Jumaat, 23 September 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Terjerat ah long akibat hantaran kahwin

Posted:

Terjerat ah long akibat hantaran kahwin

Terjerat ah long akibat hantaran kahwin

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


ZALI (kiri) menunjukkan senarai nama ah long dan jumlah pinjaman serta laporan polis kepada Michael Tay di Pejabat Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 23 Sept. – Setelah kecewa permohonan pinjaman daripada 10 buah bank tempatan tidak diluluskan, seorang kontraktor terpaksa meminjam daripada ah long untuk membayar wang hantaran perkahwinan.

Bagaimanapun tindakan itu akhirnya mengakibatkan mangsa terjerat hutang dengan tujuh ceti haram.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zali, 31, berkata, mulanya dia memohon pinjaman daripada bank untuk membayar wang hantaran kepada keluarga mertuanya sebanyak RM10,000 namun permohonannya itu tidak diluluskan.

Zali yang bekerja di Pasir Gudang berkata, dia baru sahaja mendirikan rumah tangga namun akibat kekurangan wang dia terpaksa menangguhkan pemberian wang hantaran tersebut sehingga selesai majlis persandingan.

"Namun sehingga beberapa hari selepas majlis, saya masih tiada wang tersebut menyebabkan saya tidak berfikir panjang dan meminjam daripada ah long.

"Pada mulanya saya mahu meminjam RM10,000 tetapi hanya RM1,000 diluluskan. Tidak sampai seminggu, dia (ah long) meminta saya membayar semula termasuk bunga sebanyak RM1,500," katanya kepada pemberita di Pejabat Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Bahru, Michael Tay di sini semalam.

Menurut Zali, dia yang tiada wang terpaksa meminjamnya daripada ah long kedua untuk membayar pinjaman daripada ah long terdahulu dan begitulah seterusnya sehingga keseluruhan hutang dengan tujuh ah long menjadi RM12,800.

Dia yang membuat laporan di Balai Polis Pasir Gudang berhubung perkara itu di sini kelmarin, kini berada dalam keadaan tertekan kerana bukan saja tidak mempunyai wang untuk membayar wang hantaran malah dibelenggu dengan hutang ah long.

Sementara itu, Michael berkata, dia akan cuba menghubungi kesemua ah long berkenaan untuk memberi masa kepada kontraktor berkenaan untuk memulangkan kesemua pinjaman tersebut.

Kelemahan PBT punca kegiatan mesin judi berleluasa

Posted:

Kelemahan PBT punca kegiatan mesin judi berleluasa

Kelemahan PBT punca kegiatan mesin judi berleluasa

MELAKA 23 Sept. - Kegiatan mesin judi haram yang berleluasa sejak kebelakangan ini di Melaka didakwa berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri dua minggu lalu memutuskan supaya pesalah tidak lagi diberi kompaun sebaliknya terus diheret ke mahkamah.

Bagaimanapun katanya, keputusan tersebut tidak dipatuhi PBT yang masih mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis yang menjalankan kegiatan itu, malah turut memberi tempoh 14 hari untuk memulangkan peralatan.

"Saya tidak berpuas hati dengan cara PBT bertindak menangani kegiatan judi haram ini. Saya kecewa kerana pihak berkenaan tidak faham prosedur yang kerajaan negeri putuskan dalam mesyuarat Exco dua minggu lalu.

"Tidak boleh lagi kompaun atas kesalahan ini dan musnahkan mesin judi yang dirampas. PBT tidak boleh terlalu lembut dalam bertindak untuk menangani kegiatan mesin judi haram," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau dua premis di Taman Bunga Bukit Beruang di sini yang pernah diserbu oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya kerana menjalankan kegiatan judi haram sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, Exco kerajaan negeri telah bermesyuarat dua kali bagi membincangkan perkara itu sejak dua minggu lalu dan memutuskan agar PBT merampas peralatan mesin judi, menyita premis, mendakwa pemilik dan memusnahkan mesih judi bagi mengelak ia merebak ke tempat lain, namun tidak dipatuhi oleh PBT.

Sehubungan itu kata beliau, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Omar Kaseh akan mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan arahan yang diputuskan baru-baru ini dengan disertai PBT terlibat, polis, Tenaga Nasional Berhad dan agensi berkaitan.

Kata Mohd. Ali, SUK akan menyelaras tindakan penguatkuasaan PBT terlibat termasuk memastikan arahan yang ditetapkan dipatuhi.

Jelasnya, tindakan merampas mesin judi haram oleh PBT dan polis tidak mencukupi sebaliknya langkah penguatkuasaan yang berkesan serta tegas harus diambil bagi menghapuskan sepenuhnya kegiatan tersebut.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan mesin judi haram kepada pihak berkuasa termasuk beliau sendiri melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial Facebook bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved