Isnin, 6 Jun 2011

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Elak terjebak dengan kontroversi

Posted:

Elak terjebak dengan kontroversi

Elak terjebak dengan kontroversi

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH dan ihsan SONY MUSIC


Bergelar juara American Idol telah mengubah hidup Lee DeWyze.


SEDANG elok namanya bersih daripada sebarang kontroversi murahan, tiba-tiba alam maya digegarkan dengan cerita yang kurang enak tentang juara American Idol musim kesembilan, Lee DeWyze.

Ketika namanya hampir dilupakan oleh sebahagian daripada peminat American Idol (AI) dan juga pencinta muzik secara amnya, 'populariti' Lee kembali melonjak sekali gus menjadi bahan berita menarik beberapa minggu lalu.

Semuanya berpunca daripada insiden yang mengatakan Lee tidak diundang ke konsert akhir yang berlangsung beberapa minggu lalu yang menjadi tradisi untuk setiap bekas juara AI.

Bukan itu sahaja, Lee juga dikatakan telah berperang mulut dengan penerbit eksekutif AI10, Nigel Lythgoe sehingga perkara yang dianggap kecil, menjadi besar.

Menganggap perkara tersebut tidaklah sebesar mana sehingga perlu dikecohkan, Lee akhirnya bersuara dan menjernihkan keadaan dengan memberitahu perkara sebenar di laman Twitter.

Dalam kenyataannya itu, Lee telah melahirkan rasa kecewanya terhadap pihak produksi AI10 atau lebih khusus lagi kepada Nigel yang dianggapnya membuat permintaan yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang juara AI.

"Saya lebih berbangga dan sebenarnya berharap seandainya saya diundang untuk membuat persembahan pada malam akhir itu kerana AI telah merubah impian saya menjadi kenyataan.

"Tetapi, apabila permintaan mereka untuk saya menyerahkan trofi kemenangan kepada juara AI10 iaitu Scotty McCreery, saya menganggap perkara itu adalah satu kesalahan besar.

"Adakah wajar untuk saya naik ke pentas semata-mata hanya untuk menyampaikan trofi dan mencuri tumpuan Scotty pada malam itu?

"Daripada melakukannya, adalah lebih baik untuk saya duduk di dalam dewan dan menjadi penonton. Jadi, apabila Nigel menepuk bahu saya dan meminta saya berbuat demikian (menyampaikan trofi), sudah pasti saya akan katakan tidak," tegas Lee mempertahankan dirinya berhubung isu panas yang menjadi perhatian beberapa minggu selepas AI10 melabuhkan tirainya.

Kalau disingkap tentang perbalahan antara alumni AI dan rancangan itu sendiri, kes Lee bukanlah yang pertama kerana ia pernah berlaku beberapa kali sepanjang AI bersiaran selama 10 musim.

Antara kes yang paling diingati bagaimana juara AI pertama, Kelly Clarkson secara terang-terangan menentang idea Pengerusi RCA, Clive Davis berhubung hala tuju muzik yang mahu diketengahkan dalam album ketiganya, My December.

Hasilnya, album tersebut gagal di pasaran dan akhirnya Kelly akur dengan kehebatan Clive sebagai seorang yang memiliki magis luar biasa dalam bidang muzik.

Jadi diri sendiri

BERBALIK kepada kesnya itu, Lee menganggap isu tersebut sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara baik dan tertutup, tetapi nampaknya Nigel lebih selesa untuk bercerita kepada umum.

Katanya lagi, dia tidak mahu menjadikan apa yang berlaku sebagai isu besar yang harus dipanjangkan kerana adalah lebih baik untuk dia terus fokus kepada kerjayanya.

Tidak salah sebenarnya kalau hendak melabelkan Lee sebagai seorang yang berani bersuara kerana hakikatnya, Lee menegaskan dia tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit.

Sebagaimana perjuangannya dalam bidang muzik, begitu jugalah prinsip hidupnya apabila dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya.

Duduk berbual dengannya dalam satu temu ramah yang diaturkan oleh Star World dan Sony Music sempena rangka promosi album sulungnya, Live It Up di ibu negara, baru-baru ini, semuanya terpancar jelas menerusi butir bicaranya.

Lee lebih selesa untuk bercerita tentang perkembangan karier seninya dan perkara yang lebih menjerumus ke arah yang positif berbanding perkara remeh.

Ia termasuklah tentang isu yang mengatakan populariti yang diraih selepas menjuarai AI tahun lalu tidak sehebat bekas juara lain terutama Kelly dan Carrie Underwood.

Lebih malang lagi, apabila album Live It Up tidak mencatatkan rekod sebaik bekas juara mahupun alumni AI yang lain apabila hanya sekadar menduduki tangga ke-19 dalam carta Billboard 200 sebaik sahaja dilancarkan pada 16 November tahun lalu.

Ia sekali gus meletakkan Lee di belakang juara AI8, Kris Allen yang mencatatkan penjualan album yang kurang memberansangkan dan sehingga kini, album Live It Up hanya terjual sebanyak 141,000 salinan sahaja di Amerika Syarikat (AS).

Sambil menghela nafas panjang, jelas Lee, populariti bukanlah agenda utamanya dalam bidang seni mahupun mengejar anugerah bagi membuktikan kehebatannya sebagai seorang karyawan.

"Apa yang saya persembahkan setiap minggu di pentas AI sehingga bergelar juara merupakan identiti saya sendiri. Sukar sebenarnya untuk memuaskan hati semua pihak kerana setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza.

"Saya mahu melebarkan sayap seni saya bukan hanya sebagai seorang penyanyi tetapi juga komposer serta penulis lirik yang berjaya.

"Justeru, saya mahu mengubah senario itu dan melihat bahawa lebih ramai bakat di luar sana yang memiliki pakej lengkap sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik.

"Dalam hal ini, saya menghormati Kris Allen yang telah membuktikan dia mampu menjadi lebih daripada hanya sekadar seorang penyanyi," jelas Lee atau nama sebenarnya, Leon James DeWyze, Jr. panjang lebar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Magnet dua purba

Posted:

Magnet dua purba

Magnet dua purba

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar ASWAD YAYHA


SETELAH 27 tahun, Sweet Charity dan Blues Gang akan bersatu kembali bagi menggegarkan Stadium Merdeka pada 9 Julai ini.


AURA Sweet Charity dan Blues Gang tidak pernah malap biarpun dua kumpulan legenda itu telah lebih 40 tahun meniti onak dan duri sebagai anak seni.

Buktinya, Teratai, Batu, Apo Nak Di Kata dan Mak Siti masih lagi meniti bibir peminat-peminat dua kumpulan otai itu.

Bait-bait lirik lagu yang pernah mereka rakamkan juga masih terus menjadi siulan bukan sahaja peminat seusia mereka tetapi generasi muda hari ini.

Bukan mudah bagi seseorang artis itu untuk merentas zaman dan memenangi hati peminat namun itulah yang berjaya ditempuhi oleh Sweet Charity dan Blues Gang apabila generasi baru hari ini turut sinonim dengan lagu-lagu mereka.

Berikutan itu, untuk menghargai para peminat yang selama ini tidak pernah jemu menyokong mereka, Sweet Charity dan Blues Gang sekali lagi berkongsi pentas untuk menghiburkan para peminat mereka menerusi Konsert 2 Raksasa, 9 Julai ini.

"Kita ingin ulangi semula fenomena yang pernah tercetus dahulu apabila Sweet Charity dan Blues Gang berkongsi pentas menjayakan Konsert Raksasa pada tahun 1984.

"Biarpun telah 27 tahun berlalu, kami tetap yakin 2 Raksasa pasti tetap menyengat dan berbisa sama seperti dahulu," jelas Ramli Sarip ketika ditemui pada sidang akhbar Konsert 2 Raksasa yang diadakan di Hard Rock Cafe, baru-baru ini.

Bagi penyanyi yang diberi jolokan Papa Rock itu, Konsert 2 Raksasa dilihat sebagai satu saluran terbaik untuk mengembalikan nostalgia lalu.

"Kami akan membawa peminat untuk menggamit kenangan lalu melalui lagu-lagu kami dan 2 Raksasa juga akan menceritakan perjalanan seni kami menerusi sebuah konsert.

"Kami juga akan merakamkan rakamkan detik indah itu agar ia akan terus menjadi sebuah kenangan yang terindah.

"Mana tahu mungkin 2 Raksasa boleh dijadikan satu khazanah dalam industri muzik tanah air," jelasnya.

Selain itu, biarpun setelah 27 tahun berlalu, Ramli mahupun Ito yakin bahawa konsert yang akan diadakan di Stadium Merdeka itu nanti dapat menarik peminat-peminat mereka.

Bukan sahaja mensasarkan peminat seusia mereka tetapi generasi baru yang membesar dengan lagu-lagu mereka.

"Bukanlah berbangga diri atau bercakap besar, tetapi saya yakin konsert itu nanti dapat menarik minat peminat-peminat kami untuk bersama mengabadikan detik indah itu," ujar penyanyi kelahiran Singapura itu.

Sementara itu, vokalis Blues Gang, Ito atau nama nama sebenarnya Ito Muhammad @ Mohd. Arif Kendut beranggapan 2 Raksasa akan mewujudkan sejarahnya sendiri seperti mana yang pernah ditinggalkan oleh konsert Raksasa dahulu.

Baginya apa yang penting adalah melakukan yang terbaik agar kehangatan 2 Raksasa akan menjadi detik terindah untuk para peminatnya.

"Konsert 2 Raksasa adalah khas untuk peminat kami dan sudah tentu kami akan lakukan yang terbaik untuk memuaskan mereka," ujarnya.

Ditanya berkenaan dengan stamina untuk tampil pada konsert berkenaan, jelas Ito, itu bukalah masalah kepadanya yang mempunyai banyak pengalaman beraksi di pentas.

"Pengalaman lebih daripada 30 tahun banyak mengajar saya bagaimana untuk mengawal stamina di ketika beraksi di atas pentas.

"Sebagai penyanyi apa yang penting adalah teknik untuk menyanyi kerana teknik itu banyak membantu persembahan.

"Insya-Allah saya tiada masalah untuk membuat persembahan itu nanti biarpun usia kini telah lebih daripada separuh abad," jelas Ito.

Sementara itu, bagi peminat yang berminat, tiket konsert berharga RM73.00 boleh didapati di www.airasiaredtix.com.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-8775 4666 atau semua cawangan Redtix di Rock Corner dan Victoria Music.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Layakkah Pas ganti UMNO?

Posted:

Layakkah Pas ganti UMNO?

Layakkah Pas ganti UMNO?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SELAIN impian ke Putrajaya bersama-sama sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Pas juga mempunyai satu lagi cita-cita iaitu menggantikan UMNO.

Pas menguar-uarkan di seluruh negara bahawa mereka kini sudah bersedia untuk mengambil peranan menggantikan UMNO.

Tiada apa hendak dihairankan dengan keghairahan Pas untuk menggantikan UMNO kerana Pas kini bukanlah sebuah parti Islam.

Pas adalah sebuah parti sekular sama dengan PKR dan DAP kerana mereka sendiri sudah mengakui bahawa perjuangan mereka kini adalah untuk menegakkan negara berkebajikan.

Malahan keazaman Pas untuk menggantikan UMNO juga jelas menunjukkan parti yang suatu ketika dulu menguar-uarkan ingin menegakkan negara Islam sudah bersedia menggadaikan prinsipnya.

Segala-galanya hanya kerana satu matlamat iaitu meraih kuasa bersama-sama PKR dan DAP.

Persoalannya kenapa Pas mahu menggantikan UMNO? Layakkah Pas untuk berada pada kedudukan itu atau setaraf dengannya dan apakah motif di sebalik keterujaan Pas itu?

Sebenarnya, tidak salah untuk Pas menanam cita-cita atau impian untuk menggantikan UMNO seperti mana mereka bermimpi menguasai Putrajaya tetapi soal apakah Pas mempunyai kemampuan memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam seperti mana peranan yang dimainkan oleh UMNO?

Akui sahajalah Pas tidak ada keupayaan itu, sebaliknya matlamat Pas hanyalah untuk memastikan tidak ada lagi parti yang akan bermati-matian untuk orang Melayu.

Mungkin kenyataan ini tidak disenangi oleh pemimpin dan ahli Pas tetapi apa jaminan mereka bahawa Pas mampu memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam melalui kerjasama dengan DAP dan PKR.

Tidakkah sebelum ini, Pas bersetuju dengan pandangan rakan sekutunya bahawa perjuangan UMNO adalah rasis dan Pas berjuang untuk semua kaum dan bukan satu kaum sahaja.

Malahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah mengakui dirinya tidak bangga menjadi orang Melayu.

Oleh itu bagaimanakah Pas boleh bermimpi untuk menggantikan UMNO, apa sebenarnya perjuangan Pas kalau benarlah cita-cita itu tercapai?

Sebenar slogan 'Pas ganti UMNO' adalah perjuangan Pas untuk menjayakan dasar Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP.

Ia kerana kita memahami bahawa Pas bukanlah parti dominan dalam pakatan pembangkang, tidak seperti mana UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Justeru adalah mustahil untuk Pas membawa perjuangan Melayu dan Islam selagi mereka bersahabat dengan PKR dan DAP, sebaliknya mereka hanya akan mengikut telunjuk kedua-dua parti itu sahaja.

Selama ini pun, Pas hanya menjadi 'pemerhati' sahaja terhadap tindakan tanduk kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat melakukan banyak tindakan tidak adil ke atas orang Melayu terutamanya peniaga-peniaga di negeri itu.

Berikutan keadaan itu, orang Melayu perlu memahami dan tidak mudah terpengaruh dengan mainan politik Pas yang kini semakin bercelaru hala tuju perjuangannya.

Pas kini seolah-olah tidak tahu bagaimana hendak menempatkan diri mereka dalam pakatan pembangkang biar pun mereka adalah parti tertua berbanding PKR dan DAP.

Sikap pemimpin-pemimpin Pas yang terlalu menjaga hati dan hubungan dengan kedua-dua parti berkenaan telah memungkinkan banyak prinsip Pas terpaksa dikorbankan.

Sebelum ini Pas juga menolak sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Sebaliknya Pas menegaskan bahawa mereka ingin memperkukuhkan kerjasama dalam pakatan pembangkang bagi menawan Putrajaya.

Keterujaan Pas inilah yang membuka ruang kepada PKR dan DAP untuk 'mengubah' prinsip perjuangan dan 'menguasai' tindak tanduk parti yang sebelum ini memperjuangkan Islam tersebut.

Berdasarkan hakikat itu adalah jelas slogan 'Pas ganti UMNO' yang rancak dipromosikan oleh Pas hanyalah semata-mata kerana ingin menunjukkan kesetiaan kepada PKR dan DAP.

Melalui laungan itu, Pas berharap parti itu tidak akan dilihat lagi ingin bekerjasama dengan UMNO sebaliknya akan berusaha bersungguh-sungguh menamatkan riwayat politik parti keramat Melayu tersebut dalam pilihan raya.

Iltizam Pas itu sudah tentulah menggembirakan PKR dan DAP yang pada masa ini berasa terganggu apabila banyak tindakan mereka yang bertujuan menghakis kepentingan orang Melayu terhalang kerana UMNO masih wujud.

Sememangnya kita tidak pasti sejauh manakah kesan kempen 'Pas ganti UMNO' yang dijalankan tetapi apa yang pasti dengan tindak tanduk Pas yang hanya dilihat menjadi parti ketiga dalam pakatan pembangkang, usaha itu mungkin tidak akan ke mana.

Penulis percaya orang Melayu tidak akan mudah terhasut dengan kempen Pas itu. Mungkin di kalangan penyokong Pas ia sesuatu yang menyeronokkan tetapi mereka juga perlu faham bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.

Kalau Pas benar-benar ingin menggantikan UMNO maka mereka perlu dominan dalam pakatan pembangkang dan berikrar untuk mempertahankan kepentingan serta kedudukan orang Melayu dan umat Islam.

Tetapi malangnya kita tidak lihat kesungguhan Pas dalam soal ini, sebaliknya apa yang kita nampak demi merebut kuasa politik, Pas semakin meninggalkan apa yang mereka perjuangkan sejak penubuhan parti itu pada tahun 1951.

Mungkin juga keterujaan untuk menggantikan UMNO ini berlaku kerana Pas 'cemburu' melihat kejayaan UMNO meningkat martabat orang Melayu di negara ini. Sejarah panjang perjuangan UMNO juga bukanlah sesuatu yang mudah dihapuskan oleh Pas melalui retorik mereka.

Sebaliknya Pas perlu mempunyai alasan yang cukup kukuh kenapa perlu orang Melayu menolak UMNO dan menyokong Pas.

Selama ini orang Melayu sudah mendapat banyak nikmat melalui perjuangan UMNO dan nikmat itu turut dirasai oleh pemimpin Pas dan anak cucu mereka. Tetapi Pas tidak mahu mengakui semua jasa UMNO itu sebaliknya mereka menggambarkan kepada rakyat bahawa pemerintahan negara yang ditunjangi oleh UMNO pernah dengan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Malahan mereka juga mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggaknya adalah sebuah kerajaan yang zalim.

Soalnya, kalau kerajaan BN dan UMNO itu zalim sudah lama Pas tidak ada di muka bumi Malaysia ini. Lebih daripada itu Pas tidak akan berasa nikmat memerintah di Kedah, Kelantan dan Terengganu (1999) manakala rakan sekutu mereka tidak akan mampu memimpin di Pulau Pinang dan Selangor, jika penyelewengan berlaku dalam pilihan raya.

Apa yang melucukan ketika Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan menyebelahi BN, parti itu sendiri dalam pemilihannya menggunakan sistem yang dilaksanakan oleh suruhanjaya berkenaan.

Semua keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Pas bukanlah sebuah parti yang paling tidak konsisten sama ada dalam pendirian, tindakan mahupun perjuangan, oleh itu mana mungkin mereka mahu menggantikan UMNO, kecuali ia hanya sekadar impian seperti mana khayalan mereka hendak ke Putrajaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bila bersedia untuk pilihan raya?

Posted:

Bila bersedia untuk pilihan raya?

Bila bersedia untuk pilihan raya?

PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN Pusat Pengajian Sains KemasyarakatanUniversiti Sains Malaysia

AKHIR-AKHIR ini, ramai yang berminat untuk mengetahui sama ada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) akan diadakan tidak berapa lama lagi. Baik Barisan Nasional (BN) mahupun barisan pembangkang, masing-masing menyatakan sudah bersedia.

Apakah makna di sebalik retorik 'sudah bersedia'? Bagaimanakah untuk menilai tahap persediaan? Adakah 'bersedia' bermakna masing-masing yakin akan mempamer prestasi jauh lebih baik dari PRU Ke-12 Mac 2008.

Benarkah, BN dan barisan pembangkang sudah mengambil iktibar daripada tsunami politik yang melanda ketika itu atau PRU Ke-13 perlu diadakan akibat desakan dalaman dan luaran agar kerajaan dapat menjalankan tanggungjawab mereka melangkaui politiking semasa?

Walaupun ramai bercakap dan menganalisis kemungkinan PRU akan diadakan tidak berapa lama lagi, bahangnya masih hambar. Ada pemimpin pembangkang berlumba-lumba menyatakan PRU akan diadakan tahun ini; congakan yang turut meramal sama ada Julai, Oktober dan November. Ia boleh bertujuan untuk memastikan tidak diadakan pada tahun ini kerana merasa tertekan dengan prestasi semasa dan akan memutarnya seolah-olah Perdana Menteri tidak bersedia untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Dalam mana-mana PRU, yang penting adalah semangat, keazaman dan motivasi pemimpin, ahli parti, pengikut dan pemerhati serta sukarelawan parti. Adakah semangat 'ingin lawan' pemimpin dan ahli berada pada garis yang sama atau terikut dengan keperluan segelintir pemimpin yang mementingkan diri sendiri semata-mata.

Barangkali, memikirkan rumahtangga sendiri lebih baik dari dari 'sibuk menjaga tepi kain orang' kerana ia memberi publisiti berlebihan kepada barisan pembangkang yang mempunyai pemikir politik yang pantas 'spin' sehingga isu yang benar boleh mempunyai magnetik tidak benar.

Keupayaan manipulasi begitu ketara sehingga akhirnya, pemimpin BN bercanggah sesama mereka yang memberikan nilai tambah kepada lawan. Siapa lawan BN sebenarnya?

Adakalanya pemimpin dan pengikut parti BN perlu kurang bercakap tetapi aktif dalam gerak kerja mereka. Ini kerana percakapan yang berterusan tentang lawan sebenarnya memberikan publisiti yang sememangnya ditunggu oleh lawan mereka. Ada pula beria-ia menjadi pemimpin anti-establishment dari dalam BN agar dapat dinobat sebagai 'hero komuniti' sehingga menimbulkan prasangka bahawa pemimpin tersebut sebenarnya sudah tidak percaya pada matlamat BN dan menjadi seorang oportunis yang mencari peluang untuk bersama pembangkang selepas PRU Ke-13.

Sejarah penubuhan sudah mencecah 37 tahun selepas pendaftaran rasmi dilakukan pada 1 Jun 1974 untuk menggantikan parti Perikatan yang ditubuhkan pada 1957 (didaftar secara rasmi). Perikatan@BN pernah melalui zaman pasang-surutnya terutama kemerosotan sokongan dalam PRU 1969, 1990, 1999 dan 2008. Kesemuanya berlaku ketika berlaku perpecahan dalam kalangan pengundi Melayu dan Cina khususnya walaupun PRU 2008 unik dengan sendirinya.

Keunikan PRU 2008 turut menilai perubahan sokongan pengundi India menyebabkan PRU Ke-13 akan menjadi titik tolak kepada sejarah baru yakni sama ada BN akan masih terus berkuasa ataupun di sebaliknya.

Ia juga bakal melakar sejarah bagi barisan kepimpinan hari ini sama ada mahu turut serta dalam pensejarahan tersebut sebagai mereka yang berjaya menyelamatkan yakni 'wira' BN atau 'penderhaka' BN. PRU Ke-13 adalah yang paling sengit dalam sejarah PRU tanah air.

Ini kerana persekitaran lanskap politik sudah jauh berubah berbanding dengan 52 tahun yang lalu ketika PRU pertama di adakan. Persaingan bukan dalam kalangan parti politik tetapi kini ia membabitkan golongan yang 'memerhati' dan dapat melakukan hebahan pandangan dan analisis tanpa menggunakan surat layang ataupun melalui ceramah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi amaran bahawa "pilihan raya akan datang merupakan yang paling sengit dalam sejarah politik tanah air. Pilihan raya ini bukan seperti biasa kerana meletakkan cabaran getir bagi BN dan parti-parti politik lain. ''Kita kena tanya selepas PRU Ke-13, masihkah kita berkuasa... ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan".

Ia bertepatan dengan masanya walaupun ada ahli sendiri merasa terkejut dan marah yang dimanipulasi oleh segelintir pihak dengan memberi gambaran bahawa ia mahu memendekkan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walhal Najib pernah menyatakan bahawa sejarah boleh berubah jika masih didokong oleh sindrom 'penafian' atau simptom terlalu lama berkuasa iaitu - khayal, lupa, jumud dan angkuh.

BN perlu kembali kepada semangat asal penubuhan Perikatan@BN; membina minda dan hati yang tahu sejarah yang sudah terpahat dan bagaimana ia boleh terus menyumbang dalam pencapaian wawasan negara. Sifat membuli sesama sendiri perlu dihentikan. Cah keting, sabotaj dan protes mesti diminimakan jika mahu bangkit semula dalam PRU Ke-13.

Ia bukan soal sama ada barisan pembangkang bersedia atau tidak bersedia; atau soal barisan pembangkang menghadapi masalah kepimpinan serta kecelaruan agenda bersama; ataupun soal barisan pembangkang menunjukkan prestasi kurang baik di negeri pemerintahan mereka.

Ini adalah soal sejauhmanakah BN sudah melalui 'muhasabah diri'; memiliki semangat kental dan tahu PRU Ke-13 adalah soal 'hidup-mati' parti.

Jika mahu terus hidup, apakah persiapan rapi sudah dilakukan di peringkat bawahan atau akar umbi atau mahu dikapankan dalam PRU tersebut. Ia membabitkan bukan sahaja UMNO, tetapi bagaimana dengan parti komponen yang gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam PRU lalu.

Adakah masih bergantung kepada UMNO untuk mengerah jentera ataupun sudah melakukan perubahan ke atas pendekatan yang bersifat 'pemulihan'? Dalam menangani kebanyakan isu, ia masih belum menunjukkan sentimen BN yang kolektif.

Masing-masing mahu menjadi jaguh parti politik yang dipimpin dan untuk kepentingan komuniti semata-mata yang tidak disertai untuk kepentingan semua di peringkat kebangsaan.

Ada pemimpinnya bercakap di luar mereka mempunyai 'senjata' yang boleh mengejutkan tetapi pada waktu yang sama bergelut untuk mempertahankan jawatan dalam parti sehingga tumpuan berlebihan diberikan untuk memastikan masih meraih sokongan dalam parti dan mengambil sikap tidak endah ke atas apa yang berlaku di luar parti sendiri.

Sebenarnya, ramai yang masih setia pada BN terutama yang melakukan 'undi protes' dalam PRU Ke-12. Kini soal kepimpinan bukan menjadi isu lagi tetapi mereka boleh memangkah 'undi protes' sebagai balasan ke atas beberapa isu terkini terutama kenaikan harga barang. Peliknya di Malaysia, sebagai sebuah negara pengeluar petroleum; apabila harga minyak naik, harga barangan lain naik.

Kegagalan dalam pemantauan dan kawalan harga barang boleh mempengaruhi pola pengundian dalam kalangan pengundi.

Misalnya, jika harga petroleum naik 15 sen, hari berikutnya kita melihat harga teh tarik ataupun roti canai naik dengan kadar yang sama! Ini yang dipersoal oleh masyarakat secara umumnya yang memahami tuntutan persekitaran memerlukan kerajaan bertindak untuk memastikan tidak ada yang kelaparan kemudian hari tetapi tanpa mekanisme yang boleh mengawal harga barangan lain naik, ia boleh menyukarkan laluan BN.

Ramai berada dalam kelompok 'silent protest' ini yang masih menilai perwatakan politik BN.

Kesilapan besar kepimpinan lepas adalah menaikan harga petroleum bila sahaja berlaku kenaikan di peringkat global tanpa memantau harga barangan lain. Ini menyebabkan kepimpinan tersebut dihukum oleh pengundi yang mahu melepaskan 'geram' di peti undi.

Yang penting adalah sejauhmanakah pemimpin bersifat rendah diri dan mengakui ada kelemahan dalam gaya kepimpinan dan tidak angkuh, bongkak dan sombong dan memastikan 'kebajikan' pengundi dipertahan dalam apa jua keadaan.

Barangkali simulasi yang mahu diadakan oleh BN tidak lama lagi sesuai untuk melihat kepada 'calon yang boleh menang', memantapkan jentera, mengurus parti di peringkat akar umbi dan proaktif menangani isu supaya tidak bersifat defensif serta lebih ofensif.

Jika pembangkang menggunakan slogan 'satu undi BN, satu undi barang naik'; bagaimanakah persiapan awal dibuat untuk menjadikan ia bersifat ofensif dan bukan sebaliknya. Berfikiran sebagai 'pembangkang' akan banyak membantu BN dalam PRU Ke-13.

Latihan kepimpinan akar umbi penting dan pengiktirafan perlu diberikan kepada mereka dan motivasi sudah pasti akan meningkat jika diberikan petunjuk bagaimana berhadapan dengan perang saraf yang dikawal oleh isu. Ini merupakan kepimpinan bawahan yang memahami isu lokal dan tahu bagaimana boleh mengatasinya. Calon dan jentera perlu mengenali mereka dan bersama dalam mengatur strategi dan taktik politik serta isu setempat.

KPI setempat terutama berkaitan dengan kehidupan harian pengundi di kesemua kawasan perlu ditetapkan agar dalam jangkamasa 9 bulan, BN sudah benar-benar bersedia untuk berhadapan dengan PRU.

Begitu juga dengan KPI Kementerian dan Menteri serta memenuhi agenda besar kepimpinan. Dilemanya, adakah keadaan ekonomi global dan domestik memberikan ruang masa tersebut kepada kepimpinan BN?

Apakah nasihat jujur pakar ekonomi kerajaan dalam mengamati apa yang berlaku? Apakah langkah persediaan awal sudah dibuat dari hanya mahu mengadakan PRU semata-mata untuk memastikan tidak tergugat dengan pasaran antarabangsa. Pada waktu sama, mana perginya mereka yang pernah dan sedang menikmati ganjaran, habuan kerajaan hari ini di bawah penaungan politik?

Ini masanya untuk tampil memastikan keadaan tidak menentu dalam ekonomi tempatan tidak terjejas teruk malahan sumbangan mereka sebenarnya boleh dilihat sebagai 'bantuan kemanusiaan' agar mereka yang berada dalam stratifikasi bawahan kelas masyarakat tidak perlu melalui keperitan hidup dengan beban tanggungan yang semakin membesar.

BN perlu merapatkan jurang jaringan hubungan dengan akar umbi dan masyarakat setempat. Sejarah boleh terlakar jika langkah berwaspada tidak diambil segera.

Yang penting, BN perlu bertanya - 'mengapa pengundi mesti mengundi BN' dalam PRU akan datang. BN tidak boleh mengharapkan pengundi akan mengundi dengan sendirinya jika ada pemimpin yang masih menjadi liabiliti bagi BN kalaupun Najib dan Muhyiddin bekerja keras untuk mempertahankan BN.

Kelemahan dan kekuatan BN bergantung kepada BN dan keinginan BN sendiri untuk menggunakan persekitaran politik yang ada jika mahukan kemenangan bergaya dalam PRU yang akan datang tetapi soalnya, adakah BN benar-benar sudah membuat persiapan rapi menjelang PRU ini?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Majalah Wanita raikan ibu tunggal

Posted:

Majalah Wanita raikan ibu tunggal

Majalah Wanita raikan ibu tunggal

Oleh ZUHAYATI YAZID


Ketua Pengarang UKSB, Badrul Azhar Rahman menyerahkan cenderahati kepada Wan Hasmah Wan Mohd. sambil diperhatikan Normala Hamzah (dua dari kiri) pada majlis Hari Ibu anjuran majalah Wanita dan URTV, di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KASIH ibu membawa ke syurga, itulah ungkapan yang sering kita dengar berkaitan insan yang bergelar ibu.

Kini bagai sudah menjadi tradisi apabila setiap kali tibanya sambutan Hari Ibu, wanita istimewa itu akan diraikan oleh anak-anak dengan membawa mereka menikmati hidangan makan malam sama ada di hotel mahupun restoran eksklusif.

Baru-baru ini tradisi tersebut diteruskan dengan cara yang tersendiri apabila majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) telah meraikan lebih 200 ibu tunggal dan wanita yang kurang bernasib .

Majlis anjuran majalah Wanita dan URTV dengan kerjasama Nu Della Sdn. Bhd. yang diadakan di Hotel Legend itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang bergelar ibu.

Kehadiran mereka bersama kaum keluarga bukan sekadar untuk berhibur tetapi turut mendapat motivasi daripada Dr. Zubaidah Abdullah.

Pengarang Kanan Unit Keluarga UKSB, Normala Hamzah, memberitahu, majlis itu dianjurkan khusus untuk meraikan para ibu kerana jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat dinilai.

"Kita sedia maklum tidak semua wanita di negara ini bertuah diraikan oleh anak-anak.

"Istimewanya majlis ini ialah kita turut menjemput beberapa wanita yang kisah mereka pernah disiarkan dalam majalah Wanita menerusi segmen Kongsi Rasa," katanya

Hadir meraikan majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Wan Hasmah Wan Mohd.

Kehadiran penyanyi cilik Afiq dan Dayana (Idola Kecil) memeriahkan suasana selain persembahan fesyen dari D'eksklusif mengetengahkan fesyen-fesyen Muslimah.

Penyanyi Janji Manismu, Aishah turut menghiburkan para hadirin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Memborong di Vietnam

Posted:

Memborong di Vietnam

Memborong di Vietnam

RAMAI di kalangan wanita yang berminat dan menyimpan keinginan untuk berniaga sendiri tetapi tidak pasti perniagaan yang ingin diceburi.

Kebuntuan itu mungkin dapat dileraikan apabila mereka berpeluang untuk mengunjungi pusat-pusat borong terbesar terutama di China dan Vietnam.

Kunjungan ke tempat-tempat seperti ini mungkin mampu membuka mata terhadap potensi perniagaan yang boleh diceburi.

Ini diakui sendiri oleh Pengarah Anzac Consultancy, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman, yang giat menjalankan program memborong dari kedua-dua negara tersebut.

Dengan menyasarkan individu yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan khususnya wanita, anak muda ini berkongsi berpengalaman dan pengetahuan tentang urus niaga borong termasuk membawa mereka ke pusat-pusat borong terbesar.

Terbaru beliau telah membawa sekumpulan peniaga kecil ke pusat-pusat borong di bandar Ho Chi Minh di Vietnam.

Bandar yang dulunya dikenali sebagai Saigon ini pernah menjadi pusat utama bagi askar Amerika Syarikat sewaktu perang Vietnam dulu dan kini menjadi pusat beli-belah untuk pemborong dari Malaysia.

Menurut Shahabudeen, tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah.

"Semua barangan ini boleh dibeli untuk kegunaan sendiri mahupun untuk perniagaan.

"Barangan yang dibeli secara borong ini boleh dijual dengan harga dua atau tiga kali ganda mengikut harga pasaran di Malaysia," katanya.

Menurutnya, lokasi borong utama adalah pasar Ben Tanh yang menempatkan hampir 3,000 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan.

Bahkan tempat ini merupakan tarikan utama pelancong-pelancong dari seluruh dunia.

Di sini terdapat pelbagai jenis barangan seperti kraf tangan, baju T, kemeja, beg tangan, kain sutera dan aksesori wanita.

Selain dari itu terdapat juga barangan yang lebih kelakian seperti pakaian-pakaian sukan, kasut sukan, raket badminton dan beg-beg kembara.

"Mungkin disebabkan terlalu ramai orang Malaysia yang ke sini, peniaga-peniaga di sini sudah mahir berbahasa Melayu.

"Mana-mana kita pergi kita akan disambut dengan ucapan 'Selamat datang abang-abang, kakak-kakak'. Selain itu mereka juga mengetahui dengan terperinci kehendak dan cita rasa rakyat Malaysia," katanya.

Pada hari kedua pula, rombongan akan dibawa melawat satu lagi pusat borong utama iaitu pasar Ben Lay atau lebih dikenali sebagai China Town.

Di sini menurut Shahabudeen banyak terdapat barangan kanak-kanak, kasut, kain ela, serta beribu pilihan pakaian bayi dalam pelbagai warna dan rupa bentuk.

"Mereka yang masuk ke sini pasti akan rambang mata dengan pilihan-pilihan yang ditawarkan.

"Tetapi tidak seperti di Ben Tanh, peniaga di sini jarang mahu menjual secara runcit.

"Mereka kebanyakan hanya melayan pelanggan yang mahu membeli secara borong atau pukal.

"Namun barangan di sini lebih murah dan sesuai untuk mereka yang ingin memborong secara pukal," katanya.

Selain dua tempat tersebut, rombongan juga dibawa ke tiga pasar raya besar di bandar itu iaitu Plaza Diamond, Saigon Tax Trade Center dan Parkson Department Store serta tempat membeli-belah lain di Vietnam iaitu pusat memborong An Dong, Binh Tay di Cho Lon dan sebagainya.

Selain daripada memborong, menurut Shahabudeen, bandar Ho Chi Minh juga sangat terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.

Terdapat banyak peninggalan sejarah seperti kereta kebal, jet pejuang, bom dan pelbagai senjata lain yang dipamerkan di muzium di sini.

Bagi yang berminat untuk mengikut lawatan memborong ke Vietnam tarikh terdekat ialah pada 8 hingga 10 Julai ini.

Untuk Keterangan lanjut boleh hubungi 017-2517515 (Nurul) atau layari laman web www.kbc.my.

Tips semasa membeli-belah di Vietnam

l Jika anda nampak barangan tidak mempunyai tanda harga, maknanya harga itu boleh dirunding.

l Semasa berunding harga dengan peniaga di sana pula, pastikan anda minta sehingga tiga kali murah dari harga sebenar.

l Jika anda dapati rundingan harga kurang berjaya, anda cuba pergi dari kedai tersebut dan anda akan terperanjat, peniaga kedai rundingan tadi akan memanggil anda semula bersetuju dengan harga yang dirundingkan tadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kecewa ditawar rumah rosak

Posted:

Kecewa ditawar rumah rosak

Kecewa ditawar rumah rosak

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


SELAIN tiada kemudahan asas, rumah yang ditawarkan kepada Aishah juga rosak teruk termasuk tidak mempunyai sinki dan kotor. - utusan/Mohd. Naim Aziz


KUALA LUMPUR 6 Jun - Hati gembira seorang ibu tunggal kerana mendapat tawaran rumah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertukar sebaliknya apabila mendapati rumah itu rosak teruk dan tidak sesuai untuk didiami.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Aishah Abdullah, 42, berkata, tawaran itu diterimanya menerusi satu surat bertarikh 15 April lalu dan segera menjelaskan segala bayaran cagaran yang diminta supaya dapat mendiami rumah itu dengan cepat.

"Sewaktu menerima tawaran itu, saya anggap penantian saya selama ini untuk mendapatkan rumah sudah berakhir tetapi saya sangat terkejut apabila mengunjungi rumah itu.

"Keadaannya sangat kotor manakala bekalan air dan elektrik sudah dipotong," katanya ketika ditemui di rumahnya itu yang terletak di berhampiran pusat bandar raya baru-baru ini.

Katanya, dia boleh membersihkan sampah-sarap yang bertaburan di dalam rumah itu tetapi melihat kepada keadaan rumah itu yang masih tidak diperbaiki termasuk tiada bekalan elektrik dan air, ia benar-benar mengecewakan.

"Bagaimana saya boleh mendudukinya dalam keadaan sekarang, sedangkan saya benar-benar mahu berpindah segera ke sini,'' ujarnya.

Aishah mendakwa, dia telah ke Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL di Jalan Raja Abdullah di sini tetapi jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

"Saya difahamkan, sebelum ini tempoh dua hingga tiga minggu diperlukan selepas mendapat surat tawaran untuk seseorang itu boleh menduduki rumah yang ditawarkan.

"Tetapi saya dimaklumkan oleh kakitangan yang bertugas bahawa saya mungkin perlu menunggu tiga hingga enam bulan lagi kerana DBKL tidak mempunyai peruntukan untuk membaik pulih unit tersebut," ujarnya.

Dakwanya, dia ada menyuarakan cadangan untuk mengupah pendawai bagi membaiki sistem pendawaian di rumah itu tetapi tidak dibenarkan.

Ibu tunggal kepada empat anak berusia 17 hingga 25 tahun itu berkata, dia amat memerlukan rumah tersebut kerana dia kini menumpang di rumah seorang rakannya di perumahan sama.

"Selepas berpisah dengan suami hampir dua tahun lalu, saya hidup sendirian. Sebelum ini saya menumpang di salah sebuah bilik di dewan berhampiran tetapi dihalau," ujarnya.

Katanya, banyak perkara yang dirancang sekiranya berpindah ke situ termasuk membawa anak-anaknya tinggal bersama selain meluangkan masa mengikuti kelas mendalami Islam kerana dia merupakan seorang saudara baru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2,000 unit rosak akibat vandalisme, kecurian

Posted:

2,000 unit rosak akibat vandalisme, kecurian

2,000 unit rosak akibat vandalisme, kecurian

KUALA LUMPUR 6 Jun - Terdapat lebih 2,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang ditawarkan kepada orang ramai masih tidak sesuai didiami kerana rosak teruk.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sukiman Surahman berkata, kerosakan itu disebabkan oleh perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mencuri beberapa peralatan seperti wayar, sinki dan meter air.

Menurutnya, mengikuti prosedur, selepas pemohon menerima tawaran, mereka sudah boleh menduduki rumah itu dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas kontraktor selesai menjalankan kerja-kerja baik pulih.

"Bagaimanapun, disebabkan kesemua 36 kontraktor sebelum ini telah tamat kontrak pada Disember tahun lalu, berlaku kelewatan dalam membaik pulih rumah berkenaan.

"Kini Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Pentabdiran masih dalam proses melantik kontraktor baru dan kerja-kerja baik pulih hanya boleh dijalankan selepas kontraktor dilantik,'' ujarnya.

Namun, kata Sukiman, sekiranya ada permohonan daripada penyewa untuk melakukan sendiri kerja-kerja baik pulih, pihaknya tidak ada sebarang halangan.

Katanya, mereka hanya perlu merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Pengurusan Perumahan bagi kerja-kerja penilaian dan perlu mendapat persetujuan penyewa dan DBKL.

"DBKL tidak akan menanggung kos baik pulih yang dikeluarkan penyewa tetapi akan ditolak daripada sewa bulanan yang dikenakan,'' ujarnya.

Bagi yang tidak berkemampuan, mereka dinasihatkan agar bersabar sehingga kontraktor dilantik memulakan kerja mereka.

Sukiman berkata, dalam kes ibu tunggal, Aishah Abdullah, pihaknya akan menghantar 'Flying Squad' dengan kadar segera bagi mengenal pasti kerja-kerja baik pulih yang boleh dibantu.

Bagaimanapun, katanya, skuad khas di bawah jabatan itu memang membantu kes kecemasan dan kerja-kerja baik pulih tetapi agak terhad sebagai contoh mengecat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

50 kontraktor mungkin bankrap

Posted:

50 kontraktor mungkin bankrap

50 kontraktor mungkin bankrap

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusangroup.com.my

SHAH ALAM 6 Jun – Kira-kira 50 kontraktor bumiputera mungkin menghadapi risiko bankrap apabila kontrak untuk mengutip sisa pepejal di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang diperoleh mereka ditangguhkan sejak tiga bulan lalu.

Kesemua kontraktor terbabit merupakan sebahagian daripada 61 kontraktor yang memperoleh kontrak bagi 2011 hingga 2013 secara tender terbuka dan sepatutnya memulakan kerja-kerja mengutip sisa pepejal di kawasan MPSJ mulai 1 Mac lalu.

Kontrak tersebut didakwa ditangguhkan tanpa sebab munasabah oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 17 Februari lalu.

Menurut salah seorang kontraktor, Zamri Zakaria, 45, tender untuk memperolehi kontrak mengutip sisa pepejal tersebut dibuka pada 12 Disember 2010 dan ribuan kontraktor telah membida.

Bagaimanapun dakwa beliau, hanya 61 kontraktor dipilih dan mereka dimaklumkan mengenai keputusan itu melalui panggilan telefon daripada kakitangan Bahagian Perkhidmatan Bandar MPSJ pada Februari lalu dan dijadual diberi surat lantikan pada malam 17 Februari lalu.

"Sebagai persiapan, saya dan sebahagian besar kontraktor yang mendapat kontrak telah membeli lori yang berharga kira-kira RM300,000 dengan meminjam daripada bank serta menggaji pekerja. Kami berbuat demikian agar kerja-kerja mengutip sisa pepejal dapat dimulakan pada hari yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, kami terkejut kerana pada hari surat lantikan sepatutnya diserahkan, Menteri Besar dalam mesyuarat MTES mengarahkan agar kontrak kami ditangguhkan tanpa memberi alasan yang munasabah," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Zamri mendakwa, beliau dan kontraktor lain pada mulanya berharap agar penangguhan itu hanya sementara tetapi kecewa kerana sampai hari ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh Abdul Khalid tanpa memberi penjelasan kepada pihaknya.

Katanya, apa yang merunsingkan, beliau dan kontraktor lain yang membuat pinjaman terpaksa membayar ansuran bank antara RM5,000 dan RM7,000 sebulan kerana telah membeli lori tetapi tidak mampu membayar pinjaman jika kontrak masih terus ditangguhkan.

"Jika Menteri Besar terus 'menggantung' kontrak, kami mungkin akan bankrap kerana tiada wang hendak menjelaskan pinjaman bank. Lori pula kalau jual sudah separuh harga dan kerugiannya kami yang tanggung," kata Zamri.

Sehubungan itu, beliau mewakili kontraktor yang senasib dengannya meminta Abdul Khalid agar memberi penjelasan secara terbuka mengapa kontrak mereka ditangguhkan.

Ujarnya, Abdul Khalid juga diminta agar menarik balik penangguhan tersebut agar para kontraktor yang terlibat tidak terus teraniaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tingkatkan pendapatan IKS

Posted:

Tingkatkan pendapatan IKS

Tingkatkan pendapatan IKS

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


MAULIZAN Bujang (kanan) melawat salah satu gerai produk IKS di tapak Ekspo Johor Bagus 2011 di pekarangan Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 5 Jun - Kerajaan negeri menyasarkan pendapatan industri kecil dan sederhana (IKS) di Johor pada tahun ini antara RM330 juta dan RM350 juta berbanding RM300 juta tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang berkata, keyakinan itu adalah berasas kerana hasil jualan IKS di negeri ini kini mengalami peningkatan 10 peratus setahun.

"Usahawan IKS Johor bukan sahaja mempunyai pasaran di seluruh negara tetapi beberapa daripadanya berjaya memasarkan produk mereka ke Singapura, Indonesia, Australia dan New Zealand.

"Sekarang terdapat beberapa usahawan terpilih yang menepati standard dan piawaian antarabangsa akan menembusi pasaran di Asia Barat pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi dan Ekspo Johor Bagus 2011 di Hotel Puteri Pacific, di sini hari ini.

Konvensyen anjuran Biro Ekonomi, Keusahawanan dan Perumahan Bahagian Tebrau itu turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Maulizan yang juga Ketua UMNO bahagian tersebut berkata, sasaran itu mampu dicapai kerana bilangan usahawan IKS di Johor yang kini berjumlah lebih 2,000 orang semakin bertambah.

Katanya, kerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan di peringkat pusat akan memudahkan lagi usaha untuk melahir lebih banyak usahawan baru dalam bidang IKS.

Justeru, beliau menyarankan usahawan atau bakal usahawan IKS supaya sentiasa peka dengan bantuan, pinjaman dan insentif yang disediakan Kerajaan Pusat atau negeri dengan merujuk kepada Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ).

Terdahulu ketika berucap, beliau menegur lebih 50 peratus kontraktor bumiputera yang mendapat projek mega daripada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) tetapi mengalibabakannya kepada bukan bumiputera.

Jelas beliau, berdasarkan rekod pihaknya, hanya 20 peratus kontraktor bumiputera yang tidak berbuat demikian dan keadaan tersebut amat mengecewakan.

"Kontraktor yang mengalibabakan projek ini hanya memperoleh keuntungan tiga hingga lima peratus iaitu kira-kira RM300,000 hingga RM500,000 sahaja sedangkan harga projek itu biasanya lebih RM10 juta," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jabatan Mufti anjur program tentukan arah kiblat

Posted:

Jabatan Mufti anjur program tentukan arah kiblat

Jabatan Mufti anjur program tentukan arah kiblat

PONTIAN 5 Jun - Umat Islam tidak boleh mengambil mudah penentuan arah kiblat dan perlu diberi pendedahan mengenai ilmu falak untuk pengukuran yang betul kerana ia memainkan peranan penting dalam pelaksanaan ibadat seharian.

Pegawai Perhubungan Awam Pejabat Mufti Negeri Johor, Mohamad Hafiz berkata, dengan tujuan memupuk kesedaran itu, Jabatan Mufti dalam program bersama masyarakat kini menganjurkan program 'Istiwa Kaabah' di setiap daerah agar penerangan terperinci dapat diberikan.

"Fenomena 'Istiwa Kaabah' merupakan hari yang mana matahari berada tepat di atas Kaabah pada 28 Mei tahun ini, membolehkan penentuan arah kiblat yang tepat dapat dibuat.

"Kadangkala ukuran menggunakan kompas tidak difahami dengan betul serta penarikan magnetik mengakibatkan ukuran sebenar tidak diperoleh," katanya dalam program penentuan kiblat sempena Istiwa Kaabah Peringkat Daerah Pontian di Kampung Parit Selangor, di sini baru-baru ini.

Tambahnya, amalan mengagak berpandukan anggaran daripada arah kiblat masjid juga menyumbang kepada kesalahan tersebut.

"Sebanyak 40 buah rumah terlibat dalam pengukuran arah kiblat di sini dan rata-rata penduduk menyambut baik usaha yang dilakukan itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pelihara kerukunan masyarakat

Posted:

Pelihara kerukunan masyarakat

Pelihara kerukunan masyarakat

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) bersama Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Perlis 2011 sambil diperhatikan oleh Azman Amin Hassan (kiri) di Taman Merdeka, Kangar, semalam.


KANGAR 5 Jun - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan setiap pemimpin agar tidak memberi pandangan, keputusan dan perancangan atau tindakan yang boleh menjurus ke arah perpecahan.

Sebaliknya, titah baginda, setiap yang keluar dari mulut pemimpin mestilah ke arah perpaduan dan penyatuan untuk mengukuhkan lagi jati diri negara bangsa.

Baginda bertitah, pemimpin tersebut merangkumi semua peringkat sama ada agama, politik, masyarakat, kaum mahupun sukan.

"Semua rakyat Malaysia berbilang kaum dan keturunan mestilah berfikiran matang dan perlu ingat bahawa perbalahan yang membawa persengketaan sesama sendiri akan hanya membawa lebih keburukan dan kerugian bukan sahaja kepada kita sendiri, malahan yang lebih buruk kesannya akan turut melibatkan negara yang kita cintai," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Minggu Perpaduan peringkat Perlis sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Taman Merdeka di sini, hari ini.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan.

Dalam pada itu, baginda bertitah, peranan memupuk perpaduan perlu ditekankan kepada generasi muda, terutama dari peringkat sekolah dan peranan ibu bapa mengingatkan anak masing-masing tentang kepentingan permuafakatan dan kerjasama.

"Negara kita sangat memerlukan perpaduan kaum, kerana ia merupakan senjata utama dalam menghadapi musuh negara.

"Oleh kerana itu, beta menyeru kita semua agar sentiasa insaf dan mengambil iktibar dengan apa yang telah dan sedang terjadi di sesetengah negara yang rakyatnya sesama bangsa malah seagama bergaduh," titah baginda.

Baginda bertitah, akibat kejadian tersebut ia membawa kepada kehancuran dan penderitaan yang tidak berkesudahan, malah rakyat menjadi lemah dari segi keyakinan, semangat, perpaduan dan ilmu pengetahuan.

Titah baginda, rakyat perlu sentiasa berkumpul dan mengadakan percambahan minda untuk merancang kegiatan kejiranan bagi mengelakkan proses perpecahan daripada terus berlaku.

"Saya tidak mahu terdapatnya individu dalam masyarakat yang hanya wujud secara berseorangan mengikut falsafah 'aku-aku', 'hang-hang' tanpa menyertai kegiatan yang coraknya berkelompok dan saling bantu membantu," titah baginda.

Titah Raja Muda Perlis lagi, masyarakat yang mempunyai satu negara, satu bahasa yang sama dan satu kebudayaan akan mempunyai identiti sama yang akan diiktiraf sebagai satu bangsa.

"Ke mana sahaja kita pergi, kita tidak akan dikelirukan dengan bangsa-bangsa lain dan apabila adanya pengiktirafan ini maka wujudlah bangsa Malaysia yang sebenar," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar SMP Methodist Ipoh juara kenali ASEAN

Posted:

Pelajar SMP Methodist Ipoh juara kenali ASEAN

Pelajar SMP Methodist Ipoh juara kenali ASEAN

IPOH 5 Jun - Pelajar Sekolah Menengah Perempuan Methodist Ipoh, R. Charroogesinee diumum sebagai juara Pertandingan Pengucapan Awam Program Kenali ASEAN yang dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia di sini, hari ini.

Pelajar tingkatan empat itu menewaskan 17 peserta lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang melibatkan lapan sekolah menengah di bandar raya ini di sebuah kompleks beli-belah di sini.

Anak bongsu daripada dua beradik kepada pasangan V. Radhakrishnan dan A. Ambiga itu berjaya meyakinkan para hakim menerusi pengucapannya yang bertajuk Menghubungkan ASEAN Melalui Muzik dan Budaya.

Charroogesinee yang telah menjadi wakil sekolah dalam pertandingan pengucapan awam setiap tahun sejak berada di tahun empat lagi, membawa pulang wang tunai RM300, piala, hamper dan sijil penyertaan.

"Ini bukan kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini. Pada 2006, saya mewakili Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) St. Philomena Convent, Ipoh ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan pengucapan awam untuk peringkat sekolah rendah.

"Saya suka bercakap dan berhasrat meneruskan pengajian dalam bidang penyiaran di Singapura atau United Kingdom (UK) satu hari nanti untuk menjadi seorang wartawan penyiaran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Jabatan Penerangan Malaysia, Mohammad Kamal Mat Noor.

Penganjuran Program Kenali ASEAN yang masuk tahun ketiga pada tahun ini turut diadakan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Perak, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Lembaga Kraftangan Malaysia serta Perak FM.

Selain pengucapan awam, pelbagai aktiviti dianjurkan termasuklah pameran foto ASEAN, kuiz dan jingsaw puzzle ASEAN, pertandingan mewarna kenali ASEAN, pertandingan bercerita ASEAN dalam bahasa Inggeris serta pertandingan nyanyian bintang patriotik.

Program tahunan yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu itu antara lain bertujuan mendidik kefahaman orang ramai mengenai ASEAN dan ia bakal diteruskan pada tahun depan di Kuantan, Pahang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ops Sepadu: 12 kenderaan disita, 288 disaman

Posted:

Ops Sepadu: 12 kenderaan disita, 288 disaman

Ops Sepadu: 12 kenderaan disita, 288 disaman

BUTTERWORTH 5 Jun - Sebanyak 12 buah kenderaan disita dan 288 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam Ops Sepadu yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar ini, semalam.

Operasi tiga jam mulai pukul 12.30 tengah malam itu disertai oleh enam pegawai dan 73 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Wan Aziz Wan Hussain yang mengetuai operasi tersebut berkata, 257 saman dikeluarkan oleh polis, empat oleh JAS dan 27 lagi oleh JPJ.

Selain itu, katanya, JPJ turut mengeluarkan 76 notis untuk pemeriksaan lanjut kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

''Sepanjang operasi itu, 10 motosikal dan kereta disita dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

''Selain itu, seorang lelaki turut ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu iaitu kesalahan di bawah Seksyen 108 (E) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Wan Aziz berkata, antara kesalahan yang paling banyak dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai nombor pendaftaran kenderaan dan motosikal tidak dilengkapi cermin sisi.

Beliau memberitahu, dalam operasi itu, empat pasangan turut ditahan oleh JHEAIPP atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam.

''Kita akan terus memperbanyakkan operasi di kawasan tertentu bagi membolehkan pemandu dan penunggang motosikal mematuhi undang-undang yang ditetapkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kenyataan Hadi melampau - TPM

Posted:

Kenyataan Hadi melampau - TPM

Kenyataan Hadi melampau - TPM

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO bertanggungjawab atas segala isu dan permasalahan rakyat sebagai sesuatu yang melampau dan tidak Islamik.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan Abdul Hadi kononnya kerajaan lemah dalam amalan dan sistem agama yang diamalkan ketika ini juga adalah tidak berlandaskan niat yang baik, sebaliknya lebih berbaur politik.

"Saya sangkal 100 peratus apa yang disebut (Abdul) Hadi itu kerana ia sama sekali tidak berasas. Saya percaya ia dibuat atas dasar politik dan tidak berpijak di bumi nyata serta langsung tidak mengakui pencapaian dan kemajuan negara sebagai salah sebuah negara Islam contoh di dunia," katanya selepas merasmikan Simposium Manhaj Dakwah Bandar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada ucapan dasar Abdul Hadi pada persidangan Muktamar Tahunan Pas Ke-57 kelmarin yang menyalahkan BN dan UMNO sebagai punca permasalahan kepada rakyat.

Mengenai dasar baru negara berkebajikan Pas, Muhyiddin menjelaskan, Pas seolah-olah mengundur berpuluh-puluh tahun ke belakang dalam dasar itu kerana Malaysia sudah lama mengamalkannya seperti menyediakan subsidi yang besar, pendidikan percuma dari peringkat rendah sehingga menengah dan rawatan hospital secara nominal.

Jelas Muhyiddin lagi, konsep negara berkebajikan yang diamalkan kerajaan itu pula tidak menggunakan acuan Barat, sebaliknya menerusi langkah-langkah dan pendekatan berlandaskan Islam.

"(Abdul) Hadi tidak boleh kata apa yang kerajaan lakukan itu tidak Islamik. Sebagai seorang pemimpin yang juga dilihat sebagai tokoh agama, beliau tidak sepatutnya menggunakan kesempatan itu (berucap pada muktamar) untuk menidakkan perkara yang hak dan betul," tegas beliau.

Muhyiddin berkata, jika benar parti itu mahu memperjuangkan negara berkebajikan, sudah lama ia diamalkan di Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah Pas.

Berhubung keengganan Pas menjalin kerjasama dengan UMNO melainkan atas dasar kemasyarakatan, Muhyiddin menekankan, UMNO tidak pernah menutup pintu kerjasama dengan Pas demi kebaikan dan perpaduan ummah.

Jelas beliau lagi, kerjasama ke arah kebaikan itu adalah seruan dan tuntutan agama Islam dan bukannya sesuatu yang berlandaskan politik.

"Soal sama ada Pas mahu menerima kerjasama itu atau sebaliknya, ia perkara lain. Ini juga sebenarnya yang membezakan antara UMNO dengan Pas. UMNO melihat kerjasama ini dari sudut kebaikan ummah secara keseluruhan sedangkan Pas melihatnya hanya dari sudut kepartian," katanya.

Beliau ditanya mengenai pendirian Pas seperti ditegaskan oleh Abdul Hadi yang tetap menolak sebarang kerjasama dengan UMNO melainkan hanya dalam perkara yang melibatkan kemasyarakatan.

Muhyiddin menambah, apa yang ditegaskan oleh Abdul Hadi itu juga menunjukkan sikap tidak ikhlas Pas dalam menawarkan kerjasama secara memilih iaitu apabila ia hanya mendatangkan faedah politik kepada parti itu.

UMNO, tambah beliau, melihat konsep kerjasama itu dari sudut yang lebih luas iaitu dengan mengambil kira perpaduan dan kepentingan ummah secara keseluruhannya.

"Dalam soal ini, UMNO tidak memilih apa yang kita perjuangkan. Sebab itu dalam soal perpaduan ummah kita nyatakan dengan penuh perasaan keinsafan dan kesedaran supaya umat Islam di negara ini tidak berpecah dan berbalah," katanya.

Katanya lagi, UMNO juga tidak terjejas dengan pendirian Pas menolak kerjasama itu, sebaliknya akan meneruskan dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan lain yang sealiran dengan hasrat kerajaan memperluaskan lagi konsep dan gagasan perpaduan ummah.

"Kita tidak bersandarkan kepada Pas. Kalau Pas berkata begitu tidak mengapa, banyak pihak lain yang bersedia bekerjasama dengan kita dan paling penting pihak ini tidak bersandarkan kepada tuntutan politik dan kepartian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada agenda terselindung bangunkan Kg. Baru

Posted:

Tiada agenda terselindung bangunkan Kg. Baru

Tiada agenda terselindung bangunkan Kg. Baru


Muhyiddin Yassin (depan tengah) diiringi isteri, Noorainee Abdul Rahman berjalan menuju ke Flat Jalan Tun Razak, Kampung Baru, sempena Program 'Turun Padang' Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 5 Jun - Kerajaan tidak mempunyai agenda terselindung dalam membangunkan semula Kampung Baru kecuali untuk memastikan 'khazanah' negara itu dapat dibangunkan selaras dengan kemajuan yang berlaku di sekelilingnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, faedah yang bakal diperoleh daripada pembangunan semula itu adalah untuk penduduk setempat khususnya pemilik dan tuan tanah.

Oleh itu, kata beliau, sewajarnya perancangan yang telah disusun untuk memaju dan membangunkan Kampung Baru mendapat sokongan daripada segenap peringkat masyarakat di kawasan itu.

"Saya melihat kawasan sekeliling ada bangunan pencakar langit, bangunan tertinggi Menara Berkembar Petronas (KLCC) berada tak jauh dari sini dan bangunan-bangunan yang tersergam indah dimaju dan dibangunkan oleh pihak swasta sedangkan kawasan ini (Kampung Baru) adalah lombong emas dan saya rasa mungkin lebih daripada lombong emas.

"Sebab itu, komitmen kepimpinan negara menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah membawa satu rang undang-undang yang diluluskan di Parlimen. Ia berkaitan bagaimana kawasan yang bernilai tinggi yang sudah diduduki oleh masyarakat Melayu untuk sekian lama ini dapat kita bugar (bangunkan) semula.

"Dapat nilainya, kita bugar dan lipat-gandakan semula supaya hasilnya nanti akan dapat dirasai dan dinikmati oleh penduduk di sini. Tidak ada niat tertentu yang terselindung di sebalik itu, kecuali untuk memastikan supaya khazanah negara ini dapat dibangunkan setimpal dengan kemajuan yang kita lihat berlaku di kawasan sekitarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatannya ke Kampung Pindah, Kampung Baru dan Flat Jalan Tun Razak, Kampung Padang dekat Kampung Baru, di sini hari ini.

Turut sama dalam lawatan itu ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Muhyiddin berkata, penduduk di Kampung Baru perlu yakin kepada kerajaan yang tidak mahu 'khazanah' di kampung tersebut terabai untuk sekian lama.

"Pasaran tanah ini mungkin nilainya berbilion ringgit. Tapi kalau dimajukan dengan dukungan kerajaan bersama penduduk, saya kira dalam tempoh tak berapa lama lagi, kawasan ini tak akan terbiar begini. Faedah utamanya nikmat yang akan dapat dirasai oleh saudara-saudara (penduduk) sekalian.

"Itulah harapan kita. Sebab itu, saya mengajak semua bekerjasama dengan Datuk Raja Nong Chik, bekerja rapat dengan pihak-pihak yang kita tubuhkan untuk membantu melihat bagaimana pembangunan semula ini hendak dilaksanakan.

"Pastinya komitmen ini penting dan saya percaya kalau ada kesungguhan kita untuk bersama-sama melaksanakannya, ia akan berjaya," jelasnya.

Terdahulu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk kerja-kerja memperbaiki mendapan di Kampung Pindah dan RM450,000 bagi mengecat semula tujuh blok bangunan Flat Jalan Tun Razak, Kampung Padang.

Beliau kemudiannya mengadakan pertemuan dengan beberapa pemandu teksi yang beroperasi di sekitar ibu negara di Restoran Matahari, Kampung Baru untuk mendengar keluhan dan permintaan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib tiba untuk lawatan rasmi ke Kazakhstan

Posted:

Najib tiba untuk lawatan rasmi ke Kazakhstan

Najib tiba untuk lawatan rasmi ke Kazakhstan

ASTANA 5 Jun — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi empat hari ke Kazakhstan di mana beliau juga akan menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia kali ketujuh (WIEF Ke-7) yang diadakan di ibu negara Kazakhstan.

Ketibaan Najib, yang diiringi ister, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa menteri Kabinet, disambut di lapangan terbang antarabangsa di sini oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi dan Menteri Komunikasi dan Penerangan Kazakhstan, Askar Kuanyshevich Zhumagaliev.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Najib ke Kazakhstan selepas menjadi Perdana Menteri atas undangan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Turut mengiringi Najib ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia, Beibut B. Atamkulov yang berada di sini berkata, lawatan Najib amat ditunggu-tunggu oleh pemimpin dan rakyat Kazakhstan yang banyak mengetahui mengenai beliau dan memandang tinggi kepada Malaysia.

Atamkulov berkata, Malaysia memang merupakan sebuah negara model bagi Kazakhstan, yang mempunyai 16 juta penduduk, sejak ia mencapai kemerdekaan dari Soviet Union 20 tahun lalu.

Sementara itu, Anifah memberitahu wartawan Malaysia bahawa lawatan Najib termasuk menyampaikan ucapan di WIEF menyediakan peluang terbaik bagi Malaysia untuk memperkukuh hubungan rapat antara kedua buah negara serta menggalakkan kerjasama dan dialog yang bermakna dalam kalangan negara membangun yang menghadiri WIEF.

Semasa lawatan itu, Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan rakan sejawatnya, Karim Massimov.

Para pemimpin itu dijangka mengulas mengenai perkembangan positif kerjasama dua hala dan menegaskan komitmen mereka untuk meluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang kepentingan bersama antara kedua buah negara.

Memetik angka perdagangan, Anifah berkata, pada 2010, Kazakhstan merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dan juga destinasi eksport terbesar dan sumber ketiga terbesar import di Asia Tengah.

Perdagangan dua hala mencapai paras tertinggi pada 2010 kepada AS$107 juta (RM322juta), melonjak lebih daripada 300 peratus sejak 2009 dengan eksport Malaysia ke Kazakhstan berjumlah AS$106 juta (RM319 juta) dan import dari Kazakhstan berjumlah AS$760,000 (RM2.28juta).

Kazakhstan, sebuah negara majoriti Islam dan terletak di sepanjang Laluan Sutera menghubungkan Timur dan Barat, merupakan negara kesembilan terbesar dunia dengan keluasan lebih daripada 2.9 juta kilometer persegi. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved