baru-baru ini.

Menurut vokalis kumpulan berkenaan, Muhammad Ar-Rashidin Tuah, 19, atau lebih dikenali sebagai Cidin, mereka sebenarnya telah mula bermain alat muzik sejak kecil lagi.

"Kami saling mengenali daripada kecil lagi. Cuma sebelum ini, kami tidak jamming bersama.

"Idea untuk menubuhkan kumpulan ini hanya timbul sehari sebelum pertandingan Twisties Bingit.

"Bayangkanlah ketika itu, masa semakin suntuk dan kami pula baru hendak mencari ahli kumpulan dan juga berlatih," katanya.

Namun, berdiri di atas semangat berpasukan, kumpulan yang mendaftarkan diri di saat-saat akhir pertandingan tersebut akhirnya berjaya merangkul gelaran juara.

"Kenangan nyaris tidak dapat mendaftar sebagai peserta akan kami ingat sepanjang hayat kerana jika peluang itu terlepas, kami tidak akan berada di sini," ujarnya merendah diri.

Selain Rashid, Taxi juga 'dihidupkan' oleh dua bersaudara, Sukri Salleh atau mesra dipanggil Amin, 23 (bass) dan Sazuan Salleh, 19 (dram) serta Mohd Edzwan Shah, 23 (gitar).

Lahir dengan album pertama mereka, Langkah Pertama, sememangnya kumpulan ini optimis dapat membina nama yang kukuh dalam industri seni tanah air.

Menurut Edzwan, dia sangat berterima kasih kepada peminatnya kerana tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kumpulan mereka.

"Alhamdulillah, kami mendapat reaksi positif daripada peminat melalui lagu Angkubah dan juga Warna. Malah ada peminat yang tidak sabar-sabar menantikan lagu terbaru kami.

"Jika diberi peluang, kami ingin melebarkan sayap ke negara lain.

"Malah, jika berkesempatan, kami juga ingin berkolaborasi bersama Adira naib juara Akademi Fantasia 8," ujar mereka terus terang.

Selain Angkubah dan juga Warna, album Langkah Pertama turut memuatkan lagu Ku Emosi, Mimpi Semalam termasuk rakaman semula lagu Ghazal Untuk Rabiah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Peluang BN di Kedah

Posted:

Peluang BN di Kedah

Peluang BN di Kedah

KETEGASAN Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang mahu wakil rakyat atau pemimpin UMNO bersedia menyokong siapa sahaja dipilih sebagai calon, amat relevan khususnya dalam situasi politik di Kedah.

Ia kerana Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah turut berpendapat, resipi Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Kedah daripada pembangkang ialah semua pemimpin UMNO berpakat untuk menyokong calon walaupun diri sendiri tidak dicalonkan.

Wartawan Utusan Malaysia, SAHBULAH DARWI dan jurugambar, ABDUL HALIM KHALID menemuramah Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, DATUK AHMAD BASHAH MD.HANIPAH bagi mendapatkan pandangan beliau.

UTUSAN: Ketika berucap di Selangor, Perdana Menteri mahu semua pihak memastikan kemenangan calon BN tanpa mengira siapa sahaja dipilih, apa pandangan Datuk?

AHMAD BASHAH: Saya amat setuju apa yang disebutkan kerana yang penting adalah semangat setia kepada parti.

Kalau sesuatu kawasan itu sudah diputuskan untuk ditandingi oleh Gerakan, MCA dan MIC, rakan-rakan lain dalam komponen BN, kita kena berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kemenangan. Namun begitu apa yang merisaukan kita ialah kriteria calon boleh menang terutama dalam kalangan UMNO sendiri.

Sebab itulah apabila diputuskan oleh pucuk pimpinan siapapun calon pilihan raya nanti maka kita sebagai orang parti, ahli UMNO, sayangkan parti, kita harus memenangkan parti kita

Semangat tersebut perlu ada dalam diri kita hari ini, jangan semangat individu itu, tetapi semangat kepartian kena kuat.

Kalau kita buat sesuatu yang memudaratkan parti seperti sabotaj dan sebagainya, kita menjadi pengkhianat kepada parti. Ia disebabkan yang akan kalah adalah parti bukannya individu.

Jika esok adalah hari mengundi, bagaimana peluang BN untuk menawan semula Kedah jika unsur-unsur negatif ini tiada lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Jika unsur negatif tersebut mampu disingkirkan sudah pasti peluang kita cukup cerah, kerana PRU-13 bukan seperti PRU Ke-11 atau PRU Ke-12.

Kali ini kita boleh menang, tetapi secara jujurnya mungkin dari segi jumlah undi majoriti bukan seperti PRU-11 atau PRU-10 dulu yang mana kita dapat majoriti antara 7,000 atau 6,000 undi.

Sebab itu, kita tidak boleh ada langsung unsur-unsur merajuk, sabotaj calon dan sebagainya.

Ia kerana dalam pilihan raya umum lalu, kita kalah di kubu kuat kita dengan majoriti kecil seperti Dewan Undangan Negeri (DUN Bukit Lada, Tanjung Dawai, Air Itam, Jeneri dan sebagainya. Selain itu kawasan sedia ada dimenangi BN seperti DUN Kuah dan Padang Mat Sirat (Langkawi), Bukit Kayu Hitam dan Jitra (Kubang Pasu), Pedu dan Kuala Nerang (Kuala Nerang) dan beberapa kawasan lain akan terus dipertahankan.

Selain itu, kita ada kira-kira 10 kerusi yang boleh dianggap selesa manakala kira-kira lapan kerusi yang 50-50. Sekurang-kurangnya sasaran 26 daripada 36 kerusi DUN boleh dapat dalam tangan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Kita juga tahu kubu kuat Pas sebenarnya tidak begitu banyak kecuali di Sala, Anak Bukit, Tokai dan Kuala Ketil sahaja.

Apakah ada faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang?

Pertamanya, kewibawaan dan kepimpinan Najib, ini menjadi aset utama kita. Hari ini semua orang bercakap dan menilai kewibawaan kepimpinan Najib dan mereka begitu yakin untuk menaruh harapan buat generasi akan datang di bawah apa yang dizahirkan Perdana Menteri.

Kedua, dengan apa yang berlaku selama tiga tahun di bawah pemerintahan Pas, rakyat Kedah merungut, maka pilihan raya kali ini adalah masa untuk menterjemahkan sokongan kepada BN dan menolak Pas.

Saya serahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan membuat keputusan bagaimana hari ini dan untuk terus ke depan. Ini kerana apabila datang pilihan raya umum nanti maka kuasa diberi semula kepada rakyat jadi rakyat kena buat keputusan yang bijak dan terbaik untuk memilih pemimpin mereka.

Mengenai calon boleh menang, ramai yang mengatakan kriteria dan cita rasa pengundi di Kedah berbeza dengan negeri lain. Dari segi apa perbezaan itu?

Saya setuju, cita rasa pengundi kadang-kadang berlainan mengikut negeri. Mungkin di negeri yang maju seperti Selangor pendekatannya berlainan dengan Kedah. Di sini pengundi mahu calon itu berdamping selalu dengan mereka. Pengundi juga mahu lihat kemampuan, kehebatan dan kewibawaan calon itu.

Perdana Menteri sudah kata, kata calon nanti tidak semestinya orang yang jadi ketua bahagian atau pemimpin bahagian. Kita sebagai pemimpin peringkat bahagian kena terima keputusan Presiden parti, kita kena buat sampai parti menang, maka itu baru orang kata dia adalah pemimpin yang hebat.

Bagaimana pula dengan tuduhan kononnya wujud masalah berpuak-puak dalam UMNO Kedah?

Soal isu berpuak-puak ini, sikit-sikit itu biasalah. Dalam parti, perkara seperti ini tidak akan habis, isu kelompok-kelompok kecil ini, tetapi bila tiba pilihan raya kita akan bersatu dan bekerja bersama-sama. Saya lihat keadaan sudah banyak berubah. Perubahan ke arah yang lebih positif dan banyak masalah sudah selesai, jadi saya yakin perkara itu tidak menjejaskan usaha untuk menawan semula Kedah.

Bagaimanapun, saya lihat semangat parti iaitu sayangkan UMNO iaitu tidak mahu melakukan sesuatu yang negatif terhadap parti dalam kalangan ahli UMNO sudah nampak jauh berubah.

Jadi saya yakin, apabila sampai masanya nanti apa yang diterapkan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebut, kita mesti menjadi orang parti, bila orang parti kita tak kira individu maka kita boleh menang, insya-Allah.

Sejauh manakah Majlis Penerangan UMNO baru-baru ini memberi hasil dan kesan positif kepada akar umbi?

Ia adalah perhimpunan lebih 4,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan yang dianggap berjaya dan berkesan dalam menyebarkan mesej ke peringkat akar umbi.

Contohnya, rata-rata peserta berpuas hati dengan penerangan khususnya yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan tugas dan tanggungjawab mereka, isu-isu semasa, persediaan pilihan raya umum tidak lama lagi.

Kita juga mendapat maklum balas positif khususnya daripada pegawai-pegawai peti undi dan jentera BN daripada parti-parti komponen. Para peserta termasuk juga persatuan guru-guru besar yang memberi respons mahu mesej perhimpunan itu seperti tanggungjawab rakyat, isu-isu semasa yang perlu disampaikan ke akar umbi.

Selain itu peringkat parti-parti komponen akan buat program penerangan susulan di peti undi pada Oktober ini. Kita akan turun ke bahagian-bahagian, di satu-satu bahagian kita turun serentak di 15 hingga 20 buah tempat pada satu malam.

Selain itu, jentera kita sudah siap sedia walaupun ada sedikit sebanyak masalah di sana sini yang diselesaikan tetapi secara umumnya kita sudah bersedia dengan strategi, perancangan dan pelaksanaan yang dipantau oleh ibu pejabat parti.

Dari segi manifesto juga, mungkin negeri seperti Selangor akan ada manifesto sendiri tetapi bagi Kedah, kita akan guna manifesto BN Pusat dan ia menjadi keutamaan, tetapi lepas itu, kita akan tokok tambah mengikut keperluan negeri.

‘Nyanyian’ lama Nik Aziz bergema semula

Posted:

'Nyanyian' lama Nik Aziz bergema semula

'Nyanyian' lama Nik Aziz bergema semula

Oleh Zulkiflee Bakar

APABILA Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Aziz Nik Mat kembali bercakap soal pelaksanaan hukum hudud, percayalah ia hanyalah kenyataan politik menjelang pilihan raya.

Malah lebih daripada itu, Mursyidul Am Pas tersebut akan dilihat hendak mengalih perhatian rakyat terhadap isu tragedi Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Sebenarnya, kalau Pas benar-benar ikhlas hendak melaksanakan hukum hudud sudah pasti parti itu akan bermati-matian mempertahankan perjuangan negara Islam yang dipeloporinya.

Tetapi semua itu terkulai layu dalam muktamar tahunan parti tersebut baru-baru ini, apabila Pas menyatakan ingin memperjuangkan negara berkebajikan dan ia disusuli dengan pelancaran manifesto mengenainya minggu lalu.

Oleh itu, kita perlu bertanya kepada Nik Abdul Aziz, apakah pelaksanaan hukum hudud ini sudah mendapat restu Pas pusat atau ia sebagai 'gula-gula' Pas Kelantan untuk menghadapi pilihan raya?

Nik Abdul Aziz amat memahami rakyat Kelantan kini semakin menyedari kemampuan Pas selepas 21 tahun mereka memerintah, kalau mengikut kepada 'cuaca politik' sekarang, pemerintahan Pas akan berakhir di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Apatah lagi, Nik Abdul Aziz dan Pas Kelantan melihat semakin ramai orang Melayu di negeri itu yang sebelum ini begitu percaya bahawa Pas akan melaksanakan hukum hudud dan mempertahankan perjuangan Islam mendapati penantian mereka hanya sia-sia.

Pas Kelantan amat memahami situasi ini apatah lagi dari semasa ke semasa banyak kemelut berlaku melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

Justeru Nik Abdul Aziz kembali mendendangkan lagu 'hukum hudud' dalam usaha untuk menarik perhatian pengundi-pengundi Kelantan.

Dan seperti diduga 'nyanyian sumbang' berkenaan mendapat tentangan daripada DAP yang boleh dianggap 'pengkritik tetap' terhadap 'sandiwara' Pas dalam soal hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Berdasarkan hakikat itu, tidak payahlah kita terpengaruh dengan polemik baru antara Pas dan DAP dalam isu hukum hudud ini, sebaliknya tidak harus melupakan dua isu berkaitan kedua-dua parti berkenaan yang berlaku sekarang.

Pas sedang berusaha mencuci imej berikutan isu tragedi Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu manakala DAP pula berhadapan dengan isu menggantikan Jalur Gemilang yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M.Manoharan.

Isu hudud hanyalah 'peluru-peluru' terakhir yang terpaksa digunakan bagi mengalihkan isu-isu berkenaan, namun pujian perlu diberikan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sentiasa konsisten menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Ertinya dari segi sikap konsisten dalam pendirian politik, Karpal Singh dan DAP jauh lebih baik daripada Pas yang bersedia mengubah pendiriannya semata-mata untuk meraih sokongan politik.

Jika Pas benar-benar mahu memperjuangkan hukum hudud, Pas sudah pasti tidak akan berganjak daripada perjuangan negara Islam tetapi apa kata Nik Abdul Aziz pada 25 Jun 1999?

Antara lain beliau berkata, "Pas Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa...".

Itu kata Nik Abdul Aziz sendiri tetapi kenapa baru sekarang Menteri Besar Kelantan itu hendak bercakap soal hukum hudud? Bukankah dari satu segi ia sudah 'nampak menyusahkan' kerjasama dengan DAP?

Sebenarnya perjuangan untuk melaksanakan hukum berkenaan sudah lama tidak ada dalam diari politik Pas, malahan pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Pas mengeluarkan manifesto bertemakan, ''Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih' Menuju Negara Berkebajikan.''

Kalau Pas Kelantan benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh apabila diberi peluang untuk memerintah Kelantan bagi penggal kelima pada pilihan raya umum lalu.

Tetapi Pas tidak berbuat demikian sebaliknya tumpuan utama parti itu termasuk di Kelantan ialah membantu pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

Malahan sepanjang keterujaan ke Putrajaya berkenaan tidak ada satu pun konvensyen , seminar atau muktamar dianjurkan oleh Pas bagi menunjukkan keseriusan mereka untuk melaksanakan hukum hudud.

Maknanya, jelaslah apa yang diperkatakan oleh Nik Abdul Aziz hanyalah mainan politik Pas Kelantan sahaja dalam usaha mengekalkan kuasa pemerintahan di negeri itu.

Bagi Pas pusat pula, walaupun mereka mengetahui bahawa tindakan Nik Abdul Aziz hanya akan mencetuskan polemik dengan DAP tetapi mereka pastinya akan mendiamkan diri.

Ia kerana sekurang-kurangnya tindakan Nik Abdul Aziz itu boleh meredakan ketegangan akibat isu yang dicetuskan oleh Mohamad Sabu.

Kalau benar Pas bersama-sama Nik Abdul Aziz mahu memperjuangkan hukum hudud dan negara Islam sudah pasti Pas tidak akan bersedia bekerjasama dengan DAP sejak awal lagi.

Pas sudah tahu pendirian konsisten DAP dalam soal berkenaan tetapi Pas bersedia bekerjasama dan seterusnya menggadaikan segala-galanya kerana Pas tidak mahu ketinggalan 'kapal kekuasaan' yang sedang diusahakan oleh pakatan pembangkang.

Jika Pas menganggap bahawa polemik dengan DAP bukanlah usaha untuk mengalih isu, maka Nik Abdul Aziz sebagai tokoh yang paling dihormati dalam Pas perlu membuat kenyataan untuk mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

Tindakan itu bukannya aneh kerana pada tahun 1990, Pas yang terlalu ingin berkuasa bersedia bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat (S46) dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) tetapi enggan bekerjasama dengan DAP dalam Barisan Alternatif.

Jika tindakan ini tidak dilakukan, maka anggaplah sahaja apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz hanyalah sekadar sandiwara politik menjelang pilihan raya semata-mata dan ia akan sunyi kembali apabila pilihan raya berakhir.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Seni terapi pertumbuhan

Posted:

Seni terapi pertumbuhan

Seni terapi pertumbuhan

rekreasi@utusan.com.my
Gambar SAFIYANA HALIM


EDDY dan Jenny berbangga dengan hasil lukisan anaknya.


Bagi mereka, kecacatan bukan penghalang untuk mencapai apa yang diimpikan kerana segelintir daripada mereka telah membuktikan kecemerlangan dalam pelbagai bidang akademik mahupun kokurikulum.

Melihatkan kepentingan perkembangan pertumbuhan kanak-kanak down sindrom dan OKU di negara ini, Festival Muzik, Seni dan Gaya 2011 (MASiF 2011) yang berlangsung sempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini, telah menjangkaui sempadan dengan memberi peluang buat artis-artis autistik mempamerkan karya masing-masing.

Kecacatan bukan penghalang

Dalam pameran diberi nama Fusion of Passion' yang diadakan bermula 15 hingga 25 September 2011 di Galeri Petronas (KLCC) itu, S3 bertemu dengan salah seorang artis tersebut, Tan Seng Kit, 22.

Melihat keadaan fizikal beliau, Seng Kit kelihatan normal tetapi sebenarnya dia merupakan insan istimewa yang berbakat besar.

Dalam bidang seni, setiap karya yang dihasilkan mampu menyampaikan perasaan pelukis tersebut.

Begitu juga dengan karya Bird Watching yang dihasilkannya, menggunakan medium cat akrilik di atas kanvas.

Karya yang dihasilkan itu kelihatan menarik berdasarkan susun atur gambaran burung dan pemilihan warna yang terang.

Ibunya, Jenny Tan, 55, berkata, beliau menyedari bakat yang dimiliki anaknya sejak berusia tiga tahun.

"Orang istimewa seperti Seng Kit tidak suka bercakap, sebab itu mereka melukis untuk meluahkan perasaan mereka kerana tiada kebolehan untuk berkomunikasi.

"Selepas saya lihat yang dia berminat dengan aktiviti melukis, saya pun menyarankan Seng Kit untuk mengikuti kelas kesenian.

"Lama-kelamaan, dia semakin berbakat dan sering mendapat pujian daripada guru lukisan kerana potensi dia semakin memuaskan," jelasnya.

Katanya, golongan seperti anaknya itu perlu diberikan pendedahan agar mereka boleh berdikari.

"Saya berterima kasih kepada pihak penganjur MASiFv 2011 kerana memberi peluang kepada anak saya menonjolkan bakat yang dimilikinya.

"Selain itu, pada pendapat saya golongan seperti Seng Kit perlu diberi pendedahan seperti ini agar mereka lebih yakin dengan diri mereka sendiri," ujarnya.

Bermula awal tahun 2007, Seng Kit semakin serius dalam penghasilan karya-karya lukisan dalam kategori beliau.

Malah pada tahun yang sama, beliau banyak menyertai pertandingan melukis yang dianjurkan di dalam negara.

Sehingga kini, beliau telah menyertai hampir 20 pertandingan melukis dan pernah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Seni Artlympic di Balai Seni Lukis Negara (BSLN).

Anak bongsu daripada tiga beradik itu kebiasaannya mengambil masa selama dua jam untuk menghasilkan sesebuah lukisan, bergantung kepada keinginan melukisnya.

Menurut bapanya, Eddy Tan, 65, ada kalanya Seng Kit boleh menghasilkan dua hingga tiga buah lukisan tetapi ada harinya dia tidak melukis langsung.

"Seng Kit suka melukis gambar burung kerana haiwan tersebut merupakan haiwan kegemarannya.

"Selain itu, dia juga suka melukis gambar-gambar bangunan bersejarah yang mempunyai tarikan reka bentuk yang unik," katanya.

Tambahnya, selepas pulang dari melancong bersama keluarga, Seng Kit akan menghabiskan masanya dengan melukis gambar-gambar berdasarkan apa yang dia lihat.

Ibu risau gaya hidup menantu

Posted:

Ibu risau gaya hidup menantu

Ibu risau gaya hidup menantu

BERTUAH mereka yang ada menantu berilmu, beragama dan berbudi bahasa, ke mana pergi sentiasa dipuji orang.Namun bagi yang sebaliknya, tentu perasaan kecewa tidak dapat dielak, malah rasa malu kepada keluarga, jiran tetangga dan kawan-kawan turut mengganggu fikiran.

Hendak salahkan anak pun tidak kena sebab jodoh pertemuan, semuanya ketentuan Allah.

Inilah persoalan yang bermain di fikiran Mama Yati (bukan nama sebenar) yang sedih dengan sikap anak menantunya yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga urusan rumah tangga diabaikan.

Pertemuan di satu majlis baru-baru ini membolehkan Mama Yati berkongsi rasa terkilan dan sedih dengan sikap anak menantunya itu walaupun nasihat dan teguran telah diberikan.

"Saya sudah muak untuk menegur dan menasihati mereka, tidak ada perubahan, macam itu juga," keluh Mama Yati.

Kita ikuti kisah Mama Yati.

"Anak lelaki saya, Rizal (bukan nama sebenar) berusia awal 30-an telah berkahwin dengan Efa (bukan nama sebenar), seorang pegawai pemasaran sebuah syarikat ternama di ibu kota.

"Perkahwinan empat tahun itu telah dikurniakan seorang anak lelaki berusia 2 tahun, saya jaga sejak lahir hingga kini.

"Memang saya faham tugas seorang pegawai pemasaran, sibuk sepanjang masa termasuk juga anak lelaki saya itu, yang bekerja di sebuah bank.

"Dalam sibuk-sibuk bekerja, saya pasti jika bijak membahagikan masa tentu tidak ada masalah yang timbul. Ini berlainan dengan hidup anak dan menantu saya ini.

"Kami tinggal berdekata, jadi saya tawar diri untuk menjaga cucu saya kerana saya tidak bekerja. Lagipun saya masih sihat untuk berbuat demikian.

"Malangnya, mereka mengambil kesempatan di atas kebaikan saya untuk tidak mengambil berat tentang anak lelaki mereka itu. Semua diletakkan di atas bahu saya walaupun setiap bulan mereka memberi wang untuk perbelanjaan anaknya kepada saya.

"Sejak berkahwin, saya tidak pernah nampak mereka duduk semeja makan bersama setiap kali saya ke rumah mereka, selalunya salah seorang mesti tidak ada.

"Isteri atau suami outstation dan suami atau isteri jumpa klien itu adalah jawapan standard yang selalu diberikan kepada saya. Itu juga saya boleh faham.

"Telah lama saya perhatikan keadaan ini. Sibuknya mereka mengalahkan menteri. Hari bekerja sibuk, hujung minggu sibuk, sehingga hendak bawa anak bersiar-siar sekali skala pun tidak ada masa.

"Malah sejak lahir hingga sekarang mereka langsung tidak tunjuk rasa tanggungjawab terhadap anak kecil itu kerana merasa budak itu selamat dalam penjagaan saya. Memang betul anak mereka selamat. Tapi di mana rasa kasih sayang dan ambil berat mereka terhadap zuriat mereka itu. Sudah banyak kali saya beritahu perkara ini kepada mereka, nasihat dan teguran memang selalu, tetapi tindakan tidak ada.

"Saya pelik juga sebab ibu bapa lain kalau berpisah dengan anak terasa rindu, tapi anak menantu saya ini tidak pula. Kalau saya cakap banyak, kata saya merungut dan ugut nak ambil anak mereka, tapi tak ambil juga sampai sekarang.

"Saya kasihan kepada cucu saya sebab tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa. Budak itu semakin membesar, sampai bila dia harus tinggal dengan saya. Dia perlukan ibu bapanya.

"Baru-baru ini saya telah meluahkan semua perkara yang telah lama saya simpan kepada mereka berdua. Bagaimana kecewanya saya kerana ada anak menantu seperti mereka yang tidak menghargai anak dan tidak pedulikan perkara lain, selain kerja.

"Saya ralat sebab saya tahu mereka hanya pentingkan duit dan kerja. Amal ibadat, solat dan kerja kebajikan entah ke mana. Hubungan dengan jiran dan saudara mara langsung tidak ada.

"Gaya hidup mereka terlalu sosial. Ke sana sini bergaul dengan lelaki, perempuan tanpa batas sebab tugas. Siang malam, pagi petang tidak tahu hendak balik rumah. Pakaian sudah macam orang putih, baju kurung, tudung langsung tidak pandang.

"Saya malu dengan saudara mara apabila mereka asyik bercerita tentang menantu saya yang macam mat salleh celup itu. Macam sudah hilang Melayunya.

"Yang buatkan saya semakin sedih kerana anak saya tidak dapat menjadi ketua keluarga yang baik, mendidik dan membawa isterinya ke jalan Allah.

"Apa guna ada isteri berpelajaran tinggi dan cantik kalau tidak ada iman, budi bahasa dan tidak tahu hormat orang tua serta tidak tahu tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

"Orang lain pun kerja juga tetapi tidaklah sampai lupa tanggungjawab dan anak. Bukan saya tidak boleh jaga anak mereka, tapi sampai bila saya kena korban? Mereka perlu tahu tanggungjawab mereka terhadap anak tersebut, sebab itu anak mereka.

"Adik-adik saya marah sebab saya terlalu berlembut dengan mereka, tapi kalau saya berkeras pula, takut mereka akan pergi jauh dari saya.

"Sebagai ibu tentu saya rasa sedih. Tidak tahu di mana silap saya. Pelajaran, didikan agama rasanya cukup saya bagi, tetapi kenapa jadi begitu.

"Saya berdoa agar anak menantu saya itu akan sedar dan kembali ke pangkal jalan. Ini baru anak seorang sudah kalut, bagaimana kalau sudah ramai nanti.

"Saya tidak kisah jaga cucu tapi saya sedih sebab dia tidak dapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya yang sibuk mengejar dunia, saham akhirat langsung tidak fikir.

"Semua orang kerja, semua orang sibuk tetapi sebagai manusia, isteri, suami dan ibu bapa, kita mesti ada fokus dalam hidup. Seimbangkan peranan antara kerjaya dan rumah tangga.

"Mentang-mentang saya boleh jaga anak, jangan ambil kesempatan. Fikir juga tentang masa depan anak. Setakat datang bawa mainan, baju mahal dan makanan mewah saja, tidak cukup. Kasih sayang dan kebajikan anak itu penting.

"Wang ringgit juga bukan ukuran dan jaminan membahagiakan anak. Tidak bagi duit pun saya boleh bagi makan cucu saya. Saya harap apa yang saya cakap kepada mereka akan mereka dengar.

"Saya bukan mengungkit tetapi mahu mereka berubah dan menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab. Masih belum terlambat untuk mereka sedar. Kalau boleh saya mahu mereka ambil anak mereka dan jaga sendiri. Bukan saya tidak mahu jaga tapi saya rasa sudah sampai masa mereka berdikari. Pasangan suami isteri lain pun buat macam itu, tidak susahkan orang tua.

"Saya harap mereka faham dan tidak ambil hati. Saya berdoa semoga mereka boleh fikir dan mengubah gaya hidup mereka secara lebih positif. Saya reda dengan apa yang akan mereka lakukan, sebab apa yang saya buat adalah untuk kebaikan mereka.

"Kepada ibu-ibu di luar sana yang mungkin menghadapi masalah seperti saya tapi takut hendak berterus terang dengan anak menantu adalah cara terbaik agar kita tidak terus memendam rasa dengan kerenah anak menantu," Mama Yati berpesan sebelum menamatkan ceritanya.

Itulah kisahnya yang ingin Mama Yati kongsi dengan pembaca. Benar juga katanya, di peringkat awal seorang ibu hanya membantu meringankan beban anak menantu. Tidak sangka pula akhirnya menjadi tanggungjawab.

Buat pasangan suami isteri yang kalut mengejar kemewahan hidup dan mementingkan kerjaya, cubalah membahagikan masa agar rumah tangga terus terpelihara, anak-anak tidak terbiar dan ibu tidak dibebankan dengan tanggungjawab sebagai pengasuh.

Kepada Mama Yati, mudah-mudahan kemelut yang dilaluinya akan segera berlalu. Berdoalah minta diberi kesejahteraan kepada anak menantu dan cucu. Doa seorang ibu, insya-Allah akan dimakbulkan Allah.

Menutup kata, terimalah segala masalah itu dengan rasa tenang, insya-Allah kebahagiaan itu akan menjadi milik kamu.

Salam

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Peniaga, pengunjung bimbang

Posted:

Peniaga, pengunjung bimbang

Peniaga, pengunjung bimbang

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
kota@utusan.com.my


KOMPLEKS PKNS d Shah Alam selama ini menjadi tumpuan pengunjung untuk mendapatkan barangan pada harga berpatutan.


SHAH ALAM 23 Sept. – Rata- rata peniaga di Kompleks PKNS di sini bimbang dengan rancangan untuk menaikkan kadar sewa pejabat dan lot kedai di situ pada Januari tahun depan.

Kebimbangan mereka dirasai sama oleh pengunjung yang bimbang mereka terpaksa menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat kenaikan kadar sewa.

Kenaikan sewa lot perniagaan di kompleks tersebut dikaitkan dengan penjualan tiga aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu Kompleks PKNS, SACC Mall di sini dan Menara PKNS di Petaling Jaya kepada sebuah syarikat pelaburan, Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT).

Menurut seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Abang Mat, dia menerima surat pada 12 September lalu menyatakan sewa tapak kedainya akan dinaikkan pada tahun depan atas alasan mengikut kadar sewa bangunan sekitar.

"Apa yang dipersoalkan surat pemberitahuan sewa naik menyatakan tentang pengambilalihan tiga bangunan milik PKNS oleh syarikat pelaburan tersebut. Mengapa tiba-tiba timbul cerita kenaikan sewa seolah-olah ada udang di sebalik batu.

"Kenaikan sewa dengan alasan ingin membuat pengubahsuaian ruang perniagaan secara berperingkat bukanlah alasan kerana kompleks ini mempunyai keunikan tersendiri untuk menarik kehadiran pengunjung," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berharap kenaikan sewa lot kedai ditangguhkan kerana bimbang ia akan menjejaskan sambutan pengunjung.

Katanya, ini kerana peniaga terpaksa menaikkan harga barang bagi menyerapkan kenaikan sewa lot kedai.

Seorang penyewa lot pejabat yang ingin dipanggil sebagai Tuan Haji menganggap keputusan menaikkan sewa selepas Hari Raya Aidilfitri dan menjelang sesi baru persekolahan awal tahun hadapan sebagai tidak masuk akal.

"Tindakan menaikkan sewa seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi untuk meminta penyewa keluar secara sukarela jika enggan mematuhinya," katanya.

Seorang pengunjung, Noor Hisham Shaharom, 38, berharap sewa tidak dinaikkan dalam masa terdekat kerana ia akan menyebabkan harga barang yang dijual dinaikkan.

"Saya bersimpati dengan para peniaga yang terpaksa menyerap kenaikan sewa 100 peratus. Sepatutnya PKNS bermuzakarah dengan peniaga agar situasi menang-menang dapat diwujudkan," katanya.

Eddie Idris, 30, pula berkata, PKNS sepatutnya tidak terlalu terikut dengan kadar kenaikan sewa bangunan sekitar kompleks tersebut kerana dalam keadaan ekonomi sekarang, peniaga masih berusaha untuk menstabilkan perniagaan mereka.

Samun: Polis edar gambar 2 lelaki

Posted:

Samun: Polis edar gambar 2 lelaki

Samun: Polis edar gambar 2 lelaki

SHAH ALAM 23 Sept. - Polis hari ini mengedarkan gambar dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes samun wang tunai berjumlah RM938,085 membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 16 September lalu.

Dua lelaki terbabit, T. Sritharan yang memegang kad pengenalan bernombor 790131-14-5015 dengan alamat terakhirnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh manakala D. Nagarajan (770408-02-6273) yang mempunyai dua alamat iaitu di Bandar Sri Damansara dan Sri Petaling, dekat sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, Nagarajan didapati memiliki rekod jenayah dan pernah ditahan membabitkan kes samun pada 2009.

"Justeru, kami minta ahli keluarga atau rakan-rakan dua individu itu tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi terus pegawai penyiasat Asisten Supritendan Zaharul Idris di talian 019-6664953 bagi membantu siasatan," katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di sini hari ini.

Tun Hisan turut memaklumkan bahawa pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu termasuk membabitkan tiga pegawai SPRM berusia antara 20-an dan 35 tahun yang telah ditahan pada 19 September lalu.

Tiga pegawai terbabit ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor apabila hadir untuk memberi keterangan selepas dipercayai terbabit dalam kes samun seorang pengurup wang warganegara asing yang masuk ke negara ini bagi urusan perniagaan.

Mengenai dakwaan salah seorang daripada suspek yang ditahan bergelar Datuk, Tun Hisan menafikan perkara itu sebaliknya mengakui mereka yang ditahan antaranya berpangkat Asisten Komisioner.

RapidKL edar 500 kupon percuma untuk naik LRT, KL Monorel

Posted:

RapidKL edar 500 kupon percuma untuk naik LRT, KL Monorel

RapidKL edar 500 kupon percuma untuk naik LRT, KL Monorel

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) hari ini mengedarkan 500 kupon percuma kepada pengguna perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan KL Monorel di Stesen Bukit Jalil menghala ke Gombak, hari ini.

Pemberian kupon percuma bagi perjalanan sehala ini adalah antara aktiviti Kempen Kurang Kenderaan, Kurang Pencemaran anjuran RapidKL bersempena dengan Hari Bebas Kenderaan Sedunia.

Kupon tersebut boleh digunakan pada hujung minggu atau cuti umum ke mana-mana stesen LRT dan KL Monorel dan sah sehingga 31 Disember tahun ini.

Jurucakap Rapid KL berkata, ini adalah antara usaha pihaknya untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dalam menyokong Hari Bebas Kenderaan Sedunia.

Program itu juga mendapat kerjasama radio Era FM dan disiarkan secara langsung pada program Riuh Pagi Era. Tiket percuma ini diberikan oleh, pengacara dan deejay radio terkenal, Aznil Nawawi.

Pengguna boleh melayari Facebook RapidKL di www.facebook/myrapid atau Twitter RapidKL di MyRapidKL untuk mengetahui tarikh pemberian kupon percuma seterusnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved