Jumaat, 23 September 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Nasib 516 pekebun kecil dibela

Posted:

Nasib 516 pekebun kecil dibela

Nasib 516 pekebun kecil dibela

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


R. Perumal (lima dari kanan) bersama peladang getah yang menerima kit peralatan pertanian dan replika cek berjumlah RM4,938,103.19 di Kampung Bukit Senggeh, Selandar, Jasin, semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL


JASIN 22 Sept. - Seramai 516 pekebun kecil di negeri ini bakal mendapat manfaat apabila Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukan RM4.9 juta bagi projek tanaman semula getah dan kelapa sawit mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk menanam semula getah di kawasan seluas 360 hektar.

Menurutnya, projek yang akan dilaksanakan di seluruh negara itu adalah di bawah program Tanam Semula Getah Ke Getah (TSGG) dan Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL).

"Melaka turut terlibat dalam program tanaman semula getah yang melibatkan kawasan seluas 41,000 hektar di seluruh negara yang bertujuan menggantikan pokok getah tua yang tidak lagi produktif mengeluarkan susu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyampaian kelulusan tanam semula 2011 dan Kit Kampung Teknologi Bukit Senggeh, Selandar di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi RISDA, Meor Mohd. Zamnis Meor Hassan dan Pengarah RISDA negeri, Zainon Harun.

Perumal berkata, program tanam semula juga bertujuan memperkasakan industri getah selain menambah hasil pengeluaran untuk jangka panjang.

Sehubungan itu, beliau meminta pekebun kecil yang akan menyertai program tersebut mempelbagaikan aktiviti ekonomi tambahan bagi meningkatkan pendapatan terutama dalam bidang tanaman, ternakan serta industri kecil dan sederhana (IKS).

Sementara itu, Meor Mohd. Zamnis berkata, penubuhan Kampung Teknologi di Kampung Bukit Senggeh di sini adalah salah satu pendekatan dalam program pengembangan dan pemindahan teknologi.

"Kampung Bukit Senggeh akan menjadi kampung contoh dari segi penggunaan teknologi yang sesuai dalam penanaman getah dan sawit," katanya.

Lelaki mati lemas di Sungai Melaka

Posted:

Lelaki mati lemas di Sungai Melaka

Lelaki mati lemas di Sungai Melaka


Anggota bomba mengangkat mayat Soon See Lim yang lemas di Sungai Melaka, Melaka, kelmarin.


MELAKA 22 Sept. - Seorang lelaki, Soon See Lim (gambar), 50-an, ditemui mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka daripada atas jambatan Kampung Morten dekat sini, semalam.

Kejadian tersebut disedari seorang penduduk kampung berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi selepas terdengar jeritan mangsa meminta tolong.

Penduduk terbabit, Nizam Misni, 42, berkata, dia terdengar jeritan mangsa meminta tolong sewaktu sedang berkebun di kawasan rumahnya.

"Saya berkejar ke jambatan dan melihat mangsa sedang terkapai-kapai menyelamatkan diri.

"Saya bertindak terjun ke dalam sungai tersebut tetapi gagal menyelamatkan mangsa yang tenggelam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Selepas gagal menyelamatkan mangsa katanya, dia bertindak menghubungi polis dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Idawati Gapandoman, 34, memberitahu, dia ternampak mangsa berdiri seorang diri di atas jambatan kampung itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Saya sempat menegur lelaki itu tetapi saya disergah olehnya menyebabkan saya beredar dari situ," ujarnya.

Sementara itu, sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu berkejar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Pegawainya, Razali Che Ari berkata, mayat mangsa ditemui unit penyelam kira-kira dua meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

"Ketika ditemui, mangsa memakai baju kemeja dan berseluar panjang ," kata beliau.

Latihan menembak tingkat kecekapan penguat kuasa

Posted:

Latihan menembak tingkat kecekapan penguat kuasa

Latihan menembak tingkat kecekapan penguat kuasa

SEREMBAN 22 Sept. - Bagi memantapkan lagi kecekapan anggota dalam penggunaan senjata api, Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan mengadakan latihan menembak di Lapang Sasar Mantin di sini, hari ini.

Ketua Cawangannya, Zainal Abidin Othman memberitahu, kemahiran menggunakan senjata api penting kepada semua anggota sungguhpun ia tidak menjadi keperluan dalam tugas harian jabatan berkenaan.

"Ini adalah salah satu pendekatan pihak kami dalam memastikan semua anggota penguat kuasa yang bernaung di bawah KDN memperoleh latihan mengendalikan senjata api.

"Kita melihat program seperti ini adalah penting dalam meningkatkan keyakinan diri anggota dalam menggunakan senjata," katanya di sini.

Turut menyertai program itu BKF Selangor, Johor dan Putrajaya selain wakil media serta beberapa agensi lain termasuk Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Mengulas mengenai pembabitan media dalam program berkenaan, Zainal Abidin menjelaskan, ia lebih bertujuan meningkatkan persefahaman antara dua pihak.

Jelasnya, pihaknya melihat peranan media adalah penting dalam mendidik masyarakat lebih-lebih lagi aspek kesedaran undang-undang kawalan penapisan filem dan tindakan yang boleh diambil terhadap pesalah.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved