Jumaat, 21 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bekas banduan ditemui mati di rumah kosong

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

PASIR PUTEH 21 Mac - Seorang bekas banduan ditemui mati dipercayai terjatuh dari siling sebuah rumah tidak berpenghuni setinggi kira-kira empat meter semasa dikatakan cuba mencuri wayar di situ semalam.

Lelaki berusia 30-an tersebut ditemui oleh penduduk kampung di kediaman itu yang berkunci di Taman Perumahan Derasa, Kampung Cherang Tuli pada pukul 6 petang.

Dia yang berasal dari Jeram di sini sebelum itu, dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu menceroboh masuk ke rumah tersebut melalui tingkap yang diumpil, lalu memanjat siling dan cuba menarik wayar elektrik dari kotak suis utama sebelum terjatuh.

Katanya, rumah itu tidak didiami berikutan pemiliknya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

"Namun terdapat kesan pendawaian elektrik yang baharu disiapkan kerana anak pemilik rumah itu dikatakan bakal berpindah masuk tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Kamal berkata, siasatan mendapati lelaki itu merupakan seorang penagih dadah dan pernah dihukum penjara di Machang selama enam bulan.

Katanya, kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


PIBG SK Putera Jaya taja 3,770 naskhah Tutor

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

SETIU 21 Mac - Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Putera Jaya di sini membekalkan 3,770 akhbar Tutor sebagai salah satu bahan bantu pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru dan 62 murid tahun enam sepanjang sesi persekolahan tahun ini.

Yang Dipertuanya, Suhaimi Endut berkata, pihaknya mengambil langkah menaja akhbar pendidikan Tutor UPSR dan Tutor Inggeris terbitan Utusan Malaysia bagi meningkatkan kecemerlangan pencapaian calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Beliau berkata, PIBG serta warga pendidik di sekolah itu berbuat demikian kerana mendapati akhbar memuatkan bahan ulang kaji pelbagai mata pelajaran dengan paparan yang menarik, santai dan mudah difahami oleh murid-murid.

"Ini salah satu usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah ini dalam UPSR dengan harapan dapat melahirkan lebih ramai murid yang cemerlang berbanding pada tahun sebelum ini.

"Pendidikan dari sekolah rendah merupakan keutamaan kami menyebabkan kami sentiasa mengambil langkah tertentu termasuk membeli akhbar Tutor untuk dibekalkan kepada setiap murid," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan akhbar Tutor di sekolah itu, kelmarin.

Majlis itu diadakan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Putera Jaya yang dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang kemudian menyerahkan akhbar Tutor kepada Suhaimi.

Yang turut hadir Pegawai Program Pembangunan Sekolah (SIP) Pejabat Pendidikan Daerah, Arif Rakiman Che Puteh; Guru Besar SK Putera Jaya, Zainuddin Dollah dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pak Kancil, Nordin Ahmad.

Suhaimi memberitahu, sebelum melanggan akhbar itu pihaknya tertarik dengan reka bentuk yang padat dengan pelbagai bahan pembelajaran sekali gus dapat membantu meningkatkan kefahaman dalam mata pelajaran berkenaan.

Beliau berkata, harga akhbar itu begitu murah berbanding bahan rujukan yang lain menyebabkan PIBG sekolah tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi membekalkannya.

"Melalui program ini kami menyasarkan lebih ramai murid mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Tahun lalu 12 murid dapat 5A," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Peniaga diperintah bela diri

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

DARI KIRI: ASNI Omar, Stephanie Foray

KUANTAN 21 Mac - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang peniaga kecil membela diri atas tuduhan membunuh pelancong wanita warga Perancis, Stephanie Foray yang mayatnya ditemui ditanam di sebuah gua, empat bulan selepas kejadian itu di Kampung Tekek, Pulau Tioman, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya memutuskan demikian hari ini setelah meneliti keterangan 44 saksi pendakwa dan berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Asni Omar, 33.

Dalam penghakiman setebal 41 muka surat, Hakim Mariana berkata, mahkamah telah menilai semua keterangan saksi terbabit sebagai material (berkaitan dengan kes) dan mempunyai kredibiliti yang tidak boleh tergugat.

"Tertuduh juga telah membawa pihak polis ke lubang di dalam gua di mana mayat mangsa dijumpai dan turut menunjukkan tempat tertuduh menyimpan barangan kepunyaan mangsa di rumahnya di Kampung Tekek.

"Pihak pendakwaan juga berjaya membuktikan kecederaan yang dialami oleh mangsa yang menyebabkan kematiannya," kata beliau.

Selain itu, menurutnya, darah mangsa dijumpai di dinding rumah tertuduh.

"Saya tidak melihat ada alasan yang menolak bahawa tertuduh memang bersama mangsa pada waktu tersebut," ujar beliau.

Hakim Mariana menetapkan 28 April hingga 9 Mei ini untuk Asni memberi keterangan bela diri.

Asni didakwa membunuh Foray, 30, di antara pukul 8 malam, 10 Mei 2011 dan pukul 12 tengah hari, 12 Mei 2011 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam bela Ibrahim Kamaruddin, Muhammad Hisham Abdul Rahim dan Datuk Ng See Teong pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada 23 Ogos 2011.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soid @ Hamid, Nor Azizah Mohamad dan Farahah Mohd. Nazari.

Yang turut hadir pada prosiding hari ini ialah ibu Foray, Irena Mortel dan Konsul Kedutaan Perancis di Malaysia, Stephanie Rouville.

Foray dari Bour En Bresse, Perancis, dilaporkan hilang pada Mei 2011 sebelum mayat mangsa dijumpai ditanam sedalam tiga meter di sebuah gua di Kampung Air Hantu, Pulau Tioman pada 8 Ogos tahun yang sama.

Mayat wanita yang belum berkahwin itu ditemui pada pukul 1 petang oleh polis ekoran penahanan dua lelaki warga tempatan pada 24 Julai 2011.

Dua dibebas selepas 29 bulan di penjara

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

ZUL Hafizul Mohd. Zaini (depan, kanan) dan Muhammad Neshril Rustam (kiri belakang) keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 21 Mac — Tiada lebih menggembirakan dua sahabat selain mendengar keputusan mereka dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan merompak oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, meskipun terpaksa meringkuk dalam penjara selama dua tahun lima bulan.

Zal Hafizul Mohd. Zaini, 25, dan Muhammad Neshril Rustam, 26, yang didapati tidak bersalah atas tiga pertuduhan, tidak dapat menahan perasaan gembira lantas memeluk ahli keluarga masing-masing yang hadir di galeri awam mahkamah.

Hakim K.M. Nithiyanantham membuat keputusan itu terhadap Zal Hafizul dan Muhammad Neshril selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Ketika membaca keputusannya, beliau berkata, keterangan saksi pendakwaan bercanggah sehingga menganggu asas kes pendakwaan.

"Dua lelaki yang dikatakan merompak dalam mangsa adalah memakai topi keledar dan ekoran itu mangsa tidak dapat mengecam wajah mereka.

"Maka dengan ini kehadiran kedua-dua tertuduh ini di tempat kejadian tidak dapat dibuktikan," jelas beliau.

Nithiyanantham juga berkata, pegawai penyiasat dalam keterangannya bersetuju bahawa beg plastik yang dirampas daripada tertuduh-tertuduh bersama sepucuk pistol dan beg hitam tidak boleh dijadikan bukti pendakwaan.

Kata beliau, ini disebabkan oleh keterangan saksi polis itu di mahkamah bahawa pihaknya tidak menghantar pistol yang dijumpai bersama-sama tertuduh ke makmal untuk menjalani ujian cap jari atas alasan saksi tersebut telah memegang pistol tersebut ketika merampasnya.

Zal Hafizul dan Muhammad Neshril didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas merompak Mohd. Firdhaus Abdullah, 24, dengan bersenjatakan revolver .38 dan melarikan beg silang yang mengandungi buku log syarikat Armour Security (M) Sdn. Bhd., kunci mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan lesen senjata api.

Mereka juga didakwa melakukan perbuatan sama bersama-sama dua lagi yang masih bebas merompak wang tunai di dalam mesin deposit RM61,480 yang berada dalam kawalan mangsa.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa merompak beg mangsa yang sama, mengandungi sepucuk revolver .38, lima butir peluru, motosikal Honda EX5 dan buku Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Maybank Jalan Segambut Dalam, Sentul di sini kira-kira pukul 2.40 petang, 10 September 2011.

Pertuduhan-pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara seumur hidup dan sebatan enam kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan.

Zal Hafizul dan Muhammad Neshril terpaksa ditempatkan di penjara sehingga kes selesai kerana pertuduhan mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api, tidak membenarkan tertuduh dijamin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


SMKART sekolah harian terbaik

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib bersorak kegembiraan setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2013 ketika mengambil slip keputusan masing-masing di sekolah tersebut, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 21 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMKART) di sini mencatat pencapaian sebagai sekolah harian terbaik peringkat negeri ini dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan semalam.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Rashidah Mat Arif berkata, SMKART mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.99 diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan yang mencatat GPS 2.14.

"Bagi kategori sekolah berasrama penuh, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Pekan menduduki tempat pertama dalam SPM 2013 apabila mencatat GPS 1.84 diikuti SBPI Temerloh dengan GPS 2.08.

"Bagi sekolah luar bandar, sebanyak 19 buah sekolah daripada 125 buah sekolah mencapai 100 peratus calon Layak Mendapat Sijil (LMS) dan dua buah sekolah Felda mencapai prestasi yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat, Maran dan SMK Jengka 10, Maran," katanya kepada pemberita di SMKART di sini semalam.

Rashidah berkata, keseluruhannya, sebanyak 401 calon SPM 2013 di negeri ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Selain itu, katanya, pencapaian calon SPM 2013 mengikut Gred Purata (GP) juga telah meningkat sebanyak 0.05 peratus iaitu sebanyak 4.84 berbanding 4.89 pada 2012.

"Pada tahun lalu, sebanyak 24,753 mendaftar sebagai calon membabitkan 253 pusat peperiksaan dengan 82.14 peratus adalah calon sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

"Bagaimanapun daripada jumlah tersebut, sebanyak 18,596 calon mendapat LMS menurun sebanyak 7.22 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 21,006 orang atau 93.24 peratus," katanya.

Menurut Rashidah, syarat wajib lulus subjek Sejarah pada tahun lalu bukan faktor yang menyebabkan calon LMS menurun kerana jumlah calon yang lulus subjek berkenaan menunjukkan peningkatan iaitu 87.05 peratus berbanding 81.33 peratus tahun 2012.

"Statistik juga menunjukkan sebanyak 14 buah sekolah memperolehi GPS di bawah 3.0 dengan lima daripadanya dalam kategori sekolah cemerlang iaitu GPS di bawah 2.25, ujarnya.

Tambah beliau, bagi prestasi calon sekolah bandar pula, sebanyak 17 buah sekolah mencapai 100 peratus LMS daripada 66 buah sekolah.

Sementara itu beliau turut mengumumkan 14 pelajar cemerlang di negeri ini dengan mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil atau Gred Purata Individu (GPI) 0.00.

SPM: 401 calon dapat semua A di Pahang

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 21 Mac - Sebanyak 401 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di negeri ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Rashidah Mat Arif berkata, secara keseluruhannya pencapaian calon SPM 2013 mengikut Gred Purata (GP) telah meningkat sebanyak 0.05 peratus iaitu sebanyak 4.84 berbanding 4.89 pada 2012.

"Pada tahun lalu, sebanyak 24,753 mendaftar sebagai calon membabitkan 253 pusat peperiksaan dengan 82.14 peratus adalah calon sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

"Bagaimanapun daripada jumlah tersebut, sebanyak 18,596 calon Layak Mendapat Sijil (LMS) menurun sebanyak 7.22 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 21,006 orang atau 93.24 peratus," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMKART) di sini semalam.

Menurut Rashidah, syarat wajib lulus subjek Sejarah pada tahun lalu bukan faktor yang menyebabkan calon LMS menurun kerana jumlah calon yang lulus subjek berkenaan menunjukkan peningkatan iaitu 87.05 peratus berbanding 81.33 peratus tahun 2012.

"Statistik juga menunjukkan sebanyak 14 buah sekolah memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 3.0 dengan lima daripadanya dalam kategori sekolah cemerlang iaitu GPS di bawah 2.25.

"Sekolah harian yang memperolehi pencapaian terbaik adalah SMKART di sini dengan mencatatkan GPS sebanyak 1.99 manakala Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Pekan menduduki tempat pertama di negeri ini dengan GPS sebanyak 1.84," jelasnya.

Tambah beliau, bagi prestasi calon sekolah bandar pula, sebanyak 17 buah sekolah mencapai 100 peratus LMS daripada 66 buah sekolah.

"Bagi sekolah luar bandar, sebanyak 19 buah sekolah daripada 125 buah sekolah mencapai 100 peratus LMS dan dua buah sekolah Felda mencapai prestasi yang sama.

"Dua buah sekolah Felda daripada 43 buah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat, Maran dan SMK Jengka 10, Maran," katanya.

Sementara itu beliau turut mengumumkan 14 pelajar cemerlang di negeri ini dengan mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil atau Gred Purata Individu (GPI) 0.00.

"Selain itu tiga pelajar Orang Asli berjaya mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurang 7A dalam mata pelajaran yang diambil," katanya.

Keluarga pendorong kejayaan tiga pelajar Orang Asli

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

ROMPIN 21 Mac - Ingin mengubah nasib keluarga menjadi pendorong kepada tiga pelajar Orang Asli suku Jakun dari daerah Rompin dan Pekan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Lebih membanggakan lagi, ketiga-tiga mereka yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin turut diumumkan sebagai calon cemerlang Orang Asli SPM negeri Pahang.

Mereka ialah Tan Bee Hui a/p Tan Boon Huat, 19, dari Taman Pantai Indah di sini dan Nurul Afida Nasrun, 18, dari Kampung Kemendul di sini dan Tey Chin Ee, 18, dari Kampung Api Larat, Pekan.

Tan Bee Hui memperoleh 8A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi manakala Fizik dan Bahasa Cina mendapat B.

Nurul Afida pula mendapat 7A dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Sains, Geografi dan Ekonomi Asas manakala Bahasa Inggeris mendapat D.

Sementara itu, Chin Ee mendapat 6A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Sains dan Geografi manakala Bahasa Inggeris dan Ekonomi Asas mendapat B.

Bee Hui ketika ditemui berkata, fokus dalam kelas dan sentiasa mengikut jadual belajar yang dibuat sendiri merupakan resipi kejayaannya.

"Ketika cikgu mengajar pula saya sentiasa memberi perhatian sepenuhnya dan apa sahaja kerja sekolah yang diberikan saya akan siapkan," katanya yang merupakan anak seorang mekanik.

Tambahnya, di dalam kelas pula dia sering bertanya soalan kepada cikgu jika tidak faham sesuatu yang diajar itu.

Sementara itu, Nurul Afida berkata, dia jarang ke kelas tambahan sebaliknya mengulang kaji pelajaran mengikut jadual yang dibuat sendiri.

"Ibu bapa saya amat pentingkan pendidikan anak-anak sejak dari kecil lagi kerana tidak mahu kami mengulangi kehidupan mereka pada masa kini.

"Mereka mahu saya mendapat kerja yang bagus-bagus di luar sana," katanya yang merupakan anak kedua daripada lapan beradik.

Bagi Chin Ee, rajin, usaha dan semangat untuk berjaya antara resipi kejayaanya yang diamalnya selama ini.

"Siapa kata anak Orang Asli tidak boleh berjaya. Kalau kita yakin dengan kebolehan diri dan berusaha bersungguh-sungguh pasti berjaya," katanya.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata, apa yang penting adalah jangan ponteng sekolah dan tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas.

"Saya pada mulanya tidak meminati Matematik tetapi ibu saya pernah berpesan supaya dapat A dalam mata pelajaran itu dan akhirnya saya berjaya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pilihan raya Thailand tidak sah

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Sekumpulan penduduk Thailand mengadakan demonstrasi membantah keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya umum pada 2 Februari lalu, di Bangkok, Thailand semalam. - REUTERS

BANGKOK 21 Mac - Mahkamah Perlembagaan Thailand, hari ini memutuskan pilihan raya umum negara ini pada Februari lalu tidak sah, menyaksikan pilihan raya baharu bakal diadakan, sekali gus menyebabkan krisis politik di negara ini berlarutan.

Barisan hakim memutuskan pilihan raya umum itu pada 2 Februari lalu melanggar Perlembagaan kerana proses pengundian tidak diadakan pada hari yang sama di 28 kawasan pilihan raya, selepas proses pendaftaran calon dihalang oleh penunjuk perasaan antikerajaan.

"Pilihan raya baharu perlu diadakan," kata Setiausaha Agung mahkamah tersebut, Pimol Thampitakpong pada satu sidang media.

Bagaimanapun tarikh pilihan raya umum baharu tidak dinyatakan.

Kebiasaannya, tarikh pilihan raya ditetapkan oleh kerajaan selepas berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Keputusan mahkamah itu dilihat tidak akan mempengaruhi krisis politik di negara ini yang tercetus sejak hujung tahun lepas apabila penunjuk perasaan antikerajaan menggesa pentadbiran Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra digantikan dengan sebuah majlis yang dilantik rakyat untuk melaksanakan pembaharuan.

Yingluck, bagaimanapun tidak tunduk pada tuntutan itu dan enggan berundur, sebaliknya mengumumkan pilihan raya umum lebih awal dalam usaha mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

Bagaimanapun, penunjuk perasaan cuba menghalang pilihan raya itu dengan mengadakan tunjuk perasaan dan menakutkan-nakutkan bakal calon serta pengundi.

Tindakan penunjuk perasan tersebut menyebabkan proses pengundian tidak boleh diadakan pada hari yang sama.

Pada masa sama, parti pembangkang Parti Demokrat memulau pilihan raya umum tersebut.

Ekoran proses pengundian tidak dilengkapkan, tiada keputusan diumumkan walaupun di kawasan-kawasan yang tidak menghadapi sebarang masalah.

Walaupun pilihan raya baharu akan diadakan, Yingluck bakal berdepan beberapa tindakan undang-undang yang mungkin memaksa beliau berundur daripada arena politik negara ini. - AGENSI

Khutbah Jumaat diterjemah ke bahasa Melayu

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

MEKAH 21 Mac - Jemaah solat Jumaat di Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, hari ini berpeluang mendengar khutbah yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu, Urdu dan Perancis.

Imam Besar bagi kedua-dua masjid suci itu, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais berkata, beberapa minggu lalu, pihaknya telah memulakan usaha menterjemah khutbah Jumaat di kedua-dua masjid itu ke dalam bahasa Melayu, Urdu dan Inggeris.

Jelas beliau, di Masjidilharam, khidmat penterjemahan itu disediakan berhampiran pintu Raja Fahd, yang ditetapkan untuk jemaah bukan Arab.

Untuk mendengar khutbah dalam bahasa pilihan mereka, jemaah hanya perlu memakai fon kepala dan peranti audio yang disediakan, lapor Arab News.

Peranti tersebut disambung kepada frekuensi FM yang menyiarkan terjemahan khutbah Jumaat yang disampaikan dalam bahasa Arab oleh imam bertugas.

Bahasa Melayu digunakan oleh penduduk Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei, manakala bahasa Perancis digunakan meluas di benua Afrika.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Aznil cerewet

Posted: 20 Mar 2014 11:15 PM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

PENGALAMAN selama 14 tahun diperlukan oleh pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi, 52 atau Pak Nil sebelum berjaya menggenggam trofi pertamanya dalam bidang pengacaraan pada 2003.

Menjadikan rancangan gameshow Pop Kuiz terbitan TV3 pada era 90-an sebagai batu loncatan dalam membina kariernya, nama Pak Nil mula dikenali dek aksi gila-gilanya ketika mengendalikan program berkenaan.

Rentetan prestasi yang disifatkan luar biasa dan memberangsangkan bagi segelintir pemerhati industri hiburan ketika itu, maka tidak hairanlah anak kelahiran Keramat, Kuala Lumpur itu dinaikkan pangkat menjadi pengacara Melodi pada 1994, sebelum beralih ke rancangan bual bicara yang mengupas isu kontroversi industri hiburan tempatan iaitu Teleskop.

Kepelbagaian bakatnya dalam bidang tersebut bukan sahaja telah melonjakkan namanya ke puncak tertinggi dalam dunia pengacaraan, malah dia mendapat tawaran daripada Astro bagi mengisi salah satu jawatan penting dalam organisasi rangkaian televisyen berkenaan.

Secara tidak langsung, kejayaannya itu berjaya memperlihatkan perkembangan positif terhadap industri kreatif negara yang selama ini dipandang enteng dan kelihatan kotor oleh sesetengah pihak sehinggakan Pak Nil dianugerahkan gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Pun begitu, kunjungannya ke Studio Utusan baru-baru ini, Pak Nil memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia mencari barisan pelapis yang bakal menggantikan tempatnya.

On Air ada kelas

Usia menjangkau usia separuh abad, Pak Nil mengakui dirinya semakin tua untuk meneruskan perjalanan kariernya dalam bidang yang telah sebati dengan jiwanya itu.

Bukan bermaksud mahu mengundur terus daripada bidang pengacaraan, Pak Nil menjelaskan bahawa industri hiburan tanah air begitu ketandusan bakat muda yang benar-benar berkualiti untuk bergelar pengacara.

Saya akui, taraf pendidikan bukanlah penanda aras untuk memastikan kejayaan seseorang itu dalam bidang ini. Namun, tiada salahnya jika seseorang pengacara untuk menambahkan ilmu mereka agar pengendalian sesuatu acara dilihat lebih menarik dan mempunyai isi.

Kalau dilihat, terdapat sebilangan pengacara yang dikategorikan popular, tetapi pengisian dalam setiap skrip atau dialog yang dilontarkan amat minima dan ia satu petanda tidak baik terhadap industri ini.

Disebabkan itu, saya mengambil langkah pro-aktif menerbitkan program On Air agar ia mampu melahirkan pengacara yang bukan sahaja berbakat, malah penuh ilmu di dada serta mempunyai perspektif luas dan berbeza terhadap aspek hiburan memandangkan latar belakang peserta yang berbilang," katanya.

Menurutnya lagi, penerbitan ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dengan membiarkan para pesertanya terumbang-ambing setelah ia tamat, tetapi ibarat sebuah temuduga kerja yang memastikan setiap peserta finalisnya mendapat jawatan di stesen televisyen berbayar itu.

Sebagai contoh katanya, barisan finalis musim pertama telah pun memulakan kariernya selaku wartawan penyiaran di Astro Awani, selain menjadi pengacara program hiburan yang diterbitkan oleh stesen berkenaan.

Umum sendiri melihat perkembangan karier Hafizul Kamal selaku juara mengendalikan beberapa acara hiburan yang dianjurkan oleh Astro. Begitu juga dengan naib juaranya, Hefny Sahad yang turut mendapat peluang sama. Kedua-duanya menunjukkan prestasi yang amat baik ketika ini dan turut menerima tawaran dalam bidang lakonan disebabkan personaliti yang dimiliki.

Tidak ketinggalan barisan finalis lain seperti Malissa Sahari, Hans Yusoff dan CK Faizal yang kini menjadi penyampai berita di saluran Astro Awani. Walaupun masih baharu, tetapi mereka amat berpotensi," ujarnya yang pernah menjadi pembaca berita ketika berkhidmat di TV3 dahulu.

Aidil jadi balik suami

Posted: 20 Mar 2014 11:15 PM PDT

TAHNIAH buat Aidil Zafuan yang baru sahaja menamatkan zaman dudanya pada 15 Mac lalu. Memilih Zarema Zakaria sebagai isteri baharu, semoga perkahwinan ini kekal membahagiakan dan menamatkan segala spekulasi yang timbul. Maklum sajalah dulu kedua-duanya beria-ia benar menafikan saling bercinta (ketika Aidil belum bercerai dengan bekas isteri), sekarang sudah terbukti apa yang diperkatakan selama ini betul belaka. Joyah juga teruja bila dapat tahu yang perkahwinan ini disokong penuh oleh keluarga Aidil.

Ternyata kini Aidil sedar, restu ibu bapa merupakan perkara penting dalam kebahagiaan selain kematangan sebagai suami dalam mentadbir rumah tangga.

Kisah antara bekas isteri dengan Aidil juga sudah berakhir. Rita Rudaini kini bukan lagi sesiapa dalam hidup Aidil. Bagaimanapun, Aidil perlu terus menjadi bapa yang baik buat anak-anaknya, Rayyan dan Arjuna yang sebelum ini amat jarang diziarahi.

Nasihat ini Joyah panjangkan juga kepada Zarema kerana sudahpun bergelar ibu tiri kepada dua anak suaminya itu. Kenalah ingat, Zarema sendiri memilih untuk berkahwin dengan duda punya anak dua. Jangan buat-buat lupa pula tau. Mungkin tanggungjawab itu tidak seberat ibu kandung tetapi gelaran ibu itu sendiri sudah memerlukan Zarema memberi secebis kasih sayang buat kedua anak tirinya itu.

Kepada Aidil juga, harap segeralah selesaikan segala kes di mahkamah yang tertangguh. Bukan apa, agak tidak manis kalau kisah Aidil lokek terhadap susu dan lampin pakai buang anak-anak terus diperkatakan, setelah buat majlis pernikahan gah di tiga lokasi berbeza. Banyak duit Aidil sebenarnya tu!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


'Mustahil dia tidak tahu siapa Anwar'

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

KETIKA dibangku sekolah dulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah idolanya. Sebabnya, dia kagum dengan kehebatan Anwar berpidato dan berhujah ketika kedudukan beliau masih Timbalan Perdana Menteri. Dan apabila Anwar dipecat, dia percaya bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah dianiaya. Maka dia turut serta membenci kerajaan dan bersama-sama melaungkan `reformasi di jalanan.

Bagaimanapun setelah berpeluang bekerja sendiri dengan Anwar, sedikit demi sedikit dia mulai meragui perjuangan dan keperibadian Anwar - "Perjuangan yang saya sangka berada di jalan yang lurus selama ini meleset sama sekali, katanya.

Ikuti wawancara Utusan Malaysia dengan bekas Setiausaha Sulit Anwar, MUHAMMAD RAHIMI OSMAN baru-baru ini yang menjelaskan kenapa dia turut mengikuti jejak langkah bekas rakan-rakan Anwar yang lain, meninggalkan Anwar.

APA yang menyebabkan saudara mengkagumi Anwar dan kenapa kemudiannya meninggalkan beliau?

Saya mengkagumi Anwar sejak dari sekolah lagi. Saya datang dari keluarga yang bergiat aktif dalam politik. Ketika anwar berada dalam UMNO saya terikut-ikut dengan sokongan keluarga kepada Anwar sebagai pemimpin masa depan.

Tahun 1998, Anwar dipecat dan bapa saya pada ketika itu terus aktif dalam gerakan reformasi, saya selalu dibawa olehnya ke program-program reformasi. Hampir setiap minggu ada sahaja ceramah atau demonstrasi jalanan dan kami tidak akan terlepas daripada mengikutinya.

Melihat kehebatan Anwar berpidato meniupkan api kebencian saya terhadap kerajaan dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada ketika itu sudah cukup untuk meyakinkan saya bahawa Anwar adalah penyelamat negara yang kini telah teraniaya, maka wajiblah bagi saya untuk untuk terus berjuang bersama-sama beliau.

Saya tidak sangka, dapat bekerja untuk idola yang saya kagumi. Selama beberapa tahun, saya terus istiqamah dan bertungkus-lumus bekerja membantu Anwar dan parti bukan kerana wang ringgit atau jawatan tetapi kepercayaan yang mendalam terhadap perjuangan yang dibawa oleh Anwar.

Malangnya, perjuangan yang saya sangka berada di jalan yang lurus selama ini meleset sama sekali.

Saya adalah orang yang memperkenalkan Saiful Bukhari Azlan kepada Anwar dan saya juga adalah antara orang yang terawal Saiful datang mengadu bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Sudah tentu, untuk mempercayai Saiful 100% adalah perkara yang tidak wajar. Maka saya melakukan kajian terperinci mengenai hubungan Anwar dan Saiful.

Memang ada sedikit syak wasangka terhadap keakraban mereka berdua kerana ia melebihi dari cara normal layanan Anwar terhadap staff lain. Saya mula menyemak diari dan padankan tarikh-tarikh yang Anwar hilang dari jadual dengan waktu-waktu Saiful mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar.

Termasuk juga tarikh-tarikh Anwar ke luar negara dan pada tarikh dan jangka masa yang sama Saiful juga hilang dari pejabat. Saya berjumpa dengan Saiful berkali-kali untuk bertanya 1,001 macam soalan. Jawapan Saiful setiap kali saya bertanya adalah konsisten dan tidak bercanggah.

Apabila Saiful membuat laporan polis dan kes ini terbongkar, saya sendiri telah dipaksa oleh peguam-peguam Anwar untuk membuat satu akuan bersumpah palsu untuk menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor telah berkonspirasi dalam kes ini.

Pada ketika inilah saya yakin bahawa Anwar sebenarnya bukanlah seorang pejuang yang saya idolakan selama ini.

Pada penilaian saudara apakah Anwar seorang pemimpin yang berintegriti dan mempunyai pekerti teladan yang boleh diikuti?

Tidak, langsung tidak. Anwar sudah banyak kali berbohong. Bermula dari kes liwat, 16 September, Altantuya, pengundi Bangladesh terlibat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan banyak lagi.

Anwar sering menyebut dia mempunyai bukti kukuh itu dan ini apabila membuat sebarang dakwaan.

Saya masih ingat ketika saya mula bekerja dengan Anwar, beliau menjaja cerita Najib terlibat dalam skandal pembelian Scorpene dan pesawat Sukhoi. Ini dikuatkan lagi apabila dia menyebut dia mempunyai bukti lengkap dan kukuh segala dokumen rasuah dan skandal ini!

Saya pelik, sehingga hari saya meninggalkan pejabat Anwar, saya sendiri tidak pernah melihat dokumen-dokumen yang disebutkan.

Malah saya juga bertanya kepada individu-individu penting dalam parti pada ketika itu, mereka juga kebingungan.

Anwar cuba melakukan lonjakan politik di Kajang. Pada hemat saudara apa muslihat Anwar melakukan itu semua?

Lonjakan politik di Kajang merupakan percaturan licik oleh Anwar. Selain menenangkan sengketa yang berlaku dalam kem-kem politik PKR di Selangor, Anwar juga ingin meletakkan kembali diri beliau sebagai tumpuan utama media tempatan dan antarabangsa.

Secara tidak langsung, ini akan terus memberikan tekanan kepada mahkamah dalam kes rayuan liwat beliau.

Alhamdulillah, mahkamah di Malaysia bukanlah satu badan yang boleh dibuli oleh Anwar. Keputusan tidak memihak kepadanya dan sekali lagi percaturan politik Anwar gagal.

Kini Anwar meletakkan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon dan pada masa sama sebenarnya beliau telah menipu penduduk kajang dan penyokong PKR.

Selama ini, alasan yang diberikan PKR mengenai langkah meletakkan Anwar dalam arena politik Selangor adalah bagi mengukuhkan benteng pertahanan mereka dari serangan pihak lawan. Jika benar ini adalah agendanya, maka Wan Azizah langsung tidak sesuai sebagai sebagai calon di kajang.

Ini kerana Wan Azizah bukanlah seorang ikon politik yang kuat dan mampu untuk kononnya menahan asakan UMNO di Selangor.

Lebih ramai pemimpin PKR yang mempunyai ciri-ciri tersebut, sebagai contoh, Datuk Saifuddin Nasution. Tetapi ini tidak berlaku, maka yang sebenarnya pencalonan Wan Azizah di Kajang cumalah untuk meraih simpati politik semata-mata.

Ya, sekali lagi Anwar menjadikan penduduk kajang sebagai korban politiknya.

Wan Azizah adalah proksi Anwar yang cukup hebat. Apakah pada hemat saudara Wan Azizah tidak tahu siapa sebenarnya Anwar?

Mustahil Wan Azizah langsung tidak tahu siapa sebenarnya Anwar.

Sedangkan ramai yang mengenali siapa sebenarnya Anwar, jadi masakan pula seorang isteri yang tidur sebantal dengannya tidak mengenali siapa suaminya.

Ramai yang mengatakan Wan Azizah cuma atau terpaksa membela suami tetapi saya langsung tidak setuju dengan pendapat tersebut. Wan Azizah adalah seorang manusia yang hipokrit dan juga mahukan populariti.

Dalam perebutan kuasa seperti ini, Wan Azizah lebih berminat untuk memastikan beliau tidak tertinggal.

Wan Azizah tidak mahu duduk sebagai isteri anwar sahaja. Dia mahu kedudukan dan jawatannya terpelihara sama ada dalam parti ataupun kerajaan yang diimpikan mereka.

Jika ditanya pada sahabat-sahabat lama Anwar, sewaktu Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah adalah antara individu yang langsung tidak dipedulikan oleh Anwar.

Wan Azizah nampak ketinggalan dari segala sudut dan tidak mendapat penghormatan sepertimana isteri seorang Timbalan Perdana Menteri. Maka, Wan Azizah tidak ingin perkara seperti ini berulang kembali dan kelemahan-kelemahan Anwar itu dijadikan satu bargaining power untuk beliau.

MH370: Usah dilayan agenda jahat media asing

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar

KENYATAAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak melayan laporan negatif media asing berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah tepat sekali.

Sememangnya sesiapa juga yang mengikuti laporan media asing khususnya dari Barat, kita akan mendapati bagaimana mereka membuat laporan-laporan yang jelas bertujuan untuk memburuk-burukkan Malaysia.

Apa yang cuba digambarkan media tersebut kepada dunia ialah Malaysia terlalu perlahan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan cuba menyembunyikan fakta sebenar berhubung pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Agenda media barat inilah yang memungkinkan sesetengah ahli keluarga penumpang MH370 khususnya dari China turut terpengaruh dan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Malaysia dan Mas.

Walaupun memahami bahawa operasi mencari bukan sahaja melibatkan Malaysia tetapi juga 25 negara lain yang dilengkapi dengan pelbagai aset canggih, namun ia tidak dilaporkan secara adil oleh media barat.

Sasaran mereka hanyalah Malaysia dan MAS sehinggakan apa juga penjelasan yang diberikan oleh kedua-dua pihak itu seolah-olah ditolak mentah-mentah.

Atas sebab itulah dalam sidang akhbar harian yang dikendalikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein , media barat mengemukakan soalan-soalan provokasi yang bertujuan menunjukkan kelemahan Malaysia.

Bagaimanapun sehingga semalam, usaha itu masih gagal berikutan ketenangan dan kebijaksanaan Hishammuddin menjawab soalan wartawan biarpun beliau sendiri diserang dengan soalan berbentuk peribadi termasuklah pertanyaan adakah beliau sepupu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keadaan itulah yang dilihat semakin menimbulkan perasaan tidak puas hati media asing yang mahu memastikan Hishammuddin yang mewakili kerajaan Malaysia dalam mengendalikan isu kehilangan MH370 itu terperangkap dengan agenda jahat mereka.

Apa yang mereka mahukan ialah Hishammuddin bersetuju dengan teori dan spekulasi mereka termasuklah cuba mengaitkan kehilangan pesawat tersebut dengan fahaman politik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mengendali pesawat tersebut. Tetapi ternyata niat mereka tidak kesampaian apabila Hishammuddin secara tegas menyatakan mencari pesawat itu mengatasi soal politik.

Begitu juga apabila mereka cuba menafikan fakta bahawa MAS sudah melakukan segala-segalanya untuk memastikan kebajikan ahli keluarga krew dan penumpang terbela. Mereka bukannya tidak tahu bahawa MAS sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada ahli keluarga dan memberikan segala kemudahan yang diperlukan tetapi ini tidak diberi pujian kerana matlamat media asing ialah memburuk-burukkan Malaysia dan MAS.

Kalau benarlah media asing prihatin sangat berhubung soal itu kenapakah mereka tidak bertanya apa pula sumbangan China Southern Airlines memandangkan penerbangan MH370 berdasarkan kepada perkongsian kod antara dua syarikat penerbangan tersebut.

Kita akui warga China paling ramai dalam pesawat tersebut tetapi ini tidak bermakna MAS harus memberikan keistimewaan kepada mereka sahaja sehingga mengetepikan ahli keluarga penumpang yang lain. Dalam soal ahli keluarga warga China itu kerajaan dan MAS berusaha sedaya upaya menjaga kebajikan mereka. Ia termasuklah menghantar delegasi pegawai peringkat tinggi termasuk ke Beijing untuk bertemu dengan mereka.

Begitulah juga apabila media barat cuba menggambarkan Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu dan tidak memberikan fakta sebenar berhubung kejadian kehilangan pesawat tersebut.

Dakwaan seumpama ini sama sekali tidak berasas kerana Malaysia bukannya bersendirian dalam operasi mencari tetapi ia melibatkan 25 negara lain. Adalah mustahil untuk Malaysia menyembunyikan apa-apa fakta dan kerajaan Malaysia tidaklah bodoh untuk berbuat demikian kerana ini bukannya isu kehilangan sebuah pesawat kawalan jauh tetapi sebuah pesawat besar yang mengandungi 239 penumpang dari pelbagai negara.

Mungkin media asing begitu teruja untuk memburuk-burukkan Malaysia disebabkan ada dalam kalangan rakyat negara ini berkongsi sentimen dengan mereka hanya kerana berbeza fahaman politik.

Sepatutnya dalam keadaan Malaysia menghadapi ujian yang cukup besar ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik bersatu tetapi malangnya ada dalam kalangan kita seolah-olah sudah terhakis semangat patriotismenya.

Apa pun, media asing boleh meneruskan agenda jahat mereka untuk memburuk-burukkan Malaysia dengan menjadi kehilangan pesawat MH370 sebagai agenda terbesar tetapi kita juga yakin usaha itu tidak akan ke mana.

Ia memandangkan majoriti masyarakat dunia amat memahami usaha keras yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan negara-negara sahabat termasuk Amerika Syarikat (AS).

Biarlah media barat dengan misi tersebut kerana misi utama kerajaan Malaysia bukannya melayan kegilaan laporan negatif media asing tetapi mencari di manakah MH370.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Keluar operasi pada hari nikah

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAHARUDDIN Omar dan isteri, Oziah Musa (tengah) bergambar kenangan bersama keluarga pada sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun yang lalu.

MAJLIS akad nikah merupakan majlis yang paling bermakna bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga kerana pada majlis itulah, pasangan kekasih sah diiktiraf sebagai suami dan isteri mengikut ajaran agama Islam. Pada hari majlis itu berlangsung, mempelai akan disatukan dengan ikatan suci yang penuh dengan kasih sayang. Hari itu juga menyaksikan pasangan yang diijabkabulkan itu akan hidup bersama menempuh masa mendatang dalam kepayahan ataupun kesenangan.

Pada hari yang bahagia itu juga, sudah pasti setiap pasangan mahu majlis berlangsung dalam suasana meriah dengan diiringi doa, bunga manggar, paluan kompang dan kemuncak majlis adalah pengantin baru akan disandingkan di pelamin yang indah.

Tidak cukup dengan itu, bilik pengantin pasangan Kapten (B) Shaharuddin Omar, 55, dan Oziah Musa dihiasi dengan cadar yang cantik dengan bantal kekabu bersulam tekat benang emas. Suasana meriah diimpikan dari pagi sehingga ke malam, namun semua itu tidak berlaku.

Shaharuddin yang kini menyandang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), berkata, kesemua itu tidak memberi makna kepadanya kerana beliau dipanggil bertugas pada hari pernikahan, tanggal 31 Mei 1983.

"Pada petang hari pernikahan, saya diarahkan untuk masuk ke hutan bagi menjalankan operasi ketenteraan di Pangkalan Hulu, Kroh, Perak. Tanpa sempat berbual panjang dengan isteri yang baru beberapa jam dinikahi, saya bertolak pada petang itu juga ke stesen keretapi menuju ke Butterworth sebelum dijemput dengan trak tentera untuk ke tempat operasi.

"Isteri saya pula keesokan harinya, terbang ke Sarawak untuk menyambung tugas sebagai seorang guru di Sibu. Perasaan rindu sukar untuk diceritakan kerana terpaksa berpisah dengan isteri yang baru dinikahi," katanya ketika ditemui S2 di rumahnya di Kanchong Darat, Kuala Langat, Selangor baru-baru ini.

Shaharuddin berkata, isteri tersayang yang sebaya dengannya dan merupakan rakan sekolah, merupakan insan yang tabah kerana memahami negara lebih memerlukan orang yang dikasihinya untuk bersama rakan sepasukan menjaga keamanan dan kedaulatan tanah air.

Menceritakan semula detik itu, beliau memberitahu, selepas bernikah pada bulan Mei, mereka disandingkan enam bulan kemudian.

Bagaimanapun, bulan madu yang dirancang tidak menjadi kerana pada hari persandingan di rumah isteri di Kelanang, beliau sekali lagi perlu keluar menjalankan kewajipan sebagai seorang anggota tentera.

"Pada petang hari bersanding dan selepas habis makan nasi minyak serta rendang daging, saya sudah bersiap sedia untuk ke Port Dickson bagi menyertai pertandingan menembak sebagai menyahut arahan pihak atasan.

"Sedih memanglah kita sedih, kerana tidak mengecap hari bahagia seperti orang lain, namun sebagai seorang beragama Islam, kita perlu reda dengan ketentuan-Nya kerana Allah sebaik-baik perancang," katanya.

Oziah pula berkata, perpisahan dan pertemuan telah ditentukan oleh Allah dan sebagai seorang isteri, beliau perlu faham dengan tugas suami tercinta sebagai wira negara.

Menurutnya, beliau bangga dengan khidmat suaminya kepada negara dan sebagai isteri, beliau mengambil tugas mendidik anak-anak dalam pelajaran dan pendidikan sahsiah sepanjang suami bertugas di perbatasan.

"Walaupun saya melangsungkan hari bahagia tidak seperti orang lain, namun peristiwa itu mengajar saya untuk menjadi manusia yang sanggup berkongsi kasih dengan tugas suami dalam membela negara tercinta.

"Alhamdullillah! Segala ujian Allah kepada saya, berjaya dilalui dengan tabah. Kini, setelah suami bersara dan aktif dalam PBTM, saya merasa lega kerana kami sekeluarga dapat solat berjemaah bersama anak-anak," katanya.

Perkahwinan berusia 31 tahun itu dirahmati dengan lima cahaya mata.

Anak sulung mereka, Intan Zanariah, 27, seorang doktor di Hospital Kangar; anak kedua, Mohd. Shah Redza, 26, melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Sains Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan anak ketiga, Intan Naquiyah, 25, seorang jurutera Carigali Petronas.

Sementara anak ketiga, Intan Shafika masih belajar di Universiti Southampton, United Kingdom dalam bidang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik manakala paling bongsu, Shah Ozair, 21, pelajar perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan.

Shaharuddin memberitahu, beliau sentiasa mendidik anak-anak untuk patuh kepada perintah Allah dan menjauhi segala larangannya sebagai petua berguna untuk menjadi manusia yang berjasa kepada bangsa, agama dan negara.

"Sebagai orang Islam, kita harus mendidik anak-anak untuk faham al-Quran dan rapatkan diri kepada tuhan dengan mendirikan solat, berdoa dan berzikir, baharu boleh jadi manusia yang cemerlang. Jika kita bersyukur, Allah akan beri rezeki berlipat ganda," ujarnya.

The Legend Resort memukau

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

HEMBUSAN angin Laut China Selatan yang mula bertiup kuat cukup mendamaikan, sekali gus membuatkan fikiran terlupa sejenak kesibukan tugasan seharian.

Ditemani lambaian pepohon kelapa di tepian pantai sambil bersantai di The Legend Resort Cherating, Kuantan, Pahang, suasana itu sudah cukup mewujudkan persekitaran yang nyaman dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

Desiran ombak pula mendayu-dayu perlahan sambil disulami siulan angin ibarat melengkapkan irama alam yang cukup mempesonakan.

Ternyata percutian di The Legend Resort Cherating mempunyai kelas tersendiri kerana di samping panorama yang menakjubkan, kemudahan yang ditawarkan cukup mesra pelanggan.

Terletak kira-kira 45 kilometer dari Kuantan, The Legend Resort Cherating merupakan kawasan resort yang cukup popular kerana mempunyai pantai berpasir putih terbaik di Semenanjung Malaysia.

Menurut pengurusnya, G.Shivaraam (gambar), resort yang dikelilingi kehijauan tropika yang subur itu menawarkan dekorasi terbaik mengikut pilihan pelanggan terutama untuk seminar, mesyuarat dan acara keraian seperti perkahwinan, sambutan hari jadi atau majlis makan malam tahunan.

"Keutamaan dan kepuasan pelanggan adalah matlamat kami. Di The Legend Resort Cherating, kami menawarkan kelainan yang pastinya memberikan keseronokan mengikut cita rasa pelanggan.

"Sebagai contoh, kami mencari kelainan dengan menawarkan pakej mesyuarat di dalam air di laut dan konsep tersebut paling diminati golongan korporat. Selain berbincang, mereka dapat menghilangkan tekanan sambil bermain-main dengan ombak," katanya kepada Utusan Malaysia di resort berkenaan di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Tambahnya, selain untuk aktiviti perniagaan, resort yang mempunyai 248 bilik itu juga sesuai untuk seisi keluarga atau pasangan mengabadikan kenangan keseronokan semasa bercuti.

"Di tapak seluas 6.5 hektar ini, pelbagai kemudahan rekreasi bagi aktiviti lasak dan santai disediakan untuk semua golongan sama ada tua atau muda dan lelaki mahu pun perempuan.

"Tetamu boleh berehat dengan menyaksikan keindahan sekeliling atau memilih untuk ke gimnasium, spa, bermain tenis atau skuasy, snuker, bermain jet ski, berkayak atau menunggang ATV.

"Kami turut menawarkan aktiviti snorkeling di Pulau Ular, melihat kelip-kelip, melihat penyu dan memancing dengan kemudahan bot dan pemandu pelancong," katanya.

Menariknya, resort ini turut menyediakan dua buah kolam iaitu kolam biru dan hijau yang boleh memuatkan 300 orang dalam satu-satu masa beroperasi sehingga pukul 10 malam.

"Kami melanjutkan masa sehingga 10 malam dengan menempatkan beberapa orang krew keselamatan dengan menawarkan beberapa aktiviti demi kepuasan para tetamu.

"Malah, di kolam hijau, para tetamu bebas mengenakan apa jua pakaian dan tidak hanya tertakluk kepada pakaian renang. Semua disajikan demi kepuasan pelanggan agar percutian yang dipilih di The Legend Resort Cherating menjanjikan kenangan terindah," katanya sambil memberitahu resort berkenaan telah beroperasi sejak 25 tahun lalu.

Resort ini menawarkan dua jenis bilik iaitu Deluxe Single dan Double Deluxe yang berjumlah 248 buah dan dilengkapi katil saiz queen atau katil seorang.

Setiap bilik mempunyai balkoni yang membolehkan pemandangan indah laut dilihat dengan jelas, dan setiap bilik juga diperindahkan dengan gabungan unik konsep kasual dan mewah tradisional.

Sementara itu, jangan lupa untuk mencuba makanan yang ditawarkan di tempat peranginan ini.

Selain makanan barat dan hidangan tempatan, menu Nasi Goreng Lagenda antara menu wajib yang patut dicuba. Selain itu, gabungan makanan laut dan masakan Melayu pastinya tidak menghampakan.

Beralamat di Sungai Karang Darat, Cherating, Kuantan, anda boleh menghubungi 09-5819818 atau talian bebas tol 1-800-88-8866 atau melayari laman sesawang legendresort.com.my untuk membuat tempahan bilik bermula pada harga RM160 semalam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Lima loji mula tambah air terawat

Posted: 21 Mar 2014 11:16 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDINkota@utusangroup.com.my

Hujan sejak beberapa hari lalu meningkatkan aliran air Sungai Selangor dan membolehkan lima loji rawatan air menambah pengeluaran air terawat. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 21 Mac Hujan yang turun di beberapa kawasan termasuk sekitar Sungai Selangor sejak kebelakangan ini meningkatkan sedikit aliran air sungai tersebut.

Ia sekali gus membolehkan lima-lima loji rawatan air (LRA) menambah pengeluaran air terawat masing-masing.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, lima loji tersebut ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Sungai Rasa dan LRA Rantau Panjang.

Bagaimanapun, jelasnya, pelaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga masih lagi diteruskan mengikut jadual.

Sebarang keputusan untuk meneruskan pelan catuan atau tidak bergantung kepada kepada kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Priscilla, walaupun paras empangan semakin pulih, sumber bekalan air masih tidak mencukupi berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Pelan catuan peringkat pertama yang melibatkan beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang adalah disebabkan penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ekoran pencemaran ammonia di Sungai Langat.

Bagaimanapun, LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi telah beroperasi semula masing-masing pada 17 Mac serta 19 Mac lalu berikutan paras kandungan ammonia di dalam sungai tersebut telah berkurangan.

Pelan catuan peringkat ketiga yang melibatkan Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang/Shah Alam pula disebabkan kekurangan bekalan air terawat ekoran pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor sebanyak 500JLH dan Klang Gates (30JLH) seperti diputuskan oleh kerajaan negeri.

Menurut Priscilla, berikutan pelan catuan masih lagi diteruskan, pihak Syabas berharap agar pengguna menggunakan air secara berjimat cermat bagi membolehkan bekalan air sedia ada dapat bertahan lebih lama.

Para pengguna juga terus diingatkan agar mengelak daripada melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab seperti merosakkan kemudahan dan infrustuktur bekalan air yang diuruskan oleh Syabas," ujarnya.

Latihan kecemasan di stesen MRT Cochrane

Posted: 21 Mar 2014 11:16 AM PDT

BEBERAPA petugas membantu pekerja yang cedera dalam latihan kecemasan di stesen MRT Cochrane, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/NOORADZRENE MOHD. NOOR

KUALA LUMPUR 21 Mac - MMC-Gamuda Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan di tapak projek berkenaan termasuk kemalangan yang melibatkan para pekerjanya.

Pengurus Kanan Pembinaan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MGKT), Ng Hau Wei berkata, buat pertama kali pihaknya mengadakan latihan kecemasan yang disertai 50 kakitangan MGKT termasuk sukarelawan St. John Ambulans Malaysia (SJAM) di stesen bawah tanah MRT Cochrane.

Jelasnya, latihan tersebut menguji ketepatan masa dan persediaan untuk kecemasan sebenar yang boleh mencetuskan kecederaan serius dan kematian di tapak pembinaan stesen bawah tanah MRT.

Latihan ini bagi mendedahkan situasi sebenar kecemasan untuk menguji keupayaan dan kesediaan dan tindak balas pasukan kecemasan dan pekerja jika berlaku kemalangan di tapak projek.

Latihan tersebut berjalan lancar dan mengikut masa yang telah ditetapkan," katanya selepas tamat latihan berkenaan di stesen bawah tanah MRT Cochrane dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Pemerintah Agung SJAM, Datuk Dr. Low Tick.

Menurut Hau Wei, ketika latihan tersebut dijalankan, pasukan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian bagi usaha menyelamat termasuk operasi pembersihan.

Ujarnya, mangsa-mangsa pula ditempatkan di zon selamat dengan bantuan MGKT serta SJAM sebelum dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

MGKT juga berharap dapat menganjurkan latihan tersebut pada masa akan datang bagi memastikan ahli pasukan lebih bersedia dan terlatih sekiranya berlaku kecemasan di tapak pembinaan," jelasnya.

SPAD gantung lesen 10 pemandu teksi tidak guna meter selama tiga bulan

Posted: 21 Mar 2014 11:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Mac - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen 10 pemandu teksi selama tiga bulan berkuat kuasa mulai 1 April ini kerana tidak menggunakan meter.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, ini adalah usaha berterusan suruhanjaya itu dalam membenteras pemandu teksi tidak bertanggungjawab.

SPAD serius dalam mengambil langkah-langkah menghukum pemandu-pemandu teksi tidak bertanggungjawab dan kami tidak teragak-agak untuk menggantung lesen mereka jika didapati bersalah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata, SPAD juga akan membatalkan lesen pengusaha-pengusaha teksi jika pemandu mereka ditangkap melakukan kesalahan yang sama.

SPAD berpendirian tegas supaya para pengusaha bertanggungjawab terhadap tindak-tanduk pemandu-pemandu mereka.

Katanya, para pengusaha bertanggungjawab untuk menunjukkan mereka telah mengambil langkah konkrit dalam menyaring, memantau, melatih dan mendisiplinkan pemandu masing-masing.

SPAD sebelum ini mengumumkan ia akan menerima rakaman video sebagai bukti daripada orang awam jika pemandu teksi enggan menggunakan meter.

Aduan boleh dibuat menerusi laman Twitter, Facebook dan emel rasminya di aduan@spad.gov.my atau talian 1-800-88-7723.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


SPM, STPM Johor membanggakan

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh MAZNAH MOHD ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 20 Mac -Peningkatan pencapaian keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi negeri ini adalah hasil usaha yang ditunjangi oleh warga pendidik serta mendapat sokongan daripada ibu bapa.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan usahawan dan Koperasi, Md. Jais Sarday berkata, peningkatan keputusan STPM yang mencatatkan peningkatan dengan nilai Gred Purata Negeri (GPN) 4.87 mata berbanding pencapaian tahun lalu 4.99 mata.

"Apa yang membanggakan, GPN ini juga mengatasi Gred Purata Nasional, 4.93 mata dan pencapaian keputusan SPM 2013 ini juga merupakan yang terbaik bagi tempoh lima tahun ini.

"Kita juga turut berbangga apabila 1,582 (3.13%) memperoleh semua A dengan 64 (0.64%) calon berjaya mendapat A+ (Cemerlang) untuk semua subjek. Ini juga merupakan satu kejayaan apabila mencatatkan peningkatan seramai 191 orang calon semua A, berbanding 1,391 calon pada tahun 2012, " katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota berkata, nilai mata GPN peperiksaan SPM yang lebih kecil menghamipiri 1.0 menandakan keputusan yang lebih baik, sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Katanya, definisi ini berbeza bagi definisi nilai mata GPN peperiksaan STPM yang tertakluk di bawah Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di mana nilai mata GPN menggunakan kaedah Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGK) sebagaimana yang dilaksanakan di kolej atau institusi pengajian tinggi lain.

"Kepada anak-anak Johor yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, syabas dan tahniah diucapkan. Saya percaya kejayaan yang diperoleh semua calon adalah hasil usaha dan komitmen yang ditunjukkan seluruh warga pendidik serta restu ibu bapa, " katanya.

1,582 pelajar catat keputusan cemerlang SPM

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Pengetua Sekolah Tun Fatimah, Kamisah Aziz (tengah) bersama 21 pelajarnya yang mendapat kesemua A+ dalam majlis pengumuman SPM di sekolah itu di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 20 Mac - Sebanyak 1,582 daripada 57,152 pelajar negeri ini mendapat keputusan cemerlang semua A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Md. Hasidin Zaini berkata, sebanyak 64 orang pelajar mendapat gred A+ (Cemerlang Tertinggi), manakala 1,518 memperoleh keputusan A dan A- dalam semua mata pelajaran, peningkatan sebanyak 2.71 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 amat membanggakan berdasarkan indeks Gred Putara Negeri (GPN) iaitu 4.87 mata berbanding 4.99 mata pada 2012.

"Pencapaian GPN kali ini adalah yang terbaik sejak 2009 dan meningkat 0.12 mata berbanding tahun 2012.

"Sebanyak 1,582 calon berjaya mendapat semua keputusan cemerlang Gred A dalam semua mata pelajaran dan sebanyak 64 pelajar daripada jumlah tersebut memperoleh gred cemerlang tertinggi A+," katanya dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan SPM 2013 di sini hari ini.

Menurutnya, peratusan calon yang mendapat gred kepujian tinggi B, kepujian C dan sekurang-kurangnya gred lulus E bagi semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2012.

Bagaimanapun, Md. Hasidin memberitahu, peratusan lulus pada tahun ini menurun 1,330 (4.98 peratus) daripada 44,279 (89.89 peratus) pada 2012 kepada 42,949 (84.90 peratus) tahun ini.

"Penurunan ini bagaimanapun tidak wajar untuk dibandingkan dengan tahun 2012 kerana pada 2013 adalah tahun pertama mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah diletakkan sebagai syarat wajib lulus SPM," katanya.

Dalam pada itu, Sekolah Tun Fatimah muncul sekolah paling ramai menghasilkan pelajar cemerlang di negeri ini dalam SPM kali ini.

Menurutnya, sebanyak 100 pelajar sekolah itu memperoleh keputusan Gred A bagi semua mata pelajaran diikuti Sekolah Menengah Sains Muar (76) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru (73).

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved